The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohamaderwanrafibinmohdrizuan, 2022-06-19 11:43:45

Kajian Novel Tingkatan 4 dan 5

Kajian Novel Tingkatan 4 dan 5

Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya
seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah
dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat
pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam
itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan
pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan
kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.

Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini. Hal
ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga
berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu.
Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah
sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat
Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan
beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh
Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.

Sinopsis Novel Pantai Kasih-Bab 6:

Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya bermula
apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar pak usunya
Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan
sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu
kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta
Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari
kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. TIdak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz
muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.

Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan
keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri
untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi
tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk
pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas
selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat
Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan
saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak
apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa
Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha
teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa
menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama
membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat
Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam

ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak
Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya
yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu
keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai
Kasih.

Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya
melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit
dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam preawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia
menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak
mengulanginya lagi. Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu
memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana
sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak
merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah
tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan
telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari
apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Sinopsis Novel Pantai Kasih-Bab 7:

Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu
tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan
kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang
sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus
Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang
musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan
hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam
remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak
dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.

Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas

yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan

peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat

jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah

begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu

menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan

rakan-rakan sekolah.

Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba
dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan
mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu

bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya
dengan doktor muda itu.

Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan
kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor
Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat
Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong SIron. Doktor Alex Ng menegurnya
dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah
tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong
Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan
tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan
menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex
turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti
itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron
yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan
Berjaya pada kali ini.

Sinopsis Novel Pantai Kasih-Bab 8:

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya
terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya selepas
menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang
lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua
wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa
menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam
keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap
anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang
memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.

Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi
ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi
huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh
kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron
meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang
parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan
meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong
Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta
penceroboh itu ke hospital tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan
bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti
tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.

Sinopsis Novel Pantai Kasih-Bab 9:

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia ternampak
bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta
mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya
bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua
belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang
infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron
dan menganggap sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua
wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian
disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua
wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.

Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas
menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila
mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya. Dia juga
teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di
sebuah rumah tumpagan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak
lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di
situ.

Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-
wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya
tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak
enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya.
Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor
mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk
dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani
kes anak peremuan tua itu.

Kekuatan novel

Kekuatan novel ini terletak di watak utama yang bersikap tabah dalam menghadapi sesuatu
cabaran. Selain itu, penggunaan bahasa oleh penulis untuk menyampaikan cerita begitu ringan dan
senang difahami oleh pembaca. Seterusnya, novel ini menceritakan tentang doktor yang mungkin
akan menarik perhatian ramai kerana doktor memerlukan pelajaran yang tinggi untuk bekerja.
Selepas itu, novel ini boleh menjadi nasihat atau pengajaran kepada remaja yang sibuk memcari
cinta di luar sana. Akhir sekali, penulis melakukan kerja yang bagus dalam menceritakan kisah
watak utama dalam bab yang sedikit.

Kekurangan novel

Kekurangan novel ini terletak di kekurangan bab di dalam novel yang mungkin boleh diisi oleh
penulis dengan kejadian yang menarik perhatian pembaca. Selain itu, novel ini mungkin boleh
mempengaruhi pembaca untuk bercinta walaupun mereka masih tidak cukup umur. Seterusnya,
novel ini mengandungi sedikit kejadian atau situasi yang menarik. Selepas itu, dengan kekurangan
bab yang berada dalam novel ini, pembaca akan berasa duit mereka telah dibazirkan dengan
membeli novel biasa saja. Akhir sekali, novel ini mempunyai latar tempat yang kurang bagi
menceritakan sesuatu kejadian.

Cadangan penambahbaikan novel

Penulis boleh menambah bab yang ada dalam novel ini dengan menambah informasi tentang
sesetengah watak yang kurang mendapat perhatian. Penulis juga boleh meletakkan amaran atau
nasihat yang sesetengah perkara dalam novel ini tidak patut dicontohi. Selain itu, penulis boleh
menambah kejadian yang unik bagi menjadikan novel ini lebih menarik. Seterusnya, penulis boleh
meletakkan pelbagai latar tempat bagi menjadikan sesuatu bab atau situasi itu lain daripada yang
lain. Akhir sekali, penulis juga boleh menggantikan gambar kulit buku dengan sesuatu yang lebih
menarik.

Pengenalan novel

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang bijak dan disenangi oleh teman-
temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya
terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Dahlia yang merupakan anak sulung
terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda
keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah mental.
Ayahnya pula dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya,
Abu Bakar pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak mahu belajar. Situasi ini telah
menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup

Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya.
Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh
pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi
dugaan. Hikmah di atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah apabila Dahlia
dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan bertunang dengan Azhari.

Biografi penulis

Novel ini merupakan karya Khairuddin Ayip yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau telah
menghasilkan pelbagai karya kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak. Hasil penglibatannya
dalam penulisan kreatif, beliau telah memenangi beberapa anugerah seperti tempat pertama dalam
peraduan menulis Novel Kanak-Kanak DBP pada tahun 1987 dengan karya Sayang Disayangi.
Selain itu, beliau juga berjaya mendapat tempat pertama dalam peraduan menulis Novel Remaja
DBP pada tahun 1990 dengan karya Songket Berbenang Emas.
Sinopsis keseluruhan

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-
temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya
terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa
memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya.
Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya
dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh
dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia
terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin
bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani
Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana
gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah
atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat
melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

Sinopsis mengikut bab
Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 1:

Dahlia dan rakan-rakannya, Siti Wangi dan Kavita menjalani latihan bola jaring di sekolah. Mereka juga
merupakan kumpulan pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan STPM tidak lama lagi. Azhari datang
ke sekolah untuk berjumpa dengan Dahlia dan menyatakan hasratnya untuk merisik Dahlia.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 2:

Azhari menghantar Dahlia balik ke kampung. Kepulangannya disambut dengan tangisan Anggerik. Melati
memberitahu bahawa ibu mereka telah lama keluar tetapi masih belum pulang ke rumah. Dahlia keluar
mencari emaknya yang berpenyakit kerana sering berjalan dan bercakap sendirian sehingga tidak dapat
mengawal diri sendiri. Dahlia menjumpai ibunya di kebun getah. Apabila diajak pulang ke rumah, ibunya
tidak mahu sehinggalah bapanya datang memujuk.
Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 3:

Nek Kiah memarahi Embong apabila melihat Saleha diikat. Haji Sulaiman dan beberapa orang pembantu
dari Hospital Batu Pahat datang ke rumah Embong untuk membawa Saleha. Walaupun pada awalnya,
Embong tidak rela, tetapi untuk mengubati Saleha, dia mengizinkan Saleha dibawa ke hospital. Dahlia,
Kiambang dan Melati turut bersedih dan keberatan ibu mereka dibawa pergi.
Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 4:

Pemergian Saleha menyebabkan suasana bungkam. Dahlia menyelesaikan kerja-kerja di rumah sambil
membimbing adik-adiknya belajar. Dahlia lebih merisaukan keadaan di rumahnya sekiranya dia balik ke
asrama. Namun, Embong memujuknya untuk kembali bersekolah. Embong teringat peristiwa Saleha
mengadu tentang perasaannya yang sering terganggu oleh suara yang pelik-pelik.
Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 5:

Dahlia lewat tiba di asrama. Cikgu Salwani menegur dan bertanyakan masalah yang dihadapi, namun
Dahlia hanya mendiamkan diri. Pada petang tersebut, Dahlia ke Hospital Batu Pahat untuk bertemu dengan
ibunya tetapi diberitahu oleh Haji Sulaiman bahawa ibunya telah dihantar ke Taman Bahagia.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 6:

Haji Sulaiman memberitahu Embong bahawa Saleha telah dihantar ke Taman Bahagia. Nek Kiah
berterusan menyalahkan keluarga Embong yang menyebabkan Saleha sakit. Dahlia gagal menyelamatkan
Said, anak Aton yang lemas di sungai.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 7

Dahlia terlalu sedih kerana tidak dapat menyelamatkan Said. Aton menuduh Embong dan Dahlia memang
ingin supaya anaknya mati. Orang kampung juga menyebarkan berita yang sama. Namun, Tauke Lim
memuji mereka anak beranak. Semasa memotong kelapa sawit di Parit Haji Kadir, Embong dibelit ular
sawa tetapi dia dapat menyelamatkan diri.
Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 8

Semasa berehat dan tertidur di biliknya, Dahlia bermimpi dibelit ular sawa. Terdapat kesan cekikan di
lehernya. Hal ini menghairankannya. Melati menyatakan hasratnya ingin berhenti sekolah untuk menjaga
Anggerik tetapi dihalang oleh Dahlia. Embong sampai di rumah dengan membawa ular yang telah
dibunuhnya. Dahlia menjerit ketakutan dan menangis apabila melihat ular tersebut. Hal ini menghairankan
Embong.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 9:

Najib dan Kavita mengunjungi rumah Dahlia. Mereka berasa sayu akan kedaifan keluarga Dahlia.
Anggerik yang masih sakit dibawa dengan kereta Najib ke hospital. Seman, bapa saudara Dahlia balik ke
kampung menziarahi Nek Kiah. Seman memujuk Nek Kiah supaya menjual tanah dan rumah yang didiami
oleh Embong dan keluarganya.
Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 10:

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang tidak tinggal di asrama lagi dan sering lewat sampai ke sekolah. Dia
tidak mahu memberitahu masalahnya kerana akan melibatkan nama baik ibunya kepada Cikgu Salwani.
Dia juga mahu menjaga adik-adiknya. Dengan perasaan sedih, Dahlia mengambil keputusan untuk keluar
dari asrama. Cikgu Hisyam berjumpa dengan Dahlia setelah Kavita menceritakan hal Dahlia
kepadanya. Beliau menasihatkan Dahlia terus tinggal di asrama agar pelajarannya tidak terganggu dan
cemerlang dalam STPM nanti.
Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 11:

Abu Bakar, adik Dahlia tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri dan sering keluar
berpeleseran dengan kawan-kawannya. Walaupun kerap diimarahi oleh Embong, dia tetap dengan
perangainya dan tidak mahu membantu adik-adik yang lain. Mawar yang tinggal di asrama penuh kembali
ke rumah kerana rindu akan ibunya dan ingin berjumpa dengannya. Dia tercari-cari ibunya tetapi tidak
ditemuinya.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 12:

Dahlia melawat ibunya di Taman Bahagia. Doktor memberitahu Dahlia bahawa penyakit ibunya pada tahap
bahaya. Semasa di hospital, Dahlia bertemu dengan Azhari yang bertugas sementara di situ. Dahlia berasa
sedih kerana Saleha tidak mengenalinya.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 13:

Azhari menghantar Dahlia balik ke rumahnya. Embong bertanyakan keadaan Saleha. Oleh sebab
memikirkan Mawar akan mengambil SRP pada bulan September nanti, Dahlia menyatakan bahawa ibunya
sihat. Namun dia tidak sanggup menipu ayahnya. Pada malamnya, Dahlia memberitahu keadaan sebenar
Saleha kepada Embong. Semasa berbual-bual, sesuatu telah berlaku kepada kambing peliharaannya.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 14:

Tauke Lim sentiasa membantu keluarga Embong. Tauke Lim membenarkan mereka berhutang barang-
barang keperluan di kedainya. Tauke Lim datang ke rumah Embong untuk membeli kambing
peliharaannya. Namun, Embong memberitahu bahawa kambingnya telah hilang dicuri orang. Azhari ingin
membawa keluarganya untuk merisik Dahlia. Dahlia keberatan dan meminta Azhari menangguhkan
hasratnya. Dia bimbang keluarga Azhari tidak akan memerimanya setelah melihat keadaan sebenar
keluarganya.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 15:

Keluarga Azhari datang untuk merisik Dahlia. Embong menerima baik kedatangan keluarga Azhari kerana
mereka begitu menyenangi Dahlia dan merestui perhubungan ini. Embong juga menyuarakan kehendak
Dahlia yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat universiti dan bekerja untuk membantu keluarga.

Keluarga Azhari tidak membantah malahan menyokong keinginan Dahlia untuk menyambung pelajaran.
Perasaan Azhari menjadi tenang kerana keluarga Dahlia menerimanya sebagai calon menantu. Selepas
Azhari dan keluarganya beredar, Embong bertanyakan Dahlia sama ada keluarga Azhari mengetahui
tentang keadaan Saleha yang boleh menyebabkan ikatan ini terputus.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 16:

Dahlia menasihati Mawar agar meneruskan persekolahan dan tugas menjaga keluarga adalah tugasnya
sebagai anak sulung dalam keluarga. Dahlia berjaya menyakinkan Mawar supaya menumpukan sepenuh
perhatian kepada pelajarannya kerana dia pernah berjanji dengan emak mereka untuk mendapatkan
keputusan cemerlang. Tambahan pula Mawar adalah murid sekolah berasrama penuh. Keluarga mereka
menghadapi pelbagai masalah, iaitu emak dan adik sakit, kambing hilang dan abah dipatuk ular. Dahlia
mengambil iktibar daripada kisah Nabi Ibrahim yang tabah dalam menghadapi ujian daripada Allah.

Sewaktu melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, Dahlia terserempak dengan Kavita dan Cikgu Hisyam
yang menghantar Siti Wangi yang pengsan sewaktu berlatih bola jaring. Cikgu Hisyam meminta Kavita
menolong memfotostat nota-nota pelajaran sepanjang ketiadaan Dahlia di sekolah. Dahlia terkenangkan
pesanan abahnya yang meminta dia menjaga adik-adik di rumah dan menggunakan wang simpanannya
sebanyak RM60.00 sebagai belanja sekolah.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 17:

Walaupun terbeban dengan pelbagai urusan, Dahlia tetap mencuri masa untuk mentelaah pelajarannya.
Kemunculan Abu Bakar telah mengejutkan Dahia. Dahlia telah memberitahu Abu Bakar bahawa emak dan
abah mereka telah dimasukkan ke hospital tetapi tidak diendahkan oleh Abu Bakar. Tanpa menunjukkan
simpati akan keadaan keluarganya, Abu Bakar meninggalkan rumah sekali lagi. Dahlia memeriksa barang
yang disembunyikan oleh Abu Bakar dan berjaya menemui wang sebanyak RM120.00 yang disimpan
dalam dompet.Azhari telah singgah di rumah Dahlia dan mendapat khabar bahawa abah telah dimasukkan
ke hospital. Azhari singgah untuk mengambil pakaian emak Dahlia dan dalam masa yang sama
mendapatkan nombor wad abah Dahlia

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 18:

Dahlia berasa susah hati kerana kedua-dua ibu bapanya masih di hospital sedangkan mereka memerlukan
RM15000 untuk membayar Nek Kiah bagi menyelamatkan tanah dan rumah mereka. Dahlia juga berasa
serba salah sama ada meneruskan persekolahan atau bekerja di kilang demi membantu keluarga. Semasa
menunggu bas, Dahlia didatangi oleh Tauke Lim. Tauke Lim menunjukkan keprihatinan dirinya dengan
mengambil berat akan keadaan yang menimpa keluarga Dahlia. Tauke Lim juga menunjukkan kekecewaan
dirinya terhadap sikap Nek Kiah dan Seman yang tidak putus-putus menyusahkan Dahlia sekeluarga.
Dahlia dinasihati oleh Tauke Lim agar bertahan dan tidak berpindah dari rumahnya.

Selain itu, Tauke Lim turut menawarkan pertolongan kepada Dahlia. Pada mulanya Dahlia enggan untuk
menerima pertolongan tersebut tetapi bertukar fikiran selepas Tauke Lim memintanya untuk mengajar
karangan Bahasa Malaysia kepada anaknya Ann yang akan mengambil peperiksaan SRP.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 19:

Cikgu Hisyam dan Kavita telah memujuk Dahlia agar kembali bersekolah tetapi Dahlia tidak mahu
mengabaikan adik-adiknya yang sangat memerlukan sokongan daripadanya. Selain itu, Najib kawan
baiknya turut datang melawatnya di rumah. Najib menawarkan pertolongan kepada Dahlia untuk membayar
harga tanah seperti yang diminta oleh Nek Kiah. Dahlia enggan memberitahu hal sebenar kepada Najib
kerana tidak ingin mendedahkan bahawa orang yang ingin menjual tanah tersebut ialah neneknya sendiri.

Pada yang sama juga Azhari singgah di rumah Dahlia. Perasaan Azhari tidak senang kerana tetamu Dahlia
ialah seorang lelaki. Najib yang sudah lama berkawan dengan Dahlia bertanyakan Azhari tentang status
hubungannya dengan Dahlia. Azhari menyatakan bahawa Dahlia ialah bakal isterinya dan selepas itu terus
beredar dari situ.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 20:

Embong telah dibenarkan pulang ke rumah setelah dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Tauke Lim
mengunjungi Embong di rumah dan menceritakan tentang tanah yang ingin dijual oleh Nek Kiah dan
Seman. Nek Kiah yang tidak menyedari kepulangan Embong telah datang ke rumah dan memarahi Dahlia.
Nek Kiah tergesa-gesa pulang setelah mendapati Embong naik berang. Embong menasihatkan Dahlia
supaya menyambung pelajaran semula dan menyerahkan segala masalah keluarga mereka kepadanya untuk
diselesaikan.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 21:

Dahlia telah ke balai raya untuk bergotong royong bagi menjayakan Majlis Maulidurrasul. Dahlia berasa
hairan kerana keadaan di balai raya lengang dan orang-orang kampung tidak kelihatan seperti biasa. Haji
Sulaiman meluahkan perasaan tidak senangnya kepada Dahlia atas sikap orang kampung yang tidak hadir
ke balai raya untuk menyiapkan kenduri menyambut maulud nabi. Semasa Dahlia bekerja seorang diri,
Aton datang dan tanpa perasaan bersalah dia menyindir dan mengata Dahlia sesuka hatinya. Malahan dia
turut mempertikaikan kebaikan Tauke Lim kepada keluarga Dahlia. Dahlia yang berasa malu telah beredar
dari situ.Kepulangan Dahlia ke rumah dan diikuti oleh Abu Bakar telah menimbulkan kehairanan kepada
Embong. Embong berasa lebih hairan kerana Abu Bakar yang tidak mempedulikan keluarga beria-ia
memujuk Dahlia yang sedih kerana kata-kata Aton di balai raya. Abu Bakar berasa bersalah kerana selama
ini dia telah mengabaikan keluarganya.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 22:

Abu Bakar berasa kesal kerana telah menjualkan kambing abahnya tetapi Dahlia cuba memujuk Abu Bakar.
Abu Bakar berasa insaf kerana selama ini dia telah mengabaikan keluarganya demi kawan-kawan. Abu
Bakar juga berjanji dengan Dahlia untuk berubah dan akan mempertahankan tanah mereka daripada
gangguan Nek Kiah. Dahlia meluahkan rasa hairannya kepada Abu Bakar kerana dia tidak nampak kelibat
Nek Kiah pada pagi itu.

Abu Bakar tidak mempedulikan perkara itu sebaliknya sibuk berkemas di sekeliling rumah mereka. Semasa
membersihkan bawah rumah, Abu Bakar telah menjumpai sesuatu yang mengejutkan, iaitu dua biji telur

yang berwarna hitam. Telur hitam yang dipecahkan itu mengandungi jarum peniti, cincin akek, butiran
pasir dan dua bilah paku.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 23:

Dahlia kembali bersekolah dan dia berasa gembira kerana kawan-kawan masih mengingati dirinya. Kavita
telah memberitahu Dahlia bahawa Najib akan membawa keluarganya berkunjung ke rumah Dahlia. Dahlia
berasa tertekan kerana Najib dan Azhari hanya mementingkan diri mereka sahaja. Dahlia meminta Kavita
menyampaikan pesanan kepada Najib bahawa dia sudah bertunang dan hanya menganggap Najib sebagai
sahabat baiknya sahaja. Dahlia berasa bersemangat untuk belajar kerana guru dan kawan-kawan sentiasa
memberikan sokongan kepadanya.

Dahlia yang baru pulang dari sekolah berasa terperanjat kerana terdapat van putih di hadapan rumahnya.
Embong yang menyedari kepulangan Dahlia telah menggesa Dahlia naik ke rumah. Dahlia berasa gembira
kerana ibunya telah pulang ke rumah. Belum sempat Dahlia bermesra dengan ibunya, Embong memanggil
Dahlia kerana Azhari ingin berjumpa dengannya.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 24:

Nek Kiah dimasukkan ke hospital. Setelah dua hari di hospital, dia dibenarkan pulang, Nek Kiah dibawa
ke rumah Dahlia dan mereka sekeluarga menjaga Nek Kiah yang masih sakit. Nek Kiah berasa terharu
kerana Dahlia dan adik-adiknya yang menjaga Nek Kiah semenjak dia jatuh sakit. Hujan yang tidak henti-
henti turun telah menyebabkan banjir. Tiang dapur rumah mereka runtuh dan menimpa Kiambang tetapi
nasibnya baik kerana hanya lebam-lebam sahaja. Mereka sekeluarga telah dipindahkan ke balai raya dengan
bot.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 25:

Dahlia tidak dapat mengulang kaji pelajaran kerana keadaan di pusat pemindahan yang begitu sesak dan
tidak selesa. Embong memberitahu Dahlia bahawa rumah mereka telah roboh tetapi Dahlia dapat
menerimanya. Selepas empat hari barulah air surut. En Daim, iaitu wakil Ahli Parlimen Seri Gading sering
menjenguk mangsa banjir untuk melihat keadaan mereka. Dia yang pernah menjadi guru kepada Dahlia
telah memuji Dahlia kerana rajin mengulang kaji pelajaran walaupun tempat itu tidak selesa.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 26:

Peperiksaan STPM semakin hampir dan Dahlia sudah bersedia, Dia juga membuat keputusan untuk tinggal
di asrama kerana bimbang dirinya terlewat ke tempat peperiksaan. Cikgu Salwani mengalu-alukan
keputusan Dahlia untuk tinggal di asrama. Azhari dan keluarganya datang ke rumah Dahlia untuk

bertanyakan keputusan keluarga Dahlia tentang perhubungan mereka. Akhirnya persetujuan diambil, iaitu
mereka akan ditunangkan selepas Dahlia tamat peperiksaan STPM.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 27:

Dahlia menunggu kedatangan Azhari untuk membeli cincin pertunangan dan pada masa yang sama dia
masih mempertimbangkan keinginan dirinya yang mahu menyambung pelajaran ke universiti dan bekerja
untuk membantu keluarga. Sewaktu menunggu kedatangan keluarga Azhari, rumah Dahlia didatangi oleh
Cikgu Daim yang membawa khabar gembira, iaitu Dahlia terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
Dahlia berasa amat gembira dan keluarganya menyokong. Namun begitu pendaftaran untuk kursus ini
sehari selepas tarikh pertunangannya.

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas-Bab 28:

Majlis pertunangan Dahlia akan diadakan mengikut tarikh yang dirancang. Hubungan antara Nek Kiah dan
Dahlia bertambah erat. Nek Kiah menerangkan kepada Dahlia berkenaan falsafah tepak sirih kepada Dahlia.
Selain itu, pengertian bagi setiap kandungan dalam tepak sirih turut diceritakan oleh Nek Kiah kepada
Dahlia. Suasana di rumah Dahlia semakin riuh dengan kedatangan saudara mara dekat dan jauh. Dahlia
hanya bersiap secara ringkas sahaja dan dalam yang sama dia berasa sedih kerana pada petangnya dia akan
berangkat ke Kuala Lumpur.

Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusakanya kepada Dahlia. Cikgu Hisyam, Kavita dan Siti Wangi
datang memeriahkan majlis pertunangan Dahlia. Berita Dahlia mendapat tawaran ke Jepun turut diketahui
oleh mereka. Bas Dahlia akan bertolak pada pukul 5,00 petang tetapi rombongan Azhari yang berjanji
datang pada pukul 2.00 masih belum kelihatan sedangkan waktu sudah menginjak pukul 3.45 petang.
Embong menyuruh Dahlia bersiap kerana khuatir dia ketinggalan bas. Dahlia bersalaman dengan ahli
keluarga dan tetamu yang datang. Dia berasa sedih kerana akan meninggalkan mereka. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung sebanyak RM500.00. Dahlia bernasib baik kerana sempat sampai
ke stesen bas. Tiba-tiba Azhari muncul dan mereka sempat mengucapkan selamat tinggal. Dahlia membaca
kad kiriman Najib yang disampaikan melalui Kavita. Azhari menghadiahkan songket merah berbenang
emas kepada Dahlia atas kejayaannya. Azhari menghadiahkan Dahlia songket supaya Dahlia sentiasa
mengingati asal usulnya sebagai orang Melayu.

Kekuatan novel

Kekuatan novel ini terletak di pengajaran yang boleh diikuti oleh pembaca seperti sikap watak
utama yang bimbang akan keadaan adik beradiknya di rumah ketika dia balik ke asrama. Selain
itu, penulis telah membuat kerjanya dengan begitu baik dengan jalan cerita yang mudah difahami.
Seterusnya, jalan cerita yang agak sedih dan menyentuh hati pembaca dapat menjadikan pembaca
lebih bersemangat untuk menghabiskan novel ini. Selepas itu, novel ini mempunyai banyak watak-
watak yang berbeza dan mempunyai tugas yang berlainan. Akhir sekali, novel ini boleh menjadi
pengajaran kepada remaja-remaja yang akan memulakan kehidupan mereka sebagai seorang yang
dewasa bahawa dunia ini tidak akan selalu mengikut kehendak kita.

Kekurangan novel

Kekurangan novel ini terletak di kepelbagaian watak yang berada dalam novel ini yang tidak
mendapat banyak perhatian daripada penulis. Selain itu, novel ini juga tidak memberikan penutup
yang bahagia kepada watak utama yang pergi meninggalkan tunangnya selepas diberikan sesuatu.
Seterusnya, kebanyakan dialog yang ada dalam novel ini hanya sekadar berbual-bual kosong dan
tidak penting kepada jalan cerita novel ini. Novel ini juga mempunyai latar masyarakat yang tidak
patut dicontohi oleh pembaca. Akhir sekali, pembinaan jalan cerita ini amat panjang dan mungkin
akan menyebabkan sesetengah pembaca berhenti daripada meneruskannya.
Cadangan penambahbaikan novel
Penulis boleh mengurangkan watak yang ada dalam novel ini atau huraikan lebih sedikit tentang
watak-watak tersebut. Penulis juga boleh membenarkan watak utama berkahwin dengan
tunangnya supaya semua sengsara yang telah dihadapi olehnya terbalas. Selain itu, penulis boleh
menggantikan dialog perbualan kosong dengan maklumat yang penting bagi jalan cerita.
Seterusnya, pembinaan jalan cerita novel ini boleh dipendekkan lagi bagi membuatkan pembaca
tertanya-tanya tentang apa yang akan jadi kepada watak utama. Akhir sekali, latar masyarakat yang
memandang rendah terhadap keluarga watak utama sepatutnya menjadi insaf akan perbuatan
mereka.

Pengenalan novel

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas
nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda
telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang
kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula
wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikan hidungnya mancung dan cantik. Dengan
kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang
pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan
niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai
oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan

kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu
menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi
sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap
suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian
itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah
dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam
bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet
yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di Chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan
Zahid terserlah satu falsafah hidup. Bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

Biografi penulis

Novel ini telah ditulis oleh Beb Sabariah atau Bibi Sabariah Hj Abang Awet yang merupakan anak
kelahiran Betong, Sarawak. Penulis telah mendapatkan pendidikan ikhtisas/ diploma dari Maktab
Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
Penulis juga mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi,
rencana serta rencana kritikan sastera.

Sinopsis keseluruhan

Waheeda menguruskan Tajau Emas, sebuah inap desa pelancongan di Sarawak. Waheeda
mahukan penampilan yang lebih menarik memandangkan dia kekurangan dari segi paras rupa.
Waheeda mengambil keputusan menjalani pembedahan kecantikan di Silicon Medical Centre,
Singapura. Waheeda menumpang di rumah pangsa yang dihuni rakan baiknya Bazilah. Ibunya,
Raidah datang semasa prosedur pembedahan dijalankan. Hubungan mesra dengan Bazilah hampir
tergugat kerana tunang Bazilah, Dr. Zahari memberi perhatian istimewa kepadaWaheeda, terutama
selepas pembedahan berjaya. Waheeda kemudian bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di
Flamingo Resort supaya dia terus berada di Singapura untuk rawatan susulan. Waheeda disuruh
oleh majikannya, Halloway, untuk memasuki pertandingan ratu pelancongan. Waheeda muncul
sebagai johan kerana busana tradisi Sarawak serta kecantikannya memikat perhatian juri. Di
Flamingo, Waheeda berkenalan dengan Zahid, anak Datuk Yasser, pemilik Seri Gading yang
bekerjasama dengan Tajau Emas. Mereka akhirnya bernikah walaupun ketika acara merisik
Waheeda tidak dapat hadir kerana hidungnya runtuh semula. Pada mulanya, pasangan
itumenikmati kebahagiaan, tetapi disebabkan kecuaian Waheeda menjaga tingkah laku, seperti
bersalam dengan bukan mahram,serta melayan pelanggan lelaki dengan mesra. Zahid cemburu
sehinggalah dia melafazkan talak satu, dua tahun setelah mereka dikurniakan Izzati yang didapati
tidak seiras dengan Waheeda dan juga dirinya. Zahid menuduh Waheeda yang bukan-bukan
hingga Waheeda menjalankan ujian DNA padanan Zahid dengan Izzati, tetapi Zahid menganggap
Waheeda berpakat dengan pakar forensik. Waheeda tertekan dan terpaksa menjalani rawatan
secara Islam di Kajang. Di situ dia bertemu semula Lais, rakan sekerja di Singapura. Bapa saudara
Lais, Pak cik Aziz mengalami strok setelah dia hampir diisytihar muflis akibat pengkhianatan
pekerja chaletnya di Cameron Highland. Waheeda bersetuju mengambil alih Chalet Iwana-Iwani
yang memiliki 67 buah bilik, lalu dijenamakan semula sebagai Chalet Aya-Sajidah. Di situ,
kebetulan pula Zahid yang sudah tempang, serta tidak lagi berupaya menghasilkan benih zuriat
akibat kemalangan, datang berkunjung. Waheeda masih marah, tetapi Izzati yang sudah berusia
20 tahun nyata gembira.

Sinopsis mengikut bab

Sinopsis novel Tirani-Bab 1:

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan diri
seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan.
Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang pesek yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya
seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas
nasihat ibunya, Raidah dan kawannya, Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan
bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan. Menyedari kekurangan diri, keinginan
Waheeda melakukan pembedahan plastik pada wajahnya begitu membuak-buak. Baginya
kecantikan ialah ruang dan peluang membina keterampilan diri.

Sinopsis novel Tirani-Bab 2:

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang dua lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Dusun Tajau Emas. Kehadiran para pelancong ini
menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda
berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk
membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Akan tetapi,
bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum agama.Tidak beberapa
lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda
telah menerpa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu
telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan
rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr
Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan
kepakaran di Singapura.

Sinopsis novel Tirani-Bab 3:

Perjalanannya menuju ke Lapangan Terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Mereka sempat sampai ke
Lapangan Terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak
menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.Sesampainya di
Lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah di Yishun Street iaitu
kawan satu universiti dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima
rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

Sinopsis novel Tirani-Bab 4:

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar raya
Singapura. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga.
Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman
mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah
diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan
doktor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah
restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh
Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk
melakukan pembetulan di kelopak matanya.

Sinopsis novel Tirani-Bab 5:

Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya kepada Ghazi.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya,
Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat
lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak
bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan
memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala.Waheeda terkejut
dan amat gembira dengan kedatangan ibunya. Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC.
Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke
bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah mendoakan keselamatan Waheeda.

Sinopsis novel Tirani-Bab 6:

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini diketuai
oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di
dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu
demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam.Waheeda berasa
sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu di luar bilik
pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil
pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk
merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah,
dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical
dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan
kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

Sinopsis novel Tirani-Bab 7:

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca
buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ. Jenis
tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang
mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber
inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr
Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr
Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

Sinopsis novel Tirani-Bab 8:

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan
ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua.

Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan
oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga
mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus selepas
itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan
Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang
dihadirinya bersama-sama rombongan tersebu Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang
projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda
teringat semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel
Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan tidak
disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga pegawai
Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan
menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam
itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo
Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

Sinopsis novel Tirani-Bab 9:

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat menyenangkan
hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur
diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan
bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda
sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.Di
rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak
belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan
seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa
Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan
Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar.
Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang
diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan
masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan
suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.Dalam pada merangka program
yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam
pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam
pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut
mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan

Waheeda.Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan
tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

Sinopsis novel Tirani-Bab 10:

Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan
Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana
kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas
keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan
perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan,
rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid. Selepas menikmati
makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid
memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk
Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas.
Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka
makan bersama-sama pada malam itu.Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah
tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang
bermakna.Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea
tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang
berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan
pakaian tradisi Sarawak.

Sinopsis novel Tirani-Bab 11:

Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri
Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut

Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada
semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort.
Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid
dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah
sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan
dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini

diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda
akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

Sinopsis novel Tirani-Bab 12:
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu
dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang
diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus hal
pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur
menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon
Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid
memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan
tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan
mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia
tidak berapa sihat dan sering selesema.

Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi
kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan,
Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda
terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

Sinopsis novel Tirani-Bab 13
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki
semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk
Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak
mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah,
isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah,
berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang
kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid

menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid
berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda.
Dia berasakan Waheeda berubah hati.

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa
selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis
pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya
kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke
Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan
telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda
di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah
mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr
Rushidi.

Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC.
Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan
SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi
perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana
Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami
selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

Sinopsis novel Tirani-Bab 14:

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.
Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan
Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh
meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik
tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli
hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan
jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah
dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara
kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut
melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang

serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh
gembira

Sinopsis novel Tirani-Bab 15:
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan.
Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini
telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga
memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa
kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua
bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang
kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh
mencairkan hati wanita.

Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini
berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan
usia semakin meningkat.

Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan
Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa
meniti di bibirnya.

Sinopsis novel Tirani-Bab 16:
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member
gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan
menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan.
Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke
Sarawak nanti.

Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor
lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian dia pula
mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada
Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah
Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.

Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti
isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun,
Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak
membuat aluan masing-masing.

Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh
pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan
Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ
bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.

Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan
serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula,
Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan
baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung
antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.

Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka
berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan
semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

Sinopsis novel Tirani-Bab 17:
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya seolah-
olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-
Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu,
Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu.

Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya diluangkan
bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang
melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya
tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya.
Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang
Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi
tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya.
Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan
seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu
tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di
SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda
sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas
katil mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.

Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan
dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah
pembawaan anak dalam kandungan.

Sinopsis novel Tirani-Bab 18:
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin
yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway.
Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda.
Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka
menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan
Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu
seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.

Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui
kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke
rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.

Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya
apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah
tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat
suaminya yang terlalu cemburu.

Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah
menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-
tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur.
Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis
dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan
yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai
suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut
Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda
dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

Sinopsis novel Tirani-Bab 19:

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid
tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan
membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di
hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid
yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit
perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti
anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi
meredakan perasaan tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal
Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini,
Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah
membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui
maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan
dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk memberi
kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak
persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama
dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap
Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha
menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.

Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid
yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda.
Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda.

Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh
Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram.
Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda
mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

Sinopsis novel Tirani-Bab 20:

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda
bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais
juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ
bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo
Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands.
Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya. Selepas keluar
dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum
beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon
kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama
Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang
kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga
melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada
Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima
kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda
ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba
teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik
Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada
keesokan harinya.

Sinopsis novel Tirani-Bab 21:

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya Izzati.
Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang
berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan
yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak
Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat
sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar.
Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada
Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading.

Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani
diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya
menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Sinopsis novel Tirani-Bab 22:

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung.
Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak
semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan
Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan
kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-
Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri.
Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung.
Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat
Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

Sinopsis novel Tirani-Bab 23:

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada
Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran
anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui
bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh
menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa
berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang
menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-
siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara
dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka
banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk
menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe.
Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati
amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ
anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan

isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah
mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu
membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa
kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan
bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais
pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak
yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin
membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang
agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan
anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut.
Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak
hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

Sinopsis novel Tirani-Bab 24:

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku
kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu
matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak
itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi
esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati
dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal,
sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini
dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan
bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun.
Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-
olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah
telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan
ayahnya

Kekuatan novel
Kekuatan novel ini terletak di jalan ceritanya yang menarik. Selain itu, pembaca boleh mengikuti
pengajaran yang diberi oleh novel ini seperti Izzati yang berhati mulia meminta Waheeda
memaafkan Zahid. Seterusnya, novel ini boleh menjadi pengajaran kepada orang yang mahu
menjadi cantik kerana kecantikan hanyalah satu tirani. Selepas itu, penulis menggunakan
perkataan yang senang difahami pembaca dan membuatkan pembaca meneruskan bacaan. Akhir
sekali, penutup novel ini menimbulkan rasa keinsafan dalam diri pembaca seperti Waheeda
memaafkan Zahid walaupun dia ditinggalkan oleh Zahid.
Kekurangan novel
Kekurangan novel ini terletak di sikap Zahid yang kuat cemburu terhadap istrinya walaupun
istrinya hanya bersikap ramah. Selepas itu,mungkin boleh mempengaruhi pembaca untuk
mempecayai bahawa kecantikan itu ialah nombor satu. Seterusnya, novel ini mengandungi kurang
situasi yang menarik dan tidak diberikan perhatian. Selain itu, watak sampingan juga kurang
diberikan perhatian . Akhir sekali, muka kulit novel ini terlalu biasa.
Cadangan penambahbaikan novel
Penulis boleh meletakkan notis yang menasihati pembaca bahawa tidak terpengaruh dengan
peristiwa dalam novel ini. Selain itu, penulis juga boleh menambah peristwa yang menarik supaya
dapat membuat pembaca setia membaca novel sehingga tamat. Seterusnya, maklumat tentang
beberapa watak sampingan perlu dihuraikan supaya watak mereka rasa lengkap. Selepas itu,
penulis boleh menggantikan muka kulit novel dengan ilustrasi yang lebi mendalam tentang
maksud tirani. Akhir sekali, penulis boleh memotong bahagian yang tidak penting dalam jalan
cerita utama.
Pengenalan novel

Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan
berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa Cina yang
tidak dikenalinya. Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi telah menetap
di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik minat Haiqal untuk
mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh uminya. Masyarakat Kampung

Seri Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik. Dia kemudiannya mula membongkarkan
kehidupan sebanar ayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati
watak-watak yang dilukis oleh ayahnya didalam manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-
watak sebenar yang wujud di kampung itu. Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti
kebudayaan di kampung tersebut. Beliau juga adalah guru yang aktif menulis sehingga
mewujudkan aksara di kampungnya. Disebabkan kecintaannya terhadap bidang tersebut, beliau
telah meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Kini, perjuangan itu
diwariskan kepada Haiqal.

Biografi penulis

Nizar Parman yang merupakan anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Beliau telah menamatkan
pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah
rendah dan merupakan seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang. Novel ini merupakan hasil
penulisan sulung beliau dan telah memenangi tempat kedua sastera Utusan-Exxon Mobil tahun
2009 bagi kategori novel remaja.

Sinopsis keseluruhan
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu
dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalamnya terdapat
hasil penulisan ayah kandungnya. Dia teruja dengan kandungan nmanuskrip itu, Haiqal bertekad
untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat,
Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya.
Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu. Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal
sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di
Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya
kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya. Haiqal telah membuat
keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras keputusannya itu.
Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak
diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana. Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal
disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal
seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai
arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ. Terdapat sedikit ilmu

mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari
situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia ,
Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D’Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal
dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya turut
memberkikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia
datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

Sinopsis mengikut bab

Sinopsis novel Silir Daksina-Bab 1:

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat. Hatinya
tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut
uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan l Fikiran Haiqal
menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang
dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu
ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk menncari
ayahnya Abdullah Kayan.

Sinopsis novel Silir Daksina-Bab 2:

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan pengajian
STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal memberitahu
Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya.Sambil mereka bersiar-siar di pantai, Haikal
cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan
ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir
mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang manuskrip
yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri
Purnama Batu Pahat Johor.

Sinopsis novel Silir Daksina-Bab 3:

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai
kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk
membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman
yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku
menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya
digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim
tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah

aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke
Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta
peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim
seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk
meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya
membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya
Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim
tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya
dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan
SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti
cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat
kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong
aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan
kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah
ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim
menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-
nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai
Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang-
bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu
Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya.
Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh
Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku
menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya
mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak
mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa. Sudah sepuluh tahun
Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu menggantikannya dengan
kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim
seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk
menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di
kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di
rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika
yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu
menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya
ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap
Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah.
Tauke Lim meminta aku menganggap Ai Ling seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku
bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perassan
Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan
telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.

Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling
begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam

memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan
Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan
membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli
dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan
terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana
perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke
Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan
tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang
sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak
terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya
kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan
masalah hidupnya sendiri.

Iv:Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang
pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam
kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu
aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi
aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu
pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai
Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat
persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali
terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,

V: Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut
penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di
warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-
muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca puisi di balai raya
seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan
puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali berkumpul di balai raya untuk
sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah
bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita
aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu
aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh
aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu
ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang
mengelikan hati. Fikiran aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan
memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita
tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan
semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki
sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai
hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling

Vi:Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum
persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan
balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan
sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya
pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan
aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar
kumpulan zapin D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn
iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira
dengan usaha penduduk kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk
dijamu dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri
sibuk mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan
D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu
bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu.
Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan
dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera
dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.

Vii:Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan aku
kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan penyakitnya
daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke
Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang
kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung
ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai
Ling Ai Ling berasa simpati akan aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat
sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam
rumahtangganya.

Viii:Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang
akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamsikan
sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh- sungguh
menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih
mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program yang disediakan oleh Mazli dengan
begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan
kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim.
Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan
manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca manuskrip itu
apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling.
Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku

yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri
Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang
menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah
puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan
disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan
ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.

Sinopsis novel Silir Daksina-Bab 4:

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak
untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun
di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri.,
Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan
suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam
kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu
Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya
itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang
digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi
impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa
ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna, berdasarkan manuskrip itu ,
ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan
ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun
hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak
pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya
ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan
umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

Sinopsis novel Silir Daksina-Bab 5:

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-
sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada
Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama.
Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa
rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi
dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak.
Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan
dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku
di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah
jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya
dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih
sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal

terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap
biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

Sinopsis novel Silir Daksina-Bab 6:
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan
Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia
menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan
alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi.
Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak
dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara
diam-diam.

Sinopsis novel Silir Daksina-Bab 7:
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan ditemani
oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya untuk
menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.

Sinopsis novel Silir Daksina-Bab 8:
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri Purnama.
Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung tersebut.
Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong
yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia
diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke
rumah arwah ayahnya.

Sinopsis novel Silir Daksina-Bab 9:
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah
kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada
Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

Sinopsis novel Silir Daksina-Bab 10:

Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk memudahkan
pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur ayahnya. Setelah
berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.

Sinopsis novel Silir Daksina-Bab 11:

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam
tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke
Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya
iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai
pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal
mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai
kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit
iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama
diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah
mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji
Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal
telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing,
Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-
kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

Sinopsis novel Silir Daksina-Bab 12:

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai
raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus
dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai
banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa
buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya.
Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album
besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal
dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya
ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

Sinopsis novel Silir Daksina-Bab 13:

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal
juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

Sinopsis novel Silir Daksina-Bab 14:
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

Sinopsis novel Silir Daksina-Bab 15:
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama masing-
masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

Sinopsis novel Silir Daksina-Bab 16:
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang.
Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama dengan walid
serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal
mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi
tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang
menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

Kekuatan novel
Kekuatan novel ini terletak di cara penulis menggunakan ayat dramatik untuk menerangkan
sesuatu peristiwa. Selain itu, penulis banyak meletakkan nilai yang boleh diikuti oleh pembaca
dalam novel ini. Seterusnya, penulis telah menulis latar belakang untuk setiap watak supaya setiap
watak rasa lengkap. Selepas itu, penulis novel ini telah membuat kerjanya dengan baik kerana
penutup novel ini tidak tergantung seperti novel yang lain. Akhir sekali, jalan cerita novel ini yang
sedih dapat menyentuh hati pembaca dan membuat pembaca tertarik untuk menyambung bacaan.
Kekurangan novel
Kekurangan novel ini terletak di pengunaan ayat yang dramatik, walaupun penggunaan ayat ini
selalunya bagus tetapi sesetengah pembaca tidak mampu untuk memahami ayat yang
menggunakan perkataan berat. Selain itu, penulis kurang meletakkan peristiwa menarik dalam
novel ini dan membuat pembaca bosan. Seterusnya, watak sampingan yang berlebihan boleh
membuatkan pembaca keliru mana watak yang diceritakan. Selepas itu, novel ini boleh diisi lagi
untuk dipanjangkan kerana kekurangan bab. Akhir sekali, pembaca mungkin akan terpengaruh
dengan sikap jahat beberapa watak jahat.
Cadangan penambahbaikan novel

Penulis boleh menyeimbangkan penggunaan perkataan berat dan yang ringan supaya pembaca
lebih senang memahami apa yang hendak diceritakan penulis. Penulis juga boleh meletakkan
pelbagai peristiwa menarik bagi menjadikan pembaca lebih teruja. Selain itu, watak sampingan
boleh dikurangkan bagi tidak mengelirukan pembaca. Seterusnya, penulis boleh mengisi lagi bab
dengan peristiwa menarik bagi tidak membosankan pembaca. Akhir sekali, penulis boleh
meletakkan notis supaya tiada pembaca akan terpengaruh dengan sikap jahat beberapa watak.

Pengenalan novel
Bima Sakti Menari adalah sebuah karya novel yang unik serta menarik kerana temanya yang

berbeza dari topik kebiasaan di mana ia mengisahkan tentang pemeliharaan alam sekitar
khususnya untuk menangani pencemaran cahaya.
Dalam Bimasakti Menari, Sri Rahayu membawa pembaca sejenak merenung tentang aktiviti-
aktiviti antropogenik yang telah mengakibatkan pencemaran cahaya sehingga langit tidak lagi
gelap dan kelip-kelip Kuala Selangor tidak lagi mahu menunjuk cahaya.
Berikut adalah sinopsis penuh Novel Bima Sakti Menari yang boleh dijadikan rujukan akan intipati
keseluruhan novel ini.

Biografi penulis

Novel ini merupakan karya penulis yang bernama Sri Rahayu Binti Mohd Yusop. Beliau yang
menerima pendidikan di Sekolah Tun Fatimah dan Universiti Otago, New Zealand dalam ijazah
sarjana muda TESL kini merupakan seorang guru di peringkat sekolah menengah. Karya ini
menjadi salah satu novel di dalam KOMSAS Tingkatan 5 kerana ia mengetengahkan penceritaan
yang menarik tentang alam sekitar dan pencemaran cahaya.

Sinopsis keseluruhan
Novel Bima Sakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai
Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau
buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit
terlalu cerah. Beliau yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil
langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat
diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang
berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau
kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk
menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-
kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut.
Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa
membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik,
ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh
Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat

melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa.
Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu,
Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul.
Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk
berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula
diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di
IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat
bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas.
Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar
menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul Hafsa, Haji
Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri
kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya.
Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat
Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’
Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad
Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya
untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

Sinopsis mengikut bab

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 1:

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah
menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya
telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani
telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa
telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan
memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan
pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang
sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit
cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia
memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak
leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 2:

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan
janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut
untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya,
Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian
sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka
mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput
ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini
bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah
mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad
Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan
pergi kembali meneruskan tugas beliau.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 3:

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya,
Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa
menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di
Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi
Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta
ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah
khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka
menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan
bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-
ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana
bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk
melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan
kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan
dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar
pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 4:

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan oleh
Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai
solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia
bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman
yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak
tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip
adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji
falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat
pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas
1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan
cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari
bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan
membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila
menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor
daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 5

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau
di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar
TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau
mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham
Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas
isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya
bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah
Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan
Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika
mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam
sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya
kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 6:

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang
alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap

mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat
bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan
Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-
peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan
abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh.
Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati.
Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada
terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah
juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa
tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru
bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan
folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

Sinopsis novel Bima sakti Menari-Bab 7:

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan rumah
lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja
pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul
Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah
dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman
memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada
masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan
sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas
tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan
Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik
menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak
sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini
dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin
berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu
di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan
manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip.
Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk
bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali.
Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah
tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 8:

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya
kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti
rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah
mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa
membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid.
Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan
ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid
utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran
bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan
menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang
pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik
menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun
begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai
misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik
mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya
membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 9:

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk
menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap
secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang kepupusan
kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka
ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan
Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan
gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 10:

MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan ayahnya.
Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh perempuan-
perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu, mereka akan
meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan
dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada
pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan
Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang
projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan
yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu
perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua
yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan
populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan

kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa.
Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam
tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti
Kampung Kuantan tempoh hari.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 11:

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung, bukannnya
dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke
kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung. Berdasarkan pandangan
Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang
mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau
dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin
banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan
lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad
Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan
Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai
sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 12:

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat
pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala
Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor
sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 13:

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington- Majid.
Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan
Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat
meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann
merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama
Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin
sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat
pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli
perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar

dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut
jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 14:

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan malah
untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad
Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan
daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan
hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu
dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis
tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri
akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan
dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat
melaksanakan projek tersebut.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 15:

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong
ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang
lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang
pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya
di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di
bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar
Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil
barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai
suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 16:

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad
Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang
berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta
izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik.
Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar
tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa

melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia
memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika
Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar
untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik
sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik
Kristal.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 17:

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada di
hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah
biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik
tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut
bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan
kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap
akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan
telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan
Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 18:

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan
yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak
samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa
terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai
oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan
pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 19:

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke Otago
apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia
menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen petronas
pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang
yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan
kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke
tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat
dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut sebelum


Click to View FlipBook Version