The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rusyaidi2006, 2022-06-11 11:47:27

KAJIAN 8 BUAH NOVEL

KAJIAN 8 BUAH NOVEL

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak
muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera.
Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang
bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam
pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon
tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak
bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita
anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

BAB 15

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan
ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari
Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera
selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.

BAB 16

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental
bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang
mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling mengembirakan hati Adnan.
Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah
pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke
Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan
mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

BAB 17

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai
upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat
sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia
berkahwin dengan seorang guru dikampungnya bernama Sophia Pakih Muda

BAB 18

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga orang
anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi perempuan itu
meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan
membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam
kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.

BAB 19

Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka
Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan
masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak
mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat
Sophia membawa anakanaknya pulang ke kampung mereka di Kajang.

BAB 20

Leftenan Adnan diarahkan untuk bertugas di Bukit Candu kerana bukit itu penting untuk
dipertahankan. Sekiranya pertahan di bukit Candu dapat ditembusi maka musuh boleh menguasai
Singapura dengan mudah. Sampai ke bukit Candu. Leftenan Adnan mengarahkan anggota
tenteranya menggali lebih banyak parit untuk dijadikan kubu serta berjumpa dengan penghulu
Sidek bagi membincangkan masalah mengenai penduduk kampung yang enggan berpindah.

BAB 21

Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat mengadakan
persidangan di Manila, Filipina. Antara yang hadir Laksamana Thomas C. Hart, pegawai
pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet), dan Laksamana Sir Thomas
Phillips, komander Tentera Laut British, Timur Jauh. Mereka membincangkan mengenai
persiapan tentera Jepun untuk menakluk Asia termasuk Tanah Melayu dan Filipina. Masing-

masing yakin serangan tentera Jepun itu dapat dipatahkan tambahan pula dengan adanya askar
Melayu yang diberi tugas bersama tentera Inggeris mempertahankan Tanah Melayu.

BAB 22

Sebuah pesawat peninjau Lockheed Hudson Australia yang berpangkalan di lapangan terbang
Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, 43 Indochina Perancis.
Komander pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada mulanya hanya
tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut
lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima buah penjajap dan tujuh buah kapal
pembinasa (Ramshaw tersilap melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada
pendapatnya, kapalkapal tersebut tengah menuju ke arah Thailand yang berkecuali, atau ke Tanah
Melayu. Ini merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan
meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera. Empat buah kapal pembinasa
Amerika Syarikat di Balikpapan menerima arahan agar belayar ke laut lepas, sementara
Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan Panglima Besar Phillips menerima arahan agar
memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke Darwin, Australia, dan kembali
ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat
British diperintahkan agar melakukan lebih banyak penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak
Jepun bernasib baik pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada
berlepas. Pada pukul 7 petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara
menujui Teluk Siam.

BAB 23

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang.
Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang
anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam
kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga kerana ketiga

anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan.
Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-=adiknya sambil memberi kata-kata peransang
supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.

BAB 24

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang
kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan
pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula
menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan
dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit.
Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula
mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm termasuk komander batalionnya, Mejar
Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu
Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang
disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang
kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala
mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu
kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka
menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya
menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini
berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam
British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil
telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi kedudukan Dogra.
Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan
pasukan pertahanan mula berundur.

BAB 25

Pada pagi 8 Disember 1941, bertempat dalam Bilik Gerakan Tentera British, Kota Bharu suatu
mesyuarat tergempar diadakan. Pemerintah Kor. Jeneral Heath segera menghubungi Ibu Pejabat
bagi memaklumkan bahawa tinjauan dari udara di Teluk Siam mendapati adanyanya gerakan

besar-besaran tentera Jepun di Songkla dan Pattani. Tetapi Ops Matador tidak dapat d
dilakasanakan kerana Jeneral A. E. Percival yang bertanggungjawab dengan Ops Matador sedang
menghadari mesyuarat Majlis Perundangan Negeri Selat. Mereka mendapati Tentera Jepun sudah
mendarat di Kota Bharu. Keadaan di Barat, nasi sudah menjadi bubur. Jeneral A. E. Percival
menghubungi Panglima Sir Brooke-Popham memaklumkan perkara tersebut barulah Ops Matador
dapat dijalankan. Di Kota Bharu kemaraan tersekat di Sungai Kelantan. Pihak Tentera Jepun telah
terkorban akibat letupan yang kuat.

BAB 26

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh Tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Kebanyakan pertahanan telah pun musnah. Empat buah kapal pembinasa yang
menjadi kapal pengiring tidak dapat berbuat apa-apa kerana maereka juga diserang oleh kapal
terbang Jepun. Jener A.E Percival mengarahkan tentera India British menyerang tentera Jepun.
Dalam keadaan kelam kabut, berubdur dari Nongka, Panglima Brid. Jen. Garret dilaporkan hilang
semasa menyeberangi sungai dan mereka terputus hubungan. Pada masa yang sama, Jeneral
Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan British di
Pulau Pinang. Pak Saidi mengatakan bahawa Ahmad sudah tiada. Pegawai tentera laut yang
membawa berita tentang Ahmad, sudah terkorban di medan perang. Penduduk kampung ramai
membaca Yasin untuk Ahmad.

BAB 27

Penduduk Johor Bharu gempar dengan kehadiran ramai Tentera Jepun. Mereka tiba di Johor Bharu
setelah hampir sebulan mendarat di Kota Bharu.Pertempuran demi pertempuran telah berlaku dan
jatuhnya satu demi satu negeri-negeri di Semananjung Tanah Melayu dalam masa yang singkat
Pihak British terpaksa berputih mata dan terpaksa mengundurkan tenteranya ke Singapura. Lalu
membuat pertahanan di situ. 46 Panglima Tertinggi British di Timur Jauh Sir Robbert Brooke-
Propham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh LT. Jen. Sir Henry Pownall. Petang 31 Januari
1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun. Tentera Jepun telah
menawarkan Samad agar berkerjasama dengan mereka untuk membebaskan Singapura , Samad
bersetuju dengan tawaran tersebut. Jeneral A. E. Percival agak tertekan dengan keadaan yang
sedang melanda. Panglima Tentera Australia Henry Gordon Bennett membuat pemeriksaan

kedudukan pertahanan pasukan tenteranya di bahagian Barat Laut. Kapten Rix dan Adnan
mengatur persiapan bagi menentang tentera Jepun di Bukit Candu dan Pasir Panjang.

BAB 28

Serangan mengejut segera dibalas angkatan tentera diraja British. Serangan balas tersebut
membuatkan tentera Jepun menggandakan bedilan yang bertubi-tubi. Pasukan tentera India dan
tentera British yang bertahantidak berupaya memberikan tentangan berkesan dan terpaksa
berundur. Kejayaan tentera Jepun amat menggembirakan hati Jeneral Yamashita. Jeneral
Yamashita telah menghantar surat kepada Jeneral A. E. Precival supaya menyerah kalah. Leftenan
Adnan akan mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit Candu dengan apa cara sekalipun.

BAB 29

Penghulu Deraman bersama anak-anak buahnya yang terdiri daripada pengawal kampung datang
bertemu dengan Leftenan Adnan. Tujuan mereka untuk menyatakan persediaan mereka bertempur
membantu pasukan Askar Melayu menentang Tentera Jepun. Pasukan Rejimen Askar Melayu
memilih mengadakan pertahanan di satu rabung dipanggil dengan nama Rabung Pasir Panjang.
Jeneral Yamashita berang apabila tiga pengintipnya mati ditembak Askar Melayu. Berita
penawanan Askar Melayu dari Kompeni "B" meresahkan Leftenan Adnan. Leftenan Adnan terus
bersemangat untuk berjuang hingga ke titisan yang terakhir.

BAB 30

Suasana Pagi itu hening Askar Melayu yang tidak bertugas sedang tidur-tidur ayam.Tiba-tiba
suasana yang tenang itu dikejutkan dengan satu jeritan. Tentera Jepun sudah menyerang Tanah
Melayu. Leftenan Renya memimpin pasukan penggempur memerintahkan orang-orangnya terus
melapskan tembakan mortar ke arah pertahanan pihak lawan. Kebanyakan tembakan tepat
mengenai sasaran. Jeneral Yamashita bertambah berang, dia mahu pasukannya mencari jalan
bagaimana mahu menembusi kubu pertahanan tentera Melayu. Tentera Jepun memakai pakaian
tentera Sikh untuk mengelirukan musuh. Dua puluh orang tentera Jepun yang memakai turban
telah dibunuh dari jarak yang dekat.

BAB 31

Kehebatan Askar Melayu yang berjaya menghidu tipu helah yang dibuat oleh tentera Jepun telah
menyebabkan Leftenan Renya Mutugchi berang. Disebabkan itu, tentera Jepun telah bertekad
untuk menyerang Askar Melayu di Bukit Candu secara besar-besaran. Serangan kali ini
menggunakan kapal terbang untuk serangan udara dan disusuli dengan serangan pasukan artileri.

BAB 32

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom
tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun.
Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet.
tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya
pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh
orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan
semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah
kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan
Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan
Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. 48 Kerana meradang akibat
kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka
berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam
tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat
oleh Koperal Yaakob.

BAB 33

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menerah kalah, Haji Burhan
dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah
memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat
berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang
terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam.Mereka juga terjumpa seorang yang
masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun menceritakan kehebatan askar
Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung
mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.

BAB 34

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka
mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan
bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera
Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di
tanah Melayu.

BAB 35

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi,
pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi 49 alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh
ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat
demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah
semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang
dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara
anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah
ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia
telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi
pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke
Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia.

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

SINOPSIS KESELURUHAN BAB

Pada mulanya Lili berasa berat hati untuk pulang bercuti ke kampung datuk dan nenek kerana
mahu memanfaatkan cuti persekolahan terakhir alam persekolahan menengahnya bersama-sama
dengan rakan-rakannya. Akan tetapi, demi menjaga hati ibu, Lili akur dan pulang bercuti ke
kampung. Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, dia bertemu dengan Geetha dan Danel,
dua orang rakan baharu yang menaiki bas yang sama, yang mempunyai destinasi tujuan yang sama.
Tanpa disedarinya, kedua-dua teman baharu itu membawanya pergi jauh menelusuri kisah-kisah
kehidupan penduduk kampung sepanjang berada di kampung datuk dan neneknya. Sikap datuk
yang tidak menjawab pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan jendela serta pintu rumah
penduduk di kampung tersebut menyebabkan Lili meneka sendiri-sendiri dan teruja untuk mencari
jawapannya. Dia mendapati dirinya mulai tertarik dengan suasana kampung yang amat
bertentangan dengan gaya kehidupan masyarakat di bandar. Pekerjaan datuk sebagai pengamal

rawatan tradisional telah memanjangkan semula pertemuan antara Lili, Geetha dan Danel. Ini
disebabkan ibu Geetha, iaitu Letchumi telah lama menggunakan khidmat datuk Lili untuk merawat
penyakit dalam tubuhnya. Begitu juga dengan ayah Danel, iaitu William. Pertemuan semula ini
telah membuka lebih banyak peluang buat Lili untuk bertahan lebih lama lagi di kampung datuk
dan nenek. Melaui pertemuan semula dengan Danel Lili mengetahui Danel menulis artikel tentang
pisang yang terkandung dalam buku Segalanya Tentang Pisang. Kehadiran Lili sejak hari pertama
disambut dengan isu memasang kubah surau dan pembinaan masjid, isu itu menarik perhatian Lili
dan dia mempunyai pandangannya yang tersendiri tetapi dia tidak berani meluahkannya ekoran
sifatnya yang agak 52 pendiam. Disamping itu juga, Lili mendengar dan melihat isu anak-anak
Che Jah yang menjadi musuh masyarakat kerana perangai buruk mereka yang terlibat dengan
pengambilan najis dadah serta gemar mencuri. Pertemuan semula Lili dengan Geetha serta Danel
telah membakar semangat Lili untuk memikirkan setiap satu persoalan yang menjadi masalah
besar buat penduduk Kampung Sentosa, namun ia hanya berlegar-legar dalam fikirannya. Setiap
kali Lili menyuarakannya kepada nenek, neneknya selalu memintanya agar jangan masuk campur
hal-hal orang dewasa. Namun, ia tidak menghalang Lili untuk melontarkan buah fikirannya dan
lebih baiknya lagi apabila Geetha dan Danel mempunyai buah fikiran yang serupa. Semasa dalam
perjalanan pulang dari pekan, Lili telah diculik oleh Rafik dan Haziq, iaitu dua orang anak lelaki
Che Jah. Namun, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel. Lili tidak marah tetapi sebaliknya
bersimpati dan memutuskan mahu membantu keluarga Che Jah, yang pada hematnya menjadi
mangsa keadaan. Tindakan Lili pada mulanya ditentang oleh datuk dan nenek tetapi lama-
kelamaan sikap terbuka Lili ini berjaya mengubah pendirian datuk yang selama ini bersikap tidak
ambil peduli dengan keadaan sekeliling. Cuti kali ini amat bermakna kerana pandangannya
diterima oleh datuk dan orang dewasa kampung itu, justeru dapat membantu keluarga Che Jah
mendapat pengadilan dari segi undang-undang dan menyelesaikah isu pemasangan kubah di surau.
Lili, Geetha dan Danel menghabiskan sisa cuti mereka di kampung dengan menikmati suasana
matahari terbit. Cuti yang hampir berakhir membuatkan Lili berasa berat untuk pulang kerana dia
berasa cutinya di kampung pada kali ini amat bermakna dan menggembirakan ekoran perubahan
sikap datuk yang pada mulai bercerita dan meluahkan. Begitu juga dengan neneknya yang mulai
bercerita tantang jendela menghadap jalan. Setelah berpisah, Daniel menghantar surat kepada Lili
dan menceritakan tentang Geetha dan rencana-rencana tentang pisang yang ditulisnya.

BAB 1

Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di kampung
datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira
untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.

Bab 2

Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan mengandang
dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala
Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas
Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan.
Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya
yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa
depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina.

Bab 3

Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang
menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh
pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya
untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid
untuk pulang.

Bab 4

Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas
terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut
nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-
sama dengan masyarakat kampung.

Bab 5

Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk begitu
pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit secara
tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-
penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga

menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya
tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum
tentu kepastiannya.

Bab 6

Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang
terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian
nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi
rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan
tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciriciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk.
Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung
lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi
kepercayaan serta sumber rujukan.

Bab 7

Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak
menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha,
ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah
berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz
badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya
mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di
Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya
dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.

Bab 8

Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili
tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa
ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya. Semasa
zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu
agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan
penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili

merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid.
Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana
William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai pengubatan
tradisional di samping memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.

Bab 9

Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat
dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah
memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah
masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding
membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Di samping itu juga, Danel telah
menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional.
Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan
pendudukpenduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya.
Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden,
kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya
penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah
secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.

Bab 10

Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai penduduk
yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh dengan
penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujahhujah yang diberikan itu belum tentu dapat
menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat menerima
penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh diterima pakai
oleh penduduk-penduduk kampung termasuk William, malah berjaya mengislamkannya, tetapi
kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi
anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah
penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk sama ada
mahu menjual tanah atau sebaliknya.

Bab 11

Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja
masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca
kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda menahan
kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih
tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi
untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa
secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk
dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk
meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan
yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.

Bab 12

Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama ada ingin
mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk
kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua 57 kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan
orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan
surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang
kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah
kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti
bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan
seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke
rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tibatiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-
laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat.
Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang
ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili
ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.

Bab 13

Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur.
Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada
menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu
Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak
boleh bergantung hidup dengan herbaherba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-
kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk
menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada
sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani
Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-
sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid
tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.

Bab 14

Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada
kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah 58 neneknya, Geetha setuju. Setelah
mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap
mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk
pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan
kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu
keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya,
terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.

Bab 15

Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu
nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana memakan
herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi
belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk
dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah
dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-
daun hutan.

Bab 16

Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di
hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-buahan
dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa
seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan
minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu
di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha
memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam
semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili
supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan
pulang Lili, terserempak dengan adegan kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang
bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemudapemuda tersebut dan mereka pernah datang ke
rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan
meniarap sedang diurut oleh datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini
hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan
buahbuahan terutamanya pisang.

Bab 17

Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang
lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah
telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman
sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya
memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang
bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera
kepada tubuh badan di samping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya
seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.

Bab 18

Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang
pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat
diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang ternampak
juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan
untuk membeli minyak gamat Setelah mendapat kebenaran nenek, mereka ke pekan menaiki bas
kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan
kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.

Bab 19

Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji burger,
kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel
juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap.
Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan
semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk
membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha.
Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke
kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang
berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang
memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba
tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan
ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua
anak lelaki Che Jah.

BAB 20

Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang menyelamatkan
Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan
Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung atas alasan
tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar.
Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah

seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan
kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya
anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek
menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya.
Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.

Bab 21

Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga
yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka
dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung merobohkan
pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup
malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang diperoleh dari
neneknya, sudah tentu 61 banyak yang bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang
untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat
terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan
perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon
kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor
keselamatan.

Bab 22

Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-
penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili
bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya
merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah
Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan
Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq
semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang
sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas
dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf
kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah
memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan

bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak
menolak pelawaan itu.

Bab 23

Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga
memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh
mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masih belum selesai
dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan
seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga
terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi,
berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa
kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan
Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.

Bab 24

Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di puncaknya
terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa
kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan
hangat dalam kalangan pendudukpenduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid
didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk
pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama
ditegakkan.

Bab 25

Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau atau
bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak
berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan
seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan
menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol

dan diesel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk
akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga
kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa
kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan sempat
melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu
mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza.
Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.

BAB 26

Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid dan
melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh 63 Seman terhadap ahli-ahli
keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan halhal yang berat dan lebih member
tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti
menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat.
Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggungjawab
Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.

Bab 27

Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid pula
tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu
perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan
Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja
sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa
orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas
rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan
yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada
seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang
berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah
suaminya yang bertindak melulu.

BAB 28

Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan
perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan
isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk
meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang
larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga
puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana
untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong
pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan
dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah
mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah dan
memanjangkan kes keluarga Che Jah kepada pihak berkuasa.

Bab 29

Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh
Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan
balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan
menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang
dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk
mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.

Bab 30

Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan
penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak Pak Busu pada hari Jumaat nanti.
Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga
Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah
Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.

Bab 31

Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah
pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan
dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan.
Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka juga
menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk untuk
mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang
cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.

Bab 32

Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki
angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan
lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu
yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-
penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung
berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat
dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak
bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha
memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin
membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.

Bab 33

Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya.
Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak
berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq.
Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke
pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan
mahkamah boleh diambil dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos rawatan

pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung
di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke
hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bab 34

Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang
memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba
melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anakanaknya dari kes culik cucunya, Lili.
Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat
dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula
menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah
kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan,
penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari
keletihan dan mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis
syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan
membantunya sehingga pulih.

Bab 35

Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala
Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua
penduduk dan ketua kampung.

Bab 36

Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan
akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang
jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah
ke zaman komunis.. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam
berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu. Lili
kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq
pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel

berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa. Danel juga berharap Lili telah
mengetahui tentang jendela menghadap jalan. Danel juga telah banyak menulis artikel tentang
pisang.

SINOPSIS NOVEL BIMA SAKTI MENARI

SINOPSIS KESELURUHAN BAB

Nama watak utama, Nurul Hafsa, pertama kali disebut pada muka surat 3, baris 3. Nurul Hafsa
sedang melayan kunjungan 15 orang murid dan 3 orang guru pengiring dari Hiroshima Jepun di
tempat bertugasnya, iaitu Balai Cerap Sultan Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala Selangor. Nurul
Hafsa baru seminggu tamat pengajian dalam bidang fizik dan kajian falak, Universiti Jordan dan
hari itu merupakan hari pertama Nurul Hafsa bertugas.

Watak sampingan, Puan Wickam muncul pada muka surat 11 dan seterusnya menjadi judul bab 2.
Watak utama kedua , Muhammad Taufik, anak kepada Maryam @ Marion Wickham Abdullah
dan Tan Sri Muhaimin (yang telah berpisah) melengkapkan cita-cita perjuangan Nurul Hafsa, iaitu
projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.

Kemudian muncul satu per satu watak Budiman (abang Nurul Hafsa), Haji Yassir (bapa Nurul
Hafsa), Tan Sri Yahya (wakil DBKL dan rakan MRSM Tan Sri Muhaimin), Dato' Haji Mustofa
al-Hamidi (pegawai daerah Kuala Selangor) dan menteri besar Selangor (tidak disebut
nama).Konflik / pergolakan bermula dengan kemunculan watak penentang (antagonis), iaitu Dato'
Johann-Arlington-Majid (campuran Melayu-Irish) yang kebetulan pernah berebut kasih Marion
Wickam dengan Tan Sri Muhaimin. Dia pembekal lampu utama Kuala Selangor, serta sahabat
baik Dato' Mustofa. Projek Nurul Hafsa bersama Muhammad Taufik dan Budiman suatu ancaman
besar perniagaannya, lalu dia merancang komplot dengan mengupah tiga orang samsengMangsa
pertama Johann ialah Muhammad Taufik yang dipukul curi setelah tayar keretanya pancit akibat
melanggar stringer (besi hitam yang dipasang bersama besi tajam) yang sengaja diletak di situ.
Setelah itu Nurul Hafsa sendiri diculik, tetapi dia tidak diapa-apakan kerana dia hanya sebagai
umpan untuk mendapatkan semula Muhammad Taufik. Akhirnya pihak polis berjaya menggempur
tempat Muhammad Taufik disembunyika.Peristiwa buruk yang menimpa Muhammad Taufik

memiliki hikmah yang tersembunyi. Tan Sri Muhaimin kembali bernikah dengan Puan Wickham.
Malah, Muhammad Taufik sendiri melafazkan hasrat untuk memiliki Nurul Hafsa yang diterima
dengan senang hati.

BAB 1

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah
menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya
telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani
telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa
telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan
memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan
pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang
sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit
cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia
memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak
leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

BAB 2

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan

janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut
untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya,
Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian
sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka
mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput
ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini
bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah
mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad
Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan
pergi kembali meneruskan tugas beliau.

BAB 3

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya,
Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa
menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di
Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi
Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta
ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah
khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka
menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan
bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-
ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana
bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk
melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan
kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa

kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan
dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar
pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

BAB 4

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan oleh
Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai
solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia
bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman
yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak
tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip
adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji
falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat
pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas
1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan
cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari
bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan
membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila
menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor
daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.

BAB 5

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau
di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar
TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau
mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham

Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas
isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya
bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah
Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan
Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika
mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam
sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya
kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

BAB 6

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang
alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap
mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat
bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan
Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-
peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan
abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh.
Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati.
Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada
terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah
juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa
tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru

bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan
folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 7

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan rumah
lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja
pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul
Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah
dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman
memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada
masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan
sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas
tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan
Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik
menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak
sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini
dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin
berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu
di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan
manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip.
Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk
bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali.
Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah
tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

BAB 8

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya
kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti
rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah
mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa
membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid.
Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan
ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid
utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran
bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan
menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang
pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik
menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun
begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai
misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik
mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya
membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

BAB 9

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk
menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap
secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang kepupusan
kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka
ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan
Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan
gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.

BAB 10

MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan ayahnya.
Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh perempuan-
perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu, mereka akan
meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan
dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada
pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan
Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang
projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan
yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu
perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua
yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan
populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan
kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa.
Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam
tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti
Kampung Kuantan tempoh hari.

BAB 11

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung, bukannnya
dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke
kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung. Berdasarkan pandangan
Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang
mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau
dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin
banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan
lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad
Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan

Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai
sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

BAB 12

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat
pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala
Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor
sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

BAB 13
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington- Majid.
Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan
Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat
meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann
merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama
Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin
sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat
pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli
perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar
dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut
jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.

BAB 14

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan malah
untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad
Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan
daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan
hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu
dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis
tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri
akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan
dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat
melaksanakan projek tersebut.

BAB 15

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong
ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang
lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang
pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya
di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di
bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar
Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil
barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai
suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

BAB 16

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad
Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang
berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta
izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik.
Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar
tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa
melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia
memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika
Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar
untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik
sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik
Kristal.

BAB 17

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada di
hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah
biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik
tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut
bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan
kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap
akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan
telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan
Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 18

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan
yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak
samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa
terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai
oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan
pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

BAB 19

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke Otago
apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia
menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen petronas
pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang
yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan
kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke
tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat
dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut sebelum
disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung
dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan
tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa
walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan
diri.

BAB 20

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik
yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang

boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat
laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir
menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan
segalanya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di
semua stesen televisyen tempatan.

BAB 21

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan bantuan
CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut. Malangnya,
nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah
memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon
bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima
padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi tersebut secara besar-
besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang
aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari
Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan
tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.

BAB 22

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad

Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau
Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang
baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua
kelip-kelip terakhir di dunia.

SINOPSIS NOVEL SILIR DAKSINA

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu
dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalamnya terdapat
hasil penulisan ayah kandungnya.Teruja dengan kandungan nmanuskrip itu, Haiqal bertekad untuk
mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor.
Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi
melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal
sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di
Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya
kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya.Haiqal telah membuat keputusan
bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak
mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan
sebarang wang perbelanjaan untuk kesana. Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut
mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang
yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah
ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.Terdapat sedikit ilmu mengenai
tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah
perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia ,
Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin
ini.Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin.
Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik
tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur
apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

BAB 1

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat. l Hatinya
tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut
uminya. l Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan l Fikiran Haiqal
menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika l Uminya membuka rahsia
tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid l Haiqal bertanya tentang ayahnya. l Uminya
memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. l Haiaql menyimpan tekad untuk
menncari ayahnya Abdullah Kayan

BAB 2

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. l Sementara itu Haikal meneruskan pengajian
STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. l Haikal memberitahu
Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. l Sambil mereka bersiar-siar di pantai
,Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. l Ratna tiba-tiba ingin tahu punca
perpisahan ayah dan ibu Haikal. l Haikal tidak tahu. l Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi
dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. l Uminya juga belum
tahu tentang manuskrip yang diterimanya. l Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa
beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

BAB 3

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai
kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk
membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman
yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku
menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya
digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim
tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah
aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke
Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta

peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim
seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk
meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya
membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya
Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim
tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya
dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan
SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti
cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat
kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong
aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan
kerana kehabisan bateri.. Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke
Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim
menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-
nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai
Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang-
bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu
Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya.
Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh
Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku
menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya
mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak
mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa. ii Sudah sepuluh tahun
Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu menggantikannya dengan
kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim
seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk
menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di
kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di
rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika
yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu
menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya

ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap
Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah.
Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku
bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perassan
Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan
telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular. iii Sesi latihan tarian zapin bermula
malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan
zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK
memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung
mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat
dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan.
Semua bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat
setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku
ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian
tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir
mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku ( yang dipanggil Zam )
uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan
minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang
merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri. iv Aku berasa amat
gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang pelajar yang akan
menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam kereta aku
bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku yang
dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku
meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul
5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling
yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat
persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali
terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya, V Ai Ling memenangi cara deklamasi sajak.
Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia
membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih
kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku

kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu
akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali
berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak
Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim
mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A.
Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku
teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih
memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama
mendeklamasi sajak secara spontan yang melucukan. Aku masih bercelaru fikirannya. Sehingga
lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih
meajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya.
Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu
akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan
Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang
kasih akan Ai Ling vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju
mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk
persembahan malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30
malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan
Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap
Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan
persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana
malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk kampung. Majlis tamat
pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan tradisional Melayu.
Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat tentang zapin jincat.
Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang
baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk
menyertai program budaya di kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan
menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta
aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.
vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan aku

kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan penyakitnya
daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke
Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang
kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung
ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai
Ling Ai Ling berasa simpati akan aku . Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat
sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam
rumahtangganya. viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program
Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan.
YB DUN bersetuju mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung
yang terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan . Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga
kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program
yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang baik
hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya . Ai Ling datang ke rumah aku membawa
apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh
tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama
yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama-
sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang
kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix
Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi.. Aku
berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap
mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi
manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang
Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.

BAB 4

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak
untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun
di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri.,

Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan
suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam
kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu
Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya
itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang
digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi
impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa
ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna ,berdasarkan manuskrip itu ,
ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan
ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun
hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak
pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya
ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan
umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

BAB 5

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-
sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada
Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama.
Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa
rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi
dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak.
Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan
dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku
di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah
jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya
dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih
sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal
terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap
biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

BAB 6
Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya. Walaupun berasa bimbang akan nasibnya di
sana Haikal tetap dengan keputusannya. Haikal tetap akan pergi walaupun uminya membantah
keras. Hasrat Haikal mencetuskan pertengkaran antara dia dan umi. Pertengkaran menyebabkan
umi membuka punca perpisahannya dengan Abdullah Kayan, Umi menganggap ayah Haikal
seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya hidup dalam dunianya tanpa mempedulikan
perasaan umi.Umi tidak mahu Haikal menjadi seperti Abdullah Kayan. Sebaliknya Haikal berasa
tindakan ayahnya pulang ke kampung halamannya kerana tanggungjawabnya sebagai seorang
anak. Umi terkejut apabila Haikal mempertikaikan tindakan umi menghalang ayahnya daripada
bertemunya ketika ayahnya datang berziarah . Bagi Haikal umilah punca perpisahan antara
mereka. Akhirnya dengan penuh kemarahan umi membenarkan Haikal pulang ke kampung
ayahnya . Walid memujuk Haikal dan merestui keputusan Haikal. Walid berjanji memberi
perbelanjaan untuk Haikal apabila tinggal di sana nanti

BAB 7
Walaupun walid mahu menghantarnya namun ditolak oleh Haikal kerana khuatir tindakan walid
akan menaikkan lagi kemarahan uminya. Ketika keluar dari rumah, hanya walid dan Nurul Aisyah
yang menghantarnya di muka pintu.. Uminya tidak kelihatan. Haikal berasa uminya masih marah
dan jengkel akan Abdullah Kayan. Haikal berharap agar segera sampai ke destinasinya.
BAB 8
Haikal tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Selesai memunaikan solat subuh
berjemaah di surau, Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi untuk ke Kampung Seri Purnama.
Pemandu teksi, Pak Cik Salleh bersetuju membawa Haikal ke sana. Ketika Pak Cik Salleh

memberitahu Haikal mereka sudah sampai ke pekan Parit Raja, hati Haikal berdebar-debar.
Debaran makin kencang apabila dia sampai ke kampung Seri Purnama. Pak Cik Salleh membantu
Haikal untuk sama-sama mencari rumah ayahnya. Mereka tiba di sebuah warung. Apabila lelaki
separuh umur yang sedang menebar roti canai melihat Haikal masuk ke warung dia kehairanan.
Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Haikal terus dipelawa makan roti
canai sementara menunggu Tauke Ong tiba untuk membawanya ke rumah arwah ayahnya. Lelaki
itu memperkenal diri sebagai Wak Min dan isterinya Mak Menah. Haikal tertanya-tanya sama ada
Tauke Ong ialah Tauke Lim seperti yang digambarkan oleh arwah ayahnya dalam manuskripnya.
Ketika Haikal menunggu Tauke Ong, ada pelanggan-pelanggan yang masuk ke warung
memandang-mandang wajah Haikal dan ada yang berbisik-bisik sesama sendiri. Ketika itu,
seorang lelaki Cina masuk ke warung. Dia kelihatah amat mesra dengan pelanggan-pelanggan
yang lain. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Tauke Ong terus berjanji
akan membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya yang telah diamanahkan oleh arwah ayahnya
untuk dijaga oleh Tauke Lim sehingga Haikal sampai ke kampung itu. Di rumah arwah ayahnya,
Haikal mendapat tahu bahawa manuskrip itu diberi kepada Ong Swee Hwa dua hari sebelum
ayahnya meninggal dunia. Ong Swee Hwa amat sayang akan manuskrip tersebut. Akan tetapi perlu
memunaikan amanah menyerahkannya kepada Haikal.apabila Haikal dewasa. Ketika ditinggalkan
bersendirian oleh Tauke Ong, Haikal tertarik dengan sijil-sijil yang bergantungan di dinding.
Dilihatnya satu persatu. Ayahnya seorang yang lebih hebat dari yang disangkakannya. Hati Haikal
sebak mengenangkan sikap umi yang tidak merestui perjuangan seni ayahnya. Matanya beralih
melihat sekeping gambar di atas sebuah almari perhiasan di ruang tamu. Gambar ayahnya sedang
menerima anugerah daripada seorang sasterawan negara. Setelah puas menatap gambar, Haikal
mengalihkan pandangan ke rumah Tauke Ong. Dia mencari-cari sesuatu.

BAB 9

Tepat pukul 11.30 pagi, Tauke Ong datang menjemput Haikal untuk makan tengah hari di pekan.
Tauke Ong datang bersama-sama anak gadisnya. Haikal yakin itulah Swee Hwa. Haikal cuba
mengawal kegelisahannya. Dalam perjalanan ke pekan, Tauke Ong memberitahu Haikal bahawa
dia akan menyerahkan semua urusan berkaitan arwah ayahnya kepada Haikal. Haikal diberitahu
oleh Tauke Lim bahawa sepanjang peninggalan arwah ayahnya, Tauke Lim diberi amanah untuk
menguruskan tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah dan buku bank arwah ayahnya. Tauke Ong

juga mengimbas kembali kebaikan arwah ayahnya kepada keluarganya. Dia berasa tidak terbalas
sehingga mati. Sesampai di pekan, Tauke Lim meninggalkan Swee Hwa dengan Haikal untuk
makan tengah hari di sebuah restoran mamak. Swee Hwa memecah kebungkaman dengan
memberitahu Haikal bahawa dia tidak pernah ke Terengganu. Swee Hwa hanya mendengar kisah
Terengganu melalui cerita Cikgu Abdullah. Haikal menyambut perbualan Swee Hwa dengan
memuji kebudayaan dan pejuang bangsa yang lahir dari Johor. Swee Hwa juga fasih berbahasa
Melayu. Melihat penampilan Swee Hwa, Haikal teringat akan Ratna yang masih belum dihubungi.
Haikal juga kagum melihat Swee Hwa tidak kekok makan dengan tangan. Selesai makan Swee
Hwa memberitahu Haikal bahawa arwah ayahnya pandai memasak.Haikal terasa betapa
bertuahnya Swee Hwa dapat merasai kasih sayang ayahnya berbanding dirinya. Haikal yakin Swee
Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Haikal yakin Swee Hwa ialah watak yang dicipta
oleh ayahnya dalam manuskrip itu. Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai buku untuk
membeli novel. Mereka meminati penulis dan sasterawan negara yang sama. Swee Hwa terus
menyatakan minat Haikal diwarisi daripada arwah ayahnya. Haikal berasa bahawa dia amat mesra
dengan Swee Hwa walaupun baru berkenalan. Mungkin manuskrip itu telah member gambaran
tentang Swee Hwa. Petang itu, Haikal menerima pesanan SMS daripada NuruI Aisyah. Terbayang
kesedihan dan kesunyian adiknya itu. Haikal terasa sebak kerana dialah tempat adiknya mengadu
jika ada masalah. Haikal menjadi rindu akan adiknya juga rindu akan keluarga dan Ratna tetapi
itulah pengorbanan yang mesti dihadapi Haikal.

BAB 10

Tauke Ong meminjamkan motosikal kegunaan anak keduanya See Hui kepada Haikal untuk
kemudahan Haikal bergerak di dalam kampung itu. Setelah diberitahu tentang lokasi pusara arwah
ayahnya di kawasan perkuburan kampung itu, Haikal terus menghidupkan motosikal. Sebelum
beredar Haikal terpandang Swee Hwa yang tercegat di depan pintu rumahnya. Haikal berasa satu
getaran aneh apabila membalas senyuman Swee Hwa. Sampai di kawasan perkuburan, Haikal
mencari sepohon pokok kemboja besar seperti yang diberitahu oleh Tauke Ong. Melihat pokok
kembja yang berada di sebelah kanan tanah perkuburan, Haikal terus menuju ke situ dan terlihat
nama Abdullah bin Kayan di atas batu nisan putih.Haikal mengusap lembut batu nisan ayahnya.
Bacaannya terhenti beberapa kali ketika membaca yasin. Haikal terus menangis kerana kerinduan
yang terlalu dalam kepada arwah ayahnya. Haikal bermohon kepada tuhan agar meletakkan arwah

ayahnya di sisi orang yang beriman.. Terlalu sukar untuk Haikal meninggalkan pusara ayahnya
namun dipujuk hatinya bahawa esok masih ada untuk dia datang lagi. Haikal membonceng
motosikal melalui kebun kelapa sawit sebaik sahaja beredar dari pusara ayahnya. Tiba-tiba Haikal
tergerak untuk berhenti berhampiran sekumpulan remaja yang sedang memancing di tepi parit.
Hikal memberi salam kepada seorang lelaki yang berusia sekitar 40-an di dalam kumpulan remaja
yang diapnggil Pak Cik Bakar atau Pak Cik Burn dalam kalangan anak muda kampung. Pak Cik
Bakar terus bercerita tentang kehebatan arwah ayah Haikal. Seorang yang berjiwa besar, banyak
berjasa kepada masyarakat tetapi biasanya orang yang baik begitu akan pergi menemui tuhan
mendahului yang lain.. Pak Cik Bakar amat rapat dengan arwah ayah Haikal. Dia menganggap
arwah ayah Haikal seperti saudara kandungnya sendiri. Pak Cik Bakar seolah-olah melihat arwah
ayahnya apabila melihat Haikal masuk ke warung Wak Min. Sehingga dia masih terbayang-bayang
wajah arwah ayah Haikal. Haikal berjanji akan ke rumah Pak Cik Bakar kerana banyak perkara
yang dia perlu tahu tentang bapanya daripada Pak Cik Bakar. Senja itu Haikal menunaikan solat
berjemaah di masjid kampung untuk berkenal- kenalan dengan penduduk kampung.. Selesai solat
isyak dia terus ke gerai Wak Min. Hanya Mak Menah yang sibuk mengurus kedai. Mak Menah
sempat bertanya tentang perancangan Haikal selepas mendapat keputusan peperiksaan STPM
nanti. Daripada Mak Menah, Haikal mendapat tahu bahawa sejak kematian ayahnya, budak-budak
kampung itu mulai berfoya-foya membuang masa dengan bermotosikal berbanding semasa
ayahnya aktif menggerakkan aktiviti kemasyarakatan di kampung, tidak ada anak-anak muda yang
berfoya-foya di tepi jalan di kampung itu. Mendengar kisah arwah ayahnya Haikal semakin teruja
untuk menyelami kisah hidup arwah ayahnya. Lamunan tentang ayahnya terhenti apabila Pak Cik
Bakar menepuk belakang bahunya. Sebenarnya Pak Cik Bakar tidak menyangka Haiikal akan
kembali ke kampung itu. Malah Pak Cik Bakar menberitahu Haikal bahawa kampung itu sudah
lama sepi sambil merenung gelas yang dipegangnya. Sekali lagi dia memberitahu Haikal bahawa
dia seolah-olah bermimpi melihat kedatangan Haikal. Haikal mulai rasa bersalah kerana berasa
kehadirannya menyebabkan orang yang rapat dengan ayahnya teringat kembali arwah ayahnya.
Haikal hanya melihat Pak Cik Bakar meluahkan persaannya apabila dua jemaah masjid Wak Arif
dan Haji Salim masuk ke warung. Selepas menyapa sambil bergurau senda, Pak Cik Bakar
memperkenal mereka kepada Haikal, ahli kumpulan zapin kampung itu dahulu. Namun sekarang,
menurut Haji Salim orang muda sudah tidak meminati tarian zapin. Haikal yang tidak pernah
mendengar lagu-lagu zapin seperti yang dinukil oleh ayahnya dalam manuskrip teragak-agak

menjawab pertanyaan Haji Salim tentang minatnya dengan zapin. Daripada Pak Cik Bakar Haikal
mendapat tahu kumpulan zapin kampung itu sudah enam atau tujuh tahun tidak aktif apabila
seorang demi seorang ahlinya meninggal dunia termasuk ayahnya. Pak Cik Bakar terus bercerita
tentang ayah Haikal ketika mereka berbual di anjung rumah Pak Cik Bakar setelah bersantai di
warung Wak Min.Keengganan Haikal untuk masuk berbual di dalam rumah mengingatkan Pak
Cik Bakar akan sikap arwah ayahnya yang juga suka berbual-bual di anjung rumahnya sehingga
pukul 2 atau 3 pagi. Haikal menyatakan perasaan ralatnya tidak dapat hidup bersama-sama
ayahnya Haikal mendapat tahu yang dia cuba dibawa tinggal di Kampung Seri Purnama tetapi
tidak berjaya. Namun ayahnya seorang yang tabah, sabar dan tenang. Haikal mengakui bahawa
tidak banyak yang dia ketahui tentang ayahnya dan itulah penyebab yang kuat yang mendesak
hatinya datang ke kampung arwah ayahnya. Pak Cik Bakar juga tidak mengetahui penyakit yang
dideritai oleh arwah ayah Haikal Segala-galanya ditanggung sendiri. Tiada siapa yang tahu
penderitaan yang ditanggung.. Termasukkah Swee Hwa? Mendengar Haikal menyebut nama Swee
Hwa Pak Cik Bakar merenung tepat ke wajah Haikal lalu tersenyum. Pak Cik Bakar memberitahu
arwah ayahnya meletakkan diri Haikal dalam diri Swee Hwa. Mungkin itulah cara ayahnya
mengubati luka hatainya. . Pak Cik Bakar amat yakin Haikal akan dapat merasa ada sesuatu yang
ditinggalkan oleh arwah ayahnya dalam diri Swee Hwa untuk dia selami. Haikal hanya
mengangguk-ngangguk tanda bersetuju. Malam semakin lewat sedangkan mereka terus berbual-
bual. Pak Cik Bakar amat gembira jika Haikal mahu tinggal lebih lama di kampung. Dia
membayangkan itulah keinginan arwah ayahnya jika arwah masih hidup iaitu ingin Haikal kembali
tinggal bersama-samanya di kampung.. Haikal berjanji akan tinggal lebih lama jika segala
urusannya selesai. Lebih-lebih lagi dia sedang menunggu keputusan STPMnya. Namun Pak Cik
Bakar berasa amat baik jika Hikal terus menetap di Kampung Seri Purnama lantas mengusik-usik
Haikal dengan anak Tauke Ong sambil ketawa. Perbualan mereka menjangkau ke pukul 2.00 pagi.
Haikal meminta izin untuk pulang kerana ingin berehat. Pak Cik Bakar mempelawa Haikal untuk
bertamu di rumahnya jika ada kelapangan.

BAB 11

Sudah seminggu Haikal berada di Kampung Seri Purnama. Semua wang simpanan ayah Haikal
telah diserahkan oleh Tauke Ong kepadanya. Walaupun Haikal memberitahu Tauke Ong bahawa
kedatangannya bukan untuk menuntut harta peninggalan arwah ayahnya tetapi Tauke Ong
menegaskan tindakannya itu bagi melaksanakan amanah arwah ayahnya Tauke Ong meminta
Haikal menguruskan sendiri harta arwah ayahnya dengan baik dan sedia membantu jika ada
masalah. Walaupun Haikal lebih suka Tauke Ong yang terus menguruskannya kerana tiada
pengalaman mengurus kebun tetapi ditolak oleh Tauke Ong. Sebaliknya meminta Haikal belajar
mengurus harta peninggalan ayahnya. Tauke Ong terus bercerita tentang kesusahan hidupnya
kerana sikap abangnya yang kaki judi. Sepanjang bercerita Tauke Ong sentiasa memuji-muji
kebaikan arwah ayah dan datuknya. Tauke Ong berjanji akan membantu Haikal menguruskan
kebunnya jika Haikal menyambungkan pengajiannya nanti. Haikal terus mencari Abang Bidin dan
Abang Salleh di warung Wak Min setelah diberitahu oleh Tauke Ong tentang mereka. Mereka
berdua yang menjaga kebun kelapa sawit Haikal dengan baik dan bersih. Mereka berbincang
tentang pengurusan dan upah kebun kelapa sawit Haikal. Menurut saranan Tauke Ong adalah lebih
baik Haikal mengekalkan perkhidmatan Abang Bidin dan Abang Salleh kerana cara kerja mereka
yang sistematik dan upah yang tidak mahal. Dalam seminggu itu juga , Haikal sempat berkenalan
dengan beberapa orang remaja di Kampung Seri Purnama. Mereka amat mesra dan menerima
kehadiran Haikal di situ dengan baik. Haikal diajak memancing bersama-sama pada waktu petang.
Lazim anak Haji Salim yang sebaya dengannya dan sedang menunggu keputusan STPM menjadi
paling rapat dengan Haikal. Lazim bekerja sambilan di kilang tekstil di Batu Pahat untuk
mengumpul wang bagi kegunaan semasa menyambung pelajaran nanti. Masa lapangnya dipenuhi
dengan aktiviti mengail ikan untuk dijual bagi mengisi duit poket kerana malu untuk meminta-
minta daripada ibu bapanya. Haikal memberitahu Lazim tujuan dia kembali ke kampung untuk
merungkai misteri di sebalik manuskrip novel ayahnya dan menziarahi pusaranya bukan untuk
mendapatkan harta peninggalan arwah ayahnya setelah diusik oleh Lazim sebagai orang kaya baru.
Lazim mahu menghabiskan malam minggunya di rumah Haikal kerana tidak mahu melepak di
beteng. Haikal tidak keberatan asalkan tidak menyusahkan Lazim. Ayah Haikal mengajarnya
subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani semasa dia bersekolah rendah. Tetapi antara
pelajar, ayahnya amat rapat dengan Swee Hwa yang pada pandangan Lazim seorang yang agak
pendiam tetapi mudah diajak berbual-bual. Haikal juga berasa Swee Hwa sangat rapat dengan
arwah ayahnya. Sambil berbual- bual Haikal teruja melihat sekumpulan kanak-kanak riang

berbasikal.. Haikal menyatakan keseronokan tinggal di kampung tetapi Lazim berpendapat orang
kampung berasa seronok dengan kehidupan di bandar. Namun bagi Haikal dia berasa kehilangan
saat-saat gembira yang dilihatnya pada zaman kanak-kanaknya dan berasa Lazim amat bertuah
kerana dapat menikmati detik-detik gembira itu. Spontan itu Lazim menyedarkan Haikal yang dia
sekarang sudah berada di kampung itu dan memberi semangat agar Haikal memulakan usahanya
meneruskan cita-cita arwah ayahnya. Namun Haikal kesal kerana tindakannya menyebabkan dia
terpaksa membelakangkan uminya. Haikal keliru , kerana diia menjadi mangsa perselisihan faham
ibu bapanya . Malam itu Lazim sampai di rumah Haikal ketika bulan mengambang. Haikal
menyediakan mi goreng untuk Lazim. Lazim sempat mengusik Haikal sebaik sahaja tiba di
hadapan rumah Haikal kerana Haikal leka memerhati ke arah rumah Tauke Ong. Mereka masuk
ke dalam rumah dan Haikal mempelawa Lazim makan mi goreng yang dibelinya. Tanda tanya
Haikal tentang kesediaan Lazim bermalam di rumahnya tejawab apabila Lazim bertanya sama ada
Haikal telah masuk ke dalam balai raya kampung itu. Apabila tahu Haikal belum lagi masuk ke
dalam balai raya Kampung Seri Purnama, Lazim segera berjanji akan membawa Haikal ke situ
keesokan petangnya. Lazim yakin semua yang mahu diketahui oleh Haikal akan ditemui di dalam
balai raya itu kelak. Malahan inilah peluang untuk Haikal merapati Swee Hwa yang dia percaya
menyimpan banyak rahsia arwah ayahnya. Balai raya yang umpama rumah kedua arwah ayah
Haikal. Balai raya yang dulu sunyi sepi menjadi ceria dengan kepulangan arwah ayah Haikal ke
Kampung Seri Purnama. Lazim sendiri sering mengikut ayahnya ke balai raya jika ada aktiviti.
Sambil makan Lazim bercerita tentang tarian zapin dan kebolehannya menari zapin jincat ketika
di sekolah rendah. Tetapi tarian itu sudah lama dilupakan. Sebaliknya Haikal berasa terkilan kerana
langsung tidak tahu tentang tarian zapin. Lantas, Lazim memberi semangat kepada Haikal agar
menggunakan kesempatan yang ada untuk meneruskan hasratnya. Lazim berjanji akan membantu
Haikal bersama-sama orang-orang kampung. Akan tetapi impian Haikal tidak akan tercapai
sepenuhnya jika dia tidak merapati Swee Hwa kerana Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup
ayahnya. Akhirnya, perbualan terhenti apabila Lazim terus lelap santak ke subuh. Pagi sesudah
solat subuh berjemaah di masjid, Haikal duduk di tangga rumah apabila Swee Hwa tiba-tiba
muncul menyapanya lalu bertanya tentang Lazim. Lazim telah pulang ke rumahnya sebaik sahaja
kedengaran azan subuh. Swee Hwa menyampaikan pesanan ayahnya yang mahu membawa
mereka ke pekan untuk bersarapan. Peluang bersarapan dengan Swee Hwa digunakan untuk
bertanya tentang arwah ayahnya. Swee Hwa mengakui sesiapa yang rapat dengan arwah ayahnya


Click to View FlipBook Version