ISI FOKUS 1 : Peranan/ fungsi/ tanggungjawab PIBG membantu kecemerlangan di sekolah BAHAN 1 (Petikan) 1. Saluran terbaik ibu bapa untuk berbincang mengenai masalah pembelajaran anak-anak 2. Bertindak sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa bagi meleraikan sebarang salah faham. 3. Membantu sekolah melahirkan generasi murid yang berkualiti 4. Mengadakan jaringan kerjasama pintar bersama-sama institusi pendidikan terbaik dalam negara dan luar negara 5. Menjadikan sekolah sebagai sekolah angkat kepada badan-badan korporat 6. Membantu sekolah merancang dalam menjayakan sesuatu program BAHAN 2 (Grafik) 7. Membantu usaha sekolah menyediakan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka 2. Memandu sekolah sebaris dengan kelompok sekolah bestari 3. Menambah baik sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) di peringkat sekolah
FOKUS 2 : Cara-cara pihak sekolah menggalakkan ibu bapa hadir dalam program di sekolah BAHAN 1 1. sekolah mengadakan kempen menggalakkan ibu bapa melibatkan diri dalam program-program yang diadakan di sekolah 2. Sekolah menghantar surat jemputan lebih awal kepada ibu bapa 3. sekolah memberi penghargaan dan ganjaran yang manarik kepada ibu bapa 4. Sekolah menganjurkan kursus dan bengkel keibubapaan BAHAN 2 1 - Tiada
KESIMPULAN Kesimpulannya, penyataan tema perlu ditingkatkan/diperkasa/ditangani/ agar/supaya kesan daripada penyataan tema. [2 markah] Contoh : Kesimpulannya, aktiviti pibg perlu ditingkatkan agar hubungan guru dan komuniti setempat menjadi semakin erat. [2 markah]
Contoh Rumusan yang lengkap Rumusan / bahan membincangkan peranan/ fungsi/ tanggungjawab PIBG membantu kecemerlangan di sekolah (fokus 1) dan cara-cara / langkah/ usaha-usaha pihak sekolah menggalakkan ibu bapa hadir dalam program di sekolah (fokus 2). Tanggungjawab PIBG ialah sebagai saluran terbaik ibu bapa untuk berbincang tentang masalah pembelajaran anak-anak dan bertindak sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa bagi meleraikan sebarang salah faham. Seterusnya, PIBG membantu sekolah melahirkan generasi murid yang berkualiti serta mengadakan jaringan kerjasama pintar bersama-sama institusi pendidikan terbaik dalam negara dan luar negara. (Fokus 1, Bahan 1 : Teks - 4 isi). Selain itu, PIBG membantu usaha sekolah menyediakan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka dan menambah baik sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) di peringkat sekolah ( Fokus 1, Bahan 2 : Grafik-2 isi) Usaha-usaha pihak sekolah menggalakkan ibu bapa hadir dalam program di sekolah ialah pihak sekolah memberi penghargaan dan ganjaran yang manarik kepada ibu bapa serta menganjurkan kursus dan bengkel keibubapaan (Fokus 2, Bahan 1 – Teks – 2 isi). Kesimpulannya, aktiviti PIBG di sekolah perlu ditingkatkan agar hubungan guru dengan komuniti setempat dapat dieratkan.
SEKIAN, TERIMA KASIH