The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34240044, 2024-04-15 03:31:31

BUKU ABSTRAK KOLOKIUM

BUKU ABSTRAK KOLOKIUM

KATEGORI KAJIAN TINDAKAN BIL NAMA TAJUK PEMBENTANGAN M/S1. SAMSON PHILIPPINUS MENINGKATKAN INGATAN MURID TINGKATAN 5 TERHADAP BENTUK DAUN DAN JENIS DAUN MAJMUKDALAM SUBJEK PERTANIAN DENGAN TEKNIK LA.GA12. MOHD MALIM ESANUDDIN RESEARCH SKILLS AS A FACTOR TO IMPROVE TEACHERS’ COMPETENCY 23. HANITA LADJAHARUN MENINGKATKAN APLIKASI DIGITAL DALAMPEMBELAJARAN SEJARAH 34. CATHRINE BINTI MASINGAN TEKNIK “DARI KIRI CEPAT JALAN (DKCJ)” DALAMPEMBINAAN JADUAL ALIH BENTUK KOMUNIKASI (ABK) PENGAJIAN AM SEMESTER DUA 45. MOHD FAIDZ BIN ALIAS, SOFIA ARIZZA BINTI YUSOP SISTEM SUKAN SEKOLAH (TRIPLE S) - MENINGKATKANTAHAP KEPANTASAN, KETEPATAN DAN KECEKAPANPENGUMPULAN, PEMPROSESAN DAN PENYIMPANANDATASERTA PENGURUSAN SUKAN DI SEKOLAH KEBANGSAANSUNGAI UDANG, KLANG 56. DR. NORHANIFAH JARAIE MODUL MAKMAL ABIIS DENGAN PENDEKATAN ‘WRITETOLEARN’ MATRIKS DAN WACANA PENGHUJAHAN BAGI PELAJAR SAINS TINGKATAN ENAM UNTUK PEMAHAMANBERMAKNA DALAM TOPIK KIMIA ORGANIK STPM67. MASLIHAH BINTI HASHIM, DR RASHIDAH BINTI KARNAIN, MD LATIF BIN MD NOR PM 10 : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENUKAR ASAS NOMBOR DARIPADA SUATU ASAS KEPADA ASAS LAINDALAM MATEMATIK TINGKATAN 4 PERNIAGAAN1 DI SMKTAMAN KLANG UTAMA 78. MOHD KAMAL BIN SULAIMAN PENGGUNAAN ‘ROAD MAP SEDAR’ DAPAT MENINGKATKANGRED PURATA MATA PELAJARAN PERNIAGAAN DALAMKALANGAN MURID TINGKATAN 5 DI SMK TINGGI KLANG. 89. NURLIENA BINTI MOHAMAD D’WARNA : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMCIRIKANPEMILIKAN PERNIAGAAN DALAM KALANGAN MURIDTINGKATAN 4AK DI SMK TINGGI KLANG 910. NURAIDAH BINTI MUSTAPAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI GENERATIF AI DALAMPENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIFTINGKATAN 6: KESAN TERHADAP PEMAHAMAN PELAJARTERHADAP WATAK DAN PERWATAKAN DALAMTEKS SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU). 1011. DR. NOOR FADILAH BINTI AMBO MODUL IKBAT UNTUK MENINGATKAN KEMAHIRANMURIDTINGKATAN DUA MENJAWAB SOALAN KBAT (KEMAHIRANBERFIKIR ARAS TINGGI) DALAM MATA PELAJARANPENDIDIKAN ISLAM 1112. NIRWANA BINTI HARUN PENGGUNAAN KAD RODA UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR DALAM MENGUASAI BIDANG JAWI 1213. SHAHAROOM BINTI HASHIM MEMPERKASAKAN PEMANTAUAN ASRAMA DAN PEMEROLEHAN DATA HEM MENGGUNAKAN APLIKASI GOOGLE FORM 13


14. NOR AZURA BINTI ADENAN LAZIM PPB: MEMECAHKAN MASALAH DENGAN CARAYANGSISTEMATIK 1415. NOR AZILA BINTI ADENAN K.A.G.S. : RUTIN DALAM PENYELESAIAN MASALAHDI DUNIA SEBENAR 1516. NURUL ROS ADIRA MAHADY NILAM ON THE GO! PENGGUNAAN BAHAN BACAANMUDAH ALIH DALAM MENINGKATKAN REKOD BACAANNILAM 1617. ABDUL MANAN BIN PERMAN INTEGRASI KAD CMTG DALAM MATA PELAJARANSEJARAHBAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN KEUPAYAANMURID MENULIS ESEI KBAT DI 4 BETA SM SAINS SABAH1718. ROSNA BINTI ANJUT PENGGUNAAN KAEDAH SEGITIGA ApIT UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGELAS TUAS 1819. DR. JANET JEQUILINE JOLLY TINJOL PENGGUNAAN CARTA FHIT DALAM MEMBENTUKKEMAHIRAN PEMBELAJARAN KENDIRI PELAJAR PENGAJIAN PERNIAGAAN TINGKATAN ENAM1920. JOEVENEA WILLTHEE PROGRAM SUMUKU GUMINAWO MSAk BOROS KADAZANDUSUN 2021. DR. IRENE BRANDA ANAK MACUS TEKNIK PENULISAN PENGENALAN KERJA KURSUS PENGAJIAN AM BERDASARKAN CARTA ALIR DALAMKALANGAN PELAJAR TINGKATAN KOLEJ TINGKATANENAM KOTA KINABALU SABAH. 2122. DR ANUAR BIN MD. AMIN, NOR AFSAH BINTI ISHAK KEKEMASAN TULISAN : KAJIAN TINDAKAN TERHADAP MURID TAHUN 2 DENGAN MENGGUNAKAN PETAKKESERASIAN RUANG (PKR) 22KATEGORI INOVASI BIL NAMA TAJUK PEMBENTANGAN M/S1. HANITA BINTI LADJAHARUN WORD WALL GAME LEARNING: HANI TRUE MATCH232. AZIATHUL AZREEMA BINTI JAAS KAD DAUN FIRGI 243. ZURAINI BINTI AHMAD KARANGAN SMART BOX 254. MIHING BINTI SINGKUI@FLORES EZRA SMART MPCL 265. IRINE JOKILYN KYOKA AROMA – TEKNOLOGI HIJAU DALAMMELESTARIKAN ALAM 276. AWANGKU AHMAD BIN AWANG BUJANG MENGGUNAKAN SORTA MATHS UNTUK MEMBANTUMURID KELAS DLP MENULIS NOMBOR DALAMPERKATAAN BAHASA INGGERIS 28


7. SYAMSILAWATI BINTI ABU BAKAR “TRAIN TO HIJAIYAH” SATU ALAT UNTUK MENGATASI MASALAH KESUKARAN MEMBACA DALAMKALANGANMURID 298. DR NOR HAYATI BINTI RAMLAN PBDMANIA : ALAT STATISTIK PEMANGKIN DIALOGPRESTASI AKADEMIK PBD DAN UJIAN SUMATIF ORGANISASI PENDIDIKAN MALAYSIA 309. STEFANUS LUCAS, KHAIRUL FARHAH KHAIRUDDIN DUNIA MUZIK MELALUI PUPPET: PANDUAN UNTUK GURU PENDIDIKAN KHAS 3110. FAN YING SHI MODUL “MUDAHNYA BELAJAR BAHASA CINA” (MbBC) 3211. HAZLINDA BINTI HAMZAH, SITI ESAH BINTI ISMAIL KAD KBAT DABUS MUDAH BANTU MURID KUASAI KBAT SEJARAH 3312. JULLY BIN BANDARANG PENGHASILAN BAJA BANANA EM DAN PENGGUNAANTERHADAP TANAMAN CILI BARA DAN TERUNG3413. NOOR LATIFAH BINTI AB LATIF THE WHEEL KBAT: INOVASI DALAM PENGAJARANDANPEMBELAJARAN 3514. NURUL HAMIMI BINTI AWANG JAPILAN, SABRIAH JAPRIN KITPQ : KIT PDP DAN PENTAKSIRAN TILAWAH AL- QURAN, HAFAZAN AL-QURAN DAN BACAAN HADIS 3615. NORMAH BINTI DALINSIK INOVASI PDPC : OPTAMTO 3716. NOORLEENA BINTI GUTASAN EZ READ RULER : ALAT BANTU MENGAJAR UNTUKMENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAMKALANGAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKANKHAS (MBPK) 3817. PUAN MASZIDAH@HANUM BINTI MISIR@PUTING MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARANJAWI INOVASI “AMPAIAN SU-JA 2.0” 39KATEGORI AMALAN TERBAIK BIL NAMA TAJUK PEMBENTANGAN M/S1. DEEBAMALAR A/P PANDI THE READING SKILL MEETS AI : ENCHANCE FORM5 STUDENTS’ READING SKILL THROUGH IMMERSIVE READER TOOL 402. DANIAL HERYANTO BIN ZAINAL ABIDIN, ZALINDA BINTI RAHMAT PROGRAM BTUIN 2.0 : SATU USAHA DALAMMENINGKATKAN KUALITI KOSA KATA DAN PENULISANKARANGAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHDAERAH KLANG 413. SITI NAZURA BINTI AMMI@AZMI, SA’ADAH BINTI KASIRAN LESSON STUDY : AMALAN TERBAIK PLC KE ARAHPENINGKATAN KUALITI GURU DAN KEMENJADIANMURID 42


4. MOHD HAFIDZUDDIN BIN MUZAIYIN K-SEMANIS : AMALAN TERBAIK PEMBUDAYAANINOVATIF DI DAERAH KLANG 435. SITI NADIAH BINTI IBNI HAJAR PENDEKATAN PEMBELAJARAN SOSIOEMOSI (SEL) MELALUI KAEDAH ONE-TO-ONE COACHING BAGI MENINGKATKAN MOTIVASI MURID DALAMMATAPELAJARAN KIMIA 446. NOOR JANNAH BINTI HAMZAH PROJEK DIMSUM: MENINGKATKAN KEBOLEHPASARANMBPK PPKI SMK PEKAN TELIPOK 457. DR NOR HAYATI BINTI RAMLAN PROGRAM SAKU: SAHSIAH ANGGUN KEHADIRANUNGGUL SATU INISIATIF MENINGKATKAN PERATUS KEHADIRAN MURID SMK DATO HAMZAH 468. NURSABRINA SAINUDIN MY SMART SCHOOL CENTER WEBSITE (MY.SSCW) 479. NUR ANISAH BINTI MAJIT MENINGKATKAN AMALAN SEMANGAT JUANG ATLITDENGAN PELAKSANAAN MODUL MINDA JUARABE SIR4810. ANNA IDRUS INTEGRASI KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PENGHASILAN KERJA MURID DALAMMATAPELAJARAN SAINS MENENGAH RENDAH 4911. NUR AISHAH BARBARA ABDULLAH, VENSON GUMPITAK, LIEW YUN CHIN R.E.V.I.V.E : RELASI STRATEGI AMALAN KEPIMPINANGURU DALAM PENDIDIKAN TVET DI SEKOLAH MENENGAH 5012. DR. RUTIL TAISING SEPAKAT MUAFAKAT DENGAN PIBKS DAN IMPAKNYA5113. VOO HON MIN @ MOHD AMIN PENGGUNAAN EPEMANTAUAN 3.0 DALAMPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SMK SRI NANGKA TUARAN 5214. FREDERICA TINGKA JOVITA @ JABITAH EMPEROK, CRISTY MAIKOL AMALAN TERBAIK PROGRAM PHOENIX 5315. ATIAH BINTI HAJI AWANG PENERAPAN AMALAN KEPIMPINAN GURU BESARDALAM PENDIDIKAN STEM DI SK PEKAN KOTAMARUDU 54


1 MENINGKATKAN INGATAN MURID TINGKATAN 5 TERHADAPBENTUK DAUN DAN JENIS DAUN MAJMUK DALAMSUBJEK PERTANIAN DENGAN TEKNIK LA.GA Samson Philippinus SMK Limbanak [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid-murid Pertanian 5 Progresif dalammenjawabsoalan struktur bentuk daun dan jenis daun majmuk iaitu dalam subtopik 1.1.2 Struktur luar tumbuhan. Seramai 15 orang murid Kelas 5 Progresif yang mengambil mata pelajaran elektif Pertanianterlibatdalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian terhadap tingkahlakumurid dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan khususnya di dalam kelas. Hasil tinjauan menunjukkanmurid-murid Pertanian 5 Progresif tidak berjaya menyelesaikan soalan struktur jenis ini. Melalui latihanpertama yang dilaksanakan, murid-murid ini hanya mampu memperolehi 6 markah daripada 27markah. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik meningkatkan daya ingatan murid terhadapbentukdaun secara berkesan. Kajian ini melibatkan dua kitaran iaitu kitaran pertama Teknik lakarandigunakanuntuk membantu murid mengingat bentuk daun dan jenis daun majmuk. Namun setelah diuji denganlatihan kedua, namun pencapaian masih kurang memuaskan. Oleh itu, kajian diteruskan dengankitarankedua dengan memperkenalkan penggunaan gaya tangan kanan dan kiri sebagai penambahbaikan. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 7 minggu iaitu bermula 05 April hingga 23 Mei 2023. Keputusan dalam latihan 1 tanpa apa-apa teknik menunjukkan prestasi murid yangkurangmemberangsangkan. Pada keputusan kitaran 1 (latihan 2) dengan teknik lakaran, terdapat peningkataniaitu 3 orang murid mendapat 12 markah daripada 27 markah, selebihnya mendapat di bawah12markah. Setelah Kitaran ke-2 diteruskan keputusan latihan 3 didapati seorang murid mendapat 18markah, 12 orang murid mendapat antara 12 markah sehingga 17 markah dan 2 orang sahaja mendapat11 markah. Implikasi kajian menunjukkan murid-murid bermotivasi dan lebih yakin dalammenjawabsoalan yang diberi. Kata kunci: Pembelajaran dan Pemudahcaraan, mata Pelajaran Pertanian, Tingkatan 5 Progresif, Teknik La.Ga


2 RESEARCH SKILLS AS A FACTOR TO IMPROVE TEACHERS’ COMPETENCYMohd Malim Esanuddin SK Malawa ABSTRAK Research skills have been a long and passionate talk among school teachers. Research skills havebeenproven by previous studies to be helpful for teachers in deciding their path for higher qualityandsustainable teaching and learning. This quantitative study aimed to survey school teachers in Sabahstatein determining the correlation of research skill and teacher competency in domainsofplanning,leadership, teaching management,professionalism, operation, and evaluation. RandomSabahan teachers had answered the survey question via google form and a sample of 378 teachershadbeen collected. Data was analyzed by using SPSS 21.0 . The data were tested with descriptive statisticsand Pearson correlation test. The result showed that there are positive correlation of school level andresearch skill, whereas negative correlation detected of age and research skill and no correlationofgender and research skill. In light of the findings, some recommendations were made onwaystoimprove research skills among teachers.


3 MENINGKATKAN APLIKASI DIGITAL DALAM PEMBELAJARANSEJARAHHanita Ladjaharun SMK Perempuan Likas, Sabah. [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan amalan digitalisasi dalam pembelajaran sejarahdalamkalangan murid-murid 1 Berlian. Dapatan awal menunjukan murid-murid 1 Berlian tidakpernahdilibatkan dengan aktiviti pembelajaran menggunakan aplikasi digital menghasilkanbahanpembelajaran menggunakan aplikasi Canva, Google Sites, TikTok dan Youtube. Oleh itu, usahadilaksanakan bagi meningkatkan aplikasi digital seperti Canva, Google Sites, TikTok danYoutubedalam pembelajaran sejarah. Objektif seterusnya ialah membolehkan murid menghasilkanbahanpembelajaran melalui aplikasi digital Canva, Google Sites, TikTok dan Youtube. Pelaksanaanaplikasidigital Canva, Google Sites, TikTok dan Youtube dalam pembelajaran sejarah dilakukansecaraberperingkat untuk disesuaikan dengan tahap dan kebolehan murid. Pendekatan inovatif membolehkanmurid berupaya melibatkan diri dalam pembelajaran menggunakan aplikasi digital Canva, GoogleSites, TikTok dan Youtube. Murid-murid juga telah berjaya menghasilkan bahan-bahan pembelajarandigitalmenggunakan aplikasi Canva, Google Sites, Tik Tok dan Youtube. Pendekatan digital dalampembelajaran sejarah ini telah dikongsikan dalam kalangan guru dan telah diaplikasikanolehgurusejarah dan guru mata pelajaran lain. Oleh itu, pembelajaran digital menggunakan pelbagai aplikasi lainsewajarnya diteruskan dan dipertingkatkan agar potensi diri murid dapat terus dikembangkan. Kata kunci : Aplikasi Digital, Pembelajaran, Sejarah


4 TEKNIK “DARI KIRI CEPAT JALAN (DKCJ)” DALAM PEMBINAANJADUALALIH BENTUK KOMUNIKASI (ABK) PENGAJIAN AMSEMESTERDUACathrine binti Masingan Unit Pengajian Am Pusat Tingkatan Enam Maktab Sabah [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah membina jadual dalambahagian AlihBentukKomunikasi (ABK) mata pelajaran Pengajian Am, semester dua. Kajian ini menggunakan pendekatankualitatif iaitu dokumen analisis sebagai data utama dan disokong oleh kaedah pemerhatian dankaedahtemubual. Seramai sepuluh orang pelajar dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauanawalmendapati pelajar menghadapi masalah dalam mengenal pasti elemen-elemen dalampetikansoalanyang perlu dipindahkan kepada jadual. Selain itu, pelajar turut menghadapi masalah dalammenentukankedudukan setiap elemen ke dalam jadual hingga menyebabkan pelajar mengambil masa yanglamauntuk menyediakan jadual. Teknik Dari Kiri Cepat Jalan (DKCJ) diperkenalkan untuk mengatasimasalah tersebut. Secara keseluruhannya, teknik DKCJ membantu meningkatkan kemahiranpelajardalam menyediakan jadual dan seterusnya membantu menambah baik amalan PdPc guru. Kata kunci : Alih bentuk komunikasi, Pengajian Am, Teknik pembinaan jadual


5 SISTEM SUKAN SEKOLAH (TRIPLE S) - MENINGKATKAN TAHAP KEPANTASAN, KETEPATAN DAN KECEKAPAN PENGUMPULAN, PEMPROSESAN DANPENYIMPANANDATA SERTA PENGURUSAN SUKAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG, KLANGMohd Faidz Bin Alias Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Klang [email protected] Sofia Arizza Binti Yusop Pejabat Pendidikan Daerah Klang [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah atau kelemahan semasa pengumpulan, pemprosesandanpenyimpanan data sukan serta penguruan sukan di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Klang. Kajianini melibatkan semua aktiviti sukan yang dijalankan sepanjang tahun, iaitu Kejohanan MerentasDesadan Kejohanan Sukan Tahunan. Kejohanan Sukan Tahunan melibatkan sukantara, acara padangdanacara balapan serta perbarisan rumah sukan. Tinjauan awal telah dilaksanakan pada tahun 2022. Hasiltinjauan menunjukkan terdapat kesukaran dan kelewatan dalam mengumpul dan memproses datasukan. Selain itu, cara penyimpanan data yang tidak diurus dengan baik juga menyebabkan kesukaranmendapatkan kembali data keseluruhan. Berlaku juga kesilapan semasa mendapatkan keputusanakhirsukan yang berpunca dari kecuaian semasa pengiraan markah pemenang. Permasalahan ini berpuncadaripada kaedah yang digunakan adalah secara manual. Perancangan tindakan SistemSukanSekolah(Triple S) menjurus kepada transmisi sistem manual kepada sistem auto sette (tujuh) dan difokuskankepada 2 bahagian. Bahagian pertama, Kejohanan Merentas Desa yang melibatkan pengumpulandatapemenang. Bahagian kedua, Kejohanan Sukan Tahunan yang melibatkan proses pendaftaranpesertaoleh guru rumah sukan, borang acara kejohanan, pengisian data pemenang, pemilihan olahragawandanolahragawati. Seterusnya, kedudukan rumah sukan keseluruhan akan diperolehi. Di SekolahKebangsaan Sungai Udang, markah kedudukan rumah sukan akan diambil kira dari markah KejohananMerentas Desa, sukantara, perbarisan, acara akhir balapan dan acara akhir padang. Kaedah kajianyangdijalankan adalah menggunakan maklum balas respon tertutup dengan mengemukakan5soalanberkaitan sistem ini. Fokus kajian ini, melibatkan 12 orang guru yang terlibat dengan pengumpulan, pemprosesan dan penyimpanan data sukan sekolah. Hasil dapatan ditunjukkan dalambentukperatus. Hasil kajian mendapati, sistem ini memenuhi keperluan dan membantu dalampengurusansukansekolah, proses pengumpulan data, pengiraan pemenang serta penyimpanan data. Sistemini jugabolehdiakses di mana - mana dan boleh dipraktikkan oleh semua sekolah di Malaysia khususnyadanperingkat global amnya. Sistem ini juga sangat mudah, cepat, jimat dan penyimpanan data yangselamatserta keputusan Kejohanan Sukan Sekolah yang tepat. Kata kunci : Sistem Sukan Sekolah (Triple S), Kejohanan Merentas Desa, Kejohanan Sukan Tahunan


6 MODUL MAKMAL ABIIS DENGAN PENDEKATAN ‘WRITE TO LEARN’ MATRIKSDANWACANA PENGHUJAHAN BAGI PELAJAR SAINS TINGKATAN ENAM UNTUK PEMAHAMAN BERMAKNA DALAMTOPIK KIMIA ORGANIK STPM Dr. Norhanifah Jaraie, PhD Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu [email protected] ABSTRAK Kerja amali sangat penting dalam penilaian STPM. Guru yang menilai kerja amali selalunyamemberikan markah terbaik, tetapi realitinya laporan amali pelajar kebanyakannya dikongsikandiinternet secara berleluasa. Pelajar mempunyai persepsi bahawa proses kerja amali tidak pentinguntukdifahami kerana laporan amali mudah didapati dan teori kimia yang diajar di kelas sudahmemadaiuntuk persediaan peperiksaan STPM. Hakikatnya, lebih daripada 50% amali kimia STPMberkaitandengan silibus kimia STPM. Subjek sukar seperti kimia organik menjadi lebih mudah difahami danbermakna kerana teori yang diajar menjadi lebih menarik apabila dikaitkan dengan proses kerjaamali. Oleh itu, kajian ini bertujuan membantu pelajar memahami kimia organik dengan lebihbermaknamelalui modul makmal ABIIS yang menggunakan pendekatan wacana penghujahan dan ‘write tolearn’matriks, tanpa perlu mengubah kurikulum amali kimia STPM. Kajian ini telah dijalankan kepada15orang pelajar sains di salah sebuah Pusat Tingkatan Enam di Kota Kinabalu. ‘Write to learn’ matriksdiberikan semasa praamali dan pascaamali dalam dua eksperimen berbeza. Analisis dokumendaripada‘write to learn’ matriks, dan laporan amali, beserta analisis interaksi perbualan digunakan untukmelihatperkembangan pemahaman pelajar. Kajian ini mendapati seramai 12 orang (80%) pelajar menulislaporan amali tanpa perlu meniru laporan yang dikongsikan di internet. Pemahaman pelajar dalamkimiaorganik bertambah baik secara signifikan selari dengan objektif kajian ini. Kajian ini mencadangkanmodul amali ABIIS digunakan dalam pengajaran subjek sains yang lain sama ada di peringkat rendahatau menengah tanpa mengubah kurikulum amali berkenaan. Kata kunci : Modul Makmal ABIIS, Kimia organik, Kerja amali kimia STPM, ‘Write to Learn’ matriks, Wacana penghujahan


7 PM 10 : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENUKAR ASAS NOMBORDARIPADASUATU ASAS KEPADA ASAS LAIN DALAM MATEMATIK TINGKATAN4 PERNIAGAAN1 DI SMK TAMAN KLANG UTAMA Maslihah Binti Hashim Pejabat Pendidikan Daerah Klang [email protected] Dr Rashidah Binti Karnain Pejabat Pendidikan Daerah Klang [email protected] Md Latif Bin Md Nor Pejabat Pendidikan Daerah Klang [email protected] ABSTRAK Pendidikan STEM merangkumi komponen 4K dalam Pengajaran dan Pembelajaran iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal sejajar dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) sertakemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kajian ini mendapati murid masih belumdapat menguasaikonsep Asas Nombor dan isu ini dikenal pasti melalui Pentaksiran Bilik Darjah. Tahap Penguasaanmurid dalam tajuk Asas Nombor Matematik Tingkatan 4 masih belum mencapai Tahap Penguasaan(TP)minimum iaitu TP3 kerana murid tiada alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai di sampingmuridkurang minat terhadap Matematik. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiranmurid menukar nombor daripada satu asas kepada asas lain dengan menggunakan Perfect MatchBased10 (PM 10 ). PM 10 mengandungi lapan jadual nilai digit serta nilai tempat bermula asas 2 hinggaasas9 yang dicetak di atas kertas sticker bagi memudahkan murid menukar suatu asas nombor kepadaasaslain seterusnya dapat menyelesaikan soalan rutin mudah. Responden kajian terdiri daripada sepuluhorang murid Tingkatkan 4 Perniagaan 1 SMK Taman Klang Utama yang memperolehTahapPenguasaan 1 dan 2 dalam tajuk Asas Nombor Matematik Tingkatan Empat. Kajian dijalankanselama6minggu. Data dikumpul melalui semakan dokumen analisis Pentaksiran Bilik Darjah(PBD)Pertengahan Tahun, Rekod Perkembangan Murid (RPM), markah ujian pra dan pos serta pemerhatiantingkah laku murid. Analisis data yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis deskriptif. Dapatankajian ini menunjukkan 100% murid dapat menukar semua asas nombor, dapat mengaplikasikanpengetahuan dalam konteks penyelesaian masalah rutin yang mudah dalam Ujian Pasca melebihi 20%sasaran objektif kajian iaitu 80% seterusnya murid dapat mencapai minat skala lebih 3terhadapMatematik. Kesimpulannya, kajian ini dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan muriddalamPBD melalui Perfect Match Based 10 (PM 10 ). Kata kunci : Asas Nombor, Tahap Penguasaaan, masalah rutin, Pentaksiran Bilik Darjah


8 PENGGUNAAN ‘ROAD MAP SEDAR’ DAPAT MENINGKATKANGREDPURATA MATA PELAJARAN PERNIAGAAN DALAM KALANGAN MURIDTINGKATAN5 DI SMK TINGGI KLANG Mohd Kamal bin Sulaiman SISC+ TVET PPD Klang [email protected] Kajian ini melihat senario prestasi dalam kalangan murid-murid tingkatan 5 SMKTinggi Klangyangmengambil mata pelajaran Perniagaan. Murid-murid yang mengambil mata pelajaraninikebanyakkannya berada pada tahap penguasaan yang rendah semasa ditingkatan tiga. Oleh ituapabilamereka berada dimenengah atas, tahap kesediaan dan kesedaran mereka untuk belajar adalahsangatkurang. Keputusan peperiksaan mereka semasa ditingkatan empat sangat lemah dan memberikankerisauan kepada pihak sekolah. Faktor utama yang mempengaruhi tahap prestasi merekatiadapenetapan matlamat belajar, penetapan kerjaya serta tiada minat mempelajari mata pelajaranini. Guru-guru amat sukar untuk membantu murid bagi menetapkan matlamat yang jelas selari denganobjektifmata pelajaran Perniagaan yang terkandung dalam DSKP. Oleh itu ‘Road Map SEDAR’ telahdiinovasikan sebagai kunci utama pemangkin kesedaran melalui matlamat yang jitu bagi meningkatkanprestasi mereka.‘Road Map SEDAR’ memandu murid belajar secara lebih sistematik dan berstruktur. Selain itu, inovasi ini dapat menyedarkan murid-murid tentang jatidiri sebagai seorang bakal usahawanhasil mempelajari mata pelajaran Perniagaan. Optimumnya, inovasi ini dapat membantu murid-muridmeningkatkan pencapaian mereka. Teknik ini memerlukan guru-guru menjalankan 5elementranformasi kepada murid-murid Perniagaan. Ianya dimulakan dengan ‘Student Big Why’ yangberfokus kepada penetapan matlamat belajar kearah kerjaya dengan menggunakan konsep‘GROW’. Langkah kedua adalah 5E pembelajaran inkuiri iaitu pelibatan (engagament), penerokaan (exploration), penerangan (explaination), pengembangan (elaboration) dan penilaian (evaluation). Langkahketigaialah ‘Development’ iaitu mereka menzahirkan perancangan dan matlamat pencapaian merekadi ataspapan visualisasi dan mengukuhkan pengaruh minda bawah sedar mereka. Langkah keempat adalahsangat penting kerana ianya melibatkan ‘Attitude’ atau pemerkasaan sikap yang disiplindalammencapai kejayaan. Akhir sekali langkah yang kelima iaitu ‘Reinforcement’ iaitu pembudayaangayapemikiran yang mempunyai matlamat yang telah ditetapkan. ‘Road Map SEDAR’ bertindaksebagaialat pemantauan sepanjang masa mengikut keadaan persekitaran pembelajaran di dalamkelas. Teknikini sangat sesuai dilakukan bermula awal sesi persekolahan dan dilestarikan hingga peperiksaanSPM. Hasil daripada penggunaan ‘Road Map SEDAR’, didapati prestasi murid-murid Perniagaan tingkatan5SMK Tinggi Klang semakin meningkat kerana. Hal ini dapat dilihat daripada TOVPATT42022dengan GPMP 8.09, meningkat kepada 6.88 dalam PPT Tingkatan 5 dan 6.61 dalamSPMC2023. Adalah diharapkan kajian ini dapat digunakan oleh semua sekolah terlibat bagi membantumeningkatkan prestasi mata pelajaran Perniagaan. Kata kunci : DSKP Perniagaan, Big Why, GROW, model inkuiri, Subconcious mind, Attitude


9 D’WARNA : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMCIRIKAN PEMILIKANPERNIAGAANDALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 4AKDI SMK TINGGI KLANG Nurliena Binti Mohamad SMK Tinggi Klang [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mencirikan pemilikan perniagaan dalamkalanganmurid. Sample diambil daripada murid-murid tingkatan 4AK di SMK Tinggi Klang. Tinjauanawaltelah dilaksanakan bedasarkan latihan dalam kelas. Hasil daripada tinjauan menunjukkan bahawamuridTingkatan 4AK menghadapi kesukaran untuk menghafal dan mengingati fakta-fakta dan terminologidalam tajuk Bentuk-bentuk Pemilikan Perniagaan. Sebanyak 48% orang murid berada dalamkategoriSangat Lemah ( VW ) 28% berada dalam kategori Sederhana Lemah ( MW) dan selebihnya24%berada dalam kategori Lemah ( W ). Kesukaran mengingati fakta dan terminologi yang menyebabkanmurid mengambil masa yang lama dan panjang untuk menulis jawapan atau membiarkan kosongsahaja. Rentetan daripada isu tersebut, Permainan D’WARNA diperkenalkan untuk menyelesaikanmasalahtersebut. Murid lebih seronok dan lebih berdaya saing apabila mereka bermain Permainan D’WARNAini dan secara tidak langsung membantu mereka untuk mengingati fakta dan terminologi dalamtajukBentuk-bentuk Pemilikan Perniagaan. Dapatan kajian membuktikan bahawa, Permainan D’WARNAsangat membantu murid untuk menghafal dan mengingati fakta-fakta dan terminologi dalamtajukBentuk-bentuk Pemilikan Perniagaan. Secara umumnya kajian ini juga dapat membantu prosespdpguru-guru disamping mampu menimbulkan keseronokkan murid-murid mempelajari mata pelajaranpeniagaan. Kata kunci : Pemilikan perniagaan, D’WARNA


10 PENGGUNAAN TEKNOLOGI GENERATIF AI DALAM PENGAJARAN KESUSASTERAANMELAYU KOMUNIKATIF TINGKATAN 6: KESAN TERHADAP PEMAHAMANPELAJARTERHADAP WATAK DAN PERWATAKAN DALAM TEKS SULALATUS SALATIN(SEJARAH MELAYU) Nuraidah Binti Mustapah Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai impak penggunaan teknologi generatif dalampembelajaranKesusasteraan Melayu Komunikatif terhadap semua pelajar Tingkatan 6 semester 2 2024yangmengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 6. Dengan mengaplikasikanteknologi seperti ChatGPT 4, Copilot Designer untuk mencipta imej watak, ClipDrop untuk modifikasivisual watak, serta D-ID Presenter, Virbo untuk teknologi penghasilan suara untuk narasi teks, kajianinimengeksplorasi keefektifan integrasi teknologi generatif dalam memperkaya pengalaman pembelajaranKesusasteraan Mekayu Komunikatif. Metodologi yang digunakan adalah kajian tindakandi manasemua pelajar dilibatkan dalam proses pembelajaran yang memanfaatkan teknologi generative AI. Datadikumpulkan melalui pemerhatian, soal selidik, dan analisis reflektif daripada pelajar untukmengukurkesan teknologi terhadap pemahaman mereka terhadap watak dan perwatakan. Hasil kajian diharapkandapat menyediakan bukti empirikal tentang keberkesanan penggunaan teknologi generatif dalampembelajaran kesusasteraan, serta memberikan wawasan tentang cara memperkasakan semuapelajardengan kemahiran digital dalam konteks pembelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan6.


11 MODUL IKBAT UNTUK MENINGATKAN KEMAHIRAN MURID TINGKATANDUAMENJAWAB SOALAN KBAT (KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI) DALAMMATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAMDr. Noor Fadilah binti Ambo MRSM Kota Kinabalu [email protected] ABSTRAK Kesukaran dan kurangnya motivasi murid untuk mengingat format menjawab soalan Kemahiran Berfikir ArasTinggi (KBAT) merupakan satu isu dalam pembelajaran Pendidikan Islam, Tingkatan 2 di peringkat menengahrendah. Ini amat merisaukan kerana masalah ini akan menyebabkan kesukaran untuk menguasai kemahiranmenjawab soalan KBAT semasa berada di Tingkatan 4 dan 5 khususnya. Modul IKBAT ini merupakanalat intervensi guru untuk membantu murid mengenalpasti format KBAT, meningkatkan daya ingatan dan kefahamanmurid serta motivasi khususnya dalam kalangan murid yang mempunyai tahap penguasaan lemah. Kumpulansasaran terdiri daripada murid Tingkatan Dua, kelas Mutiara seramai lima orang murid di MRSMKota Kinabalu, Sabah. Keberkesanan IKBAT diukur berdasarkan pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbandingansebelumdan selepas menggunakan IKBAT di dalam kelas. Data-data ini diperolehi daripada pra-ujian, pascaujian, lembaran kerja dengan mengambil kira peratus markah yang diperolehi murid dan temubual. Hasil penilaiandata-data ini menunjukkan bahawa penggunaan IKBAT telah meningkatkan daya ingatan murid berkaitanformat KBAT, dapat membantu murid menjawab dengan mudah dan meningkatkan motivasi murid untuk menjawabKBAT dengan baik. Kata Kunci : Modul IKBAT, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kemahiran MenjawabSoalan, Pendidikan Islam


12 PENGGUNAAN KAD RODA UNTUK MENARIK MINAT PELAJARDALAM MENGUASAI BIDANG JAWI Nirwana Binti Harun Sekolah Kebangsaan Pekan, Lahad Datu [email protected] ABSTRAK Tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab iaitu menggunakan huruf-huruf Arab yang dimasukkankedalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan jawi juga merupakan satu jenis tulisanyangmempunyai hubungan yang erat dengan perkembangan agama Islam di Malaysia. Jawi merupakanbidang yang ditekankan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) melalui mata pelajaranPendidikan Islam. Penggunaan roda Jawi secara umumnya telah meluas dalamkalangan guruagamadan telahpun diguna pakai mengikut kreativiti guru itu sendiri. Namun masih ada lagi guru PendidikanIslam ataupun JQAF masih belum tahu apa itu kad roda jawi dan masih tidak mengaplikasikannya. Penggunaan Roda Jawi sebetulnya mampu untuk meningkatkan serta memberi penguasaankepadamurid untuk lebih mengenal huruf tunggal jawi, suku kata terbuka dan tertutup selain dapat menulishuruf jawi dengan lebih kemas di buku tulis. Secara keseluruhannya, kertas konsep Inovasi inidihasilkan agar dapat membantu guru-guru agama mempraktikkan penggunaan Roda Jawi di sekolahrendah terutamanya. Namun terdapat beberapa elemen dari sudut input dan proses perlu ditambahbaikbagi mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran matapelajaranjawi disekolah. Kata kunci : Jawi, Kad Roda, Pendidikan Islam, Amalan Pengajaran Pendidikan Islam


13 MEMPERKASAKAN PEMANTAUAN ASRAMA DAN PEMEROLEHANDATA HEM MENGGUNAKAN APLIKASI GOOGLE FORMShaharoom Binti Hashim SMK Agama Keningau ABSTRAK 18 orang ahli kumpulan pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) yang terdiri daripada seorangPenolongKanan HEM , 3 orang penyelia asrama dan 13 orang warden asrama menghadapi masalahdalammenghantar pelaporan pemantauan asrama dan slaid pembentangan dalammesyuarat mingguanPengurusan Sekolah.Masalah ini menyebabkan mereka tidak dapat melaporkan status semasapemantauan asrama secara detail melibatkan data penuh sama ada dari aspek kebersihan , keselamatanmahupun laporan kerosakan yang memerlukan pembaikan. Maka fokus kajian ini adalahuntukmenangani masalah tersebut dengan menggunakan aplikasi penggunaan digital bagi membantukumpulan pengurusan HEM ini serta bagi meningkatkan kemahiran mereka memperolehi datadanmembentangkan hasil dapatan pemantauan. Tinjauan awal menunjukkan kadar capaian infodatagagaldiperolehi dalam tempoh 7 hari. Analisis penghantaran pelaporan asrama sebelumprogramintervensidijalankan menunjukkan laporan tidak dihantar secara konsisten secara bulanan atau mingguanmalahterbiar tanpa semakan oleh pihak pentadbiran sekolah. Setelah aplikasi Google Formdigunakan, didapati 18 ahli pengurusan HEM tersebut dapat menghantar pelaporan dan dapat membentangdapatanpemantauan mengikut tempoh jadual masa mesyuarat . Ujian pos yang dijalankan menunjukkan100%pemerolehan data pelaporan mingguan dapat dibentangkan dalam mesyuarat PengurusanSekolah. Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan, kemahiran ahli pengurusan HEMdalammembuatlaporan dan menyediakan slaid pembentangan laporan pemantauan asrama telah dapat ditingkatkansetelah menggunakan Aplikasi Google Form. Selain itu, dapat dirumuskan kajian tindakan bukansahajadapat mengatasi masalah pengurusan pentadbiran sekolah malah menggilap kreativiti daninovasipenyelia dan warden asrama dalam melaksanakan amanah dan tugasan harian mereka.


14 LAZIM PPB: MEMECAHKAN MASALAH DENGAN CARA YANGSISTEMATIKNor Azura Binti Adenan SMK Kota Marudu II [email protected] ABSTRAK Pendekatan pedagogi dalam pendidikan memainkan peranan penting untuk membentukkualitipengajaran dan pembelajaran (PdP) bermakna. Menggunakan alat pedagogi yang berkesandapatmeningkatkan kefahaman dan pencapaian murid. Standard pembelajaran 12.2.3 dan 12.2.4 dalammatapelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 menyatakan murid perlu menghasilkan penyata penyesuaianbank (PPB) dengan tepat. Sehubungan ini, kaedah tradisional menggunakan teknik hafalantelahdigunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, daripadapemerhatian untuk tujuh (7) buah hasil kerja murid yang bukan saja tidak dapat menyiapkantugasandalam 30 minit malah menunjukkan kesalahan ketara dalam teknik penghitungan seperti yangdiperlukan dalam wajaran markah peperiksaan awam sebenar dan menyebabkan murid menghadapicabaran untuk memahami konsep secara menyeluruh. Oleh yang demikian, bagi mencetuskanpemikirankritis di kalangan murid untuk menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan, teknikhafalan digunakan bagi pengekalan memori jangka panjang. Lazim PBB dijadikan sebagai salahsatualternatif dalam kaedah PdP untuk memudahkan murid mengingat format penyata penyesuaianbank. Kaedah ini mempunyai persamaan dengan pendekatan Matematik iaitu mencerakinkan masalahsecaralogik dan sistematik tanpa perlu menghafal format secara mekanis. Murid hanya menyepadankanpersamaan matematik ke dalam format sahaja. Selepas pemerhatian dilaksanakan untuk tujuh(7) buahhasil kerja yang sama, terdapat pengurangan sebanyak 10 minit masa yang diambil dalammenyediakanpenyata penyesuaian bank. 100% murid berjaya menjawab dengan yakin dan mendapat 10markahdaripada 12 markah tunggal soalan ini. Nescaya, dengan Lazim PPB ini, murid boleh mengaplikasikanpengetahuan mereka dalam situasi yang berbeza dengan memecahkan masalah dengan lebihefektifselain dapat merumuskan jawapan dengan lebih cepat dan tepat. Kata kunci : Lazim PPB, Prinsip Perakaunan, persamaan Matematik, alat pedagogi


15 K.A.G.S. : RUTIN DALAM PENYELESAIAN MASALAH DI DUNIASEBENARNor Azila Binti Adenan SMK Kota Marudu II [email protected] ABSTRAK Dalam abad Ke-21, murid bukan hanya bertindak sebagai pengguna teknologi yang berpengetahuanmalah mereka adalah pencipta teknologi dan pencetus idea baharu. Selaras dengan matlamat kurikulummata pelajaran Sains Komputer di peringkat menengah atas, murid perlu dikukuhkandenganpengetahuan, kemahiran dan nilai Sains Komputer serta pemikiran komputasional. Matlamat ini sejajardengan hasrat pendidikan negara untuk melahirkan individu yang kompeten dalamdunia pendigitalan. Pemerhatian ke atas hasil kerja daripada penglibatan 10 orang murid menunjukkan merekakurangmenguasai kemahiran prinsip asas teknologi digital seperti menyusun, menganalisis danmempersembahkan data secara logik dan sistematik yang merangkumi kemahiran pengaturcaraandanalgoritma. Oleh itu, KAGS dibina sebagai satu teknik PdP dalam Sains Komputer untukmemberipemahaman kepada murid berkaitan algoritma yang digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalahkompleks melalui pemikiran komputasional. Pendekatan ini adalah berkaitan dengan penelitianterusuntuk mengembangkan teknik algoritma yang lebih efisien dan efektif dalammenangani masalah-masalah yang semakin kompleks. KAGS diibaratkan sebagai komponen-komponen dalamalgoritmaseperti input dan output yang membantu murid memahami konsep-konsep asas struktur kawalanyangbermula dari struktur kawalan jujukan, pilihan dan ulangan. Teknik KAGS yang dilaksanakan dalam PdP ini dapat meningkatkan pemahaman10orangmurid yang kurang pengetahuan dan kemahiran asas Sains Komputer. Ujian Akademik Akhir Tahun2023 juga membuktikan 100% murid ini dapat menjawab soalan yang merangkumi topik algoritmadanstruktur kawalan dengan baik. Semua murid ini berjaya membina algoritma dalamkonteks yanglebihkonkrit selain dari kejayaan dalam menyelesaikan pelbagai masalah rutin yang lebih kompleks. Kata Kunci : Sains Komputer, input, output, algoritma, struktur kawalan


16 NILAM ON THE GO! PENGGUNAAN BAHAN BACAANMUDAH ALIH DALAM MENINGKATKAN REKOD BACAANNILAMNurul Ros Adira Mahady SMK Pekan Telipok [email protected] ABSTRAK Seiring dengan kemajuan teknologi, capaian kepada bahan hiburan adalah semakin mudah danpantas. Secara tidak langsungnya, perkara ini turut menyebabkan budaya membaca semakin merudumdalamkalangan pelajar. Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) adalah salah satu programyangdilaksanakan sejak tahun 1999 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dalamusahauntukmenanam minat membaca dalam kalangan pelajar di seluruh Malaysia. Semua sekolah dikehendakimenghantar laporan bilangan bacaan pelajar dan malangnya, ratio bacaan buku kepada pelajar didapatiberada pada tahap yang sangat rendah di SMK Pekan Telipok. Oleh itu, kajian ini bertujuanuntukmenilai keberkesanan penggunaan bahan bacaan mudah alih ‘NILAM on the Go!’ dalammeningkatkanrekod bacaan NILAM pelajar tingkatan 1 dan 2 sebanyak 20 kelas. Selain itu, kajian ini juga bertujuanuntuk mengetahui persepsi guru tentang penggunaan bahan mudah alih ‘NILAMon the Go!’ semasawaktu relif. Bahan ‘NILAM on the Go!’ merupakan bahan bacaan bersaiz A4 yang dikumpul dalamsatu-satu set, berjumlah 20 set. Bahan ‘NILAM on the Go!’ terdiri cerita-cerita pendek, rencanabukanfiksyen seperti artikel kesihatan, keratan akhbar atau penulisan lain yang dicetak atau diguntingdanditampal daripada sumber asal. Bahan ini dipertanggungjawabkan kepada guru-guru untuk dibawakekelas semasa waktu relif untuk jangkamasa satu bulan. Instrumen kajian adalah rekod bacaansebelumdan selepas intervensi serta boarang soalselidik. Data kajian menunjukkan peningkatan yangketaradalam rekod bacaan pelajar tingkatan 1 dan 2 serta maklumbalas umum yang positif daripada guru-guru. Hasil keputusan menunjukkan potensi yang menggalakkan dan memberikan asas yang baikuntukprogram diteruskan dengan penambahbaikan demi kelangsungan minat membaca dalamkalanganpelajar SMK Pekan Telipok. Kata Kunci : Nadi Ilmu Amalan Membaca, NILAM, membaca, Pusat Sumber, perpustakaan


17 INTEGRASI KAD CMTG DALAM MATA PELAJARAN SEJARAHBAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN KEUPAYAAN MURID MENULIS ESEI KBATDI4BETA SM SAINS SABAH Abdul Manan Bin Perman SM Sains Sabah [email protected] ABSTRAK Kebimbangan terhadap sasaran gred purata mata pelajaran Sejarah iaitu 0.80 dalamPeperiksaanSPM2024 telah mendorong guru untuk menjadi lebih kreatif bagi memastikan hasrat ini menjadi saturealiti. Kajian ini berfokus kepada 30 orang murid 4 Beta dan merupakan calon SPMtahun 2024. Kelemahanyang ketara dalam kalangan murid ialah keupayaan mereka untuk menghasilkan esei KBATdenganbaik dan kosa kata yang terhad dalam menjawab soalan KBAT. Tinjauan awal yang diperolehmelaluikaedah kualitatif mendapati murid menjawab esei menggunakan ayat tidak lengkap dan penggunaankosa kata dalam jawapan yang berulang sehingga menyebabkan jawapan menjadi kurang matang. Sayaberpegang kepada prinsip mengajar itu adalah seni. Kad CMTG merupakan gabungan pelbagai kosakata KBAT yang boleh diolah dalam beberapa formula mengikut kesesuaian. Pengintegrasiankaedahini bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan murid menulis esei KBATmenggunakan variasi kosa kata. Pencapaian Ujian Pra, Ujian Pos, Ujian Pertengahan Sesi Akademiksehingga Ujian Akhir Sesi Akademik menunjukkan peningkatan ketara iaitu pertambahan gredA+danpengurangan gred C+. Gred purata mata pelajaran 4 Beta meningkat secara konsisten iaitu 5.13(UjianPra), 2.41 (Ujian Pos), 1.49 (UPSA) dan 0.93 (UASA). Saya berharap dapat menyebarluaskankit kadCMTG merentas kurikulum dan menghasilkan kamus CMTG+ bagi meningkatkan pencapaianmurid. Kata kunci : integrasi,kosa kata,kad KBAT


18 PENGGUNAAN KAEDAH SEGITIGA ApIT UNTUKMENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGELAS TUAS Rosna Binti Anjut SMK Kolombong [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengelas tuas dan memberi contoh tuas kelaspertama, kedua dan ketiga dalam kalangan murid Tingkatan 2 Dinamik di SMK Kolombong. Seramaisepuluh orang murid yang terdiri daripada lima murid lelaki dan lima murid perempuan telahdipilihdalam kajian ini. Fokus kajian dilakukan setelah mendapati bahawa item mengenai tajuk PengelasanTuas merupakan item wajib bagi kertas Sains Tingkatan Dua. Murid menjalani pemerhatian, ujianPradan Pasca serta temu bual dalam tempoh dua minggu. Kajian mendapati berlaku peningkatanjumlahmurid yang lulus yang mana bilangan murid mendapat gred E semasa Pra sebanyak 6 orang tetapi tiadamurid mendapat gred E dalam Pasca.. Manakala, jumlah murid yang lulus pula telah meningkatdaripada 4 orang (Pra) kepada 10 orang (Pasca). Hasil temu bual pula mendapati muriddapatmenguasai kemahiran mengelas tuas. Sehubungan itu, pengkaji telah memperkenalkan kaedahSegitigaApIT. Justeru, hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati terdapat perubahan yang positif dari segiamalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid.


19 PENGGUNAAN CARTA FHIT DALAM MEMBENTUKKEMAHIRAN PEMBELAJARAN KENDIRI PELAJARPENGAJIAN PERNIAGAAN TINGKATAN ENAMDr. Janet Jequiline Jolly Tinjol SMK Takis Papar [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan tujuan membentuk kemahiran pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajarPengajian Perniagaan (PP) tingkatan enam dengan menggunakan carta FHIT. Peserta kajian melibatkanlima orang pelajar PP yang berada di semester 2 dan mengalami masalah dalammelaksanakanpembelajaran secara kendiri. Tinjauan awal daripada pelajar kelas PP telah dilaksanakan melalui kaedahtemu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil tinjauan mendapati pelajar mempunyaikebergantungan yang tinggi terhadap guru dalam aspek pembelajaran. Oleh itu, pengkaji mengambilinisiatif untuk membina sebuah carta yang dikenali sebagai Carta FHIT untuk membantupelajarmembentuk kemahiran PTK. Reka bentuk kajian tindakan digunakan dalam melaksanakankajianini. Pengumpulan data melibatkan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Refleksi kajianmendapatipenggunaan carta FHIT berupaya membentuk kemahiran PTK pelajar apabila pelajar dapat menentukanobjektif pembelajaran secara kendiri, mengenal pasti keperluan pembelajaran, memilihsumberpembelajaran yang bersesuaian dan menilai pembelajaran secara kendiri. Kajian ini diharapkandapatmembantu saya dan guru- guru PP tingkatan 6 enam yang lain membentuk kemahiran PTKpelajarmemandangkan kemahiran ini penting sebagai persediaan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti atau memasuki bidang pekerjaan. Kata Kunci : Kemahiran Pembelajaran Terarah Kendiri, Carta FHIT, Pengajian Perniagaan, Pelajar Tingkatan enam


20 PROGRAM SUMUKU GUMINAWO MSAk BOROS KADAZANDUSUNJoevenea Willthee Sekolah Kebangsaan Saint John (M) Tuaran [email protected] ABSRTAK Program Sumuku Guminawo merupakan program panitia Bahasa Kadazandusun Sk. St John(M)Tuaran untuk meningkatkan tahap penguasaan Penilaian Bilik Darjah (PBD) dalamkalanganmurid–murid Tahap 1 dan 2. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran tatabahasamuridmenggunakan patikol (id) dalam penulisan ayat dan membetulkan penulisan ayat muridmengikutsusunan MSAk bagi murid Tahun 3, menggunakan Modul Sumuku Guminawo MSAk. Kajianinidilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Saint John Tuaran. Seramai lapan orang murid peserta kajianyangterlibat dalam kajian ini. Modul Sumuku Guminawo ini terdiri daripada video penerangan, lembarankerja dan modul sebagai pembimbing murid memperbetulkan tatabahasa ayat mereka. Data dikumpulmenggunakan kaedah pengujian, analisis dokumen dan pemerhatian berstruktur. Instrumenyangdigunakan ialah ujian diagnostik, ujian akhir, dan analisis dokumen. Kajian awal menunjukkan65%daripada 8 orang murid ini kurang mahir dalam penulisan ayat MSAk dan 100 %masih lemahdalam penggunaan patikol dalam ayat MSAk. Selepas intervensi dilaksanakan dan berdasarkankajianmenunjukkan peningkatan 100 % kemahiran menulis susunan ayat MSAk dan peningkatansebanyak75% dalam kemahiran penulisan patikol (id). Cadangan penambahbaikkan kajian pada masaakandatang adalah membuat aplikasi untuk kemahiran membina pelbagai pola ayat Bahasa Kadazandusun. Kata kunci : Kemahiran menulis ayat MSAk, kemahiran menulis patikol (id), Modul MSAk, videopenerangan, lembaran kerja.


21 TEKNIK PENULISAN PENGENALAN KERJA KURSUS PENGAJIAN AMBERDASARKANCARTA ALIR DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN KOLEJ TINGKATANENAMKOTA KINABALU SABAH. Dr. Irene Branda Anak Macus Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu Sabah [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar Sem2 Kolej TingkatanEnam Kota Kinabalu Sabah dalam membuat pengenalan untuk penulisan esei kerja kursus kertas4.Objektif kajian ini adalah meningkatkan pemahaman pelajar cara membuat penulisan pengenalanyang sistematik, tersusun dan berkualiti berdasarkan proses kerja carta alir yang berpandu.Seramai 16orang pelajar semester 2 yang terlibat dalam kajian ini. Kaedah kajian ini adalah menggunakankaedahpemerhatian, soal selidik, praujian dan pascaujian.Data kajian dianalisis dan dipaparkan dalambentukkuantitatif dan kaedah kualitatif dengan menggunakan kaedah diskritif iaitu dalambentuk peratusandandipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta. Keputusan analisis menunjukkan rata-ratapelajarbersetuju bahawa penggunaan carta alir penulisan esei membantu pelajar menulis esei pengenalandandapat menulis aspek atau perkara yang berkaitan dengan tema kajian yang dipilih. Analisis praujiandanpascaujian pula menunjukkan semua pelajar menulis pengenalan dengan lebih sistematik,tersusundanberkualiti berdasarkan panduan carta alir dan pelajar dapat menyiapkan penulisan esei lebihcepat danmudah berbanding selain membantu mengurangkan stress dalam kalangan pelajar.Cadanganpenambahbaikan adalah pelajar akan diberikan panduan yang lebih awal sebelumpelajar memulakanpenulisan esei kerja kursus bagi menghasilkan esei penulisan pengenalan yang lebih sistematik, berkualiti sesuai dengan tema yang dipilih dengan menggunakan carta alir sebagai panduanpenulisanesei kerja kursus Pengajian Am semester 2.


22 KEKEMASAN TULISAN : KAJIAN TINDAKAN TERHADAP MURIDTAHUN2DENGAN MENGGUNAKAN PETAK KESERASIAN RUANG(PKR) Dr Anuar Bin Md. Amin Nor Afsah Binti Ishak Pejabat Pendidikan Daerah Klang [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan mengenal pasti masalah dan mencetuskan intervensi kekemasantulisanyang memfokuskan kepada seorang murid sahaja sebagai sample kajian. Murid ini didapati menulisdengan tulisan yang tidak kemas sehingga tidak boleh dibaca. Kekemasan tulisan merujukkepadabentuk, saiz dan jarak antara abjad yang diamalkan oleh sample. Petak keserasian Ruang(PKR)merupakan alat intervensi yang melalui dua aspek iaitu teknik menulis dan gaya menulis. Aspekteknikmenulis tertumpu kepada cara memegang pensel, postur badan dan kedudukan helaian. Sementara, Gaya menulis untuk menterjemahkan punca masalah tulisannya dengan menggunakan inovasi iaituPKR yang terdiri daripada kaedah Zig Zag, kaedah LL dan kaedah empat garisan yang dijalankansecarapemeringkatan. Tempoh masa yang digunakan ialah selama enam minggu. Kaedah pemerhatian, temuduga dan semakan dokumen untuk mengumpulkan data dan dihuraikan secara deskriptif berinfografik. Dapatan kajian ini menunjukkan peratus keseluruhan ketidakemasan tulisan (merujuk kesalahandaripada aspek bentuk, saiz dan ruang) telah menunjukkan penurunan daripada 71%pada minggupertama kepada 14% pada minggu keenam. Kesimpulannya, Kajian tindakan ini berupayamengoptimumkan data, mrungkaii isu dan merencanakan intervensi bagi merangsang kekemasantulisandalam kalangan murid. Hai ini perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi meningkatkebolehupayaan membaca dan memahami bahan yang dibaca. Celik baca dapat dipeertingkatkandengan amalan PDP yang sempurna oleh guru-guru dan menunjukkan kelangsungannya kearahpeningkatan impak positif pencapaian akademik murid. Kata kunci : kekemasan tulisan, Petak Keserasian Ruang (PKR), mengoptimumdata, merungkai isu, merencana intervensi


23 WORD WALL GAME LEARNING: HANI TRUE MATCHHanita binti Ladjaharun SMK Perempuan Likas [email protected] ABSTRAK Inovasi Word Wall HANI TRUE MATCH bagi membolehkan murid menguasai isi pelajaranyangmelibatkan peristiwa perjuangan tokoh dalam sesuatu peristiwa sejarah. Murid mengalami kesukaranmenguasai topik seperti Perjuangan Tokoh-tokoh Pemimpin Tempatan dan PerkembanganNasionalisme di Asia Tenggara kerana melibatkan ramai tokoh pejuang. Murid juga kelirudansukarmengingat sebab-sebab dan peristiwa perjuangan setiap tokoh yang berbeza-beza. PermainanWordWall HANI TRUE MATCH yang berbentuk kad dan digital digunakan bagi melibatkanmuridmenyusun padan dan membuat penerangan berkaitan perjuangan tokoh. Dapatan yang diperolehimelalui kajian yang dijalankan menggunakan inovasi Word Wall HANI TRUEMATCHmemperlihatkan peningkatan dalam penguasaan murid tentang topik Perjuangan Tokoh-tokohPemimpin Tempatan dengan gred purata mata pelajaran dari 7.68 kepada 2.09. Maklumbalasdarimurid dan pemerhatian juga menunjukkan murid sangat fokus dan seronok mengikuti sesi pembelajaran. Keberkesanan bahan dan aktiviti yang dijalankan mendorong saya menghasilkan BahanBantuMengajar seperti permainan Word Wall HANI TRUE MATCH untuk topik-topik yang berikutnya. Seiring dengan keperluan semasa, Word Wall HANI TRUE MATCH boleh diaplikasikan secaradigitalmenggunakan telefon pintar dan komputer. Produk HANI Word Wall TRUE MATCHtelahmendapatHakcipta MyIPO dan disebarluas sehingga peringkat antarabangsa. Inovasi ini turut dimuatkandalambuku Pedagogi Sukar terbitan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kata kunci : HANI TRUE MATCH, Kad Permainan Dan Digital, Game Learning


24 KAD DAUN FIRGI Aziathul Azreema binti Jaas SK Piasau Kota Belud, Sabah [email protected] ABSTRAK Kad Daun FIRGI merupakan suatu inovasi PdP yang direka khusus berdasarkan DSKP Matematikyangmelibatkan standard kandungan kemahiran menyelesaikan ayat matematik bahagi melibatkansebarangnombor dengan nombor hingga dua digit bagi Tahap 2 sekolah rendah. Bagi menguji keberkesananproduk ini, seramai 20 orang murid Tahun 5 dipilih sebagai responden. Fokus kajian ini ialahmembantumurid menguasai kemahiran bahagi dua digit dengan memfokuskan kepada penggunaan alat bantubelajar secara hands-on yang mampu memberikan panduan dan pengalaman langsung seterusnyamembantu murid membina pengetahuan dan memperbetul persepsi negatif terhadap topikini. Hasiltinjauan awal mendapati masalah yang sering dihadapi murid dalam menguasai kemahiranini ialahpengetahuan sedia ada mereka yang sangat terhad di samping kecuaian yang sering berlakusemasamenggunakan kaedah bentuk lazim yang memerlukan pengiraan panjang. Selain itu, muridjugadidapati memiliki persepsi negatif terhadap topik ini dan menganggap ianya terlalu sukar untukdifahami. Sehubungan dengan itu, pengumpulan data telah dibuat menggunakan borang senarai semakpemerhatian, temu bual, ujian pra dan ujian pasca sebagai instrumen pengumpulan data. Berdasarkananalisis yang telah dilaksanakan, Kad Daun FIRGI terbukti berkesan bagi meningkatkan penguasaanmurid dalam topik bahagi dengan peningkatan sebanyak 90% murid dapat menjawab soalandenganbetul dan membantu murid membina sifir dua digit. Kesimpulannya, penggunaan Kad DaunFIRGImampu memberikan impak yang positif terhadap penguasaan murid dalam topik bahagi, memberiperubahan positif terhadap tingkah laku dan meningkatkan motivasi murid untuk mempelajari topikini. Kata kunci : Kad Daun FIRGI, Bahagi dua digit, alat bantu belajar, matematik


25 KARANGAN SMART BOX Zuraini Binti Ahmad Sk Tampasak Kinarut Papar ABSTRAK Inovasi KARANGAN SMART BOX merupakan Teknik menulis karangan Bahasa Melayumenggunakan Teknik Grafik. Murid melengkapkan Borang Grafik dengan maklumat yangdiperolehisemasa perbincangan kumpulan. Inovasi ini adalah satu inisiatif yang dibuat oleh saya untukmelihatkeberkesanan dan dapat meneroka kaedah-kaedah mudah dalam mengarang karangan yang cemerlangdi samping murid-murid dapat belajar dengan seronok dan bermain dengan KARANGANSMARTBOX tersebut. Inovasi KARANGAN SMART BOX yang dicipta terdiri daripada kotak Kit SMARTBOX, buah dadu dan Kotak Nombor Soalan yang mengandungi kad-kad soalan berserta gambar. KotakKit SMART BOX mengandungi enam poket yang merupakan Enam Elemen Poket dalamsebuahkarangan yang lengkap iaitu poket pendahuluan, poket empat isi penting dan penutup. Setiappoketmengandungi Borang Grafik yang perlu dilengkapkan oleh ahli Kumpulan iaitu enamorangahlimengikut tugasan masing-masing. Justeru, Setelah guru-guru Bahasa Melayu menggunakaninovasiKARANGAN SMART BOX ini, dapatan yang diperolehi ialah dapat menghasilkan perubahanpositifsemasa menulis karangan. Penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran juga sangat aktifdalam kumpulan. Inovasi ini telah dilaksanakan di kelas tahap 2. Perubahan inovasi juga berlakukeranaguru-guru melakukan inovasi KARANGAN SMART BOX yang menggunakan pendedahanbermainsambil belajar. Seterusnya, penyediaan bahan bahan inovasi Kit KARANGAN SMARTBOXsangatmudah kerana hanya menggunakan kotak-kotak, batang terbuang dan kertas-kertas berwarna yangsediaada serta kertas-kertas pembalut hadiah lama. Inovasi ini tidak memerlukan tenaga elektrikmahupuncapaian internet dan hanya digunakan secara manual. Pendekatan inovasi ini lebih kepada belajar sambilbermain di samping menggunakan gabungan warna- warna yang menarik supaya merangsangmindamurid-murid. Dapatan menghasilkan perubahan positif kepada murid-murid terhadap penulisankarangan Bahasa Melayu khususnya karangan jenis pengalaman ataupun peristiwa. Ini membuktikanbahawa inovasi KARANGAN SMART BOX ternyata mampu dan sekaligus membantu menyelesaikanmasalah penulisan karangan dalam kalangan murid. Berdasarkan kejayaan bahan rangsanganseperti KitKARANGAN SMART BOX menunjukkan kesungguhan guru-guru untuk memastikan murid-muridmenguasai kemahiran menulis karangan dengan lebih baik. Inovasi KARANGANSMARTBOXdapatmembantu guru-guru dan pihak sekolah melaksanakan pendekatan, pengajaran dan pembelajaranbagimeningkatkan keberkesanan pengajaran penulisan.


26 SMART MPCL Mihing Binti Singkui@Flores Ezra SMK Pekan Telipok, Tuaran Sabah [email protected] ABSTRAK Tujuan utama kajian ini adalah untuk membantu Kaunselor Sekolah mengenalpasti dan menganalisismasalah murid dengan mudah dan cepat. MPCL adalah senarai yang direka oleh Ross L. Mooneypadatahun 1942 bagi mengesan jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh murid–murid sebelumdimulakanterapi dengan murid – murid. MPCL telah banyak digunakan dalam kajian di Malaysia (Hasan1977, Musa 1977, Rohana 1976, Khoo 1982). Alat ukuran MPCL selalu digunakan untuk mengenalpastimasalah klien sebelum sesuatu sesi kaunseling dijalankan. Kumpulan sasaran kajian ini ialahguru-gurubimbingan dan kaunseling sekolah atau kaunselor Sekolah Negeri Sabah dan guru-guru bimbingandankaunseling sekolah atau juga kaunselor Sekolah Seluruh Malaysia. Inovasi Pintar iaitu Smart MPCLadalah MPCL asal yang telah diubahsuai kaedah pelaksanaannya memandangkan terdapatnyaaduandan rungutan daripada Kaunselor Sekolah bahawa MPCL asal yang agak sukar dilaksanakan. SmartMPCL telah dilaksanakan dikalangan murid sekolah menengah oleh Kaunselor Sekolahuntukmengenalpasti masalah murid bagi tujuan memberikan bimbingan atau kaunseling kepadamuridtersebut. Inovasi Smart MPCL yang telah dihasilkan telah dapat membantu Kaunselor Sekolahmengenalpasti dan menganalisis masalah murid dengan mudah dan cepat. Perubahan prosedur dalampelaksanaan aktiviti MPCL asal kepada murid ini telah dapat menjimatkan tenaga, masa dankosdandapat meningkatkan penghasilan kerja berkualiti. Kata kunci : Smart, Mudah, Analisis, Jimat, Cepat


27 KYOKA AROMA – TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKANALAMIrine Jokilyn SMK Bandau, Kota Marudu [email protected] ABSTRAK: Isu kemusnahan alam sekitar akibat kesan negatif aktiviti manusia adalah isu yang perludiberiperhatian. Pelaksanaaan konsep Teknologi Hijau adalah usaha murni bagi menangani isu ini. Hal inikerana Teknologi Hijau memberi penekanan kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatansertasistem untuk memelihara alam sekitar. Peluasan konsep ini melalui KurikulumStandardSekolahMenengah (KSSM) perlu dilakukan dengan jelas dan berimpak tinggi kepada murid. Kyokaaromaadalah inovasi produk Teknologi Hijau yang dihasilkan oleh tiga orang murid tingkatan 1StanfordSMK Bandau tahun 2023 bersama dengan guru mata pelajaran Sains. Cetusan idea ini bermulaapabilamereka menyelesaikan masalah kehadiran semut pada pokok bunga yang dijadikan hiasandi luarmakmal Sains. Penggunaan bahan kimia untuk menghalau atau memusnahkan semut tersebut adalahkurang mesra alam, memudaratkan kesihatan dan agak mahal. Kaedah terbaik untuk mengatasi masalahini adalah penghasilan produk Teknologi Hijau yang selamat digunakan dan dapat memeliharakelestarian alam sekitar. Kyoka aroma adalah produk mesra alam kerana ianya diperbuat daripadabahansemula jadi yang dijadikan kiub menggunakan sabun kosong. Ia juga sangat murah dansenangdigunakan. Inovasi ini memberi suntikan semangat kepada murid untuk terus membudayakanTeknologiHijau. Melalui inovasi ini, kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir aras tinggi turutdikembangkan. Selain itu, murid juga berpeluang mempelajari ilmu keusahawanan yangmemacukepada kesejahteraan hidup. Kata kunci : Kyoka Aroma, Teknologi Hijau, Produk Mesra Alam, Kesejahteraan Hidup


28 MENGGUNAKAN SorTa MATHS UNTUK MEMBANTU MURID KELAS DLPMENULISNOMBOR DALAM PERKATAAN BAHASA INGGERIS Awangku Ahmad bin Awang Bujang Valerie Charles Callister George Sekolah Kebangsaan Salinatan [email protected] ABSTRAK Dual Language Programme (DLP) adalah satu program yang mengangkat dasar MemartabatkanBahasaMalaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Salah satu cabaran utama DLPadalahkelemahan nombor asas dalam Bahasa Inggeris. Tujuan inovasi SorTa Maths 2.0 ini dihasilkanadalahuntuk membantu murid menguasai nombor dalam Bahasa Inggeris seterusnya menjadikan sesi PdPgurulebih efektif, berkesan dan menyeronokkan khususnya bagi membantu murid mengenal nombor 1-99dalam perkataan Bahasa Inggeris. Data keberkesanan inovasi ini dikumpul dan dianalisis menggunakankaedah analisis dokumen iaitu lembaran kerja 5 orang murid Tahun 1 dan kaedah pengumpulandatamenerusi temu bual separa berstruktur dengan guru matematik DLP. Dapatan inovasi menunjukkanpenggunaan inovasi ini telah meningkatkan Tahap Penguasaan (TP) murid Tahun 1 dan puratamarkahPost-Test Murid Tahun 1 juga menunjukkan peningkatan menjadi 6.2 daripada markah Pre-Test merekaiaitu 3.2 sebelum ini. Secara keseluruhannya, inovasi yang dicipta ini bukan sahaja membantumeningkatkan pengetahuan murid, tetapi ia turut membantu memudahkan sesi PdP guru berkaitanasasnombor dalam perkataan Bahasa Inggeris. Kata kunci: menguasai nombor, teknik pembelajaran, nombor Bahasa Inggeris, SorTa Maths, DLP


29 “TRAIN TO HIJAIYAH” SATU ALAT UNTUK MENGATASI MASALAH KESUKARANMEMBACA DALAM KALANGAN MURID Syamsilawati Binti Abu Bakar Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P.Labuan [email protected] ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk mengatasi isu kesukaran menyebut huruf yang bertanda bacaandalamkalangan murid-murid dengan menggunapakai satu alat inovasi yang dinamakan sebagai “TrainToHijayyah”. Kajian yang dijalankan pengkaji ini adalah merupakan suatu bentuk kajiantindakandengan menggunakan ujian pemerhatian dan temubual ringkas yang dilaksanakan ke atas 25orangmurid daripada kelas 3 Bestari dengan menggunakan alat inovasi ‘’Train To Hijaiyyah’’. Kajianini jugaakan memperincikan mengenai impak negatif terhadap masalah kesukaran membaca dalamkalanganmurid. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kualitatif dimana ia menggunakankaedah pemerhatian dan temubual dengan mengambil kira beberapa aspek utama bagi mendapatkanhasil dapatan seperti lokasi kajian, subjek kajian, tatacara dan penganalisis data statistik. Dapatankajianini akan menunjukkan sejauhmana penggunaan alat inovasi ‘’Train To Hijaiyyah’’ ini dapatmeningkatkan minat semasa proses pembelajaran dan mengatasi isu kesukaran membunyikanHurufHijaiyah yang berbaris dalam kalangan murid-murid. Dapatan kajian pula telah membuktikanbahawaintervensi penggunaan Train To Hijaiyyah untuk mengatasi masalah kesukaran menyebut danmembunyikan huruf Hijayyah dalam kalangan murid-murid telah menunjukkan hasil yangsangatmemberangsangkan. 80% murid-murid yang terlibat akhirnya berjaya mengatasi masalah kesukarandankelancaran membunyikan huruf-huruf Hijaiyyyah yang bertanda bacaan dengan penggunaan“TrainToHijaiyah”. Hal ini juga dikukuhkan lagi dengan respon daripada ibu bapa yang rata-rata berpuashatidan kagum dengan peningkatan perubahan yang berlaku anak-anak mereka khususnya yang melibatkanmasala kesukaran menyebut huruf Hijaiyyah yang berbaris dengan betul. Kata kunci : kesukaran membunyikan Huruf Hijaiyyah yang berbaris, Train To Hijaiyyah, alat inovasi, proses pdp


30 PBDMANIA : ALAT STATISTIK PEMANGKIN DIALOG PRESTASI AKADEMIKPBDDANUJIAN SUMATIF ORGANISASI PENDIDIKAN MALAYSIADr Nor Hayati Binti Ramlan SMK Dato Hamzah [email protected] ABSTRAK Pengaturcaraan PBDMania, merupakan inovasi penciptaan berbentuk penciptaan pengaturcaraankomputer yang direka khas sebagai alat statistik berkesan dialog prestasi akademik. Rekaan PBDManiabertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah, khususnya di dalam Pentaksiran BilikDarjah(PBD) dan Ujian Sumatif. PBDMania berkemampuan memaparkan graf normal beserta titiktengahpencapaian Gred Purata PBD Mata Pelajaran (GPPBDMP) dan Gred Purata Mata Pelajaran(GPMP. Selain daripada itu PBDMania berupaya memaparkan peratus lulus Menguasai Tahap Minimum(TMT)tinggi, 92%. PBDMania juga dapat memaparkan “one page analysis” Pentaksiran Sumatif secarainfografik. PBDMania berupaya memaparkan inforgrafik analisis 4 Fasa Ujian Sumatif Sekolahsepantas kurang dari 6 saat untuk mengenalpasti kelompok murid yang perlu diberi bimbinganpengukuhan dan pengkayaan. Penelitian analisis yang dipaparkan mampu membantu GuruMataPelajaran, Panitia dan orgsanisasi pendidikan melakukan Dialog Prestasi berobjektif danberkesansebagai inisiatif keluar dari kepompong pencapaian lemah kepada prestasi tinggi. Ternyata PBDManiameringankan tugas guru menganalisis malah dapat meningkatkan kemahiran interpretasi data yanglebihcekap dan berkesan. Pengaturcaraan PBDMania adalah alat statistik tuntas yang telah digunapakai olehpara guru menjalankan perbicangan Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Amalanterbaik alat tratistik ini telah dikongsi serta dibengkelkan kepada Pegawai Sektor PembelajaranPPDKlang, Unit TMK Sektor Pembelajaran JPN Selangor, sepuluh (10) buah sekolah DTP 2023DaerahKlang dan semua Pengetua dan barisan pentadbir sekolah-sekolah Daerah Gombak pada tahun2023. Maklumbalas para peserta berkenaan perkongsian Pengaturcaraan PBDMania sebagai alat statistikpemangkin Dialog Prestasi Verifikasi PBD amat positif. Semoga Pengaturcaraan PBDManiateruslestari dalam memperkasakan guru berkualiti membuat analisis yang tepat dan melaksanakanDialogPrestasi yang lebih bermakna Kata kunci : Pengaturcaraan PBDMania, Alat Statistik Dialog Prestasi Pentaksiran BilikDarjah, Verifikasi Data PBD


31 DUNIA MUZIK MELALUI PUPPET: PANDUAN UNTUK GURU PENDIDIKAN KHAS Stefanus Lucas Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] Khairul Farhah Khairuddin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengembangkan panduan bagi guru-guru Pendidikan Khas yangmengajarpendidikan muzik kepada murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dengan menggunakanbahanbantu mengajar (BBM) Puppet. Kebanyakan guru sering berhadapan masalah kekurangansumberrujukan yang sesuai dalam pengajaran pendidikan muzik kepada murid MBPK. Inovasi ini bertujuanuntuk memberikan panduan yang lebih kreatif dan inovatif kepada guru-guru agar merekadapatmengajar pendidikan muzik secara lebih menyeronokkan dan bersifat inklusif. Kumpulan sasarankajianini adalah guru-guru Pendidikan Khas di Sekolah Pendidikan Khas (SPK) atau ProgramPendidikanKhas Integrasi (PPKI), serta guru-guru pendidikan muzik di sekolah aliran perdana. Kajianinidilakukan di sekolah-sekolah daerah Penampang, Sabah yang mempunyai programPPKI danSKP. Fokus kajian adalah untuk meneroka keberkesanan inovasi ini dalam meningkatkan strategi PdPpendidikan muzik guru dan impak penggunaan Puppet dalam meningkatkan kemahiran pendidikanmuzik murid MBPK. Tinjauan awal menunjukkan kurangnya panduan pengajaran pendidikanmuzikuntuk pendidikan khas dan kebanyakan kaedah pengajaran yang digunakan bersifat tidakinklusifkepada murid MBPK yang menyebabkan murid MBPK ketinggalan dalam aspek kemahiranmuzikal. Maka, inovasi “Dunia Muzik Melalui Puppet: Panduan untuk Guru Pendidikan Khas” diperkenalkan. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen untuk mendapatkandatakajian yang diperlukan. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru pendidikan khas merasalebihbermotivasi dalam mengajar murid MBPK dengan menggunakan Puppet. Penggunaan Puppet dalampengajaran muzik berkemampuan untuk meningkatkan kemahiran muzikal murid MBPK, namuntidaksemua murid dapat melibatkan diri dalam pembelajaran ini disebabkan gaya pembelajaran yangberbeza. Inovasi ini penting kerana dapat membantu guru-guru pendidikan khas memperluas kaedah danstrategipengajaran pendidikan muzik mereka untuk menyokong keperluan pelbagai jenis murid, termasuklahmurid MBPK. Kata kunci : Puppet, Pendidikan Muzik, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, Guru Pendidikan Khas


32 MODUL “MUDAHNYA BELAJAR BAHASA CINA” (MbBC) Fan Ying Shi SJK(C) PAI WEN, RANAU [email protected] ABSTRAK Ini merupakan sebuah buku interaktif yang direka mengikut silibus DSKP Bahasa Cina Tahun1untukmurid-murid Tahun 1 di sekolah SJK(C) Pai Wen menguasai Bahasa Cina dengan cara yanglebihmenyeronokkan. Dalam Modul MbBC ini, terdapat pelbagai teknik lekat dan tampal yang dapat melatihgabungan tangan dan mata murid-murid. Di samping itu, murid-murid juga turut dapat menguasai kosakata, perkataan dan ayat Bahasa Cina dengan cepat, tepat dan menyeronokkan. Menurut pemerhatian, saya mendapati murid-murid mempunyai masalah tidak dapat mengenal pasti suku kata yangwajibdipelajari mengikut silibus DSKP, tidak memahami istilah perkataan dan turut menjejaskan penggunaanperkataan serta tidak dapat membina ayat mudah berdasarkan perkataan yang dipelajari. Olehitu, modulyang menggunakan teknik lekat dan tampal dihasilkan dan akan digunakan untuk murid-muridyangmemerlukan pemulihan selepas waktu PdP guru. Modul ini terbukti dapat membantu murid menguasaikemahiran dalam Bahasa Cina dan boleh dikomersilkan serta kaedah modul ini boleh digunapakaidalam membantu murid menguasai kemahiran bagi subjek BM dan BI. Kata Kunci : Bahasa Cina, Lekat dan Tampal, Kosa Kata, Perkataan, Ayat


33 KAD KBAT DABUS MUDAH BANTU MURID KUASAI KBAT SEJARAHHazlinda binti Hamzah SISC+ Sains Sosial, PPD Sepang Siti Esah binti Ismail SMK Pantai Sepang Putra ABSTRAK Kad KBAT DABUS Mudah adalah singkatan kepada Demi, Agar, Bagi, Untuk dan Supayayangdigunakan sebagai penyambung ayat. Kad ini diinovasi khas kepada murid sebagai panduanuntukmenjawab soalan KBAT bagi mata pelajaran Sejarah. Kad ini telah dihasilkan untuk membantumuridlulus Sejarah di peringkat SPM dan melayakkan murid mendapat sijil SPM. Kad KBATDABUSjugamenjadi alat bantu untuk guru menerapkan elemen sivik dan kewarganegaraan (ElemenK) dalampengajaran Sejarah bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kajian ini melihat cabarandan pembudayaan KBAT dalam PdP Sejarah. Penggunaan Kad KBAT DABUS Mudah sesuai untukmeningkatkan penguasaan murid sekolah menengah menguasai KBAT dan seterusnya menjawabsoalanberunsur KBAT dalam mata pelajaran sejarah. Kad KBAT DABUS Mudah juga dapat membantuguruuntuk menyelesaikan isu penerapan Elemen K bagi mencapai objektif dalam pengajaran sejarahsertamemastikan teknik pengajaran dan pembelajaran (pdp) berasaskan Pembelajaran Abad Ke-21(PAK21)diaplikasi dalam pengajaran sejarah dan kemampuan guru menghadapi cabaran masa kini danmasadepan dalam pendidikan. Kesimpulannya, penggunaan kad KBAT DABUS Mudah kepadamuridtingkatan 5 di SMK Pantai Sepang Putra telah memberi impak yang bermanafaat dan signifikandalamkemenjadian murid. Kata Kunci : Kad KBAT DABUS Mudah, soalan KBAT dan Elemen K


34 PENGHASILAN BAJA BANANA EM DAN PENGGUNAANTERHADAP TANAMAN CILI BARA DAN TERUNGJully Bin Bandarang SMK Pekan Telipok Tuaran [email protected] ABSTRAK Penggunaan baja kimia ataupun baja organik adalah sangat diperlukan dalam bidang pertaniankeranaianya dapat meningkatkan hasil pengeluaran. Selain dapat meningkat hasil pengeluaran, penggunaanbaja juga dapat membantu mempercepatkan tempoh pengeluaran hasil tanaman. Pada masa sekarangterdapat masalah yang agak serius iaitu kos mendapatkan baja di pasaran semakin meningkat danmembebankan pengguna. Disebabkan masalah ini, terdapat keperluan untuk menghasilkan bajasendiriyang memerlukan kos yang sangat minima supaya kebergantungan terhadap baja sedia ada di pasarandapat dikurangkan seterusnya dapat mengurangkan kos pengeluaran pertanian. Fokus kajian ini adalah;1) Untuk menghasilkan baja dalam bentuk cecair daripada bahan buangan pertanian iaitu kulit pisangdengan kos yang sangat minima. 2) Mengkaji keberkesanan penggunaan baja yang dihasilkanterhadapkadar tumbesaran tanaman dan hasil pengeluaran pertanian. 3) Kajian ini juga bertujuanmengkajikesesuaian penggunaan baja cecair yang dihasilkan terhadap tanaman cili bara dan terung. Setelahbahan kulit pisang yang diproses selama satu bulan, baja cecair yang dihasilkan telah diuji terhadaptanaman cili bara dan terung. Hasil penilitian terhadap penggunaan baja cecair yang dihasilkantelahmendapati; 1) Kadar tumbesaran pokok cili bara dan pokok terung dapat ditingkatkan denganamatketara. 2) Daun pokok cili bara dan pokok terung kelihatan lebih sihat dan hijau. 3) Pokok cili kelihatanmengeluarkan buah yang agak lebat. Satu kajian lebih lanjut dan terperinci terhadap baja cecair yangdihasilkan masih diperlukan di masa hadapan supaya ia dapat dikomersialkan untuk tanaman yanglain. Kata kunci : Banana EM, Cili Bara, Pokok Terung


35 THE WHEEL KBAT: INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANNoor Latifah Binti Ab Latif SMK Pekan Telipok, Tuaran [email protected] ABSTRAK Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu instrumen Penilaian dan Pentaksiranyang diperkenalkan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Tujuannyaadalah untuk melahirkan generasi yang kompetensi dan berdaya saing pada abad ke-21. Langkahutamaadalah memberi fokus kepada pemikiran kritis dan kreatif, kemahiran penaakulan dan refleksi sertakemahiran mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. TheWheel KBAT merupakan suatu alat bantu mengajar yang dicipta khas bagi menyelesaikanmasalahmurid yang tidak dapat menguasai kemahiran KBAT dengan baik serta menjadikansuasanapembelajaran KBAT berada di tahap yang lebih agresif. Ia merupakan suatu alat yang mesra penggunayang mana mampu menterjemahkan setiap elemen-elemen dalam KBAT dengan frasa yangmudahdifahami. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan The Wheel KBAT dalammemberi kaedahringkas dan mudah untuk pelajar menjawab soalan berbentuk KBAT khususnya bagi mata pelajaranPendidikan Islam serta memudahkan para guru dalam melaksanakan PdPc KBAT di dalamkelas. Kajian dijalankan ke atas 27 orang pelajar tingkatan 1K 2 dari pelbagai tahap kognitif yang masihtidakmencapai sasaran 50% dalam pemarkahan ujian pra yang telah dilakukan. Dapatan daripadakajianmendapati bahawa berlaku peningkatan markah pelajar semasa ujian post dilakukan. Hasil kajianmenunjukkan bahawa penggunaan alat bantu mengajar The Wheel KBAT mampu membantumuriduntuk menguasai kemahiran KBAT dengan baik sekaligus meningkatkan tahap PdPc yang lebihagresifdi dalam kelas. Kata Kunci : The Wheel KBAT, PdPc, kognitif


36 KitPQ : KIT PDP DAN PENTAKSIRAN TILAWAH AL-QURAN, HAFAZAN AL-QURAN DAN BACAAN HADIS Nurul Hamimi binti Awang Japilan SMK Pekan Telipok, Tuaran, Sabah [email protected], Sabriah Japrin SMK Pekan Telipok, Tuaran, Sabah [email protected] ABSTRAK Tilawah al-Quran, Hafazan al-Quran dan Bacaan Hadis merupakan bidang yang pentingdalamkurikulum Pendidikan Islam tingkatan 4 dan 5 kerana topik ini akan diuji dalamkertas 2SPMPendidikan Islam. Walau bagaimanapun, PdP topik ini kurang berkesan disebabkan olehbeberapafaktor seperti masa pembelajaran yang terhad di dalam kelas, kekurangan bahan bantu mengajar yangmenyokong pengajaran terbeza, dan kaedah pentaksiran yang tidak efisien. Oleh itu, KitPQyangterdiridaripada modul Brosur Pintar UTQH, latihan dan aplikasi telefon pintar yang dibangunkanbagimengatasi masalah yang dihadapi dalam PdP dan pentaksiran topik ini. Brosur Pintar UTQHdilengkapidengan ayat tilawah, hafazan dan hadis beserta tulisan rumi untuk membantu murid yang kurangmahiruntuk mengenal sebutan setiap ayat, fungsi audio untuk mendengar bacaan dan sebutan, latihandanjadual pentaksiran kendiri, serta aplikasi telefon pintar untuk merekod pentaksiran murid secaradigital. KitPQ merupakan inovasi yang murah, ringan, mudah digunakan dan mudah diselenggara, sertamampumenjadikan PdP lebih fleksibel, mengatasi keciciran pelajar, dan membolehkan pemantauanpembelajaran yang lebih berkesan. Implikasi utama inovasi KitPQ ini adalah untuk memudahkanpelajar yang lemah menguasai topik dengan lebih baik melalui pelbagai bahan pembelajaran danlatihansebelum ditaksir oleh guru, di samping mempelbagaikan bahan bantu pengajaran gurusertamemudahkan pentaksiran. Kata kunci : UTQH, Inovasi Pendidikan Islam, Pedagogi Terbeza


37 INOVASI PDPC: OPTAMTO Normah Binti Dalinsik SK. Ranau, Kota Marudu, Sabah [email protected] ABSTRAK Pemerhatian telah dijalankan terhadap murid 6 tahun di Kelas Bintang Prasekolah SK. Kota MaruduIIdan mendapati terdapat 7 orang murid yang menghadapi kesukaran untuk menyelesaikanoperasitambah dan operasi tolak pada peringkat awal. Hasil tinjauan tersebut, pengkaji telah membangunsebuah inovasi untuk membantu murid prasekolah menyelesaikan masalah ini. Maka terhasillahinovasiyang diberi nama OpTamto. OpTamto merupakan singkatan daripada tiga perkataan iaitu Op(Operasi), Tam (Tambah), dan To (Tolak). Inovasi OpTamTo dihasilkan untuk membantu murid prasekolahmenyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 10. Pengkajimenggunakan warna untuk membezakan langkah penyelesaian operasi tambah dan tolak agar muridprasekolah dapat memahami konsep dengan lebih mudah. Selain itu, penggunaan bola pingpongsebagai pelengkap kepada inovasi ini turut menerapkan konsep belajar sambil bermain agar lebihmenarik dan menyeronokkan semasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaaninovasi ini telah membantu murid prasekolah untuk menguasai kemahiran menyelesaikanmasalahoperasi tambah dan tolak pada peringkat awal dan akhirnya boleh menyelesaikan masalahtanpabimbingan atau bimbingan yang minima daripada guru. Selain murid prasekolah, inovasi ini jugasesuaidigunakan oleh murid Tahun 1 dan Pemulihan Khas. Kata kunci : OpTamTo, murid prasekolah, operasi tambah, operasi tolak


38 EZ READ RULER : ALAT BANTU MENGAJAR UNTUKMENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAMKALANGANMURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK) Noorleena Binti Gutasan SK Pekan Tamparuli, Tuaran [email protected] ABSTRAK Inovasi ‘EZ Read Ruler’ merupakan pembaris membaca yang direka khusus untuk membantuMuridBerkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) menguasai kemahiran membaca dan mengatasi masalahmuridkurang fokus dan melangkau perkataan atau baris semasa membaca. ‘EZ Read Ruler’ mudahdigunakan, multifungsi, dan dapat menarik minat murid untuk membaca. Kajian ini melibatkan 14 orangMBPKTahun 5 dan 6 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Pekan Tamparuli yang mempunyai tahappenguasaan sederhana dan lemah dalam kemahiran membaca. Tinjauan awal mendapati muridkurangfokus, lambat membaca dan kerap melangkau perkataan atau baris semasa membaca. ‘EZReadRuler’dihasilkan berdasarkan 4 proses mengambil Model PDCA iaitu; Perancangan, Pelaksanaan, Penilaiandan Tindakan. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan penggunaan ‘EZ Read Ruler’ membantumurid membaca dengan lebih fokus dan mudah tanpa melangkau perkataan atau baris. Kepelbagaianpenggunaan‘EZ Read Ruler’ dalam aktiviti PdPc seperti; permainan cari benda tersembunyi dancarikata menggalakkan penglibatan murid dalam PdPc serta menjadikan pembelajaran murid lebihseronokdan bermakna. Kata Kunci : Pembaris Mambaca, Fokus, Pembelajaran seronok dan bermakna


39 MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN JAWI INOVASI “AMPAIAN SU-JA 2.0” Puan Maszidah@Hanum binti Misir@Puting Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang, peti surat 80787, [email protected] ABSTRAK Inovasi yang dihasilkan ini adalah satu permainan didik hibur bagi murid-murid 3 AlimSKLubokTemiang W.P Labuan untuk diaplikasikan dalam pengajaran didik hibur permainan denganbahansokongan dalam bentuk kad gambar ,huruf timbul timbul untuk menghasilkan suku kata. Inovasi inidihasilkan bertujuan untuk melihat sejauhmana alat ciptaan saya dapat membantu murid-muridberdasarkan aktiviti latihan dan pengukuhan dalam meningkatkan pengusaan Pembelajaran Jawi. Salahsatu kebaikan alat bantu mengajar ialah dapat memberikan kefahaman kepada murid tentangkonsepsesuatu perkara semasa belajar. Menurut Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantumengajarmemainkan peranan penting ke arah memahami konsep di dalam proses pengajaran selaindaripadabertujuan untuk menarik minat murid dalam suatu mata pelajaran. Bagi mencapai objektif danmatlamatalat ini dihasilkan. Kaedah didik hibur dan main peranan amat penting kepada murid-murid 3AlimSKLubok Temiang yang masih belum menguasai pembelajaran Jawi. Oleh itu, melalui bahanciptaanbahan “Ampaian SU-JA 2.0”iaitu yang bermaksud Ampaian suku kata Jawi versi 2 yangtelahditambahbaik dimana murid akan memutar huruf-huruf jawi berpandukan gambar kemudianmuridtersebut hendaklah menyusun dan menyambung suku kata mengikut sifir JAWI yang betul. Bahaninovasi saya ini telah menggabungkan kaedah kaedah didik hibur di mana setiap bahan menggunakanberlainan teknik dan bahan inovasi saya ini menggunakan huruf - huruf yang timbul untuktujuanmenarik minat murid agar pembelajaran yang berlaku lebih menyeronokkan. Melalui belajar sambilbermain atau didik hibur melalui permainan aplikasi bersama “Ampaian SU-JA2.0”murid-muridberpeluang belajar secara berpasukan ,bekerjasama, bertoleransi,berinteraksi antara satu samalainmelalui aktiviti permainan serta dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran secara bermaianberpasangan atau berkumpulan atau individu. Cabaran guru Pendidikan Agama IslamSKLubokTemiang yang masih belum menguasai Suku kata Jawi dapat ditangani. Apabila murid terdedahdenganminat dan amalan yang dekat dengan mereka, maka isi pelajaran mudah diingati dan difahami olehmurid. Pendekatan belajar sambil bermain adalah aktiviti yang mewujudkan suasana belajarmenyeronokkan dan bermakna. Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannyapaling jelas pada peringkat kanak-kanak. Pelaksanaan inovasi ini telah memberi impak positif kepadapeningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Impak positif hasil inovasi ini sangatmembantu dan memberi manfaat kepada pencipta inovasi. Sasaran bahan inovasi ini adalahmurid3Alim yang masih belum menguasai JAWI. Dapatan daripada bahan inovasi “Ampaian SU-JA2.0”menunjukkan terdapat meningkatkan dalam penguasaan pembelajaran Jawi setelah mengaplikasikanbahan “Ampaian SU-JA 2.0” dalam kelas 3 Alim Pendidikan Islam. Kata kunci : “Ampaian SU-JA 2.0”; didik hibur; belajar sambil bermain; Proses PdP


40 THE READING SKILL MEETS AI : ENCHANCE FORM5 STUDENTS’ READING SKILL THROUGH IMMERSIVE READER TOOLDeebamalar A/P Pandi SMK Pulau Ketam [email protected] ABSTRACT This study was carried out to enhance reading skills among Form 5 students of SMKPulauKetamduring online learning in the context of the Covid-19 pandemic. The students use immersive reader toolfor reading skill. The purpose and objective of this study is to enhance reading comprehensionwithfluency and to increase confidence to read at a higher level. In addition, this study was alsoaimedtoidentify the effectiveness of using immersive reader tool to increase reading skill proficiencylevelamong rural students who seldom use English in their daily routine. Observation and analysisofdocuments were used as research methods. Participants consisted of sixteen students from5 Satria. Datawas analyzed using descriptive analysis and reported in percentages. The results of the post-test showsthat the immersive reader tool has helped the students to read with fluency and answer comprehensionquestions. Keywords : reading skill, reading comprehension, immersive reader tool


41 PROGRAM BTUIN 2.0 : SATU USAHA DALAM MENINGKATKAN KUALITI KOSAKATADAN PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHDAERAHKLANGDanial Heryanto Bin Zainal Abidin Zalinda Binti Rahmat Pejabat Pendidikan Daerah Klang [email protected] ABSTRAK Program BTUIN 2.0 atau Baca Tulis Ingat 2.0 telah melangkah ke fasa yang kedua di mana programinibertujuan untuk meningkatkan kualiti kosa kata dan penulisan karangan Bahasa Melayu di sekolahrendah daerah Klang.Dalam fasa yang pertama sebelum ini lebih kepada trend pembelajaran abadke-21di mana kaedah flipped classroom dijadikan sebagai medium pengajaran dan pemudahcaraanmenerusivideo yang dihasilkan.Tujuan program BacaTulisIngat 2.0 adalah untuk membantu murid menguasaikosa kata dan juga karangan dengan teknik yang diformulasikan khusus untuk murid mengingat denganlebih mudah menggunakan akronim seperti formula ABC dan juga OMBAK.Satu kaedahyangditerapkan dalam program ini adalah bacaan imlak yang menghimpunkan pelbagai bentuk aktiviti dansememangnya menjanjikan keseronokan murid untuk belajar dalam Bahasa Melayu.Kajiantelahdijalankan ke atas 6 buah sekolah rintis di mana dapatan menunjukkan 54.6%murid tahapduatidakmenggemari penulisan karangan.Dapatan turut menunjukkan 58.2% murid tahap dua jarangmembacabuku cerita.Sebanyak dua bengkel bimbingan telah dilaksanakan kepada guru Bahasa Melayuuntukdilaksanakan di sekolah.Program BTUIN 2.0 dilihat telah memberi impak yang positif dan efektif. 87orang murid tahun 6 daripada 6 buah sekolah rintis telah mencapai peningkatan daripada aras sederhanakepada aras cemerlang dalam penulisan karangan. Usaha ini diharap dapat membawa perubahankepadamurid tahap dua berdasarkan keputusan UPSA (Ujian Pertengahan Sesi Akademik) yangakanberlangsung pada bulan Ogos 2024. Kata kunci : Program BTUIN 2.0, Formula ‘ABC’ dan ‘OMBAK’, Bacaan Imlak, Ujian Pertengahan Sesi Akademik(UPSA)


42 LESSON STUDY : AMALAN TERBAIK PLC KE ARAH PENINGKATANKUALITI GURU DAN KEMENJADIAN MURID Siti Nazura Binti Ammi@Azmi, Sa’Adah Binti Kasiran Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Selangor, Malaysia ABSTRAK Amalan terbaik ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti guru dalam penyampaian PengajarandanPembelajaran (PdP) melalui Rancangan Pelajaran Harian yang berkualiti sebagai wadah perkongsianilmu di daerah Klang, juga dikongsikan ke daerah - daerah lain dan peringkat negeri Selangor. Guru-guru yang telah menyiapkan laporan lesson study dan dikongsikan kepada semua sekolahdi daerahKlang bagi tujuan melestarikan pendidikan yang berkualiti. Data menunjukkan kekurangangurumenjalankan lesson study dan hanya direkodkan sebanyak 10% sahaja di daerah Klang pada tahun2021walaupun amalan lesson study ini telah diimplementasikan oleh Kementerian PendidikanMalaysiasejak tahun 2015 melalui Professional Learning Community (PLC). Oleh itu, Pejabat PendidikanDaerah Klang mengambil inisiatif untuk mula memperkasakan lesson study melalui PLC dengan menjadikanlessonstudy sebagai amalan terbaik di sekolah - sekolah daerah Klang mulai tahun 2022 bagi merealisasikanbeberapa objektif yang murni ini. Objektif pelaksanaan lesson study adalah untuk (i) menggemblengpengetahuan dan kemahiran pedagogi dalam kalangan pendidik, (ii) memberikan peluangkepadapendidik untuk berkolaboratif bagi menangani kesukaran yang dihadapi dalampengajaran, (iii)merangsang motivasi warga pendidik dan (iv) memberikan manfaat dalam meningkatkan kefahamandan prestasi pelajaran murid - murid. Pejabat Pendidikan Daerah Klang juga telah mengadakanprogram kunjung bantu bagi menjayakan pelaksanaan lesson study ini di sekolah - sekolahdaerahKlang dan menyebarkan amalan terbaik lesson study ke peringkat negeri Selangor. PihakJabatanPendidikan Selangor juga telah membentangkan amalan lesson study yang melibatkan daerahKlangpada peringkat antarabangsa dalam Internationational World Association of Lesson Study pada 20 hingga22September 2022 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Maklum balas guru - guru menunjukkanbahawalesson study mampu meningkatkan kefahaman mereka dalam melaksanakan merancang RPHbagimenjayakan PdP berkualiti dan berimpak. Sekolah - sekolah di daerah Klang bersetuju supayaamalanlesson study ini diteruskan lagi pada tahun yang akan datang bagi meningkatkan kecemerlanganmurid-murid. Dapatan maklum balas ini amat bermakna sebagai nilai untuk penambahbaikan segala usahakearah amalan berkolaboratif yang terancang dan berkesan agar dapat meningkatkan keupayaanguruuntuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Implikasi dapatan lesson study ini penting sebagai inisiatif peningkatankualiti pengajaran guru sejajar dengan Pendidikan Abad ke-21. Kata kunci : Rancangan Pelajaran Harian, Perkongsian Ilmu, Professional Learning Community, Lesson Study, Pendidikan Abad ke-21.


43 K-SEMANIS : AMALAN TERBAIK PEMBUDAYAAN INOVATIFDI DAERAH KLANG Mohd Hafidzuddin Bin Muzaiyin Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Selangor, Malaysia [email protected] ABSTRAK Amalan terbaik ini bertujuan untuk meninjau tahap kepuasan guru-guru terhadap K-SEMANIS(Karnival Seminar Menjana Naratif inovatif STEM) sebagai wadah inisiatif pembudayaan inovatifdidaerah Klang, Guru-guru yang telah menyiapkan laporan kajian tindakan tidak mempunyai ruanguntukmembentangkan dapatan kajian. Data menunjukkan 90 % peserta merupakan guru yang belumpernahmembuat pembentangan di mana-mana peringkat pun. Objektif pelaksanaan K-SEMANISialah(i)membudayakan inisiatif penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga pendidik, (ii) membentangkanlaporan kajian tindakan yang terhasil melalui penyelidikan, amalan terbaik atau inovasi dalambilikdarjah dan memberi keyakinan tinggi, (iii) merangsang motivasi dan (iv) mengiktiraf usahapenyelidikan / inovasi agar terus komited untuk meningkatkan kualiti pembelajaran. SebelumK-SEMANIS, PPD Klang telah menganjurkan Kolokium Pendidikan (2015), KolokumPembudayaanKajian Tindakan (2016), Kolokium Kelestarian Pendidikan Global (2017), KolokiumPenyelidikanPendidikan (2018) dan Kolokium Semarak Kajian Tindakan (2020). Lantaran itu, K-SEMANIStelahdilaksanakan secara atas talian pada tahun 2021. K- SEMANIS peringkat Kebangsaan menyusul padaTahun 2022 dan dan K-SEMANIS di peringkat antarabangsa telah dilaksanakan dengan jayanyapadatahun 2023. Pelaksanaan K-SEMANIS 2023 dianjurkan dengan kerjasama Fakulti Pendidikan, UiTMCawangan Selangor Kampus Puncak Alam. K-SEMANIS ini melibatkan pelbagai acarasepertiPembentangan Lisan, Pertandingan Inovasi, Bicara Amalan Terbaik, Showcase KmRTS25, Puisi danLagu dalam STEM, Dekorasi Makanan, Ceramah Pendidikan serta Sesi motivasi. Konsep K-SEMANISialah pembentang atau persembahan penjurian melalui juri yang dilantik. Maklumbalas pesertadanpembentang telah menunjukkan 92% K-SEMANIS dapat meningkatkan pengetahuan dan pengelaman. 95% berupaya menjelaskan kepentingan penyelidikan dalam bilik darjah. 90%telah memberolehi ilmupengetahuan yang baharu dan 96% bersetuju supaya K-SEMANIS diteruskan pada tahun yangakandatang. Dapatan maklum balas ini amat bermakna sebagai nilai untuk penambahbaikan segala usalakearah pembudayaan inovatif akan dapat mengenal pasti keupayaan guru untuk meningkatkankualitipengajaran dan pembelajaran. Implikasi dapatan kajian ini penting sebagai inisiatif peningkatankualitipengajaran guru sejajar dengan Pendidikan Abad ke-21. Kata kunci : K-SEMANIS, Pembentangan Penjurian, Persembahan Penjurian, PAKke-21


44 PENDEKATAN PEMBELAJARAN SOSIOEMOSI (SEL) MELALUI KAEDAHONE-TO-ONE COACHING BAGI MENINGKATKAN MOTIVASI MURIDDALAM MATAPELAJARAN KIMIA Siti Nadiah Binti Ibni Hajar SMK Sulltan Ibrahim [email protected] ABSTRAK Kimia merupakan suatu mata pelajaran elektif yang wajib di ambil oleh murid yang memasuki aliranSTEM di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim. Kebanyakan murid kurang bermotivasidalam subjek Kimia apabila mereka tidak dapat menguasai konsep Kimia sepenuhnya danhal inimendorong kepada kemerosotan pencapaian murid tersebut. Daripada 54 orang murid Tingkatan5, hanya 32 orang sahaja yang lulus, manakala 22 orang murid lagi gagal dalamsubjek KimiadalamPeperiksaan Pertengahan Tahun. Fokus kajian adalah untuk membantu 22 orang murid yanggagaldalam subjek Kimia bagi meningkatkan motivasi mereka seterusnya mendapat keputusanyangcemerlang di dalam SPM. Tinjauan awal melalui sesi temu bual berkaitan punca permasalahanbolehdirumuskan seperti berikut: “Tiada kaedah atau intervensi khusus untuk membantu murid menguasaimata Pelajaran Kimia”. Oleh yang demikian satu pendekatan pembelajaran sosioemosi melalui kaedahOne-to-One Coaching telah dilaksanakan kepada 22 orang pelajar bagi membantu pelajar mengatasipermasalahan mereka di dalam mata pelajaran Kimia. Berdasarkan dapatan kajian,daripada pendekatanyang digunakan ini, menunjukkan perubahan yang positif kepada semua murid dan subjekKimiamendapat peratus lulus 100% seterusnya mendapat Anugerah Pencapaian 3 teratas peringkat DaerahKulai. Kata kunci : Pembelajaran Sosioemosi (SEL), One-to-One Coaching, Motivasi


45 PROJEK DIMSUM: MENINGKATKAN KEBOLEHPASARANMBPK PPKI SMK PEKAN TELIPOK Noor Jannah Binti Hamzah Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok [email protected] ABSTRAK Kebolehpasaran adalah elemen penting bagi memberi persediaan kepada Murid BerkeperluanPendidikan Khas (MBPK) ke dunia pekerjaan. Disamping itu, kebolehpasaran juga menjadi KPI utamadi Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Sabah. Jesteru itu, kaedah meningkatkanKebolehpasaran MBPK adalah mereka mesti mahir sesuatu bidang dan cemerlang dalamkemahirankomunikasi. Memandangkan MBPK PPKI SMK Pekan Telipok mengambil matapelajaran KemahiranAsas Penyediaan Makanan, Projek Dimsum sesuai untuk dijadikan sebagai satu intervensi dalammeningkatkan kebolehpasaran di Kalangan MBPK PPKI SMK Pekan Telipok. Seramai 8 MBPKPPKISMK Pekan Telipok yang terlibat dalam projek dimsum ini. Projek Dimsum ini dijalankanselama3bulan dan hasil dapatan kajian adalah menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif (pemerhatiandantemu bual). Selepas 3 bulan projek dijalankan pengkaji mendapati terdapat peningkatandari segikemahiran memasak dimsum dan kemahiran komunikasi dikalangan MBPK PPKI SMKPekanTelipok. Kata kunci : Kebolehpasaran, Projek Dimsum, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas SMKPekanTelipok.


Click to View FlipBook Version