The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rusyaidi2006, 2022-06-11 11:47:27

KAJIAN 8 BUAH NOVEL

KAJIAN 8 BUAH NOVEL

akan berasa ayahnya seolah-olah belum mati. Malahan Swee Hwa mengakui dialah tempat arwah
ayahnya menumpahkan kasihnya kepada Haikal walaupun dia sedar dia tidak layak mengambil
tempat Haikal. Tetapi Swee Hwa yakin Haikal memang wujud kerana ayahnya pernah bercerita
tentang Haikal. Haikal sebak sambil mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana mampu
membahagiakan ayahnya sehingga akhir hayatnya.

SINOPSIS NOVEL TIRANI

SINOPSIS KESELURUHAN BAB

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas
nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda
telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang
kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula
wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik.
Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang
pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan
niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai
oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan
kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu
menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi
sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap
suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian
itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah
dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam
bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet
yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan
Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

BAB 1

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan diri
seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan.
Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya
seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas
nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan
bergelora terhadap kawankawannya dapat diredakan. Di pekarangan homestaynya suasana agak
riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan

persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan
Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini
adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur
pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan
dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun
buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong
juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya
untuk memajukan lagi homestay itu.

Bab 2

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir. Kehadiran
para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik kehadiran
pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan
Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada
ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum
agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor
monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda
kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk
mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda
dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan
menggunakan kepakaran di Singapura.

Bab 3

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka

agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya
tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi.
Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya
sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita
tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya
mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar
raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut
perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat sampai ke lapangan
terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan
rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya di lapangan
Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu university
dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon
Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

Bab 4

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar raya
Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk
membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga.
Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah
dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh
sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik
Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka
sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya,
Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari
merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam
sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui
oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk
melakukan pembetulan di kelopak matanya. Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical
Centre (CMC). Di sini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan
dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang
diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.

Bab 5

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya,
Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat
lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak
bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan
memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala. Di rumah Bazilah,
Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda
terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di
depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan
ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat
gembira dengan kehadiran ibunya. Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda
ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka
terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan
Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan
hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.

Bab 6

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini diketuai
oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di
dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu
demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam. Waheeda
berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu di luar bilik
pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersamasama ibunya selepas membayar bil
pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk
merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah,
dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan
SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada
pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

Bab 7

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca
buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-
tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan
Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada
Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya. Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr
Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr
Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-
sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

BAB 8

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan
ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua. Pada malamnya, sebelum tidur,
Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya
dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada
kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya
tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat
mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama
rombongan tersebut. Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang
dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan
chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda
memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan tidak disangka, Waheeda
menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo
Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel
Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda
berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak
jauh di sebelah selatan Singapura.

Bab 9

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat menyenangkan
hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur
diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan
bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda
sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya. Di
rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak
belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan
seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa
Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan
Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar.
Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort. Pada
minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang diberikan
oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan
masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan
suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan. Dalam pada merangka program
yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam
pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam
pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut
mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan
Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan
tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

Bab 10

Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan
Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana
kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas
keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan

perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan,
rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid. Selepas menikmati
makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid
memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk
Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas.
Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka
makan bersama-sama pada malam itu. Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah
tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea tentang
pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang
berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan
pakaian tradisi Sarawak.

BAB 11

Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri
Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut Di Flamingo, berita
kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-detik
kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda
diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi.
Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira
dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti. Manakala di Tajau Emas pula,
Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating merisik anaknya
sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran
Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis
pertunangan itu nanti.

Bab 12

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu

dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang
diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus hal
pertunangannya sedangkan dia tiada di sana. Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan
daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan
dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra.
Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda
memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir. Kesibukan persiapan di
Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu
dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering
selesema. Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel
Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin
berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi.
Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

Bab 13

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki
semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk
Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak
mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah,
isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah,
berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang
kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid
menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid
berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda.
Dia berasakan Waheeda berubah hati. Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad
bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir
dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan
ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke
Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan

telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda
di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah
mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr
Rushidi. Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada
di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu
tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku
kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami
selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

BAB 14

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.
Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan
Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh
meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik
tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli
hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan
jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah
dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara
kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut
melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang
serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh
gembira

Bab 15

Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan.
Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah
digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji
pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan
yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi
Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang
kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh
mencairkan hati wanita. Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang
cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak
sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat. Dalam dua minggu bergelar pengantin baru,
keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana
berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.

Bab 16

Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member
gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan
menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan.
Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke
Sarawak nanti. Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia
jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan.
Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR,
singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan
dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.
Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti
isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersamasama. Namun,
Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak
membuat aluan masing-masing. Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa
Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu
berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda
beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid. Zahid perasan

apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta
keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula,
Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan
baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung
antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba
membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun
manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat
dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

BAB 17

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya seolah-
olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-
Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu,
Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu. Waheeda banyak
terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama
ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi
perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya.
Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya. Di samping itu, Waheeda masih
memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula
dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain.
Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu
bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah
suami dan macammacam lagi. Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda
menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan
suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas
tempoh hari dan peristiwa semasa

di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam itu, Waheeda berseorangan
setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari
Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam
kenangan yang melingkari hidupnya. Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati
Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa
keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

Bab 18

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin
yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway.
Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda.
Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka
menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan
Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu
seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi. Zahid melenting di hujung talian
telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda.
Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan
untuk menonton bola. Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan
Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati
Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda
rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu. Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini
menantunya semakimenjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan
suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda
pasrah dengan laluan yang dihadapinya. Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi.
Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu
yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan
BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan
Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar
cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin.

Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran
Zahid.

Bab 19

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid
tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan
membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di
hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa. Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik
tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga,
nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku.
Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah
telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut. Waheeda
telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia.
Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan
Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa
sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang
ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan. Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca
artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia
membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya,
Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut
lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa
inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang
telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah
meninggalkan bilik tidurnya. Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-
olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah
menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka di hati
Waheeda. Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang
dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak
tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar
Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

Bab 20

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda
bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais
juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ
bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo
Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands.
Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya. Selepas keluar
dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum
beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon
kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama
Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang
kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga
melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada
Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima
kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda
ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba
teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik
Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada
keesokan harinya.

BAB 21

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya Izzati.
Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang
berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan
yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak
Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat
sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar.
Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada

Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading.
Dia mengharapkan Tajau Emas

dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda
mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang
berjaya.

BAB 22

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung.
Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak
semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan
Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan
kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet
IwanaIwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar
negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais
melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

Bab 23

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada
Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran
anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui
bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh
menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa

berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman. Lais cuba
mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang menjadi
tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar
chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang
tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita
tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas
waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat
bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat
meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun.
Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya
akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka
berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca
laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan
raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak
lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada
terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah
dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat
pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak
berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya.
Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati
pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan
melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

BAB 24

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku
kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu
matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah olah entiti dirinya dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak
itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi
esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati

dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal,
sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini
dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan
bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun.
Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-
olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah
telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan
ayahnya.

SINOPSIS SONGKET BENANG EMAS
Sinopsis keseluruhan
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-
temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya
terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa
memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya.
Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya

dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh
dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia
terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin
bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani
Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana
gagal menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah
atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat
melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

Sinopsis Bab demi Bab

BAB 1

Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah, Dahlia
berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu
Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.

Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu
bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu
memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos
nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik.
Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu keluarganya
kerana dia merupakan anak sulung.

BAB 2

Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton
juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di
asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada.
Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.

Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati
memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan
Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah
habis.. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim
untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.

Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap
sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila
melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis.Tiba-
tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu
Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi
Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia
mencadangkan abahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi
lebih jauh ke dalam kebun.

BAB 3

Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan
kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti
sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah, ibu kepada emaknya.

Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia memberitahu, beliau terpaksa
berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia
kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-
anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung
Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka
adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah
melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.

BAB 4

Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun
yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia
tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan
keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri
dan keluarganya.

Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta
Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang kampung.
Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh abahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah.

Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia
walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut
kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau
tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau
menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.

Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah
yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka
hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak
diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya
pernah memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang
mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa
lemah.

Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia
doktor memaklumkan emaknya hanya rungsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang
berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan
memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar,
adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah
mendapat gred tiga dalam SPM.

BAB 5

Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada hari
Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak
rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari
rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu
lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden
asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya
dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.

Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik
dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang
untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia
memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada

petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-
macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital
untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji
Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.

BAB 6

Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu abahnya
tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya
yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang
dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “orang gila”
yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau
geram apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Beliau memberitahu
punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini
mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan
menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk ke
rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan
tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.

Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang
dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia
telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung
itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu
membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi
malangnya Said telah tiada.

BAB 7

Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas itu,
Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton
mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan
Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton.
Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-
pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin
kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said
dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan
beliau tidak mahu mencari musuh.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji
keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia menangis
setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi
memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa pada
petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang lemah selepas
menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan
dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat
demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu.
Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi
mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah
Embong hingga menyebabkan Embong panik.

BAB 8

Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa
Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton.
Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.

Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-kata
untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati bertindak
sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati
Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan
kehidupan mereka.

Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan
apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong
membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan
dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia
memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran
sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang
menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba,
Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang
merupakan kawan Dahlia.

BAB 9

Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat kedaifan
hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang
pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik.

Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah dibawa
ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup
berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang
diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli.
Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual
dengan harga RM15,000.

BAB 10

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu bahawa
dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani
meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja.
Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.

Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin
berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia
daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa
Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.

BAB 11

Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka berseronok
sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin membara apabila
Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal. Embong teringat
kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal dan
takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah
Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan
emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu
sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi
kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman
dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.

Bab 12:

Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia dikejutkan
oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu
mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan
memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-
hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungkinan
penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.

Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia
terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ
baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi
melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai
pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia
pergi dari situ.

Bab 13

Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki.
Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia memberitahu
keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat
abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu
adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadapi
peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari
asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila
melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Bab 14

Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila mendapat
tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing itu menjadi
harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke
Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim
kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik orang lain.

Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan
emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya

mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu.
Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.

Bab 15

Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat
berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau
bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur.
Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia.
Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan
keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-
siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di
pahanya.

Bab 16

Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan abahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan
hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar
kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam SRP.

Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu Hisyam
dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola
jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta
Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak
ketinggalan dalam pelajaran.

Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia
sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga
Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh
keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan
neneknya.

Bab 17

Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang
banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di
hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak
boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu
Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia
terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.

Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular.
Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah
tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu
membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.

Bab 18

Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu bas
di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut Seman,
Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim
berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami
masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia.
Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan
menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia
terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan
pondok bas tersebut.

Bab 19

Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang
memerlukan penjagaannya.

Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di
kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga

tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah
Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.

Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong
akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu,
Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.

Bab 20

Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia
sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan
itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan
mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu,Nek Kiah pulang ke
rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban
abahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke
universiti.

Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga
tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ.
Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.

Bab 21

Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam nanti.
Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan barang-barang
untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana
kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar
mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.

Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman
bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan
Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-
hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.

Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk abahnya
dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Bab 22

Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Abu
Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.

Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang
hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran
pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad
dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada
Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia
melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.

Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana
di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan
didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Bab 23

Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat menerima
cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak lebih
daripada itu.

Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari
hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada bersama-sama ketika itu. Dahlia
mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata yang
terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Bab 24

Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah berasa
bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-anak dan
cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.

Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang
untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke
balai raya.

Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada
hikmah yang tersendiri.

Bab 25

Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga
tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi
menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.

Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan
apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.

Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah
bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman
bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat
terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti
bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26

Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya Dahlia
hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.

Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga
bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.

Bab 27

Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih untuk
mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan Dahlia
dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam
peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya
selama enam bulan.

Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka.Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti
Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

Bab 28

Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan tetapi,
Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya. Nek Kiah
telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.

Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan-kawan
Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan
bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin
risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi
oleh Tauke Lim sebanyak RM300.

Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari
kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya
kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari
telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga
menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati
diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.

KEKUATAN SETIAP NOVEL

NOVEL PANTAI KASIH

Pada pendapat saya, terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini. Pertama, pemilihan tema yang
dipilih oleh penulis sangat menarik. Hal ini demikian kerana dapat membuatkan pembaca lebih
teruja untuk mengetahui kisah yang berlaku selanjutnya. Seterusnya, penceritaan dalam novel ini
juga banyak menceritakan tentang kehidupan seorang doktor. Hal ini dapat memberikan inspirasi
kepada pembaca terutamanya pelajar yang mempunyai minat dalam mendalami bidang
kedoktoran. Latar tempat yang digunakan juga hanya difokuskan pada tempat yang mempunyai
banyak kisah-kisah yang berlaku. Ianya menjadikan pembaca tidak pening. Seterusnya, tahap

pemikiran penulis juga memenuhi kehendak pembaca. Dengan idea-idea yang menarik yang
diutarakan oleh penulis dalam novel ini membangkitkan jalan penceritaannya. Akhir sekali,
pengajaran dalam berumah tangga juga dapat diambil. Sebagai contoh, kehidupan Raiha dan
Doktor Sadiz.

NOVEL DIBALIK DINARA

Terdapat beberapa kekuatan pada novel ini. Antara kekuatannya ialah kebijaksanaan watak-watak
di dalam novel ini. Sebagai contoh, Farisha berjaya mengesan kelemahan Dinara menerusi soalan-
soalan yang ditimbulkan. Dengan ini novel ini mempunyai nilai kebijaksanaan.

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Kekuatan yang diperoleh dari novel ini ialah penulis novel menyemarakkan semangat patriotisme.
Sebagai contoh, semangat kepahlawanan leftenan dan rakan-rakan seperjuangnya menentang
tentera jepun hingga ke titisan darah terakhir. Dengan ini dapat membangkitkan semangat
patriotisme dalam kalangan pembaca dan anak muda menerusi penceritaan kisah peperangan
dalam bentuk yang menarik.

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Terdapat banyak kekuatan yang diselitkan dalam novel ini. Antaranya, perwatakan Lili yang
memberi nilai moral kepada pembaca. Sebagai contoh, perwatakan Lili yang taat akan ibunya
memberikan pengajaran kepada kita supaya sentiasa mentaati segala perintah ibu bapa. Kekuatan
seterusnya ialah novel ini menceritakan tentang nilai setia kawan yang tinggi. Hal ini kerana dalam
novel ini Geeta iaitu rakan Lili sanggup membantu Lili untuk selesaikan masalah yang dihadapi
oleh penduduk kampung itu. Seterusnya, penceritaan dalam novel ini juga menceritakan
kebijaksaan seseorang yang mahir dalam ilmu perubatan. Hal demikian kerana dapat membantu
pembaca menambah pengetahuan tentang fakta-fakta yang diberikan. Hal ini membuatkan pelajar
berasa tertarik ketika membaca. Akhir sekali, latar tempat yang diceritakan juga yang fokuskan
kepada tempat-tempat tertentu sahaja. Pembaca akan lebih memahami peristiwa-peritiwa yang
berlaku di sesuatu tempat itu.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Pada pendapat saya terdapat beberapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini. Antaranya,
novel ini memberikan iktibar kepada pembaca tentang kehidupan seorang manusia yang tabah
menghadapi segala rintangan yang berlaku dalam hidupnya. Seterusnya, dalam novel ini juga
menceritakan betapa sayangnya seorang kakak terhadap keluarganya yang susah. Sebagai contoh,
perwatakan Dahlia yang menjaga adik-adiknya walaupun dia masih bersekolah kerana dia tahu
keadaan emaknya. Selain itu, perwatakan yang dipilih oleh penulis sangat membangkitkan lagi
jalan penceritaan kisah-kisah dalam novel ini. Hal ini demikian kerana perwatakan dalam sesuatu
penceritaan itu sangat memainkan peranan penting. Bukan itu sahaja, malah pengutaraan tema
oleh pengarang sangat menusuk ke dalam jiwa pembaca. Akhir sekali penulis juga menceritakan
tentang keinsafan seseorang dalam menginsafi kesilapan yang telah dilakukannya juga sangat
menginspirasikan pembaca-pembaca dan boleh dijadikan teladan.

NOVEL BIMA SAKTI MENARI

Novel ini mempunyai tajuk dan muka hadapan yang menarik secara tidak langsung menyebabkan
pembaca berminat untuk membaca novel ini. Novel ini juga mengimbas kembali nostalgia penulis
iaitu semasa usia penulis muda, penulis sering menangkap kelip-kelip dan meletakkannya ke
dalam balang. Dengan cara ini, pembaca boleh menghayati dan membayangkan situasi menangkap
kelip-kelip. Ini membuatkan jalan cerita novel ini menjadi lebih menarik. Jalan cerita novel ini
juga mudah untuk difahami dan dapat diterima oleh pembaca. Akhir sekali, nilai moral yang
diselitkan dapat disampaikan kepada pembaca

NOVEL SILIR DAKSINA

Kekuatan yang pertama ialah perwatakan watak utama yang boleh dijadikan teladan iaitu kita
haruslah gigih dalam melakukan sesuatu perkara untuk membuahkan hasil yang lumayan. Sebagai
contoh, dalam novel ini Haiqal sanggup pergi ke kampung halaman arwah ayahnya hanya kerana
ingin mengetahui kisah ayahnya walaupun ditentang oleh uminya. Seterusnya, novel ini juga
banyak menceritakan kisah kesenian tarian zapin. Hal ini sedikit sebanyak dpaat memberikan
pendedahakan kepada pembaca tentang keunikan seni tarian zapin. Seterusnya, bahasa yang
digunakan oleh penulis dalam mengarang novel sangat mudah untuk difahami. Akhir sekali, novel

ini juga mempunyai jalan penceritaan yang tesusun berbanding nove-novel yang lain. Novel ini
sangat menunjukkan penceritaan yang jelas dan mudah untuk difahami
NOVEL TIRANI
Melalui novel ini, pembaca diberi pendedahan tentang adat resam masyarakat setempat
terutamanya etnik Sarawak. Selain itu, novel ini juga menyelitkan pengajaran bahawa kita
hendaklah bijak memilih pasangan hidup agar kita tidak senasib seperti Waheeda.

KEKURANGAN SETIAP NOVEL
NOVEL PANTAI KASIH
Walaupun novel ini merupakan novel yang terbaik, novel ini tetap mempunyai beberapa
kekurangan. Pertamanya, penulis tidak menceritakan latar belakang watak Raiha dengan
terperinci. Sebagai contoh, penulis tidak memberitahu novel sebab ayah Raiha melarang Raiha
untuk menjadi doktor pakar. Selain itu, perpisahan antara Raiha dan Doktor Sadiz juga tidak
diceritakan dengan lebih mendalam. Ini boleh mendatangkan tanda tanya dalam diri pembaca.
Novel ini juga mempunyai konflik yang banyak sehingga dapat mengelirukan pembaca. Penulis

juga tidak menceritakan dengan lebih mendalam tentang kisah watak yang bernama Unong Siron
dan Felicia Landosi.

NOVEL DIBALIK DINARA

Novel ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Namun begitu, penulis tidakmenceritakan
dengan lebih mendalam tentang watak yang terdapat dalam novel. Isi yang terkandung di dalam
novel ini boleh mengelirukan pembaca kerana novel ini terlalu banyak konflik. Secara
keseluruhannya, untuk memantapkan lagi novel ini, penulis hendaklah menceritakan tentang setiap
watak dengan terperinci agar pembaca lebih memahami novel.

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Terdapat beberapa kekurangan yang menjadikan novel ini tidak berapa menarik minat pembaca.
Antaranya, novel ini mempunyai jalan penceritaan yang terlalu panjang. Hal ini demikian kerana
dapat mengakibatkan para pembaca merasa bosan dan tidak tertarik untuk menghabiskan novel
ini. Seterusnya, para pembaca mengambil masa yang lama untuk mengetahui lebih lanjut tentang
apa yang berlaku terhadap Leftenan Adnan. Terdapat juga beberapa penceritaan fakta yang
membosankan para pembaca. Selain itu, penulis juga tidak menceritakan dengan lebih lanjut
tentang adik Leftenan Adnan, Amarullah yang merupakan seorang tentera laut. Akhir sekali,
penulis juga tidak menceritakan tentang apa yang berlaku kepada isteri Laeftenan Adnan
sepanjang dia berperang.

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Setiap karya yang dihasilkan pasti ada kekurangan. Pada pandangan saya, kekurangan novel ini
ialah permulaan yang agak perlahan. Ini menyebabkan pembaca berasa bosan dan tidak
bersemangat untuk meneruskan bacaan. Selain itu, bagi saya novel ini terlalu banyak fakta tentang
rawatan tradisional. Ini menyebabkan pembaca tidak dapat memahami dengan mendalam tentang
jalan cerita yang terdapat dalam novel.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Setiap novel yang baik pasti adanya kekurangan yang tersendiri. Kekurangan novel ini ialah
penulis tidak menceritakan dengan lebih mendalam tentang situasi yang dihadapi oleh Said yang

terjatuh dan meninggal dunia. Jalan cerita novel ini juga agak panjang sehingga boleh
menyukarkan pembaca untuk memahami setiap konflik yang terkadung dalam novel. Penggunaan
watak yang agak banyak juga boleh mengelirukan pembaca.

NOVEL BIMA SAKTI MENARI

Novel ini mengandungi beberapa kekurangan seperti jalan cerita yang terlalu panjang. Penulis
memasukkan terlalu banyak perwatakan dalam novel ini. Hal ini mengakibatkan penceritaan itu
menjadi lebih panjang dan meleret. Selain itu, penulis tidak mewujudkan sebarang tanda tanya
atau konflik yang dapat menarik minat pembaca.

NOVEL SILIR DAKSINA

Penghasilan novel yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, setiap novel yang
dihasilkan mestilah terselit beberapa kekurangan. Antaranya, pemilihan watak yang terlalu
pelbagai. Ini bukan sahaja mengelirukan pembaca, bahkan menyebabkan pembaca sukar untuk
memahami perwatakan setiap watak dengan mendalam. Selain itu, penulis juga tidak menceritakan
secara terperinci sebab umi Haiqal melarangnya untuk ke kampung halaman arwah ayahnya. Ini
menyebabkan munculnya persoalan di fikiran pembaca.

NOVEL TIRANI

Novel ini mempunyai beberapa kekurangan. Antaranya, penulis tidak menceritakan latar belakang
Waheeda dengan mendalam. Penulis tidak memberitahu punca hidung Waheeda menjadi kemek
sehingga mengakibatkan Waheeda tidak mempunyai keyakinan diri. Selain itu, judul novel ini
juga tidak berkait dengan jalan cerita yang disampaikan oleh penulis. Tajuk novel ini bukan sahaja
pelik, malah sukar untuk difahami oleh pembaca. Ini juga boleh mendatangkan pembaca tidak
berminat untuk membaca novel ini. Selain itu, jalan cerita yang terpesong daripada plot utama
yang mengekalkan budaya Sarawak. Perwatakan Waheeda yang mudah memaafkan sikap
suaminya tidak sesuai digambarkan di dalam novel ini kerana ini kerana ini dapat mendatangkan
pemikiran bahawa kita mestilah mudah memaafkan kesalahan orang lain tidak kira apa jua
keadaan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SETIAP NOVEL

NOVEL PANTAI KASIH

Pada pendapat saya terdapat beberapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini. Antaranya,
novel ini memberikan iktibar kepada pembaca tentang kehidupan seorang manusia yang tabah
menghadapi segala rintangan yang berlaku dalam hidupnya. Seterusnya, dalam novel ini juga
menceritakan betapa sayangnya seorang kakak terhadap keluarganya yang susah. Sebagai contoh,
perwatakan Dahlia yang menjaga adik-adiknya walaupun dia masih bersekolah kerana dia tahu

keadaan emaknya. Selain itu, perwatakan yang dipilih oleh penulis sangat membangkitkan lagi
jalan penceritaan kisah-kisah dalam novel ini. Hal ini demikian kerana perwatakan dalam sesuatu
penceritaan itu sangat memainkan peranan penting. Bukan itu sahaja, malah pengutaraan tema
oleh pengarang sangat menusuk ke dalam jiwa pembaca. Akhir sekali penulis juga menceritakan
tentang keinsafan seseorang dalam menginsafi kesilapan yang telah dilakukannya juga sangat
menginspirasikan pembaca-pembaca dan boleh dijadikan teladan.

NOVEL DIBALIK DINARA
Pada pendapat saya, terdapat beberapa perkara yang boleh dibaiki untuk menjadikan novel ini
menarik. Pertama, penulis perlu menceritakan keadaan Karl bagaimana dia boleh mendapat
penyakit barah sehingga boleh menyebabkan kematian. Seterusnya, penulis juga perlu
menceritakan dengan lebih terperinci kelebihan yang akan diperoleh Aqram kerana dia mahu
sangat Farisha bekerja dengannya. Bukan itu sahaja, saya cadangkan juga supaya penulis
mengurangkan watak dalam novel ini. Hal ini kerana pembaca hanya akan dapat fokuskan kepada
watak yang betul-betul menarik dalam penceritaan ini. Selain itu, penceritaan bagaimana fikiran
Karl masih tersimpan di dalam Shida perlu dipanjangkan lagi. Akhir sekali, kisah Dinara juga
perlu dimasukkan lebih banyak supaya pembaca dapat memahami apa sebenarnya kisah di sebalik
Dinara itu.

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Pada pendapat saya, bagi memantapkan lagi novel ini, cadangan saya adalah dengan meletakkan
gambar Leftenan Adnan dengan lebih besar lagi pada kulit novel supaya novel lebih nampak
menarik bagi pembaca. Ini kerana kulit novel terlalu biasa dan tidak menarik perhatian.

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Pada pendapat saya, bagi memantapkan lagi novel ini, penulis boleh menceritakan latar belakang
Lili dengan lebih mendalam. Penulis juga boleh memperkenalkan watak-watak secara keseluruhan
agar tidak menimbulkan kekeliruan terhadap pembaca. Selain itu, penulis boleh lebih fokuskan
kepada konflik yang terkandung dalam novel. Penulis juga boleh pelbagaikan latar tempat untuk
menambahkan lagi minat pembaca. Penulis juga boleh memilih tajuk dan muka hadapan yang
lebih menarik untuk menarik perhatian pembaca. Seterusnya, penulis perlu pembongkarkan rahsia
tentang jendela menghadap jalan itu dengan lebih lanjut. Hal ini demikian kerana ianya akan
menarik minat pembaca untuk menghabiskan novel ini. Penulis seharusnya mengurangkan isu
kubah surau kerana kebanyakkan cerita dalam novel ini mengenai isu kubah surau. Selain itu,
konflik-konflik yang berlaku juga tidak seharusnya banyak diceritakan kerana ianya akan
membuatkan novel itu menjadi tidak sama dengan tajuk cerita yang ingin betul-betul diceritakan.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Pada pendapat saya, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dimurnikan lagi untuk

menaikkan kisah-kisah dalam novel ini. Cadangan saya yang pertama, penulis seharusnya
menceritakan tentang bagaimana Said boleh tiba-tiba terjatuh dan menyebabkan dia meninggal
dunia. Seterusnya, untuk membangkitkan lagi kisah dalam novel ini, penulis boleh menceritakan
dengan lebih lanjut bagaiman keadaan mak Dahlia, Saleha setelah di masukkan ke hospital untuk
mendapatkan rawatan selanjutnya tentang penyakit yang dihadapinya itu. Di samping itu, penulis
juga memendekkan jalan penceritaan dalam novel ini sesuai dengan tahap pembacaan oleh remaja
dan pelajar-pelajar. Hal ini akan membuatkan para pelajar lebih bersemangat untuk membacanya.
Dalam pada itu, penggunaan alur dan latar yang kurang jelas juga perlu ditukar untuk lebih mudah
difahami dan diketahui oleh para pembaca. Akhir sekali, penulis perlu mengurangkan penggunaan
watak dalam novel ini supaya jalan penceritaannya tidak meleret dan pembaca dapat mendalami
watak-watak dalam novel ini.

NOVEL BIMA SAKTI MENARI

Pada pendapat saya, terdapat beberapa bahagian atau perkara yang dapat dimurnikan lagi untuk
membuatkan jalan penceritaan yang cantik dan menarik. Cadangan saya ialah penulis seharusnya

mengurangkan pengunaan latar masyarakat yang terlalu banyak. Di samping itu, perwatakan juga
perlu dikurangkan sedikit untuk mengelakkan kekeliruan ketika membaca. Akhir sekali, penulis
juga perlu masukkan beberapa tanda tanya atau konflik yang menarik minat pembaca untuk
mengetahui kisah itu lebih lanjut. Sebaiknya setiap penceritaan perlu ada naik turunya seperti graf
dan persoalan demi persoalan perlu ditonjolkan untuk menaikkan rasa ingin tahu pembaca dalam
kisah ini

NOVEL SILIR DAKSINA

Pada pendapat saya terdapat beberapa penabahbaikan yang boleh dilakukan terhadap novel ini.
Antaranya, penulis boleh mengurangkan penggunaan watak sampingan yang terlalu banyak. Hal
ini boleh menjadikan penceritaan lebih menarik dan tidak meleret. Seterusnya, saya cadangakan
supaya penulis mengurangakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sesuatu tempat itu. Penulis
hanya boleh masukkan peristiwa yang benar-benar berlaku pada suatu tempat. Di samping itu,
saya juga mencadangkan supaya penulis seharusnya menceritakan mengapa umi Haiqal melarang
sama sekali Haiqal untuk pulang ke kampung halaman arwah ayahnya dan juga merupakan tempat
tinggal arwah ayahnya ketika masih hidup dulu. Dalam pada itu, pengakhiran cerita juga perlu
diubah oleh menarik untuk membangunkan cerita sesuatu novel itu. Apabila pengakhiran itu
menari, pembaca dapat mendalami novel itu dan menerapkan nilai-nilai yang ada dalam novel itu.
Akhir sekali, jika penulis ingin memasukkan banyak fakta-fakta, penulis juga membuat selidik
dengan sebetulnya dahulu dan tidak menggunakan fakta yang membosankan. Hal ini secara tidak
langsung pembaca akan hilang fokusnya dalam membaca jika membaca sesuatu yang
membosankan.

NOVEL TIRANI

Pada pendapat saya, penulis boleh memilih tajuk yang lebih sesuai dengan jalan cerita yang
disampaikan. Selain itu, tajuk yang dipilih juga haruslah mudah difahami oleh setiap peringkat
umur. Jalan cerita haruslah tersusun. Sebagai contoh, menceritakan terlebih dahulu dengan lebih
mendalam tentang latar belakang setaip watak. Ini boleh memudahkan pembaca untuk memahami
cerita yang ingin disampaikan. Di samping itu, penulis juga seharusnya menukarkan perwatakan
watak utama kepada yang lebih baik. Sebagai contoh, Zahid perlu bersungguh dalam menyesali
kesalahan yang dia lakukan dan Waheeda pula tidak perlu mudah-mudah memaafkan suaminya

itu. Akhir sekali, penulis juga perlu menyelitkan kisah-kisah yang menarik yang berlaku kepada
watak-watak sampingan agar karakter mereka membangunkan lagi novel ini.


Click to View FlipBook Version