The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini telah menerangkan motivasi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siahxingying, 2022-01-21 04:45:47

MOTIVASI DAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Buku ini telah menerangkan motivasi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PGA101 PELAJAR DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

MOTIVASI DAN
PROSES

PENGAJARAN
DAN

PEMBELAJARAN

BALQIS BINTI CHE HAMZAH
NUR SYAMIMI IZAZI BINTI AZHARI

SIAH XING YING

Disemak oleh: Ts Dr Md Baharudin Abdul Rahman

PERHARGAAN

Pertama sekali, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya dapat kami menyiapkan buku ini. Terima kasih

kepada semua individu yang telah membantu kami melaksanakan
buku ini secara langsung ataupun tidak langsung.



Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kursus
PGA101, iaitu Prof Madya Dr. Shahabuddin Hashim dan Ts Dr
Md Baharudin Abdul Rahman atas bimbingan dan tunjuk ajar
mereka kepada kami. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada kawan-kawan atas dorongan dan sokongan

mereka sehingga kami dapat menyiapkan buku ini.



Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat
kesilapan dan kekurangan dalam buku ini. Segala kekurangan
harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datanglah dari
allah, yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri.

i

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN i
PENGENALAN 1
DEFINISI MOTIVASI 2-13
KEPENTINGAN MOTIVASI 14-15
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 16-44
KITARAN MOTIVASI 45-46
FUNGSI MOTIVASI 47-48
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI 49-58
PENDEKATAN MOTIVASI 59-83
BAGAIMANA MOTIVASI MENPENGARUHI
TINGKAH LAKU 84-90
KESIMPULAN 91
RUJUKAN
92-93

PENGENALAN

E - book Motivasi dan Proses Pengajaran dan
Pembelajaran merupakan bahan - bahan alternatif
dan panduan kepada orang awam terumata guru -
guru dan pelajar untuk mengetahui berkaitan
motivasi secara lebih mendalam.

E - book Motivasi dan Proses Pengajaran dan
Pembelajaran mengadungi latihan uji minda.
Latihan tersebut dapat meningkatkan kefahaman
pembaca.

Apa yang penting, E - book modul yang
dibangunkan ini memberi gambaran kepada
pembaca kerana mempunyai penerangan yang
jelas tentang tugasan yang perlu dilakukan oleh
pembaca dan semestinya E - book ini sesuai untuk
memperdalam ilmu mengenai motivasi dan proses
Pengajaran dan Pembelajaran.

Oleh itu, E - book ini sangat membantu kepada
seseorang pendidik dan murid untuk mengenali
berbagai - bagai jenis motivasi serta cara
penggunaan motivasi yang bersesuaian terhadap
murid di sekolah.

1

MOTIVASI

2

DEFINISI
MOTIVASI

3

Konsep Motivasi

Istilah Motivasi berasal daripada perkataan Latin movere yang
bermakna ‘menggerakkan’.

Motivasi merupakan satu kekuatan yang dapat membantu
seseorang individu melaksanakan tugasan dengan cekap,
perubahan sikap positif dan mencapai matlamat dan objektif.
Motivasi telah menjadi simbolik yang hebat dalam kehidupan
seharian bagi memastikan segala perkara yang dirancang
berjalan dengan lancar.
Ketiadaan motivasi akan menyebabkan diri seseorang individu
mudah putus asa dan berasa kecewa terhadap diri sendiri.
Motivasi juga melibatkan dari segi dalaman, iaitu fikiran positif
dan luaran individu seperti persekitaran.




4

Eeh Ah Meng (1995)

Motivasi bermakna sesuatu usaha
yang menggerakkan seseorang
individu melakukan sesuatu.
Motivasi berpunca daripada motif.
Motif merupakan harapan seseorang
terhadap sesuatu, sama ada yang
menggembirakan atau yang
menyakitkan.
Dari segi pedagogi, pentingnya
motivasi ialah usaha yang
disengajakan oleh guru
untukmewujudkan motif dalam diri
murid agar murid terus bertindak ke
arah pencapaian matlamat
pembelajaran.

5

Kamus Dewan Edisi
Keempat (2010)

Motivasi boleh mendorongnya untuk
didefinisikan berusaha atau
sebagai melakukan sesuatu
keinginan yang dengan tujuan untuk
keras atau mencapai kejayaan serta
semangat yang sesuatu yang membuat
kuat pada diri atau mendorong
seseorang seseorang berusaha atau
melakukan sesuatu
dengan penuh minat.

6

Tri Rumhadi (2017)

Motivasi ialah salah satu faktor yang sangat menentukan
ketercapaian pendidikan siswa, untuk itu sangat
diperlukan adanya motivasi yang tinggi untuk dapat
memperoleh prestasi yang baik.

Valarmathie Gopalan, et.al
(2017)

Motivasi adalah konsep teori yang digunakan untuk
menjelaskan tingkah laku manusia.
Motivasi menyediakan motif untuk manusia untuk
bertindak balas dan memenuhi keperluan mereka.

7

Jm
SINEAVITO

S
I

8

MOTIVASI
INTRINSIK

Motivasi dari segi dalaman seseorang individu.
Motivasi ini merupakan kekuatan dalaman dalam
diri seseorang individu bagi mencapai impian.
Jenis motivasi ini melalui minat, pedoman
diri,sikap, rasa ingin tahu.
Sebagai contoh, seorang pelukis mempunyai
minat mendalam dalam aktiviti melukis. Jadi
beliau mempunyai keperlbagaian idea untuk
mengahsilkan seni melalui kreavitinya. Hal ini
dikatakan demikian kerana beliau mempunyai
motivasi instrinsik yang tinggi kerana beliau dapat
memenuhi kehendak peribadi. Oleh itu, beliau
tidak memerlukan sebarang ganjaran atau
penghargaan terhadap seninya.




9

MOTIVASI
INTRINSIK

Menurut Alhaadi Ismail & Norimah Zakaria (2019), motivasi
intrinsik merupakan suatu motif yang timbul daripada dalam diri
untuk berbuat sesuatu. Tingkah laku individu yang intrinsik dikawal
daripada dalam dirinya sendiri. Diri secara langsung tidak
membenarkan orang lain atau peristiwa luar mempengaruhinya.
Orang yang bermotivasi intrinsik menentukan matlamat dan
berusaha mencapainya. Tiada paksaan dalam membuat sesuatu.
Seandainya berlaku paksaan, maka persepsi akan menurun.
Menurut Mohd Zaki Ahmad, Muhammad Firdaus Abdul Manaf
(2017) Ia juga merupakan ciri semula jadi manusia untuk mengatasi
segala cabaran dan rintangan dalam usaha untuk mendapatkan
sesuatu yang diingininya. Jenis motivasi ini juga dikaitkan dengan
faktor dalam diri seperti keperluan, minat, rasa ingin tahu, kepuasan
kendiri dan lain-lain.
Apabila seseorang pelajar mempunyai keinginan intrinsik, dia tidak
memerlukan apaapa bentuk insentif atau hukuman untuk melakukan
perkara tersebut kerana aktiviti itu sendiri telah dapat memenuhi
kepuasan dan keperluan dalaman pelajar itu.




10

MOTIVASI
INTRINSIK

Merujuk Jacob Filgona, John Sakiyo, D. M. Gwany
and A. U. Okoronka (2020), motivasi intrinsik
didorong oleh minat atau keseronokan yang dirasai
seseorang dalam sesuatu tugas. Ia berada dalam diri
individu dan tidak bergantung kepada tekanan
luaran.
Oleh itu, motivasi instrinsik menjadi motivasi yang
positif dalaman seseorang. Hal ini dikatakan
demikian kerana tanpa motivasi dalaman, segala
perancangan yang dirancang oleh seseorang
individu tidak akan dapat berjalan dengan baik.
Motivasi instrinsik sukar wujud dalam diri
seseorang individu sekiranya mereka tidak
menunjukkan sebarang minat atau kegembiraan
terhadap sesuatu perkara.

11

MOTIVASI
EKSTRINSIK

Motivasi ekstrinsik pula berpunca dari luaran seseorang individu.
Motivasi ini dipengaruhi dari persekitaran seseorang individu bagi
terus bersemangat dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Jenis motivasi ini melalui penghargaan, denda atau hukuman,
hadiah, ganjaran.
Sebagai contoh, seorang pekerja sering melaksanakan
tanggungjawabnya secara sukarela. Oleh itu, pengurusnya
mengambil jalan penyelesaian untuk menurunkan gajinya. Tindakan
pengurusnya itu telah menyebabkan pekerja tersebut kembali
bersemangat mejalankan amanahnya kerana dia tidak mahu hilang
punca pendapatan. Berdasarkan contoh tersebut, kita dapat melihat
bahawa motivasi entrinsik dapat meningkatkan pencapaian
seseorang individu.

12

MOTIVASI
EKSTRINSIK

Menurut Kendra Cherry, motivasi ekstrinsik merujuk kepada tingkah
laku yang didorong oleh ganjaran luar seperti wang, kemasyhuran,
gred, dan pujian. Motivasi jenis ini timbul dari luar individu,
berbanding dengan motivasi intrinsik, yang berasal dari individu.
Motivasi ekstrinsik biasanya ditakrifkan sebagai kecenderungan kita
untuk melibatkan diri dalam aktiviti untuk mendapatkan beberapa jenis
ganjaran luar yang diketahui.
Menurut Carol Sansone, Judith M. Harackiewicz (2000), sekiranya
ketiadaan ganjaran ektrinsik, maka seseorang individu tidak
mempunyai sikap instrinsik bagi meneruskan tingkah laku yang positif.
Berdasarkan pendapat – pendapat tersebut, kita dapat melihat bahawa
motivasi ekstrinsik akan menggerakkan seseorang individu untuk
berkelakuan cemerlang.

https://ms.reoveme.com/apakah-
motivasi-ekstrinsik/

13

KEPENTINGAN
MOTIVASI

14

Jacob Filgona, John Sakiyo, D. M. Gwany
& A. U. Okoronka
(2020)

Seseorang pelajar belajar Membentuk tingkah
dengan baik apabila dia laku pelajar bagi
menyedari keperluan dan
mencapai matlamat
mengembangkan tertentu.
keinginan untuk belajar.


Memberi inspirasi Meningkatkan
kepada pelajar untuk perkembangan kognitif

belajar. pelajar



Membantu dalam Meningkatkan
pembangunan diri semangat untuk
bersaing dengan rakan
pelajar. sebaya untuk mencapai

keputusan yang

cemerlang



15

PENGAJARAN

DAN
PEMBELAJARAN

16

PENGAJARAN

17

MAKSUD
PENGAJARAN

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010)
Perihal mengajar, segala sesuatu yang
berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau
sistem mengajar, aspek yang dipentingkan).
Segala sesuatu (cara, perbuatan) yang
diajarkan, ajaran.
Peringatan, pedoman.

18

MAKSUD
PENGAJARAN

Ee Ah Meng (1993)
Kompleks; malah lebih kompleks daripada yang
disedari
Merangkumi pelbagai perkara dan fungsi yang
saling berkaitan dan hendaklah betindak secara
bersama agar mencapai kejayaan.

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Faridah Binti
Che Husain (2008)

Pendekatan pengajaran merujuk kepada kaedah
atau cara sesuatu pengajaran diaplikasikan oleh
guru kepada para pelajar.
Pendekatan pengajaran ini ditentukan dengan
kaedah atau cara sesuatu kandungan itu diolah,
melihat sejauh mana penglibatan pelajar dalam
proses pengajaran serta teknik pengajaran yang
digunakan oleh guru.

https://mjes.um.edu.my/index.php/
JUD/article/view/6360/4033

19

PENGAJARAN

Sebagai contoh, seorang guru mestilah
mempunyai teknik pengajaran dalam aktiviti
pengajaran di dalam kelas. Hal ini dikatakan
demikian kerana teknik pengajaran dapat
memberi faedah kepada guru dan murid –
murid. Oleh itu, guru yang cemerlang dapat
membentuk suatu pengajaran yang dapat
mencurahkan segala ilmu kepada murid –
murid.
Kepelbagaian pengajaran dapat membantu
seseorang guru berjaya dalam menghasilkan
pembelajaran yang berkualiti pada masa
mencapai matlamat pengajaran yang
ditetapkan olehnya.

20

OBJEKTIF
PENGAJARAN

Rujukan: Eeh Ah Meng (1993)

21

Objektif Pengajaran

1.Penentuan Topik dan Isi
Dari segi pelajaran, guru hendaklah memilih dan
menyusun topik – topik terlebih dahulu. Untuk
memudahkan pengajaran-pembelajaran, isi pelajaran
perlulah bersesuaian dengan kebolehan serta minat
murid – murid.
Sebagai contoh, seseorang guru mestilah sudah
membuat pilhan terhadap tajuk yang ingin
diajarnya kemudian Menyusun mengikut
keutamaan. Hal ini dikatakan demikian kerana isi
pelajaran yang ingin disampaikan mestilah tidak
terlalu tinggi arasnya sehingga sukar difahami,
manakala yang terlalu senang pula tidak mencabar
perkembangan kognitif murid – murid.

22

Objektif Pengajaran

1.Penentuan Topik dan Isi

Keadaan tersebut mestilah dielak bagi memastikan objektif
pengajaran dapat dicapai sepenuhnya oleh guru sekali gus
murid – murid juga melepasi sasaran kefahaman yang telah
ditetapkan oleh seseorang guru.
Dari segi psikologi, guru mestilah mengatur isi
pelajarannya mengikut prinsip – prinsip berikut:
-Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum
diketahui.
-Daripada yang mudah kepada yang kompleks.
-Daripada yang konkrit kepada yang abstrak.
-Daripada yang dekat kepada yang jauh.
-Daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar
pengalaman.
Melalui lima prinsip tersebut, belaku peningkatan prestasi
kecemerlangan akademik murid. Kecemerlangan akademik
dapat membantu murid memenuhi keperluan untuk berjaya.

23

Objektif Pengajaran

2. Penentuan Kebolehan Sedia Ada
Kebolehan sedia ada yang terdapat pada murid -
murid merupakan satu komponen penting yang perlu
dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan
ringkasan mengajar.
Penyediaan pengajaran mestilah selaras dengan
tahap kebolehan murid - murid.
Hal ini dikatakan demikian kerana tahap kebolehan
murid dapat membantu seseorang guru menentukan
prestasi murid - murid.
Sebagai contoh, guru mestilah menyediakan aktiviti
kuiz atau latihan uji minda, guru dapat mengetahui
kebolehan sedia ada seseorang murid.
Berdasarkan kebolehan sedia ada seseorang murid,
guru tersebut dapat memberi maklum balas dalam
membantu peningkatan pencapaian sekali gus
mencapai objektif pengajaran.

24

Objektif Pengajaran

3. Penentuan Objektif
Objektif pelajaran yang disediakan dengan baik akan
memandu guru pelatih ke arah pencapaian yang
dikehendaki.
Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik dan
sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid - murid.
Dalam merancang sesuatu pengajaran yang berkaitan
dengan objektif pengajaran, beberapa perkara berikut
dipertimbangkan, iaitu:
- Objektif - objektif pelajaran hendaklah seharusnya
jelas.
-Objektif - objektif pelajaran hendaklah disusun
mengikut peringkat yang boleh dicapai oleh kebanyakan
murid.
- Objektif - objektif pelajaran hendaklah secocok dengan
pengetahuan sedia ada, kemahiran dan kebolehan murid
- murid.
- Objektif - objektif pelajaran hendaklah merangkumi
aspek afektif iaitu, minat, nilai dan siakap murid - murid.

25

Objektif Pengajaran

3. Penentuan Objektif
Penentuan objektif sangat dititikberatkan oleh
seseorang guru mahupun guru pelatih.
Hal ini dikatakan demikian objektif pelajaran
yang jelas dapat membantu guru mencapai
sasaran pencapaian yang telah ditetapkan.
Tambahan pula, guru juga dapat menilai
perkembangan kemajuan murid - murid semasa
sesi pengajaran.
Hal ini dikatakan demikian kerana guru
tersebut dapat mengorak langkah dalam
menghasilkan strategi dan teknik bersesuaian
matlamatnya.
Oleh itu, guru mampu menjalankan sesi
pengajaran tanpa menghadapi sebarang
kesulitan akibat kewujudan penentuan objektif.

26

PEMBELAJARAN

27

KONSEP
PEMBELAJARAN

Ee Ah Meng (1995)

Satu proses yang menghasilkan perubahan
tingkah laku seseorang individu, iaitu sebagai
suatu reaksi terhadap satu - satu keadaan yang
dihadapi.
Berlaku apabila seseorang individu telah
berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan
pengrtahuan sedia ada.
Satu proses memperoleh pengetahuan,
kemahiran, sikap, dan nilai yang baru.

28

KONSEP
PEMBELAJARAN

Kamus Dewan Edisi
Keempat (2010)

Proses
(kegiatan belajar)

29

KONSEP
PEMBELAJARAN

Moh Suardi (2018)

Pembelajaran adalah proses interaksi peserta didik
dengan pendidik dan sumber belajar pada suatu
lingkungan belajar.
Pembelajaran merupakan bantuan yang diberikan
pendidik agar dapat terjadi proses perolehan ilmu
dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan
tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan
pada peserta didik.

30

PROSES
PEMBELAJARAN

Rujukan: Eeh Ah Meng (1993)

31

Perhatian Jangkaan

Perolehan Pemilihan
Ingatan Persepsi
Kembali
Gerak Balas
Mengekod & / Prestasi
Penyimpanan
Jangka Panjang Generalisasi /
Pemindahan
Maklum Balas Pembelajaran
& Peneguhan
32

Perhatian

Perhatian seseorang individu bergantung pada faktor -
faktor seperti saiz, dan warna objek, kekuatan bunyi,
pergerakan di alam sekeliling, sesuatu yang diulangi,
perbandingan, seperti seorang murid yang gemuk dan
seorang murid yang kurus, sesuatu luar biasa, dan
motif seseorang pemerhati atau pendengar.
Perhatian perlu diberi kepada sesuatu rangsangan
sebelum sesuatu konsep atau gambaran dibentuk.
Proses pembelajaran mertislah diberi perhatian
sepenuhnya oleh murid.
Hal ini dikatakan demikian kerana segala penerangan
dan demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru akan
digunapakai bagi sesi perbincangan serta mampu
diingati oleh murid - murid sepanjang hayat.

33

Jangkaan

Jangkaan merujuk kepada prestasi murid yang
diharapkan di akhir satu - satu pelajaran.
Menurut Gagne, murid - murid hendaklah diberitahu
terlebih dahulu tentang jangkaan prestasi mereka pada
peringkat awal pembelajaran.
Sebagai contoh, guru akan memberitahu objektif
Pengajaran dan Pembelajaran kepada murid - murid
terlebih dahulu sebelum sesi pembelajaran dijalankan.
Selepas itu, guru akan meletakkan jangkaan terhadap
murid- murid pada akhir sesi pembelajaran.
Hal ini dikatakan demikian kerana jangkaan tersebut
dapat menentukan peningkatan prestasi murid - murid
bagi mendorong kejayaan murid - murid.
Oleh itu, guru mestilah membuat jangkaan terhadap
murid - murrid bagi memastikan keberkesanan proses
pembelajaran.

34

Perolehan Ingatan
Kembali

Fasa ini penting untuk memperoleh kemahiran
atau pemgetahuan yang baru.
Sebagai contoh, sebelum murid Tahun 1 boleh
menjalankan operasi tambah, dia hendaklah
mengingat kembali konsep - konsep asas
tentang nombor yang telah dipelajarinya
terlebih dahulu.
Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang
murid tersebut mestilah sudah menguasai
sesuatu konsep sebelum memahami konsep
baru.
Oleh itu, perolehan ingatan kembali amat
digalakkan bagi memastikan sesi pembelajaran
berjalan secara berkesan.

35

Pemilihan
Persepsi

Pemilihan persepsi merujuk kepada tindakan seseorang untuk
membezakan rangsangan - rangsangan yang penting dan
relevan daripada yang kurang penting.
Sebagai contoh, apabila anda duduk di dalam kelas
mendengar kuliah anda juga menerima berbagai - bagai
rangsangan lain.
Rangsangan itu adalah seperti bunyi kipas, bunyi tapak kaki
pelatih yang lalui di kelas anda, tali leher pensyarah yang
berbelang dan suara pensyarah yang sedang memberikan
kuliah.
Namun begitu, anda akan lebih memilih ransangan suara guru
dan menolak rangsangan - rangsangan lain.
Proses tersebut dikenali sebagai pemilihan persepsi.
Hal ini dikatakan demikian kerana murid mampu membuat
keputusan sendiri dalam menentukan keperluan mereka.
Oleh itu, murid akan lebih menunjukkan reaksi terhadap
rangsangan di dalam kelas berbanding di luar kelas.

36

Mengekod dan Penyimpanan
Jangka Panjang

Peringkat ini meliputi pengetahuan murid membuat kod
terhadap maklumat yang diterima untuk disimpan ke
dalam sitem saraf pusat.
Membuat kod bermakna meletakkan maklumat dalam
suatu rangka yang lebih senang diingati.
Jika rangka itu bergambar, proses membuat kod disebut
imaging.
Jika rangka itu berbahasa, proses membuat kod itu adalah
bahasa atau simbolik.
Rangka bahasa dan rangka imaging mempunyai kaitan
antara satu sama lain.
Penyimpanan jangka panjang melibatkan penyimpanan
ingatan dalam sistem saraf.
Penyimpanan jangka panjang membantu seseorang murid
untuk mengingati sesuatu perkara dalam masa yang
panjang dan sukar untuk hilnag daripada ingatan.

37

Gerak Balas /
Prestasi

Gerak balas atau prestasi merujuk kepada tingkah laku.
Menurut Gagne, apabila perubahan tingkah laku atau
prestasi telah dapat diperlihatkan, maka pembelajaran
telah pun berlaku.
Di dalam bilik darjah, prestasi ialah gerak balas murid -
murid.
Gerak balas adalah suatu petanda bahawa pembelajaran
telah berlaku.
Sebagi contoh, sekiranya murid - murid tidak
menunjukkan gerak balas, maka guru mestilah berusaha
untuk menimbulkan gerak balas dengan mengemukakan
soalan - soalan bagi memberi peluang murid - murid
memberi jawapan yang menghasilkan gerak balas murid
- murid semasa sesi pembelajaran
Oleh itu, gerak balas atau prestasi mestilah ditunjukkan
sama ada guru atau murid - murid bagi pembelajaran dua
hala berjaya dilaksanakan di dalam kelas.

38

Maklum Balas dan
Peneguhan

Peringkat maklum balas adalah penting dalam
proses pembelajaran.
Maklum balas ini perlu diberikan kepada
setiap pembelajaran yang berlaku, misalnya,
guru perlu menyatakan 'baik', 'bagus' dan 'satu
cubaan yang baik' apabila murid menunjukkan
tingkah laku yang dikehendaki dala proses
pembelajaran.
Perbuatan ini disebut peneguhan.
Hal ini dikatkan demikian kerana kata - kata
positif yang diberikan oleh guru kepada murid
- murid akan membantu murid - murid lebih
aktif dalam sesi pembelajaran.
oleh itu, peneguhan dapat diwujudkan dengan
adanya maklum balas positif daeripada guru.

39

Generalisasi atau Pemindahan
Pembelajaran

Generalisasi ini merupakan pemindahan
pembelajaran dari suatu situasi kepada situasi
- situasi yang lain.
Kebolehan seseorang individu membuat
generalisasi atau pemindahan pembelajaran
akan bertambah jika dia mempraktikkan
kemahiran baru dalam berbagai - bagai situasi.
Sebagai contoh, seseorang guru tersebut
mempunyai pengetahuan dan kemahiran
terhadap sesuatu mata pelajaran. Melalui
kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi
oleh beliau, beliau dapat menggunakan
kemahiran dan pengetahuan tersebut dalam
mana - mana situasi bagi melaksanakan sesi
pembelajaran lebih menarik.

40

LATIHAN UJI

MINDA

Sila padankan bahagian A dan bahagian B

yang sesuai.

Motivasi Instrinsik Motivasi dipengaruhi daro persekitaran
seseorang individu bagi terus bersemangat
Movere dalam melakukan sesuatu aktiviti

Maksud motivasi [Tri Satu faktor yang sangat menentukan ketercapaian
Rumhadi (2017)] pendidikan siswa, untuk itu sangat diperlukan
adanya motivasi yang tinggi, untuk memperolehi
Maksud motivasi prestasi yang baik.
[Valamarthic Gopala, et.al
(2017)] Usaha menggerakkan
Maksud motivasi seseorang individu melakukan
[Eeh Ah Meng (1995)] sesuatu.

Keinginan yang keras atau semangat yang
kuat pada seseorang yang mendorongnya
untuk berusaha.

Berasal dari perkataan latin yang
membawa maksud 'menggerakkan'

Motivasi Ekstrinsik Konsep teori yang digunakan untuk
menjelaskan tingkah laku manusia.
Maksud motivasi [Kamus
Dewan Edisi Keempat Kekuatan dalaman dalam diri
(2010)] seseorang individu bagi mencapai
impian.

41

JAWAPAN

Sila padankan bahagian A dan bahagian B
yang sesuai.

Motivasi Instrinsik Motivasi dipengaruhi daro persekitaran
seseorang individu bagi terus bersemangat
Movere dalam melakukan sesuatu aktiviti

Maksud motivasi [Tri Satu faktor yang sangat menentukan ketercapaian
Rumhadi (2017)] pendidikan siswa, untuk itu sangat diperlukan
adanya motivasi yang tinggi, untuk memperolehi
Maksud motivasi prestasi yang baik.
[Valamarthic Gopala, et.al
(2017)] Usaha menggerakkan
Maksud motivasi seseorang individu melakukan
[Eeh Ah Meng (1995)] sesuatu.

Keinginan yang keras atau semangat yang
kuat pada seseorang yang mendorongnya
untuk berusaha.

Berasal dari perkataan latin yang
membawa maksud 'menggerakkan'

Motivasi Ekstrinsik Konsep teori yang digunakan untuk
menjelaskan tingkah laku manusia.
Maksud motivasi [Kamus
Dewan Edisi Keempat Kekuatan dalaman dalam diri
(2010)] seseorang individu bagi mencapai
impian.

42

LATIHAN UJI

MINDA

Sila pilih jawapan yang betul.

1.Kepentingan Motivasi

a) Memberi inspirasi kepada pelajar
b) Melemahkan perkembangan kognitif pelajar.
c) Semangat daya saing yang rendah dalam kalangan pelajar.
d)Tingkah laku pelajar yang tidak mencapai matlamat.

2. "Merangkumi pelbagai perkara dan fungsi yang saling berkaitan san hendaklah bertindak secara b
bersama agar kejayaan." SIapakh yang memberi pendapat tersebut?

a) Kamus Dewan Edisi Keempat (2010)
b) Erh Ah Meng (1993)
c) Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Faridah binti Che Hussain

3. Apakah objektif pengajaran yang kedua?

a) Penentuan objektif
b) Penentuan topik dan isi
c) Penentuan kebolehan sedia ada

4. "......yang diberikan pendidik agar terjadi proses perolehan pengetahuan, penguasaan, kemahiran d
tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan pada peserta didik"

a) Kasih sayang
b) Bantuan
c) Tunjuk ajar

5. "Rangsangan itu adalah seperti bunyi kipas, bunyi tapak kaki pelatih yang lalui di kelas annda, tali leher pensyarah
yang berbelang, dan suara pensyarah yang sedang memberikkan kuliah."
Apakah proses pembelajaran yang berlaku berdasarkan ayat tersebut?

a) Jangkaan 43
b) Gerak balas/ prestasi
c) Pemilihan persepsi
d) Perhatian
e) Maklum balas dan peneguhan
f) Perolehan ingatan kembali

JAWAPAN

Sila pilih jawapan yang betul.

1. A
2. B
3. C
4. B
5. C

44

KITARAN
MOTIVASI

45

Keperluan, Peneguhan &
Harapan, Kepuasan
Keinginan &
Kehendak

Motif Pencapaian
matlamat &
mendapat insentif

Tingkah Pergurusan
laku keperluan

bermotivasi 46

FUNGSI
MOTIVASI

47


Click to View FlipBook Version