FUNGSI MOTIVASI
Sebagai dorongan atau kekuatan
oleh individu untuk melakukan
sesuatu.
Sebagai suatu respons yang
dipelajari
Sebagai energi
Sebagai perantara pada organisma
agar manusia itu dapat
menyesuaikan diri dalam
lingkungannya
48
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
MOTIVASI
49
MINAT SIKAP
KEPERLUAN INSENTIF
NILAI ASPIRASI
50
1. MINAT
Motivasi seseorang pelajar dipengaruhi oleh minat. Motivasi
belajar semakin tinggi apabila disertai dengan minat, baik yang
bersifat dalaman atau luaran. Menurut D.P. Tampubolon, minat
belajar merupakan perpaduan antara keinginan dan kemampuan
yang dapat berkembang jika ada minat. Seseorang pelajar yang
ingin memperdalam pengetahuan tentang bahasa Melayu tentu
akan terarah minat belajarnya untuk membaca buku-buku yang
berkaitan dengan bahasa Melayu.
Minat belajar dapat diperoleh melalui belajar, kerana dengan
belajar, pelajar yang tidak menyenangi pelajaran tertentu, lama-
kelamaan lantaran bertambahnya pengetahuan mengenai pelajaran
tersebut, minat belajar pun tumbuh sehingga ia akan lebih giat lagi
mempelajari pelajaran tersebut. Hal ini sesuai dengan pendapat
Singgih D. Gunarsa dan Ny. Singgih D.G bahawa minat belajar
akan timbul dari sesuatu yang diketahui dan kita dapat mengetahui
sesuatu dengan belajar, kerana semakin banyak belajar semakin
luas pula bidang minat belajar.
Dengan meningkatnya minat belajar seseorang, motivasi akan
meningkat walaupun walaupun pelajaran tersebut merupakan
mata pelajaran yang susah.
https://mediapermata 51
.com.bn/faktor-faktor-yang-
mempengaruhi-motivasi/
2. KEPERLUAN
Faktor kedua yang mempengaruhi motivasi adalah keperluan. Setiap
tindakan yang merupakan kewujudan dari motivasi adalah dimulakan
dengan keperluan. Manusia tidak akan termotivasi untuk mencapai
atau melakukan sesuatu tindakan sekiranya tidak menginginkan
sesuatu dari tindakan tersebut. Antara contoh keperluan manusia yang
dapat menungkatkan motivasi menurut Maslow ialah:
a) Keperluan Fisiologi. Keperluan jasmani seperti keperluan
terhadap makanan, minuman, tidur, berehat dan kesihatan. Untuk
belajar dengan baik, seseorang pelajar haruslah sentiasa dalam keadaan
sihat, tidak kelaparan dan kehausan yang dapat menganggu kerja otak
dalam pembelajaran.
b) Keperluan keamanan. Manusia memerlukan ketenteraman dan
keamanan jiwa. Perasaan kecewa, dendam, takut akan kegagalan,
ketidakseimbangan mental dan gangguan emosi-emosi yang lain dapat
menganggu pembelajaran seseorang. Untuk meningkatkan motivasi
pembelajaran, seseorang pelajar perlulah menjaga keseimbangan emosi
sehingga perasaan aman dapat dicapai dan fokus dapat dipusatkan
kepada pembelajaran.
52
c) Keperluan akan kebersamaan dan kasih sayang. Manusia
dalam hidup memerlukan kasih sayang dari orang tua,saudara dan
rakan-rakan lain. Di samping itu, mereka akan berasa gembira jika
dapat membantu dan memberikan kasih sayang kepada orang lain
pula. Belajar bersama akan membuka fikiran pelajar, serta
meningkatkan ketajaman berfikir pelajar.
d) Keperluan akan status. Setiap orang menginginkan segala
usahanya berhasil. Untuk kelancaran dalam pembelajaran, pelajar
perlu berfikiran positif, percaya pada diri dan yakin akan dapat
menyelesaikan tugasnya dengan baik. Pelajar harus mendapat
insentif bahawa apa yang dipelajarinya kelak akan berguna bagi
dirinya sendiri.
e) Keperluan akan self-actualisation. Belajar yang lebih efektif
dapat diciptakan untuk memenuhi keperluan sendiri atau imej
seseorang. Setiap orang tentu berusaha untuk memenuhi keinginan
yang dicita-citakannya. Oleh itu, pelajar haruslah yakin bahawa
dengan belajar dengan baik akan membantu mereka mencapai cita-
cita yang diinginkannya.
53
f) Keperluan untuk mengetahui dan memahami. Keperluan
manusia untuk memuaskan rasa ingin tahu, mendapatkan
pengetahuan, maklumat, dan untuk memahami sesuatu. Untuk
mencapai hal ini, maka harus ditanamkan kepada pelajar bahawa
satu-satunya cara untuk memuaskan rakan ingin tahu akan
sesuatu adalah dengan belajar.
g) Keperluan estetika. keperluan yang dimanifestasikan sebagai
keperluan akan keteraturan, keseimbangan dan kelengkapan dari
suatu tindakan. Hal ini hanya mungkin akan wujud jika pelajar
belajar tanpa berhenti, tidak hanya dalam pendidikan formal
sahaja tetapi juga setelah selesai, setelah bekerja, berkeluarga
serta berkhidmat dalam masyarakat.
https://mediapermata.com.bn/faktor- 54
faktor-yang-mempengaruhi-motivasi/
3. NILAI
Faktor ketiga yang dapat mempengaruhi motivasi ialah
nilai iaitu nilai diri yang perlu disesuaikan dengan nilai
masayarakat. Nilai adalah suatu keyakinan mengenai
cara bertingkah laku yang diinginkan individu dan
digunakan sebagai prinsip atau standard dalam
hidupnya. Nilai penting untuk memahami sikap, motivasi
dan perilaku dari seseorang individu dan budaya. Nilai
juga dapat mempengaruhi pandangan pelajar tentang
segala sesuatu yang ada di sekitar kita seperti gambaran
mengenai yang benar dan yang salah. Terdapat dua jenis
nilai yang dapat mempengaruhi motivasi iaitu nilai
terminal dan nilai instrumental. Nilai terminal ialah
keadaan akhir yang diinginkan atau tujuan yang ingin
dicapai oleh seseorang selama hidupnya manakala nilai
instrumental ialah cara bertingkah laku yang lebih
disukai dalam mencapai suatu nilai terminal.
55
4. SIKAP
Faktor seterusnya yang dapat mempengaruhi motivasi
ialah sikap pelajar. Sikap pelajar yang positif terhadap
sesuatu pelajaran atau perkara yang boleh menjadi
pendorong. Sikap pelajar mempunyai perkaitan rapat
dengan pencapaian seseorang dalam pembelajaran. Sikap
ialah sesuatu yang abstrak dan hanya dapat dilihat atau
dirasa melalui tindakan yang diambil. Dalam
pembelajaran, sikap banyak mempengaruhi sejauh mana
pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan
cepat menurut Zamri Mahmod (2004). Faktor diri sendiri
merupakan faktor yang paling mempengaruhi seseorang
untuk mempelajari sesuatu. Jika pelajar itu memiliki
sikap yang positif seperti kesedaran tentang pembelajaran
yang dipelajarinya, maka dia akan termotivasi untuk
menguasai pembelajaran tersebut dengan pelbagai cara.
https://mediapermata.com.bn/ 56
faktor-faktor-yang-mempengaruhi
-motivasi/
5. ASPIRASI
Faktor seterusnya ialah aspirasi pelajar untuk berjaya
dan berusaha untuk mencapai kejayaan. Motivasi belajar
wujud pada diri pelajar sejak kecil lagi seperti keinginan
bermain. Keberhasilan untuk mencapai keinginan
tersebut menumbuhkan keinginan untuk bergiat aktif
dan seterusnya akan menimbulkan cita-cita diikuti oleh
perkembangan akal, moral, kemahuan, bahasa dan nilai-
nilai kehidupan. Kesannya, motivasi untuk mencapai
sesuatu yang diaspirasikan pelajar akan meningkat.
57
6. INSENTIF
Akhir sekali, faktor yang dapat mempengaruhi motivasi ialah
insentif. Insentif ialah sesuatu perkara yang sangat dikehendaki
seperti kejayaan, gred yang baik, penghormatan dan cita-cita.
Motivasi yang diberikan oleh guru kepada pelajar supaya pelajar
dapat terdorong untuk belajar di sekolah adalah dengan memberi
gred kepada pelajar sebagai simbol atau nilai kegiatan di dalam
pembelajaran. Hadiah yang diberikan sebagai penghargaan dapat
membuat pelajar termotivasi dalam proses pembelajaran
mengarahkan pelajar untuk lebih meningkatkan prestasi. Ego
involmen (harga diri) yang dimilki pelajar hendaknya dapat
digunakan guru untuk meningkatkan hasil belajar pelajar yang akan
dicapai dengan memberi pengulangan sebagai evaluasi dalam
mencapai hasil belajar yang dilakukan oleh guru dapat mendorong
pelajar untuk termotivasi dan dapat menjawab soalan yang
diberikan. Apabila mengetahui hasil belajar dari evaluasi yang
diberikan adalah baik, maka ianya dapat meningkatkan semanagat
pelajar untuk mendapat sesuatu yang lebih baik.
https://mediapermata.com.bn/faktor-
faktor-yang-mempengaruhi-motivasi/
58
PENDEKATAN
MOTIVASI
59
PENDEKATAN
BEHAVIOURISME
60
Teori behaviourisme merupakan kajian saintifik berkaitan tentang
tingkah laku manusia. Perubahan tingkah laku manusia dapat dilihat dan
diukur dengan memberi perhatian terhadap tingkah laku yang baharu
sehingga menjadi tingkah laku yang diulang.
Teori behaviourisme mengatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila
perubahan tingkah laku hasil daripada peneguhan dan maklum balas serta
pengajaran, sebaliknya dendaan. Teori behaviorisme juga mengatakan
bahawa pembelajaran boleh dikatakan sebagai perubahan tingkah laku yang
boleh diperhatikan, dikawal, dan diramal oleh orang lain.
Motivasi dari pendekatan behaviourisme berkait rapat dengan prinsip, di
mana tingkah laku yang telah diberikan peneguhan akan berlaku berbanding
tingkah laku yang tidak diberikan peneguhan.
Sebagai seorang guru, peneguhan perlu diberikan dan diiktirafkan atas
kejayaan pelajar untuk memotivasikan para pelajar. Guru juga perlu
sentiasa membantu mereka mengimbangkan nilai dan kekuatan peribadi
terhadap pembelajaran mereka.
Insentif yang diberikan akan menjanjikan sesuatu yang baik diperolehi
manakala dendaan perlu dielakkan. Hal ini dapat meningkatkan motivasi
pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Motivasi yang biasanya digunakan dalam proses pembelajaran dan
pengajaran ialah motivasi ekstrinsik.
https://hannailly.blogspot.com/2019/11/teori-
behaviorisme.html 61
BURRHUS FREDERIC SKINNER
(1904-1990)
B. F. Skinner dilahirkan di sebuah bandar kecil, Pennsylvania pada 20
Mac 1904 dan telah meninggal dunia pada 18 Ogos 1990. Beliau pernah
menerima ijazah sarjana muda dalam kesusasteraan Inggeris dan ingin
menjadi seorang penulis. Apabila bekerja di sebuah kedai buku, beliau
melihat buku oleh Pavlov dan Watson, yang telah mengubah fikirannya.
Oleh itu, beliau pula memasuki Universiti Harvard di Jabatan Psikologi.
Pada peringkat universiti, beliau mula terlibat dalam penyelidikan
saintifik dan kemudiannya mengkaji Kotak Skinner yang telah
menjalankan eksperimen dengan tikus. Tujuan melaksanakan eksperimen
ini adalah untuk mengkaji tindakan tikus menerima sama ada ganjaran
dalam bentuk makanan, atau hukuman dengan bantuan arus listrik.
Akhirnya, beliau telah mencipta teori pengendalian operan, yang
memberikan dorongan untuk penyelidikan lanjut oleh saintis di banyak
negara. Teori beliau meletakkan asas untuk arah yang besar dalam
psikologi, iaitu Teori Behaviorisme.
https://ms.airport-consultant.com/kogo-schitayut- 62
osnovatelem-biheviorizma-bf-skinner
MOTIVASI EKSTINSIK SKINNER
Motivasi ekstinsik wujud daripada
rangsangan luaran dengan tujuan
menggerakkan individu untuk melakukan
sesuatu aktiviti yang bermanfaat
Motivasi ekstinsik biasanya dirangsang
dalam bentuk pujian, ganjaran, hadiah,
pengiktirafan, insentif dan sebagainya.
GANJARAN
Ganjaran biasanya merupakan objek atau peristiwa
yang diberi akibat kelihatan atau manifestasi sesuatu
tingkah laku yang diingini untuk menyelesaikan tugas
tertentu.
INSENTIF
Insentif merupakan sesuatu objek yang diberikan di
luar gaji untuk menggalakkan tingkah laku positif atau
menghindarkan tingkah laku yang tidak diingini
63
PENDEKATAN
HUMANISTIK
64
Pendekatan humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap
pengalaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini
juga menekankan kebebasan peribadi, pilihan, kegigihan kendiri dan
menuju ke arah pertumbuhan kendiri.
Fokus pendekatan humanistik ditumpukan kepada seseorang pelajar dan
peluang yang diberikan dalam penglibatan individu secara mendalam.
Pendekatan humanistik juga meninjau tentang ciri-ciri peribadi seseorang
seperti kompetensi kendiri, harga diri, kegigihan kendiri, pencapaian kendiri
dan autonomi serta memberi penekanan terhadap individu yang mempunyai
kawalan dalaman tentang proses-proses hidup sendiri.
https://cikgu-
zaki.blogspot.com/2012/03/pend
ekatan-humanistik.html
http://wartapinggiran.blogspot.c 65
om/2017/02/kajian-humanisme-
teori-abraham-maslow.html
ABRAHAM MASLOW
(1908 - 1970)
https://may.psychic-
parapsychologist.com/biography-abraham-
maslow-72130
Abraham Maslow dilahirkan pada 1 April 1908 di Brooklyn, New York.
Maslow melanjutkan pengajian undang-undang di City College of New York
(CCNY). Beliau kemudian beralih ke University of Wisconsin, tempat yang
beliau mengembangkan minat psikologi dan mendapati seorang mentor dalam
psikologi Harry Harlow yang berkhidmat sebagai penasihat kedoktorannya.
Abraham Maslow merupakan ahli psikologi Amerika yang paling terkenal.
Beliau juga dijadikan sebagai seorang pengasas psikologi humanistik dan
mencipta hierarki keperluannya yang terkenal. Beliau juga telah membuat
kajian mengenai peranan keperluan dalam menentukan motivasi. Maslow
berpendapat teori psychoanalytic Freud dan teori perilaku Skinner terlalu
tertumpu kepada aspek negatif atau patologi kewujudan dan mengabaikan
semua potensi dan kreativiti yang dimiliki oleh manusia.
Mengikut para humanism seperti Abraham Maslow, manusia dilahirkan
dengan kecenderungan semula jadi serta keperluan untuk berusaha mencapai
potensi yang optimum.
Manusia juga didorong untuk melakukan tingkah laku tertentu kerana
penyempurnaan kendiri, iaitu semua manusia mempunyai keinginan dalaman
mencapai segala yang diinginkan oleh mereka.
66
HIERARKI KEPERLUAN MASLOW
Abraham Maslow memperkenalkan konsep hierarki keperluannya dalam
kertas "Teori Motivasi Manusia" 1943 dan buku motivasi serta keperibadiannya
yang seterusnya. Teori hierarki Maslow menjelaskan bahawa setiap individu
perlu memenuhi segala keperluan asas untuk mencapai kesejahteraan dalam
hidup.
Hierarki keperluan Maslow mencadangkan bahawa orang ramai mempunyai
beberapa keperluan dan keperluan ini dipenuhi mereka dapat meneruskan
keperluan lain. Maslow menerangkan keperluan manusia secara hierarki seperti
pyramid kerana mempunyai peringkat yang tersusun iaitu bermula dengan
keperluan asas atau fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan sosial,
keperluan penghargaan dan keperluan pencapaian hasrat diri.
Maslow percaya bahawa keperluan ini serupa dengan naluri dan memainkan
peranan penting dalam memupuk tingkah laku. Bagi memenuhi keperluan ini,
keperluan yang paling bawah dalam hierarki adalah paling diutamakan dan
mesti dipenuhi sebelum keperluan lain dipenuhi. Setelah satu keperluan
tersebut berjaya dipenuhi, keperluan tersebut tidak dapat lagi memberikan
semangat dan dorongan kepada individu berkenaan untuk bekerja dengan lebih
teguh.
Maslow menamakan paras piramid tertinggi sebagai keperluan pencapaian
hasrat diri. Keperluan ini tidak berpunca dari kekurangan sesuatu tetapi
mempunyai keinginan untuk berkembang sebagai seseorang.
67
1. KEPERLUAN FISIOLOGI
Keperluan fisiologi merupakan keperluan
asas. Hal ini termasuk perkara-perkara yang
penting untuk kelangsungan hidup kita. Contoh
keperluan fisiologi termasuk makanan, air,
bernafas dan homeostasis.
Selain keperluan asas pemakanan, pengaturan
udara dan suhu, keperluan fisiologi juga meliputi
perkara-perkara seperti tempat tinggal dan
pakaian. Maslow juga memasukkan pembiakan
seksual di peringkat tahap hierarki keperluan ini.
Keperluan ini penting untuk kelangsungan hidup
dan penyebaran spesies.
2. KEPERLUAN KESELAMATAN
Apabila kita menuju ke tahap kedua hierarki keperluan Maslow, keperluan mula
menjadi lebih kompleks. Pada tahap ini, keperluan keselamatan menjadi utama.
Setiap individu ingin kawalan dan ketenteraman dalam kehidupan mereka, Oleh itu,
keperluan untuk keselamatan banyak menyumbang kepada tingkah laku pada tahap
ini.
Pencarian pekerjaan, mendapatkan insurans kesihatan, penjagaan kesihatan,
menyumbang wang ke akaun simpanan dan perpindahan ke kawasan yang lebih
selamat merupakan contoh tindakan yang dimotivasi oleh keperluan keselamatan.
68
3. KEPERLUAN SOSIAL
Keperluan sosial dalam hierarki Maslow merangkumi perkara-perkara seperti
percintaan, penerimaan dan kepunyaan. Di peringkat ini, keperluan untuk hubungan
emosi akan mendorong kelakuan manusia. Beberapa perkara yang memenuhi keperluan
ini termasuk persahabatan, ikatan romantis, keluarga, kumpulan sosial, kumpulan
komuniti, gereja dan organisasi agama.
Untuk mengelakkan masalah seperti kesepian,
kesunyian, kemurungan dan kebimbangan, keperluan ini
amat penting bagi individu untuk merasa disayangi dan
diterima oleh orang lain. Hubungan peribadi dengan
rakan sebaya, keluarga dan kekasih telah memainkan
peranan penting, begitu juga penglibatan dalam kumpulan lain seperti kumpulan
agama, pasukan sukan, kelab buku dan aktiviti kumpulan lain.
4. KEPERLUAN PENGHORMATAN
Tahap keempat dalam hierarki Maslow adalah keperluan penghargaan dan
penghormatan. Apabila keperluan di peringkat tiga bawah telah dipenuhi, keperluan
penghargaan akan memainkan peranan yang lebih menonjol dalam memotivasikan
tingkah laku. Tahap ini menjadi semakin penting untuk mendapatkan penghormatan
dan penghargaan terhadap orang lain. Setiap individu mempunyai keperluan untuk
mencapai sesuatu dan kemudian usaha mereka diakui.
Di samping keperluan untuk perasaan pencapaian dan prestij, keperluan
penghargaan termasuk perkara-perkara seperti harga diri dan nilai peribadi. Setiap
individu perlu merasakan bahawa mereka dihargai oleh orang lain dan merasakan
bahawa mereka memberikan sumbangan kepada dunia. Penyertaan dalam aktiviti
profesional, pencapaian akademik, penyertaan olahraga atau pasukan dan hobi
peribadi boleh memainkan peranan dalam memenuhi keperluan penghargaan.
Orang yang dapat memenuhi keperluan penghargaan dengan mencapai harga diri
yang baik dan pengiktirafan orang lain akan berasa yakin dengan kebolehan mereka.
Mereka yang kurang yakin dan menghormati orang lain dapat mengembangkan
perasaan rendah diri. Oleh itu, tahap penghargaan dan sosial membentuk apa-apa yang
dikenali sebagai keperluan psikologi hierarki.
69
5. KEPERLUAN PENCAPAIAN HASRAT DIRI
Di puncak hierarki Maslow adalah keperluan pencapaian hasrat
diri. "Apa yang boleh dilakukan seorang lelaki, dia mesti ada" jelas
Maslow, merujuk kepada keperluan individu untuk mencapai potensi
penuh mereka sebagai manusia.
Menurut definisi Maslow mengenai hasrat diri, "Ia mungkin
digambarkan sebagai penggunaan dan eksploitasi bakat,
kemampuan, potensi dan sebagainya. Individu seperti ini seolah-olah
memenuhi diri mereka sendiri dan melakukan yang terbaik yang
mereka mampu lakukan. Mereka merupakan orang yang telah
berkembang datau berkembang ke tahap tinggi yang mereka
mampu."
Keperluan pencapaian hasrat diri telah diberikan kepada individu
yang menyedari diri sendiri, prihatin dengan pertumbuhan diri,
kurang mementingkan pendapat orang lain dan berminat untuk
memenuhi potensi mereka.
70
PENDEKATAN
KOGNITIF
71
Pendekatan kognitif adalah berasaskan proses pemikiran, iaitu proses
mental dalaman yang membolehkan manusia memperoleh pengetahuan,
mengesan, menyimpan, mencapai dan mengingat semula pengetahuan
yang tersimpan untuk digunakan semula (Amir, 1986; Hassan, 1993;
Sulaiman, 1997; Ramlah dan Mahani, 2004; Reed, 2004; Solso et al.
2005). Pendekatan kognitif juga menekankan bahawa tingkah laku
dipengaruhi oleh cara manusia berfikir tentang diri mereka dan
persekitaran.
Pendekatan kognitif telah memberi penekanan terhadap pemprosesan
maklumat yang berlaku dalam minda pelajar ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Para pelajar sebagai penerima yang memproses
maklumat dianggap sangat penting dan perlu diberi perhatian selain
pengajaran yang disampaikan oleh guru. Proses pembelajaran berlaku jika
pelajar melibatkan diri secara aktif untuk memahami dan mentafsir
pelajaran yang disampaikan.
Dalam pendekatan kognitif, manusia dilahirkan dengan naluri ingin
tahu intrinsic, bermotivasi dan meneroka untuk menyelesaikan masalah
sebagai suatu bentuk tingkah laku penyesuaian.
Bentuk tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang diterangkan
berdasarkan empat pengaruh yang berikut ialah keperluan untuk membina
sesuatu asas pengetahuan yang teratur dan konsisten, harapan seseorang
untuk menyempurnakan tugasan dengan jayanya, faktor-faktor yang
mempengaruhi kepercayaan seseorang sama ada menghasilkan kejayaan
atau kegagalan dan kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif.
72
TEORI ATRIBUSI WEINER
Teori Atribusi Weiner diperkenalkan oleh
Bernard Weiner. Bernard Weiner lahir pada
tanggal 28 September 1935. Beliau dikenali
sebagai seorang psikologi sosial yang
mengembangkan teori bentuk atribusi yang
membahas tentang upaya-upaya yang
dilakukan untuk memahami penyebab perilaku
kita sendiri dan orang lain.
Teori Atribusi Weiner merupakan teori kontemporari yang
berpengaruh terhadap implikasi motivasi akademik. Teori ini
menegaskan bahawa murid akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu
hasil yang diingini. Teori yang dikembangkan oleh Bernard Weiner telah
menghubungkan dua minat utama dalam teori psikologi iaitu motivasi
dan penelitian atribusi.
Penekanan ditumpukan kepada persepsi seseorang murid yang
mempengaruhi cara mereka mentafsir kejayaan atau kegagalan usaha
mereka. Kejayaan dan kegagalan usaha mereka akan mempengaruhi
kecenderungan murid untuk mengulangi tingkah laku yang sama.
http://makalahpendidikanislamlengkap.blogspot.com/2015/06/teori-atribusi- 73
bernard-weiner.html
Terdapat empat faktor yang mempengaruhi motivasi dalam pendidikan
berasaskan pendekatan kognitif iaitu
1. Kebolehan
- faktor dalaman yang stabil
2. Usaha
- faktor dalaman yang tidak stabil kerana boleh berubah mengikut
keadaan
3. Nasib
- faktor luaran yang boleh berubah
4. Tahap kesukaran sesuatu tugasan
- faktor luaran yang tidak boleh berubah
Menurut Weiner, atribut boleh wujud dalam tiga dimensi iaitu
1. Lokus
- Lokasi di mana penyebab itu berada sama ada dari dalaman individu atau
luaran seseorang individu
2. Stabiliti
- penyebab boleh berubah atau tidak
(a) stabil: tidak berubah mengikut masa dan situasi
(b) tidak stabil: berubah mengikut masa dan situasi
3. Kawalan
- sama ada sesuatu sebab yang diberi itu boleh dikawal atau tidak boleh
dikawal oleh pelajar atau orang lain
- hanya usaha yang dianggap sebab yang boleh dikawal
- nasib dan tahap kesukaran tugasan tidak dapat dikawal
74
PENDEKATAN
SOSIOBUDAYA
75
Pendekatan sosiobudaya adalah gabungan antara pendekatan behaviorisme
dengan kognitivisme. Pendekatan ini boleh dikaitkan dengan teori efikasi
kendiri dalam memotivasi murid. Teori sosiobudaya adalah teori yang muncul
dalam psikologi yang memberi sumbangan penting kepada perkembangan
individu. Teori ini menekankan interaksi antara individu membangun dengan
budaya kehidupan mereka. Teori ini menunjukkan bahawa pembelajaran
manusia sebahagian besarnya merupakan proses sosial.
Menurut Lev Vygotsky, pembelajaran mempunyai asas dalam berinteraksi
dengan orang lain. Kanak-kanak dilahirkan dengan kekangan biologi asas di
fikiran mereka. Setiap budaya telah memberikan alat penyesuaian intelektual
kepada setiap individu. Alat ini membolehkan kanak-kanak menggunakan
kebolehan mental asas mereka dengan cara yang menyesuaikan diri dalam
budaya kehidupan mereka. Sebagai contoh, apabila satu budaya menekankan
strategi ingatan seperti mengambil nota, budaya lain mungkin akan
menggunakan alat seperti peringatan atau hafalan.
76
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
BANDURA (1977)
Albert Bandura merupakan seorang ahli psikologi. Teori Bandura
telah menggabungkan unsur-unsur daripada teori tingkah laku yang
menunjukkan bahawa semua tingkah laku dipelajari melalui
pengkondisian dan teori kognitif yang mengambil kira pengaruh
psikologi seperti perhatian dan ingatan.
Terdapat tiga konsep teras dalam teori pembelajaran sosial. Pertama
sekali, idea tentang orang boleh belajar melalui pemerhatian. Seterusnya,
tanggapan bahawa keadaan mental dalaman adalah bahagian penting
dalam proses ini. Akhirnya, teori ini mengakui bahawa hanya sesuatu
yang telah dipelajari tidak bermakna dan ia akan menyebabkan perubahan
tingkah laku.
Beliau juga mencadangkan teori pembelajaran sosial yang
menunjukkan bahawa pemerhatian, tiruan, pemodelan dan peneguhan
Vicarious telah memainkan peranan utama dalam proses ini.
Peneguhan vicarious ialah keadaan apabila murid mengharapkan
peneguhan yang sama jika memerhatikan orang lain mendapat ganjaran
hasil daripada tingkah laku mereka. Peneguhan vicarious dan peneguhan
langsung amat penting dalam meningkatkan efikasi kendiri individu
terhadap sesuatu tugas untuk membawa motivasi ke tahap yang lebih
tinggi.
77
Menurut kajian Bandura, mereka yang mempunyai kepercayaan efikasi
kendiri yang tinggi mampu mencapai hasrat dan cita-cita mereka.
Kepercayaan efikasi kendiri juga membantu dalam menentukan banyak
usaha murid melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti, tempoh masa untuk
berusaha apabila berdepan dengan halangan serta kekuatan diri mereka
apabila berada dalam situasi yang sukar. Semakin tinggi efikasi kendiri
murid, semakin tekun dan berusaha seseorang murid itu.
Kepercayaan efikasi kendiri turut mempengaruhi pola pemikiran dan
reaksi emosi murid. Hal ini kerana efikasi kendiri akan membantu murid
apabila menghadapi tugas atau masalah yang sukar.
Sebaliknya, kepercayaan efikasi kendiri tahap rendah adalah golongan
yang tidak yakin akan diri sendiri dan tidak berdaya saing. Dengan
kekurangan tahap daya saing ini, mereka tidak akan mencuba untuk
melakukan apa-apa tindakan luar biasa daripada tindakan untuk
memajukan diri. Individu yang mempunyai efikasi rendah akan percaya
bahawa sesuatu perkara lebih sukar daripada yang sebenarnya dan hal ini
akan mewujudkan kebimbangan, stres dan kemurungan.
https://ms.reoveme.com/bagaimana-teori-
pembelajaran-sosial-berfungsi/
78
UJI MINDA
PENDEKATAN
MOTIVASI
https://wordwall.net/play/27525/671/473
79
80
81
82
JAWAPAN
1. A
2. D
3. B
4. C
5. B
6. A
7. B
8. C
9. A
10. A&D
83
BAGAIMANA
MOTIVASI
MEMPENGARUHI
TINGKAH LAKU
84
1. DORONGAN TINGKAH LAKU
TERHADAP MATLAMAT TERTENTU
Motivasi dapat mendorong seseorang untuk
menetapkan matlamat kendiri dan mendorong
tingkah laku sewajarnya. Sebagai contoh, apabila
seseorang individu mempunyai matlamat untuk
berjaya dalam peperiksaan, maka ia akan
mengulang kaji pelajaran dengan bersungguh-
sungguh. Selain itu, motivasi juga menentukan
matlamat tertentu dan ke arah mana usaha perlu
dilakukan. Penggunaan ujian juga merupakan
mekanisme yang baik untuk mengukur pencapaian
seseorang individu. Sekiranya digunakan dengan
betul, grednya boleh memotivasikan pelajar untuk
lebih rajin belajar.
http://muhamadaizat.blogspot.com/p/
memotivasikan-murid.html
85
2. MEMACU PENINGKATAN
USAHA DAN TENAGA
Motivasi dapat memacu peningkatan usaha dan
tenaga dengan meningkatkan kapasiti tenaga
dan usaha yang digembleng dalam sesuatu
aktiviti yang berkaitan dengan keperluan dan
matlamat yang disasarkan. Malah, ianya juga
menentukan sama ada mereka meneruskan
tugasan dengan bersemangat juang yang tinggi
dan sepenuh hati atau sekadar bersimpati dan
tidak berdaya saing.
86
3. INISIATIF DAN MEMASTIKAN
KEGIGIHAN DALAM PELAKSANAAN
AKTIVITI
Motivasi mempengaruhi tingkah laku individu
dengan cenderung untuk memulakan tugasan yang
ingin dilakukan sebenarnya. Mereka akan terus
mengusahakan tugasan tersebut sehingga berjaya
menyelesaikannya dengan baik, walaupun
menghadapi gangguan atau kecewa dalam usaha
berkenaan. Seterusnya, seseorang itu juga akan
meningkatkan penggunaan masa terhadap tugasan.
Malah, mengoptimumkan penggunaan masa adalah
faktor penting yang mempengaruhi proses
pelaksanaan tugasan, pembelajaran dan pencapaian.
87
4. MEMPENGARUHI PROSES
KOGNITIF
Motivasi juga mempengaruhi proses kognitif
seseorang terutamanya memberi kesan terhadap
perhatian. Motivasi mempengaruhi cara bagaimaana
individu memproses perhatian dengan efektif dan
lebih berkesan. Sebagai contoh, individu yang
bermotivasi bertindak balas terhadap perhatian
dengan membuat usaha secara bersepadu untuk
menyiapkan tugasan. Selain itu, mereka juga
mempelajari sesuatu secara bermakna dan akan
mempertimbangkan penggunaan tugasan yang
diberikan pada masa hadapan.
88
5. PENENTUAN KESAN
PENGUKUHAN ATAU HUKUMAN
Kesan daripada pengu
kuhan dan hukuman juga
mempengaruhi motivasi seseorang. Semakin tinggi
tahap motivasi untuk mencapai kejayaan, semakin
mereka akan bangga dengan pencapaian diperoleh.
Manakala, seseorang indiividu itu akan berasa
kecewa dengan pencapaian yang rendah. Hal ini
disebabkan, semakin tinggi motivasi dan
pencapaian, seseorang itu akan semakin diterima
dan dihormati oleh masyarakat dan rakan sebaya.
Individu juga lebih menghargai keahlian dalam
kumpulan yang tinggi motivasinya, namun sering
kali tertekan oleh cemuhan individu tertentu.
http://muhamadaizat.blogspot.com/p/
memotivasikan-murid.html 89
6. MENINGKATKAN PENCAPAIAN
Motivasi dilihat berupaya untuk meningkatkan
pencapaian seseorang individu. Kesan negatif akibat
daripada pencapaian rendah perlu dikenal pasti
terlebih dahulu. Segala bentuk tingkah laku, usaha
dan tenaga yang didorong adalah untuk mencapai
matlamat. Penumpuan, ketekunan pemprosesan
kognitif dapat membawa kepada peningkatan prestasi
pencapaian seseorang. Individu yang paling
bermotivasi untuk kekal aktif dan cemerlang dalam
pelbagai aktiviti untuk menyiapkan tugasan, akan
cenderung memperoleh pencapaian tertinggi.
http://muhamadaizat.blogspot.com/p 90
/memotivasikan-murid.html
KESIMPULAN
Motivasi merupakan penggerak yang sama
ada berada dalam diri seseorang ataupun
disebabkan sesuatu yang mendorongnya untuk
mencapai keinginan dan matlamat dalam
kehidupan.
Proses motivasi perlu menitikberatkan aspek
dorongan bagi mewujudkan rasa keperluan
dalam diri seorang manusia. Keperluan yang
wujud berupaya menunjukkan seseorang
manusia kepada suatu matlamat yang betul dan
tepat.
Suatu proses motivasi juga perlu diikuti
dengan proses membimbing tingkah laku
seseorang manusia menerusi tindakan susulan
bagi menjamin tindakan
yang betul dilaksanakan.
91
RUJUKAN
Alhaadi Ismail & Norimah Zakaria (2019). Faktor yang
Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam
Kalangan Murid di SJKC Chung Hwa Teluk Kemang. International
Journal of the Malay World and Civilisation,7(3), 25.
Carol Sansone and Judith M. Harackiewicz (2000). Instrinstic and
extrinsic motivation. Academic Press.
Cikgu Zaki. 2016. Pendekatan Behaviourisme. https://cikgu-
zaki.blogspot.com/2012/03/pendekatan-humanistik.html. Diakses
pada 23 Jun 2016.
Eeh Ah Meng (1995). Pendidikan Sebagai Suatu Proses; Asas
Pendidikan 1. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Eeh Ah Meng (1993). Pedagogi II; Amalan dalam Bilik Darjah.
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hanna Illy, Teori Behaviourisme, dimuat turun pada 13 November
2019, daripada https://hannailly.blogspot.com/2019/11/teori-
behaviorisme.html.
Jacob Filgona, John Sakiyo, D. M. Gwany and A. U. Okoronka
(2020). Motivation in Learning. Asian Journal of Education and
Social Studies, 10(4), 21, 26.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kendra Cherry. Apakah Motivasi Ekstrinsik?
https://ms.reoveme.com/apakah-motivasi-ekstrinsik/
92
RUJUKAN
Kendra Cherry. 2022. Bagaimana Teori Pembelajaran Sosial
Berfungsi. https://ms.reoveme.com/bagaimana-teori-pembelajaran-
sosial-berfungsi/.
Media Permata, Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Motivasi,
dimuat turun pada 5 April 2017, daripada
https://mediapermata.com.bn/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-
motivasi/.
Moh Suardi (2018). Belajar & Pembelajaran. Deepublish Publisher.
Mohd Zaki Ahmad, Muhammad Firdaus Abdul Manaf (2017).
Penggunaan Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik untuk
Belajar Bahasa Arab. Persidangan Antarabangsa Pengajian
Islamiyyat Kali Ke-3 (Irsyad2017) 3rd International Conference On
Islamiyyat Studies (Irsyad2017),658.
Muhamad Aizat, 2020. Memotivasikan Murid, dimuat turun pada 5
November 2020, daripada
http://muhamadaizat.blogspot.com/p/memotivasikan-murid.html.
Tri Rumhadi (2017). Urgensi Motivasi dalam Proses Pembelajaran.
Jurnal Diklat Keagamaan, 11(1). 35.
Valamathie Gopalan, et.al (2017). AIP Conference Proceedings
1891. https://doi.org/10.1063/1.5005376
93
PGA101 PELAJAR DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
Motivasi agak penting kerana motivasi dapat
membantu guru dan pelajar mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran dalam
suasana bilik darjah dengan berkesan.
Motivasi boleh dianggap sebagai penggerak
utama dalam menstruktur tingkah laku,
pemikiran, emosi, hala tuju dan minat pelajar
untuk mencapai matlamat pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan.
SEKIAN TERIMA KASIH
Harga buku: RM 5