The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2026-01-06 20:31:48

Ranger Revisi Cepat SPM Bahasa Melayu

Ranger SPM BM (2026)

Tulis taklimat tersebut selengkapnya.Praktis 7 Berita/ RencanaPilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.1.SHAH ALAM: Selangor mencatat peningkatan lebih daripada 11 peratus kebakaranhutan dengan 247 kes dalam enam bulan pertama tahun ini berbanding dengan222 bagi tempoh sama tahun lalu. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPMSelangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, kes paling besar melibatkan HutanSimpan Kekal Kuala Langat Selatan tahun ini apabila terbakar sebanyak duakali. Katanya, kebakaran hutan biasanya berlaku di tanah gambut dalam kawasanpertanian.Sumber: Utusan Malaysia, 24 Julai 2020 Andaikan bahawa anda wartawan sebuah syarikat penerbitan akhbar. Anda ditugaskanuntuk membuat liputan berita tentang kejadian kebakaran yang berlaku di sebuahkawasan hutan. Tulis berita itu sepenuhnya.2.Influenza ialah penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkitisalur pernafasan. Penyakit ini dapat menyebabkan gejala jangkitan yang ringanmahupun serius. Dalam keadaan tertentu, influenza dapat mengancam nyawaindividu yang dijangkiti. Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadianwabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negaratropika di sepanjang garisan khatulistiwa termasuk Malaysia, kejadian wabakberlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.Sumber: https://www.infosihat.gov.my/ Sebagai respons terhadap kandungan petikan di atas, anda yang bertugas sebagaiwartawan sebuah syarikat penerbitan akhbar tempatan, telah ditugaskan untuk menulissebuah rencana tentang wabak penyakit influenza di negara kita.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka482 Bab


Tulis rencana tersebut selengkapnya.Praktis 8 FaktaPilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.1.Sepanjang tahun 2019, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telahmenetapkan perancangan tahun itu adalah mengikut Pelan Harapan PembangunanLuar Bandar 2018 – 2023 yang menggariskan enam teras utama, iaitu Prasarana,Ekonomi, Keusahawanan, Modal Insan, Wanita, dan Sistem Penyampaian. MenteriPembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun menjelaskan, sebanyak66 program utama telah ditetapkan sebagai hala tuju keutamaan kementerian dan semua agensinya yang membawa impak berkesan untuk penerima manfaat, iaitupenduduk luar bandar.Sumber: mStar, 27 Disember 2019 Jelaskan usaha yang terdapat dalam petikan di atas berserta usaha-usaha pembangunanluar bandar lain yang dijalankan oleh kerajaan.2.Melalui pembelajaran sastera, murid-murid didedahkan dengan prosa modendan tradisional yang merangkumi genre novel, cerpen, prosa tradisional, puisitradisional seperti pantun, syair, gurindam, dan seloka serta puisi moden.Berdasarkan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia(2003) dalam konteks pendidikan, kesusasteraan didefinisikan sebagai karyabahasa yang menyatakan pengalaman dan perasaan manusia secara kreatif dandi dalamnya terkandung gambaran masyarakat dan nilai-nilai hidup.Sumber: Internet Selain faedah yang dinyatakan dalam petikan, huraikan faedah-faedah muridmempelajari sastera.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka492 Bab


Praktis 9 Pendapat/ PerbincanganPilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.1.Sehingga Januari 2020, terdapat 15 buah hospital Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) yang menawarkan perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari(PT&K) di Malaysia. Antara perkhidmatan PT&K tersebut ialah urutan tradisional,akuapuntur, dan terapi herba sebagai rawatan tambahan pesakit kanser.Sumber: Portal Rasmi Bahgian Perubatan Tradisional dan Komplementari,Kementerian Kesihatan Malaysia Bincangkan usaha Kementerian Kesihatan memperkenalkan perubatan tradisional dihospital dan klinik-klinik kerajaan dalam meningkatkan perkhidmatan bidang perubatandi negara ini. Bincangkan pernyataan di atas.2.Akhirnya, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan selepascadangan mengenainya mula diperkatakan sejak tahun 2010. Pemansuhan UPSRdisambut dengan pelbagai pandangan. Bagi pihak yang bersetuju, keputusan itudilihat sebagai langkah bijak kerana sudah sampai masanya sistem pendidikan diMalaysia berubah daripada berorientasikan peperiksaan kepada pendidikan yangtidak memberikan tekanan kepada murid, guru, dan ibu bapa. Hal ini disebabkanwujudnya kecenderungan untuk mengejar gred dan kedudukan sekolah terbaik.Susulan itu, perkara ini secara tidak langsung memberikan tekanan dan bebanyang tidak sepatutnya kepada murid.Sumber: Msnnews, 4 Mei 2021 Berdasarkan petikan di atas, berikan pendapat anda tentang pemansuhan UjianPencapaian Sekolah Rendah (UPSR).Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka502 Bab


Praktis 10 UlasanPilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.1.Ramai yang tidak sedar akan risiko di sebalik perkongsian peribadi melalui mediasosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, dan lain-lain. Risiko yang dimaksudkanitu ialah ancaman siber yang kian meningkat yang bukan sahaja menyebabkanakaun media sosial digodam, malah data peribadi akan dicuri. Dalam satu laporanpada 13 Disember 2020, mendedahkan wujudnya pihak tertentu yang aktif mencuridata peribadi daripada akaun media sosial orang ramai untuk mengaut keuntungan.Sumber: Sinar Harian, 17 Februari 2021 Berdasarkan petikan di atas, ulaskan kesan-kesan tersebut.2.Mengikut Kamus Dewan, nilai merupakan sifat ketinggian pekerti pada diriseseorang. Dalam karya sastera, nilai dapat difahami sebagai unsur ketinggianpekerti yang dapat dikesan oleh pembaca. Nilai murni ini dianggap sebagairumusan terhadap sesuatu gagasan penulis dan tindakan watak. Pengajaran pulabermaksud unsur teladan dalam sesebuah karya sastera yang dapat dikesanmelalui gagasan penulis atau tindakan dan pemikiran watak dalam sesebuah cerita. Pembaca dapat mengesan unsur ini dalam sesebuah karya sastera denganmenggunakan pemikiran positif.Sumber: Internet Petikan di atas menyatakan kepentingan nilai dan pengajaran dalam sesebuah karyasastera. Anda telah membaca sebuah novel yang banyak memberikan pengajaranserta nilai murni kepada anda. Berikan ulasan tentang nilai murni serta pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka512 Bab


Praktis 11 Peribahasa/ Cogan KataPilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.1.Ketika merasmikan Sambutan Hari Belia Negara baru-baru ini, Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dua berita penting yang pastinyamenggembirakan seluruh warga belia negara ini. Pertama, kerajaan bersetujumelantik wakil belia sebagai Ahli Dewan Negara atau Senator dan kedua, bersetujumenubuhkan kumpulan khas penasihat anak muda berkepakaran bagi menasihati,memberikan idea, dan bekerja bersama-sama Perdana Menteri. Kedua-dua inisiatifini bermatlamat untuk memastikan suara anak muda memainkan peranan yanglebih besar dalam pembangunan negara. Iltizam ini membuktikan kerajaan tidakpernah menganaktirikan atau menyisihkan golongan belia dalam proses membinadan membangunkan negara dan bangsa Malaysia. Tema Sambutan Hari BeliaNegara 2020, ‘Dekad Ini Dekad Anda’ dilihat sangat signifikan dan cukup simbolikuntuk menggambarkan peranan besar yang perlu dimainkan golongan belia dalammembangunkan rakyat dan negara. Jelas sekali bahawa orang muda dan negarajuga meletakkan harapan yang tinggi kepada golongan ini.Sumber: MyMetro, 7 September 2020Sebagai respons terhadap kandungan petikan di atas, huraikan peribahasa ‘Pemudaharapan bangsa, pemuda tiang negara’ dalam memperkatakan peranan golongan mudadalam membangunkan negara.2.“Konsep rezeki itu ada dua, iaitu rezeki yang dicari dan yang mendatangi kita.Ramai yang memahami konsep rezeki yang dicari, tetapi mungkin kurang arifterhadap rezeki yang datang dengan sendirinya. Perkara ini dijelaskan menerusiayat al-Quran yang bermaksud, sesiapa yang bertakwa, akan dilepaskan daripadamasalah hidup dan akan diberikan rezeki yang tidak diketahui sumbernya(At-Tholaq: 2-3)”.Dipetik daripada ucapan pendakwah, Mohamad Azizi Satibi, Berita Harian,19 September 2018 Sebagai respons terhadap kandungan ucapan di atas, setiap individu perlu berusahauntuk mencari rezeki dan rezeki tidak datang dengan sendirinya. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa “yang bulat tidak datang bergolek, yangpipih tidak datang melayang”.Bahasa Melayu SPM Bab 2 Karangan Respons Terbuka522 Bab


255Kertas Model SPM 1KERTAS MODEL 1 SPMPetikan dan grafik di bawah ini menunjukkan maklumat berkaitan dengan sambutan Hari Kebangsaan di negara kita.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang kepentingan sambutan Hari Kebangsaan kepada rakyat.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 (HKHM2025) manakala logo Malaysia MADANI kekal sebagai logo rasmi sambutan tahun ini.Menteri Komunikasi berkata bahawa pemilihan tema itu menggambarkan keutamaankerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara, selaras dengan aspirasiMalaysia MADANI yang menjunjung nilai perpaduan dan kesejahteraan hidup rakyat.KERTAS 1Dua jamKertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.BAHAGIAN A[30 markah]Soalan ini mesti dijawab.


BAHAGIAN B[70 markah]Bahagian ini mempunyai empat soalan. Jawab satu soalan.Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.1.Rajin bertanya kepada guru, sering berbincang dengan rakan-rakan, dan fokus mengulang kaji pelajaran antara rahsia pelajar, Imran Suffyan Zamani memperoleh keputusan cemerlang 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.Imran Suffyan, 18, murid Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) berkata, dia tidak menyangka akan memperoleh keputusan tersebut, apatah lagi bagi mata pelajaran Biologi yang dianggapnya sebagai sukar.Dipetik dan diubah suai daripada ‘Rajin Bertanya Guru Rahsia Pelajar Mendapat 9A+ dalam SPM’, www.hmetro.com.my, 25 April 2025Berdasarkan petikan, huraikan usaha-usaha untuk mencapai impian menjadi murid cemerlang dalam peperiksaan.2.Kes penipuan dalam talian meningkat kepada 12 110 kes dalam tempoh Januari hingga Mac lalu, berbanding dengan 10 715 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kes e-dagang mencatatkan peningkatan tertinggi,Bahasa Melayu SPM Kertas Model SPM 1256Kertas Model SPM 1


Bahasa Melayu SPM Kertas Model SPM 1258Kertas Model SPM 1KERTAS 2Dua jam tiga puluh minit1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.2. Jawab semua soalan.BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA[35 markah]1. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Kenal pasti dan senaraikan empat kata kerja pasif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja pasiftersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akam maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggugurkan imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Pada minggu ini, ribuan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal berdepan denganpersoalan besar dalam hidup mereka susulan pengumuman keputusan SPM, Khamis nanti. Sekiranya mereka mahu melanjutkan pelajaran ke menara gading, apakah pilihan yang boleh dibuat oleh mereka? Laluan manakah yang paling molek untuk digunakan oleh mereka bagi menyambung pengajian sama ada peringkat asasi, matrikulasi, diploma, atau tingkatan enam? Menurut Pegawai Kaunselor Pendidikan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar, Mohammad Hazim Amir Nordin, pilihan hala tuju murid bergantung pada keputusan SPM yang diterima oleh mereka. Katanya, bagi murid yang ingin membuat persediaan sebelum meneruskan pelajaran pada peringkat sarjana muda, mereka boleh memilih pengajian asasi, matrikulasi, atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Namun, tempat di matrikulasi agak terhad dan persaingan juga tinggi. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kenal Pasti Laluan selepas Sijil Pelajaran Malaysia’ oleh Abnor Hamizam bin Abdul Manap, https://www.bharian.com.my, 21 April 2025[8 markah]2. Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian, tukarkan ayat susunan biasa yang bergaris di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Pada hari pertama pelaksanaan inisiatif subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95), prosesnya berjalan lancar. Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi kumpulan terawal menikmati kemudahan itu.Tinjauan wartawan di beberapa buah stesen minyak di negara ini mendapati bahawa sistem berfungsi dengan baiknya tanpa sebarang gangguan. Pengguna hanya mengambil masa lebih kurang dua minit untuk melengkapkan transaksi pembelian petrol.Para pengguna juga boleh menggunakan MyKad mereka secara terus di pam. Mereka tidak perlu ke kaunter untuk pengesahan kelayakan subsidi kerana semuanya telah dimasukkan dalam sistem secara dalam talian.


Bahasa Melayu SPM Kertas Model SPM 1260Kertas Model SPM 14. Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya tuanku, adapun penjurit yang datang ini bukan barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu.”Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita, jikalau Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini?”Dipetik daripada ‘Kepimpinan melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia[4 markah]5. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, senaraikan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.Anak-anak yang cemerlang dapat dibentuk jika ibu bapa memberikan perhatian yang serius terhadap kepentingan pendidikan anak-anak sejak kecil lagi. Jika ibu bapa mengabaikan peranan mereka, tidak mustahil anak-anak akan terjerumus ke kancah gejala sosial. Ibu bapa harus melibatkan anak-anak dalam setiap program mereka bagi mengelakkan anak-anak bersikap memencilkan diri dan tidak mahu bergaul dengan orang lain. Perkara ini memanglah tidak mudah, tetapi jika kita bersungguhsungguh untuk melakukannya, sudah pasti ada jalan untuk menanganinya.[6 markah]BAHAGIAN B : PEMAHAMAN[35 markah]6. Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.Bahan 1Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mengakui bahawa Malaysia kini menjadi tumpuan warga asing untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan berbanding dengan negara asal. Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, sehingga kini seramai 2.8 juta warga asing memenuhi ruang pekerjaan di Malaysia dan angka ini meningkat sebanyak sejuta orang selepas penguatkuasaan pada Januari 2014.Katanya, usaha-usaha menarik penduduk tempatan bekerja dalam sektor yangdahulunya tidak diminati seperti bahagian keselamatan, perladangan, dan pertanian hanya menunjukkan kesan minimum.


Bahasa Melayu SPM Kertas Model SPM 1265Kertas Model SPM 1BAHAGIAN C : RUMUSAN[30 markah]9. Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal setiap bahan.Bahan 1 PEMBAKARAN HUTANDAN LADANGUntuk membersihkan kawasan pertanianPUNCA-PUNCA KESAN NEGATIFKURANG KESEDARANDAN PENGETAHUANMasyarakat tidak mempunyai kesedaran tentang kesan-kesannegatif pembakaran terbuka terhadap alam sekitarUNDANG-UNDANGYANG TIDAK KETATPihak berkuasa tidak mengenakan tindakan yang ketat kepada masyarakat yang melakukan pembakaran terbuka secara berleluasaKEMUSNAHAN HUTANDAN KEPELBAGAIANBIOLOGIKemusnahan habita floradan fauna menyebabkan ekosistem hutan tergangguPENCEMARAN UDARAPembakaran terbuka mengeluarkan partikel-partikel PM10 menyebabkan bacaanIndeks Pencemaran Udara(IPU) menurunPENINGKATAN GASKARBON DIOKSIDAMemberikan impak negatifkepada sistem pernafasan hidupan liar di hutan seperti Orang UtanPUNCA DAN KESAN NEGATIF PEMBAKARAN TERBUKA TERHADAP ALAM SEKITARPUNCA DAN KESAN NEGATIF PEMBAKARAN TERBUKA TERHADAP ALAM SEKITAR


267Kertas Model SPM 1Grafik di bawah ini menunjukkan maklumat berkaitan dengan sektor pertanian di negara kita.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang kepentingan teknologi moden dalam sektor pertanian.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.Meningkatkan produktiviti dan kualiti Kerja cepat dan mudahMenarik golongan mudaKERTAS 1Dua jamKertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.BAHAGIAN A[30 markah]Soalan ini mesti dijawab.KERTAS MODEL 2 SPM


BAHAGIAN B[70 markah]Bahagian ini mempunyai empat soalan. Jawab satu soalan.Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.1.Kegiatan penerokaan tanah dan hutan secara haram untuk tujuan pertanian kembali berlaku di tanah tinggi tetapi dilakukan secara kecil-kecilan bagi mengelakkan aktiviti tersebut dihidu oleh pihak berkuasa. Hujan lebat di kawasan tanah tinggi menyebabkan sisa dari ladang sayur itu mengalir ke dalam sumber air, sekali gus menjejaskan loji rawatan. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa perlu menjalankan pemantauan secara kerap supaya aktiviti haram tersebut dapat dibanteras secara efektif.Sumber: mStar Online, 8 November 2016Selain peranan pihak yang dinyatakan dalam petikan di atas, huraikan peranan pelbagai pihak untuk mengatasi masalah penerokaan tanah dan hutan secara haram di negara ini.2.Remaja hari ini membesar dalam dunia yang penuh cabaran. Pada tahun 2024, hampir 300 kes jenayah membabitkan murid sekolah rendah dan menengah dicatatkan di Malaysia. Kes-kes ini termasuk pergaduhan, kecurian, dan kerosakan harta benda. Mereka berhadapan dengan tekanan akademik, pengaruh media sosial, tuntutan gaya hidup, dan kekangan komunikasi dalam keluarga yang sering kali menyebabkan mereka terjebak dalam kegiatan jenayah.Sumber: BERNAMA, 23 Jun 2025Berdasarkan petikan, huraikan punca-punca berlakunya masalah tersebut.3.Setiap graduan tidak sewajarnya hanya mampu melihat dan kekal menjadi ‘pencari pekerjaan’ selepas bergraduasi, sebaliknya mereka hendaklah sedia berubah dan menjadi ‘pencipta pekerjaan’. Mereka barangkali boleh menceburi bidang baharu seperti perniagaan berasaskan kecanggihan teknologi seperti Internet dan digital yang menjanjikan pendapatan lebih lumayan berbanding dengan makan gaji.Sumber: Berita Harian Online, 14 Disember 2019Sebagai respons terhadap kandungan petikan di atas, jelaskan persediaan-persediaan yang boleh dilakukan sebelum menceburkan diri dalam bidang kerjaya yang dipilih.Bahasa Melayu SPM Kertas Model SPM 2268Kertas Model SPM 1


4.Realitinya, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu masih dipandang enteng oleh masyarakat. Oleh itu, semua pihak diseru agar melaksanakan peranan masing-masing untuk memartabatkan bahasa Melayu. Ibu bapa perlu mendidik anak untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan harian. Di samping itu, pihak sekolah dan media massa juga berperanan penting untuk memartabatkan bahasa Melayu.Sumber: Jendela DBP, 31 Januari 2025Huraikan peranan pihak-pihak tersebut.KERTAS 2Dua jam tiga puluh minit1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.2. Jawab semua soalan.BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA[35 markah]1. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Kenal pasti dan senaraikan empat kata kerja transitif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja transitiftersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggugurkan imbuhan, menukarkan imbuhan, dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. Perbuatan sesetengah murid merosakkan harta benda sekolah yang tular dalam media sosial beberapa hari lalu sebenarnya fenomena biasa pada setiap kali cuti akhir persekolahan bermula. Memang ada murid yang melampiaskan perasaan dengan cara sedemikian bagi menunjukkan kehebatan mereka sebelum menamatkan persekolahan. Vandalisme atau salah laku musnah adalah antara kesalahan berat yang melanggar disiplin sekolah. Pada dasarnya, guru disiplin sekolah akan menyiasat kes kesalahan disiplin secepat mungkin dan membuat laporan untuk dibentangkan kepada pengetua terlebih dahulu sebelum dibawa kepada Lembaga Disiplin Sekolah (LDS).Dipetik dan diubah suai daripada ‘Lahir Pelajar Berdisiplin Tanggungjawab Semua’ oleh Zainal Abiddin Osman, Berita Harian, 22 Februari 2023[8 markah]Bahasa Melayu SPM Kertas Model SPM 2269Kertas Model SPM 1


Bahasa Melayu SPM Kertas Model SPM 2272Kertas Model SPM 1BAHAGIAN B : PEMAHAMAN[35 markah]6. Baca Bahan 1, Bahan 2, dan Bahan 3 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.Bahan 1Kewujudan Internet telah memberikan impak yang luar biasa kepada pelaksanaan perniagaan, termasuklah produk kesihatan yang semakin mendapat permintaan dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, terdapat sesetengah penjual yang tidak beretika apabila menjual produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana ingin mendapatkan keuntungan segera. Sebahagian produk ini juga didapati sengaja dicampurkan dengan ubat terkawal seperti sibutramine, sildenafil, tadalafil, dan dexamethasone. Penggunaan produk yang tidak berdaftar akan menjejaskan kesihatan.Selain tindakan penguatkuasaan yang proaktif, inisiatif pencegahan turut dititikberatkan dalam usaha mengelakkan orang awam terperdaya dengan muslihatpenjualan produk tidak berdaftar dalam talian. Pelbagai kempen telah dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan menggunakan produk berdaftar. Kempen Tolak Ubat Tidak Sah merupakan salah satu usaha KKM untuk memerangi isu pembekalan dan penjualan ubat-ubatan yang menyalahi undang-undang di Malaysia kerana dapat mengancam keselamatan pengguna.Dipetik dan diubah suai daripada ‘Waspada Penjualan Produk Kesihatan dalam Talian’ oleh Mohamad Farhan Adi Kasuma, Dewan Kosmik, Bil.1/2025Bahan 2Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengelasan produk ubat dikategorikan di bawah farmaseutikal dan wajib didaftarkan melalui Biro Kawalan Farmasi Kebangsaan (NPRA). Namun begitu, keghairahan orang awam membeli produk sebegini kadangkala sukar dibendung. Hal ini mendedahkan mereka kepada kesan sampingan yang tidak dijangka apabila makan produk ubat-ubatan tidak berdaftar. Penggunaan ubat tidak berdaftar ini turut memberikan kesan terhadap ekonomi dan penyelidikan farmaseutikal negara. Hakikatnya, kerajaan telah memperuntukkan dana penyelidikan yang tinggi untuk membangunkan sektor farmaseutikal bagi meningkatkan kesihatan rakyat. Sebagai pengguna, kita seharusnya bijak memilih produk ubat-ubatan kerana sebarang kesilapan dapat merosakkan organ dalaman.Dipetik dan diubah suai daripada ‘Usah Terpengaruh Jualan Ubat, Produk Kesihatan dalam Talian’ Berita Harian, 29 September 2023


Bahasa Melayu SPM Kertas Model SPM 2276Kertas Model SPM 1“Memang silap pak cik sendiri kerana kurang berpengalaman. Kakitangan sendiri menyeleweng. Bayangkan bayaran ansuran bulanan pinjaman tertunggak sehingga enam bulan, baru pak cik dapat tahu,” kata Aziz menggeleng. “Pegawai bank itu sudah memberikan notis pelunasan, jika tidak pihak mereka akan menyita segala aset perniagaan pak cik.”Dipetik daripada novel Tirani oleh Beb Sabariah,Kementerian Pendidikan MalaysiaNyatakan sebab-sebab Pak Cik Aziz tidak berdaya mengusahakan chaletnya.[4 markah](ii) Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib(b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor(c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin(d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin(e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip(f) Tirani karya Beb Sabariah(g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop(h) Silir Daksina karya Nizar ParmanBerdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang menjadi menunjukkan nilai kasih sayang bagi setiap novel tersebut. [6 markah]BAHAGIAN C : RUMUSAN[30 markah]9. Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal setiap bahan.Bahan 1Pencemaran air ialah perubahan sifat-sifat fizikal, haba, kimia, atau biologi air sehingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan awam, atau kepada hidupan dan tumbuhan. Punca-punca pencemaran sungai amnya terdiri daripada punca tetap seperti pelepasan dari kawasan perindustrian dan loji pengolahan kumbahan serta punca tidak tetap seperti air larian daripada guna tanah pertanian, kediaman, industri, dan sebagainya.Sikap individu yang mengambil jalan mudah tanpa memikirkan kesan kepada alam sekitar menyebabkan situasi ini berlaku. Pembuangan sampah sarap mengakibatkan kualiti air sungai merosot dan tidak selamat lagi untuk kegunaan domestik. Hal ini dapat mengundang krisis air dan menyusahkan individu yang hidup bergantung pada sungai. Kewujudan perumahan setinggan di atas air pula menyumbang kepada


278JAWAPANBAB1 Karangan Respons TerhadPRAKTIS SPMPraktis 1Pendahuluan:TikTok merupakan aplikasi media sosial yang kian diminati oleh generasi masa ini – Malaysia antara negara yang mempunyai pengguna TikTok yang ramai – penggunaan aplikasi TikTok memberikan kebaikan dan keburukanIsi-isi:Kebaikan(a) TikTok sebagai medium/ platform untuk menyampaikan ilmu dalam pelbagai bidang – dapat berkongsi tip dalam bidang tertentu – berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan maklumat berguna – menjimatkan masa dan tenaga (b) dapat menjanakan pendapatan – mempromosikan dan menjual produk – di samping mempelajari selok-belok perniagaan – dimanfaatkan sebagai peluang kerjaya – meningkatkan taraf hidupKeburukan(c) penyebaran berita palsu – tidak semua kandungan yang disampaikan adalah benar – mungkin khabar angin atau berita palsu – menimbulkan fitnah – terdapat unsur pornografi yang tidak sesuai untuk golongan muda – mempengaruhi minda anak-anak – merosakkan imej seseorang – memberikan tekanan dan gangguan mentalPenutup:pengguna aplikasi TikTok perlu bijak memilih kandungan yang dapat memberikan manfaat – pastikan maklumat yang dikongsikan melalui aplikasi ini berguna kepada pengguna lainPraktis 2E-mel 1Pendahuluan:bertanyakan khabar – mengucapkan terima kasih kerana sudi menghantar e-melIsi-isi:(a) menyatakan minat terhadap sukan bola sepak sejak sekolah rendah – mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak antara sekolah pada peringkat daerah – menyihatkan badan di samping melakukan hobi pada waktu lapang(b) pengalaman pada peringkat sekolah rendah dahulu memberikan motivasi untuk terus maju – menyambung minat dalam sukan bola sepak di sekolah menengah – menyertai dan mewakili pasukan bola sepak sekolah – memenangi beberapa pertandingan – terpilih untuk mewakili sekolah pada peringkat daerah – permainan semakin mantap – terpilih mewakili peringkat negeri(c) bermain di posisi penyerang – berhasil menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan – seronok dan teruja – berazam untuk terus berjaya dalam dunia bola sepak – semasa mewakili pasukan negeri, kami ditempatkan di kem latihan – menjalani latihan setiap hari – jurulatih yang berkaliberPenutup:berharap agar dapat menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan – mendoakan kejayaan – terus berjaya dalam sukan bola sepak – semoga pengalaman tersebut dapat memberikan motivasi kepada rakan – ucapan terima kasih E-mel 2Pendahuluan:bertanyakan khabar – mengucapkan terima kasih kerana sudi menghantar e-melIsi-isi:(a) kejadian berlaku ketika pasukan ekspedisi bersiapsiap untuk turun dari Gunung Angsi setelah berjaya menawan puncak gunung itu – saya dan dua orang rakan terpisah daripada kelompok ekspedisi – leka melihat bunga-bungaan dan pokok yang indah di sekitar kawasan tersebut – menyedarinya setelah terpisah jauh daripada kelompok tersebut(b) mencuba untuk berpatah balik – semakin tersesat jauh ke dalam hutan – berasa sungguh panik, takut, dan seram – pelbagai perasaan bermain di fikiran – mencuba untuk memberanikan diri untuk terus mencari jalan keluar – mengikut arah aliran sungai supaya kami mendapat bekalan air(c) lima hari kami tersesat di dalam hutan tersebut – kami hanya bergantung pada bekalan roti yang ada di dalam beg sandang dan bekalan air sungai – ditemui oleh pasukan penyelamat – gembira dan bersyukur kerana dapat pulang ke rumahPenutup:memberikan pengajaran agar sentiasa mematuhi arahan dan berwaspada dalam menghadapi sebarang kemungkinan – pengalaman yang tidak akan dilupakan – ucapan terima kasih


Beli eBook di sini!W.M: RM21.95 / E.M: RM22.95AAMQBM2672027AISBN: 978-629-498-845-3TINGKATAN44 55 KSSMSiri RANGER SPM memudahkan murid membuat ulang kaji ekspres sebelum peperiksaan SPM. Kandungan buku ini berdasarkan DSKP Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, buku teks, serta Format Pentaksiran SPM terkini. Bahan digital menarik disediakan untuk memperkukuh penguasaan subjek.BAHASA MELAYUBahasa MelayuScienceSainsEnglishSejarahMatematikMathematicsPendidikan IslamKimiaPhysicsBiologiChemistryBiologyFizikMatematik TambahanPrinsip PerakaunanAdditional MathematicsEkonomiPerniagaanJUDUL-JUDUL DALAM SIRI ININota PadatKBAT & i-THINKPraktis Berformat SPMKertas Model SPMJawapanInfo, Audio, Video & Kuiz KOD QREkstraKertas Model SPM dalamKOD QRTeks MendengarAudioKOD QRStudyBOT My Study BuddyStudy BOT BOT My Study BuddyMy Study Buddy123REVISI CEPAT SPM


Click to View FlipBook Version