The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salmisabri, 2019-01-22 11:17:18

MODUL TAHUN 4

MODUL TAHUN 4

Penilaian secara keseluruhan tentang tanggungjawab setiap ahli
Rumusan keluarga melalui perbincangan.
Falsafah Contoh :

a. Adakah mereka berjaya menghasilkan hidangan
makan tengah hari tersebut?

b. Apakah perasaan mereka semasa melakonkan
peranan yang diberi?

c. Siapakah ahli yang paling penting dalam
keluarga?

: Melakonkan peranan sebagai salah seorang ahli keluarga.

: Setiap ahli keluarga mempunyai peranan yang besar dalam
membentuk keluarga bahagia.

: Keluargaku penyeri hidupku

51

Bidang : Pembangunan Diri
Tajuk
Objektif : Potensi Diri / Kemahiran Membuat Keputusan

Masa : Murid dapat:
Sasaran
Bahan 1. Mengenalpasti bakat dan kemampuan diri.
2. Mengawal emosi dalam apa jua situasi.
Langkah- 3. Merancang dan menentukan tindakan.
langkah
: 60 minit

: Tahun 4

: 1. Lampiran PD 4A
2. Kertas A4.

: Set induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar
kemalangan jalan raya. Dicadangan gambar kemalangan jalan
raya dari keratan akhbar atau Lampiran PD 4A

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
menyatakan beberapa kemalangan yang mereka
ketahui.

2. Murid diminta menyatakan tindakan yang pernah diambil
ketika mereka menghadapi situasi kemalangan.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih satu situasi
kemalangan dan meminta murid menyenaraikan
langkah-langkah yang perlu diambil.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membincangkan
keputusan yang diambil oleh murid.

5. Murid membuat rumusan berdasarkan tajuk yang
dibincangkan.

52

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil
Rumusan ketika menghadapi kemalangan.
Falsafah
: Murid perlu bertenang dan prihatin terhadap diri serta
persekitaran ketika menghadapi sebarang situasi.

: Berfikir sebelum bertindak

53

Lampiran PD 4A
54

Bidang : Pembangunan Diri
Tajuk
Objektif : Pengurusan Diri / Awal Remaja

Masa : Murid dapat:
Sasaran 1. Menguruskan diri dengan baik.
Bahan 2. Menjaga kebersihan diri.
3. Menyayangi diri sendiri.
Langkah- 4. Menjaga penglihatan, pendengaran, sentuhan dan
langkah tutur kata.

: 60 minit

: Tahun 4

: 1. Gambar murid lelaki dan perempuan
2. Lampiran PD 4B

: Set induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar remaja
yang berlainan jantina.

Murid diminta mencari dan menyatakan perbezaan dari gambar
tersebut dan mengaitkan dengan diri mereka sendiri.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan perubahan
yang berlaku dalam proses akil baligh ( lelaki dan
perempuan) serta menekankan kepentingan menjaga
penglihatan, pendengaran, sentuhan dan tutur kata dalam
pergaulan.

2. Murid menyenaraikan adab-adab dalam pergaulan dari
aspek penglihatan, pendengaran, sentuhan dan tutur kata
seperti dalam Lampiran PD 4B.

Contoh:

Penglihatan (tidak menjeling / merenung terlalu lama).
Pertuturan (tidak mengejek / memaki, pujian).

55

Sentuhan (tidak memukul , meraba, bersalaman)

3. Murid membentangkan senarai yang telah dilengkapkan.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan dari
perbincangan dan menekankan aspek pencegahan.

Contoh:

Pergaduhan antara pelajar biasanya berpunca daripada
perbuatan menjeling, diikuti dengan ejek-mengejek dan
akhirnya bergaduh. Pencabulan biasanya bermula dengan
renungan jahat, disusuli dengan pujukan seterusnya
sentuhan.

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan adab-adab dalam pergaulan dari
aspek penglihatan, pendengaran, sentuhan dan pertuturan.

Rumusan : 1. Murid perlu mengetahui perubahan fizikal pada diri sendiri.
Falsafah 2. Murid perlu menghormati bentuk fizikal seseorang.

: Hormatilah orang di sekeliling anda.

56

Boleh Lampiran PD 4B

Jangan

PENGLIHATAN

Boleh Jangan

PERTUTURAN

Boleh Jangan

SENTUHAN

57

Bidang : Pembangunan Diri
Tajuk
Objektif : Asas Komunikasi
Masa
Sasaran : Murid dapat:
Bahan 1. Berkomunikasi dengan yakin dan berkesan.
Langkah- 2. Menggunakan laras bahasa yang betul.
langkah 3. Melatih diri untuk bersopan-santun dalam pertuturan.

Penilaian : 60 minit

: Tahun 4

: Kertas A4.

: Set induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan
dialog dalam situasi majlis hari lahir yang pernah mereka hadiri.
Contoh: Murid mengucapkan tahniah semasa majlis hari lahir.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid lain
memberi komen tentang dialog yang terdapat dalam
lakonan tersebut.

2. Murid dan guru berbincang tentang kepentingan
berkomunikasi dengan laras bahasa yang betul dan
bersopan-santun.

3. Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil untuk
menulis dialog dan melakonkannya. (contoh: situasi di
pasar, situasi perayaan kaum)

4. Guru membuat rumusan tentang kepentingan
berkomunikasi dengan betul dan berkesan.

: Murid berkomunikasi dengan betul melalui dialog serta lakonan
mengikut situasi.

58

Rumusan : Murid perlu melatih diri untuk berkomunikasi dengan yakin dan
Falsafah berkesan.

: Komunikasi yang baik membentuk peribadi mulia.

59

Bidang : Pembangunan Diri
Tajuk
Objektif : Semangat Cintakan Sekolah / Benci Vandalisme

Masa : Murid dapat:
Sasaran 1. Memupuk semangat sayangkan harta benda sekolah.
Bahan 2. Menghargai kemudahan yang disediakan.
Langkah- 3. Menanam sikap benci kepada vandalisme.
langkah
: 60 minit
Penilaian
: Tahun 4

: 1. Gambar vandalisme .
2. Kertas lukisan.

: Set induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar
vandalisme dan murid diminta memberi ulasan.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
menyatakan tempat yang kerap berlakunya vandalisme
di kawasan sekolah.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
menyatakan tindakan yang perlu diambil ketika mereka
berhadapan dengan vandalisme.
3. Murid melukis poster dengan tajuk ‘Kami Benci
Vandalisme’.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan
berdasarkan tajuk yang dibincangkan.

: Murid dapat melukis poster ‘Kami Benci Vandalisme’.

60

Rumusan : 1. Murid perlu bertanggungjawab menjaga harta benda
Falsafah sekolah dan kemudahan awam.

2. Menanam sikap membenci vandalisme di kalangan
murid.

: Sayangi dan hargailah kemudahan yang disediakan.

61

Bidang : Pembangunan Diri
Tajuk
Objektif : Semangat Cintakan Sekolah / Menjaga Kebersihan

Masa : Murid dapat:
Sasaran
Bahan 1. Memupuk dan mengamalkan sikap cintakan sekolah.
2. Menanam sikap sukakan kebersihan.
Langkah-
langkah : 60 minit

: Tahun 4

: 1. Lampiran PD 4C
2. Wisel.
3. Cebisan kertas / sampah.

: Set induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan contoh gambar
tentang sikap murid terhadap kebersihan dan murid diminta
memberi ulasan dari gambar tersebut. Rujuk Lampiran PD 4C

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
menyatakan tempat yang paling kotor di sekolah dan
menyatakan tindakan yang perlu diambil untuk
membersihkan kawasan tersebut.

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan
kawasan untuk mereka bergotong royong membersihkan
kelas.

3. Murid bersaing untuk memastikan kawasan mereka
bersih sehingga Guru Bimbingan dan Kaunseling
menamatkan dengan tiupan wisel.

4. Murid membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang telah
dijalankan.

62

Penilaian : Murid melaksanakan aktiviti bergotong royong membersihkan
Rumusan kelas.
Falsafah
: 1. Murid perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan.
2. Menanam sikap sukakan kebersihan.

: Kebersihan mencerminkan peribadi unggul.

63

Lampiran PD 4C
64

Bidang : Pembangunan Diri
Tajuk
Objektif : Potensi Diri
Masa
Sasaran : Murid dapat:
Bahan 1. Bersedia menerima teguran dan pandangan orang lain.
Langkah- 2. Menanamkan budaya bermaaf-maafan.
langkah
: 60 minit
Penilaian
: Tahun 4

: Kertas A4

: Set induksi:
Murid memilih pasangan dengan mencari sahabat karib mereka
di dalam kelas.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memilih
pasangan masing-masing (sama jantina)
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kertas
kosong A4 kepada semua murid.
3. Murid diminta mencatatkan sikap positif yang terdapat
pada diri pasangan masing-masing.
4. Setiap murid akan membaca catatan mengenai
pasangan masing-masing di hadapan kelas.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta pandangan
murid lain sama ada mereka mempunyai pandangan
yang sama.

: Murid dapat mengenalpasti sikap positif yang ada pada
pasangan masing-masing.

65

Rumusan : 1. Murid dapat mengenalpasti kelebihan dan kekurangan
Falsafah yang ada pada diri sendiri supaya lebih berkeyakinan.

2. Murid dapat mengekalkan sikap positif yang ada pada
mereka.

3. Sentiasa menerima cadangan, nasihat atau teguran
secara terbuka dan tidak berdendam.

: Tidak ada manusia yang sempurna.

66

Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : Jauhi Rokok.

Objektif Murid dapat:

: 1. Menyenaraikan 5 ciri negatif perokok.
2. Membezakan perokok dan bukan perokok.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Lampiran PP 4A, Kertas A4

Langkah - : Set induksi:

Langkah Murid melihat gambar yang dipamerkan. Rujuk Lampiran PP 4A

1. Setiap murid diberi peluang untuk menyatakan perasaan mereka
setelah melihat gambar.

2. Murid diminta menyenaraikan secara bertulis keburukan merokok.

3. Murid diminta membuat rumusan aktiviti yang dijalankan.

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan keburukan merokok.

Rumusan : Tabiat merokok adalah amalan yang tidak baik.

Falsafah : Merokok membahayakan kesihatan.

67

Lampiran PP 4A
KOLEKSI GAMBAR KUMPULAN PEROKOK

68

Bidang : Pendidikan Pencegahan (Alkohol)
Tajuk : Mitos dan Realiti Alkohol
Objektif : Murid dapat:

1. Memberikan tanggapan sebenar mengenai alkohol.

Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 4

Bahan : Lampiran PP 4B, Lampiran PP 4C

Langkah- : Set induksi:
langkah
Murid melihat gambar jenis-jenis minum beralkohol yang ditunjukkan
oleh guru.

1. Setiap murid diberi Lampiran PP 4B dan Lampiran PP 4C.
Guru Bimbingan Dan Kaunseling menerangkan perkara
sebenar di sebalik tanggapan salah tersebut.

2. Murid diminta membuat rumusan mengenai keburukan tabiat
ketagihan alkohol.

Penilaian : Soal selidik.
Jumlah ’ ya’ Bahagian A lebih banyak daripada Bahagian B

menunjukkan murid dipengaruhi oleh tanggapan salah berkaitan

ketagihan alkohol.

Rumusan : Tidak semua tanggapan yang baik, merupakan perkara baik.

Falsafah : Jauhi alkohol untuk kesejahteraan hidup.

69

Lampiran PP 4B

Sila tandakan ( _/ ) sekiranya pernyataan tersebut anda setuju, tandakan ( X ) sekiranya
pernyataan tersebut anda tidak setuju.

BAHAGIAN A

YA TIDAK
1 Penggunaan alkohol membuat seseorang individu berasa seperti

dewasa.
2 Alkohol memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan

diterima sebagai sebahagian dari kumpulan tersebut
3 Alkohol membuatkan seseorang itu nampak "cool" dan berjaya.
4 Alkohol menghilangkan rasa bosan dan memberi keseronokan.
5 Adalah lebih baik mengambil alkohol semasa remaja supaya anda

boleh berhenti mengambilnya semasa dewasa ketika anda
mempunyai lebih tanggungjawab.
6 Alkohol dapat membantu melepaskan anda dari permasalahan
dalam hidup.

BAHAGIAN B

YA TIDAK
1 Remaja yang tidak mengambil alkohol adalah lebih matang dan

dapat berfikir secara rasional. Mereka juga kurang bermasalah.
2 Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh lebih dipercayai dan

merupakan kawan yang sentiasa mengambil berat.
Perhubungan antara kawan juga lebih sihat tanpa penggunaan
alkohol.
3 Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana ini jelas tidak "cool"
dan juga merbahaya.
4 Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila seseorang itu
mengambil bahagian dalam aktiviti sihat dan tidak mabuk.
Kegembiraan di bawah pengaruh alkohol tidak bertahan lama
dan mudah dilupakan.
5 Remaja juga mempunyai tanggungjawab yang penting.
Malahan, Alkohol boleh mengakibatkan ketagihan hingga ke
peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat pada usia yang
muda menjadikan seseorang itu lebih baik dan sihat apabila
dewasa kelak.
6 Menghilangkan masalah melalui penggunaan alkohol
merupakan penyelesaian jangka pendek sahaja. Menggunakan
alkohol sebagai cara untuk menangani masalah adalah tidak
benar. Penggunaannya akan menimbulkan lebih banyak
masalah dalam jangka pendek dan panjang.

70

Lampiran PP 4C

Mitos Realiti tentang kegunaan alkohol

1 Penggunaan alkohol membuat Remaja yang tidak mengambil alkohol

seseorang individu berasa seperti adalah lebih matang dan dapat berfikir

dewasa. secara rasional. Mereka juga kurang

bermasalah.

2 Alkohol memudahkan mereka Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh

mendapat ramai kawan dan lebih dipercayai dan merupakan kawan

diterima sebagai sebahagian dari yang sentiasa mengambil berat.

kumpulan tersebut Perhubungan

antara kawan juga lebih sihat tanpa

penggunaan alkohol.

3 Alkohol membuatkan seseorang Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana

itu nampak "cool" dan berjaya. ini jelas tidak "cool" dan juga merbahaya.

4 Alkohol menghilangkan rasa Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila

bosan dan memberi keseronokan. seseorang itu mengambil bahagian dalam

aktiviti sihat dan tidak mabuk.

Kegembiraan di bawah pengaruh alkohol

tidak bertahan lama dan mudah dilupakan.

5 Adalah lebih baik mengambil Remaja juga mempunyai tanggungjawab

alkohol semasa remaja supaya yang penting. Malahan, Alkohol boleh

anda boleh berhenti mengakibatkan ketagihan hingga ke

mengambilnya semasa dewasa peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat

ketika anda pada usia yang muda menjadikan

mempunyai lebih tanggungjawab. seseorang

itu lebih baik dan sihat apabila dewasa

kelak.

6 Alkohol dapat membantu Menghilangkan masalah melalui

melepaskan anda dari penggunaan alkohol merupakan

permasalahan dalam hidup. penyelesaian jangka pendek sahaja.

Menggunakan alkohol sebagai cara untuk

menangani masalah adalah tidak benar.

Penggunaannya akan menimbulkan lebih

banyak masalah dalam jangka pendek dan

panjang.

71

Bidang : Pendidikan Pencegahan ( Inhalan )

Tajuk : Jauhi Inhalan

Objektif Murid dapat:
:
Masa
Sasaran 1. Menonjolkan idea-idea kreatif dalam lukisan.
Bahan 2. Menyampaikan maklumat berkaitan berdasarkan lukisan.
: 60 minit

: Tahun 4

: Kertas lukisan, pensel warna, Lampiran PP 4D

Set induksi:
Langkah - :

langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan beberapa contoh

gambar berkaitan inhalan sebagai panduan.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang gambar
yang dipamerkan. Bersoal jawab dengan murid mengenai gambar.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kertas lukisan dan
pensel warna kepada murid-murid.

3. Murid melukis poster yang mengandungi kata-kata yang
menggambarkan kebencian pada inhalan.

4. Lukisan dipamerkan di papan kenyataan kelas.

Penilaian : Murid menghasilkan poster mengikut kreativiti masing-masing.

Rumusan : Guru menyemai sikap benci inhalan.

Falsafah : Jauhi Inhalan Hidup Pasti Ceria

72

Lampiran PP 4D
73

Bidang : Pendidikan Pencegahan Dadah

Tajuk : Dadah, Cegah Sebelum Terjebak.
Objektif
Masa Murid dapat:
Sasaran :

1. Membentuk tingkahlaku yang baik
2. Menyatakan rasa benci terhadap dadah

:
30 minit

: Tahun 4

Bahan : Bahan berkaitan Bahaya Dadah, ‘Dadah Musuh Negara’ dan alatan
multimedia, ikrar anti dadah (sumber : PPDa)

Langkah - : Set induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling memulakan aktiviti dengan meminta
langkah seorang murid membaca ikrar “Kami Benci Dadah”.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat pengajaran secara
kelas tentang penyalahgunaan dadah yang dibenci oleh setiap
agama.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab secara lisan
dengan murid mengenai soalan-soalan berikut:-
i.Mengapakah semua agama menentang penyalahgunaan
dadah?
ii. Apakah hukum penyalahgunaan dadah kepada individu
menurut agama anutan murid ?

3. Setiap murid dibimbing dan diberi peluang untuk memberikan
jawapan masing-masing.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan tentang
jawapan yang diberikan oleh murid mengikut perspektif agama.

74

Penilaian : 1. Sesi Soal jawab
2. Pemerhatian

Falsafah : Amalan tanpa ilmu adalah sia-sia

75

Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk Pendidikan Pencegahan HIV / AIDS
Objektif
Murid dapat:
Masa :

1. Menyatakan punca jangkitan penyakit HIV / AIDS.
2. Menyenaraikan cara-cara mencegah jangkitan pada diri dan ahli

keluarga.

: 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Carta HIV / AIDS, Brosur HIV / AIDS ( disediakan oleh Guru Bimbingan
dan Kaunseling )

Langkah- : Set induksi :
langkah

Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan carta Punca dan
Akibat Penyakit HIV / AIDS.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
tentang carta yang ditunjukkan.

2. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan
diberi tugasan seperti Lampiran PP 4E. Setiap kumpulan
membuat pembentangan.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan mengenai
akibat penyakit HIV / AIDS

Penilaian : Murid dapat menjawab soalan dalan Lampiran PP 4E

Falsafah : Amalkan gaya hidup sihat

76

Lampiran PP 4E

Tugasan Kumpulan

Kumpulan 1 : Punca-punca HIV
Kumpulan 2 : Kesan HIV ke atas pesakit
Kumpulan 3 : Kesan psikologi kepada diri pesakit
Kumpulan 4 : Cara-cara mencegah HIV

77


Click to View FlipBook Version