The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kiruthika1006, 2022-06-11 12:00:42

KAJIAN LAPAN BUAH NOVEL DI TINGAKATN 4 DAN 5 EMPAT ZON DI MALAYSIA

P.Kiruthika 4R

KAJIAN LAPAN BUAH NOVEL DI
TINGAKATN 4 DAN 5

EMPAT ZON DI MALAYSIA

Nama: Kiruthika A/P Pushpanathan
No. Maktab: PB190228
Kelas: 4 Razzi
Homeroom: Cikgu Suria
Nama Guru: Cikgu Norakma

Nom. Isi Kandungan Halaman
1. Tajuk 3
2. Penghargaan
2.1 Pengenalan Setiap 8 Novel 4-5
2.2 Cerita Secara Ringkas Tentang Novel 6-8
2.3 Biografi Setiap Penulis 9-12
3 Kulit Hadapan dan Kulit Belakang Novel
3.1 13-22
3.2 Sinopsis 8 Novel 22-103
4. Sinopsis Keseluruhan Setiap Novel 104-106
5. 107-108
6. Sinopsis Setiap Bab 8 Novel 109-110
7. 5 Kekuatan Setiap Novel
7.1 111
7.2 5 Kekurangan Setiap Novel
5 Cadangan Penambahbaikan Setiap Novel

Rujukan
Rujukan Novel
Rujukan Link Web

1.0 PENGHARGAAN

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang
telah menolong dan memberi kerjasama yang tidak ternilai untuk menyiapkan Folio Kajian 8
Buah novel tingkatan 4 dan 5 di Malaysia.

Terlebih dahulu, saya berterima kasih kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan
tugasan Folio Sukan Kegemaranku ini dengan sempurna dalam jangka masa yang ditetapkan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Norakma selaku guru Bahasa
Melayu Tingkatan 4. Beliau telah memberikan panduan, bimbingan serta memberi maklumat
sepanjang menyiapkan folio ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah
memberikan dorongan dan sokongan kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat sepanjang menyiapkan folio ini.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penyiapan folio ini. Saya juga ingin memohon
kemaafan jika ada sebarang kesalahan yang tidak disengajakan dalam folio ini. Sekian, terima
kasih.

2.0 PENGENALAN SETIAP 8 NOVEL
2.1 CERITA SECARA RINGKAS TENTANG NOVEL
2.1.1 LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP TALIB

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7
pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin
Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya penulis novel sejarah prolifik Abdul Latip Talib,
memaparkan kisah serangan terakhir askar Jepun di Singapura serta keberanian dan
keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

2.1.2 DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR

Untuk makluman, novel ini ditulis oleh Dayang Noor atau nama sebenarnya Noor Aziza pada
tahun 2012 dan diterbitkan oleh UTM & Utusan Publications. Penulis yang merupakan
graduan Ijazah Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai pertandingan
sayembara anjuran Utusan bagi karya Di Sebalik Dinara. Walaupun hanya mendapat
saguhati, novel ini berjaya dipilih dalam KOMSAS kerana mempunyai tema yang menarik
iaitu fiksyen spekulasi berlatar belakangkan sains dan teknologi.

2.1.3 JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

Untuk makluman semua, novel ini mengisahkan tentang dari jendela terkuak yang
menghadap jalan, Lili mengaut beribu pengalaman yang menerjah dari luar. Juga menghadam
makna hidup dari isi rumah yang penuh sejarah. Cerita datuk yang teguh memaut tradisi,
kisah nenek yang mengembara mengutip kematangan usia; semuanya mencantumkan
keinginan Lili untuk mengetahui falsafah di sebalik jendela itu.

2.1.4 PANTAI KASIH KARYA AMZAH NORDIN

Untuk pengetahuan semua, novel Pantai Kasih yang diterbitkan pada tahun 1994 ini
merupakan karya Azmah Nordin. Penulis kelahiran Kedah yang menetap di Sabah ini mula
menceburi bidang kesusasteraan pada 1986 dan meminati penulisan sajak, cerpen serta novel.
Antara pencapaian beliau adalah Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 bagi cerpennya,
Singkowoton serta Hadiah Pertama Peraduan Mengarang Cerpen Maybank-DBP 1991 bagi
cerpennya, Mikrotome.

2.1.5 SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP

Novel ini merupakan karya Khairuddin Ayip yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau
telah menghasilkan pelbagai karya kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak. Hasil
penglibatannya dalam penulisan kreatif, beliau telah memenangi beberapa anugerah seperti
tempat pertama dalam peraduan menulis Novel Kanak-Kanak DBP pada tahun 1987 dengan
karya Sayang Disayangi. Selain itu, beliau juga berjaya mendapat tempat pertama dalam
peraduan menulis Novel Remaja DBP pada tahun 1990 dengan karya Songket Berbenang
Emas.

2.1.6 TIRAINI KARYA BEN SABARIAH

Novel Tirani karangan Beb Sabariah tidak sekadar sebuah novel yang sarat dengan
penceritaannya tetapi lebih daripada itu. Pengarang turut menyelitkan warna budaya dan
resam masyarakat setempat khususnya etnik Sarawak. Keunikan etnik Sarawak
diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha gigih watak utamanya, Waheeda dalam
mempromosikan industri pelancongan negeri Sarawak di mata dunia. Lumrahnya,
kebanyakan novel akan menjalurkan pelbagai permasalahan semasa, terutama dalam skema
hubungan interpersonal, seperti persahabatan, rumah tangga, ukhuwah, agama dan
kekeluargaan

2.1.7 BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP

Untuk pengetahuan semua, novel ini merupakan karya penulis yang bernama Sri Rahayu
Binti Mohd Yusop. Beliau yang menerima pendidikan di Sekolah Tun Fatimah dan Universiti
Otago, New Zealand dalam ijazah sarjana muda TESL kini merupakan seorang guru di
peringkat sekolah menengah. Karya ini menjadi salah satu novel di dalam KOMSAS
Tingkatan 5 kerana ia mengetengahkan penceritaan yang menarik tentang alam sekitar dan
pencemaran cahaya.

2.1.8 SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

Novel komsas Tingkatan 5 ini telah dihasilkan oleh Nizar Parman yang merupakan anak
kelahiran Batu Pahat, Johor. Beliau telah menamatkan pengajian ijazah asas di Universiti
Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah dan merupakan seorang
guru di SK Seri Lalang, Kluang. Novel ini merupakan hasil penulisan sulung beliau dan telah
memenangi tempat kedua sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 bagi kategori novel
remaja.

2.2 BIOGRAFI SETIAP PENULIS NOVEL
2.2.1 LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP TALIB
Abdul Latip bin Talib (lahir 2 Jun 1954) ialah seorang penulis
yang aktif dan terkenal di Malaysia. Beliau mula
menceburkan diri di dalam bidang penulisan sastera bermula
pada tahun 1999. Beliau terkenal sebagai penulis prolifik
melalui novel-novel sejarah Islam yang ditulis beliau yang
dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam.

2.2.2 DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR

Nama sebenar beliau ialah Noor Aziza Binti Sulaiman. Latar
belakang Pendidikan beliau ialah mendapat Ijazah Kejuruteraan
(Elektronik dan Komputer) di UPM. Selain itu, beliau mempunyai
15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT. Beliau juga
mendapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kerayong,
Triang, Pahang seterusnya menyambung Pendidikan di Sekolah
Tun Fatimah, Johor Bahru.

2.2.3 JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

Ruhaini Mat Darin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota
Kinabalu, Sabah. Beliau mendapat Pendidikan sehingga Sarjana
Pengurusan Kewangan, pernah berkhidmat sebagai juruaudit,
pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah
syarikat pembinaan. Beliau juga pernah berkhidmat di Tak
Community College sebagai tenaga pengajar separuh masa
program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016, beliau
memilih untuk bekerja secara freelance supaya boleh menulis pada
bila-bila masa yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih
bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk membayar bil dan
cukai-cukai. Alumni Mastera novel 2016. Beliau juga adalah
pengasas bersama SUNTIK, sebuah program bicara eceran (puisi
dan cerpen) di surat khabar Sabah yang dianjurkan setiap bulan
bermula bulan Ogos 2017

2.2.4 PANTAI KASIH KARYA AMZAH NORDIN

Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia.
Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah
Nordin kemudiannya mendapat pendidikan rendah dan menengah
dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak ke
Sabah dan menetap di sana. Beliau mula dengan dunia penulisan pada
awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana. Kecenderungannya
menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau
meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.

2.2.5 SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP

Khairuddin Ayip dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25 Februari 1962. Beliau
telah menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Pintas Raya, Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Ismail , dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk
Bentara Luar. Beliau banyak menghasilkan buku kreatif seperti novel remaja,
cerpen dan sajak. Hasil penglibatannya dalam bidang penulisan kreatif, beliau
telah memenangi beberapa anugerah seperti tempat ketiga Sayembara Hadiah
Sastera Remaja ESSO-GAPENA II, 1980 (Guruku Ibuku Jua), tempat pertama
Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1987 (Sayang Disayang), tempat
pertama Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 , dan banyak lagi. Kini,
beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches +
(SISC +) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

2.2.6 TIRANI KARYA BEB SABARIAH

Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di
Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Beliau mula aktif dalam
penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta
rencana kritikan sastera. Selain itu cerpen dan puisi beliau juga pernah disiarkan
dalam akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan, Berita Minggu,
Utusan Sarawak, Mingguan Sarawak serta Majalah Dewan Sastera dan Majalah
Wanita. Beliau juga penerima Anugerah Penghargaan Penulis Sarawak oleh
DBP Cawangan Sarawak pada tahun 2001 dalam genre puisi dan Naib Johan
Sayembara Menulis Cerpen sempena sambutan 50 tahun DBP-2006 dari
bahagian Penerbitan dan Penulisan Sastera Kreatif DBP Cawangan Sarawak.

2.2.7 BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Sri Rahayu Mohd Yusop adalah seorang penulis wanita dari Malaysia.
Pada 31 Oktober 2011, dalam majlis penyampaian Hadiah Sastera
Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2010 (HSKU) Sri Rahayu bagi tahun
keenam berturut-turut apabila karyanya Bima Sakti Menari
diumumkan sebagai pemenang tempat pertama. Sebagai pemenang,
Sri Rahayu membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,000 dan
hadiah iringan.HSKU kali ke-26 ini dianjurkan sejak 1985 dan ia juga
merupakan antara acara sempena program Sastera Utusan 2011 yang
turut memuatkan Malam Puisi Utusan 2011 pada 5 Oktober 2011.

2.2.8 SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di
Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat
menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau juga
lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992. Beliau bermula dengan
membaca karya hebat seperti Konserto Terakhir, Rimba Harapan, Seorang Tua di Kaki
Gunung, Daerah Zeni, dan Senjakala. Karyanya berupa cerpen, puisi, dan rencana tersiar di
pelbagai media, seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Dewan Siswa,
Dewan Pelajar, Pelita Bahasa, Mingguan Wanita dan URTV. Hasil kegigihannya menulis dan
berkarya, Nizar Parman telah meraih pelbagai anugerah. Pada tahun 1995, beliau meraih
gelaran johan sayembara mengarang cerpen guru peringkat negeri Perak, tempat ketiga
mengarang cerpen guru anjuran Bahagian Pendidikan Guru.

2.3 KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL
2.3.1 LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP TALIB

2.3.2 DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR

2.3.3 JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

2.3.4 PANTAI KASIH KARYA AMZAH NORDIN
2.3.5 SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP

2.3.6 TIRANI KARYA BEB SABARIAH
2.3.7 BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP

2.3.8 SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

3.0 SINOPSIS 8 NOVEL
3.1 SINOPSIS KESELURUHAN
3.1.1 LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP TALIB

Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal,Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu
masih berada dalam kemiskinan.Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah
yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak
Milah,iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak,iaitu Adnan,Ahmad dan
Amarullah.Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi.Sejak kecil,Adnan rajin
membantu keluarganya dan merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya.Walaupun
usianya baru mencecah sepuluh tahun,setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah
membantu orang tuanya menoreh getah.Selain itu,dia turut membantu keluarganya
mengerjakan sawah bendang.Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan
duduk bersembang di kedai kopi.

Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan.Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi
orang buruan inggeris.Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa
Adnan.Semangat patriotic yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal.Pak Saidi amat mengambil
berat tentang sejarah tanah air.Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang
Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri.Para penjajah telah mengambil kekayaan
negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan.Nasib orang Melayu
terpinggir dan tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi
pekerjaannya.Pengetahuan Pak Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh
penduduk kampungnya.Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu
seperti Syed Syeikh Al-Hadi.Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said,Mat Kilau,Datuk
Bahanam,dan Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat
patriotisme yang ada dalam dirinya.

Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan
terbaik untuk anak-anaknya.Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama,bangsa,dan
tanah air.Oleh sebab itu,Adnan telah dilengkapi dengan ilmu keagamaan dan ilmu
persilatan.Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat
dibangunkan.Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang melayu menjadi

pandai.Pelajaran yang diperolehi mereka setakat boleh membaca dan menulis sahaja.Atas
dasar itu,Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris
untuk memperoleh ilmu pengetahuan.Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada
masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama
Kristian dan seterusnya menjadi murtad.Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan
semangat Pak Saidi untuk menghantar anak-anaknya menimba ilmu di sekolah aliran
inggeris.Bagi Pak Saidi,masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang Inggeris yang lebih
maju dalam pelbagai bidang keilmuan.Anak-anak perlulah dilengkapi dengan ilmu
pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih pemerintahan negara ini
daripada tangan penjajah.

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan terkenal
sebagai pelajar rajin dan pintar.Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan
juga guru-guru sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar.Setelah tamat
persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal.
Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya.Cita-citanya hanyalah satu,iaitu untuk menjadi
askar.Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port
Dikson.Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di
pelosok kampung.Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk
menjadi tentera.Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut
Inggeris.Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya.Beliau menjadi
pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25
orang.Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam
perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di
London.Adnan telah berkahwin dengan Sophia,anak Pak Fakih.Adnan membawa Sophia dan
anak-anaknya ke Singapura.Namun,Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya dan isterinya
pulang ke kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu
bahawa Jepun mahu menyerang Singapura.Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.

Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya
menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu menjadi
tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu.Pada 1 Januari 1935,pasukan percubaan
Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota

sebanyak 150 orang.Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi 232
orang.Mereka dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan platun mesingan,seksyen
semboyan, dan unit tambur.Pada 1 Januari 1938,Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan
dengan dianggotai 17 pegawai British,6 pegawai melayu,11 pegawai waran,759 pegawai,dan
lain-lain pangkat.Pada bulan Mac 1941,Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi
dua batalion.Mereka diberi tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada
serangan Jepun. Pasda Sabtu 6 Disember 1941,satu persidangan telah berlangsung di Manila
yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.Laporan
perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia.Risikan
mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal
tempur,kapal penjajap,dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal ini merupakan
isyarat jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan
askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember
1941.Pada hari pertama askar Jepun mendarat,mereka telah ditentang hebat oleh askar
Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai.Pada hari
kedua,kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai
menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini banyak menyebabkan askar India yang
berkhidmat dengan tentera British melarikan diri.Namun,askar Melayu terus bertahan dan
berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun.Namun,pada hari ketiga,askar Melayu yang
sedang bertempur diarahkan berundur.Dengan itu,askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan
setelah tiga hari bertempur. Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat
dihancurkan oleh Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di
Kota Bharu,Kelantan.Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun
yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya,negeri-negeri di
Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun.Kemudian,mereka terus mara ke
Singapura dan dalam masa 69 hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun. Pada
mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan askar
Jepun.Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun mendarat di Kota
Bharu,Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai.British juga
menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan Repulse untuk
mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua buah kapal perang kebanggaan
British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan

kamikaze.Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan British sekali
gus melemahkan moral dan semangat askarnya.

Namun,mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap
kebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat
ditembusi oleh askar Jepun.Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di
Singapura,askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang
hebat. Sebanyak 152 orang askar melayu,termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan ke
Rejimen Askar Melayu terkorban.Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu
termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi.Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya
yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang terakhir.Pada 15 Februari 1942,
askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran hebat.Akhirnya
British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

3.1.2 DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji
DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana
Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa
bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan
Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek
mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap
projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di
rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah
pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta
kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu. Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab
terhenti. Farisha dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk
menulis sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem
Dinara. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah
physical backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-
sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah
dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah
berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara.

Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan
Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang
menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina
bukanlah persoalan yang besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle
Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua
orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian,
Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa
Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga
Azraai.Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan
Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha
tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat.
Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada
fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap
kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram,
Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr.
Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan
tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah
sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan.
Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida
yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda
Shida namun gagal. Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha.
Setelah Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai
membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida
berhubung dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa
ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara
serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan
mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap
seorang wanita hingga cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui

bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya.
Medina pernah menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke
Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang
didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya
mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan
menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran
tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi.
Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan
komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar
rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl
(Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan
Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara
dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat
bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan
Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem,
Aqram terus terdiam.

3.1.3 JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

Novel ini dimulakan dengan kisah Lili yang berat hati untuk pulang bercuti ke kampung
datuk dan nenek kerana mahu memanfaatkan cuti sekolah terakhirnya bersama rakan-rakan.
tetapi demi menjaga hati ibunya, Lili akur dan pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang
ke kampung, Lili bertemu dengan Geetha dan Danel di dalam bas. Tanpa sedar, mereka
berkongsi kisah-kisah kehidupan penduduk kampung kepada Lili. Datuk Lili enggan
menjawab pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan jendela kampungnya. Lili mula
tertarik dengan suasana kampung yang bertentangan dengan gaya hidup di bandar. Datuk Lili
merupakan pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan pertemuan Lili dengan Danel
dan Geetha. Ibu Geetha dan Bapa Danel telah lama menggunakan khidmat datuk Lili. Sejak
hari pertama tiba di kampung, Lili disambut dengan isu memasang kubah surau dan
pembinaan masjid dalam kalangan penduduk kampung. Lili juga mendengar tentang isu
anak-anak Che Jah yang terlibat dengan penyalah gunaan dadah serta gemar mencuri. Lili
memikirkan tentang masalah yang dihadapi Kampung Sentosa dan menyuarakannya kepada

nenek tetapi neneknya selalau meminta agar jangan masuk campur hal-hal orang dewasa.
Semasa pulang dari pekan, Lili telah diculik oleh Rafik dan Haziq yang merupakan anak Che
Jah. Lili telah berjaya diselamatkan oleh Danel. Lili tidak marah sebaliknya bersimpati
dengan keluarga Che Jah dan sikap keterbukaan Lili berjaya mengubah pendirian datuk dan
neneknya untuk mula mengambil berat denagn keadaan sekeliling. Cuti ini bermakna kepada
Lili kerana pandangannya diterima oleh datuk dan orang-orang kampung yang lebih dewasa
untuk membantu keluarga Che Jah mendapatkan pengadilan dari segi undang-undang dan isu
pemasangan kubah surau. Lili, Geetha dan Danel menghabiskan sisa cuti mereka di kampung
dengan menikmati suasana matahari terbit. Lili enggan pulang ke rumahnya kerana gembira
dengan pengalaman yang dihadapi. Begitu juga dengan neneknya yang mulai bercerita
tentang jendela menghadap jalan. Setelah berpisah, Danel menulis surat kepada Lili dan
menceritakan tentang Geetha dan rencana-rencana tentang pisang yang ditulisnya

3.1.4 PANTAI KASIH KARYA AMZAH NORDIN

Karya penulisan novel ini mengisahkan tentang seorang doktor muda yang bernama Raiha.
Beliau telah menghadapi pelbagai cabaran sebelum berjaya menjadi seorang doktor bedah.
Raiha juga gagal dalam perkahwinannya bersama Dr. Sadiz. Selepas itu, Raiha menerima
pelawaan mentornya, Doktor Uwang untuk bekerja di sebuah pusat rawatan mewah yang
dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih. Raiha merasakan sesuatu yang aneh sepanjang
bertugas di pusat rawatan tersebut kerana pesakit yang sama mempunyai komplikasi yang
serupa beberapa kali. Dalam masa yang sama, Raiha dihantui kisah silamnya bersama bekas
suaminya. Walau bagaimanapun dia tetap tabah meneruskan kerjaya dalam bidang perubatan.
Dr. Raiha cuba meluahkan keanehan yang dilihat di pusat perubatan kepada Doktor Uwang,
tetapi mentornya tidak senang dengan luahannya. Raiha juga sebenarnya berminat dengan Dr.
Uwang sejak menjadi pelajar di IPT dahulu. Peristiwa aneh berlaku semakin kerap sehingalah
Dr. Uwang mengalami kemalangan jalan di pusat rawatan. Akhirnya, kejadian antara Raiha
dan bekas suaminya dihuraikan dan Raiha sedar bahawa di merupakan seorang mangsa
keadaan.

3.1.5 SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah

melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah
tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar.
Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari
dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.
Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya
menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran
ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

3.1.6 TIRANI KARYA BEB SABARIAH

TIRANI mengisahkan seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan
atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa
Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergualan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik
Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi
atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya
mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam
bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan
suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan
kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagian rumah
tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehinya itu yang
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan
harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya.
Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh
sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya
yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid.
Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan
menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid terselah
satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

3.1.7 BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa
yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi
oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata
kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul
Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah
bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima
oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang
berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat
yang berlaku di Kuala Selangor. Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri
kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ,
apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman
mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad
Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian
agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan
Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang
awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington
dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan
projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua
Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu,
Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul.
Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk
berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula
diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis
di IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk
setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan
Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang
lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke

pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

3.1.8 SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa
Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan.
Haiqal dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang
separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun
mendapat tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan nama Abdullah
Kayan dalam hidup Haiqal.Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik
oleh masyarakatnya. Di kampung itulah dia mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya
melalui orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan oleh ayahnya
dalam manuskrip lama itu seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di
kampung itu. Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu,
malahan beliau merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan
Aksara di kampungnya. Oleh sebab kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup
meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini
diwariskan kepada Haiqal. Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu? Manuskrip
lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan.

3.2 SINOPSIS SETIAP BAB
3.2.1 LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP TALIB

Bab 1

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan
Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan
sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang
Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu
kerana sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu.
Penjajah ( British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu
menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.

Bab 2

Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung
Sungai Ramal bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung
menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang
menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah
pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering
membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah.Pagi-pagi Adnan ke kebun getah membantu
ayahnya, setelah solat Zohor dia akan turun ke sawah pula untuk membantu ayahnya.

Bab 3

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya
yang sedang belatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan
minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar
bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak
mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab
walaupun ketika membantu keluarganya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anak Pak
Saidi tidak pernah dikecewakan olehnya. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu,
Adnan meminta ayahnya membuat senapang kayu pula.

Bab 4

Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak
Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab
itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan
menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu
bersedekah buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan kepada anak-
anaknya bahawa asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga
menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British.
Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak memandang serong. Pak Saidi
menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya
dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British boleh masuk dan menjajah
Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan British bukan melalui
senjata tetapi melalui politik.

Bab 5

Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adnan menyatakan
hasrat untuk bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau
Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi
berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah
agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang
kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris.
Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada
ketiga-tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya
akur dengan kehendak Pak Saidi.

Bab 6

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang
tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak
Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap
pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat
memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di
sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam
agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap
anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya
supaya tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh orang lain.

Bab 7

Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya
di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan
Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak
menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka
masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik
sebaliknya anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk
kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak

Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak
Saidi.

Bab 8

Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan
getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil
tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi
tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak
melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak
bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa
yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia
marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal
anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di
tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh
Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia
menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga
akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya
mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.

Bab 9

Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah
Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia tidak akan lupa agama
dan tidak akan berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi di waktu
malam dia tetap belajar mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan
bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan mahu menjadi askar supaya dapat
mempertahankan Negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua
lembaga yang tidak dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari
lintang pukang, walaupun ada seorang yang mengena belatinya. Rupa-rupanya mereka
mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki.
Dia membertahu isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam
tempoh hari dan dibaling belati oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap

hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap untuk menjadi askar yang dinyatakan kepada
Cikgu Anderson.

Bab 10

Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk
Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari
luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu
apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia
tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada
hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.

Bab 11

Pak Saidi bertanya kepada Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia
seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan
pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya
Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak
berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan
Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh
Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat
Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan
semangat kepada Adnan dan semakin bertambahlah semangat berkobar-kobar Adnan kerana
mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara,
Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.

Bab 12

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas
hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh
Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak
muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang
dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana
beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan
bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah

setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan
bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan
ayahnya.

Bab 13

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar di
sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita
menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu.Semenjak
kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya
semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada
masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama
dalam kalangan guru-guru.

Bab 14

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-
anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi
tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera
British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan
Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan
terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera.
Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

Bab 15

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem
latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori
barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima
menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke
rumahnya.

Bab 16

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan
mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan

seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling
mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah
dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke
Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti
selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu
rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Bab 17

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih
menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan
dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi
dari London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya bernama Sophia Pakih
Muda

Bab 18

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak iaitu dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941, Leftenan Adnan Saidi ditempatkan
di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di
Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Mereka hidup bahagia.

Bab 19

Apabila berlaku Perang Dunia Pertama dan Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu
maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini
merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di
Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengatur persiapan. Askar Melayu dan
tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat
sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-
jaga.

Bab 20

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang
juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka
mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa
British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang
Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut
merupakan kawasan yang penting. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu
berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah itu kubu-kubu siap dibina
melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa
Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka
tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah
memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira
apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya
dalam keadaan selamat. Sebenaranya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat
untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus
mempertahankan tanah air.

Bab 21

Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir
Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan
serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit.
Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.Cadangan
Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau,
dapatlah pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi
mereka. Akhirnya penduduk kampung mula mempercayai bahawa Bukit Candu akan
diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Dalam keadaan yang genting itu, dua
lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan
pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-rupanya
mereka hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.

Bab 22

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pengkalan
tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan
diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya
Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhiranya

Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan dan
dipantai. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila
cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera
Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan.
Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di
Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang
sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan
gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.

Bab 23

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai
perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir
kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam
angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap
risau sekiranya berlaku peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-
adiknya sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi
tanah air.

Bab 24

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil
sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah
memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan
unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi
suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka
menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan
berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar
Jepunm termasuk komander batalionnya iaitu Mejar Nakamura yang mengetuai orang-
orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya
mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti
bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di

pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak
sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit
pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai
tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya
menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran
ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan
meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja
kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi
kedudukan Dogra. Walaupun membuat serang balas, kedudukan supai India tidak dapat
dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.

Bab 25

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan Tentera
British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara
di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan
Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang
dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun
mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British
di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan.
Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta
Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak
musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun
Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun
dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang perupakan kapal
Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan
tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan, Alor Star dan Sungai Petani.

Bab 26

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebangaan British
HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan.

Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu Berjaya dikesan oleh pihak Jepun.
Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah
kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British Berjaya ditenggelamkan
oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen
Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta
kebal bagi menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita
memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan Brtish di Pulau
Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap
kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun
menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera
infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau
bagaimapaun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di
dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut.
Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.

Bab 27

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun.
Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-
mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu
persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang
selama ini dianggap paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di
Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan
Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah
Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah
Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad
dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari
maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix
dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa
kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.

Bab 28

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral
Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian
utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya

memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan atileri
Jepun pula menyerang Pengkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas
tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara
Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa
memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah
pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen
Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang
masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota
pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu
memberikan tentangan sengit kepada musuh.

Bab 29

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampong datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang
tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah
pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu
Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam
keesokannya mereka berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang
pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera
Jepun menambahkan kebimbangan Jenaral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik
serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan
askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera
Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah.
Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja
askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.

Bab 30

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh,
mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila
dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya
bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu
berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara

kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit
Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan
berani. Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan
tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan
hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang.
Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh telah ditawan. Adnan tidak
sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera
Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.

Bab 31

Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut
hingga musnah.Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera
Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah
tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal
terbang Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di
Bukit Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan
semakin genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan
akhirnya meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak
serancak mula-mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah.
Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan
sebagaimana janjinya.

Bab 32

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk
bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis
Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan
menggunakan bayonet tetapi mereka kekal bertahan menyebabkan pihak musuh kecewa.
Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi
enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan
darah terakhir. Keberaniannya telah menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk
bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun marah kerana keberaniannya menentang musuh
sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan
guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah
itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun

kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu.
Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang
tergantung pada pokok tersebut dengan bayonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

Bab 33

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji
Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit
Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya.
Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan
ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga
terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun
menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir.
Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu
mengebumikannya.

Bab 34

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang.
Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak
akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang
tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang
pendudukan Jepun di tanah Melayu

Bab 35

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa makan ubi,
pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh
ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah
akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu
diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan
mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan
menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal
dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama

memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya
mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat
tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit
leukimia dan meninggal dunia.

3.2.2 DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR

BAB 1

Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem baru sahaja selesai
bermesyuarat di NusaJaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalan
dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapalterbang ke
KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang merupakan
pusat kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha
terperanjat sekali lagi apabila melihat pintunya juga telah terpasang “retinal scanner”. Farisha
terpaksa menunggu Shida kawan serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan JUJU
sebuah android untuk masuk ke apartment mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia
akan menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya
Aqram sudah dapat mencuri cawan minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan
dapat bekerjasama dengan Dr.Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.

BAB 2

Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah simposium
yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa.
Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur kedudukan dalam
simposium tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana
Phillips Young menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa
diduga Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram menyatakan
keinginannya mencari jururunding untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu
Aqram telah berjaya menerobos fikiran Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen
berwarna perak. Tetapi pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis
segala maklumat yang dikumpul dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan
cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.

BAB 3

Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek, Farisha
dan Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di
Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi
peringkat kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5
juta kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum
pulang Farisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah.
Projek Dinara yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.

BAB 4

Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di
Cyberjaya. Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul
Anwar di Soft Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang
canggih termasuklah penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan
beberapa bilik dan ruang di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya
apabila dia memasuki pusat data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan
data. Di sinilah Farisha mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara. Pada petangnya barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan
mereka pulang bersama-sama. Namun dalam masa yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul
Anwar mengadakan perbincangan. Rancangan mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha
dan Shida untuk berada di Soft Lab untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat
perlukan Shida juga sebagai physical backup kepada Farisha. Mereka akan mengusahakan
untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana yang ada dalam tubuh
Farisha. Pada malam itu juga Dr.Maxi akan memadamkan beberapa ingatan dan perasaan
Alia sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan mengganggu rancangan yang diatur untuk
Farisha dan Shida.

BAB 5

Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida dibawa oleh Khairul
Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod program
yang ada dalam Soft Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat kepada
Farisha. Aqram menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor
di dalam Dinara, tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya

menyusupkan satu virus bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa
yang ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 dia perlu
membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada petang itu
juga Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas
di Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan
bayaran dua kali ganda daripada perjanjian awal.Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan
kepala yang berat memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya
amat berat. Di Soft Lab, Alia pula bertengkar dengan Dr.Maxi kerana banyak data
pengetahuan dan perasaannaya telah dipadamkan dan tindakan Alia itu juga menggambarkan
dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan lain ada sebarang
hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman
tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat di
Senawang itu untuk membesarkan lagi skop kerjanya.

BAB 6

Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu. Farisha
berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip ke
dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan Karl.Dalam komunikasi itu Karl
meminta pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh kerana tidak dapat
mengesan butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas
beberapa ketika Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang
diberikan oleh Aqram. Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan
tentang seorang penyelidik yang bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat
dikesan. Hal ini diterangkan oleh Shida melalui kajiannya di Arkib.

BAB 7

Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell. Ketiga-
ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka berbincang tiba-
tiba Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya.
Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas pulang. Sementara itu
mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai
runcitnya kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan
membawa beberapa perkakas besi termasuk suatu barang yang serupa dengan piring tv
satelit. Tiada laporan polis dibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang

oleh Abang Azraai utk makan malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai,
kak Mariah dan kedua-dua anak mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih
apabila dia mendapat tahu abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat
mengejutkannya ialah, dirinya adalah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu
Farisha tidak dapat melelapkan mata.

BAB 8

Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba Farisha
pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan
Dr.Maxi hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama
tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha
dibawa ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa
Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi
ingin tahu sama ada Farisha mengandung.

BAB 9

Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan Farisha
dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam
dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan
teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30
petang mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan cuba
mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu
bukti yang menyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat.Apabila Shida dan Rosman
melawat Farisha, dia sangat lemah dan terdapat satu benjolan kecil di belakang
tengkuknya.Tetapi Farisha menyatakan itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit
kemudian, Farid dan Amin datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk mendapatkan
maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh WALL. Tetapi
kali ini meraka berjaya kerana WALL lemah apabila Farisha lemah. Selepasitu Aqram pula
mencari maklumat pada badan Farisha menggunakan satu alat sepanjang enam sentimeter.
Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang menunjukkan tahap kesihatan
Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya Azraai meminta doktor
memberi ubat tidur. Azraai juga membohongi doktor bahawa mikrocip di dalam badan
Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam pengetahuan Farisha yang dia sendiri
sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti. Perkara itu juga adalah amanah ibu

bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti
berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Tengah malam itu Dr.Maxi menyarankan bahawa
Shida akan menggantikan tempat Farisha.

BAB 10

Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik bernama
Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk
menanam mikrocip telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas
sedar, apa yang dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak
balasnya lebih teruk lagi. Tetapi Dr.Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini
selepas lima minit. Ini akan merosakkan otak seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha
dalam tidak sedar dapat berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagai
mummy. Di suatu tempat yang lain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat
melihat keajaiban teknologi kerana perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan
berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan mengatakan dia berjaya menghubungi
anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya lebih hebat daripada lelaki itu. Farid menyanggah
perbuatan perempuan tua itu kerana sanggup melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri. Dia
tidak peduli. Apa yang dia mahu adalah inginmembuktikan siapa yang benar dan yang lebih
hebat daripada ‘lelaki’ itu. Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha, dan tidak
pulang ke rumah malam tadi. Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah
menerima mikrocip WALL atau kesilapan Dr.Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas
Shida. Shida tidak mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing
liar yang ketakutan.

BAB 11

Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan daripada
abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang dia tahu tentang
Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada
dijadikan bahan ujikaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang
lagi telah diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa
dia dapat berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan
bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke
arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah
daripada orang tersebut di Perhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh

Dr.Maxi untuk mempengaruhi otak Shida. Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi dengan
Karl melalui Shida. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang
disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang akan bukan sahaja memusnahkan Dinara tetapi
ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha sudah meninggalkan Kuala Lumpur.
Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam perjalanan Farisha diculik pula oleh
dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa yang sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada
Shida. Karl bercakap melalui Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang
budak pengemis yang bernama Muhammad Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul
Anwar sangat berang. Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorang wanita sehingga
menjadi cacat.

BAB 12

Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa Farisha
bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh ibunya tetapi
terhenti apabila brek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di SoftLab,
Alia berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah dirinya
yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan meninggalkan agamanya dan nama asalnya ialah
Rusmina. Perbualan antara Alia dan Shida dapat disaksikan oleh Dr.Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan akibat yang akan ditanggung
oleh Shida akibat pemindahan maklumat pahit dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam
otak Shida. Berdasarkan laporan yang tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan
kepada Khairul Anwar dan Aqram bahawa ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi
gagal dan mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar Rosman dapat
mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft Lab Cyberjaya. Azraai juga menuju ke
sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan yang dipandu oleh Farid dan
Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan bertemu emaknya yang sudah
sangat lama ingin bertemu anaknya itu. Namun Farisha marah dan ketakutan tidak mahu
berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam keadaan kaki dan tangan terikat mahu dia
dihantar kepada abangnya Azraai. Farid dan Amin tidak ambil peduli. Manakala di Soft Lab,
Shida menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagukegemaran Karl. Alia mendengar. Alia
berkomunikasi dengan Karl melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu bahawa Karl gagal
mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat mengetahui bahawa Alia tetap
berasa cemburu terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah beberapa program dalam
mindanya diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan

pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah stesen
minyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati Farisha,
menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalu
menempelak Marilyn yang dia pernah ingin membunuhnya dulu. Suis alat pemintas untuk
melemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan.

BAB 13

Dr.Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau menyatakan bahawa
kesihatan Karl teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus menghubungkan fikiran Karl melalui
Shida. Dr.Maxi dapat berbual dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun dan
bertindak melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara.
Kebijaksanaan ini diterima oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya 26
tahun dahulu. Dalam masa yang sama Farisha telah berada di situ bersama-sama
Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah
ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri
untuk kepentingan kajiannya di SoftLab iaitu mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi
musuh kerana Karl telah mensabotaj fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan
dan akibatnya Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr.Maxi
dan Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu
keluarga Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg seperti Alia.

BAB 14

Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yang
sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr.Haris menyatakan bahawa
aktiviti otaknya semakin menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati
Karl. Bermula dengan Aqram, Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha.
Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Tepat pukul
tujuh malam Dr.Haris mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah
mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson.
Selepas upacara itu semua orang bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa
Karl masih hidup. Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti
Karl. Dalam percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk
menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu
bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.

3.2.3 JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

Bab 1

Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di
kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili
tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga
hati ibunya.

Bab 2

Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
menyandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh.
Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam
perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-
sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan
Kejuruteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah
yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang
diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.

Bab 3

Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili
sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa
semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu
mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang
menunggu Abang Rashid untuk pulang.

Bab 4.

Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas
terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar.
Menurut nenek, datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid
kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.

Bab 5.

Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk
begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit
secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan

penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak
hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek
menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan
tradisional yang belum tentu kepastiannya.

Bab 6.

Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang
terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat.
Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India,
Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang
dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan
lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka
selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan
dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.

Bab 7.

Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak
menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha,
ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah
berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini
saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya
mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu
terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili berasa bangga kerana mendapat penghargaan atas
kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya
bukanlah sebangsa dengannya.

Bab 8.

Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji
Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui
bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada
kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang
Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran
keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-
galanya. Sepanjang berada di kampung, Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang

terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk
memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba mempengaruhi
penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional di samping
memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.

Bab 9.

Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang
hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil
Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau
mendirikan sebuah masjid. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah
surau berbanding membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Di samping itu
juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan
rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan
untuk meyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar
untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan
dengan kaedah perubatan moden, kerana semua bahan ramuan tradisional diawet dalam
bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik.
Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.

Bab 10.

Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai
penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh
dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu
belum tentu dapat meyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak
dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata datuk boleh
diterima pakai oleh penduduk-penduduk kampung termasuk William, malah berjaya
mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan
menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju
datang untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku
pertelagahan antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.

Bab 11.

Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja
masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk

membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung,
tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini
sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek
membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan
terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu
yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus
memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili
terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa
terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.

Bab 12.

Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk kampung. Sama ada ingin
mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk
kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan
orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan
surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana
bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu
hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika
Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor
ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah
menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba
muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka
melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara
kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan
keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang
terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.

Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur.
Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada
menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk
memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun
dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah
malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan

fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai
dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk
ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili
membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-
jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang
Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.

Bab 14.
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana
tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju.
Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas.
Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka
merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik
dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit
dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang
tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.

Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha
memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil
kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabar tersebut.
Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid
telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan
paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah
bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.

Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di
hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tiba-tiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-
buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel
seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili
menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali
pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke
kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia
hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar
pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-
barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang, Lili terserempak dengan adegan kejar-

mengejar beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-
pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di
rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk.

Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang
lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di
Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan
tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini
telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian
perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh
menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan di samping boleh menyembuhkan pelbagai
penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan
rasa gatal akibat gigitan nyamuk.

Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang
pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat
diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tiba-tiba, Lili yang
ternampak julur ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili
menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek.
Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di
dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.

Bab 19.

Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji
burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah
tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan
masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa
pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran.
Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili
merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas
seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja
Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang
budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali
itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas,

Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili.
Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat penculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak
lelaki Che Jah.

Bab 20.

Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang
menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-
penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan
merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan
dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah.
Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga
orang-orang kampung menyumpah-nyumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke
dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah, nenek menyambut kepulangan Lili
dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang
kejadian yang menimpa Lili.

Bab 21.

Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah
keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita
nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk
kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa
simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi
maklumat yang diperoleh dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negatif dan
menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan
maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia
biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan
menghina secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi
neneknya tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.

Bab 22.

Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-
penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili
bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya

merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke
rumah Che Jah, Lili disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan
Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq
semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang
sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas
dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon
maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara
ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang
menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di
rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.

Bab 23.

Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga
memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kadang-kadang
boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masih belum
selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah
merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-
anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk
Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya
akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala
tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga
bahagia.

Bab 24.

Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di
puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita
dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau
telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang
Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan,
begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah
masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.

Bab 25.


Click to View FlipBook Version