The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohamaderwanrafibinmohdrizuan, 2022-06-19 11:43:45

Kajian Novel Tingkatan 4 dan 5

Kajian Novel Tingkatan 4 dan 5

disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung
dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan
tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa
walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan
diri.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 20:

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik
yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang
boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat
laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir
menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan
segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua
stesen televisyen tempatan.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 21:

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan bantuan
CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut. Malangnya,
nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah
memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon
bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima
padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-
besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang
aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari
Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan
tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.

Sinopsis novel Bima Sakti Menari-Bab 22:

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad

Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau
Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang
baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua
kelip-kelip terakhir di dunia.

Kekuatan novel

Kekuatan novel ini terletak di temanya yang lain daripada yang biasa yang bercerita tentang
penjagaan alam sekitar. Novel ini juga mempunyai nilai yang boleh diikuti oleh pembaca seperti
sikap menepati masa. Selain itu, novel ini memberikan informasi tentang kelip-kelip yang
merupakan haiwan yang amat jarang dijumpai. Seterusnya, novel ini mempunyai tema yang
menarik tentang kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar. Akhir sekali, novel
ini menceritakan tentang keadaan alam sekitar yang tidak stabil.

Kekurangan novel

Kekurangan novel ini terletak di jalan cerita novel ini yang membosankan. Selain itu, novel ini
juga tidak mempunyai jalan cerita yang kukuh untuk menceritakan apa yang di mahu oleh penulis.
Penulis juga menggunakan perkataan yang berat bagi membuat ayat. Seterusnya, peristiwa
menarik dalam novel ini kurang diletakkan oleh penulis. Akhir sekali, pembaca boleh terpengaruh
dengan sikap watak jahat.

Cadangan penambahbaikan novel

Penulis boleh meletakkan pelbagai peristiwa menarik dalam novel ini bagi membuatkan pembaca
berasa teruja. Selain itu, penulis juga boleh membuat kajian terhadap jalan cerita novel ini dan
mengukuhkannya bagi memuaskan hati pembaca. Seterusnya,penulis boleh mengurangkan
penggunaan perkataan berat bagi mengelakkan pembaca keliru. Selepas itu, penulis boleh
meletakkan notis yang menasihati pembaca bahawa tidak terpengaruh dengan sikap jahat beberapa
watak. Akhir sekali, penulis boleh melengkapkan maklumat yang

Rujukan novel

• NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU- NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

• NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU- NOVEL DI SEBALIK INARA

• NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU- NOVEL LEFTENAN ADNAN

• NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU- NOVEL PANTAI KASIH

• NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATAPELAJARAN
BAHASA MELAYU- NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

• NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU- NOVEL SILIR DAKSINA

• NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU- NOVEL SILIR DAKSINA

• NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU- NOVEL BIMA SAKTI MENARI

Rujukan internet
Novel Di Sebalik Dinara

• https://www.ipendidikan.my/novel-di-sebalik-dinara.html
• https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
• https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-komsas.html

Novel Jendela Menghadap Jalan
• https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-jendela-menghadap-jalan-komsas.html
• https://karangan.net/novel-jendela-menghadap-jalan/
• https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-jendela-menghadap-jalan.html

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
• https://www.ipendidikan.my/novel-leftenan-adnan-wira-bangsa.html
• https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/nota-komsas-analisis-novel-
leftenan.html?m=1

Novel Pantai Kasih
• https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-pantai-kasih-komsas-tingkatan-4.html
• https://karangan.net/novel-pantai-kasih/

Novel Songket Berbenang Emas
• https://www.ipendidikan.my/novel-songket-berbenang-emas.html
• https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-berbenang-emas.html

Novel Tirani
• https://karangan.net/novel-tirani/
• https://www.ipendidikan.my/novel-tirani.html

• https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-tirani.html

Novel Silir Daksina
• https://karangan.net/novel-silir-daksina/
• https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-silir-daksina-komsas-tingkatan-5.html

Novel Bima Sakti Menari
• https://www.ipendidikan.my/novel-bima-sakti-menari.html
• https://karangan.net/novel-bimasakti-menari/


Click to View FlipBook Version