The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuraini.mdsaad, 2022-08-08 22:37:49

PenulisanKajianKKBB2021

PenulisanKajianKKBB2021

Keywords: PenulisanKajianKKBB2021

2.3.3 Kemahiran Insaniah

Aspek kemahiran insan perlu diterap bagi melengkapi aspek kemahiran teknikal. Kemahiran
Insaniah adalah kemahiran generik. Kemahiran insaniah menjurus kepada penguasaan seseorang
dalam kemahiran yang terfokus kepada pembangunan ketrampilan diri, personaliti dan
kemanusiaan. Kemahiran insaniah yang dapat menampil nilai personaliti yang tinggi seperti daya
kepimpinan, kebolehan bekerjasama secara berpasukan, pemikiran kritis, kemahiran menyelesai
masalah, etika dan moral professional. Selain daripada itu, kemahiran insaniah juga merangkupi
komunikasi, kebolehan untuk mengurus, bersifat fleksibel, mempunyai kesungguhan, jati diri,
sentiasa bersifat proaktif mengikut kehendak semasa (Paadi, 2014). Graduan lepasan kolej
komuniti telah melalui satu fasa khusus dalam melengkapkan diri dengan kemahiran teknikal
berupa pengetahuan di dalam disiplin khusus sepanjang pengajian juga. Berlandaskan kehendak
industri, pelbagai usaha dijalankan dalam memperkasa kurikulum pengajian bagi menambah baik
kebolehpasaran dengan penekanan kepada kemahiran generik.

Saunders dan Zuzel (2010) menegaskan bahawa kebolehpasaran graduan bukan berpusat kepada
kebolehan untuk mendapat pekerjaan. Apa yang lebih penting adalah untuk graduan memindahkan dan
mengaplikasikan pengetahuan daripada menara gading kepada alam pekerjaan sebenar. Pada
keseluhannya, para majikan meletakkan tahap kepentingan yang tinggi terhadap keperluan graduan
untuk menguasai tahap pengetahuan, kemahiran insaniah serta keupayaan untuk bekerja dalam
kumpulan (Al-Mutairi et al., 2014). Kajian tracer study bagi graduan kolej komuniti di Malaysia
menunjukkan tahap kebolehpasaran yang tinggi, iaitu pada tahap 80% (2014). Ini merupakan tahap yang
boleh dibanggakan, berbanding dengan pelbagai kajian di beberapa negara lain yang mendapati para
graduan mereka mengalami kesukaran untuk memperoleh pekerjaan.

98

Kini, kemahiran generik menjadi keutaamaan di tempat kerja (Paadi, 2014). Kewajaran untuk
menguasai pengetahuan, kompetensi serta kebolehan untuk mengenal pasti kemahiran generik menjadi
keperluan bagi membentuk asas kepada kebolehpasaran graduan (Adebakin et al., 2015; Makki et al.,
2015; Hamilton et al., 2015). Malah, pelbagai dapatan kajian telah juga menyarankan bahawa graduan
perlu memaksimakan tahap kebolehpasaran masing-masing dengan menyeimbangankan kombinasi
antara kemahiran teknikal dan kemahiran generik. Graduan juga perlu mempersiapkan diri dengan ciri-
ciri kesedaran dan minat terhadap kecerdasan emosi, empati dan kemahiran kakitangan adalah aspek
yang terdapat dalam kemahiran insaniah (Hamilton et al., 2015; AL-Mutairi et al., 2014; McLean et al.,
2015).

Kemahiran insaniah merupakan menggabung pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang
perlu di aplikasi oleh pekerja dalam kehidupan seharian (Tickle & Louise, 2013). Aspek kemahiran insaniah
perlu diterap bagi melengkapi aspek kemahiran teknikal. Kemahiran insaniah menjurus kepada
penguasaan seseorang dalam kemahiran yang terfokus kepada pembangunan ketrampilan diri,
personaliti dan kemanusiaan. Kebanyakan kemahiran insaniah dapat menampil nilai personaliti yang
tinggi seperti daya kepimpinan, kebolehan bekerjasama secara berpasukan, pemikiran kritis, kemahiran
menyelesai masalah, etika dan moral professional (Lowden et al., 2011). Kemahiran insaniah memfokus
kepada pembangunan kendiri pelajar yang boleh mendorong dan melahir minat, motivasi dan semangat
dalam organisasi. Kemahiran insaniah perlu diterap bagi melengkapi aspek kemahiran teknikal (Vathsala
Wickramasinghe & Lasantha Perera, 2010). Pihak pengurusan atasan perlu mengatur program kemahiran
insaniah secara berkala dan mengikut keperluan semasa pelajar. Pada masa yang sama, persekitaran
organiasi memerlukan program kemahiran insaniah bagi memberi keyakinan diri dan motivasi kepada
pelajar.

99

2.3.4 Kepuasan Majian

Cabaran yang lebih besar lagi ialah untuk menyediakan modal insan yang benar-benar diperlukan oleh
industry dan menepati kepuasan majikan. Menurut Siti Zaleha et al. (2017), matapelajaran yang
ditawarkan oleh institusi pengajian di Malaysia perlulah memenuhi keperluan industri. Seringkali
dibangkitkan tentang graduan yang tidak mempunyai cukup kemahiran dan tidak menepati kehendak
industri yang bakal mereka ceburi. Banyak dakwaan mengatakan bahawa graduan di Malaysia sukar
mendapatkan pekerjaan kerana tidak memenuhi keperluan majikan dari segi kemahiran (Siti Zaleha et al.,
2017). Pengangguran dalam kalangan graduan adalah fenomena di banyak negara dan ini mungkin
disebabkan oleh beberapa faktor seperti kadar pertumbuhan ekonomi yang perlahan, permintaan industri
yang berubah di luar jangkaan dan graduan yang dihasilkan tidak sepadan dengan permintaan industri.

Pendapat Marlina dan Shaharom (2016) menyatakan bahawa kajian yang telah dijalankan oleh
Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada tahun 2005 mendapati terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan siswazah gagal mendapatkan pekerjaan. Faktor utama yang disenaraikan oleh majikan ialah
kemahiran komunikasi, manakala pencapaian akademik berada di tangga kelapan. Menurut Azah, Farah
Liza dan Haryati (2010), masalah pengangguran dalam kalangan graduan universiti sering dikaitkan
dengan isu kekurangan dan kelemahan graduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi pengajian itu sendiri.
Kurikulum di institusi pengajian tempatan juga dikatakan tidak memenuhi keperluan dan tuntutan
pasaran kerja sektor swasta yang menyediakan 90 peratus peluang pekerjaan di negara ini. Masalah asas
yang dihadapi graduan universiti tempatan untuk mendapat pekerjaan ialah kelemahan berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris, menggunakan komputer, berinteraksi dengan kaum lain, berkerja secara
berpasukan serta kesanggupan mereka bekerja di luar waktu tugas rasmi

Kini, majikan bukan sahaja melihat kepada kelayakan akademik semata-mata tetapi juga melihat
kepada keupayaan atau kemahiran graduan dari aspek spiritual dan keusahawanan. Azah et al. (2010)
telah mengupas permasalahan isu kemahiran yang perlu dimiliki oleh graduan di samping mempunyai
kelulusan akademik yang baik. Penemuan kajian mereka mendapati graduan yang mempunyai kemahiran
insaniah yang tinggi seperti berkebolehan bekerja sendiri, kemahiran teknologi maklumat, kepimpinan,
mudah menyesuaikan diri dan kemahiran intelektual telah membantu graduan untuk mendapatkan
pekerjaan dalam tempoh singkat. Menurut Gunn et al., (2010), kebolehpasaran graduan merujuk kepada
kemahiran yang meliputi personaliti, kemahiran interpersonal dan juga sikap dan tingkah laku yang baik.
Ia menyatakan bahawa dalam keadaan dunia pekerjaan yang sentiasa berubah, para majikan industri

100

memerlukan para pekerja yang lebih kreatif, fleksibel, dan mempunyai kemahiran interpersonal yang
tinggi. Banyak kajian kebolehpasaran graduan yang dijalankan oleh para penyelidik terdahulu mendapati
majikan memerlukan pekerja yang mempunyai sikap positif, kemahiran efektif, kemahiran menyelesaikan
masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran bekerja dalam kumpulan, berdaya usaha,
interpersonal dan juga kemahiran memimpin (Greenan, Wu, Ramlee, & Ncube, 2008; Kutscher, 2010;
Lankard, 2014; Mobley, 2015).

2.4 Rumusan
Pengetahuan, kemahiran dan kemahiran insaniah perlu seiring dalam kebolehkerjaan dan merupakan
indikator yang penting dalam dunia pekerjaan hari ini. Para pekerja hari ini tidak dapat dianggap lengkap
atau tidak berketrampilan jika mereka hanya memiliki kemampuan teknikal yang baik tanpa pengetahuan
dan kemahiran kebolehkerjaan. Dengan kemahiran kebolehkerjaan akan mendapat peluang pekerjaan
lebih luas, berkekalan dan seterusnya berjaya dalam pekerjaan. Dengan penerapan kemahiran
kebolehkerjaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan membantu pelajar sebagai persediaan
untuk menghadapi alam pekerjaan kelak.

101

3. METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan metodologi penyelidikan dan prosedur yang digunakan bagi kajian yang dijalankan.
Metodologi merupakan satu perkara yang penting dalam menjalankan sesuatu penyelidikan untuk
mendapatkan maklumat yang tepat dan kesahan yang tinggi. Menurut Mohd Majid (2010) metodologi
merupakan kaedah yang penting untuk memperoleh maklumat dan seterusnya mendapatkan keputusan
dalam sesuatu kajian. Sehubungan itu, bab ini memfokus kepada perbincangan mengenai populasi,
pengukuran, pembentukan soal selidik, pengurusan soal selidik dan data analisis.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kaedah kuantitatif menggunakan analisis deskriptif kerana kajian ini dapat memperihal tentang sesuatu
perkara dengan mengambil kira pelbagai aspek dan faktor yang perlu dinilai. Mohd Majid (2010)
menjelaskan penyelidikan deskriptif adalah satu bentuk penyelidikan yang bertujuan untuk mengumpul
maklumat dan menerangkan apa yang sedang berlaku. Ini adalah selaras dengan apa yang dinyatakan
oleh Ahmad Munawar & Mohd Nor Shahizan (2014) iaitu kajian berbentuk deskriptif dapat memberi
gambaran atau maklumat mengenai sesuatu keadaan pada suatu masa tertentu, di samping membantu
membuat perancangan pada masa akan datang. Ia sesuai digunakan dalam kajian ini kerana dapatan
kajian ini merupakan maklumat peristiwa yang sedang berlaku dan boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah yang berkaitan untuk masa akan datang.

Menurut Majid (2010), sesuatu penyelidikan berbentuk deskriptif dapat menerangkan dan
memperincikan sesuatu fenomema yang berlaku. Pendapat Al-Mansor (2012) pula mendefinisikan
statistik perihalan sebagai statistik yang difokuskan kepada usaha menghurai, meringkas dan menerang
data. Stastistik analisis melibatkan transformasi data mentah kepada bentuk yang mengandungi
maklumat yang menerangkan satu set faktor di dalam sesuatu keadaan. Ini boleh dilaksanakan dengan

102

memanipulasikan data mentah yang dikumpul. Peratusan dan sisihan piawai dihasilkan dalam bentuk
graf, carta dan jadual.

3.3 Populasi dan Persampelan
Dalam kajian ini, populasi adalah sebanyak 20 majikan yang tersenarai dalam direktori pengesanan
graduan Kolej Komuniti Malaysia. Kajian telah dilaksanakan secara kuantitatif dengan membuat tinjauan
ke atas sampel majikan graduan kolej komuniti. Penyelidik menggunakan teknik pensampelan rawak
dalam pemilihan sampel kajian. Pemilihan kaedah ini dibuat untuk memastikan sampel kajian dapat
mewakili populasi majikan di sesebuah kolej komuniti. Jumlah saiz majikan adalah berdasarkan jadual
penentuan saiz sampel oleh Krejecie dan Morgan (1970) dengan aras keyakinan 95% seperti di Jadual
3.1. Min sampel menyamai min populasi sebanyak 95% bermakna kemungkinan penyelidik melakukan
kesalahan dalam menganggarkan kesamaan min sampel terhadap min populasi hanya 5% (Cohen, 2011).
Sebagai contoh jika jumlah populasi majikan adalah 100 maka sempel kajian adalah 80 sampel majikan
sahaja.

Jadual 3.1 Jadual Penentuan Sampel Populasi

(Sumber : Krejcie, R., & Morgan, D. (1970).
103

Justeru, kajian ini akan menggunakan 20 majikan yang telah dipilih secara rawak mudah. Ini untuk
memastikan sampel yang terpilih mewakili populasi industri yang sebenar.

3.4 Pengumpulan Data

Kajian soal selidik yang dibentuk dari bahagian sebelum ini, digunakan sebagai alat pengumpulan data.
Borang soal selidik yang digunakan untuk kajian ini mengandungi tiga bahagian utama. Bahagian A terdiri
dari maklumat latar belakang syarikat, Bahagian B pula mengenai maklumat umum graduan Kolej
Komuniti dan Bahagian C lebih kepada penilaian aspek kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah.
Soal selidik tersebut telah dihantar dan diemel kepada majikan dan dibuat tindakan susulan melalui
panggilan telefon untuk memastikan majikan benar-benar menerima instrumen yang telah dihantar.
Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri juga disediakan bagi tujuan penghantaran semula borang
soal selidik yang lengkap diisi.

3.5 Rekabentuk Soal Selidik

Menurut Chua (2013), intrumen soal selidik popular bagi memperoleh data untuk tujuan menghurai sikap,
pandangan, kepercayaan, perasaan dan tingkah laku. Instrumen soal selidik juga memudah responden
memberi kerjasama berbanding dengan kaedah yang lain (Babbie, 2010). Soal selidik juga merupakan
mekanisme pengumpulan data yang berkesan apabila pengkaji mengetahui apa yang diperlukan dan
bagaimana mengukur konstruk selain daripada data yang dikumpul adalah terkini dan fleksibel serta
melibatkan sampel yang besar (Sekaran & Bougie 2013. Meskipun Sekaran dan Bougie (2013)
menyarankan supaya penyelidik mengguna pakai instrumen sedia ada.

Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah soal selidik yang diadaptasi dari Franchak
dan Smiley (1981), Jones (1981) dan NAIT Employer Satisfaction Survey (2000). Bahasa dan susunan item

104

walau bagaimanapun telah dimodifikasi berasaskan kesesuaian persekitaran tempatan. Item baharu telah
dimurnikan kerana instrumen kajian terdahulu didapati tidak menyeluruh dalam aspek pengukuran item.
Pembangunan soal selidik dalam kajian ini dilakukan berdasarkan reka bentuk Sekaran dan Bougie (2013)
seperti pada Rajah 3.1.

Tentukan jenis soal selidik & kaedah
pentadbiran

Pastikan format jawapan bagi setiap soalan

Tentukan perkataan dan ayat yang sesuai
bagi setiap soalan bagi setiap item

Tentukan susunan soalan
Periksa semula langkah dan tambahbaik

jika perlu
Kajian rintis dan tambah baik soalan jika

perlu untuk kajian sebenar

Rajah 3.1 Reka bentuk pembangunan soal selidik

3.5.1 Pengukuran Item

Soal selidik dibentuk dengan mengambil kira semua pembolehubah yang dibincangkan di dalam kajian
literatur. Sebelum pengumpulan data dan kajian sebenar dijalankan, pengenalan tentang tujuan kajian
dinyatakan bersama di dalam borang soal selidik yang telah diedarkan. Responden juga diberitahu
bahawa semasa kajian ini dijalankan, maklumat lain yang berkaitan juga akan dikumpulkan. Responden
diberi keyakinan bahawa maklumat yang diberikan akan digunakan hanya untuk tujuan penyelidikan.
Responden diminta memberi jawapan yang jujur dan secara sukarela. Sumbangan penyertaan mereka
amat dihargai dan juga penting bagi kajian ini.

105

Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah soal selidik yang mengandungi tiga
konstruk dengan 17 item. Bahagian A soal selidik merangkumi maklumat latar belakang syarikat atau
responden yang mengandungi empat item. Bahagian B iaitu berkaitan maklumat umum graduan dan
mempunyai tujuh item. Bahagian C berkaitan kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah dan
mempunyai bilangan item keseluruhan sebanyak 17. Di bahagian yang terakhir soal selidik, sebanyak
empat belas item maklumat persepsi majikan terhadap kemahiran generik graduan kolej komuniti.
Pembahagian item mengikut soal selidik yang telah diadaptasi ditunjukkan dalam Jadual 3.2. Item soal
selidik ini diukur dengan menggunakan Skala Likert. Penggunaan Skala Likert dipilih kerana
mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi (Chua et al., 2013) Skala Likert yang digunakan
ialah (1) Sangat Rendah, (2) Rendah, (3) Sederhana, (4) Tinggi, dan (5) Sangat Tinggi.

3.6 Kajian Rintis

Menurut Sherri (2014), kajian rintis mampu memberikan peluang kepada responden untuk memberikan
komen terhadap kekurangan, kekeliruan dan kekaburan bahasa instrumen. Chua (2009) menyatakan
kajian rintis berupaya meningkatkan kesahan kandungan yang bertujuan memantapkan bahasa dan
struktur ayat serta memastikan penyataan yang dikemukakan menepati pengalaman responden. Hasil
daripada kajian rintis membolehkan penyelidik membuat pengubahsuaian daripada kelemahan yang telah
dikenal pasti. Menurut Douglas (2015), pengujian tahap kesahan instrumen adalah penting untuk
memastikan item yang dibuat adalah bersesuaian dengan responden yang hendak diuji.

Menurut Mohd Najib (2003), kajian rintis diguna untuk menentukan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen, ia juga digunakan untuk menguji kaedah terbaik mentadbir instrumen,
mengenal sampel dan kesesuaian kaedah analisis. Dengan menjalankan kajian rintis, item-item alat ukur
dapat diuji nilai kesahan dan kebolehpercayaan (Douglas, 2015). Oleh sebab itu, bagi memastikan
instrumen kajian yang digunakan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan, satu kajian rintis telah
dijalankan sebelum kajian sebenar dilaksanakan. Selepas penyemakan, pengubahsuaian dan pemansuhan
terhadap item-item soal selidik yang tidak bersesuaian telah dilakukan.

106

Bilangan responden dalam kajian ini adalah memadai kerana Douglas (2015) menyatakan
bilangan responden yang sesuai dalam kajian rintis bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen soal
selidik ialah antara 25 hingga 100. Pendapat Gay (2006) pula berpendapat, bagi kajian deskriptif sebanyak
10 peratus sampel yang diperlukan daripada populasi kajian. Data kajian soal selidik diproses dengan
mengguna perisian komputer SPSS.

3.7.1 Ujian kebolehpercayaan

Ujian kebolehpercayaan digunakan untuk mengukur bagi memastikan konsisten atau kestabilan skala
(Sekaran & Bougie, 2013). Ukuran kebolehpercayaan yang menggunakan koefisyen alpha Cronbach
kemudiannya digunakan bagi mendapatkan ukuran berbilang item untuk menjamin bahawa ukuran
kajian mempunyai ciri psikometrik yang diingini. Kebolehpercayaan menggambarkan darjah ketekalan
sesuatu pengukuran. Semakin hampir nilai koefisien alpha cronbach (α) dengan 1. Maka nilai
kekonsistenan kebolehpercayaan dalaman dan nilai-nilai di antara 0.6 hingga 0.7 boleh diterima dan nilai
yang tinggi dari 0.8 boleh dianggap baik (Sekaran & Bougie, 2013). Berdasarkan Hair et.al, (2014), nilai
yang boleh diterima adalah lebih daripada 0.50.

Menurut Gay (2006) bilangan minimun yang majikan adalah seramai 15 orang. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa kebolehpercayaan bagi item-item dalam soal selidik ini adalah tinggi dengan nilai
alpha cronbach melebihi 0.7 (α > 0.7) (Pekrun et al., 2011).
3.8 Kesahan Instrumen Kajian

Gay (2014) mendefinisikan kesahan isi kandungan sebagai darjah di mana ujian pengukuran di dalam
bidang kandungan yang dikaji. Kesahan isi kandungan merangkumi kesahan item dan persampelan. Gay
(2014) juga menyatakan bahawa kesahan item akan menentukan sama ada item-item yang digunakan
mewakili pengukuran dalam bidang yang dikaji manakala kesahan persampelan menentukan sejauh
mana sampel yang diuji adalah baik dengan kandungan bidang. Sekiranya tujuan kajian adalah untuk
merumuskan mengenai kandungan bidang berdasarkan pencapaian item yang diuji maka kesahan
kandungan yang bersesuaian diperlukan. Kesahan isi kandungan tidak dinilai menggunakan pengukuran
kuantitatif dari perisian komputer tetapi ianya dinilai oleh pakar- pakar. Menurut Cohen (2011) pula,

107

kesahan kandungan instrumen merujuk kepada sejauhmana instrumen yang digunakan mampu
mengumpul data yang diperlukan dalam kajian yang dijalankan. Pendapat ini adalah selari dengan
pendapat Mohd Majid (2000) yang menyatakan bahawa isu kesahan penting untuk menunjukkan kajian
yang dijalankan bukannya semata-mata untuk memenuhi kehendak diri penyelidik, tetapi membenarkan
penyelidik untuk menguji keterangan data yang berbeza. Untuk mendapatkan kesahan, penyelidik perlu
merujuk kepada beberapa pakar untuk memperbaiki soal selidik yang telah dibina. Dalam kajian ini untuk
mendapatkan kesahan instrumen dari segi kesahan kandungan, bahasa dan istilah serta kesahan luaran,
penyelidik telah merujuk dan berbincang dengan beberapa orang yang terdiri daripada pakar bidang dan
pensyarah. Pertemuan dengan pakar dijalankan dalam beberapa sesi dan item-item yang kurang
menepati kandungan, struktur ayat, penggunaan bahasa dan istilah yang mengelirukan digugurkan atau
diubah bagi memastikan maksud item tersebut tercapai.

3.9 Proses Pengumpulan Data

Soal selidik telah dihantar dan diemel sendiri oleh penyelidik dan dibuat susulan melalui telefon bagi
mendapatkan tindak balas yang baik. Menurut Sekaran & Bougie (2013), soal selidik yang
diselenggarakan secara bersemuka akan memberi reputasi yang baik dan dapat memotivasi responden
serta sekaligus dapat mengurangkan kekeliruan semasa mengisi borang soal selidik tersebut.

Soal selidik yang dihantar disertakan dengan surat iringan yang mengandungi kenyataan
menyatakan kepentingan kajian dan jaminan kerahsiaan ke atas maklumat yang diberi, supaya wujudnya
kepercayaan antara responden dan penyelidik. Sebanyak 30 borang soal selidik telah dihantar kepada
responden. Bagi memaksimakan kadar maklum balas, penyelidik juga membuat panggilan telefon ke
sebahagian daripada responden sebagai peringatan. Akhirnya sebanyak 20 borang soal selidik telah
dikembalikan mengikut tempoh yang ditetapkan. Soal selidik tersebut seterusnya digunakan untuk
tujuan analisis.

108

3.10 Analisis Data

Kaedah kuantitatif yang digunakan bagi kajian ini yang merangkumi tinjauan soal selidik. Data yang
dikumpul telah di analisa menggunakan program SPSS 23 dengan menggunakan statistik deskriptif seperti
min dan sisihan piawai untuk menjawab setiap persoalan kajian yang diutarakan di dalam Bab 1.
Penggunaan jumlah skor digunakan berbanding dengan skor individu. Ini disebabkan oleh kesahan dan
ketepatannya adalah lebih tinggi berbanding dengan skor secara individu (Creswell, 2014). Berdasarkan
Jadual 3.3, jika skor min sesuatu item menunjukkan julat di antara 1.00 sehingga 2.33 pengkaji
mengandaikan bahawa item berada pada tahap rendah. Jika skor min sesuatu item menunjukkan julat di
antara 2.34 sehingga 3.67, pengkaji mengandaikan bahawa item berada pada tahap sederhana dan
sekiranya skor min sesuatu item menunjukkan julat di antara 3.68 sehingga 5.00, pengkaji mengandaikan
bahawa item berada pada tahap tinggi dan sederhana.

Jadual 3.2 Intrepretasi Julat Min

Kod Kumpulan Julat Tahap

1 1.00-2.33 Rendah

2 2.34-3.67 Sederhana

3 3.68-5.00 Tinggi

Sumber : Wiersma (2000)

3.11 Rumusan

Bab ini telah menerangkan reka bentuk kajian, populasi dan pensampelan, instrumen kajian, prosedur
pengumpulan dan penganalisisan data. Kajian ini merupakan satu kajian penilaian yang menggunakan
data-data kuantitatif. Data yang diperolehi dengan mengguna instrumen soal selidik berstruktur
dianalisis dengan mengguna perisian SPSS dan secara pengekodan bagi menjawab persoalan kajian
seperti yang telah dibincangkan dalam Bab 1.

109

4. ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

4.1 Pengenalan
Bab ini melaporkan dapatan kajian yang telah dilakukan ke atas data yang telah diperolehi daripada
responden. Analisis dilakukan dengan menggunakan SPSS versi 23. Hasil dapatan kajian juga digunakan
untuk menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan iaitu:

1. Mengenal pasti tahap kemahiran graduan KKBB berdasarkan persepsi majikan.
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan graduan KKBB berdasarkan persepsi majikan.
3. Mengenal pasti tahap kemahiran insaniah graduan KKBB berdasarkan persepsi majikan.
Kaeadah analisis deskriptif digunakan dalam kajian ini bagi menerangkan mengenai dapatan kajian. Antara
maklumat yang dipaparkan melalui analisis ini ialah jumlah, nilai min, kekerapan dan nilai sisihan piawai
bagi setiap item yang diuji. Melalui analisa deskriptif ini juga, maklumat demografik responden seperti
bidang dan gaji yang ditawarkan dapat dianalisis oleh perisian. Selain itu, analisi deskriptif yang dijalankan
dapat memberikan nilai purata bagi setiap item. Nilai ini seterusnya dapat digunakan untuk memberi input
kepada pihak yang berkepentingan dalam kajian ini.

4.2 ANALISIS KUANTITATIF

Analisis kuantitatif yang dijalankan melibatkan para responden yang terdiri daripada para majian kepada
para graduan kolej komuniti Bandar Baharu. Sebanyak 27 majikan telah memberi maklum balas melalui
kaji selidik yang dijalankan.

110

4.2.1 PERSEDIAAN AWAL ANALISIS DATA

Data yang diterima telah disemak dan diperiksa bagi mengurangkan sebarang kesilapan semasa proses
analisa dijalankan. Bagi mengurangkan kesalahan, data yang tidak lengkap tidak akan diproses oleh SPSS.
Sebarang persoalan mengenai item-item kajian yang ditimbulkan oleh responden juga berjaya
diselesaikan dengan baik.

4.2.2 KEBOLEHPERCAYAAN

Bagi menentukan sesuatu instrumen kajian itu tepat, bermakna dan mempunyai kebolehgunaan yang
tinggi, instrumen tersebut mestilah mempunyai nilai kesahan. Kesahan bermaksud satu persetujuan
antara percubaan untuk mengukur trait secara maksimum. Kesahan dan kebolehpercayaan adalah satu
kaedah untuk mengukur ketepatan dan kebolehgunaan item-item untuk mengukur pembolehubah-
pembolehubah yang diuji.

Ujian kesahan untuk kajian ini menggunakan pengiraan koefisyen Cronbach Alpha. George & Mallary
(2003), Nunnaly (1978) dan Pallant (2011) menyatakan nilai Alpha Cronbach mestilah melebihi 0.7.
Dapatan analisis alpha cronbach yang dilakukan menunjukkan nilai bacaan bagi kemahiran, pengetahuan
dan kemahiran insaniah adalah melebihi 0.7.

Jadual 4.1 Analisis kebolehpercayaan

Konstruk Bil Item Alpha Cronbach
Kemahiran 6 0.704
Pengetahuan 4 0.738
Kemahiran Insaniah 8 0.755
KESELURUHAN 0.857

111

4.2.3 ANALISIS DEMOGRAFIK
i. Majikan
Analisis demografik bagi dapatan kajian menunjukkan kesemua majikan adalah majikan swasta.

Jadual 4.2 Taburan Majikan

Kebanyakan majikan yang mengambil pelajar-pelajar ini berkerja iaitu sebanyak 40% adalah dari bidang
pembuatan, 20% adalah dari bidang Pembaikan Kenderaan Bermotor dan Motosikal,. Bidang Maklumat
dan telekomunikasi, Perdagangan borong dan runcit serta Perkhidmatan lain masing – masing 10%.
Manakala bidang Pembinaan, Pengangkutan dan Penyimpanan masing- masing 5%. .

Organisasi Kekerapan Peratusan

Swasta 20 100.0
Kerajaan 0 0
Jumlah 20 100

ii. Bidang

Jadual 4.3 Kekerapan mengikut bidang

Bidang Kekerapan Peratusan
Pertanian, Perhutanan dan Perikanan 0 0

Pembuatan 8 40

Pembinaan 15
Pengangkutan dan Penyimpanan 15
Maklumat dan Telekomunikasi 2 10
Pentadbiran dan Khidmat Sokongan 00

112

Pendidikan 0 0
0
Kesenian, Hiburan dan Rekreasi 0 0

Bekalan Air, Pembentungan, Pengurusan Sisa dan 0 10
Aktiviti Pemulihan 0
0
Perkhidmatan lain 2 10
20
Perlombongan dan Pengkuarian 0 0
0
Bekalan Elektrik, Gas, Wap dan Pendingin Udara 0 0
0
Perdagangan Borong dan Runcit 2 0

Pembaikan Kenderaan Bermotor dan Motosikal 4 100

Kewangan dan Insuran/Takaful 0

Pentadbiran Awam dan Pertahanan 0

Kesihatan Kemanusiaan dan Kerja Sosial 0

Fesyen dan Kecantikan 0

Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan 0
dan Minuman

KESELURUHAN 20

iii. Gaji Permulaan

Majoriti dari lepasan kolej komuniti ini iaitu sebanyak 65 % diberikan gaji permulaan antara lingkungan
RM 1001- RM1500. Sebanyak 30% graduan telah mendapat bayaran gaji sebanyak RM 501 – RM 1000.
Terdapat seorang graduan telah menerima gaji permulaan melebihi RM3501.

113

Jadual 4.4 Kekerapan mengikut Gaji

Gaji (RM) Kekerapan Peratus (%)
RM500 dan ke bawah 0 0
RM501-RM1000 6 30
RM1001-RM1500 13 65
RM1501-RM2000 0 0
RM2,001 - RM2,499 0 0
RM2,500 –RM3,500 0 0
RM3,501 dan ke atas 1 5

Jumlah 20 100

4.2.3. Analisis Deskriptif

Bagi mengetahui tahap kemahiran para graduan kolej komuniti, enam item soal selidik telah disertakan
dalam instrumen yang disediakan. Item-item yang disertakan adalah mengenai kemahiran pengurusan
maklumat, menggunakan komputer, memilih teknologi, berfikir secara kreatif dan inovatif, membuat
keputusan serta menyelesaikan masalah. Item-item bagi pengetahuan pula adalah berkenaan
pengetahuan teknikal, teknologi, pengurusan dan bidang tugas. Manakala bagi kemahiran insaniah,
beberapa item berkaitan komunikasi, disiplin, kerjasama, ketelitian, kemahiran bahasa Inggeris, nilai-
nilai murni dan kemahiran usahawan disertakan dalam soal selidik.

i. Kemahiran

Analisis min yang dilakukan menunjukkan nilai min 4.25 dengan sisihan piawai 0.33 iaitu mewakili nilai
baik atau mahir. Kebanyakan pelajar lepasan KKBB telah dikelaskan sebagai berkemahiran oleh para
majikan.

114

Jadual 4.5 Dapatan bagi Konstruk Kemahiran

Item Kemahiran Min S.P
I Kemahiran pengurusan maklumat 4.20 .61

Kemahiran menggunakan komputer dalam pemprosesan 4.10 .55
II maklumat
4.30 .57
III Kemahiran memilih peralatan/teknologi 4.40 .59
IV Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif 4.25 .71
V Kemahiran membuat keputusan 4.25 .63
VI Kemahiran menyelesaikan masalah .33
4.25
Min Keseluruhan bagi Konstruk Kemahiran

ii Pengetahuan
Dari segi pengetahuan, rata-rata pelajar KKBB dikategorikan berpengetahuan dengan nilai min 4.27 dan
sisihan piawai 0.45.

Jadual 4.6 Dapatan bagi Konstruk Pengetahuan

Item Pengetahuan Min S.P
i Pengetahuan teknikal berdasarkan keperluan kerja 4.20 .52
ii Pengetahuan mengaplikasi teknologi 4.25 .63
iii Pengetahuan pengurusan tentang organisasi 4.15 .67
iv Pengetahuan berkaitan dengan bidang tugas 4.50 .60

Min Keseluruhan bagi Konstruk Pengetahuan 4.27 0.45

115

iv. Kemahiran Insaniah
Dapatan analisis menunjukkan secara purata, para pelajar KKBB dikategorikan mempunyai kemahiran
insaniah dengan nilai min 4.35 dan sisihan piawai 0.48.

Jadual 4.7 Dapatan bagi Konstruk Kemahiran Insaniah

Item Kemahiran Insaniah Min S.P
Berdisiplin dalam menjalankan tugas 4.40 .59

i 4.30 .65

Kemahiran Komunikasi Lisan 4.25 .71
ii
4.20 .76
Kemahiran melaksanakan arahan
iii 4.20 .52

Kebolehan bekerja secara berpasukan 4.35 .48
iv
4.55 .510
Kemahiran pengiraan
v 4.50 .76

Ketelitian dalam tugasan 0.38
vi 4.34

Ketepatan Waktu
iv

Mempamerkan ciri – ciri keusahawanan
iiv

Min Keseluruhan bagi Konstruk Insaniah

v. Keseluruhan
Secara keseluruhan, nilai purata yang diperolehi bagi konstruk kemahiran, pengetahuan dan kemahiran
insaniah bagi pelajar KKBB adalah pada tahap 4.28 iaitu berada pada tahap tinggi.

116

Jadual 4.8 Rumusan Keseluruhan

Konstruk Min S.P
Kemahiran
4.25 0.33
Pengetahuan 4.27 0.45
Kemahiran Insaniah 4.34 0.38
Min Keseluruhan 4.28 0.33

117

5. PERBINCANGAN

5.1 Pengenalan
Dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis data dinilai dan dirumus dalam bentuk perbincangan.
Menurut Chua (2013), perbincangan lazimnya merujuk kepada kajian dengan merujuk kepada persoalan
kajian dan hipotesis serta dibanding dengan kajian lepas.

5.2 Pencapaian Objektif
Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif yang dikehendaki iaitu untuk
mengenal pasti tahap kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah dalam kalangan para majikan
terhadap graduan kolej komuniti Malaysia. Oleh itu, secara khusus tujuan kajian ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti tahap kemahiran graduan KKBB berdasarkan persepsi majikan.
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan graduan KKBB berdasarkan persepsi majikan.
3. Mengenal pasti tahap kemahiran insaniah graduan KKBB berdasarkan persepsi majikan.

Kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya kepuasan majikan terhadap tahap kemahiran graduan
KKBB adalah tinggi iaitu nilai min 4.28. Dapatan ini selari dapatan kajian Makki et al. (2015) yang
merumuskan graduan yang berkeupayaan menguasai kemahiran mampu memperoleh pekerjaan dan
menepati kehendak pekerjaan. Justeru objektif kajian dapat dicapai.

Item-item yang diukur termasuklah tahap prestasi kerja secara keseluruhan, tahap kemahiran
teknikal, pengetahuan teknikal serta tahap kualiti kelayakan graduan KKBB dalam bidang pekerjaan lain
pada tahap yang boleh diterima oleh majikan masing-maisng. Keputusan ini juga menunjukkan usaha yang
dilakukan oleh pihak KKBB dalam meningkatkan kualiti graduan telah menampakkan hasil. Hasil dari
kolaborasi pihak industri dalam program-program seperti program jemputan pensyarah industri, program
sangkutan pensyarah, serta penilaian projek pelajar oleh industri telah memberi impak yang positif dalam
menjamin kualiti para graduan.

118

5.3 Sumbangan dan Impak

Kajian kepuasan majikan ini memberi impak kepada pihak perkepentingan dalam bidang pengajian kolej
komuniti. Antara pihak-pihak yang mendapat manfaat dari dapatan dan rumusan kajian adalah pihak
KKBB, industri, majikan dan pelajar.

5.3.1 Kementerian

Dapatan kajian ini dapat memberi pihak kementerian satu data yang konkrit yang menunjukkan index
kepuasan majikan terhadap graduan kolej komuniti. Pencapaian kolej komuniti sebagai salah satu akses
pendidikan dan institusi TVET dalam membekal modal insan separa profesional kepada negara dapati
diukur. Item kemahiran dan pengetahuan teknikal serta kemahiran generik yang telah dinilai oleh majikan
telah dapat membuktikan graduan kolej komuniti yang seimbang dari segi pengetahuan dan rohani.
Dapatan kajian ini juga membolehkan kementerian mengenalpasti bahawa arah tuju kolej komuniti
adalah selari dengan lonjakan pertama dan keempat PPPM (PT) 2015-2025.
5.3.2 Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025)

Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) diselaraskan bersama lima aspirasi yang
dinyatakan dalam PPPM (PT) iaitu akses, kualiti, ekuiti, dan kecekapan. PPPM (PT) memberi kesan yang
besar kepada masyarakt Malaysia kerana pemegang taruhnya meliputi golongan pelajar dan ibubapa,
pengurusan IPT, staf IPT dan kumpulan industri. Kajian ini mengukur tahap kepuasan majikan terhadap
tahap kemahiran teknikal dan pengetahuan teknikal serta kemahiran gererik seperti yang digaris oleh
PPPM (PT) yang mengambil kira atribut pelajar/ graduan dari segi etika dan rohani, kemahiran
kepimpinan, identiti kebangsaan, kemahiran bahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan.

Kajian mendapati beberapa lonjakan di dalam PPPM(PT) berkait rapat dengan objektif dan skop kajian.
Lonjakan pertama iaitu menghasilkan graduan holistik dan seimbang bagi memastikan kemampuan
graduan dalam perubahan pesat ekonomi global hari ini. Dengan ini, sektor pendidikan perlu mengambil
langkah proaktif dalam menyediakan graduan yang bermutu dari segi keterbukaan kepada perubahan,

119

idea-idea baharu dalam melakukan sesuatu serta mempunyai kemahiran menyelesaikan cara-cara baru
dalam melakukan sesuatu serta mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah bagi memenuhi tuntutan-
tuntutan masa kini dan masa depan.

5.3.3 Kolej komuniti Bandar Baharu

Pihak Kolej komuniti Bandar Baharu dapat mengenalpasti kekuatan dan juga kelemahan sistem
pengajaran dan pembelajaran. Walaupun secara keseluruhannya, pihak majikan menilai tinggi graduan
KKBB dari segi kemahiran dan pengetahuan teknikal serta kemahiran generik, tetapi pihak KKBB masih
dapat mengesan ruang yang dapat dipertingkatkan lagi. Seterusnya, mempunyai peluang untuk
meningkatkan mutu pendidikan dari segi teknikal dan kemahiran generik untuk memastikan graduan
KKBB menepati semua kehendak yang diperlukan dalam alam pekerjaan yang dinamik. Justerus menjamin
graduan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.

5.3.4 Industri dan Majikan

Dapatan kajian menunjukkan seramai 100% pihak majikan sanggup menerima graduan KKBB sebagai
pekerja jika terdapat kekosongan. Dengan itu, majikan juga bermanfaat dengan langkah penambahbaikan
yang akan diambil oleh pihak KKBB untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknikal serta
kemahiran generik graduan yang bakal menjadi pekerja mereka yang lebih terlatih. Pasaran pekerja
kemahiran dapat diisi dengan graduan yang menepati keperluan dan kehendak industri tanpa perlu diberi
latihan semula yang melibatkan kos tambahan. Sumber tenaga terlatih ini akan dapat membantu pihak
industri dan majikan untuk bergerak dengan lebih maju selaras dengan PPTM (PT).

120

5.3.5 Pelajar

Pelajar dapat mengetahui keperluan dan harapan majikan terhadap mereka. Dengan itu, pelajar dapat
melengkapkan diri sendiri dengan menambahbaik kelemahan yang didapati dalam dapatan kajian seperti
kemahiran bahasa inggeris, kemahiran analitikal, bekerja secara kumpulan, kemahiran pengurusan,
ketelitian dalam tugasan kerja melalui usaha sendiri dan bantuan pihak kolej komuniti melalui pelbagai
program. Pada masa yang sama perkara ini juga dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar pada masa
depan.

5.4 Batasan Kajian

Kolej komuniti Bandar Baharu menghadapi masalah dalam mendapat maklumbalas dari pihak majikan
untuk membuat kaji selidik ini walaupun pelbagai cara seperti e mel, pos berdaftar, fax serta panggilan
telah dijalankan. Pihak kolej komuniti juga menghadapi masalah untuk menghubungi graduan kolej
komuniti untuk membantu dalam kajian ini, antara sebabnya seperti graduan menukar nombor telefon,
tidak membalas e-mel dan bertukar tempat kerja.
5.5 Kajian Masa Depan
Bagi menyempurnakan kajian kepuasan majikan ini, KKBB bercadang untuk menambahkan bilangan
responden dengan cara meminta bantuan graduan KKBB untuk mengedar borang kepada majikan serta
memulangkannya semasa konvokesyen.
Langkah-langkah lain seperti pengedaran borang kaji selidik kepada pihak majikan yang mengambil
graduan KKBB sebagai pekerja semasa lawatan latihan industri oleh pensyarah pemantauan latihan
industri.
Teknologi baru seperti kajian atas talian, applikasi telefon seperti “whatapp”, “telegram” dan “wechat”
dapat digunakan untuk meluaskan liputan kajian dan seterusnya membantu meningkatkan bilangan
responden dan kebolehpercayaan kajian.

121

6. RUJUKAN

Abbas Tashakkori & Charles Teddlie. (2010). Mixed Methods in Social & Behavioral Research. (Vicki Knight,
Ed.) (2nd ed.). United States of America: Sage Publications.

Abowitz, D. A., & Toole, T. M. (2010). Mixed Method Research: Fundamental Issues of Design, Validity,
and Reliability in Construction Research. Journal of Construction Engineering and Management.
doi:10.1061/(ASCE)CO.1943-7862.0000026

Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. (2014). Kaedah Penyelidikan Islam:Perspektif Islam.
(Ahmad Munawar Ismail, Ed.) (1st ed.). Bangi: Penerbit UKM.

Al-Mansor Abu Said. (2012). Kaedah Penyelidikan Perniagaan (Cetakan Pe.). Dawama Sdn.Bhd, Kompleks
Dawama.

Bilal, M. N. M. & Ummah, M. A. C. S. 2016. A Case Study on the Impact of Internship Training in Finding
Successful Job Placements: With Special Reference to South Eastern University of Sri Langka.
Proceedings of the 3rd International HR Conference, 3(1).

Butcher, Val, Smith, Judith, Kettle, Jane and Burton, Laila (2011). Review of good practice in employability and
Enterprise Development by Centres for Excellence in Teaching and Learning. York: Higher Education
Academy.

Chua, Y. . (2009). Statistik Penyelidikan Lanjutan 1: Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia)
Sdn.Bhd.

Chua, Y. P. (2014). Asas Statistik Penyelidikan. (Y. P. Chua, Ed.) (3rd Editio). McGraw-Hill.

Cremin Colin (2010) “Never employable enough: The (im) possibility of satisfying the boss’s desire,”
Organization, 17(2): pp. 131-149.

122

Creswell, J. W. (2014). Research Design:Qualitatitive, Quantitative and Mixed Methods Approaches.
(Thousand Oaks, Ed.) (3rd ed.). Sage Publications.

Creswell, J., & Clark, P. (2011). Designing and Conducting Mixed Methods Research (2nd editio). SAGE
Publications, Inc.

Cohen, M. (2011). Research Methods in Education. Routledge; 7 edition (April 28, 2011 ).

Douglas A. Lind, William G. Marchal, S. A. W. (2015). Statistical Technique in Business & Economics.
(Douglas Reiner, Ed.) (16th ed.). New York: McGraw-Hill Education.

Esa, A., Selamat, A.S., Padil, S. & Jamaludin, J. (2014). Applications of soft skills in engineering programme
at polytechnic Malaysia. Procedia Social and Behavioral Sciences, 140, 115-120.

Gay et al. (2006). Perceptions of information and communication technology among undergraduate
management students in Barbados. , 2, 6-17. International Journal of Education and Development
Using Information and Communication Technology (IJEDICT), 2, 6–17.

Goodwin & Vicki (2012) “North West Graduate Employability Programme.” York: Higher Education
Academy.

Gunn, V. Bell, S and Kafmann. (2010) Thinking strategically about employability and graduate attributes:
Universities and enhancing learning for beyond university. Enhancement themes. Available at
http://www.enhancementthemes.ac.uk/ documents/G21C/Employability_230210.pdf

Halimahton, M. S. (2011). Kepimpinan Instruksional Menjana Generasi Kreatif dan Inovatif (pp. 1–25).

Hanapi, Z, & Kamis., A. (2017). Analisis perbandingan di antara industri, pensyarah dan graduan terhadap
kepentingan kemahiran teknikal dan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dikuasai oleh graduan
bidang elektrik di kolej komuniti. Humanika, 9(1-5), 67–75.

Hair, F. ., Black, W. ., Babin, B. ., & Anderson, R. . (2010). Multivariate data analysis. Upper Saddle River,
Boston: Pearson.

Jabatan Perdana Menteri. (2010). Perspektif Wawasan 2020. Retrieved from
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/255-perspektif-wawasan-
2020.html
123

John W. Creswell. (2012). Educational Research, Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and
Qualitative Research. Pearson.

Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). ACTIVITIES, 38, 607–610.
Kwok, D., Gujral, M. & Chan, J. 2014. Work readiness: a study of student intern’s self-perception and

supervisor evaluation. International Conference on Teaching & Learning in Higher Education,
National University of Singapore.

Leo, M. 2016. Edu Advisor: What You Didn’t Know About Fresh Graduate Unemployment in Malaysia.
Available at https://eduadvisor.my/articles/what-didnt-know-fresh-graduate-unemployment-
malaysia-infographic/, accessed 19 March 2017.

Little, Brenda M. (2011) “Employability for the workers: What does this mean?,” Education and Training,
53(1): pp. 57-66.

Lowden, Kevin, Hall, Stuart, Elliot, Dely, and Lewin, Jon (2011). Employers’ Perceptions of the
Employability Skills of New Graduates. London: The Edge Foundation.

Machart, R. 2017. The implementation of industrial training in tertiary education in Malaysia: Objectives,
realisations and outputs in the case of foreign language students. International Review of
Education, 63 (1), 103–122.

Ofsted (2010) Good practice in involving employers in work-related education and training.

Pegg, Ann, Waldcock, Jeff, Hendy-Isaac, Sonia and Lawton, Ruth (2012). Pedagogy for Employability. York:
Higher Education Academy

Ramlee Mustapha. (2013a). Transforming Education toward K-Economy in Malaysia. International Journal
for Educational Studies, 6(1). Retrieved from http://educare-ijes.com/transforming-education-
toward-k-economy-in-malaysia/?s=Transforming+Education+toward+K-Economy+in+Malaysia

124

Ramlee Mustapha. (2013b). Transforming Education toward K-Economy in Malaysia. International Journal
of Education Studies.

Rosenberg, Stuart, Heimler, Ronald, and Morote, Elsa-Sofia (2012) “Basic employability skills: a triangular
design approach,” Education and Training, 54(1): pp. 7-20.

Sekaran, U. (2013). Research Methods for Business (4th ed.). Hoboken, New Jersey: John Wiley & Sons.

Sherri L. Jackson. (2014). Research Methods: A Modular Approach (3rd ed.).

Shury,J, Winterbotham, M. Davies, B and Oldfield K with Spilsbury, M. and Constable, S. (2010). National
Employer Skills Survey for England 2009: Main report: Evidence Report 23. IFF Research and UK
Commission for Employment and Skills

Suleman., F. 2016. Kebolehkerjaan skills of higher education graduates: little consensus on a much-
discussed subject. Procedia Social and Behavioral Sciences, 228 (20), 169-174.

Tickle, Louise (2013). “Employability initiative winner: Edinburgh College of Art,” The Guardian, 28
February.

Vathsala Wickramasinghe, Lasantha Perera, (2010) "Graduates', university lecturers' and employers'
perceptions towards employability skills", Education + Training, Vol. 52 Issue: 3, pp.226-244,
https://doi.org/10.1108/00400911011037355

Wesley, S. C., Jackson, V. P. & Lee, M. 2017. The perceived importance of core soft skills between retailing
and tourism management students, faculty and businesses. Employee Relations, 39(1), 79-99.

Zainudin Awang. (2012). Research Methodology and Data Analysis. (S. Dee Sega Enterprise, Subang Jaya, Ed.).
Shah Alam: Penerbit Uitm Press.

Zeyrek, E. Y., & Lester, D. (2008). Cronbach alpha reliability and concurrent validity of the Collett-Lester
Fear of Death Scale in a Turkish sample. Psychological Reports, 102, 706–708.
doi:10.2466/PR0.102.3.706-708

125

KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM SIJIL SERVIS KENDERAAN RINGAN
DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR BAHARU KEDAH

Ts.Tilakiswaran A/L Samurgam
Ts.Kalaivanan A/L Kumaran

Ts.Mohd Fakharul Helmi Bin Mohamad Saad

ABSTRAK

Kertas kajian ini dihasilkan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan program Sijil Servis Kenderaan

Ringan (SKR) di Kolej Komuniti Bandar Baharu (KKBB) terhadap industri semasa. Kajian ini dilakukan untuk

mengukur kerelevanan dan keberkesanan program SKR terhadap majikan(industri) sejak awal

perlaksanaan program SKR yang bermula pada tahun 2006. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan

maklumbalas secara terus dari pihak industri serta cadangan penambahbaikan untuk meneruskan lagi

penawaran program ini. Pengumpulan data diperolehi secara kaedah kuantitatif, dimana borang soal

selidik telah diedarkan kepada pihak industri secara atas talian dengan menggunakan google form. Hasil

dari edaran tersebut, sebanyak 88 industri telah memberi maklumbalas, dimana kesemua respondan

terdiri daripada syarikat tempatan. Kesemua responden telah menyatakan bahawa program SKR masih

relevan dan sesuai dengan peredaran revolusi automotif negara. Sebanyak 98.9% dari responden telah

menyatakan bahawa kandungan program adalah memenuhi sepenuhnya kehendak industri automotif.

Pihak industri berpuas hati dengan tahap kemahiran graduan, melalui cadangan perjawatan yang pelbagai

dalam bidang yang khusus seperti bidang penyelenggaraan kenderaan ringan (87.5%), baik pulih badan

kenderaan (4.5%), Pembekal Alat Ganti Baru dan Lama (1.1%), Pembuatan ( Automotive

Manufacturing) (1.1%) dan lain-lain(5.8%) dengan aras tawaran gaji, iaitu 69.3% pada aras gaji RM1501-

2000. Responden juga berpendapat, 100% graduan dari SKR KKBB berpeluang cerah untuk melanjutkan

pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Secara umumnya, responden bersetuju bahawa program SKR

KKBB dapat menghasilkan graduan yang diingini mengikut kehendak industri. Diharapkan, dapatan kajian

ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang kerelevanan program SKR yang dilaksanakan di KKBB.

1.0 PENGENALAN

126

1.1 Pengenalan
Secara keseluruhannya, 106 buah kolej komuniti yang beroperasi dengan enrolmen sebanyak lebih 23721
(ePelajar, 2018) pelajar mengikuti lebih 134 program pengajian di peringkat sijil, diploma (Work-Based
Learning) dan sijil kemahiran khas bagi pelajar berkeperluan khas.

Kertas kajian ini dihasilkan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan program Sijil Servis Kenderaan
Ringan, setelah 15 tahun ditawarkan.

Kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang di edarkan
secara atas talian menggunakan google form kepada pemegang taruh kolej, terutamanya pihak industri
bidang automotif sekitar Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan juga kepada alumni Sijil Servis Kenderaan
Ringan KKBB.

1.2 Latar Belakang Kajian

Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR) merupakan program tunggal yang ditawarkan di Kolej Komuniti Bandar
Baharu sejak tahun 2006. Program ini membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran
secara teori dan amali dalam bidang penyelenggaraan kenderaan ringan. Bagi memastikan program yang
sedang ditawarkan kekal relevan dengan kehendak guna tenaga negara, kajian dan analisis keberkesanan
program pengajian Sijil Servis Kenderaan Ringan telah dilaksanakan pada tahun ini selaras dengan
Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) (2021–2025).

Program Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR) dijalankan dalam tempoh empat semester di mana tiga
semester pembelajaran berlaku di dalam kampus dan satu semester akhir pelajar akan menjalani latihan
industri. Program SKR yang ditawarkan di Kolej Komuniti mengandungi modul yang memerlukan pelajar
melaksanakan amali menggunakan peralatan dan mesin mekanikal seperti peralatan tangan, alatan
automotif, jentera pengangkat kenderaan dan peralatan khas automotif bagi melengkapkan pentaksiran
dan penilaian mereka. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan dapat
membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Persoalannya, adakah Program Sijil Servis Kenderaan Ringan ini masih
mempunyai permintaan yang tinggi atau relevan dengan kehendak industri pada masa kini? Maka dengan
itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti keberkesanan program Sijil Servis Kenderaan Ringan
(SKR) di Kolej Komuniti Bandar Baharu (KKBB).

127

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Pengenalan

Daripada pemerhatian pensyarah Unit Automotif KKBB, didapati pelajar dari program SKR di KKBB telah
mendapat pekerjaan dalam bidang dengan baik dan cepat. Ini di buktikan dengan Laporan Kajian
Pengesanan Graduan TVET 2018 hingga 2020 Kolej Komuniti Bandar Baharu. Jesteru, persoalan bagi kajian
ini ialah untuk mendapatkan data dari majikan dan alumni bagi membantu pihak KKBB untuk mengetahui
sejauh mana keberkesanan program SKR dan seterusnya mengekalkan kerelevenan penawaran program
ini di KKBB. Secara ringkas, objekti kajian ini adalah bertujuan untuk:

a) Mengenal pasti keberkesanan Program Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR) di Kolej
Komuniti Bandar Baharu, Kedah.

b) Mendapatkan maklumbalas pasaran terkini daripada industri yang berkaitan dengan
program automotif.

2.2 Skop kajian

Kajian keberkesanan program SKR ini merangkumi pihak industri automotif dalam bidang
penyelenggaraan kenderaan. Industri yang terlibat juga merupakan permis pelajar SKR menjalani latihan
industri sebelum ini. Kajian ini menitikberatkan sepenuhnya maklumbalas dari majikan atau industri
automotif serta alumni KKBB di sekitar Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

128

3.0 KAJIAN LITERATUR

Daerah Bandar Baharu dahulunya dicadangkan untuk dinamakan semula sebagai Bandar Crustacea adalah
sebuah kawasan bandar, daerah dan Dewan Undangan Negeri di hujung selatan Kedah, Malaysia. Bandar
Baharu terletak di sepanjang titik sempadan Kedah-Pulau Pinang-Perak, 37 km di tenggara George Town,
ibu negeri Pulau Pinang. Oleh kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Pulau Pinang, Bandar
Baharu juga merupakan sebahagian daripada Greater Penang, gabungan kedua terbesar di Malaysia,
dengan keperluan logistik bandar ini dipenuhi oleh infrastruktur pengangkutan pulau pinang yang
dibangunkan dengan baik. Majlis Daerah Bandar Baharu (Majlis Daerah Bandar Baharu, MDBB) mentadbir
seluruh daerah Bandar Baharu. Ia meliputi kawasan seluas 169.3 km2 dan terdiri daripada tujuh mukim
iaitu Serdang, Kuala Selama, Sungai Batu, Bagan Samak, Permatang Pasir, Sungai Kecil Ilir dan Relau.
Serdang, dalam jarak 20 km pemanduan dari bandar Bandar Baharu yang sebenarnya merupakan bandar
pentadbiran daerah Bandar Baharu. Ia adalah kawasan kerajaan tempatan yang paling selatan dan kedua
terkecil di Kedah.

Dalam merangsang pertumbuhan ekonomi kontemporari, mempunyai modal insan berpendidikan tinggi
merupakan asas kepada peningkatan pesat permintaan terhadap pendidikan (Becker, G.,1994). Modal
manusia atau modal insan merupakan faktor pengeluaran yang penting dalam semua aktiviti ekonomi
melalui pelaburan dalam pendidikan. Norain dan Noriah (2012) menegaskan kepentingan penjanaan
modal insan berpendidikan tinggi perlu diberikan penekanan dalam meningkatkan produktiviti ekonomi
negara. Modal insan yang berpendidikan dihasilkan dari institusi kekeluargaan yang hebat, serta institusi
pendidikan yang cemerlang. Terdapat beberapa buah institusi Pendidikan bertaraf Pendidikan tinggi di
sekitar Bandar Baharu, antaranya ialah Kolej Komuniti Nibong Tebal, Kolej Komuniti Kulim, Kolej Komuniti
Bandar Baharu, Perda Tech Nibong Tebal dan ILP Arumugam Pillai.

Satu-satunya Kolej Komuniti yang terdapat di Daerah Bandar Baharu ialah Kolej Komuniti Bandar Baharu
(KKBB). KKBB menawarkan program sepenuh masa Sijil Servis Kenderaan Ringan sahaja. Manakala Kolej
Komuniti Kepala Batas menawarkan Sijil Animasi 2D, Sijil Teknologi Pembuatan dan Sijil Senibina manakala
Kolej Komuniti Nibong Tebal menawarkan Kulinari. Perda Tech Nibong Tebal memfokuskan kemahiran
dari aspek kejuruteraan dan kemahiran seperti automotif, elektrik dan fesyen serta menyediakan sijil
kemahiran tahap satu hingga tiga.

Kesinambungan tahap pendidikan di daerah Bandar Baharu dilihat amat diperlukan dan harus diberi
perhatian yang serius untuk penjanaan modal insan masyarakat setempat dan keperluan industri.

129

Hala tuju Wilayah Pembangunan Utara atau NCER (2007-2020) telah memfokuskan lima teras utama iaitu
1). pertanian, 2). pelancongan, 3). minyak, gas dan petrokimia, 4). pembuatan dan 5). pendidikan. Antara
teras utama pembangunan NCER adalah memperbanyakkan kemudahan pendidikan terutamanya
institusi pendidikan tinggi, membuka lebih banyak peluang latihan dan merapatkan jurang celik teknologi
maklumat (Remali et. al., 2009). Penubuhan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan kolej komuniti di Utara
Semenanjung iaitu di Daerah Kulim/Bandar Baharu adalah dilihat bertepatan dengan saranan NCER ini
yang pastinya dapat memperkasakan industri yang terdapat di daerah ini.

Berdasarkan unjuran pada tahun 2010, Penduduk di Daerah Bandar Baharu adalah seramai 47,628 orang.
Kepadatan penduduk di wilayah Seberang Perai Tengah 422,900, Seberang Perai Selatan 331,900 dan
Daerah Kerian, Perak seramai 176,683 orang. Jumlah penduduk yang ramai di sekitar 3 daerah ini
merupakan ‘feeder’ untuk mengikuti sijil kemahiran dan seterusnya diploma dalam bidang yang berkaitan
berdasarkan industri yang tersedia ada selaras dengan cadangan penawaran bidang pengajian yang
diperlukan oleh masyarakat dan keperluan industri. Mengikut RMKe-11 dalam menuju negara maju,
kerajaan menyarankan lebih ramai pekerja yang berkemahiran tinggi dalam pelaksanaan dasar Negara,
2016-2020. Oleh sebab itu, kajian keberkesanan program yang ditawarkan di KKBB adalah tepat bagi
memenuhi saranan kerajaan yang mahu menggalakkan lebih ramai penduduk mendapat pendidikan
berbentuk kemahiran dan vokasional dalam usaha untuk meningkatkan peratus rakyat berpendapatan
tinggi yang berasaskan permintaan terkini.

Berdasarkan laporan dari Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), bidang pembuatan
mengungguli senarai bidang yang paling menjadi pilihan dalam pengambilan pekerja. Sebanyak 32436
peluang pekerjaan ditawarkan sepanjang suku tahun ketiga 2020. Ini membuktikan bahawa, bidang
pembuatan dan perkhidmatan merupakan bidang yang sangat relevan untuk ditawarkan dari peringkat
sijil hingga peringkat yang lebih tinggi. Hal ini kerana, peluang pekerjaan dalam bidang pembuatan, tidak
hanya merangkumi jawatan bertaraf professional sahaja, malah, ianya bermula dari jawatan bertaraf
pekerja mahir, dimana graduan lepasan sijil diperlukan untuk memenuhi jawatan tersebut.

130

Rajah 1 : Data dari Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia, suku
tahun ketiga 2020.

Selain daripada itu juga, berdasarkan laporan kebolehpasaran graduan KKBB, peratus menunjukkan
bidang servis kenderaan ringan masih lagi relevan dalam pasaran masa kini walaupun pandemik Covid-19
sudah bermula pada tahun 2020. Peratus kebolehpasaran pelajar lepasan Program Sijil SKR dilihat sangat
cemerlang dengan mengekalkan peratus pencapaian 100% bagi tahun 2018 hingga 2020.

4.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Kajian keberkesanan program SKR KKBB melibatkan hanya data primer. Data primer merupakan data yang
diperolehi daripada maklumbalas soal selidik. Maklumbalas soal selidik ini diberikan oleh responden yang
berautoriti dari industri yang berkaitan. Sebahagian daripada pihak industri ini pernah menawarkan
tempat latihan industri kepada pelajar SKR KKBB. Selebihnya, pernah menawarkan pekerjaan kepada
graduan SKR KKBB.

Di peringkat pra persediaan edaran soalan, penyelidik telah menghubungi pihak industri bagi
memaklumkan pengedaran borang berkaitan graduan SKR KKBB kepada pihak mereka. Borang yang dibina
adalah dalam bentuk elektronik menggunakan platform ‘google form’ kerana dalam bentuk ini mudah
ditadbir dan cepat dalam mendapatkan maklumbalas daripada responden. Soalan yang dibina boleh

131

dikategorikan kepada soalan tertutup dan soalan terbuka. Soalan tertutup, menghadkan kepada jawapan
yang disenaraikan dalam pilihan sahaja. Manakala, soalan terbuka adalah sebarang jawapan boleh
diberikan, malah boleh tanpa jawapan diberikan.

Seterusnya, penyelidik mengedarkan borang soal selidik secara atas talian kepada industri-industri ini
melalui medium emel, telegram atau whatsApp. Biarpun sebanyak 60 borang telahpun diedarkan kepada
pihak industri yang terpilih, namun hanya sebahagian sahaja yang menjadi responden menjawab soalan
yang dikemukakan.

4.2 Responden soal selidik

Statistik responden soal selidik bagi program SKR KKBB adalah seramai 88 orang responden. Setiap
responden adalah pegawai berautoriti dari syarikat atau institusi tempat mereka bekerja.

4.3 Analisis Kajian Pasaran terhadap industri/majikan menunjukkan keputusan seperti berikut:

4.3.1 Bahagian I: Kandungan Program dan Kesesuaian dengan Keperluan Organisasi

Rajah 2: kandungan program dan kesesuaian dengan keperluan organisasi.
Industri Automotif adalah satu bidang yang luas, justeru struktur program bagi SKR KKBB tidak dapat
mencakupi segala keperluan industri keseluruhannya. SKR KKBB menawarkan sijil yang memberikan
kemahiran asas automotif dalam bidang penyelenggaraan kenderaan ringan yang telah dinilai oleh wakil

132

industri dan ahli akademik dari agensi berautoriti memberi kelayakan pensijilan. Justeru, kami di KKBB
berkeyakinan sijil ini diterima oleh pihak industri. Keputusan dari responden mendapati, 98.9% memberi
maklumbalas bahawa sijil SKR KKBB memenuhi keperluan sepenuhnya, dan selebihnya 1.1% responden
berpendapat bahawa memenuhi sebahagian.

Rajah 3: Dapatan program yang ditawarkan sesuai dalam keadaan semasa.
Keseluruhan responden telah menjawab program SKR KKBB adalah sesuai dalam keadaan semasa. Mesej
ini adalah maklumbalas baik daripada pihak industri. Ini mengukuhkan tanggapan kandungan Program
SKR yang ditawarkan menepati kehendak industri dan sesuai dengan peredaran teknologi. Berdasarkan
temubual dengan pelajar yang menjalani latihan industri, didapati bahawa pelajar cukup bersedia dari
segi ilmu dan kemahiran praktikal dalam industri penyelengaraan kenderaan ketika ini. Pemerhatian ini
selari dengan dapatan dalam kajian ini.

Rajah 4 : Dapatan kesesuaia jangka masa pengajian selama 2 Tahun.
Tempoh masa pengajian bagi peringkat sijil selama 2 tahun yang bersamaan 4 semester cukup untuk
mematangkan pembangunan ilmu dan kemahiran pelajar. Tempoh masa pengajian ini adalah selari
dengan penetapan tempoh pengajian kehendak standard programme MQA. Kami di KKBB berkeyakinan
telah menyediakan pelajar yang berkompeten dari segi praktikal dan pelajar yang holistik untuk
memenuhi keperluan industri.

133

Rajah 5 : Dapatan tempoh latihan industri program SKR.

Kursus Latihan Industri yang direka khas untuk membolehkan pelajar mempraktikkan ilmu yang diperolehi
sepanjang pengajian di KKBB untuk diaplikasikan semasa tempoh latihan di industri selama 16 minggu.
Pihak industri memberikan peratusan 100% maklumbalas bahawa tempoh latihan industri selama satu
semester yang dirangka untuk program SKR adalah mencukupi. KKBB sentiasa mengalakkan pelajar dan
industri untuk menerapkan pelajar ke jawatan tetap di firma berkenaan. Sebagai maklumat tambahan,
latihan industri ini adalah sebahagian daripada syarat yang ditetapkan oleh MQA dan MBOT, bagi
mendapatkan syarat kelayakan pensijilan.

4.3.2 Bahagian II: Peluang Kerjaya
Keseluruhan responden menjawab bahawa program SKR KKBB sesuai dengan industri yang mereka wakili
dan telah memberikan maklumbalas dalam bidang-bidang khusus seperti dalam rajah berikut. Ringkasan
bagi jawapan yang diberikan adalah seperti berikut. Jawatan Mekanik Kenderaan adalah yang tertinggi
iaitu 93.2% dan selebihnya adalah seperti jawatan Service Advisor (2.3%), jurujual kenderaan (1.1%),
Operator Perkilangan Automotif (1.1%) dan Mekanik Tayar (1.1%)

134

Rajah 6 : Kesesuaian perjawatan untuk Program SKR di Firma Automotif.
Bagi isu penawaran jawatan pula, responden memberikan respon tertinggi sebanyak 70.5% dimana
berpendapat sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jawatan dapat diisi di firma automotif bagi lepasan Program
SKR. (46.7%). Selain itu, 27.3 % respondan bersetuju berpendapat lepasan Program SKR dapat mengisi 3-
5 jawatan di firma. Ini membuktikan, lepasan graduan Program SKR KKBB mempunyai peluang pekerjaan
yang tinggi, dimana setiap syarikat atau firma bersetuju penawaran sekurang-kurangnya 1 jawatan.

Rajah 7 : Penawaran bilangan jawatan yang bersesuaian untuk lepasan graduan SKR di Firma Automotif.
Aras gaji tawaran kepada graduan SKR KKBB dikelaskan kepada 4 iaitu kurang daripada RM1000, RM1001
hingga RM1500, RM1501 hingga RM2000 dan RM2001 hingga RM2500. Berdasarkan maklumbalas
responden, taburan pada aras gaji RM1501-2000 adalah yang tertinggi merangkumi 69.3% diikuti 23.9%
adalah pada kelas gaji RM1500-2000, dan 5.7% adalah kelas gaji RM2001-2500.

Rajah 8 : Penawaran gaji kepada lepasan graduan Program SKR KKBB.

135

Bagi perkara peluang melanjutkan pelajaran,100% responden bersetuju dan yakin Program SKR KKBB
dapat membantu graduan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Bagi menguji pasaran program SKR KKBB kepada calon pelajar baharu, 100% responden menyokong
penuh bahawa akan membantu memberi galakkan kepada kakitangan atau kenalan untuk mengikuti
program SKR di KKBB. Responden juga berpendapat program SKR KKBB ini boleh membuka ruang untuk
menambah kemahiran dan meneroka teknologi baharu.
Keseluruhan 88 responden menyokong bahawa graduan SKR KKBB adalah sangat diingini oleh pihak
industri. Tahap kompetensi dan kemahiran softskills yang dibina sepanjang program di KKBB, meyakinkan
pihak industri untuk menerima graduan KKBB untuk berkhidmat di firma mereka. Pengiktirafan daripada
badan akreditasi MQA dan MBOT, memberi keyakinan kepada pihak industri hasil lepasan graduan
Program SKR KKBB.

Rajah 9 : Dapatan galakkan daripada kenalan untuk mengikuti Program SKR di KKBB.

136

Rajah 10: Keyakinan pihak industri terhadap penghasilan graduan yang diingini daripada Program SKR
di KKBB.

4.3.3 Bahagian III: Lain-lain
Nilai keusahawanan adalah satu kluster yang ditekankan kepada pelajar Program SKR. KKBB telah
menetapkan sasaran 5% daripada lepasan pelajar memulakan perniagaan sendiri dalam bidang automotif.
Bagi mencapai hasrat berkenaan, kursus-kursus Program SKR telah direka agar melahirkan graduan yang
menceburkan diri dalam keusahawanan. Keseluruhan responden bersetuju 100% bahawa program SKR
KKBB dapat membantu graduan menceburi bidang keusahawanan.

Rajah 11 : Penglibatan pelajar dalam keusahawanan hasil daripada Program SKR.

137

5.0 KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, penyelidik membincangkan kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan analisis data yang
telah dilakukan di dalam seksyen empat. Perbincangan dibuat merujuk kepada persoalan kajian tertumpu
kepada isu samada program SKR KKBB masih mempunyai permintaan tinggi dan relevan dengan industri
semasa.

5.2 Dapatan Analisis dan Implikasi Penerusan Perlaksanaan

Berbalik kepada analisis bagi perkara Kandungan dan Kesesuaian Program SKR KKBB, seperti memenuhi
asas teori dan praktikal, kesesuaian keadaan semasa, jangkamasa pengajian dan tempoh latihan industri
semuanya mendapat maklumbalas yang baik. Secara puratanya, skor bagi keempat-empat item ini
mencapai 99.7%.

Bagi perkara Peluang Kerjaya pula, majoriti responden memberikan bidang dan perjawatan yang khusus
bagi kesesuaian graduan SKR KKBB. Ini menunjukkan reaksi responden yang mengetahui kandungan dan
kesesuaian program dalam bidang kerjaya. Dalam hal ini, industri yang diwakili responden memahami
kemahiran yang disediakan oleh KKBB kepada graduannya. Sebagai tambahan, keseluruhan responden
memberikan maklumbalas positif berkaitan peluang penawaran pekerjaan di tempat mereka.

Manakala, dalam perkara Hal-hal lain, isu yang terkait adalah penglibatan graduan dalam keusahawanan
dan sudut pandang bagi kakitangan industri mengikuti program SKR KKBB dan graduan yang diminati.
Keseluruhan isu-isu ini memberikan skor purata 100% menyokong program SKR KKBB. Responden turut
memberikan maklumbalas terbuka berkait graduan SKR KKBB bahawa nilai menjadi tarikan kepada
industri adalah kerana berkemahiran dan terlatih.

Keberkesanan program SKR KKBB telah dapat dibuktikan melalui kajian ini. Justeru, implikasi bagi
meneruskan penawaran program pengajian ini adalah seperti berikut:

 Tenaga pengajar di KKBB perlu dikekalkan dan diberikan peluang latihan yang luas bagi
mendapatkan kemahiran dalam bidang terkini.

 Infrastruktur dan fasiliti sedia ada perlu dikemaskini mengikut arus perubahan masa agar
program yang ditawar terus berkembang.

 Kurikulum program ini akan bersifat dinamik, yang akan mengalami perubahan mengikut
permintaan industri semasa.

 Penawaran program ini akan terus menyokong keperluan industri dalam membekalkan
tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam industri automotif khususnya bidang
penyelenggaraan kenderaan ringan di Malaysia.

138

6.0 CADANGAN
Berdasarkan kajian ini, beberapa cadangan dapat dikemukakan untuk menjamin penawaran program SKR
sentiasa selaras dengan kehendak industri dan perkembangan teknologi. Antaranya ialah:

i. Mesin dan peralatan yang digunakan untuk proses PdP mestilah selari dengan keadaan
teknologi yang sentiasa berubah dan bertambah maju agar penyampaian kemahiran
pelajar dapat diimbangi apabila mereka bekerja kelak.

ii. Pensyarah perlu sentiasa diberi peluang untuk meningkatkan kemahiran di dalam bidang
automotif menerusi pelbagai kursus yang bersesuaian.

iii. Penyelenggaraan peralatan dan mesin perlu dilaksanakan mengikut jadual bagi
memastikan pelajar mempunyai peralatan yang cukup sepanjang belajar di KKBB.

iv. Penambahbaikan Kurikulum mestilah selari dengan pencapaian Programme Educational
Outcomes dan Programme Learning Outcomes agar kurikulum, kaedah pengajaran dan
kaedah penilaian serta penerapan Outcomes Based Education dalam memantapkan lagi
pelaksanaan Program SKR KKBB.

139

7.0 RUJUKAN

Becker, G. (1994). Human capital: A theoretical and empirical analysis with special reference to education.
Chicago: The East University of Chicago Press.

Norain Mat Lazim & Nooriah Yusof. (2012). Universiti, pembangunan modal insan dan penumpuan ruang
komuniti berpendidikan tinggi di Malaysia: Suatu ulasan kritis. e-Bangi Journal Universiti Kebangsaan
Malaysia. Vol 7(2).

Kertas Strategi 15 RMKe-11. Memacu teknologi dan komunikasi berasakan pengetahuan. Retrieved from
http://rmk11.epu.gov.my

Kertas Strategi 09 RMKe-11. Mentransformasi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional untuk
memenuhi permintaan industri. Retrieved from http://rmk11.epu.gov.my

Kertas Strategi 15 RMKe-11. Memacu teknologi dan komunikasi berasakan pengetahuan. Retrieved
from http://rmk11.epu.gov.my

National Economic Advisory Council (NEAC), New Economic Model for Malaysia
(NEM). Retrieved from http://www.epu.gov.my

Portal Rasmi Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Retrieved from
https://www.ilmia.gov.my/index.php/my/bda-jmi

Laporan Kajian Pengesanan Graduan TVET 2018 Kolej Komuniti Bandar Baharu

Laporan Kajian Pengesanan Graduan TVET 2019 Kolej Komuniti Bandar Baharu

Laporan Kajian Pengesanan Graduan TVET 2020 Kolej Komuniti Bandar Baharu

140


Click to View FlipBook Version