The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mofeernas, 2024-03-07 19:50:09

BUKU PENGURUSAN 2024

BUKU PENGURUSAN 2024

2024 BUKU PENGURUSAN SMK AGAMA KUALA LUMPUR [email protected] 03-62758923 03-62723269 #bersamamembinalegasimencipta bitara


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 PERKARA MUKA SURAT KATA ALU-ALUAN PENGETUA 2 MAKLUMAT PERIBADI 3 PROFIL SEKOLAH 4 MISI DAN FALSAFAH PENDIDIKAN VISI DAN MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 6 8 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2013 - 2025) LATAR BELAKANG SMKA PELAKSANAAN TMUA DI SMK AGAMA KUALA LUMPUR 9 11 13 PAKEJ MATA PELAJARAN TAHUN 2024 19 PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/2025 CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KPM TAHUN 2024 HARI KELEPASAN AM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TAHUN 2024 PANDUAN AM SENARAI TUGAS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SENARAI TUGAS PENGURUSAN KURIKULUM PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM) SENARAI TUGAS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM) PENGURUSAN KOKURIKULUM SENARAI TUGAS PENGURUSAN KOKURIKULUM SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KHAS SENARAI TUGAS STAF SOKONGAN JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JAWATANKUASA KURIKULUM JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID (HEM) JAWATANKUASA KOKURIKULUM TAKWIM AKTIVITI TAHUN 2024/2025 SENARAI GURU KELAS DAN PENYELARAS TINGKATAN TAHUN 2024/2025 GILIRAN GURU BERTUGAS MINGGUAN GILIRAN MENYEDIAKAN GURU GANTI (RELIEF) TARIKH BALIK BERMALAM TAHUN 2024 GILIRAN OUTING TAHUN 2024 SENARAI SEMAK PENGAWAS PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2024 SENARAI NAMA GURU DAN NOMBOR TELEFON TAHUN 2024 SENARAI NAMA STAF SOKONGAN DAN NOMBOR TELEFON TAHUN 2024 PELAN SEKOLAH LAMPIRAN 22 23 24 25 32 50 55 79 87 106 110 114 116 123 136 144 152 161 173 174 178 180 181 182 185 190 191 193


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, tabi’en dan ta’bi tabien. Tahun 2021 telah memberi cabaran kepada kita semua akibat pandemik Covid-19 yang masih berterusan melanda seluruh dunia. Bidang pendidikan antara yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini. Banyak perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan antaranya sesi pembelajaran dan pemudah cara (PdPC) dilaksanakan dalam norma baharu. Pembelajaran bersemuka dan pembelajaran secara maya (PdPR) telah digunakan semasa pandemik Covid-19 ini agar murid-murid tidak terlepas dalam menuntut ilmu. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga SMKAKL yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan slogan Excellent, Quranic and Virtuous. Namun begitu pada tahun 2024 nanti akan menjadi cabaran kepada kita terutamanya untuk mengekalkan kecemerlangan seterusnya meningkatkan pencapaian kecemerlangan akademik dan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan di peringkat antarabangsa. Sebenarnya pendidikan berubah begitu pantas dalam mengejar IR 4.0 dengan mengajar anak didik mengikut peredaran masa. Namun kita harus ingat bahawa yang membentuk negara bangsa itu asasnya adalah melalui pendidikan karakter. Justeru akan lahir bangsa yang saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, dunia pendidikan seharusnya menekankan aspek kegembiraan, kasih sayang dan saling menghormati dalam kalangan murid dan warga sekolah. Tahniah dan syabas kepada guru SMK Agama Kuala Lumpur yang telah berusaha sehingga kita mendapat keputusan yang cukup gemilang pada SPM Tahun 2022 dengan GPS 1.70. Saya berharap kecemerlangan ini dapat dikekalkan dan ditingkatkan lagi pada masa akan datang. Kita seharusnya berusaha untuk meningkatkan kualiti diri dengan cara menambahkan ilmu pengetahuan, kemahiran diri di samping menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah, menepati masa, dedikasi dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Semoga usaha kita untuk melahirkan pelajar cemerlang, berpengetahuan dan berakhlak mulia menjadi kenyataan. Akhir kata, saya berharap agar buku pengurusan ini menjadi panduan dan rujukan seterusnya dapat membantu warga SMK Agama Kuala Lumpur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan sepanjang 2024. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sebaik- baik manusia itu adalah mereka yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain”. Jadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam, Insya-Allah bahagia. EXCELLENT, QURANIC, VIRTUOUS Sekian, terima kasih, wassalam. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah. Pengetua SMK Agama Kuala Lumpur


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 Nama No. K/P Jawatan /Gred No. Gaji No. Fail JPWP No. KWSP No. LHDN No. Telefon E-mel Alamat Rumah Maklumat Orang Yang Boleh Dihubungi Apabila Berlaku Kecemasan Nama Hubungan No. Telefon (B) Telefon (P) SENARAI BIDANG TUGAS TAHUN 2024 BIDANG NAMA JAWATANKUASA JAWATAN YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KURIKULUM HAL EHWAL MURID KOKURIKULUM J/K KHAS Bahawasanya saya menerima jawatan-jawatan yang telah diamanahkan seperti di dalam Buku Pengurusan SMK Agama Kuala Lumpur Tahun 2024/2005 dengan penuh komitmen dan tanggungjawab ............................................................. ( )


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 Nama Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur Kod Sekolah WRA0004 Alamat Sekolah SMK Agama Kuala Lumpur Jalan 2/62, Bandar Menjalara Kepong, 52200 Kuala Lumpur No. Telefon 03-62758923 No. Faks 03-62723269 E-mel [email protected] JPN JPN WP Kuala Lumpur PPD PPD Sentul Jenis Sekolah TMUA Sesi Pagi Sahaja Lokasi Bandar Gred A Jenis Bantuan Sekolah Kerajaan Bilangan Guru 123 orang (Lelaki : 56 , Perempuan : 67) Bilangan AKP 13 orang ( Lelaki : 5, Perempuan 8) ENROLMEN SEKOLAH (FEBRUARI 2024) Tingkatan Bilangan Kelas Bilangan Murid Jumlah Lelaki Perempuan Tingkatan 1 5 63 70 133 Tingkatan 2 5 72 85 157 Tingkatan 3 5 65 74 139 Tingkatan 4 5 60 71 131 Tingkatan 5 5 48 76 124 JUMLAH KELAS 25 684 LENCANA SEKOLAH SLOGAN EXCELLENT , QURANIC , VIRTUOUS


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 ISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Berkualiti untuk membangunkan Pontesi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA AKSES - 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020. KUALITI – Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun. EKUITI – 50% pengurangan dalam jurang pencapaian ( Bandar-luar Bandar, sosioekonomi, gender) menjelang 2020 PERPADUAN – Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian. KECEKAPAN – Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 ENAM ASPIRASI UNTUK SETIAP MURID 1. Pengetahuan 2. Kemahiran berfikir 3. Kemahiran memimpin 4. Kemahiran dwibahasa 5. Etika dan kerohanian 6. Identiti nasional. SEMBILAN (9) BIDANG KEUTAMAAN Bidang 1 : Memartabatkan profesion keguruan. Bidang 2 : Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah. Bidang 3 : Meningkatkan kualiti sekolah. Bidang 4 : Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran. Bidang 5 : Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa. Bidang 6 : Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat rakan kongsi dalam pendidikan. Bidang 7 : Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja. Bidang 8 : Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber dan Bidang 9 : Membina kemampuan serta keupayaan sisitem penyampaian pendidikan. 11 ANJAKAN Anjakan 1 : Menyediakan kesamaratan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa. Anjakan 2 : Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Anjakan 3 : Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Anjakan 4 : Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan. Anjakan 5 : Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Anjakan 6 : Mengupaya JPN,PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Anjakan 7 : Memanfaatkan ( ICT ) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Anjakan 8 : Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 Anjakan 9 : Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta. Anjakan 10 : Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Anjakan 11 : Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam JANGKA MASA DAN SASARAN DITETAPKAN Gelombang Pertama Tahun 2013 – 2015 Peningkatan kemahiran guru, kualiti pengajaran dan keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah dan mutu kepimpinan sekolah. Gelombang Kedua Tahun 2016 hingga 2020 Berlaku perubahan sistem pendidikan Negara yang menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerjaya baharu. Gelombang Ketiga Tahun 2021 hingga 2025 Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebanggsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 59 buah SMKA. Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen Bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baru. Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem pendidikan Negara. Proses penambaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 semasa. Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid Bin Othman dan Dato Zainal Abidin Bin Haji Abdul Kadir. Pada tahun 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu, Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan- kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah harian. Kebanyakan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada mata pelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya mata pelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyarakat semasa. MATLAMAT SMKA ● Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam ● Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi ● Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan ● Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara OBJEKTIF SMKA ● Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum ● Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia ● Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani ● Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam ● Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah FALSAFAH SMKA “Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang seimbang ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanafaat kepada agama, diri, ummah dan Negara. MISI SMKA Bagi merealisasikan hasrat menjadi SMKA sebagai institusi pendidikan terbilang, warga SMKA akan komited ● Menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk realiti ilmu dan penghayatan Al- Quran dan Al-Sunnah ● Menjana Individu cemerlang dan kuat pegangan agama


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 ● Mengamalkan budaya kerja berkualiti, telus, efisyen dan efektif berasaskan nilai-nilai Islam ● Melaksanakan pendekatan bestari yang komprehensif dan efektif dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum ● Mewujudkan prasarana yang mencukupi dan persekitaran yang kondusif berteraskan iklim dini ● Mewujudkan jalinan pemuafakatan dengan ‘stakeholder’, kominiti setempat dengan agensi-agensi luar 1. LATAR BELAKANG Berdasarkan Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian Pelajaran Malaysia komited dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi bagi melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran relevan untuk berjaya dalam pasaran kerja berteraskan nilai Islam yang kukuh. Pada 7 Disember 2013, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Muhammad Yassin telah mengumumkan Model Pendidikan Islam Ulul al-Albab diperluas pelaksanaannya ke seluruh negara mulai tahun 2014. Idea yang dicetuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia (II), Dato’ Seri Idris bin Jusoh ini mula dilaksanakan secara rasminya di SMK Agama Kuala Lumpur pada 16 Januari 2014 dengan


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 pengambilan pertama seramai 150 orang pelajar dan 15 orang guru. Tahfiz Modul Ulul Albab (TMUA) merupakan gabungan antara Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Program Ulul Albab yang berasaskan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. 2. HALA TUJU TMUA merupakan nilai tambah kepada sistem pendidikan negara yang dilaksanakan di sekolah-sekolah KPM. Murid-murid yang lahir daripada sistem ini di jangka akan memenuhi keperluan profesional yang hafiz serta mempunyai pegangan agama yang kukuh. 3. OBJEKTIF TMUA dilaksanakan bagi mencapai objektif melahirkan model insan yang: ● Menghafaz 30 juzuk Al-Quran. ● Profesional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan al-Quran dan al-Sunah. ● Berketerampilan, berwibawa dan berkepimpinan. ● Memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif. ● Boleh menjalin hubungan dengan Allah S.W.T, sesama manusia dan dengan kejadian alam berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunah 4. PENDEKATAN 4.1 Pendekatan Quranik Murid-murid menghafaz 30 juzuk al-Quran serta memahami kandungan berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar (BIFFAS). Murid mempelajari Hifz al-Quran dan Maharat al-Quran. 4.2 Pendekatan Ensiklopedik Kaedah bagi menyediakan asas kepada murid untuk menguasai pelbagai ilmu dan bahasa berkemahiran tinggi dan mampu bertindak sebagai pakar rujuk kepada rakan sebaya. 4.3 Pendekatan Ijtihadik Menyediakan murid yang berupaya memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah, memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, secara kreatif dan inovatif. Pendekatan ketiga-tiga elemen ini akan dilaksanakan secara bersepadu melalui pengintegrasian antara kurikulum dan kokurikulum. 5. PELAKSANAAN 5.1 Agihan Juzuk Tingkatan Juzuk Jumlah Tingkatan 1 30, 1,2,3,4,5 6 juzuk Tingkatan 2 6,7,8,9,10,11,12 7 juzuk Tingkatan 3 13,14,15,16,17,18 6 juzuk Tingkatan 4 19,20,21,22,23,24,25 7 juzuk Tingkatan 5 26,27,28,29 4 juzuk Jumlah Keseluruhan 30 juzuk JUMLAH KESELURUHAN 30 JUZUK Dalam tempoh 5 tahun pelajar sepatutnya menyelesaikan hafazan sebanyak 30 juzuk, bahkan ada pada tingkatan 4 dan 3 telah dapat menghafaz 30 juzuk. 5.2 Kaedah Bil Masa Kaedah


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 1 Tahdhir (Talaqqi) 7.00 pagi - 7.30 pagi 2 Tasmik (Hafazan Baharu) 7.30 pagi - 8.05 pagi 3 Murajaah Hafazan Baharu 8.05 pagi - 8.40 pagi 4 Murajaah Hafazan Lama 8.40 pagi - 9.15 pagi 5 Tahriri 7.00 malam - 7.30 malam 6 Hafazan Malam 8.00 malam - 9.00 malam 7 Fiqh al-Ayat / Murajaah 7.00 pagi - 8.40 pagi (JUMAAT) *Tertakluk pada perubahan 6. IMPAK PROGRAM 6.1 KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2021 TAHUN 2018 2019 2020 2021 2022 Bil calon 146 136 136 113 127 GPS 2.44 2.4 1.52 1.76 1.70 Kuantiti 100% 100% 100% 100% 100% PELAKSANAAN HIFZ AL-QURAN 1.0 TASMIK (Memperdengarkan Bacaan) 1.1 Pdpc Hifz Al-Quran dilaksanakan bermula pukul 7.00 pagi hingga 9.15 pagi. 1.2 Sebelum memulakan tasmik, murid dikehendaki melaksanakan tahdhir dahulu pada pukul 7.00 pagi – 7.30 pagi (1 : 3 minit). 1.3 Murid memperdengarkan bacaan hafazan baharu Al-Quran kepada guru secara bersemuka (1 : 3 minit). 1.4 Tasmik dilaksanakan oleh guru hafiz (muqri’) yang telah ditetapkan dan diperakui sahaja. 1.5 Aktiviti tasmik dijalankan oleh guru tahfiz dengan nisbah seorang guru untuk 10 orang murid (1 : 10). 1.6 Bagi memenuhi sukatan yang telah ditetapkan, setiap murid perlu menghafaz sekurang-kurangnya satu muka surat setiap hari kecuali hari jumaat bagi tujuan murajaah mingguan dan fiqh al-ayat. 1.7 Bacaan hafazan murid yang telah diperdengarkan oleh guru hafiz (muqri’) hendaklah direkodkan di dalam :- i. Buku Rekod Hafazan Guru ii. Buku Rekod Hafazan Murid iii. Buku Tahriri Hafazan 1.8 Rekod-rekod berkenaan akan disahkan oleh guru hafiz (muqri’) pada setiap kali sesi tasmik berlaku. (Tandatangan guru halaqah, tarikh dan taqdir). 1.9 Berikut ialah masa yang diperuntukkan untuk tasmik :- MASA TASMIK 7.00 pagi – 7.30 pagi Tahdhir 7.30 pagi – 8.05 pagi Hafazan Baharu 8.05 pagi – 8.40 pagi Murajaah Hafazan Baharu 8.40 pagi – 9.15 pagi Murajaah Hafazan Lama 2.0 MURAJAAH (Ulangan)


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 2.1 Murajaah Hafazan Baharu 2.1.1 Murid murajaah sebanyak 2 muka surat sebelum muka surat tasmik di hadapan guru secara individu. 2.1.2 Contohnya : Sekiranya muka surat tasmik ialah muka surat 10, maka murajaah hafazan baharu ialah muka surat 8 dan 9. 2.1.3 Aktiviti ini berlaku pada 4 hari pertama minggu pembelajaran dan berlaku pada jam 8.05 hingga 8.40 pagi. 2.2 Murajaah Hafazan Lama 2.2.1 Murid murajaah sebanyak 2 muka surat secara bergilir-gilir (kaedah tadarus) sebanyak 1 juzuk sebelum juzuk tasmik. 2.2.2 Contohnya : Sekiranya juzuk tasmik semasa ialah juzuk 2, maka murajaah hafazan lama ialah juzuk 1. 2.2.3 Aktiviti ini berlaku pada 4 hari pertama minggu pembelajaran dan berlaku pada jam 8.40 hingga 9.15 pagi. 2.3 Murajaah Mingguan 2.3.1 Murid murajaah sebanyak 4 muka surat meliputi semua muka surat yang telah dihafaz pada minggu tersebut di hadapan guru secara individu. 2.3.2 Contohnya : Sekiranya pada minggu itu, murid tasmik muka surat 5 hingga muka surat 8, maka murid perlu murajaah semua (4) muka surat tersebut. 2.3.3 Aktiviti ini berlaku pada hari kelima (5) minggu pembelajaran pada jam 7.00 hingga 8.00 pagi. 3.0 TAHRIRI 3.1 Penulisan tahriri dilakukan setiap hari pada waktu kelas persediaan hafazan (7.00 – 7.30 malam) mengikut silibus tahunan berserta baris, kemas dan selari dengan al-Quran KPM 3.2 Murid ma’zurah tidak dibenarkan menulis tahriri. Begitu juga dengan murid yang mengikuti Mukhayyam Huffaz dan Kelas Intensif, kelonggaran untuk tidak menulis tahriri diberikan kerana berusaha untuk membuat hafazan baharu. Namun, murid hendaklah melengkapkannya dengan pantauan guru halaqah masing-masing. 3.3 Guru hendaklah menyemak tahriri murid setiap hari mengikut tasmik jadid dan menandatangani helaian tersebut. 3.4 Buku tahriri hendaklah dibawa setiap hari dan dijaga dengan baik sehingga tamat persekolahan. 3.5 Perkara yang perlu ditanda oleh guru ketika semakan buku tahriri ialah penilaian tahriri, tandatangan, tarikh dan pembetulan sekiranya perlu. 4.0 FIQH AL-AYAT 4.1 Memilih mana-mana 3 fiqh al-ayat yang berkaitan ayat hukum, ayat ibadat, ayat adab, sirah dan seumpamanya. 4.2 Menulis 3 fiqh al-ayat bagi setiap muka surat yang akan ditasmik pada ruang sebelah kiri ayat hafazan berserta nombor ayat. (Sediakan sedikit ruang untuk penulisan fiqh al-ayat) 4.3 Murid perlu menerangkan secara umum terjemahan ayat yang telah diperdengarkan semasa tasmik kepada guru. 4.4 Guru hendaklah memberi penilaian daripada terjemahan murid.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 4.5 Pada akhir setiap juzuk hafazan, murid hendaklah mengaitkan satu isu semasa dengan mana-mana ayat dalam juzuk tersebut. Bahan boleh diperoleh daripada akhbar, majalah dan internet. 4.6 Peruntukan waktu pelaksanaan fiqh al-ayat mingguan berlaku pada hari jumaat jam 7.00 pagi hingga 8.00 pagi mengikut rancangan pengajaran tahunan (RPT). 5.0 HAFAZAN MALAM 5.1 Guru perlu hadir tepat jam 7.00 malam hingga jam 9.00 malam dan tidak meninggalkan kelas sebelum jam 9.00 malam. 5.2 Guru lelaki hendaklah memakai jubah manakala guru perempuan hendaklah memakai samada jubah atau baju kurung. 5.3 Guru hendaklah mencatat dan menandatangani kehadiran pada borang yang disediakan. 5.4 Guru bertanggungjawab mengawal disiplin murid dan memastikan setiap murid menunaikan solat sunat sebelum dan selepas setiap solat fardhu. 5.5 Murid hanya dibenarkan menghafaz dan murajaah hafazan sahaja. Tiada aktiviti tasmik dibenarkan. 6.0 MUKHAYYAM HUFFAZ 6.1 Mukhayyam Huffaz merupakan satu program yang berfokuskan tasmik bagi murid yang belum khatam hafazan al-Quran dan murajaah bagi murid yang telah khatam. 6.2 Mukhayyam Huffaz dijalankan pada waktu cuti sekolah atau cuti umum yang melebihi 7 hari dengan peruntukan waktu hafazan sebanyak 10 jam hingga 13 jam sehari. 6.3 Setiap murid dibahagikan kepada beberapa halaqah dengan 12 hingga 15 orang murid bagi setiap halaqah. 6.4 Diadakan di tempat-tempat yang terpilih untuk memberikan suasana yang berbeza kepada murid-murid menghafaz al-Quran. 6.5 Sasaran murid tasmik sebanyak 10 muka surat sehari dengan kesalahan (makhraj, huruf, mad dan qasr) yang minimum. 6.6 Setiap murid diberi bimbingan secara berterusan di dalam halaqah bersama guru hafiz (muqri’) sepanjang program yang bermula jam 4 pagi dan berakhir pada jam 11.30 malam. 7.0 KELAS INTENSIF HAFAZAN 7.1 Kelas Intensif Hafazan merupakan satu program yang berfokuskan tasmik bagi murid yang belum khatam hafazan al-Quran dan murajaah bagi murid yang telah khatam. 7.2 Kelas Intensif hafazan dijalankan pada waktu cuti sekolah atau cuti umum yang melebihi 3 hari dengan peruntukan waktu hafazan sebanyak 3 jam hingga 4 jam sehari. 7.3 Setiap murid dibahagikan kepada beberapa halaqah dengan 6 hingga 15 orang murid bagi setiap halaqah 7.4 Diadakan di masjid-masjid terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. 7.5 Sasaran murid tasmik sebanyak 3 muka surat sehari dengan kesalahan (makhraj, huruf, mad dan qasr) yang minimum.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 7.6 Setiap murid diberi bimbingan secara berterusan di dalam halaqah bersama guru hafiz (muqri’) sepanjang program yang bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. 8.0 SMART SYAHADAH 8.1 Smart Syahadah merupakan satu program yang berfokuskan murajaah terkumpul. 8.2 Smart Syahadah dijalankan sepanjang sesi persekolahan dan murid dibenarkan untuk murajaah hafazan ketika kelas hafazan pagi, waktu rehat dan kelas persediaan hafazan (malam). 8.3 Sasaran murid murajaah sebanyak 20 muka surat secara berterusan dengan kesalahan (makhraj, huruf, mad dan qasr) yang minimum dan direkodkan setiap kesalahan pada borang yang disediakan. 8.4 Murid akan diberikan sijil pencapaian setiap kali berjaya murajaah 20 muka surat secara berterusan. 8.5 Kategori sijil Smart Syahadah ialah 1 juzuk, 3 juzuk, 5 juzuk, 10 juzuk, 20 juzuk dan 30 juzuk. ADAB-ADAB HALAQAH HAFAZAN 1. Hadir awal sebelum kehadiran guru. 2. Memakai pakaian yang lengkap mengikut etika pakaian sekolah. Sesi pagi - Pakaian rasmi sekolah Sesi malam - Jubah / baju melayu dan kopiah (putera) - Jubah / baju kurung (puteri) - Jubah Ulul Albab (Khamis malam jumaat) 3. Mengucapkan salam dan bersalaman dengan guru ketika masuk dan keluar halaqah. 4. Duduk dalam keadaaan sopan dan memulakan kelas hafazan dengan bacaan doa. 5. Meminta izin jika mahu keluar atau ada urusan. 6. Tidak bercakap-cakap di hadapan guru atau mencelah ketika guru sedang menyemak hafazan rakan. 7. Tidak tidur ketika berada di dalam halaqah. 8. Menutup bacaan dengan doa khatam Al Quran. 9. Memastikan rehal dan al-Quran yang telah digunakan disimpan dengan tersusun. PELAKSANAAN MAHARAT AL-QURAN 1.1 Mata pelajaran Maharat Al-Quran (Kemahiran Al-Quran) merangkumi : i. Tilawah (Bacaan) ii. Tajwid (Hukum Tajwid) iii. Adab Al-Quran iv. Ilmu Qiraat (Kaedah Bacaan) v. Amali Qiraat (Kaedah Bacaan Secara Praktikal) vi. Rasm Uthmani (Kaedah Tulisan) 1.2 Maharat Al-Quran diajar oleh guru tahfiz dengan nisbah seorang guru untuk 10 orang murid (1 : 10). 1.3 PdPc Maharat Al-Quran adalah antara jam 9.15 pagi hingga 12.00 tengah hari. Peruntukan waktu PdPc untuk pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 adalah sebanyak 2 waktu seminggu. 1.4 Bidang Tilawah dan Bidang Amali Qiraat Sab’ah (praktikal kaedah 7 cara bacaan) dilaksanakan secara Talaqqi (berguru) dan Musyafahah (bacaan secara lisan) di hadapan guru secara individu. 1.5 Bidang Adab Al-Quran, Tajwid, Manhaj Qiraat Sab’ah (teori kaedah tujuh cara bacaan) dan Rasm Uthmani dilaksanakan secara Halaqah (berkumpulan).


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 1.6 Agihan bidang mata pelajaran Maharat Al-Quran seperti berikut: Bi l Perkara Ting.1 Ting.2 Ting.3 Ting.4 Ting.5 1 Tilawah Al-Quran / / / / 2 Adab Al-Quran / 3 Tajwid / / / / / 4 Manhaj Qiraat Sab’ah / / 5 Amali Qiraat Sab’ah / / 6 Rasm Uthmani / 1.7 Kod dan wajaran bagi mata pelajaran Maharat Al-Quran: Kod PT3 Wajaran Kod SPM Wajaran 91/1 (Bertulis) 30% 5302/1 (Tilawah) 60% 91/2 (Tilawah) 70% 5302/2 (Bertulis) 40% PENUTUP ● Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) merupakan satu transformasi pendidikan yang mesti dilaksanakan dan disebarluaskan ke seluruh negara. Pelaksanaan TMUA ini mampu melahirkan modal insan yang mempunyai sahsiah diri dan tahap penghayatan Islam yang tinggi berpandukan al-Quran dan al-Sunah. ● Kejayaan sesebuah negara banyak dipengaruhi oleh sektor pendidikan. Justeru pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di SMK Agama Kuala Lumpur ini dapat melahirkan generasi profesional yang berupaya mencorak masa depan negara ke tahap yang lebih gemilang. PAKEJ MATA PELAJARAN UNTUK MENENGAH RENDAH (KSSM) TAHUN 2024


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 PAKEJ MATA PELAJARAN UNTUK MENENGAH ATAS TINGKATAN 4 (KSSM) TAHUN 2024 PAKEJ STEM PAKEJ KEMANUSIAAN DAN SASTERA PAKEJ STEM A (4 ALI & 4 HAMZAH) PAKEJ 1 (4 OTHMAN) PAKEJ 2 (4 UMAR) PAKEJ 3 (4 ABU BAKAR) TERAS 1. BAHASA MELAYU 2. BAHASA INGGERIS 3. MATEMATIK 4. SEJARAH 5. PENDIDIKAN ISLAM TERAS 1. BAHASA MELAYU 2. BAHASA INGGERIS 3. MATEMATIK 4. SEJARAH 5. PENDIDIKAN ISLAM 6. SAINS TERAS 1. BAHASA MELAYU 2. BAHASA INGGERIS 3. MATEMATIK 4. SEJARAH 5. SAINS TERAS 1. BAHASA MELAYU 2. BAHASA INGGERIS 3. MATEMATIK 4. SEJARAH 5. SAINS WAJIB 6. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 7. BAHASA PERANCIS WAJIB 7. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 8. BAHASA PERANCIS WAJIB 6. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 7. BAHASA PERANCIS WAJIB 6. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 7. BAHASA PERANCIS ELEKTIF BAHASA 8. BAHASA ARAB ELEKTIF BAHASA 9. BAHASA ARAB ELEKTIF BAHASA 8. BAHASA ARAB ELEKTIF BAHASA 8. BAHASA ARAB ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM 9. HIFZ AL QURAN 10. MAHARAT AL QURAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM 10. HIFZ AL QURAN 11. MAHARAT AL QURAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM 9. HIFZ AL QURAN 10. MAHARAT AL QURAN 11. PENDIDIKAN AL QURAN DAN SUNNAH 12. PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM 9. HIFZ AL QURAN 10. MAHARAT AL QURAN 11. PENDIDIKAN AL QURAN DAN SUNNAH 12. PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH ELEKTIF STEM 11. MATEMATIK TAMBAHAN 12. FIZIK 13. KIMIA 14. BIOLOGI ELEKTIF STEM 12. MATEMATIK TAMBAHAN ELEKTIF KEMANUSIAAN & SASTERA 13. PRINSIP PERAKAUNAN ELEKTIF KEMANUSIAAN & SASTERA


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 14. EKONOMI 13. EKONOMI JUMLAH= 14 JUMLAH = 14 JUMLAH 13 JUMLAH=12 * TERTAKLUK KEPADA PINDAAN PAKEJ MATA PELAJARAN UNTUK MENENGAH ATAS TINGKATAN 5 (KSSM) TAHUN 2024 PAKEJ STEM PAKEJ KEMANUSIAAN DAN SASTERA PAKEJ STEM A (5 ALI & 5 HAMZAH) PAKEJ 1 (5OTHMAN) PAKEJ 2 (5 UMAR) PAKEJ 3 (5 ABU BAKAR) TERAS 1. BAHASA MELAYU 2. BAHASA INGGERIS 3. MATEMATIK 4. SEJARAH 5. PENDIDIKAN ISLAM TERAS 1. BAHASA MELAYU 2. BAHASA INGGERIS 3. MATEMATIK 4. SEJARAH 5. PENDIDIKAN ISLAM 6. SAINS TERAS 1. BAHASA MELAYU 2. BAHASA INGGERIS 3. MATEMATIK 4. SEJARAH 5. SAINS TERAS 1. BAHASA MELAYU 2. BAHASA INGGERIS 3. MATEMATIK 4. SEJARAH 5. SAINS WAJIB 6. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 7. BAHASA CINA/ PERANCIS WAJIB 7. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 8. BAHASA CINA / PERANCIS WAJIB 6. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 7. BAHASA CINA / PERANCIS WAJIB 6. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 7. BAHASA CINA / PERANCIS ELEKTIF BAHASA 8. BAHASA ARAB ELEKTIF BAHASA 9. BAHASA ARAB ELEKTIF BAHASA 8. BAHASA ARAB ELEKTIF BAHASA 8. BAHASA ARAB ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM 9. HIFZ AL QURAN 10. MAHARAT AL QURAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM 10. HIFZ AL QURAN 11. MAHARAT AL QURAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM 9. HIFZ AL QURAN 10. MAHARAT AL QURAN 11. PENDIDIKAN AL QURAN DAN SUNNAH 12. PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM 9. HIFZ AL QURAN 10. MAHARAT AL QURAN 11. PENDIDIKAN AL QURAN DAN SUNNAH 12. PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH ELEKTIF STEM 11. MATEMATIK TAMBAHAN 12. FIZIK 13. KIMIA 14. BIOLOGI ELEKTIF STEM 12. MATEMATIK TAMBAHAN ELEKTIF KEMANUSIAAN & SASTERA 13. PRINSIP PERAKAUNAN ELEKTIF KEMANUSIAAN & SASTERA


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 14. EKONOMI 13. EKONOMI JUMLAH= 14 JUMLAH = 14 JUMLAH 13 JUMLAH=12 KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 10.03.2024 31.03.2024 16 11 01.04.2024 30.04.2024 17 01.05.2024 23.05.2024 15 JUMLAH HARI 48 CUTI PENGGAL 1 SESI 2024/2025 1 24.05.2024 – 02.06.2024 10 2 03.06.2024 30.06.2024 18 15 01.07.2024 31.07.2024 22 01.08.2024 31.08.2024 21 01.09.2024 12.09.2024 10 JUMLAH HARI 71 CUTI PENGGAL 2 SESI 2024/2025 1 13.09.2024 – 21.09.2024 9 3 22.09.2024 30.09.2024 7 13 01.10.2024 31.10.2024 21 01.11.2024 30.11.2024 20 01.12.2024 19.12.2024 15 JUMLAH HARI 63 CUTI PENGGAL 3 SESI 2024/2025 1 21.12.2024 - 28.12.2024 9 29.12.2024 31.12.2024 3 01.01.2025 16.01.2025 12 3 JUMLAH HARI 28 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 4 17.01.2025 - 15.02.2025 30 HARI GANTI


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 Hari ganti adalah hari yang pendidikan hendaklah dijalankan di sekolah bagi menggantikan hari pendidikan yang tidak dapat dijalankan atas apa-apa sebab yang diluluskan oleh Pendaftar. Hari ganti persekolahan bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan B boleh diambil daripada mana-mana hari Sabtu minggu ke 2 atau ke 4 dalam mana-mana bulan pada tahun 2024 jika guru besar atau pengetua mendapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang dari satu ratus sembilan puluh (190) hari. (Surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2020) CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KUMPULAN B CATATAN HARI RAYA AIDILFITRI 10.04.2024 (Rabu) dan 11.04.2024 (Khamis) 08.04.2024 (Isnin) Tiga (3) hari Cuti Tambahan KPM 09.04.2024 (Selasa) 12.04.2024 (Jumaat) 30.06.2024 (Jumaat) HARI DEEPAVALI 31.10.2024 (Khamis) 30.11.2024 (Rabu) Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM 01.11.2024 (Jumaat)


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 BIL HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI JUMLAH HARI 1 Tahun Baru 01.01.2024 Isnin 1 2 Tahun Baru Cina 10- 11.02.2024 Sabt dan Ahad 2 3 Hari Wilayah Persekutuan 01.02.2024 Rabu 1 4 Hari Thaipusam 25.02.2024 Khamis 1 5 Hari Nuzul Al-Quran 28.03.2024 Khamis 1 6 Hari Raya Puasa 10-11.04.2024 Rabu dan Khamis 2 7 Hari Pekerja 01.05.2024 Rabu 1 8 Hari Wesak 22.05.2024 Rabu 1 9 Hari Keputeraan SPB Yang Di-Pertuan Agong 03.06.2024 Isnin 1 10 Hari Raya Qurban 17.06.2024 Isnin 1 11 Awal Muharam 07.07.2024 Ahad 1 12 Hari Kebangsaan 31.08.2024 Sabtu 1 13 Hari Malaysia 16.09.2024 Isnin 1 14 Maulidur Rasul 16.09.2024 Isnin 1 15 Hari Deepavali 31.10.2024 Khamis 1 16 Hari Krismas 25.12.2024 Rabu 1 *Tertakluk kepada perubahan Peringatan : 1. Sekiranya Hari Kelepasan Am jatuh pada hari kelepasan mingguan (Sabtu & Ahad) secara berturut-turut, maka hari-hari itu diganti dengan hari esoknya (satu hari sahaja) dan jika kemudiannya pula sedia menjadi hari kelepasan am, maka hari yang berikutnya dijadikan hari kelepasan am.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 2. Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada hari pertama kelepasan mingguan (Sabtu), tidak ada cuti gantian bagi hari kelepasan am tersebut, kecuali hari kedua (Ahad) maka hari berikutnya adalah hari cuti gantian. 1 Asas Pengurusan Sekolah 1.1 Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Objektif Kementerian Pendidikan, Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah SMKA dan Nilai-Nilai Teras Sekolah Menengah 1.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah. 1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah 1.4 Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan 1.5 Semua guru adalah guru disiplin 1.6 Semua guru adalah guru kaunseling 1.7 Mewujudkan Budaya Kerja Cemerlang 1.8 Mengamalkan budaya kerja sepasukan dan kebersamaan 2 Kedatangan 2.1 Jadual waktu persekolahan / waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan 2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah mengikut waktu yang telah ditetapkan dan mengetik kad perakam waktu semasa sampai dan sewaktu balik sekolah. Waktu bertugas yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah: Guru UlulAlbab Hari Waktu Bertugas Isnin,Selasa Khamis 6.55 pagi hingga 2.30 petang Rabu 6.55 pagi hingga 4.30 petang Jumaat 6.55 pagi hingga 12.30 t.hari Guru Akademik Isnin,Selasa, Khamis 8.35 pagi hingga 4.30 petang Rabu 7.25 pagi hingga 4.30 petang Jumaat 7.25 pagi hingga 12.30 t. hari 2.3 Guru hendaklah memberitahu pihak pentadbir sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang munasabah. 2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam kecemasan dan tidak terlalu kerap. 2.5 Waktu bekerja staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 2.6 Ketidakhadiran bertugas merupakan kesalahan tatatertib di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, tidak hadir bertugas bermaksud tidak hadir bagi apa-apa tempoh masa pada masa dan tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bertugas serta tidak hadir bertugas tanpa cuti atau terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah. Pegawai yang tidak hadir bertugas boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,[P.U.(A)395/1993] dan mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman sehingga dibuang kerja. 3 Keluar Waktu Bertugas 3.1 Pada waktu persekolahan / waktu kerja guru dan staf sokongan ( AKP ) tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia/Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Gabungan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua / Penolong Kanan 3.2 Guru dan staf sokongan dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan ditulis dalam Buku Rekod keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua / Penolong Kanan sebagai tanda kebenaran sebelum keluar. 3.3 Guru dan staf sokongan hendaklah merekodkan waktu keluar dan masuk semula. 3.4 Kerja bertulis dan terancang hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan kelas/sekolah seperti berkursus, mesyuarat, mengiring murid dan lain-lain. 4 Melakukan Kerja Luar 4.1 Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab ’D’ seperti berikut 4.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan 4.1.2 Dibenarkan dengan syarat; 4.1.2.1 tidak dilakukan semasa waktu bekerja/ pejabat 4.1.2.2 tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam 4.1.2.3 tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan. 5 Cuti 5.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa. 5.2 Cuti Rehat Khas 5.2.1 Cuti Sambilan tidak lebih daripada sepuluh (10) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh (10) hari dalam satu tahun kalendar; dan 5.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak. 5.2.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru kontrak 5.2.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 5.2.5 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah Am 1(ix) Bab C) 5.3 Cuti Sakit 5.3.1 Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 5.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 180 hari dalan setahun 5.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan KPM 5.4 Cuti Keluar Negara 5.4.1 Semua guru yang bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu (sebulan) sebelum tarikh bercuti. 5.5 Cuti Khas – Isteri Bersalin 5.5.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua cuti rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 5.6 Cuti Tanpa Rekod 5.6.1 Cuti Tanpa Rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan iktisas,, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan [Rujuk Perintah Am 39,41, 42, 43, 44, 45 dan 46 ”Bab C”] 5.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat 5.7.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli Keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri, anak- anak, ibu dan bapa kandung, ibu dan bapa mertua., adik beradik, datuk dan nenek. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 5.8 Cuti Kuarantin 5.8.1 Diberikan maksimum lima (5) hari bagi setiap kes kepada anggota perkhidmatan awam cuti kuarantin untuk menjaga anak yang sakit dengan syarat anak yang dikuarantin berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun atau tidak kira umur untuk anak yang cacat otak atau hilang upaya secara kekal: dengan syarat anak itu hilang upaya secara kekal sebelum mencapai umur 21 tahun. 5.8.1 Senarai penyakit berjangkit yang dibenarkan ialah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah, Campak, Chickenpox, Difteria dan Malaria. 6 Pakaian 6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan penjawat awam dengan mematuhi pekeliling Perkhidmatan Awam Bil.2/1985,Bil.1/2006 dan Bil.1/2008. 6.2 Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak dibenarkan bagi guru perempuan 6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai mengikut peraturan penjawat awam.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 6.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu. Guru perempuan. juga dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi. Rujuk pekeliling SPI Bil.2/1981 6.5 Semua guru dan AKP dikehendaki memakai pakaian batik malaysia pada setiap hari Khamis 6.6 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai: 6.6.1 Guru Perempuan. : seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, Kemeja T, kemeja sukan, baju, trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit 6.6.2 Guru lelaki : seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, Kemeja T, kemeja sukan, baju, trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit 6.7 Guru lelaki dikehendaki memakai pakaian Kebangsaan berbaju Melayu, seluar dan bersongkok sepenuhnya pada hari jumaat. Guru tidak dibenarkan memakai pakaian kebangsaan sebahagian sahaja seperti contoh memakai baju melayu sahaja. 6.8 Perhimpunan rasmi ( hari Isnin ) guru diminta memakai pakaian lengkap sama ada memakai pakaian kebangsaan lengkap atau berkemeja bertali leher. 6.9 Untuk kelas malam TMUA, guru lelaki dipohon memakai jubah sementara guru perempuan berjubah atau berbaju kurung. 7 Buku Rekod Mengajar 7.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku rekod mengajar. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua/Penolong Kanan setiap hujung minggu ( pada hari jumaat ) mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani. 7.2 Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan, untuk urusan guru pengganti. 7.3 Setiap akhir persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke Pejabat Sekolah. 8 Jadual Waktu Mengajar 8.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan. 8.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 8.3 Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 8.4 Guru masuk ke kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan segera. 9 Keselamatan Harta Benda Sekolah 9.1 Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dimaklum kepada Penolong Kanan HEM. 9.2 Guru Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dll. Demi keselamatan harta benda sekolah, guru-guru bertanggungjawab terhadap kunci-kunci atau bilik khas dengan tidak menyerahkan kepada pelajar. 10 Kebersihan 10.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing. Alat-alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik. 10.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal sains, makmal bahasa dan


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing. 10.3 Semua guru, staf sokongan dan pelajar sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan sekolah. 10.4 Sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula guru mata pelajaran hendaklah memastikan kelas dalam keadaan bersih dan teratur. 10.5 Pastikan setiap pelajar yang bertugas telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna. 10.6 Kerjasama semua guru dipohon memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih dan ceria. Jika terdapat sampah mohon kerjasama pelajar mengutip dan membuang ke dalam tong sampah. 11 Surat Menyurat. 11.1 Semua surat rasmi yang menggunakan letter-head sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan. 11.2 Semua surat rasmi berkaitan dengan tugas hendaklah melalui dan salinan kepada pengetua. 12 Surat yang diterima. 12.1 Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut. 12.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan. 12.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah : 12.3.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan dapat disimpan dalam fail di pejabat. 12.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi hendaklah disediakan surat litup/iringan (covering) yang boleh didapati di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar borang berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan tanpa surat litup (covering) dari sekolah walaupun dihantar dengan serah tangan. Satu salinan borang berkenaan dan surat litup (covering) hendaklah disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan bila diperlukan. 13 Urusan Dengan JPN/PPD 13.1 Guru dan staf sokongan tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan berbuat demikian 14 Pelawat/Jurujual 14.1 Semua pelawat DIWAJIBKAN berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua/wakilnya 14.2 Pelawat hanya dibenarkan berurusan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada pengarah. 15 Pembelian Barang


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 15.1 Setiap pembelian barang mesti mematuhi peraturan kewangan dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu dengan menggunakan borang pesanan dalaman (Nota Minta) yang boleh didapati di pejabat sekolah dengan tiga sebut harga. Pembelian hanya dibuat selepas LO dikeluarkan. 15.2 Setiap pesanan yang dibuat hendaklah disertakan dokumen lengkap seperti sebut harga, lesen kewangan, penyata bank bagi tujuan mematuhi prosedur kewangan. 15.3 Nota Pinta hendaklah dibuat (2) dua minggu dari tarikh pembelian dan mendapat kelulusan pengetua. 15.4 Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua. 15.5 Pembantu tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan Borang Pesanan Tempatan (Local Order/LO). 15.6 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima borang, rekodkan no. daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas. 16 Kegiatan Kokurikulum 16.1 Semua guru adalah penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan teratur mengikut jadual yang ditetapkan. 16.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku kehadiran kokurikulum yang disediakan di pejabat sekolah. 16.3 Guru-guru bertanggungjawab sepenuh memastikan perjalanan kegiatan kokurikulum dan keselamatan pelajar dalam melaksanakan aktiviti dan kegiatan. 16.4 Sebarang aktiviti atau perjumpaan kokurikulum wajib dihadiri oleh guru penasihat kelab dan persatuan. Menjadi satu kesalahan jika aktiviti dijalankan tanpa kehadiran guru penasihat. 16.5 Guru-guru bertanggungjawab menyediakan laporan kegiatan aktiviti kokurikulum masing-masing seperti kehadiran, aktiviti/program, dan rekod pencapaian. Laporan ini hendaklah diserahkan kepada PK Kokurikulum sebelum penggal persekolahan berakhir. 17 Perhimpunan Rasmi Sekolah 17.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. Kerjasama guru dipohon untuk menepati masa supaya perhimpunan dapat berjalan lancar. 17.2 Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher( Suit) ketika menghadiri perhimpunan rasmi. 17.3 Guru akan bersama-sama pelajar mengalunkan Asmaul Husna, menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri, dan Lagu Sekolah. 17.4 Guru Bertugas dipohon memastikan bahawa segala persediaan berkaitan perhimpunan berjalan lancar. 17.5 Sebarang pengumuman yang hendaklah disampaikan hendaklah diserahkan kepada guru bertugas untuk dibuat pengumuman. 17.6 Guru bertugas hendaklah mencatat laporan dan ucapan yang berlaku semasa di Perhimpunan Rasmi di dalam Buku Catatan Perhimpunan Rasmi. 17.7 Guru bertugas hendaklah mencatat ucapan pengetua dan wakil pengetua serta didokumentasikan. 18 Mesyuarat Guru 18.1 Pengetua akan memanggil guru bermesyuarat dari semasa ke semasa. Kedatangan guru ke mesyuarat adalah diwajibkan. 18.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Penolong Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia. 18.3 Pakaian semasa mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja-T, seluar trek, selipar tidak dibenarkan.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 18.4 Guru yang tidak hadir dipohon mengemukakan surat tunjuksebab secara bertulis. Kegagalan mengemukakan surat tunjuk sebab dianggap ingkar perintah. 19 Acara/Majlis Rasmi Sekolah/Mesyuarat/Kursus Dalaman 19.1 Semua guru DIWAJIBKAN hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga kursus dalaman. 19.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan. 19.3 Kehadiran ke majlis rasmi sekolah menunjukkan semangat kerjasama dan kesepakatan dalam kalangan guru. 20 Perhubungan Sesama Rakan Sejawat 20.1 Guru dan staf sokongan hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud perasaan kekitaan dalam organisasi. 20.2 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan sesama rakan ataupun pelajar sekolah ini. 20.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosioekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 21 Keahlian KELAB GURU & KAKITANGAN / PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) 21.1 Semua guru dan staf sokongan secara automatik menjadi ahli kelab staf dan semua guru dan ibu bapa /penjaga menjadi ahli PIBG sekolah. 22 Arahan dan Pekeliling 22.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 22.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. 23 Penggunaan Alat - Alat 23.1 Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan. 23.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan. 23.3 Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 23.4 Jika rosak, hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantinya. 24 Telefon 24.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sokongan tidak dibenar menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi. 24.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam bilik darjah dan semasa mesyuarat. 25 Kunci 25.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat. 25.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah. 26 Buku Stok / Inventori 26.1 Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini, (setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta merta).


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 26.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Penolong Kanan/Pengetua. 27 Komputer Riba / LCD Projektor 27.1 Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan LCD projektor hendaklah mematuhi peraturan- peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Sebarang penggunaan yang menyalahi etika akan dapat dikesan. 27.2 Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdPc sebagaimana objektif penggunaannya. 28 Bilik-Bilik Khas 28.1 Guru-guru yang menjaga bilik-bilik khas hendaklah memastikan bilik tersebut kemas, bersih, ceria dan kondusif. 28.2 Kunci-kunci bilik-bilik khas hendaklah dijaga dengan baik dan satu salinan disimpan di pejabat. 28.3 Guru tidak dibenarkan menyerahkan kunci kepada pelajar untuk tujuan keselamatan.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 1 PENGETUA Bidang Tugas : 1. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah. 2. Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar. 4. Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/67 tahun 1982 (pindaan) Senarai Tugas : 1. Pengurusan dan pentadbiran 1.1 Bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan staf sokongan di sekolah seperti berikut: 1.1.1 menjalankan prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan guru dan staf sokongan. 1.1.2 menjalankan prosedur pelantikan ke jawatan yang lebih tinggi. 1.1.3 menjalankan prosedur menamatkan perkhidmatan, perletakan jawatan, penggantungan jawatan dan persaraan. 1.1.4 memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam perkhidmatan. 1.1.5 mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubungan dengan cuti. 1.1.6 mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas guru dan staf sokongan sekolah dan pejabat. 1.1.7 menyediakan senarai tugas guru dan staf sokongan. 1.1.8 menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan staf sokongan. 1.1.9 menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan / berkala dan Laporan Sulit Khas / Laporan Nilaian Prestasi Khas. 1.1.10 menentukan sistem penyelenggaraan fail yang teratur. 1.1.11 meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan lain yang terdapat di sekolah. 1.1.12 merancang dan menentukan pelaksanaan Takwim sekolah. 1.1.13 menentukan data maklumat disediakan mengikut jadual. 1.1.14 menjadi Pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah. 1.1.15 menjadi Penasihat PIBG. 1.1.16 mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat tertentu di peringkat sekolah. 1.1.17 menghadiri mesyuarat-mesyuarat di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Gabungan/Daerah dan di jabatan-jabatan kerajaan yang lain.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 2 Kewangan 2.1 Menyediakan anggaran belanjawan sekolah. 2.2 Menguruskan tuntutan pembayaran per kapita dan lain-lain geran. 2.3 Menentukan segala kutipan (yuran dan sewa) dan lain-lain sumber pendapatan dibuat dengan sempurna. 2.4 Merancang dan menguruskan segala perbelanjaan dan pendapatan: PTJ, akaun Kerajaan, SUWA dan asrama. 2.5 Mengurus dan menyempurnakan urusan pembayaran gaji 2.6 Mengurus dan menyelenggarakan Buku Tunai untuk Akaun Kerajaan, SUWA dan asrama. 2.7 Menyempurnakan segala persediaan untuk audit akaun sekolah 2.8 Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar 2.9 Menjadi Pengerusi Lembaga Tender / Sebut harga sekolah 2.10 Menentukan Buku Stok diselenggarakan dengan kemaskini 2.11 Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan lain-lain. 2.12 Menentukan tatacara hapuskira stok dibuat dengan sempurna. 2.13 Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Sekolah. 3 Fizikal dan Pembangunan Sekolah 3.1 Menjalankan pengawasan fizikal sekolah. 3.2 Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan dan kawasan sekolah. 3.3 Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil. 3.4 Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu. 4 Perkembangan Staf 4.1 Merancang dan melaksanakan program atau kursus bagi pemajuan guru dan staf sokongan, sama ada kursus dalaman atau mengadakan / menghadiri kursus di luar. 5 Kurikulum 5.1 Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. 5.2 Menentukan pelaksanaan Sukatan Pelajaran yang ditentukan atau ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 5.3 Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum di sekolah berjalan dengan sempurna 5.4 Menentukan mata pelajaran elektif 5.5 Menubuhkan Panitia Mata Pelajaran, Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan lain-lain yang difikirkan perlu. 5.6 Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum. 5.7 Menentukan wujud pusat sumber dan merancang perkembangannya. 5.8 Malaksanakan satu Perancangan Strategik Sekolah. 5.9 Menyemak buku persediaan mengajar PK, PK HEM, PK Kokurikulum, GKMP dan GBK. 5.10 Mengkaji Laporan Jemaah Nazir untuk diambil tindakan. 6 Kokurikulum 6.1 Menentukan penubuhan Persatuan dan Kelab, Sukan dan Permainan dan Unit Beruniform. 6.2 Menentukan unit-unit kokurikulum berjalan dengan aktif, baik dan sempurna. 6.3 Menentukan perkembangan potensi pelajar dalam bidang-bidang di atas. 7 Hal Ehwal Murid 7.1 Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 7.2 Menetapkan satu Peraturan Sekolah. 7.3 Menubuhkan Lembaga Pengawas Sekolah. 7.4 Menentukan perjalanan 7.1, 7.2 dan 7.3 di atas dilaksanakan dengan dengan baik dan sempurna serta adil. 7.5 Bagi keselesaan dan kebajikan pelajar-pelajar, perkhidmatan-perkhidmatan seperti di bawah ini perlu wujud dan dilaksanakan dengan baik: 7.5.1 Bimbingan dan Kaunseling 7.5.2 Kesihatan 7.5.3 Biasiswa / Dermasiswa 7.5.4 Keselamatan 7.5.5 Rekreasi 8 Pengawasan dan Penyeliaan 8.1 Menjadi tugas Pengetua membuat penyeliaan terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 8.2 Mengawasi perkara-perkara yang telah disebutkan di atas (no 1 – 7) 8.3 Bertanggungjawab membimbing Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum dalam tugas-tugas mereka serta guru-guru dan staf sokongan dalam tugas-tugas dan pengajaran mereka. 8.4 Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk tujuan penilaian prestasi mereka pada hujung tahun. 9 Pengawasan Asrama 9.1 Melantik warden dan Ketua warden. 9.2 Menentukan sistem penempatan pelajar. 9.3 Memastikan menu seimbang disediakan. 9.4 Menentukan adanya langkah-langkah kawalan keselamatan penghuni asrama. 9.5 Mengadakan kemudahan rekreasi. 9.6 Mengadakan kemudahan tempat sembahyang. 9.7 Menyediakan peraturan-peraturan asrama. 9.8 Mengawasi penggunaan air / api. 9.9 Meluluskan perlantikan AJK asrama / pengawas asrama. 9.10 Menentukan pekerja-pekerja asrama, kakitangan dapur dan dewan makan menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa. 9.11 Merancang dan menentukan aktiviti kerohanian dijalankan dengan baik 9.12 Mengkaji laporan penggal yang dibuat oleh warden, pegawai kesihatan, jemaah nazir dan lain-lain untuk diambil tindakan 10 Pembangunan Kendiri 10.1 Meningkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu. 10.2 Menjalankan Kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R & D). 10.3 Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan. 10.4 Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti. 10.5 Memberikan sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya. 10.6 Menjadi Penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Sekolah. 10.7 Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh KPM / JPN / PPD dan agensi-agensi luar 10.8 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion Keguruan 2 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN Bidang Tugas :


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua. 2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. 3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. 4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran. 5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah Senarai Tugas : 1. Kurikulum 1.1 Menentukan rancangan pelajaran harian dan tahunan. 1.2 Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran. 1.3 Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel. 1.4 Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan. 1.5 Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru baru dan guru sandaran tidak terlatih dalam memjalankan tugas harian mereka. 1.6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan. 1.7 Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan. 1.8 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan. 1.9 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan. 1.10 Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan Pusat Sumber dan buku bacaan. 1.11 Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu ganti. 2 Pengurusan 2.1 Membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan sekolah. 2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan staf sokongan. 2.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data / maklumat. 2.4 Membantu merancang dan menyelia takwim sekolah. 2.5 Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan. 2.6 Membantu menyelia anggaran belanjawan tahunan sekolah. 2.7 Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan. 2.8 Menyelaras semua jenis kutipan yuran. 2.9 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah. 2.10 Menjadi Penandatangan kedua-dua cek sekolah. 2.11 Menjaga dan menyemak stok / inventori peralatan sekolah. 2.12 Mengurus, menilai prestasi tahunan guru dan staf sokongan 3 Pembangunan Diri Pelajar 3.1 Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah; keceriaan / keindahan dan kebersihan sekolah. 3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran peringkat sekolah. 3.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar. 4 Pembangunan Organisasi


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 4.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat. 4.2 Mengadakan kursus / latihan untuk personel. 5 Pembangunan Kendiri 5.1 Meningkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu. 5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. 5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D) 5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan. 5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya. 5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan 6 Tugas-tugas lain 6.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. 6.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. 3 PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID Bidang Tugas : 1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan. 2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. 3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal disiplin, bimbingan dan kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa, perayaan sekolah, kantin sekolah, kebersihan, keceriaan serta penyeliaan asrama. 4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara 3 di atas. 5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. Senarai Tugas : 1 Pembangunan Diri Pelajar 1.1 Disiplin 1.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni. 1.1.2 Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. 1.1.3 Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah/MPP. 1.1.4 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku. 1.1.5 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan murid. 1.1.6 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga. 1.2 Bimbingan dan kaunseling 1.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling. 1.2.2 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid serta menyediakan laporan yang diperlukan. 1.2.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran murid. 1.2.4 Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru. 1.3 Program Perlindungan Murid 1.3.1 Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 1.3.2 Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan. 1.4 Kesihatan 1.4.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid. 1.4.2 Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna. 1.4.3 Menyelaras aktiviti kesihatan murid. 1.5 Skim Pinjaman Buku Teks 1.5.1 Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks. 1.5.2 Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT. 1.5.3 Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks. 1.6 Biasiswa dan Bantuan 1.6.1 Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan. 1.6.2 Mengemas kini rekod biasiswa dan bantuan. 1.6.3 Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid. 1.7 Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan Sekolah 1.7.1 Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi kebersihan, keceriaan dan keindahan sekolah. 2 Pengurusan 2.1 Mengurus dan mengemas kini buku rekod pendaftaran murid. 2.2 Menguruskan kemasukan dan penempatan murid. 2.3 Mengurus dan menyelia data-data APDM/SSDM/KWAMP/eKASIH 2.3 Menguruskan pertukaran murid. 2.4 Menyemak buku kehadiran harian murid. 2.5 Menguruskan surat akuan, sijil-sijil murid, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah. 2.6 Menyemak Slip Keputusan Peperiksaan. 2.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah. 2.8 Membantu merancang takwim sekolah. 3 Pengawasan Asrama 3.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama. 3.2 Membantu dalam pemilihan dan penyeliaan warden asrama. 3.3 Menyelaras hal ehwal pembelajaran dan menentukan langkah keselamatan murid. 3.4 Menyeliakan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama. 3.5 Menyelia hal makanan dan dapur serta dewan makan. 3.6 Menyelia hal-hal kesihatan penghuni asrama. 3.7 Membantu urusan tender / sebut harga makanan asrama. 3.8 Memastikan kemudahan / penyertaan asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum. 3.9 Menyelaraskan segala jenis pungutan yang berkaitan dengan asrama. 3.10 Ketua Penasihat Badan Kepimpinan Asrama (BKA). 4 Pembangunan Organisasi 4.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat. 4.2 Mengadakan kursus / latihan untuk personel. 5 Pembangunan Kendiri (Self Developement)


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 5.1 Meningkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu. 5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. 5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D). 5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan. 5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya. 5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan. 6 Tugas-tugas lain 6.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. 6.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. 4 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM Bidang Tugas : 1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua, PK Pentadbiran dan PK HEM. 2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. 3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam semua aktiviti, kokurikulum iaitu sukan / permainan/kelab / persatuan dan unit beruniform, aktiviti koperasi sekolah, penerbitan, percetakan majalah sekolah. 4. Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah. 5. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 6. Memantau dan menyelia pelaksanaan dan pentaksiran PAJSK pelajar. Senarai Tugas : 1. Kokurikulum 1.1 Sukan dan Permainan 1.1.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat. 1.1.2 Membantu, merancang takwim sukan dan permainan sekolah. 1.1.3 Mengurus pemilihan peserta sukan bagi mewakili sekolah. 1.1.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai matlamatnya. 1.2 Kelab / Persatuan 1.2.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan yang bercorak akademik. 1.2.2 Memastikan pelaksanaan program kelab dan persatuan berjalan mengikut jadual. 1.3 Unit Beruniform 1.3.1 Merancang strategi penglibatan unit beruniform. 1.3.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah. 1.3.3 Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual. 1.4 Koperasi Sekolah 1.4.1 Menyelaras kegiatan koperasi sekolah. 1.5 Penerbitan dan Percetakan Majalah Sekolah 1.5.1 Membantu dan mengurus segala hal yang berkaitan dengan penerbitan dan percetakan majalah sekolah. 2. Pengurusan 2.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 2.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum. 2.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap bidang aktiviti kokurikulum. 2.4 Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan / rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah. 2.5 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum. 2.6 Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik. 2.7 Mengenal pasti guru / murid yang berpotensi untuk maju dan mengadakan program khas untuk mereka. 3. Persembahan Sekolah 3.1 Mengenal pasti jenis / aktiviti persembahan sekolah. 3.2 Memantau perjalanan aktiviti sekolah. 3.3 Memastikan pelaksanaan program persembahan sekolah. 3.4 Memastikan kualiti persembahan sekolah. 4. Melaksanakan Majlis-Majlis Penghargaan / Aktiviti Sekolah 4.1 Hari Kokurikulum 4.2 Majlis Anugerah Kokurikulum 4.3 Hari Koperasi Sekolah 4.4 Hari Pelanggan (Unit Beruniform) bersama PIBG 4.5 Malam Kebudayaan / Kesenian Islam Sekolah 5. Melaksanakan Program Sukarelawan 5.1 Merancang aktiviti program sukarelawan. 5.2 Menyelia pelaksanaan aktiviti program sukarelawan. 5.3 Menilai pelaksanaan aktiviti program sukarelawan. 5.4 Melaksanakan program pengantarabangsaan. 5.5 Mengurus keperluan passport/ visa/ penerbangan/ pengangkutan peserta program. 5.6 Menyeliakan pelaksanaan aktiviti program pengantarabangsaan. 5.7 Menilai program aktiviti program pengantarabangsaan. 6. Aktiviti Tambahan Kokurikulum 6.1 Menilai setiap sukan / permainan berdasarkan skema penilaian aktiviti kokurikulum (untuk individu) dan penilai kokurikulum mengikut SKPM supaya mencapai matlamatnya. 7. Pembangunan Organisasi 7.1 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat. 7.2 Mengadakan kursus / latihan untuk guru dan staf sokongan. 8. Pembangunan Kendiri 8.1 Meningkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu. 8.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. 8.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D). 8.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan. 8.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya. 8.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan. 9. Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Kokurikulum 9.1 Mempengerusi Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Kokurikulum dan Permainan. 10. Tugas-tugas lain 10.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari semasa ke semasa


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 10.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa 5 GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP) Bidang Tugas : 1. Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya. 2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya. 3. Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya. 4. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pelaksanaan SKPMg2. 5. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. 6. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang yang berkaitan dengan bidangnya. 7. Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar bagi guru-guru pelatih / maktab / universiti dan seumpamanya. 8. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu. Senarai Tugas : 1. Kurikulum 1.1 Memimpin guru menentu dan merancang Rancangan Pelajaran Harian / Tahunan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya. 1.2 Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah kawalannya. 1.3 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 1.4 Membimbing guru terlatih, guru baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka. 1.5 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan. 1.6 Mengjkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan sewajarnya. 1.7 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan pengkayaan. 1.8 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan. 1.9 Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan bahan-bahan pendidikan lain. 1.10 Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan lain-lain jawatankuasa yang diarahkan oleh Pengetua. 1.11 Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan staf. 1.12 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan pendekatan- pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru. 1.13 Menjalankan usaha untuk meningkatkan dan memperluaskan amalan-amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum. 1.14 Mengenal pasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk mengatasinya.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 2. Kokurikulum 2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar. 2.2 Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya. 3. Pengurusan 3.1 Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang dan kawalannya. 3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru. 3.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya. 3.4 Membantu merancang takwim sekolah. 3.5 Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya. 3.6 Menyediakan anggaran belanjawan/ ABM tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaannya. 3.7 Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan. 3.8 Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan, barang atau bahan yang berkaitan dengan bidangnya. 3.9 Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik darjah dan sekolah 3.10 Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga keceriaannya. 3.11 Menyelia kerja-kerja kursus pelajar dan program Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang. 4. Tugas-tugas Lain 4.1 Berhubung dengan PKG, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat Sumber Pelajaran Negeri tentang apa juga maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru. 4.2 Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan. 4.3 Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data dan maklumat mengenai semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil. 4.4 Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah. 4.5 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan, penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber. 4.6 Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke semasa. 6 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING Senarai Tugas: 1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. 2. Mengenal pasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar. 3. Merancang, mengawal selia dan mengemas kini rekod dan inventori pelajar.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai. 5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjukajar (instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum. 6. Merancang, melaksana, mengawal selia perkhidmatan bimbingan dan kaunseling individu secara professional dan beretika. 7. Merancang, melaksana, mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar. 8. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT. 9. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, rokok, alcohol dan HIV/AIDS. 10. Merancang,melaksana,mengawal selia dan menilai program dan aktiviti untuk menyelia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. 11. Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program serta aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung bimbingan dan kaunseling kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah. 12. Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar. 13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. 14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. 15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. 17. Memberi khidmat kaunseling kepada pelajar yang memerlukan. 18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan. 19. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. 20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Jawatankuasa Disiplin Sekolah dan Lembaga/ Badan Pengawas Sekolah. 21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah. 22. Menjadi penyelaras dalam program Jati Diri. 23. Menjadi penyelaras dalam program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kepimpinan dan kursus ketatanegaraan. 24. Menghadiri kursus, bengkel atau seminar apabila diarahkan berbuat demikian dan melaksanakan apa yang dipelajari. 25. Mengendalikan Kelab Bimbingan dan Kaunseling / Kerjaya dan menentukan ianya bergerak dengan aktif. 26. Menyediakan laporan tahunan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 27. Mengurus dan melaksanakan Ujian Psikometrik 28. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa. 7 GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER (GURU MEDIA)


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 Senarai Tugas: 1. Mengurus segala yang berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber termasuk anggaran perbelanjaan, alatan yang diperlukan dan perkara lain yang difikirkan perlu. 2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah. 3. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini. 4. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. 5. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. 6. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah. 7. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah. 8. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber. 9. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri / PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah. 10. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah. 11. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah. 12. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah. 13. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah. 14. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri. 15. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah. 16. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah. 17. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah. 18. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa. 8 GURU DATA Senarai Tugas: 1. Merancang dan mengajar mata pelajaran tidak melebihi 12 waktu dalam seminggu 2. Bertanggungjawab membantu pihak pengurusan sekolah dalam aspek pengurusan data pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM. 3. Menjalankan tugas yang berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Pengetua. 4. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah seperti yang diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan. 4.1 Bertanggungjawab bagi pengurusan data bagi aplikasi EMIS iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan: 4.1.1 Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar 4.1.2 Murid seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain 4.1.3 Staf bukan guru 4.1.4 Profil Sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 4.1.5 Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa 4.2 Bertanggungjawab sebagai Admin VLE sekolah dan membuat perancangan pelaksanaan aktiviti dan program frog VLE di sekolah. 4.3 Membantu guru dan staf sokongan dalam pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, penganalisisan, pelaporan dan penyebaran data dan pendidikan seperti Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dan JK SKPMg2. 4.4 Membantu dalam penyelenggaraan komputer, namun bagi Sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh penyelaras IT. 4.5 Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat sekolah bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). 5 Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah 6 Menjadi setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah 7 Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa. GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH Adalah menjadi tanggungjawab Guru Data; 1. Mengemas kini data EMIS Online 2. Mematuhi tarikh kutipan dan garis panduan penyelenggaraan yang telah ditetapkan. 3. Memastikan Data disemak dan disahkan. 4. Menyediakan laporan atau catatan yang diperlukan contoh: catatan atau alasan bagi turun/naik (perubahan) data enrolmen dan ditentukan sah oleh PK Tadbiran dan Kurikulum selaku pengurusan Maklumat Sekolah sebelum menghantar ke PPD/JPN/KPM. 5. Memastikan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang dicetak dari aplikasi EMIS Online. Disemak dan disahkan oleh PGB sebelum dihantar ke PPD. 6. Menyimpan dengan baik segala dokumen ( bahan bercetak atau elektronik) berkaiatn pengurusan data EMIS Online. 7. Menyelenggara komputer yang digunakan untuk tujuan pengurusan maklumat sekolah dengan baik. Segala kerosakan peralatan/perisian/talian internet hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Maklumat, PPD dengan segera supaya kutipan data tidak terganggu. 8. Membuat salinan backup data pada setiap kutipan melalui proses muat turun dan menyimpan data dengan baik. Jika berlaku kerosakan komputer/talian internet segala urusan kemaskini hendaklah dilakukan disekolah berhampiran PPD/JPN/KPM. 9. Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan data disimpan ditempat yang selamat kerana ia merupakan bahan terkawal dan sulit. TUGAS GURU DATA SEBAGAI SETIAUSAHA JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH 1. Memastikan data dalam bentuk soft copy serta bercetak yang disediakan setelah disemak dan ditentukan sah bagi menghasilkan data dan maklumat yang berkualiti, sahih dan menepati masa. 2. Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Maklumat Sekolah ( pengantara ) dalam rangkaian maklumat Sekolah, PPD, JPN, dan KPM. 3. Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan peringkat sekolah.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 4. Memastikan mesyuarat JMPS dilakukan pada akhir bulan Januari, April, Jun dan Oktober (kutipan Perdana) iaitu sebelum data EMIS Online dimuat turun oleh PPD/JPN/KPM. 9 GURU MATA PELAJARAN Senarai Tugas : 1. Mengajar mata pelajaran mengikut jumlah waktu dan kelas yang ditetapkan. 2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan yang berkenaan. 3. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir setiap PdPc bagi setiap tingkatan. 4. Mempunyai Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua atau wakilnya pada masa yang ditetapkan. 5. Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan. 6. Rancangan Harian perlu disediakan sekurang-kurangnya sehari sebelum PdPc tersebut dijalankan. 7. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan murid dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerah / menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua atau wakilnya pada masa yang dikehendaki. 8. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada murid. Rekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar. 9. Mengesan kelemahan murid dalam mata pelajaran yang diajar dan menjalankan kelas pemulihan / bimbingan untuk mencapai visi sekolah. 10. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia. 11. Guru mata pelajaran hendaklah menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. 12. Memastikan keselamatan murid di makmal sains / bengkel KH / bilik ERT / makmal Bahasa / makmal komputer dan bilik-bilik khas yang lain serta mengawasi penggunaan peralatan. 13. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah. Menyampaikan semula kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama di sekolah. 14. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam PdPc. 15. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah PdPc untuk tindakan selanjutnya. 16. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan , memastikan ABM digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah. 17. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar. 18. Membantu menguruskan Koleksi Soalan dan Bank Soalan. 19. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin. 20. Bekerja sebagai “Team Player”.


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 21. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau Penolong Kanan Kokurikulum dari semasa ke semasa. 10 GURU PENYELARAS TINGKATAN Senarai Tugas 1. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan di bawah jagaannya. Persetujuan Penolong Kanan HEM perlu diminta terlebih dahulu 2. Menerima kemasukan murid baru dan membuat penempatan mengikut keputusan peperiksaan dan minat / aliran bagi murid Tingkatan 4 dan 5. 3. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku SPBT. 4. Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih murid yang layak untuk diberi bantuan / biasiswa. 5. Memaklumkan kepada Pengetua / Penolong Kanan tentang jumlah pelajar dalam setiap kelas dari semasa ke semasa. 6. Penyelaras Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bertindak membantu penyelaras peperiksaan PT3 dan SPM. 7. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baru disimpan di dalam daftar masuk (ikut tingkatan) dengan kemas dan teratur. 8. Bekerjasama dengan guru tingkatan dalam memastikan dokumen-dokumen berikut dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran murid. a Buku Laporan Prestasi Akademik Murid (SAPS) b Buku Rekod Kokurikulum (PAJSK & SEGAK) c Borang Pinjaman Buku Teks (SPBT G) d Sijil Berhenti Sekolah e Dokumen berkaitan PBS f Profil Pelajar APDM 9. Sentiasa mengemas kini fail-fail pertukaran murid, dan memastikan fail tersebut disimpan di pejabat. Kerjasama Pembantu Am Pejabat diperlukan. 10. Berada di sekolah pada hari pendaftaran murid dan membantu guru tingkatan satu untuk mengagih murid. 11. Memastikan guru tingkatan memberi bilangan, nombor pendaftaran dan memasukkan butiran- butiran murid dalam buku pendaftaran. 12. Menyemak fail-fail kemasukan murid dan memastikan ia kemaskini. 13. Bertanggungjawab menjaga Buku Pendaftaran dan memastikan buku tersebut disimpan di pejabat 14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa. 11 GURU TINGKATAN Senarai Tugas : 1. Pengurusan Bilik Darjah 1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua kelas, penolong ketua kelas, setiausaha dan ahli jawatankuasa kelas. 1.2 Mengadakan mesyuarat kelas dari semasa ke semasa. 1.3 Memastikan kelas dalam keadaan bersih dan ceria. 1.3.1 Bidang Tugas Kebersihan a membersihkan papan tulis b menyapu lantai c mengelap cermin d menyusun kerusi meja e membuang sampah


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 1.3.2 Tugas Keceriaan a mengemas kini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa b menyediakan alas meja, langsir dan bunga untuk kelas 1.4 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada dalam kelas a Nama Pengetua b Nama PK1, PK HEM dan PK kokurikulum c Nama Guru Kanan Mata Pelajaran d Nama Guru Tingkatan e Nama Guru Mata Pelajaran f Jadual Waktu g AJK Kelas dan Jadual Bertugas Murid h Jumlah perabot dalam kelas (kerusi meja murid, meja guru dan papan tulis i Misi dan Visi Sekolah j Moto Kelas k Inventori kelas (Kew PA 7). 1.5 Memastikan pelajar membuat jadual tugasan dan menjalankan tugas masing-masing. 1.6 Memastikan perabot, peralatan dan keadaan fizikal kelas dalam keadaan selamat. 1.7 Menerima laporan kerosakan dan mengambil tindakan segera dengan melaporkannya kepada pihak pengurusan [PKHEM]. 1.8 Memaparkan dengan jelas segala peraturan berkaitan dengan kelas di papan kenyataan kelas. 1.9 Menentukan disiplin murid di dalam kelas terkawal. 1.10 Memastikan papan kenyataan kelas diuruskan teratur dan dapat memanfaatkan murid. 1.11 Menentukan wayar elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan selamat digunakan. 1.12 Memastikan segala peralatan elektrik dimatikan oleh ketua/ penolong ketua tingkatan sebelum meninggalkan kelas. 1.13 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas. 1.14 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya yang terpulang kepada budi bicara murid. Tabung ini digunakan untuk a Keceriaan kelas b Kebajikan murid c Membeli peralatan kelas 2. Jadual Kedatangan Murid /APDM 2.1 Merekod dan memasukkan semua butiran murid ke dalam sistem online APDM mengikut ruangan yang ditetapkan. 2.2 Merekod kedatangan murid setiap hari sebelum jam 9.00 pagi di dalam sistem online APDM. 2.3 Merekod dan mengemas kini APDM rumusan kedatangan pada akhir tiap-tiap bulan dan menyerahkannya kepada PK HEM. 2.4 Memastikan murid yang tidak hadir membawa surat ibu bapa / penjaga / doktor jika tidak dapat hadir ke sekolah. 2.5 Memaklumkan ketidakhadiran murid ke sekolah yang melebihi tiga (3) hari kepada PK HEM dan ibu bapa / penjaga. 2.6 Mengambil tindakan tentang pertukaran pelajar - mencatatkannya ke dalam Jadual Kedatangan


BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 - menyediakan dokumen pertukaran seperti Sijil Berhenti Sekolah, Laporan Keputusan Peperiksaan, Butiran Biasiswa, Markah Ujian Lisan, Kerja-kerja Kursus, Rekod Kesihatan Murid dan perkara-perkara lain yang berkaitan dan menyerahkannya ke pejabat am sekolah. 3 Pungutan Wang 3.1 Mengutip bayaran persekolahan, peperiksaan, PIBG dan lain-lain yuran yang diarahkan. 3.2 Mengeluarkan resit bayaran yuran dan rekod dalam Jadual Kedatangan. 3.3 Menghantar wang kutipan kepada kerani kewangan di pejabat sekolah dan bendahari PIBG pada hari diterima. 3.4 Memasukkan butir bayaran ke dalam Jadual Kedatangan kelas. 3.5 Mengambil tindakan sewajarnya seperti memberikan peringatan terhadap murid yang masih belum menyelesaikan bayaran. 4 Membantu Jawatankuasa SPBT serta Bantuan dan Biasiswa 4.1 Mengedarkan borang berkenaan kepada murid-murid. 4.2 Mencadangkan murid-murid yang sesuai untuk menerima bantuan dengan mematuhi syarat yang ditetapkan. 4.3 Membantu murid mengisi borang permohonan. 4.4 Menguruskan penyerahan, pengambilan serta pemulangan buku-buku SPBT mengikut jadual yang ditetapkan. 5 Akademik 5.1 Mengumpul semua markah ujian/peperiksaan daripada guru mata pelajaran. 5.2 Mengisi markah ujian / peperiksaan ke dalam komputer. 5.3 Memproses dan menganalisis data. 5.4 Mengisi markah ujian / peperiksaan murid ke dalam Buku Laporan Prestasi murid. 5.5 Menulis dan memberikan ulasan sewajarnya serta menandatangani Buku Rekod Prestasi Murid. 5.6 Menghantar Buku Rekod Prestasi Murid kepada Pengetua / Penolong Kanan untuk ditandatangani. 5.7 Mengenal pasti murid-murid yang lemah dalam pelajaran dan mengambil langkah tertentu mengatasinya. 6 Kokurikulum 6.1 Mengumpul dokumen berkaitan kokurikulum setiap individu dalam kelas. 6.2 Semua dokumen disimpan dalam fail peribadi pelajar. 6.3 7 Lain-lain tugas 7.1 Mengedarkan borang serta membantu murid mengisi borang-borang surat akuan dan surat berhenti sekolah murid yang akan digunakan bagi keperluan mengeluarkan Sijil Berhenti dan Surat Akuan. 7.2 Melaporkan murid-murid yang perlu bimbingan dan kaunseling kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling serta memberi kerjasama yang diperlukan. 7.3 Bertanggungjawab tentang kebajikan murid di dalam kelas. 7.4 Menyedia dan mengisi profil pelajar dalam komputer. 7.5 Bertanggungjawab menyemai dan memupuk rasa kebanggaan terhadap sekolah serta semangat kekitaan dan semangat kekeluargaan di kalangan murid-murid di dalam kelas. 7.6 Melaporkan kepada Penolong Kanan dan Penolong Kanan HEM tentang perkara-perkara yang tidak dapat diatasi sendiri, misalnya masalah disiplin. 7.7 Membantu penyelaras tingkatan / setiausaha peperiksaan melengkapkan butir-butir yang dikehendaki bagi peperiksaan PT3 , SPM atau STPM.


Click to View FlipBook Version