The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEKELILING YANG PERLU DIPATUHI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-56198013, 2021-09-11 04:01:38

PEKELILING KOKO

PEKELILING YANG PERLU DIPATUHI

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Office of the Director General of Education Malaysia

PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA

Level 7 Block J Damansara Town Centre

50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900

Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld.XVI (17)
16 November 2000

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17/2000:
Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah

Kementerian Pendidikan sentiasa mendokong dan melaksanakan apa juga aktiviti yang
dianggap dapat memperkukuhkan lagi amalan dan penghayatan prinsip-prinsip Rukun
Negara. Sungguhpun begitu, sejak kebelakangan ini ada tanda-tanda yang menunjukkan
bahawa penghayatan Rukun Negara semakin berkurangan di kalangan pelajar sekolah.
Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan ras, fenomena seperti ini boleh
menggagalkan sebarang usaha ke arah pembentukan negara yang bersatu padu dan
harmonis. Dalam hal ini, institusi sekolah berperanan untuk memupuk dan menyemai
pengetahuan, kesedaran dan amalan setlap prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.

2. Sehubungan dengan itu, semua sekolah menengah diminta menubuhkan
Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001. Syarat-syarat penubuhannya adalah
sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah
1997. Antara kegiatan yang boleh dijalankan oleh Kelab/Persatuan Rukun Negara adalah
seperti yang berikut:

2.1 Menjalin kerjasama antara pihak sekolah dengan agensi-agensi tertentu
seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Sektor Rukun Tetangga serta
persatuan komuniti dan masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti-
aktiviti yang menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di
kalangan pelajar sekolah yang berbilang kaum dan keturunan;

2.2 Menggalakkan sekolah-sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu
kaum sahaja untuk meningkatkan kegiatan yang bercorak integrasi dengan
sekolah-Sekolah lain melalui aktiviti-aktiviti bersama; dan

2.3 Menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang menjurus kepada penghayatan
semua prinsip Rukun Negara.

3. Walaupun arahan penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara ini ditujukan kepada
sekolah menengah, sekolah rendahjuga adalah digalakkan untuk berbuat demikian. Walau
bagaimanapun, sekiranya penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara tidak dapat
dilaksanakan di sekolah-Sekolah rendah, usaha yang bersesuaian hendaklah diambil
supaya perkara-perkara seperti para 2.1, 2.2 dan 2.3 dapat dilaksanakan.

4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri
Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan.

1

Sekian. Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2.
Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin
3. Timbalan Menteri Pendidikan

4. Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
5.
6. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir
7. Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan
8.
9. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
10.
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

Ketua Nazir Sekolah

Pegawai Perhubungan Awam

2





















































25--NOV-2011 17:31 FROM PEJ-KSCWA) TO 0988847679 P.02/02

kEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA Tel. : 03-8882 3000
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN Cable : TREASURY, Kl.
NO.· 5, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2 Faks : 0J-8882 3893
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62592 PUTRAJAYA Web 0J-8882 3894
: www.lreasury.gov.my

KK/BP/WAI 121547/1 Jld.4 s.k 5/2011 ( 3 )

- JS November
,-:PBJ�A�BA�T�SETIA�...U. -S_AH_A '
tJlJ -:, i<etua Setiausaha 2 9 NOV 2011
mlBA.HPAJ<LJ:lY:AAMlI'Ot!WMAANLlAlAYNSIA
, �...... Kementerian Pelajaran Malaysia
liahagian Kewangan FAKS:03-8884 7679
Aras 6& 7, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan PersekubJan
62604 PUTRAJAYA
(u.p: Puan Siti Sapor binti Borhan)

Puan,

PERMOHONAN PENETAPAN KADAR BARU MAKAN DAN PENGINAPAN
MURID/PELAJAR/ATLET DALAM. DAN LUAR NEGARA
Saya diarah merujuk kepada surat puan bil. KP1574/40/ Jld.136 (48) bertarikh
Oktober 2011 mengenai perkara di atas.

2. Setelah diteliti, Perbendaharaan tiada hafangan dengan cadangan pihak
puan untuk menetapkan kadar (maksimum) bagi murid/atlet/pelajar berusia kurang
13 tahun dalam dan luar negara yang terlibat dalam aktiviti kurikulum, ko-kurikulum ·
dan sukan seperti berikut

�����-,;: : :, . _-:/�· _;��:��- ·-��:·�'.�:�;�-\·�;0�;
? . ·• -_ . . - ·�".: :- ' ' :;: �:' : ��t,. �• :� '.'\':'l.;';1,?r:...�(/'.':�.�:··-?.:;,fj

' ;.. . ' . ·; ', . �-= '' ·:\�}, /{,J;5-:f�1
� 12 tahun 10.00 16.00 15.00 20.00

2: 13 tahun 20.00 Kekal 25.00 Kekal

3. Kelulusan kadar ini boleh diguna pakai bennula pada tahun 2012 dan tahun­
tahun berikutnya tertakluk kepada adanya peruntukan yang mencukupi bagi tujuan
tersebut dan mematuhi peraturan kewangan berkuat kuasa.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(ZAINAL Aet!:Dn T NOR)
Sahagian Oasar Saraan,Wang Awam dan Khldmat Pengurusan
b.p Ketua Setiausaha Perbendaharaan

'l! ; 03-a882 3151
8� ;: [email protected]












Click to View FlipBook Version