Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Kandungan
Rekod Pencapaian Pentaksiran Murid .......v – viii TEMA
9 Sayangi Malaysiaku
TEMA 36
1 Merealisasikan Impian
1
Praktis Ekstra Kuiz Info Audio
Enrolment key
Pendidikan Sivik Kuiz Praktis Ekstra Audio PAK-21 Cetus idea TEMA
TEMA 10 Bahasa Bugar, Bahasa
2 Insan Terdidik, Negara Kekar 40
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Sejahtera 5
Praktis Ekstra Nota Visual PAK-21 Info
Praktis Ekstra Nota Visual Info TEMA
TEMA 11 Ekonomi Dinamik, Negara
3 Memetik Bintang Berwibawa 44
9
Praktis Ekstra Nota Visual PAK-21 Info
Praktis Ekstra Nota Visual Video
TEMA TEMA
4 Menjulang Harapan di 12 Asli dan Kontemporari 49
Bumi Bertuah 13
Pendidikan Sivik Praktis Ekstra Info PAK-21 Cetus idea Praktis Ekstra Video Info Enrolment key
Enrolment key
TEMA
TEMA 13
5 Memacu Produktiviti 18 Segalanya Bermula di Sini 53
Kuiz Praktis Ekstra Nota Visual Audio Info
Enrolment key
Pendidikan Sivik Praktis Ekstra Nota Visual Audio Info
TEMA TEMA
6 Dunia Pelancongan 23 14 Sihat dan Bersih Pilihanku 57
Praktis Ekstra Nota Visual Video Praktis Ekstra Nota Visual PAK-21 Audio Info
TEMA TEMA
7 Demi Kedamaian 28 15 Angin Perubahan Membadai 63
Praktis Ekstra Info Praktis Ekstra
Enrolment key TEMA
TEMA
8 Dalam Lipatan Kenangan 16 Dipimpin untuk Memimpin 65
32
Praktis Ekstra Info
Praktis Ekstra Kuiz Video PAK-21
iii © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis SPM • Peribahasa 116
• Fokus Topik 116
Praktis SPM 1 • Praktis SPM 117
70
Praktis SPM 3
Nota Visual Praktis Ekstra Info Cetus idea 119
PENULISAN 70
Kuiz KOMSAS Kuiz Novel Peta Konsep Nota Visual Praktis Ekstra Info Cetus idea
Karangan Respons Terhad 70
• Fokus Topik 70 PEMAHAMAN 119
• Panduan Menulis Karangan • Fokus Topik 119
Respons Terhad 71 • Petikan Umum 119
• Praktis SPM 75 • Fokus Topik 119
Karangan Respons Terbuka 84 • Praktis SPM 120
• Fokus Topik 84 • Petikan Sastera 128
• Panduan Menulis Karangan • Fokus Topik 128
Respons Terbuka 86 • Praktis SPM 129
• Model Karangan Lengkap 91 • Novel 137
• Karangan Domain Awam 91 • Fokus Topik 137
• Karangan Domain Peribadi 93 • Praktis SPM 138
• Karangan Domain Pendidikan 94
• Karangan Domain Kerjaya 96
• Praktis SPM 97 Praktis SPM 4
143
Praktis SPM 2 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
105 Nota Visual Praktis Ekstra Video Info
RUMUSAN 143
Kuiz Peta Konsep Nota Visual Praktis Ekstra Video Info • Fokus Topik 143
• Praktis SPM 144
SISTEM DAN APLIKASI BAHASA 105
• Fokus Topik 105
• Morfologi 105 Praktis SPM 5 154
• Fokus Topik 105
• Praktis SPM 106
• Sintaksis 108 Nota Visual Video Info Audio Cetus idea
• Fokus Topik 108 LISAN 154
• Praktis SPM 108 • Lisan Bertutur 154
• Penyuntingan 110 • Fokus Topik 154
• Fokus Topik 110 • Praktis SPM 156
• Praktis SPM 111 • Bahagian A Individu 156
• Bahasa Melayu Standard 114 • Bahagian B Kumpulan 169
• Fokus Topik 114 • Lisan Mendengar 172
• Praktis SPM 115 • Fokus Topik 172
• Praktis SPM 173
Pentaksiran Akhir Tahun Jawapan
https://plus.pelangibooks.com/Resources/ https://plus.pelangibooks.com/Resources/
HYBRIDPBDKSSM/BMT5/KertasModelSPM.pdf HYBRIDPBDKSSM/BMT4/Jawapan.pdf
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. iv
TEMA
1 Merealisasikan Impian
Buku teks ms: 1 – 13
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
SP 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan bermakna.
Dengar rakaman perbualan dengan teliti. Kemudian, lengkapkan rajah di bawah
ini dengan fakta yang betul.
Track 1
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Insiden
lemas dapat
dihindari
Remaja lemas mandi kolam
RAWANG – Kegembiraan sekumpulan remaja
lelaki mandi di kolam takungan di Bandar Country
Homes semalam bertukar tragedi apabila salah
seorang daripada mereka dilaporkan lemas.
Ketua Balai Bomba Rawang, Halim Abu
Hassan berkata, mangsa, K Raveen Raj, 13,
dilaporkan tenggelam sewaktu menyelam.
“Pihak kami menerima aduan jam 11.57 pagi
dan jentera pertama tiba di tempat kejadian
kira-kira 10 minit kemudian,” kata beliau.
meningkatkan keyakinan mencegah penyakit
dan disiplin diri kardiovaskular
103C
asas menyelamatkan diri mempunyai
dan orang lain nilai komersial
menceburi bidang sukan meningkatkan
renang secara serius Kepentingan Belajar Berenang kekuatan otot
meningkatkan taraf menghilangkan stres
kesihatan
Pendidikan Sivik: Nilai Kegembiraan
PAK- 21
• Murid berupaya untuk menyelesaikan masalah secara rasional.
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 1
Kemahiran Membaca
SP 2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar.
Baca teks syarahan di bawah ini dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai,
serta kepantasan yang wajar.
Salam ukhuwah dan salam cinta nusa. Sekalung apresiasi buat barisan kehakiman yang erat mendakap
panji keadilan, guru-guru, rakan-rakan, dan hadirin sekalian.
Malaysia merupakan sebuah negara yang merdeka, berdaulat, dan bermaruah. Kini, Malaysia mampu
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat
dan Jepun. Pastinya di sebalik tirai gah Malaysia mengukir nama, ada wira yang telah melakar kejayaan
gemilang membuatkan warga dunia membuka mata tentang kebolehan rakyat Malaysia. Jadi, mauduk
bicara saya pada pagi ini ialah ‘Wira Negara Inspirasi Pemuda’.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Hadirin sekalian,
Di Malaysia, pembangunan fizikal dapat dibuktikan dengan adanya bangunan pencakar langit
dan kecanggihan teknologi. Kini, kerajaan memberikan fokus kepada pembangunan modal insan bagi
melahirkan wira dalam pelbagai bidang. Persoalannya, siapakah wira yang menjadi inspirasi kepada
generasi Malaysia?
Hadirin yang dihormati,
Selepas lebih separuh abad Malaysia mencapai kemerdekaan, impian menjadi realiti. Sheikh Muszaphar
Shukor telah berjaya mengubah persepsi negatif masyarakat apabila beliau diiktiraf sebagai angkasawan
Malaysia pertama pada tahun 2006. Beliau berjaya membuktikan rakyat Malaysia juga mampu berjaya,
seperti Yuri Gagarin dan Neil Amstrong. Pencapaian beliau telah menjadi inspirasi kepada golongan muda
Malaysia yang mula tertarik untuk menceburi bidang aeroangkasa.
Selain itu, kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang sukan juga menjadi kebanggaan kita. Sebagai
contohnya, Datuk Lee Chong Wei menjadi juara badminton dunia selama sedekad. Beliau telah membuktikan
anak Malaysia mampu mengalahkan pemain dari negara kuasa besar badminton dunia. Nama seperti Eddy
Chong dan Punch Gunalan juga merupakan anak Malaysia yang pernah menjadi inspirasi seluruh rakyat
Malaysia.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Dalam bidang fesyen juga turut lahir permata yang sangat terkenal pada peringkat antarabangsa. Kini,
kita dapat berbangga dengan kejayaan Dato’ Jimmy Choo yang terkenal kerana fesyen kasut rekaannya
diminati oleh golongan bangsawan seantero dunia dan pernah menjadi kasut pilihan mendiang Lady
Diana. Mitos bahawa rakyat Malaysia tidak mungkin berjaya dalam bidang rekaan fesyen lebih-lebih lagi di
bumi asing terpadam dengan kejayaan beliau.
Konklusinya, kita harus berbangga terhadap kejayaan wira-wira yang menjadi inspirasi. Jelas
menunjukkan Malaysia juga mampu mendabik dada kerana mempunyai figura terkemuka dalam pelbagai
bidang. Rakyat Malaysia diseru supaya tidak lagi menjadi katak di bawah tempurung kerana kejayaan
bukan terletak pada sesuatu bangsa tetapi kejayaan terletak pada usaha dan kegigihan seseorang. Bak kata
pujangga, kita harus berusaha untuk menjadi yang pertama, yang terhebat, dan yang tiada tandingnya
dalam segala bidang.
Sebagai akhir ungkap bicara, kita belia harapan negara. Oleh itu, kitalah yang harus menjadi wira
menginspirasikan anak watan generasi akan datang supaya lahir generasi Malaysia yang hebat dan
terbilang.
Sekian terima kasih.
Kuiz Praktis Ekstra
Wira Negara Tema 1
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 1
Kemahiran Menulis
SP 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.
Baca petikan tentang keindahan panorama di Tasmania. Kemudian, pilih satu tempat menarik
di Tasmania yang ingin anda lawati dan berikan alasan anda memilih tempat tersebut sebagai
destinasi percutian anda. KBAT Menilai
Tasmania dikenal sebagai Negeri Taman atau Pulau Inspirasi kerana alam semula jadinya yang indah,
banyak pulau, dan antara Tapak Warisan Dunia UNESCO yang mengagumkan. Tasmania merupakan
destinasi yang sempurna untuk melihat tarikan bandar dan wilayah yang pelbagai, semula jadi, dan
buatan manusia.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Bandar bersejarah Port Arthur misalnya, antara tarikan Tasmania
yang paling popular. Dari tahun 1833 hingga 1853, Port Arthur menjadi
penjara yang menempatkan banduan tetapi kini dijadikan muzium yang
menarik untuk dilawati.
Jika anda ke Tasmania, jangan lupa untuk singgah di
Trek Three Capes. Hal ini demikian kerana, pemandangan di
sini sangat menakjubkan, iaitu menggabungkan lautan biru,
tebing laut yang tinggi, dan udara yang sangat menyegarkan.
Selain itu, di sini juga anda dapat melihat hidupan marin
seperti anjing laut dan ikan lumba-lumba.
Little Blue Lake pula asalnya tapak perlombongan. Lihatlah
warna airnya yang luar biasa. Warna kebiruan yang berasal
daripada kandungan mineralnya yang tinggi menjadikan Little
Blue Lake umpama taman syurga di Australia.
Sekiranya saya berpeluang untuk melancong ke negara Tasmania,
saya ingin sekali mengunjungi Little Blue Lake kerana saya mahu
menyaksikan warna air yang kebiruan di tasik tersebut agar dapat
membuat perbandingan dengan tasik yang ada di negara ini.
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 1
Aspek Seni Bahasa
SP 4.3.1 Menghasilkan skrip drama secara berpandu dengan menggunakan gaya bahasa yang sesuai dan menarik.
Sambung skrip drama ini mengikut kreativiti masing-masing dengan memastikan cerita
berakhir dengan elemen positif. KBAT Menilai KBAT Mencipta
Aliff : Hari ini kita nak buat berapa set larian?
Afina : Dua sahaja sudahlah. Penatlah, hari-hari Encik Khatib meminta kita melakukan perkara yang
sama. Aku lebih teruja belajar teknik larian pula.
Haziq : Wah, cik adik manis, sejak kebelakangan ini sudah pandai merungut, mengelat, dan mencuba
untuk menghasut pula!
Harresh : Haziq, sarang tebuan jangan dijolok. Afira tu panas baran orangnya. Nanti tak pasal dia buka aksi
karate-do, melambung engkau ke tepi padang.
[Aliff dan Haziq tersenyum mendengar kata-kata Harresh, jaguh 1500 meter sekolah.]
membawang. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Afira : Ah, kamu bertiga memang suka mengusik aku! Mentang-mentanglah aku seorang saja
perempuan.
Aliff : Sabarlah, Afira. Harresh bergurau sahaja tu. Apakah masalah engkau sebenarnya, Afira? Bukankah
dulu engkau yang paling bersemangat? Mana keazaman engkau untuk mengekalkan kejuaraan
dalam acara 100 meter pada peringkat MSSM?
Haziq : Aku bersetuju dengan Aliff. Engkau tak macam Afira yang aku kenal. Afira yang komited dalam
latihan dan pelari digeruni di trek balapan.
Harresh : Kami kawan engkau, dah hampir empat tahun kita berlatih bersama-sama, macam-macam
cabaran yang sudah kita tempuhi. Engkau boleh ceritakan kepada kami, manalah tahu kami
dapat membantu atau setidak-tidaknya kuranglah sedikit tekanan yang engkau alami selepas
meluahkannya. [Harresh yang suka berjenaka, berhati-hati menyusun kata kerana bimbang
menerima hamburan kata-kata kemarahan daripada Afira.]
Haziq : Kita harus bersyukur, Afira. Ibu bapa kita sentiasa memberikan dorongan dan nasihat. Guru-guru
dan rakan-rakan juga mengambil berat. Jangan jadikannya sebagai tekanan.
Aliff : Pada pendapat aku, engkau perlu merancang masa dengan baik. Dapatkan tidur yang cukup. Ketika
di kelas, tumpukan perhatian semasa guru mengajar. Ketika di padang, berjuanglah seperti engkau
satu-satunya pelari wanita yang bakal menandingi catatan masa Usin Bolt.
Harresh : Cubalah belajar secara berkumpulan, mungkin dapat membantu engkau menyiapkan tugasan
dengan lebih cepat tetapi pastikan segala perbincangan terkawal. Jangan pula menjadi sesi
[Sambil membuat gaya lelaki berperwatakan lembut]
[Aliff, Haziq, dan Afira tertawa apabila melihat gaya percakapan Harresh. Terpancar sinar di mata Afira.]
Encik : Kamu semua ni nak berlatih atau hendak bergosip? Fokus! Fokus! Kepantasan senjata setiap
Khatib pelari.
[Suara tegas jurulatih memecah keheningan petang, membuatkan mereka bingkas berdiri dan segera menyusun
skitel untuk latihan kecergasan yang seterusnya.]
Afira : [Sambil menyusun skitel] Kawan-kawan, terima kasih. Jangan menangis kalau kalah larian dengan
aku sekejap lagi. [Sambil segera berlari ke garisan permulaan.]
[Rakan-rakan yang lain melemparkan senyuman sambil berkata, “Ratu Pecut SSN Selangor sudah kembali.”]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
TEMA
2 Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Buku teks ms: 14 – 26
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai
SP 1.1.1 ujaran dengan jelas dan betul.
Dengar petikan yang dibaca oleh rakan anda. Kenal pasti perbezaan sebutan perkataan,
rangkai kata, istilah, dan ungkapan yang berhuruf tebal dengan jelas dan betul.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Kacang pistasio mengandungi sumber protein, antioksidan, dan
serat yang sangat baik. Kandungan vitamin B6 yang terkandung
dalam kacang pistasio mampu meningkatkan kadar penghasilan
hemoglobin dalam darah. Oleh itu, peredaran darah dan oksigen
dapat dibekalkan ke seluruh anggota badan termasuk otak.
Hasilnya, minda seseorang mampu memberikan tumpuan dengan
baik dan lebih fokus. Selain kacang pistasio, banyak lagi makanan
berkhasiat untuk kesihatan minda, antaranya ialah telur. Telur
kaya dengan protein yang sangat baik untuk kecerdasan. Selain
itu, kuning telur juga terbukti mengandungi kolina yang dapat membantu perkembangan
memori. Madu lebah pula kaya dengan fruktosa, iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus
ke dalam darah untuk memberikan tenaga. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen
mencerdaskan otak.
Di samping itu, buah strawberi, beri biru, dan beri merah memiliki kandungan antioksidan
dengan kadar yang tinggi serta vitamin C. Ekstrak buah-buahan ini dapat membantu
memperbaik fungsi daya ingatan. Ikan salmon pula merupakan jenis ikan yang memang sudah
tidak perlu diragukan manfaatnya untuk otak. Kandungan asid lemak omega-3 dan asam
eikosapentanoat (EPA) memiliki manfaat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan
fungsi otak.
Bestari Kata
• antioksidan – bahan yang dapat melambatkan proses pengoksidaan Nota Visual
• fruktosa – gula yang terdapat dalam madu dan buah-buahan Dos Harian Vitamin C
• agen – sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas
• ekstrak – keluaran bahan tertentu daripada sesuatu bahan tumbuhan, haiwan, dan sebagainya
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 2
Kemahiran Membaca
SP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer.
Baca dan fahami petikan di bawah ini. Kemudian, lengkapkan rajah yang berikut dengan
maklumat yang betul. KBAT Menganalisis
Beijing Foreign Studies University (BFSU) merupakan universiti terawal di China yang
menawarkan jurusan pengajian Melayu pada peringkat ijazah sarjana muda. Lulusan pengajian
Melayu BFSU sebahagiannya menjadi pegawai diplomatik, jurubahasa, penyiar di Bahagian
Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China, wartawan agensi berita Xinhua, pegawai di pelbagai
syarikat China di alam Melayu, pemandu pelancong, dan pegawai bank termasuk Bank of China
di Kuala Lumpur.
Warga China, Zhang Xian atau dikenali dengan nama Melayu, Melor dapat bertutur bahasa
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Melayu dengan fasih. Melor bertugas sebagai penterjemah bahasa Melayu di China Radio
International, Beijing dan menjadi Felo Tamu selama 10 bulan di ATMA UKM. Melor sering
berkongsi maklumat mengenai perkembangan bahasa Melayu dan budaya Melayu di BFSU serta
pengalaman mempelajari dan menguasai bahasa Melayu. Hal ini jelas menunjukkan nilai bahasa
Melayu memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat China yang mampu menguasai bahasa
Melayu dengan baik dan lancar, sama ada di dalam negara China mahupun di luar negara China.
Bahasa Melayu terus berkembang maju melalui persidangan antarabangsa dalam bahasa
Melayu yang diadakan di negara China, penerbitan ribuan buku dan makalah dalam bahasa
Melayu di negara berkenaan selain radio yang bersiaran dalam bahasa Melayu di negara yang
terkenal dengan kain sutera itu. Sekali gus, universiti di China ini telah memartabatkan bahasa
Melayu di luar Nusantara Melayu.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nilai Bahasa Melayu di China antara Keperluan
dan Tuntutan’, https://www.ukm.my/atma/news/siri-wacana-atma
BFSU menawarkan jurusan pengajian Pengajian Bahasa Melayu diiktiraf
Melayu pada peringkat ijazah sarjana dalam sistem pendidikan pengajian
muda. tinggi di luar negara.
Bahasa Melayu memberikan peluang Meningkatkan status sosial seseorang
pekerjaan kepada rakyat China yang dan menjadi satu bidang kerjaya di
dapat menguasai bahasa Melayu negara China.
dengan baik dan lancar. Tersurat
Bahasa Melayu telah digunakan dalam Tersirat Memastikan bahasa Melayu terus
persidangan antarabangsa, penerbitan berkembang pada peringkat global.
buku-buku dan makalah, serta
bersiaran di radio di negara China.
Universiti di China ini telah Imej positif bahasa Melayu pada
memartabatkan bahasa Melayu di luar peringkat antarabangsa.
Nusantara Melayu.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 2
Kemahiran Menulis
SP 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis
Baca dan fahami petikan di bawah ini. Nyatakan ramalan anda berkaitan dengan bahan yang
telah anda baca. KBAT Menganalisis KBAT Menilai
Selaras dengan matlamat pendidikan untuk semua, sewajarnya kanak-kanak bukan warga Malaysia,
tanpa dokumen pengenalan diri, dan gelandangan diberikan peluang dan hak untuk memperoleh
sekurang-kurangnya pendidikan asas yang meliputi literasi, numerasi, dan kenegaraan. Kesan jangka
panjang jika anak-anak ini dipinggirkan dan tidak menerima pendidikan, bukan saja menimbulkan
masalah sosial, jenayah, malah boleh menggugat keamanan negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengambil langkah sewajarnya dengan
memperkenalkan Dasar Pendidikan Wajib bagi semua kanak-kanak di Malaysia. Oleh itu, kanak-
kanak yang tidak memiliki dokumen dan salah seorang ibu bapa anak itu merupakan warganegara,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
boleh didaftarkan sebagai murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
Selain itu, Sekolah Alternatif Rumah Pangi misalnya, telah dibangunkan sekitar tahun 2016 di
Rumah Pangi Kampung Shahbandar, Tuaran, Sabah. Sekolah Alternatif Semporna pula dibangunkan
secara serius di rumah kolektif Borneo Komrad Semporna. Objektif sekolah ini adalah untuk
meminimumkan golongan buta huruf di Kampung Bangau-bangau, Semporna. Di samping aspek
akademik, sekolah alternatif ini juga membangunkan projek-projek kesenian dan kemahiran. Sekolah
ini dilabel sebagai sekolah percuma, sekolah terbuka, sekolah tanpa tembok, dan sebagainya.
Jelasnya, usaha untuk memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak bukan warga Malaysia
tanpa dokumen pengenalan diri dilihat sebagai satu usaha murni kerajaan untuk memberikan
kesaksamaan. Usaha ini dapat menyuburkan semangat cinta akan Malaysia dalam kalangan kanak-
kanak ini. Namun begitu, perkara yang lebih penting adalah bagi memastikan kanak-kanak tidak
dieksploitasi oleh anasir luar yang boleh mengancam keselamatan dan kemakmuran negara
menerusi propaganda antikebangsaan, pemerdagangan manusia, buruh kanak-kanak, dan isu
sejagat.
Isu/ Perkara Ramalan Anda
Keciciran murid dalam aspek • Mewujudkan generasi buta huruf
pendidikan • Melahirkan masyarakat yang kurang berdaya saing
Kebanjiran warga asing • Meningkatkan kadar jenayah serta masalah sosial
di negara ini • Menutup peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan
Usaha kerajaan memastikan • Kebijaksanaan dalam pemerintahan
kanak-kanak tidak dieksploitasi • Imej negara terpelihara
oleh anasir luar
Praktis Ekstra
Tema 2
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 2
Aspek Tatabahasa
SP 5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks.
Info Info
Baca petikan di bawah ini. Kenal pasti dan Kata Pembelajaran
senaraikan lima kata terbitan berdasarkan Terbitan Sepanjang Hayat
perenggan.
Sejak Mac 2020, landskap pendidikan negara mula berubah. Pandemik COVID-19 yang melanda
Malaysia dan seluruh dunia menyaksikan bidang pendidikan mengalami transformasi ke
arah digital. Pelaksanaan pembelajaran dalam talian ini sebenarnya telah lama dipraktikkan
di negara-negara maju.
Kini, kebanyakan universiti tempatan baik awam mahupun swasta termasuk
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
sekolah-sekolah di Malaysia beralih pendekatan menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara maya. Hal ini bagi memastikan silibus pengajaran dapat disampaikan
dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak ditangguhkan.
Terdapat pelbagai jenis platform pembelajaran digital yang berpotensi dan mempunyai
ruang yang banyak untuk dieksplorasi seperti Blackboard, Google Classroom, Google Meet, dan
Zoom. Bagi memastikan kaedah pembelajaran dalam talian yang berkesan, terdapat beberapa
faktor yang perlu diambil kira seperti pembinaan kawalan persekitaran, kepentingan interaksi
secara interaktif, latihan yang efektif dan berkesan, serta akses capaian teknologi yang maksimum.
Dengan cara ini, murid dapat melalui proses pembelajaran yang berterusan di samping berupaya
untuk meneroka pelbagai medium untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
Namun begitu, realitinya bukan semua murid mempunyai akses capaian Internet yang
baik. Masih ada murid yang tinggal di pedalaman. Segelintir murid perlu membantu ibu bapa
menguruskan aktiviti harian sepanjang tempoh PKP selain kediaman yang tidak selesa serta
ketiadaan kemudahan telefon pintar dan aksesori.
Justeru, pendidik perlu bijak menangani isu tersebut secara berhemah. Setiap pendidik
perlu mengambil langkah proaktif bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran, serta matlamat utama pembelajaran secara holistik dan
inklusif tercapai.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘COVID-19 : Pembelajaran dalam Talian Suatu Keperluan
ke Arah Menuju Malaysia Maju’, https://www.astroawani.com/berita-malaysia
Perenggan Kata Terbitan
1 pendidikan berubah melanda menyaksikan dipraktikkan
2 kebanyakan tempatan termasuk beralih disampaikan
3 terdapat talian kepentingan pembelajaran capaian
4 melalui pengetahuan kediaman berterusan menguruskan
5 pendidik menangani tercapai berhemah ketinggalan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
TEMA
3 Memetik Bintang
Buku teks ms: 27 – 42
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
SP 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul.
SP 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan kefasihan dengan betul.
A Sekiranya anda merupakan seorang kru penerbangan, tulis suatu pengumuman kepada
A
penumpang bahawa pesawat telah selamat mendarat. Dengan mengutamakan aspek
kejelasan, nada, dan kefasihan berbahasa, sampaikan pengumuman tersebut mengikut
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
kreativiti anda.
Video
Imbas kod qr yang diberikan untuk mendengar contoh penyampaian
pengumuman yang sering kita dengar semasa berada di dalam pesawat. Pengumuman
Tuan-tuan dan puan-puan, kita telah mendarat di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur. Anda diminta supaya duduk sehingga
isyarat memasang tali pinggang keselamatan dipadamkan. Sekiranya
anda memerlukan sebarang perkhidmatan ketika ketibaan, sila
berhubung dengan kakitangan kami. Kami berasa bangga kerana
terbang bersama-sama anda di dalam penerbangan ini dan diharap
kita akan berjumpa lagi pada masa akan datang. Terima kasih kerana
menyertai penerbangan kami dan salam hormat.
B Berikan respons anda tentang kerjaya dalam industri penerbangan di bawah ini.
B
KBAT Menilai
Berikan pendapat anda tentang kriteria yang perlu ada bagi individu
yang mahu bekerja sebagai pegawai tiket penerbangan.
Pada pendapat saya, kriteria yang perlu ada bagi individu yang
mahu bekerja sebagai pegawai tiket penerbangan ialah individu
tersebut haruslah mempunyai kemahiran komunikasi yang
baik, dapat berkomunikasi dalam sekurang-kurangnya dua
bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, dan mempunyai
penampilan yang menarik. Selain itu, mereka hendaklah
mahir menggunakan komputer untuk menyemak maklumat
penerbangan, perekodan bagasi, dan penyediaan tiket.
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 3
Kemahiran Membaca
SP 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan tepat.
Baca dan fahami iklan di bawah ini, kemudian buat penilaian terhadap bentuk dan
kandungan teks dengan betul dan tepat. KBAT Menilai
KOPERASI YAKIN BERHAD
KYB
Jawatan Kosong RM
Pembantu Pengurus debit
(Kewangan) kredit
Syarat & Kelayakan Cara Memohon
1. Warganegara Malaysia. 1. Pemohon hendaklah mengemukakan resume
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
2. Berumur 20 hingga 30 tahun. yang lengkap.
2. Semua permohonan hendaklah disertakan
3. Kredit bagi subjek Bahasa Melayu, Matematik, dan Sejarah sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad
dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). pengenalan, sijil keputusan peperiksaan, dan
4. Kelayakan minimum ialah Sijil Tinggi Persekolahan sijil/dokumen yang berkaitan dengan jawatan
Malaysia (STPM) atau Sijil/Diploma/Ijazah yang berkaitan yang dipohon.
dengan Akaun/Kewangan/ Perbankan/Matematik, atau 3. Permohonan yang lengkap hendaklah
setaraf dengannya. die-melkan kepada [email protected]
5. Boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik. atau hantarkan kepada:
6. Penampilan menarik dan kemas, sihat tubuh badan,
periang, bertenaga, berdikari, cekap, amanah, dan KOPERASI YAKIN BERHAD
bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. 70, Pusat Teknologi dan Inovasi
7. Mempunyai kemahiran menggunakan Microsoft Office. Jalan kampung Attap,
50460 Kuala Lumpur
Bidang Tugas No. Tel: 03-22723399
• Menguruskan baucer-baucer pembayaran
• Merekodkan perbelanjaan dan terimaan syarikat
• Menyediakan laporan-laporan perbelanjaan
dan terimaan bulanan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 19 Mac 2023
Borang Penilaian Kendiri
Bahan
Bil Item Alasan
✗ ✓
1 Bentuk paparan Pelbagai warna dan gambar
menarik ✓
2 Memberikan lebih Mempunyai semua maklumat yang perlu diketahui oleh
banyak maklumat ✓ pemohon
3 Lebih mudah Menggunakan laras bahasa yang mudah difahami
difahami ✓
4 Susunan maklumat Maklumat tersusun
mudah dibaca ✓
5 Memberikan ilmu Pembaca mendapat maklumat tentang syarat
baharu kepada ✓ permohonan, perlu mengetahui cara menyediakan resume,
pembaca dan pentingnya dokumen-dokumen yang berkaitan.
Praktis Ekstra Jawapan
Tema 3 Praktis PdPr Tema 3
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 3
Kemahiran Menulis
SP 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dan keperluan.
Bidang penerbangan menawarkan pelbagai prospek kerjaya yang menarik perhatian anda.
Anda berminat untuk menceburi kerjaya dalam bidang penerbangan. Sediakan resume anda
selengkapnya. KBAT Menilai
JAWATAN KOSONG Info
• Kerani Orchid AIR Resume
• Pensyarah dalam Bentuk
(Bidang servis penerbangan) Video
• Pramugari
• Pramugara
• Pegawai Tiket Penerbangan
Tarikh Tutup Permohonan: 05 Januari 2022
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
RESUME
JAWATAN DIPOHON : Pramugari
Nama : Asma Amira binti Adzhar
Tarikh Lahir : 07 November 1998
No. Kad Pengenalan : 081107–14–6268
Alamat : 3, Jalan Anggerik 8/1 , Taman Impian Permata,
40000 Shah Alam, Selangor.
Nombor Telefon : 017 - 53524567
Kelulusan Akademik Kemahiran Lain
• SPM : 3A 3A- 1B+ 1B Dapat bermain alat muzik seperti piano, gitar,
• Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM dan kompang
Kemahiran Bahasa Anugerah atau Pencapaian
Mahir berbahasa Inggeris, bahasa Melayu, dan • Anugerah Dekan UiTM 2016 dan 2017
dapat berbahasa Mandarin. • Sukarelawan “Malaysia : We Care” 2019
• Johan Pertandingan Deklamasi Sajak
Kemerdekaan Antarabangsa 2019
• Anugerah Ikon Belia 2019
Kemahiran Teknologi Maklumat Pengalaman Kerjaya/Potensi Diri
• Mahir dalam Windows 10 dengan aplikasi • Pegawai Promosi di Syarikat Penerbangan
word, excell, power point, video ,dan paint. Rayyan secara sambilan selama setahun.
• Mempunyai kemahiran Internet pada tahap • Saya seorang yang ceria, optimis, dan berdaya
yang baik. saing. Saya juga peramah dan sangat komited
dengan setiap perkara yang saya lakukan.
Rujukan
Dato’ Firdaus Irfan bin Adi Iskandar (Pengarah Urusan)
Syarikat Penerbangan Rayyan
A342, Tingkat 2, Kompleks Budaya,
4000 Shah Alam, Selangor.
Nombor Telefon : 03 – 557967276 (pejabat) / 011 – 7777696 (telefom bimbit)
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 3
Aspek Seni Bahasa
SP 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tadisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya.
Baca dan fahami sajak di bawah ini. Kemudian. berikan respons anda tentang maksud sajak
tersebut. KBAT Menganalisis
Ceritera Sang Wira
Ali namamu
Pejuang muda
Duplikasi kisah pahlawan Islam
Khulafa ar-Rasyidin terbilang
Biar kecil umpama cili padi
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Tak rela dunia musnah angkara petualang
Walau sesiapa pun mereka
Ayuh hapuskan marabahaya
Kita semua ejen penyelamat dunia
Usah jadi wira mengejar nama
Lakukan demi membela sejahtera warga
Mendaulat nusa
Perkasa dirimu dengan ilmu
Gagahi jiwamu dengan iman
Perkuat azammu dengan tekad
Kita generasi pewaris negara
Pahatkan nama Malaysia
Megah di persada dunia
• Menjadi orang berpendidikan dan berilmu pengetahuan
terhadap diri • Melengkapkan diri dengan ilmu agama
sendiri • Memupuk nilai-nilai positif
PERANAN REMAJA masyarakat • Memberikan manfaat kepada masyarakat
terhadap
• Menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum
• Menentang segala anasir negatif
terhadap • Menjaga keamanan dan kedaulatan negara
• Menjaga nama baik negara
negara
• Memastikan negara setanding negara maju yang lain
Pendidikan Sivik: Nilai Kasih Sayang
• Murid dapat menjalankan peranan sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
TEMA
4 Menjulang Harapan di Bumi
Bertuah
Buku teks ms: 43 – 56
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
SP 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan bermakna.
Dengar petikan yang dibaca oleh rakan anda dengan teliti. Kemudian, susun maklumat yang
didengar dengan betul.
JASIN, 8 MAC – Kolam ternakan udang harimau di Kampung Sebatu, Sungai Rambai di sini, yang
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
diusahakan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) diiktiraf antara projek terbaik di negeri ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, potensi
hasil ternakan itu dilihat mampu berkembang, sekali gus memberikan hasil lumayan kepada empat
persatuan nelayan di Melaka yang terlibat dalam projek ini.
“Menerusi program di bawah Projek Khas Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin Ternakan
Udang Dalam Kolam itu, empat persatuan nelayan, iaitu Persatuan Nelayan Negeri Melaka
(PNNM), Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Melaka Selatan, PNK Melaka Barat, dan PNK Jasin
telah bekerjasama untuk melaksanakan projek tersebut,” katanya selepas melepaskan 500 000
benih udang harimau di Kolam Ternakan Udang Harimau LKIM Sebatu, di sini, hari ini. Datuk
Seri Ahmad Hamzah yang juga Ahli Parlimen Jasin berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah
untuk memasarkan hasil ternakan berkenaan. Hal ini demikian kerana, udang harimau sentiasa
mendapat permintaan tinggi daripada peniaga serta penggemar makanan laut.
Menurut beliau lagi, dengan keluasan 100 hektar, projek itu mempunyai empat fasa, iaitu
fasa pertama berkeluasan 15 hektar, diikuti 30 hektar bagi fasa kedua, 18 hektar fasa ketiga, dan
37 hektar bagi fasa keempat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Udang Harimau LKIM di Sebatu Projek Terbaik’,
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/681963/
1 Kolam ternakan udang harimau di Kampung Sebatu, antara projek terbaik di negeri Melaka.
Hal ini demikian kerana, udang harimau sentiasa mendapat permintaan
4
tinggi daripada peniaga serta penggemar makanan laut.
Program ini melibatkan Persatuan Nelayan Negeri Melaka (PNNM),
2 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Melaka Selatan, PNK Melaka Barat,
dan PNK Jasin.
Ahli Parlimen Jasin berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah
3
untuk memasarkan hasil ternakan udang harimau.
Projek itu mempunyai empat fasa, iaitu fasa pertama berkeluasan
5
15 hektar, diikuti 30 hektar fasa kedua, 18 hektr fasa ketiga, dan 37 hektar bagi fasa keempat.
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 4
Kemahiran Membaca
SP 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan tepat.
Baca petikan berita di bawah ini dengan teliti, kemudian lengkapkan maklumat di ruang yang
disediakan.
ARAU, 10 November – Minat rakyat Malaysia dalam bidang penanaman cendawan
tiram makin meningkat, selari dengan permintaan komoditi ini. Menyedari hal ini,
pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil inisiatif untuk menganjurkan
Bengkel Asas Penanaman Cendawan (BAPC).
Bengkel ini selari dengan seruan kerajaan agar hasil dapatan golongan penyelidik di universiti
dikongsi dengan masyarakat untuk dimanfaatkan. Malah, penyelidikan dalam bidang teknologi
cendawan di UniMAP makin berkembang pesat dengan adanya Kumpulan Penyelidik Teknologi
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Cendawan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK).
Dalam bengkel tersebut, peserta didedahkan dengan proses
penanaman cendawan tiram secara teori dari segi penyediaan tempat
tanaman dan bongkah, penjagaan bongkah, penjagaan tempat
penanaman, dan hasil selepas dituai.
Peserta begitu teruja kerana memperoleh ilmu baharu yang
berbentuk saintifik. Di samping itu, para peserta juga dapat berkongsi
pengalaman penyelidik yang berkecimpung dalam penyelidikan
tanaman cendawan tiram ini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bengkel Penanaman Cendawan’
oleh Zarina Zakaria, Dewan Kosmik, Jld. 27 Bil.2 2019
Tujuan Bengkel Asas Penanaman Cendawan (BAPC) diadakan adalah untuk berkongsi dapatan
golongan penyelidik teknologi cendawan di Universiti Malaysia Perlis dengan masyarakat
untuk dimanfaatkan. .
penyediaan tempat Info Khasiat
tanaman Cendawan
Tiram
Proses
hasil selepas dituai penanaman penyediaan
cendawan bongkah
tiram
penjagaan tempat penjagaan bongkah
penanaman
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 14 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 4
Kemahiran Menulis
SP 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dan keperluan.
Teliti maklumat di bawah ini. Kemudian, bantu Encik Azam menyediakan kertas cadangan
untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi mengusahakan penternakan ayam kampung
secara komersial. KBAT Mencipta Celik Kewangan
Saya, Azam, penternak ayam kampung dari Ladang
Ayam Asli. Saya bercadang hendak mengusahakan
penternakan ayam kampung secara komersial. Bantu
saya untuk menyediakan kertas cadangan bagi
mendapatkan bantuan kewangan.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
MAKLUMAT
• Ladang Ayam Kampung asli ditubuhkan pada 28 Jun 2017.
• Diusahakan di tanah milik sendiri seluas tiga ekar di Lot 1001, Batu 24, Sungai Lui, 43100 Hulu
Langat, Selangor.
• Memulakan penternakan ayam kampung secara kecil-kecilan.
• Perusahaan perlu dibesarkan kerana permintaan yang tinggi.
• Modal yang diperlukan bagi mengusahakan penternakan ayam kampung ini secara komersial
ialah:
– Kos baik pulih reban: RM20 000
– Kos naik taraf infrastruktur: RM9800
– Kos operasi dan pemasaran: RM5000
• Modal peribadi: RM20 000
• Memerlukan suntikan dana daripada TEKUN sebanyak RM20 000.
• Kerja-kerja baik pulih reban dan naik taraf infrastruktur mengambil masa selama dua bulan.
• Selepas itu, anak-anak ayam kampung akan dimasukkan ke dalam reban.
• Penternak perlu mendapatkan tempahan perbekalan ayam.
• Ayam kampung dewasa dan telur mula dipasarkan dalam tempoh tiga hingga empat bulan
apabila berat ayam mencapai 1.2 hingga 1.5 kilogram.
TAJUK
KERTAS CADANGAN PROJEK TERNAKAN AYAM KAMPUNG SECARA KOMERSIAL
TUJUAN
Memohon bantuan pinjaman kewangan daripada pihak TEKUN sebanyak RM20 000.00 untuk
penternakan ayam kampung secara komersial
LATAR BELAKANG
Ladang Ayam Asli ditubuhkan pada 28 Jun 2017. Penubuhan syarikat ini berasaskan penternakan
ayam kampung. Syarikat Ladang Ayam Kampung Asli merupakan syarikat persendirian yang
telah beroperasi di Lot 1001, Batu 24, Sungai Lui, 43100 Hulu Langat, Selangor. Tanah ini milik
pengarah syarikat seluas tiga ekar. Secara umumnya, pengarah syarikat ini telah lama menternak
ayam secara kecil-kecilan. Ayam dijual secara hidup kepada penduduk setempat, pasar malam,
dan kedai runcit. Pada masa ini, penternakan ayam kampung dilakukan secara sampingan dan
kecil-kecilan serta mengamalkan cara penternakan tradisional.
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 15 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 4
OBJEKTIF
• Menjadi pembekal utama daging ayam kampung segar
• Membekalkan anak ayam kampung
• Membekalkan telur ayam kampung
• Menjadi pusat penyelidikan ayam kampung
ANGGARAN BELANJAWAN
Perkara RM Perkara Jumlah
Modal Sendiri RM20 000.00 Kos Baik Pulih Reban RM20 000.00
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Pinjaman TEKUN RM20 000.00 Kos Infrastruktur RM9 800.00
Kos Operasi dan Pemasaran RM5 000.00
RM40 000.00 RM34 800.00
SASARAN PASARAN
• Permintaan yang tinggi bukan sahaja daripada restoran makanan segera tetapi juga pengusaha
makanan yang lain seperti kantin sekolah, restoran, peniaga pasar tani, dan pasar malam.
Permintaan meningkat secara mendadak apabila tiba musim perayaan.
• Pemborong akan memborong ayam hidup di ladang yang sudah mencapai berat tertentu.
• Ayam yang diproses pula akan diedarkan ke pasar malam, kedai runcit, restoran, sekolah, dan
asrama.
JANGKA MASA
Jan – Feb 2022 Kerja-kerja baik pulih reban dan naik taraf infrastruktur
Mac – Jun 2022 Anak-anak ayam kampung dimasukkan ke reban
Mei – Jun 2022 Mendapatkan tempahan perbekalan ayam
Julai 2022 Ayam kampung dewasa dan telur ayam mula dipasarkan
21
PAK-
Pendidikan Sivik: Nilai Bertanggungjawab
• Murid dapat menghargai pendapatan yang diterima. Enrolment key
fIZ t5pot**
∧
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 16 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 4
Aspek Tatabahasa
SP 5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata nama dengan betul mengikut konteks.
Baca petikan drama di bawah ini, kemudian senaraikan kata nama am, kata nama khas, dan
kata ganti nama. Bina satu ayat bagi setiap perkataan tersebut.
Semua pelajar : Assalamualaikum dan selamat sejahtera, cikgu.
Cikgu Dahari : Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua murid boleh duduk. Semua
dah baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN?
Nora : Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya. Tak
sabar rasanya.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Cikgu Dahari : Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian.
Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.
Sundarani : Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?
Cikgu Dahari : Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya PLKN
merupakan kursus wajib bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di
Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan
membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi
muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk
perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat
kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana
dilaksanakan mengikut cara Malaysia.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat untuk Negara’ oleh Affix Zulkarnaen Adam,
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
1. Kata nama am: negara Tip Penting
Ayat: Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang integrasi nasional : akronim
kejuruteraan nuklear di luar negara. nilai-nilai : kata ganda
penuh
2. Kata nama khas: Malaysia penempatan : kata terbitan
duduk : kata kerja tak
transitif
Ayat: Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang sabar : kata adjektif
menjadi pilihan pelancong dari luar negara. memupuk : kata kerja
transitif
3. Kata ganti nama diri: kami
Ayat: “Kami akan menyertai pertandingan berbalas pantun
anjuran Persatuan Bahasa Melayu,” kata Amira kepada
Harith.
4. Kata ganti nama tunjuk: ini
Ayat: “Hadiah ini daripada siapa?” tanya adik dengan
perasaan gembira. Praktis Ekstra
Tema 4
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 17 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
TEMA
5 Memacu Produktiviti
Buku teks ms: 57 – 69
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai
SP 1.1.1 ujaran dengan jelas dan betul.
SP 1.1.2 Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan kefasihan dengan betul.
Dengar dan sebut perkataan, rangkai kata, dan istilah yang bercetak tebal dalam
bahan dengan jelas dan betul.
Track 2
Fenomena pergerakan permukaan bumi atau gempa bumi berlaku disebabkan oleh pergerakan
rekahan geologi berpunca daripada tenaga yang tersimpan di kerak bumi terlepas dalam
bentuk geseran batu. Kajian sains mengenai gempa bumi dikenal sebagai seismologi yang
berasal daripada perkataan Greek, iaitu seismos yang bermaksud menggoncang.
Kekuatan gempa bumi ditetapkan dengan penggunaan
Sabah Sabah Info amplitud gelombang yang dirakam oleh mesin seismograf yang
Info 23 Jun 2015
dipasang di stesen gempa seluruh dunia. Sistem skala Richter
Siling Pusat Sumber bangunan dengan magnitud 0 hingga 9 digunakan sebagai ukuran gempa.
SMKA Mohamad Ali, Jalan Lohan
Gempa bumi yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan
Bongkut, Ranau dilaporkan Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
runtuh kira-kira jam 10.00 pagi kehilangan nyawa.
tadi. Murid-murid berkumpul di
luar bangunan sekolah. Sesi
pengajaran dan pembelajaran Sabah merupakan antara negeri di Malaysia Timur yang
murid-murid ditangguhkan terdedah kepada kejadian gempa bumi. Pada tahun 1976, Sabah
sementara.
pernah mengalami gempa sederhana dengan magnitud 5.8
skala Richter yang melanda Lahad Datu dan Kunak. Bandar
Ranau juga pernah dilanda gempa bumi pada 1 Februari 2014 dengan gelombang
4.8 skala Richter. Sekali lagi pada Jun 2015, kawasan Ranau digegarkan oleh gempa bumi
berukuran 6.0 skala Richter hingga menyebabkan runtuhnya satu daripada puncak Gunung
Kinabalu yang dikenal sebagai Donkey Ears Peak.
Kejadian gempa bumi tersebut menyebabkan kerosakan pada struktur konkrit bertetulang
di kawasan Ranau dan Kundasang termasuk sekolah, hospital, masjid, dan rumah kediaman.
Terkini, ancaman gempa bumi melanda perairan Kunak, Sabah dengan gempa bumi berukuran
3.0 skala Richter pada September 2019.
Dalam hal ini, gempa dan gegaran yang semakin kerap berlaku membimbangkan rakyat
Malaysia, khususnya penduduk di Sabah. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan, jurutera, dan pihak
yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk ahli akademik dan penyelidik semakin
giat melakukan penyiasatan, dan penyelidikan termasuklah dari segi pengesanan keretakan
bangunan, simulasi lenturan bangunan di bawah beban gempa, pembinaan peta bahaya
gempa di Malaysia Barat dan Malaysia Timur, serta mencipta sistem galas getah tahan gempa
untuk asas struktur. Reka bentuk struktur bangunan yang baharu di kawasan gempa sederhana
seharusnya dapat menjamin keselamatan penghuni bangunan serta mengawal kerosakan
struktur yang menelan kos yang tinggi sekiranya perlu dibaiki impak daripada gempa bumi.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 18 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 5
Kemahiran Membaca
SP 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan tepat.
Baca petikan di bawah ini, kemudian buat penilaian tentang impak bidang teknologi nano di
Malaysia. Gunakan peribahasa yang diberikan sebagai panduan. KBAT Menilai/ Menganalisis
Bidang teknologi nano dikatakan sebagai pemangkin yang memacu teknologi kerana
pelbagai alat atau bahan yang bersaiz kecil sehingga berskala nano dapat dicipta dan dihasilkan.
Di Malaysia, terdapat sebuah institusi yang berperanan sebagai pusat rujukan nasional untuk
menyelaras aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta semua aktiviti yang berkaitan dengan
teknologi nano yang dikenal sebagai Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC). NNC memainkan
peranan meningkatkan tahap kesedaran sains dan teknologi dengan menyediakan persekitaran
yang menggalakkan aktiviti reka cipta, inovasi, dan pembangunan teknologi.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Peranan Pusat Nanoteknologi (NNC)
Meningkatkan modal Merancang program PERTANDINGAN
insan dalam bidang pendidikan dan PROJEK
teknologi nano kesedaran awam PENYELIDIKAN
INOVASI
TEKNOLOGI NANO
Penyertaan
PERCUMA
& terbuka kepada Hadiah Pertandingan
semua pelajar
HADIAH PERTAMA
HADIAH KETIGA
Membangunkan keupayaan Merancang dan menyelaras universiti RM 1500.00 RM 500.00
dan kapasiti negara melalui aktiviti-aktiviti yang Borang penyertaan & Sijil Penyertaan Sijil Penyertaan
Trofi
Trofi
pembangunan dasar, menyumbang kepada Syarat-syarat HADIAH KEDUA HADIAH SAGUHATI
Pertandingan boleh
infrastruktur, dan pendidikan pembangunan industri didapati di laman web RM 1000.00 RM 100.00 (x2)
awal dalam bidang nano berasaskan teknologi nano kementerian, iaitu di Sijil Penyertaan Sijil Penyertaan
Trofi
www.mestecc.gov.my Tarikh tutup 15 September 2022
Menurut Dr. Abdul Kadir Masrom, Setiausaha Bahagian di NNC, pusat ini turut menganjurkan
seminar dan bengkel untuk melatih pegawai dan pekerja yang terlibat dalam penyelidikan teknologi
nano bagi melahirkan pakar-pakar dalam bidang ini. Bagi memastikan masyarakat menyedari
kepentingan bidang ini, NNC turun padang ke sekolah-sekolah untuk memberikan ceramah
tentang kesedaran dan menyebarluaskan pengetahuan tentang teknologi nano agar murid-murid
dapat menjadikan bidang ini pilIhan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Info
Manfaat Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nanoteknologi Pacu Kemajuan
Teknologi Negara’ oleh Mohd Syukri Anwar, Dewan Kosmik, Jld 27 Bil.2/2019
Nano
Bestari Kata
• teknologi nano – bidang sains gunaan yang telah • inisiatif – daya usaha
menghasilkan alat solek, losen pelindung cahaya • modal insan – modal yang ada pada seseorang insan
matahari, serta seluar kalis air seperti ilmu pengetahuan dan kekuatan mental, fizikal,
• pemangkin – faktor yang mempercepat sesuatu dan rohani
tindakan atau perubahan • turun padang – pergi sendiri ke sesuatu tempat untuk
• kapasiti – kemampuan membuat sesuatu meninjau sesuatu keadaan
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 19 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 5
Impak bidang teknologi nano di Malaysia
1. hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang
Malaysia semakin pesat membangun kerana lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Kini,
Malaysia berada di landasan ke arah negara maju menjelang abad ke-21.
2. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Dengan menjadi negara yang maju dalam sektor perindustrian, Malaysia mampu duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi setanding dengan negara-negara maju lain di dunia.
3. di mana ada gula, di situ ada semut
Kepesatan perindustrian di Malaysia telah mendorong rakyat negara lain berhijrah ke Malaysia
bagi mendapatkan pekerjaan kerana di mana ada gula, di situ ada semut.
4. titik peluh Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Dengan peluang pekerjaan yang ada menjadikan taraf hidup rakyat Malaysia semakin
meningkat hasil titik peluh mereka.
5. serampang dua mata
Di samping itu, kemajuan sektor perindustrian turut memberikan impak kepada sektor
pertanian ibarat serampang dua mata.
6. hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat, dapatkan tupai
Semua pihak harus bekerjasama dalam melaksanakan obligasi masing-masing ibarat hendak
belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat, dapatkan tupai bagi menyokong
kepesatan bidang perindustrian.
Praktis Ekstra
Tema 5
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 20 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 5
Kemahiran Menulis
SP 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang.
Baca petikan yang diberikan. Kemudian, tulis kerangka karangan untuk menganalisis isi-isi
penting dalam petikan. KBAT Menganalisis
Dulu Kini
• Wujud sejak zaman Neolitik dan dihasilkan • Industri pembuatan tembikar diwarisi
secara primitif. turun-temurun dan masih dihasilkan secara
• Menggunakan tanah liat dari sungai yang tradisional.
dibentuk dan dikeringkan di bawah cahaya • Sudah ada teknologi moden menghasilkan
matahari. tembikar.
• Antara tembikar primitif yang ditemukan di • Tembikar yang terkenal di Malaysia ialah
Malaysia adalah di Ulu Tembeling, Pahang, di labu sayong (Perak), tembikar mambong
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Gua Cha, Kelantan, dan di Kota Tinggi, Johor. (Kelantan), dan pasu Sarawak (Sarawak).
Pengusaha bengkel tembikar Sayong Pottery, Mohd Pareb Zamari, berpendapat bahawa kraf
ini masih berpotensi untuk ditransformasikan dalam pelbagai kegunaan harian. Beliau yang
mengusahakan kaedah pembuatan moden dan tradisional mengakui keistimewaan tanah liat
sayong yang banyak memiliki khasiat memberikan keupayaan industri itu untuk bertahan lama.
“Sebagai pengusaha generasi kelima, saya akan memastikan kaedah pembuatan tradisional
perlu diteruskan untuk mengekalkan warisan identiti Kuala Kangsar, khususnya Sayong sebagai
pengeluar satu-satunya labu sayong di dunia. Bagi merancakkan industri ini lagi, penggunaan
teknologi moden perlu seiring bagi pengeluaran produk yang lebih produktif termasuk cepat,
ketahanan tinggi, kreativiti, dan pelan pemasaran yang efektif,” katanya..
Selain tanah liat sayong, Mohd Pareb turut mengimport tanah porselin dari Jepun untuk
membuat tembikar dan labu. Tidak dinafikan bahawa tanah sayong banyak keistimewaan dan tidak
perlu mencampurkan mineral lain supaya lebih tahan lama. Tanah sayong juga menjadi penapis
klorin yang jika diminum dapat menyejukkan badan secara semula jadi. Hal ini berbeza daripada
tanah porselin yang perlu dimasukkan beberapa bahan lain untuk lebih tahan. Tanah porselin lebih
kuat selepas dimasukkan bahan lain dan mampu menghasilkan tembikar dengan lebih banyak
menggunakan kaedah moden kerana ketahanannya mampu dibakar pada suhu 1250 Celsius. Di
samping itu, syarikatnya juga mendapat tempahan membuat penapis air daripada tanah sayong
untuk industri di Korea Selatan. Jelaslah bahawa industri kraf tembikar sudah jauh menembusi
pasaran pelbagai negara di dunia.
Pendahuluan Isi-isi penting Penutup
• Tembikar wujud sejak zaman • Kaedah pembuatan • Labu sayong mempunyai
neolitik. labu sayong. pasaran yang luas.
• Dibuat daripada tanah liat dan • Kegunaan dan • Masyarakat perlu menyokong
dikeringkan di bawah cahaya keistimewaan industri labu sayong.
matahari. termbikar labu • Pihak kerajaan perlu membantu
• Tembikar yang terkenal di sayong. pengusaha labu sayong
Malaysia ialah labu sayong, labu • Cara memajukan memajukan perusahaan hingga
mambong, dan pasu Sarawak. industri labu sayong. peringkat antarabangsa.
Pendidikan Sivik: Nilai Hormat-menghormati
• Murid dapat menzahirkan perasaan bangga dapat mengekalkan warisan budaya Malaysia.
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 21 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 5
Aspek Seni Bahasa
SP 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut konteks.
Baca petikan di bawah ini. Kemudian, pilih ayat atau perenggan untuk diedit dengan
menambahkan peribahasa yang betul dan sesuai mengikut konteks. KBAT Menganalisis
Malaysia semakin pesat membangun dan kini berada di landasan ke arah negara maju menjelang
abad ke-21. Sektor perindustrian merupakan penjana utama perkembangan ekonomi negara pada
masa ini. Dengan menjadi negara yang maju dalam sektor perindustrian, Malaysia mampu setanding
dengan negara-negara maju lain di dunia.
Terdapat beberapa kebaikan sektor perindustrian kepada negara. Antaranya termasuklah sektor
perindustrian dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Malah, kepesatan perindustrian di
Malaysia telah mendorong rakyat negara lain berhijrah ke Malaysia bagi mendapatkan pekerjaan.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Antara tenaga kerja asing yang mendapatkan pekerjaan di Malaysia ialah rakyat Indonesia,
Bangladesh, Vietnam, dan Nepal. Sesungguhnya, penduduk luar bandar juga turut mendapat
manfaat. Dengan peluang pekerjaan yang ada menjadikan taraf hidup rakyat Malaysia semakin
meningkat.
Di samping itu, kemajuan sektor perindustrian turut memberikan impak kepada sektor
pertanian, umpamanya, penggunaan jentera moden dapat meningkatkan tahap produktiviti
mereka. Pada masa yang sama, sektor perindustrian merangsang perkembangan sistem
pengangkutan negara. Semakin banyak pelabuhan dan lapangan terbang dibina bagi
membolehkan barangan industri dieksport ke negara lain. Dengan itu, sistem jalan darat seperti
lebuh raya semakin banyak dibina bagi memudahkan urusan sektor perindustrian.
Pendapatan negara yang bertambah hasil daripada sektor perindustrian membolehkan
pihak kerajaan membangunkan tempat pelancongan dengan lebih banyak. Selain itu,
bangunan-bangunan bersejarah dapat juga dibaik pulih dan dipulihara.
Intihanya, jelas bahawa sektor perindustrian banyak memberikan kebaikan kepada masyarakat
dan negara. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama dalam melaksanakan obligasi masing-masing
bagi menyokong kepesatan bidang perindustrian. Semoga revolusi industri 4.0 menjadikan Malaysia
terkenal seantero dunia.
Malaysia semakin pesat membangun dan kini berada di landasan ke arah negara maju
menjelang abad ke-21. Sektor perindustrian merupakan penjana utama perkembangan ekonomi
negara pada masa ini. Dengan menjadi negara yang maju dalam sektor perindustrian, Malaysia
mampu setanding dengan negara-negara maju lain di dunia seperti kata peribahasa, duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi.
Nota Visual
Peribahasa
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 22 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
SPM 4
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
BAHASA MELAYU
PENULISAN
Karangan Respons Terhad 70
Karangan Respons Terbuka 82
SISTEM dan APLIKASI BAHASA
Morfologi 70
Sintaksis 82
Penyuntingan 82
Bahasa Melayu Standard 70
Peribahasa 82
RUMUSAN
Pemahaman Petikan Umum 70
Pemahaman Petikan Sastera 82
Rumusan 82
LISAN
Lisan Bertutur 70
Lisan Mendengar 82
Praktis SPM 1
PENULISAN
Karangan Respons Terhad
Nota Visual
Tip Menjawab Soalan
Fokus Topik
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Soalan Kertas SPM 1103/1 Bahasa Melayu Bahagian A
Kriteria • Murid akan diuji secara ujian bertulis, iaitu berbentuk subjektif respons terhad.
• Murid perlu menulis karangan dengan menghuraikan pendapat berdasarkan kombinasi kepelbagaian
bahan rangsangan yang terdapat dalam kertas soalan.
• Lazimnya, terdapat dua atau tiga jenis bahan rangsangan yang meliputi tema yang sama berdasarkan
keperluan dan kehendak soalan.
• Kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan diuji dalam Bahagian A ini sama ada gambar foto, ilustrasi,
gambar rajah, iklan, peta, pelan, poster, petikan umum, petikan sastera, e-mel, dialog, dan sebagainya.
• Bahan-bahan ini perlu dianalisis. Setiap bahan perlu dirumuskan maksud dan mesej yang hendak
disampaikan.
• Panjangnya karangan yang perlu ditulis adalah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Markah 26 – 30 Cemerlang
22 – 25 Kepujian
20 – 21 Baik
15 – 19 Memuaskan
10 – 14 Kurang Memuaskan
1 – 9 Penguasaan Minimum
Markah penuh: 30 markah
Masa Dalam tempoh 30 minit
Panduan Menjawab Soalan
1. Murid hendaklah membaca arahan soalan yang diberikan dengan teliti. Kenal pasti tema atau isu yang dibincangkan
daripada bahan-bahan rangsangan yang dikemukakan.
2. Kemudian, analisis bahan-bahan tersebut secara kritis dengan mengolah bahan rangsangan bagi mendapatkan isi-isi
yang bersesuaian dengan tema soalan.
3. Rancang rangka karangan dan pastikan rangka karangan anda mengandungi pendahuluan, dua isi penting, dan
penutup.
4. Jangan menyalin semua isi yang terdapat dalam bahan rangsangan. Analisis dan hasilkan olahan sendiri yang
bersesuaian dengan maklumat penting yang hendak disampaikan dalam bahan berkenaan.
5. Untuk mendapatkan markah cemerlang, murid perlu menyentuh maklumat penting yang hendak disampaikan dalam
kesemua bahan rangsangan yang diberikan.
6. Cadangan rangka dan jumlah perkataan bagi karangan bahan rangsangan adalah seperti yang berikut.
Perenggan Bahagian Jumlah perkataan Perenggan Bahagian Jumlah perkataan
Perenggan 1 Pendahuluan 40 Perenggan 3 Isi 2 50 – 60
Perenggan 2 Isi 1 50 – 60 Perenggan 4 Penutup 40
7. Perenggan pendahuluan mengandungi isu yang disampaikan secara umum (dengan menganalisis bahan rangsangan).
8. Murid dicadangkan untuk mengolah isi dengan memberikan ayat topik, huraian, contoh, dan penegasan. Setiap
perenggan perlu dibina dengan menggunakan bahasa yang gramatis, kosa kata yang betul, dan mempunyai koheren
bagi setiap isi yang hendak disampaikan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 70
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
9. Perenggan penutup harus mengandungi rumusan yang berkaitan dengan tema yang diberikan. Cadangan penutup
terdiri daripada pihak yang terlibat, ayat cadangan, dan harapan.
10. Selepas selesai menulis, murid digalakkan supaya menyemak karangan dari segi isi, kesalahan tatabahasa, ejaan, dan
jumlah patah perkataan.
11. Murid perlu akur akan ketetapan bilangan patah perkataan, iaitu antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Kesalahan Lazim
1. Murid tidak dapat mengaitkan bahan rangsangan dengan kehendak tema. Perkara ini menyebabkan murid tidak dapat
menghuraikan isi dengan baik serta tiada kesinambungan dan koheren antara isi 1 dengan isi 2.
2. Murid tidak dapat membezakan ayat contoh dan ayat huraian. Hal ini menyebabkan berlaku pengulangan maksud ayat
yang ditulis.
3. Murid biasanya menulis melebihi 200 patah perkataan. Kegagalan ini menyebabkan perkataan yang telah melebihi jumlah
yang ditetapkan tidak dibaca dan diterima oleh pemeriksa.
4. Murid gagal mempelbagaikan struktur ayat, slogan, peribahasa, dan sebagainya dalam wacana penulisan. Selain itu,
murid juga banyak melakukan kesalahan dari aspek bahasa, ejaan, dan tanda baca.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Model Karangan Respons Terhad
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan kerjaya dalam bidang animasi.
Huraikan pendapat anda tentang kerjaya dalam bidang animasi.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Kelebihan
MENCEBURI BIDANG ANIMASI
1 Diminati dan sesuai dengan
trend digital
2 Menawarkan gaji
yang lumayan
3 Sentiasa menawarkan
cabaran baharu
4 Menjadikan anda
sentiasa kreatif
Kemunculan siri animasi popular seperti Upin dan Ipin, Boboiboy, Didi and Friends, Ejen Ali, serta
Awang Kenit membuka mata generasi muda terhadap prospek cerah bidang kreatif itu, sekali gus
berminat untuk menjadikannya kerjaya pilihan pada masa depan.
Antara cabaran utama dihadapi dalam bidang animasi ialah memenuhi tarikh akhir setiap
projek yang harus disiapkan mengikut kehendak pelanggan. Bagi menghasilkan siri animasi yang
berkualiti, produksi memerlukan antara satu hingga dua bulan untuk menyiapkan satu episod.
Jika siri animasi itu mempunyai 13 episod, secara keseluruhan dua tahun diperlukan untuk
menyiapkannya dengan mengambil kira tenaga kerja dan kemudahan yang ada.
Mereka yang ingin menceburi bidang animasi juga perlu memiliki kemahiran yang tinggi
dalam bidang multimedia. Hal ini supaya produk yang dihasilkan berkualiti dan setanding dengan
produk penggiat animasi antarabangsa.
Sumber: https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/1303/2017
71 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Langkah 1 : Menganalisis Bahan
Menganalisis Peta minda dan petikan keratan akhbar
bahan
Strategi • Murid dikehendaki untuk membaca dan mengenal pasti tema bahan.
menggunakan • Garisi maklumat penting yang menjadi fokus dalam sesuatu bahan.
bahan • Kenal pasti atau bina kata kunci yang sesuai melalui maklumat penting atau
fokus tersebut.
Contoh kata kunci
– Kelebihan (kepentingan/kebaikan/faedah/manfaat)
– Cabaran (halangan/rintangan/kekangan)
• Menghasilkan satu perenggan isi daripada setiap bahan. Perkara ini boleh
dilakukan dengan cara menghuraikan fokus bagi setiap bahan.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Mengolah Cadangan penulisan yang digalakkan adalah seperti yang berikut:
bahan • Perenggan isi 1 (Bahan 1) : Kelebihan menceburi bidang animasi
• Perenggan isi 2 (Bahan 2) : Cabaran yang perlu dihadapi dalam bidang animasi
Langkah 2 : Membina Pendahuluan (THUF)
Ayat tema Kaedah menjana ayat tema
• Kaedah 1 (menggunakan peribahasa/kiasan/kata-kata tokoh/pantun)
Contoh: Genggam bara api, biar sampai jadi arang boleh dikaitkan dengan
individu yang meminati bidang animasi seharusnya berusaha untuk menggilap
potensi mereka.
• Kaedah 2 (media massa/akhbar/kajian/laporan/statistik/fakta)
Contoh: Kini, kerjaya dalam bidang animasi semakin berkembang luas di
Malaysia.
Ayat huraian • Huraian boleh dibuat sama ada menjelaskan atau menyatakan impak sesuatu
perkara sama ada dalam bentuk positif atau negatif secara umum.
Contoh: Seiring ledakan teknologi, pelbagai animasi digunakan dalam iklan
untuk menyampaikan informasi kepada rakyat.
Ayat fokus • Ayat yang merujuk fokus atau maklumat penting yang terdapat dalam bahan.
Contoh kata kunci: Oleh itu, mereka yang berminat dengan kerjaya ini seharusnya
menyedari kepentingan dan cabaran bidang animasi ini.
Jawapan • Murid digalakkan untuk membina tiga ayat dalam pembinaan pendahuluan
(Gabungkan bagi mengoptimumkan penghasilan patah perkataan.
ayat) (Ayat Tema) Kini, kerjaya dalam bidang animasi semakin berkembang luas di
Malaysia. (Ayat Huraian) Seiring ledakan teknologi, pelbagai animasi digunakan
dalam iklan untuk menyampaikan informasi kepada rakyat. (Ayat Fokus) Oleh
itu, mereka yang berminat dengan kerjaya ini seharusnya menyedari kelebihan
dan cabaran bidang animasi ini.
Kira 40 patah perkataan (kata ganda, kata akronim, dan peribahasa dikira satu perkataan)
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 72
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Langkah 3 : Membina Isi (IHCOP)
Isi 1 Bidang animasi menjadikan seseorang itu sentiasa kreatif dalam berkarya.
Huraian Hal ini demikian kerana, bidang ini memerlukan kemahiran multimedia bagi
menghasilkan animasi yang terkini.
Contoh Sebagai contoh, animasi watak sebagai hero seperti Boboiboy dan Ejen Ali
berjaya digambarkan dengan begitu menarik dan kreatif melalui teknologi
multimedia.
Penegasan Oleh itu, jelaslah bahawa kreativiti mereka dapat disalurkan malah ditingkatkan
dari semasa ke semasa apabila menceburi bidang ini.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Jawapan Bidang animasi menjadikan seseorang itu sentiasa kreatif dalam berkarya.
(Gabungkan Hal ini demikian kerana, bidang ini memerlukan kemahiran multimedia bagi
ayat) menghasilkan animasi yang terkini. Sebagai contoh, animasi watak hero
seperti Boboiboy dan Ejen Ali berjaya digambarkan dengan begitu menarik
dan kreatif melalui teknologi multimedia. Oleh itu, jelaslah bahawa kreativiti
mereka dapat disalurkan malah ditingkatkan dari semasa ke semasa apabila
menceburi bidang ini.
Kira 60 patah perkataan
Isi 2 Cabaran dalam bidang animasi pula ialah memenuhi tarikh akhir setiap projek
persis peribahasa bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak
bergelora.
Huraian Bagi mereka yang meminati bidang ini, mereka seharusnya bersedia untuk
memenuhi tarikh akhir mengikut kehendak pelanggan.
Contoh Selain itu, mereka perlu memiliki komitmen dan sikap berdaya saing dalam
menghasilkan karya animasi yang berkualiti.
Penegasan Tegasnya, segala cabaran bagi menyiapkan sesuatu karya animasi itu tidak harus
menghentikan langkah menjadi seorang karyawan kreatif.
Jawapan Cabaran dalam bidang animasi pula ialah memenuhi tarikh akhir setiap
(Gabungkan projek persis peribahasa bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana
ayat) yang tidak bergelora. Bagi mereka yang meminati bidang ini, mereka seharusnya
bersedia untuk memenuhi tarikh akhir mengikut kehendak pelanggan. Selain itu,
mereka perlu memiliki komitmen dan sikap berdaya saing dalam menghasilkan
karya animasi yang berkualiti. Tegasnya, segala cabaran bagi menyiapkan
sesuatu karya animasi itu tidak harus menghentikan langkah menjadi seorang
karyawan kreatif.
Kira 60 patah perkataan
73 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Langkah 4 : Membina Penutup (RUTCALUS)
Kesimpulannya, bidang animasi bukan sahaja menawarkan peluang kerjaya
Rumuskan kepada individu yang berjiwa seni dan kreatif menyalurkan idea tetapi juga
tema
melahirkan pakar-pakar multimedia dalam bidang animasi.
Mereka yang berkecimpung dalam bidang ini seharusnya berusaha untuk
Cadangan
meningkatkan produktiviti.
Luaskan bagi menghasilkan animasi bertaraf antarabangsa.
skop
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Kesimpulannya, bidang animasi bukan sahaja menawarkan peluang
Jawapan kerjaya kepada individu yang berjiwa seni dan kreatif menyalurkan idea tetapi
(Gabungkan juga melahirkan pakar-pakar multimedia dalam bidang animasi. Mereka yang
ayat)
berkecimpung dalam bidang ini seharusnya berusaha untuk meningkatkan
produktiviti bagi menghasilkan animasi bertaraf antarabangsa.
Kira 40 patah perkataan
Model Karangan Lengkap
Kini, kerjaya dalam bidang animasi semakin berkembang luas di Malaysia. Seiring ledakan
teknologi, pelbagai animasi digunakan dalam iklan untuk menyampaikan informasi kepada
rakyat. Oleh itu, mereka yang berminat dengan kerjaya ini seharusnya menyedari kelebihan dan
cabaran bidang animasi ini.
Bidang animasi menjadikan seseorang itu sentiasa kreatif dalam berkarya. Hal ini demikian
kerana, bidang ini memerlukan kemahiran multimedia bagi menghasilkan animasi yang terkini.
Sebagai contoh, animasi watak hero seperti Boboiboy dan Ejen Ali berjaya digambarkan dengan
begitu menarik dan kreatif melalui teknologi multimedia. Oleh itu, jelaslah bahawa kreativiti
mereka dapat disalurkan malah ditingkatkan dari semasa ke semasa apabila menceburi bidang
ini.
Cabaran dalam bidang animasi pula ialah memenuhi tarikh akhir setiap projek persis
peribahasa bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Bagi mereka
yang meminati bidang ini, mereka seharusnya bersedia untuk memenuhi tarikh akhir mengikut
kehendak pelanggan. Selain itu, mereka perlu memiliki komitmen dan sikap berdaya saing dalam
menghasilkan karya animasi yang berkualiti. Tegasnya, segala cabaran bagi menyiapkan sesuatu
karya animasi itu tidak harus menghentikan langkah menjadi seorang karyawan kreatif.
Kesimpulannya, bidang animasi bukan sahaja menawarkan peluang kerjaya kepada individu
yang berjiwa seni dan kreatif menyalurkan idea tetapi juga melahirkan pakar-pakar multimedia
dalam bidang animasi. Mereka yang berkecimpung dalam bidang ini seharusnya berusaha untuk
meningkatkan produktiviti bagi menghasilkan animasi bertaraf antarabangsa.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 74
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Praktis 1
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia.
Huraikan pendapat anda tentang perpaduan kaum di Malaysia.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
MALAYSIA memiliki komposisi Pantun Muhibah dan Perpaduan
penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian
budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang Air mengalir dalam terusan,
terjalin sesama kaum ini akan memperkukuh Mengairi sawah beratus relung;
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
kedaulatan dan pembangunan negara. Bekerjasama segala urusan,
Keharmonian yang terhasil daripada Tanda bersatu bergotong-royong.
perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan
suatu keistimewaan dan juga daya tarikan Tuan puteri dari kayangan,
kepada pelabur asing untuk melabur di Senyuman manis seperti madu;
negara kita. Bermacam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Sumber: “Antologi Gema Sepi Gadis Genius”,
artikel “Negara akan Terus Maju Jika Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010
Perpaduan Kaum Dapat Dikekalkan” oleh Dr.
Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, MStar,
13 Mac 2013
Gotong-royong
Masyarakat yang masih mengadakan
aktiviti ini kerana mereka amat
mementingkan perpaduan dan nilai
tradisi serta suka hidup tolong-menolong
dan melakukan kerja-kerja sukarela.
75 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara.
Melalui ideologi negara, kita dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan dalam kalangan masyarakat yang akan memupuk perpaduan dan keharmonian kaum.
Elemen ini sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum.
Antara kesan kepentingan perpaduan kaum ialah meningkatkan ekonomi negara melalui
kemasukan pelabur-pelabur asing. Hal ini, faktor yang mendorong pelabur asing untuk melabur di
negara kita ialah faktor kestabilan politik. Kestabilan politik negara dapat dicapai melalui perpaduan
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
kaum yang terjalin dalam kalangan rakyat.
Banyak cara untuk memupuk perpaduan kaum. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai
bangsa dan agama. Oleh itu, kita dapat mengaplikasi dan berkongsi budaya kaum-kaum lain.
Penerapan nilai-nilai budaya daripada pelbagai kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat terhadap
budaya kaum lain. Perkara ini sekali gus dapat mengeratkan perpaduan kaum.
Selain itu, cara untuk memupuk perpaduan kaum termasuklah menganjurkan aktiviti
kemasyarakatan, misalnya aktiviti gotong-royong membersihkan dan mengindahkan kawasan
persekitaran tempat kediaman. Aktiviti gotong-royong dapat menjamin keceriaan kawasan
kediaman masyarakat dan juga membuka ruang serta peluang komunikasi antara jiran tetangga.
Dengan itu, persefahaman dan hubungan erat antara kaum dapat diwujudkan, bak isi dengan kuku.
Tuntasnya, aktiviti kemasyarakatan merupakan saluran yang paling berkesan untuk memupuk
perpaduan kaum
Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya.
Sesungguhnya, banyak negara di dunia menghadapi konflik atau perang saudara kerana wujud
prejudis antara masyarakat. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah berusaha untuk mengekalkan
perpaduan yang telah kita bina ini supaya aspirasi kepimpinan negara untuk menjadi negara maju
dapat direalisasikan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 76
Karangan Respons Terbuka
Fokus Topik
Soalan Kertas SPM 1103/1 Bahasa Melayu Bahagian B
Kriteria • Murid diuji secara ujian bertulis, iaitu berbentuk subjektif respons terbuka.
• Murid diberikan empat soalan dalam bahagian ini, iaitu domain awam, domain peribadi, domain
pendidikan, dan domain kerjaya. Murid hanya perlu memilih satu daripada domain tersebut.
• Soalan ini wajib dijawab.
• Lazimnya, isu-isu yang terdapat dalam domain tersebut diperoleh daripada tema-tema yang terdapat
dalam buku teks.
• Murid perlu menulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.
Markah 61 – 70 Cemerlang
51 – 60 Kepujian
Perenggan 3 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
41 – 50 Baik
31 – 40 Memuaskan
21 – 30 Kurang Memuaskan
1 – 20 Penguasaan Minimum
Markah penuh: 70 markah
Masa 1 jam 30 minit
Panduan Menjawab Soalan
1. Murid perlu membaca setiap soalan dengan teliti untuk mengenal pasti soalan yang sesuai dengan kemampuan murid.
2. Apabila domain dan soalan telah dipilih, murid perlu mengenal pasti kehendak dan arahan soalan seperti kata kunci,
skop, dan tema.
3. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah format karangan dan fokus arahan soalan sama ada faktor, kesan,
langkah, manfaat, peranan, atau halangan.
4. Jika soalan meminta murid mengupas lebih daripada dua fokus, murid seharusnya menghuraikan kedua-dua fokus
tersebut secara seimbang. Contohnya, soalan meminta murid menulis karangan tentang faktor kedatangan pekerja asing
ke negara ini dan kesan-kesannya. Murid harus menghuraikan kedua-dua fokus tersebut secara seimbang.
5. Pastikan murid menulis rangka karangan sebelum memulakan penulisan.
6. Sebaik-baiknya, murid menulis enam hingga tujuh perenggan karangan, iaitu satu perenggan pendahuluan, empat atau
lima perenggan isi, dan satu perenggan penutup.
7. Cadangan rangka dan patah perkataan bagi karangan umum seperti di bawah ini:
Perenggan Bahagian Jumlah perkataan
Perenggan 1 Pendahuluan 50+
Perenggan 2 Isi 1 80
Isi 2 80+
Perenggan 4 Isi 3 80+
Perenggan 5 Isi 4 80+
Perenggan 6 Penutup 50
Jumlah 420
8. Perenggan pendahuluan mengandungi isu dan ditulis dengan gaya penulisan yang menarik.
9. Murid dicadangkan supaya mengolah isi yang mempunyai kesinambungan idea yang berterusan. Setiap perenggan perlu
dibina dengan menggunakan bahasa yang gramatis, kosa kata yang betul, dan mempunyai koheren bagi setiap isi yang
hendak disampaikan.
10. Perenggan penutup harus mengandungi rumusan akhir hasil penulisan yang tidak berulang daripada mana-mana isi.
Cadangan penutup terdiri daripada pihak yang terlibat, ayat cadangan dan harapan, serta peribahasa.
11. Selepas selesai menulis, murid digalakkan supaya menyemak karangan yang ditulis, tiada kesalahan bahasa seperti
ejaan, tanda baca, penggolongan kata, imbuhan, dan struktur ayat.
12. Murid juga perlu memastikan karangan yang ditulis panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 84
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Kesalahan Lazim
1. Kesilapan murid memilih soalan yang tidak bersesuaian dengan kemampuan mereka. Hal ini menyebabkan murid tidak
dapat mengemukakan isi yang sesuai bagi soalan yang dipilih.
2. Murid tidak memahami arahan soalan menyebabkan karangan yang dihasilkan terpesong. Biasanya, arahan soalan terdiri
daripada faktor, kesan, langkah, manfaat, peranan, dan halangan.
3. Murid tidak menyentuh kesemua arahan soalan menyebabkan karangan yang dihasilkan tidak menepati kehendak soalan.
Murid perlu sedar bahawa ada soalan yang meminta mereka menghuraikan lebih daripada satu tugasan. Contohnya,
soalan meminta murid menyatakan sebab-sebab sesuatu masalah itu berlaku dan langkah-langkah menanganinya.
Jika murid hanya menghuraikan sebab-sebab sahaja tanpa menghuraikan langkah-langkah menanganinya, murid tidak
menepati kehendak soalan.
4. Murid memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan. Perenggan pendahuluan berfungsi sebagai pengenalan untuk
karangan murid seluruhnya.
5. Murid sering memuatkan lebih daripada satu isi dalam satu perenggan. Perenggan isi yang mantap hendaklah memuatkan
satu isi sahaja dan diperkukuh huraian dan disokong dengan contoh sebelum diakhiri dengan ayat penegasan dan
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
ungkapan menarik.
6. Murid menggunakan penanda wacana yang tidak sesuai atau salah semasa penjalinan antara perenggan dengan
perenggan dan antara ayat dengan ayat. Hal ini akan menjejaskan kesinambungan idea atau isi yang berterusan.
7. Murid biasanya gagal menulis karangan melebihi 350 patah perkataan kerana kurang mahir untuk mengembangkan idea
atau isi.
8. Murid sering melakukan kesalahan dari aspek bahasa seperti yang berikut:
(a) Penggunaan penanda wacana yang salah.
Contohnya:
• Namun (✗) – Namun begitu (✓)
• Selain daripada itu (✗) – Selain itu (✓)
• Sehubungan itu (✗) – Sehubungan dengan itu (✓)
(b) Ayat tergantung kerana ayat tiada subjek.
Contoh: Ini menunjukkan... sepatutnya Hal/Perkara ini menunjukkan...
(c) Tidak menyisipkan objek yang terdiri daripada frasa nama selepas kata kerja transitif.
Contoh:
…mempunyai banyak pilihan... (✗) – ...mempunyai pilihan yang banyak… (✓)
(d) Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah yang salah.
Contoh: Murid perlu menyisipkan kata sendi nama atau kata adjektif selepas kata pemeri adalah.
• Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang... (✗)
• Langkah-langkah yang perlu diambil adalah dengan menguatkuasakan undang-undang... (✓)
(e) Kesalahan Hukum D-M.
Contoh:
…dan lain-lain kegiatan. (✗) – …dan kegiatan-kegiatan lain. (✓)
(f) Murid menggunakan frasa di kalangan yang sepatutnya dalam kalangan. Kata sendi di berfungsi untuk menyatakan
arah.
(g) Murid sering menggunakan kata tanya dalam ayat penyata.
Contoh:
…di mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa..., sepatutnya kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata lain
yang sesuai seperti:
• apa – perkara/hal
• bagaimana – cara/langkah
• siapa – orang/individu
• di mana – tempat
• yang mana – perlu digantikan dengan kata hubung yang sesuai
85 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Model Karangan Respons Terhad
Info
Impak Pandemik
Domain Awam COVID-19
COVID-19 memberikan impak besar kepada ekonomi negara terutama selepas perlaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Beberapa sektor pekerjaan terpaksa menghentikan operasi
serta-merta dalam usaha mengekang penularan COVID-19. Penutupan perniagaan ketika
PKP menyebabkan syarikat-syarikat tidak dapat menampung kos perbelanjaan, termasuk gaji
pekerja sehingga terpaksa membuang pekerja. Natijahnya, kenaikan kadar pengangguran pada
suku tahun pertama, iaitu 3.9 peratus berbanding 3.3 peratus (2019). Bagi menghadapi situasi
yang sukar ini, pihak yang terkesan akibat diberhentikan kerja perlu bangkit untuk memulihkan
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
ekonomi mereka. Banyak usaha yang dapat dilakukan oleh mereka seperti membuka gerai
makanan dan minuman, menjual sayur dan buah-buahan, atau memulakan perniagaan secara
dalam talian.
Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Kesan Pandemik Beri Dimensi Baharu
Kemiskinan Bandar’ oleh Dr. Azmizan Abdul Rashid dan Dr. Madelina Berma,
bharian.com.my, 22 Mei 2021
Petikan rencana di atas memperkatakan isu pekerja yang diberhentikan kerana banyak syarikat
terkesan akibat pandemik COVID-19. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki untuk menulis
sebuah rencana tentang cara-cara yang dapat dilakukan oleh masyarakat, khususnya yang
diberhentikan kerja untuk memulihkan ekonomi mereka semula.
Tulis rencana tersebut selengkapnya. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500
patah perkataan.
Langkah 1 : Menganalisis Petikan dan Soalan
Menganalisis Petikan akhbar dan kehendak soalan
bahan
Strategi • Murid dikehendaki supaya membaca petikan akhbar bagi menilai skop dan
menggunakan kehendak tema soalan.
bahan • Analisis petikan: Akhbar berkaitan dengan kesan COVID-19 terhadap bidang
ekonomi yang menyebabkan pekerja terpaksa diberhentikan oleh syarikat.
• Kehendak soalan: Murid dikehendaki untuk menulis satu rencana bagi
menjelaskan cara-cara yang boleh dilakukan oleh golongan yang
diberhentikan kerja untuk memulihkan ekonomi mereka semula.
• Format penulisan : Rencana
Mengolah Daripada isu petikan akhbar, murid digalakkan supaya menggunakan isu
bahan berkenaan sebagai permulaan ayat rangsangan untuk menulis karangan dan
mengaitkannya dengan kehendak soalan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 86
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Langkah 2 : Membina Pendahuluan dengan Menggunakan Formula AR (Ayat Rangsangan)
+ AH (Ayat Huraian) + AA (Ayat Arahan)
AR Sejak kebelakangan ini, pandemik COVID-19 semakin berleluasa sehingga
memberikan pelbagai kesan negatif terhadap masyarakat dan negara.
AH Banyak yang kehilangan sumber pendapatan kerana perniagaan terjejas dan
diberhentikan kerja.
AA Oleh itu, masyarakat yang terlibat perlu berusaha untuk memulihkan ekonomi
mereka semula agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Perenggan Sejak kebelakangan ini, pandemik COVID-19 semakin berleluasa sehingga
pendahuluan memberikan pelbagai kesan negatif terhadap masyarakat dan negara. Banyak yang
lengkap kehilangan sumber pendapatan kerana perniagaan terjejas dan diberhentikan
kerja. Oleh itu, masyarakat yang terlibat perlu berusaha untuk memulihkan
ekonomi mereka semula agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Kira 40 patah perkataan
Langkah 2 : Membina Isi dengan menggunakan formula AJ (Ayat Judul) + AH (Ayat Huraian)
+ AP (Ayat Penegasan)
Isi 1 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
AJ Untuk memulihkan ekonomi, masyarakat haruslah mengorak langkah untuk
memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
AH1 Perniagaan seperti ini dapat menjanakan sumber pendapatan dengan cepat,
(Mengapa) namun peniaga perlu bersabar kerana tidak semua perniagaan laris dalam
sekelip mata.
AH2 Peniaga perlulah membuat kajian tentang produk yang dijual agar mendapat
(Bagaimana) pasaran.
AH3 Antaranya ialah nasi lemak dan kuih-muih, ikan dan sayur-sayuran.
(Apa)
AH4 Perlu berniaga secepat yang mungkin dan jangan bertangguh lagi.
(Bila)
AH5 Mereka hanya perlu menyediakan peralatan asas seperti kerusi meja, payung,
(Bagaimana) dan barangan yang ingin dijual.
AH6 Pastikan peniaga mempromosikan jualan mereka secara dalam talian agar
(Bagaimana) masyarakat setempat tahu tentang produk yang dijual oleh peniaga.
AP Tuntasnya, perniagaan secara kecil-kecilan ini dapat memulihkan ekonomi
masyarakat.
Ungkapan
menarik Sikap bertangguh itu pencuri masa walhal masa itu emas.
atau peribahasa
87 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Perenggan isi Untuk memulihkan ekonomi, masyarakat haruslah mengorak langkah
lengkap untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Perniagaan seperti ini
dapat menjanakan sumber pendapatan dengan cepat, namun peniaga
perlu bersabar kerana tidak semua perniagaan laris dalam sekelip mata.
Peniaga perlulah membuat kajian tentang produk yang dijual agar mendapat
pasaran. Antaranya ialah nasi lemak dan kuih-muih, ikan dan sayur-sayuran.
Mereka perlu berniaga secepat yang mungkin dan jangan bertangguh lagi.
Hal ini demikian kerana, sikap bertangguh itu pencuri masa walhal masa itu
emas. Mereka hanya perlu menyediakan peralatan asas seperti kerusi, meja,
payung, dan barangan yang ingin dijual. Pastikan peniaga mempromosikan
jualan mereka secara dalam talian agar masyarakat setempat tahu
tentang produk yang dijual oleh peniaga. Tuntasnya, perniagaan secara
kecil-kecilan ini dapat memulihkan ekonomi masyarakat.
Kira 98 patah perkataan
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Isi 2
AJ Di samping itu, masyarakat juga boleh memulakan perniagaan secara dalam
talian.
AH1 Perniagaan ini boleh dimulakan segera tanpa memerlukan modal yang besar.
(Mengapa)
AH2 Malahan, selok-belok perniagaan ini mudah dipelajari di Internet.
(Bagaimana)
AH3 Kini, banyak laman beli-belah yang wujud sentiasa membuka peluang kepada
(Mengapa) usahawan.
AH3 Malahan, barangan juga boleh diperoleh dengan mudah daripada syarikat
(Mengapa) pengeluar.
AH4
(Mengapa) Tambahan pula, liputan pemasaran laman beli-belah amat luas.
AH5 Maka, tidak hairanlah bahawa banyak orang yang membina kekayaan
(Mengapa) menerusi perniagaan ini.
AP Jelaslah, masyarakat boleh menjalankan perniagaan secara dalam talian
kerana banyak manfaat yang diperoleh daripada perniagaan ini.
Ungkapan
menarik Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
atau peribahasa
Perenggan isi Di samping itu, masyarakat juga boleh memulakan perniagaan secara
lengkap dalam talian. Perniagaan ini boleh dimulakan segera tanpa memerlukan modal
yang besar. Malahan, selok-belok perniagaan ini mudah dipelajari di Internet.
Kini, banyak laman beli-belah yang wujud sentiasa membuka peluang kepada
usahawan. Malahan, barangan juga boleh diperoleh dengan mudah daripada
syarikat pengeluar. Tambahan pula, liputan pemasaran laman beli-belah
amat luas. Pendek kata, perniagaan boleh dijalankan dengan pelbagai cara
asalkan ada kemahuan, bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Maka, tidak hairanlah bahawa banyak orang yang membina kekayaan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 88
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
menerusi perniagaan ini. Jelaslah, masyarakat boleh menjalankan perniagaan
secara dalam talian kerana banyak manfaat yang diperoleh daripada
perniagaan ini.
Kira 90 patah perkataan
Isi 3
AJ Masyarakat yang terbabit juga boleh mengusahakan projek pertanian.
AH1 Kini, banyak projek pertanian yang dapat diusahakan tanpa memerlukan
(Mengapa) tanah yang luas.
AH2 Tanah sekangkang kera di kawasan rumah dapat dimanfaatkan dengan
(Bagaimana) kaedah fertigasi, hidroponik, dan tanaman di dalam pasu bertingkat.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
AH3 Produk pertanian seperti cili, kacang panjang, dan timun mudah dipasarkan .
(Apa) Oleh itu, masyarakat harus merebut peluang ini kerana banyak manfaat yang
diperoleh.
AH4 Tempoh matang untuk mengutip hasil pertanian ini juga tidak lama, iaitu
(Mengapa) antara tiga hingga empat bulan.
AH5 Malahan, tanaman ini mudah diusahakan dan tidak memerlukan modal yang
(Mengapa) besar.
AH6 Dalam pada itu, kerajaan giat menggalakkan masyarakat untuk mengusahakan
(Mengapa) projek pertanian dengan menyediakan pelbagai insentif penggalakan.
AP Dengan itu, masyarakat harus merebut peluang ini kerana banyak manfaat
yang dapat diperoleh.
Ungkapan
menarik Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
atau peribahasa
Perenggan isi Masyarakat yang terbabit juga boleh mengusahakan projek pertanian.
lengkap Kini, banyak projek pertanian yang dapat diusahakan tanpa memerlukan tanah
yang luas. Tanah sekangkang kera di kawasan rumah dapat dimanfaatkan
dengan kaedah fertigasi, hidroponik, dan tanaman di dalam pasu bertingkat.
Produk pertanian seperti cili, kacang panjang, dan timun mudah dipasarkan.
Malahan, tanaman ini mudah diusahakan dan tidak memerlukan modal yang
besar. Dengan itu, tiada sebab lagi kita tidak boleh mengusahakan pertanian,
bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tempoh
matang untuk mengutip hasil pertanian ini juga tidak lama, iaitu antara tiga
hingga empat bulan. Dalam pada itu, kerajaan giat menggalakkan masyarakat
untuk mengusahakan projek pertanian dengan menyediakan pelbagai
insentif penggalakan. Dengan itu, masyarakat harus merebut peluang ini
kerana banyak manfaat yang dapat diperoleh.
Kira 105 patah perkataan
89 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Isi 4
AJ Masyarakat yang terbabit juga boleh bekerja sebagai penghantar barangan
atau makanan.
AH1 Kini, permintaan pengguna terhadap khidmat penghantar ini semakin
(Mengapa) meningkat. Dengan itu, pekerjaan dalam bidang ini terbuka luas.
AH2 Antara syarikat khidmat penghantar yang popular ialah ‘Foodpanda’,
(Apa) ‘Lalamove’, ‘Grab Food’, dan ‘J &T Express’.
AH3 Selain itu, permohonan untuk mendapatkan pekerjaan ini juga agak mudah
(Mengapa) kerana pemohon hanyalah perlu mempunyai lesen memandu dan kenderaan.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
AH4 Malahan, pemohon yang berjaya boleh mula bekerja dengan kadar yang
(Mengapa) segera.
AH5 Pekerjaan ini menawarkan pendapatan secara mingguan dan sistem komisyen,
(Mengapa) iaitu semakin banyak penghantaran, maka semakin banyak pendapatan.
AP Tuntasnya, kerjaya sebagai penghantar barangan dan makanan ini merupakan
pilihan yang paling mudah yang dapat dilakukan oleh golongan yang
diberhentikan kerja akibat pandemik COVID-19 ini.
Ungkapan
menarik Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
atau peribahasa
Perenggan isi Di samping itu, masyarakat yang terbabit juga boleh bekerja sebagai
lengkap penghantar barangan atau makanan. Kini, permintaan pengguna terhadap
khidmat penghantar ini semakin meningkat. Dengan ini, pekerjaan dalam
bidang ini terbuka luas. Dalam pada itu, syarikat-syarikat penghantar
juga bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Antara syarikat khidmat
penghantar yang popular ialah ‘Foodpanda’,’ ‘Lalamove’, Grab Food’, dan
‘J &T Express’. Selain itu, permohonan untuk mendapatkan pekerjaan ini juga
agak mudah kerana pemohon hanyalah perlu mempunyai lesen memandu
dan kenderaan. Malahan, pemohon yang berjaya boleh mula bekerja dengan
kadar yang segera. Pekerjaan ini menawarkan pendapatan secara mingguan
dan sistem komisyen, iaitu semakin banyak penghantaran semakin banyak
pendapatan yang diterima. Tuntasnya, kerjaya sebagai penghantar barangan
dan makanan ini merupakan pilihan yang paling mudah yang dapat dilakukan
oleh golongan yang diberhentikan kerja akibat pandemik COVID-19 ini.
Kira 102 patah perkataan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 90
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Langkah 4 : Membina Penutup AK (Ayat Kesimpulan) + AC (Ayat Cadangan)
+ AH (Ayat Harapan)
AK Kesimpulannya, pihak yang terkesan akibat pandemik COVID-19 harus
bangkit segera untuk memulihkan ekonomi mereka.
AC Mereka tidak harus bersikap tunggu dan lihat, sebaliknya bangkit segera
mengatur langkah.
AH Tidak mustahil, usaha yang dilakukan secara kecil-kecilan ini akan mampu
menjanakan pendapatan lumayan kepada mereka. Mereka harus ingat
bahawa di tengah-tengah kesulitan hidup masa ini, banyak peluang yang
dapat diambil oleh mereka.
Ungkapan
menarik Perjalanan seribu batu bermula daripada langkah pertama.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
atau peribahasa
Perenggan isi Kesimpulannya, pihak yang terkesan akibat pandemik COVID-19 harus
lengkap bangkit segera untuk memulihkan ekonomi mereka. Mereka tidak harus
bersikap tunggu dan lihat, sebaliknya bangkit segera mengatur langkah.
Cendekiawan China ada mengatakan perjalanan seribu batu bermula
daripada langkah pertama. Tidak mustahil, usaha yang dilakukan secara
kecil-kecilan ini akan mampu menjanakan pendapatan lumayan kepada
mereka. Mereka harus ingat bahawa di tengah-tengah kesulitan hidup masa
ini, banyak peluang yang dapat diambil oleh mereka.
Kira 65 patah perkataan
Model Karangan Lengkap
Karangan Domain Awam
Setiap kali 31 Ogos, ayah akan membawa saya ke satu tempat yang agak istimewa. Pada tarikh
itu, majikan ayah saya, seorang pemilik syarikat perlombongan akan mengadakan program khas
untuk semua pekerja di bawah seliaannya.
Para pekerja lombong itu terdiri daripada orang Melayu, Cina, dan India. Majikan ayah saya
mengadakan ‘Pesta Sukan Rakyat’ yang memberikan peluang kepada semua pekerja dan ahli
keluarga menyertainya. Antaranya ialah aktiviti memanjat tiang licin, tarik tali, dan lari berganti-
ganti.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Keharmonian Kaum Tonggak Kemakmuran dan Kemajuan’,
www.bharian.com.my, 16 September 2020
Petikan di atas memaparkan usaha-usaha untuk membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat
agar lahir masyarakat yang berpegang pada peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.
Tulis manfaat-manfaat yang akan kita peroleh hasil daripada pegangan peribahasa tersebut.
Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
91 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Bersatu teguh, bercerai roboh merupakan peribahasa yang besar maknanya untuk dipraktikkan
oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Tuntasnya, cogan kata ini menggesa
seluruh anggota masyarakat agar bersatu dan berganding bahu dalam kehidupan seharian. Sikap
ini diterjemahkan apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, menyelesaikan sesuatu masalah,
dan menjayakan sesuatu agenda. Hakikatnya, banyak manfaat yang kita peroleh daripada
amalan ini.
Dalam situasi penduduk negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum, kita haruslah
menghayati dan mempraktikkan peribahasa ini. Hal ini penting demi mencapai kemajuan negara
dan membina sebuah negara yang aman dan damai. Oleh itu, semua pihak haruslah berusaha
untuk memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat. Semangat ini haruslah
dimulakan dalam kalangan jiran tetangga khususnya di bandar yang semangat kejiranannya
dikatakan semakin luntur. Jiran amat penting bagi kita yang tinggal di bandar kerana jauh
daripada keluarga dan kaum kerabat, jadi jiranlah yang menjadi saudara-mara kita yang terdekat.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Tuntasnya, melalui hubungan yang erat dengan jiran-jiran, pelbagai masalah sosial dapat kita
tangani, bak kata pepatah jiran sepakat membawa berkat.
Konsep bersatu teguh, bercerai roboh dapat dijayakan menerusi aktiviti gotong-royong.
Melalui aktiviti ini, sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan secara beramai-ramai dan memudahkan
kerja tersebut. Misalnya, aktiviti masyarakat bergotong-royong untuk menghapuskan tempat
pembiakan nyamuk Aedes. Menerusi aktiviti ini, masalah denggi di kawasan tersebut dapat
dikurangkan. Hal ini sejajar dengan peribahasa kita, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Selain itu, menerusi aktiviti gotong-royong itu, banyak yang dapat dijimatkan seperti masa dan
wang perbelanjaan. Malahan, hubungan sesama masyarakat juga menjadi semakin erat hasil
pergaulan dan interaksi semasa aktiviti gotong-royong tersebut. Ringkasnya, amalan gotong-
royong dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu.
Dalam bidang pentadbiran pula, sama ada di sektor swasta atau di sektor kerajaan,
semangat bersatu dalam kalangan pekerja banyak maslahatnya. Menerusi perpaduan tersebut,
produktiviti sesebuah organisasi dapat ditingkatkan. Malahan, kerjasama kumpulan juga semakin
meningkat. Oleh itu, majikan haruslah sentiasa berusaha untuk meningkatkan perpaduan dalam
kalangan pekerjanya. Hal ini dapat dilakukan melalui program hari keluarga, program pembinaan
semangat berpasukan, dan karnival sukan. Dengan itu, tidak hairanlah bahawa syarikat-syarikat
gergasi sanggup berbelanja besar untuk menjalankan program-program tersebut dalam usaha
memperkukuh perpaduan dalam kalangan pekerja. Hal ini dikatakan demikian kerana impak
daripada program tersebut akan diperoleh semula melalui peningkatan produktiviti dan
keuntungan yang mencanak tinggi.
Pada peringkat nasional, memang tidak kita nafikan bahawa semangat bersatu padu itu
amat penting sekali. Misi dan visi yang dirancangkan oleh kerajaan untuk memajukan negara
bukan setakat memerlukan kerjasama rakyat, malahan kerajaan dan rakyat harus berganding
bahu bak aur dengan tebing untuk menjayakannya. Kerajaan tanpa rakyat tidak akan bermakna
sama sekali. Demikian juga, rakyat tanpa kerajaan tidak membawa sebarang makna. Oleh hal
yang demikian, kerjasama antara kerajaan dengan rakyat akan memudahkan usaha untuk
meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat. Tambahan pula, negara sekarang sedang
mengalami masalah ekonomi. Oleh sebab itu, rakyat harus bersama-sama kerajaan untuk
memulihkan ekonomi negara agar kembali mapan dan perkasa.
Tuntasnya, peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh merupakan teras utama dalam
menjanakan sesuatu kejayaan. Semua pihak daripada segenap lapisan masyarakat haruslah
menyingsing lengan dan mengorak langkah bagi memperkukuh perpaduan dalam kalangan
rakyat. Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 harus menjadi iktibar kepada kita tentang bahayanya
perpecahan yang boleh mengundang penjajahan asing.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 92
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Karangan Domain Peribadi
Kepetahan berhujah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh Qasrien Sazuki, untuk aktif dalam
pertandingan debat, pidato, dan bersajak sejak di bangku sekolah sehingga peringkat universiti.
Kebolehan itu juga memberikannya kelebihan untuk menjadi pemidato khas bagi debat ala
Parlimen, memenangi pelbagai pertandingan, dan terpilih untuk menyertai kem kepimpinan
peringkat sekolah ASEAN. Menurut Qasrien, keberanian dan bakat itu diwarisi daripada ayah dan
datuknya yang bijak berpidato.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Manfaat Kepetahan Bercakap’
oleh Redzuan Muharam, www.hmetro.com.my, 6 Ogos 2018
Anda tertarik dengan kehebatan remaja di atas dan berhasrat untuk mencontohi kejayaannya.
Oleh itu, anda mahu menyertai satu pertandingan pidato yang dianjurkan oleh sebuah badan bukan
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
kerajaan di tempat anda. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah “Pembinaan Masyarakat yang Berilmu
bagi Melonjakkan Pembangunan Negara”.
Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350
hingga 500 patah perkataan.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, dif-dif kehormat,
dan para hadirin. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tampilnya saya di persada pentas ini
adalah untuk mengupas tajuk syarahan yang berbunyi, ‘Pembinaan Masyarakat yang Berilmu
bagi Melonjakkan Pembangunan Negara’.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Ilmu umpama bintang-bintang yang bergemerlapan yang memberikan cahaya kepada
manusia. Tanpa ilmu, maka gelaplah alam dan cakerawala hidup manusia. Banyak ungkapan
yang menitikberatkan kepentingan ilmu. Antara yang popular ialah hadis Nabi Muhammad
yang bersabda, “Sesiapa yang mahu akan dunia, hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang mahu
akan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang mahu akan kedua-duanya, hendaklah
dengan ilmu.” Sumber untuk kita memperoleh ilmu ada banyak kaedahnya, sama ada dengan
menghadiri sesi persekolahan, belajar dengan orang yang lebih mahir, ataupun membaca buku.
Dengan itu, pencarian dan penerokaan ilmu haruslah dilakukan secara istiqamah bagi memastikan
pembangunan negara dapat dilonjakkan.
Hadirin dan hadirat,
Apabila negara Jepun lumpuh selepas dua bandar utamanya, iaitu Nagasaki dan Hiroshima
dibom, mereka segera bangkit sebagai kuasa ekonomi dunia tidak sampai dua dekad.
Bagaimanakah dalam sekelip mata mereka mampu mencapai kejayaan sebegitu? Hampir setiap
rumah memiliki produk keluaran Jepun, iaitu daripada periuk nasi sehinggalah televisyen. Bukan
setakat itu, malahan alat pengangkutan seperti motosikal dan kereta juga datangnya dari Jepun.
Rahsianya ialah pemimpin Jepun segera memperkasa ilmu dalam kalangan rakyatnya. Mereka
membawa masuk buku-buku dan teknologi dari Barat yang diterjemahkan ke dalam bahasa
Jepun. Sesungguhnya, kejayaan Jepun sebagai sebuah gergasi ekonomi dunia dipacu oleh
kehebatan ilmu yang dicedok oleh mereka dari Barat.
Kejayaan Jepun sebagai sebuah negara yang berjaya dalam bidang ekonomi telah menjadi
inspirasi kepada negara-negara lain termasuk negara kita. Pada tahun 1982, negara kita
melaksanakan Dasar Pandang ke Timur yang menjadikan Jepun sebagai model kejayaan yang
93 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
patut kita contohi. Lanjutan daripada itu, tiga tahun kemudian, negara kita berjaya mengeluarkan
produk kereta sendiri yang dinamai Proton Saga. Kini, Proton telah kukuh berada di pasaran
antarabangsa dengan pengeluaran kereta yang canggih dan menepati cita rasa pembeli.
Kejayaan ini sudah tentu hasil daripada pemilikan ilmu dan kepakaran dalam kalangan penduduk
tempatan dan pakar dari luar negara.
Bagi meningkatkan kecemerlangan ilmu dalam kalangan rakyat, kerajaan banyak membina
pusat pengajian tinggi di negara kita. Jika pada tahun 1980-an, hanya ada lima buah pusat
pengajian tinggi awam di negara kita yang menawarkan bidang pengajian yang terhad, kini ada
puluhan pusat pengajian tinggi awam dan ratusan pusat pengajian tinggi swasta yang bersedia
menerima kemasukan pelajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Menariknya, pusat
pengajian tinggi di negara kita turut menjadi pilihan utama pelajar-pelajar dari luar negara. Hal ini
membuktikan pusat pengajian tinggi di negara kita berkualiti dan menepati piawaian antarabangsa.
Para pelajar tempatan haruslah meningkatkan usaha dan iltizam semasa belajar di pusat
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
pengajian tinggi. Mereka haruslah menggunakan pusat pengajian tinggi untuk memperkasa ilmu
pengetahuan, meningkatkan keterampilan diri, dan memperkemas kemahiran diri. Hal ini amat
penting supaya mereka dapat menunjukkan karisma dan kewibawaan mereka apabila diterima
bekerja di sesebuah organisasi. Sumbangan mereka amat besar dalam organisasi tersebut
sehingga mampu melonjakkan pembangunan organisasi dan negara. Dengan itu, pelajar haruslah
bersaing secara sihat dengan rakan-rakan lain dan pusat pengajian yang lain untuk mencapai
kecemerlangan.
Sebagai rumusannya, dapatlah disimpulkan bahawa ilmu pengetahuan merupakan prakarsa
yang amat penting untuk melonjakkan pembangunan negara. Oleh itu, setiap warganegara
haruslah memahatkan iltizam untuk meningkatkan ilmu mereka demi meningkatkan maruah
negara. Menerusi cara ini, warganegara dapat memberikan sumbangan kepada kejayaan negara.
Berpegang pada kata-kata bekas Presiden Amerika tersohor, Abraham Lincoln, “Jangan tanyakan
apakah sumbangan negara kepada kamu, tetapi tanyalah apakah sumbangan kamu kepada
negara.” Sekian, terima kasih.
Nota Visual
Karangan Domain Pendidikan Ibu bapa Pendorong
Kejayaan Anak-anak
Komitmen ibu bapa adalah antara faktor murid memperoleh kecemerlangan dalam akademik
dan juga sahsiah diri. Dengan itu, ibu bapa yang ingin melihat anak mereka berjaya perlu
sanggup berkorban masa dan tenaga membantu kejayaan anak-anak mereka. Kajian mendapati
kebanyakan murid yang berjaya datang daripada ibu bapa yang prihatin terhadap perkembangan
pendidikan anak-anak. Ada ibu bapa yang tidak berpelajaran tinggi, tetapi mampu membantu
kejayaan anak-anaknya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Komitmen Ibu Bapa Bantu Kejayaan’
oleh Zuraidi Mansor, www.bharian.com.my, 17 September 2017
Petikan di atas memaparkan peranan yang dapat dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu kejayaan
anak-anak. Hal ini membuktikan ibu bapa memainkan peranan penting untuk membantu anak-anak
mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Huraikan peranan yang dapat dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan.
Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 94
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Mereka memiliki segala
ramuan untuk membantu kejayaan anak-anak. Sejarah membuktikan tokoh-tokoh hebat yang
muncul dalam sejarah dunia datangnya daripada ibu bapa yang begitu prihatin terhadap
kejayaan anak-anak mereka. Ibu bapa itu mungkin miskin harta benda tetapi kaya dari segi
semangat, disiplin, motivasi, dan dorongan sehingga mampu memacu tenaga dalaman anak
untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai peranan yang
dapat dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu kejayaan anak-anak.
Peranan utama yang mesti dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran adalah dengan membina sebuah rumah tangga yang
bahagia dan harmoni. Hal ini dikatakan demikian kerana kehidupan yang bahagia dan harmoni
akan membina perasaan bahagia dan selamat dalam kalangan anak. Mereka berasa gembira
berada di rumah dan bersyukur kerana memiliki ibu bapa yang menyayangi mereka. Hal ini akan
membentuk semangat dalam kalangan anak. Hal ini sangat berbeza daripada anak-anak yang
lahir dan membesar dalam keluarga yang berantakan. Mereka berasa tertekan semasa berada di
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
rumah. Mereka bimbang pertengkaran ibu bapa akan berlaku sehingga mengganggu tumpuan
mereka untuk belajar. Jelaslah bahawa rumah tangga yang harmoni menyumbang kepada
kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga mestilah bertanggungjawab untuk memantau pergaulan anak-anak
dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang
besar dalam kehidupan harian dan masa depan mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak lebih
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan. Dalam kebanyakan
keadaan, anak-anak lebih mempercayai dan meyakini rakan daripada ibu bapa sehingga mereka
sukar untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak
bergaul dengan rakan yang bermasalah, biasanya mereka juga akan bermasalah. Bagi menangani
masalah ini, ibu bapa mestilah mengambil tahu akan personaliti rakan-rakan baik anak-anak dan
segera mengambil tindakan jika anak mereka mula berubah kepada perlakuan yang negatif.
Seterusnya, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan
agama yang secukupnya. Pendidikan agama perlu diterapkan kepada anak-anak sejak kecil
lagi sejajar dengan pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungya. Pendidikan sejak kecil
biasanya akan lebih lama terpahat dalam sanubari dan perlakuan anak-anak. Hal ini sangat
berbeza jika pendidikan diberikan ketika anak sudah meningkat remaja. Namun begitu, nasihat,
bimbingan, dan dorongan ke arah kebaikan perlu selalu diberikan oleh ibu bapa kepada
anak-anak tanpa mengira usia. Ringkasnya, jangan dibiarkan anak tandus dengan siraman motivasi
dan perhatian kerana ini boleh menjadikan anak kehilangan panduan dalam kehidupan mereka.
Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah selalu bertukar-tukar pendapat dengan
anak-anak tentang sesuatu perkara. Aktiviti ini bukan sahaja dapat membuahkan sesuatu
keputusan yang lebih baik, malahan dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak.
Pendapat anak-anak haruslah didengar dan diberikan perhatian oleh ibu bapa terutama yang
melibatkan diri anak-anak itu. Jangan sesekali ibu bapa bersikap kuku besi terhadap anak-anak.
Hal ini akan menjadikan anak-anak berasa tertekan, tiada kebebasan dalam menentukan hala
tuju mereka, dan hilang keyakinan diri. Jadi ibu bapa mestilah bersedia untuk menjadi pendengar
yang baik kepada anak-anak. Kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama supaya segala
masalah yang ditanggung mereka tidak terperap dan membengkak dalam hati mereka.
Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang amat signifikan untuk membantu
kejayaan anak-anak. Dengan itu, ibu bapa hendaklah gigih dan tekun untuk memainkan peranan
itu. Peribahasa kita ada mengatakan, bagaimana acuan, begitulah kuihnya yang menggambarkan
sikap ibu bapa akan mempengaruhi kejayaan anak-anak.
95 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Karangan Domain Kerjaya
Seorang siswazah tidak mahu menyerah kalah atau berserah kepada takdir apabila dia sanggup
mengusahakan tanah terbiar menjadi ladang sayur-sayuran.
Ternyata usaha, Nur Aisyah Zulkifli, 25, memanfaatkan kawasan tanah terbiar berhampiran
dengan kediamannya sejak setahun lalu berbaloi apabila dia memperoleh pulangan yang
lumayan.
Dia menjayakan projek tanaman dua jenis terung, bayam brazil, dan pisang itu sejak awal
tahun lalu di kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar di Kampung Bukit Temiang, di sini.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Graduan Kini Jadi Tauke Terung Berjaya’,
oleh Mohd Amin Jalil, https:// hmetro.com.my/mutakhir, 1 Jun 2021
Petikan di atas menyatakan siswazah boleh memilih bidang pertanian untuk menjanakan pendapatan
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
mereka kerana boleh memberikan hasil pendapatan yang lumayan. Namun demikian, masih banyak
siswazah yang rela menganggur daripada berkecimpung dalam bidang pertanian.
Jelaskan c ara-cara menggalakkan siswazah menyertai bidang pertanian. Panjangnya karangan anda
hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
Sejak dahulu lagi, negara kita memiliki kelebihan dalam bidang pertanian. Negara kita memiliki
tanah yang subur, hujan dan panas yang mencukupi, dan sejarah yang hebat dalam bidang
ini. Maka, tidak hairanlah jika penjajah British mengoptimumkan tanah di negara kita dengan
menanam pelbagai jenis tanaman demi kepentingan mereka. Namun demikian, pelibatan
generasi muda khususnya dalam bidang pertanian masih sedikit. Oleh hal yang demikian,
usaha-usaha perlu diorak bagi menyemarakkan minat graduan terhadap bidang yang sangat
besar potensinya ini.
Antara caranya, Kementerian Pengajian Tinggi haruslah menerapkan pengajaran pertanian
dan penggunaan teknologi moden pertanian kepada mahasiswa dan mahasiswi di semua
universiti. Jika sebelum ini, kerajaan sudah menerapkan elemen keusahawanan, maka sudah
sampai masanya, pengajaran pertanian dan teknologi moden pula diajar kepada mereka. Menerusi
ilmu yang diberikan, mereka diajarkan kaedah tanaman yang mudah dan terkini. Mahasiswa dan
mahasiswi ini juga diajarkan cara untuk memastikan tanaman mereka dapat dipasarkan kepada
pengguna. Sesungguhnya ilmu yang diajar ini sudah tentu akan membuka mata mahasiswa dan
mahasiswi tentang potensi yang cerah dalam bidang ini.
Selain itu, kerajaan juga haruslah menyediakan kursus intensif kepada siswazah yang benar-
benar berminat untuk menjadi petani moden. Kursus ini penting untuk memantapkan ilmu dan
kemahiran mereka sebelum melangkah masuk ke bidang ini. Banyak agensi kerajaan yang dapat
digerakkan untuk mencapai matlamat tersebut. Antaranya ialah Jabatan Pertanian, Pertubuhan
Peladang, dan Lembaga Pemasaran Hasil Pertanian. Siswazah yang terpilih juga boleh meluaskan
ilmu mereka dengan menyertai lawatan sambil belajar ke luar negara untuk mempelajari teknik
pertanian daripada negara maju. Antaranya ialah Jepun, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat.
Dengan itu, kursus intensif dapat membantu siswazah supaya lebih yakin untuk menceburi
bidang pertanian
Di samping itu, kerajaan patut menyediakan pelbagai insentif yang menarik kepada para
siswazah yang menyertai bidang pertanian. Insentif ini akan menjadi pendorong dan perangsang
kepada mereka. Antara insentif itu ialah pembiayaan modal permulaan bagi memulakan projek
pertanian dan pinjaman untuk membeli peralatan pertanian. Hal ini dikatakan demikian kerana
kebanyakan siswazah terbeban dengan masalah kewangan terutama untuk memulakan sesuatu
projek baharu.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 96
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Oleh itu, pemberian geran dan alatan pertanian dapat menyemarakkan semangat siswazah untuk
menceburi bidang berkenaan. Kini, sudah banyak siswazah yang berjaya dalam bidang pertanian
hasil bantuan dan dorongan daripada kerajaan.
Namun begitu, segala insentif, ilmu, dan dorongan yang diberikan oleh pihak tertentu
tidak akan membuahkan hasil jika para siswazah tidak mempunyai keinginan yang tinggi dalam
bidang tersebut seperti peribahasa, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oleh hal yang
demikian, graduan haruslah mempunyai semangat yang jitu lagi padu untuk menjadi petani yang
berjaya. Para siswazah perlu sedar bahawa tidak akan ada bentangan permaidani merah untuk
mereka. Sudah pasti yang akan menunggu mereka ialah pahit getir perjuangan dan cabaran
sengit yang tidak kunjung padam. Dengan itu, mereka haruslah mempersiapkan jiwa dan raga
untuk menempuh keadaan tersebut. Para siswazah jangan sesekali bersikap hangat-hangat tahi
ayam kerana ini hanya akan merugikan diri mereka.
Kesimpulannya, pelbagai usaha perlu dipacu oleh pelbagai pihak secara bersepadu untuk
mencanakkan motivasi para siswazah untuk menyertai bidang pertanian. Usaha bersepadu
ini sudah tentu akan menimbulkan minat dan semangat mereka untuk berkecimpung dalam
bidang tersebut. Hal ini sudah tentu melonjakkan kemajuan negara kita dalam bidang pertanian
sehingga dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju dalam
bidang pertanian.
Praktis Ekstra
Karangan Respons Terbuka
Praktis 1 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd Bonus PdPc Nota Visual
Penipuan di Internet
Domain Peribadi
Isu penipuan Internet menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan
ini. Banyak penipuan dalam talian dilaporkan kepada pihak berkuasa seperti ‘Macau Scam’,
‘Love Scam’ dan penipuan pinjaman.
Penipuan terbaharu ialah penipu menyamar sebagai penguat kuasa agensi kerajaan dan
memperdaya mangsa dengan pelbagai tuduhan jenayah. Mangsa diminta supaya memindahkan
wang dalam akaun bank mereka ke akaun bank yang lain untuk tujuan siasatan. Biasanya,
mangsa terdiri daripada warga emas yang mempunyai wang simpanan yang banyak.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Masyarakat Perlu Peka Penipuan dalam Talian’
oleh Nurshuhaila Ibrahim, www.bharian.com.my, 17 Oktober 2020
Anda pegawai polis yang bertanggungjawab untuk menangani kes penipuan Internet. Sebuah
persatuan bukan kerajaan telah menjemput anda menyampaikan ceramah kepada ahli-ahlinya
berkaitan dengan penipuan Internet.
Tajuk ceramah anda ialah ‘Langkah-langkah untuk Mengelakkan Diri daripada Menjadi Mangsa
Penipuan Internet’.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga
500 patah perkataan.
97 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Penulisan
Pendahuluan:
kata alu-aluan – pengerusi majlis, guru-guru, dan murid-murid serta ucapan salam kepada para
hadirin – menyatakan tujuan berdiri di atas pentas – menyampaikan ceramah yang bertajuk
‘Langkah-langkah untuk Mengelakkan Diri daripada Menjadi Mangsa Penipuan Internet’ – banyak
penipuan Internet berlaku pada masa ini – melibatkan kerugian yang banyak – mendatangkan trauma
kepada mangsa
Isi-isi penting:
Isi 1: terdapat pelbagai punca penipuan Internet – amat percaya kepada panggilan pihak tertentu –
mendedahkan kekayaan diri – mudah terpedaya dengan ancaman – tidak mengambil berat tentang
isu penipuan Internet yang semakin berleluasa masa ini
Isi 2: bagi mengelakkan menjadi mangsa – tingkatkan kesiapsiagaan – jangan mudah percaya
kepada pihak tertentu yang mendakwa sebagai mewakili pihak tertentu – langkah terbaik –
memutuskan panggilan – jangan biarkan pemanggil meneruskan percakapan
Isi 3: pasang perisian untuk mengesan pemanggil – banyak perisian pada masa ini – dapat mengesan
ketulenan sesuatu panggilan – bersikap lebih selektif – jangan menjawab semua panggilan dengan
mudah
Isi 4: kerajaan melipatgandakan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat – melalui kempen di
media massa dan media sosial – penting agar masyarakat terus siap siaga supaya tidak menjadi
mangsa penipuan Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Penutup:
penipuan Internet berlaku kerana sikap masyarakat – harus berganding bahu untuk menanganinya
– jangan bersikap sambil lewa – peribahasa mengatakan jerat tidak pernah lupakan pelanduk – pada
bila-bila masa dan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa
Praktis 2
Domain Awam
Keluarga ialah penyumbang terbesar kepada jumlah pembuangan sisa makanan di negara ini.
Menurut Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sebanyak
16 650 tan makanan dibuang oleh rakyat pada setiap hari.
Menurut kajian itu, secara purata sebuah keluarga membazirkan makanan hampir satu
kilogram. Hal ini menunjukkan amalan pembaziran makanan di negara kita serius dan perlu
ditangani segera. Kadar ini semakin meningkat pada musim perayaan dan bulan Ramadan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘16 650 Tan Sisa Makanan Dibuang Setiap Hari’,
www.hmetro.com.my, 15 April 2019
Petikan di atas membincangkan isu pembaziran makanan yang semakin tinggi di negara kita.
Huraikan faktor-faktor amalan ini dan langkah-langkah untuk menanganinya. Panjangnya karangan
anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 98
Praktis SPM 2
SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
Peta Konsep
Fokus Topik Sistem dan Aplikasi Bahasa
Soalan Kertas SPM 1103/2 Bahasa Melayu Bahagian A
Kriteria • Murid diuji secara ujian bertulis, iaitu berbentuk subjektif respons terhad dan respons terbuka.
• Murid diberikan lima ceraian soalan, iaitu morfologi, sintaksis, penyuntingan, bahasa Melayu standard,
dan peribahasa.
• Semua soalan yang dikemukakan wajib dijawab.
Markah Markah penuh: 35 markah
Masa 45 minit
Morfologi
Fokus Topik Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
1. Murid perlu mengkaji dan menguasai struktur kata, bentuk kata, dan penggolongan kata.
Struktur Kata Bentuk Kata Penggolongan Kata
• Susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang (dalam tulisan). • Kata tunggal • Kata nama
• Terbahagi kepada dua, iaitu pola suku kata terbuka dan pola • Akronim • Kata kerja
suku kata tertutup. • Kata terbitan • Kata adjektif
• Struktur suku kata terdiri daripada perkataan bahasa Melayu (pengimbuhan) • Kata tugas
dan juga kata pinjaman bahasa asing. • Kata ganda
• Struktur suku kata yang asli (v, vk, kv, kvk). Struktur suku kata • Kata majmuk
pinjaman daripada bahasa asing (kkv, kkvk, vkk, kkvkk, kkkvk).
2. Soalan akan mengemukakan pelbagai bentuk kata dan penggolongan kata. Murid diminta supaya mengenal pasti
perkataan tersebut dalam petikan yang diberikan.
3. Kemudian, murid perlu membina ayat daripada perkataan tersebut berdasarkan kehendak dan arahan soalan.
Kesalahan Lazim
1. Murid tidak dapat mengenal pasti perkataan seperti yang dikehendaki dalam arahan soalan.
2. Murid mengubah perkataan yang terdapat dalam petikan, sama ada ditambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan yang dipilih sebagai peribahasa atau nama khas semasa menulis ayat.
3. Ayat yang dibina tidak gramatis kerana tidak menggunakan tatabahasa yang betul.
4. Murid membina lebih daripada satu ayat bagi setiap perkataan.
5. Murid juga menyalin ayat yang terdapat daripada petikan sebagai jawapan.
105 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Praktis 1 Praktis Ekstra Bonus PdPc Nota Visual
Kata Sendi
Morfologi
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata sendi nama.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Isu pencemaran sungai hingga mengakibatkan gangguan bekalan air yang menjejaskan hampir lima
juta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bukanlah perkara baharu. Kelemahan penguatkuasaan undang-
undang dan kesedaran sesetengah pihak mengenai kepentingan penjagaan kebersihan sungai serta alam
sekitar dikatakan punca utama permasalahan ini. Sikap sesetengah pihak yang suka membuang sampah di
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
merata-rata juga mencerminkan betapa pemikiran masyarakat masih lagi mundur. Selain itu, pembangunan
yang tidak terkawal di kawasan hulu sungai seperti projek pembinaan perumahan dan aktiviti pembuangan
sisa kilang juga dipercayai turut menjadi punca pencemaran air.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Penjara Mandatori Pesalah Alam Sekitar’
oleh Mahfuz Mohamad, Kosmo, 18 September 2020
1. baharu – Ibu membelikan adik sepasang kasut bola baharu bagi menggantikan kasutnya yang
sudah koyak.
2. suka – Aina suka melukis potret pada waktu senggang kerana minatnya yang mendalam
terhadap bidang seni lukis.
3. hingga – Safwan menunggang motosikal dengan laju hingga tidak dapat mengelak daripada
melanggar seekor kucing yang tiba-tiba melintas jalan.
4. di – Angela menyusun buku-buku novel miliknya di dalam kotak untuk diberikan kepada
rakannya yang juga peminat novel.
Video
Praktis 2 Kata
Ganda
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata majmuk mantap.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Kompleks Perniagaan Pekan Rabu yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar tidak asing lagi
bagi penduduk tempatan mahupun mereka yang datang dari luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan
orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan peniaga-peniaga bumiputera di
Kedah. Terdapat berbagai-bagai jenis perniagaan yang dijalankan di Pekan Rabu daripada hasil tanaman
hingga yang agak komersial dan bertaraf antarabangsa. Antara peniaga di Pekan Rabu ialah bekas Perdana
Menteri Malaysia keempat dan ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjual cendol dan membuka
kedai kopi serta menjual buah-buahan pada zaman pendudukan Jepun pada tahun 1942 hingga 1944.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pekan Rabu Lambang Kemegahan Peniaga Melayu’
oleh Zaid boc Mohd Nor, Utusan Malaysia, 15 Ogos 2020
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 106