46 PROGRAM SAKU: SAHSIAH ANGGUN KEHADIRAN UNGGUL SATUINISIATIFMENINGKATKAN PERATUS KEHADIRAN MURID SMK DATOHAMZAHDr Nor Hayati Binti Ramlan SMK Dato Hamzah [email protected] ABSTRAK Kehadiran murid ke sekolah merupakan salah satu elemen penting dalam keberhasilan dan kemenjadianmurid. SMK Dato Hamzah BEB0108 merupakan sekolah premier lelaki sepenuhnya berusia hampir60tahun. Hadir lewat dan juga ponteng ke sekolah merupakan fenomena yang sering meningkat dalamkalangan murid-murid saban tahun ini. Fenomena hadir lewat, ponteng dan tidak hadir ini sudahpastiakan memberi kesan terhadap peratusan kehadiran kelas dan secara tidak langsung akan menjejaskankeseluruhan peratusan kehadiran sekolah. Rentetan dari Isu ketidakhadiran ini SMKDato Hamzahtelahdisenaraikan dalam Program Merekayasa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 2023 danmenjadisekolah fokus bimbingan SIP+ Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Klangdalampeningkatan peritus kehadiranmurid di bawah Standard 3.3 SKPM Kualiti @Sekolah. ProgramSahsiahAnggun Kehadiran Unggul (Program SAKU), merupakan program inisiatif penambahbaikandariProgram Hatiku Di sini Unit HEM Tahun 2022, yang bermatlamatkan peningkatan peratusankehadiranmurid ke sekolah. Program SAKU mempunyai tujuh ( 7 ) Objektif dan tujuh (7) Strategi, muladilaksanakan dari hari pertama pembukaan Sesi Akademik 2023/24 sehingga bulan Disember 2023dengan sokongan padu dari PIBG SMK Dato Hamzah. Amalan Terbaik bermottokan #SayaHadir#SayaBelajar #SayaBerjaya ini telah diselia secara konsisten oleh Tenaga Penggerak Unit APDMHEMSMKDH telah berjaya meningkatkan peratusan kehadiran murid sebanyak 5 peratus iaitu dari 76.93peratus tahun 2022 kepada 81.93 peratus tahun 2023. Kehadiran dalam konteks pendidikanbertumpukepada kehadiran murid sepanjang berada di sekolah, hal ini bukan hanya sekadar tindakanhadirditempatnya, tetapi juga keterlibatan aktif dalam proses pembelajaran dan kehidupan sekolah. Kehadiranmurid memiliki makna dan kesan yang signifikan dalam berbagai-bagai aspek, baik secara akademikmahupun sosial. Selain itu, kehadiran murid menjamin akses langsung mereka ke proses pembelajarayang bermakna maka Program SAKU diteruskan lagi bagi Sesi Akademik 2024/25. Kata kunci : Program SAKU, 7 Objektif 7 Strategi, #SayaHadir # SayaBelajar #SayaBerjaya, Kehadiran Murid SMK Dato Hamzah
47 MY SMART SCHOOL CENTER WEBSITE (MY.SSCW) Nursabrina Sainudin SK Pekan Tenghilan Tuaran [email protected] ABSTRACT In accordance to transform and implement the seven thrust of digitalization school systeman innovation known as My.SSCW (My Smart School Centre Website) are created for the purposeofconnecting in wide range to overcome barriers because this idea is the result of my initiative infacingofthe covid-19 pandemic and is still relevant to today's situation towards digital environment. Initially, this idea was sparked when the Movement Restrict Order (MCO) was introducedwherethedata and information as well as the current status of the school are difficult to knowand identify. Thisinnovation has been adopted and fully applied in SK Pekan Tenghilan and shared with SKDallasPitasas a collaboration between two schools of different locations. With the existence of this web, it cansavetime for the relevant parties to get the latest information and updates just by looking at the input of thiswebsite. The difference that has been highlighted in this web is that it is already arranged accordingtothe categories of Administration, Curriculum, Co-Curriculum or HEM and even AKP that includescleaners and canteen worker. The use of My.SSCW can help many schools, especially rural schools, toensure that their documentation data can be recorded in a more orderly and systematic manner throughthe web. My.SSCW is available for free and can be distributed to all schools at no cost. This is becausethe design of My.SSCW has been proven to make it easier for the superiors to survey the school withouthaving to cost a lot and save time to visit the places which are famous for their challenging conditionstovisit. In conclusion, through My.SSCW, nothing is impossible for us to strive to showcase the privilegesand talents of the school. This is because My.SSCW give chances from unknown school toaneyesopening wide stage world. Keywords : Pandemic Covid-19 , Movement Control Order, Time and Cost Effective, One web for all.
48 MENINGKATKAN AMALAN SEMANGAT JUANG ATLIT DENGAN PELAKSANAANMODUL MINDA JUARA BE SIR Nur Anisah Binti Majit SK Pekan Satu Labuan [email protected] Sedasarwasa ini sering dilaungkan dalam dunia pendidikan slogan kata Anak Baik lagi Cerdikyangmengutamakan tingkahlaku dan adab yang baik disamping usaha menjadi murid yang cerdik. MajlisSukan Sekolah Malaysia (MSSM) juga turut mendukung aspirasi Murid ABC ini dengan sloganSukanNadi ABC. Namun begitu, tinjauan awal menunjukkan 16 orang atlit Hoki SK Pekan Satu Labuantidakmenunjukkan kesungguhan serta disiplin yang tinggi semasa latihan dijalankan seperti bergurausenda, sambil lewa, dan tidak bermotivasi sepanjang latihan. Sehubungan itu, pengkaji telah menciptasatuModul Psikologi berlandaskan teori terapi kognitif behavior yang dipelopori beberapa tokohkognitifseperti Jean Piaget, Bruner, Gagne dan Aaron T.Beck. Fokus kajian ini dijalankan untukmengkajikeberkesanan pelaksanaan Modul Minda Juara BE SIR: menerapkan kognitif juara untuk melahirkantingkahlaku juara menggunakan 4 elemen utama iaitu sistem kepercayaan (Belief system), SemangatPejuang (Spirit Fighter), latihan kemahiran imageri, dan latihan kemahiran relaksasi, dalam menambahbaik amalan semangat juang. Kaedah pemerhatian, temubual dananalisisdokumen telah digunakan dalam kajian ini. Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara kualitatif. Secara kesimpulannya, kaedah dan aktiviti yang disediakan dalam Modul Minda Juara BESIRtelahberjaya memupuk semangat juang yang tinggi dalam kalangan 16 orang atlit terlibat apabilamerekamempamerkan motivasi dan disiplin yang tinggi sepanjang latihan. Pelaksanaan Modul ini jugamemberi impak besar apabila atlit berjaya meraih Tempat Pertama dalam Kejohanan Hoki MSSWPLPeringkat Negeri Labuan. Kemudian, Modul ini juga dilaksanakan kepada Pasukan Bola Tampar danPasukan Senamrobik Prasekolah SK Pekan Satu Labuan sehingga turut berjaya merangkul tempatpertama dalam pertandingan masing-masing. Kata kunci : Semangat Juang, Minda Juara, Murid ABC, Disiplin, Kognitif behavior. F
49 INTEGRASI KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAMPENGHASILANKERJAMURID DALAM MATA PELAJARAN SAINS MENENGAH RENDAHAnna Idrus SMK All Saints, Kota Kinabalu, Sabah [email protected] ABSTRAK Kertas kerja ini merupakan kajian tindakan ke atas aktiviti bersepadu semasa subjek Seni Visual dansubjek Sains. Pendekatan yang digunakan dalam kelas adalah dengan menggabungkanalatpembelajaran, alat pengajaran dan kaedah pengajaran, dan teknologi untuk membina bahan kolektif olehpelajar sebagai sebahagian daripada tugas tangan mereka. Idea utama adalah untuk mengintegrasikanseni visual ke dalam sains. Membina model arca seperti jantung manusia, sistempernafasan, relauletupan, organ deria manusia dan sistem pencernaan menggunakan pendekatan seni seperti warna, teknik, ukiran dan kaedah ditekankan semasa pelajaran. Semua produk dinilai sebagai tugas PBDdanPBL. Penggunaan STEM ke dalam STEAM dalam kedua-dua mata pelajaran membantu lebihramaipelajar menyelesaikan tugas dengan cekap. Data adalah berdasarkan bilangan tugas yang diselesaikandan dinilai oleh ketepatan model atau lukisan. Selain membentangkan model untuk subjek sains, pelajarjuga menggunakannya untuk membentangkan tugas seni visual mereka. Tugas dua dalamsatumemberikan pengurusan masa yang lebih baik kepada pelajar dan mata pelajaran bersepadulangsung. Mewujudkan Carta Flip sebagai projek mereka dan mencari maklumat yang diperlukan melalui internetsebagai sebahagian daripada teknologi adalah perlu. Teknologi digunakan oleh pelajar dan guruuntukmenekankan STEM dan HOT melalui pertanyaan berpandu untuk sains. Terdapat dua orangguruyangterlibat dalam kajian tindakan ini iaitu pelajar tingkatan tiga dan dua. Data yang dikumpul adalahdalambentuk pemerhatian oleh guru mata pelajaran dan dinilai semasa pembentangan dan peperiksaanatauujian pelajar. Berdasarkan aktiviti tersebut, terdapat peningkatan yang signifikan dalamprestasi pelajardalam markah PBD dan PBL mereka. Kata kunci : Seni Visual, Sains, integrasi, pendekatan seni, STEM atau STEAM
50 R.E.V.I.V.E : RELASI STRATEGI AMALAN KEPIMPINAN GURUDALAM PENDIDIKAN TVET DI SEKOLAH MENENGAHNur Aishah Barbara Abdullah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu [email protected] Venson Gumpitak SMK Bandau, Kota Marudu [email protected] Liew Yun Chin [email protected] ABSTRAK Perubahan global dalam perkembangan Revolusi Industri 4.0 dan cabaran dunia Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity (VUCA) terhadap sistem pendidikan TVET negara hangat diperkatakandiperingkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Organisasi sekolah selaku medan pelaksanaandasar pendidikan TVET harus menetapkan keupayaan kepimpinan guru dan matlamat bagi menghadapicabaran perubahan dalam pengurusan mata pelajarannya. Perubahan sistem dan dasar pendidikanTVETdi seluruh negara mulai 2020 secara tidak langsung telah mengubah corak kepimpinan gurudi sebuahsekolah menengah di Kota Marudu. Pemerhatian dan temubual yang dilaksanakan mendapatikepimpinan dikalangan empat (4) orang guru bidang TVET memerlukan pengetahuan danpanduanyang signifikan bagi menyokong perubahan khususnya dalam pengurusan bengkel di sekolahmenengahagar dapat membantu ketekalan kualiti PdP mata pelajaran Reka Bentuk & Teknologi (RBT), Pertaniandan Sains Rumah Tangga (SRT). R.E.V.I.V.E adalah relasi strategi amalan kepimpinan gurudalampengurusan mata pelajaran di bawah bidang TVET di sebuah sekolah menengah yang mempunyai 6buah bengkel. Selepas melalui tempoh tiga (3) fasa bagi penambahbaikan pengurusan bengkel, empat (4)orang guru telah membuktikan bahawa R.E.V.I.V.E adalah satu strategi yang bersesuaiandenganamalan kepimpinan guru yang berkaitan dengan penyesuaian mereka terhadap budaya dan fungsi tugasyang berbeza dalam pengurusan bengkel. Pembudayaan ini secara langsung dapat meningkatkan80%-100% pencapaian akademik dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Pra-SPM2023. Olehitu, perubahan dalam sistem pendidikan TVET sangat bergantung kepada tahap profesionalisme gurudankeberhasilan kepimpinan pendidikan untuk menangani cabaran bagi melancarkan proses transformasi pendidikan negara dan merealisasikan Anjakan 6 dalamPPPM2013-2025. Kata kunci : Kepimpinan guru, R.E.V.I.V.E, strategi, pendidikan TVET
51 SEPAKAT MUAFAKAT DENGAN PIBKS DAN IMPAKNYADr. Rutil Taising SMK Pekan Telipok Tuaran Sabah [email protected] ABSTRAK Mewujudkan sekolah berkualiti merupakan matlamat seseorang pengetua sekolah.Matlamat ini dapatdicapai sekiranya sekolah itu kondusif untuk aktiviti pembelajaran. Oleh itu pemuafakatan denganrakanstrategik sekolah seperti ibubapa, komuniti, sektor swasta atau PIBKS, agensi kerajaan dan pihakyangberkepentingan perlu diperkasa dan dimantapkan. PIBKS dianggap sebagai pemangkin kepada kejayaanatau kecemerlangan sekolah kerana kaya dengan sumber yang memberikan mereka kemampuandankelebihan untuk membantu sekolah. Justeru pembentangan ini akan menjelaskan amalan baikpengetuadalam memperkasakan jalinan dan jaringan pemuafakatan dengan PIBKS dan impak positifnyaterhadap sekolah.Jaringan pintar dengan rakan strategik ini adalah sesuai dengan saranan KementerianPendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 anjakanke-9yangmenggalakkan pemuafakatan antara sekolah dengan ibubapa, komuniti luar dan sektor swasta(PIBKS). Pengetua berpendapat PIBKS bagaikan cahaya bersinar yang memiliki kemampuan untuk membantumenerangi, membuka jalan dan pencetus kepada kecemerlangan sekolah. Strategi ini juga sesuai denganapa yang digariskan dalam Transformasi Sekolah 2015 (TS25) yang menggalakkan penglibatanibubapa, komuniti dan sektor swasta dengan sekolah. Impak daripada Sepakat Muafakat ini dapat dilihat melaluipencapaian sekolah dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Hal ehwal murid (KuKoHEM). Walaubagaimanapun dalam pembentangan ini pembentang akan memperincikan kesannya dalam aspek keceriaan dan kemenjadian murid PPKI dan yang berkaitan dengannya. Kerjasama strategik ini akan diterus, diperkasakan dan ditambahbaik bagi mencapai hasrat dan matlamat untuk mengangkat sekolah yang lebih cemerlang. Kata kunci : Sepakat Muafakat, PIBKS, impak, keceriaan.
52 PENGGUNAAN EPEMANTAUAN 3.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANDISMK SRI NANGKA TUARAN Voo Hon Min @ Mohd Amin SMK Sri Nangka Tuaran [email protected] ABSTRAK Tujuan ePemantauan ini dilaksanakan adalah untuk menggantikan buku pemantauan kelas yangdigunakan sebelum ini. ePemantauan mula digunakan semasa tahun 2021 dengan versi 1.0 sehingglahversi 3.0. Kumpulan sasaran yang terlibat dalam sistem ini ialah Guru Mata Pelajaran danPentadbir. Objektif amalan terbaik adalah untuk menghasilkan satu sistem pemantauan yang memudahkanpentadbir memantau keberadaan guru masuk kelas. Cara pelaksanaan ePemantauan ialah apabilatibadipintu kelas guru yang mengajar akan scan QR. QR secara automatik akan jana kelas yang gurumasukmelalui ID Unik dan guru akan mengisi kandungan dalam Google Form. Secara automatik, pentadbirdapat memantau keberadaan guru melalui dashboard Locker Studio. Kebaikan ePemantauanini jumlahkertas boleh dijimatkan dengan cetakan buku pemantauan setiap kelas sebelum ini 80 helaiankertasA4untuk 3 bulan Scan masuk kelas guru kurang 5 minit lewat, masalah kawalan kelas dapat dipantaudanpemantauan pentadbir mudah untuk melihat kelas yang tidak mempunyai guru. ImpakdaripadaePemantauan ini menjadikan guru akan masuk tepat pada masanya kerana pemantauan dapat dibuatterus dari dashboard looker studio. Selain itu, guru juga mudah dikesan melalui cariandalamePemantauan. Kesimpulannya, SMK Sri Nangka, Tuaran dalam langkah menyahut dasar pendigitalanKementerian Pendidikan Malaysia dalam Teras ke-7. Kata kunci : Lockerstudio, ePemantauan, pendigitalan
53 AMALAN TERBAIK PROGRAM PHOENIX Frederica Tingka Jovita @ Jabitah Emperok Cristy Maikol Sekolah Kebangsaan St John (M) Tuaran, Sabah [email protected] ABSTRAK Sejak dunia dilanda virus Covid-19 pada tahun 2019, prestasi murid sekolah ini juga turut terjejas. Analisis PBD 2022 mendapati hanya 60 % daripada murid Tahun 2 dan Tahun 3 yang berjaya melepasiTP3 dan ke atas bagi ketiga-tiga subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik secarasetara. Kesegeraan mengatasi harus dilaksanakan kerana guru-guru masih melaksanakan pengajarantradisionaldan tidak bermotivasi. Ibu bapa juga kurang prihatin terhadap perkembangan prestasi anak-anak, sementara murid tidak mempunyai dorongan dan minat untuk belajar. ProgramPHOENIXmerupakaninisiatif sekolah SK ST John (M) Tuaran untuk meningkatkan Tahap Penguasaan PBDdalamkalanganmurid–murid Tahun 2 dan 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. TeoriKotter dijadikan panduan dalam memastikan program ini berjalan lancar. Beberapa Inisiatif sepertipemantapan headcount, pendigitalan guru dalam kelas, bina modul yang mudah dan menarik, dialogprestasi ibu bapa, jalinan dan jaringan kepada pemegang taruh. Pihak sekolah juga mengamalkan‘action borrow power’ bagi memudahkan pelbagai inisiatif ini berjaya. Programini telah berjayameraihpeningkatan sebanyak 36% menjadikan 96% murid melepasi TP3 PBD bulan Oktober 2023. Programini berjaya memberi suntikan semangat kepada murid untuk diraikan dalam Majlis Apresiasi ProgramPHOENIX yang julung kali diadakan. Kata kunci : PHOENIX, PBD, inisiatif
54 PENERAPAN AMALAN KEPIMPINAN GURU BESARDALAM PENDIDIKAN STEM DI SK PEKAN KOTA MARUDUAtiah binti Haji Awang SK Pekan Kota Marudu [email protected] ABSTRAK Pendidikan berasaskan persekitaran STEM merupakan pendidikan yang mengintegrasikansains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam konteks pengurusan persekitaran pembelajaranbermaknabagi setiap murid di SK Pekan Kota Marudu. Berdasarkan pemerhatian dan semakan dokumentasi, dapatan data menunjukkan bahawa pada tahun 2022 hanya 40% guru yang mempunyai pengetahuanberkaitan dengan Pendidikan STEM dan hanya 10% persekitaran yang menyokong kepada Pendidikandan pembudayaan STEM di SK Pekan Kota Marudu. Oleh itu, pihak sekolah telah merancangsatustrategi dalam memperkasa semua guru mata pelajaran untuk merealisasikan persekitaran PendidikanSTEM di SK Pekan Kota Marudu. Sokongan daripada pelbagai pihak seperti KementerianSainsTeknologi dan Inovasi Sabah, Agrobank dan PIBG juga banyak membantu mewujudkan persekitaranpembelajaran bermakna dan pembelajaran interaktif bagi semua murid SK Pekan Kota Marudu. Pihaksekolah juga turut berkolaborasi dengan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri SabahdanPPD Kota Marudu untuk khidmat selia bantu serta sokongan ke arah pemantapan pengurusanPendidikan STEM di SK Pekan Kota Marudu. Melalui persekitaran pendidikan STEMini, padatahun2023, pihak sekolah dapat mempersiapkan 70% guru dan murid dengan aspek pengetahuandankemahiran berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik sekaligus dijadikansebagaipersediaan mereka apabila berada di sekolah menengah kelak. Konteks persediaan ini seterusnyamenjadi pemangkin kepada kebolehpasaran mereka di lapangan di masa depan agar berupaya menjadipemimpin profesional dalam bidang sains dan teknologi yang bertaraf dunia. Kata Kunci : Pendidikan STEM, amalan kepimpinan, pembelajaran bermakna, kebolehpasaran
55