The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Perkembangan Tulisan Zaman Pramerdeka dan Pascamerdeka

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 470-8-ainul, 2022-10-17 04:26:01

Sejarah Perkembangan Tulisan Zaman Pramerdeka dan Pascamerdeka

Sejarah Perkembangan Tulisan Zaman Pramerdeka dan Pascamerdeka

CIRI-CIRI TULISAN KAWI

Tulisan warna merah menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.Huruf di dalam
kurungan ialah padanan untuktransliterasi.Huruf‫ۏ‬diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf v.
Huruf‫¾ء‬, iaitu hamzah yang berada 3/4 dari garis asas diperkenalkan pada tahun 1983. Ia digunakan pada perkataan
berimbuhan seperti ‫ كبڠساءن‬dan bagi perkataan bervokal berganding, bergabung dan diftong a-i, a-e, a-u, a-o, u-i dan o-i
seperti ‫ ساءوه‬dan ‫ستياءوسها‬. Selain daripada itu, ia juga digunakan bagi ejaan nama atau istilah kaum bukan Melayu
seperti‫ءوڠ‬. Namun,Unicode belum menyertakan huruf Hamzah ¾ dalam versi Unicode terkini. Kebanyakan pengguna
menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah kedudukan huruf tersebut. Sesetengah fon seperti Jawi Uthman Taha
memaparkan Hamzah ¾ apabila huruf Hamzah Setara diletakkan pada kawasan yang perlukan huruf itu untuk berubah
menjadi Hamzah ¾.
Menurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan jawi telah digunakan oleh orang Melayu dalam berbagai-bagai jenis lapangan
dan kegiatan penulisan. Bahkan untuk kesenian juga tulisan ini digunakan, iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab,
di dinding dalam masjid, batu nisan dan seumpamanya. Dalam Sejarah Melayu (Hashim Musa, 1996) dicatatkan bahawa
tulisan jawi telah digunakan untuk perkara berikut: i.Prasasti atau batu bersurat. Contohnya prasasti Terengganu yang
telah ditemui di SungaiTeresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu. ii.Batu hidup. Tulisan ini terdapat pada batu hidup yang
ditemui di Pangkalan Kempas,Negeri Sembilan. iii.Batu Nisan. Ini banyak terdapat di berbagai-bagai tempat bekas
berdirinya kerajaan-kerajaan Islam pada zaman silam. iv.Mata wang, terutama wang emas dan perak. Pada mata wang ini
diukir nama raja Melayuyang memerintah dengan menggunakan tulisan jawi seperti nama Sultan Muzaffar Shah,Mansur
Shah dan lain-lain. v.Surat kiriman antara raja. Ini banyak dibuat bukan sahaja antara raja Melayu tetapi jugadengan
raja-raja di tempat lain seperti raja Melayu dengan raja Portugal atau raja Inggerisatau raja-raja lain. vi. Kitab dan buku.
Jenis ini yang paling banyak terdapat sama ada dalam bentuk manuskrip(bertulisan tangan) atau cap batu. vii. Surat-
surat perjanjian antara raja dan negara di Alam Melayu. iix.Catatan-catatan pemilikan dan perdagangan terutama di
pelabuhan dan kapal- kapalperdagangan. ix. Surat khabar dan majalah seperti surat khabar Alamat Lankapuri, Majalah
Bustan Arifin,surat khabar Jawi Peranakan dan majalah al-Imam. x.Piagam dan teks pemasyhuran. Contohnya seperti
tulisan pada teks ciri yang dibacakanketika melantik seseorang itu menjadi pembesar.

Faktor Kemerosotan Tulisan Jawi

Faktor kemerosotan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja atau generasi baru pada
hari ini amat membimbangkan. Hal ini kerana generasi baru sebagai pewaris atau peyambung warisan budaya Melayu
iaitu tulisan jawi yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu sebagai tulisan rasmi dan alat untuk menyampaikan
sesuatu maklumat pada zaman dahulu. Tulisan Jawi pada hari ini hanya tinggal tulisan dan tidak berserta dengaan
kemahiran atau kepakaran dalam masyarakat untuk menulis dalam tulisan jawi terutamanya generasi muda yang tidak
mahir dalam menulis jawi.
Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kemerosotan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat pada hari ini.
Antaranya subjek tulisan jawi hanya diajar diperingkat rendah dan tidak diteruskan diperingkat menengah. Betul
terdapat subjek diperingkat sekolah rendah berkaitan tulisan jawi, namun tidak diteruskan diperingkat sekolah
menegah apatah lagi diperingkat universiti. Pelajar yang berminat untuk terus mengambil tulisan jawi atau subjek
tulisan jawi hanya boleh mengambil di sekolah menengah agama (SMA) bantuan negeri dan tidak terdapat subjek
tersebut di sekolah menengah kebangsaan (SMK) atau di sekolah menengah (SM). Benarlah pepatah “melentur buluh
dari rebungnya” iaitu mengajar disekolah rendah subjek tulisan jawi akan menarik minat murid dan seterusnya
menjadi mahir dalam tulisan jawi, namun sekiranya tidak dipraktikkan dari masa ke semasa, kemahiran tulisan jawi
ketika di sekolah rendah akan hilang dan tulisan jawi terkubur bergitu sahaja
Seterusnya, subjek tulisan jawi tidak menjadi syarat wajib lulus peperiksaan di sekolah. Seperti kita sedia maklum,
walaupun subjek tulisan jawi terdapat di sekolah rendah, namun pengajaran dan pembelajaran subjek tulisan jawi
sekadar sampingan sahaja tanpa melibatkan murid perlu lulus dalam peperiksaan. Murid hanya belajar jawi sekadar
untuk memenuhi sukatan pembelajaran dan sekiranya subjek yang tidak terdapat peperiksaan murid tidak memberi
penekanan dan tidak membuat latihan tambahan dirumah. Oleh itu, menjadi punca kemerosotan tulisan jawi.
Selain itu, tidak menjadikan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi surat-surat rasmi kerajaan.
Dapat dilihat pada hari ini surat-surat rasmi kerajaan yang dihantar ke sekolah-sekolah, ke premis-premis kerajaan
menggunakan hampir 100% tulisan Rumi. Meskipun melalui Jabatan Agama Islam turut menggunakan tulisan Rumi
sebagai tulisan rasmi urusan surat-menyurat.

Tulisan dalam
Bahasa Melayu
Zaman Pascamerdeka

Sistem Ejaan
Za'ba

Zainal Abidin bin Ahmad

Biodata Za'ba

TAN SRI (DR.) ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (16 SEPTEMBER 1895 – 23
OKTOBER 1973), JUGA DIKENALI SEBAGAI ZA'ABA MERUPAKAN
SEORANGSASTERAWAN BAHASA MELAYU DAN PEMIKIR KETURUNAN
MINANGKABAU YANG GIATMENULIS SEKITAR TAHUN 1940-AN.
BERDASARKAN PENCAPAIANNYA DALAMBIDANG KESUSASTERAAN,
BELIAU MERUPAKAN SALAH SEORANG BUDAK KAMPUNGYANG BERJAYA
MELETAKKAN DIRINYA SEBAGAI SEORANG TOKOH YANG
TERKEMUKADALAM SEJARAH MALAYSIA.
BELIAU MERUPAKAN SEORANG CENDEKIAWAN MELAYU YANG
DIHORMATI DAN SELAMA HAMPIR 40 TAHUN, AKTIF DALAM KEGIATAN
PENULISAN TERMASUK PENTERJEMAHAN. AKTIVITI BELIAU JUGA
TERTUMPU KEPADA PENERBITAN BUKU SEKOLAH DAN BACAAN UMUM DI
BIRO PENTERJEMAHAN, MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS.

Kehidupan Awal

Zainal Abidin dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas,
Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan. Beliau anak sulung daripada tiga adik-
beradik kepada Intan Awaluddin (1877-1907), seorang Minangkabau Tanah
Datar dan Ahmad Ibrahim (1862-1927), seorang suku Bugis Linggi Kepulauan
Riau; Ahmad berharta hasil kerjanya sebagai petani dan pemborong yang
mengerjakan jalan-jalan kecil di Bahau dan Kuala Pilah, dia tidak sahaja
berpengetahuan agama malah satusatunya penduduk kampungnya yang
pandai membaca dan menulis.
Zainal belajar sendiri menulis ketika berusia lima tahun pada daun-daun
pokok pisang, gelagatnya menarik perhatian ayahnya yang
membelikannya papan tulis untuknya. Hadiah tersebut mendorong Zainal
mendalamkan lagi minatnya menulis serta tajamkan lagi kemahirannya.
Beliau turut diajar untuk mengaji alQuran pada usia muda ini.
Ibunya meninggal dunia pada tahun 1907 ketika Za'ba berumur 12 tahun

Pendidikan

Beliau mula mendapat pendidikan secara rasmi di sebuah
sekolah Melayu di Linggi. Disebabkan beliau sudah bijak
membaca, menulis jawi dan rumi, beliau ditempatkan dalam
darjah tiga. Ayahnya menghantarkannya ke sebuah sekolah
berdekatan di Linggi tahun 1909 kerana mahukannya belajar
bahasa Arab dan fekah sehingga mahir sebagai seorang ulama,
namun Zainal berubah minat sendiri
Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul
Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki
peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.

Kerjaya Awal

Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun
1916 di English College, dan kemudiannya bertukar ke:
1918: Kolej Melayu Kuala Kangsar
1923: Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur
1924: Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942
1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951
1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.
Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang
penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar dan
majalah-majalah tempatan seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh
dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam
bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya
yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeare terbitan Percetakan Gudang Chap
di Singapura yang menghimpunkan seberapa karya terpilih karyawan bahasa
Inggeris William Shakespeare yang diterjemahkan Zaba sendiri.

Kerja Politik

Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, Zaaba
sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur. Tentera British datang
semula ke Tanah Melayu. Oleh sebab itu, mereka menubuhkan
Malayan Union. Penubuhan ini ditentang oleh pemimpin-
pemimpin Melayu. Penentangan tersebut diketuai oleh Dato'
Onn Jaafar dan menubuhkan UMNO sebagai usaha untuk
menyatupadukan bangsa Melayu. Zaaba dilantik menjadi
Setiausaha Agung UMNO yang pertama namun jawatan
tersebut tidak kekal lama kerana beliau lebih berminat dengan
bidang penulisan dan Bahasa Melayu

Senarai Karya

Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling.
Ilmu Bahasa Melayu (1926)
Rahsia Ejaan Jawi (1929)
Umbi Kemajuan (1932)
Falsafah Takdir (1932)
Pendapatan Perbahasan Ulama pada Kejadian Perbuatan dan
Perusahaan Hamba (1934)
Pelita Mengarang: Ilmu Mengarang Melayu (1934)
Daftar Ejaan Melayu: Jawa-Rumi (1938)
Siri Pelita Bahasa Melayu
Jilid I (1940)
Jilid II (1946)
Jilid III (1949)
Asuhan Budi Menerusi Islam (1958)

Penghargaan

Untuk menghargai jasa beliau, Zaaba telah
dianugerahkan:
1956: Gelaran Pendeta Bahasa Melayu di Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga
1959: Doktor Persuratan dari Universiti Malaya
1973: Ijazah Doktor Kehormat Persuratan dari
Universiti Kebangsaan Malaysia
1962: Panglima Mangku Negara yang membawa
gelaran Tan Sri

Meninggal dunia

Kesihatan Za'aba semakin terjejas apabila umurnya
semakin meningkat. Akhirnya pada 23 Oktober 1973, beliau
menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Selasa pada
umur 78 tahun setelah menjalani pembedahan batu karang.
Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan
Ampang, Kuala Lumpur. Pemergian beliau sebagai seorang
pendeta dan karyawan merupakan suatu kehilangan besar
kepada negara. Sumbangan Za'aba terhadap ilmu Bahasa
Melayu tidak ternilai harganya.

Sistem Ejaan Za'ba

Menurut sejarah Sistem Ejaan, Sistem Ejaan Za’ba merupakan system yang pertama dalam system ejaan rumi Bahasa
Melayu yang disusun oleh orang berbangsa Melayu pada tahun 1933 iaitu sebelum Perang Dunia Kedua dan telah tersiar
dalam Sistem Ejaan Melayu Jawi – Rumi 1949. Sistem ejaan ini telah dihasilkan di SITC (MPSI) dan juga merupakan
sistem ejaan rumi yang terkenal sebelum kewujudan Sistem Ejaan Baharu. Sistem ejaan ini juga telah disusun dan
diperkemas dalam jangka masa beberapa tahun dan termuat dalam beberapa buah buku pedoman Bahasa terbitan
Pejabat Karang Mengarang SITC seperti Ilmu Bahasa Melayu Penggal I (1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941) dan
Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) (1949) dengan judul “Petua-petua Ejaan Rumi” yang kesemuanya dikarang sendiri oleh
Za’ba. Lantaran itu, system ejaan ini telah dijadikan sebagai system ejaan rasmi dalam kerajaan Malaysia. Sekolah-
sekolah dan institusi pengajian tinggi sehingga tahun 50-an sebelum digantikan dengan Sistem Ejaan Baharu Bahasa
Malaysia pada 16 Ogos 1972. Ketika itu juga, Ejaan Fajar Asia juga turut digunakan. Sistem ejaan berkenaan juga telah
digunakan sebagai ‘Ejaan Sekolah’ yang sebenar. Dalam system ejaan ini dikatakan mempunyai pengaruh transliterasi
huru Arab ke huruf Rumi dan telah menyebabkan banyak kelemahan yang dapat dikesan serta tidak tetap atau
konsisten yang menganggu pengguna Bahasa Melayu. Selain itu, Sistem Ejaan Za’ba tidak menggunakan teori dan
Teknik linguistik kerana ianya hanya melambangkan bunyi-bunyi Bahasa Melayu melalui huruf-huruf rumi yang
digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan huruf jawi dan rumi
untuk melambangkan bunyi-bunyi yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Maka, grafem dan tanda-tanda baharu telah
digunakan untuk mencukupkannya. Misalnya dalam rumu <ng>, <ny>, <ch>, <kh>, <sh>, <th>, <gh>, <dha>, <dz> dan
tanda-tanda seperti <‘>, adalah untuk melambangkan bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf Jawi seperti
dan . Dalam penggunaan partikel dalam system ejaan ini mestilah dipisahkan, Sebagai contoh, , dan . Za’ba tidak
menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen sebagai penanda Panjang atau pendek bunyi bagi mana-mana grafem vocal
dalam system ejaannya. Setiap perkataan yang dieja adalah berdasarkan bunyi. Dalam sistem ejaan ini juga mempunyai
tiga bunyi diftong yang telah diistilahkan sebagai bunyi huruf ‘berkait’ iaitu bunyi-bunyi <ai>, <au>, dan <oi> .

Ejaan Rumi Za'ba

Za’ba telah menyusun sistem ejaan Rumi bahasa Melayu pada tahun 1933 dan tersiar dalam Daftar Ejaan Melayu
Jawi-Rumi 1949. Sistem Ejaan Wilkinson yang dipakai sebelum ini terdapat beberapa kelemahan. Maka, sistem Ejaan
Rumi Za’ba telah diperkenalkan untuk memantapkan lagi sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu.
Antara pembaharuan dalam Ejaan Za’ba adalah membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi dan
huruf benar. Huruf saksi merupakan vokal yang terdiri daripada enam abjad, iaitu a, e, e, i, o dan u. Huruf benar pula
merupakan konsonan yang terdiri daripada 21 huruf.
Terdapat 40 peraturan yang telah dikemukan dalam sistem Ejaan Za’ba. Peraturan 1 hingga 5 menyentuh keserasian
vokal dalam suku kata pertama dan kedua jika jika suku kata kedua itu suku kata tertutup. Antara beberapa
peraturan yang dimaksudkan tersebut adalah huruf h dan k adalah huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup,
maka vokal e yang dipilih bukan vokal i pada suku kata itu. Contohnya aleh, leteh, sireh, tueh, balek, batek, chantek
dan sebagainya, kecuali jika terdapat deretan bunyi diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan. Contohnya, naik,
baik, raih, dan sebagainya.
Jika suku kata akhir tertutup, bukan diakhiri oleh konsonan h dan konsonan k, maka vokal i digunakan bukannya
vokal e. Contohnya nasib, katil, kutip, pasir dan sebagainya, kecuali jika vokal dalam suku kata pertama ialah vokal o
dan vokal e, maka vokal e digunakan bukannya vokal i. Contohnya deret, leher, bogel, chomel, montel dan
sebagainya. Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab jika belum diasimilasi sepenuhnya, hendaklah dieja mengikut
bunyi asalnya (memakai tanda ‘ dan sebagainya) dan ditulis dengan huruf condong. Contohnya: wa’sala’m, ahlu’n-
nujum, ‘amiru’I-minim, dan sebagainya.

◦Imbuhan pe- dan me- tidak mengalami perubahan bunyi jika digandingkan dengan kata dasar yang berawalkan

huruf i, m, n, ng, ny, r, w,dan y. Perkataan yang menggunakan huruf r pada akhir suku kata pertama dikekalkan
ejaan menurut sistem ejaan Wilkinson. Misalnya: (r sahaja) berteh, terbang, terpa, terkam, merdu dan lain-lain, (re)
meregang, berebut dan sebagainya.

Ejaan Rumi Za'ba

Semua perkataan yang mengandungi huruf nga dan ga yang berderet, dalam tulisan Jawi dieja dengan dua g dalam

◦tulisan Rumi. Contohnya: langgar, hinggap, manggis, menanggong, menenggelamkan dan sebagainya. Perkataan

yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang sudah diasimilasi sepenuhnya dengan bunyi Melayu, dieja mengikut

◦sebutan Melayu. Contohnya: saman, repot, pereman, geran, sain, rasip dan sebagainya. Jika kata dasar berawalkan

huruf b dan p, maka awalan pe- dan me- mengalami perubahan jika disepadukan dengan kata dasar yang
berawalkan huruf i, m, n, ng, ny, r, w dan y. Contohnya: pelawat, melawat, pemalas, penaung, penyanyi dan
sebagainya.
Jika perkataan perkataan asal berawalkan huruf a, e, e, i, o, u, g, h, k, maka imbuhan pe- dan me- berubah menjadi
peng- dan meng-. Misalnya, (pe) pengaku, pengempang, pengekor, pengikut, penggali, penghubung, pengait dan (me)
mengaku, mengamok, mengelak, mengata dan sebagainya. Manakala sebagainya. Huruf k dalam kata dasar gugur

◦kerana tak bersuara, kecuali dalam kata pinjaman Arab yang mengekalkan huruf k. Misalnya mengkitabkan, dan

juga dalam perkataan mengkemudiankan. Bentuk si- (yang sebenarnya partikel) dan tetap dieja dengan sempang,
dan huruf s dalam bentuk si- dieja dengan huruf besar jika berganding dengan nama khas. Contohnya: si-mati, silaki,

◦si-Abu, di-bawa, dan sebagainya. Kekecualiannya ialah dalam ejaan perkataan sianu dan siapa yang tidak memakai

sempang. Huruf besar digunakan dengan menurut dua kaedah, yang pertama pada awal perkataan di pangkal
ayat, kemudian daripada noktah, kemudian daripada tanda tanya jika bukan percakapan pengarang, kemudian
daripada tanda seruan jika seruan itu bukan percakapan pengarang, huruf pertama pada perkataan yang

◦mendahului setiap baris syair atau pantun, huruf pertama pada cakap ajuk dan huruf pertama dalam perkataan

teriakan. Yang kedua pada huruf awal dalam kata nama khas atau gelaran,nama Tuhan kata gantinya, nama
tempat, nama bangsa, nama gelaran atau pangkat, nama kitab-kitab, surat khabar, tajuk atau fasal dalam kitab,
nama-nama ilmiah dan bidang-bidangnya, nama bulan, hari cuti dan sebagainya, dan nama perkara atau benda
yang diserukan.

Sistem Ejaan Jawi Za'ba

Za'ba merasa perlu untuk menggubal sistem ejaan Jawi yang baru kerana beberapa sebab: Pertama, adanya semacam
keberkacauan dalam ejaan Jawi. Seperti yang dinyatakan oleh beliau bahawa walaupun kaedah yang dicuba ikutinya ialah
"menurut kecenderungan ahli-ahli sekolah semenjak 40 tahun yang lalu serta kecenderungan penulis-penulis Melayu yang
lebih ramai" tetapi beliau juga mengatakan bahawa yang dikatakan "kebiasaan penulis-penulis yang ramai" itu pun "ada
banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang". Kedua, ada usaha hendak menghidupkan semula "ejaan lama
yang telah atau beransur mati" oleh Wilkinson dan Winstedt serta setengah-setengah penolong Melayunya. Bila ini dicuba
lakukan maka telah menjadi gempar dan hebuh sungutan di antara penulis-penulis Melayu apabila terjadi kacau bilau pada
ejaan Melayu dalam tahun 1916-19 tatkala Daeng Abdul Hamid kerani Melayu Sir Richard Winstedt masa itu mencuba hendak
memandai-mandai memakai setengah daripada ejaan cara lama yang telah ketinggalan itu dalam buku-buku bacaan di
sekolah-sekolah Melayu". Ketiga, terdapat ketidak-sepakatan di antara kamus-kamus karangan orang Melayu, terutamanya,
sehubungan dengan penggunaan huruf qauf,kaf, hamzah,ta dan ta bulat dihujung kalimah dan beberapa huruf lagi. Dalam
sistem ejaannya itu, Za'ba mengemukakan 20 "undang-undang", atau hukum, bagi ejaan Jawi untuk kata-kata dasar, dan 20
"undang-undang" pula bagi kata-kata yang berimbuhan. Haji Hamdan Haji Abdul Rahman , meneliti 40 "undang-undang" itu,
membuat kesimpulan bahawa Za'ba merumuskan sistem ejaan Jawinya itu berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu: Ekonomi
ejaan yang menggunakan seberapa sedikit bilangan huruf; Kepastian jika ejaan itu menimbulkan kesamaran sebutan maka
diubahsuai ejaannya supaya mengurangkan kesamaran itu; dan Jamaah atau Konvensyen digunakan kedua-dua ejaan yang
berbeda bagi satu-satu perkataan jika kedua-duanya dipakai ramai dan tiap-tiap satunya tidak pula menimbulkan kesamaran
sebutan. Yang dikatakan prinsip ekonomi huruf itu ialah ejaan yang pada asalnya menggunakan "Kaedah Baris" dan terus
terpakai serta tidak pula menimbulkan kesukaran sebutan, seperti ejaan Jawi untuk perkataan 'pada', 'kepada', 'daripada', dll.
Yang dimaksudkan dengan prinsip kepastian ialah jika sesuatu ejaan yang menggunakan "Kaedah Baris" itu mengelirukan
kerana boleh disalah-bunyikan, maka, di mana mungkin, ia diberikan huruf saksi supaya lebih jelas bunyinya. Yang
dimaksudkan dengan prinsip konvensyen pula ialah pendirian Za'ba untuk menerima ejaan yang dipakai ramai penulis,
walaupun tidak selaras dengan sistem. Pendirian itu dinyatakan oleh Za'ba seperti berikut: "Mana ejaan yang lebih ramai
orang menulisnya itulah yang lebih betul; yang kurang ramai itu betul juga tetapi kurang ..."

Tahap Perkembangan Ejaan Jawi

Tahap pertama: Ejaan Jawi yang menggunakan tanda-tanda baris dan syaddah;
Tahap kedua: Ejaan Jawi itu mengekalkan ejaan pada tahap pertama tetapi
menanggalkan penggunaan tanda;
Tahap ketiga: Ejaan Jawi cara Melayu yang menggunakan huruf saksi pada suku
kata pertama;
Tahap keempat: Pengenalan huruf saksi pada suku kata kedua pula bila terdapat
ejaan yang hanya menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama itu
mengelirukan kerana ejaan yang sama boleh mewakili dua perkataan.
Menurutnya lagi, ejaan Jawi tahap keempat inilah yang menjadi asas kepada
sistem ejaan Pakatan Bahasa Johor (1937) dan sistem ejaan Za'ba (1938). Walaupun
Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) yang memperkenalkan sistem ejaan Jawi Za'ba
itu siap setahun kemudian daripada sistem ejaan Pakatan Bahasa Johor, kita
dapat mengatakan bahawa Za'balah yang mempelopori ejaan tahap keempat ini
kerana pertama, ejaan Jawi tahap keempat itu telah dirumuskannya dalam Rahsia
Ejaan Jawi dalam tahun 1931 lagi, dan kedua, Za'ba juga terlibat dalam
penyediaan sistem ejaan yang dipakai dalam Buku Katan terbitan Pakatan Bahasa
Johor (1937) itu.

Ciri-ciri Sistem Ejaan Jawi Za'ba

Sebelum dibuat kesimpulan tentang peranan Za'ba dalam pembaharuan sistem ejaan Jawi, elok kita tinjau sepintas lalu
tentang Daftar Ejaan Melayu itu sendiri. Di antara lain: (a) Usahanya itu bermula dalam tahun 1918 lagi bila beliau
mengumpulkan perkataanperkataan Melayu dalam tulisan Jawi sahaja; (b) Sumber perkataan-perkataan itu ialah daftar
ejaan Rumi Kerajaan Negeri Persekutuan yang dikeluarkan oleh sebuah jawatankuasa dalam tahun 1904. Dalam
menyusunnya semula menurut abjad Jawi, beliau menambah beberapa banyak perkataan pula. (c) Sejak itu beberapa kali
lagi penyemakan semula dilakukannya. (d) Dalam tahun 1925, senarai perkataan itu disemak pula oleh guru-guru "Kolej
Tanjung Malim" bergilirgilir, dan ditambah lagi oleh mereka beberapa perkataan lagi. Pada waktu itu, saya percaya, beliau
juga mendapat bantuan daripada pelajar-pelajar Maktab. (e) "Setelah itu," menggunakan kata-katanya sendiri;
"terbenamlah lagi Daftar ini beberapa lama kerana menantikan peluang hendak memulakan kerja menjadikan dia kamus
betul-betul itu tidak juga dapatdapatnya". (f) Dalam tahun 1933 hingga 1935, beliau mengubah rancangan asalnya dengan
mengemukakan hanya sebuah daftar ejaan, dan bukannya kamus, yang susunannya ialah menurut susunan abjad Jawi,
dan pada setiap perkataan dalam ejaan Jawi itu diberi pula persamaan ejaan Ruminya. (g) Walau bagaimanapun, beliau
menaruh harapan untuk kemudian kelak menjadikannya sebuah kamus dengan setiap perkataan itu diberi tidak sahaja
makna tetapi juga contoh ayat memakainya dan simpulan bahasa yang terbit daripadanya, "sebagai membanyak dan
menambah elokkan kamus-kamus kita yang sedia ada". Demikianlah sekadarnnya latar penyediaan Daftar Ejaan Melayu
(Jawi-Rumi) itu yang siap dalam tahun 1938, iaitu setelah melalui tempoh dua puluh tahun lamanya. Malangnya lagi,
hanya kira-kira sepuluh tahun sesudah itu pula baru Daftar itu diterbitkan, iaitu dalam tahun 1949 - selepas 31 tahun
projek itu dimulakannya dalam tahun 1918. Di dalam buku itu terdapat dua buah bab selepas "Pendahuluan". Bab-bab itu
ialah "Pengenalan 'Am" (11 halaman) dan "Kaedah-kaedah Ejaan Jawi" (39 halaman). Kedua-dua bab ini jauh lebih penting
daripada daftar ejaan itu sendiri. Daftar itu mensenaraikan perkataan menurut abjad, sedang kedua-dua bab yang
dirujukkan tadi memberi huraian tentang rasionel, modus operandi, prinsip-prinsip dan rumusan-rumusan kaedah ejaan
Jawi. Demikianlah, jika tidak kerana dua bab itu, tidaklah akan jelas kepada kita bagaimana dan sejauh mana Za'ba

MENGAPAKAH ZA'BA MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA
SISTEM EJAAN JAWI?

Za'ba mengusahakan sebuah sistem ejaan Jawi kerana, seperti yang
dinyatakannya dalam bab "Pengenalan":
"... tulisan Jawi itulah yang terlebih berkehendak diaturkan ejaannya dan
disusunkan dia mengikut tertib hurufnya, kerana ejaannya banyak yang masih
simpang perenang. Tambahan pula tulisan Jawi itu lebih disukai oleh orang
Melayu raya tua dan muda di Semenanjug ini".
Beliau tidak memberikan keutamaan yang sama kepada penggubalan sistem
ejaan Rumi mungkin kerana ejaan Rumi itu sudah pun diselaraskan oleh
Jawatankuasa bagi Merumikan Tulisan Melayu dalam 1904 bagi kegunaan
Kerajaan Negeri Persekutuan. Oleh yang demikian dan oleh kerana sifat yang
berkacau dalam ejaan Jawi, maka menyelaraskan ejaan Jawi itulah yang
menjadi satu keutamaan yang tinggi kepada Za'ba. Walau bagaimanapun,
sistem ejaan Rumi itu dilampirkannya dalam Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi).
Agak menarik bahawa sistem ejaan Rumi itu pun mengandungi jumlah yang
sama (empat puluh) dengan jumlah undang-undang dalam sistem ejaan Jawi.

Peranan Za'ba

Demikianlah kita melihat sumbangan Za'ba sehubungan dengan sistem ejaan Jawi. Dilihat pada proses libatannya
dalam kerjayanya untuk menghasilkan sistem ejaan Jawinya itu, beberapa kesimpulan dapat dibuat sehubungan
dengan peranan beliau dalam evolusi sebuah sistem ejaan Jawi.
Peranannya yang pertama ialah sebagai penggerak atau aktivis bahasa. Ini dapat kita lihat pada inisiatif yang
diambilnya dalam tahun 1924 untuk menubuhkan sebuah badan yang satu daripada objektifnya ialah membantu
usaha penyelarasan ejaan Jawi. Beliau juga ikut bersama dalam kumpulan Pakatan Bahasa Johor yang
menghasilkan Buku Katan (1937).
Beliau juga memainkan peranan peneroka dan pencipta satu sistem ejaan secara terperinci berasaskan cerakinan
empiris dan memberikan rasionel bagi setiap aspek dalam sistem yang dicadangkannya itu - satu hal yang tidak
dilakukan sebelum itu. Beliau menghabiskan dua puluh tahun daripada kerjayanya mengabdikan diri kepada
misinya itu. Berasaskan pendidikan yang diterimanya (Senior Cambridge), sumbangan kesarjanaan yang
dihasilkannya itu amatlah mengkagumkan.
Misinya bukanlah untuk melahirkan satu sistem yang paling lengkap dan sempurna. Hasratnya hanyalah sekadar
memberikan titik tolak yang baru untuk dipergunakan oleh generasi baru bagi menyempurnakan lagi sistem
ejaannya itu. Pendiriannya ini dapat dilihat pada kata-katanya:
"Adapun pada masa belum tetap salah satu sekarang ini belumlah boleh diputuskan ketetapannya; kerana
keputusan dalam perkara itu ditetapkan perlahan-lahan oleh kebiasaan ramai, iaitu ikut-mengikut dengan tiada
sedar, bukan dengan hukum-hukum yang diaturkan atau dipaksakan oleh seorang atau oleh kerajaan sekalipun.
Pendeknya ejaan Jawi kita pada perkataan-perkataan yang belum tetap ejanya sekarang ini masih dalam
perjalanan menuju kepada ketetapan, dan ketetapan itu akan tiba dengan beransur-ansur mengikut mana ejaan
yang lebih ramai orang membiasakannya".



Sistem Ejaan
Rumi Kongres

Pengenalan Sejarah Sistem Ejaan Rumi

SISTEM Ejaan Bahasa Melayu yang digunakan secara meluas hari ini bermula sejak tahun 1972. Sudah 40 tahun usia
sistem ini digunakan sebagai wadah penulisan dalam semua bidang. Sistem ejaan ini telah dipersetujui bersama oleh
kerajaan Malaysia dengan pemerintah Republik Indonesia berikutan daripada perisytiharan serentak di kedua-dua buah
negara pada 16 Ogos 1972.
Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi dilakukan oleh pedagang, pengembara, dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara
secara perseorangan pada abad ke-16. Mereka (Portugis, Sepanyol, dan Itali) menulis kata-kata bahasa Melayu yang
didengar oleh mereka di pelabuhan-pelabuhan, dalam huruf Rumi, dan mengeja kata-kata itu berdasarkan kesan bunyi
yang mereka dengar. Di samping itu mereka menerapkan peraturan ejaan yang ada dalam bahasa mereka.
Pengembara pertama yang menghasilkan penggunaan ejaan Rumi dalam penulisan ialah warga Itali, Antonio Pigafetta,
pada abad ke-15. Sejak itu pengembara lain dari Eropah, seperti Inggeris dan Belanda menulis perkataan dan ayat dalam
bahasa Melayu dengan menggunakan huruf Rumi, berdasarkan sistem tulisan dan ejaan lazim bagi bahasa mereka
sendiri.
Orang Inggeris telah mengasaskan beberapa kaedah ejaan Rumi di Tanah Melayu pada abad 17 hingga abad 19. Antara
ejaan Rumi yang disusun ketika itu termasuklah Ejaan Rumi Bowrey (1701), Ejaan Rumi J. Howison (1800), Ejaan Rumi
William Marsden (1812), Ejaan Rumi Negerinegeri Selat (1878), Ejaan Rumi Swettenham (1881), dan Ejaan Rumi Maxwell
(1882) . Ejaan Rumi ketika itu berpedomankan kaedah transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi.
Dalam bulan Oktober 1904, terbit Ejaan Wilkinson yang dikenal sebagai Romanised Malay Spelling yang digunakan
secara rasmi di semua sekolah umum di Tanah Melayu. Ejaan ini digunakan dalam kamus bahasa Melayu karangan
Wilkinson.
Seiring dengan perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan, usaha perkembangan dan pemantapan sistem ejaan
Rumi berlaku. Dalam hal ini, Maktab Perguruan Sultan Idris turut memainkan peranan.

Pengenalan Sejarah Sistem Ejaan Rumi

Sistem ejaan yang terkenal selepas ejaan Wilkinson ialah sistem ejaan rumi Za’ba yang dihasilkan olehnya di Maktab
Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, pada tahun 1924. Sistem ejaan ini telah diperkemas dalam beberapa tahun, dan
termuat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang-mengarang maktab berkenaan. Antara
beberapa buah buku yang menggunakan ejaan ini termasuklah buku Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), Pelita Bahasa

◦Melayu Penggal 1 (1941), Daftar Ejaan Jawi-Rumi (1949) dengan judul Petua-Petua Ejaan Rumi. Semua buku yang

tersenarai ini terkarang oleh pendeta Za’ba. Harus diingat, Sistem Ejaan Za’ba digunakan dalam pengajaran Bahasa
Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan Brunei. Oleh sebab ejaan ini merupakan satu-satunya ejaan yang

◦digunakan di sekolah sejak tahun 1924, ejaan ini dikenal juga sebagai Ejaan Sekolah sehingga tahun 1972 apabila

perisytiharan Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia dibuat. Selain Sistem Ejaan Za’ba, terdapat juga beberapa sistem
ejaan Rumi yang lain, iaitu Ejaan Fajar Asia, Ejaan Kongres, Ejaan Melindo dan Sistem Ejaan Rumi Baru. Sistem Ejaan
Fajar Asia ini muncul dan digunakan dalam masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ejaan ini digunakan untuk
tujuan propaganda pemerintah Jepun di Tanah Melayu. Ejaan Rumi ini digunakan dalam majalah dwimingguan Fajar
Asia (1943). Selepas berakhirnya pendudukan Jepun pada tahun 1945, ejaan ini terhenti penggunaannya dan Ejaan Za’ba
digunakan semula.
Dalam Kongres Persuratan Melayu ketiga yang diadakan di Singapura pada tahun 1956, telah disepakati para peserta
Kongres untuk mewujudkan satu sistem ejaan, yang dikenal sebagai Ejaan Kongres. Namun, sistem ini tidak pernah

◦dilaksanakan kerana sifatnya terlalu idealistik dari segi linguistik hingga menjadikannya sukar diamalkan. Usaha

untuk menyeragamkan sistem ejaan antara kedua-dua buah negara Malaysia dan Indonesia diteruskan. Beberapa siri
perundingan dan pertemuan diadakan. Berikutan dengan itu wujudlah sistem ejaan bersama yang dikenal sebagai Ejaan
Melindo (Ejaan Melayu dan Indonesia) pada tahun 1959. Ejaan ini mencadangkan penggunaan lambang-lambang fonetik
yang tidak praktikal sifatnya. Akhirnya ejaan ini tidak terlaksana.

Pengenalan Sejarah Sistem Ejaan Rumi

SISTEM Ejaan Bahasa Melayu yang digunakan secara meluas hari ini bermula sejak tahun 1972. Sudah 40 tahun usia
sistem ini digunakan sebagai wadah penulisan dalam semua bidang. Sistem ejaan ini telah dipersetujui bersama oleh
kerajaan Malaysia dengan pemerintah Republik Indonesia berikutan daripada perisytiharan serentak di kedua-dua buah
negara pada 16 Ogos 1972.
Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi dilakukan oleh pedagang, pengembara, dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara
secara perseorangan pada abad ke-16. Mereka (Portugis, Sepanyol, dan Itali) menulis kata-kata bahasa Melayu yang
didengar oleh mereka di pelabuhan-pelabuhan, dalam huruf Rumi, dan mengeja kata-kata itu berdasarkan kesan bunyi
yang mereka dengar. Di samping itu mereka menerapkan peraturan ejaan yang ada dalam bahasa mereka.
Pengembara pertama yang menghasilkan penggunaan ejaan Rumi dalam penulisan ialah warga Itali, Antonio Pigafetta,
pada abad ke-15. Sejak itu pengembara lain dari Eropah, seperti Inggeris dan Belanda menulis perkataan dan ayat dalam
bahasa Melayu dengan menggunakan huruf Rumi, berdasarkan sistem tulisan dan ejaan lazim bagi bahasa mereka
sendiri.
Orang Inggeris telah mengasaskan beberapa kaedah ejaan Rumi di Tanah Melayu pada abad 17 hingga abad 19. Antara
ejaan Rumi yang disusun ketika itu termasuklah Ejaan Rumi Bowrey (1701), Ejaan Rumi J. Howison (1800), Ejaan Rumi
William Marsden (1812), Ejaan Rumi Negerinegeri Selat (1878), Ejaan Rumi Swettenham (1881), dan Ejaan Rumi Maxwell
(1882) . Ejaan Rumi ketika itu berpedomankan kaedah transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi.
Dalam bulan Oktober 1904, terbit Ejaan Wilkinson yang dikenal sebagai Romanised Malay Spelling yang digunakan
secara rasmi di semua sekolah umum di Tanah Melayu. Ejaan ini digunakan dalam kamus bahasa Melayu karangan
Wilkinson.
Seiring dengan perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan, usaha perkembangan dan pemantapan sistem ejaan
Rumi berlaku. Dalam hal ini, Maktab Perguruan Sultan Idris turut memainkan peranan.

Pengenalan Sejarah Sistem Ejaan Rumi

Perbincangan antara kerajaan Malaysia dengan Indonesia berhubung
dengan ejaan bersama berlaku selepas tamatnya konfrontasi Indonesia-
Malaysia (1963 – 1966). Hasil daripada usaha sama kedua-dua buah negara
ini, maka wujudlah Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia, yang kemudiannya
dikenal sebagai Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu, seperti yang termaktub
dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972. Di
Indonesia sistem ini dikenal sebagai Ejaan Bahasa Indonesia yang
Disempurnakan
Ejaan bersama ini dilancarkan serentak di Kuala Lumpur oleh Perdana
Menteri Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, dan di Jakarta oleh Presiden
Soeharto pada 16 Ogos 1972. Ejaan Baru ini merupakan muafakat
Malaysia–Indonesia yang mengenyahkan tradisi ejaan lama,
menggantikan Ejaan Za’ba di Malaysia dan Ejaan Soewandi di Indonesia.
Begitulah huraian tentang sejarah sistem ejaan Rumi di negara ini.

Pengenalan Sistem Ejaan Kongres

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang pertama telah diadakan di Singapura pada tahun 1952, kedua di
Seremban pada tahun 1954 dan ketiga di Singapura dan Johor Baharu pada 16 hingga 21 September 1956.
Dalam Kongres Bahasa Melayu ketiga (1956), masalah ejaan Rumi diberi perhatian berat. Peserta kongres
mencadangkan beberapa pembaharuan yang agak radikal, antaranya untuk memperbaiki Sistem Ejaan Za’ba.
Sistem ejaan baru ini dikenali sebagai ‘Sistem Ejaan Kongres’ yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956.
Selepas Ejaan Rumi Za’ba ialah Ejaan Rumi Kongres. Sistem ejaan rumi Kongres ini ialah hasil dalam salah satu
sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16-21 September 1956. Sidang tersebut
telah menghalusi tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi bahasa Melayu. Sidang tersebut telah membuat 16
ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan
Jawi.
Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi bukan fonetik, iaitu
melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja. Kedua, perbezaan telah ditetapkan semula
dari segi keserasian vokal dalam suku kata awal dan suku akhir tertutup.
Ketiga, tanda sempang dihapuskan penggunaannya (yang menyalahi sama sekali dengan sistem Za’ba yang
banyak sekali menggunakan sempang), kecuali pada kes-kes tertentu sahaja.
Keempat, terdapat pembaharuan dari segi perbezaan mengeja beberapa perkataan tertentu disebabkan ejaan
Kongres menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan sebutannya yang asal.
Kelima, terdapat perubahan dalam penggunaan kata-kata partikel, iaitu kata gelaran si, kata depan di, ke, dan
penanda satu / se- dipisahkan ejaannya daripada perkataan yang mengikutinya tanpa penggunaan sempang.

Pengenalan Sistem Ejaan Kongres

Ejaan Kongres adalah sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956. Perkara ini dirumuskan atas empat dasar
pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi iaitu:
Ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disatukan atau disamakan.
Peraturan ejaan hendaklah mudah; dan untuk ini maka sistem fonologi diterima sebagai sistemyang lebih
baik daripada sistem fonetik dan satu fonom hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf)
saja.
Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam.
Kata-kata dari bahasa-bahasa asing hendaklah disusunkan pengejaannya dengan hukumhukum fonologi
Melayu.
Sistem Ejaan Kongres (Bahasa Melayu: Ejaan Kongres) ialah pembaharuan ejaan daripada Tulisan Rumi
Melayu diperkenalkan semasa Kongres Melayu ketiga diadakan di Johor Bahru dan Singapura pada tahun
1956. [1][2][3] Ciri utama sistem adalah penggunaan simbol di Huruf Fonetik Antarabangsa, menggunakan

◦diktom satu simbol untuk satu fonem, dan dalil baru dalam penulisan diphthongs. Inovasi ini pada

awalnya bertujuan untuk menggantikan Ejaan Za'aba dan akhirnya menjadi ortografi standard di dunia
berbahasa Melayu, tetapi nampaknya tidak mendapat penerimaan secara umum. Itu dianggap tidak
praktis untuk digunakan oleh massa, dan grafik tertentu yang diusulkan oleh sistem tidak diwakili dalam
mesin taip umum pada waktu itu. Walaupun begitu, kumpulan tertentu, terutama yang berafiliasi dengan
Gerakan Sastera 1950, menggunakan grafik Kongres untuk diphthong dalam penerbitan mereka sendiri.

Latar Belakang Sistem Ejaan Rumi Kongres

Pada tahun 1950-an, dua ortografi berbeza digunakan di Dunia berbahasa Melayu, iaitu Sistem Ejaan
Republik dalam Indonesia dan Ejaan Za'aba dalam Tanah Melayu Britain dan Borneo. Sistem Ejaan Za'ba,
diperkenalkan pada tahun 1933, adalah versi improvisasi dari ortografi sebelumnya yang diperkenalkan
oleh sarjana Inggeris, R J Wilkinson. Begitu juga di Indonesia, Sistem Ejaan Republik diperkenalkan pada
tahun 1947 untuk menggantikan Belanda yang lebih tua Sistem Ejaan Van Ophuijsen.
Kongres Melayu ketiga diadakan di Johor Bahru dan Singapura dari 16 hingga 21 September
1956,berusaha menyatukan kedua ortografik yang berbeza ini ke dalam satu sistem. Ortografi baru,
dibayangkan menjadi sistem yang lebih baik dan praktikal, yang disederhanakan dan menggunakan
kaedah ejaan standard, dan lebih menekankan pada penggunaan sistem fonologi bahasa Melayu.
Semasa kongres, dua makalah proposal mengenai ortografi baru disampaikan oleh Pergerakan Sastera
1950 dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya. Gerakan Sastera 1950, mencadangkan sistem
yang sudah digunakan oleh penulis mereka, sebahagian besarnya berdasarkan ortografi Fajar Asia yang
diperkenalkan selama ini Pendudukan Jepun pada tahun 1943.
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya secara amnya menolak penggunaan digraf dan dengan
gigih mempromosikan unsur ejaan Indonesia. Konsensus dicapai semasa kongres, dan ortografi baru
kemudian dinamakan Ejaan Kongres (ejaan kongres '). Pada tahun 1957, Sistem Ejaan Kongres
diterbitkan untuk pertama kalinya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam risalah bahasanya, DBP
bilangan (1), dengan judul Kaedah Baharu Ejaan Rumi Bahasa Melayu (keputusan Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu III) (Bahasa Melayu untuk 'Kaedah Baru Ejaan Rumi Bahasa Melayu (berdasarkan
keputusan Kongres bahasa Melayu dan huruf III)'

Unsur Penolakan

Sistem Ejaan Kongres nampaknya tidak mendapat penerimaan orang secara umum.
Sebabnya adalah tidak praktikal untuk digunakan oleh orang biasa dan grafik tertentu
yang diusulkan oleh sistem tidak diwakili dalam mesin taip. Walaupun begitu, kumpulan
tertentu, terutama yang berafiliasi dengan Gerakan Sastera 1950 menggunakan grafik
grafik Kongres untuk diphthong dalam penerbitan mereka sendiri. Kumpulan ini malah
kembali ke gaya menulis huruf vokal Wilkinson dalam suku kata akhir tertutup, yang
serupa dengan gaya Republik di Indonesia.
Oleh kerana bahagian penerbitan Melayu dikendalikan oleh anggota Gerakan Sastera 1950
atau penyokongnya, gaya ejaan Gerakan nampaknya mendapat mata wang yang meluas
melalui karya terbitan. Sementara itu, sekolah dan penerbitan pemerintah masih
menggunakan ejaan Za'aba atau sistem sekolah. Oleh itu, orang ramai menjadi bingung
mengenai sistem mana yang harus diikuti. Penggunaan bahasa di luar kawasan sekolah
mencerminkan keadaan kekeliruan dalam minda orang dalam ejaan bahasa mereka
menggunakan Skrip Rumi. Tidak biasa mencari beberapa sistem yang digunakan dalam
petikan pendek di media cetak apatah lagi dalam tulisan individu.
Keadaan kebingungan diakhiri dengan pengenalan Ejaan Rumi Baru pada tahun 1972,
yang akhirnya menyatukan ortografi dunia berbahasa Melayu yang berbeza menjadi satu
sistem

Sistem

Dalam Kongres Melayu ketiga tahun 1956,
sebanyak 16 resolusi dibuat untuk ortografi, 2
ketetapan untuk fonetik, dan ketetapan untuk
Huruf Jawi. Senarai surat yang dipersetujui
untuk ortografi baru adalah seperti di bawah. Ia
terdiri daripada 20 konsonan tradisional Melayu
⟨b⟩, ⟨c⟩, ⟨d⟩, ⟨g⟩, ⟨h⟩, ⟨j⟩, ⟨k⟩, ⟨l⟩, ⟨m⟩, ⟨n⟩, ⟨ŋ⟩ , ⟨Ñ⟩,
⟨p⟩, ⟨q⟩, ⟨r⟩, ⟨s⟩, ⟨š⟩, ⟨t⟩, ⟨w⟩, ⟨y⟩ dan konsonan ⟨f⟩,
⟨q⟩, ⟨v⟩, ⟨X⟩ untuk bunyi yang diterima pakai dari
bahasa asing



Schwa ( Vokal Tinggi )

Ejaan Kongres juga terdiri dari 6 bunyi vokal yang diwakili oleh 5 huruf; ⟨A⟩, ⟨e⟩,
⟨i⟩, ⟨o⟩, ⟨u⟩, dengan ⟨e⟩ mewakili kedua-duanya /e/ dan /ə/ bunyi. Ini berbeza
dengan ejaan Za'aba yang membezakan /e/ dan /ə/ berbunyi dengan huruf ⟨e⟩
dan ⟨ĕ⟩ masing-masing

Pilihan Untuk Grafik

Ciri prinsip Ejaan Kongres adalah perwakilan a fonem dengan grafik atau satu
huruf sahaja. Oleh itu, ia menolak penggunaan digraf biasa dijumpai di
ortografik terdahulu.

Diftong

Kongres juga membuat cadangan baru dalam penulisan diphthongs. Walaupun
sistem Wilkinson dan Za'aba mempunyai ⟨au⟩, ⟨ai⟩ dan ⟨oi⟩, sistem Kongres
mencadangkan ⟨aw⟩, ⟨ay⟩ dan ⟨oy⟩.

Morfem

Peraturan tetap untuk pilihan vokal untuk morfem dengan kata-kata disyabab
telah ditetapkan dalam Ejaan Kongres. Sekiranya morfem suku kata pertama
menggunakan huruf vokal ⟨e⟩ dan ⟨o⟩, morfem yang terikat pada suku kata
akhir mesti menggunakan huruf vokal ⟨e⟩ dan ⟨o⟩. Sebaliknya, jika morfem
suku kata pertama menggunakan huruf vokal selain ⟨e⟩ dan ⟨o⟩, morfem yang
terikat pada suku kata akhir mesti menggunakan huruf vokal ⟨i⟩ dan ⟨u⟩.
Peraturan Kongres ini bertentangan dengan ejaan Za'aba lama yang lebih
menumpukan pada fonologi Melayu asli daripada menggunakan teori dan
teknik linguistik yang ada. Dalam ejaan Za'aba, untuk suku kata akhir yang
diakhiri dengan huruf ⟨k⟩ atau ⟨h⟩, morfem yang terikat padanya mesti
menggunakan vokal ⟨e⟩ dan bukan ⟨i⟩, dengan pengecualian yang diberikan
kepada diphthong ⟨ai⟩. Sebaliknya, untuk suku kata akhir yang diakhiri dengan
huruf selain dari ⟨k⟩ atau ⟨h⟩, morfem yang terikat padanya mesti
menggunakan huruf vokal ⟨i⟩ dan bukan ⟩e⟩, dengan pengecualian pada suku
kata pertama menggunakan huruf vokal ⟨o⟩ atau ⟨ Contohnya, vokal ⟨e⟩ mesti
digunakan sebagai gantinya

Suku kata akhir yang diakhiri dengan huruf k atau h

Suku kata akhir yang diakhiri dengan huruf selain
daripada (k) atau (h)


Click to View FlipBook Version