The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2026-01-06 20:31:48

Ranger Revisi Cepat SPM Bahasa Melayu

Ranger SPM BM (2026)

AAMQBM2672027APELANGI BESTSELLERTINGKATAN 44 55 KSSMBAHASA MELAYU& !REVISI CEPAT SPMPenerangan yang jelas dan perbincangan yang menarikmengenai topik buku.CASTBAHASA MELAYU SPMNajihah AhmadKhairil IzwanAzahar Bahari


iiik andunganKarangan ResponsTerhad 1BAB11.1 Panduan Umum 21.2 Panduan Menjawab 21.3 Menghuraikan Pendapat 31.4 Surat Rasmi dan Surat Tidak Rasmi 51.5 Resume 71.6 E-mel 9Praktis SPM 12Karangan ResponsTerbuka 14BAB22.1 Panduan Umum 152.2 Panduan Menjawab 162.3 Surat Kiriman Rasmi 162.4 Surat Kiriman Tidak Rasmi 192.5 Wawancara/ Temu Ramah/ Dialog 222.6 Perbahasan 242.7 Laporan 272.8 Syarahan/ Ceramah/ Ucapan/ Taklimat 292.9 Berita/ Rencana Akhbar 312.10 Fakta 332.11 Pendapat/ Perbincangan 352.12 Ulasan 382.13 Peribahasa/ Cogan Kata 39Praktis SPM 42Sistem dan AplikasiBahasa 53BAB33.1 Morfologi 543.2 Sintaksis 613.3 Penyuntingan 663.4 Bahasa Melayu Standard 723.5 Peribahasa 73Praktis SPM 76Pemahaman 84BAB44.1 Pemahaman Umum 854.2 Pemahaman Petikan Sastera 88Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul – Tingkatan 4 89Analisis Puisi Tradisional 89Analisis Puisi Moden 92Analisis Prosa Tradisional 98Analisis Cerpen 101Analisis Drama 111Antologi Sejadah Rindu – Tingkatan 5 114Analisis Puisi Tradisional 114Analisis Puisi Moden 118Analisis Prosa Tradisional 125Analisis Cerpen 129Analisis Drama 141iii


iv4.3 Pemahaman Novel 147Analisis Novel Tingkatan 4 148Jendela Menghadap Jalan 148Leftenan Adnan Wira Bangsa 155Di Sebalik Dinara 162Pantai Kasih 169Analisis Novel Tingkatan 5 175Songket Berbenang Emas 175Tirani 183Bimasakti Menari 190Silir Daksina 198Praktis SPM 208Rumusan 219BAB55.1 Panduan Umum 2205.2 Panduan Membuat Rumusan 220Praktis SPM 225Lisan Bertutur 233BAB66.1 Panduan Umum 2346.2 Panduan Menjawab Bahagian A – Pentaksiran Individu 2346.3 Panduan Menjawab Bahagian B – Pentaksiran Kumpulan 237Praktis SPM 239Lisan Mendengar 245BAB77.1 Panduan Umum 2467.2 Panduan Menjawab 246Praktis SPM 251Kertas Model SPM 1 255Kertas Model SPM 2 267Jawapan 278Bahan Audio 309ivhttps://qr.pelangibooks.com/?u=RangerBMKMSPMEkstraKertas Model SPM Ekstra


1 BabBAB1 Karangan ResponsTerhad1Peta KonsepWajib menjawab satu soalan berdasarkan kepelbagaian bahan rangsangan yang diberikanPanjang karangan antara 150 hingga 200 patah perkataanMasa yang dicadangkan: 30 minit Markah: 30 markahBahan Rangsangan• Puisi • Poster• Petikan • Catatan• Gambar • Ilustrasi kartun• Gambar rajah • E-mel• Iklan • JadualTema/ Isu• Alam Sekitar dan Teknologi Hijau • Keselamatan• Bahasa dan Kesusasteraan • Kesihatan dan Kebersihan• Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan• Pelancongan• Pendidikan• Integriti • Pengangkutan• Jati Diri, Patriotisme, dan Kewarganegaraan • Pentadbiran dan Politik• Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika • Perindustrian• Kekeluargaan • Pertanian, Penternakan, dan Perikanan• Kemasyarakatan • Sejarah dan Warisan• Kerjaya • Sukan dan RekreasiPodcast 1Kertas 1103/1 Bahagian A


1 Bab1.1 Panduan Umum1. Soalan karangan respons terhad terdiri daripada satu soalan sahaja dan wajib dijawab.2. Markah untuk soalan karangan respons terhad ialah 30 markah dan cadangan masa yang diperuntukkan ialah 30 minit.3. Panjang karangan hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.4. Bahan-bahan rangsangan yang diberikan terdiri daripada kombinasi antara petikanteks, puisi sama ada pantun, syair, sajak, atau lain-lain, gambar rajah sama ada jadual,graf, atau lain-lain, ilustrasi, iklan, poster, dan lain-lain yang membantu anda menuliskarangan berdasarkan tema atau isu tertentu. 5. Karangan hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:(a) Pendahuluan(b) Isi-isi(c) Penutup6. Untuk memperoleh markah yang baik, patuhilah aspek-aspek penilaian yang berikut:(a) Karangan bertepatan dengan tema atau isu dan memenuhi tugasan atau kehendaksoalan, contohnya memberikan pendapat, menulis e-mel, menulis surat, dan lainlain.(b) Struktur ayat betul dan mudah difahami, tiada kesalahan tatabahasa, penggunaankosa kata tepat dan luas, serta menggunakan penanda wacana yang sesuai.(c) Karangan diolah dengan menariknya.(d) Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.(e) Menggunakan peribahasa, ungkapan menarik, atau kata-kata hikmat yang sesuai.1.2 Panduan Menjawab1. Lihat kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan yang diberikan dengan telitinya. Meskipun setiap bahan rangsangan mengandungi perkara dan skop yang berbeza,tetapi isu yang dikemukakan adalah sama. Anda harus memastikan perkara dan skopdaripada setiap bahan rangsangan ada dinyatakan dalam soalan.2. Baca dan telitilah arahan atau tugasan soalan. Pastikan kata kunci yang diberikan,seperti Huraikan pendapat anda …, Tulis sepucuk surat…, Sediakan resume diri …,Jawab e-mel …., dan sebagainya.3. Catatkan isi-isi yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Kemukakan sekurang-kurangnyatiga isi. Mulakan dengan isi yang paling penting kepada isi yang kurang penting.Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad2


1 Bab4. Bina rangka karangan anda mengikut susunan yang berikut:(a) Pendahuluan – Tulis ayat yang berkaitan dengan tajuk atau tema yang diberikandalam soalan.(b) Isi-isi – Gunakan maklumat dalam setiap bahan rangsangan dan huraikan isi denganjelasnya. Selitkan peribahasa, ungkapan menarik, atau kata-kata hikmat yangsesuai.(c) Penutup – Berikan penutup yang sesuai berdasarkan tugasan anda.5. Semak karangan anda dari segi ejaan, tanda baca, imbuhan, ayat, dan bahasa.1.3 Menghuraikan Pendapat1. Dua atau tiga kombinasi bahan rangsangan diberikan berdasarkan tajuk atau temakarangan.2. Anda dikehendaki untuk menghuraikan pendapat anda berdasarkan tajuk atau temakarangan tersebut dalam masa 30 minit.3. Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Contoh Mirip SPMPetikan dan grafik di bawah ini menunjukkan maklumat berkaitan dengan ketagihan remajaterhadap permainan video dalam talian di seluruh dunia.Huraikan pendapat anda tentang ketagihan remaja terhadap permainan video dalam talian. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memandang serius isu yang dinamakan ‘gamingdisorder’ ini. Kehidupan sosial mereka yang taasub bermain permainan video ini amatmerisaukan kerana mereka kurang bergaul dengan dunia luar. Antara ciri pemainvideo ini ialah kecenderungan melakukan tingkah laku ganas, kekurangan empati,desensitisasi dengan tindakan ganas, dan kurang perasaan untuk membantu orang lain.Sumber: Astro Awani, 15 Disember 2018Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad3


1 BabKetagihan Permainan Video Jejas Tumpuan PelajarKetagihan menyebabkan pemain mengalami tekanan,perubahan corak pemakanan dan tidur, kurang tumpuan semasa belajar‘’‘’ Sumber: Berita Harian, 12 Jun 2020JawapanSejak ledakan teknologi maklumat, kebanyakan remaja mempunyai telefonpintar yang dilengkapi Internet. Malah terdapat remaja yang tidak dapatberpisah dengan alat komunikasi tersebut. Mereka sudah ketagihan terutama terhadap permainan video dalam talian masa ini. Keasyikan bermain permainanini membawa pelbagai kesan negatif kepada mereka. Ketagihan remaja dalam permainan video memberikan implikasinegatif terhadap kesihatan sekiranya dilakukan secara berlebihan. Mereka memperuntukkan masa yang lama untuk bermain sehingga tidak mengendahkan waktu makan, tidur, dan belajar. Mereka turut berhadapan dengan risikorabun jauh kerana fokus antara mata dengan alat peranti itu terlalu dekat dan mata mereka terpaksa bekerja keras untuk mengekalkan fokus terhadap permainan secara berterusan. Seterusnya, permainan video yang ganas dapat meningkatkan risikotingkah laku agresif dalam kalangan remaja. Mereka terdorong untuk bertindak demikian kerana tidak dapat mengawal emosi dengan baiknya dan tidak dapat membezakan fantasi dengan realiti. Keganasan yang disimulasikandapat mensensasikan remaja yang membawa kesan yang tidak diingini. DiRusia, ada satu kes yang melibatkan seorang remaja lelaki membunuh seorangwanita semata-mata kerana mahu merasai sendiri pengalaman membunuh didunia nyata. Tindakannya itu ekoran pengaruh daripada permainan video yangmempunyai unsur ganas. Akhir sekali, para remaja tersebut juga kurang melibatkan diri dalamaktiviti luar. Mereka lebih gemar bersendirian untuk menghabiskan masa bermain permainan tersebut. Akibatnya, mereka tidak tahu bersosial danberinteraksi dengan orang sekeliling secara berkesan. Implikasinya, merekasering dianggap kera sumbang dan tidak mampu mengasah keyakinan diri untuk berkomunikasi di hadapan umum. Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad4


1 Bab Kesimpulannya, masalah ketagihan permainan video haruslah ditanganioleh remaja sendiri. Mereka haruslah menanam azam yang kuat untuk bebas daripada ketagihan permainan video. Perkara ini sudah pasti memerlukan sokongan dan kerjasama ibu bapa dengan memantau aktiviti anak remaja, bakkata orang ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Remaja yang merupakanaset negara haruslah bebas daripada gejala ketagihan ini kerana ‘pemudaharapan bangsa, pemudi tiang negara’.1.4 Surat Rasmi dan Surat Tidak Rasmi1. Dua atau tiga kombinasi bahan rangsangan diberikan berdasarkan tajuk atau temakarangan.2. Anda dikehendaki supaya menulis karangan surat rasmi atau surat tidak rasmiberdasarkan tajuk atau tema karangan tersebut dalam masa 30 minit.3. Panjang surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.4. Anda mestilah menguasai format penulisan surat rasmi dan tidak rasmi. Markah akanditolak sekiranya anda tidak mematuhi format tersebut.Contoh Mirip SPMGrafik di bawah ini menunjukkan maklumat berkaitan dengan masalah gangguan bekalanelektrik yang berlaku di tempat anda.Sebagai seorang penduduk yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada pihak berkenaan untuk mengadukan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tempat tinggal anda tentang masalah gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku dan cadangkan tindakan yang perlu diambil.Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Lebih 15 000 orang terjejas akibat gangguan bekalan elektrikSumber: Harian Metro, 14 Januari 2020Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad5


1 BabJawapan21, Jalan Delima,Taman Delima Sakti,51100 Setapak,Kuala Lumpur._________________________________________________________Pengurus,Tenaga Nasional Berhad,Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad,51100 Setapak,Kuala Lumpur. 12 DISEMBER 20XX.Tuan,Aduan tentang Masalah Gangguan Bekalan ElektrikDengan hormatnya perkara di atas dirujuk.2. Saya, Mohd Hafiz bin Zainudin mewakili penduduk Taman Delima Saktiingin membuat aduan berkenaan dengan gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku di kawasan tempat tinggal kami.3. Untuk pengetahuan tuan, gangguan bekalan elektrik ini mula berlaku sejak2 Disember yang lalu. Gangguan ini berpunca daripada kerosakan kabel di JalanUsahawan akibat kerja-kerja pengorekan oleh pihak ketiga.4. Apabila bekalan elektrik terputus, kami terpaksa menunggu masa yangagak lama sebelum bekalan elektrik dipulihkan. Akibatnya, banyak kerja hariankami terganggu dan hal ini menimbulkan pelbagai masalah kepada kami. 5. Saya ingin mencadangkan pihak tuan sentiasa memantau kerja-kerjapengorekan agar bekalan elektrik tidak terputus dan mengambil inisiatif segera untuk memperbaik kabel yang rosak. Pihak tuan juga haruslah memastikan pihak ketiga merujuk pihak tuan terlebih dahulu sebelum membuat kerja pengorekan.6. Kerjasama daripada pihak tuan amat dialu-alukan.Sekian, terima kasih.Yang benar, Hafiz...............................................................(MOHD. HAFIZ BIN ZAINUDIN)Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad6


1 Bab1.5 Resume1. Dua atau tiga kombinasi iklan diberikan.2. Anda dikehendaki supaya menulis resume berdasarkan iklan-iklan tersebut dalammasa 30 minit.3. Panjang resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.4. Anda mestilah menguasai format penulisan resume. Markah akan ditolak sekiranyaanda tidak mematuhi format tersebut.Contoh Mirip SPMIklan-iklan di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong.Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagipermohonan satu pekerjaan yang anda minati.Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.GAJI KASAR ➙ RM2300 (Gaji + Elaun + Kerja lebih masa)KELAYAKAN√ Minimum diploma√ Lelaki/ Wanita berumur 22 hingga 35 tahun√ Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan personaliti yang menyenangkan√ Mahir menggunakan komputer√ Berpengalaman dalam bidang khidmat pelanggan dan pemantauan berpusat adalah satu kelebihan√ Boleh bekerja syif dan lebih masa√ Memiliki lesen B2 dan kenderaan sendiriTANGGUNGJAWAB√ Membuat panggilan masuk dan keluar kepada pekerja dalaman dan pelangganTEGUH BINA menawarkan jawatan sebagai PEGAWAI KHIDMAT PELANGGANSila hubungiAZMAN 0112345678 WATI 0129876543JAWATAN KOSONGKELAYAKAN• Warganegara Malaysia• Berkelulusan diploma atau ijazah mudadalam bidang pengurusan pelancongandaripada IPTA/ IPTS yang diiktiraf• Mempunyai kemahiran pengurusan danoperasi pelancongan, pemasaran, danpembangunan produk• Dapat berkomunikasi dengan baiknya• Dapat memberikan tunjuk ajar kepada orangbawahan dan bekerja dalam kumpulan• Boleh bekerja lebih masa dan hari cuti umumPengurus Pusat PelanconganUntuk maklumat lanjut, sila hubungi:Puan Rohayah (03-89223443)Tarikh tutup permohonan: 31 Mei 20XXBahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad7


1 BabJawapanMOHAMAD ARIF BIN HASSANSaya mempunyai perawakan yang menarik dan mesra. Saya memohon jawatan ini kerana sejak kecil saya bercita-cita untuk berkhidmat dalam bidang perkhidmatan pelanggan.MAKLUMAT PERIBADINama: Mohamad Arif bin HassanKad pengenalan: 970202-02-2251Alamat: 560, Kampung Sungai Baru, Mergong, 05150 Alor Setar, KedahJantina: Laki-lakiAgama: IslamUmur: 23 tahunNombor telefon: 01967344221E-mel: [email protected] KERJAJurujual(Melayan pelanggan, menyediakan bil, mengira stok, dan mempromosikan produk)PASAR RAYA BILLION - 6 Bulan..................................... .....................................Penyambut tetamu(Menyambut tetamu/ pelanggan, menyediakan bil, dan mengambil tempahan)HOTEL GEMILANG - 1 Tahun 6 BulanPENDIDIKAN1. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Hotel, Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA2. Diploma Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA3. Sijil Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed OmarKEGIATAN KOKURIKULUM1. Wakil sekolah dalam aktiviti sukan badminton peringkat daerah2. Menyertai perkhemahan badan beruniform mewakili Persatuan Bomba3. Wakil forum remaja bahasa Melayu peringkat daerahRUJUKANEncik Khusairi bin BaharomPengurus Hotel Gemilang, Alor [email protected] BAHASABahasa MelayuPertuturan – FasihPenulisan – BaikBahasa InggerisPertuturan – FasihPenulisan – BaikKEMAHIRAN KOMPUTERMicrosoft Word – CekapExcel – CekapPowerPoint – CekapKEKUATAN PERIBADISaya mempunyai pengalaman dalam bidang perkhidmatan pelanggan di hotel dan pernah menjadi pelatih di hotel selama enam bulan.Saya seorang yang rajin dan komited ketika menjalankan tugas, gemar bekerja secara berpasukan, dan mampu bekerja tanpa penyeliaan daripada pihak atasan.INFO 1Cara-cara Membuat ResumeBahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad8


1 Bab1.6 E-mel1. Dua e-mel diberikan.2. Anda dikehendaki untuk membalas satu daripada dua e-mel tersebut dalam masa 30minit.3. Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.4. Anda mestilah menguasai format penulisan e-mel. Markah akan ditolak sekiranyaanda tidak mematuhi format tersebut.Contoh Mirip SPMBaca kedua-dua e-mel di bawah ini dengan telitinya.Anda dikehendaki untuk menjawab satu daripada e-mel di bawah ini. Tulis e-mel andaitu selengkapnya.Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.e-mel 1Salam sejahtera.Apa khabar, Khairol? Doa dan harapan saya agar saudara sekeluarga dalam keadaansihat sejahtera. Saya di sini sihat-sihat sahaja.Saya selalu mengikuti kandungan yang saudara persembahkan menerusi saluranYoutube saudara. Resipi masakan tersebut senang diikuti dan kebanyakannyamenggunakan bahan yang mudah didapati dan murah. Saya juga telah mencubabeberapa resipi saudara. Saya gembira dan bersyukur kerana masakan saya itumenjadi.Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang cara-cara untuk menjadi seorangpenggiat Youtube seperti saudara dan manfaat yang diperoleh daripadanya. Sayaberharap agar saudara dapat menjelaskan hal ini kepada saya.Sekian, terima kasih.FaizDaripada [email protected] [email protected] Penggiat YoutubeBahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad9


1 Babe-mel 2Salam sejahtera, Fauziah.Apa khabar? Sudah lama kita tidak berhubung. Saya berharap agar kamu seisikeluarga sihat wal afiat hendaknya. Saya dan keluarga sihat sejahtera.Fauziah,Apakah kegiatan kamu semasa cuti sekolah kerana Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sekarang, selain mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)?Sepanjang pengetahuan saya, kamu ada membuat kraf tangan. Hal ini sayaketahui apabila melihat hasil kraf tangan yang kamu pamerkan dalam media sosial Instagram. Saya sangat tertarik melihat kerja tangan kamu itu.Apakah yang kamu lakukan dengan kraf tangan tersebut? Adakah sekadar mengisimasa lapang kamu atau kamu menjual kraf tangan itu? Apakah kebaikan yangkamu peroleh daripada aktiviti membuat kraf tangan tersebut? Saya berharapagar kamu sedia berkongsi maklumat tersebut dengan saya. Saya sudi menunggubalasan e-mel daripada kamu.Sekian, terima kasih.Sahabatmu,AmalinaDaripada [email protected] [email protected] Hobi Membuat Kraf TanganJawapanSalam sejahtera, Saudara Faiz Umar.Maaf agak lewat membalas e-mel saudara. Semoga saudara dalam keadaan sihatdan sejahtera selalu. Saya di sini sihat-sihat sahaja.Daripada [email protected] [email protected] Penggiat YoutubeBahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad10


1 BabSaudara Faiz,Saya pun tidak menjangka bahawa saya akan menjadi seorang penggiat Youtube.Pada mulanya, saya hanya ingin merakamkan cara-cara memasak sesuatu menuuntuk koleksi peribadi supaya saya senang merujuk video tersebut sekiranya ingin memasak menu yang sama lagi. Maklumlah mungkin saya terlupa cara-cara ataubahan-bahan yang digunakan semasa memasak menu tersebut. Pada masa yang sama,saya juga ingin berkongsi ilmu yang saya ada dengan orang lain. Lama-kelamaan,aktiviti ini menjadi suatu perkara yang menyeronokkan pula, lebih-lebih lagi setelahmenerima komen yang positif daripada penonton saluran Youtube saya itu.Menjawab persoalan saudara tentang cara-cara untuk menjadi seorang penggiatYoutube, langkah pertama ialah seseorang itu mestilah membuka akaun google,iaitu gmail dan mendaftar dengan akaun Youtube. Selepas itu, barulah fikirkanidea dan kandungan yang ingin disampaikan kepada penonton. Penonton video saya pada mulanya tidak banyak. Hal ini mungkin kerana banyak terdapat video tentangcara-cara memasak di saluran Youtube, namun akhirnya penonton bertambah darisehari ke sehari.Kita juga mestilah mempunyai pengetahuan dalam membuat rakaman dan mengeditkandungan video, selain memiliki keyakinan diri dan kemahiran komunikasi yangbaik untuk menyampaikan kandungan video kita itu kepada umum. Pada pendapat saya, keberanian dan keyakinan diri kita amat membantu dalam menarik perhatianpenonton untuk menyaksikan persembahan video kita.Banyak manfaat yang saya peroleh apabila menjadi penggiat Youtube. Selainsaya dapat menjanakan pendapatan, saya dapat membina jaringan komunikasidengan penggiat Youtube yang lain serta para penonton. Jaringan komunikasi itumembolehkan kami saling bertukar idea dan ilmu pengetahuan. Malahan, fikiran sayasentiasa berfikir secara kreatif bagi meningkatkan mutu video dan persembahansaya.Semoga saudara berpuas hati dengan penjelasan saya. Sekiranya saudara berminatuntuk menjadi penggiat Youtube, saya memberikan sokongan penuh kepada saudara.Saya berdoa agar apa-apa jua yang saudara cita-citakan akan tercapai denganjayanya.Sekian, terima kasih. Salam daripada saya.Yang benar,KhairolBahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad11


1 BabGrafik di bawah ini menunjukkan maklumat berkaitan dengan penggunaan aplikasi TikTok dalam kalangan masyarakat.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang impak aplikasi TikTok kepada masyarakat di negara kita.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Praktis 1 HuraianStatistik Pengguna TikTokdi Malaysia Mengikut Peringkat UmurSetakat Jun 20234035302520151050 Bawah 19 26 33 40 46 dan 18 hingga hingga hingga hingga ke atas 25 32 39 46Peringkat Umur Sumber: statista.comBERITA SETIAP DIMENSISelasa, 23 Januari 2024IMANDINA MOHD. SYAH, [email protected] Perlu Lebih Proaktif Mengekang Penyebaran Berita Palsu dan Unsur Pornografi – Muka surat 1112PRAKTIS SPM


1 BabBaca kedua-dua e-mel di bawah ini dengan telitinya. Anda dikehendaki untuk menjawab satu daripada e-mel di bawah ini. Tulis e-mel anda itu selengkapnya.Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.e-mel 1Salam sejahtera,Apa khabar, sahabatku? Saya berharap agar kamu dan keluarga berada dalamkeadaan sihat dan ceria.Saya mendapat tahu bahawa kamu terpilih untuk mewakili sekolah pada peringkatnegeri dalam pertandingan bola sepak bawah umur 18 tahun. Tahniah saya ucapkan.Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk kamu sampai pada peringkat tersebut.Sudilah kamu menceritakan pengalaman tersebut kepada saya.Sahabatmu,NazmiDaripada [email protected] [email protected] Pengalaman Mewakili Pasukan Bola Sepak pada Peringkat Negerie-mel 2Salam sejahtera, sahabatku.Apa khabar? Semoga kamu dalam keadaan sihat sejahtera.Saya mendapat tahu bahawa kamu serta dua rakan lain telah tersesat di dalamhutan semasa ekspedisi mendaki Gunung Angsi menerusi kiriman status yang dimuatnaik di aplikasi Facebook kamu. Saya berasa sungguh simpati.Sudilah kamu bercerita kepada saya tentang pengalaman kamu sesat di dalam hutantersebut sehinggalah dijumpai oleh pasukan penyelamat.Sahabatmu,NadiaDaripada [email protected] [email protected] Pengalaman Sesat di HutanPraktis 2 E-melBahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad13


2 BabBAB2 Karangan ResponsTerbukaPeta KonsepPodcast 214Markah: 70 markahEmpat soalan dikemukakan dan wajib menjawab satu soalanPanjang karangan antara 350 hingga 500 patah perkataanKertas 1103/1 Bahagian BKarangan Berformat Karangan Tidak Berformat• Surat kiriman rasmi • Perbincangan• Surat kiriman tidak rasmi • Pendapat• Laporan • Fakta• Berita/ Rencana akhbar • Peribahasa/ Cogan kata• Dialog/ Wawancara/ Forum • Ulasan• Syarahan/ Ceramah/ Ucapan/ PerbahasanBentuk Karangan SPMMasa yang dicadangkan:1 jam 30 minitTema/ Isu• Alam Sekitar dan Teknologi Hijau• Bahasa dan Kesusasteraan• Ekonomi, Keusahawanan, dan PengurusanKewangan• Integriti• Jati Diri, Patriotisme, dan Kewarganegaraan• Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika• Kekeluargaan• Kemasyarakatan• Keselamatan• Kesihatan dan Kebersihan• Pelancongan• Pendidikan• Pengangkutan• Pentadbiran dan Politik• Perindustrian• Pertanian, Penternakan, danPerikanan• Sejarah dan Warisan


2.1 Panduan Umum1. Empat soalan yang mencakupi semua standard kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM dikemukakan.2. Anda hendaklah menjawab satu soalan sahaja daripada empat soalan yang diberikan.3. Setiap soalan tersebut mengandungi pernyataan dan arahan soalan berdasarkan domain-domain tertentu. Antara domain tersebut ialah domain awam, domain peribadi, domain pendidikan, dan domain kerjaya.4. Markah untuk soalan karangan ialah 70 markah dan cadangan masa yang diperuntukkan ialah satu jam tiga puluh minit.5. Panjang karangan hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.6. Jenis-jenis karangan yang disoal boleh terdiri daripada:(a) Karangan berformat(i) Surat kiriman rasmi(ii) Surat kiriman tidak rasmi(iii) Wawancara/ Temu ramah/ Dialog(iv) Perbahasan(v) Laporan (vi) Ceramah/ Ucapan/ Syarahan/ Taklimat(vii) Berita/ Rencana(b) Karangan tidak berformat(i) Fakta(ii) Pendapat(iii) Perbincangan(iv) Ulasan(v) Peribahasa/ Cogan kata7. Karangan anda hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:(a) Pendahuluan(b) Isi-isi(d) Penutup 8. Untuk memperoleh markah yang baik, patuhilah aspek-aspek penilaian yang berikut:(a) Karangan bertepatan dengan tajuk atau kehendak soalan.(b) Struktur ayat betul dan mudah difahami, tiada kesalahan tatabahasa, penggunaan kosa kata tepat dan luas, serta menggunakan penanda wacana yang tepat.(c) Karangan diolah dengan menariknya.(d) Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.(e) Menggunakan peribahasa, ungkapan menarik, atau kata-kata hikmat yang sesuai.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka152 Bab


2.2 Panduan Menjawab1. Setiap soalan mengandungi stimulus atau pernyataan daripada mana-mana sumber tentang sesuatu isu.2. Baca dan fahami semua stimulus dan soalan yang diberikan dengan telitinya.3. Catatkan isi-isi yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Kemukakan sekurang-kurangnya tiga isi. Mulakan dengan isi yang paling penting kepada isi yang kurang penting.4. Bina rangka karangan anda mengikut susunan yang berikut:(a) Pendahuluan – Tulis pendahuluan mengikut kesesuaian tajuk, jenis karangan, dan pengetahuan anda sama ada dengan:(i) mengemukakan pendapat orang lain atau pendapat sendiri(ii) memberikan definisi tentang tajuk karangan(iii) mengemukakan persoalan(iv) memberikan gambaran atau suasana(v) mengemukakan kata-kata kiasan atau peribahasa(vi) mengemukakan dialog atau sebagainya(b) Isi-isi – Nyatakan isi utama dan diikuti oleh huraian isi dengan disertai contohatau bukti dengan jelasnya. Selitkan peribahasa, ungkapan menarik, atau katakata hikmat yang sesuai. (c) Penutup – Berikan rumusan bagi semua isi, buat penegasan tentang isi atau tajuk karangan, dan berikan saranan dan pandangan untuk menyimpulkan isi-isi anda.5. Pastikan keseluruhan karangan anda sekurang-kurangnya mempunyai lima perenggan, iaitu satu perenggan pendahuluan, tiga perenggan isi, dan satu perenggan penutup.6. Semak karangan anda dari segi ejaan, tanda baca, ayat, imbuhan, dan bahasa.2.3 Surat Kiriman Rasmi1. Format surat kiriman rasmi adalah seperti yang berikut:(a) Alamat penuh pengirim ditulis di sudut atas sebelah kiri surat.(b) Garis panjang melintang di bawah alamat pengirim.(c) Nama atau jawatan penerima (jika ada) dan alamat penuh penerima di bawah garis melintang. Garis alamat terakhir penerima.(d) Tarikh ditulis di sebelah kanan surat dan sebaris dengan alamat terakhir penerima. Nama bulan ditulis dengan huruf besar. Bubuh tanda noktah selepas tahun.(e) Selangkan satu baris, kemudian tulis panggilan hormat penerima, seperti Dato’, Datin, Tuan, Puan, dan sebagainya di bawah alamat terakhir penerima. Bubuh tanda koma di hujung panggilan hormat penerima.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka162 Bab


(f) Selangkan satu baris, kemudian tulis perkara dalam huruf besar bagi setiap awal perkataan dan garis di bawahnya. (g) Mulakan perenggan pertama dan perenggan terakhir dari tepi surat. (h) Bagi perenggan kedua dan yang lain-lain, berikan nombor.(i) Selangkan tiga baris dari perenggan terakhir. Tulis pengakuan pengirim di sebelah kiri seperti Yang benar, Yang menurut perintah, atau sebagainya. Bubuh tanda koma di akhir pengakuan pengirim.(j) Bubuh tandatangan pengirim di bawah pengakuan tersebut.(k) Tulis nama penuh pengirim dengan huruf besar di dalam kurungan di bawah tandatangan. (l) Tulis jawatan dan persatuan yang diwakili oleh pengirim (jika ada) di bawah namanya.2. Gunakan bahasa yang baku dan sopan. 3. Elakkan daripada menggunakan peribahasa dan kata-kata ungkapan.Contoh Mirip SPMDomain AwamMenteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, “Penganjuran pameran jualan dan promosi barangan buatan tempatan secara terus kepada pengguna dapat meningkatkan kesedaran pengguna tentang kewujudan produk tempatan dan sekali gus menggalakkan pembeliannya. Kementerian berhasrat untuk membantu pengusaha tempatan dalam memasarkan dan memperluas produk dan perkhidmatan mereka selain memberikan dorongan kepada pengusahapengusaha tempatan dalam menghasilkan produk tempatan yang setanding produk import.”Sumber: Sinar Harian, 24 Ogos 2020Petikan akhbar di atas tentang langkah proaktif yang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran pengguna tentang kewujudan produk tempatan dan sekali gus menggalakkan pembeliannya. Sebagai salah seorang peniaga yang terlibat dalam sektor peruncitan, anda ingin mempromosikan produk terbaharu keluaran syarikat anda kepada umum melalui penyertaan dalam pameran produk tempatan tidak lama lagi. Oleh itu, anda ingin menulis sepucuk surat kepada pihak penganjur bagi memohon untuk menyertai pameran tersebut.Tulis surat tersebut selengkapnya.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka172 Bab


Syarikat Berkat,Lot 32, Jalan Bali,32040 Seri Manjung,Perak Darul Ridzuan.Pengerusi,Persatuan Peniaga Daerah Seri Iskandar,Bandar Seri Iskandar,32600 Bota,Perak Darul Ridzuan. 26 JANUARI 20XX.Tuan,Memohon untuk Menyertai Pameran Produk TempatanDengan hormatnya perkara di atas dirujuk.2. Syarikat kami merupakan sebuah syarikat milik bumiputera yang telah beroperasi sejak lima tahun yang lalu. Kini, syarikat kami giat menghasilkan pelbagai produk berasaskan hasil pertanian. Oleh itu, kami ingin mengambil peluang untuk menyertai Pameran Produk Tempatan yang pihak tuan anjurkan.3. Terlebih dahulu kami ingin merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kerana pihak tuan dapat menganjurkan pameran ini dalam usaha membantu para usahawan, khususnya usahawan bumiputera untuk mengetengahkan produk syarikat masingmasing. Kami yakin bahawa pameran seumpama ini akan dapat menjanakan pendapatan para usahawan. Malah pameran ini akan menjadi batu loncatan kepada usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka pada masa akan datang. 4. Antara tujuan kami memohon untuk menyertai pameran tersebut adalah untuk mempromosikan tiga produk terbaharu syarikat kami. Produk tersebut ialah snek nangka, jem nangka, dan biskut nangka. Syarikat kami memilih produk berasaskan nangka kerana kami yakin bahawa buah tempatan tersebut mampu dikomersialkan oleh sebab rasanya yang enak, selain berkhasiat. Kami menjangkakan semua produk itu akan dapat diketengahkan hingga peringkat antarabangsa memandangkan banyak hasil produk beberapa buah syarikat bumiputera yang telah menjangkau peringkat global.5. Untuk makluman pihak tuan, produk baharu itu menggunakan teknologi terkini, namun masih mengekalkan keaslian rasanya. Produk tersebut juga dihasilkan mengikut piawaian dan kualiti yang terkawal serta menepati peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Bahan yang digunakan bagi menghasilkan produk itu asli dan tidak dicampur dengan bahan kimia yang dapat memudaratkan kesihatan pengguna. Produk yang syarikat kami hasilkan itu suci dan halal. Oleh itu, pengguna tidak perlu waswas apabila menikmatinya. Di samping itu, kami telah menggunakan kaedah pembungkusan yang menarik dan bermutu supaya hasil produk kekal berkhasiat. Kami percaya bahawa produk tersebut akan mendapat permintaan yang menggalakkan daripada orang ramai.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka182 Bab


6. Kami berjanji akan mematuhi segala peraturan yang pihak tuan tetapkan sepanjang pameran tersebut berlangsung. Kami juga akan sentiasa memantau aktiviti penjualan syarikat kami sepanjang pameran tersebut agar perjalanan pameran berjalan dengan lancarnya. Pelbagai promosi akan kami adakan untuk menarik orang ramai mengunjungi gerai kami kelak. Kami juga akan memperkenalkan harga promosi bagi semua produk keluaran syarikat kami.7. Kami benar-benar berharap agar pihak tuan dapat memberikan peluang kepada syarikat kami untuk menyertai pameran tersebut kerana hal ini pasti akan membuka ruang kepada syarikat kami untuk terus maju dalam menghasilkan produk tempatan dan seterusnya memajukan bidang industri kecil dan sederhana. Usaha yang pihak tuan lakukan ini akan memberikan banyak faedah kepada para usahawan yang berjiwa besar dalam memacu bidang pertanian sebagai satu industri.8. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan jawapan dengan kadar segera agar kami dapat membuat persediaan yang rapi sebelum pameran bermula. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.Sekian, terima kasih.Yang benar, Nasir ................................................(NASIR BIN ABDULLAH) Pengurus Promosi dan Pemasaran,Syarikat Berkat.2.4 Surat Kiriman Tidak Rasmi1. Format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti yang berikut:(a) Alamat penuh pengirim dan tarikh ditulis di sudut atas sebelah kanan surat.(b) Selangkan satu atau dua baris dari tarikh. Tulis pembuka kata ke dalam sedikit.(c) Kata ganti nama diri penerima, seperti Saudara, Saudari, Kakanda, Nenda, dan lain-lain ditulis di sebelah kiri surat.(d) Tulis isi surat mengikut perenggan, iaitu satu isi dalam satu perenggan.(e) Tulis penutup surat sejajar dengan pembuka kata.(f) Selang satu atau dua baris dari penutup. Tulis pengakuan pengirim di sebelah kanan seperti Yang benar, Yang ikhlas, atau sebagainya. (g) Bubuh tandatangan pengirim di bawah pengakuan tersebut.2. Gunakan bahasa yang baku dan sopan. 3. Anda digalakkan untuk menggunakan peribahasa dan kata-kata ungkapan yang menarik.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka192 Bab


Contoh Mirip SPMDomain PeribadiWaktu remaja merupakan waktu kritikal bagi seseorang remaja kerana remaja mula mencari identiti dan mengenal erti kehidupan sebelum menginjak dewasa. Ketika ini, golongan remaja cenderung untuk mencuba sesuatu perkara baharu seperti mempunyai pasangan, berfesyen, dan mencuba aktiviti atau sesuatu yang sedang menular dalam kalangan mereka, termasuklah rokok. Golongan remaja juga antara golongan yang mudah terpengaruh. Fasa hidup mereka ketika ini banyak dihabiskan dengan rakan-rakan. Berkawan dengan rakan yang menghisap rokok mempengaruhi mereka cenderung untuk mencubanya. Rokok juga mungkin dilihat sebagai lambang kematangan dan gaya. Sesetengah remaja mungkin terjebak dengan rokok kerana takut kehilangan rakan atau mengikut tabiat yang diamalkan oleh kumpulan rakan kerana takut disisihkan.Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ketahui Punca Individu Terjebak dengan Rokok & Langkah Mengelakkannya’ oleh Nabil Nur Aiman Jasman, Doctor Oncall, 8 Februari 2021Petikan laman web adalah tentang punca remaja terjebak dengan aktiviti merokok. Anda mendapat tahu bahawa rakan anda yang sedang menuntut di sebuah sekolah mula merokok. Anda ingin menulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menasihatinya agar berhenti daripada merokok dengan mencadangkan beberapa langkah untuk menghentikan perbuatan tersebut.Tulis surat tersebut selengkapnya.491, Kampung Bidara,24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman.20 April 20XX. Ke hadapan sahabatku, Faris Iman yang kini berada di Kuala Lumpur dengan selamatnya.Saudara,Apa khabar, saudara? Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya warkah ini mengganggu ketenteraman saudara. Bagaimanakah pembelajaran saudara sekarang? Harapan saya agar saudara tekun menghadapi pembelajaran di kolej. Bagi diri saya di sini sihat sejahtera.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka202 Bab


Saudara,Baru-baru ini saya mendapat tahu daripada rakan-rakan kita bahawa saudara mula berjinak-jinak dengan perbuatan merokok. Saya agak terkejut dan sedih apabila mendapat khabar tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana saudara yang saya kenal sangat berdisiplin dan tidak mudah terpengaruh oleh gejala negatif seperti itu. Sayang seribu kali sayang. Kini, saudara pula yang merokok. Saya amat yakin bahawa saudara sendiri maklum bahawa merokok dapat membahayakan kesihatan, selain membazirkan wang. Mungkin saudara tidak mengetahui cara-cara untuk menghentikan perbuatan negatif ini. Oleh itu, izinkanlah saya mencadangkan beberapa langkah yang dapat saudara lakukan untuk menghentikan perbuatan merokok. Saya bukanlah hendak menjaga tepi kain orang. Namun begitu, sebagai rakan saudara, saya sangat sayang akan saudara dan ingin menasihati saudara supaya tidak terus terjerumus dalam kegiatan yang tidak elok ini. Saudara,Saya ingin menyarankan saudara agar berhenti daripada merokok secara beransur-ansur dengan cara mengurangkan jumlah rokok yang dihisap setiap hari. Sekiranya saudara ingin merokok, lakukanlah perbuatan yang berfaedah seperti bersukan, beriadah, membaca majalah, menonton televisyen, atau sebagainya supaya fikiran dan keinginan saudara terhadap rokok dapat disekat. Binalah keazaman dan keyakinan diri yang tinggi bahawa saudara mampu menghentikan amalan merokok. Jika saudara mencuba langkah ini saban hari, sudah tentu akhirnya saudara berjaya. Di samping itu, saudara boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang cara-cara berhenti daripada merokok. Saya yakin bahawa doktor sentiasa bersedia untuk membantu perokok seperti saudara kerana mereka sangat arif tentang keburukan merokok. Patuhilah panduan yang diberikan oleh doktor. Usahlah saudara malu untuk bertanya apa-apa kemusykilan yang saudara hadapi kepada doktor tersebut demi kesihatan saudara sendiri. Saya yakin bahawa saudara akan dapat menghentikan amalan merokok jika saudara sentiasa mengikut nasihat doktor.Selain itu, saya mencadangkan saudara mendapatkan rawatan alternatif tentang cara-cara berhenti daripada merokok yang kian menjadi amalan masyarakat pada masa ini. Sepanjang pengetahuan saya, terdapat pelbagai produk dan keadah rawatan yang terdapat di pasaran. Saudara boleh bertanya kepada rakan-rakan lain, melayari Internet, dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang rawatan alternatif tersebut. Buatlah pilihan yang saudara anggap bersesuaian dengan saudara agar saudara dapat menghentikan amalan merokok.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka212 Bab


Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengambil kira kos rawatan supaya wang yang saudara laburkan itu berbaloi dengan usaha saudara.Sebagai penghujung kata, sekali lagi saya merayu saudara agar menghentikan amalan merokok. Ingatlah akan ibu bapa saudara yang memberikan wang setiap bulan kepada saudara dengan harapan saudara menggunakan wang tersebut untuk menimba ilmu demi masa depan saudara, keluarga, bangsa, dan negara. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudara. Sekian, terima kasih.Sahabatmu,Asyraf 2.5 Wawancara/ Temu Ramah/ Dialog1. Format wawancara, temu ramah, dan dialog adalah seperti yang berikut:(a) Pendahuluan wawancara dan temu ramah dimulakan dengan memberikan keterangan ringkas tentang orang yang diwawancara atau ditemu ramah, tempat, dan masa. Bagi karangan dialog, nyatakan situasi sebelum dialog bermula dan orang yang terlibat.(b) Tulis nama orang yang bercakap di sebelah kiri dan bubuh tanda titik bertindih selepas namanya. Kemudian, tulis percakapan orang tersebut.2. Semua pihak yang berbual dalam wawancara, temu ramah, dan dialog mestilah saling bertanya dan memberikan jawapan atau pendapat.3. Bagi karangan wawancara, bahasa hendaklah formal, baku, sesuai, dan ringkas.4. Bagi karangan dialog, gunakan ayat yang mudah dan ringkas.5. Elakkan daripada menggunakan bahasa yang kasar, bahasa daerah, ayat yang menyalahi hukum tatabahasa, dan kata singkatan.6. Anda digalakkan untuk menggunakan peribahasa dan kata-kata ungkapan yang menarik.Contoh Mirip SPM“Kejayaan anak-anak ialah kejayaan ibu bapa dalam memberikan didikan awal dari rumah. Selain didikan guru-guru di sekolah, ibu bapalah yang memainkan peranan mendidik anak-anak di rumah dari peringkat awal sehinggalah memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran di sekolah. Oleh itu, apabila sudah mengecapi kejayaan, jangan sombong kepada ibu bapa.”Dipetik daripada ucapan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan, Ramlan Jagah, Utusan Borneo, 28 Oktober 2019Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka222 Bab


Sebagai respons terhadap petikan ucapan di atas, anda berkesempatan untuk menemu ramah bapa seorang murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan baru-baru ini. Dalam temu ramah tersebut, anda meminta pandangannya tentang peranan ibu bapa dalam mendorong kejayaan anak-anak.Tulis temu ramah tersebut selengkapnya.Semasa murid-murid dan sebahagian ibu bapa di Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Mahkota menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, saya berada di sekolah tersebut untuk meninjau keadaan, selain menemu ramah beberapa orang murid dan ibu bapa tentang keputusan tersebut. Saya berkesempatan untuk menemu ramah bapa seorang murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Yang berikut merupakan hasil temu ramah saya dengan Encik Supian bin Nordin, iaitu bapa Norshila binti Supian yang mendapat keputusan 12 A+ dalam peperiksaan itu.Wartawan: Selamat pagi, Encik Supian. Tahniah atas kejayaan anak encik.Encik Supian: Selamat pagi. Terima kasih. Wartawan: Saya dimaklumkan bahawa anak encik, iaitu Norshila binti Supian antara murid terbaik sekolah ini dalam peperiksaan SPM yang lalu. Apakah perasaan encik sejurus mengetahui perkara ini?Encik Supian: Saya sangat bersyukur dan gembira apabila mendapat tahu bahawa anak saya mendapat keputusan yang cemerlang. Kejayaannya itu berkat ketekunan dan kegigihannya dalam mengulang kaji pelajaran, selain dorongan yang tidak putusputus daripada kami sekeluarga.Wartawan: Memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan dalam membantu kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Berhubung dengan perkara ini, boleh encik jelaskan usaha encik sendiri dalam mendorong kejayaan anak-anak encik, termasuk Norshila?Encik Supian: Sebagai bapa, saya mengambil berat tentang pelajaran semua anak saya dengan memastikan mereka hadir ke sekolah kecuali ketika sakit atau ada hal yang tidak dapat dielakkan. Bagi saya dan isteri, ponteng sekolah tidak ada dalam diari kehidupan kami. Di samping itu, saya juga meminta anak-anak membuat jadual waktu belajar mereka sendiri di rumah agar masa dapat digunakan sebaikbaiknya kerana masa itu emas. Namun begitu, hal ini tidaklah bermaksud anak-anak saya belajar setiap masa.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka232 Bab


Wartawan: Selain pengurusan masa, apakah yang encik lakukan bersama isteri bagi memberikan galakan kepada anakanak dalam pelajaran? Encik Supian: Sebagai galakan supaya anak-anak mencipta kejayaan dalam pelajaran, kami mengeluarkan wang untuk membeli buku-buku rujukan dan latihan kepada mereka. Dengan demikian, mereka mudah mengulang kaji pelajaran. Sebagai tambahan, mereka mengikuti tuisyen bagi subjek tertentu. Hal ini bukanlah bermakna kami menganggap guru-guru di sekolah kurang memberikan ilmu atau tidak bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu, tetapi kami ingin memastikan anak-anak kami mendapat maklumat dan latihan tambahan. Di samping itu, kami menggalakkan mereka membaca pelbagai bahan bacaan yang berfaedah sejak kecil lagi, bak kata orang, membaca jambatan ilmu. Tidak lupa juga kami sentiasa berdoa dan bersembahyang hajat agar Tuhan memakbulkan hasrat kami untuk melihat mereka berjaya.Wartawan: Saya dapati pelbagai usaha telah encik ambil dalam membantu kejayaan anak-anak. Sebelum menutup perbualan, apakah pesanan encik kepada ibu bapa yang lain dalam mendorong kejayaan anak masing-masing?Encik Supian: Selain mencurahkan kasih sayang, setiap ibu bapa haruslah mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka agar dapat menuntut ilmu dengan baiknya.Wartawan: Terima kasih atas kesudian encik ditemu ramah. Semoga pesanan encik menjadi panduan kepada ibu bapa lain.Encik Supian: Sama-sama. Mudah-mudahan begitu.2.6 Perbahasan1. Format perbahasan berbentuk pertandingan adalah seperti yang berikut:(a) Pendahuluan berbentuk kata alu-aluan kepada hadirin mengikut tingkat kedudukan hadirin (termasuk hakim pertandingan).(b) Tulis kata penghadapan, seperti Hadirin sekalian selepas pendahuluan dan di antara perenggan.(c) Tulis isi-isi mengikut keutamaan dengan memberikan huraian dan contoh yang bersesuaian.(d) Akhiri perbahasan dengan kesimpulan dan ucapan terima kasih.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka242 Bab


2. Sekiranya anda peserta pertama dalam pertandingan perbahasan, berikan definisi tajuk selepas pendahuluan.3. Sekiranya anda peserta kedua atau ketiga dalam pertandingan perbahasan, bidas hujah pihak lawan dalam mana-mana perenggan teks perbahasan anda.4. Sekiranya anda penggulung dalam pertandingan perbahasan, huraikan isi-isi penting secara ringkas dan bidas hujah pihak lawan dalam mana-mana perenggan teks perbahasan anda.5. Bagi perbahasan bukan berbentuk pertandingan, buat pilihan sama ada anda:(a) menyokong pernyataan dalam tajuk/soalan atau(b) membangkang pernyataan dalam tajuk/soalan atau(c) menyokong dan membangkang pernyataan dalam tajuk/soalan.6. Bahasa hendaklah baku, sesuai, dan tepat. Anda digalakkan untuk menggunakan peribahasa dan kata-kata ungkapan yang menarik.Contoh Mirip SPMSektor pertanian memainkan peranan penting dalam ekonomi negara melalui sumbangannya kepada pendapatan negara dan perolehan eksport serta mewujudkan peluang pekerjaan. Sektor ini merupakan pembekal utama makanan dan bahan mentah untuk industri berasaskan sumber. Selari dengan peranan utamanya, kerajaan terus-menerus mengambil langkah pelarasan bagi mempercepat daya saing sektor ini agar membolehkannya menghadapi cabaran baharu pada tahap domestik dan antarabangsa.Sumber: https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/Pertanian.pdfPetikan di atas menunjukkan kepentingan dan sumbangan sektor pertanian di negara kita. Anda terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan peringkat daerah sebagai pihak pencadang. Tajuk perbahasan itu ialah “Sektor pertanian memainkan peranan penting dalam menjanakan ekonomi negara”.Sediakan teks perbahasan anda selengkapnya.Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang sentiasa menjunjung keadilan, barisan pihak pembangkang, dan para hadirin sekalian. Kami selaku pihak pencadang amat menyokong tajuk perbahasan kita pada petang ini, iaitu “Sektor pertanian memainkan peranan penting dalam menjanakan ekonomi negara”.Selaku pencadang pertama, eloklah saya mendefinisikan tajuk perbahasan kita ini sebelum mengutarakan hujah-hujah saya. Sektor pertanian bermaksud bidang yang melibatkan tanaman, perikanan, dan penternakan, manakala maksud kata-kata memainkan peranan penting dalam menjanakan ekonomi negara ialah menjalankan tugas yang lebih besar dalam menghasilkan pendapatan tanah air.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka252 Bab


Hujah pertama saya untuk menyokong tajuk perbahasan kita ialah kesesuaian iklim dan tanah di negara kita mampu menghasilkan tanaman komersial untuk kegunaan tempatan dan eksport. Bumi Malaysia yang beriklim khatulistiwa mempunyai tanah yang subur untuk pelbagai tanaman seperti getah, kelapa sawit, padi, dan lain-lain. Sejak zaman-berzaman penduduk negara ini menceburi bidang pertanian, bermula dengan sistem tanaman sara diri hingga projek-projek mega pertanian yang bersifat komersial. Malaysia juga mengeksport komoditi pertanian untuk keperluan dunia luar. Buktinya, sektor pertanian telah mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar getah asli utama dunia hingga tahun 1980-an. Maka, jelaslah bahawa sektor pertanian telah memberikan sumbangan terhadap ekonomi negara.Hujah saya yang kedua ialah sektor pertanian sumber penting pendapatan rakyat di luar bandar. Penubuhan institusi pembangunan kawasan, penyatuan, dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA, dan agensi-agensi pembangunan wilayah telah mempergiat dan memperluas pembukaan tanah baharu di luar bandar sekali gus memberikan peluang ekonomi kepada penduduk. Kini, Perdana Menteri menyatakan bahawa tanah lapang di petempatan FELDA ditanam dengan lada, terung, bunga kantan, dan pisang. FAMA pula membantu untuk memasarkan hasil tanaman tersebut. Bukti ini jelas menunjukkan bahawa sektor pertanian memainkan peranan dalam meningkatkan pendapatan penduduk sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan, malahan memacu ekonomi negara.Hadirin yang dihormati,Saya sebagai pihak pencadang sekali lagi ingin menyatakan pendirian kami bahawa sektor pertanian memainkan peranan penting dalam menjanakan ekonomi negara. Melalui aplikasi teknologi serta penemuan penyelidikan dan pembangunan (R&D), beberapa bidang dan produk baharu telah diperkenalkan serta dimajukan bagi mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi. Antara sumber pertumbuhan baharu yang dikenal pasti ialah pembangunan pusat makanan halal, haiwan eksotik, produk bioteknologi seperti kultur sel, produk herba, dan makanan ternakan atau bahan tambahan makanan ternakan. Penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur, dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang diadakan saban tahun menjadi medan untuk masyarakat membeli produk tersebut. Hasil jualan tersebut dapat menjanakan ekonomi negara.Oleh sebab masa mencemburui saya, izinkan saya mengundur diri namun rakan-rakan saya akan meneruskan perjuangan kami bagi membuktikan bahawa sektor pertanian sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam menjanakan ekonomi negara. Sekian sahaja hujah-hujah saya dan saya akhiri dengan lafaz terima kasih.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka262 Bab


2.7 Laporan1. Format laporan adalah seperti yang berikut:(a) Tulis tajuk di tengah-tengah halaman dan garis. Gunakan huruf besar pada setiap awal perkataan kecuali kata hubung, kata sendi, dan kata sandang.(b) Tulis isi-isi laporan dengan memasukkan maklumat tentang tarikh, masa, dan tempat berlakunya peristiwa yang hendak dilaporkan berserta huraian ringkas.(c) Tulis pengakuan pelapor di bahagian kiri seperti Yang menjalankan tugas, selepas perenggan akhir dan diikuti oleh tanda koma. (d) Tulis tarikh sebaris dengan pengakuan pelapor. Nama bulan ditulis dengan huruf besar.(e) Bubuh tandatangan di bawah pengakuan pelapor.(f) Tulis nama pelapor dengan huruf besar dan letak di dalam kurungan di bawah tandatangan.(g) Tulis jawatan pelapor di bawah nama pelapor dan bubuh tanda koma di hujungnya berserta nama persatuan dan bubuh tanda titik.2. Bahasa hendaklah baku, sesuai, dan tepat.3. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan peribahasa dan kata-kata ungkapan yang menarik.Contoh Mirip SPMPerpustakaan Negara Malaysia (PNM) ialah agensi yang bertanggungjawab untuk menyimpan koleksi khazanah ilmu pada peringkat kebangsaan untuk generasi masa ini dan masa hadapan. PNM telah ditubuhkan pada tahun 1966. Ketika itu, PNM hanyalah sebuah unit di bawah Arkib Negara yang berperanan kecil untuk melaksanakan Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966 dan penerbitan Bibliografi Negara Malaysia. Perpustakaan Negara mula membuka Bahagian Rujukan kepada orang awam selepas Akta Perpustakaan Negara 1972 diluluskan. Bangunan PNM mencerminkan keperibadian Malaysia yang melambangkan pencapaian intelektual. Konsep reka bentuknya berasaskan tengkolok tradisional Melayu sementara konsep minda pula mempengaruhi seni bina dalaman. Suasana ruang melambangkan gerakan fakulti intelek yang terbuka luas. Bangunan ini siap dibina dan dirasmikan pada tahun 1992.Sumber: WikipediaPetikan di atas memberikan penerangan tentang Perpustakaan Negara. Lembaga pengawas pusat sumber sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Negara. Sebagai setiausaha, anda dikehendaki untuk menulis laporan lengkap tentang lawatan tersebut.Sediakan laporan anda itu selengkapnya.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka272 Bab


Laporan Lawatan Lembaga Pengawas Pusat Sumber Sekolah kePerpustakaan Negara Lembaga Pengawas Pusat Sumber Sekolah Menengah Seri Pantai telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Negara pada 24 Mac 20XX yang lalu. Lawatan tersebut disertai oleh 16 orang pengawas pusat sumber dan tiga orang guru penasihat. Lawatan ini merupakan lanjutan daripada aktiviti tahunan yang telah dirancang oleh pihak pusat sumber sekolah sejak awal tahun. Selain memberikan pendedahan kepada para peserta, lawatan ini juga bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan maklumat berkaitan dengan perpustakaan di samping menjalinkan kerjasama antara sekolah dengan Perpustakaan Negara.Pada hari yang ditetapkan, semua peserta lawatan berkumpul di hadapan sekolah. Kami bertolak ke Perpustakaan Negara yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dengan bas yang disewa khas pada pukul 7:45 pagi. Rombongan kami tiba di Perpustakaan Negara pada pukul 9:15 pagi. Ketibaan rombongan kami disambut mesra oleh pegawai yang bertugas. Kami kemudiannya dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat ringkas.Dalam taklimat tersebut, pegawai bertugas menerangkan sejarah penubuhan, visi, misi, dan objektif Perpustakaan Negara secara ringkas. Kami juga diberikan penjelasan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Negara kepada orang awam dan pihak penerbit. Selepas mendengar taklimat, kami dibawa ke bilik lain untuk minum pagi. Setelah itu, kami melawat ke beberapa bahagian di dalam Perpustakaan Negara. Mulanya kami melawat bahagian koleksi buku dan bahan bacaan lain. Pegawai bertugas memberikan penerangan tentang koleksi tersebut dan cara mencari maklumat koleksi tersebut. Kemudian, kami dibawa pula ke bahagian pinjaman buku. Kami memperoleh maklumat tentang prosedur menjadi ahli perpustakaan dan cara-cara membuat pinjaman yang amat penting kepada kami sebagai panduan dalam melaksanakan tugas kami kelak. Bahagian-bahagian lain yang kami lawati ialah bahagian bahan visual, dokumentasi, dan keratan akhbar. Kami juga diberikan penerangan tentang kaedah terbaharu mencari bahan melalui Internet. Kami tertarik akan kaedah tersebut kerana mudah dan pantas. Lawatan kami berakhir pada pukul 1:30 tengah hari. Sebelum pulang, kami telah diberikan risalah tentang Perpustakaan Negara setiap seorang. Banyak pengetahuan yang kami peroleh daripada lawatan tersebut dan akan kami aplikasikan dalam menjalankan tugas kami kelak. Lawatan tersebut mencapai matlamatnya dan patut diteruskan pada masa akan datang.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka282 Bab


Disediakan oleh, 28 MAC 20XX. Aida ..................................................(NORAIDA BINTI ROSLI)Setiausaha Lembaga Pusat Sumber,Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai.2.8 Syarahan/ Ceramah/ Ucapan/ Taklimat1. Format syarahan/ ucapan/ ceramah/ taklimat adalah seperti yang berikut:(a) Tulis pendahuluan yang berupa kata alu-aluan mengikut tingkat kedudukan hadirin termasuk hakim (bagi karangan syarahan yang berbentuk pertandingan).(b) Tulis isi yang dimulakan dengan definisi tajuk (bagi karangan syarahan dan ceramah) atau tujuan majlis diadakan (bagi karangan ucapan). Kemudian, tulis isi-isi yang berikutnya.(c) Gunakan kata panggilan hormat yang diselang-selikan antara perenggan mengikut kesesuaian. Contohnya, Hadirin yang dihormati, Tuan-tuan dan puan-puan, dan sebagainya.(d) Tulis penutup, iaitu kesimpulan, harapan kepada hadirin, ucapan memohon maaf, dan ucapan terima kasih.2. Bahasa yang digunakan dalam penulisan karangan syarahan, ceramah, ucapan, dan taklimat adalah formal.3. Penggunaan ungkapan yang menarik dan peribahasa digalakkan agar tidak menjemukan hadirin yang mendengar.Contoh Mirip SPM“Tahniah kepada atlet dan pasukan negara. Kejayaan ini hasil kerja keras semua yang terbabit termasuklah jurulatih, pengurusan, persatuan sukan kebangsaan, pasukan Majlis Sukan Negara, dan Institut Sukan Negara, serta mereka yang bekerja di belakang tabir. Saya sentiasa percaya bahawa sukan ialah medan kebersamaan kita. Saya juga percaya akan kebolehan dan kemampuan atlet kita. Semangat enggan mengalah dan semangat untuk negara menjadi azimat kemaraan mereka untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.” Dipetik daripada ucapan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Cakap Sukan, 29 Mac 2021Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka292 Bab


Sebagai respons terhadap petikan ucapan di atas, anda selaku guru sukan diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis bagi meraikan kejayaan para atlet sekolah anda yang telah menjadi johan peringkat daerah.Tulis teks ucapan anda itu sepenuhnya.Salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih saudara pengerusi majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Rafie bin Abdullah, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hassan, Encik Abdul Shukur bin Abdul Rahman, Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru, dan atlet sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana saya diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan dalam majlis ini. Terima kasih juga saya ucapkan atas kehadiran semua dalam majlis ini. Hadirin sekalian,Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan kejayaan para atlet sekolah kita yang mencapai kejayaan cemerlang dalam pertandingan sukan peringkat daerah baru-baru ini. Untuk pengetahuan semua, kejayaan ini merupakan kejayaan terbesar dan paling membanggakan kerana sudah lima tahun sekolah kita tidak mencapai apa-apa kejayaan.Pasukan atlet sekolah kita telah menggenggam 26 butir pingat emas daripada 35 acara yang dipertandingkan. Selebihnya kita memperoleh lima butir pingat perak dan empat butir pingat gangsa. Sesungguhnya kejayaan tersebut tidak disangka. Atas kejayaan itulah sekolah kita diumumkan sebagai johan peringkat daerah pada tahun ini. Hadirin yang dihormati,Dalam kesempatan ini, saya dengan sukacitanya mengucapkan syabas kepada para atlet atas kecemerlangan prestasi yang dipamerkan dalam acara balapan dan acara padang. Malah dua orang atlet kita telah menggondol gelaran olahragawan dan olahragawati terbaik pada kali ini. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Saudara Afiq Nazmi dan Saudari Irma Nadia atas kejayaan kalian. Kejayaan ini hasil latihan dan usaha gigih saudara saudari dan atlet lain yang tidak mengenal penat lelah, bak kata orang, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sekali lagi, ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum kerana telah memberikan kerjasama untuk mencapai kejayaan ini.Saya berharap agar para atlet sekolah kita akan mengulangi kejayaan yang sama, malahan menggapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang kerana ada antara atlet yang akan mewakili daerah ke pertandingan sukan peringkat negeri. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan mereka. Harapan saya juga agar semua pihak sentiasa memberikan dorongan dan kerjasama kepada pasukan atlet sekolah kita demi mencapai kejayaan pada peringkat negeri.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka302 Bab


Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan tahniah kepada para atlet. Semoga kejayaan saudara saudari menjadi dorongan dan motivasi serta sebagai pembakar semangat kesukanan dalam kalangan murid di sekolah kita. Teruskan usaha gigih saudara saudari dalam bidang sukan. Saya akhiri ucapan saya dengan lafaz ribuan terima kasih.2.9 Berita/ Rencana Akhbar1. Format rencana adalah seperti yang berikut: (a) Tulis tajuk rencana di bahagian atas rencana.(b) Tulis nama penulis di bawah tajuk rencana.(c) Tulis isi-isi yang mengandungi fakta berserta huraian dan contoh. Isi utama hendaklah didahulukan, diikuti dengan isi-isi yang kurang penting.2. Format berita adalah seperti yang berikut: (a) Tulis tajuk berita di tengah-tengah halaman.(b) Tulis nama tempat dengan huruf besar dan diikuti tanda koma.(c) Tulis tarikh kejadian berlaku dan diikuti tanda sempang.(d) Tulis isi-isi yang berkaitan dengan kejadian dalam tiga hingga lima perenggan.(e) Tulis penutup berita.3. Gunakan gaya bahasa yang mudah, ringkas, dan padat supaya mudah difahami oleh pembaca.Contoh Mirip SPMSebarang kenaikan harga barang atau perkhidmatan merupakan tindakan yang tidak popular dan tidak disukai orang ramai kerana memberikan kesan kepada masyarakat. Ada ketikanya, kenaikan harga tidak dapat dielakkan berasaskan alasan tertentu, terutama peningkatan kos operasi, peningkatan atau persaingan harga di pasaran antarabangsa, permintaan dan penawaran serta faktor luar jangka yang lain. Kenaikan kos memerlukan pertimbangan rasional semua pihak kerana membabitkan dua pihak yang masing-masing mempunyai kepentingan. Keadaan ini jelas dalam perkhidmatan teksi, bas, kereta sewa, dan bas sekolah.Sumber: klik.com.my Berdasarkan petikan, tulis sebuah rencana akhbar tentang reaksi dalam kalangan penumpang pengangkutan awam.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka312 Bab


Tingkatkan Mutu Pengangkutan Seiring dengan Kenaikan TambangOleh: Siti Khadijah IsmailPengumuman tentang kenaikan tambang pengangkutan awam telah menimbulkan pelbagai reaksi terutama dalam kalangan pengguna perkhidmatan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana kita sering mendengar rungutan daripada pengguna tentang perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak memuaskan. Terdapat syarikat pengangkutan awam yang tidak menyediakan perkhidmatan yang selesa kepada pengguna dan tidak kurang pula yang mengabaikan keselamatan pengguna. Mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Keadaan lebih teruk jika terdapat hanya satu syarikat yang beroperasi di sesuatu kawasan kerana mereka seolah-olah menangguk di air keruh. Mahu tidak mahu pengguna di situ terpaksa menggunakan perkhidmatan tersebut.Bagi semua pengguna, kenaikan tambang baharu diharapkan seiring dengan peningkatan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam. Jika selama ini keadaan fizikal sesebuah kenderaan pengangkutan awam kurang memuaskan, diharapkan agar keadaan akan lebih baik kelak. Janganlah ada lagi bas yang bergerak perlahan atau mati enjinnya di tepi jalan dengan alasan seperti enjin terlalu panas, masalah brek, atau sistem pendingin hawa tidak berfungsi. Selain itu, pengguna juga berharap agar soal ketepatan masa dititikberatkan. Ketika ini, pengguna perkhidmatan bas sama ada bas hentihenti jarak dekat atau bas ekspres, transit aliran ringan, dan komuter sering merungut kerana masa perjalanan yang tidak ditepati. Keadaan lebih ketara pada waktu puncak, iaitu ketika orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja pada waktu pagi dan ketika mereka pulang dari tempat kerja pada waktu petang. Dalam soal ini, segelintir syarikat sistem pengangkutan awam mengambil langkah tersendiri dengan menyelesaikan masalah itu sekiranya rungutan orang ramai disiarkan dalam media massa. Jika tidak, masalah itu berlarutan.Kualiti perkhidmatan juga mengambil kira sistem pendingin hawa yang sering tidak berfungsi terutama bagi penumpang yang mengharungi perjalanan jauh. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan mereka berasa panas dan tidak selesa apatah lagi jika jumlah penumpang banyak, malahan menyebabkan emosi terganggu. Pengusaha pengangkutan awam diharapkan tidak mengambil enteng perkara ini kerana penumpang mengeluarkan wang yang banyak untuk tambang bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.Bagi perkhidmatan teksi pula, masalah pemandu teksi yang mengenakan tambang sesuka hati menjadi isu yang tiada kesudahan,selain masalah sikap pemandu yang kurang sopan serta enggan melalui kawasan-kawasan tertentu pada waktu sesak. Masalah seperti ini diharapkan akan segera berakhir dan tidak berulang. Pemandu teksi seharusnya lebih peka akan kehendak pengguna dan tidak mementingkan diri sendiri.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka322 Bab


Tegasnya, kita berharap agar pihak Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dapat memantau dan memberikan perhatian terhadap mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Jangan biarkan pengguna berhadapan dengan masalah pengangkutan awam yang tiada berkesudahan. Diharapkan juga agar kenaikan tambang setanding dengan mutu perkhidmatan yang disediakan.2.10 Fakta1. Karangan jenis fakta memerlukan anda menjelaskan sesuatu isu dengan hujah-hujah yang logik dan bernas.2. Kemukakan fakta-fakta yang penting.3. Bukti dan contoh yang sesuai perlu disertakan bagi menyokong isi-isi yang dikemukakan.4. Susunan isi hendaklah teratur mengikut keutamaan daripada yang penting kepada yang kurang penting.5. Gunakan laras bahasa yang formal. 6. Bahasa yang digunakan mestilah mudah, tepat, dan tidak meleret-leret.Contoh Mirip SPMDomain PendidikanMata pelajaran Sejarah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan sejak tahun 2014. Langkah ini merupakan usaha yang bertepatan dalam memupuk nilai patriotisme dan nasionalisme seawal usia muda murid-murid. Sebelum itu elemen sejarah hanya diterapkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan tetapi dengan pelaksanaan mata pelajaran Sejarah sekolah rendah ini, maka pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek berkenaan menjadi lebih berfokus kepada sumber dan penghayatan nilai sejarah itu sendiri.Sumber: Pendidik, 10 Oktober 2017Selain kepentingan yang dinyatakan dalam petikan di atas, huraikan kepentingan mata pelajaran Sejarah diajar kepada murid-murid sekolah rendah. Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka332 Bab


Sebelum ini, mata pelajaran Sejarah diajar di sekolah-sekolah menengah sahaja sedangkan murid-murid sekolah rendah tidak mendapat pendedahan tentang mata pelajaran tersebut. Oleh hal yang demikian, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan mata pelajaran Sejarah secara berperingkat mulai tahun 2014 di sekolah rendah dianggap tepat oleh masyarakat. Sesungguhnya mata pelajaran tersebut penting diajar kepada murid-murid sekolah rendah.Langkah yang diambil oleh kerajaan ini sangat relevan dan kena pada masanya kerana pelaksanaannya akan membawa kebaikan kepada pembangunan modal insan negara. Pengenalan mata pelajaran Sejarah dapat menyemai kefahaman murid-murid di sekolah rendah tentang sejarah tanah air. Pendedahan awal mata pelajaran ini akan menjadikan murid-murid lebih mengerti tentang kehidupan yang telah dilalui oleh generasi terdahulu, selain menyedarkan mereka tentang kedudukan mereka di negara ini. Di samping itu, murid-murid sekolah rendah mengetahui bahawa sejarah merupakan elemen penting dalam peradaban sesebuah bangsa. Tuntasnya, pengajaran Sejarah kepada murid-murid sekolah rendah bukan sahaja memberikan ilmu pengetahuan kepada mereka, malahan mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia dan berjiwa besar.Dalam usaha menjadikan pendidikan sebagai ejen perpaduan rakyat, pengenalan mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah rendah dilihat mampu menjadi saluran bagi memantapkan agenda perpaduan kaum terutama dalam kalangan murid sekolah tersebut. Agenda perpaduan ini nescaya lebih mantap jika didedahkan kepada mereka sejak awal, bertepatan dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya supaya mereka mendapat gambaran asas tentang pembentukan masyarakat majmuk dalam sejarah negara kita. Apabila dewasa kelak, pastinya mereka akan memahami kepentingan perpaduan kaum di negara berdaulat ini. Kesimpulannya, perpaduan kaum mampu dibentuk kepada anak warisan kita sejak awal melalui pengajaran subjek Sejarah di sekolah-sekolah rendah.Pengenalan mata pelajaran Sejarah dan penghayatannya dalam kalangan murid sekolah rendah juga mampu menjanakan murid-murid yang cinta akan negara. Pastinya kita tidak mahu fenomena remaja kini yang kurang semangat patriotiknya kecuali ketika menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan menimpa generasi akan datang. Sebaliknya, kita mengharapkan semangat patriotik bersemarak dan kukuh terpahat dalam jiwa mereka. Melalui pengajaran mata pelajaran Sejarah, murid-murid menghargai jasa tokoh-tokoh negara dan menyanjung perjuangan mereka dalam membebaskan tanah air daripada penjajahan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan, dan lain-lain. Seterusnya, murid-murid akan menghayati dan mensyukuri nikmat yang dikecapi di negara ini. Tegasnya, pengajaran mata pelajaran tersebut amat penting untuk melahirkan generasi yang cinta akan negara dan sanggup berjuang untuk negara. Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka342 Bab


Selain itu, pembelajaran subjek Sejarah di sekolah-sekolah rendah membolehkan murid-murid mengambil iktibar daripada peristiwa lampau. Penjajahan dan penindasan beberapa bangsa asing terhadap rakyat negara kita selama 446 tahun sememangnya suatu peristiwa sejarah yang tidak akan terpadam selama-lamanya. Oleh hal yang demikian, kita perlu berwaspada agar peristiwa pahit sedemikian tidak berulang. Para pemimpin negara kita sentiasa menjalankan pelbagai usaha agar kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kuasa-kuasa besar dunia pada masa ini. Misalnya, melalui bidang teknologi maklumat dan komunikasi, Malaysia menubuhkan Koridor Raya Multimedia dan Cyberjaya agar rakyat Malaysia tidak ketinggalan dan negara kita dikenali seantero dunia. Tuntasnya, pengajaran mata pelajaran Sejarah dapat memberikan iktibar dan memajukan negara.Intihanya, mata pelajaran Sejarah wajar diperkenalkan kepada murid-murid sekolah rendah kerana subjek ini merupakan identiti kepada agama, bangsa, dan negara dan elemen pembentuk jati diri rakyat. Pengetahuan sejarah membantu generasi masa ini memikul tanggungjawab untuk mengekalkan kesejahteraan bangsa dan kemajuan negara yang telah dibina oleh generasi terdahulu.2.11 Pendapat/ Perbincangan1. Karangan jenis perbincangan dan pendapat memerlukan anda membincangkan dan mengemukakan sama ada:(a) bersetuju dengan tajuk dengan mengemukakan hujah-hujah atau pendapat yang munasabah.(b) tidak bersetuju dengan tajuk dengan mengemukakan hujah-hujah yang sesuai dan dapat diterima.(c) bersetuju dan tidak bersetuju dengan tajuk dengan memberikan isi-isi yang menyokong dan tidak menyokong tajuk tersebut.2. Kemukakan hujah-hujah yang logik dan bernas dengan memberikan contoh atau bukti yang sesuai.3. Bahasa yang digunakan mestilah mudah, tepat, dan tidak meleret-leret.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka352 Bab


Contoh Mirip SPMSukan menjadi penyumbang utama ekonomi dan pembangunan sosial sesebuah negara. Realiti ini tidak boleh disangkal oleh mana-mana kerajaan kerana telah diikrarkan dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sukan dan hiburan mampu menjanakan pendapatan besar melalui penyiaran dalam pelbagai peranti terkini untuk peminat. Nilai global hak media dalam sukan dikatakan AS$50 bilion (RM214 bilion) setahun dan 60 peratus nilai itu datang daripada 10 liga sukan utama dunia seperti Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Bola Keranjang Nasional (NBA), dan Liga Bola Sepak Nasional (NFL).Sumber: BH Online, 5 Julai 2020Berdasarkan petikan di atas, huraikan sumbangan bidang sukan.Selama ini kebanyakan rakyat di negara ini melihat bidang sukan dari sudut kesihatan, hobi, dan pertandingan bagi mendapatkan pingat. Selain bersukan untuk menjaga kesihatan dan memenuhi aktiviti masa lapang, masyarakat memberikan tumpuan terhadap pertandingan sukan yang popular baik peringkat nasional seperti Piala Malaysia mahupun antarabangsa seperti Sukan Olimpik bagi memberikan sokongan kepada para atlet kita yang bertanding. Namun begitu, tidak banyak orang yang sedar bahawa sukan kini mampu menjadi suatu industri yang mampu menjanakan pendapatan negara. Sukan memberikan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini. Antaranya ialah pakar-pakar dalam bidang pengurusan sukan, sains sukan, bidang kesihatan, dan perubatan sukan seperti jurulatih, pakar pemakanan, pakar terapi, pakar psikologi, dan sebagainya. Generasi akan datang juga mempunyai peluang yang cerah untuk mengisi jawatan sebagai guru-guru sukan di sekolah dengan diploma atau ijazah dalam jurusan Pendidikan Jasmani yang diperoleh daripada institusi pengajian tinggi. Tegasnya, bidang sukan menjanjikan sumber kewangan yang stabil dan mantap kepada rakyat dan seterusnya mampu menjanakan pendapatan negara.Aktiviti sukan berupaya menjadi satu bidang yang mampu memberikan keuntungan lumayan kepada sektor ekonomi yang lain, terutama pelancongan. Pertalian antara pelancong dengan temasya sukan yang sedang diadakan, terutama kejohanan peringkat antarabangsa dilihatBahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka362 Bab


begitu saling mempengaruhi. Bilangan pelancong yang datang sepanjang menonton sesuatu kejohanan sukan telah memberikan kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara kita. Mereka memperuntukkan wang yang banyak untuk penginapan, pengangkutan, makanan serta minuman, dan lain-lain sepanjang berada di negara kita. Hal ini sekali gus menjanakan ekonomi negara kita dari segi tukaran wang asing. Di samping itu, perkembangan pesat dalam bidang sukan di negara kita dapat melahirkan pekerja mahir dan bertaraf profesional. Mereka bukan sahaja mampu mereka cipta alat-alat sukan model baharu yang sofistikated, malahan membina padang permainan, stadium, dan kompleks sukan. Keupayaan anak watan kita dalam hal ini membuktikan bahawa bidang sukan antara industri penting bagi pembangunan negara.Golf antara sukan yang dapat menjanakan pendapatan kepada negara. Sukan golf di Malaysia kini kian berkembang dan banyak kedai menjual peralatan sukan golf. Walaupun kita tidak ada pemain golf sehebat Tiger Wood, penjualan peralatan tersebut dapat menjanakan pendapatan kepada negara. Di negara kita juga, penganjuran sukan bola sepak mendapat tempat di hati rakyat. Semasa pertandingan akhir bola sepak Piala Malaysia contohnya, penonton memenuhi stadium dan penjualan baju tajaan syarikat sukan terkemuka laris dijual. Hal ini dapat memberikan manfaat dan pendapatan kepada negara Malaysia.Dalam usaha menjadikan sukan sebagai satu industri, kita tidak dapat mengetepikan soal pembangunan atlet. Kita boleh menubuhkan kolej atau akademi sukan yang dapat melatih para atlet. Sebagai contoh, kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan Akademi Badminton yang menelan belanja RM24 juta. Akademi Badminton yang mempunyai gelanggang badminton, asrama, gimnasium, dan sebagainya menjadi pusat kecemerlangan sukan badminton bagi melahirkan lebih ramai pemain. Penubuhan akademi seperti ini pastinya memberikan ruang kepada pemain untuk mencapai taraf yang lebih tinggi pada peringkat antarabangsa. Akademi juga akan membuka ruang kepada pemain-pemain dari negara lain untuk mendapatkan latihan di situ. Dalam jangka masa panjang tentunya akademi tersebut akan menghasilkan pendapatan kepada negara, selain memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.Oleh itu, kita perlu bersedia dan berusaha untuk menjadikan sukan sebagai satu industri. Selain usaha daripada pihak kerajaan, kita amat memerlukan sumbangan pihak swasta untuk membantu negara menjayakan hasrat tersebut. Kita tidak boleh menoleh ke belakang lagi kerana selagi ada daya usaha, pasti kita akan berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka372 Bab


2.12 Ulasan1. Terdapat dua jenis karangan jenis ulasan, iaitu membuat ulasan berdasarkan pernyataan yang diberikan dan membuat ulasan berdasarkan pendapat yang diberikan.2. Ulasan boleh dibuat secara positif atau negatif tentang sesuatu tajuk.Contoh Mirip SPMKUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyifatkan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tidak akan melaksanakan Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) semula semalam merupakan keputusan tepat.Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Datuk Dr Awang Sariyan berkata, KPM semasa di bawah teraju Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan pada tahun 2011 telah memutuskan pemansuhan PPSMI sesudah kajian yang dilakukan oleh pelbagai institusi bahasa dan pendidikan, termasuk universiti dan persatuan serta orang perseorangan menunjukkan kesilapan dan kegagalan program itu.Sumber: Sinar Harian, 17 Julai 2020Ulaskan kewajaran pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akhirnya dimansuhkan oleh kerajaan. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda semula mulai tahun 2012. Keputusan tersebut dianggap wajar sekali demi masa depan semua murid dan negara. Sejak awal lagi banyak pihak yang membantah pelaksanaan dasar ini dengan pelbagai alasan. Misalnya, dasar ini dianggap merendahkan martabat bahasa Melayu kerana bahasa Inggeris mengambil alih peranan bahasa Melayu dalam kedua-dua subjek tersebut. Pemansuhan dasar ini sekali gus memartabatkan bahasa Melayu kembali sebagai bahasa perpaduan melalui pendidikan.Keputusan pemansuhan dibuat setelah kajian dan pemantauan oleh kerajaan mendapati terdapat kemerosotan keputusan peperiksaan dalam kedua-dua subjek sejak dasar tersebut dilaksanakan. Selain itu, jurang pencapaian murid antara sekolah bandar dengan luar bandar dalamBahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka382 Bab


mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan. Di samping itu, tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid luar bandar masih rendah menyebabkan mereka tidak dapat memahami pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik. Bagi mengelak yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, maka amat wajar pelaksanaan PPSMI dimansuhkan.Berdasarkan pemerhatian, kerajaan mendapati bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu bahasa ibunda mereka. Hal ini bermakna murid-murid di sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu manakala murid-murid di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa Cina dan Tamil. Kesan mengetepikan bahasa ibunda hanya membawa padah apabila murid tidak memahami apa-apa yang dipelajari dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.Keadaan ini lebih parah kerana mata pelajaran Sains dan Matematik merupakan mata pelajaran yang selama ini dianggap sukar dan kurang diminati oleh para murid terutama bagi murid yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris. Murid yang menggemari kedua-dua subjek tersebut pula akan terbantut minatnya lantaran tidak memahami subjek tersebut. Oleh itu, kedua-dua subjek tersebut wajar diajar semula dalam bahasa ibunda dalam usaha memupuk minat mempelajari Sains dan Matematik dalam kalangan generasi muda di negara kita.Kesimpulannya, kita berharap agar tindakan kerajaan ini akan meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai ilmu matematik dan sains yang amat penting untuk membangunkan negara pada masa depan. Pemansuhan dasar ini juga menunjukkan komitmen yang tinggi daripada kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk semua kaum.2.13 Peribahasa/ Cogan Kata1. Karangan jenis peribahasa tidak mempunyai format yang khusus.2. Terdapat dua cara menulis karangan jenis ini, iaitu:(a) menulis cerita berdasarkan peribahasa yang diberikan.(b) menghuraikan maksud peribahasa yang diberikan.3. Fahami kehendak soalan sama ada anda dikehendaki menulis cerita atau menghuraikan maksud peribahasa.4. Pastikan bahawa anda memahami maksud peribahasa itu.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka392 Bab


Contoh Mirip SPM“Kajian menunjukkan bahawa ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tidak mempunyai wang simpanan walaupun untuk jangka masa pendek. Meskipun lapan daripada sepuluh rakyat Malaysia mengatakan mereka mempunyai simpanan secara tetap, simpanan tersebut kebiasaannya dikeluarkan pada akhir bulan untuk menampung perbelanjaan harian setelah mereka gagal mengikut bajet yang dirancang. Oleh itu, ibu bapa amat perlu membuat perancangan awal ketika anak-anak masih kecil untuk persediaan pendidikan tinggi mereka. Masyarakat harus bijak merancang kewangan sebagai persediaan masa hadapan.” Diubah suai daripada petikan ucapan Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Sinar Harian, 2 Oktober 2020Sebagai respons terhadap kandungan ucapan di atas, tulis suatu karangan berdasarkan peribahasa “Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”.Orang tua-tua dahulu selalu berpesan agar kita ingat sebelum kena, jimat sebelum habis, iaitu kita hendaklah berhati-hati sebelum mendapat kesusahan dan berjimat cermat sebelum kehabisan. Peribahasa ini patut menjadi ingatan dan panduan kita. Dalam menghadapi dunia globalisasi ini, banyak cabaran yang terpaksa kita tempuhi. Jika kita tidak beringat, tentu kita akan menghadapi masalah kelak.Peribahasa ini perlu diingat selalu terutama dari segi kewangan. Kita perlu sentiasa beringat dalam perbelanjaan harian. Janganlah kita berbelanja sewenang-wenangnya dan belilah barangan yang perlu sahaja. Kita juga harus beringat supaya berbelanja mengikut kemampuan kita. Elakkan membazir dan buatlah simpanan, bak kata orang sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Wang yang disimpan sedikit demi sedikit itu dapat digunakan ketika kecemasan atau ketika amat diperlukan. Jika kita tidak beringat, kita akan menyesal kelak kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.Kita juga digalakkan untuk berjimat cermat dalam penggunaan air. Kita semua tahu bahawa air merupakan sumber yang penting dalam kehidupan. Setiap hari air digunakan untuk kegunaan domestik dan perindustrian. Sejak akhir-akhir ini, negara kita mengalami kekurangan sumber air. Oleh itu, kita sebagai pengguna hendaklah bijak menggunakan air dengan tidakBahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka402 Bab


membazirkannya. Jika kita membazirkan air, kita terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar bil air. Hal ini akan merugikan kita juga. Kekurangan air akan memberikan kesan buruk kepada kita.Selain air, kita patut juga menjimatkan penggunaan elektrik. Beringatlah bahawa penggunaan elektrik yang banyak akan membazirkan sumber tenaga yang sepatutnya dapat digunakan untuk kegunaan yang lebih penting. Kita juga terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membayar bil elektrik. Hal ini akan merugikan kita kerana wang tersebut dapat disimpan atau digunakan untuk keperluan lain. Oleh itu, pastikan kita menutup semua suis jika kita tidak menggunakan sesuatu barangan elektrik atau semasa kita tiada di rumah.Di samping itu, peribahasa ini juga mengingatkan kita agar kita beringat dan tidak membazir makanan yang kita makan setiap hari. Makanlah mengikut keperluan, bukannya mengikut nafsu. Jika kita melihat negaranegara yang bergolak atau yang menghadapi krisis, rakyat mereka sukar mendapat makanan dan mengharapkan bantuan dari negara-negara lain di dunia. Alangkah sedihnya jika kita membazirkan makanan sedangkan rakyat negara lain menderita kerana tiada makanan. Oleh itu, sebelum kita ditimpa sebarang krisis, eloklah kita beringat, jangan sampai sudah terhantuk baru tengadah.Intihanya, janganlah kita mengikut nafsu sehingga membazirkan banyak perkara dalam menjalani kehidupan. Benarlah pesan orang tua-tua kepada kita agar beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Jika kita mengamalkan budaya berjimat cermat, tentu hidup kita akan senang suatu hari nanti. Perkara yang baik jadikan teladan manakala perkara yang kurang baik hendaklah ditinggalkan.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka412 Bab


Praktis 1 Surat Kiriman RasmiPilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.1.Semua kemudahan dan fasiliti yang rosak di taman rekreasi perlu dibaiki segera.Menurut Menteri Belia dan Sukan, hal ini perlu ditangani segera bagi memastikanprasarana sukan itu sentiasa berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan dan keselesaan pengguna.Sumber: Berita RTM 2023 Petikan berita di atas menyatakan kerosakan kemudahan dan fasiliti di taman rekreasi.Taman rekreasi di tempat tinggal anda juga mengalami kerosakan dan membahayakanpengguna. Sebagai wakil penduduk, tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasatempatan untuk memperbaiki serta melengkapkan kemudahan di taman rekreasi tersebut untuk kegunaan orang awam. Tulis surat tersebut selengkapnya.2.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai supayaberwaspada tentang perubahan cuaca panas yang melanda negara kita ketika ini.KKM melaporkan satu kes kematian akibat cuaca panas telah berlaku. Pernyataan di atas menyatakan bahawa negara sedang dilanda cuaca panas sehinggamengakibatkan kematian. Sebagai seorang kaunselor di sebuah sekolah, tulis sepucuksurat untuk menjemput seorang pegawai perubatan bagi menyampaikan ceramahtentang kesan perubahan cuaca kepada masyarakat dan langkah untuk mengatasinya. Tulis surat tersebut selengkapnya.422 BabPRAKTIS SPM


Praktis 2 Surat Kiriman Tidak RasmiPilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.1.BATU GAJAH: Peluang memegang pen dan buku nota sebagai wartawanmeja jenayah, nyata memberikan kesan besar kepada kartunis tersohor, yangdiumumkan sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023hari ini, iaitu Datuk Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohd Nor Khalid.Sumber: Berita Harian Online, Mei 2023 Anda yang meminati kerjaya sebagai wartawan tertarik akan kandungan berita di atas.Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk memberitahunya tentang cita-cita andaingin menjadi seorang wartawan yang berjaya pada masa hadapan dan cabaran yangmungkin akan anda hadapi. Tulis surat tersebut selengkapnya.2.COVID-19 telah meragut 337 juta nyawa di seluruh dunia. Di Malaysia, sebanyak36 387 kes kematian dicatatkan akibat COVID-19. Kini, walaupun kita tidak bebassepenuhnya, namun pihak kerajaan berusaha untuk memulihkan sosioekonomidalam pasca COVID-19.Sumber: Akhbar Harian Sebagai respons terhadap pernyataan di atas, tulis sepucuk surat kepada rakananda yang berada di luar negara untuk menceritakan situasi sosioekonomi semasapascapandemik COVID-19 di Malaysia. Tulis surat anda itu selengkapnya.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka432 Bab


Praktis 3 Wawancara/ Temu ramah/ DialogPilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.1.Penglibatan Malaysia dalam pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu (PBB) mencerminkan komitmen negara dalam sistem pelbagai haladan mempamerkan keprihatinan Malaysia untuk memastikan keamanan dankeselamatan pada peringkat global. Malaysia kini berada di tangga ke-25 daripada123 buah negara yang menyertai misi tersebut.Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia Berdasarkan pernyataan di atas, sebagai seorang wartawan, anda dikehendaki untukmewawancara seorang pegawai tinggi tentera tentang peranan Malaysia sebagaipasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tulis wawancara tersebut selengkapnya.2.Kedua-dua mempelai kelihatan anggun dan segak mengenakan busana Melayutradisional di atas pelamin. Walaupun kedua-duanya daripada kaum yang berbeza,iaitu Cina dan India, namun adat dan budaya Melayu menjadi pilihan bagi keduadua mempelai melangsungkan perkahwinan mereka. Inilah keunikan pelbagaikaum di Malaysia.Sumber: Majalah Budaya Berdasarkan petikan di atas, anda berbual-bual dengan rakan anda tentang kesanperkahwinan campur dalam kalangan masyarakat di negara kita. Tulis perbualan tersebut selengkapnya.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka442 Bab


Praktis 4 PerbahasanPilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.1.Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah memohon kerjasama orang ramai untukmelaporkan kawasan penempatan haram pendatang asing tanpa izin (PATI)berhampiran dengan perumahan mereka. Pengarah Imigresen Sabah, DatukDr. Muhamad Sade Mohamad Amin, dalam pada itu memberikan amaran akanmengambil tindakan tegas terhadap warga tempatan yang bersubahat melindungiPATI.Sumber: Astro Awani, 29 Januari 2021 Sebagai respons terhadap pernyataan tersebut, anda dan beberapa orang murid telahdipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan peringkat daerah. Tajukperbahasan tersebut ialah “Peranan rakyat lebih penting dalam menangani isu wargaasing di negara kita”. Sebagai pencadang pertama, sediakan hujah-hujah anda selengkapnya.2.Perangkaan Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga Januari 2008 menunjukkanjumlah guru di negara ini ialah 360 795 orang. Kira-kira 243 859 atau 57.6 peratusdaripada jumlah ini merupakan guru wanita. Ketidakseimbangan yang ketara antarakedua-dua jantina guru ini dapat membawa pelbagai implikasi terhadap sekolahdan murid-murid. Kesimpulannya, peningkatan jumlah guru wanita berbandingdengan guru lelaki membawa implikasi buruk baiknya yang tersendiri. Profesionkeguruan diakui umum sebagai amat sesuai dengan perwatakan wanita. Namunbegitu, minat golongan lelaki terhadap kerjaya guru harus dipupuk agar tugasmendidik menjadi lebih senang.Dipetik dan diubah suai daripada ‘Baik Buruk Guru Wanita Lebih Ramaidaripada Lelaki’, https://mazlan66.wordpress.com/, 4 Mei 2009 Berdasarkan petikan di atas, bahaskan pernyataan bahawa profesion guru lebih sesuaidilakukan oleh golongan wanita.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka452 Bab


Praktis 5 LaporanPilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.1.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sains bermaksud ilmu pengetahuan yangsistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Selain itu, maksud sainsdaripada sumber yang sama ialah cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkankebenaran atau kenyataan semata-mata. Antara cabang ilmu tersebut ialah fizik,kimia, biologi, dan lain-lain.Sumber: https://prpm.dbp.gov.my/ Persatuan Sains sekolah anda telah menganjurkan Minggu Apresiasi Sains selamaseminggu. Sebagai setiausaha jawatankuasa Minggu Apresiasi Sains tersebut, andadikehendaki untuk menulis laporan tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjangprogram tersebut berlangsung untuk diserahkan kepada pengetua sekolah anda. Sediakan laporan itu selengkapnya.2.Bagi menghadapi sesuatu pertandingan sukan, antara tumpuan kajian yang seringdilakukan ialah aspek kejurulatihan dan kaedah latihan yang berkesan, selainnutrisi sukan yang dapat meningkatkan prestasi atlet, pencegahan kecederaandan rehabilitasi sukan, kemudahan peralatan sukan, dan lain lain. Jurulatih ialaharkitek yang bertanggungjawab untuk merangka hala tuju corak permainan yangakan dipersembahkan oleh pasukan masing masing. Kepentingan ilmu jurulatihdalam memberikan latihan yang berkesan agar pemain dapat beraksi dengancemerlangnya dalam pertandingan tidak dapat disangkal lagi.Dipetik dan diubah suai daripada ‘10 Perkara Utama yang Wajib Diperhalusiuntuk Menjadi Juara Piala Dunia’ oleh Dr. Hadafi Fitri bin Mohd Latip,UTM Newshub, 15 Julai 2018 Sebagai jurulatih sebuah pasukan sukan di sekolah, anda diminta untuk menulis laporantentang latihan yang telah dijalankan bagi menghadapi pertandingan peringkat daerah.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka462 Bab


Tulis laporan tersebut selengkapnya.Praktis 6 Syarahan/ Ceramah/ Ucapan/ TaklimatPilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.1.Kesedaran terhadap hak sebagai pengguna penting supaya pengguna mengetahuiapa-apa yang dia berhak, contohnya untuk bayaran balik bagi barangan yangrosak atau berbahaya dan hak sekiranya pengguna dikenakan caj berlebihanoleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya pengguna tidakberpuas hati dengan kualiti dan harga barangan serta perkhidmatan, penggunaboleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan HalEhwal Pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana hak pengguna dilindungi dibawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pengguna Malaysia Berhak Membuat AduanTribunal Mengikut Akta 1999’, https:www.comparehero.my, 16 Februari 2021 Selaku ahli jawatankuasa Persatuan Pengguna sebuah negeri, anda diundang untukmenyampaikan ceramah kepada sekumpulan murid sekolah menengah tentang hakhak pengguna. Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.2.Tujuan utama temu duga pekerjaan sebenarnya bukan untuk melihat kelayakanakademik calon, tetapi untuk menilai kebolehan calon dalam berkomunikasi,perwatakan calon, dan pengetahuan calon. Calon yang dipanggil untuk ditemuduga bolehlah dikatakan telah layak dari segi akademiknya. Antara faktor penentuseseorang calon berjaya dalam sesi temu duganya dipengaruhi oleh faktor dalamanatau luaran. Contoh faktor dalaman ialah keyakinan diri, kebolehan berinteraksi,dan sebagainya manakala faktor luaran ialah kelakuan, adab sopan, kekemasandiri, dan lain-lain.Sumber: Internet Sebagai kaunselor sekolah, anda telah diminta untuk menyampaikan taklimat kepadasekumpulan murid tingkatan enam tentang panduan menghadiri temu duga.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka472 Bab


Click to View FlipBook Version