Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa
1. peniaga-peniaga – Peniaga-peniaga diingatkan agar menyediakan alat pengimbas suhu di
premis perniagaan masing-masing untuk mengelakkan dikompaun.
2. buah-buahan – Ibu membeli buah-buahan di Kedai Usaha Berkat kerana harganya yang jauh
lebih murah berbanding pasar raya yang lain.
3. bumiputera – Golongan bumiputera diseru agar berkecimpung dalam bidang perniagaan
bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
4. antarabangsa – Fesyen batik rekaan Razwan Razwill itu berjaya menembusi pasaran
antarabangsa.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Nota Visual
Praktis 3 Kata Bantu
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata bantu dan dua kata penegas. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Istilah nomofobia boleh dikaitkan dengan konsep kebergantungan dan ketagihan seseorang
terhadap telefon pintar. Kajian menunjukkan 53 peratus pengguna telefon pintar akan berasa
bimbang apabila kehilangan telefon pintar, kehabisan bateri atau kredit, tidak mempunyai liputan
rangkaian, dan belum mengecas telefon pintar mereka. Bagi mengatasi masalah ini, penghidap
nomofobia perlu mengambil langkah dengan hanya mengurangkan tempoh penggunaan telefon
pintar seperti mengenyahaktifkan notifikasi dan capaian Internet dan menyimpan telefon pintar
dalam tempoh tertentu. Setiap individu juga harus berusaha untuk membina hubungan sosial
secara bersemuka agar dapat membina keyakinan diri.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ketagihan Telefon Pintar’
oleh Mudiana Mokhsin, Kosmik, Bil.4 2019
1. dapat – Kumpulan Pentium dapat menyiapkan diorama yang diminta oleh guru Sains mereka
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
2. belum – “Saya belum menghantar latihan karangan yang diminta oleh Cikgu Amira kerana tidak
sempat untuk menyiapkannya semalam,” kata Arvind kepada Joshila.
3. juga – “Amira juga akan membuat persembahan sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan
yang akan diadakan tidak lama lagi,” kata Cikgu Adni kepada Cikgu Saiful.
4. hanya – Ooi Weng Seng hanya mendiamkan diri apabila dimarahi ibunya kerana dia sedar akan
kesalahannya yang leka bermain permainan video.
107 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Sintaksis
Peta Konsep
Sintaksis
Fokus Topik
1. Murid perlu mengkaji proses pembinaan ayat melibatkan hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.
2. Ayat biasanya terdiri daripada sekurang-kurangnya satu patah perkataan atau gabungan beberapa patah perkataan yang
mengandungi maksud yang sempurna.
3. Binaan setiap ayat mestilah terdiri daripada kata, frasa, atau klausa yang membentuk subjek dan predikat.
Binaan Ayat Jenis Ayat Ragam Ayat Susunan Ayat
• Subjek dan predikat • Ayat penyata • Ayat aktif • Ayat bersusunan biasa
• Pola ayat • Ayat seruan • Ayat pasif • Ayat bersusunan
• Ayat tunggal • Ayat tanya • Cakap ajuk songsang
• Ayat majmuk • Ayat perintah • Cakap pindah
• Cakap ajuk
• Cakap pindah
Kesalahan Lazim
1. Murid tidak dapat mengenal pasti binaan, hukum, atau rumus sesuatu ayat.
2. Ayat yang dibina tidak gramatis kerana tidak menggunakan tatabahasa yang betul.
3. Murid tidak dapat menghasilkan ayat menepati kehendak soalan daripada petikan ayat yang diberikan.
Praktis 1 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd Praktis Ekstra
Sintaksis
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Nyatakan pola ayat yang bergaris itu sama ada Frasa Nama +
Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif, atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama.
Cuaca hari ini sangat indah. Ameer dan Nazeem sudah merancang untuk berjoging di
taman rekreasi. Namun begitu, mereka terpaksa melupakan hasrat mereka itu apabila menerima
panggilan telefon yang menyatakan sahabat mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Ameer dan Nazeem menziarahi Ganesan di hospital. Mereka ke hospital dengan menggunakan
perkhidmatan e-panggilan. Di pekarangan hospital, mereka mendapati ahli keluarga Ganesan
dan rakan-rakan dalam keadaan sugul. Mereka diberitahu bahawa Ganesan telah dimasukkan ke
unit rawatan rapi dan keadaannya kritikal akibat pendarahan di kepalanya.
1. Frasa Nama + Frasa Adjektif
2. Frasa Nama + Frasa Kerja
3. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 108
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Praktis 2 Info
Ayat Bersusunan
Biasa dan Ayat
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan Bersusunan Songsang
biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa
mengubah maksud asalnya.
Disleksia ialah gangguan pembelajaran atau bahasa yang mempengaruhi domain literasi.
Punca kesukaran berbahasa dan literasi yang dialami oleh kanak-kanak disleksia masih belum
difahami sepenuhnya. Murid-murid disleksia lebih suka menyendiri dan bermain secara berasingan
dalam dunia khayalan mereka. Kebanyakan murid disleksia mempunyai keyakinan diri yang rendah.
Hal ini demikian kerana, tahap kebolehan berbahasa mereka tidak sejajar dengan tahap kebolehan
berbahasa murid-murid yang normal. Hal ini dibuktikan dengan murid-murid disleksia lebih suka
menjerit atau menaikkan suara untuk mendapatkan perhatian seseorang.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kemahiran Sosial Murid Disleksia’
oleh Vijayaletchuny dan Kavenia, Dewan Bahasa, Bil.10 2020
1. Masih belum difahami sepenuhnya punca kesukaran berbahasa dan literasi yang dialami oleh
kanak-kanak disleksia.
2. Mempunyai keyakinan diri yang rendah kebanyakan murid disleksia.
3. Untuk mendapatkan perhatian seseorang dalam berinteraksi, murid-murid disleksia lebih suka
menjerit atau menaikkan suara.
Praktis 3
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk yang bergaris menjadi ayat tunggal
tanpa mengubah maksud asalnya.
Pen mata bulat berwarna merah kerap digunakan oleh guru-guru untuk menyemak kerja
rumah atau kertas ujian murid-murid. Pen berwarna hitam dan biru paling kerap digunakan
dalam penyediaan dokumen, menandatangani surat, atau menulis maklumat pada invois. Dalam
kes jenayah yang berkaitan dengan dokumen palsu, kajian forensik akan dibuat berdasarkan isi
kandungan atau penggunaan alat tulis pada dokumen berkenaan. Antara kajian yang dilakukan
termasuklah menganalisis dakwat pen, kertas, dan bahan tambahan yang termendap pada
dokumen yang dipertikaikan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dakwat Pen Bukti Forensik’
oleh Lee Loong Chuen, Kosmik, Bil.3 2019
1. • Pen mata bulat berwarna merah kerap digunakan oleh guru-guru untuk menyemak kerja
rumah murid-murid.
109 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa
• Pen mata bulat berwarna merah kerap digunakan oleh guru-guru untuk menyemak kertas
ujian murid-murid.
2. • Pen berwarna hitam paling kerap digunakan dalam penyediaan dokumen, menandatangani
surat, atau menulis maklumat pada invois.
• Pen berwarna biru paling kerap digunakan dalam penyediaan dokumen, menandatangani
surat, atau menulis maklumat pada invois.
3. • Dalam kes jenayah yang berkaitan dengan dokumen palsu, kajian forensik akan dibuat
berdasarkan isi kandungan dokumen berkenaan.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
• Dalam kes jenayah yang berkaitan dengan dokumen palsu, kajian forensik akan dibuat
berdasarkan penggunaan alat tulis pada dokumen berkenaan.
Penyuntingan
Nota Visual
Kesalahan Ejaan
Fokus Topik
1. Proses menyunting dengan mengenal pasti kesalahan penggunaan ejaan, kata dan istilah, bahasa, dan tatabahasa dalam
ayat atau lebih mudah difahami sebagai proses mengedit petikan.
2. Murid perlu menyenaraikan perkataan yang mengandungi kesalahan, kemudian membetulkan kesalahan-kesalahan yang
terdapat dalam petikan yang diberikan.
3. Murid tidak perlu menyalin petikan semula.
Kesalahan Ejaan Kesalahan Kata/Istilah Kesalahan Tatabahasa
• Vokal • Kata dasar • Hukum DM
• Konsonan • Istilah yang tepat • Aneksi pesona
• Imbuhan • Penggolongan kata • Jamak
• Kata pinjaman • Aktif dan pasif
Kesalahan Lazim
1. Murid tidak dapat mengenal pasti kesalahan perkataan yang terdapat dalam petikan.
2. Murid tidak menyenaraikan perkataan-perkataan yang salah dan hanya menulis perkataan yang telah dibetulkan sahaja.
3. Murid tidak mematuhi arahan dengan memberikan jawapan melebihi daripada arahan soalan.
4. Perkataan yang dibetulkan mengandungi kesalahan atau tulisan murid sukar dibaca.
Praktis Ekstra
Penyuntingan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 110
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Praktis 1
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1
Dalam system bahasa isyarat, individu yang menggunakan bahasa isyarat akan
menggerakan tangan, badan, dan menggunakan inspirasi muka. Isyarat yang diberikan ialah
untuk menyampaikan sesuatu maksud, ilmu, pandangan, idea, dan sebagainya. Manakala
deria pelihatan pula digunakan untuk menerima dan memahami maksud bahasa isyarat yang
disampaikan. Setiap negara mempunyai bahasa isyarat yang berbeza. Misalnya, bahasa isyarat
bagi kosakata makan di Malaysia seperti menyuap nasi, manakala di negara China seolah-olah
memegang penyepit.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mengiktiraf Bahasa Isyarat Malaysia’
oleh Syear Meezee Mohd Rashid Dewan Bahasa, Bil 9 2020
Petikan 2 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Rangkaian media sosial amat berpengaruh di era globalisasi ini. Pengguna media sosial
dapat menyebarkan maklumat tentang sesuatu urusan dengan lebih pantas melalui berbagai
medium komunikasi digital. Oleh itu, media sosial juga dapat menjadi wahana integrasi dan
melaluinya jalinan muhibbah antara kaum dapat ditingkatkan. Sebagai contoh, iklan-iklan yang
berunsurkan kemasyarakatan yang disebarkan kepada umum dapat meninggalkan kesedaran
pada masyarakat agar hidup secara harmoni.
Petikan 1
Kesalahan Pembetulan
1. system 1. sistem
2. menggerakan 2. menggerakkan
3. inspirasi 3. ekspresi
4. ialah 4. adalah
5. pelihatan 5. penglihatan
6. kosakata 6. kosa kata
111 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Petikan 2
Kesalahan Pembetulan
1. di 1. pada
2. berbagai 2. pelbagai/berbagai-bagai
3. wahana 3. wadah
4. muhibbah 4. muhibah
5. pada 5. kepada
Praktis 2
Dalam petikan 1, terdapat lima kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan tersebut.
Petikan 1 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Peranan penjawat awam amat signifikan dalam melaksanakan ajenda negara. Mereka perlu
meningkatkan nilai integriti ketika bertugas. Kaki tangan awam juga digesa untuk memberikan
perkhidmatan yang menjurus kepada mempermudah dan mempercepat urusan pelanggan
tanpa karenah birokrasi. Semangat kerja berpasukan juga perlu diterapkan dalam setiap tugasan
yang dilaksanakan demi untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Sesungguhnya, pemerkasaan
perkhidmatan awam yang dilaksanakan menjadi titik-tolak yang akan melakar perubahan dalam
sejarah perkhidmatan awam di negara ini.
Petikan 2
Dalam sejarah tentera darat, peristiwa yang sukar dilupakan ialah ketika tentera Jepun
menawan Bukit Candu. Di ketika itu, Bukit Candu dipertahankan oleh Platun 7, Kompeni C,
batalion pertama askar melayu yang diketuai oleh Leftenan Adnan bin Saidi. Tentera musuh
telah gagal dalam serangan yang pertama. Mereka menyerang lagi dengan kekuatan anggota
berlipatganda. Di dalam pertempuran yang sengit ini, askar Melayu mempamirkan semangat
patriotik yang tinggi. Walaupun mengalami kecederaan, namun mereka terus berjuang hingga
titisan darah terakhir. Akhirnya, tentera musuh berjaya menawan Bukit Candu. Leftenan Adnan
dan banyak askar Melayu telah gugur sebagai perjuang negara.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Leftenan Adnan Wira Bangsa’
oleh Abdul Latib Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 112
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Petikan 1
Kesalahan Pembetulan
1. ajenda 1. agenda
2. Kaki tangan 2. Kakitangan
3. karenah 3. kerenah
4. demi untuk 4. demi/untuk
5. titik-tolak 5. titik tolak
Petikan 2
Kesalahan Pembetulan
1. Di 1. Pada
2. batalion pertama askar melayu 2. Batalion Pertama Askar Melayu
3. berlipatganda 3. berlipat ganda
4. Di dalam 4. Dalam
5. mempamirkan 5. mempamerkan
6. perjuang Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
6. pejuang
Praktis 3
Petikan di bawah ini mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak goleh menyenaraikan lebih daripada sebelas kesalahan yang terdapat dalam
petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Industri e-sukan didominassi oleh individu yang mempunyai minat yang mendalam
terhadap permainan video. Pemainnya perlu berdisiplin, berbakat, dan menjalani peroses latihan
yang lama. Peminat e-sukan sebilangan besarnya ialah anak muda yang beraspirasi untuk
menjadi pemain yang hebat. Aspirasi ini pastinya mendorong individu tersebut memperuntukan
masa yang lebih lama untuk bermain permainan video dalam hidupan hariannya. Kadang kala
antara hobi dengan menceburi bidang e-sukan secara serius seolah-olah tiada bezanya. Di sinilah
letaknya keterikatan e-sukan dengan masalah psikoloji, iaitu ketagihan bermain video. Di China,
ketagihan permainan internet telah diklasifikasikan secara resmi dalam daftar penyakit. Hal ini
demikian kerana, seseorang itu akan hilang kawalan kerana mereka tidak dapat berhenti secara
suka rela daripada bermain video sehingga lupa akan aktiviti harian, kurang berceloteh dan
bersosial bersama dengan ahli keluarga, serta kurang menjaga kebersihan diri. Lebih parah lagi,
mereka tidak menitik beratkan soal pemakanan, bahkan mengabaikan amalan tidur yang sihat.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘E-sukan Menyihatkan atau Memudaratkan?’
oleh Zul Azlin Razali, Kosmik, Bil.6 2019
113 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Kesalahan Pembetulan
1. didominassi 1. didominasi
2. peroses 2. proses
3. memperuntukan 3. memperuntukkan
4. hidupan 4. kehidupan
5. Kadang kala 5. Kadangkala
6. psikoloji 6. psikologi
7. internet 7. Internet
8. resmi 8. rasmi
9. suka rela 9. sukarela
10. berceloteh 10. berinteraksi
11. menitik beratkan 11. menitikberatkan
Bahasa Melayu Standard Video
Kuiz Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Klasik Standard
Fokus Topik Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
1. Soalan bahagian ini menghendaki murid menukarkan ayat bahasa klasik kepada bahasa moden atau bahasa Melayu
Standard.
2. Murid tidak perlu menceritakan semula, menulis sinopsis berdasarkan petikan, atau menerangkan ayat yang terdapat
dalam petikan tersebut.
3. Murid harus mengetahui bukan semua perkataan perlu ditukarkan.
Kekalkan Gugurkan Tukarkan
• Struktur atau susunan ayat dalam petikan • Perkataan yang tidak digunakan • Murid hanya dibenarkan
perlulah dikekalkan. dalam bahasa Melayu moden untuk menggantikan
• Bilangan ayat mestilah sama dengan petikan boleh digugurkan. Contohnya sesetengah kata atau
klasik yang diberikan dalam soalan. syahadan, sebermula, kalakian, diksi asalkan tidak
• Bentuk ayat dialog dan tanda bacanya perlu arakian, alkisah, hatta. mengubah maksud asal
dikekalkan. • Kata ‘pun’ dan ‘lah’ yang tidak kata tersebut.
• Semua bahasa istana tidak boleh diubah. perlu juga boleh digugurkan.
• Nama watak dan tempat tidak boleh diubah.
• Kata ganti nama diri, contohnya ayahanda,
ibunda, dan bonda dikekalkan.
• Mengekalkan perenggan dalam petikan asal.
Kesalahan Lazim
1. Murid mentafsir atau membuat ulasan cerita (berlaku tokok tambah/terpesong).
2. Setiap ayat tidak memperlihatkan kohesi dan koheran hingga menghasilkan alih bahasa yang tidak tepat.
3. Jawapan tidak ditulis dalam ayat yang lengkap dan tidak mengekalkan bentuk atau perenggan seperti yang terdapat
dalam petikan.
4. Murid tidak menggunakan tanda baca yang betul.
5. Ayat-ayat jawapan murid tidak menunjukkan pemahaman maksud dan tidak mengekalkan bentuk asal penceritaannya.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 114
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Info
Praktis Ekstra Bahasa Melayu
Praktis 1 Bahasa Melayu Standard
Standard
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas
dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah sudah
Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi
bapaku maka tiada aku lihat ini?”
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang
daripada Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
Pada ketika itu, Kertala Sari telah pulang dari Daha, dia memperoleh terlalu banyak harta, iaitu
emas, perak, pakaian, dan wang berpuluh-puluh juta yang dicurinya daripada ramai orang. Setelah
Kertala Sari tiba di rumahnya, dia pun bertanya kepada ibunya, “Wahai ibuku, ke manakah bapaku
pergi kerana aku tidak melihatnya?”
Setelah ibunya mendengar kata-kata anaknya itu, ibunya terus menangis.
Praktis 2
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka ia masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya. Maka dilihat oleh Kertala Sari saudagar
itu lagi makan nasi laki isteri. Maka Kertala Sari pun masuk makan bersama-sama dengan saudagar
itu. Hatta setelah jauh malam, maka saudagar itu pun masuk tidur. Maka oleh Kertala Sari dicurinya
segala harta saudagar itu sekuasa-kuasa ia membawa dan bini saudagar itu pun dicabulinya.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang
daripada Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
Kertala Sari pergi ke rumah seorang saudagar kaya. Ketika itu dilihat oleh Kertala Sari bahawa
saudagar sedang makan nasi bersama-sama isterinya. Kertala Sari masuk lalu makan bersama
dengan saudagar itu. Setelah lewat malam, saudagar itu pun tidur. Kertala Sari telah mencuri segala
harta saudagar itu sebanyak yang mampu dibawa malah isteri saudagar juga dicabulnya.
115 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Praktis 3
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka Kertala Sari pun hairan, berfikir dalam hatinya, “Adapun hikmat ini bukan hikmat
Melayu, hikmat penjurit Jawa yang tahu-rahu juga.”
Maka diambil suatu kayu, maka disarungnya. Maka dipalu oleh kayu hikmat Laksamana itu
gemuruh bunyinya. Maka didengar oleh orang berkawal bunyi kayu itu terlalu gemuruh. Maka
ia pun hendak pergi mendapatkannya, maka ia teringat akan pesan Laksamana: tiada diberinya
bergerak, masing-masing pada tempatnya.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang
daripada Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Kertala Sari berasa hairan dan berkata-kata dalam hatinya, “Sesungguhnya ilmu sakti ini
bukan ilmu sakti orang Melayu, tetapi ilmu sakti penjurit Jawa yang memiliki kepandaian juga.”
Kertala Sari mengambil suatu kayu lalu disarungnya. Ketika itu, kayu hikmat Laksamana berpalu
dengan bunyi yang kuat. Orang yang berkawal mendengar bunyi yang terlalu kuat. Mereka hendak
pergi melihatnya, tetapi mereka teringat akan pesan Laksamana bahawa mereka tidak dibenarkan
bergerak dan perlu berada di tempat masing-masing.
Info
Peribahasa Koleksi Peribahasa
Fokus Topik
1. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah, dan kata-kata hikmat.
2. Murid akan diberikan soalan peribahasa sama ada bentuk petikan, dialog, pernyataan, situasi, drama, dan sebagainya.
3. Murid tidak perlu menyalin petikan yang diberikan.
4. Murid tidak boleh menambahkan perkataan atau menukarkan perkataan yang terdapat dalam peribahasa.
5. Arahan soalan merangkumi:
Ayat/Maksud/Petikan/Dialog Peribahasa yang sama maksud Mengisi tempat kosong
• Memberikan maksud peribahasa. • Mengenal pasti peribahasa • Melengkapkan
• Menyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan dalam petikan, kemudian perenggan petikan
maksud atau ayat yang diberikan. menyatakan peribahasa lain dengan mengisi
• Menyatakan peribahasa berdasarkan petikan, yang sama maksud dengan tempat kosong dengan
perenggan, atau dialog yang diberikan. peribahasa yang terdapat peribahasa yang sesuai.
dalam petikan.
Kesalahan Lazim
1. Peribahasa yang diberikan tidak tepat atau sesuai dengan konteks ayat dalam petikan.
2. Murid tidak akur akan arahan soalan dengan menyenaraikan lebih daripada satu peribahasa.
3. Jawapan yang ditulis oleh murid mengandungi kesalahan ejaan, kata, dan susunan binaan sesuatu peribahasa.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 116
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Praktis 1 Praktis Ekstra
Peribahasa
Baca dialog di bawah ini dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Ayah : Zafrul, ayah lihat kamu muram (i) sahaja sejak semalam. Mengapa?
Zafrul : Saya penatlah ayah. Banyak sangat kerja sekolah yang perlu disiapkan. Saya sudah berjanji
dengan Selvam dan Hazrin untuk pergi memancing kerana (ii) tetapi terpaksa
saya batalkan kerana perlu menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh cikgu.
Ayah : Rul, ayah puji sikap kamu yang mengutamakan pelajaran. Biarlah bersusah-susah dahulu
demi masa depan yang lebih baik kerana (iii) . Ayah hanya bekerja sebagai pemandu
teksi kerana ayah tidak berpelajaran tinggi. Ayah tidak mahu kamu mewarisi pekerjaan ayah
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
ini. Ayah mahu melihat kamu berjaya dan menjalani kehidupan yang lebih baik.
Zafrul : Baiklah ayah, Rul akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan penuhi hasrat ayah itu
ibarat (iv) .
(i) seperti ayam berak kapur
(ii) lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
(iii) berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
(iv) alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Praktis 2
Petikan di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian
berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.
Sejak menceburi bidang perniagaan minuman kesihatan, Azman sering menggalakkan
adik-adiknya berkecimpung dalam dunia usahawan dan belajar selok-belok perniagaan sejak
kecil. Dia sering berpesan kepada adik-adiknya bahawa tiada jalan mudah untuk mengecapi
kejayaan kerana jika pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.
Banyak anak muda yang bersikap mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
dengan mengambil keputusan berhenti kerja atau melaburkan semua wang simpanan mereka
untuk menceburi bidang perniagaan yang akhirnya kecundang ibarat abu di atas tunggul kerana
tidak cukup pengalaman dan gagal memanfaatkan teknologi maklumat untuk mempromosikan
produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
117 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa
1. Peribahasa: pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
Peribahasa lain yang sama maksud: kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
2. Peribahasa: mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Peribahasa lain yang sama maksud: burung terbang dipipiskan lada
Praktis 3
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan dua peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut.
Pembangunan negara yang pesat telah menarik kedatangan pekerja-pekerja asing ke
Malaysia. Kebanyakan pekerja asing ini berasal dari Indonesia, Myanmar, Thailand, Laos, India,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
dan Bangladesh. Malaysia menjadi tumpuan utama kerana menawarkan peluang pekerjaan yang
banyak terutama dalam sektor pertanian dan perindustrian. Namun begitu, terdapat segelintir
pekerja asing yang tidak mematuhi undang-undang kerana memasuki negara ini secara tidak sah.
Kebanjiran warga asing ini turut mengundang pelbagai masalah sosial. Antaranya termasuklah
membina rumah-rumah secara haram, tidak menitikberatkan aspek kebersihan, dan peningkatan
kadar jenayah di negara ini.
1. ada gula, ada semut
2. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 118
Praktis SPM 3
PEMAHAMAN
Peta Konsep
Fokus Topik Pemahaman
Soalan Kertas SPM 1103/2 Bahasa Melayu Bahagian B
Kriteria • Murid diuji secara ujian bertulis, iaitu berbentuk subjektif respons terhad dan subjektif respons terbuka.
6 markah bagi soalan kajian novel.Pelangi Sdn. Bhd
• Murid mesti menjawab tiga soalan pemahaman dalam bahagian ini, iaitu:
– Soalan 6: Pemahaman Petikan Umum
– Soalan 7: Pemahaman Petikan Sastera
– Soalan 8: Novel
• Konstruk dan aspek yang ditaksir bagi soalan bahagian ini ialah:
– Kemahiran Membaca
❑ Memahami
❑ Menganalisis
❑ Menilai
❑ Mencipta
– Pengetahuan Sistem Bahasa
– Nilai
Markah • Markah keseluruhan yang diperuntukkan pada bahagian ini ialah 35 markah.
• Soalan pemahaman petikan umum dan pemahaman petikan sastera memperuntukkan 25 markah.
• Soalan pemahaman novel ialah 10 markah, iaitu 4 markah bagi soalan pemahaman novel dan
Penerbitan
Petikan Umum
Fokus Topik
Panduan Menjawab Soalan
1. Dalam peperiksaan, soalan pemahaman petikan umum dikemukakan sebagai Soalan 6.
2. Pelbagai bentuk bahan dapat dikemukakan dalam Soalan 6 ini. Antaranya termasuklah rencana, jadual, iklan, bahan
grafik, puisi, dan sebagainya.
3. Dua atau tiga bahan yang mengutarakan isu yang sama akan dikemukakan.
4. Murid dikehendaki supaya membaca semua bahan yang diberikan dengan teliti dan menjawab semua soalan yang
dikemukakan.
5. Pecahan soalan yang diuji ialah:
(a) Soalan (i) – Maksud rangkai kata yang terdapat dalam bahan.
(b) Soalan (ii) – Beza banding sesuatu aspek berdasarkan semua bahan.
(c) Soalan (iii) – Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang berbentuk pemikiran kritis.
(d) Soalan (iv) – Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang berbentuk penyelesaian masalah.
6. Bagi soalan yang meminta murid memberikan maksud frasa, murid hendaklah memberikan maksud frasa tersebut
berdasarkan konteks dalam petikan. Murid haruslah mengelak daripada mengulang perkataan yang ada dalam frasa
tersebut.
119 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Pemahaman
7. Bagi soalan yang meminta murid menyatakan persamaan dan perbezaan tentang sesuatu aspek dalam Bahan 1 dan
Bahan 2, murid haruslah mengeluarkan isi yang menunjukkan persamaan dan perbezaan. Isi mestilah sekurang-kurangnya
dua. Jawapan mestilah ditulis dengan mengambil sebahagian soalan dan menambahkan isi jawapan yang diperoleh
daripada bahan-bahan dalam petikan tersebut.
8. Bagi soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, murid haruslah mengemukakan jawapan yang rasional. Isi yang dikemukakan
daripada buah fikiran murid sendiri. Biasanya, dua isi jawapan berserta dengan huraian diperlukan.
9. Bagi soalan penyelesaian masalah, murid haruslah mengemukakan langkah atau cara yang mampu murid lakukan dalam
usia 17 hingga 18 tahun. Murid dilarang daripada mengemukakan jawapan di luar kemampuan murid seperti mengadakan
kempen melalui media massa atau memberikan sumbangan wang dalam jumlah yang besar.
10. Murid hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan ayat sendiri. Ayat-ayat yang dibina hendaklah menggunakan
ayat yang gramatis.
11. Sebanyak 12 hingga 13 markah diperuntukkan bagi Soalan 6 mengikut pecahan yang berikut:
(a) Soalan (i) – 2 markah
(b) Soalan (ii) – 3 atau 4 markah
(c) Soalan (iii) – 3 markah
(d) Soalan (iv) – 4 markah
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Kesalahan Lazim
1. Murid menyalin ayat yang terdapat dalam petikan bulat-bulat untuk dijadikan jawapan.
2. Ayat yang dibina tidak gramatis dan terdapat kesalahan dari aspek tatabahasa.
4. Bagi soalan memberikan maksud, murid menulis jawapan dalam bentuk huraian atau penjelasan maksud.
5. Murid menulis jawapan dalam bentuk catatan ringkas.
Praktis 1
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Menurut Department Of Justice, Canada (2003), keganasan keluarga boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis, iaitu keganasan rumah tangga, penganiayaan terhadap kanak-kanak, iaitu
penderaan secara fizikal, eksploitasi dan penderaan seksual, pengabaian dan penderaan emosi serta
penganiayaan terhadap ibu bapa atau warga tua.
Individu yang terdedah dengan keganasan keluarga sejak kecil cenderung untuk
melakukan hal yang sama terhadap pasangan dan anak-anak. Perkahwinan pada usia muda juga
menyebabkan kurangnya kemahiran keibubapaan, manakala struktur sosial seperti umur, jantina,
status sosioekonomi turut mendorong keganasan keluarga. Seterusnya, status lelaki sebagai ketua
keluarga menyebabkan mereka berhak membuat keputusan dan tidak berasa bersalah untuk
menghukum dan mengawal isteri. Di samping itu, penyalahgunaan bahan terlarang seperti arak
dan dadah mengakibatkan individu tidak menyedari tindakan dan keganasan yang dilakukan.
Oleh itu, perlaksanaan undang-undang haruslah lebih efektif dalam menangani kes keganasan
keluarga.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Keganasan Keluarga’
oleh Sa’odah Ahmad dan Mariani Manso, Isu Keluarga Kontemporari
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 120
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Pemahaman
Bahan 2
Siri keganasan terhadap kanak-kanak di negara kita dewasa ini seolah-olah tiada
penyudahnya. Isu keganasan terhadap ibu bapa juga semakin bertambah bilangannya setiap hari.
Pada masa yang sama, tidak dinafikan banyak kes suami memukul isteri yang akhirnya membawa
perceraian dan robohnya institusi kekeluargaan. Masalah sosial ini berpunca daripada hilangnya
nilai kemanusiaan dalam diri manusia. Masyarakat hari ini lebih mementingkan kebendaan
sehingga lalai dan melupakan nilai kasih sayang sesebuah keluarga. Hal ini mencerminkan tahap
dan kedudukan sebenar institusi kekeluargaan di negara kita yang begitu rapuh dan pincang.
Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Membentuk Keluarga Bahagia Demi Kesejahteraan
Remaja’ oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, 2016
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud eksploitasi.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Perbuatan mengambil kesempatan terhadap seseorang atau sesuatu secara tidak adil untuk
kepentingan atau keuntungan sendiri.
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan punca-punca keganasan keluarga yang sering berlaku
hari ini.
– Individu yang terdedah dengan keganasan sejak kecil
– Perkahwinan pada usia muda
– Status lelaki sebagai ketua keluarga
– Penyalahgunaan bahan terlarang seperti arak dan dadah
– Hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri manusia
– Masyarakat hari ini lebih mementingkan kebendaan
(iii) Keganasan keluarga akan memberikan kesan kepada mangsa terutama kepada golongan
wanita dan kanak-kanak.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan tersebut?.
– Hilang keyakinan diri
– Mengalami kecederaan fizikal sekiranya didera secara fizikal
– Mengalami kecederaan mental akibat tekanan perasaan atau trauma
– Maut akibat didera atau mangsa bertindak untuk bunuh diri
– Mangsa cenderung untuk berubah sikap yang negatif
(iv) Kumpulan anda diberikan tugasan oleh guru untuk mencadangkan langkah-langkah mengatasi
keganasan keluarga.
Cadangkan langkah-langkah tersebut. KBAT Mengaplikasi
121 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Pemahaman
– Memberikan nafkah zahir dan batin
– Menyediakan keperluan asas untuk keluarga mengikut kemampuan
– Menjaga hubungan kekeluargaan dengan baik, bergaul mesra dan penuh kasih sayang
– Sentiasa sabar dan menahan diri daripada melakukan kekerasan di samping berbincang
untuk mencari penyelesaian
Praktis 2
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Pencemaran di darat boleh dilihat dengan jelas dan lebih mudah diuruskan jika dibandingkan
dengan pencemaran di laut yang sukar dilihat dan tiada sempadan. Kesan buruknya hanya
dapat dilihat selepas dua atau tiga dekad akan datang.
Masalah utama pencemaran laut ialah pembuangan sampah seperti plastik, pembuangan
sisa industri, dan tumpahan minyak. Tindakan ini mengganggu ekosistem di laut sekali gus
membunuh habitat dan hidupan marin. Malahan, semua bahan buangan tersebut membantutkan
kehidupan marin untuk membiak dan membesar.
Kini, kadar pembuangan sampah berasaskan plastik semakin meningkat dan meruncing.
Saban tahun, puluhan ribu hidupan marin mati atau cacat akibat pembuangan sampah yang
berasaskan plastik. Kajian mendapati bahawa kira-kira 30 000 ekor hidupan laut mati akibat
terperangkap atau termakan sampah yang berasaskan plastik. Hal ini demikian kerana, hidupan
marin seperti burung laut, penyu, dan ikan paus melihat bahan plastik seakan-akan bahan
makanan. Hakikatnya, bahan plastik itu membunuh hidupan laut.
Dipetik dan diubah suai daripada “Pencemaran Laut Kian Kritikal”,
Jurnal Akademi Laut Malaysia, 8 Jun 2011
Bahan 2
Saban tahun, kira-kira 13 juta tan plastik dibuang ke dalam laut. Hakikatnya, negara di seluruh
dunia menyumbang kepada pencemaran plastik yang akhirnya mencemarkan laut dan
memberikan masalah kepada hidupan marin. Negara kita berada pada kedudukan kelapan
sebagai penyumbang kepada pencemaran plastik di laut.
Kerajaan mestilah bersungguh-sungguh dalam mendidik masyarakat tentang bahaya
pencemaran plastik di laut bagi menangani masalah ini. Hal ini demikian kerana, pencemaran
plastik di laut membunuh habitat dan hidupan marin. Di samping itu, keindahan laut juga kian
tercemar dan boleh menjejaskan industri pelancongan negara.
Antara program yang boleh dilaksanakan di sekolah, termasuklah melalui kurikulum dan
aktiviti kokurikulum. Guru haruslah memberikan penerangan tentang isu alam sekitar termasuk
pencemaran plastik kepada murid-murid. Pihak swasta juga boleh membantu sekolah dalam
mempromosikan usaha menangani pencemaran plastik di laut.
Dipetik dan diubah suai daripada “Pencemaran Plastik Ancam Hidupan Laut”,
oleh Profesor Dr. Ahmad Ismail, Berita Harian Online, 5 Jun 2018
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 122
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Pemahaman
Petikan Sastera
Fokus Topik
1. Dalam peperiksaan, soalan pemahaman petikan sastera dikemukakan sebagai Soalan 7.
2. Bahan yang dikemukakan dalam Soalan 7 ini berasaskan karya kreatif daripada KOMSAS Tingkatan 4 atau sumber-sumber
lain. Antaranya termasuklah drama, prosa tradisional, puisi tradisional, sajak, cerpen, dan sebagainya.
3. Semua bahan yang dikemukakan berdasarkan isu yang sama.
4. Murid dikehendaki supaya membaca semua bahan yang diberikan dengan teliti dan menjawab semua soalan yang
dikemukakan.
5. Pecahan soalan yang diuji ialah:
(a) Soalan (i) – Maksud rangkai kata yang terdapat dalam bahan.
(b) Soalan (ii) – Beza banding sesuatu aspek berdasarkan semua bahan.
(c) Soalan (iii) – Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang berbentuk pemikiran kritis.
(d) Soalan (iv) – Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang berbentuk penyelesaian masalah.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
6. Bagi soalan yang meminta murid memberikan maksud frasa, murid hendaklah memberikan maksud frasa tersebut
berdasarkan konteks dalam petikan. Murid haruslah mengelak daripada mengulang perkataan yang ada dalam frasa
tersebut.
7. Bagi soalan yang meminta murid menyatakan persamaan dan perbezaan tentang sesuatu aspek dalam semua bahan yang
dikemukakan, murid haruslah mengeluarkan isi yang menunjukkan persamaan dan perbezaan. Isi mestilah sekurang-
kurangnya dua.
8. Bagi soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, murid haruslah mengemukakan jawapan yang rasional. Isi daripada buah
fikiran murid sendiri. Biasanya, dua isi berserta dengan huraian diperlukan.
9. Bagi soalan penyelesaian masalah, murid haruslah mengemukakan langkah atau cara yang mampu murid lakukan dalam
usia 17 hingga 18 tahun. Murid dilarang untuk mengemukakan jawapan di luar kemampuan murid seperti mengadakan
kempen melalui media massa atau memberikan sumbangan wang dalam jumlah yang besar.
10. Murid hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan ayat sendiri. Ayat-ayat yang dibina hendaklah menggunakan
ayat yang gramatis.
11. Sebanyak 12 hingga 13 markah diperuntukkan bagi Soalan 7 mengikut pecahan yang berikut.
(a) Soalan (i) – 2 markah (c) Soalan (iii) – 3 markah
(b) Soalan (ii) – 3 atau 4 markah (d) Soalan (iv) – 4 markah
Kesalahan Lazim
1. Murid menyalin ayat yang terdapat dalam bahan-bahan yang dikemukakan bulat-bulat untuk dijadikan jawapan.
2. Ayat yang dibina tidak gramatis dan terdapat kesalahan dari aspek tatabahasa.
3. Bagi soalan memberikan maksud, murid menulis jawapan dalam bentuk huraian atau penjelasan maksud.
4. Murid menulis jawapan dalam bentuk catatan ringkas.
Praktis 1 Kuiz KOMSAS
Tingkatan 4
Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Lantas, berkali-kali pesan bonda kepada saya supaya memelihara agama dan bahasa
ibunda jika ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan bermaruah. “Bumi
ini milik kita. Nenek moyang kitalah yang berjuang dengan akal kebijaksanaan serta semangat
keperwiraan untuk membebaskan tanah air ini daripada belenggu penjajah. Lebih kurang lima
ratus tahun lamanya tanah watan ini dijajah oleh kuasa asing, bangsa kita merempat dan menjadi
rakyat kelas ketiga di tanah air sendiri. Hak dan maruah kita dicabul, Mel.”
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 128
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Pemahaman
Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan
Jawi di dalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya pandang
mata bonda dalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak generasi baharu yang belum
mengerti segala-galanya itu. Saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh patriotisme
dan jati diri dalam diri saya. Semangat cinta akan bangsa sendiri kian terhakis dalam jiwa anak-
anak generasi material ini. Harapan bonda moga-moga saya menjadi pejuang yang berani
mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit, demi sedikit mula
terhakis di atas tanah sendiri.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahan 2
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
SUNDARANI: Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?
CIKGU DAHARI: Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya
PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan
persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah
diri. Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik
dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta
integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai
murni. Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut
mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia
AH TIAU: Apakah objektifnya, cikgu?
CIKGU DAHARI: Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat patriotik
dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk
semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan yang ketiga,
membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat untuk Negara’ oleh Affix Zulkarnaen Adam dalam antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahan 3
SAYANGI NEGARA
Jinak sungguh burung terkukur, Sungguh tenang air di kali,
Duduk bertenggek di pokok sena; Suasananya indah menenangkan jiwa;
Negara kita aman dan makmur, Pupuklah jati diri semat di hati,
Satu bangsa satu negara. Negara disayangi negara sejahtera.
Batang kelapa dibuat titi,
Untuk seberang ke tanah sana;
Murnikan jiwa sucikanlah hati,
Menjaga keamanan tanggungjawab kita.
129 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Pemahaman
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud belenggu penjajah.
Terikat atau tidak bebas untuk melakukan sesuatu kerana dijajah oleh sesuatu bangsa atau
negara lain.
(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan cara-cara mengekalkan kemerdekaan tanah air.
– Memelihara agama dan bahasa ibunda
– Menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri
– Berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa sendiri
– Menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
– Memupuk semangat perpaduan kaum serta integrase nasional
– Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni
(iii) Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita, terutama
golongan belia.
Pada pendapat anda, apakah kesan pudarnya semangat patriotik dalam diri?
– Kedaulatan negara akan tergugat
– Politik negara akan huru-hara dan tidak stabil
– Membantutkan pembangunan negara
– Kehidupan rakyat kian mundur dan miskin
– Kegiatan rasuah akan berleluasa
– Negara akan kucar-kacir ekoran rakyat dan pemimpin tidak bersatu padu
– Perpaduan dalam kalangan rakyat akan semakin luntur
(iv) Pada suatu petang, anda berbasikal pulang dari perpustakaan. Sewaktu melewati taman
permainan, tiba-tiba anda melihat sekumpulan remaja sedang menconteng dan merosakkan
bendera Malaysia yang dipasang di sekitar taman tersebut.
Sebagai rakyat yang prihatin, apakah tindakan anda?.
– Menegur dan menasihati remaja-remaja itu dengan berhemah
– Memberitahu kepada ibu bapa remaja tersebut
– Melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 130
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Pemahaman
Novel
Kuiz Novel
Tingkatan 4
Fokus Topik
1. Dalam peperiksaan, soalan novel dikemukakan sebagai Soalan 8.
2. Dua pecahan soalan diberikan, iaitu:
(a) Soalan (i)
• Soalan berdasarkan petikan novel daripada mana-mana zon daripada tingkatan 4 dan tingkatan 5.
• Jawapan bagi soalan ini boleh didapati secara langsung daripada petikan.
• Markah yang diperuntukkan untuk soalan ini ialah 4 markah.
(b) Soalan (ii)
• Soalan berbentuk pemikiran kritis berdasarkan novel tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang dikaji mengikut zon.
• Murid dikehendaki supaya menjawab soalan berdasarkan mana-mana novel tersebut.
• Markah yang diperuntukkan untuk soalan ini ialah 6 markah.
3. Murid hendaklah menulis jawapan menggunakan ayat sendiri. Ayat-ayat yang dibina hendaklah gramatis serta mematuhi
tatabahasa yang betul.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Praktis 1
(i) Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Selain buah, kulit pisang juga dapat menyembuhkan bintat atau rasa gatal akibat
gigitan nyamuk dengan menyapukan bahagian kulit pada bahagian yang digigit. Vitamin
B yang terkandung dalam pisang dapat memberikan ketenangan kepada system saraf kita.
Ternyata selain coklat, pisang juga dapat memberikan impak yang sama terhadap otak
dan menghasilkan ketenangan. Hal ini berlaku kerana vitamin B6 bertindak balas dengan
kandungan gula dalam darah. Pisang juga memberikan kesan pada mood anda. Sudah
diketahui pisang baik untuk sistem pencernaan juga baik untuk ibu-ibu hamil. Di Thailand
misalnya, ibu-ibu yang hamil gemar memakan pisang bagi mengekalkan suhu sejuk anak
yang bakal dilahirkan.
Dipetik daripada novel ‘Jendela Menghadap Jalan’ karya Ruhaini Matdarin,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah khasiat pisang?
Kulit pisang dapat menyembuhkan bintat atau rasa gatal akibat gigitan nyamuk. Vitamin B
yang terkandung dalam pisang dapat memberikan ketenangan kepada sistem saraf. Pisang
dapat memberikan impak kepada otak dan menghasilkan ketenangan kerana vitamin B6
bertindak balas dengan kandungan gula dalam darah. Pisang juga memberikan kesan pada
mood kita. Selain itu, pisang baik untuk sistem pencernaan. Pisang dapat membantu ibu-ibu
hamil mengekalkan suhu sejuk anak yang bakal dilahirkan.
137 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Pemahaman
(ii) Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan satu konflik dan cara watak yang terlibat
menyelesaikan konflik tersebut.
Sila rujuk bahagian jawapan
Praktis 2 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
(i) Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Singapura sudah jauh ditinggalkan. Adnan menghantar isteri dan anak-anaknya
pulang ke kampung mereka di Sungai Ramal, Kajang. Pak Saidi dan Mak Milah terkejut
sebaik-baik sahaja melihat kepulangan anak dan menantunya secara tiba-tiba. Tiada
khabar tentang kepulangan mereka kali ini.
“Baru saja kaubawa Sophia dan anak-anak kau berpindah ke Singapura, tiba-tiba
kaubawa mereka pulang pula. Apa yang sudah berlaku?”
“Kamu berdua bergaduh?” celah Mak Milah Bestari Kata
pula sambil mendukung Zainuddin. Sophia hanya
membatukan diri. • khabar – laporan tentang sesuatu
hal atau kejadian
“Kami tak bergaduh mak, ayah. Sekarang ni sudah ada • membatukan – mendiamkan
berita mengatakan Jepun akan menyerang Singapura. • menyerang – pergi ke sesuatu
Jadi saya bawa mereka semua balik ke kampung,” terang tempat untuk menakluk
Adnan.
Dipetik daripada novel ‘Leftenan Adnan Wira Bangsa’ oleh Abdul Latip bin Talib,
Kementerian Pendidikan Malaysia
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 138
Praktis SPM 4
RUMUSAN
Video
Teknik Menajwab
Fokus Topik Rumusan
1. Dalam peperiksaan, soalan rumusan dikemukakan sebagai Soalan 9 dalam Kertas 2(1103/2) Bahagian C.
2. Murid akan diuji secara ujian bertulis, iaitu berbentuk subjektif respons terhad dan subjektif respons terbuka.
3. Bahan rangsangan yang dikemukakan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan daripada sumber yang berbeza
tetapi mempunyai tema yang sama. Antara bahan yang dikemukakan ialah petikan, prosa, puisi, dan bahan grafik.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
4. Soalan bahagian ini wajib dijawab oleh murid dalam tempoh 45 minit.
5. Rumusan yang ditulis hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
6. Markah yang diperuntukkan bagi soalan rumusan ialah sebanyak 30 markah.
Skim Pemarkahan
Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian Bahasa
• Kesinambungan isi baik
Baik 18 – 20 9 – 10 • Struktur ayat/tatabahasa baik
15 – 17
• Kosa kata luas
7 – 9
• Tanda baca/ejaan betul
• Kesinambungan isi masih baik
Sederhana 12 – 14 6 – 7 • Struktur ayat/tatabahasa masih baik
8 – 11 4 – 6 • Kosa kata masih memuaskan
• Tanda baca/ejaan juga memuaskan
• Pada keseluruhannya serba kekurangan/
Lemah 1 – 7 1 – 4 tidak memuaskan
Panduan Menjawab Soalan Rumusan
1. Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti.
2. Kenal pasti fokus soalan dengan menerbitkan kata kunci yang sesuai berdasarkan bahan.
3. Terdapat sekurang-kurangnya 2 fokus dan 2 kata kunci dalam penulisan rumusan.
4. Cari isi tersurat berdasarkan fokus.
5. Senaraikan sekurang-kurangnya 8 isi daripada semua bahan.
6. Gunakan penanda wacana untuk mewujudkan kesinambungan idea.
7. Gunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan-bahan yang dikemukakan itu.
8. Rumusan hendaklah mengandungi bahagian pendahuluan, isi-isi tersurat, dan penutup. Asingkan setiap perenggan
rumusan tersebut.
9. Aplikasikan teknik menulis pendahuluan dan penutup rumusan dengan betul.
Teknik Menghasilkan Pendahuluan
Bahan yang ada 2 fokus (Fokus yang berbeza daripada kedua-dua bahan)
Petikan/Rumusan Kata kunci Fokus B1 dan Kata kunci Fokus B2
membincangkan
Bahan yang ada 2 fokus (Fokus yang sama daripada kedua-dua bahan/Bahan 1 mengandungi 2 fokus)
Petikan/Rumusan Kata kunci Fokus B1B2 dan Kata kunci Fokus B1
membincangkan
Bahan yang ada 3 fokus
Petikan/Rumusan Kata kunci Fokus B1 Kata kunci Fokus B2 dan Kata kunci Fokus B3
membincangkan
Teknik Menghasilkan Penutup
Kesimpulannya, Ayat Cadangan perlu Ayat Cadangan agar/supaya Ayat Harapan
143 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Rumusan
Praktis Ekstra
Rumusan
Praktis 1
Baca petikan dan sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan dan sajak.
Bahan 1 – Petikan
Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga barangan. Kenaikan harga barangan secara
mendadak ini menyebabkan pengguna berasa terbeban berikutan perbelanjaan harian semakin
meningkat. Isu kenaikan harga barang yang hangat diperkatakan kini menjadi mimpi ngeri, selain
menghantui pengguna yang berpendapatan rendah dan sederhana. Keadaan yang berlaku ini
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
menyebabkan kebanyakan pengguna membeli barangan yang benar-benar diperlukan sahaja.
Hal ini disebabkan peningkatan harga barang menghimpit kehidupan masyarakat kerana mereka
terpaksa membeli barang keperluan harian dengan harga yang lebih mahal daripada biasa.
Sehubungan dengan itu, sebahagian besar pengguna menyusun strategi perbelanjaan harian
semula termasuk belanja dapur yang diharapkan oleh mereka dapat meredakan tekanan kewangan
akibat kenaikan harga barang. Sebagai pengguna, kita sepatutnya dapat bertindak secara bijaksana
dengan mengawal perbelanjaan dan menguruskan wang secara berkesan. Kita akan terasa perit
pada mulanya kerana banyak perkara terpaksa diabaikan daripada senarai perbelanjaan berbanding
dengan semasa kita hidup dalam suasana senang. Tindakan yang diambil ketika berhadapan
dengan situasi perit ini dirasakan tidak selesa apabila pengguna mentransformasikan gaya hidup
dengan mengamalkan perbelanjaan berhemat. Perubahan ini pasti dapat dilakukan dengan adanya
kesungguhan sekalipun kita terpaksa mengorbankan kebiasaan yang sudah menjadi darah daging
seperti mengurangkan perbelanjaan makan di luar, berhenti membeli produk berjenama, dan
mengurangkan perbelanjaan bil telefon. Selain itu, pengguna mengambil langkah mengubah corak
perbelanjaan harian keluarga supaya perbelanjaan dapat dirancang demi masa depan yang baik.
Setiap pengguna yang bijak akan sentiasa melakukan pemantauan terhadap perbelanjaan
yang tidak perlu kerana tindakan tersebut dapat membantu pengguna mengatur perbelanjaan
bagi mengelakkan mereka membeli barangan yang tidak diperlukan. Langkah ini diperkukuh
dengan tindakan menyediakan senarai barangan keperluan sebelum berbelanja. Pendekatan
yang diambil itu semakin berkesan apabila pengguna tidak terdorong mengikut jejak langkah
orang yang mengamalkan gaya hidup mewah. Menerusi pendekatan ini, pengurusan pendapatan
tidak mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan diri dan tanggungan keluarga. Kejayaan
seseorang mengawal perbelanjaan secara berhemat ini akan mengelakkan belian secara kredit
ketika berbelanja yang menyebabkan pengguna tidak dapat mengimbangi perbelanjaan sehingga
berhadapan dengan krisis kewangan.
Sebagai pengguna, kita juga hendaklah berwaspada disebabkan masa ini bukanlah waktu
untuk bermewah-mewah. Sebaliknya, kita hendaklah mempunyai pandangan yang jelas bahawa
kenaikan harga barang memberi kesan langsung terhadap kos sara hidup. Hal yang berlaku ini akan
menjejaskan taraf hidup kebanyakan orang kerana mereka berada pada tahap yang lebih miskin
dengan pendapatan yang sama. Sebahagian besar kehendak terpaksa dilupakan untuk memenuhi
keperluan yang lebih utama dalam kehidupan. Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan memantau
peniaga dari semasa ke semasa bagi mengawal keadaan tersebut.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Berbelanja Secara Berhemat’
oleh Siti Balqis Arif, Dewan Ekonomi, Mac 2014
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 144
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Rumusan
Bahan 2 – Sajak
PENGGUNA BIJAK
Dengarlah kawan, dengarlah sayang Ingatlah adik, ingatlah abang
Bijaklah membeli, usah terbeban Biar berjimat, elak berhutang
Jadilah pengguna yang berhemat Suka menabung jadikan amalan
Jangan mudah terpengaruh dengan iklan Hati-hati membeli barang
Jualan murah jualan penghabisan Fikir dahulu sebelum bertindak
Pastinya menjerat anda sekalian. Bandingkan harga setiap barang
Jangan lupa, tarikh luput perlu dilihat
Agar bijak membeli menang memakai.
Isi-isi tersurat Bahan 2: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Pendahuluan: Rumusan membincangkan langkah-langkah membendung kenaikan harga
barang di negara kita dan cara-cara menjadi pengguna bijak.
Isi-isi tersurat Bahan 1:
Kaedah-kaedah membendung kenaikan harga barang
(a) Membeli barangan yang benar-benar diperlukan sahaja.
(b) Menyusun strategi perbelanjaan harian semula.
(c) Mengawal perbelanjaan dan menguruskan wang secara berkesan.
(d) Mengamalkan perbelanjaan berhemat.
(e) Mengubah corak perbelanjaan harian keluarga.
(f) Melakukan pemantauan terhadap perbelanjaan.
(g) Menyediakan senarai barangan keperluan.
(h) Mengelakkan belian secara kredit.
Cara-cara menjadi pengguna bijak
(a) Fikir sebelum membuat keputusan
(b) Tidak mudah terpengaruh dengan iklan
(c) Membuat perbandingan harga
(d) Memeriksa tarikh luput barangan
Kesimpulan: Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan untuk mengawal harga
barang demi kesejahteraan hidup bersama.
145 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Rumusan
Praktis 2
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan
Merokok merupakan perbuatan yang dikategorikan sebagai kesalahan utama di dalam
kawasan sekolah. Apakah nikmatnya ketika merokok? Adakah ilham datang mencurah-curah
atau asap rokok itu sebagai ilusi yang membawa imaginasi jauh tanpa sempadan? Berdasarkan
pemerhatian, didapati remaja sudah berani hendak merokok dan membahayakan diri sendiri
disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Jika mahu diri mereka diterima dalam kalangan rakan
sebaya, mereka haruslah mengikut perbuatan yang dilakukan oleh rakan lain. Malah, ada juga
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
dalam kalangan remaja yang melihat seseorang yang merokok itu dianggap hebat oleh rakan
mereka.
Banyak remaja mengetahui bahaya merokok. Mereka sedar tentang larangan merokok
dan hukuman yang akan diterima jika tertangkap di kawasan sekolah. Walau bagaimanapun,
mereka tetap merokok sebagai tanda membantah peraturan tersebut. Mereka tidak takut malah
sengaja sebagai tanda protes terhadap pihak sekolah dan ibu bapa. Selain itu, tanggapan
bahawa tabiat merokok sebagai tanda orang yang sudah dewasa telah mendorong mereka
untuk merokok. Peribahasa bapa borek anak rintik menggambarkan pengaruh keluarga
terhadap gejala merokok dalam kalangan remaja. Hal ini demikian kerana, ada anggota keluarga
terdekat yang merokok seperti ayah, abang, dan kaum keluarga yang lain turut mendorong
mereka untuk merokok. Hal ini menyebabkan remaja menganggap merokok bukan perbuatan
yang salah.
Ada juga sesetengah remaja beranggapan bahawa merokok sebagai trend terkini. Tingkah
laku ini membuktikan mereka sentiasa peka akan aliran gaya terkini. Kajian menunjukkan
sebanyak 75 peratus punca pelajar merokok adalah untuk mengelakkan tekanan termasuklah
bebanan tugasan sekolah, harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, ditambah dengan naluri remaja
yang mahu mencuba, tunjuk pandai, dan mahu bebas daripada kongkongan. Natijahnya,
kesan jangka panjang kepada perokok adalah dari segi kesihatan terutamanya penyakit kanser
dan penyakit yang berkaitan dengan jantung. Malahan, gigi akan berwarna kuning berkarat,
dan badan serta nafas berbau akibat banyak merokok. Pembaziran wang juga berlaku malah
mereka terdedah dengan bahaya dadah.
Dipetik dan diubah suai daripada “Jangan Cuba-cuba Merokok”, Dewan Siswa, Jun 2007
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 146
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Rumusan
Bahan 2 – Grafik
Klinik Kesihatan
Taman Permata
BAHAYA MEROKOK
Berisiko 2 atau 4 kali lebih tinggi menderita
sakit jantung
Kanser paru-paru
Serangan strok
Penyakit gusi
Kanser lidah, bibir, dan pita suara
Pneumonia
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Pendahuluan: Petikan membincangkan punca merokok dan kesannya kepada masyarakat
Isi-isi tersurat Bahan 1: Punca
(a) pengaruh rakan sebaya
(b) seseorang yang merokok dianggap hebat
(c) tanda membantah larangan merokok / tanda protes kepada pihak sekolah dan ibu bapa
(d) tanda orang yang hebat dan cepat dewasa
(e) pengaruh ahli keluarga terdekat
(f) mengelakkan tekanan termasuklah bebanan tugasan sekolah dan harapan ibu bapa yang
terlalu tinggi
(g) naluri remaja yag ingin mencuba, tunjuk pandai dan mahu bebas daripada kongkongan
Kesan
(a) penyakit kanser (d) badan dan nafas berbau akibat banyak merokok
(b) masalah berkaitan jantung (e) pembaziran wang
(c) gigi kuning berkarat (f) terdedah dengan bahaya dadah
Isi-isi tersurat Bahan 2: Kesan
(a) berisiko 2 atau 4 kali lebih tinggi menderita sakit jantung
(b) kanser paru-paru, kanser lidah, bibir, dan pita suara
(c) serangan strok
(d) penyakit gusi
(e) pneumonia
Kesimpulan: semua pihak hendaklah mengambil berat terhadap masalah rokok ini – generasi
muda tidak terdedah dengan pelbagai penyakit bahaya pada masa depan
147 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Praktis SPM 5
LISAN
Lisan Bertutur Video
Contoh Ujian Lisan
Bertutur Secara
Fokus Topik Berkumpulan
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Soalan Kertas SPM 1103/3 Bahasa Melayu
Kriteria • Bahagian A (Taksiran Individu) yang meliputi:
– Petikan/Bahan rangsangan
– Empat soalan dikemukakan secara lisan
• Bahagian B (Taksiran Kumpulan) yang meliputi:
– Satu tajuk daripada lapan tema
– Terdiri daripada tiga atau lima orang murid (ahli)
– Aktiviti perbincangan dengan setiap ahli memberikan idea dan respons
Markah • Bahagian A (Taksiran Individu)
– 40 markah
• Bahagian B (Taksiran Kumpulan)
– 30 markah
• Jumlah markah keseluruhan – 70 markah
Kaedah • Individu – Secara analitik
Penskoran • Kumpulan – Secara holistik
Kemahiran • Memahami
yang Dinilai • Mengaplikasi
• Menganalisis
• Menilai
Masa • Bahagian A (Taksiran Individu)
– 3 hingga 5 minit
• Bahagian B (Taksiran Kumpulan)
– 12 hingga 15 minit
Panduan Menjawab Soalan Ujian Bertutur Secara Individu
1. Satu petikan atau bahan rangsangan akan dikemukakan dalam ujian bertutur. Murid dikehendaki supaya membaca
petikan atau bahan rangsangan tersebut dengan teliti.
2. Pentaksir akan mengemukakan empat soalan daripada petikan atau bahan rangsangan tersebut. Antara soalan yang
boleh dikemukakan seperti yang berikut:
(a) Soalan pertama meminta murid memberikan gambaran tentang isu yang terdapat dalam petikan atau bahan
rangsangan yang diberikan.
(b) Soalan kedua pula meminta murid menceritakan pengalaman yang pernah ditempuhi berkaitan dengan petikan atau
bahan rangsangan tersebut.
(c) Soalan ketiga pula meminta murid memberikan pendapat tentang kebaikan atau manfaat daripada isu yang
dibincangkan.
(d) Soalan keempat pula, pentaksir akan mengemukakan satu cadangan tentang isu yang dibincangkan dan meminta
murid memberikan ulasan terhadap cadangan tersebut.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 154
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Lisan
3. Murid hendaklah memahami soalan yang dikemukakan oleh pentaksir dan menjawab soalan tersebut dengan
sebaik-baiknya.
4. Murid digalakkan supaya memberikan contoh sebagai perincian tambahan kepada penjelasan.
5. Murid hendaklah menggunakan bahasa Melayu standard sewaktu menjawab soalan yang dikemukakan oleh pentaksir.
6. Murid juga hendaklah mengelak daripada menggunakan bahasa slanga atau istilah bahasa Inggeris sewaktu
menyampaikan idea.
7. Murid juga hendaklah menggunakan ayat yang betul dari segi hukum tatabahasa.
8. Murid harus mengelakkan menjawab ‘ya’, ‘mungkin’, ‘tidak tahu’, atau dengan hanya menggunakan satu perkataan sahaja.
Murid harus menganalisis soalan yang diberikan dan memberikan pendapat.
9. Murid juga harus ingat bahawa setiap soalan yang diberikan oleh pentaksir bertujuan supaya murid berfikir dan
mengeluarkan pendapat.
10. Murid hendaklah melontarkan suara dengan kuat, tegas, dan jelas kepada pentaksir.
Panduan Menjawab Soalan Ujian Bertutur Secara Berkumpulan
1. Baca dan fahami arahan soalan dan tema yang dikemukakan.
2. Setiap kumpulan diberikan masa untuk berbincang dan merangka idea-idea yang dapat digunakan semasa aktiviti
berkumpulan.
3. Dalam bahagian ini, pentaksir tidak akan mengemukakan sebarang soalan. Mereka hanya bertindak sebagai pemudah
cara.
4. Dengan itu, ahli dalam kumpulan haruslah berusaha untuk mengemukakan idea-idea tentang tajuk yang dibincangkan.
5. Perkara yang dibincangkan haruslah menyeluruh termasuk definisi tajuk, faktor keadaan itu berlaku,
langkah-langkah meningkatkannya, kesan terhadap individu, masyarakat, dan negara, serta aspek-aspek lain.
6. Setiap ahli dalam kumpulan haruslah mengemukakan idea mereka kerana pentaksir akan memberikan markah
berdasarkan idea, bahasa, dan kejelasan.
7. Murid hendaklah menyampaikan pendapat atau idea mereka menggunakan bahasa baku yang betul, tepat, dan ayat yang
gramatis. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
8. Di samping itu, murid hendaklah bertutur secara tersusun, lancar, mudah difahami, serta menggunakan intonasi yang
sesuai.
Kesalahan Lazim
Murid tidak memahami petikan atau bahan rangsangan dengan jelas sehinggakan mereka tidak dapat
Isu
menjawab soalan yang dikemukakan oleh pentaksir.
Murid tidak dapat menggunakan tatabahasa dan kosa kata yang betul. Pertuturan mereka lebih
Bahasa
kepada bahasa tidak formal dan bahasa pasar.
Intonasi Murid tidak menggunakan intonasi dan nada yang sesuai semasa menjawab soalan yang dikemukakan
dan Nada oleh pentaksir.
Kefasihan
dan Murid tidak fasih dan tidak lancar menjawab soalan. Pertuturan mereka kerap tersekat-sekat.
Kelancaran
155 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Lisan
Bahagian A Individu Nota Visual
Tip Penunggang Basikal
Berhemah Secara Berkumpulan
Praktis 1 Tema: Kesihatan
Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.
Meningkatkan sistem Mengurangkan stres
imun tubuh
STRESS
Mengawal tekanan Menguatkan jantung
darah Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Mengawal berat
Menguatkan otot
badan
Kita sering mendengar kebaikan amalan menunggang basikal. Pakar kesihatan mengatakan amalan
ini mampu meningkatkan kesejahteraan seseorang. Tidak kurang juga ada yang mengatakan amalan
ini baik untuk menghilangkan stres selepas penat bekerja. Namun demikian, pada masa yang sama
banyak yang bimbang untuk melakukan aktiviti ini kerana risau akan risiko kemalangan. Hal ini
dikatakan demikian kerana keadaan jalan raya di kawasan bandar yang tidak mesra basikal. Hal ini
ditambah pula dengan sikap pemandu di negara ini yang sebilangan besarnya mengamalkan cara
pemanduan yang membahayakan penunggang basikal.
Rakyat Malaysia tidak mengamalkan budaya berbasikal ke tempat kerja kerana jarak kediaman
dengan tempat kerja agak jauh. Pada masa yang sama, negara kita juga kekurangan laluan khas
kepada pengguna basikal dan parkir khas basikal yang lebih selamat. Cuaca di Malaysia yang tidak
menentu turut menghalang warga kota budaya untuk berbasikal. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia
kurang gemar berbasikal.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 156
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Lisan
Soalan Rangsangan
1. Nyatakan kebaikan yang diperoleh daripada aktiviti menunggang basikal.
– dapat meningkatkan sistem imun tubuh – mencegah pelbagai penyakit – darah tinggi dan
diabetes
– dapat menguatkan otot – latihan otot yang baik – semua otot kaki yang utama terlibat
– aktiviti berbasikal menyebabkan badan merembeskan hormon yang dapat mencegah
kemurungan dan stres
– dapat mengawal berat badan – meningkatkan metabolisme badan dan membakar lebihan
lemak di dalam badan
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
– dapat meningkatkan aliran darah ke jantung – jantung memiliki oksigen yang mencukupi –
mengurangkan risiko serangan jantung
2. Mengapakah budaya berbasikal ke tempat kerja tidak menjadi amalan rakyat Malaysia
terutamanya di kawasan bandar?
– keadaan jalan raya di kawasan bandar yang tidak mesra basikal.
– cara pemanduan yang membahayakan penunggang basikal.
– jarak kediaman dengan tempat kerja agak jauh.
– kekurangan laluan khas kepada pengguna basikal dan parkir khas basikal yang lebih selamat.
– keadaan cuaca di Malaysia yang tidak menentu
3. Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan tindakan yang harus dilakukan oleh penunggang
basikal bagi mengurangkan risiko kemalangan semasa menunggang basikal di jalan raya.
– menjaga jarak yang selamat di antara kenderaan lain
– jangan berbual dengan rakan atau menggunakan telefon bimbit semasa menunggang basikal
– semasa membuat kayuhan pada waktu malam, pasang lampu yang berkelip di belakang
basikal dan pakai jaket berjalur yang memantulkan cahaya
– mengelak daripada menggunakan jalan yang tidak pasti keadaannya – mengelakkan
sesat dan mengurangkan risiko kemalangan akibat keadaan jalan raya tersebut
– jangan menggunakan jalan yang terlalu sunyi jika berbasikal seorang diri bagi mengelakkan
diri daripada menjadi mangsa jenayah
– penunggang basikal juga wajib mematuhi peraturan jalan raya sepertimana peraturan yang
diguna pakai oleh kenderaan lain
157 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Lisan
4. Aktiviti berbasikal dalam kalangan masyarakat mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat
Malaysia. Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk meningkatkan penglibatan masyarakat
dalam aktiviti berbasikal ini. Berikan ulasan anda.
– kesedaran masyarakat tentang kebaikan aktiviti berbasikal semakin tinggi – buktinya
semakin banyak yang terlibat dalam aktiviti ini terutamanya pada hujung minggu
– kerajaan boleh menyemarakkan aktiviti ini dengan menawarkan baucar pembelian basikal
dengan kadar yang lebih murah, menyediakan trek yang selamat kepada penunggang
basikal, dan menganjurkan pertandingan berbasikal
– pertubuhan bukan kerajaan haruslah melipatgandakan usaha untuk mempromosikan aktiviti ini
kepada masyarakat – mengadakan aktiviti berbasikal di sesuatu tempat untuk menarik
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
penyertaan masyarakat
– sekolah boleh menubuhkan kelab berbasikal untuk mencetuskan minat murid-murid
terhadap aktiviti ini
– ibu bapa haruslah membudayakan aktiviti berbasikal dalam kalangan keluarga – dapat
melahirkan keluarga yang sihat – mengeratkan silaturahim
Praktis 2 Tema: Pendidikan
Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.
Kebaikan Amalan Membaca
Meningkatkan ilmu pengetahuan
Mengisi masa lapang
Mengurangkan stres
Memperkaya kosa kata
Membangunkan kreativiti
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 158
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Lisan
Ibu bapa suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa boleh membaca buku bersama dengan anak-
anak. Ibu bapa juga boleh membeli bahan bacaan yang digemari oleh anak-anak demi memupuk
minat membaca dalam diri mereka.
Hari ini, banyak kempen membaca yang diadakan oleh pihak kerajaan, misalnya kempen
“Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya”. Pada masa yang sama, pameran-pameran buku juga dianjurkan.
Tujuannya untuk menarik minat membaca dalam kalangan masyarakat. Dalam pada itu, pelbagai
inisiatif boleh dilakukan bagi memastikan tiada golongan yang tercicir untuk mendapatkan
pengetahuan. Pihak kerajaan boleh memberikan buku percuma kepada masyarakat. Dengan itu,
masyarakat akan memperoleh pengetahuan yang banyak.
Di samping itu, program NILAM di sekolah haruslah diperkasakan supaya dapat menggalakkan
murid membaca. Pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan membaca dan memberikan
hadiah kepada murid sebagai perangsang.
Amalan membaca buku memang banyak faedahnya. Pelbagai kempen dan program dijalankan
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan amalan ini. Namun demikian, amalan
ini semakin dilupakan oleh masyarakat lantaran kepesatan teknologi maklumat. Hal ini tidak boleh
dibiarkan kerana memberikan kesan negatif terhadap usaha kerajaan untuk melahirkan generasi
muda yang berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif.
Soalan Rangsangan
1. Apakah kebaikan amalan membaca buku?
– dapat meningkatkan ilmu pengetahuan – membaca buku jambatan ilmu
– dapat mengisi masa lapang secara berfaedah – dapat mengelakkan masa terbuang
– dapat meningkatkan penguasaan kosa kata – banyak perkataan baharu ditemukan
– dapat meningkatkan keterampilan dan kemahiran diri – terutama buku tentang sesuatu
kemahiran
2. Apakah langkah-langkah untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat.
– Ibu bapa suri teladan kepada anak-anak.
– Pihak kerajaan boleh mengadadakan kempen membaca
– Menganjurkan pameran buku
– Pihak kerajaan boleh memberikan buku percuma kepada masyarakat
– Memperkasakan program NILAM di sekolah-sekolah
– mengadakan pertandingan membaca dan memberikan hadiah kepada murid sebagai
perangsang
3. Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah amalan membaca buku semakin kurang dalam
kalangan masyarakat kini?
– sikap masyarakat yang kurang gemar membaca buku – menganggap amalan tersebut
membuang masa mereka
159 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Lisan
– perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan budaya membaca buku
semakin kurang dalam masyarakat
– sikap ibu bapa – kurang menggalakkan anak-anak membaca buku – tidak menjadi contoh
kepada anak-anak dan kurang membeli bahan bacaan kepada anak-anak
– kurangnya kempen untuk meningkatkan kesedaran amalan membaca dalam kalangan
masyarakat
– para penerbit buku harus peka akan kehendak dan kecenderungan sasaran mereka –
memperbanyak genre buku yang dapat menarik minat masyarakat
4. Amalan membaca buku dalam kalangan masyarakat dapat meningkatkan kemajuan negara.
Ulaskan pernyataan ini.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
– ya memang benar, amalan membaca buku dapat meningkatkan kemajuan negara
– banyak ilmu pengetahuan baharu yang dapat ditimba dan dimanfaatkan kepada
pembangunan negara
– contohnya, negara Jepun selepas Perang Dunia Kedua, dua bandar utamanya musnah, iaitu
Hiroshima dan Nagasaki namun dalam masa tidak sampai 10 tahun, negara Jepun muncul
sebagai antara negara yang menguasai ekonomi dunia – rahsianya ialah amalan membaca
buku yang amat tinggi dalam kalangan masyarakatnya
– banyak buku dari Barat diterjemahkan kepada bahasa Jepun – dapat mencedok ilmu
pengetahuan dari Barat – digunakan untuk membangunkan negara
– rakyat Malaysia haruslah membudayakan amalan membaca buku – melonjakkan
pembangunan negara
Praktis 3 Tema: Kerjaya
Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 160
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Lisan
Bahagian B Kumpulan Info
Tip Penjagaan
Kebersihan dan
Praktis 1 Tema: Kesihatan Kesihatan Diri
Sejak kebelakangan ini, tahap kesihatan dalam kalangan remaja kian menurun. Terdapat remaja
yang mengalami masalah obesiti dan ada juga yang mengalami penyakit diabetes. Hal ini
berpunca daripada amalan gaya hidup remaja yang kurang sihat. Semakin banyak remaja yang
kurang beriadah kerana sibuk dengan alat peranti. Malahan, mereka juga kerap makan makanan
yang kurang berkhasiat. Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana remaja hari ini ialah tonggak
masa hadapan negara.
Bincangkan.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Sila rujuk bahagian jawapan.
Nota Visual
Praktis 2 Tema: Warisan Negara Permainan Tradisi
Sukan rakyat seperti tarik upih, sepak raga ratus, tarik tali, dan panjat tiang licin semakin
dipinggirkan oleh masyarakat kini. Hal ini satu kerugian kerana sukan rakyat merupakan warisan
khazanah bangsa yang bernilai. Banyak nilai murni yang diterapkan dalam sukan rakyat ini
seperti sikap bekerjasama, toleransi, dan ketekunan. Oleh itu, usaha-usaha perlu digembleng
oleh semua pihak untuk menghidupkan sukan rakyat ini semula.
Ulaskan pernyataan tersebut.
Sila rujuk bahagian jawapan.
169 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Lisan
Lisan Mendengar
Fokus Topik
Soalan Kertas SPM 1103/4 Bahasa Melayu
Kriteria • Antara empat hingga enam petikan akan diperdengarkan kepada murid.
• Petikan tersebut boleh terdiri daripada petikan novel, cerpen, syarahan, iklan, dan puisi.
• Bilangan keseluruhan soalan ialah 20 hingga 25 soalan.
• Soalan terdiri daripada objektif dan subjektif.
• Jawapan berdasarkan petikan yang diberikan.
Markah • Jumlah markah keseluruhan ialah 30 markah.
• Peruntukan markah bagi setiap soalan ditulis di hujung setiap soalan.
• Soalan objektif biasanya 1 markah.
• Soalan subjektif biasanya 2 markah.
Kemahiran • Memahami
yang Dinilai • Mengaplikasi
• Menganalisis
Masa • Masa diperuntukkan selama 30 minit.
• Sebelum petikan diperdengarkan, murid diberikan masa satu minit untuk membaca soalan.
• Kemudian, bahan diperdengarkan kepada murid dan diikuti dengan soalan-soalan.
• Murid diberikan masa untuk menjawab soalan pada kertas jawapan yang disediakan.
• Semasa bahan diperdengarkan semula, murid diberikan masa 30 saat untuk menyemak jawapan.
Panduan Menjawab Soalan Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
1. Sebelum bahan audio diperdengarkan, murid mempunyai masa selama satu minit untuk membaca soalan.
2. Murid mesti membaca soalan dalam bahan tersebut dengan teliti untuk mengetahui soalan-soalan yang akan diuji.
3. Semasa bahan diperdengarkan, murid diminta supaya mendengar bahan dengan teliti untuk memahaminya.
4. Murid dinasihatkan supaya tidak menggunakan masa ini untuk menjawab soalan bagi mengelakkan fokus murid
mendengar keseluruhan petikan terganggu.
5. Semasa soalan dikemukakan, barulah murid menjawab soalan-soalan tersebut.
6. Jawapan haruslah berdasarkan petikan yang diperdengarkan.
7. Semasa bahan diperdengarkan sekali lagi, murid harus menyemak jawapan semula, khususnya bagi soalan yang kurang
jelas.
8. Murid diberikan masa selama 30 saat untuk menyemak jawapan.
Kesalahan Lazim
Fokus Murid tidak memberikan fokus sepenuhnya semasa bahan dan soalan diperdengarkan kepada
mereka. Hal ini menyebabkan jawapan yang dipilih dan ditulis kurang tepat.
Murid tidak menguruskan masa dengan baik semasa ujian ini menyebabkan mereka tidak mempunyai
Masa
masa yang mencukupi untuk menjawab semua soalan.
Keliru akan Murid tidak mengetahui cara pelaksanaan ujian mendengar. Hal ini menyebabkan mereka
Format Ujian tergesa-gesa semasa memberikan jawapan semasa bahan diperdengarkan, walhal murid diberikan
Mendengar masa untuk menjawab soalan tersebut semasa soalan dikemukakan.
Aspek Bahasa Murid menulis jawapan dengan tulisan ringkas yang tidak difahami oleh pemeriksa.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 172
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Lisan
Nota Visual
Praktis 1 Tema: Kesihatan Pemakanan Seimbang
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan rencana yang diperdengarkan.
1. Apakah kesannya jika kita tidak mengamalkan pemakanan seimbang?
Track 6
– menghidapi penyakit kritikal seperti kanser dan penyakit jantung
2. Amalan pemakanan seimbang dapat
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
(i) memastikan tumbesaran tubuh sempurna
(ii) membekalkan vitamin-vitamin yang cukup kepada badan
3. Mengapakah pemakanan seimbang dapat mengawal obesiti seseorang?
– pemakanan seimbang menetapkan kuantiti makanan yang diperlukan oleh tubuh badan
manusia
4. Bagaimanakah vitamin dapat menjadikan tubuh kita lebih berdaya tahan?
– membantu sistem imun untuk membunuh apa-apa jua virus yang menyerang tubuh badan
kita
Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 5.
5. Antara yang berikut merupakan pernyataan yang benar tentang amalan pemakanan seimbang,
kecuali
A menjadikan berat badan ideal.
B mencantikkan kulit seseorang.
C membekalkan zat-zat yang diperlukan.
D dapat meningkatkan keupayaan fizikal.
Nota Visual
Praktis 2 Tema: Sains Fiksyen Pemakanan Seimbang
Jawab semua soalan berikut berdasarkan petikan cerpen yang diperdengarkan.
1. Mengapakah Fatin Qaisara hendak pergi ke planet Marikh? Track 7
– hendak melihat kebenaran planet Marikh mempunyai keadaan yang hampir sama dengan
bumi
173 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Lisan
2. Nyatakan perasaan Fatin Qaisara selama mengikuti latihan di Rusia.
(i) kagum
(ii) gembira
3. Apakah peribahasa yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut?
– duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
4. Apakah nilai murni yang dimiliki oleh abang Fatin Qaisara, Muzafar?
– baik hati
– menepati janji
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan 5.
5. Berikut merupakan perwatakan Fatin Qaisara, kecuali
A berani. C lemah.
B tekun. D dedikasi.
Praktis 3 Tema: Semangat Kejiranan
Jawab semua soalan berikut berdasarkan pantun yang Info
diperdengarkan. Semangat
Kejiranan
Semakin Pudar Track 8
1. Apakah faedahnya jika kita memiliki kejiranan yang baik?
– menjadikan kehidupan lebih aman dan mendapat keberkatan
2. Nyatakan dua cara untuk mewujudkan hubungan baik dengan jiran.
(i) memberikan senyuman
(ii) tolong-menolong
3. Apakah yang menyebabkan iman kita dianggap tidak sempurna?
– bermasam muka dengan jiran
– tidak bertegur sapa dengan jiran
4. Apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada pantun tersebut?
– kita seharusnya berbuat baik dengan jiran
– kita seharusnya tolong-menolong antara jiran
– kita seharusnya berbudi bahasa dengan jiran
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 174
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd