BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 7.8 Memastikan Ketua / Penolong Ketua Tingkatan mengambil dan menghantar semula Buku Kawalan Kelas (BKK) kepada PK HEM 7.9 Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Pengetua dan Penolong- Penolong Kanan. 12 GURU BERTUGAS MINGGUAN Senarai Tugas : 1. Guru Bertugas hendaklah datang ke sekolah awal sekurang-kurangnya 15 minit sebelum sesi persekolahan dan pulang selepas waktu persekolahan tamat. 2. Membantu Pengetua membuat pengawasan menyeluruh terhadap murid-murid sebelum waktu perhimpunan pagi sebelum masa pertama bermula, semasa rehat, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan segera jika perlu. 3. Memeriksa kebersihan bilik-bilik darjah, bilik air, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. 4. Menilai dan memberi markah kebersihan dan keceriaan kelas serta diumumkan pemenang semasa perhimpunan rasmi. Keputusan pemenang hendaklah diserahkan kepada PK HEM pada hari Jumaat untuk tujuan pengesahan. 5. Memastikan murid menepati waktu datang ke sekolah dan balik dari sekolah, waktu rehat dan masa pertukaran guru. 6. Mengawasi kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah dan persediaan makanan di asrama 7. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah 8. Mengumumkan dan menyebarkan maklumat dan arahan-arahan kepada guru dan murid waktu perhimpunan pagi dan waktu rehat. 9. Mengelolakan perhimpunan pagi dan perhimpunan rasmi. Murid dipastikan hadir ke perhimpunan dan beratur dengan kemas. 10. Mengurus dan memastikan pembesar suara berfungsi dengan baik dan tempat duduk guru mencukupi untuk perhimpunan rasmi. 11. Menyampaikan ucapan ringkas/pengumuman semasa perhimpunan pagi dan menyampaikan laporan mingguan semasa perhimpunan rasmi. 12. Menyediakan laporan berasingan untuk perhimpunan rasmi dan dapatkan pengesahan Pengetua / PK sebelum di failkan. 13. Menjadi pencatat taklimat mingguan (jika ada) dan dapatkan pengesahan Pengetua / PK sebelum difailkan. 14. Menyediakan laporan lengkap dalam Buku Laporan Guru Bertugas mengikut format yang disediakan.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 JK KEUTUHAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Bidang Tugas 1 Bertanggungjawab untuk memastikan visi dan misi sekolah tercapai. 2 Menjalankan tugas berasaskan peruntukan, undang-undang dan peraturan pelajaran serta Arahan Perbendaharaan, Perintah Am dan Surat-Surat Pekeliling Am/Khusus yang berkaitan. 3 Bertindak berasaskan peraturan-peraturan yang diluluskan oleh jawatankuasa dengan tidak melampaui kuasa-kuasa yang diperuntukkan. Senarai Tugas 1 Kurikulum 1.1 Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya. 1.2 Memimpin perjalanan panitia-panitia mata pelajaran di bawah kawalannya. 1.3 Menjalankan penyeliaan/pencerapan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 1.4 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan dengan berkesan. 1.5 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan sewajarnya. 1.6 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti bimbingan, pemulihan dan pengayaan. 1.7 Menganggotai Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah dan jawatankuasa lain yang diarahkan oleh Pengetua. 1.8 Membantu menjalankan kursus taklimat atau penerangan di sekolah dalam konteks perkembangan staf. 1.9 Mendapatkan dan menyebarkan maklumat terkini tentang kaedah atau pendekatan PdPc yang berkesan kepada guru-guru. 1.10 Mengenal pasti kelemahan pelajar serta masalah disiplin dan mencari langkah mengatasinya. 2 Kokurikulum 2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik bagi membantu meningkatkan kecemerlangan akademik. 3 Pentadbiran 3.1 Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang kawalannya. 3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru. 3.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data dan maklumat serta segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya. 3.4 Membantu merancang takwim sekolah. 3.5 Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya. 3.6 Menjaga dan menyemak stok/inventori segala peralatan barang atau bahan yang berkaitan. 3.7 Menyediakan anggaran belanjawan dan mengawal perbelanjaan di bawah bidang kawalannya. 3.8 Menentukan aspek penyemaian nilai-nilai murni yang diamalkan di bilik darjah dan di sekolah. 4 Tugas-tugas lain 4.1 Berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri mengenai apa jua maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu guru dan sekolah. 4.2 Berhubung dengan Guru Kanan Mata Pelajaran sekolah lain bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan. 4.3 Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan sekolah. 4.4 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber. 4.5 Melaksanakan segala arahan dan tugas yang diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN [JPKA] Senarai Tugas 1 Mengadakan mesyuarat tiga bulan sekali selepas tamat tempoh setiap suku tahun (4 kali setahun) 2 Menyediakan Minit Mesyuarat JPKA dalam tempoh 3 hari dari tarikh mesyuarat. 3 Menyediakan Laporan JPKA [Lampiran III, PP Bil 10/2008]. 4 Membaca dan memahami pekeliling/surat yang berkaitan dengan kewangan dan Perakaunan.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 5 Membantu Pengetua mengawasi, mengesan dan menyelia semua urusan kewangan dan akaun supaya berjalan lancar dan menepati kehendak Akta Prosedur Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Surat Pekeliling dan Tatacara yang berkaitan; 5.1 Pengurusan Perbelanjaan 5.2 Pengurusan Perakaunan 5.3 Pengurusan pungutan dan tunggakan hasil 5.4 Penyediaan dan pembentangan Penyata Kewangan dan Laporan Tahunan Sekolah 6 Membantu Pengetua meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap laporan Audit. 7 Memastikan semua pembelian / pembayaran dibuat mengikut prosedur kewangan (pesanan tempatan, invois, bil, baucer dan cek). 8 Merancang latihan untuk staf yang mengurus hal-hal pengurusan kewangan. JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN DAN STOR Senarai Tugas 1 Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah serta Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. 2 Semua penerimaan/pembelian mesti direkodkan dalam Kad Harta Modal, Inventori dan Buku Bekalan Pejabat. 3 Mengurus semua harta benda sekolah yang hendak dihapuskira mengikut peraturan. 4 Mengenal pasti keperluan perabot. 5 Memastikan sistem inventori dilaksanakan. 6 Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan dan akhir tahun. 7 Mengurus semua aset sekolah termasuk membaiki dan menyelenggara bila perlu. 8 Memastikan semua aset sekolah disimpan dengan selamat. 9 Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan perabot dan harta benda sekolah. 10 Memastikan semua murid memulangkan alat-alat sekolah yang dipinjam sebelum mereka menerima Sijil Berhenti Sekolah. 11 Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN PRASARANA SEKOLAH Senarai Tugas 1 Mengesan dan mengenal pasti serta menerima laporan berkaitan kerosakan bangunan sekolah serta menentukan keutamaan pembaikan. 2 Menyelia sebarang pembaikan dan pengubahsuaian bangunan sekolah, asrama, padang dan gelanggang. 3 Mewakili Pengetua bagi membuat semakan sama ada sesuatu projek atau kerja pembaikan telah dilaksanakan dengan sempurna atau belum. 4 Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit yang berkaitan. 5 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. JAWATANKUASA SEBUT HARGA Senarai Tugas 1. Peti Sebut Harga hendaklah dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga secepat mungkin selepas sebut harga ditutup. 2. Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga hendaklah menyenaraikan dengan nombor bersiri dokumen yang dibuka dan menandatangani ringkas dokumen tersebut. 3. Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga hendaklah menandatangan ringkas semua muka surat yang mengandungi kadar harga kecuali Borang Sebut harga yang memerlukan tandatangan penuh. Apa jua pembetulan / pindaan dan ketidaksamaan dalam Borang Sebut Harga
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 hendaklah ditandatangan ringkas dan catatan mengenainya dibuat dalam Jadual Sebut Harga. 4. Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga hendaklah mengisikan Jadual Sebut Harga dan ditandatangani oleh semua ahli. Anggaran Jabatan hendaklah dicatatkan dalam Jadual Sebut Harga. Jadual tersebut hendaklah menggunakan format seperti di Lampiran C. 5. Satu jadual berasingan tanpa nama-nama kontraktor dan anggaran jabatan, hendaklah dipamerkan di Papan Kenyataan. 6. Sebut harga yang lewat diterima tidak boleh dibuka dan seterusnya tidak boleh dipertimbangkan. Catatan mengenai tarikh dan waktu penerimaannya hendaklah dibuat di atas sampul surat berkenaan. 7. Semua dokumen sebut harga termasuk Jadual Sebut Harga hendaklah diserahkan kepada Pegawai Penilai Sebut Harga dengan secepat mungkin. JAWATANKUASA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) Senarai Tugas 1. Mengurus 1.1 Surat rasmi Unit LDP JPN dan Penyelaras LDP PPD 1.2 Kajian keperluan kursus di kalangan PPP di peringkat sekolah 1.3 Maklumat Unit LDP JPN dan Penyelaras LDP PPD dan menyebarluaskan maklumat kepada PPP di sekolah 1.4 Peruntukan kewangan dan perbelanjaan yang disalurkan melalui JPN 1.5 Pelaporan prestasi perbelanjaan kepada pihak JPN 1.6 Maklumat kursus/latihan /bengkel yang diadakan diperingkat sekolah 1.7 Fail LDP dan mengemas kini dari semasa ke semasa 2. Menyediakan maklumat/data PPP di sekolah, berkaitan LDP di dalam pengkalan data dan mengemas kini setiap tiga bulan (Mac, Jun, September dan Disember) setahun. 3. Mengadakan mesyuarat JK LDP peringkat sekolah. 4. Menghadiri mesyuarat JK LDP peringkat PPD/JPN sekiranya dipanggil. 5. Mencadangkan keperluan dan kepentingan kursus untuk PPP di sekolah. 6. Merancang dan melaksanakan kursus dalaman (in house traning) di peringkat sekolah. 7. Melaksanakan hari profesional peringkat sekolah. 8. Menyimpan borang permohonan berkaitan dengan kursus dan latihan dari BPG KPM dan bahagian- bahagian lain. 9. Memberikan kerjasama kepada unit LDP JPN/PPD berhubung dengan program LDP sekiranya diminta 10. Menyediakan pelaporan LDP dan cadangan penambahbaikan. ( Rujuk Garis Panduan Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan Secara School-Based KPM ) JAWATANKUASA TMK & PEMBELAJARAN SECARA MAYA (VLE) Senarai Tugas 1. Merancang dan memastikan maklumat sekolah sentiasa dikemaskini. 2. Merancang dan memastikan pengkomputeran sekolah dan laman web berfungsi dan sentiasa dikemaskini. 3. Menyediakan jadual penggunaan bilik komputer sekolah. 4. Menyediakan laporan berkaitan maklumat sekolah kepada PPD, JPN dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran peringkat sekolah. 6. Memastikan maklumat dapat diakses melalui komputer sekolah. 7. Bertanggungjawab memastikan maklumat yang diperlukan dapat disampaikan kepada pihak berkenaan. 8. Menyelia, memantau dan mengemas kinikan bilik komputer sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 9. Menguruskan proses pelupusan peralatan komputer yang tidak dapat digunakan lagi. 10. Memberi cadangan untuk penambahbaikan bilik dan peralatan komputer sekolah. 11. Memastikan bahawa pembelian peralatan komputer mematuhi tatacara pembelian dengan mendapatkan kelulusan pihak teknologi maklumat. 12. Merekod dan menyimpan dokumen berkaitan dengan maklumat dan komputer sekolah. JAWATAKUASA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) Senarai Tugas 1. PENGERUSI 1.1 Menubuhkan Jawatankuasa PBPPP 1.2 Melantik Setiausaha 1.3 Melantik kakitangan sebagai urusetia 1.4 Mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa 1.5 Menyelaras markah Penilai 1 dan Penilai 2 ( Jika terdapat perbezaan Markah 10% ) 1.6 Mengesahkan markah penilai bagi setiap PYD 1.7 Menjaga kerahsiaan markah PYD dan dokumen yang diperingkatkan sepanjang masa. 2. Setiausaha 2.1 Menjadi penyelaras kepada Jawatankuasa PBPPP 2.2 Menghadiri Mesyuarat Prapelaksanaan PBPPP 2.3 Menyediakan Jadual pelaksanaan PBPPP 2.4 Menghadiri latihan pengurusan PBPPP 2.5 Menguruskan latihan penilaian dalaman kepada penilai 2.6 Menerima dokumen pelaksanaan PBPPP daripada BPPK 2.7 Menyediakan cadangan senarai penilai untuk dibawa ke mesyuarat jawatankuasa PBPPP 2.8 Mengurus taklimat PBPPP kepada penilai dan PYD 2.9 Memantau proses kemasukan skor PYD dalam sistem pengurusan PBPPP secara dalam talian 2.10 Menyediakan minit mesyuarat dan dokumen PBPPP 2.11 Menghadiri Mesyuarat Pasca pelaksanaan PBPPP 2.12 Menjaga kerahsiaan markah PYD dan dokumen yang diperingkatkan sepanjang masa 3. Skop Tugas Ahli Jawatankuasa 3.1 Menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa PBPPP 3.2 Mencadangkan penilai bagi setiap PYD 3.3 Menjada kerahsiaan markah PYD dan dokumen yang diperingkatkan sepanjang masa 4. Skop Tugas Urusetia 4.1 Menguruskan keperluan mesyuarat atau taklimat yang berkaitan Pelaksanaan PBPP 4.2 Menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa PBPPP untuk memastikan kelancaran mesyuarat 4.3 Menjaga kerahsiaan markah PYD dan dokumen yang diperingkat sepanjang masa. JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA Senarai Tugas 1. Menubuhkan jawatankuasa bencana peringkat sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2009) untuk menyediakan perancangan serta mengatur strategi menghadapi bencana. 2. Memaklumkan kepada semua warga sekolah tentang pelan tindakan menghadapi bencana semasa perhimpunan sekolah atau mesyuarat guru dan staf sokongan. 3. Menentu dan menyelaras pengurusan bencana selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh PPD /JPN / KPM.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 4. Menubuhkan tabung kebajikan bagi mengumpul sumbangan/derma di peringkat sekolah. 5. Menyalurkan bantuan sumbangan/derma i. Kewangan ii. Pakaian sekolah dan peralatan sekolah (alat tulis) iii. Bantuan mengikut tahap bencana yang dialami oleh negeri (kritikal, sederhana atau ringan) 6. Bantuan dari segi kaunseling dan psikologi kepada murid-murid, guru-guru dan AKP yang dilanda trauma akibat bencana. 7. Melaporkan status terkini kepada JPWPKL & PPD mengikut format yang telah ditetapkan. SETIAUSAHA / URUSETIA MESYUARAT GURU Senarai Tugas 1. Menyediakan notis mesyuarat, tempat dan agenda mesyuarat setelah berbincang dengan Pengetua. 2. Mencatat, menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat selewat-lewatnya seminggu selepas mesyuarat kepada semua guru. 3. Mendapat dan merumuskan status pelaksanaan keputusan-keputusan mesyuarat dan untuk dikemukakan dalam mesyuarat berikutnya. 4. Mengendalikan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan mesyuarat guru. SETIAUSAHA / URUSETIA MESYUARAT AKP Senarai Tugas 1. Menyediakan notis mesyuarat, tempat dan agenda mesyuarat setelah berbincang dengan Pengetua. 2. Mencatat, menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat selewat-lewatnya seminggu selepas mesyuarat kepada semua AKP. 3. Mendapat dan merumuskan status pelaksanaan keputusan-keputusan mesyuarat dan untuk dikemukakan dalam mesyuarat berikutnya. 4. Mengendalikan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan mesyuarat AKP
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 KURIKULUM KEBANGSAAN Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan meningkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH Peranan JKKS 1. Dasar Kurikulum Sekolah 1.1 Menentu dan menyelaras dasar kurikulum sekolah supaya selari dengan dasar yang ditetapkan oleh PPG / JPN / KPM dan Akta Pendidikan Negara. 1.2 Mesyuarat / Dialog Prestasi 1.2.1 Mengadakan mesyuarat JKKS minimum 4 kali setahun. 1.2.2 Menetapkan jadual mesyuarat panitia 4 kali setahun. 1.2.3 Menetapkan sistem fail / format dokumen JKKS dan panitia mata pelajaran. 1.3 Kursus / Pengajian (Elektif) di sekolah 1.3.1 Menetapkan pakej mata pelajaran elektif yang ditawarkan di sekolah agar sesuai dengan kursus pengajian yang ditetapkan oleh KPM, sumber tenaga dan prasarana sekolah. 1.3.2 Menetapkan syarat / peraturan / pengaliran / pengagihan kelas murid.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 1.3.3 Menetapkan subjek yang perlu ditambah jumlah waktunya mengikut keperluan sekolah. 1.4 Sukatan / Rancangan Pelajaran 1.4.1 Menetapkan dasar penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian serta kaedah penyediaan Rekod Persediaan Mengajar. 1.4.2 Garis panduan jenis buku / bahan / alat rujukan yang boleh digunakan dalam menyediakan Rancangan Pelajaran 1.5 Jadual Waktu 1.5.1 Menetapkan waktu persekolahan. 1.5.2 Menetapkan sistem jadual waktu. 1.5.3 Menetapkan dasar pengagihan tugas mengajar dan bilangan waktu mengajar untuk penyediaan jadual waktu induk dan persendirian. 1.5.4 Menetapkan dasar penyediaan jadual waktu ganti dan pengisiannya. 1.6 Penilaian dan Peperiksaan 1.6.1 Menetapkan sistem pengurusan penilaian dan peperiksaan sekolah yang berkaitan dengan: 1.6.1.1 jenis (formatif, sumatif, kerja kursus, ujian lisan, PEKA, PAFA dll) 1.6.1.2 bilangan dan takwim 1.6.1.3 format (bentuk soalan, masa, skema jawapan) 1.6.1.4 syarat lulus 1.6.1.5 kumpulan sasaran 1.6.1.6 Jadual Penentu / Spesifikasi Ujian 1.6.1.7 Pengawasan 1.7 Anggaran Perbelanjaan 1.7.1 Menetapkan dasar perbelanjaan tahunan daripada wang kerajaan, SUWA dan lain-lain bagi setiap panitia. 1.7.2 Menentukan dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan, hapus kira peralatan dan kemudahan prasarana. 1.8 Pemantauan 1.8.1 Menentukan dasar dan sistem pemantauan yang berkesan 1.8.1.1 Pengurusan Pdpc 1.8.1.2 Pengurusan Panitia 1.8.1.3 Peperiksaan dan Penilaian 1.8.1.4 Jadual Waktu 1.8.1.5 Pengurusan Kewangan 1.8.1.6 Bilik-bilik Khas 1.8.2 Menetapkan Jawatankuasa Pemantauan 1.8.3 Menetapkan Jadual Pemantauan 2. Pusat Sumber Sekolah dan Bahan Bacaan 2.1 Memastikan PSS memainkan peranan yang efektif dan berupaya membantu mengukuhkan lagi pelaksanaan dan keberkesanan Program Peningkatan Akademik. 2.2 Memastikan PSS diurus dengan baik, mempunyai buku yang mencukupi dan terkini. 2.3 Memastikan semua murid mempunyai buku teks dan guru-guru menggunakan buku-buku tersebut secara maksimum. 2.4 Memastikan guru-guru mempunyai ‘desk copy’ dan bahan rujukan yang mencukupi dan relevan. 3 Program Peningkatan Akademik 3.1 Mengadakan program peningkatan akademik berdasarkan kajian keperluan sekolah. 3.2 Merancang, melaksana dan menilai projek. 3.3 Memastikan semua panitia mata pelajaran melaksanakan aktiviti-aktiviti peningkatan akademik masing-masing 4 Perkembangan Staf
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 4.1 Menganjurkan kursus / latihan dalaman untuk guru-guru bagi meningkatkan pengetahuan, kecekapan serta pengalaman guru. 4.2 Menyediakan bahan-bahan ilmiah / profesional untuk meningkatkan pengetahuan guru. 4.3 Menyediakan peruntukan yang mencukupi dan bekerjasama dengan kelab guru Senarai Tugas JKKS 1 PENGETUA Mempengerusikan mesyuarat JKKS. Mengadakan perbincangan dengan setiausaha untuk menentu agenda mesyuarat. Ahli Jawatankuasa Kurikulum Daerah Sebagai pemimpin dan perancang Program Kurikulum Sekolah bertanggungjawab menentukan: a Dasar Kurikulum Sekolah i Memastikan Dasar Kurikulum Sekolah selaras dengan Dasar Kurikulum yang ditetapkan oleh PPD/JPN/KPM dan Akta Pendidikan Negara. ii Memastikan semua guru mematuhi dasar dan prosedur pelaksanaan Program Kurikulum Sekolah. iii Menyebarkan maklumat terkini mengenai kurikulum. b Matlamat, Objektif dan Target Program Kurikulum i Menentukan matlamat, objektif khusus, fokus dan target pencapaian Program Kurikulum Sekolah sesuai dengan hala tuju PPD, JPN dan KPM. ii Memastikan semua guru dan pelajar menetapkan target tahunan masing-masing selaras dengan head count/ target kurikulum sekolah. c Sistem Pengurusan Kurikulum i Mengawal dan menentukan Sistem Pengurusan Kurikulum Sekolah yang teratur, kemas dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan: ii Pengurusan Panitia, Peperiksaan dan Penilaian, Jadual Waktu, SPBT, Kewangan, Pemantauan dan lain-lain. d Kewangan i Memastikan setiap unit akademik menyediakan anggaran belanjawan tahunan selari dengan Dasar Kewangan Sekolah, Pekeliling-Pekeliling Kewangan, Arahan Perbendaharaan dan sesuai dengan keperluan sekolah. Ii Memastikan setiap unit mematuhi dasar perolehan, penggunaan, penyenggaraan, hapuskira dan pelupusan selari dengan Dasar Kewangan Sekolah, Pekeliling-Pekeliling Kewangan dan Arahan Perbendaharaan. e Program Peningkatan Kurikulum i Memastikan JKKS, Panitia Mata Pelajaran dan unit-unit akademik lain merancang, melaksana dan menilai Program Peningkatan Akademik (Jangka Pendek dan Jangka Panjang) dengan berkesan sesuai dengan dasar, target pencaapaian sekolah dan kajian keperluan sekolah. f Pemantauan dan Penilaian Program Kurikulum i Menjadi pengerusi Jawatankuasa Pemantauan. ii Merancang, membina dan melaksanakan sistem, strategi dan bidang pemantauan dan penilaian Program Kurikulum Sekolah. g Pengurusan Pusat Sumber Sekolah i Menjadi pengerusi Jawatankuasa Induk PSS. ii Memastikan PSS memainkan peranan yang efektif. h Program Kemajuan Staf dan pakar rujuk i Menjadi pengerusi Jawatankuasa Program Kemajuan Staf. ii Mempunyai pengetahuan dan kemahiran terkini. iii Sentiasa bersedia membantu guru-guru menyelesaikan masalah secara profesional. 2 Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 i Menjadi Naib Pengerusi JKKS. ii Membantu Pengetua menentukan Dasar Kurikulum Sekolah, menetapkan matlamat dan sasaran sekolah, menentukan sistem pengurusan kurikulum, mengawal perbelanjaan, memantau dan menilai program kurikulum dan menyelesai masalah. iii Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Jadual Waktu a Melaksanakan dasar / sistem / prosedur penyediaan Jadual Waktu yang ditetapkan oleh JKKS b Menentukan pengagihan mata pelajaran guru-guru sidang pagi. c Menyelaras tugas-tugas menyusun / menyusun semula jadual waktu kelas, jadual waktu guru dan jadual waktu ganti. iv Menjadi Pengerusi JK Peperiksaan dan Penilaian a Memastikan pelaksanaan dasar / sistem / prosedur peperiksaan dan penilaian yang ditetapkan oleh JKKS. b Menyelaras tugas-tugas yang berkaitan dengan peperiksaan awam dan dalaman. v Program Peningkatan Kurikulum a Menjadi pengurus Program Peningkatan Kurikulum Sekolah. Memastikan setiap aktiviti / projek ada kertas kerja. b Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah (di bawah kawalan Ketua Bidang), JPN dan KPM. c Memastikan bahan-bahan sumber pendidikan (BBM) dan kemudahan-kemudahan fizikal lain mencukupi, diguna, disenggara dan disimpan dengan baik. d Mengkaji segala jenis laporan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan. vi Program Kemajuan / Perkembangan Staf a Mengenal pasti keperluan (dengan kerjasama Guru Kanan Mata Pelajaran). b Menyelaras pelaksanaan Program Kemajuan Staf. c Membimbing guru-guru baru, GSTT, Guru Ganti dan Guru-Guru Pelatih. vii Menjadi Naib Pengerusi JK Pemantauan a Menyediakan pengagihan tugas dan jadual pemantauan berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh JKKS. b Memastikan pengurusan data maklumat sentiasa teratur, kemaskini dan mudah diperoleh. 3 Setiausaha JKKS i Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah a Menyediakan notis mesyuarat, tempat, peralatan dan agenda mesyuarat setelah berbincang dengan pengerusi JKKS (Pengetua). b Mencatat, menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat selewat-lewatnya seminggu selepas mesyuarat JKKS kepada semua guru. ii Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran dan Unit-unit Kurikulum Lain a Menyelaras mesyuarat-mesyuarat panitia mata pelajaran dan unit-unit akademik lain dengan menyediakan takwim mesyuarat tahunan serta memastikan takwim dipatuhi. b Membimbing ketua-ketua panitia yang baru dilantik. iii Menyimpan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi semua mata pelajaran. iv Memiliki, memahami dan menghayati semua Pekeliling Ikhtisas (Kurikulum) v Laporan dan Surat-Menyurat a Mendapat dan merumuskan status pelaksanaan keputusan-keputusan mesyuarat JKKS dan unit- unit akademik lain untuk dikemukakan dalam mesyuarat berikutnya.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 b Mengkaji, merumus dan mengemukakan cadangan-cadangan panitia mata pelajaran kepada JKKS. c Mengendalikan urusan surat-menyurat. vi Pengurusan Fail / Data / Dokumen a Menguruskan fail-fail / dokumen JKKS secara teratur dan kemaskini. b Mempamerkan maklumat mengenai pelaksanaan Program Peningkatan Akademik dan data-data prestasi sekolah dalam bidang kurikulum. 4 Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) i Menjadi ahli JKKS, Panitia Daerah dan lain-lain jawatankuasa yang diarahkan oleh Pengetua. ii Panitia a Ketua Panitia mata pelajaran pengkhususannya. b Mempengerusikan mesyuarat dan membimbing panitia mata pelajaran di bawah kawalannya terutamanya penyediaan agenda mesyuarat panitia. c Memastikan semua panitia melaksanakan sukatan, huraian dan rancangan pelajaran yang terkini. iii Program Peningkatan Mata Pelajaran a Membantu panitia merancang program dan menyelaras pelaksanaan kegiatan kurikulum yang dijalankan oleh sekolah, PPD, JPN dan KPM. b Memastikan bahan-bahan (ABM / BBM) dan sumber pendidikan mencukupi, diguna dengan berkesan, diselenggara dan disimpan dengan baik. iv Kemajuan Staf / Latihan Dalaman a Mengenal pasti jenis latihan yang diperlukan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran guru. b Membimbing guru-guru baru, GSTT dan Guru Ganti dalam bidang pedagogi dan menyampaikan maklumat terkini khususnya mengenai kaedah / pendekatan PdPc. v Menjadi AJK Jadual Waktu a Mencadangkan pengagihan tugas mengajar bagi guru-guru di bawah kawalannya dan penggunaan bilik-bilik khas. b Mencadangkan taburan waktu bagi setiap mata pelajaran dan peruntukan waktu tambahan. vi Penilaian dan Peperiksaan a Memastikan semua panitia menyediakan JPU / JSU / JSI dan Bank Soalan. b Memastikan semua panitia di bawah kawalan mematuhi ketetapan-ketetapan JKKS. c Memastikan semua panitia mengkaji / menganalisis prestasi dalam setiap penilaian dan mengambil tindakan susulan. vii Belanjawan tahunan a Menyediakan anggaran belanjawan. b Mengawal perbelanjaan. c Mengurus stok secara teratur dan kemas kini viii Pemantauan a Menyelia PdPc dan memeriksa hasil kerja murid. b Mengawal dan memantau pengurusan panitia-panitia mata pelajaran dan bilik-bilik khas. ix Perekodan data, dokumen dan pengurusan fail a Memastikan semua panitia di bawah kawalan mematuhi sistem dan prosedur merekodkan data dan dokumen yang ditetapkan oleh JKKS. b Pengurusan fail sentiasa teratur, kemaskini dan mudah diperoleh x Menangani segera masalah supaya pelaksanaan tugas tidak terganggu.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 5 Ketua Panitia Mata Pelajaran, Guru Jadual Waktu, S/U Peperiksaan, Guru Media, Guru Kaunseling, Guru SPBT, Penyelaras Tingkatan, Guru Cemerlang dan Guru Pemulihan i Mengetuai dan mengurus unit masing-masing berdasarkan perincian tugas yang disediakan oleh sekolah. ii Memastikan keputusan / ketetapan mesyuarat dipatuhi dan dilaksana dengan berkesan. iii Menjaga bilik-bilik khas dan memastikan keberkesanannya menyumbang ke arah peningkatan prestasi akademik. iv Menjalankan kajian tindakan bagi mengenal pasti keperluan. v Menyediakan anggaran belanjawan. vi Merancang program dan menyediakan pelaporan / penilaian setiap program yang dijalankan. vii Mengurus data / dokumen dan fail unit masing-masing secara teratur dan kemaskini. viii Mewujudkan perkongsian idea dan bahan-bahan dengan unit-unit lain. ix Menyelesaikan masalah antara unit secara professional. Huraian 1 Mesyuarat 1.1 Bilangan dan Kekerapan 1.1.1 Mesyuarat diadakan minimum 4 kali setahun. 1.1.2 Kekerapan mesyuarat yang bersesuaian – mesyuarat pertama mesti di awal tahun dan berakhir di hujung tahun berkenaan. 1.1.3 Kehadiran semua AJK diwajibkan. 1.1.4 Mesyuarat dijalankan mengikut PKPA Bil 2/1991. 1.2 Masa dan Agenda 1.2.1 Mesyuarat I – awal sesi persekolahan / selepas mesyuarat guru pertama. Agenda Mesyuarat: a Dasar Kurikulum – Pekeliling-pekeling Terkini b Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran c Persediaan Rekod Mengajar d Pengajaran dan Pembelajaran e Bahan Bantu Mengajar f Pemulihan dan Pengayaan g Penilaian dan Peperiksaan, Program Peningkatan Akademik h Analisis Peperiksaan Awam PT3 dan tindakan susulan i Pemantauan j Teknologi Maklumat dan Komunikasi 1.2.2 Mesyuarat II - Suku Pertama sesi persekolahan / selepas keputusan SPM dan STPM Agenda Mesyuarat: a Analisis keputusan SPM dan STPM b Perancangan dan persediaan untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun c Pelaporan daripada setiap panitia / unit – bagi suku tahun (status pelaksanaan program panitia) d Tindakan Susulan – pengubahsuaian program jika perlu e Pekeliling-pekeliling terkini 1.2.3 Mesyuarat III – selepas peperiksaan pertengahan tahun Agenda Mesyuarat: a Analisis peperiksaan pertengahan tahun
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 b Persediaan / perancangan untuk peperiksaan percubaan, akhir tahun dan peperiksaan awam c Semakan Program Peningkatan Akademik (kelemahan / kekuatan) - tindakan susulan d Pelaporan daripada setiap panitia / unit e Pekeliling-pekeliling terkini 1.2.4 Mesyuarat IV – akhir tahun Agenda Mesyuarat: a Kajian semula semua program dan projek – pelaporan daripada semua panitia / unit b Perancangan tahun berikutnya: i Agihan tugas mengajar ii Jadual Waktu iii Anggaran perbelanjaan / pembelian iv Pengurusan sumber v Agihan tugas kurikulum vi Bilik-bilik khas vii Sumber tenaga / guru-guru viii Kursus / elektif / pakej ix Sesi Persekolahan (pagi / petang) c Perancangan Program Peningkatan Akademik tahun berikutnya d Semakan stok, pelupusan, hapuskira e Semakan tugas sebelum bercuti akhir tahun f Terima kasih dan Penghargaan 1.3 Notis Mesyuarat 1.3.1 Diserahkan kepada semua AJK lebih awal (2 hari ) sebelum tarikh mesyuarat. 1.3.2 Format Notis Mesyuarat – surat rasmi atau secara siaran di papan kenyataan bilik guru / pejabat. 1.4 Pengendalian Mesyuarat 1.4.1 Dipengerusikan oleh Pengetua / Wakil Pengetua. 1.4.2 Catatan kehadiran – semua AJK wajib hadir. (Ketidakhadiran mesti dengan kebenaran Pengetua). 1.5 Agenda Mesyuarat 1.5.1 Ucapan Pengerusi 1.5.2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu 1.5.3 Perkara berbangkit 1.5.4 Perbincangan agenda yang ditetapkan / Perkara yang dibincangkan 1.5.5 Hal-hal lain 1.5.6 Ucapan Penangguhan 1.6 Minit Mesyuarat 1.6.1 Dicatat oleh Setiausaha 1.6.2 Mengikut format yang betul (agenda, perkara, tindakan / makluman) 1.6.3 Disemak oleh pengerusi 1.6.4 Diedarkan kepada semua AJK seminggu selepas tarikh mesyuarat 1.6.5 Menyediakan maklum balas mesyuarat 2 Pengurusan Fail 2.1 Jenis dan Kandungan Fail 2.1.1 Fail Utama 2.1.2 Fail Sokongan
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 2.1.3 Fail Arkib 2.1.4 Kandungan Fail a Struktur organisasi JKKS b Senarai JK Panitia, PSS, Peperiksaan dan Penilaian, Jadual Waktu, Bimbingan dan Kaunseling, Pemantauan, Bilik-bilik Khas c Takwim JKKS d Sukatan Pelajaran, Huraian dan Rancangan Pelajaran Tahunan e Biodata dan Rumusan Maklumat Guru f Anggaran Belanjawan Panitia dan Unit Akademik g Minit Mesyuarat JKKS h Minit Mesyuarat Panitia, Laporan Perjumpaan Profesional Panitia dan Unit Akademik i Minit Mesyuarat dan Program Jawatankuasa Kurikulum Daerah j Jadual Waktu Sekolah (induk, kelas dan individu) k Head Count / Target Sekolah l Program Peningkatan Akademik JKKS, Panitia / Unit Akademik (Kertas Kerja Program dan Laporan Penilaian Program) m Peperiksaan dan Penilaian Sekolah (Panduan Tugas Pengurusan Peperiksaan Dalaman, Takwim Peperiksaan Sekolah, jadual Peperiksaan, Jadual Penyediaan Soalan, JPU, data dan Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Dalaman) n Peperiksaan Awam (Takwim Pengurusan Peperiksaan Awam, Jadual Peperiksaan Awam, Senarai dan Panduan Guru Bertugas Semasa Peperiksaan Awam, Pelan Kedudukan Dewan Peperiksaan Awam, Senarai Pengawas Peperiksaan, Data dan Laporan Analisis Peperiksaan Awam, Maklumat Kerja Kursus) o Senarai Buku Teks, Buku-buku tambahan dan Peralatan Setiap Tingkatan,Senarai Buku Rujukan Guru, Senarai ABM dan BBM p Maklumat pemantauan – Jadual Pencerapan dan Pemeriksaan Buku Latihan dan Laporan Pencerapan q Perkembangan Staf r Surat-surat Pekeliling Ikhtisas / PKPA yang berkaitan dengan kurikulum 2.2 Lokasi Fail 2.2.1 Fail diletakkan di Pejabat Pengetua / Penolong Kanan / Tempat Khas 2.2.2 Fail Arkib ditempatkan di stor 3 Program Peningkatan Akademik 3.1 Jawatankuasa 3.1.1 Penasihat : Pengetua Pengerusi : PK Pentadbiran / Pengurus Projek Naib Pengerusi : Lantikan Sekolah Setiausaha : Lantikan Sekolah AJK : Lantikan Sekolah 3.2 Jenis Program 3.2.1 Program Utama (Contoh) ● PdPc dalam bilik darjah ● Intervensi 3M ● Bijak Sifir ● Pembelajaran Mastery ● Pembelajaran Koperatif ● Pembelajaran Bestari
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 ● Pembelajaran Konstekstual 3.2.2 Program Sokongan (Contoh) ● Teknik menjawab soalan ● Perbengkelan ● Self Access Learning (SAL) ● Makmal Matematik ● Gerak Gempur ● Kelas Pengkayaan / Pemulihan 3.2.3 Program Sampingan ● Motivasi ● Hari Anugerah Cemerlang ● Aktiviti Persatuan Akademik ● Dan lain-lain 3.3 Kumpulan Sasaran 3.3.1 Sasaran Utama Program ● SPM 3.3.2 Sasaran Kedua ● Murid-murid yang akan menduduki peperiksaan awam tahun berikutnya 3.3.3 Sasaran Ketiga ● Murid-murid asas tingkatan 1 JAWATANKUASA PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN Peranan Panitia Mata Pelajaran 1 Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) • Memperoleh DSKP yang terbaru dan kemas kini. 2 Rancangan Pelajaran ● Menyediakan rancangan pelajaran selaras untuk semua tingkatan. 3 Buku Teks ● Memilih dan mencadangkan buku teks kepada pihak Jawatankuasa Kurikulum. 4 Buku Rujukan ● Memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan untuk kegunaan panitia mata pelajaran dan pusat sumber sekolah. 5 Mesyuarat Panitia ● Mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran berkala seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kurikulum. 6 Program Akademik ● Merancang dan melaksanakan program akademik untuk meningkatkan prestasi pelajar. 7 Peperiksaan dan Penilaian ● Menyelaraskan soalan ujian dan peperiksaan, menganalisis keputusan peperiksaan dan menyusun strategi mengatasi kelemahan murid. 8 Perkembangan Staf ● Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli panitia mata pelajaran yang berkaitan dengan proses PdPc. 9 Bahan Bantu Mengajar ● Menyedia dan memperoleh alat bantu mengajar untuk keberkesanan proses PdPc. 10 Peningkatan 3M ● Merancang program khas untuk murid bermasalah 3M.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 11 Bilik Khas ● Menyedia dan memastikan prosedur keselamatan dipatuhi. ● Bilik khas berada dalam keadaan kondusif untuk PdPc. 12 Kewangan ● Menyediakan anggaran perbelanjaan berdasarkan peruntukan kewangan 13 Buku Stok ● Menguruskan dan menyemak buku stok. Senarai Tugas Panitia Mata Pelajaran 1 Ketua Panitia 1.1 Pengurusan a Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah b Menguruskan fail panitia c Membantu pentadbir menjalankan pencerapan guru dan hasil kerja murid d Merujuk masalah panitia kepada pentadbir e Mencadangkan agihan guru mata pelajaran kepada Jawatankuasa Jadual Waktu 1.2 Penilaian dan Peperiksaan a Menyelaras dan menyemak penyediaan soalan dan skema markah b Menyediakan laporan analisis keputusan peperiksaan dalaman dan awam c Menyelaraskan penyediaan head count (TOV, sasaran dan pencapaian peperiksaan) mata pelajaran 1.3 Pembelajaran dan Pengajaran a Merancang dan menyelaraskan strategi program peningkatan prestasi b Membimbing guru-guru meningkatkan keberkesanan PdPc 1.4 Bahan Bantu Mengajar a Mengadakan projek menyediakan BBM b Menyenaraikan alat bantu mengajar 1.5 Kemajuan Staf a Merancang dan mengendalikan kemajuan staf untuk menambah pengetahuan dan kemahiran ahli 1.6 Persatuan Akademik a Bekerjasama dengan persatuan akademik untuk merancang aktiviti persatuan yang berkaitan dengan kurikulum 1.7 Kewangan a Mengkaji keperluan dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan b Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan c Menguruskan stok 1.8 Bilik Khas a Menyediakan jadual penggunaan b Menyediakan peraturan keselamatan pelajar dan peralatan c Memastikan bilik dalam keadaan kondusif untuk PdPc 1.9 Lain-lain a Menjadi ahli jawatankuasa peringkat kelompok / zon / daerah b Membantu pentadbir menjalankan tugas berkaitan dengan kurikulum c Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa 2 Penolong Ketua Panitia Membantu Ketua Panitia dalam melaksanakan tugas Ketua Panitia 3 Setiausaha 3.1 Menyediakan: a Notis Mesyuarat b Tempat Mesyuarat c Peralatan yang diperlukan
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 d Agenda Mesyuarat (setelah dirujuk kepada Ketua Panitia) 3.2 Mencatat, menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat 3.3 Mendapat dan merumuskan maklumat status pelaksanaan keputusan mesyuarat 3.4 Mengendalikan surat menyurat 3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Panitia 4 Penyelaras Mata Pelajaran 4.1 Membantu Ketua Panitia merancang dan menyusun program untuk tingkatan 4.2 Menyediakan laporan analisis keputusan peperiksaan mata pelajaran untuk tingkatan 5 Guru Mata Pelajaran 5.1 Menjadi ahli panitia mata pelajaran 5.2 Menyediakan Rancangan Harian berdasarkan Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999 5.3 Memberi gerak kerja bertulis kepada murid 5.4 Menyediakan soalan dan skema pemarkahan untuk ujian dan peperiksaan 5.5 Menyemak nota, latihan dan kertas jawapan ujian dan peperiksaan 5.6 Peka dengan perkembangan sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran 5.7 Sentiasa berinisiatif untuk meningkatkan kemajuan akademik pelajar 5.8 Mendidik pelajar ke arah sahsiah yang baik 5.9 Menghadiri kursus dan seminar anjuran KPM, JPN, PPD dan sekolah 5.10 Bekerjasama dengan panitia dalam merancang, menyusun dan melaksanakan program panitia, sekolah, PPD, JPN dan KPM 5.11 Tugas-tugas lain yang berkaitan. Fail Panitia 1 Tiga jenis fail 1.1 Fail Utama 1.1.1 Bentuk fail a Jenis ‘Arch File’ yang bersaiz tebalnya 4 inci b Ada subtajuk (pembahagian tajuk) yang berdasarkan isi kandungan fail c Format kulit luar dan subtajuk boleh diselaraskan untuk semua panitia d Warna Pengenalan fail boleh ditetapkan oleh Jawatankuasa Kurikulum 1.1.2 Kandungan Fail A Takwim panitia mata pelajaran Struktur Organisasi Biodata dan rumusan maklumat guru Jadual Waktu i Jadual Individu Guru ii Jadual Penggunaan Pusat Sumber iii Jadual Penggunaan Bilik-bilik Khas (makmal, bengkel dll) Minit Mesyuarat i Kurikulum ii Panitia iii Laporan perjumpaan kecil Anggaran Perbelanjaan B Pelan Strategik i Program teras (induk) ii Program elektif iii Kertas kerja program iv Laporan penilaian program Peperiksaan Dalaman
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 i Takwim peperiksaan dalaman ii Jadual Penyediaan Soalan iii Jadual Penentu / Spesifikasi Ujian iv Laporan analisis keputusan peperiksaan Format soalan dan skema jawapan C Fail Sokongan i Sukatan Pelajaran dan Huraian ii Rancangan Pelajaran iii Soalan dan Skema Jawapan iv Lain-lain yang berkaitan Huraian 1 Mesyuarat Panitia 1.1 Bilangan Mesyuarat a Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun b Perjumpaan melibatkan kumpulan kecil boleh diadakan dari semasa ke semasa 1.2 Masa dan Agenda 1.2.1 Mesyuarat pertama – selepas mesyuarat JKKS / Bidang yang pertama Agenda Mesyuarat: a Dasar Kurikulum b Rancangan Pelajaran c Buku Persediaan Mengajar d Prosedur Pembelian dan Pengurusan Stok e Pencerapan hasil kerja murid (menentukan jenis latihan dan bilangan latihan) f Peperiksaan (penyediaan soalan dan skema) g Kaedah P & P h Hal-hal lain 1.2.2 Mesyuarat Kedua Agenda Mesyuarat a Analisis keputusan peperiksaan SPM b Headcount c Merancang program Panitia 1.2.3 Mesyuarat ketiga Agenda Mesyuarat a Analisis peperiksaan pertengahan tahun b Menyemak pelaksanaan program (menilai kekuatan dan kekurangannya) c Tindakan susulan ke atas program yang dijalankan d Laporan perjumpaan kecil (jika ada) 1.2.4 Mesyuarat kali keempat Agenda Mesyuarat: a Kajian semula semua program dan projek b Perancangan tahun berikutnya i Cadangan agihan jadual waktu ii Anggaran perbelanjaan 1.3 Notis Mesyuarat 1.3.1 Diserahkan kepada semua ahli selewat-lewatnya 2 hari sebelum mesyuarat Dijalankan 1.3.2 Format notis mesyuarat i Tarikh
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 ii Masa iii Tempat iv Agenda 1.4 Pengendalian Mesyuarat 1.4.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Panitia 1.4.2 Mesyuarat dihadiri oleh Pengetua/ Penolong Kanan/Guru Kanan 1.4.3 Kehadiran – dicatatkan dalam buku kehadiran. Butiran dalam buku kehadiran: i Tajuk ii Tarikh iii Masa iv Tempat v Bilangan vi Nama Guru vii Catatan viii Rumusan (jumlah hadir dan tidak hadir dan nama ahli tidak hadir 1.5 Agenda Mesyuarat a Ucapan Pengerusi b Ucapan Pengetua / Wakil c Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat d Perkara berbangkit e Perkara yang dibincangkan f Hal-hal lain g Ucapan penangguhan 1.6 Minit Mesyuarat a Dicatatkan oleh setiausaha b Format Minit Mesyuarat c Ditandatangani oleh setiausaha d Disemak oleh pengerusi e Diedarkan kepada Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan dan Ahli panitia selewat- lewatnya seminggu selepas mesyurat dijalankan 1.7 Rumusan maklumat Balas Status Pelaksanaan Keputusan Mesyuarat a Mengedarkan borang status maklumbalas pelaksanaan keputusan mesyuarat bersama dengan minit mesyuarat b Mendapatkan maklumat balas tersebut sebelum mesyuarat akan datang c Menyediakan rumusan untuk diedarkan dalam mesyuarat 1.8 Perjumpaan Kecil a Bertujuan merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kumpulan murid dan guru tertentu sahaja (Contoh – analisis dan laporan keputusan peperiksaan awam) b Hasil perjumpaan dilaporkan dalam mesyuarat panitia 2 Headcount Mata Pelajaran 2.1 Pengurusan ‘Headcount’ 2.1.1 Pengurusan ‘Head Count’ melibatkan: a Penolong Kanan b Guru Kanan Mata Pelajaran c Ketua Panitia d Penyelaras Tingkatan e Guru Kelas f Guru Mata Pelajaran 2.2 ‘Take Off Value’ (TOV)
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 2.2.1 Berasaskan keputusan akhir tahun bagi tingkatan sebelumnya 2.3 Sasaran Pencapaian 2.3.1 Sasaran Pencapaian dibuat berdasarkan kepada: a Nilai TOV b Analisis keputusan peperiksaan awam 2.3.2 Sasaran pencapaianmata pelajaran a kualiti b kuantiti 2.3.3 Sasaran pencapaian setiap murid dikelaskan mengikut kumpulan a cemerlang b potensi cemerlang c lulus d kritikal 2.4 Merekod maklumat ‘Headcount’ 2.4.1 Guru mata pelajaran menentukan TOV dan sasaran setiap pelajar dan merekodkan dalam buku persediaan mengajar (di bahagian senarai markah). 2.4.2 Guru mata pelajaran menyerahkan borang analisis ‘HeadCount’ mata pelajaran kepada Ketua panitia. 2.4.3 Guru mata pelajaran menyerahkan senarai nama berdasarkan kumpulan sasaran kepada Ketua Panitia. 2.4.4 Ketua Panitia membuat rumusan dan analisis keseluruhan bagi setiap tingkatan. 2.4.5 Rumusan analisis keseluruhan mata pelajaran diselaraskan dengan ‘HeadCount’ keseluruhan. 2.4.6 Ketua Panitia menyerahkan rumusan keseluruhan kepada Penyelaras ‘HeadCount’ / Penolong Kanan. 3 Program Peningkatan Akademik 3.1 Jenis Program 3.1.1 Program teras ditentukan oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah, iaitu terdiri daripada program utama, sampingan dan sokongan a Program Utama i Latih tubi terancang ii Gerak gempur terancang b Program Sokongan i Program Nilam c Program Sampingan i Motivasi 3.2 Rumusan Program 3.2.1 Ketua Panitia merumuskan semua program teras dan elektif dengan mengisi borang program peningkatan akademik 3.3 Kertas Kerja Program 3.3.1 Panitia menyediakan kertas kerja semua program 3.3.2 Format kertas kerja adalah seperti berikut: a Nama Sekolah b Nama Panitia c Tajuk d Pendahuluan / Latar belakang e Matlamat f Objektif g Rasional h Jawatankuasa i Penasihat
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 ii Pengerusi iii Pengurus Projek iv Setiausaha v Ahli Jawatankuasa i Kumpulan Sasaran j Strategi k Keterangan Projek l Jadual Pelaksanaan m Bahan / Sumber n Kewangan o Instrumen Penilaian p Penutup 3.4 Laporan Program 3.4.1 Panitia dikehendaki menyediakan laporan bagi semua projek yang dijalankan 3.4.2 Laporan hendaklah mengandungi a Tajuk b Tarikh pelaksanaan c Tempat pelaksanaan d Kumpulan sasaran e Aktiviti f Keberkesanan g Cabaran / masalah h Cadangan / Penyelesaian i Penutup j Lampiran (bahan yang diedarkan/gambar/pamplet/sijil dll) 3.5 Penyediaan Kertas Kerja dan Laporan 3.5.1 Menggunakan komputer dan mengambilkira: a Jenis huruf (Arial / Times New Roman) b Saiz huruf (10 – 12) c Jarak baris d Saiz kertas JAWATANKUASA PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN Peranan Jawatankuasa 1 Mesyuarat i Mengadakan mesyuarat berkala seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kurikulum. ii Mengadakan perjumpaan kecil mengikut keperluan. 2 Dasar i Mengkaji dasar yang sedia ada dan mencadangkan dasar baru jika perlu untuk dibawa dan dibincang serta diluluskan oleh JKKS. ii Melaksanakan semua dasar berkaitan penilaian dan peperiksaan yang ditetapkan oleh JKKS, PPG, JPN, LPM dan MPM. 3 Pengurusan Peperiksaan i Menyediakan panduan pengurusan Peperiksaan Awam berdasarkan arahan dan panduan JKKS, PPD, JPN, LPM dan MPM. ii Menyediakan panduan pengurusan Peperiksaan Dalaman / Ujian berpandukan dasar yang telah diluluskan oleh JKKS. 4 Kewangan i Menyediakan anggaran perbelanjaan. ii Mematuhi tatacara perolehan, pembayaran dan pengurusan stok berdasarkan Arahan Perbendaharaan dan Dasar Pengurusan Kewangan Sekolah.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 Senarai Tugas Jawatankuasa 1 Pengerusi 1.1 Mempengerusikan mesyuarat. 1.2 Memaklumkan dan memastikan Dasar Penilaian dan Peperiksaan. 1.3 Memastikan pengurusan Peperiksaan Awam dan Peperiksaan Dalaman / ujian dilaksanakan seperti yang ditetapkan. 1.4 Memastikan takwim Peperiksaan Dalaman / Ujian disediakan. 1.5 Mengemukakan cadangan senarai calon Ketua Pengawas dan Penolong Pengawas Peperiksaan Awam. 1.6 Mengemukakan cadangan guru bertugas dan menyediakan senarai tugas mereka semasa peperiksaan awam. 1.7 Memastikan semua soalan Peperiksaan Dalaman disediakan mengikut peraturan dan format yang ditetapkan. 1.8 Menangani semua masalah dengan segera. 1.9 Memastikan akta Rahsia Rasmi dipatuhi. 2 Naib Pengerusi 2.1 Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas di atas. 2.2 Menyelaras pengurusan Peperiksaan Dalaman / Ujian. 3 Setiausaha 3.1 Menjadi anggota JKKS 3.2 Menyediakan a notis mesyuarat dan mengedarkannya b tempat mesyuarat c peralatan yang diperlukan d agenda mesyuarat (setelah merujuk pengerusi) 3.3 Mencatat, menyedia dan mengedar minit mesyuarat 3.4 Memastikan keputusan mesyuarat dilaksanakan dengan mendapat dan merumuskan maklumbalas status pelaksanaannya 3.5 Mengendalikan surat menyurat 3.6 Menyediakan dan memastikan carta aliran kerja pengurusan Peperiksaan Awam dan Dalaman dilaksanakan 3.7 Membantu memastikan pengurusan Penilaian dan Peperiksaan sama ada Awam atau Dalaman dilaksanakan 3.8 Mencadangkan senarai calon Ketua Pengawas & Penolong Pengawas Peperiksaan Awam dan Guru Bertugas 3.9 Menyediakan senarai tugas Guru Bertugas semasa Peperiksaan Awam 3.10 Menyediakan laporan untuk dibentangkan dalam mesyuarat JKKS 3.11 Bertanggungjawab atas pengurusan fail penilaian dan peperiksaan 3.12 Menyediakan anggaran perbelanjaan 3.13 Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan sebagaimana yang diarah dari semasa ke semasa 3.14 Menguruskan Akta Rahsia Rasmi untuk diisi dan ditandatangani. 4 Penyelaras Peperiksaan Dalaman dan SPM 4.1 Membantu dalam pelaksanaan pengurusan Penilaian dan Peperiksaan Fail 1 Jenis Fail 1.1 Fail Utama Isi kandungan: a Struktur Organisasi b Minit Mesyuarat
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 - Jawatankuasa Kurikulum - Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan - Laporan Perjumpaan Kecil - Lain-lain (peringkat daerah dan negeri) c Peperiksaan Awam - Takwim / Jadual - Analisis keputusan peperiksaan (keseluruhan dan mata pelajaran) - Maklumat kerja kursus, PAFA, PEKA - Senarai Pengawas Peperiksaan Awam - Senarai Guru Bertugas dalam masa peperiksaan - Carta aliran kerja - Dokumen yang berkaitan d Peperiksaan Dalaman - Takwim / Jadual - Jadual Penyediaan Soalan - Format, tempoh, jenis soalan - Jadual Penentu Ujian - Peperiksaan bersama - Laporan analisis keputusan mata pelajaran dan keseluruhan - Anggaran perbelanjaan - Carta Aliran Kerja 1.2 Fail Sokongan Isi kandungan: a Soalan dan Skema pemarkahan Peperiksaan Dalaman b Soalan Peperiksaan Awam c Soalan-soalan lain yang berkaitan 1.3 Fail Salinan Sijil Salinan sijil / slip peperiksaan awam disimpan untuk rujukan 1.4 Fail Arkib Isi kandungan : Bahan 3 tahun kebelakangan yang tidak perlu ada dalam Fail Utama dan Fail Sokongan 2 Lokasi Fail 2.1 Fail Utama dan fail Sokongan di bilik Pengetua / Penolong Kanan / Bilik Khas (Peperiksaan) 2.2 Fail salinan sijil dan slip peperiksaan di Pejabat Am 2.3 Fail Arkib di Bilik Fail 3 Penyemakan Fail Penyemakan fail dilaksanakan oleh Penolong Kanan 2 kali setahun 4 Pergerakan Fail Fail hanya boleh dikeluarkan dari lokasi dengan kebenaran Pengetua / Penolong Kanan Huraian 1 Mesyuarat 1.1 Bilangan mesyuarat :Minimum 3 kali setahun Perjumpaan kecil mengikut keperluan 1.2 Masa dan agenda 1.2.1 Mesyuarat Pertama a Masa – Januari b Agenda i Kata aluan Pengerusi ii Pengesahan minit mesyuarat iii Perkara berbangkit iv Penubuhan AJK
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 v Makluman Dasar Penilaian dan Peperiksaan vi Takwim Peperiksaan vii Pendaftaran Peperiksaan Awam (PT3 & SPM) viii Carta Aliran kerja Peperiksaan Awam dan Dalaman ix Hal-hal lain 1.2.2 Mesyuarat Kedua Agenda : i Kata aluan Pengerusi ii Pengesahan minit mesyuarat iii Perkara berbangkit & Laporan status pelaksanaan keputusan mesyuarat lalu iv 3Laporan perjumpaan kecil v Mengenal pasti permasalahan mengenai perancangan dan pelaksanaan peperiksaan dan tindakan susulan vi Laporan analisis kesesuaian soalan pertengahan tahun vii vii Hal-hal lain 1.2.3 Mesyuarat Ketiga Agenda: i Kata aluan Pengerusi ii Pengesahan minit mesyuarat iii Perkara berbangkit & laporan status pelaksanaan keputusan mesyuarat lalu iv Laporan perjumpaan kecil v Mengenal pasti permasalahan mengenai perancangan dan pelaksanaan peperiksaan dan tindakan susulan vi Menyedia anggaran belanjawan tahun berikutnya vii Hal-hal lain 1.2.4 Notis mesyuarat i Diserahkan kepada semua ahli selewat-lewatnya dua hari sebelum mesyuarat dijalankan ii Pengendalian mesyuarat i Dihadiri oleh Pengetua ii Panduan a kehadiran b agenda c minit mesyuarat d rumusan maklum balas 2 Dasar Peperiksaan Sekolah Perkara-perkara yang diambilkira dalam menentukan dasar: a Kekerapan dan masa peperiksaan b Jenis peperiksaan / ujian c Penyediaan soalan i Format kertas soalan ii Jadual Penentu Ujian iii Bank Soalan d Percetakan e Kerahsiaan f Keselamatan g Kehadiran h Penyelewengan i Pengawasan j Penyediaan bilik
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 k Penggredan l Bentuk Pelaporan 3 Pengurusan Peperiksaan 3.1 Jenis Peperiksaan a PT3 & SPM b Peperiksaan lain yang melibatkan pihak sekolah 3.2 Takwim Pengurusan Peperiksaan Awam a disediakan berdasarkan Takwim Peperiksaan Awam 3.3 Pendaftaran Kemasukan Peperiksaan a Taklimat i Setiausaha/ Penolong Setiausaha menghadiri taklimat pengurusan Peperiksaan Awam ii Setiausaha/ Penolong Setiausaha memberi taklimat pengurusan pendaftaran Peperiksaan Awam kepada Penyelaras san Guru Kelas ● Syarat kemasukan ● Pemilihan mata pelajaran ● Kutipan yuran ● Arahan dan panduan mengisi borang masuk ● Borang calon yang tiada kad pengenalan b Borang Masuk i Mengedarkan borang ii Guru Kelas memberi taklimat arahan dan panduan mengisi borang masuk iii Guru Kelas membimbing calon mengisi borang iv Guru Kelas meminta calon menyerahkan salinan kad pengenalan / sijil lahir v Calon yang tidak memilik Kad Pengenalan ● mengisi Borang Perakuan Bagi Calon Yang Belum Ada Kad Pengenalan ● menyediakan 2 keping gambar terbaru saiz kad pengenalan c Penyemakan Borang Masuk i Pastikan ejaan nama sama seperti dalam Kad Pengenalan ii Nombor Kad Pengenalan iii Angka Giliran iv Mata Pelajaran / kod mata pelajaran v Bilangan mata pelajaran yang diambil vi Jumlah yuran vii Tandatangan Calon d Penyediaan Data Calon i Penyelaras dengan kerjasama Guru Kelas memasukkan data-data calon. e Penghantaran Dokumen Pendaftaran Setiausaha melengkapkan dan menghantar semua dokumen pendaftaran ke JPN: i Penyata bayaran peperiksaan ii Ringkasan Kemasukan iii Pesanan permulaan Kertas Soalan iv Cek pembayaran v Dokumen-dokumen lain f Penyemakan Semula Data Kemasukan
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 i Setiausaha dengan kerjasama Penolong Setiausaha, Penyelaras dan Guru Kelas menyemak bersama-sama calon senarai kemasukan yang diserahkan semula untuk semakan. Kesilapan diperbetulkan dan ditandatangan ringkas oleh calon. g Memastikan Pendaftaran Calon Bukan Warganegara mematuhi pekeliling h Calon Pindah / Calon Tumpang i Calon Cacat j Pendaftaran Lewat 3.4 Persiapan untuk peperiksaan a Jadual Waktu Peperiksaan i Guru Kelas mengedar Jadual Waktu kepada calon ii Guru Kelas menjelaskan mengenai arahan dan amaran yang terkandung dalam jadual waktu peperiksaan iii Guru Kelas menyemak dengan calon mengenai tarikh peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftarkan. b Slip Kenyataan Kemasukan i Slip diedarkan kepada calon ii Calon diminta menyemak segala maklumat dalam Slip Kenyataan Masuk iii Segala kesilapan dalam Slip Kenyataan Kemasukan diuruskan oleh Penolong Setiausaha dengan mengisi Borang Pembetulan Maklumat iv Sediakan satu salinan Slip Kenyataan Kemasukan untuk simpanan sekolah v Calon diingatkan mesti membawa Slip Kenyataan Kemasukan semasa menduduki peperiksaan c Label Meja Calon i Penyelaras / Guru Kelas melengkapkan Label Meja Calon ii Label Meja Calon diserahkan kepada Penolong Setiausaha pada tarikh yang ditetapkan sebelum peperiksaan bermula iii Ketua Pengawas menyedia dan melengkapkan Label Meja Calon Persendirian d Pengenalan calon i Menyedia dan menyerahkan Borang Pengesahan Calon (bergambar) ke pejabat dua hari sebelum peperiksaan bermula **** Maklumat lanjut tentang pengurusan pelaksanaan Peperiksaan Awam boleh dirujuk di dalam Buku Panduan Peperiksaan PT3 dan SPM yang terkini yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan. JAWATANKUASA INDUK PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Tugas dan Tanggungjawab 1 Sebelum Pentaksiran ● Menerima Surat Pekeliling PBS daripada JPN ● Menerima dokumen PBS daripada JPN ● Pengetua menubuhkan Jawatankuasa PBS ● Pengetua melantik pentaksir bagi setiap mata pelajaran ● Menghantar senarai Jawatankuasa PBS dan pentaksir kepada JPN ● Memperbanyakkan dokumen PBS untuk kegunaan pentaksir ● Menyediakan jadual pelaksanaan PBS dan menghantar salinan kepada JPN dan Pentaksir Kawasan
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 ● Pihak Sekolah hendaklah menyediakan kemudahan tempat seperti makmal dan bengkel untuk menjalankan PBS. Peralatan dan bahan hendaklah mencukupi bagi membolehkan murid melaksanakan PBS bagi tujuan pentaksiran dan pembeljaran ● Pihak sekolah mestilah menamakan guru mata pelajaran sebagai pentaksir untuk melaksanakan PBS. Pentaksir berperanan menjalankan PBS serta merekod dan menyimpan skor dalam Borang Skor Individu. Pentaksir juga menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan pentaksiran, menghantar skor ke Lembaga Peperiksaan berdasarkan kaedah yang telah ditetapkan dan mengeluarkan sijil di peringkat sekolah ● Memberi taklimat pelaksanaan PBS kepada murid ● Memastikan setiap murid memiliki fail PBS 2 Semasa Pentaksiran ● Pentaksiran dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran ● Penyelarasan skor di peringkat sekolah ● Pemantau Dalaman membuat pemantauan ● Pentaksir merekod skor ke dalam Borang Skor Individu ● Pentaksir menyimpan eviden pentaksiran dalam fail individu ● Pentaksir memaklumkan skor kepada murid yang ditaksir ● Pentaksir memaklumkan skor kepada murid yang ditaksir dan murid menandatangani Borang Skor Individu bagi setiap taksiran ● Pentaksir memindahkan skor dari Borang Skor Individu ke Borang Gred Induk 3 Selepas Pentaksiran ● Borang Skor individu disemak dan disahkan oleh Pengetua dan disimpan di sekolah ● Borang Gred Induk disemak dan disahkan oleh Pengetua. Satu salinan dihantar kepada JPN melalui KPkw ● Setiausaha Peperiksaan bertanggungjawab memastikan Pentaksir sekolah memasukkan gred calon dalam aplikasi yang ditetapkan oleh LPM ● Setiausaha Peperiksaan menyerahkan salinan cetakan Borang Gred Induk Calon untuk disahkan oleh Pengetua ● Mengeluarkan Sijil PBS kepada calon JAWATANKUASA JADUAL WAKTU DAN GURU GANTI (RELIEF) Tugas dan Tanggungjawab 1 Mengkaji keperluan guru pada sesuatu masa berpandukan bilangan mata pelajaran dan opsyen guru mata pelajaran dan lain-lain lagi 2 Memaklumkan kepada Pengetua tentang lebihan dan kekurangan guru pada sesuatu masa untuk tindakan beliau 3 Merancang dan menyediakan senarai nama guru, mata pelajaran yang diajar, jumlah waktu mengajar dan kelas yang diajar kepada Pengetua untuk kelulusan 4 Menentukan penggunaan bengkel dan makmal 5 Menyusun jadual waktu 6 Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar 7 Menyebarkan jadual waktu kepada semua individu 8 Membuat pindaan jadual waktu apabila perlu 9 Menyediakan jadual guru ganti seberapa awal yang boleh dengan cara mengenal pasti guru-guru yang tidak hadir 10 Menyerahkan kepada Pengetua jadual waktu individu dan jadual waktu kelas untuk disahkan. JAWATANKUASA PUSAT SUMBER Tugas dan tanggungjawab 1 Menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek 2 Memperbanyakkan koleksi PSS
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 3 Meningkatkan penggunaan PSS 4 Memastikan kelengkapan PSS 5 Memastikan keselesaan PSS 6 Memastikan pengurusan PSS berjalan lancar 7 Pengagihan tugas 8 Merancang kursus dan bengkel dalam dan luar untuk guru dan murid PSS 9 Penyebaran maklumat kepada guru dan murid mengenai PSS dan penggunaannya 10 Memastikan buku stok dikemaskini 11 Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS 12 Memastikan peraturan PSS dilaksanakan dan dipatuhi 13 Merancang aktiviti dan melaksanakannya 14 Menilai perjalanan PSS dan membuat tindakan susulan 15 Memastikan keselamatan semua bahan bantu mengajar yang menggunakan elektrik Perpustakaan 1 Bertanggungjawab ke atas semua urusan yang berkaitan dengan perpustakaan dan bahan percetakan 2 Menyediakan program pelaksanaan tahunan bagi Unit Perpustakaan 3 Menyediakan jadual giliran penggunaan perpustakaan 4 Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan dan memastikan peraturan tersebut difahami dan dipatuhi oleh semua pengguna perpustakaan 5 Mengurus dan memproses kerja katalog semua bahan di bawah jagaan 6 Mengemas kini buku stok unit perpustakaan dan menyerahkan kepada Penyelaras PSS pada akhir tahun 7 Menerbit majalah / risalah perpustakaan 8 Menguruskan pelantikan pengawas PSS 9 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa. Makmal Komputer 1 Menyelia dan mengurus kemudahan fizikal termasuk perabot, sistem bekalan elektrik dan peralatan dalam makmal 2 Merancang dan menyediakan langkah-langkah keselamatan dalam makmal termasuk melengkap dan menyelenggarakan kemudahan seperti alat pemadam api dan peti pertolongan cemas 3 Menyelia dan memastikan bahawa peraturan makmal dipatuhi sepenuhnya oleh guru, murid dan kakitangan sekolah semasa menggunakan makmal 4 Bekerjasama dengan Penyelaras PSS untuk menjadikan makmal komputer sebagai pusat maklumat 5 Menamakan setiap perabot / peralatan dipamerkan di makmal 6 Mengurus stok , melakukan kerja-kerja hapuskira dan pelupusan peralatan makmal 7 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan bagi keperluan makmal 8 Mengurus dan mengelolakan persediaan dan pelaksanaan amali 9 Membantu pentadbir sekolah dalam penyusunan jadual waktu penggunaan makmal 10 Mengawal selia dan mengawasi semua perabot / peralatan yang ada di dalam makmal tidak dibawa keluar dari makmal tanpa kebenaran bertulis dari pihak pengurusan terlebih dahulu 11 Merekod semua pinjaman yang dibuat dan mengurus, menyelia dan merekod setiap pulangan pinjaman 12 Menyelaras program / proses pembelajaran dan pengajaran Teknologi Maklumat di makmal 13 Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru 14 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 JAWATANKUASA PROGRAM NILAM Senarai Tugas 1 Merancang, melaksanakan dan memantau pelaksanaan program NILAM di peringkat sekolah. 2 Mengurus, merancang mesyuarat berkaitan NILAM 3 Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat berkaitan NILAM 4 Memberi taklimat berkaitan NILAM pada awal tahun 5 Menyelia ativiti yang menyokong program NILAM 6 Menentukan program dan penyediaan kertas kerja aktiviti yang hendak dilaksanakan. 7 Menjadi urusetia untuk pemberian anugerah NILAM peringkat sekolah. 8 Merancang anggaran perbelanjaan program NILAM 9 Menyemak dan mengesah rekod bacaan murid 10 Mempamerkan data dan maklumat sudut NILAM 11 Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada Pengetua dan pihak yang berkenaan. JAWATANKUASA PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK Senarai Tugas 1 Bekerjasama dengan Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian menganalisa keputusan peperiksaan awam, ujian bulanan, peperiksaan dalamaan dan peperiksaan percubaan 2 Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan untuk merancang program ke arah kecemerlangan 3 Merancang, melaksana, memantau dan menyelia program-program kecemerlangan akademik 4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa. JAWATANKUASA STEM (Science, Technology, Engineering and Mathemathics) Senarai Tugas 1 Merancang, melaksanakan dan memantau pelaksanaan program STEM di peringkat sekolah. 2 Mengurus, merancang mesyuarat berkaitan STEM sekurang-kurangnya 4 kali setahun 3 Menyedia, menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat berkaitan STEM 4 Menyediakan takwim aktiviti STEM sepanjang tahun 5 Menganjur dan menyertai pertandingan STEM diperingkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 6 Mengemas kini dan menceriakan Bilik Robotik. 7 Mengawal selia peralatan keluar masuk dengan menyediakan buku log. 8 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa. JAWATANKUASA TS 25 (Transformasi Sekolah 2025) Senarai Tugas 1. Merancang dan melaksanakan pengoperasian sekolah TS25 berpandukan Skpmg2 2. Membina Perancangan Strategik Organisasi, PinTas, OPPM dan menentukan matlamat dan hala tuju sekolah 3. Merancang dan melaksanakan sokongan profesional untuk meningkatkan kualiti guru dalam kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 4. Merancang dan melaksanakan profesional untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 5. Mengenal pasti dan melaksanakan Program Pembelajaran Bernilai/Amalan Terbaik dan budaya sekolah 6. Melaksanakan penyebaran Program TS25 dalam kalangan warga sekolah, PIBG, rakan strategik dan komuniti 7. Mewujudkan persekitaran pembelajaran bermakna dan kondusif 8. Mengurus dan memantau peruntukan sumber mengikut tatacata kewangan 9. Membudayakan penggunaaan kaedah tools TS25 dalam kalangan guru 10. Mennilai, merekod, melapor dan mendokumentasikan pencapaian setiap program / aktiviti dalam bentuk ‘hardcopy’ atau digital
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM) 1. PETIKAN AKTA PENDIDIKAN 1996 ( Akta 550 ) BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa: DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat: DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik: DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dan berkualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia: DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”: DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atasakan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara: DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: “Murid” ertinya seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan; 2. PENGENALAN Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Ini kerana murid-murid merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik. 3. OBJEKTIF DASAR 3.1 Menyeragamkan Pengurusan HEM di sekolah 3.2 Sebagai dokumen panduan untuk menangani isu-isu pengurusan HEM di sekolah, 3.3 Sebagai dokumen panduan dalam menangani isu-isu disiplin 3.4 Sebagai dokumen bercetak tambahan bagi Pengurusan Disiplin Sekolah yang sedia ada terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia. 4. DASAR PENGURUSAN KELAS 4.1 Sistem Aplikasi Pengurusan Maklumat Murid a) Semua butiran murid hendaklah dikemaskinikan dalam bulan pertama persekolahan (Januari). b) Guru kelas hendaklah mengemas kini kehadiran pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 9.00 pagi. Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir. Bagaimanapun, sekolah perlu menyediakan rekod nama, kelas, masa tiba dan sebabin kelewatan untuk tujuan nasihat dan tindakan penambahbaikan. c) Analisis kehadiran bulanan kelas hendahlah dicetak oleh guru kelas pada hari terakhir persekolahan setiap bulan. 5. FAIL PERIBADI MURID 5.1 Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail ini. 5.2 Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian pertama fail. Setiap fail hendaklah dilekatkan gambar murid (ukuran passport). 5.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan Peperiksaan Dalaman, slip keputusan peperiksaan awam yang berkaitan (UPSR, PT3, SPM) dan lain-lain hendaklah disimpan dalam fail ini. 5.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahan atau bertukar sekolah. 5.5 Semua fail perlu disimpan dalam ‘loker’ berlabel di Bilik Dokumentasi atau Bilik Bimbingan & Kaunseling. 5.6 Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa /penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid, salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang dikeluarkan disimpan dalam fail ini. 6. PENDAFTARAN MURID BARU 6.1 Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM. 6.2 Guru Kelas hendaklah memastikan semua maklumat murid dilengkapkan dalam Modul Pengurusan Murid/APDM secara online 6.3 Guru Kelas hendaklah mendaftarkan murid baru ke dalam Buku Daftar Sekolah 6.4 Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa / bantuan dan melaporkan kepada Guru Biasiswa / Guru Kebajikan 6.5 Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan khas
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 dan yang memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, OKU dll), serta melaporkan kepada PK HEM untuk tindakan lanjut 6.6 Guru Kelas perlu mendapatkan laporan disiplin, Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Penilaian Kemahiran Amali (PEKA), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Penilaian Amali Fardu Ain (PAFA), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Rekod Hafazan, Buku Tahriri dan lain-lain berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu dibawa bersama semasa mendaftar. Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid dan satu salinan dokumen berkenaan hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran. 7. MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH 7.1 PK HEM perlu memastikan surat setuju terima diperoleh dari sekolah yang dipohon 7.2 Guru Kelas perlu mendapatkan maklumat / butiran perpindahan. 7.3 Guru Kelas perlu memastikan semua buku teks telah dipulangkan (jika pertukaran diluar zon) dan senarai judul buku yang dipulangkan diserahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut 7.4 Guru kelas perlu memastikan pelajar telah menjelaskan semua bayaran yang masih belum selesai. 7.5 Semua fail yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan pihak sekolah baru kecuali fail sulit. 7.6 Sijil Berhenti Sekolah hanya diberikan kepada murid Tingkatan 3 yang diterima masuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Berasrama Penuh atau ke mana-mana institusi pendidikan bukan dibawah KPM, Tingkatan 5 dan murid yang telah lama berhenti sekolah dengan kerelaan sendiri untuk tujuan mencari pekerjaan. Bagi kes berhenti sekolah, Sijil Berhenti Sekolah hanya dikeluarkan jika permohonan disertakan dokumen sokongan daripada ibu bapa/ penjaga jika berumur kurang daripada 17 tahun. 7.7 Merujuk Dasar Pendidikan Wajib, pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan sijil berhenti sekolah selain yang dinyatakan dalam perkara 7.5. selagi murid itu berada dalam lingkungan umur pendidikan wajib. 8. PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS 8.1 Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada: - Ketua Kelas - Penolong Ketua Kelas - Setiausaha - Bendahari - AJK-AJK yang difikirkan perlu seperti AJK Kebersihan, AJK Subjek dan lain-lain 8.2 Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut: a) Carta Organisasi Kelas - ditampal di papan kenyataan kelas. b) Jadual Waktu - ditampal di papan kenyataan kelas. c) Jadual Tugas Kebersihan - ditampal di papan kenyataan kelas. d) Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja guru. e) Inventori Kelas - ditampal pada pintu. f) Moto kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas. g) Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Maklumat Mata Pelajaran, Artikel Berinformasi & isu semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas. h) Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam/papan putih, penyodok sampah, bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang sesuai. i) Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan. 8.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan / atas) atau di tempat yang mudah dilihat pada setiap hari. 8.4 Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri. Perabot yang telah rosak hendaklah diganti dan dibawa turun untuk disimpan di dalam stor peralatan sekolah.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 8.5 Kebersihan kelas: a) AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. b) Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan. c) AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan bakul sampah dibuang setiap hari. d) Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja dalam keadaan kemas dan teratur. e) Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan kelas. 8.6 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau rosak. 8.7 Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut: a) Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan. b) Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir. c) Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas. 9. DASAR PENGURUSAN DISIPLIN 9.1 Ponteng Sekolah a) Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/ penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya. b) Guru Kelas hendaklah menandakan “tiada sebab ” dalam kehadiran APDM. c) Jadual penghantaran surat kes ponteng sekolah adalah seperti berikut: Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng Berkala/ Tidak Berterusan Amaran I 3 hari berturut-turut 10 hari Amaran II 7 hari selepas surat Amaran I 10 hari selepas Surat Amaran I Amaran III 7 hari selepas surat Amaran II 20 hari selepas Surat Amaran II Buang Sekolah 14 hari selepas surat Amaran III 20 hari selepas Surat Amaran III Jumlah Keseluruhan 31 hari 60 hari d) Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod Ponteng Sekolah dan merekod hantaran surat kepada ibu bapa/ penjaga . e) Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh: ● Amaran 1 ditandatangani oleh PK HEM. ● Amaran 2 ditandatangani oleh PK HEM. ● Amaran 3 ditandatangani oleh PK HEM. ● Buang Sekolah ditandatangani oleh Pengetua. ● Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/ penjaga, salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru Kelas. ● Surat Buang Sekolah diisi dalam 4 salinan dan ditandatangani oleh Pengetua. ● Catatan dibuat dalam Buku Jadual Kedatangan Murid untuk surat-surat seperti berikut: AP:Amaran Pertama AK: Amaran Kedua AT: Amaran Terakhir BS: Buang Sekolah f) Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi:
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 ● Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/ penjaga masing-masing. ● Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/ penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PK HEM terlebih dahulu. ● Selepas Amaran 3, murid mestilah datang kesekolah bersama-sama ibu bapa/ penjaga dan berjumpa dengan pengetua. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat aku janji. Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan . 9.2 Buku Kawalan Kelas (BKK) a) Semua Guru Kelas mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK setiap hari. b) BKK akan diambil oleh Ketua Kelas pada waktu pagi di pejabat. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Ketua Kelas untuk memulangkan BKK ke pejabat selepas tamat waktu persekolahan setiap hari. c) BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Kelas dan diserahkan kepada guru yang masuk pada setiap waktu. d) Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut. e) Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/ lambat masuk kelas/ ponteng kelas semasa guru mengajar. f) Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum menandatangani BKK. g) Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa waktunya. Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam BKK untuk tindakan Penyelaras BKK (Ketua Guru Disiplin) dan Guru Disiplin pada keesokan harinya. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BKK dan terus maklumkan kepada Ketua Guru Disiplin / PK HEM. h) Ketua Guru Disiplin akan menyemak BKK setiap hari dan mengambil nama murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada keesokannya. i) Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna mengikut susunan minggu dan bulan dan diserahkan kepada PK HEM pada setiap akhir semester 1 & 2. j) Sekiranya BKK hilang, Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada Ketua Guru Disiplin sekolah dengan segera. k) Nama guru yang tidak hadir mengajar dalam BKK, Ketua Guru Disiplin hendaklah melaporkan kepada PK HEM dan Pengetua. 9.3 Pas Keluar Kelas a) Semua guru kelas hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada Unit Disiplin pada awal tahun. b) Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti memakai pas berkenaan. c) Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas sekiranya tidak mempunyai/memakai pas tersebut. 9.4 Disiplin Murid a) SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa. b) Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin. c) Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Ketua Guru Disiplin atau PK HEM.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 d) Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak merasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati. e) Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid. f) Semua guru perlu menjadi role model – contoh teladan yang baik kepada murid-murid. 9.5 Kawalan / Tanggungjawab Guru a) Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu. (Amalan Budaya Penyayang). b) Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama. c) Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pengajaran jika murid-murid tidak memberi tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri. d) Jangan membiarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas e) Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan melaporkan kepada pentadbir sekolah untuk mengambil tindakan lanjut f) Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya. 9.6 Pemeriksaan Mengejut a) Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir. b) Guru disiplin/guru bertugas bersama guru kelas atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan menjalankan pemeriksaan mengejut dengan disaksikan oleh murid berkenaan. c) Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkenaan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari berkunci di bilik PK HEM. d) Barang larangan akan disimpan di dalam bilik PK HEM. e) Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu bapa/ penjaga murid selepas berjumpa dengan PK HEM dan menandatangani surat perjanjian. f) Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid 9.7 Pengurusan Perhimpunan a) Perhimpunan rasmi diadakan sekali seminggu iaitu pada hari Isnin jam 9.15 hingga 9.50 pagi, manakala pada hari Jumaat mulai jam 7.00 hingga 7.30 pagi b) Pengisian perhimpunan adalah seperti berikut Hari Pengisian Isnin - Bacaan al-Quran - Nasyid Asma’ul Husna - Lagu Negaraku - Lagu Wilayah Persekutuan - Lagu Sekolah - Bacaan Ikrar - Ucapan Pengerusi Perhimpunan - Laporan Guru Bertugas - Pengumuman-pengumuman - Ucapan Pengetua - Doa Penutup
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 Jumaat - Bacaan Yasin/ Al-Kahfi - Doa c) Perhimpunan akan diuruskan oleh pengawas sekolah dan guru bertugas mingguan di bawah pemantauan jawatankuasa perhimpunan harian dan rasmi. d) Semua guru dan murid wajib menghadiri perhimpunan kecuali tidak sihat atau sakit. e) Setiausaha Jawatankuasa Perhimpunan hendaklah memastikan guru menandatangani buku kehadiran pada setiap kali perhimpunan rasmi diadakan. 10. DASAR KEBAJIKAN MURID 10.1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid adalah merujuk kepada data murid dalam Modul Pengurusan Murid/APDM. 10.2 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) a) Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan. b) Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24). c) Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis nama. d) Guru Kelas juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah ke negeri lain memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. e) Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya. 10.3 Pengurusan Biasiswa dan Bantuan Lain (KWAMP, Zakat & Musibah dll) a) Guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya menerima surat tawaran membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional. b) Buku Simpanan bank hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan pengeluaran wang yang dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan. Ibu bapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid. Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja. c) Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa. d) Guru Kelas hendaklah mengenal pasti murid yang layak/ditimpa musibah/boleh diberikan bantuan dan memaklumkannya kepada guru berkenaan. e) Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada dalam kalangan muridnya yang mendapat kemalangan/ kematian atau bencana dalam keluarganya. f) Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid berkenaan sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat (ibu bapa) atau diri sendiri. 10.4 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling a) Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada empat fokus utama iaitu pembangunan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin diri murid, pendidikan kerjaya murid dan psikososial dan kesejahteraan mental murid. b) Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja. c) GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok. d) GBK harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya mereka, terutamanya calon- calon lepasan SPM yang ingin membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS. e) GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung /
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan. f) Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin 11. DASAR KESIHATAN 11.1 Guru Kelas dan Guru Kesihatan hendaklah memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Kesihatan. 11.2 Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut maka tindakan untuk menggantikannya hendaklah dilakukan. 11.3 Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut. 11.4 Murid yang sakit/tidak sihat hendaklah dipastikan mendapat rawatan sewajarnya oleh Guru Bertugas/Guru Kelas. 11.5 Jika keadaan kesihatan murid serius/ berlaku kes-kes kecemasan/ kecederaan/ dimasukkan ke wad, guru bertugas mestilah menghubungi dan memaklumkannya kepada ibu bapa/ penjaga dan PK HEM. 11.6 Guru bertugas mestilah merekodkan maklumat murid yang mendapatkan rawatan di dalam Buku Laporan Bertugas Mingguan. 12. DASAR KANTIN 12.1 Guru Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan, penjualan dan penjagaan seluruh kawasan kantin. 12.2 Guru Kantin perlu membuat laporan harian kepada PK HEM dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN. 12.3 Guru Kantin perlu membuat laporan kepada PK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah. 12.4 Guru Bertugas Harian dan pengawas bertugas hendaklah memastikan murid hanya berada di kantin pada masa yang dibenarkan sahaja dan mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID Tugas dan tanggungjawab 1 Bertanggungjawab terhadap aspek-aspek kebajikan murid dan mengadakan langkah keselamatan bagi semua murid. 2 Mengesan dan membuat keputusan tentang hal-hal kebajikan murid yang timbul dari semasa ke semasa. 3 Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi pandangan dan idea melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari semasa ke semasa. 4 Membincangkan kes-kes disiplin yang berat sebelum keputusan muktamad diambil ke atas murid terbabit. 5 Membincang masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut. 6 Menimbang serta menerima pandangan dan cadangan dari murid, guru serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah. 7 Memberi bimbingan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah. 8 Merancang segala aktiviti yang berpusatkan murid demi kepentingan mereka. 9 Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. 10 Menyediakan laporan aktiviti tahunan. 11 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH Tugas dan tanggungjawab 1 Peranan Jawatankuasa Penyeliaan Kantin ● Membantu Pengetua dalam usaha membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berkaitan dengan pengurusan kantin. ● Membantu Pengetua dalam pengurusan kantin. ● Menyampaikan maklum balas dan cadangan daripada pihak murid, guru, staf sokongan dan ibu bapa kepada Pengetua tentang pengurusan kantin. ● Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan dengan kantin. 2 Tanggungjawab Pengetua Pengetua bertanggungjawab untuk memastikan: ● Kantin sentiasa selamat, bersih dan ceria. ● Semua kemudahan di kantin sentiasa bersih, selamat dan berfungsi. ● Peraturan-peraturan sedia ada dipatuhi. ● Setiap kes yang disyaki keracunan makanan dilaporkan segera kepada pihak-pihak berwajib mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa. ● Kandungan buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah dipatuhi. ● Pengusaha kantin seboleh-bolehnya menyediakan makanan bermasak di kantin. ● Pengusaha kantin mengambilkira kepentingan agama pelanggan apabila menyedia serta menyimpan makanan dan minuman. ● Pengusaha kantin menyedia serta menjual makanan dan minuman yang halal. ● Pengusaha kantin tidak memelihara haiwan atau membiarkan berkeliaran di kawasan kantin. ● Pengusaha kantin menjual makanan mengikut kontrak. ● Pengusaha kantin mempunyai lesen perniagaan yang sah.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 3 Tanggungjawab Jawatankuasa Kantin Guru Bertugas membantu Pengetua dalam usaha menyelia kantin dan bertanggungjawab untuk memastikan; ● Kebersihan kemudahan, alat kelengkapan dan kawasan persekitaran kantin. ● Kebersihan, mutu, khasiat dan keselamatan makanan dan minuman yang dijual. ● Harga berdasarkan perjanjian. ● Keselamatan di kantin sekolah. ● Kesopanan, kebersihan dan kesihatan pengendali makanan. ● Menyediakan laporan harian kantin. ● Murid sentiasa bersopan santun dan mengamalkan pekerti yang baik semasa berada di kantin. ● Makanan dan minuman yang dijual mencukupi. ● Kantin dikendalikan dengan cekap dan efisyen. 4 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa. *** Sila rujuk buku “PANDUAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH” JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA DAN DEWAN MAKAN Tugas dan tanggungjawab 1 Menentukan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan asrama tercapai 2 Mengatur pembahagian tugas. 3 Memastikan pengurusan asrama berjalan dengan baik dari segi, makanan, kebersihan, keselamatan dan senarai aktiviti tahunan. 4 Merancang aktiviti / kegiatan asrama. 5 Memastikan peraturan asrama dipatuhi. 6 Meningkatkan hubungan jawatankuasa asrama dengan ibu bapa / penjaga murid. 7 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. LEMBAGA WARDEN Tugas dan tanggungjawab KETUA WARDEN 1 Bertanggungjawab secara menyeluruh mengenai semua perkara yang berkaitan dengan penghuni asrama termasuk disiplin. 2 Merangka dan mengemas kini peraturan-peraturan asrama dari semasa ke semasa dengan persetujuan Pengetua. 3 Menentukan penempatan pelajar di dorm supaya ia sesuai dan selesa. 4 Menyelaras dengan Penolong Kanan (HEM) perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan penghuni asrama supaya keadaan berjalan dengan licin dan sempurna. 5 Menyelaras tugas-tugas warden mengenai perkara-perkara seperti pemeriksaan harian/mingguan, kebersihan dorm, kebajikan dan kesihatan pelajar, disiplin dan mengawas tugas-tugas pengawas di asrama. 6 Terlibat dalam perancangan dan persediaan takwim sekolah. 7 Bekerjasama dengan Penyelia Asrama dalam membuat persediaan asrama apabila digunakan oleh rombongan dari luar. 8 Berbincang dengan Penyelia Asrama dan warden mengenai pengurusan kesihatan pelajar termasuk tindakan untuk mengatasi penyakit merebak. 9 Membawa kepada pengetahuan penjaga mengenai hal-hal dan masalah kebajikan pelajar. 10 Menyediakan laporan serta cadangan-cadangan kepada Pengetua mengenai semua hal berkaitan dengan asrama dari semasa ke semasa.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 11 Menyelaraskan pengangkutan pelajar ketika pulang dan balik semasa cuti persekolahan. 12 Mengurus dan bekerjasama dengan Penyelia Asrama dalam hal-hal mengenai penerimaan makanan, menu makanan dan tuntutan bayaran makanan. 13 Terlibat dalam perancangan dan persediaan Jadual Bertugas Harian Warden untuk tiap-tiap bulan dalam masa setahun. 14 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. SENARAI TUGAS WARDEN 1 Kebajikan dan Keselamatan 1.1 Menubuh dan mempengerusi AJK Kebajikan dan Keselamatan di peringkat asrama. Mengadakan mesyuarat bulanan dan hendaklah meminitkan kepada PK HEM untuk disahkan. 1.2 Menyelaras dengan Penyelia Asrama tentang kebersihan Bilik Sakit dan keadaan kesihatan penghuni asrama dari semasa ke semasa. Menerima laporan daripada Penyelia Asrama tentang kesihatan penghuni asrama untuk tindakan yang sewajarnya jika perlu. 1.3 Mengadakan peraturan-peraturan bagi mengawal Bilik Sakit serta mengawal penggunaannya dan memastikan kebersihan Bilik Sakit sentiasa terpelihara pada setiap masa. 1.4 Menyelaras dengan Penyelia Asrama dalam mengambil tindakan yang sesuai terhadap penghuni-penghuni yang sakit seperti mengasingkannya di Bilik Sakit. Mengambil tindakan yang perlu supaya kesihatan dan keselamatan penghuni asrama terjamin. 1.5 Memaklumkan dengan segera kepada Ketua Warden atau pihak sekolah jika terdapat kes-kes kesihatan yang serius seperti penyakit berjangkit atau wabak. 1.6 Bekerjasama dengan Penyelia Asrama dalam mengenal pasti masalah kesihatan pelajar seperti bilangan, jenis penyakit dan kekerapan pelajar yang menghidap sesuatu jenis penyakit. 1.7 Membuat pengawasan tentang ubat-ubatan yang dipesan oleh Penyelia Asrama supaya tidak bercanggah dan menyalahi undang-undang yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 1.8 Menerima laporan daripada warden bertugas dan guru bertugas jika berlaku kes-kes kecemasan untuk tindakan sewajarnya. 1.9 Mengatur jadual lawatan supaya penghuni asrama dapat membuat lawatan ke hospital jika ada rakan mereka yang dimasukkan ke wad. Memastikan pelajar yang terlantar di bilik sakit mendapat makanan yang sesuai dan hendaklah dibawa ke bilik sakit. 1.10 Merancang dan menyelaras bersama Guru Kaunseling Sekolah program peningkatan moral penghuni asrama supaya wujud perasaan kekitaan dan berasa selesa tinggal di asrama. 1.11 Memeriksa dan memastikan siaraya asrama dan dewan makan dalam keadaan baik supaya pengumuman dapat didengar oleh semua penghuni asrama. 1.12 Mengenal pasti dan menentukan tempat pertemuan di antara ibu bapa atau penjaga dengan anak masing-masing dalam keadaan selesa. Menyelaras dengan Ketua Pelajar mengenai jadual bertugas pengawas untuk membantu ibu bapa bertemu dengan anaknya, seperti penggunaan siaraya untuk memanggil pelajar berkenaan. 1.13 Bekerjasama dengan JK Keselamatan Sekolah dan Guru Penasihat Pasukan Bomba supaya latihan kebakaran (Fire Drill) dapat diadakan di asrama.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 2 Kebersihan dan Keceriaan 2.1 Menubuh dan mempengerusi AJK Kebersihan dan Keceriaan Asrama. Merancang dan menjalankan program kebersihan dan keceriaan asrama. Menjalankan mesyuarat sebulan sekali. 2.2 Memastikan dorm, asrama dan persekitaran asrama sentiasa bersih dan ceria. Menyelaras dan mengarahkan Ketua Dorm mewujudkan jadual bertugas setiap dorm setiap hari. 2.3 Menyelaras dan menjalankan pertandingan dorm terbersih dan tercantik. Mengenal pasti serta merancang imbuhan yang sewajarnya dapat diberikan kepada dorm yang berjaya. Merancang bentuk denda atau hukuman kepada dorm yang terkotor. Membuat pengumuman serta majlis penyampaian hadiah semasa perhimpunan sekolah. Menyediakan borang Pemeriksaan Kebersihan Dorm dalam membuat penilaian tersebut. 2.4 Merancang dan mengelola program gotong-royong dalam kalangan penghuni asrama supaya keceriaan asrama dapat diwujudkan serta menanam sifat sayang akan sekolah dan asrama. 2.5 Menyelaras dan bekerjasama dengan Penyelia Asrama dalam pengawasan pekerja asrama dalam menjaga kebersihan asrama, surau, bilik air, tandas dan keseluruhan kawasan kediaman penghuni. 2.6 Memastikan ampaian-ampaian di asrama dalam keadaan yang memuaskan dan boleh digunakan oleh penghuni asrama untuk menjemur pakaian basah. 3 Makanan dan Dewan Makan 3.1 Menubuh dan mempengerusikan AJK Makanan dan Dewan Makan peringkat asrama. Mengadakan mesyuarat pada setiap bulan. 3.2 Bekerjasama dengan Penyelia Asrama untuk memastikan makanan siap tiap-tiap hari pada masa yang telah dipersetujui oleh kontraktor makanan. 3.3 Memastikan makanan mentah yang dibekalkan oleh kontraktor makanan berkualiti dan cukup kuantitinya. 3.4 Memastikan dan bekerjasama dengan Penyelia Asrama tentang kebersihan bahagian dapur, sekeliling dewan makan, alat-alat yang digunakan untuk memasak dan proses semasa penyediaan makanan mentah untuk dimasak supaya tidak berlaku keracunan makanan pada peringkat penyediaan. 3.5 Menerima laporan daripada warden bertugas tentang makanan mentah yang ditolak (jika ada) dan mengambil tindakan segera untuk mengatasinya. 3.6 Memastikan makanan yang disajikan kepada pelajar bermutu tinggi dan berbincang dari semasa ke semasa tentang menu. Menyediakan borang laporan kualiti makanan untuk dinilai oleh warden bertugas. 3.7 Merancang dan memastikan peraturan keseragaman dan suasana teratur di dewan makan semasa makan. 3.8 Merancang Program Makan Beradab dan menguruskan majlis Makan Beradab serta mengenal pasti pelajar yang akan berada di meja utama. Berbincang dengan Pengetua mengenai VIP serta menguruskan jemputan VIP ke Majlis Makan Beradab. 3.9 Menyediakan laporan AJK Makanan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Warden. 4 Penempatan dan Pembangunan 4.1 Menubuhkan dan mempengerusi JK Penempatan dan Pembangunan. Mengadakan mesyuarat sebulan sekali. 4.2 Memastikan keselamatan pelajar di blok asrama terjamin dan segala kerosakan dan kelengkapan yang tidak sesuai dilaporkan kepada Penyelia Asrama dengan segera untuk tindakan.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 4.3 Bekerjasama dengan Penyelia Asrama membuat pemeriksaan kemudahan asrama seperti tandas, bilik air, katil, tilam, bantal, loker dan peralatan yang lain dalam keadaan sempurna supaya penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan selamat. Pemeriksaan menggunakan Borang Pemeriksaan Kemudahan Asrama. 4.4 Merancang Program Lawatan, Hari Terbuka Asrama dan bekerjasama dengan JK Kebersihan dan Keceriaan bagi menjayakan Program Keceriaan dan Kebersihan. 5 Sukan dan Rekreasi 5.1 Menubuh dan mempengerusi JK Suakan dan Rekreasi. Mengadakan mesyuarat sebulan sekali. 5.2 Berbincang bersama JK Sukan dan Rekreasi dan merancang kegiatan sukan dan rekreasi di peringkat asrama termasuklah mengadakan pertandingan dan majlis penyampaian hadiah. 5.3 Memastikan kelengkapan rekreasi mencukupi dan dalam keadaan selamat dan baik sebelum dan selepas digunakan. Berbincang dengan Penyelia Asrama tentang pembelian dan mengenaskini kelengkapan dan kemudahan riadah penghuni asrama. 5.4 Bersama dengan Penyelia Asrama mengurus dan mengiringi penghuni ke pertandingan peringkat asrama atau lawatan program lawatan penghuni. 6 Akademik dan Kerohanian 6.1 Menubuh dan mempengerusi JK Akademik dan Kerohanian peringkat asrama. Menjalankan mesyuarat sebulan sekali dan minit diserahkan kepada PK HEM untuk disahkan. 6.2 Bekerjasama dengan Guru Penasihat Badan Dakwah dan Kepimpinan dan guru-guru agama untuk merangka dan menjalankan program kerohanian dalam satu tahun akademik. 6.3 Merancang program sambutan hari-hari kebesaran Islam dan menguruskan siri ceramah. 6.4 Mengatur rancangan kesedaran keagamaan supaya semua pelajar bersembahyang berjemaah di surau serta memastikan kelas-kelas fardu ain berjalan dengan sempurna. 6.5 Melatih penghuni melafazkan azan, iqamat, doa, membaca Al-Quran dengan menggunakan siaraya. 7 Disiplin 7.1 Memastikan semua pelajar mematuhi peraturan-peraturan dan disiplin dan memberitahu PK HEM atau Ketua Warden kes-kes pelanggaran disiplin untuk tindakan. 7.2 Menyiasat salahlaku-salahlaku yang dilaporkan oleh pengawas atau penghuni yang lain. 7.3 Mengambil tindakan perlu bagi membantu penghuni yang mempunyai masalah disiplin. 7.4 Menyelaras, menyemak dan mengagihkan surat-surat penghuni yang sampai di Pejabat Sekolah dengan kerjasama Jawatankuasa Disiplin. 8 Senarai Tugas Warden Bertugas Harian 8.1 Senarai Tugas Warden (Isnin – Jumaat) 8.1.1 Waktu Pagi ● Memastikan pelajar bangun awal dan berada di surau 10 minit sebelum menunaikan solat Subuh berjemaah. ● Bersarapan bersama pelajar serta menilai mutu masakan dan kebersihan dewan makan.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 ● Membuat rondaan di asrama untuk memastikan tiada pelajar berada di asrama selepas jam 06:15 pagi dan memastikan dorm dalam keadaan yang memuaskan. ● Memeriksa bekalan bahan mentah dan pengurusan dewan makan ● Menulis Buku Laporan Warden Bertugas dan diletakkan di atas meja PK HEM. 8.1.2 Waktu petang ● Makan tengah hari bersama pelajar / berada di dewan makan lebih awal dan meninggalkan dewan makan selepas pelajar bersurai. ● Memeriksa mutu makanan dan menu serta kebersihan dewan makan menggunakan Borang Kawalan Mutu Makaanan. ● Memastikan keadaan asrama bersih dan kemas. ● Memastikan pelajar menunaikan solat zohor berjemaah. ● Memastikan pelajar putera mengosongkan asrama dan memakai baju melayu lengkap untuk sembahyang jumaat (hari Jumaat sahaja). ● Membuat rondaan ke kelas petang dan memastikan disiplin pelajar terkawal. ● Memastikan pelajar solat Asar berjemaah. ● Memastikan pelajar mematuhi waktu riadah petang dan tamat semua permainan jam 17:30 petang. ● Makan malam bersama pelajar dan memeriksa mutu makanan dan kebersihan dewan makan. ● Menghantar pelajar sakit ke hospital (jika ada). 8.1.3 Waktu malam ● Memastikan pelajar mengosongkan asrama dan bersembahyang Maghrib dan Isyak secara berjemaah. ● Pelajar puteri yang uzur syar’ie hendaklah berada di bilik bacaan dan bilik rehat semasa sembahyang Maghrib. ● Memastikan pelajar pergi ke kelas persediaan malam tepat pada masanya mengikut jadual. ● Membuat rondaan ke kelas persediaan malam dan memastikan disiplin pelajar terkawal. ● Memastikan pelajar berada di dorm jam 10:30 malam (Borang Pemeriksaan Kehadiran Pelajar di Dorm). ● Lampu ditutup jam 11:30 malam dan pastikan tiada lagi pelajar berkeliaran di sekitar asrama kecuali tandas. ● Bermalam di bilik warden asrama. ● Membuat rondaan di asrama dan sekitarnya untuk memastikan tiada pelajar berkeliaran dan keadaan selamat. 8.2 Senarai Tugas Warden (Hari Sabtu) 8.2.1 Waktu Pagi ● Memastikan pelajar bangun awal dan berada di surau 10 minit sebelum menunaikan solat Subuh berjemaah ● Menghadiri kuliah subuh bersama pelajar. ● Bersarapan pagi bersama pelajar serta menilai mutu masakan dan kebersihan dewan makan. ● Membuat pemeriksaan asrama dengan dibantu oleh semua warden.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 ● Memastikan semua pelajar mengosongkan asrama dan ke kelas persediaan pagi ● Hendaklah sentiasa berada di kawasan sekolah dan Bilik Gerakan Warden bagi membantu ibu bapa menemui anaknya / perbincangan dengan ibu bapa. 8.2.2 Waktu Petang ● Hendaklah berada dalam kawasan sekolah dan asrama sepanjang hari. ● Makan tengah hari bersama pelajar / berada di dewan makan lebih awal dan meninggalkan dewan makan selepas pelajar bersurai. ● Memeriksa mutu makanan dan menu serta kebersihan dewan makan menggunakan Borang Kawalan Mutu Makaanan. ● Jam 6:15 petang memungut kad pelajar yang tidak diambil di pondok jaga dan menyerahkan kepada PK HEM untuk tindakan. 8.2.3 Waktu Malam ● Memastikan pelajar mengosongkan asrama dan bersembahyang Maghrib dan Isyak secara berjemaah. ● Pelajar puteri yang uzur syar’ie hendaklah berada di bilik bacaan dan bilik rehat semasa sembahyang maghrib. ● Memastikan pelajar berada di dorm jam 11:00 malam (Borang Pemeriksaan Kehadiran Pelajar di Dorm). ● Lampu ditutup jam 11:30 malam dan pastikan tiada lagi pelajar berkeliaran di sekitar asrama kecuali tandas. ● Bermalam di bilik warden asrama. ● Membuat rondaan di asrama dan sekitarnya untuk memastikan tiada pelajar berkeliaran dan keadaan selamat. 8.3 Senarai Tugas Warden (Hari Ahad) 8.3.1 Waktu Pagi ● Memastikan pelajar bangun awal dan berada di surau 10 minit sebelum menunaikan solat Subuh berjemaah ● Menghadiri kuliah subuh bersama pelajar. ● Bersarapan pagi bersama pelajar serta menilai mutu masakan dan kebersihan dewan makan. ● Menyelaras dengan JK Kebersihan dan Keceriaan mengenai aktiviti gotong royong persekitaran asrama. ● Berada di Pondok Jaga untuk memeriksa pelajar yang hendak ke bandar dan memeriksa “kad outing” serta pakaian yang dibenarkan sahaja dipakai untuk “outing”. ● Hendaklah sentiasa berada di kawasan sekolah dan Bilik Gerakan Warden bagi membantu ibu bapa menemui anaknya / perbincangan dengan ibu bapa. 8.3.2 Waktu Petang ● Hendaklah berada dalam kawasan sekolah dan asrama sepanjang hari. ● Makan tengah hari bersama pelajar dan menilai mutu makanan dan menu serta kebersihan dewan makan. ● Memastikan pelajar solat Zohor dan Asar berjemaah. ● Bekerjasama dengan Pengawal Keselamatan memeriksa pelajar balik dari “outing” sebelum jam 6:00 petang. ● Memastikan pelajar mematuhi waktu riadah petang dan tamat semua permainan sebelum jam 6:00 petang.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 ● Makan malam bersama pelajar dan memeriksa mutu makanan dan kebersihan dewan makan. ● Menghantar pelajar sakit ke hospital (jika ada). 8.3.3 Waktu malam ● Memastikan pelajar mengosongkan asrama dan bersembahyang Maghrib dan Isyak secara berjemaah. ● Pelajar puteri yang uzur syar’ie hendaklah berada di bilik bacaan dan bilik rehat semasa sembahyang maghrib. ● Memastikan pelajar pergi ke kelas persediaan malam tepat pada masanya mengikut jadual. ● Membuat rondaan ke kelas persediaan malam dan memastikan disiplin pelajar terkawal. ● Memastikan pelajar berada di dorm jam 11:00 malam (Borang Pemeriksaan Kehadiran Pelajar di Dorm). ● Lampu ditutup jam 11:30 malam dan pastikan tiada lagi pelajar berkeliaran di sekitar asrama kecuali tandas. ● Bermalam di bilik warden asrama. ● Membuat rondaan di asrama dan sekitarnya untuk memastikan tiada pelajar berkeliaran dan keadaan selamat. SENARAI TUGAS PENYELIA ASRAMA 1 Pentadbiran 1.1 Menyelia kakitangan asrama, perkhidmatan keselamatan dan pembersihan. 1.2 Mengurus inventori asrama. 1.3 Mengurus stor-stor asrama. 1.4 Menyediakan rekod-rekod murid yang tinggal di asrama. 1.5 Menyediakan jadual tugas harian / bulanan bagi kakitangan asrama. 1.6 Mengurus pejabat asrama dan memastikan perkara-perkara berikut teratur dan kemaskini: 1.6.1 Buku Stok, inventori peralatan, perkakas, perabot dan lain-lain. 1.6.2 Pekeliling yang berkaitan asrama. 1.6.3 Buku Laporan Prestasi Kontraktor. 1.7 Membantu warden dalam urusan / proses pengambilan dan pendaftaran penghuni baru. 1.8 Memastikan hapuskira peralatan / perabot asrama / dewan makan diuruskan bertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan kepada Pengetua / Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan mengambil tindakan susulan setelah mendapat kebenaran. 1.9 Mengumpul maklumat dari pihak yang berkaitan, menyediakan data dan menghantarnya kepada pihak-pihak yang memerlukannya. 1.10 Membantu menjayakan aktiviti asrama. 1.11 Menghadiri mesyuarat, taklimat serta kursus yang berkaitan. 1.12 Menguruskan hal-hal berkaitan penggunaan asrama oleh pihak luar. 1.13 Membantu tugas-tugas warden ketika ketiadaan warden di asrama dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa. 2 Kewangan 2.1 Membantu mengurus permohonan dan pembelian barang-barang peralatan dan pembelian barang-barang dan peralatan untuk kegunaan asrama setakat mana diarahkan. 2.2 Membantu menyediakan anggaran peruntukan tahunan asrama. 2.3 Membantu membuat pembayaran bil-bil asrama. 2.4 Membantu mengurus buku tunai asrama.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 2.5 Membantu menutup akauan asrama setiap hujung bulan. 2.6 Membantu membuat penyata audit setiap hujung bulan. 2.7 Membantu menuntut PCG asrama dan pelarasan jika ada. 2.8 Membantu memohon kelulusan menggunakan Wang Lebihan Makanan Asrama ke Jabatan Pendidikan Negeri / Kementerian Pendidikan Malaysia. 3 Bekalan Makanan 3.1 Mengawal kebersihan makanan dan minuman serta pekerja dewan makan mengikut garis panduan kesihatan. 3.2 Mengemukakan laporan bulanan makanan ke Jabatan Pendidikan Negeri. 3.3 Mengemukakan laporan tahunan makanan ke Kementerian Pendidikan Malaysia. 3.4 Bertanggunjawabin sepenuhnya berkaitan bekalan makanan: 3.4.1 Mengisi Borang Pesanan. 3.4.2 Menerima dan memeriksa bahan mentah. 3.4.3 Mendapat pengesahan Pengetua jika berlaku pertukaran bahan / menu. 3.4.4 Memantau proses penyediaan makanan. 3.4.5 Mengurus buku laporan harian bekalan makanan. 3.4.6 Memastikan kontraktor mematuhi perjanjian kontrak daripada aspek bahan mentah, menu, spesifikasi dan masa yang ditetapkan. 3.4.7 Memastikan penerimaan bahan mentah mencukupi dan berkualiti. 3.4.8 Membantu menguatkuasakan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan tender bekalan makanan asrama. 4 Kontrak Penswastaan 4.1 Keselamatan 4.1.1 Memastikan kawalan keselamatan menjalankan tugas seperti dalam perjanjian kontrak. 4.1.2 Menghantar laporan bulanan kepada pihak pengurusan sekolah. 4.2 Pembersihan Kawasan 4.2.1 Memastikan kerja-kerja pembersihan kawasan dijalankan seperti dalam perjanjian kontrak. 4.2.2 Menghantar laporan bulanan kepada pihak pengurusan sekolah. 5 Kebajikan 5.1 Penyeliaan kesihatan murid: 5.1.1 Pengurusan bilik sakit. 5.1.2 Pengurusan ubat-ubatan dan rawatan segera bagi sakit-sakit biasa. 5.1.3 Memberi bantuan pertolongan cemas kepada penghuni asrama. 5.1.4 Mengadakan rekod-rekod tertentu dari segi kesihatan murid dan urusan yang berkaitan dengannya. 6 Fizikal 6.1 Menjaga kebersihan kawasan asrama termasuk bangunan-bangunan. 6.2 Melaporkan kerosakan harta benda kerajaan. 6.3 Menjaga alat-alatan dan kemudahan di asrama. 6.4 Menjalankan pemeriksaan setiap pagi untuk menentukan kebersihan dormitori, tandas, bilik air, bilik-bilik khas, masjid dan persekitaran asrama dalam keadaan bersih, teratur dan diurus rapi. 6.5 Menghantar laporan bulanan kepada pihak pengurusan sekolah. 7 Keselamatan 7.1 Memastikan semua peralatan keselamatan di asrama berfungsi dengan baik. 7.2 Memastikan persekitaran asrama selamat. 7.3 Memastikan semua penyelenggaraan asrama dibaiki segera. 7.4 Memastikan semua pendawaian dan peralatan elektrik selamat digunakan.
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 8 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa. JAWATANKUASA KEBAJIKAN MURID (BIASISWA, KWAPM & BANTUAN LAIN) Tugas dan tanggungjawab 1 Pengurusan Biasiswa 1.1 Meneliti pekeliling dari Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak penaja untuk memastikan syarat dipatuhi 1.2 Menyimpan rekod pemegang biasiswa mengikut jenis dan tingkatan. 1.3 Mengedarkan borang biasiswa kepada murid tingkatan satu, empat dan enam mengikut masa tawaran. 1.4 Menyemak permohonan biasiswa, menentukan tarikh penghantaran, membuat penilaian dan perakuan. 1.5 Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan dengan segera. 1.6 Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut tingkatan setiap penggal. 1.7 Memberitahu ibu bapa / penjaga murid yang menerima biasiswa. 1.8 Menyemak prestasi akademik dan sahsiah pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada PK HEM. 1.9 Menghantar surat amaran kepada ibu bapa / penjaga pemegang biasiswa yang prestasinya merosot. 1.10 Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpanan GIRO (tanpa kad) di Bank Simpanan Nasional. 1.11 Menentukan daftar buku / rekod penerimaan cek / baucer di pejabat. 1.12 Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa. 1.13 Memastikan semua buku akaun pemegang biasiswa disimpan di pejabat sekolah. 1.14 Menentukan semua dokumen disimpan dengan selamat. 2 Kebajikan 2.1 Mengurus hal ehwal kebajikan murid, antara yang diutamakan: 2.1.1 murid yang miskin. 2.1.2 murid yang ada penyakit. 2.1.3 murid yang ditimpa kemalangan. 2.1.4 murid yang ditimpa bencana. 2.1.5 murid yang kecemasan. 2.1.6 murid yang kematian. 2.2 Mengurus skim takaful / perlindungan murid secara berkesan. 2.3 Merancang program untuk mendapat bantuan dan sumbangan dari pelbagai pihak untuk kebajikan murid. 2.4 Membina satu mekanisme pengurusan kebajikan murid yang berkesan, antaranya; 2.4.1 menyusun senarai nama murid yang layak dan mengikut keutamaan. 2.4.2 mengadakan rekod senarai penderma / penyumbang. 2.4.3 mencatat penerima derma / sumbangan yang selalu dikemaskini dari semasa ke semasa. 2.5 Mengurus tabung / dana kebajikan murid dan unit hilang / jumpa. 2.6 Menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti membantu badan kebajikan luar. 3 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya dari semasa ke semasa
BUKU PENGURUSAN SMKAKL 2024 JAWATANKUASA PENDAFTARAN MURID DAN DATA [APDM & SSDM ] Tugas dan tanggungjawab 1 Menyelia perjalanan urusan pendaftaran murid, pertukaran jurusan, pertukaran sekolah dan rekod-rekod murid. 2 Merancang dan melaksanakan program Minggu Silaturrahim untuk murid-murid baru (bekerjasama dengan Guru Kaunseling dan Warden). 3 Bekerjasama dengan guru tingkatan semasa proses pendaftaran murid baru dijalankan. 4 Menyediakan borang-borang dan maklumat berkaitan untuk dikepilkan bersama surat tawaran. 5 Memastikan buku Laporan Prestasi Murid, Buku Daftar Kemasukan dan Rekod Kesihatan 6 Murid, Laporan Disiplin Murid sentiasa kemaskini dan terkawal. 7 Menyemak dan memastikan data-data peribadi murid yang baru mendaftar dilengkapkan oleh Guru Tingkatan. 8 Memastikan murid-murid baru didaftar dan mempunyai nombor pendaftaran serta butiran mengenai diri murid diisi dengan lengkap dalam Buku Daftar Kemasukan. JAWATANKUASA DISIPLIN DAN AKHLAK MURID Tugas dan tanggungjawab 1 Merangka serta menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan arahan / buku panduan serta pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri. 2 Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah. 3 Membuat keputusan tentang-tentang kes-kes disiplin yang dikemukakan oleh guru dan pengawas. 4 Mengesan dan mengesahkan kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan. Setiausaha Jawatankuasa Disiplin atas nasihat Pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes- berat kes mengenai disiplin. 5 Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah. 6 Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan. 7 Berusaha menanamkan semangat cintakan sekolah serta mengamalkan prinsip Rukun Negara. 8 Menerima laporan pengawas/guru dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. 9 Membuat keputusan tentang kes-kes disiplin yang dikemukakan oleh guru dan pengawas. 10 Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk mengesan murid yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah. 11 Menyedia dan membekal data serta maklumat disiplin kepada KPM/JPN/PPD. 12 Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin murid. 13 Menjadi Pegawai Penghubung antara ibu bapa/ penjaga dalam menangani masalah disiplin. 14 Mendapat bantuan pihak polis sekiranya murid terlibat dengan kes jenayah. 15 Memantau dan melaksanakan perjalanan perhimpunan rasmi dan perhimpunan khas. 16 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING Tugas dan tanggungjawab 1 Khidmat Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) meliputi 4 fokus, iaitu: 1.1 Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid. 1.2 Peningkatan disiplin diri murid.