BAB 3:
Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan menyaksikan
rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari zapin. Dia tertarik hati dengan
anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti itu.
Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu
mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal). Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil
memandang rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-
mula datang ke kampungnya. Asalnya dia seorang yang susah dan datang berjumpa dengan
arwah ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik ayah yang terbiar selama
ini. Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah baik.
BAB 4:
Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa
terharu dan menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia
meluahkan rasa bahawa cerita yang terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang
ayahnya. Haiqal sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang
dihadapinya.
BAB 5:
Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai
persoalan kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup
lama dengan ayahnya kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya menguruskan perniagaan
butik dan kilang batik.
BAB 6:
Haiqal bertekad uuntuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun
pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuuk pergi ke kampung halaman
ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya.
BAB 7:
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan
ibunya.
BAB 8:
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal
diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah
ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min.
BAB 9:
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di
halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya
yang gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong
memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.
BAB 10:
Tauke Ong memberikan sebuah motorsikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motorsikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.
BAB 11:
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walaubagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal
banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil
upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh
seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya
Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya.
BAB 12:
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan
balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang
kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal
seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil
daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di
situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.
BAB 13:
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung
Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar.
Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
BAB 14:
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-
sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
BAB 15:
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
BAB 16:
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di seuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai
Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab.
4.0 KEKUATAN SETIAP NOVEL
4.1 LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP TALIB
Antara kekuatan Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah pengarang novel ini mengisahkan
tentang semangat kepahlawanan yang tinggi dalam diri anak muda melalui beberapa situasi.
Selain itu, pengarang juga dapat membuktikan kepentingan ilmu pengetahuan dalam
kehidupan supaya dapat dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain. Tambahan pula,
pengarang dapat memupuk amalan tolong-menolong dalam kalangan masyarakat yang
berlainan agama dan kaum. Hal ini demikian kerana, dapat mengeratkan hubungan
silaturahin anatra satu sama lain. Seterusnya, pengarang juga mengisahkan tentang amanah
dalam menggalas tanggungjawab supaya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh seperti
dilaksanakan oleh Leftenan Adnan menerima tugasan yang berat. Akhirnya, novel ini juga
dapat memupuk sikap patriotisme terhadap kalangan pembaca novel ini kerana Leftenan
Adnan berjaya memperjuangkan bangsa, agama dan negara sehingga sanggup mengorbankan
nyawanya.
4.2 DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR
Antara kekuatan novel Di Sebalik Dinara ialah novel ini mengetengahkan tema berkenaan
penggunaan teknologi meklumat yang begitu canggih sehingga bole menguasai pemikiran
manusia. Aknirnya hilang rasa kemanusiaan walaupun dalam kalangan ahli keluarga sendiri.
Selain itu, pengarang mengetenghkan bahawa kita harus menggunakan kemajuan sains dan
teknologi untuk manfaat bersama dan tidak melanggar etika kemanusiaan. Tambahan pula,
novel ini memupuk sikap kasih sayang yang perlu ditunjukkan antara ahli keluarga. Hal ini
demikian kerana, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan. Seterusnya, novel ini memupuk
mengelak daripada sikap mementingkan diri sendiri kerana ia akan merugikan dan
menyakitkan perasaan orang sekeliling kita.
4.3 JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN
Antara kekuatan novel Jendela Menghadap Jalan ialai novel ini mengetengahkan gambaran
ikatan kasih sayang sesama keluarga yang padu. Sebagai contohnya, Lili tidak membantah
cadangan ibunya yang memintanya pulang ke kampung datuknya. Selain itu, novel ini
menggambarkan ketaatan terhadap agama yang begitu kuat. Sebagai contoh, datuk Lili
seoranng yang arif dalam hal-hal keagamaan. Dia tidak akan berpegang dan mempercayai
sesuatu yang tidak terkandung dalam ajaran Islam. Tambahan pula, novel ini
menggambarkan sikap keprihatinan sebagai rakan yang baik. Sebagai contoh, Lili prihatin
terhadap Danel yang mahu menembus kesilapan abangnya tetapi Lili menganggapnya tidak
perlu kerana di bimbang Danel akan tercedera. Akhirnya, novel ini menggambarkan herba
dan kaedah perubatan tradisional mampu mengubati pelbagai penyakit yang semakin
dilupakan oleh ramai orang.
4.4 PANTAI KASIH KARYA AMZAH NORDIN
Antara kekuatan novel Pantai Kasih ialah novel ini menggambarkan ketabahan iaitu semua
orang perlu tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan demi menjadi pemangkin kepada
kejayaan diri sendiri. Sebagai contoh, Dr.Raiha tabah meneruskan kehidupan walaupun
kematian anaknya dan diceraikan oleh suaminya. Selain tiu, pengarang memupuk sikap jujur
dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan dan tidak sekali mengambil
kesempatan di atas perkhidmatan kita. Tambahan pula, novel ini menggambarkan ikatan
kasih sayang antara ahli keluarga kita kerana hubungan yang terbina hadir bersama omitmen
dan tanggungjawab.
4.5 SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
Antara kekuatan novel Songket Berbenag emas ialah novel novel ini mengisahkan tentang
kepentingan pelajaran demi masa hadapan yang cerah. Buktinya, Embong tidak
membenarkan Dahlia berhenti sekolah dan dia sanggup berusaha untuk mendapatkan wang
demi memastikan kejayaan anak-anaknya dalam pelajaran. Selain itu, novel ini jugak
menggambarkan kasih sayang antara anak dan seorang ibu yang mengalami penyakit. Dahlia
sangat menyayangi emaknya, Saleha. Buktinya,dia melawat Saleha yang dirawat di Hospital
Taman Bahagia dan berharap agar emaknya segera sembuh. Tambahan pula, pengarang
memupuk pembaca buku ini berusaha untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapinya
satu demi satu tanpa mudah berputus asa. Sebagai contohnya, Dahlia berusaha untuk
menyelesaikan semua masalah yang dihadapinya satu demi satu.
4.6 TIRANI KARYA BEB SABARIAH
Antara kekuatan novel Tirani ialah novel ini menggambarkan tentang penerokaan etnik
Sarawak dengan adat dan budaya warisan nenek moyang di Sarawak. Selain tiu, novel ini
mengetengahkan hubungan persahabatan yang erat ketika menuntut di Universiti Teknologi
Malaysia. Tambahan pula, novel ini mengisahkan bahawa tidak bertindak terburu-buru dalam
membuat keputusan supaya tidak menyesal pada hari kemudian. Tindakan Zahid terburu-
buru menceraikan Waheeda tanpa melihat laporan DNA tentang status Izzati sebagai anak
kandungnya janganlah kita ikuti. Seterusnya, novel ini memupuk sikap bekerjasama dalam
sesuatu perkara atau kerja dalam menjayakan sesuatu usaha. Sebagai contoh, Waheeda dan
para pekerja di Tajau Emas bekerjasama dalam apa-apa aktiviti demi mengembangkan
perniagaan mereka.
4.7 BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Antara kekuatan novel Bimasakti Menari ialah bahasanya mudah memandangkan sasarannya
remaja, namun lenggoknya tetap indah dinikmati. Nipis dan boleh diselesaikan dalam
beberapa jam sahaja, novel ini masih sarat dengan ilmu astronomi juga menyuntik kesedaran
tentang penjagaan alam sekitar. Selain tu novelini ialah jenis fiksyen sains yang ringan tetapi
padat berisi. Penulis mengajak pembaca merenung kembali peranan teknologi dalam
membangunkan peradaban dan ketamadunan dan tanggungjawab manusia untuk memelihara
alam sekitar. Seterusnya, novel ini juga sikap kegigihan anak muda dalam usaha untuk
melestarikan alam sekitar.
4.8 SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN
Antara kekuatan novel Silir Daksina ialah novel ini memberi sedikit sebanyak info mengenai
tarian zapin yang makin dilupakan pada masa ini. Dengan ini dapat memupuk kalangan
masyarakat untuk berminat dalam tarian zapin. Selain itu, kekuatan novel ini juga terletak
pada integrase kaum antara masyarakat melayu dan Cina. Hal ini demikian kerana,
keharmonian antara kaum Melayu dan Cina dan mengagumi ketabahan protagonis cerita ini
yang berani mengejar impiannya dalam bidang seni. Seterusnya, penggunaan Bahasa oleh
pengarang novel ini senang difahami dan prosa beliau amat mudah, ringkas serta sesuai untuk
pelbagai golongan pembaca, tidak kira tua atau muda. Tambahan pula, novel ini mengajarkan
bahawa ita mesi merebut peluang yang ada demi mencapat cita-cita dan hasrat atau impian
tanpa membuang masa.
5.0 SENARAIKAN KEKURANGAN SETIAP NOVEL
5.1 LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP TALIB
Antara kekurangan novel ini ialah mempunyai pembunuhan yang banyak yang menyedihkan
para pembaca dan mengerikan. Novel tersebut jugak mempunyai banyak perwatakan yang
mampu mengelirukan para pembaca novel ini. Selain itu, terdapat jugak banyak perbalahan
yang tidak menarik kepada jalan cerita novel ini.
5.2 DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR
Antara kekurangan novel Di Sebalik Dinara ialah pada awal pembacaan, pembaca tidak
menyukai cara penulisan yang dibuat kerana karya tersebut seperti baca buku yang ditulis
untuk budak budak. Selain itu, plot cerita yang tidak menarik kerana misteri Farisha dengan
Karl yang tidak berkaitan. Seterusnya, penutup cerita tidak menarik dan perlu ada suspens
sikit bagi menarik minat pembaca novel ini.
5.3 JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN
Antara kekurangan novel Jendela Menghadap Jalan ialah jalan cerita yang amat perlahan.
Seperti yang dijangkakan, rentaknya juga mengerikan, dengan kebanyakan kejadian yang
saya nyatakan di atas dijejalkan di bahagian akhir buku. Dan kerana buku itu memerlukan
penambahan dramatik, datuk dan nenek memutuskan untuk menunggu sehingga akhir buku
itu untuk mendedahkan mengapa buku itu bertajuk 'Jendela Menghadap Jalan'. Dan itupun
terasa terpaksa, seperti penulis ingin menunjukkan kepada kita betapa falsafah dan bijaknya
dia, tetapi gagal sama sekali. Penurunan tajuk adalah hebat dan semuanya, tetapi ini hanya
sia-sia. Selaiin itu, permulaan jalan ceritanya agak lembab dan membuatnya membaca buku
ini tidak sesuai untuk menghilangkan rasa bosan kerana setiap situasi dna masalah yang
berbangkit adalah di sekitar kampung sahaja. Ia agak membosankan pembaca buku ini.
5.4 PANTAI KASIH KARYA AMZAH NORDIN
Antara kekurangan novel Pantai Kasih ialah jalan cerita novel ini agak menyakitkan dan
membosankan pembaca novel ini kerana pengarang novel ini mengulang balik isi atau idea
yang ditulis. Ia agak membimbang kerana pengarah menulis novel ini agak laju dan tidak
mempunyai idea apa-apa. Novel ini juga berpadat dengan kebanyakkan masalah yang agak
mengelirukan pembaca novel ini. Hel ini demikian kerana, penulis menyertakan beberapa
masalah dalam novel ini bagi tujuan menjadikan sebagai panduan hidup, malahan ia
mengelirukan pembaca novel ini.
5.5 SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
Antara kekurangan novel Songet Berbenang Emas ialah mempunyai banyak plot dan
peristiwa yang sangat beremosi. Walaupun terdapat jugak peristiwa tersebut mempunyai
banyak pengajaran dan nilai murni, tetapi ia mengandungi situasi yang terlebih emosi. Selain
tiu, novel ini mempunyai kebanyakan jalan cerita yang sedih sahaja dalam novel ini.
Kemurungan dan kesedihan yang selalu dapat ditemui dalam novel ini,
5.6 TIRANI KARYA BEB SABARIAH
Antara kekurangan novel ini ialah pengarangnya hampir tidak membuat sebarang kajian
mengenai rhinoplasty/prosedur kosmetik. Hal ini demikian kerana maklumat tang diberikan
tentang pembedahan plastic adalah salah bagi sesetengah pandangan pembaca novel ini.
Selain itu, jalan ceritanya menyimpang dari plot utama yang mengekalkan budaya Sarawak.
Pembangunan watak juga agak mengelirukan dan mengerikan, untuk sekurang-kurangnya.
Tambahan pula, Waheeda benar-benar memaafkan bekas suaminya kerana anak
perempuannya meyakinkannya walaupun segala perkara yang dilakukan selama dua puluh
tahun lepas. Apatah lagi dia juga menceraikannya atas hidung anak perempuannya dan
menganggap alasan kecil ini untuk menceraikan seseorang.
5.7 BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Antara kekurangan novel Bimasakti menari ialah tajuknya tidak ada kaitan. Penekanan
mengambarkan Bimasakti di angkasa sama seperti dengan melihat kelip-kelip di Kuala
Selangor kurang di situ. Selain itu, novel ini mempunyai jalan cerita yang agak
membosankan para pembaca dan tidak mempunyai situasi yang menarik. Ilustrasi dalam
novel ini juga perlu diperbaiki supaya dapat dibaca dengan penuh semangat.
5.8 SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN
Antara kekurangan novel Silir Daksina ialah tiada yang menarik dalam novel ini melainkan
adat dan kebudayaan di Johor dan suasana masyarakat majmuk yang negara kita sangat
sanjungi. Jalan ceritanya agak membosankan untuk ingat kerana tidak mempunyai peristiwa-
peristiwa yang menarik. Selain itu, cerita novel ini juga biasa dalam kalangan dunia realiti
dan dalam drama. Novel ini juga mempunyai bab yang kurang berbanding dengan novel-
novel lain.
6.0 SENARAIKAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
6.1 LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP TALIB
Antara penambahbaikan novel ini ialah mengurangkan perwatakan supaya tidak
mengelirukan pembaca. Selian itu,penulis perlu mengelakkan pembunuhan kerana mungkin
tidak sesuai untuk sesetengah pembaca. Tambahan pula, perbalahan yang tidak menarik perlu
dielakkan dalam novel ini bagi menyenangkan untuk memahami konsep novel ini.
6.2 DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR
Antara penambahbaikan novel di Sebalik Dinara ialah memperbaiki cara penulisan pada
permulaan cerita dengan menambakkan penggunaan peribahasa dan prosa supaya dapat
menarik perhatian pembaca untuk membaca novel ini. Selain itu, menyusun dan menetapkan
plot novel ini mengikut jalan cerita supaya mengelakkan jalan cerita menjadi songsang.
Seterusnya, penulis perlu menambahkan suspens pada akhir cerita kerana penutup novl ini
agak biasa dan tidak menarik sangat.
6.3 JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN
Antara penambahbaikan novel Jendela Menghadap Jalan ialah novel ini memerlukan
penambahan dramatik kerana, datuk dan nenek memutuskan untuk menunggu sehingga akhir
buku itu untuk mendedahkan mengapa buku itu bertajuk 'Jendela Menghadap Jalan'. Kedua,
penulis perlulah menyatakan sesuatu dengan laju supaya pembaca novel tidak rasa bosan
semasa membaca novel ini. Ketiga, jalan cerita perlulah mengandungi kehendak pembaca
seperti latar tempat dan suasan yang berlainan dala novel ini supaya pembaca rasa seronok
apabila membaca novel ini.
6.4 PANTAI KASIH KARYA AMZAH NORDIN
Antara pemanbahbaikan novel ini ialah pengarang perlu mengelakkan daripada mengulang
satu idea atau isi. Selain titu, jalan cerita novel ini perlu perlahan dan tidak laju sangat
suapaya pembaca tidak dapat fahami apa yang ditulis oleh penulis. Seterusnya,
mengurangkan masalah yang tidak berkaitan dengan watak-watak utama dan sampingan
supaya tidak mengelirukan pembaca novel ini. Tambahan pula, penulis perlu menyertaka
beberapa contoh peristiwa sebagai panduan hidup kepada pembaca tanpa membangkitkan
masalah dalam novel ini.
6.5 SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
Antara penambahnaikan novel ini ialah mengurangkan plot yang beremosi kerana ia agak
membosankan jika terdapat kebanyakan plot beremosi. Selain itu, penulis perlu
menambahkan banayk situasi yang berlainan emosi seperti gembira, marah, sombong, dan
lain lain dan memastikan tidak lari daripada jalan ceritanya. Tambahan pula, menguasai
penggunaan Bahasa Melayu dalam novel ini dengan menambahkan prosa dan peribahasa.
6.6 TIRAINI KARYA BEN SABARIAH
Antara penambahbaikan bagi novel ini penulis perlu memberikan info-info yang benar dalam
novel walaupun ia adalah sebuah novel fiksyen. Dengan ini, pembaca dapat mengetahui lebih
tentang pembedahan plastik tersebut. Selain itu, penulis perlu memperkembangkan
perwatakan dan plot cerita kerana dapat menyenangkan pembaca untuk memahami jalan
cerita dan plot ceritanya dengan lebih mudah senang. Tambahan pula, penulis perlu
memberikan ulasan dan isi yang lebih rasional kepada masalah yang berbangkit supaya
pembaca memahami dan menarik untuk baca.
6.7 BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Antara penambahbaikan novel ini ialah penulis perlu meletakkan tajuk novel ini yang
berkaitan dengan cerita novel supaya lihat lebih berkaitan dengan jalan cerita kepada
pembaca. Selian itu, penulis perlu menambahkan lebih banyak peristiwa yang menarik bagi
mengukuhkan jalan cerita novel ini. Tambahan pula, penulis perlu memperbaikikan ilustrasi
novel ini dengan melukis lebih cantik dan efisien supaya dapat difahami oleh pembaca
dengan mudah dan senang.
6.8 SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN
Antara penambahbaikan bagi novel Silir Daksina ialah penulis perlu menyertakan idea yang
lebih menarik berbanding dengan adat dan kebudayaan di Johor dan suasana masyarakat
majmuk yang negara kita sangat sanjungi. Selain tiu, penulis perlu menambahkan banyak lagi
bab dengan memperluaskan idea supaya pembaca dapat memahami konsep jalan ceritanya.
Seterusnya, penulis perlu memperluaskan penggunaan prosa dan peribahasa supaya dapat
menarik minat pembaca novel ini.
7.0 RUJUKAN
7.1 RUJUKAN NOVEL
a) Sabariah, Beb. (2008). Tirani. Dewan Bahasa dan Pustaka.
b) Talib, Abdul. Latib. (2009). Leftenan Adnan: Wira Bangsa. PTS Publications &
Distributors.
c) Noor, Dayang., Husin, A. R., Mohamed, H., & Adun, M. (2014). Di Sebalik Dinara.
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
d) Matdarin, Ruhaini., Has, A. S., Badulu, R., Awang, B., Aziz, N. A. A., & Mohamed,
H. (2014). Jendela Menghadap Jalan. Utusan Publications & Distributors.
e) Nordin, Amzah. (1994). Pantai Kasih. Fajar Bakti.
f) Ayip, Khairuddin. (1992). Songket Berbenang Emas. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
g) Yusop, Sri Rhayu. M. (2011). Bimasakti Menari. Utusan Publications & Distributors.
h) Parman, N. (2010). Silir Daksina. Utusan Publications & Distributors.
7.2 RUJUKAN LINK WEB
a) https://komsas4.blogspot.com/2018/01/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa.html
b) https://katasepakat2.wordpress.com/2018/04/16/sinopsis-bab-16-17-18-novel-
tingkatan-5/
c) https://essays2015.blogspot.com/2017/04/novel-jendela-menghadap-jalan-
sinopsis_15.html
d) https://cikguchom.blogspot.com/2015/07/biodata-pengarang-novel-di-sebalik.html
e) https://www.bumigemilang.com/spm-tingkatan-4-5/
f) https://anyflip.com/pzhzz/zpbh/basic
g) https://www.ipendidikan.my/novel-di-sebalik-dinara.html
h) https://www.ipendidikan.my/novel-songket-berbenang-emas.html
i) https://www.goodreads.com/book/show/6694364-jendela-menghadap-jalan