UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
MODUL 1
PENGENALAN APLIKASI KOMPUTER DAN WINDOWS
1
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
PENERANGAN :
PENGENALAN APLIKASI KOMPUTER DAN WINDOWS
1.1 PENGENALAN KEPADA KOMPUTER
Komputer adalah sebuah mesin elektronik untuk menerima data (input). Ia menyimpan data
serta melaksanakan sebarang proses terhadap data dan mengeluarkan keputusan (output).
Komputer yang pertama dicipta pada masa perang dunia kedua. Sejak dari itu komputer
telah mengalami banyak perubahan. Ia telah menjadi lebih murah, lebih kecil tetapi lebih
berkuasa dari komputer terdahulu.
PC merujuk kepada komputer peribadi yang mula-mula diperkenalkan oleh IBM. PC
kemudian diklonkan dan menjadi popular sehingga hari ini. Pada hari ini PC sering disama
ertikan dengan komputer biasa atau komputer peribadi.
1.2 SEJARAH KOMPUTER
Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki dekad 40an. Beribu-ribu
komputer telah dibina dan perkembangan komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi
kelajuan, storan dan ingatan. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer.
Terdapat enam generasi komputer kesemuanya dan setiap generasi mempunyai cirinya
tersendiri.
a) Generasi Pertama (1942-1959)
2
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Ciri-ciri bagi generasi pertama komputer adalah:
i. Menggunakan teknologi tiub hampagas.
ii. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas daripada
pergerak.
iii. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
b) Generasi Kedua (1959-1964)
Ciri-ciri bagi generasi kedua komputer adalah:
i. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampagas. Tiub hampagas adalah
besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang banyak dan dengan itu
mengeluarkan haba serta cepat rosak.
ii. Aturcara yang tidak fleksibel. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu
diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
iii. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan
sahaja.
iv. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
v. Lebih kecil, ringan, murah, tahan lama dan mudah digunakan.
c) Generasi Ketiga (1964 - 1970)
3
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Ciri-ciri bagi generasi ketiga komputer adalah:
i. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu
transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
ii. Atur cara lebih fleksibel.
iii. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin.
Istilah baru perkongsian masa.
iv. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
v. Lebih kuat, utuh dan padat.
d) Generasi Keempat (1970an - 1980an)
Ciri-ciri bagi generasi keempat komputer adalah:
i. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah
Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI ).
ii. Penggunaan mikropemprosesan pada satu serpihan.
iii. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz
ingatan mesin boleh dilaksanakan.
iv. Pengenalan kepada cakera pada ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only
Memory - CD ROM).
v. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.
e) Generasi Kelima (1980 - sekarang)
4
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Ciri-ciri bagi generasi kelima komputer adalah:
i. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas, dan lebih hebat daripada yang sedia
ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap' dan 'berfikir' seperti
manusia.
ii. Memiliki kecerdikan buatan (artificial intelligence) .
iii. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan
membolehkan tugas diselesaikan serentak.
iv. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat
kesimpulan.
f) Generasi Keenam (masa depan)
Ciri-ciri generasi keenam komputer adalah:
i. Komputer jenis maya
ii. Boleh digunakan dimana-mana sahaja
iii. Saiz lebih kecil, lebih ringan dan senang dibawa.
1.3 KOMPONEN ASAS KOMPUTER
Komputer mesti berfungsi dengan wujudnya empat komponen asas seperti gambarajah
dibawah.
Rajah 1.1 menunjukkan empat komponen asas komputer.
5
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Komponen-komponen utama komputer adalah terdiri daripada : -
Peranti input – membolehkan data dan arahan dimasukkan ke dalam komputer.
Contohnya ialah papan kekunci, tetikus, stylus dan pengimbas.
Peranti output – komponen perkakasan yang menyalurkan maklumat kepada
pengguna. Contohnya ialah monitor dan pencetak.
Unit sistem – perkakasan yang mengandungi komponen elektrik komputer yang
digunakan untuk memproses data.
Peranti storan – memegang/menyimpan data, arahan dan maklumat yang akan
digunakan kemudian.
Peranti komunikasi – membolehkan komputer menghantar dan menerima data,
arahan dan maklumat kepada satu atau lebih komputer atau peranti mudah alih
yang lain.
Rajah 1.2 : Perkakasan komputer yang terdiri daripada peranti input, peranti output, unit
sistem, storan dan peranti komunikasi.
6
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
1.4 PENGENALAN KEPADA SISTEM PENGOPERASIAN
Sistem pengoperasian yang lebih mudah disebut OS (Operating System) ataupun dikenali
sebagai pelantar (platform) merupakan sekumpulan program yang mengandungi arahan-
arahan yang berkerjasama untuk menguruskan semua aktiviti sumber peralatan-peralatan
komputer. Sistem pengoperasian boleh dimuatkan dalam cakera keras, cakera optik,
memori flash dan cakera liut serta peranti-storan lain.
Sistem pengoperasian juga diperlukan dalam peralatan tangan seperti telefon bimbit dan
alat kawalan jauh yang mana sistem pengoperasian disimpan dalam cip ROM (Read Only
Memory). Setiap peralatan memerlukan sistem perisian yang berbeza mengikut
kesesuaiannya seperti saiz memori, kegunaannya, peralatan-peralatan yang digunakan dan
saiz komputer.
Windows 7, Windows 8 dan Windows 10 adalah merupakan contoh OS yang diperkenalkan
oleh Bill Gates, dibawah syarikat Microsoft Windows. Selain daripada Microsoft Windows
yang anda kenali, terdapat juga OS lain seperti Unix yang selalu dijalankan di server; Mac
OS X yang dijalankan pada komputer Apple; serta Linux seperti Ubuntu, Fedora dan
Knoppix. Selain itu, terdapat juga OS yang digunakan untuk telefon pintar seperti Android
dan iOS.
Dalam sebuah komputer, OS berfungsi sebagai perantara di antara perisian dan perkakasan.
Ia juga bertanggungjawab dalam mengagihkan sumber komputer seperti memori dan CPU
dan kepada setiap aplikasi yang dijalankan.
Andaikan anda sedang menaip surat menggunakan Microsoft Word. Apabila anda ingin
mencetak dokumen tersebut, OS akan bertanggungjawab untuk menyampaikan arahan dari
Microsoft Word (perisian) kepada pencetak (perkakasan). Interaksi antara perisian dan
perkakasan ini diuruskan oleh OS supaya aplikasi tersebut tidak perlu menguruskannya
sendiri, sekaligus memudahkan pengaturcara membuat aplikasi.
I. Fungsi-Fungsi Sistem Pengoperasian
Berikut adalah fungsi-fungsi OS:
1. Memulakan dan Menutup Komputer
2. Menyediakan Antara Muka Pengguna
3. Menguruskan program
4. Menguruskan Ingatan
7
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
5. Mengkoordinasi Kerja dan Tugas
6. Konfigurasi Peranti
7. Memantau Prestasi
8. Mengawal rangkaian
9. Mengemaskini perisian secara automatik
10. Mengawal keselamatan
11. Mengurus Fail dan Utiliti lain
II. Jenis-Jenis Sistem Pengoperasian
Terdapat perbezaan tujuan sistem pengoperasian berdasarkan keperluan dan
penggunaannya serta reka bentuk.
1. Berdiri-sendiri (stand-alone)
biasanya digunakan oleh kebanyakkan pengguna secara individu.
Komputer ini dikenali sebagai ‘komputer pengguna-akhir’.
Biasanya digunakan dalam komputer peribadi, telefon pintar
2. Pelayan (server)
dibina dengan perkakasan lebih baik agar dapat beroperasi dengan keupayaan
tinggi dan lebih pantas bagi menyediakan perkhidmatan kepada komputer lain
Keupayaan lebih tinggi termasuklah saiz storan besar, ingatan, kelajuan
pemprosesan dan kawalan capaian keselamatan.
Kebiasaannya ia hanya berfungsi khas untuk satu tujuan sahaja dan memberi
perkhidmatan kepada banyak komputer peribadi.
Contohnya, komputer yang berfungsi sebagai pengawal CCTV, server komputer
3. Sistem Perisian tertanam (embedded)
Bagi perkakasan yang dibina untuk tujuan khas
Contohnya, ATM yang khas untuk tujuan urusan kewangan
8
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
III. PENGENALAN KEPADA MICROSOFT WINDOWS
Windows ialah sebuah sistem pengendalian yang dibangunkan dan dipasarkan oleh
Microsoft. Sehingga kini, terdapat pelbagai versi Windows, antaranya Windows 95, Windows
98, Windows ME, Windows NT, Windows XP, Windows Vista, Windows 7, Windows 8 dan
yang terbaru daripada Microsoft ialah Windows 10 yang dilancarkankan pada tahun 2015.
i. Kelebihan dan Kelemahan Microsoft Windows
a) Kelebihan
Antara muka yang lebih mesra pengguna berbanding sistem pengoperasian lain.
lebih banyak menyokong perkakasan luaran seperti kamera video, pencetak,
pengimbas dan lain-lain lagi.
Aplikasi-aplikasi yang boleh dimasukkan juga lebih banyak seperti Adobe,
Dreamweaver dan lain-lain perisian.
sistem pengoperasian Windows adalah sangat popular.
banyak perisian telah dibangunkan untuk dilarikan di dalam persekitaran
Windows.
b) Kelemahan
gangguan virus, penggodam, worm dan lain-lain.
perisian Windows adalah berbayar, berbeza dengan Linux.
Sistem pengoperasian Windows juga seringkali disebut sebagai kurang stabil dan
mudah “hang”.
1.5 PROGRAM UTILITI
Program utiliti ialah sejenis program perisian yang melakukan tugas tertentu, selalunya
berkaitan untuk mengurus dan mengemaskini sistem komputer.
Pencuci cakera (Disk Cleanup) – program yang mampu untuk mencari dan
membuang fail yang tidak diperlukan dalam sistem komputer. Fail yang berada dalam
folder ‘temp’, cookies dan recycle bin merupakan fail-fail yang tidak diperlukan oleh
komputer.
Penyusunan cakera (Disk Defragmentation) – untuk menyusun fail-fail dan rekod
dalam cakera untuk meningkatkan proses capaian cakera dan ruang jumlah storan yang
masih kosong.
9
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Backup and Restore – Program backup mampu membuat salinan fail atau
keseluruhan cakera untuk disimpan sebagai backup ke dalam cakera lain atau cakera
optic. Utiliti restore digunakan untuk mendapatkan atau mengeluarkan semula fail
backup yang telah disimpan dalam bentuk yang termampat.
Firewall – merupakan satu ciri keselamatan bagi melindungi komputer daripada
capaian yang tidak dikehendaki dalam rangkaian.
Program antivirus – Program yang amat penting bagi melindungi komputer daripada
ancaman program atau arahan yang datang dari virus, worm, Trojan dan lain-lain
ancaman.
Penapis internet (Filter) – Program yang menapis dan menghalang sebarang aktiviti
semasa melayari internet.
i. Penapis laman sesawang (webpage filter) – untuk membuat tapisan
terhadap laman web yang sedang dilayari.
ii. Program antispam – digunakan untuk membuat tapisan terhadap sebarang
mel elektronik yang keluar masuk
iii. Penapis Phishing – laman web tiruan yang menyerupai laman web asal
dikenali phishing web. Program anti-phishing diperlukan supaya pengguna
tidak tertipu dengan laman web palsu.
10
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Pemampatan Fail (compress) - utiliti untuk memampatkan satu atau lebih fail
menjadikannya satu fail lain (zipped file). Ini bertujuan untuk mengurangkan saiz storan
yang digunakan.
Pemain Media – berkebolehan untuk memainkan pelbagai bentuk fail audio dan video.
Menulis pada cakera optik (burn CD) – program yang digunakan untuk menyimpan
fail ke dalam cakera optik menggunakan pemacu yang mampu baca tulis pada cakera
(CD atau DVD).
1.6 PERISIAN APLIKASI
Perisian aplikasi ialah satu perisian yang bertujuan untuk membuat tugasan-tugasan di
dalam komputer. Contohnya,membuat surat, memo, laporan, membangunkan persembahan
multimedia, membina laman web, membina rajah, melukis, mengubahsuai imej, merakam,
mengubah baik video, menyediakan fail, bermain permainan komputer secara berseorangan
atau berdua, membuka dan menghantar e-mel dan pelbagai lagi. Perisian aplikasi
mengandungi program yang membantu pengguna dengan lebih produktif. Aplikasi perisian
mempunyai pelbagai kegunaan:
1. Membantu aktiviti perniagaan lebih efisyen
2. Membantu memudahkan projek grafik dan multimedia
3. Membantu penggunaan yang bersifat keluarga, peribadi dan pendidikan.
4. Sebagai kemudahan rangkaian komunikasi
Perisian aplikasi boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu:
1. Perisian Package
perisian yang dihasilkan secara berkumpulan yang memenuhi pelbagai
kehendak pengguna.
Boleh digunakan untuk semua jenis pengguna termasuklah pelajar, pengurus,
suri rumah, usahawan dan lain-lain bentuk pekerjaan.
Contohnya: Microsoft Office
2. Perisian Custom
memenuhi kehendak pengguna secara khusus yang melakukan tugas-tugas
tertentu seperti menyunting video dan gambar.
Perisian custom adalah lebih mahal berbanding perisian package.
Contohnya; AutoCAD, photoshop
11
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
3. Perisian web application
Perisian yang dilayari melalui rangkaian internet
Biasanya, perisian ini adalah percuma
Contohnya, e-mel dan facebook
4. Perisian Open Source
Merupakan perisian yang disediakan untuk digunakan, diubahsuai dan
diagihkan semula.
Kebiasaannya, perisian ini tiada hak pencipta dan boleh dimuat turun
daripada internet tanpa sebarang kos.
5. Perisian Shareware
mempunyai hak cipta yang boleh digunakan tanpa bayaran dalam satu
tempoh tertentu.
Boleh di dalam bentuk percubaan (trial) untuk mempromosikan produk
Contohnya: Avira Antivirus, AVG, Kaspersky
6. Perisian Freeware
Perisian ini mempunyai hak cipta dan tidak mengenakan sebarang kos
kepada pengguna
Pengguna boleh menggunakan keseluruhan perisian ini secara percuma.
Contohnya: Facebook, Avira Antivirus Free Edition
7. Perisian Public-domain
Merupakan perisian yang dihasilkan untuk kegunaan awam dan tidak
mempunyai sebarang had atau batasan dalam hak cipta.
Sesiapa sahaja boleh menyalin perisian ini dan menggunakannya dengan
percuma.
Contohnya; Facebook, Instagram, Twitter, Friendster
Terdapat empat kategori aplikasi perisian iaitu:
1. Perniagaan
2. Grafik dan multimedia
3. Keluarga/peribadi/pendidikan
4. Komunikasi
12
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Jadual 1.1 di bawah menunjukkan aplikasi perisian dengan pelbagai kegunaan umum.
Jadual 1.1: Perisian-perian aplikasi
Perniagaan Grafik dan multimedia Keluarga/peribadi/pendidikan Komunikasi
1. Pemprosesan 1. Rekabentuk
1. Kewangan peribadi 1. Pelayar web
perkataan bantuan komputer
2. Lembaran kerja 2. Penerbitan desktop 2. Penyediaan cukai 2. Penyetujuan
3. Pangkalan data 3. Paint / ubahsuai
4. Persembahan 3. Penerbitan desktop RSS
5. Pengambilan imej
4. Pengubahsuaian 4. Paint/ ubahsuai imej 3. Emel
nota
6. Pengurus foto 5. Pengurusan dan 4. Melayari blog
5. Pengubahsuaian
informasi pengubahsuai foto 5. Mesej segera
peribadi video dan suara
7. Perisian 6. Penciptaan 6. Clip Art / Galeri imej 6. Ruang chat
perniagan untuk
nombor telefon multimedia 7. Pengubahsuai video dan 7. FTP
8. Pengurusan 7. Pembangunan
projek suara 8. Mesej teks,
9. Kewangan Web
10. Pengurusan 8. Rekabentuk rumah gambar dan
dokumen
11. Perusahaan 9. Pengembaraan dan peta video
komputer
10. Rujukan dan pendidikan 9. VoIP
11. Hiburan 10. Persidagan
secara video
RUJUKAN :
1. Shelly, G. B. & Vermaat, M. E. 2010. Discovering Computers 2010. USA: ISE
Course Technology.
2. Morley, D. & Parker, C. S. 2007. 11TH Edition. Understanding computers.
USA: Thomson Course Technology.
3. Baharuddin, A., Mohammad Bilal, A., Jamalluddin, H. & Zaidatun, T. 2001.
Sistem Komputer dan Aplikasinya. Venton Publishing
13
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
MODUL 2
PEMPROSESAN KATA MENGGUNAKAN MICROSOFT
WORD
14
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
PENERANGAN :
PEMPROSESAN KATA MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD
1. PENGENALAN KEPADA MICROSOFT WORD
Microsoft Word merupakan satu perisian pemprosesan kata untuk menghasilkan mengolah
dan menyusun dokumen yang mengandungi teks dan dan kadang kala mengandungi grafik.
Kebanyakkan perisian pemprosesan kata mempunyai fungsi-fungsi asas seperti mencari satu
perkataan antara dokumen, format teks dan mencetak dokumen.
1.1 Ciri-ciri Asas dalam Microsoft Word
Sebelum anda membina fail dalam Microsoft Word, anda dikehendaki mengenali dahulu ciri-
ciri asas yang terdapat dalam Microsoft Word dan kaedah untuk menaip di dalam Microsoft
Word.
Tab Ribbon Quick Access Toolbar Title Bar
Group Scroll
File Tab
Zoom Slider
View Mode
Rajah 1.1 Ciri-ciri asas yang terdapat dalam Microsoft Word
15
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Tab Ribbon - toolbar yang berisi beberapa kumpulan yang terdiri dari pelbagai
arahan yang telah diklasifikasikan dengan kefungsian masing-masing
File Tab - Tab yang berisi sebuah menu pull down seperti: New, Open, Save, Save
As, Print, Close dan lain-lain
Quick Access Toolbar - Toolbar yang berisi butang-butang perintah secara cepat.
Butang-butang adalah sebagai ditambahkan mahapun dihilangkan sesuai dengan
keinginan anda.
Title Bar - nama fail yang sedang dibuka diikuti dengan nama aplikasinya iaitu
dalam hal merupakan perisian Microsoft Word. Apabila pertama kali perisian
Microsoft Office Word, secara automatik akan dikenali sebagai Document 1
Group (Kumpulan) - Terdiri daripada kumpulan beberapa perintah yang sudah
diklasifikasikan sesuai dengan kefungsiannya, perintah-perintah tersebut ditandai
dangan gambar(Ikon)
Scroll (Skrol) – Bertujuan untuk menggulung lembaran kerja ke atas dan ke bawah
View Model (Tumpuan Model) – Digunakan bagi tujuan pengaturan pada
penampilan. Terdapat 5 jenis pilihan penampilan iaitu printout, full screen reading,
web layout, outline dan draft.
Zoom Slider – Digunakan bagi tujuan memperbesarkan atau memperkecilkan
penampilan lembaran kerja.
2. MEMBINA DOKUMEN BARU
Bagi menjana aplikasi Microsoft Word 2010, lakukan arahan berikut :
Klik START > ALL PROGRAMS > MICROSOFT OFFICE > MICROSOFT OFFICE
2010
3
2
4
1
16
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Klik File Tab > New > Blank Document > Create
13
2
4
3. MENGOLAH DOKUMEN
3.1 Memasukkan teks ke dalam dokumen
Apabila pengguna memulakan Microsoft Word, satu dokumen kosong tersedia untuk
anda menaip.Satu bar berkelip-kelip biasa dipanggil Cursor (insertion point) akan
menandakan di mana teks akan muncul apabila anda menaip.
1. Letak cursor di mana anda hendak mula menaip
2. Taipkan teks
3. Word secara automatik akan beralih ke baris seterusnya apabila ia memenuhi margin
kanan. Tekan kekunci ENTER untuk dapatkan perenggan baru.
17
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
3.2 Menanda teks menggukan tetikus (mouse)
Teks Tetikus (Mouse)
Satu item atau sekumpulan teks Drag tetikus di atas teks tersebut
Satu perkataan Letak kursor pada perkataan tersebut dan klik
tetikus 2x
Satu perenggan Letak kursor pada baris tersebut dan klik
tetikus 3x
Satu ayat Letak kursor pada ayat tersebut dan tekan
kekunci Ctrl dan klik tetikus
Satu baris Letak kursor pada sebelah kiri dokumen dan
klik tetikus 1x
Satu perenggan Letak kursor pada sebelah kiri dokumen dan
klik tetikus 2x
Semua teks Letak kursor pada sebelah kiri dokumen dan
klik tetikus 3x
Bagi membatalkan tempat yang Bawa kursor ke tempat lain dan klik sekali
ditandakan
4. FORMAT DOKUMEN
Mengandungi tab HOME , INSERT, PAGE LAYOUT untuk memformat, mengubahsuai dan
mencantikkan dokumen.
18
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
4.1 Tab HOME
Tampal Untuk mengaturkan/ Untuk mencari perkataan
menformatkan perenggan teks atau perenggan dalam
seperti menomborkannya dokumen dan membuat
pengganti perkataan
Potong
Salin Papan Untuk menformatkan/menukarkan
Klip stail-stail performasi teks,warna
dan font dalam dokumen
Salinan
berformat Untuk menformatkan/
mengaturkan teks
Kumpulan CLIPBOARD
- Untuk menampalkan teks, perenggan dan grafik yang telah disalin atau dipotong
Paste Special – Untuk menampalkan salinan sebagai gambaran bitmap yang akan
mengambilkan ruang storan yang besar tetapi ia hanya akan dalam bentuk skrin yang anda
nampak
Paste as hyperlink – Tampalan khas yang disalin dari internet di mana ia boleh
menghubungkan dengan laman web di internet.
(potong) – Untuk memotong teks, perenggan, grafik di dalam dokumen untuk
memindahkan tempat teks atau objek
(salin) – Untuk membuat salinan teks, perenggan dan grafik
- Untuk membuat salinan sebiji-biji dengan salinan asal dari segi format
teks di mana ia merangkumi penjenisan warna, ukuran, jenis huruf dan lain-lain.
19
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Kumpulan FONT Huraian Contoh
Ikon-ikon
Untuk mengubah jenis font yang Times New Roman
Bold (Tebal) akan digunakan dalam dokumen Arial
Italic (Condong) Cooper black
Underline Untuk mengubah saiz teks dalam Font 12
(Gariskan) dokumen
Font 16
Strikethrough
Subscript Untuk memperbesarkan/ Font 12 Font 14
Superscript memperkecilkan saiz teks yang
sedia ada dalam dokumen Font 16 Font 8
Change Case
Untuk menebalkan teks yang IKBN
Highlight dipilih
untuk mencondongkan teks yang Saya suka ICT
dipilih
Untuk menggariskan teks yang Kementerian Sukan
dipilih dengan jenis-jenis garis dan Belia
yang sedia ada
Untuk memotong teks yang dipilih Di mana Di sana
dengan garis
Untuk menambahkan teks kecil di 22
bawah garis asas perkataan
Untuk menambahkan teks kecil di A2
atas garis asas perkataan
Untuk menukarkan kes-kes teks Sentences case
yang dipilih (penyataan huruf),
HURUF BESAR
(UPPERCASE), huruf
kecil (lowercase),
Capital Each Word,
tOGGLE cASE
Untuk highlightkan teks yang Komputer merupakan
dipilih dengan warna-warna yang mesin yang serbaguna
sedia ada
20
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Font Color Untuk menukarkan warna abcdefg
Clear Formatting font(teks) dengan warna yang
sedia ada
Phonetic Guide
Character Border Untuk menghapuskan semua JABATAN PERDANA
Character Shading format yang ada pada teks dan MENTERI
EncloseCharacters meninggalkan teks sahaja
jabatan perdana
menteri
Untuk menunjukkan phonetik chao ren
character untuk
mengenalpastikan sebutan C hild r en
Untuk menambahkan border di Hari
sekeliling teks atau perenggan
Untuk Menambahkan Shade Raya
untuk seluruh perenggan
Untuk menekankan perkataan ○A li
dengan membulatkan atau
mengotakkan perkataan tersebut
Kumpulan Paragraph
Ikon-ikon Huraian Contoh
Untuk penjelasan berbentuk titik- Komputer ialah:
Bullet (Titik-titik) titik
Mesin serbaguna
Numbering Untuk penjelasan dalam bentuk fleksible
(sistem nombor) titik tetapi mengikuti turutan 1. belok kiri
2. jalan terus
Multilevel List Untuk penerangan beberapa buah 1) Kursus IKBN
(senarai kepelbagaian perenggan yang terdiri daripada a. Industri elektronik
Peringkat) beberapa penjelasan - Membaiki lampu
Decrease indent Untuk menformatkan peringkat
Increase Indent indent perenggan supaya ia
seragam
21
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Asian Layout Untuk menyeragamkan layout teks Abc de Abc de
Sort (Menyusun) yang terdiri daripada pelbagai jenis
Show/Hide tulisan
Untuk menyusunkan senarai Ali
mengikut huruf ajaib Carmen
Untuk menunjukkan/menyorokkan Ali.seorang.pelajar°
tanda perenggan
Keseragaman Perenggan (Text Alignment)
Left Align Semua teks/perenggan akan rata Perenggan terdiri dari
(Rata Kiri) mengikut bahagian kiri sekumpulan kalimah
Center Align Semua teks/perenggan akan rata Perenggan terdiri dari
(Rata Tengah) di bahagian tengah sekumpulan kalimah
Right Align Semua teks/perenggan akan rata Perenggan terdiri dari
(Rata Kanan) mengikut bhagian kanan sekumpulan kalimah
Justify Bahagian kiri dan kanan dokumen Perenggan terdiri dari
(Rata Kanan-Kiri)
akan rata dan seragam sekumpulan kalimah
Distrubuted Bahagian kiri dan kanan dokumen Perenggan terdiri dari
akan rata dan seragam dengan sekumpulan kalimah
menambahkan ruang antara huruf
Line Spacing Untuk menentukan jarak antara Perenggan terdiri dari
(Jarak antara Baris) baris supaya nampak lebih kemas sekumpulan kalimah
Perenggan terdiri dari
sekumpulan kalimah
Perenggan terdiri dari
sekumpulan kalimah
Shading Untuk mewarnakan latar belakang Institut Kemahiran Belia
kolum teks Negara
Border (Bingkai) Untuk mengaturkan tepian untuk
sel atau teks terpilih
22
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
4.2 Tab INSERT Untuk memasukkan Untuk Untuk
grafik seperti gambar memasukkan memasukkan
Untuk dan bentuk links simbol, formula
mengubahsuai dan nombor
dokumen
Untuk Untuk memasukkan Untuk memasukkan kotak
memasukkan header, footer dan teks tambahan, seni
jadual nombor muka surat perkataan dan sebagainya
dokumen
Kumpulan Pages (Muka Surat)
Cover Page (Pelindung Muka)
- Bertujuan untuk membuat sampul
Blank Page (Muka Kosong)
- Bertujuan menambah bilangan halaman kosong yang akan ditempatkan setelah
posisi kursor (halaman berikutnya)
Page Break (Menghentikan Muka Surat)
- Bertujuan menambahkan bilangan halaman kosong yang akan ditempatkan
sebelum posisi kursor (Di halaman sebelumnya).
Kumpulan Tables (Jadual)
Bagi tujuan membuat laporan yang terdiri daripada pelbagai perincian baik berupa angka
mahupun data, maka seseorang itu perlu membuat jadual agar data dapat ditampilkan
dengan rapi dan jelas sesuai dengan kategori masing-masing.
Langkah-langkah untuk membuat jadual:
1. Klik Insert Tab
2. Pada kumpulan Tables dan pilih Table
3. Apabila kotak dialog Insert Table> muncul, gunakan tetikus(mouse) untuk tentukan
jumlah ruangan yang diinginkan ATAU pilih Insert Table untuk menentukan baris dan
lajur yang anda ingin masukkan.
23
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Kumpulan Illustrations
(Illustrasi/Gambar)
Langkah-langkah Memasukkan Picture (Gambar):
1. Klik Tab Insert
2. Pilih Picture>
3. Tetingkap dokumen Picture akan muncul
4. Pilih lokasi storan gambar yang anda ingin
5. Pilih gambar dan klik pada Insert
Clip Art (Gambar Seni)
Clip Art (Gambar Seni) merupakan gambar-gambar artistik yang biasa digunakan
sebagai pelengkap ilustrasi dari sebuah dokumen. Gambar-gambar ini biasanya sedia
ada dalam program Microsoft Office.
- Kaedah Memasukkan Clip Art:
1) Klik Tab Insert, kemudian pilih Clip Art
2) Kotak dialog Clip Art akan muncul di sebelah kanan lembaran kerja
3) Klik Go dan semua kandungan klip art akan ditunjukkan
4) Pilih dan dwi-klik pada gambar yang anda ingin masukkan.
Gambar tersebut akan dimasukkan dalam dokumen anda.
24
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Shapes (Bentuk)
Shapes adalah himpunan gambar yang pelbagai bentuk yang telah disediakan secara umum
(default).
-Kaedah-kaedah untuk memasukkan bentuk:
1) Klik Tab Insert
2) Pilih Shapes
3) Kotak Dialog seperti di kanan akan muncul
4. Pilih dan klik pada bentuk yang anda ingin masukkan
Smart Art (Rekaan Menarik)
Smart Art adalah kemudahan dalam membuat gambaran struktur dengan kepelbagaian
variasi bentuk mulai dari jenis List (Senarai), Process (Proses), Cycle (Kitaran), Hierarchy
(Hierarki), Relationship (Hubungan), Matrix (Matriks) dan Pyramid (Piramid). Smart Art
merupakan bentuk yang masih kosong di mana anda akan mengisikan isi kandungan dalam
diagram itu sendiri.
- Langkah-langkah memasukkan Smart Art:
1. Klik Tab Insert
2. Pilih Smart Art
3. Kotak Dialog Choose a SmartArt Graphic seperti yang berikut akan muncul:
4. Pilih Jenis kategori struktur yang anda inginkan pada bahagian kini dan klik OK.
25
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
5. Sekiranya grafik telah dimasukkan, anda boleh melakukan modifikasi dengan klik
pada Tab Design dan Tab Format anda boleh mengisikan maklumat di dalam grafik
tersebut
Tab Design - Untuk mengubahsuaikan susun atur Smart Art anda
Tab Format - Untuk mengubahsuaikan warna Smart Art dan Font yang digunakan
Chart (Carta)
Chart (carta) digunakan untuk menyampaikan maklumat tentang penyebaran, peningkatan
atau penyampaian dari suatu data statistik untuk memudahkan kefahaman orang yang
membaca data tersebut. Carta tersebut merupakan pengganti lisan dalam menjelaskan data
melalui bantuan ilustrasi.
- Langkah-langkah membuat carta:
1. Klik Tab Insert
2. Pilih Chart
3. Kotak dialog Insert Chart seperti berikut akan muncul:
26
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
4. Pilih jenis carta yang anda ingin gunakan di kolum kategori sebelah kiri kotak dialog
dan pilih jenis bentuknya di bahagian sebelah kanan dan klik OK.
5. Dua tetingkap seperti berikut akan muncul ,tetingkap di sebelah kiri akan tunjukkan
carta anda dan tetingkap kanan adalah dalam bentuk Microsoft Excel 2010.
Masukkan data di dalam tetingkap sebelah kanan di dalam sel-sel lembaran kerja
dan klik Enter dan tutup tetingkap kanan
6. Carta anda akan muncul di atas lembaran kerja anda dan anda boleh melakukan
modifikasi dengan klik pada Tab Design, Layout dan Format.
Tab Design- Untuk membuat modifikasi atas jenis, data, susun atur dan stails carta
Tab Layout - Untuk melabelkan carta dan memodifikasikan latar belakang, cara
tunjuk carta, serta membuat analysis tentang carta
27
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Tab Format - Untuk membuat modifikasi tentang warna bentuk, jenis font yang
digunakan dan saiz carta tersebut.
Kumpulan Header, Footer dan Page Number
Header(Kepala) adalah catatan kepala yang ditampilkan di bahagian atas pada setiap
halaman dokumen.
Footer (Kaki) merupakan catatan yang ditampilkan di bahagian bawah pada setiap
halaman dokumen
Page Number (Nombor Muka Surat) ialah bilangan muka surat dokumen yang
ditunjukkan sama ada di bahagian atas atua di bahagian bawah dokumen.
- Langkah-langkah memasukkan header , footer atau page number:
1. Klik pada Tab Insert
2. Pilih untuk memasukkan header, untuk memasukkan footer dan
untuk menunjukkan nombor muka surat.
3. Klik pada di bawah ikon-ikon tersebut masing-masing untuk menunjukkan stail
header, footer atau page number.
4. Pilih stails yang anda ingin gunakan dan anda boleh terus masukkan maklumat yang
anda ingin isikan di kepala atau kaki dokumen tersebut.(Untuk Page number Office
akan isi semua nombor muka surat sendiri)
5. Untuk memodifikasikan header dan footer anda, anda boleh klik pada Tab Design
untuk memasukkan gambar dan memodifikasikan stails tunjukkan header, footer dan
page number.
28
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Text Box
Text box ialah kotak teks tambahan yang boleh menyisip masuk di mana-mana tempat
dalam dokumen anda seperti di atas gambar dan sebagainya. Anda boleh memasukkan
kotak teks anda dengan memilih jenis kotak teks yang sedia ada oleh microsoft office atau
menuliskannya sendiri. Kotak teks yang anda lukiskan boleh diadakan secara horizontal
(Melintang) atau vertical (menegak) .
Jenis kotak
teks yang
sedia ada
dengan
bentuk dan
stails
masing-
masing
Melukis kotak Melukis kotak
teks melintang teks menegak
tanpa bentuk tanpa stail dan
dan stails khas bentuk khas
Word Art (Seni Huruf)
Word Art ialah penulisan kata dengan kesan khas yang indah dan menarik. Word Art
bertujuan untuk membuat teks yang mempunyai nilai artistik bagi menambahkan daya
tarikan dokumen yang telah dibuat
- Cara untuk membuat Word Art:
1. Klik pada Tab Insert
29
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
2. Pilih ikon dan kotak
dialog
seperti berikut akan muncul
3. Pilih bentuk Word Art dan kotak dialog Edit
WordArt Text akan muncul
4. Taip teks yang anda inginkan dan klik
pada OK.
Drop Cap
Drop Cap merupakan huruf pertama yang wujud pada sebuah perenggan di mana ia
mempunyai ukuran yang lebih besar. Drop cap digunakan sebagai hiasan sesebuah
dokumen supaya ia nampak lebih menarik.
Langkah-langkah membuat Drop Cap :
1. Hitamkan/ highlightkan huruf yang dikehendakin untuk drop cap.
2. Klik ribbon <<Insert>> dan pilih ikon
Terdapat beberapa pilihan di antaranya:
None (Tiada) – wujud tanpa drop cap
Dropped(Jatuhkan) Drop Cap akan menjurus ke bahagian kanan dan akan
menyambung perkataan di bahagian bawahnya.
In Margin (Garis Tepi) – Drop Cap akan menjurus ke bahagian kiri tanpa
menyambungkan perkataan di bahagian bawahnya
Drop Cap Option – Untuk pengaturan yang lebih lanjut dan akan digunakan
untuk menetapkan Font, Ukuran Huruf Drop Cap dan Jarak drop cap dengan
teks.
30
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Equation dan Symbol
Equation - digunakan untuk memasukkan persamaan matematik ke dalam dokumen
Symbol - digunakan untuk memasukkan simbol-simbol yang tidak terdapat dalam
papan kekunci (keyboard).
Langkah-langkah memasukkan simbol-simbol
1. Klik pada Tab Insert
2. Pilih ikon Symbol
3. Pilih simbol yang ada pada senarai ATAU pilih More Symbols untuk senarai yang
lebih lengkap.
4. Kotak dialog seperti berikut akan muncul dan pilih simbol yang anda ingin masukkan
dan klik pada Insert.
4.3 Tab PAGE LAYOUT
Untuk mengubahsuai Untuk mengubahsuai/ Untuk menyusun atur
tema dokumen bentuk, gambar, teks
memasukkan latar dan sebagainya
belakang dokumen
Untuk mengubahsuai Untuk mengubahsuai
format muka surat perenggan
31
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
- Digunakan untuk menukar posisi teks dari melintang ke menegak
- Digunakan untuk menetapkan ukuran tepi dokumen
- Digunakan untuk menetapkan cara paparan dokumen
- Digunakan untuk menetapkan ukuran dan jenis kertas yang
digunakan dalam dokumen
- Digunakan untuk menyusun dokumen yang akan dipaparkan dalam
satu helaian kertas, biasanya digunakan untuk membuat ruangan
pada bulletin.
- Digunakan untuk menetapkan warna latar belakang dokumen
- Digunakan untuk memasukkan corak penghiasan sisi dokumen
Langkah-langkah memasukkan border:
1. Klik pada Tab Page Layout
2. Pilih ikon Page Borders
3. Kotak dialog seperti berikut akan
ditunjukkan
4. Setelah menetapkan semua bentuk dan
gaya, klik pada OK.
32
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
5. MENGEMASKINI DOKUMEN
5.1 Menyimpan Dokumen
Mengemaskini fail juga boleh dilakukan dengan menyimpan dokumen ke dalam folder yang
telah dibina. Walau bagaimanapun, proses menyimpan dokumen boleh dilakukan dari
semasa ke semasa tanpa perlu menunggu dokumen siap sepenuhnya bagi memastikan
dokumen yang sedang dibuat sentiasa tersimpan sebagai langkah selamat.
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyimpan dokumen :
Klik pada Tab File seperti dalam Rajah 2.1
Klik pada ikon Save As dan pilih pada pilihan yang pertama iaitu Word Document
Akan keluar satu kotak dialog Save As seperti dalam Rajah 2.2. Kemudian pilih
direktori yang hendak disimpan pada kotak Save in dan namakan fail anda pada kotak
File name. Pastikan nama fail yang dimasukkan adalah berkaitan dengan isi
kandungan fail supaya senang untuk dicari kemudian hari.
Klik butang Save
Rajah 2.1: Menu Save As untuk menyimpan dokumen
33
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Rajah 2.2: Kotak Dialog Save As
5.2 Mencetak Dokumen
Dokumen yang telah siap boleh dicetak dengan menggunakan fungsi arahan mencetak.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mencetak dokumen :
Klik pada Tab File seperti dalam Rajah 2.3
Klik pada ikon Print
Kemudian pilih pada pilihan yang pertama iaitu Print
Akan keluar satu kotak dialog Print seperti dalam Rajah 2.4.
Pada ruangan Printer, pilih pencetak yang aktif yang di sambungkan pada komputer
anda pada kotak Name.
Pada ruangan Page Range, pilih pada pilihan yang dikehendaki. Jikalau anda mahu
mencetak kesemua helaian dokumen, klik pada pilihan All.
Pada ruangan Copies, masukkan bilangan jumlah bilangan dokumen yang ingin anda
cetak. Jikalau anda mahu mencetak hanya satu salinan sahaja, maka masukkan nilai
satu pada kotak Number of copies.
Setelah selesai, klik butang OK.
34
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Rajah 2.3 : Menu Print untuk mencetak dokumen
Rajah 2.4 : Kotak dialog Print
35
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
5.3 Menutup Dokumen
Klik Tab File > Close
5.4 Menutup Microsoft Word 2010
Klik Tab File > Exit
36
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
RUJUKAN:
1. Catur Hadi Purnomo. 2011. Cara Mudah Belajar MS Word: Praktik & Lengkap.
Synergy Media
2. Masura Rahmat, Noor Faridatul Ainun Zainal, Ratnawati Ibrahim, Rohizah Abd
Rahman. Penggunaan Asas Microsoft Office 2007: Pengguna Novis. Desktop
Publisher. Hlm: 1-70.
3. Shelly, G.B., Cashman, T. J. & Vermaat M. E. Microsoft Office 2007. Introductory
Concepts and Techniques. Premium Video Edition. Microsoft Word 2007. USA:
ISE Course Technology.
4. Abd Rashid Mohd Ali, Nasrul Effendy Mat Nasir, Chiam Fui Suan.2013.
Computer Application : Oxford Fajar
37
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
MODUL 3
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA MENGGUNAKAN
MICROSOFT POWERPOINT
38
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT
3.1 PENGENALAN KEPADA MS POWERPOINT
Powerpoint merupakan perisian persembahan yang boleh digunakan membuat slaid untuk
persembahan, cetakan atau paparan web. Powerpoint membenarkan pengguna
memanipulasi teks dengan cara yang lebih mudah. Contohnya meletakkan kesan grafik yang
istimewa pada teks dan memasukkan jadual dari aplikasi WORD untuk penambahan kesan
visual kepada persembahan.
3.1.1 Membangunkan persembahan baru Powerpoint 2010
Untuk membuka Powerpoint dalam Windows :
Klik butang Start --> Programs --> Microsoft Office --> Microsoft Powerpoint;
Rajah 1.1 :Memulakan Powerpoint
39
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Skrin baru Powerpoint dimulakan seperti Rajah 1.2.
Rajah 1.2: Skrin Powerpoint
3.1.2 Lingkungan kerja Powerpoint 2010
Tabs
Office Button
Ribbon
Slide & Slide
Outline
Tabs
Notes View Buttons Zoom Slider
Rajah 1.3 menunjukkan lingkungan kerja Powerpoint yang terdiri daripada beberapa ikon
bagi memudahkan kerja.
40
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
a) Tab File: Butang Office Microsoft Powerpoint 2010 terletak dipenjuru kiri sebelah atas
pada skrin. Butang ini membenarkan pengguna untuk membuka, menyimpan dan
mencetak dokumen.
b) Ribbon : Menu dan bar grafik yang lebih mudah bagi Microsoft. Klik pada anak panah
untuk membuka kotak dialog dengan lebih pelbagai pilihan.
c) Tabs : Secara automatik tab Home akan diaktifkan yang mengandungi pelbagai arahan
format untuk membina dokumen persembahan asas seperti penetapan huruf dan
perenggan. Pelbagai arahan lain juga boleh di peroleh daripada tab lain yang terdapat
pada bar tab.
d) Slide & Outline Tabs : Tab slide menunjukkan imej slaid, membenarkan pengguna
menyusun semula slaid, menyembunyikan slaid dan mengimbas keseluruhan dokumen
persembahan. Tab Outline pula menunjukkan isi kandungan slaid, memudahkan
pengguna untuk melihat dan membaiki isi kandungan slaid.
e) Slide Pane : Membolehkan pengguna memasukkan teks ke dalam slaid.
f) Notes Pane : Membolehkan pengguna memasukkan nota untuk setiap slaid. Jika ingin
memasukkan nota yang agak panjang, pengguna bolehlah pergi kepada tab View dan
pilih Notes Page.
g) View Buttons : Butang ini mengandungi tiga pilihan iaitu Normal, Slide Sorter, dan
Slide Show. Normal View membenarkan pengguna untuk mengimbas slaid pada bentuk
seperti permulaan membuka Microsoft Powerpoint. Slide Sorter View menunjukkan
semua slaid dalam bentuk yang lebih kecil, menyusun atur slaid dan Slide Show View
menunjukkan slaid yang diaktifkan dalam bentuk persembahan.
h) Zoom Slider : Membolehkan pengguna mengubah saiz slaid seperti yang dikehendaki.
41
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
3.1.3 Menyimpan Persembahan Powerpoint 2010
Persembahan perlu disimpan supaya ia boleh dibuka semula apabila diperlukan nanti. Untuk
menyimpan persembahan Powerpoint:
Klik pada bebutang Tab File untuk mempamerkan menu.
Klik bebutang Save untuk menyimpan dokumen.
Rajah 1.5: Menyimpan dokumen menggunakan bebutang Save.
Kekotak dialog Save As dipamerkan dan pilih pilihan lokasi sasaran fail.
Rajah 1.6: Kekotak dialog Save As
Masukkan nama fail yang ingin disimpan didalam medan File Name.
Klik pada bebutang Save.
42
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Rajah 1.7: Bebutang pantas Save
Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan kekunci yang ada di papan kekunci untuk
mempamerkan kekotak dialog Save As.
Tekan Ctrl+S (tekan kekunci Ctrl dan kekunci S secara serentak)
3.2 ASAS-ASAS PENGGUNAAN MS POWERPOINT
I. Memulakan Dokumen Baru Powerpoint
Untuk memulakan dokumen persembahan yang baru:
Klik pada Tab File dan pilih New seperti dalam Rajah 1.8.
Klik butang Create selepas membuat pilihan.
Rajah 1.8 : Butang New
43
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Blank Default persembahan. Pengguna boleh memasukkan format
sendiri.
Recent Templates File template yang baru digunakan.
Sample Templates Kumpulan template yang sedia ada didalam Powerpoint
Themes Menghuraikan warna, font dan kesan yang boleh digunakan
didalam persembahan Powerpoint.
My Templates File template yang dihasilkan sendiri oleh pengguna.
New From Existing Mewujudkan Salinan persembahan yang sedia ada.
Untuk memasukkan Themes yang sedia ada didalam persembahan:
Klik butang Design dan pilih tema yang bersesuaian dengan persembahan.
Rajah 1.9: Tab Design dan pilihan tema Powerpoint.
II. Memasukkan Slaid
Terdapat dua kaedah untuk memasukkan atau menambah slaid pada dokumen
persembahan. Dua kaedah yang dinyatakan diatas adalah dengan menggunakan arahan
Quick menu dan arahan ribbon.
Berikut adalah langkah-langkah untuk menambah slaid baru dengan menggunakan arahan
Quick menu :
Pastikan kursor berada pada slaid semasa yang ingin ditambah slaid selepasnya
seperti Rajah 2.1.
Klik kanan pada tetikus dan klik New Slide.
Untuk mengubah latarbelakang slaid, klik kanan pada tetikus pada slaid yang ingin
diubah. Satu menu akan muncul dan klik pada Layout.
44
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Rajah 2.1 : Menggunakan Quick menu
Berikut adalah langkah-langkah untuk menambah slaid baru dengan menggunakan arahan
ribbon :
Dalam kumpulan Slides pada tab Home, klik pada ikon New Slide seperti dalam Rajah
2.2.
Satu slaid kosong baru akan ditambah selepas slaid semasa yang sedang dibuka.
Jika ingin mengubah paparan slaid yang baru ditambah, klik anak panah pada ikon
New Slide dan klik pada paparan slaid yang anda suka.
Rajah 2.2 : Menambah slaid menggunakan arahan ribbon
45
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
III. Memasukkan Teks
Apabila membina persembahan baru, Powerpoint mempamerkan kekotak teks Title didalam
slaid. Untuk memasukkan teks pada slaid, anda boleh menggunakan kotak yang telah
disediakan pada slaid atau menggunakan text box.
a. Menggunakan Kotak Pada Slaid
Berikut adalah langkah-langkah untuk memasukkan teks pada slaid menggunakan kotak
yang telah disediakan :
Klik pada slaid pertama pada dokumen baru yang mempunyai dua kotak di dalamnya
iaitu kotak yang mempunyai perkataan "Click to Add Title" dan "Click to Add Subtitle”
seperti dalam Rajah 3.1.
Klik di dalam kotak tersebut dan taipkan teks yang diinginkan.
Rajah 3.1 : Memasukkan teks ke dalam slaid
Rajah 3.2 : Slaid yang mempunyai ikon media di tengah slaid
46
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
b. Memasukkan Text Box
Berikut adalah langkah-langkah untuk memasukkan Text Box pada slaid kosong :
Klik tab Insert seperti Rajah 3.3
Pada kumpulan Text, klik pada ikon Text Box. Kursor akan berubah bentuk.
Halakan kursor tersebut pada slaid dan klik kiri pada tetikus anda dan tarik kursor ke
sisi skrin. Akan muncul satu kotak teks pada slaid.
Jika ingin mengubah saiz kotak teks yang telah dibina tadi, bawa kursor ke kotak teks
dan klik kanan. Bawa kursor sekitar kotak teks dan apabila kursor berubah bentuk, klik
kiri dan tarik tetikus.
Bulatan pada penjuru kotak teks akan mengubah tinggi dan lebar kotak teks serentak,
manakala segiempat sama yang terdapat sekitar kotak teks akan mengubah sama ada
lebar atau tinggi kotak sahaja.
Untuk memusing kotak teks, klik kiri pada bulatan hijau atas kotak tersebut dan tarik
tetikus.
Untuk menggerakkan kotak tersebut atau memindahkan ke lokasi lain, klik di tengah-
tengah kotak tersebut dan tarik tetikus.
Jika ingin memindahkan kotak teks dalam barisan lurus atau pergerakkan yang lurus
sekata, tekan Shift pada papan kekunci sambil klik dan tarik tetikus ke lokasi pilihan.
Rajah 3.3 : Memasukkan Text box ke dalam slaid
c. Menghapuskan Text Box
Berikut adalah langkah-langkah untuk memadam text box :
Klik di tengah-tengah text box yang ingin dihapuskan.
Apabila kotak tersebut telah aktif, tekan Delete pada papan kekunci.
47
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
IV. Nota, Headers Dan Footers
a. Menambah Nota
Terdapat dua cara untuk memasukkan nota ke dalam Powerpoint.
Untuk memasukkan nota ringkas ke dalam Powerpoint :
Dalam paparan normal, klik pada kotak Notes di bahagian bawah skrin seperti dalam
Rajah 4.1
Taip teks yang dikehendaki pada kotak tersebut.
Rajah 4.1 : Memasukkan teks ke dalam kotak Notes
Untuk memasukkan nota panjang ke dalam Powerpoint :
Klik tab View seperti dalam Rajah 4.2.
Pada kumpulan Presentation Views, klik ikon Notes Page.
Taip teks yang dikehendaki pada ruang yang terpapar di bawah slaid anda.
Rajah 4.2 : Memasukkan nota panjang ke dalam Powerpoint
48
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
b. Memasukkan Headers dan Footers
Untuk memasukkan headers dan footers :
Klik tab Insert seperti dalam Rajah 4.3
Pada kumpulan Text, klik ikon Header & Footer.
Akan muncul satu kotak dialog Header and Footer. Masukkan data seperti dalam kotak
dialog pada Rajah 4.3.
Rajah 4.3 : Memasukkan header dan footer pada slaid
Berikut adalah ciri-ciri atau butang yang terdapat pada kotak dialog Header and Footer :
a) Date and time - Powerpoint memberikan pilihan sama ada untuk menambah tarikh
dan masa pada slaid.
b) Slide Number – Meletakkan nombor bilangan pada slaid.
c) Footer – Menambah kotak Footer pada slaid untuk memasukkan teks di bahagian
bawah slaid.
d) Apply/Apply To All - Untuk memasukkan elemen pilihan ke dalam slaid. Dengan
memilih butang Apply, elemen pilihan hanya akan terpapar ke dalan slaid semasa
manakala apabila memilih Apply To All, elemen pilihan akan terpapar dalam
keseluruhan slaid.
e) Tab Notes and Handouts – Dengan menggunakan tab ini, anda boleh memasukkan
headers dan footers untuk nota anda.
49
UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
V. Asas-Asas Format Teks
Pilihan format yang terdapat di dalam Powerpoint adalah lebih kurang sama dengan yang
terdapat di dalam lain-lain perisian Microsoft Office 2010.
Untuk memformat teks :
Klik tab Home
Perubahan pada teks boleh dilakukan pada ciri-ciri yang terdapat pada kumpulan Font
dan Paragraph seperti dalam Rajah 5.1 dibawah.
Rajah 5.1 : Kumpulan Font dan Paragraph
Kebanyakkan pilihan format yang ada adalah sama dengan semua program yang terdapat di
dalam Office 2007. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa yang berbeza di dalam
Powerpoint.
Text Shadow Menambah bayangan dibelakang
teks bagi menampakkan teks
Character Spacing tersebut dengan lebih jelas di dalam
slaid.
Text Direction
Memberi jarak antara karakter.
Align Text
Convert to Mengubah orentasi teks atau
SmartArt memusing teks kepada arah yang
Graphic dikehendaki.
Mengubah kedudukan teks di dalam
kotak teks.
Mengubah teks kepada grafik
SmartArt untuk kesan visual.
50