The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by min.ict22, 2020-03-31 01:24:40

MODUL ICT 1-2019

MODUL ICT 1-2019

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

VI. Reka Bentuk Tema
Reka bentuk tema merupakan salah satu cara membuatkan dokumen persembahan tampak
menarik dan professional. Tema termasuklah warna, huruf, latar belakang dan kesan
format. Powerpoint memberikan pilihan untuk memilih tema-tema yang terdapat di dalam
senarai atau merekabentuk tema sendiri.

a. Memilih Tema
Berikut adalah langkah-langkah untuk memilih tema pada slaid.

 Klik tab Design seperti dalam Rajah 6.1.
 Klik anak panah pada kumpulan Theme untuk melihat lebih banyak pilihan tema yang

ada. Apabila menggerakan tetikus ke salah satu contoh tema yang sedia ada, slaid
dokumen persembahan akan secara automatik terimbas kepada contoh tema yang
dipilih.

Rajah 6.1 : Pemilihan tema slaid

b. Perician Tema

Untuk mengubah warna pada tema yang telah dipilih:
 Klik tab Design seperti dalam Rajah 6.2.
 Klik pada ikon Colors pada kumpulan Themes.
 Klik sama ada pada senarai pilihan warna yang sedia ada atau pada Create New
Theme Colors... pada bahagian bawah senarai warna tersebut untuk membina warna
tema yang baru.

51

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Rajah 6.2 : Menukar warna pada tema yang telah dipilih
Untuk mengubah set tulisan pada slaid :

 Klik tab Design seperti dalam Rajah 6.3
 Klik pada ikon Font pada kumpulan Themes. Klik pada senarai yang sedia ada atau klik

pada Create New Theme Fonts... untuk membuat format teks sendiri.

Rajah 6.3 : Menukar jenis teks pada tema yang telah dipilih
Untuk mengubah warna latar belakang pada tema yang telah dipilih :

 Klik tab Design seperti Rajah 6.4.
 Klik pada ikon Background Styles pada kumpulan Background.
 Klik pada senarai yang sedia ada atau Format Background… untuk memilih warna

yang tidak tersenarai.

52

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Rajah 6.4 : Memasukkan warna latar belakang pada slaid
VII. Memasukkan Imej Atau Gambar Dalam Slaid
Untuk memasukkan gambar ke dalam slaid:

 Klid pada slaid yang ingin dimasukkan gambar atau imej terlebih dahulu.
 Klik tab Insert dan klik pada ikon Picture dalam kumpulan Illustrations seperti dalam

Rajah 8.1.
 Sekiranya di dalam slaid telah tersedia kotak teks dengan ikon media seperti dalam

Rajah 8.2, klik pada ikon Insert picture from file di bahagian bawah sebelah kiri.
 Menggunakan kotak dialog Insert Picture, cari folder di mana gambar yang telah

disimpan dan ingin diletakkan ke dalam slaid.
 Kemudia, klik butang Insert.
 Gambar atau imej yang dikehendaki akan dimasukkan pada slaid.

Rajah 7.1 : Memasukkan gambar ke dalam slaid
53

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Rajah 7.2 : Menggunakan ikon media pada slaid
a. Mengubahsuai Gambar
Untuk memformat imej di dalam Powerpoint, gunakan sama ada tab Format atau kotak
dialog Format Picture.
Berikut adalah langkah-langkah ubahsuai gambar menggunakan tab Format :

 Selepas memasukkan gambar, tab Format akan secara automatik akan muncul seperi
dalam Rajah 7.2. Tab ini akan hilang apabila diklik di luar kawasan gambar. Untuk
mengaktifkan semula tab tersebut, klik pada gambar yang ingin diubahsuai.
Powerpoint akan menunjukkan kesemua jenis format ubahsuai apabila meletakkan
kursor melalui tab tersebut.

Rajah 7.3 : Mengubahsuai gambar
54

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
VIII. Menambah Animasi Ke Dalam Slaid

Powerpoint 2010 menawarkan animasi sedia ada bagi memudahkan menambah animasi
kepada mana-mana objek di dalam slaid. Ini termasuklah teks, gambar, carta, Clip Art dan
SmartArt.
Untuk memasukkan animasi pada objek :

 Klik pada objek atau kotak teks yang ingin dimasukkan animasi seperti dalam Rajah
7.2; tekan butang Ctrl pada papan kekunci klik pada objek lain jika ingin memasukkan
animasi pada lebih satu objek.

 Pada tab Animations pada kumpulan Animations, pilih pilihan daripada senarai
Animate.

 Ulang langkah di atas untuk slaid atau objek yang lain yang ingin dimasukkan animasi.
 Animasi hanya akan dimasukkan kepada objek atau kotak teks yang dipilih sahaja. Jika

anda ingin memasukkan kesan yang sama pada sesetengah slaid, anda perlu
menambah animasi pada slaid tersebut.

Rajah 7.4 : Memasukkan animasi ke atas objek
IX. Custom Animations
Dengan menggunakan custom animations, ia akan menghasilkan lebih banyak animasi
mengikut kehendak sendiri.
Untuk memasukkan animasi ke atas objek dengan menggunakan Custom Animations:

55

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
 Klik pada objek atau kotak teks yang ingin dimasukkan animasi seperti dalam Rajah

9.2; tekan butang Ctrl pada papan kekunci klik pada objek lain jika ingin memasukkan
animasi pada lebih satu objek.
 Pada tab Animations pada kumpulan Animations, klik pada ikon Custom Animation.
 Panel Custom Animation akan muncul pada kanan tetingkap.
 Pada menu Add Effect, pilih jenis atau kesan animasi yang anda inginkan (Entrance,
Emphasis, Exit, Motion Paths). Untuk pilihan yang lebih banyak, pilih More Effects...
 Untuk mengubah kelajuan, ciri-ciri, dan masa animasi, klik pada kesan yang ingin
diubahsuai pada panel Custom Animation.
 Jika ada animasi yang ingin diubahsuai, gunakan pilihan Modify: [Effect] yang tedapat
dalam paparan Custom Animation. Pilihan ini akan mengubah animasi bergantung
kepada pilihan animasi yang dipilih.
Nota: Jika Powerpoint tidak menunjukkan imbasan animasi anda, pastikan anda
periksa pada kotak AutoPreview.

Rajah 7.5 : Menggunakan Custom Animations

a. Mengubah Kedudukan Turutan Paparan Animasi
Sekiranya ingin mengubah turutan paparan animasi:

 Pilih slaid yang ingin diubah seperti dalam Rajah 9.2.
 Jika panel Custom Animations tidak terpapar, klik pada butang

dalam kumpulan Animations pada tab Animations.
 Daripada senarai Modify: [Effect], pilih kesan animasi yang ingin dipindahkan.

56

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
 Klik pada butang anak panah keatas dan butang anak panah kebawah sehingga pada

kedudukan yang anda kehendaki.

Rajah 7.6 : Mengubah kedudukan animasi
b. Menghapuskan Animasi
Kesan animasi boleh dihapus keseluruhannya pada satu masa dengan menggunakan
kumpulan Animations atau menghapus animasi satu persatu dengan menggunakan panel
Custom Animations.
Untuk menghapuskan animasi dengan menggunakan kumpulan Animations :

 Klik pada objek yang ingin dibuang animasinya seperti dalam Rajah 9.4.
 Pada tab Animations dalam kumpulan Animations, klik pada menu Animate pull-down

dan pilih No Animation.

Rajah 7.7 : Menghapuskan animasi
57

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Untuk menghapuskan animasi dengan menggunakan Custom Animation Pane.

 Pilih slaid yang ingin dihapuskan animasi objek.
 Jika panel Custom Animations tidak terpapar, klik ikon Animation dalam kumpulan

Animations pada tab Animations.
 Dalam senarai Modify: [Effect] list pilih animasi yang ingin dibuang.
 Klik butang Remove.

Rajah 7.8 : Menghapuskan animasi menggunakan Custom Animation Pane
X. Menambah Pergerakan Pertukaran Slaid
Pertukaran slaid adalah seperti kesan tansisi yang digunakan di dalam filem untuk beralih
dari satu babak ke babak yang lain.

a. Menambah Pergerakan Pertukaran Slaid
Pergerakan pertukaran mudah ditambah kepada slaid dengan menggunakan Transitions
Gallery.
Untuk memasukkan kesan pergerakan antara slaid :

 Pilih slaid yang ingin ditambah dengan kesan pergerakan pertukaran seperti dalam
Rajah 7.9.

 Dalam tab Animations pada kumpulan Transition to This Slide, pilih kesan pergerakan
daripada Transition gallery. Gunakan anak panah ke bawah untuk melihat pilihan yang
ada. Pilih pergeraan pertukaran yang diingini.

 Untuk menetapkan kelajuan pergerakan tersebut, pilih kelajuan daripada menu
Transition Speed.

58

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
 Jika ingin menambah kesan bunyi pada pergerakan, pilih mana-mana bunyi daripada

menu Transition Sound atau pilih Other Sound untuk menggunakan bunyi daripada
komputer.
 Jika anda ingi menetapkan jenis pergerakan pertukaran slaid kepada semua slaid, klik
pada Apply To All.

Rajah 7.9 : Memasukkan kesan transisi slaid
b. Membuang Pergerakan Pertukaran Daripada Slaid
Untuk mengbuang pergerakan pertukaran daripada slaid :

 Pilih slaid yang ingin dibuang pergerakan pertukaran.
 Pada tab Animation dalam Transitions gallery pilih No Transition.

Pergerakan pertukaran slaid akan dibuang daripada slaid.
XI. Memasukkan Bunyi
a. Memasukkan Bunyi Menggunakan Clip Organizer
Untuk memasukkan bunyi menggunakan Clip Organizer :

 Pilih slaid yang ingin DImasukkan bunyi seperti dalam Rajah 8.0.
 Pada tab Insert, dalam kumpulan Media Clips, klik anak panah pada ikon sound. Pilih

bunyi daripada Clip Organizer... untuk memaparkan panel Clip Art.
 Gunakan kotak Search For untuk mencari dengan memasukkan kata kunci (pastikan

Sounds diperiksa di bawah Results Should Be...) dan klik butang Go untuk pencarian.

59

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
 Klik bunyi yang telah disenaraikan untuk dimasukkan ke dalam slaid, klik anak panah

yang menu yang terpapar dan pilih Insert.
 Kotak dialog Microsoft Office Powerpoint akan terpapar seperti dalam Rajah 11.2 dan

bertanya bagaimana anda mahu memulakan bunyi dalam persembahan. Pilih sama
ada ingin memainkan bunyi tersebut secara automatik atau apabila di klik.
 Ikon bunyi (gambar speaker ) akan terpapar dalam slaid.

Rajah 8.0 : Memasukkan bunyi

Rajah 8.1 : Kaedah bunyi akan dimainkan dalam slaid
b. Memasukkan Bunyi Daripada Fail
Untuk memasukkan bunyi daripada fail ke dalam slaid :

 Pilih Slaid yang ingin dimasukan bunyi.
 Pada tab Insert, dalam kumpulan Media Clips, klik anak panah pada ikon Sound. Pilih

Sound From File... untuk memaparkan kotak dialog Insert Sound.
 Cari fail bunyi dalam komputer anda menggunakan "Look In". Pilih fail yang

dikehendaki dan klik butang OK.
 Kotak dialog Microsoft Office Powerpoint akan terpapar seperti dalam Rajah 11.2 dan

bertanya bagaimana anda mahu memulakan bunyi dalam persembahan. Pilih sama
ada ingin memainkan bunyi tersebut secara automatik atau apabila di klik.
 Ikon bunyi (gambar speaker ) akan terpapar dalam slaid.

60

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

XII. Memasukkan Video
Menambah video kepada dokumen persebahan Powerpoint menyerupai penambahan bunyi
kepada slaid. Powerpoint 2010 menyediakan beberapa klip video dan bunyi untuk digunakan
dalam Clip Manager. Selain itu, klip daripada sumber yang lain seperti web, CD atau bunyi
khas tersendiri juga boleh digunakan.
a. Memasukkan Video Menggunakan Clip Organizer
Untuk memasukkan video dengan menggunakan Clip Organizer ke dalam slaid :

 Pilih slaid yang ingin dimasukkan video seperti dalam Rajah 8.2.
 Pada tab Insert, dalam kumpulan Media Clips, klik anak panah pada ikon Movie. Pilih

Movie daripada Clip Organizer... untuk memaparkan panel Clip Art.
 Gunakan kotak Search untuk mencari menggunakan kata kunci (pastikan Movies

diperiksa pada Results Should Be...) klik butangg Go untuk pencarian.
 Klik pada movie untuk memasukkannya, klik anak panah pada menu yang terpapar

dan pilih Insert.
 Video pilihan akan terpapar pada slaid.

Rajah 8.2 : Memasukkan video ke dalam Slaid

61

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

b. Memasukkan Movie Daripada Fail
Berikut adalah langkah-langkah memasukkan video daripada fail ke dalam slaid :

 Pilih slaid yang ingin dimasukkan movie.
 Pada tab Insert, dalam kumpulan Media Clips, klik pada anak panah ikon Movie. Pilih

Movie From File... untuk memaparkan kotak dialog Insert Movie.
 Cari fail video dalam komputer menggunakan "Look In". Pilih fail dan klik butang OK.
 Movie pilihan akan terpapar dalam slaid.

XIII. Membina Pautan (Hyperlink)
Persembahan Powerpoint boleh diringkaskan kepada beberapa slaid. Dengan menggunakan
hyperlinks dan butang aksi, slaid persembahan boleh dihubungkan kepada slaid yang
lain,program lain daripada Powerpoint atau dihubungkan kepada laman web.

a. Menghubungkan Slaid Kepada Fail Atau Laman Web
Untuk menambah pautan objek atau teks pada fail atau laman web tertentu :

 Klip pada teks, imej, atau bentuk yang ingin anda tambah pautan seperti dalam Rajah
8.3.

 Pada tab Insert dalam kumpulan Links, klik pada ikon Hyperlink. Kotak dialog Insert
Hyperlink akan terpapar.

 Pada kotak Address, taip URL bagi laman web yang ingin anda hubungkan atau
bahagian fail dalam komputer yang ingin dihubungkan; ATAU

 Pada kotak Look In untuk mencari dan menghubungkan fail dalam komputer anda.
 Apabila telah selesai, klik OK. Pautan akan ditambah kepada objek.

Rajah 8.3 : Memasukkan pautan pada teks terpilih

62

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

b. Menghubungkan Kepada Slaid Dan Persembahan Lain
Slaid dalam persembahan boleh dihubungkan kepada slaid dalam dokumen persembahan
yang sama atau slaid dalam dokumen persembahan yang lain.
a) Dalam Dokumen Persembahan Yang Sama
Untuk menambah pautan objek atau teks dokumen yang sama:

 Klip pada teks, imej, atau bentuk yang ingin anda tambah pautan.
 Pada tab Insert dalam kumpulan Links, klik pada ikon Hyperlink. Kotak dialog Insert

Hyperlink akan terpapar seperti dalam Rajah 13.2.
 Pada panel Link to di sebelah kiri kotak dialog, pilih Place in This Document.
 Daripada Select a place in this document, pilih slaid.
 Klik OK. Pautan akan ditambah kepada teks atau objek anda.

Rajah 8.4 : Kotak dialog Insert Hyperlink
b) Dalam Dokumen Persembahan Yang Berlainan
Untuk menambah pautan objek atau teks dokumen yang berlainan:

 Klip pada teks, imej, atau bentuk yang ingin anda tambah pautan.
 Pada tab Insert dalam kumpulan Links, klik pada Action. Kotak dialog Action Settings

akan terpapar.
 Pada kotak senarai Hyperlink To, klik Other Powerpoint Presentation...
 Pilih slaid yang telah ditentukan daripada pilihan yang terpapar. Klik OK.
 Pada kotak dialog Action Settings, klik OK.

63

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Rajah 8.5 : Memasukkan pautan pada dokumen lain
3.3 MEMAINKAN PERSEMBAHAN SLAID POWERPOINT (SLIDE SHOWS)
Untuk memulakan persembahan dokumen persembahan anda,

 Klik Slide Show pada tab View, seperti dalam Rajah 8.6.
 Persembahan slaid akan bermula daripada slaid yang pertama; ATAU
 Pada bahagian bawah sebelah kanan skrin, bersebelahan zoom slider, klik pada ikon

Slideshow; ATAU
 Tekan [F5] pada papan kekunci.
 Pada tab Slide Show, dalam kumpulan Start Slide Show pilih satu daripada pilihan

berikut:
 Klik From Beginning untuk memulakan persembahan slaid daripada slaid yang

pertama.
 Klik From Current Slide untuk memulakan persembahan slaid daripada slaid semasa.
 Klik Custom Slide Show, kemudian Custom Shows... untuk memaparkan kotak dialog

Custom Shows. Klik New dan pilih slaid yang ingin digunakan dalam persembahan dan
juga susunan slaid.

64

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Rajah 8.6 : Persembahan slaid
3.4 MENCETAK KERTAS HELAIAN EDARAN
Untuk mencetak kertas edaran,

 Klik bebutang File dan klik print pada menu yang dipamerkan.
 Pilih Print untuk memaparkan kekotak dialog Print.
 Klik bebutang Full Page Slides dan pilih Handouts yang dikehendaki.
 Klik bebutang Preview untuk mempamerkan skrin sebelum dicetak.

Rajah 8.7: Arahan Print
65

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
RUJUKAN :

1. Jubilee Enterprise. 2010. Cara Cepat Menguasai MS PowerPoint. Synergy Media
2. Masura Rahmat, Noor Faridatul Ainun Zainal, Ratnawati Ibrahim, Rohizah Abd

Rahman. Penggunaan Asas Microsoft Office 2007: Pengguna Novis. Desktop
Publisher.
3. Shelly, G.B., Cashman, T. J. & Vermaat M. E. Microsoft Office 2007. Introductory
Concepts and Techniques. Premium Video Edition. Microsoft Office Powerpoint
2007: USA: ISE Course Technology.
4. Iskandar, A.R., Zaitun, I. Koleksi Tip: Microsoft Powerpoint 2007. Venton
Publisher.
5. Iskandar, A.R., Zaitun, I. Office Powerpoint 2007 Langkah-demi-Langkah Venton
Publisher.

66

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

MODUL 4
PENGENALAN KEPADA PEMPOSESAN LEMBARAN

KERJA MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL

67

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

PENERANGAN :

PENGENALAN KEPADA PEMPROSESAN LEMBARAN KERJA MENGGUNAKAN
MICROSOFT EXCEL

4.1 PENGENALAN LEMBARAN KERJA

Microsoft Excel adalah salah satu aplikasi dalam Microsoft Office. Ia merupakan satu
program aplikasi lembaran yang memanipulasi aksara dan angka dalam baris dan
lajur. Ia boleh digunakan sebagai program pengiraan dan penghasilan graf. Perisian ini
juga boleh digunakan untuk membuat formula dan kiraan secara berkumpulan.
Helaian dalam program ini dipanggil lembaran kerja (Workbook). Dengan ini, Excel
boleh digunakan untuk membuat laporan kewangan, grafik, diagram, rumus-rumus
kewangan, matematik, senarai nama dan sebagainya.

4.2 ATUR MUKA MICROSOFT EXCEL
Untuk memulakan Microsoft Excel anda dikehendaki membina dahulu fail tersebut. Klik
pada ikon Microsoft Excel pada skrin komputer anda dan satu tetingkap seperti Rajah 1.1 di
bawah akan kelihatan.

Tab Ribbon Title
Bar

Name Box Kumpulan
Baris Formula Bar
Lajur

Sel

Zoom Slider

Helaian Lembaran kerja Scroll

View Mode

Rajah 1.1 : Paparan awal tetingkap lembaran kerja Microsoft Excel
68

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

4.3 APLIKASI ASAS DENGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL

a. Memilih Item di dalam Excel Lajur

Sekumpulan Sel
Sel
Baris Kepala Lajur

Kepala baris Kumpulan sel
tidak berturut

Rajah 1.2 : Item di dalam Microsoft Excel

Untuk Memilih Tindakan

Satu Sel Klik Sel

Sekumpulan sel Klik pada sel pertama dalam kumpulan
dengan tetikus dan tarik hingga ke sel
terakhir sebelah kanan dalam kumpulan

Sel/ Kumpulan Sel tidak berturut Klik pada sel pertama dengan mouse dan
tekan pada <<Ctrl>> di keyboard dan pilih
sel/kumpulan sel seterusnya

Seluruh baris /lajur Klik pada kepala baris/lajur

Banyak baris/ lajur Klik pada kepala baris/lajur pertama dan
tekan <<Ctrl>> untuk memilih baris/lajur
seterusnya

Teks di dalam sel 1. Dwi-klik sel yang mengandungi teks
2. Pilih teks di dalam sel

Objek Klik sempadan objek

Secara lalainya, dalam satu Microsoft Excel yang baru dibina mempunyai tiga helaian
lembaran kerja. Setiap helaian ini mempunyai kolum dan lajur. Kolum diwakilkan dengan
huruf A sehingga Z dan akan bersambungan dengan huruf AA, AB, AC, dan seterusnya.
Manakala, lajur pula terdiri daripada nombor 1 sehingga 1,048,576. Walau bagaimana pun,
jumlah kolum dan lajur yang ada dalam komputer anda bergantung pada memori komputer
anda.

69

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Sel pula adalah kotak antara kolum dan lajur. Untuk menentukan alamat sel adalah
kombinasi koordinat kolum dan koordinat lajur. Contohnya, seperti pada Rajah 1.3, sel yang
aktif tersebut berada pada kolum B dan lajur ke lima. Maka alamat bagi sel tersebut adalah
B5. Alamat sel tersebut juga anda boleh peroleh daripada Name Box.

Name Box Formula Bar

Rajah 1.3: Menentukan alamat sel
Bersebelahan dengan Name box adalah Formula Bar. Formula Bar digunakan untuk
memasukkan formula-formula pengiraan yang akan dipelajari dalam sub bab seterusnya. Di
dalam Formula bar ini, anda boleh menggunakan formula yang disediakan oleh Microsoft
Excel atau formula yang dicipta sendiri.

b. Membina Dokumen Baru
Langkah 1 Klik << File >> dan pilih << New>>
Langkah 2 Pilih <<Blank Document>> atau templat excel yang lain dan Klik pada

<<Create>>

Blank Document
Untuk lembaran kerja
kosong

Office.com Templates <<create>>
Templat dalam bentuk excel Butang digunakan
yang disediakan oleh untuk membina
Microsoft Office dokumen baru

Rajah 1.4: Membina dokumen baru

70

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

I) RIBBON HOME

Tampal Potong Untuk
menformatkan/mengaturkan teks

Salin Papan Klip Untuk mengatursusun isi
kandungan dalam sel
Salinan
berformat Untuk menambah, mengurang
dan menformatkan sel
Untuk mengatur jenis data yang
dimasukkan dalam sel

Untuk mengatur stail sel-sel excel Untuk mengatur data dan membuat
kiraan dengan data yang
dimasukkan

c. Memasukkan Data

Langkah 1 : Pilih sel yang anda ingin memasukkan data dan klik kanan dengan
menggunakan tetikus. Data yang anda masukkan akan ditunjukkan dalam
<<Formula Bar>>. Biasanya, data yang anda masukkan adalah dalam bentuk
teks. Anda juga boleh menukar jenis data anda kepada Bentuk nombor,
pecahan, nombor perpuluhan, masa atau tarikh

Langkah 2: Klik kanan pada tetikus dan dari tetingkap yang wujud, pilih <<Format
Cells…>>

71

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Langkah 3: Tetingkap berikut akan wujud, pilih <<Category>> data

Dari kolum <<category>> anda boleh memilih jenis data yang anda ingin mengisikan.
General (umum) – Untuk data yang umum seperti ayat, huruf dan lain-lain tanpa
sebarang perubahan
Number (Nombor) – Untuk data jenis nombor seperti nombor perpuluhan (0.213), atau
integer
Currency (Mata Wang) dan Accounting (Perakaunan) – Untuk data yang melibatkan
mata wang
Date (Tarikh) – untuk memasukkan data dalam bentuk tarikh
Time (Masa) – untuk memasukkan data dalam bentuk masa
Percentage (Peratusan) – untuk memasukkan data dalam bentuk peratusan. Contohnya,
25 %
Fraction (Pecahan) – Untuk memasukkan data dalam bentuk pecahan. Contohnya, ⅗
Scientific - Untuk memasukkan data dalam bentuk formula scientifik. Contohnya H2O

72

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Selain daripada cara ini, anda juga boleh menggunakan kumpulan <<Number>> di ribbon
home untuk mengeditkan data yang anda masukkan.

Untuk memasukkan unit Untuk mengaturkan jenis
mata wang data yang dimasukkan

Untuk peratusan Untuk mengatur supaya data
dalam bilangan tempat
Untuk accounting perpuluhan yang diperlukan

d. Wrap Text dan Merge Sel

Wrap Text

Apabila ukuran sel lebih kecil dibanding ukuran data teks yang kita masukkan ke dalamnya,
maka secara automatik teks tersebut akan terpotong ke sel di tepinya (atau tidak dapat
dilihat secara penuh). Wrap text digunakan untuk mengeditkan data yang dimasukkan
dalam sel supaya keseluruhan data dalam sel dapat dibaca dan muat dalam sel tersebut

Merge sel

Merge sel digunakan untuk memperluaskan sel supaya data-data yang dimasukkan dapat
ditunjukkan sepenuhnya dalam sel. Secara amnya, merge sel boleh menukar beberapa sel
kepada satu sel untuk data.

- untuk menukar aturan data supaya ia fix kepada sel dan berada
di tengah sel tersebut.

- Untuk mengaturkan data supaya ia fix ke sebelah kanan sel
tersebut.

- Untuk mergekan sel
- Untuk unmergekan sel yang telah dimergekan

e. Masuk dan Hapus Sel

Masuk lajur dan baris

Untuk memasukkan lajur atau baris,

1. Klik pada ribbon <<Home>> dan pilih <<Insert>>

2. Tetingkap seperti sebelah akan wujud

3. Pilih

<<Insert cells >> untuk memasukkan sel
<<Insert Sheet Rows>> untuk memasukkan baris di atas
baris terpilih
<<Insert Sheet Columns >> untuk memasukkan lajur
disebelah kiri lajur terpilih

73

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Menghapuskan lajur dan baris
Untuk menghapuskan lajur atau baris
1. Klik pada ribbon <<Home>> dan pilih <<Delete>>
2. Tetingkap seperti sebelah akan wujud
3. Pilih
<< Delete cells>> Untuk menghapuskan sel
<<Delete Sheet Rows>> untuk menghapuskan baris
terpilih
<< Delete Sheet Columns>> untuk menghapuskan lajur
terpilih

f. Mengatur Lebar dan Tinggi Sel
Biasanya, lebar dan tinggi sel adalah sangat kecil untuk menampung data yang panjang.
Apabila data yang anda masukkan melebihi ukuran sel tempat data itu, maka anda perlu
menyelaraskan sel tersebut supaya semua data yang dimasukkan dalam sel tersebut dapat
dibaca dan dilihat kemas.
Mengatur lebar sel
Untuk mengatur lebar sel, anda mempunyai 2 opsyen
Opsyen 1 : Gunakan <<Column Width>>
1. Klik pada ribbon <<Home>> dan pilih <<Format>>
2. Tetingkap seperti di kanan akan muncul

3. Pilih <<Column width>> dan tetingkap kecil seperti
berikut akan muncul
4. Masukkan ukuran kolum di <<Column Width>>dan klik

pada <<OK>>

Opsyen 2: Gunakan AutoFit Column Width
AutoFit column width akan mengaturkan kelebaran sel secara automatik supaya fix dengan
isi kandungan dalam sel
1 . Klik pada ribbon <<Home>> dan pilih <<Format>>
2. Tetingkap seperti di kanan akan muncul
3. Pilih <<AutoFit Column width >> dan sel akan menyelaraskan

secara automatik

74

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Default Width – Untuk menyelaraskan semua ukuran lajur supaya sama dengan ukuran
yang diselaraskan

Mengatur Tinggi Sel
Sama seperti mengatur lebar sel, anda juga mempunyai 2 opsyen untuk mengatur tinggi sel
Opsyen 1 : Gunakan <<Row Width>>
Klik pada ribbon <<Home>> dan pilih <<Format>>
2. Tetingkap seperti di kanan akan muncul
3. Pilih <<Row Height>> dan tetingkap kecil seperti berikut akan muncul

4. Masukkan ukuran kolum di << Row Height >>dan
klik pada <<OK>>

Opsyen 2: Gunakan <<AutoFit Row Height>>
AutoFit Row Height akan mengaturkan ketinggian sel secara automatik supaya fix dengan
isi kandungan dalam sel
1 . Klik pada ribbon <<Home>> dan pilih <<Format>>
2. Tetingkap seperti di kanan akan muncul
3. Pilih << AutoFit Row Height >> dan sel akan menyelaraskan secara automatik

g. Menyalin Dan Memindahkan Kandungan Sel
Menyalin kandungan sel (Kaedah Copy dan Paste)
1. Pilih sel/ kumpulan yang hendak disalin
2. Klik butang
3. Pilih sel penempatan dan klik butang

Menyalin Kandungan Sel (Kaedah Drag dan Drop)- untuk semua isi kandungan
yang berlain

1. Pilih sel/kumpulan sel yang hendak disalin
2. Gerakkan penunjuk tetikus ke sempadan pilihan. Penunjuk tetikus berubah ke

bentuk

75

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

3. Tekan kekunci <<CTRL>> sambil seret pilihan anda ke lokasi yang anda ingin letak
salinan

4. Salinan anda akan muncul pada lokasi baru pilihan anda.

Menyalin kandungan sel – dengan isi kandungan yang sama di bawah/tepi sel
terpilih

1. Klik pada sel yang ingin disalin

1. Dekatkan tetikus ke kotak hitam dekat hujung kanan sel dan satu
symbol

2. Klik pada kotak tersebut dan tarik sehingga bahagian yang anda ingin membuat
salinan

Memindahkan Kandungan Sel (Kaedah Cut and Paste)

1. Pilih sel/kumpulan yang ingin dipindah

2. Klik pada butang <<Cut>>

3. Pilih lokasi yang anda ingin letak data anda dan klik pada sel tersebut. Lokasi baru
boleh terletak di lembaran kerja(worksheet)yang sama, berbeza atau buku kerja
yang berbeza,

4. Klik pada <<Paste>> ATAU klik kanan dengan mouse dan pilih <<Paste>>.

Memindahkan kandungan sel (Kaedah Drag dan Drop)

1. Pilih sel/kumpulan sel yang anda ingin memindah

2. Gerakkan penunjuk tetikus ke sempadan pilihan. Penunjuk tetikus berubah ke
bentuk

3. Klik dan seret pilihan ke lokasi yang dikehendaki

h. Menggunakan Auto Fill
Auto Fill digunakan untuk mengisikan senarai terutamanya senarai yang melibatkan nombor

1. Masukkan nombor pertam di sel
2. Klik pada sel pertama dan tarikkan ke bawah/atas/kiri/kanan

ATAU

76

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

3. Pada tepi sel yang diisikan, ikon akan wujud, klik pada ikon tersebut dan

tetingkap seperti berikut akan muncul

- Untuk salinan data yang sama bagi setiap sel
yang dipilih

- Untuk mengisikan siri-siri nombor

- Untuk menyalin format font, font size dan style
tulisan sahaja

- Salin data tanpa sebarang format

*untuk siri dalam bentuk text seperti bulan akan diisikan secara automatik apabila sel

tersebut ditarik

i. Menyusunkan senarai

Untuk menyusun senarai mengikut turutan alphabet dan turutan nombor. Untuk menyusun
menurut susunan alphabet , ia dapat menyusun mengikut turutan A ke Z dan sebaliknya.
Untuk susunan mengikut nombor pula, ia boleh menyusun secara meningkat (dari nombor
tertinggi ke nombor terendah) dan secara menurun.

Langkah-langkah untuk menyusun turutan:

1. Pilih julat yang hendak disusun.Baris teratas tidak akan termasuk dalam senarai
susunan sebab ia merupakan baris pengepala (header row) untuk kolum tersebut

2. Pilih dan tetingkap kecil seperti berikut akan muncul

3. Pilih Sort A to Z untuk turutan secara menaik ,Sort Z to A untuk turutan secara
menurun atau Custom Sort untuk arahan yang lebih lanjut

77

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

4. Pilih yang mana-mana berkenaan dan data-data anda berkenaan atau pilih
<<Custom Sort>> untuk arahan yang lebih lanjut

Custom Sort

Untuk isikan kolum yang ingin Untuk menentukan cara Untuk jenis penyususnan

disusun membezakan selepas disusun

* Untuk penyusunan yang melibatkan data selain daripada data dalam kolum terpilih, anda
dikehendaki untuk memilih semua data berkenaan sebelum menyusun mengikut turutan.

j. Memasukkan Border
1. Hitamkan sel yang dihendaki

2. Klik pada ikon border
3. Tetingkap kecil seperti berikut akan muncul

78

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Bahagian untuk
menyelaraskan garis
bingkai

untuk melukis garisan
border secara manual

untuk memilih warna untuk memadamkan
garis untuk border garis border

untuk memilih jenis
garis untuk border

4. Border akan dimasukkan mengikut arahan ke dalam sel terpilih

k. Fungsi Matematik kegunaan Arahan (Contoh)
Fungsi-fungsi Am
SUM untuk mengirakan jumlah =SUM ( A1: A15)
COUNT
MIN untuk mengira bilangan =COUNT (A1:A28)
MAX
AVG (AVERAGE) Untuk mencari nilai terendah =MIN (A1:A38)
+
- untuk mencari nilai tertinggi =MAX(A1:A20)
*
/ Untuk mencari purata =AVERAGE(A1:A15)

Tambah nilai =A1 + B4

Tolak nilai = B4 – C4

Darab nilai =B2* B4

Bahagi nilai =C2/B2

79

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Cara-cara untuk menggunakan fungsi matematik
1. Masukkan semua nilai-nilai terlebih dahulu
2. Klik pada sel yang anda ingin masukkan hasil pengiraan

3. Pilih di ribbon <<Home>>

4. Senarai seperti di bawah akan muncul

5. Hitamkan baris/lajur yang ingin dikira
6. Formula yang anda masukkan boleh dirujuk di <<Formula Bar>> anda. Klik

<<enter>> dan computer akan kira nilai yang diarahkan

l. Fungsi-Fungsi Pengiraan Lain
Fungsi pengiraan lain dapat ditunjuk di ribbon <<Formulas>>. Selain aripada pengiraan
asas, excel juga membekalkan formula pengiraan yang lain seperti dalam perakaunan,
matematik dan sebagainya.

Fungsi matematik yang lain Untuk menyelaraskan opsyen
80 kiraan

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

ii) Insert (Masukkan) Untuk Untuk memasukkan kotak
memasukkan teks tambahan, header dan
Untuk memasukkan links footer, seni perkataan,
grapik seperti gambar symbol dan sebagainya
dan bentuk

Untuk memasukkan jadual Untuk memasukkan carta

a. Membina Carta

Langkah-langkah memasukkan carta

1. Memasukkan data-data dalam sel-sel

2. Hitamkan kumpulan data yang ingin digunakan untuk membina carta

3. Pilih jenis data yang ingin dilukis pada kumpulan <<Charts>>

Biasanya, carta jenis column dan bar digunakan untuk menunjukkan nilai yang
dikumpul supaya pembaca boleh membuat analysis atas perbezaan nilai

Untuk carta line, biasanya ia digunakan untuk menganalysis pretasi sesuatu
keputusan, misalnya prestasi jualan tahunan

Carta pie digunakan untuk menunjukkan peratusan pencapaian sesuatu keadaan

4. Dalam setiap jenis carta, ia akan menunjukkan sub-pilihan supaya anda dapat
memilih bentuk carta yang anda sukai.Klik pada pilihan anda dan carta anda akan
wujud di dalam lembaran kerja anda. Anda boleh menggerakkan carta anda ke
tempat yang sesuai atas di dalam satu lembaran kerja tunggal.

5. Selepas carta anda dibina, pada tab ribbon akan muncul lagi 3 ribbon, iaitu
<<Design>>, <<Layout>> dan <<Format>>

81

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Design

Di ribbon <<Design>>, anda boleh menyelaraskan carta anda. Anda boleh
mengubahkan warna carta anda dan juga menukar jenis carta yang digunakan.
Anda juga boleh menukar posisi data dalam carta anda.

Layout

Dalam <<Layout>>, anda boleh(seperti yang ditunjuk anak panah):
1. memasukkan tajuk untuk carta anda
2. Memasukkan Legend
3. Melabelkan data
4. Menyelaraskan axis (Untuk carta yang mempunyai paksi-x dan paksi y)
5. Memasukkan gambar, bentuk dan textbox

Format
Dalam <<Format>>, anda boleh menyelaraskan jenis font, font saiz, warna bingkai dan
kesan-kesan untuk carta tersebut.

82

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

iii)Page Layout

Seperti di Microsoft word, page layout di Excel digunakan untuk menetapkan opsyen-opsyen
lembaran kerja sebelum ia dicetak.

Ikon Fungsi

digunakan untuk menetapkan ukuran tepi dokumen

Digunakan untuk menetapkan cara paparan dokumen
Potrait – Menegak
Landscape – melintang

digunakan untuk menetapkan ukuran dan jenis kertas yang digunakan
dalam dokumen

untuk menetapkan kawasan yang akan dicetak

untuk memasukkan latar belakang untuk lembaran kerja

iv) View

Untuk menunjukkan cara paparan lembaran kerja

83

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Tab lembaran Kerja Untuk menambah lembaran
kerja baru

Untuk menukarkan nama/rename lembaran kerja

1. Gerakkan kursor anda ke tab lembaran kerja dan klik kanan pada lembaran kerja
yang ingin ditukarkan nama

2. Pilih <<Rename>> dan lembaran kerja tersebut akan dihitamkan. Taipkan nama
dan tekan <<Enter>

Untuk memasukkan lembaran Untuk menyalin/ mengerakkan
kerja baru lembaran kerja ke tempat lain
dalam lembaran kerja yang
Untuk menghapuskan lembaran sama atau ke lembaran kerja
kerja lain

Untuk menamakan lembaran Untuk menyorok lembaran kerja
kerja

84

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Menyimpan dokumen

Terdapat beberapa cara untuk anda menyimpankan dokumen anda. Di antaranya ialah:
1. Klik pada tab <<File>> dan kotak dialog berikut akan muncul.

2. Pilih <<Save>> ATAU <<Save As>>
 <<Save>> digunakan untuk menyimpan semula dokumen yang telah
dimodifikasikan. Namun begitu ia juga boleh digunakan semasa simpanan
pertama dokumen
 <<Save As>> digunakan semasa simpanan pertama dokumen. Ia juga boleh
berfungsi untuk membuat simpanan dokumen yang sama atas nama yang lain.

3. Kotak Dialog berikut akan muncul

85

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

4. Pilih Tempat storan dokumen anda dan namakan dokumen anda.
5. Seterusnya, pilih jenis format yang anda ingin menyimpan seperti gambarajah di

bawah.

Jenis format Fungsi
Excel 97-2003 Workbook - Bentuk lembaran kerja yang boleh dibuka dalam

Excel Workbook semua versi excel

Excel Template - Singkatan untuk versi ini ialah .xls
PDF
OpenDocument - Bentuk lembaran kerja dalam versi baru
Spreadsheet
- Singkatan untuk versi ini ialah .xlsx

Bentuk lembaran kerja sebagai template untuk
digunakan masa depan

Bentuk lembaran kerja dalam bentuk PDF

Bentuk lembaran kerja dalam bentuk OpenDocument
untuk digunakan dalam Open Office

6. Akhirnya, klik <<Save>> untuk menyimpan lembaran kerja tersebut

86

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Mencetakkan Dokumen

1. Klik pada tab <<File>> dan kotak dialog berikut akan muncul.

2. Pilih <<Print>> dan aturmuka seperti di bawah akan ditunjuk

cetak Untuk menentukan bilangan
salinan yang dicetak

Kolum Print Preview

Digunakan untuk membuat Digunakan untuk memilih jenis
pengaturan yang lebih teliti printer yang digunakan

Untuk memilih bahagian
lembaran kerja yang ingin dicetak

Pemilihan mukasurat yang ingin
dicetak
Penyusunan dokumen

Untuk Orientasi dokumen
menyelaraskan Jenis kertas yang digunakan untuk dokumen
margin
dokumen

Untuk menyelaraskan orientasi,
margin dan saiz sebelum dicetak
Rajah 1.13 : Menamakan dan menyimpan fail

3. Klik <<Print>> untuk mencetak lembaran kerja

87

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Uji Kefahaman:

1. Taip data seperti berikut di dalam lembaran kerja (Pastikan keluasan lajur
bersesuaian dengan data, semua data mengikut formatnya, data berada di tengah
jadual, serta border untuk maklumat dihasilkan

Bil Nama Umur Tarikh Lahir Jantina
1 Fauziah Bt Mohamad 18 12/6/1985 Perempuan
2 Yogeswaran Bala 20 11/1/1983 Lelaki
3 Angalamah A/P Kumar 19 15/5/1984 Perempuan
4 Saiful Hisyam Bin Muhamad 18 23/5/1985 Lelaki
5 Wee Seng Tee 17 24/1/1986 Lelaki

2. Susunkan data di atas mengikut turutan

3. Tambahkan lajur di sebelah lajur jantina untuk memasukkan maklumat di bawah:

Bil Nama Markah Sejarah Markah Matematik Markah Geografi

3 Angalamah A/P Kumar 66 44 67

1 Fauziah Bt Mohamad 78 85 56

4 Saiful Hisyam Bin Muhamad 80 57 78

5 Wee Seng Tee 56 67 94

2 Yogeswaran Bala 45 65 86

4. Sediakan satu lajur untuk mengira jumlah markah, cari markah minimum dan
maksimum untuk setiap subjek dan akhirnya kira markah purata untuk setiap
pelajar.

5. Sediakan satu carta yang sesuai untuk menunjukkan markah purata setiap pelajar

RUJUKAN :

6. Sherry Kinkoph Gunter, Microsoft Office 2010 Visual Quick Steps, Read Less-
Learn More, Wile, John Wiley & Sons, Inc.

7. Jubilee Enterprise, Cara Cepat Menguasai MS Excel.2010, Synergy Media

88

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

MODUL 5
INTERNET DAN EMEL

89

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

INTERNET DAN EMEL

5.1 APLIKASI INTERNET
a. Definisi Internet
Internet ialah satu rangkaian yang bersifat global di mana ia dapat menghubungkan
lebih daripada seorang pengguna pada masa yang sama.

b. Kebaikan Dan Keburukan Internet
i. Kebaikan
 Memudahkan Komunikasi
 Memperluaskan peluang Pendidikan
 Memperluaskan peluang Perniagaan
 Memberi pendedahan dalam bidang Perubatan
 Menyumbangkan semua jenis Informasi/ Maklumat
 Menyumbangkan semua jenis Hiburan
ii. Keburukan
 Medium penyebaran Dakyah jahat
 Pembekal maklumat palsu
 Kesan negatif
 Medium penyebaran virus
 Pornografi
 Pecah-masuk ke sistem lain
 Menurun produktiviti syarikat/organisasi

c. Pencarian Web (Web Browser)
 Web Browser ialah sebuah aplikasi yang digunakan untuk melayari
internet/ mencari maklumat
 Contohnya: Internet Explore, Mozilla FireFox, Google Chrome

90

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
d. Enjin Carian (Search Engine)

 Engine Carian merupakan satu laman web yang digunakan untuk mencari
maklumat

 Hanya kata kunci sahaja yang perlu digunakan untuk mencari maklumat
 Contohnya: Yahoo, Google, MSN, Bing, Ask.com

Berikut adalah langkah-langkah untuk mencari maklumat dengan menggunakan internet.
Langkah 1: Klik dua kali pada web browser yang digunakan pada PC anda.
Langkah 2: Home page (biasanya homepage akan merupakan laman web laman engine

carian seperti google, yahoo
Langkah 3: Taipkan kata kunci yang ingin dicarikan contohnya “Teknologi Maklumat” pada

kotak search. (Tips: Kalau perlu pencarian yang lebih spesifik, tanda pembuka
dan penutup ( “ ) untuk kata kekunci, contohnya: “ Kementerian Belia dan
Sukan”)
Langkah 4: Enjin carian akan menyenaraikan laman web yang mengandungi kata kekunci
tersebut dan anda boleh klik mana-mana laman web yang telah disenaraikan.

Rajah 5.1: Hasil Pencarian daripada search engine
91

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Langkah 5: Untuk pencarian secara terperinci,anda boleh menggunakan link di bahagian
atas dan kiri laman web untuk membuat penapisan. Contohnya, jika anda perlukan gambar
sahaja, anda boleh klik pada link Images seperti dalam Rajah 1.3.

Rajah 5.2: Link Images
5.2 PENGGUNAAN E-MEL (e-mail)
E-mel adalah satu surat secara elektronik yang sering digunakan. E-mel boleh digunakan
secara formal atau pun tidak formal.

a. Kebaikan E-mel
 Percuma
 Menjimatkan Kos penghantaran
 Menjimatkan masa
 Menjimatkan Tenaga Manusia

b. Langkah-langkah permohonan akaun e-mel (g-mail)
Langkah 1: Pergi ke Web Browser yang anda gunakan, taip www.google.com
Langkah 2: Enjin Carian Google akan muncul seperi gambar rajah di bawah:

92

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Rajah 2.1 : Membuka laman web mail yahoo

Rajah 5.3 : Tetingkap search engine
Langkah 3: Klik pada <<Gmail>> seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.3 dan tetingkap
seperti gambar rajah 5.4 akan muncul di tetingkap . Seterusnya klik pada << Create an
Account>> seperti yang ditunjukkan pada bulatan di gamah rajah 5.4.

Rajah 5.4 : Tetingkap Google Mail
Langkah 4: Kemudian, isikan maklumat asas anda mengikut permintaan di dalam borang

seperti yang ditunjukkan di bawah:
93

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

Rajah 5.5 : Tetingkap permohonan akaun gmail
Langkah 5: Sekiranya anda berjaya mendaftar, anda akan memperoleh tetingkap seperti
dalam Rajah 5.6. Kemudian, klik pada butang “Get Started”.

Rajah 5.6 : Tetingkap gmail sekiranya Berjaya didaftar
94

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

c. Perbandingan e-mel
KRITERIA

Ruang Storan 100MB 10GB
Percuma 25MB 25MB

Lampiran Sokongan

Tapisan SPAM FILTER SPAM FILTER
Lain-Lain
Iklan dilampirkan Sokong Majoriti Aplikasi Seperti gmail
bersama-sama dengan mobile, Blogger, Twitter, Playstore

laman Web

d. Membina Mesej E-mel
Langkah 1: Daftar Masuk (Log-in/ Sign-in) ke dalam akaun e-mel anda
Langkah 2: Anda akan masuk ke tetingkap seperti di bawah:

Langkah 3: Klik pada dan tetingkap seperti di bawah akan muncul

Langkah 4: Isikan maklumat dan isi kandungan yang anda perlukan seperti di bawah:
95

PENGEPALA UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
Ke (To)
Subjek (Subject) FUNGSI
Cc Alamat E-Mel Dan Juga Nama Pengirim Mesej
Bcc Ringkasan Kandungan Mesej (Seperti Tajuk)
Attach Files Karbon Copy (Salinan Karbon)
Bilind Carbon Copy (Salinan Karbon Buta)
Lampiran Dokumen Seperti Gambar, Word, Slide Dan Sebagainya
Di Bawah 25MB Dibenarkan

Langkah 5: Klik <<Send>> untuk menghantar e-mel anda.

e. Bentuk Komunikasi Dengan E-Mel
i. Senarai mel (Mailing List)
 Kumpulan perbincangan berasakan e-mel
 Boleh menghantar e-mel yang sama kepada semua pengguna yang ditetapkan
dalam mailing list
ii. Point to Point
 Mengirim terus kepada satu alamat tertentu
iii. Carbon Copy (CC)
 Salinan
 Hantar e-mel ke sebuat alamat utama dan dikirim kepada seseorang tertentu
sebagai salinan

iv. Blind Carbon Copy (BCC)
 Variasi daripada CC
 Tetapi Penerima tidak akan nampak kepada siapa yang anda hantar salinan

5.3 KESELAMATAN KOMPUTER
Manusia menggunakan komputer untuk membuat, menyimpan, dan mengurus pelbagai
urusan. Oleh itu, adalah penting untuk komputer dan segala data yang disimpan di
dalamnya boleh di capai dan digunakan apabila perlu. Adalah penting bagi pengguna
memastikan komputer mereka dilindungi daripada kehilangan data, rosak, atau tidak dapat

96

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

digunakan. Sebagai contoh, sesebuah organisasi perlulah memastikan data-data sulit dan
maklumat penting seperti laporan majikan dan pelanggan disimpan dengan selamat.

Langkah keselamatan komputer merupakan langkah penting yang perlu diambil bagi
mengelakkan kehilangan data, kerosakan perkakasan, perisian, data, maklumat, atau
kegagalan pemprosesan.

a. Jenayah Siber (Cyber Crime)

Jenayah Siber merupakan aksi secara haram yang terdapat di dalam internet yang
boleh mengancam keselamatan komputer.

Antara Jenayah Siber yang wujud adalah:
i. penggodam (hacker)

- Penggodam merujuk kepada seseorang yang melayari sesebuah laman
web persendirian secara haram dan mempunyai untuk merosakkan data,
mencuri maklumat, atau mendengki seseorang.

- Penggodam boleh mencerobohi sesebuat laman web ataupun system
dengan memecahkan sistem keselamatan computer seperti firewall.

ii. pemusnah (cracker).

- Pemusnah merujuk kepada seseorang yang memecahkan kod keselamatan
sesebuah sistem untuk tujuan tertentu.

- Biasanya Pemusnah akan memecahkan kod keselamatan sesebuah
software agar boleh digunakan secara percuma atau dikongsi bersama-
sama dengan pengguna lain agar tidak perlu membayar lessen
penggunaan software tersebut

b. Malware
Malware ialah singkatan untuk malicious software, di mana ia merupakan satu
perisian yang dicipta untuk untuk mengganggu operasi komputer, mengumpul
maklumat sensitif, atau mendapat akses kepada sistem komputer peribadi. Malware
boleh termasuk virus komputer, worms, Trojan horse, time bombs, rootkits
,backdoors, spyware dan juga Adware.

97

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

i. Virus Komputer
Virus komputer ialah program yang ditulis atau dicipta oleh pengaturcara komputer
(programmer) .Virus komputer berupaya merosakkan program komputer, memberi
kesan kepada program tersebut, dan menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan
baik atau tidak dapat digunakan tanpa pengetahuan pengguna.
Virus komputer berupaya merosakkan program komputer, memberi kesan kepada
program tersebut, dan menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik atau tidak
dapat digunakan tanpa pengetahuan pengguna.
Apabila virus telah menyerang atau menjangkiti komputer, simpton-simpton berikut
akan berlaku:

• Sistem operasi komputer lembap
• Keupayaan ingatan kurang daripada dijangka
• Fail menjadi rosak
• Fail tidak dapat dibuka
• Skrin memaparkan imej/mesej di luar biasa
• Muzik/bunyi terpasang secara rawak/ tiada bunyi
• Program/fail tidak berfungsi dengan baik
• Program yang tidak diketahui muncul
• Ciri-ciri sistem berubah dengan sendiri
• Sistem operasi tidak boleh bermula
• Sistem operasi termati sendiri

ii. Worms
- Worm akan menyalin dirinya sendiri berulang kali tanpa bergantung kepada
program lain seperti virus.
- Sebagai contoh, ia akan merebak dengan menyalin dirinya sebanyak mungkin
ke dalam ingatan komputer atau ke dalam rangkaian dan mampu mematikan
komputer atau rangkaian.

98

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1
iii. Trojan horse

- Trojan horse mengambil nama sempena hikayat Greek.
- Trojan horse tidak menyalin dirinya sendiri untuk merebak di dalam komputer

tetapi Trojan horse akan menyamar dirinya sebagai program lain yang sah
dan apabila digunakan ia akan aktif merosakkan fail.

iv. Time bombs
- Time bomb tidak menyalin dirinya sendiri dan tidak menyamar sebagai
program lain.
- ia bertindak mengikut masa yang ditetapkan.
- Apabila telah sampai masa time bomb untuk aktif, ia akan bertindak mengikut
arahan yang diberikan sama ada ia akan memadam kesemua fail-fail di dalam
komputer tersebut termasuklah fail sistem atau menyalin data, mengubah data
dan sebagainya.

v. rootkits
- rootkits merupakan sejenis program yang dicipta untuk mengubahkan sistem
operasi komputer supaya malware yang mencerobohi dalam sistem komputer
boleh tersembunyi daripada pengguna

vi. Ad-ware
- Ad-ware merupakan singkatan untuk Advertising Supported Software (perisian
yang disokong oleh iklan).

99

UIT 1111 TEKNOLOGI MAKLUMAT 1

- Kebiasaannya ditawarkan secara percuma untuk dimuat turun oleh pengguna.
- Contoh: Kazaa dan iMesh (perisian untuk perkongsian fail muzik dan video).
- Sebaik sahaja anda klik pada belon pop-up perisian tersebut akan dihubungkan

ke pangkalan data iklan mereka di mana pelbagai iklan akan dipaparkan di
perisian tersebut.
- datang dalam pelbagai bentuk seperti mesej pop-up, banner, dan sebagainya.
- Kadang-kadang, ad-ware boleh merupakan laluan kepada virus di mana virus
akan tersebar apabila ad-ware diklik.

vii. Spyware
- adalah satu program yang dipasang dan berkeupayaan untuk mengumpulkan
maklumat mengenai cara anda melayari internet (istilah tracking).
- kebiasaannya ianya dipasang tanpa izin dan kita tidak sedar akan maklumat
yang dikumpulkan kerana spyware tidak menunjukkan dirinya sewaktu ianya
aktif.
- Spyware akan menjejak pelayaran internet anda dan dengan aktif akan
menghantar data-data yang djejak ke pelayan komputer syarikat yang
terbabit..

3.2 Perisian Antivirus
Sebelum kita mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai perisian antivirus, kita perlu
mengetahui apakah takrif atau definisi perisian antivirus tersebut. Perisian antirivirus adalah
sejenis perisian yang digunakan untuk mengesan tanda-tanda kemunculan ancaman virus di
dalam komputer, storan dalaman dan luaran, dan rangkaian. Pada masa kini terdapat
pelbagai jenis perisian antivirus yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti auto scan,
fix , dan clean. Kesemua perisian ini bertujuan untuk melindungi komputer kita daripada
gangguan virus komputer yang pelbagai.

100


Click to View FlipBook Version