The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEKELILING YANG PERLU DIPATUHI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-56198013, 2021-09-11 04:01:38

PEKELILING KOKO

PEKELILING YANG PERLU DIPATUHI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tel : 03-2556900
BLOK J, PARAS 7 Fax : 03-2543107
PUSAT BANDAR DAMANSARA Kawat : “PELAJARAN”
50604 KUALA LUMPUR

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VI / (90)
Tarikh : 10 Februari 1992

Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Malaysia

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1992 :
Panduan Penubuhan dan Pengurusan
Persatuan Silat Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas adalah bertujuan untuk memberikan panduan bagi penubuhan dan
pengurusan persatuan silat di sekolah. Sekolah-sekolah yang bercadang atau sudahpun
menubuhkan Persatuan Silat, hendaklah mematuhi keperluan pekeliling ini.

2. Y.B. Datuk/Tuan/Puan adalah diminta menyampaikan kandungan Surat Pekeliling
Ikhtisas ini kepada sekolah-sekolah di bawah jagaan Y.B. Datuk/Tuan/Puan.

DATO’ ASIAH BT ABU SAMAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k 1. Y.B. Datuk Amar Dr. Sulaiman Daud
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dr. Leo Michael Toyad
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan

5. Timbalan Ketua Setiausaha I
Kementerian Pendidikan

6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
Kementerian Pendidikan

7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
Kementerian Pendidikan

8. Timbalan Ketua Setiausaha II
9. Semua Ketua Bahagian

Kementerian Pendidikan
10. Ketua Jemaah Nazir Sekolah

Kementerian Pendidikan
11. Ketua Perhubungan Awam

Kementerian Pendidikan

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN
PERSATUAN SILAT SEKOLAH

1. Pendahuluan

1.1 Dipercayai bahawa silat di Malaysia telah berusia lebih dari 400 tahun.
Pengajaran dan pembelajaran diwariskan dari generasi ke generasi
sehinggalah ke hari ini. Sedaya yang boleh segala keaslian budaya silat
seperti cara berpakaian, langkah gerak, istiadat dan lain-lainnya dipelihara.

1.2 Kegiatan silat kini bukan sahaja aktif di kalangan masyarakat Melayu di
kampung malah diterima sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah, maktab
perguruan, universiti dan juga di kelab-kelab rekreasi dan sukan Jabatan
Kerajaan dan swasta. Badan Penyelaras kegiatan silat di Malaysia,
Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) ditubuhkan oleh Kementerian Belia
dan Sukan dalam tahun 1983.

1.3 Pada Disember 1987 negara kita telah menjadi tuan rumah kepada
Kejuaraan Ke-4 Silat Sedunia. Masyarakat di negara ini telah dikejutkan oleh
penyertaan dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Kemunculan
peserta-peserta dan negara-negara ini telah memberi semangat kepada
pencipta silat untuk mengembangkan pengajaran silat ke seluruh pelusuk
negara.

1.4 Usaha ini disokong pula dengan permintaan yang bertambah dari masyarakat
umum untuk membuka kelas-kelas silat. Perkembangan seterusnya
memperlihatkan acara pertandingan silat dimasukkan ke dalam Sukan SEA.
Sukan Malaysia dan Sukan Merdeka Brunei. Kejuaraan-kejuaraan khusus
untuk silat turut dianjurkan baik di dalam mahupun di luar negara. PESAKA
menganjurkan Kejuaraan Silat Kebangsaan, Kejuaraan Silat Terbuka
Malaysia dan Kejuaraan Silat Remaja Malaysia. Persekutuan Silat Singapura
(PERSISI) menganjurkan Kejuaraan Jemputan Silat Singapura, dan
Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) menganjurkan Kejuaraan Silat
Sedunia.

1.5 Terdapat 267 jenis silat di negera ini. Setiap Perguruan mempunyai
kesamaan dankelainan di antara satu sama lain. Dalam perkara ini pengamal
silat perlu mengetahui matlamat mempelajari silat agar boleh memilih jenis
silat yang bersesuaian.

1.6 Sehubungan dengan ini, Kementerian Pendidikan merasakan perlu
perkembangan silat di sekolah ditentukan arahnya. Penentuannya akan
dapat dijadikan asas kepada jenis silat yang dipilih dan seterusnya
mengawasi perjalanan kegiatan-kegiatannya bagi memastikan ianya
mencapai matlamat.

2. Matlamat

2.1 Untuk menyemai dan mengukuhkan rasa cinta para pelajar terhadap warisan
budaya bangsa.

2.2 Untuk melahirkan generasi yang berdikari, bersikap positif, sabar, berani
menghadapi cabaran dan yakin pada diri.

2.3 Menyediakan pelbagai aktiviti silat di sekolah.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

3. Dasar Penubuhan Kelab Silat Sekolah

3.1 Penubuhan kelab silat sekolah adalah tertakluk kepada ’The School
(Societies) Regulation 1956’.

3.2 Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kelab, sekolah-sekolah hendaklah
mendapat bantuan nasihat dan tenaga pengajar dari perguruan-perguruan
silat yang berdaftar dengan :

a. Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA);

b. Majlis Silat Negeri;

c. Majlis Silat Daerah;

d. Badan-badan Perguruan Silat yang berdaftar.

3.3 Bagi tujuan penyelarasan serta kawalan perkara-perkara berikut hendaklah
dijadikan panduan di dalam membuat pemilihan perguruan silat yang sesuai :

3.3.1 Pendaftaran Perguruan Silat

Perguruan Silat hendaklah berdaftar. Sesalinan Sijil Pendaftaran
badan perguruan perlu diperolehi oleh pihak sekolah. Status
pendaftarannya boleh secara langsung kepada JabatanPendaftaran
Pertubuhan Malaysia atau berdaftar dengan mana-mana badan lain
yang berdaftar dengan Jabatan berkenaan.

3.3.2 Pendaftaran Tenaga Pengajar

Semua tenaga pengajar hendaklah berdaftar. Sesalinan Sijil
Kejurulatihan yang dikeluarkan oleh badan perguruan berkenaan
hendaklah diperolehi dari tenaga pengajar yang ditugaskan di
sekolah.

3.3.3 Adat Istiadat Perguruan

Adat istiadat Perguruan Silat yang dijalankan hendaklah tidak
menyalahi ajaran Agama Islam atau boleh memesongkan akidah para
pelajar. Antara adat istiadat yang tidak wajar dilakukan ialah seperti
menyemah gelanggang, memakai tangkal, azimat dan pertapaan.

3.3.4 Kurikulum

Kurikulum perguruan silat hendaklah jelas dan terancang serta
mampu menyediakan para pelajar untuk menyertai pertandingan di
dalam pertandingan-pertandingan yang diiktiraf seperti Pertandingan
Silat Olahraga dan Pertandingan Silat Seni. Kurikulum silat juga perlu
jelas dalam hal-hal mengenai peringkat pencapaian dan pensijilan.

3.4 Hanya para pelajar lelaki dan perempuan berumur sekurang-kurangnya 10
tahun sahaja dibenarkan mengikuti latihan silat.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

4. Pengurusan Kelab Silat Sekolah

4.1 Organisasi

4.1.1 Penasihat

Kelab Silat sekolah hendaklah diawasi oleh sekurang-kurangnya
seorang guru.

Di antara tanggungjawab guru penasihat ialah :

a. Menubuh sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh pelajar
yang akan menolong merancang dan mengurus aktiviti kelab.

b. Membimbing jawatankuasa kelab merancang, merangka dan
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk dan
mempertingkatkan minat pelajar, sehubungan dengan ini, guru
penasihat seharusnya mempunyai pengetahuan yang
diperlukan.

c. Mendapatkan bantuan jurulatih bertauliah dalam merancang
dan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian.

d. Membantu ahli mengenalpasti masalah, menganalisanya dan
seterusnya mencari langkah untuk mengatasi masalah
tersebut.

e. Hadir dalam semua perjumpaan dan latihan yang diadakan
oleh Kelab.

f. Memupuk keyakinan diri dan ketabahan di kalangan ahli Kelab
dalam usaha meningkatkan kemahiran bersilat.

Untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan, Penasihat Kelab
seelok-eloknya didedahkan kepada pengetahuan seperti berikut :-

a. Konsep dan falsafah silat.
b. Adat istiadat dalam Silat.
c. Kurikulum Silat.
d. Jenis dan sistem pertandingan silat.

4.1.2 Jawatankuasa

a. Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada :

Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari

dan ahi-ahli jawatankuasa, yang bilangannya bergantung
kepada bilangan ahli dalam kelab. Bagi sekolah-sekolah
rendah memadai dengan melantik seorang Pengerusi untuk
membantu Guru Penasihat.

b. Ahli Jawatankuasa perlu diasuh dan dilatih untuk
membolehkan mereka memainkan peranan penyeliaan dan
membantu guru dalam kerja-kerja pengurusan kelab.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Office of the Director General of Education Malaysia

PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA

Level 7 Block J Damansara Town Centre

50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900

Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld.XVI (8)
15 Mac 2000

Semua Pengarah Pendididikan Negeri

Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/2000:
Panduan Penubuhan dan Pengurusan
Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

Kelab Komputer di sekolah-sekolah telah mula ditubuhkan pada tahun 80-an atas inisiatif
pihak sekolah sendiri. Sejak dari itu, pelbagai program Teknologi Maklumat telah mula
diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan sehinggalah kepada pelaksanaan
Sekolah Bestari, iaitu salah satu daripada aplikasi utama dalam Koridor Raya Multimedia
(MSC). Bagi menjayakan matlamat aplikasi tersebut, semua sekolah adalah digalak untuk
menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat.

2. Dalam menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat ini, pihak sekolah
diingatkan supaya mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998,
iaitu PU (A) 1996/98. Bersama-sama ini disertakan panduan untuk sekolah-sekolah yang
berminat menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat.

3. Surat Pekeliling lkhtisas ini berkuatkuasa serta merta dan hendaklah dibaca
bersama-sama dengan Surat-Surat Pekeliling lkhtisas yang berikut:

a. Bil. 6/1988 : Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di
Sekolah.

b. Bil. 12/1998 : Larangan Menjalankan Jualan Terus di Sekolah-Sekolah.

c. Bil. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan Daripada
Pertubuhan, Institusi, Syarikat atau Kerajaan Negara Luar.

d. Bil. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah yang melibatkan Dasar dan/
atau Pungutan Wang.

4. Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini, Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 5/1986 :
Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah adalah dibatalkan.

5. Sila maklumkan kandungan pekeliling ini kepada pegawai-pegawai yang berkenaan
di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan semua sekolah di
negeri Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan.

1

Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2.
Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin
3. Timbalan Menteri Pendidikan

4. Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
5.
6. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir
7. Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan
8.
9. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
10.
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

Ketua Nazir Sekolah

Pegawai Perhubungan Awam

2

PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN KELAB KOMPUTER/TEKNOLOGI
MAKLUMAT SEKOLAH

1. Pendahuluan

1.1 Dunia sekarang berada dalam era maklumat, di mana Teknologi Maklumat
memainkan peranan yang penting untuk kejayaan masa depan dalam dunia
tanpa sempadan. Selaras dengan perkembangan ini, Sistem Pendidikan
Kebangsaan haruslah mengoptimurnkan penggunaan Teknologi Maklumat
untuk tujuan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan
dengan ini, panduan penubuhan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat
Sekolah perlu diberi penekanan baru kerana:

a. Teknologi Maklumat sentiasa berkembang dan berubah;

b. Kepesatan kemasukan pelbagai program Teknologi Maklumat ke sekolah;

c. Teknologi Maklumat merupakan penyokong kepada pengajaran dan
pembelajaran bestari; dan/atau

d. Ketidakseragaman dalam penubuhan dan perkembangan Kelab
Komputer/ Teknologi Maklumat Sekolah.

1.2 Tujuan panduan ini ialah untuk memberi panduan kepada guru-guru
bagaimana hendak:

a. Menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah;

b. Merancang aktiviti; dan

c. Mengurus dan mentadbir kelab.

2. Matlamat Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

Dalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang Teknologi
Maklumat, matlamat Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah ialah untuk
membolehkan murid mendapat pengetahuan dan menguasai kemahiran asas
Teknologi Maklumat. Selain daripada itu, murid boleh meningkatkan keupayaan
pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan Teknologi
Maklumat pada masa kini dan akan datang berlandaskan nilai-nilai murni yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

3. Objektif Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

Matlamat Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah boleh direalisasikan melalui
objektif yang berikut:

a. Pengetahuan.

i. Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan
sistem komputer/Teknologi Maklumat.

3

ii. Membimbing murid mengetahui sistern pengoperasian komputer.

iii. Memberi murid peluang untuk meneroka perkembangan terbaru
dalam pelbagai disiplin ilmu.

iv. Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan dengan
komputer dan Teknologi Maklumat.

b. Kemahiran.

i. Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang sesuai
melalui penggunaan Teknologi Maklumat.

ii. Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu/kumpulan melalui
kemudahan Teknologi Maklumat dan sistem rangkaian komunikasi.

iii. Menguasai kemahiran pengaturcaraan yang membolehkan murid
membangunkan sesuatu sistem.

c. Nilai.

i. Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat.

ii. Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan murid,
antara kelab, dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.

4. Penubuhan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah.

4.1 Sekolah digalakkan untuk menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat
dan mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) PU (A)
196/98 yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

4.2 Permohonan untuk menubuhkan kelab hendaklah dibuat secara bertulis
kepada Pengetua/Guru Besar dengan mengemukakan perkara-perkara
seperti perlembagaan kelab, senarai ahli, dan senarai aktiviti utama kelab.

4.3 Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah boleh menggunakan
kemudahan makmal komputer yang sedia ada di bawah program
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti Komputer Dalam
Pendidikan, Reka Cipta, sekolah Bestari, Perkomputeran Tingkatan 6 dan
mata pelajaran Teknologi Maklumat.

4.4 Pihak sekolah juga boleh mendapatkan bantuan daripada badan-badan yang
berikut setelah mendapat kelulusan daripada Pendaftar, iaitu:

a. Persatuan lbu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah
(LPS).

b. Syarikat komputer swasta.

c. Sumbangan luar KPM seperti badan korporat dan orang perseorangan.

4

4.5 Dasar Penubuhan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat ialah:

a. Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah didaftarkan
dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.

b. Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah dijalankan
sebagai aktiviti ko-kurikulum.

c. Keahlian kelab adalah secara sukarela dan mendapat kebenaran ibu
bapa.

d. Aktiviti Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah
dijalankan di luar jadual waktu sekolah supaya tidak menganggu proses
pengajaran dan pembelajaran.

e. Jumlah waktu belajar secara "hands-on” hendaklah tidak kurang daripada
2 jam seminggu bagi seseorang murid.

f. Sebarang penglibatan pihak luar KPM dalam aktiviti Kelab
Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah:

i. mendapat kebenaran bertulis daripada JPN masing-masing.

ii. mematuhi Peraturan-Peraturan lkhtisas, Kewangan dan
Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa
ke semasa.

g. Sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihak luar hendaklah diteliti
implikasinya oleh pihak sekolah dan seterusnya diluluskan oleh pihak JPN
sebelum ditandatangani oleh pihak Persatuan Ibu bapa dan Guru atau
Lembaga Pengelola Sekolah.

h. Sekiranya komputer dibekalkan oleh pihak KPM atau disumbangkan oleh
mana-mana pihak, maka kadar bayaran yang dikenakan kepada ahli
kelab adalah ditentukan oleh Pengetua/Guru Besar dengan mendapat
kelulusan daripada Pendaftar.

i. Sekiranya komputer disewa daripada syarikat komputer oleh pihak
PIBG/LPS maka kadar bayaran yang dikenakan untuk ahli kelab adalah
ditentukan oleh Pengetua/Guru Besar dengan persetujuan PIBG serta
mendapat kelulusan Pendaftar. Pihak sekolah perlu memastikan murid-
murid yang tidak mampu juga diberi peluang untuk menjadi ahli Kelab
Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah dengan kadar yang minimum.
Yuran Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah yang disimpan
dalam akaun PIBG hendaklah dikawal oleh Pengetua/Guru Besar selaku
Penasihat PIBG.

j. Sekiranya tenaga pengajar adalah dari pihak syarikat swasta, pihak
sekolah perlu mendapatkan kebenaran Pendaftar dan juga menentukan
kesesuaian kandungan pengajaran yang disampaikan kepada murid.

k. Aktiviti Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah seharusnya meliputi
semua kemahiran asas sehinggalah aktiviti-aktiviti pengayaan yang lebih
mencabar dan bersesuaian dengan kebolehan ahli.

5

l. Semua perisian yanq digunakan mestilah berlesen.

m. Pengetua/Guru Besar adalah bertanggungjawab mengawal kutipan dan
simpanan wang kelab.

n. Pendaftar/Pengetua/Guru Besar boleh secara bertulis mengarahkan kelab
dibubarkan sekiranya beliau berpuas hati bahawa kelab tidak
menjalankan aktiviti yang membawa manfaat kepada murid sebagaimana
yang tercatat dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)
PU (A) 196/98.

5. Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

5.1 Organisasi dan Pengurusan Kelab.

5.1.1 Kelab perlu mempunyai perlembagaan yang diluluskan oleh
Pengetua/Guru Besar. Perlembagaan Kelab mesti merangkumi
perkara-perkara seperti nama dan logo kelab, dasar, matlamatdan
tujuan penubuhan kelab, keahlian, yuran, bilangan ahli jawatankuasa,
guru penasihat dan mesyuarat agung.

5.1.2 Guru Penasihat.

a. Sesebuah kelab perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua orang
guru penasihat yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar.

b. Guru penasihat harus dipilih dari kalangan guru yang mempunyai
minat mendalam dan motivasi tinggi serta mempunyai dedikasi
serta penglibatan ikhtisas yang sepenuhnya.

c. Antara peranan guru penasihat ialah:

i. Menubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh murid-
murid.

ii. Membimbing jawatankuasa kelab dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang:

• menarik dan memupuk minat murid yang berbeza-beza
kebolehan dalam menggunakan komputer.

• mempunyai keseimbangan dari segi nilai pengetahuan,
nilai sosial, dan nilai rekreasinya.

iii. Mengaturjadual (schedule) bagi penggunaan komputer oleh
ahli-ahli dan pembahagian tugas penyeliaan oleh ahli
jawatankuasa.

iv. Menyertai semua perjumpaan formal yang diadakan serta
memantau aktiviti yang dijalankan.

v. Mengadakan perhubungan dengan penasihat Kelab
Komputer/Teknologi Maklumat sekolah-sekolah lain dalam

6

usaha mendalami pengetahuan dan mempelbagaikan aktiviti
kelab.

vi. Mengadakan satu sistem kawalan kutipan yuran dan
perbelanjaan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah.

vii. Menyelaras dan mengawal selia kegiatan yang dijalankan oleh
tenaga pengajar swasta.

d. Penasihat Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah
digalakkan mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang Teknologi Maklumat.

5.1.3 Jawatankuasa

a. Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada murid-murid yang
bertanggungjawab

b. Jawatankuasa kelab adalah terdiri daripada

Pengerusi (perlu menyimpan rekod kutipan yuran
Naib Pengerusi dan perbelanjaan pegangan tunai
Setiausaha sekiranya kelab tersebut tidak melibatkan
Bendahari pihak luar).

dan

Ahli Jawatankuasa (bertindak sebagai Ketua Kumpulan dan
bilangannya bergantung kepada bilangan
ahli kelab).

c. Ahli Jawatankuasa perlu diberi latihan yang sesuai untuk
membolehkan mereka membantu guru dalam penyeliaan kerja
amali.

d. Pengiktirafan hendaklah diberi kepada ahli jawatankuasa sebagai
insentif.

5.1.4 Keahlian.

a. Keahlian dikira gugur apabila seseorang ahli meningalkan
sekolah, melanggar peraturan kelab atau melanggar Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Majalah Sekolah dan Bahan Multimedia)
1998 yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

b. Setiap ahli diwajibkan menghadiri semua aktiviti yang dirancang.

c. Setiap ahli hendaklah mematuhi semua peraturan kelab. d.
Untuk sesi "hand-on”, tidak lebih daripada 2 orang murid
diperuntukkan kepada sebuah komputer pada sesuatu masa.

7

5.1.5 Kewangan.

a. Semua kutipan dan perbelanjaan wang oleh Kelab
Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah direkod dan
Pengetua/Guru Besar adalah bertanggungjawab menyelia dan
mengawal kutipan dan perbelanjaan wang kelab.

b. Pegangan tunai tidak melebihi RM200.00 hendaklah dipegang
oleh Bendahari Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah
pada sesuatu masa.

c. Pendaftar dan Pengetua/Guru Besar dibenarkan memeriksa pada
bila-bila masa kewangan kelab sekiranya yuran kelab disimpan
dalam akaun PIBG.

5.1.6 Penggunaan Kemudahan Kelab Komputer/Teknotogi Maklumat.

a. Keutamaan kegunaan kemudahan kelab adalah kepada ahli kelab
sekiranya komputer disewa daripada syarikat swasta.

b. Kemudahan komputer kepunyaan kelab boleh digunakan oleh
guru dan kakitangan pejabat sekolah dengan syarat kerja-kerja ini
dilakukan di luar waktu kelab mengadakan aktiviti-aktivitinya serta
mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar dan Guru Penasihat
Kelab Komputer/Teknologi Maklumat.

c. Bagi kelab yang menggunakan kemudahan makmal komputer
kepunyaan sekolah, Pengetua/Guru Besar dan Guru Penasihat
hendaklah mengatur jadual penggunaan kemudahan tersebut
untuk kelab.

5.2 Aktiviti Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah.

5.2.1 Latihan.

a. Latihan untuk ahli boleh dikendalikan oleh guru penasihat, guru
pembantu, murid-murid yang telah mahir, pengajar swasta atau
pengajar sambilan.

b. Latihan boleh dibuka kepada murid lain dan guru-guru di sekolah
berkenaan dengan syarat mereka juga membayar yuran yang
ditetapkan oleh kelab.

c. Antara latihan yang dicadangkan ialah:

i. Sesi pendedahan kepada komputer
(Computer awareness sessions);

ii. Pengajaran pengaturcaraan;

iii. Penggunaan perisian pendidikan dan perisian aplikasi;

iv. Penggunaan sistem 'authoring';

v. Capaian internet;

8

vi. Pembangunan laman web; dan

vii. Pembinaan aplikasi sistem.

5.2.2 Aktiviti Kurikulum Lanjutan Komputer Dalam Pendidikan.

Aktiviti dan latihan yang terkandung dalam kurikulum Komputer Dalam
Pendidikan (KDP) Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian
Pendidikan Malaysia boleh diguna pakai untuk tujuan latihan
peningkatan pengetahuan dan kemahiran.

5.2.3 Aktiviti Am.

Antara aktiviti lain yang boleh dijalankan termasuk:

a. Surat berita (newsletfer)/buletin.

b. Perjumpaan/mesyuarat kelab.

c. Seminar/ceramah/perbincangan/debat/kuiz.

d. Lawatan.

e. Pameran/Hari Terbuka.

f. Tayangan filem/video/slaid.

g. Kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan perisian.

5.3 Laporan aktiviti kelab hendaklah dikemukakan kepada Pengetua/Guru Besar
dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat pertama kelab. Sekiranya
terdapat perubahan dalam perlembagaan kelab, ahli jawatankuasa kelab atau
ahli, umpamanya, laporan mesti dikemukakan secara bertulis kepada
Pengetua/Guru Besar dalam tempoh 14 hari daripada perubahan tersebut.

6. Infrastruktur Kelab Kompliter/Teknologi Maklumat Sekolah

6.1 Infrastruktur kelab terdiri daripada:

a. Makmal/Bilik Komputer.
b. Perkakasan.
c. Perisian.

6.2 Makmal/Bilik Komputer.

6.2.1 Bagi menjamin keselesaan murid dan guru, pengurusan fizikal
makmal/bilik komputer hendaklah mengambil kira:

a. saiz makmal/bilik.
b. bilangan murid

nisbah murid : komputer

6.2.2 Makmal/Bilik komputer sebaik-baiknya berhawa dingin.

9

6.2.3 Makmal/Bilik Komputer harus menggunakan meja komputer yang
sesuai.

6.2.4 Unit pengimbang kuasa (power stabilizer units) adalah dinasihatkan
dipasang, terutamanya bagi kawasan yang sering mengalami
gangguan elektrik.

6.2.5 Makmal/bilik komputer sebaik-baiknya terletak di tingkat satu atau
lebih tinggi dan dipasang jerjak/jeriji pada pintu dan jendela bagi
keselamatan peralatan.

6.2.6 Sambungan yang berlebihan kepada satu punca kuasa (overloading)
mestilah dielakkan dan perlu mendapatkan kelulusan pihak JKR
terlebih dahulu.

6.3 Perkakasan.

6.3.1 Perkakasan komputer hendaklah memenuhi spesifikasi minimum
semasa:

a. Keperluan utama.

i) Komputer mikro (multimedia); dan
ii) Pencetak (1 unit untuk setiap 5 - 10 unit komputer mikro).

b. Keperluan Tambahan (mengikut kemampuan kelab)

i) Pengimbas;
ii) Modem dan sambungan internet;
iii) Rangkaian setempat (LAN);
iv) Projektor LCD atau TV dan kad; dan
v) Lain-lain peralatan komputer,

6.3.2 Setiap komputer mikro hendaklah dilengkapkan dengan sistem
pengoperasian yang berlesen dan sesuai dengan perisian.

6.3.3 Semua perkakasan komputer sebaik-baiknya hendaklah
diinsuranskan.

6.4 Perisian.

6.4.1 Semua perisian hendaklah sesuai dengan keperluan pengajaran dan
pembelajaran serta kokurikulum di sekolah.

7. Penyelenggaraan (Makmal, Perkakasan dan Perisian)

7.1 Semua perkakasan dan perisian hendaklah direkodkan ke dalam buku stok
sebagai rekod inventori.

7.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk.

10

7.3 Penyelenggaraan perkakasan hendaklah dilakukan secara berkala oleh pihak
sekolah atau dengan perkhidmatan pihak luar, jika perlu

7.4 Kelab adalah digalakkan menyedia dan menyimpan salinan (backup) perisian
dan aplikasi sebagai langkah keselamatan.

8. Peraturan Makmal

8.1 Pengguna-pengguna makmal komputer mesti mematuhi peraturan-peraturan
makmal bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Antara
peraturan yang perlu dipatuhi ialah;

a. Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam makmal.

b. Dilarang membawa masuk sebarang cakera milik persendirian ke dalam
makmal kecuali dengan kebenaran guru penasihat.

c. Dilarang membawa keluar daripada makmal sebarang
perkakasan/perisian komputer.

d. Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambungan kawat yang
terdapat di belakang komputer, atau membuka tudung komputer.

e. Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan
makmal untuk membolehkan kelab mengesan setiap pengguna makmal,

8.2 Beberapa peraturan lain yang berkaitan adalah terserah kepada budi bicara
sekolah/ guru penasihat kelab (jika difikirkan perlu).

11

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Office of the Director General of Education Malaysia

PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA

Level 7 Block J Damansara Town Centre

50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900

Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld.XVI (20)
16 Disember 2000

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 20/2000:
Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-Sekolah

Kementerian Pendidikan mendapat maklum bahawa telah timbul beberapa kekeliruan
mengenai dasar dalam penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam di sekolah-sekolah.
Untuk makluman Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan, dalam Peraturan 4, PERATURAN-PERATURAN
PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998, Seksyen 130 AKTA PENDIDIKAN 1996
yang berkuatkuasa pada 21 Mei 1998, ada dinyatakan mengenai Penubuhan Persatuan
Sekolah, di mana Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara
bertulis, hendaklah menubuh persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:

(a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM KEBANGSAAN)
1997;

(b) hobi dan rekreasi;

(c) sukan dan permainan;

(d) badan beruniform; dan

(e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

2. Jelas dalam Peraturan 4 bahawa Persatuan Bukan Agama Islam tidak termasuk
dalam kategori (a), (b), (c) atau (d). Walau bagaimanapun, kategori (e) memberi kuasa
khas kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pendidikan Negeri, untuk meluluskan apa-apa
persatuan lain sebagai persatuan yang berdaftar di sekolah. Dalam kata lain persatuan
bukan agama Islam boleh ditubuhkan di sekolah-Sekolah setelah Pendaftar membuat
pertimbangan dan berpuas hati dengan permohonan yang diterimanya secara bertulis.

3. Perlu ditegaskan bahawa pendirian Kementerian Pendidikan dalam isu penubuhan
Persatuan Agama Bukan Islam di sekolah-sekolah adalah kekal, iaitu seperti yang
diamalkan sekarang (status quo). Pendirian ini bermaksud:

(a) Mana-mana sekolah yang sudah ada Kelab Agama Bukan Islam, maka kelab
tersebut bolehlah diteruskan;

(b) Sekiranya ada permohonan baru di kalangan murid atau guru untuk menubuhkan
kelab-kelab bukan agama islam, maka ia hendaklah mengikuti PERATURAN-
PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998; dan

1

(c) Sekiranya ingin mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyertaan orang
luar bagi membantu dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya, maka hendaklah
juga mematuhi segala arahan dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.

4. Apabila diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar, maka Persatuan Agama Bukan
Islam seperti ini hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:

(a) Aktiviti-aktiviti kelab hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan mengambil
kira sensitiviti kebebasan beragama dan juga hakikat bahawa Islam adalah
agama rasmi negara;

(b) tidak boleh menjalankan sebarang usaha atau aktiviti yang bertujuan untuk
mempengaruhi dan mengembangkan kepercayaan atau anutan kepada murid-
murid dari agama lain;

(c) keahlian sesuatu persatuan bukan agama Islam hanya untuk murid-murid yang
menganuti agama itu sahaja dan tidak boleh diperluaskan kepada penganut
agama lain;

(d) tidak ada apa juga bentuk paksaan kepada mana-mana murid untuk
menganggotai kelab tersebut;

(e) tidak ada unsur paksaan kepada mana-mana murid untuk mengikuti aktiviti-
aktiviti kelab tersebut;

(f) Guru Penasihat hendaklah dilantik sendiri oleh Guru Besar atau Pengetua; dan

(g) Sebarang penglibatan pihak luar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran
daripada Pendaftar.

5. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa Pendaftar, dalam Peraturan 12(1)
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998, boleh secara
bertulis, mengarah mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika berpuas hati bahawa
persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud:

(a) yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru;

(b) propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam;

(c) yang memudaratkan kepentingan murid; atau

(d) yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

6. Adalah diharapkan supaya Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan mengambil tindakan segera
dengan memaklumkan kepada semua pegawai peringkat pentadbiran di Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan sekolah mengenai perkara ini.

Sekian. Terima kasih.

2

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2.
Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin
3. Timbalan Menteri Pendidikan

4. Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
5.
6. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir
7. Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan
8.
9. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
10.
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

Ketua Nazir Sekolah

Pegawai Perhubungan Awam

3









PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Office of the Director General of Education Malaysia

PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA

Level 7 Block J Damansara Town Centre

50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900

Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld.XVI (18)
4 Disember 2000

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 18/2000:
Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan Murid Sekolah

Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia
ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk
mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Berbagai-bagai cara
boleh dilakukan di peringkat sekolah supaya perkembangan potensi individu dapat
disesuaikan dengan minat dan bakat murid itu sendiri. Salah satu aktiviti yang pernah
digemari oleh murid-murid ialah melalui kegiatan hobi dalam bidang fotografi.

2. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan menyarankan kepada sekolah-
sekolah di seluruh negara supaya menghidupkan semula minat murid-murid sekolah dalam
bidang fotografi dengan mewujudkan Kelab Fotografi dan seterusnya mempergiatkan aktiviti
ke arah mempopularkan hobi ini di kalangan murid-murid. Di samping itu, bidang ini juga
membantu murid-murid sekolah ke arah celik IT kerana pada masa kini bidang fotografi
telah mengalami perubahan pesat, termasuk perkembangan teknologi Kamera Digital.

3. Pihak Kementerian Pendidikan juga mengambil maklum bahawa hobi ini sangat
memberi manfaat dan baik untuk dilaksanakan kerana:

‰ Murid berpeluang mengenali jenis-jenis kamera lama dan baru serta fungsinya;

‰ Murid berpeluang mempelajari teknik mengambil gambar dengan kamera biasa
dan juga kamera digital;

‰ Murid mendapat pengetahuan tentang cara-cara memproses negatif filem dan
mengedit gambar dengan menggunakan komputer dan seterusnya menghasilkan
gambar yang telah diproses;

‰ Murid berpeluang mencuba satu kemahiran yang berguna dalam beberapa kei-
jaya, termasuk bidang perniagaan yang berkaitan dengan bidang fotografi;

‰ Pendedahan dan latihan dalam bidang fotografi dapat mengurangkan masa yang
terluang bagi kegiatan-kegiatan yang tidak sihat dan perkara-perkara yang
kurang berfaedah;

‰ Ahli Kelab Fotografi boleh menjadi jurugambar untuk semua aktiviti sekolah
seperti Hari Anugerah Cemerlang, Hari Sukan, Hari Guru dan lain-lain;

1

‰ Murid-murid boleh mendapat kepuasan sendiri dengan kemahiran yang diperoleh
untuk menghasilkan dan memproses sendiri gambar-gambar yang digemari; dan

‰ Gambar foto hasil daripada aktiviti ini boleh dipamerkan sebagai salah satu
aktiviti murid dan Kelab Fotografi.

4. Oleh yang demikian, sekolah-sekolah adalah dicadangkan supaya mengambil
langkah-langkah yang berikut untuk dilaksanakan dan seterusnya mempopularkan bidang
fotografi di kalangan murid-murid:

‰ Menyediakan peralatan yang perlu dan sesuai untuk aktiviti fotografi di sekolah
seperti 'dark room’, kamera biasa, kamera digital, komputer dan mesin cetak;

‰ Menubuhkan Kelab Fotografi di sekolah dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti
fotografi yang menggunakan filem hitam putih/warna dan kamera digital;

‰ Mengadakan kursus fotografi di sekolah-sekolah yang mempunyai Kelab
Fotografi;

‰ Mengadakan latihan/kursus untuk guru-guru Kelab Fotografi;
‰ Mengadakan kursus pemprosesan filem "hitam putih" dan penghasilan gambar

hitam putih;
‰ Mengadakan studio pemprosesan di Pusat Kegiatan Guru/Pusat Sumber Negeri;
‰ Menyediakan latihan untuk guru-guru mengendalikan mesin pemprosesan

gambar; dan
‰ Menyediakan mesin-mesin pemprosesan di sekolah-sekolah pilihan (percubaan).
5. Sila maklurnkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah
pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

2

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2.
Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin
3. Timbalan Menteri Pendidikan

4. Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
5.
6. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir
7. Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan
8.
9. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
10.
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

Ketua Nazir Sekolah

Pegawai Perhubungan Awam

3

BAHAGIAN SEKOLAH Tel : 03-2556900
JABATAN SEKOLAH Fax : 03-2535150
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kawat : “PELAJARAN”
PARAS 5, BLOK J (SELATAN)
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.IV (4)
Tarikh : 19 Julai 1995

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 :
PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Pelajar adalah aset yang amat berharga dalam menentukan arah
pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan
kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi
membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Secara umum kegiatan
kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar serta
meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih
banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi muda
yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita
perlu menyediakan golongan pelajar yang dinamik dan berkualiti serta
mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).

1.2 Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah (KRS) hendaklah ditubuhkan
di semua sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara
sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di sekolah. Kewujudan KRS
sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar
berdasarkan objektif yagn dikemukakan.

2.0 RASIONAL

Menyedari hakikat bahawa minat serta kecenderungan pelajar kepada pasukan
pakaian seragam di sekolah amat ketara sedangkan peluang untuk menyertai amat
terhad, wajarlah KRS ditubuhkan bagi tujuan memenuhi minat serta untuk mengatasi
masalah salah laku di kalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, ponteng
sekolah, budaya lepak dan juvana. Oleh itu aktiviti KRS diharap dapat
mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke
arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai
murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar cemerlang yang berminat, berakhlak mulia, berilmu dan
berketrampilan seiras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arah
menjayakan Wawasan 2020.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan
negara.

4.2 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

4.3 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan,
pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

4.4 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di
kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan untuk
bertindak sewajarnya.

4.5 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif
dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

5.0 STRUKTUR ORGANISASI

5.1 Struktur organisasi Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah seperti
berikut:

a. Penaung
b. Penasihat
c. Pengerusi
d. Timbalan Pengerusi
e. Naib Pengerusi
f. Setiausaha Kehormat
g. Penolong Setiausaha Kehormat
h. Bendahari Kehormat
i. AJK dilantik

5.2 Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat :

a. Peringkat Kebangsaan
b. Peringkat Negeri
c. Peringkat Daerah
d. Peringkat Sekolah

Maklumat lengkap struktur organisasi boleh didapati dalam Perlembagaan
KRS.

6.0 KEAHLIAN

6.1 Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan
sekolah bantuan kerajaan.

6.2 Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi
pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 6.1

6.3 KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus oleh institusi di mana KRS itu
ditubuhkan.

6.4 Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau
diberhentikan daripada sekolah atau institusi seperti yang dinyatakan di atas.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

7.0 KURIKULUM

7.1 Teras

a. Pendidikan Ketatanegaraan/Patriotisme
b. Latihan Fizikal
c. Pendidikan Kerohanian

7.2 Umum

a. Aktiviti Di Air
b. Aktiviti Di Darat
c. Aktiviti Pengembaraan
d. Latihan Mental
e. Latihan Kewarganegaraan
f. Aktiviti Ketahanan Diri
g. Aktiviti Pendidikan Luar
h. Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar
i. Aktiviti Kemahiran Hidup (Keusahawanan)
j. Aktiviti Khidmat (Khidmat Masyarakat)

8.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

8.1 Fokus utama pengurusan dean pelaksanaan aktiviti KRS peringkat
Kebangsaan, Negeri dan Daerah ialah seminar dan bengkel konsep dan
operasi KRS.

8.2 Kursus Pemimpin di peringkat sekolah menumpukan kepada aspek-aspek
pelaksanaan aktiviti KRS.

9.0 YURAN KEAHLIAN

Yuran keahlian dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap ahli

10.0 PAKAIAN SERAGAM (UNIFORM)

Maklumat terperinci mengenai pakaian Seragam (Uniform) boleh didapati dalam
buku Perlembagaan KRS.

11.0 KESELAMATAN DIRI

12.0 PENGECUALIAN

Pelajar-pelajar dalam keadaan seperti berikut boleh dikecualikan daripada menyertai
KRS

12.1 Kes-kes Perubatan, Pelajar-pelajar yang telah disahkan oleh doktor
menghidap sakit jantung, lelah dan lain-lain penyakit yang boleh
membahayakan jika mengambil bahagian dalam aktiviti KRS.

12.2 Kecacatan, Pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan anggota tubuh yang
boleh membahayakan diri mereka jika mengambil bahagian dalam aktiviti
KRS. Tetapi sekiranya kecacatan mereka tidak menjadi penghalang, pelajar-
pelajar tersebut hendaklah digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti
yang sesuai bagi mereka.

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

12.3 Kelas Agama, Untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas agama di
waktu pagi/petang, satu penyesuaian terhadap aktiviti KRS hendaklah
diadakan. Untuk tujuan ini, Pengetua hendaklah berunding dengan pihak
sekolah/Jabatan berkenaan.

13.0 PEMANTAUAN
13.1 Tugas pemantauan hendaklah dilakukan oleh :
a. Pengarah Pendidikan Negeri
b. Pegawai Pendidikan Daerah
c. Pengetua
d. Ketua Penolong Pengarah dan Penyelia Kokurikulum JPN
e. Penyelia Pejabat Pendidikan Daerah
13.2 Pemantauan merangkumi perkara-perkara berikut :
a. Laporan aktiviti
b. Laporan kewangan

14.0 Sila maklumkan kandungan Pekeliling ini bersama-sama dengan lampirannya
kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Datuk Khalid b. Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan Ketua Setiausaha I
Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan Ketua Setiausaha II
Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Semua Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Ketua Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia





PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Office of the Director General of Education Malaysia

PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA

Level 7 Block J Damansara Town Centre

50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900

Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld.XVI (13)
3 Ogos 2000

Semua Pengarah Pendididikan Negeri

Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 13/2000:
Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah

Surat Pekeliling lkhtisas ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling
lkhtisas Bil. 2/1997: Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan Pakaian
Seragam Sekolah.

2. Kegiatan seni bela diri di sekolah-sekolah adalah salah satu kegiatan kokurikulum
yang disenaraikan dalam kategori keanggotaan pasukan pakaian seragam. Tujuan utama
kegiatan ini adalah untuk memupuk disiplin diri, kepimpinan dan kecergasan fizikal di
kalangan pelajar sekolah. Dalam masa yang sama, kegiatan ini boleh menggalakkan
pelajar-pelajar mengisi waktu lapang mereka dengan kegiatan yang berfaedah. Dalam hal
ini, semua pihak yang terlibat dalam mengurus kegiatan ini di peringkat sekolah adalah
bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kegiatan ini bergerak selaras dengan
matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan telah membuat ketetapan agar
apa jua jenis persatuan atau kegiatan seni bela diri yang ingin atau sedang
mengembangkan kegiatan di peringkat sekolah perlulah terlebih dahulu berdaftar dengan
Kementerian Belia dan Sukan. Kerjasama semua pengetua dan guru besar sekolah dipohon
untuk memastikan pertubuhan seni bela diri yang hendak atau sedang beroperasi di sekolah
mengemukakan salinan surat kelulusan pendaftaran Kementerian Belia dan Sukan sebelum
membenarkan pertubuhan tersebut memulakan dan/atau meneruskan kegiatannya.

4. Sila maklumkan ketetapan ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg.
Dato'/Datuk/Tuan.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

1

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia
2.
Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin
3. Timbalan Menteri Pendidikan

4. Y.B. Dato' Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan
5.
6. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir
7. Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan
8.
9. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
10.
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

Ketua Nazir Sekolah

Pegawai Perhubungan Awam

2

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KP(BS)8591/Jld.VIII / (67)
2 April 1997

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1997 :
Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri
Sebagai Persatuan Pakaian Seragam Sekolah

Tujuan Surat Pekeliling ini ialah untuk memaklumkan ketetapan Kementerian Pendidikan
Malaysia mengiktiraf kegiatan Seni Bela Diri sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah.
2. Dengan pengiktirafan ini sekolah-sekolah hendaklah menentukan supaya kegiatan
Seni Bela Diri yang diwujudkan di sekolah mematuhi perkara-perkara berikut :

a. Persatuan/Kelab/Pasukan yang ditubuhkan hendaklah bergabung dengan
badan induk yang berdaftar;

b. Kurikulum latihan hendaklah tetap dan diiktiraf oleh badan induk;
c. Sistem pengiktirafan hendaklah jelas dan diterimapakai oleh badan induk;

dan
d. Semua anggota hendaklah memakai pakaian seragam yang lengkap semasa

menjalankan latihan atau di majlis-majlis rasmi sekolah.
3. Sila maklumkan ketetapan ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg.
Dato’/Datuk/Tuan/Puan.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia, Paras 7, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50604 Kuala Lumpur
Tel : 03-2556900 Fax : 03-2535150

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Datuk Haji Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Ketua Unit Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Office of the Director General of Education Malaysia

PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA

Level 7 Block J Damansara Town Centre

50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900

Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld. XIV/(24)
10 Oktober 1998

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 24/1998:
Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti
Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan
Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan

Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan
Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-
guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan
dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan seperti
Polis Di Raja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, atau oleh pertubuhan-pertubuhan
bukan kerajaan yang berdaftar seperti Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Pengakap,
Persatuan Bulan Sabit Merah dan seumpamanya. Narnun demikian, penyertaan guru dan
murid dalam aktiviti anjuran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah
dengan pengetahuan dan kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri.

2. Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan semua
Pengetua dan Guru Besar supaya memaklum dan mendapatkan kelulusan Pengarah
Pendidikan Negeri terlebih dahulu, sebelum guru dan murid dibenarkan menyertai aktiviti-
aktiviti anjuran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

3. Sehubungan dengan itu, Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil perhatian
terhadap perkara-perkara seperti berikut.

(a) Pelepasan guru dari tugas-tugas hariannya tidak akan menjejaskan perjalanan
dan pengurusan sekolah.

(b) Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari.

(c) Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau
penjaga.

(d) Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses
persekolahannya.

(e) Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid.

(d) Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan.

1

4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pengetua dan
Guru Besar di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.
Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2.
Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
3. Timbalan Menteri Pendidikan

4. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
5. Timbalan Menteri Pendidikan
6.
7. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
8.
9. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

Ketua Nazir Sekolah

Pegawai Perhubungan Awam

2




Click to View FlipBook Version