Kilir Bahasa Melayu
benderang, tunggang- i) Cerita karut-marut
lalang, turun-temurun,
anak-pinak, itu hanya untuk
warna-warni, gelap-
gelita menakutkan orang.
Beras-petas, bolak-balik, j) Rempah-ratus
compang-camping,
dolak-dalih, gopoh- diperlukan untuk
gapah, gunung-ganang,
bukit-bukau, gundah- memasak nasi
gulana, haru-biru, hiruk-
pikuk, huyung-hayang, tomato.
kacau-bilau, kusut-
masai, kumat-kamit, k) Mulut ibu kumat-
lambat-laun, lintang-
pukang, mundar-mandir, kamit membaca doa.
pontang-panting, porak-
peranda, rempah-ratus, l) Perasaan Ali gundah-
riuh-rendah, rumput-
rampai, suku-sakat, gulana setelah gagal
sunyi-sepi, tindak-
tanduk, ulang-alik, huru- dalam peperiksaan.
hara, tungkus-lumus,
saudara-mara, kejar- m) Abang ulang-alik ke
mengejar, tawar
menawar, kata-mengata, pejabat dengan
semak-samun
menunggang
motosikal.
Seluruhnya n) Ali gopoh-gapah
berlari ke sekolah
setelah bangun
lewat.
o) Suara guru itu
menyebabkan kelas
menjadi sunyi-sepi.
p) Dia menjemput
suku-sakat ke majlis
perkahwinan anak
keduanya.
q) Budak itu kejar-
mengejar keriangan
di tepi pantai.
Kata Ganda Berimbuhan
Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima
imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran.
Contoh:
Suntingan Cikgu Zainudin 51
Kilir Bahasa Melayu
Imbuhan Contoh Kata Ganda Berimbuhan
Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu,
Awalan melompat-lompat
Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya
Apitan Tulang-temulang, turun-temurun, gilap-gemilap
Sisipan Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan
Akhiran
Di samping itu, kata ganda berimbuhan mestilah disertai
tanda sempang (-). Kata ganda ini boleh diletakkan pada awal;
akhir; apitan mahupun sisipan.
Senarai Kata Ganda Berimbuhan
Persamaan Kata Ganda Ayat Contoh
Bunyi Berimbuhan
a) Ayah ketawa terbahak-
Awalan Berangan-angan, bahak apabila menonton
berbaik-baik, berbual- program Raja Lawak itu.
bual, berderet-deret,
berduyun-duyun, b) Dalam perbincangan ini,
berlari-lari, berlumba- murid-murid berpeluang
lumba, berhati-hati, bertukar-tukar pendapat.
bertukar-tukar,
berturut-turut, c) Puan Amnah memicit-micit
melihat-lihat, kepalanya yang sakit.
meminta-minta,
memicit-micit, d) Lampu pelita itu terkelip-
menyebut-nyebut, kelip lalu padam.
menari-nari, mengiau-
giau, terburu-buru, e) Hujan lebat turun selama
tergagap-gagap, dua hari berturut-turut.
tergesa-gesa, terkelip-
kelip, terikut-ikut,
tersenyum-senyum,
terbahak-bahak,
tertanya-tanya,
tercengang-cengang,
terkaku-kaku
Suntingan Cikgu Zainudin 52
Kilir Bahasa Melayu
Akhiran Besar-besaran, biji- f) Bunga-bungaan di taman
bijian, buah-buahan, itu cantik.
sayur-sayuran, bunga-
bungaan, harum- g) Wanita itu membeli sayur-
haruman, wangi- sayuran di pasar pagi.
wangian, hidup-
hidupan, kayu- h) Gudang itu mengadakan
kayuan, kecil-kecilan, jualan secara besar-
mudah-mudahan, besaran.
orang-orangan, rupa-
rupanya, tanam- i) Abang menjual pelbagai
tanaman, tumbuh- barang keperluan secara
tumbuhan, ubat- kecil-kecilan.
ubatan, puji-pujian,
rumah-rumahan, bau-
bauan
Persamaan Kata Ganda Berimbuhan Ayat Contoh
Bunyi
Bersalam-salaman,
Apitan
bertolak-tolakan, j) Rakyat Malaysia hidup
hormat-menghormati.
berkejar-kejaran, berlari-
k) Kami akan tiba
larian, dahulu- selewat-lewatnya
pada jam 9 malam.
mendahului, faham-
l) Anak kucing itu
memahami, harap- berkejar-kejaran di
halaman rumah.
mengharapkan, hormat-
m) Dari jauh, pulau itu
menghormati, keanak- kelihatan kehijau-
hijauan.
anakan, kebiru-biruan,
n) Mukanya kemerah-
kehijau-hijauan, merahan apabila
berlari di bawah
kemerah-merahan, matahari.
kehairan-hairanan,
kehitam-hitaman,
kekuning-kuningan,
kemalu-maluan, lengkap-
melengkapi, mencarik-
carikkan, nasihat-
menasihati, sebaik-
baiknya, selama-lamanya,
selewat-lewatnya, ziarah-
Suntingan Cikgu Zainudin 53
Kilir Bahasa Melayu
menziarahi, sehari-harian,
bersorak-sorakan,
kunjung-mengunjungi,
melambat-lambatkan
o) Majlis hari lahir anak
hartawan itu
Jari-jemari, gilang- berlangsung gilang-
Sisipan gemilang, tali temali, gemilang.
tulang-temulang, turun- p) Ahli arkeologi itu
temurun menemui tulang-
temulang yang berusia
beribu-ribu tahun.
Suntingan Cikgu Zainudin 54
Kilir Bahasa Melayu
Nota 7: PENGIMBUHAN
Penggolongan Pengimbuhan
Proses Pengimbuhan
Proses pengimbuhan dalam Bahasa Melayu merupakan salah satu
cara mengembangkan kata dasar. Hal ini demikian bermaksud
bahawa pelbagai imbuhan dapat diimbuhkan pada satu kata dasar.
Misalnya daripada kata dasar hidang, kita dapat memberikan
pelbagai imbuhan pada kata tersebut seperti terhidang,
berhidangkan, menghidangi, menghidangkan, dan pehidang.
Suntingan Cikgu Zainudin 55
Kilir Bahasa Melayu
Jenis Imbuhan
Jenis imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada awalan,
akhiran, apitan dan sisipan. Bentuk imbuhan ini boleh sabagai
imbuhan asli bahasa melayu ataupun bentuk imbuhan yang
dipinjam daripada bahasa asing , seperti Sanskrit, Arab-Parsi dan
Yunani-Latin-Inggeris. Oleh sebab penggunaan imbuhan asing telah
sebati dalam penggunaan bahasa sehari-hari, banyak antara kita
tidak lagi mengetahui antara imbuhan asli daripada imbuhan
pinjaman dalam bahasa Melayu. Antara contoh imbuhan asli bahasa
Melayu ialah -an, -kan, -i, pe-, men-, se-, men-…-kan dan
sebagainya. Imbuhan pinjaman pula adalah seperti maha-, eka-,
wan, -man, bi-, wi-, -iah, pro-, anti-, -isme, -si dan sebagainya.
Imbuhan Contoh Keterangan
Awalan/imbuhan Juruterbang
tambahan 1. Imbuhan juru- bermaksud orang
Prasejarah yang ahli atau mahir dalam
Awalan: sesuatu pekerjaan tertentu.
juru-, maha-, pra- Tatabahasa a) Juru- bergabung dengan
, tata- kata kerja. Penulisannya
Maharaja tidak terpisah: juruterbang,
Imbuhan awalan: jururawat, jurubina dan
juru-, maha-, pra- sebagainya.
, tata-
2. Imbuhan maha- bermaksud
besar, tinggi dan juga agung.
a) Maha- dapat bergabung
dengan kata nama atau
kata sifat sebagai satu kata
dan penulisannya
bergabung menjadi:
maharaja, mahaguru,
mahasiswi
Imbuhan akhiran: Budiman 1. Imbuhan –man bermaksud orang
yang ahli dan pemilik sifat.
-man, -wan, - a) –man bergabung dengan
kata sifat untuk
wati, -ah Budayawan
Suntingan Cikgu Zainudin 56
Kilir Bahasa Melayu
Seniwati b) mewujudkan maksud orang
Seniman yang ahli.
Penulisannya tidak terpisah.sebagai
contohnya ialah: seniman.
c) –man menunjukkan makna
pemilik sifat: budiman.
Sisipan: gelanggang ceracak Imbuhan sisipan -
-el-, kelengkang ganggang el-, -em-, -er-
-em-, selenggara kangkang
-in-, telapak senggara Penggunaan:
-er, telunjuk tapak Untuk membentuk
gemilang tunjuk kata nama, kata
gemuruh gilang kerja dan kata
kemuning suruh adjektif.
semerbak kuning
temali sabut Maknanya:
gerigi kentang Sesuatu yang
kerontang suling mempunyai ciri
serabut gigi yang sama dengan
seruling tali kata dasar.
Contoh perkataan:
el + tunjuk =
telunjuk
em + kilau =
kemilau
Suntingan Cikgu Zainudin 57
Kilir Bahasa Melayu
Makna Ayat Contoh:
1. Perbuatan berbalas- 1. Mereka bercakar-
balas cakaran sesama
Contoh: bercakar- sendiri.
cakaran, berdakap-
dakapan, bertarik- 2. Mereka berdakap-
tarikan dakapan di
khalayak ramai.
Imbuhan Apitan: 2. Perbuatan berterusan 1. Bendera itu tidak
Contoh: berkibaran, kelihatan
Imbuhan apitan berguguran, berkibaran lagi.
‘beR-…-an’ berdebaran
2. Air matanya
3. Menunjukkan banyak bercucuran.
yang berbuat
Contoh: beterbangan, 1. Orang pelarian itu
berlarian, berciciran, berlarian untuk
bergayutan mendapatkan
bekalan makanan.
Penggunaan: 4. Masa yang panjang 2. Kertas-kertas itu
Untuk Contoh: berlarutan berterbangan di
membentuk kata atas jalan raya.
kerja tak transitif. 5. Menunjukkan
keadaan/kedudukan 1. Perbincangan
Contoh: berasingan, mereka berlarutan
berdekatan, hingga pagi.
berhampiran,
berjauhan 2. Perlawanan tinju
itu berlarutan
Suntingan Cikgu Zainudin hingga pusingan
kedua belas.
1. Mereka tinggal
berjauhan.
2. Rumahnya
berhampiran
dengan padang
sekolah.
58
Kilir Bahasa Melayu
Imbuhan awalan ialah imbuhan yang diletakkan di hadapan
kata dasar. Ada awalan apabila bercantum dengan kata dasar
tertentu mengakibatkan wujudnya pelbagai bentuk imbuhan
awalan.
Contohnya:
awalan peN- mempunyai lima bentuk iaitu pe-, pe,-, pen-,
peng-, dan juga penge-. Awalan meN- dapat menjadi.
Lambang N digunakan sebagai wakil pada huruf pertama
dasar yang bercantum dengannya. Misalnya, awalan peN- dan meN-
kekal apabila bertemu dengan huruf l, m, n, ny, ng, r, w, dan y.
Contohnya:
peN + lari = pelari meN + makan = memakan
peN + nama + penama meN + nanti = menanti
peN + nyanyi = penyanyi meN + nyanyi = menyanyi
peN + rampas = perampas meN + rampas = merampas
peN + warna = pewarna meN + wangi = mewangi
peN + yakin = peyakin meN + yakin = meyakini
Ciri-ciri imbuhan dalam pengetahuan murid adalah seperti yang
berikut.
1. Imbuhan ialah bentuk terikat yang ditambahkan pada kata
lain sama ada sebagai awalan, akhiran, atau apitan.
2. Imbuhan dapat bertugas untuk:
a) Mengubah bentuk dan tugas sesuatu kata;
b) Mengubah atau menetapkan kelas pelbagai kata;
c) Mengubah makna kata-kata yang disertainya.
3. Kesalahan dari segi pengimbuhan berlaku sebagai akibat
tidak mengetahui aspek-aspek seperti bentuknya,
tugasnya, dan maknanya.
4. Oleh sebab tidak mengetahui bentuk sesuatu kata yang
betul dan tepat oleh pengimbuhan, maka berlakulah
kesalahan-kesalahan seperti yang berikut:
Suntingan Cikgu Zainudin 59
Kilir Bahasa Melayu
a) Pertunjukkan Citrawarna diadakan di Dataran Merdeka
setiap tahun. (salah)
Pertunjukan Citrawarna diadakan di Dataran Merdeka
setiap tahun. (betul)
b) Kenaikkan harga barang-barang masa ini amat perlu
diberikan perhatian oleh pengguna yang prihatin.
(salah)
Kenaikan harga barang-barang masa ini amat perlu
diberikan perhatian oleh pengguna yang prihatin.
(betul)
c) Muhaimin berasa bangga apabila dipilih untuk
menaikan Jalur Gemilang pada majlis Perbarisan Kawad
Kaki. (salah)
Muhaimin berasa bangga apabila dipilih untuk
menaikkan Jalur Gemilang pada majlis Perbarisan
Kawad Kaki. (betul)
d) Pihak sekolah akan mempastikan bahawa program
peningkatan sahsiah diadakan sepanjang tahun. (salah)
Pihak sekolah akan memastikan bahawa program
peningkatan sahsiah diadakan sepanjang tahun. (betul)
e) Encik Azlan mengenepikan keretanya untuk memberikan
laluan kepada kereta bomba itu. (salah)
Encik Azlan mengetepikan keretanya untuk memberikan
laluan kepada kereta bomba itu. (betul)
5. Oleh sebab tidak mengetahui perubahan makna sesuatu
kata oleh pengimbuhan, terutamanya yang melibatkan
apitan men…kan dan men…i, maka berlakulah pula
kesalahan-kesalahan seperti yang berikut:
a) Setelah meneliti semua fakta, hakim menjatuhkan
pesalah juvana itu hukuman ke sekolah pemulihan
akhlak. (salah)
Setelah meneliti semua fakta, hakim menjatuhi
pesalah juvana itu hukuman ke sekolah pemulihan
akhlak. (betul)
Suntingan Cikgu Zainudin 60
Kilir Bahasa Melayu
b) Sempena Hari Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan
Agong menganugerahi pingat kebesaran kepada
pemimpin negara itu. (salah)
Sempena Hari Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan
Agong menganugerahkan pingat kebesaran kepada
pemimpin negara itu. (betul)
c) Cikgu Hayati memberikan Ustazah Siti Asmah
cenderamata yang dibeli dari India. (salah)
Cikgu Hayati memberi Ustazah Siti Asmah cenderamata
yang dibeli dari India. (betul)
d) Herlina mengambil emak secawan kopi. (salah)
Herlina mengambilkan emak secawan kopi. (betul)
Herlina mengambil secawan kopi untuk emak. (betul)
e) Pada tahun 2006, banjir besar menenggelamkan
bandar Kota Tinggi, Johor. (salah)
Pada tahun 2006, banjir besar menenggelami bandar
Kota Tinggi, Johor. (betul)
f) Sampah sarap mengotorkan kawasan Taman Merah
apabila tidak dikutip oleh Majlis Bandar Raya Johor
Bahru. (salah)
Sampah sarap mengotori kawasan Taman Merah
apabila tidak dikutip oleh Majlis Bandar Raya Johor
Bahru. (betul)
g) Anjing liar mengotori kawasan di hadapan rumah itu
dengan sampah sarap. (salah)
Anjing liar mengotorkan kawasan di hadapan rumah itu
dengan sampah sarap. (betul)
Di samping itu, penggunaan imbuhan pinjaman merupakan
ibuhan asing yang dipinjam dan diserapkan untuk menampung
keperluan demi memperkembangkan kosa bahasa Melayu.
Suntingan Cikgu Zainudin 61
Kilir Bahasa Melayu
Imbuhan Pinjaman
Imbuhan pinjaman terdiri kepada dua bahagian iaitu
imbuhan pinjaman awalan dan imbuhan pinjaman akhiran.
1. Imbuhan Awalan
Awalan Fungsi Contoh kata
Maha- Apabila ditambah pada kata
Pra- dasar akan membawa maksud mahaguru
Tata- “paling” atau “tahap maharaja
Swa- tertinggi”
Eka- Apabila ditambah pada kata sebelum sekolah –
dasar akan membawa maksud prasekolah
“sebelum” atau “syarat
sampingan” syarat sampingan –
Apabila ditambah pada kata prasyarat
dasar tertentu membawa
maksud “suatu susunan” atau Peraturan bertertib –
“peraturan” tatatertib
Apabila ditambah pada kata
dasar tertentu membawa Peraturan bahasa -
maksud “sendiri” tatabahasa
Apabila ditambah pada kata
dasar tertentu membawa Kekuatan sendiri –
maksud “satu” swadaya
Layan sendiri - swalayan
Satu bahasa – ekabahasa
Satu dimensi - ekamatra
Dwi- Apabila ditambah pada kata Dua bahasa – dwibahasa
Tri- dasar tertentu membawa Dua fungsi - dwifungsi
Panca- maksud “dua”
Apabial ditambah pada kata Tiga bulan – tribulan
dasar tertentu membawa Tiga minggu - triminggu
maksud “tiga”
Apabila ditambah pada kata Lima indera –
dasar tertentu membawa pancaindera
maksud “lima” Lima dasar – pancasila
Suntingan Cikgu Zainudin 62
Kilir Bahasa Melayu
Pro- Apabila ditambah pada kata Menyokong kerajaan –
dasar tertentu membawa prokerajaan
Bi- maksud “menyokong” atau
Poli- “menyebelahi” Menyokong sistem
Auto- demokrasi -
Sub- Apabila ditambah pada kata prodemokrasi
Supra- dasar tertentu membawa
Anti- maksud “tidak”, tetapi Tiada adab – biadap
penggunaannya amat terhad Tidak normal - bilazim
Juru-
Membawa maksud “banyak” Banyak isteri – poligami
Banyak klinik - poliklinik
Membawa maksud “secara
bersendirian” Automatik
autonomi
Membawa maksud Sebahagian daripada
sebahagian daripada sistem – subsistem
keseluruhan Penolong penyunting -
subeditor
Membawa maksud
“melebihi”, “mengatasi”, Suprasistem
“merentasi” supranasional
Membawa maksud Menentang penjajah –
antipenjajah
“melawan” atau “menentang” Menentang
Membawa maksud orang penyalahgunaan dadah -
yang mempunyai kemahiran antidadah
atau pakar dalam kemahiran
tertentu Pakar dalam bidang
bahasa – jurubahasa
Orang yang mahir
mengemudi kapal -
jurmudi
Contoh penggunaan:
Lagu yang diputarkan oleh juruhebah radio itu merdu-
merdu belaka.
Maharaja itu bercadang untuk menakluk kawasan utara
sekali gus memerintah seluruh dunia.
Zali telah menyuarakan hasratnya untuk belajar di
prasekolah.
Suntingan Cikgu Zainudin 63
Kilir Bahasa Melayu
Encik Roni merupakan seorang yang prokerajaan.
Gerakan antidadah telah dilaksanakan untuk mengelakkan
penyalahgunaan dadah terutama dalam kalangan remaja.
2. Imbuhan Pinjaman Akhiran.
Akhiran Fungsi Contoh kata
-wan Apabila ditambah pada kata
dasar tertentu membawa Pejuang negara –
-wati maksud “pelaku sesuatu negarawan
perbuatan atau pekerjaan yang
berhubung dengan kaum Ahli sukan lelaki -
lelaki”. olahragawan
Apabila ditambah pada kata
dasar tertentu membawa Heroin – wirawati
maksud “pelaku sesuatu Ahli sukan wanita -
perbuatan atau pekerjaan yang
berhubung dengan kaum olahragawati
perempuan”.
-wi Digunakan secara terbatas Bersifat keduniaan –
untuk menimbulkan bentuk duniawi
-in kata adjektif, iaitu mencirikan
-at sifat yang terkandung pada kata Bersifat syurga -
dasar. syurgawi
-ah
Bentuk kata bahasa Arab yang Orang ramai yang hadir –
-isme digunakan bagi membentuk hadirin, hadirat
-ik kata nama. Orang ramai yang
-si beragama Islam –
-al Bentuk kata bahasa Arab yang
-is digunakan untuk menunjukkan muslimin; muslimat
kata nama yang merujuk
kepada perempuan. Isteri sultan – sultanah
Bentuk akhiran daripada bahasa Nasionalisme
Yunani – Latin – Inggeris wujud Linguistik
dalam kata yang dipinjam Klasifikasi
keseluruhannya. Kritikal
Gramatis
Suntingan Cikgu Zainudin 64
Kilir Bahasa Melayu
Contoh penggunaan kata imbuhan pinjaman akhiran:
Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini telah meninggal
dunia pada 5 Julai 2014 pada pukul 1.26 pagi.
Datuk Lee Chong Wei telah dinobatkan sebagai
olahragawan negara kerana pencapaiannya dalam sukan
badminton.
Kerajaan negara China dan Korea Utara mengamalkan
fahaman komunisme.
Jangan menilai seseorang itu dari segi lahiriah sahaja.
Suntingan Cikgu Zainudin 65
Kilir Bahasa Melayu
Nota 8: AYAT
Ayat Dasar
Menurut Tatabahasa Dewan, ayat dasar ialah ayat yang
menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain
dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat pelbagai jenis ayat dari
segi binaan dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya
dalam sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas binaannya maka
Suntingan Cikgu Zainudin 66
Kilir Bahasa Melayu
semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal
daripada beberapa pola tertentu.
Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan
kepada empat jenis, dengan berpandu pada jenis-jenis unsur yang
hadir sebagai konstituen ayat-ayat itu (jenis-jenis subjek dan
predikatnya). Konstituen subjek, pada umumnya, diisi oleh frasa
nama, sementara konstituen predikat pula diisi oleh empat jenis
unsur yang berbeza, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa
adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSN). Empat jenis unsur pengisi
konstituen predikat inilah yang menubuhkan empat jenis pola ayat
dasar bahasa Melayu seperti yang berikut:
i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
a) Frasa
Frasa ialah unit tatabahasa yang boleh terdiri daripada satu
susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu atau dua
perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua
perkataan atau lebih.
Frasa menjadi subjek atau predikat dalam binaan ayat serta
menjadi konstituen atau binaan kepada klausa. Frasa terbahagi
kepada empat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama.
Dalam setiap frasa ada perkataan yang yang dikenali
sebagai inti frasa, iaitu perkataan yang paling penting dalam frasa.
Contoh (berdasarkan Pola FN + FN):
Anak saya seorang wartawan = Anak wartawan
Di sini ‘anak’ dan ‘wartawan’ adalah inti frasa kepada kedua-dua
pola tersebut.
Jenis perkataan yang menjadi inti frasa menentukan sama
ada menjadi frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa
sendi nama.
Suntingan Cikgu Zainudin 67
Kilir Bahasa Melayu
Frasa Nama (FN)
Frasa Nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan
mempunyai dua jenis hubungan antara perkatan-perkataan ini:
a) inti dan penerang
Contoh:
Guru bimbingan dan kaunseling itu sedang menasihati
murid-muridnya (FN + FK)
Guru →inti; bimbingan dan kaunseling itu → penerang
b) inti dan inti
Contoh:
Rakyat Malaysia perlu menjaga amanah negara (FN + FK)
Rakyat → inti; Malaysia → inti.
Dalam binaan frasa nama, penyusunan setiap konstituen
amat pentng untuk menentukan sama ada frasa nama itu digunakan
dengan betul atau tidak. Oleh itu, peraturan Hukum D-M,
penggunaan kata bilangan serta panggilan dan penerang mestilah
sesuai dalam frasa nama.
Frasa Kerja (FK)
Frasa kerja terbina daripada satu perkataan sahaja (iaitu
terdiri daripada kata kerja tak transitif) atau sederetan perkataan
yang menjadi unsur predikat dalam ayat. Binaan frasa kerja
terbahagi kepada dua:
a) Frasa kerja yang tidak mengadungi objek dan tidak
memerlukan kata nama sebagai penyambung untuk
melengkapkannya. Kata kerja di sini ialah kata kerja tak
transitif.
Contoh: Adik melompat. (FN + FK)
b) Frasa kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja
untuk melengkapkan frasa ini. Kata kerja di sini ialah kata
kerja transitif yang memerlukan objek yang terdiri daripada
kata nama. Objek berkenaan boleh diikuti oleh penerang.
Suntingan Cikgu Zainudin 68
Kilir Bahasa Melayu
Contoh:
Saya memburu rusa di hutan. (FN + FK)
rusa →objek
di hutan → penerang
Frasa Adjektif (FA)
Frasa adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau
sederetan perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai inti.
Frasa adjektif adalah unsur predikat dalam binaan ayat atau sebagai
unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat yang hadir
selepas kata kerja. Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif
hadir selepas kata nama.
Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan
sahaja adalah seperti malas, muram, dan kosong. Frasa adjektif
juga boleh dibahagikan kepada dua golongan:
a) Kombinasi dua kata adjektif yang menekankan beberapa
unsur:
keserasian makna. Contoh: cantik molek, penat
lelah
makna berlawanan. Contoh: baik buruk, kecil
besar
keindahan bunyi ritma. Contoh: lemah longlai,
kusut masai
b) Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif
sebagai inti dan kata nama sebagai penerang. Hal ini
membawa dua maksud:
keserupaan. Contoh: merah darah , hijau daun
kiasan. Contoh: panjang tangan, besar kepala
Dalam frasa adjektif, kata penguat boleh hadir dalam
beberapa keadaan:
Di hadapan: paling degil, amat bijak
Di belakang: murah sekali, cepat benar
Secara bebas: amat cantik, cantik amat.
Secara berderetan: sungguh berani sekali, belum cerdik lagi
Suntingan Cikgu Zainudin 69
Kilir Bahasa Melayu
Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif hadir sebagai
predikat, sebagai kata keterangan selepas kata kerja dan penerang
selepas frasa nama. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif boleh
mengalami susunan songsang.
Contoh:
Sekolah Aziah amat hebat sekali → Amat hebat sekali
sekolah Aziah
Frasa Sendi Nama (FSN)
Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri
daripada satu sendi nama dan frasa nama yang menjadi pelengkap
kepada sendi nama itu. Dalam binaan ayat biasa, frasa sendi nama
menjadi predikat dalam ayat.
Frasa sendi nama boleh dibentuk melalui empat cara:
Sendi nama dan frasa nama. Contoh: di pasar
Sendi nama, kata nama arah dan frasa nama. Contoh: di
tepi pasar
Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan ayat
komplemen. Contoh: ke dalam hutan untuk memburu rusa.
(binaan ketiga ini memperlihatkan kita bahawa unsur kata
nama arah dan ayat komplemen merupakan unsur pilihan)
Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan frasa
keterangan. Contoh: di selatan negeri China pada tiap-tiap
bulan. (binaan keempat ini memperlihatkan unsur
keterangan bersifat pilihan)
Pola Ayat Asas
Pola 1: Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa
Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Nama (FN) sebagai predikat.
Contoh ayat bagi pola (FN + FN):
Haikal ialah murid.
Suntingan Cikgu Zainudin 70
Kilir Bahasa Melayu
Haikal merupakan frasa nama begitu juga dengan murid.
Ayat tersebut tidak menjadi terbitan kerana tidak mempunyai
imbuhan.
Pola 2: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa
Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Kerja (FK) sebagai predikat.
Contoh ayat bagi pola (FN + FK):
Haikall berenang.
Haikall merupakan frasa nama manakala berenang
merupakan frasa kerja iaitu daripada kata dasar renang.
Pola 3: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa
Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Adjektif (FA) sebagai predikat.
Contoh ayat bagi pola (FN + FA):
Haikal tampan.
Haikal merupakan frasa nama manakala tampan
merupakan kata adjektif atau pun kata sifat iaitu sifat Haikal yang
tampan.
Pola 4: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa
Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Sendi Nama (FSN) sebagai
predikat.
Contoh ayat bagi pola (FN+FSN):
Rumah Haikal di seberang kampung sana.
Suntingan Cikgu Zainudin 71
Kilir Bahasa Melayu
Rumah Haikal merupakan frasa nama
manakala di merupakan kata sendi nama, manakala kampung sana
hanyalah predikat ayat.
Ayat dasar ini juga mengandungi beberapa ciri iaitu, boleh
terdiri dari satu klausa utama sebagai satu susunan biasa. Ini kerana
ayat dasar terdiri dari satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga
bertindak sebagai ayat penyata bagi menyatakan sesuatu. Selain itu,
ayat dasar juga bertindak sebagai ayat aktif. Ayat dasar ini biasanya
adalah ayat yang ringkas maka ayat ini berpotensi untuk
diperluaskan. Ayat ini juga tidak mempunyai kata hubung yang
menyambung antara dua ayat.
Jenis Ayat
Ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada
empat jenis yang utama iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah dan ayat seruan.
Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud
membuat satu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan
menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal.
Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.
Contoh ayat penyata:
i. Nazul kerani kewangan.
ii. Dia usahawan yang berjaya.
iii. Tasya pelakon popular masa kini.
Ayat Tanya
Ayat tanya pula adalah ayat yang digunakan untuk tujuan
menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan
penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan
kepada dua jenis, iaitu:
a) Ayat tanya tanpa kata tanya.
b) Ayat tanya dengan unsur kata tanya.
Suntingan Cikgu Zainudin 72
Kilir Bahasa Melayu
a) Ayat Tanya tanpa kata tanya
Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya
diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan
pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh
tanda soal (?).
Contohnya:
i. Encik Adzimi kaunselor di sekolah itu?
ii. Rara masih tidur?
iii. Suzi menjadi doktor?
Ayat tanya dengan unsur kata tanya.
Ayat tanya jenis ini juga boleh disertai dengan partikel –
kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul
ayat.
Contoh ayat:
i. Dia bersekolah di mana?
Di manakah dia bersekolah?
ii. Kamu ke Pahang bila?
Bilakah kamu ke Pahang?
iii. Mereka berlepas pagi tadi bagaimana?
Bagaimana mereka berlepas pagi tadi?
b) Ayat tanya dengan unsur tanya.
Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang
mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di
mana dan sejak bila. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada tiga
golongan, iaitu:
a. Ayat tanya dengan kata tanya.
b. Ayat tanya dengan kata ganti nama diri.
c. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya.
Suntingan Cikgu Zainudin 73
Kilir Bahasa Melayu
a. Ayat tanya dengan kata tanya
Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang mengandungi
kata tanya seperti siapa, berapa, bagaimana, bila, mengapa dan
kenapa.
Contoh ayat:
i. Harga barang ini berapa?
ii. Hari perkahwinannya bila?
iii. Awak datang lambat kenapa?
b. Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya
Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang mengandungi kata
ganti nama Tanya seperti apa, siapa, dan mana.
Contoh ayat:
i. Apakah benda itu?
ii. Siapakah gurunya?
iii. Manakah abang awak?
c. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya
Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang didahului oleh frasa
sendi nama Tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila,
sampai bila dan sebagainya.
Contoh ayat:
i. Puan tinggal di mana?
ii. Abang hendak ke mana?
iii. Anak Puan Julia berkahwin dengan siapa?
Ayat Perintah
Ayat perintah pula ialah ayat yang digunakan dengan
tujuan menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada
orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua
seperti kamu, awak, engkau dan sebagainya yang biasanya
digugurkan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis
berikut:
Suntingan Cikgu Zainudin 74
Kilir Bahasa Melayu
i. Ayat suruhan
ii. Ayat larangan
iii. Ayat silaan
iv. Ayat permintaan
i. Ayat suruhan
Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan
memberi perintah atau arahan. Dalam ayat suruhan, subjek
ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, engkau, kamu dan
selainnya yang biasanya digugurkan. Walau bagaimanapun, kerana
tujuan penegasan, subjek boleh juga dikekalkan.
Contoh ayat:
a) Keluar dari rumah ini!
b) Pergi dari sini!
c) Awak siapkan kerja itu sekarang.
ii. Ayat larangan
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan
seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan
tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.
Contoh ayat:
a) Jangan ambil harta orang.
b) Kamu jangan beritahu dia.
c) Usah dikenangkan lagi perkara yang lalu.
iii. Ayat silaan
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan
seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan
menjemput atau mempersilakan seseorang.
Contoh ayat:
a) Sila datang ke pejabat saya.
b) Sila serahkan surat ini ke pejabat.
c) Jemput masuk.
Suntingan Cikgu Zainudin 75
Kilir Bahasa Melayu
iv. Ayat permintaan
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata
permintaan seperti minta dan tolong, dengan tujuan
memohon permintaan dan pertolongan seperti yang
terdapat dalam contoh berikut:
Contoh ayat:
a) Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan.
b) Minta tuan benarkan kami masuk.
c) Tolong tutup tingkap itu.
Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau
intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan
seperti takut, marah, takjub, geram dan sebagainya. Intonasi seruan
ini digambarakn dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang diletak di
akhir ayat. Kata seru yang biasanya digunakan ialah oh, wah, amboi,
cis, nah, syabas dan sebagainya.
Contohnya:
a) Anakku!
b) Amboi, garangnya!
c) Wah, besarnya rumah awak!
Susunan Konstituen Ayat Tunggal
Ayat tunggal dibina oleh dua konsituen, iaitu subjek dan predikat.
Contoh: (suka makan nasi goreng berlada).
(Azmin) (baru sahaja dibeli oleh ayah).
(Kereta itu)
Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu;
i) Susunan biasa
ii) Susunan songsang
Suntingan Cikgu Zainudin 76
Kilir Bahasa Melayu
Susunan Biasa
Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya
adalah di hadapan konstituen predikat, seperti dalam contoh-
contoh berikut:
1. Seorang guru telah memenangi hadiah itu.
2. Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran itu.
3. Semua pelajar kita berjaya dalam peperiksaan tahun lalu.
4. Setiap tuntutan akan mendapat layanan.
5. Mereka semua sudah lama menetap di Malaysia.
6. Setengah-setengah bangunan itu masih kukuh lagi.
7. Kebanyakan calon tidak memahami soalannya.
8. Hampir semua pekerja telah hadir dalam majlis tersebut.
9. Negeri-negeri pantai timur masyhur dengan perusahaan
kraftangan.
10. Penyalahgunaan dadah dapat melemahkan tenaga pekerja
negara kita.
Ayat susunan biasa yang menggunakan kata penegas
seperti -lah, -tah, -kah. Dalam penggunaannya, konstituen yang
menerima kata penegas akan mengalami proses pendepanan,
seperti dalam contoh berikut:
1. Contoh 1
a. Bapa saya dia.
b. Dialah bapa saya.
2. Contoh 2
a. Adik kami datang semalam.
b. Datangkah adik kami semalam?.
3. Contoh 3
a. Daya kita apa?
b. Apatah daya kita?
Dalam ayat susunan biasa, Kata penekan yang biasa digunakan ialah
pun-, jua-, juga, sahaja dan lagi.
Suntingan Cikgu Zainudin 77
Kilir Bahasa Melayu
Contoh:
1. Pengawai itu pun tidak melayan kita.
2. Saya ingin juga ke sana.
3. Kita meminta rahmat daripada Allah jua.
4. Sepanjang hari dia mengelamun sahaja.
5. Orang itu tidak akan datang lagi.
Susunan Songsang
Ayat tunggul boleh juga wujud dalam susunan songsang melalui
proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan songsang
konstituen predikat akan dipindahkan ke hadapan subjek ayat.
Unsur yang dipindahkan ke hadapan itu mesti diberi penegasan
iaitu melalui proses pendepanan predikat iaitu:
a) Pendepanan seluruh predikat
Seluruh konstituen predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek.
1. Perangainya baik sungguh.
(Baik sungguh perangainya.)
2. Pendaki itu berjaya juga akhirnya.
(Berjaya juga akhirnya pendaki itu.)
3. Orang itu sangat rajin.
(Sangat rajin orang itu.)
4. Rasa buah itu enak sekali.
(Enak sekali Rasa buah itu.)
5. Penyesalannya tidak berguna lagi.
(Tidak berguna lagi penyesalannya.)
6. Ayam itu sudah mati agaknya.
(Sudah mati agaknya ayam itu.)
7. Pegawai itu masih belum sampai.
(Masih belum sampai pegawai itu.)
Suntingan Cikgu Zainudin 78
Kilir Bahasa Melayu
8. Azmee sungguh bernasib baik.
(Sungguh bernasib baik Azmee.)
9. Surat itu dari seberang laut agaknya.
(Dari seberang laut agaknya surat itu.)
10. Bapanya petani.
(Petani bapanya.)
b) Pendepanan sebahagian daripada predikat
i. Pendepanan frasa kerja
Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu:
Kata kerja sahaja
1. Kanak-kanak itu berkejaran-kejaran di padang.
(Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.)
2. Hati saya terkilan tadi.
(Terkilan hati saya tadi.)
3. Mereka bekerja setiap hari.
(Bekerja mereka setiap hari.)
4. Dia terduduk di situ.
(Terduduk dia di situ.)
5. Bayi itu menangis setiap malam.
(Menangis bayi itu setiap malam.)
Kata kerja dengan objek 79
1. Dia membaca buku di perpustakaan.
(Membaca buku dia di perpustakaan.)
2. Pak Akmal menanam jagung tahun ini.
(Menanam jagung Pak Akmal tahun ini.)
Suntingan Cikgu Zainudin
Kilir Bahasa Melayu 80
3. Hatiku terpaut oleh kemesraannya.
(Terpaut hatiku oleh kemesraannya.)
4. Sampah itu dibakarnya.
(Dibakarnya sampah itu.)
5. Budak-budak itu kena pukul kelmarin.
(Kena pukul budak-budak itu kelmarin.)
Kata bantu dengan kata kerja
1. Budak-budak itu masih bermain.
(Masih bermain budak-budak itu.)
2. Anaknya belum sampai ke sekolah.
(Belum sampai anaknya ke sekolah.)
3. Mereka akan pergi ke Perak pagi esok.
(Akan pergi mereka ke Perak pagi esok.)
4. Guru itu sedang mengajar.
(Sedang mengajar guru itu.)
5. Keluarga itu pernah berkunjung ke ibu kota.
(Pernah berkunjung keluarga itu ke ibu kota.)
ii. Pendepanan frasa adjektif
Pendepanan kata adjektif sahaja
1. Dia sakit pada masa itu.
(Sakit dia pada masa itu.)
2. Badannya lesu sepanjang masa.
(Lesu badannya sepanjang masa.)
3. Calon itu baik dalam semua pelajarannya.
(Baik calon itu dalam semua pelajarannya.)
Suntingan Cikgu Zainudin
Kilir Bahasa Melayu 81
4. Pesakit itu lumpuh dengan tiba-tiba.
(Lumpuh pesakit itu dengan tiba-tiba.)
5. Orang itu bijak.
(Bijak orang itu.)
Pendepanan kata bantu dengan adjektif
1. Barang itu belum tentu baik.
(Belum tentu baik barang itu.)
2. Bangunan itu masih teguh lagi.
(Masih teguh lagi bangunan itu.)
3. Pesakit itu sedang sakit tenat.
(Sedang sakit tenat pesakit itu.)
4. Anak pendeta itu sudah tentu pandai.
(Sudah tentu pandai anak pendeta itu.)
iii. Pendepanan frasa sendi nama
Frasa sendi nama sebagai predikat
1. Barang-barang itu untuk ibu.
(Untuk ibu barang-barang itu.)
2. Surat itu tentu daripada Ali.
(Tentu daripada Ali surat itu.)
3. Arahan itu tetap kepada pekerjanya.
(Tetap kepada pekerjanya arahan itu.)
4. Tiket basnya masih pada saya.
(Masih pada saya tiket basnya.)
5. Dia di Kuala Lipis dia sekarang.
(Di Kuala Lipis dia sekarang.)
Suntingan Cikgu Zainudin
Kilir Bahasa Melayu
Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat
1. Saya berpegang pada janji.
(Pada janji saya berpegang.)
2. Kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.
(Kepada Allah kaum muslimin wajib bertawakal kepada
Allah.)
3. Perarakan itu menghala ke bandar.
(Ke bandar perarakan itu menghala.)
4. Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota.
(Ke dalam kota pejuang-pejuang itu merempuh.)
5. Kami mengait buah itu dengan galah.
(Dengan galah kami mengait buah itu.)
Rumus Ayat Songsang
Ayat biasa: Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat: Nomborkan penggalan ayat.
1 2 buku 3
Dia membeli Objek di kedai itu.
Frasa Kerja Predikat
KGND - Ketiga Transitif Frasa
Keterangan
Subjek
FORMULA: Ayat Biasa : 1 + 2 + 3
Ayat songsang:
i. 2 + 3 + 1
ii. 2 + 1 + 3
iii. 3 + 1 + 2
iv. 3 + 2 + 1
Suntingan Cikgu Zainudin 82
Kilir Bahasa Melayu
Ayat biasa: 2 3
1 Membeli buku di kedai itu.
Dia
1
Contoh ayat songsang (i) dia
2 3
Membeli buku di kedai itu
Contoh ayat songsang (ii)
2 1 3
Membeli buku dia di kedai itu
Contoh ayat songsang (iii)
31 2
Di kedai itu dia membeli buku
Contoh ayat songsang (iv)
3 2 1
Di kedai itu Membeli buku dia
Ragam Ayat
A) Ayat Aktif
i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di
hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena
buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN…’, ‘men…kan’ dan
‘men…i’.
iii. Contoh: Azam (pelaku) sedang memancing ikan (benda
yang kena buat).
Suntingan Cikgu Zainudin 83
Kilir Bahasa Melayu
B) Ayat Pasif
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak
di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’
terletak di belakang (sebagai pradikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di…’; ‘di…kan’ atau ‘di…i’.
Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’.
Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan
kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh:
i. Ikan itu dipancing oleh Aizam.
ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)
C) Contoh Menukarkan Ayat Aktif Kepada Ayat Pasif
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.
a) Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok
kelapa di sebelah rumah baharunya.
Ayat pasif: Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah
baharunya itu sedang ditebang oleh bapa
saudara saya.
b) Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar
lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.
Ayat pasif: Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana
sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru
disiplin yang garang tersebut.
c) Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan
pembedahan ke atas pesakit tersebut.
Ayat pasif: Pembedahan ke atas pesakit tersebut
sedang dijalankan oleh doctor yang
berkaca mata tebal itu.
d) Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
Suntingan Cikgu Zainudin 84
Kilir Bahasa Melayu
Ayat pasif: Gambar pemandangan di tepi pantai itu
telah saya lukis.
e) Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains
dan Matematik.
Ayat pasif: Yuran keahlian persatuan Sains dan
Matematik itu belum awak jelaskan.
D) Contoh Menukarkan Ayat Pasif Kepada Ayat Aktif
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.
a) Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil
tersebut.
Ayat aktif: Pemain Brazil tersebut menendang bola itu
dengan kuat.
b) Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata
keranjang yang tinggal di bandar.
Ayat aktif: Pemuda bermata keranjang yang tinggal
di bandar itu mempermainkan perasaan
gadis tersebut.
c) Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah
saya duduki pada awal bulan lalu.
Ayat aktif: Saya telah menduduki ujian untuk
memasuki kelas memandu kereta itu
pada awal bulan lalu.
d) Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang
diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.
Ayat aktif: Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu
sedang memperjelaskan maklumat
tentang pelaburan saham tersebut.
Suntingan Cikgu Zainudin 85
Kilir Bahasa Melayu
e) Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam
bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.
Ayat aktif: Para pekerja di bahagian pemprosesan
telah memasukkan getah yang telah
diproses itu ke dalam bekas plastik.
i. Ayat aktif transitif
Subjek Predikat
Tukang kebun Kata Kerja Transitif Objek
Pengetua
Ridzuan Menebas lalang
Menyampaikan ucapannya
Membaiki Kereta saya
ii. Ayat aktif tak transitif
Ayat ini mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata yang tidak
diikuti oleh objek. Walau bagaimanapun, kata kerja tak transitif
boleh diikuti oleh unsur-unsur keterangan.
Subjek Predikat
Keluarganya Kata Kerja Tak Transitif Keterangan
Mereka
pulang ke kampung
bermastautin di Batu Pahat
Unsur pilihan dalam Frasa Predikat
i) Kata nafi
ii) Kata pemeri
Suntingan Cikgu Zainudin 86
Kilir Bahasa Melayu
Kata Nafi
Menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam
predikat itu (bukan & tidak). Bukan boleh menafikan semua frasa
nama (FN) dan frasa sendi nama (FS).
Sebagai contoh:
a) Itu bukan sekolahnya. (FN)
b) Faedahnya bukan untuk saya sahaja. (FS)
Bukan boleh hadir bagi menggantikan frasa kerja (FK) dan
frasa adjektif (FA) jika kedua-keduanya mendukung maksud
pertentangan maklumat.
Ayat contoh:
a) Ucapannya bukan mempersendakan para penonton,
tetapi menyatakan kebenaran. (FK)
b) Richard bukan pandai sangat, tetapi rajin. (FA)
·
Tidak boleh menafikan frasa kerja (FK) dan frasa adjektif (FA)
Ayat contoh:
a) Mereka tidak datang semalam (FK)
b) Bapa saya tidak kuat lagi (FA)
Kata Pemeri
Unsur yang menjadi pemeri hal atau penghubung antara subjek
dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Ialah hadir di hadapan frasa nama (FN)
Ayat contoh: Warna pinang masak ialah warna rasmi bas sekolah
a) seluruh negara kita. (FN)
Kejadian itu ialah pertama kali berlaku di sini. (FN)
b)
Adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif (FA) dan frasa
sendi nama (FS)
Suntingan Cikgu Zainudin 87
Kilir Bahasa Melayu
Ayat contoh: Taklimat tentang skim jawatan itu adalah terlalu
a) panjang. (FA)
Nalurinya adalah benar belaka. (FA)
b) Matlamat penyelidikan dan pembangunan
c) kebangsaan adalah untuk kemajuan negara. (FS)
Surat itu adalah daripada ibunya di Indonesia. (FS)
d)
Kata nafi dan kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama
kecuali dalam binaan adalah + kata nafi + frasa adjektif
Ayat contoh:
a) Kita semua sedia maklum bahawa dunia yang
dicipta oleh Tuhan adalah tidak kekal dan suatu hari
nanti akan berakhir jua.
b) Kecantikannya itu adalah bukan untuk menunjuk-
nunjuk, tetapi sebagai teladan.
Suntingan Cikgu Zainudin 88
Kilir Bahasa Melayu
Nota 9: AYAT MAJMUK
Ayat Majmuk
Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), ayat majmuk
ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau
lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara
tertentu sehingga menjadikannya ayat 1 (a) dengan ayat 1 (b):
Suntingan Cikgu Zainudin 89
Kilir Bahasa Melayu
1. Khabir sedang membaca buku dan Aina sedang membuat
latihan Matematik.
(a) Khabir sedang membaca buku.
(b) Aina sedang membuat latihan matematik.
Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu:
1. Ayat majmuk gabungan
2. Ayat majmuk pancangan
3. Ayat majmuk campuran
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua ayat atau
lebih yang menjadikan satu dengan cara mengabungkan atau
mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti,
dan, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.
Ayat contoh:
(a) Hariz pandai menyanyi dan menari.
(b) Abby kurus tetapi kuat makan.
Ayat (a) dihubungkan dengan kata hubung dan manakala ayat (b)
dihubungkan dengan kata hubung tetapi.
Gabungan yang susunannya menggabungkan duat ayat
atau lebih, menggunakan kata hubung yang berpasangan seperti
lebih baik… daripada, apakah… atau (pun). Sama ada… atau, dan
sebagainya.
Ayat contoh:
(a) Daripada kita duduk termenung, lebih baik membaca
buku.
(b) Apakah guru akan memarahi kita ataupun sekadar
mendiamkan diri?
(c) Adakah kamu bercakap benar ataupun menuduhnya
sahaja?
(d) Sama ada kamu bersalah atau tidak belum pasti.
Suntingan Cikgu Zainudin 90
Kilir Bahasa Melayu
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang
tidak setara. Ini bermakna, dalam ayat berkenaan terdapat satu
klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak
bebas atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama
dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana,
jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu,
ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu
ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat Relatif Ayat Komplemen Ayat Keterangan
Ayat relatif ialah
ayat yang Ayat majmuk Ayat majmuk
ditandai dengan
penggunaan komplemen ialah ayat keterangan ialah ayat
perkataan yang
seperti contoh utama yang majmuk yang terdiri
di bawah:
dipancangkan dengan daripada satu ayat
(a) Kanak-
kanak yang ayat kecil yang utama dan satu atau
cedera itu
rupa- seterusnya menjadi lebih ayat kecil yang
rupanya
anak komplemen kepada bertugas sebagai
Leman.
ayat. Ayat komplemen keterangan kepada
(b) Kanak-
kanak itu dapat dibentuk dengan predikat.
rupa-
rupanya menggunakan kata
anak Pak
Leman. hubung bahawa atau Contoh:
yang. Pemain hoki negara
gagal kerana tidak
Contoh: bersedia.
(a) Bahawa hujan
lebat telah Ayat kecil dalam ayat
menyebabkan majmuk keterangan
banjir kilat. menerangkan kata kerja
dalam ayat utama, iaitu
Pemain hoki negara
gagal. Ayat majmuk
keterangan dibina untuk
pelbagai tujuan dengan
menggunakan kata
hubung yang tertentu.
Suntingan Cikgu Zainudin 91
Kilir Bahasa Melayu
(c) Kanak- (b) Bahawa -kerana, oleh, sebab,
kanak itu pembuangan lantaran, hingga,
cedera. puntung rokok sehingga, jika, kalau,
merata-rata telah sekiranya, andainya,
Ayat (c) telah menyebabkan setelah, tatkala,
dipancangkan kebakaran sementara, ketika,
kepada subjek sambil, agar, supaya,
ayat utama dan kalau-kalau, untuk, bagi,
dijadikan ayat demi, dengan,
kecil dengan sungguhpun, walaupun,
menggugurkan meskipun, sekalipun,
“kanak-kanak seperti, bagai, macam,
itu'' dan bak, umpama.
menggunakan
kata
hubung yang.
Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis ayat komplemen iaitu:
1. Ayat kmoplemen frasa nama
2. Ayat kmoplemen frasa kerja
3. Ayat komplemen frasa adjektif.
1. Ayat komplemen frasa nama
Frasa nama boleh berada pada empat tempat dalam ayat, iaitu
sebagai subjek, predikat, objek tepat dan objek sipi. Namun, ayat-
ayat komplemen jenis frasa nama hanya dapat menduduki dua
tempat iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan ayat
komplemen frasa nama objek tepat seperti berikut:
(i) Ayat komplemen frasa nama subjek
(a) Bahawa bahasa Melayu bahasa ibunda memanglah jelas.
(b) Untuk dia mendapat kejayaan dalam peperiksaan itu
memang sukar.
(c) Bahawa cerita itu menyeramkan tidak benar.
(d) Dakwaan bahawa Azli membunuh telah mendapat liputan
meluas di media.
Suntingan Cikgu Zainudin 92
Kilir Bahasa Melayu
(e) Amat penting untuk kita menyedari kejayaan tidak akan
datang bergolek tanpa usaha.
Walaupun susunan ayat-ayat di atas ialah ayat songsang, namun
bahagian-bahagian yang condong tetap merupakan subjek.
(ii) Ayat komplemen frasa nama objek tepat
Objek dalam ayat boleh wujud sebagai objek tepat kata kerja
transitif atau sebagai objek sipi, tetapi ayat ayat komplemen boleh
wujud hanya sebagai objek tepat sahaja.
Ayat contoh:
(a) Kerajaan mengumumkan bahawa rakyat akan menikmati
pemberian subsidi berikutan harga minyak dinaikkan
secara mendadak.
(b) Berita TV3 itu menyebut bahawa semua penumpang kapal
terbang Boeing 474 terselamat.
(c) Mereka menyedari bahawa kehidupan mereka belum
terbela sepenuhnya.
(d) Yang dituduh mengakui bahawa dia yang melakukan
rompakan di kedai emas tersebut.
Dalam ayat- ayat di atas ayat komplemen berfungsi sebagai objek
tepat kata kerja transitif pada ayat induknya.
2. Ayat komplemen frasa kerja
Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif,
iaitu yang diikuti bukan oleh kata nama tetapi oleh keterangan-
keterangan lain yang bertujuan melengkapkan frasa tersebut. Ada
ayat-ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap kepada
kata kerja ini, yang bukan frasa nama. Sekali imbas ayat-ayat ini
seolah-olah ayat komplemen frasa nama objek, tetapi hakikatnya
tidak, oleh sebab ayat-ayat tersebut tidak boleh mengalami proses
pasif, iaitu bagi menentukan frasa nama objek. Oleh itu, ayat-ayat
itu digolongkan ke dalam jenis ayat-ayat komplemen frasa kerja.
Suntingan Cikgu Zainudin 93
Kilir Bahasa Melayu
Ayat contoh:
(a) Pak Rasman berpendapat bahawa tanah pusaka itu tidak
patut dijual.
(b) Pemimpin itu berfahaman bahawa pembangunan negara
seiring dengan kepesatan ekonomi.
(c) Ibu Sufiah beranggapan bahawa anaknya telah berjaya
dalam bidang kedoktoran.
(d) Saya berpendapat bahawa cadangan itu boleh diterima.
(e) Murid itu berasa bahawa nasihat guru disiplinnya itu
benar.
3. Ayat komplemen frasa adjektif
Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat. Begitu
juga ayat komplemen boleh terdiri daripada ayat komplemen
adjektif, iaitu yang merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke
dalam ayat induk. Tetapi, jumlah ayat jenis ini dalam bahasa Melayu
amat terhad. Ini dapat dilihat menerusi contoh berikut:
(a) Saya amat percaya bahawa saya akan cemerlang dalam
peperiksaan.
(b) Murid itu sedar bahawa mereka harus berjaya dalam
peperiksaan.
(c) Fazilah sangat yakin bahawa anaknya akan berjaya.
(d) Nelayan itu sangat insaf bahawa mereka itu serba
kekurangan.
Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih
daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat
tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.
Biasanya, ayat jenis ini panjang. Panjang pendek bukanlah kriteria
ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau
bilangan klausanya.
Ayat contoh:
Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun
2002, yang telah menerima suntikan tersebut.
Suntingan Cikgu Zainudin 94
Kilir Bahasa Melayu
Dalam ayat ini terdapat dua ayat relatif yang dipancangkan
ke dalam ayat induk iaitu yang lahir dalam tahun 2002 dan mereka
yang menerima suntikan tersebut. Subjek ayat majmuk ialah
mereka, kata kerjanya mendaftarkan dan objek tepat kanak-kanak.
Kedua-dua ayat relatif itu merupakan penerang kepada objek tepat.
i) Ayat majmuk gabungan.
Lampu bercahaya dan berwarna-warni.
ii) Ayat majmuk pancangan
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat Relatif Ayat Komplemen Ayat Keterangan
Contoh 1:
Contoh 1: Contoh 1: Fairul sekeluarga
berasa bertuah
Madu tersebut dijual Sesetengah penduduk kerana dapat
menyaksikan
dengan harga yang kampung mencari konsert itu.
tinggi. madu lebah di hutan Contoh 2:
Kraf tangan ini
untuk dijual. dipasarkan dengan
meluas.
Contoh 2: Contoh 2:
Tahukah kamu bahawa
Di negara kita juga hutan merupakan
sumber pendapatan
banyak kraf tangan yang kepada sesetengah
penduduk di negara
dihasilkan daripada kita?
buluh.
Ayat majmuk campuran
Contoh 1:
Terdapat pelbagai jenis rotan seperti rotan manau atau nama
saintifiknya, Calamus conioastris, rotan semang dan rotan paku atau
Calamus exilis.
Contoh 2:
Apabila menyebut perkataan hutan, tergambar dalam fikiran kita
akan pokok-pokok yang besar dan pelbagai jenis mergastua.
Suntingan Cikgu Zainudin 95
Kilir Bahasa Melayu
Nota 10: PERIBAHASA
Bidalan
1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha
2. Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi
lumut
Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak
mencapai kemajuan
Suntingan Cikgu Zainudin 96
Kilir Bahasa Melayu
3. Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah
berasa gembira
4. Berbual di alang, belayar di luar musim
Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai
5. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-
dengar
Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu
6. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat
Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak
7. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi
masak
Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan
yang tetap
8. Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian
Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat
kemudian
9. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman
orang
Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan
kesalahan orang lain
10. Bertanjak baharu tinjau
Membuat kerja mengikut aturan
11. Biar alah sabung, asalkan menang sorak
Tewas dalam perlawanan namun masih bercakap besar
12. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati
Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia
13. Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian
Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal
Suntingan Cikgu Zainudin 97
Kilir Bahasa Melayu
14. Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil
Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada
orang yang lemah
15. Biar genting, jangan putus
Biar rugi sedikit daripada rugi banyak
16. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik
daripada dipecat
17. Biar lambat asalkan selamat
Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati
18. Biar mati anak jangan mati adat
Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi
korban
19. Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma
Biar mati kerana membuat kebaikan daripada mati kerana
membuat kejahatan
20. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
Menyimpan rahsia
21. Biar putih tulang jangan putih mata
Sanggup mati daripada menyerah kalah
22. Biar senget, jangan tertiarap
Biar rugi sedikit daripada rugi banyak
23. Biar titik, jangan tumpah
Biar rugi sedikit jangan rugi banyak
24. Buang yang keruh, ambil yang jernih
Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara
yang baik sahaja
Suntingan Cikgu Zainudin 98
Kilir Bahasa Melayu
25. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat
jangan sekali-kali dicuba
26. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit
Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan)
sesuatu
27. Cicir dipungut, hilang dicari
Jangan melakukan pembaziran
28. Daripada cempedak baiklah nangka
Lebih baik ada daripada tiada langsung
29. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun
bunga
Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati
meninggalkan nama yang baik
30. Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati
Jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa
ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang
walaupun ia telah mati
31. Elok lenggang di tempat datar
Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang
sepatutnya
32. Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya
Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang
33. Genggam bara api biar sampai jadi arang
Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita
hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu
sehingga berjaya
34. Habis akal, baru tawakal
Sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan
Suntingan Cikgu Zainudin 99
Kilir Bahasa Melayu
35. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga
Budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun orang itu
sudah meninggal dunia
36. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa
Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan
masyarakat
37. Hilang geli kerana geletek
Sesuatu yang sudah biasa tidak berbekas kepada kita
38. Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis
Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan
habis harta
39. Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak
Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara
asing
40. Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak
Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan
41. Jangan bermain di air keruh
Jangan ditiru perbuatan yang buruk
42. Jangan buat kerbau tanduk panjang
Jangan campuri urusan orang lain
43. Jangan dibangunkan kucing tidur
Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa
44. Jangan didengarkan siul ular
Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat
musuh
45. Jangan difikir air pasang sahaja
Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik
Suntingan Cikgu Zainudin 100