BAHASA MELAYU KERTAS 2 1103/2
PANDUAN MENJAWAB BAHASA MELAYU KERTAS 2 MASA : 2 jam 30 minit. TIGA BAHAGIAN DIKEMUKAKAN ( 9 SOALAN ): • BAHAGIAN A - Sistem dan Aplikasi Bahasa: 35 Markah ( Masa yang dicadangkan 45 minit ) 1. Morfologi 2. Sintaksis 3. Penyuntingan 4. Bahasa Melayu Standard 5. Peribahasa • BAHAGIAN B – Pemahaman : 35 Markah ( Masa yang dicadangkan 60 minit ) 6. Pemahaman Petikan Umum 7. Pemahaman Petikan Sastera 8. Novel (10 Markah) • BAHAGIAN C: 30 MARKAH ( Masa yang dicadangkan 45 minit ) 9. Rumusan
BAHAGIAN A Sistem dan Aplikasi Bahasa 1 2 3 4 5 Penyuntingan Sintaksis Morfologi Bahasa Melayu Standard Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas. Dalam era globalisasi ini, setiap lapisan masyarakat haruslah bijak menguruskan kewangan mereka. Pengurusan kewangan yang baik dapat membantu seseorang untuk menyimpan dan menjimatkan wang demi kepentingan masa hadapannya. Berhemat ketika berbelanja dalam kehidupan harian hendaklah diamalkan oleh masyarakat tanpa mengira usia. Sebagai contoh, amalan menabung perlu disuburkan dalam diri setiap pelajar sejak kecil lagi. Pelajar boleh menggunakan wang yang disimpan selama ini untuk membeli barangan keperluan sekolah tanpa membebankan ibu bapa mereka. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bijak Mengurus Kewangan’ oleh Visagan Nair A/L Mathan, Dewan Siswa, Bil 2/2021 [6 markah]] BAHAGIAN A: SOALAN 1 - MORFOLOGI
Panduan Menjawab Soalan 1- Morfologi Baca arahan dengan teliti dan pasti jenis kata yang diuji (Kata Adjektif) Bina ayat sendiri : tidak boleh mengambil ayat dalam petikan atau dalam keseluruhan kertas soalan. Senaraikan jenis kata yang diuji dan bina ayat berdasarkan kata yang telah dipilih. Tidak boleh menyatakan kata atau ayat lebih daripada arahan soalan.(arahan soalan atau rujuk markah) 1. Bijak – Berjimat pada zaman inflasi ialah satu langkah yang bijak. 2. Baik – Kita disarankan agar berbuat baik dengan semua orang. 3. Berhemat – Kita perlu berhemat ketika berbelanja untuk mengelakkan pembaziran. 4. Kecil – Keluarga Pak Samad tinggal di sebuah rumah kecil yang terletak di hujung kampung. 1 markah untuk kata yang betul 1 markah untuk ayat yang betul.
BAHAGIAN A : SOALAN 2 - SINTAKSIS Bentuk Soalan Sintaksis menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang menukarkan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa memisahkan ayat menyambung ayat menentukan pola ayat menentukan jenis-jenis ayat ( ayat penyata, ayat tanya, ayat seru, ayat perintah) menganalisis ayat [subjek dan predikat]
Berdasarkan petikan di bawah , cerakinkan ayat yang bergaris kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asal petikan. Banyak kajian menunjukkan bahawa bersenam mampu menjadikan kehidupan yang lebih baik dan boleh memanjangkan umur. Dari sudut sains, sekiranya anda lebih cergas dan kerap bersenam, anda akan hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang malas bersenam. Mereka yang tidak aktif mudah mendapat penyakit seperti kencing manis dan penyakit jantung.Pada tahun 2025, diramalkan sebanyak 31 peratus rakyat di negara ini akan menghidap penyakit diabetes. Kajian menunjukkan bahawa rakyat di negara ini kurang bersenam dan bersukan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kekal Muda pada Usia Tua’ Oleh Hamidah Zabidi Dewan Masyarakat, Julai 2019 [6 markah]
Panduan menjawab Soalan 2 Terus cerakinkan kepada ayat tunggal - tak perlu salin ayat bergaris dalam petikan. 1. Banyak kajian menunjukkan bahawa bersenam mampu menjadikan kehidupan yang lebih baik. 2. Banyak kajian menunjukkan bahawa bersenam boleh memanjangkan umur. 3. Mereka yang tidak aktif mudah mendapat penyakit kencing manis 4. Mereka yang tidak aktif mudah mendapat penyakit jantung 5. Kajian menunjukkan bahawa rakyat di negara ini kurang bersenam 6. Kajian menunjukkan bahawa rakyat di negara ini kurang bersukan
BAHAGIAN A : SOALAN 3 - PENYUNTINGAN Soalan penyuntingan mengikut teks tunggal, teks bersambung atau teks pelbagai (petikan, dialog, iklan, kad ucapan dll) Jumlah kesalahan bahasa bergantung pada jumlah markah dalam soalan. Jenis kesalahan yang diuji : ejaan, imbuhan, tanda baca, istilah, frasa dll. Jumlah markah tidak tetap : bergantung pada kehendak soalan
Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Pengambilan sarapan ialah amalan rutin bagi setengah-tengah orang. Amalan ini dilakukan pada setiap pagi sebelum mula sesuatu urusan seperti belajar atau berkerja. Pengambilan sarapan juga sebagai pemula aktif bagi metabolisme untuk membantu membakar kalori didalam badan sepanjang hari. Namun begitu, ada berpendapat bersarapan bukanlah suatu kewajiban. Malah, ada juga orang yang tidak bersarapan kerana bukan suatu ajaran atau budaya bagi dirinya. Waktu yang paling optimum sekali untuk mengambil sarapan adalah antara 30 minit hingga dua jam selepas berjaga daripada tidur. Orang yang tidak bersarapan merasa lebih lapar dan cenderung untuk makan dalam kuatiti yang banyak pada waktu makan seterusnya. Kajian banyak mendapati bahawa sarapan baik untuk menaikkan ingatan dan tumpuan serta menurunkan tahap koleseterol jahat. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Sarapan Cegah Penyakit’ oleh Mohd Faizal Mat Salleh Dewan Kosmik, Bil 9/2018 [13 markah]
Panduan Menjawab Pelajar perlu senaraikan dahulu kemudian betulkan kesalahan Pelajar perlu tahu jenis kesalahan Bil Kesalahan Pembetulan Jenis Kesalahan 1 setengah-tengah Sesetengah/setengah-setengah Tatabahasa 2 Mula Bermula Imbuhan 3 Berkerja bekerja Imbuhan 4 Didalam Di dalam Tatabahasa 5 Kewajiban Kewajipan Ejaan 6 ajaran Amalan Istilah 7 Paling optimum sekali Paling optimum/optimum sekali Tatabahasa 8 berjaga Terjaga Imbuhan 9 Merasa Berasa Istilah 10 Kuatiti Kuantiti Ejaan 11 Kajian banyak Banyak kajian Tatabahasa 12 Menaikkan Meningkatkan Istilah 13 koleseterol kolesterol imbuhan
Panduan Menjawab Pelajar perlu senaraikan dahulu kemudian betulkan kesalahan Pelajar perlu tahu jenis kesalahan Bil salah betul 1 setengah-tengah Sesetengah/setengah-setengah 2 Mula Bermula 3 Berkerja bekerja 4 Didalam Di dalam 5 Kewajiban Kewajipan 6 ajaran Amalan 7 Paling optimum sekali Paling optimum/optimum sekali 8 berjaga Terjaga 9 Merasa Berasa 10 Kuatiti Kuantiti 11 Kajian banyak Banyak kajian 12 Menaikkan Meningkatkan 13 koleseterol kolesterol
BAHAGIAN A : SOALAN 4 - BAHASA MELAYU STANDARD Panduan Menjawab Bahasa Melayu Standard 1. Jawapan mesti ditulis dalam bahasa Melayu moden. 2. Gariskan perkataan bahasa klasik yang perlu ditukarkan. 3. Jangan pindahkan atau tukarkan ayat demi ayat secara terus. Sepatutnya baca dan fahami maksud ayat dan keseluruhan petikan, kemudian ceritakan semula dalam bahasa Melayu moden/bahasa standard. 4. Jangan menokok tambah butiran dan fakta yang tiada dalam petikan asal. 5. Jangan mengurangkan atau membuang butiran atau fakta yang ada dalam petikan asal. 6. Nama khas seperti nama watak, tempat, peralatan mesti dikekalkan. 7. Partikel "pun" dan "lah" mesti dibuang/ditinggalkan. 8. Penggunaan perkataan lama seperti 'arakian', hatta', sebermula', 'alkisah','syahdan', 'maka' hendaklah digugurkan 9. Bahasa istana mesti dikekalkan. 10.Mengikut urutan peristiwa.
Contoh Soalan dan Jawapan Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah maksud dan bentuk asalnya. Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya tuanku, adapun penjurit yang datang ini bukan barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu.” Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [4 markah] JAWAPAN Laksamana datang menghadap sembah, “Ampun tuanku, ada seorang askar upahan/ perajurit bukan calang-calang kerana dia lebih handal daripada patik. Jika tuanku memberikan keizinan, patik memohon untuk bertarung dengan askar upahan/perajurit itu.” [4 markah]
Bentuk Soalan Peribahasa: Menyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan atau ayat yang diberi Menyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud peribahasa yang diberi Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang tepat Menyatakan maksud peribahasa Menyatakan peribahasa yang sama maksud Mengenal pasti peribahasa dalam petikan dan memberi maksud peribahasa tersebut atau memberikan peribahasa yang sama maksud. BAHAGIAN A : SOALAN 5 - PERIBAHASA
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Penduduk Taman Akram Jaya hidup tolong-menolong pada setiap masa terutamanya ketika majlis keramaian. Penduduk Taman Akram Jaya juga tidak memandang pangkat dan harta seseorang sebaliknya orang yang kaya dan ternama sama-sama turun padang melakukan sebarang aktiviti kerana mereka beranggapan tidak turun darjat atau pangkat jika bergaul dengan orang yang biasa. Kehidupan penduduk Taman Akram Jaya sungguh aman dan harmoni kerana mereka bersatu hati, saling bersefahaman dengan sebarang pekerjaan baik yang sukar mahupun yang mudah. [6 markah] Contoh Soalan
• Pelajar tidak boleh menyatakan peribahasa lebih daripada arahan soalan. • Peribahasa yang dinyatakan mestilah sesuai dan tepat untuk menggambarkan situasi dalam petikan 1. Bagai aur dengan tebing 2. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. 3. Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing Panduan Menjawab
BAHAGIAN B SOALAN 6 - PETIKAN UMUM SOALAN 7 - PETIKAN SASTERA
Bagi menjawab Soalan 6 – Petikan Umum dan Soalan 7 – Petikan Sastera calon dinasihatkan supaya membaca dahulu soalan (i) dan soalan (ii) untuk memudahkan murid mencari jawapan semasa membaca petikan. Soalan biasanya berdasarkan DUA atau TIGA BAHAN. Murid mesti memahami semua bahan. Petikan umum dan petikan sastera boleh dipetik daripada mana-mana bahan dan TIDAK SEMESTINYA DIAMBIL DARIPADA BUKU TEKS TINGKATAN 4 ATAU 5 DAN ANTOLOGI KOMSAS JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL ATAU SEJADAH RINDU. PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN SOALAN 6 DAN SOALAN 7
SEMUA JAWAPAN MESTI DITULIS DALAM AYAT YANG LENGKAP SEPERTI JAWAPAN CONTOH DI BAWAH. Jumlah isi mengikut peruntukan markah. Misalnya; 3 markah - 2 atau 3 isi 4 markah - 3 atau 4 isi Murid MESTI melihat jumlah peruntukan markah bagi setiap soalan sebelum mengemukakan jawapan kerana jumlah peruntukan markah bagi setiap soalan boleh berubah-ubah mengikut tahun. Hal ini tidak sama dengan format lama yang kebanyakannya jumlah peruntukan markah bagi setiap soalan adalah sama. TIADA LAGI SOALAN BERKAITAN ASPEK KOMSAS YANG AKAN DITANYA DALAM SOALAN PETIKAN SASTERA. PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN SOALAN 6 DAN SOALAN 7
JAWAPAN CONTOH SOALAN 6 (i) TOV 2021 : CONTOH (i) Berdasarkan Bahan 1, maksud menjanakan pendapatan ialah meningkatkan perolehan. [2 markah] JAWAPAN CONTOH SOALAN 6 (i) TOV 2021 : CONTOH (ii) Berdasarkan Bahan 1, maksud menjanakan pendapatan ialah meningkatkan pendapatan. [1 markah] Soalan (i) – maksud rangkai kata – murid dikehendaki menukar rangkai kata berkenaan dengan rangkai kata lain dari segi bahasa yang sama maksud berdasarkan maksud dalam petikan. Murid juga boleh menukarkan satu perkataan sahaja sekiranya satu perkataan lagi tidak difahami maksudnya. (SEPERTI CONTOH ii) JAWAPAN CONTOH SOALAN 6 DAN SOALAN 7 Soalan ( i )
JAWAPAN CONTOH SOALAN 6 (ii) TOV 2021 : [3 markah] – ISI CUKUP : 2 ISI Merujuk Bahan 1, sumbangan perkembangan sektor pelancongan kepada negara ialah sektor pelancongan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi dan menjanakan pendapatan negara. Dalam Bahan 2 pula sektor pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing ke negara kita. Soalan (ii) – pemindahan maklumat – murid mesti memahami kehendak soalan dan menjawab mengikut kehendak soalan. Murid disyorkan menjawab seperti jawapan contoh di bawah dengan menyatakan dan mengasingkan jawapan Bahan 1 dengan Bahan 2 untuk memudahkan pemeriksa. JAWAPAN CONTOH SOALAN 6 DAN SOALAN 7 Soalan ( ii )
JAWAPAN CONTOH SOALAN 7 (iii) TOV 2021 : [4 markah] – ISI CUKUP : 3 ISI Sebagai anak, tindakan yang perlu saya lakukan untuk membanggakan ibu bapa ialah saya akan mendengar dan mematuhi segala nasihat ibu bapa. Selain itu, saya akan berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang yang diceburi. Seterusnya, saya akan sentiasa menghindari perbuatan negatif yang boleh mencemarkan nama baik ibu bapa. Soalan (iii) – KBAT - murid mesti memahami kehendak soalan dan isu yang dikemukakan sebelum mengemukakan jawapan. Murid mesti membaca dan memahami soalan dengan teliti agar dapat mengemukakan jawapan dengan TEPAT. JAWAPAN CONTOH SOALAN 6 DAN SOALAN 7 Soalan ( iii)
JAWAPAN CONTOH SOALAN 7 (iv) TOV 2021 : [4 markah] – ISI CUKUP : 3 ISI Sebagai seorang sahabat yang prihatin, tindakan yang boleh saya lakukan untuk menyedarkan sahabat saya itu akan tanggungjawabnya terhadap ibu bapa ialah saya akan menasihati sahabat supaya insaf. Selain itu, saya akan memujuk sahabat supaya berbaik semula dengan ibu bapa. Seterusnya, saya akan membawa sahabat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapanya. Soalan (iv) – penyelesaian masalah - murid mesti memahami situasi dan masalah yang dikemukakan sebelum mengemukakan langkah-langkah penyelesaian masalah tersebut sebagai jawapan. JAWAPAN CONTOH SOALAN 6 DAN SOALAN 7 Soalan ( iv )
Soalan 1 : Pemahaman petikan novel Boleh diambil mana-mana novel Markah : tidak tetap Soalan 2 : Pemikiran kritis Berdasarkan novel yang dikaji Markah : tidak tetap Pemarkahan Jumlah markah soalan 1 dan soalan 2 ialah 10 markah Novel yang dipelajari Ting 4 : Di Sebalik Dinara Ting 5 : Silir Daksina BAHAGIAN B : SOALAN 8 - NOVEL
PANDUAN UMUM SOALAN NOVEL SPM • Berdasarkan novel yang dipelajari ketika Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. • Dikemukakan sebagai Soalan 8: Pemahaman novel • Dibahagikan kepada dua bahagian soalan yang wajib dijawab, iaitu: Soalan 8(i) – Soalan pemahaman ( Pemindahan Maklumat ) daripada salah satu petikan novel Tingkatan 4 atau Tingkatan 5 (semua zon) Soalan 8(ii) – Soalan KBKK berdasarkan novel yang dipelajari. • Peruntukan markah – 10 markah PEMAHAMAN NOVEL
Panduan Menjawab Soalan 8(i) – Pemindahan Maklumat • Baca petikan dengan teliti bagi mendapatkan gambaran berkaitan petikan. • Baca arahan soalan dengan teliti dan tentukan kehendak soalan. • Kenal pasti isi-isi yang terdapat dalam pertikan. • Pindah isi tersebut sebagai jawapan. • Ambil sebahagian frasa pada soalan untuk digabungkan dengan isi yang dipilih. • Semak jawapan agar tidak berlaku kesilapan fakta atau isi dan kesalahan bahasa. Panduan Menjawab Soalan 8(ii) – Pemikiran Kritis • Baca arahan soalan dengan teliti dan tentukan kehendak soalan. • Pilih satu novel yang anda pelajari dan kuasai untuk menjawab soalan tersebut. • Pastikan jawapan mengandungi pernyataan dan huraian atau contoh. • Ambil sebahagian frasa pada soalan untuk digabungkan dengan isi dan huraian atau contoh. • Semak jawapan agar tidak berlaku kesilapan fakta atau isi dan kesalahan bahasa.
Bayangkan sejak Uwang mengambil alih pusat rawatan itu, bukan sahaja bilangan doktor bertambah banyak, malah wad-wad dan bangunan diperbesar dan diperindah. Sehingga kini, wad-wad Super VIP di salah satu tingkat bangunan PRPK itu. Namun walaupun perniagaan kesihatannya itu kini telah dilengkapi peralatan serba canggih, tetapi masih juga tidak mendapat pengiktirafan malahan dicurigai oleh bapanya sendiri. Mungkinkah sebenarnya bapaku mahu aku mengamalkan cara lama untuk merawat pesakit, biarpun hal yang agak berkurang adalah kemampuan untuk mendapatkan data?” tanya hati Uwang secara tiba-tiba. Sedetik kemudian, Uwang mengulum senyum. Dipetik daripada novel ‘Pantai Kasih’, karya Asmah Nordin, KPM. Bentuk Soalan 8 (i) : Contoh 1 Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Apakah pencapaian Uwang setelah mengambil alih pusat rawatan daripada bapanya? [4 markah]
Jawapan Contoh 1: Pencapaian Uwang setelah mengambil alih pusat rawatan daripada bapanya ialah bilangan doktor di pusat rawatan itu semakin bertambah. Wad-wad dan bangunan pusat rawatan diperbesar dan diperindah. Selain itu, Uwang telah mewujudnya wad-wad Super VIP di PRPK dan perniagaan kesihatannya dilengkapi dengan peralatan serba canggih. Isi-isi: - bilangan doktor semakin bertambah - wad-wad dan bangunan diperbesar dan diperindah - wujudnya wad-wad Super VIP - dilengkapi peralatan serba canggih Contoh Jawapan Lengkap:
Semenjak mula bekerja lagi Nurul Hafsa ada mengimpikan untuk menjadi pemilik sebuah kereta hibrid. Kereta yang berenjin petrol dan bermotor elektrik itu mengurangkan kebergantungan terhadap minyak petrol. Enjin yang bersaiz kecil mengurangkan kehilangan tenaga dalaman dan mengurangkan berat keseluruhan kereta. Bentuk kereta yang aerodinamik juga mengurangkan beban enjin dan hasilnya ialah penjimatan tenaga, “Ah, suatu hari nanti, suatu hari nanti! Kata Nurul Hafsa senyap-senyap. Kelihatan abangnya itu sedang bercakap sesuatu dengan orang yang memandu kereta tersebut sebelum dia mengangguk-angguk dan kereta itu bergerak keluar dari halaman rumahnya. Dipetik daripada novel ‘Bimasakti Menari’ karya Sri Rahayu Mohd Yusop, KPM Apakah kelebihan-kelebihan kereta hybrid? [4 markah] Bentuk Soalan 8 (i) : Contoh 2 Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Jawapan Contoh 2: Kelebihan-kelebihan kereta hybrid ialah dapat mengurangkan kebergantungan terhadap minyak petrol dan mengurangkan kehilangan tenaga dalaman serta berat keseluruhan kereta. Kereta hybrid juga dapat mengurangkan beban enjin sehingga berlakunya penjimatan tenaga. Isi-isi: - mengurangkan kebergantungan terhadap minyak petrol - mengurangkan kehilangan tenaga dalaman - mengurangkan berat keseluruhan kereta - mengurangkan beban enjin - penjimatan tenaga Contoh Jawapan Lengkap:
1. Bentuk Soalan 8 (ii):Contoh 1. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca.Berikan alasan anda. [ 6 markah ] Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel ini. Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa Azraai memasang retinal Scanner pada pintu rumah adik angkatnya Farisha untuk melindungi keselamatan Farisha. Peristiwa ini boleh menimbulkan keinsafan kerana kita hendaklah sentiasa melindungi keselamatan orang yang kita sayang. Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa Abdullah bin Kayan menulis manuskrip untuk anaknya Haiqal yang terpisah daripadanya sejak kecil sebagai bukti kerinduan dan kasih saying kepada anaknya itu. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana kita mestilah menyayangi ahli keluarga dalam apa-apa jua keadaan. Jawapan Lengkap: Pemarkahan: Isi 1 1P + 1H = 2 m Isi 2 1P + 1H = 2 m Bahasa 2 m Jumlah Markah = 6 m
Bentuk Soalan 8 (ii): Contoh 2 Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca.Berikan alasan anda. [ 6 markah ] Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel ini. Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa Azraai memasang retinal Scanner pada pintu rumah adik angkatnya Farisha untuk melindungi keselamatan Farisha. Peristiwa ini boleh menimbulkan keinsafan kerana kita hendaklah sentiasa melindungi keselamatan orang yang kita sayangi. Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa Abdullah bin Kayan menulis manuskrip untuk anaknya Haiqal yang terpisah daripadanya sejak kecil sebagai bukti kerinduan dan kasih saying kepada anaknya itu. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana kita mestilah menyayangi ahli keluarga dalam apa-apa jua keadaan. Jawapan Lengkap: Pemarkahan: Isi 1 1P + 1H = 2 m Isi 2 1P + 1H = 2 m Bahasa 2 m Jumlah Markah = 6 m
BAHAGIAN C SOALAN 9 - RUMUSAN
PANDUAN UMUM RUMUSAN 1. Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan daripada sumber yang berbeza (contoh : petikan prosa, puisi dan grafik) yang mempunyai tema yang sama. 2. Calon perlu mengenal pasti SEMUA fokus yang terdapat dalam SEMUA bahan. 3. Calon perlu mengemukakan 8 isi lengkap. (Isi wajib diambil daripada setiap bahan dan setiap fokus). 4. Markah keseluruhan isi ialah 20 markah.
AGIHAN ISI ASAS PENILAIAN MARKAH PENDAHULUAN 2 ISI (FOKUS 1 DAN F0KUS 2) (8 ISI X 2 markah) 16 KESIMPULAN 2 JUMLAH 20
5. Markah bahasa dinilai secara holistik berdasarkan penggunaan bahasa oleh calon dan bukan berdasarkan jumlah isi yang diperoleh. Asas pemberian markah bahasa adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual yang berikut : PERINGKAT MARKAH BAHASA CEMERLANG 8 – 10 markah BAIK 5 – 7 markah SEDERHANA 3 - 4 markah LEMAH 1 – 2 markah
PERINGKAT MARKAH BAHASA KRITERIA CEMERLANG 8 – 10 markah Kesinambungan ayat sangat baik Bahasa sangat gramatis dari segi kosa kata dan ayat, penggunaan tanda baca yang betul dan tepat, ejaan mengikut sistem ejaan rumi baharu Penggunaan kosa kata luas dan tepat Pengolahan sangat menarik dan berkesan BAIK 5 – 7 markah Kesinambungan ayat baik Bahasa masih gramatis dari segi kosa kata dan ayat, penggunaan tanda baca yang betul dan tepat, ejaan mengikut sistem ejaan rumi baharu Penggunaan kosa kata masih luas dan tepat Pengolahan masih menarik dan berkesan SEDERHANA 3-4 markah Kesinambungan ayat kurang baik Bahasa kurang gramatis dari segi kosa kata dan ayat, penggunaan tanda baca yang masih betul dan tepat, ejaan mengikut sistem ejaan rumi baharu Penggunaan kosa kata kurang luas dan kurang tepat Pengolahan kurang menarik dan kurang berkesan LEMAH 1 –2 markah Pada keseluruhannya, penggunaan bahasa tidak memuaskan / pengolahan lemah.
6. Rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan. 7. Kesimpulan perlu berdasarkan tema bahan. 8. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei.
CARA MENCARI DAN MEMAHAMI FOKUS Baca petikan dengan teliti dan kenal pasti kata tugasan/ kata kunci yang berkaitan. PUNCA/ FAKTOR-FAKTOR/ SEBAB-SEBAB MASALAH/ KEKANGAN/ HALANGAN/KESULITAN/ KERUMITAN KESAN/ IMPAK/ AKIBAT/ IMPLIKASI/ NATIJAH LANGKAH-LANGKAH / CARA-CARA/ USAHA-USAHA / TINDAKAN-TINDAKAN KEPENTINGAN / FAEDAH/ MANFAAT/ KEBAIKAN /KEISTIMEWAAN/ KELEBIHAN PERANAN / TUGAS/ TANGGUNGJAWAB/ FUNGSI PERSEDIAAN/ KESIAPSIAGAAN/ PERSIAPAN KRITERIA/SIFAT-SIFAT/CIRI-CIRI
PANDUAN MENULIS JAWAPAN CONTOH MENULIS AYAT PENDAHULUAN (2 FOKUS) 1. ............. membincangkan _________ fokus 1 dan ___________ fokus 2 . [2 markah] 2. .............. membincangkan ___________________ fokus 1. [1 markah]
MENULIS AYAT PENDAHULUAN (3 FOKUS) 1. ...... membincangkan ___fokus 1, ___ fokus 2 dan___ fokus 3. [2 markah] 2........membincangkan ___ fokus 1 dan ___fokus 2. [1 markah]
MENULIS AYAT ISI ( FOKUS) 1. Tidak terikat dengan jumlah perenggan. Calon boleh membuat satu perenggan atau lebih mengikut bilangan fokus dalam petikan. 2. Cadangan membina satu perenggan pendahuluan, dua perenggan isi [ jika dua fokus] dan satu perenggan penutup atau kesimpulan. 3. Pastikan isi merangkumi SEMUA BAHAN dan SEMUA FOKUS untuk mendapat markah penuh.
BAHAGIAN BIL. ISI BILANGAN ISI YANG DITERIMA MARKAH ISI MAKSIMUM PENDAHULUAN FOKUS 1 DAN FOKUS 2 2 ISI BAHAN 1 FOKUS 1 5 5 5 4 4 4 3 3 2 16 FOKUS 2 3 2 1 2 3 1 3 2 3 ISI BAHAN 2 FOKUS 1 3 1 2 2 1 3 2 3 3 ISI 11 8 8 8 8 8 8 8 8 KESIMPULAN TEMA + CADANGAN + HARAPAN 2 JUMLAH ISI 20 PANDUAN MENGIRA ISI DUA FOKUS DUA BAHAN
PANDUAN MENGIRA ISI TIGA BAHAN TIGA FOKUS BAHAGIAN BIL. ISI BILANGAN ISI YANG DITERIMA MARKAH ISI MAKSIMUM PENDAHULUAN FOKUS 1 , FOKUS 2 DAN FOKUS 3 2 ISI BAHAN 1 FOKUS 1 5 5 4 4 4 3 3 2 16 FOKUS 2 2 1 2 1 1 2 1 2 ISI BAHAN 2 FOKUS 1 2 1 1 2 1 2 2 2 ISI BAHAN 3 FOKUS 3 2 1 1 1 2 1 2 2 ISI 11 8 8 8 8 8 8 8 PENUTUP / KESIMPULAN Kesimpulannya + TEMA + CADANGAN + kesan cadangan 2 JUMLAH ISI 20
MENULIS BAHAGIAN KESIMPULAN Untuk menulis bahagian kesimpulan rumusan, calon dicadangkan: • Mulakan dengan perkataan – Kesimpulannya… • Menulis penyataan tema • Gunakan kata hubung– agar atau supaya • Menyatakan apakah kesan penyataan tema.
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan Bahan 1 - Petikan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah dianggotai oleh guru-guru, ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak di sekolah berkenaan. Peranan dan tanggungjawab PIBG sangat penting kerana membabitkan pelibatan ibu bapa dalam pendidikan. PIBG menjadi saluran terbaik ibu bapa untuk berbincang mengenai masalah pembelajaran anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana PIBG secara langsung dapat membantu kecemerlangan di sekolah; PIBG juga boleh berperanan sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa bagi meleraikan salah faham yang timbul antara kedua-dua pihak. Keadaan ini disebabkan ada segelintir ibu bapa lebih mempercayai aduan anak-anak berbanding fakta sebenar sehingga guru sering kali disalahkan termasuklah soal prestasi akademik dan masalah disiplin. Oleh itu, menjadi tanggungjawab PIBG membantu sekolah melahirkan generasi murid yang berkualiti dalam pelbagai aspek. Jika mampu, PIBG juga boleh mengadakan jaringan pintar dengan institusi pendidikan terbaik dalam negara dan luar negara agar murid-murid dapat memperkaya pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan dan kerjaya.
PIBG turut berperanan menjadikan sekolah sebagai sekolah angkat kepada badan-badan korporat bagi memberi kelebihan kepada sekolah tersebut untuk mendapatkan sumbangan. Sumbangan tersebut boleh digunakan untuk melaksanakan pelbagai akitiviti yang memberikan manfaat kepada murid-murid. Di samping itu, PIBG juga berfungsi membantu pihak sekolah merancang dalam menjayakan sesuatu program. Program seperti seminar dan kem motivasi dapat memberi kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk terus belajar dan berjaya. Namun pada hari ini, kebanyakan ibu bapa jarang-jarang hadir dalam program yang dianjurkan oleh PIBG dan sekolah dengan alasan mereka terlalu sibuk. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengadakan kempen menggalakkan ibu bapa melibatkan diri dalam program-program yang diadakan di sekolah. Selain itu, sekolah boleh menghantar surat jemputan lebih awal kepada ibu bapa agar memudahkan mereka mengambil cuti untuk menghadiri program di sekolah. Sekolah juga hendaklah memberi penghargaan dan ganjaran yang manarik kepada ibu bapa apabila mereka hadir dalam sebarang aktiviti sekolah seperti mengadakan cabutan bertuah. Kursus dan bengkel keibubapaan boleh dianjurkan oleh sekolah agar disertai oleh ibu bapa. Sesungguhnya, kejayaan PIBG itu terletak kepada sokongan padu daripada para ibu bapa. Dipetik dan diubah suai daripada “Komitmen Ibu Bapa dalam membantu PIBG” oleh Almaswa Haji Che Ros Utusan Malaysia, 22 November 2017
Bahan 2 – Bahan Grafik PIBG membantu usaha sekolah menyediakan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka
CONTOH PENULISAN RUMUSAN PENDAHULUAN (2 markah) Rumusan membincangkan peranan/ fungsi/ tanggungjawab PIBG membantu kecemerlangan di sekolah (fokus 1) dan cara-cara / langkah/ usaha-usaha pihak sekolah menggalakkan ibu bapa hadir dalam program di sekolah (fokus 2). [2 markah] Rumusan membincangkan peranan/ fungsi/ tanggungjawab PIBG membantu kecemerlangan di sekolah (fokus 1) [1 markah] Rumusan membincangkan cara-cara / langkah/ usaha-usaha pihak sekolah menggalakkan ibu bapa hadir dalam program di sekolah (fokus 2). [1 markah]