The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FLIPBOOK PROFILE MARA/MRSM KUALA KLAWNG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqiszahirah, 2021-03-31 12:35:27

PROFILE MARA

FLIPBOOK PROFILE MARA/MRSM KUALA KLAWNG

PROFIL MARA/MRSM

MRSM KUALA KLAWANG

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

LUAR BANDAR

PENGERUSI

MARA

AHLI MAJLIS

MARA

AHLI PENGURUSAN

MARA

KETUA PENGARAH

MARA

TIMBALAN KETUA PENGARAH

MARA

PENGARAH BAHAGIAN
PENDIDIKAN

MARA

SEJARAH MARA

Majlis Amanah Rakyat(MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian
Pembangunan Usahawan Malaysia.Mara dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta
Parliimen sebgai badan berkanun dan autonomi.Pengerusi pertama Mara ialah Dato’
Abdul Rahman bin Musa.Objektif utama penubuhan MARA adalah untuk menambah
dan meningkatkan penyertaan kaum Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan
perindustrian serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial Bumiputera sejajar
dengan Dasar Ekonomi Baru.

Ini dilakukan dengan menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera
dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat
peniaga Bumiputera yang berjaya.Penubuhan MARA adalah berasaskan cetusan idea
dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang telah diadakan pada tahun 1965 di
Kuala Lumpur. Melalui Kongres tersebut, resolusi yang mahukan agar RIDA disusun
semula telah diluluskan. RIDA atau Rural and Industrial Development Authority
ditubuhkan pada tahun 1953 bagi membangun dan memajukan masyarakat di
kawasan luar bandar.

Sejak penubuhannya banyak pembangunan dan kemajuan telah dicapai oleh MARA.
Penguasaan ekonomi Bumiputera menjadi cabaran masa kini dan agenda utama
MARA dalam usaha untuk memastikan Bumiputera mempunyai kedudukan yang
sewajarnya.

MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar
Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan
Pengerusi, Ketua Setiausaha dan lapan orang anggota lain, dua daripada mereka
adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar
Bandar Dan Wilayah.

SEJARAH MRSM

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama
penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di
Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta
Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai
matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MARA merupakan badan
berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan
pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.

MARA mula memperkenalkan MRSM menerusi penubuhan MRSM yang pertama
pada tahun 1972 yang dikenali sebagai MRSM Seremban. Ianya dirasmikan oleh Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada ketika itu, Tunku Ja’afar ibni Almahum
Tuanku Abdul Rahman. Objektif pengenalan MRSM ini adalah untuk menambah
bilangan bumiputera profesional yang mampu berdaya saing dalam bidang sains dan
teknologi dan dikhususkan kepada golongan kurang berkemampuan dan luar
bandar. Seramai 150 orang pelajar yang merupakan kumpulan perintis mendaftar
masuk ke MRSM Seremban. Pada tahun 1974 pula, peperiksaan SRP diadakan dan ini
merupakan peperiksaan utama pertama kali diadakan di MRSM. Di awal penubuhan
MRSM, Lembaga Peperiksaan meletakkan institusi MRSM sebagai sekolah
persendirian kerana berpendapat MRSM beroperasi secara berasingan daripada
sistem pendidikan Kementerian Pelajaran.

Pada tahun 1973, MARA membina MRSM kedua, MRSM Kota Bharu yang terletak di
negeri Kelantan .Seramai 149 orang pelajar dan 20 orang kakitangan merupakan
kumpulan perintis mendaftar masuk. Manakala, merupakan MRSM ketiga yang telah
dibina dan dirasmikan pada tahun 1974. Kumpulan pelajar perintis di MRSM
Kuantan ini mula menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran

SISTEM PENDIDIKAN MRSM

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sekolah berasrama penuh di
bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat(MARA).Sebgai salah sebuah agensi di bawah
Kementerian Pembangunan Luar Bandar,sistem pendidikan MRSM ini diwujudkan
untuk merealisasikan matlamat MARA dalam melahirkan modal insan yang berdaya
saing dan berdaya maju.Sistem pendidikan MRSM digubal berteraskan
sains,teknologi,kejuruteraan dan matematik berpaksikan kepada pembinaan karakter
para pelajar supaya mereka menjadi insan yang holistik,inovatif dan
berintergriti.Terdapat enam jenis sistem pendidikan yang ditawarkan oleh MRSM.
Setiap institusi MRSM hanya menjalankan satu program sahaja. Sebelum pengenalan
kepada program khusus, kesemua MRSM hanya menjalankan program pendidikan
biasa di mana mereka menggunakan kurikulum KBSM dan KSSM dan khas MARA
sebagai kurikulum piawai. Walaupun terdapat beberapa sistem pendidikan yang
berbeza, sistem-sistem ini masih lagi berasaskan kepada kurikulum KBSM dan kini
bertukar kepada KSSM dan MARA.

Antara sistem pendidikan yang ditawarkan oleh MRSM ialah
• Pendidikan biasa
• IGCSE
• Ulul Albab
• International Baccalaureate Middle Years Programme
• Teknikal
• Sains Keusahawanan

Program Sains Keusahawanan merupakan sistem pendidikan terbaru yang
ditawarkan MARA di mana MRSM Imtiaz YT Ketengahmerupakan MRSM perintis
untuk program ini. Manakala, hanya MRSM Bentong sahaja yang menawarkan
program Teknikal. Sebahagian besar daripada MRSM di seluruh Malaysia menjalankan
sistem pendidikan biasa.

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif
dan bertaraf dunia

MISI

Menyediakan pelajar Bumiputera yang berpotensi tinggi dalam semua
bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

SEJARAH MRSM KUALA
KLAWANG

Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Kuala Klawang ditubuhkan pada 20April 1987,yang dikenali
sebagai MRSM Jelebu.Maktab ini melaksanakan sistem pendidikan IGCSE sejak 2017.Kampus ini
mula beroperasi di bangunan sementara berhampiran Balai Undang di Pekan Kuala Klawang
berhadapan dengan sekolah Kebangsaan Undang Jelebu.Maktab ini mula beroperasi pada 14 April
1987 apabila kumpulan pertama staf mula melaporkan diri.Pengambilan seramai 129 orang dibuat
6Jun 1987.Pengetua pertama ialah Encik Bahari Bin Ab Wahab.Bilangan staf pda waktu itu ialah 26
orang staf pentadbiran dan 12 orang staf akademik.

Selepas beroperasi selama kurang lebih 3 tahun,usaha untuk menubuhkan ampus telah
dilakukan.Hasilnya,pada 12 februari 1990 majlis pecah tanah kampus tetap telah dirasmikan oleh
Timbalan Perdana Menteri,YAB Encik Ghafar Baba di Ladang Jelebu,Mukim Gelami Lemi,Jalan
Titi,Jelebu.Penubuhannya berkonsepkan mini MRSM.Kampus baru ini. terdiri daripada 5 blok iaitu
bok pentadbiran ,bilik darjah dan makmal sains,blok asrama puteri,blok asrama putera,blok dewan
selera dan surau.

Tanggal 2 Ogos 1993,MRSM Jelebu telah dipindahkan sepenuhnya ke kampus tetapna di Maktab
Rendah Sains Mara Kuala Klawang.Dengan perpindahan ini,MRSM Jelebu telah bertukar nama
kepada MRSM Kuala Klawang.Konsep awal penubuhannya masih lagi kekal iaitu pengambilan
pelajar tertumpu kepada pengambilan tingkatan 1 hingga 3.

Kampus MRSM Kuala Klawang ini telah mengalami dua kali pembesaran.Pembesaran pertama
bermula pada bulan Jun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999.Projek pembesaran tersebut
termasuklah pembinaan asrama putera, penambahan satu blok akademik,pengubahsuaian asrama
putera kepada bilik darjah,pembinaan dewan besar,penambahan blok asrama puteri dan
pembesaran surau.Selepas pembesaran,kampus ini mampu menempatan seramai 600 orang pelajar
pada satu satu satu masa bermula tahun 2000.

Pembesaran kedua bermula 24 Mei 2005 dan siap pada Disembar 2007.Pembesaran meliputi
pembinaan asrama puteri,dewan selera,tiga unit rumah warden dan satu unit rumah ketua
warden.Pembesaran juga melibatkan pengubahsuaian asrama puteri kepada makmal sains,dewan
selera kepada pusat sumber pembelajaran dan makmal komputer.


Click to View FlipBook Version