The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL BAHASA MELAYU KERTAS 1 DAN KERTAS 2 [ GURU-GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH DAERAH PENAMPANG 2021]

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctmell84, 2021-08-04 19:56:20

MODUL SEMARAK BAHASA

MODUL BAHASA MELAYU KERTAS 1 DAN KERTAS 2 [ GURU-GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH DAERAH PENAMPANG 2021]

Keywords: KERTAS 1 DAN KERTAS 2 BAHASA MELAYU

150

SET 3:

Bahagian A

Pendahuluan
- Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia.
- Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan

sahaja pelancong dari negara jiran
- Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan

sumber ekonomi baharu yang menguntungkan.
- banyak syarikat besar yang tumbuh “bak cendawan selepas hujan” mahupun

agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong
berkunjung ke Malaysia.
ISI 1

- Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.
- Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang

berkunjung ke negara kita.
- Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang

mempunyai suhu sejuk
- Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi

yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-
sayuran serta buah-buahan tropika.
- juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang
berusia lebih dua juta tahun.
- Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong dari
dalam dan dari luar negara.
ISI 2

- Industri pelancongan memang merupakan suatu sektor yang penting bagi
Malaysia.

- menyumbangkan hasil dan pulangan yang banyak kepada negara dalam
aspek pendapatan negara.

- Jumlah kehadiran pelancong Arab Saudi ke Malaysia dijangka meningkat lima
peratu

- Konsul Tourism Malaysia di Arab Saudi, Mohd Nasir Kushairi berkata
hubungan baik yang diperlihatkan kedua-dua negara telah menambah
keyakinan rakyat negara Timur Tengah itu untuk melancong ke Malaysia

- Ditambah dengan banyak kawasan yang menarik yang terdapat di Malaysia.
- Pada pendapat saya, pelbagai usaha dan aktiviti perlu dijalankan untuk

menggalakkan pelancongan di Malaysia.

ISI 3

- Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan
pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia.

151

- Sebagai contohnya, Kementeria Pelancongan telah mengadakan pelbagai
kempen melawat Malaysia melalui pertunjukan kebudayaan dan destinasi
pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara sebagai usaha
mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing.

- Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia - pelbagai aktiviti tahunan bagi
menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala
Lumpur, Pesta Makanan Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi
dan sebagainya.

- Peruntukan dari pihak kerajaan –mempromosi pelancongan di Malaysia
- Pelanconga Malaysia memberi impak kepada ekonomi negara..KDNK

meningkat

Kesimpulan

- Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk
menyumbang pada ekonomi negara.

- Industri ini masih perlu diterokai kerana “kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya”.

- Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama
daripada semua masyarakat adalah amat diperlukan.

Bahagian B:

Soalan 1: Domain Awam

Isi-isi penting (kepentingan semangat kejiranan kepada masyarakat setempat)
1. Melahirkan masyarakat yang harmoni
2. Memudahkan program atau aktiviti komuniti dilaksanakan
3. Memupuk semangat perpaduan
4. Menjamin keselamatan setempat
5. Menarik minat pelancong asing

Pendahuluan

- Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan - perlu diterapkan
dalam diri dan seluruh masyarakat.

- Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah masyarakat yang
lebih baik.

- Kita perlu memelihara semangat kejiranan - dapat mengukuhkan lagi silaturahim dalam
sesebuah masyarakat.

- Bermula daripada semangat kejiranan inilah terjalinnya perpaduan yang teguh -
perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke arah yang lebih baik
untuk mencapai status negara maju.

152

- Jiran Sepakat Membawa Berkat - kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan
dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik.

- Semangat kejiranan mempunyai banyak kepentingan kepada masyarakat.
- Persoalannya apakah kepetingan-kepentingan semangat kejiranan kepada masyarakat

setempat?

Isi-isi penting

1. Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.
- Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong, saling

bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat - mewujudkan satu suasana yang
tenang dan aman.
- Masyarakat harus melakukan perkara yang baik - mengekalkan keamanan yang
terpelihara.
- Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong - masyarakat
sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalam membersihkan kawasan
perumahan.
- Hubungan jiran bagai aur dengan tebing - meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam
sesebuah masyarakat.
- Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan
harmoni.

2. Semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih
cekap dalam melaksanakan sesebuah program atau aktiviti komuniti.

- Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah
masyarakat.

- Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai
pihak.

- Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
- sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap.

- Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri-kendara -
bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para
tetamu.

- Pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah - hubungan yang erat dapat diwujudkan
ketika melakukan pekerjaan bersama-sama.

- Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu program
atau aktiviti komuniti - lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

3. Masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan.
- Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan

perpaduan yang teguh.
- Perpaduan juga sama pentingnya seperti semangat kejiranan - kehidupan masyarakat di

negara Malaysia memerlukan perpaduan yang teguh.
- Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan agama.
- Negara kita dikagumi seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat.

153

- Perkara ini dapat dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa
lain dalam sesebuah masyarakat.

- Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain - mengelakkan daripada
menimbulkan isu sensitif.

- Semangat kejiranan yang mantap dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku
kerana hubungan yang erat antara kaum.

- Masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi - dapat mewujudkan
perpaduan yang teguh.

4. Semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu selamat.

- Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya keamanan dalam

sesebuah masyarakat terjamin - kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik

sering berlaku dalam kawasan perumahan.

- Masyarakat harus meningkatkan keselamatan kawasan tersebut - mengelakkan

kejadian yang tidak diingini berlaku.

- Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga - membuat rondaan pada waktu

malam.

- Keselamatan penduduk terjamin - ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan anak-

anak bermain di sekitar kawasan perumahan.

- Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan.

- Kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara - meningkatkan tahap

keselamatan sesebuah masyarakat.

5. Semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat dapat menarik minat

pelancong untuk datang bercuti di Malaysia.

- Malaysia yang mempunyai perpaduan yang teguh akibat semangat kejiranan.

- Masyarakat pelbagai kaum menarik minat pelancong - melihat sendiri perpaduan kaum

tersebut.

- Pelancong memerhati sikap masyarakat Malaysia yang baik dan mempunyai hubungan

yang erat antara kaum mengagumkan mereka.

- Semangat kejiranan yang mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan aman

sejahtera - dapat meningkatkan lagi ekonomi Malaysia dengan kedatangan pelancong.

- Semangat kejiranan bukan sahaja bertumpu kepada sesebuah masyarakat -

mendatangkan kebaikan kepada negara.

Penutup

- Banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranan.
- Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang

aman dan perpaduan yang teguh.
- Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan

negara.
- Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab -

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.
- Untuk mencapai negara yang maju, kerjasama semua pihak amat digalakkan - dapat

merealisasikan perkara ini.

154

- Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan
kesepakatan rakyat Malaysia kerana Jiran Sepakat Membawa Berkat.

- Semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.

Soalan 2: Domain Pendidikan

Pendahuluan:

Koperasi sekolah - sebagai pusat atau tempat yang memberikan perkhidmatan kepada warga
di sekolah terutamanya berkaitan keperluan alat tulis.- Penubuhan koperasi merupakan
signifikan di sesebuah sekolah yang berfungsi untuk memudahkan urusan pelajar-pelajar
menjalani pembelajaran di sekolah.

Isi-isi (Faedah Koperasi kepada pelajar)

1. Pelajar dapat memperoleh harga murah berbanding dengan tempat-tempat yang lain .
- koperasi sekolah yang ditubuhkan kebanyakannya adalah bertujuan untuk membantu
golongan pelajar yang kurang berkemampuan.

- membantu pelajar untuk menjimatkan duit melalui perbelanjaan mereka di koperasi
sekolah, - pelajar dapat menyimpan duit selebihnya sebagai tabungan mereka.

- berbelanja di koperasi sekolah - pelajar dan warga sekolah yang lain akan memperoleh
harga yang murah dan menguntungkan diri mereka.

2. Pelajar boleh mendapat ilmu perniagaan apabila berurusan dengan koperasi sekolah.
- mereka dapat mengatur perbelanjaan mereka terlebih dahulu semasa hendak membeli

barangan di koperasi berbanding sekiranya mereka membeli barangan di luar.
- membolehkan pelajar mengaplikasikan ilmu perniagaan di dalam pelajaran

terutamanya dalam subjek matematik, akaun mahupun ekonomi sekali gus melahirkan
pelajar yang berilmu pengetahuan,

3. Memudahkan pelajar bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
- Pelajar tidak perlu membazirkan petrol ibu bapa pelajar selain menjimatkan masa dan

tenaga. kerana masa itu emas.

4. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.

- Hal ini demikian kerana penubuhan koperasi sekolah yang berlandaskan matlamat, jati
diri dan perundangan koperasi berupaya menyediakan persekitaran sosial yang sihat
iaitu melahirkan masyarakat yang sempurna, kreatif, progresif, bertanggungjawab dan
berketerampilan melalui penglibatan pelajar dalam program keusahawanan.

Penutup:

Konklusinya, koperasi sekolah bukan sahaja banyak membawa faedah kepada pelajar malah
kepada warga sekolah . Oleh yang demikian, pihak warga sekolah diseru agar memberi

155

sambutan dan sokongan kepada koperasi sekolah yang ditubuhkan agar sama-sama mendapat
manfaat daripadanya, Tambahan pula, koperasi sekolah dapat menyumbangkan kepada
pembangunan sekolah menjadi sekolah yang maju.

Soalan 3: Domain Peribadi (Tema: Asli dan kontemporari)

Pendahuluan:
- Pendidikan seni bukan sahaja dipelajari di menengah rendah malahan, bidang ini juga salah
satu subjek elektif yang diambil oleh pelajar sekolah berdasarkan tapisan keputusan PT3
sebelum ke menengah atas.
Isi-Isi Penting:
1. Faktor diri pelajar – Pelajar yang dipilih untuk memasuki aliran seni tidak mempunyai bakat
dalam bidang kesenian yang menyebabkan pelajar itu menganggap subjek seni leceh dan
menyusahkan.
2. Faktor pengajaran dan pembelajaran guru
– Sikap guru yang autokratik dengan menginginkan hasil tugasan pelajar seperti yang
dikehendaki. Hal ini menyebabkan pelajar itu tertekan sehingga ingin membuang subjek
tersebut kerana tidak mencapai sasaran gurunya.
– Guru yang mengajar bukan daripada bidang seni.
3. Faktor ibu bapa – Sikap ibu bapa yang tidak menggalakkan anak mereka mengambil aliran
seni kerana beranggapan bahawa bidang seni tidak menjamin masa depan anak-anak mereka.
4. Faktor persekitaran kelas pendidikan seni – Peralatan dan kemudahan untuk kelas seni tidak
lengkap menyebabkan pelajar sukar melaksanakan kerja-kerja seni.
5. Faktor sekolah – Pengurusan sekolah yang tidak seimbang dengan hanya menumpukan
sepenuhnya kelas aliran sains, akaun berbanding kelas seni.
*Mana-mana isi yang relevan diterima
Penutup:
- Semua pihak haruslah bekerjasama untuk memastikan pendidikan seni tidak dipinggirkan dan
mampu menarik minat pelajar untuk menceburi bidang seni.

Soalan 4: Domain Kerjaya (Tema : Sihat dan bersih pilihanku)

Pendahuluan:
- Kerjaya dalam bidang perubatan memerlukan komitmen tinggi dalam mengendalikan dan
merawat pesakit terutamanya semasa pandemik covid-19 ini.

156

Isi-Isi penting:
1. Kerjaya dalam bidang perubatan sukar mempunyai masa bersama keluarga. – Kebanyakkan
kakitangan perubatan mempunyai jadual waktu bekerja yang padat.

2. Kakitangan perubatan yang terlibat dalam merawat pesakit covid-19 ini terdedah dengan
risiko jangkitan yang tinggi kerana melayani ribuan pesakit pada setiap hari.

3. Kewajipan kakitangan perubatan memakai seragam personal protective equipment (PPE)
yang lengkap sepanjang mengendalikan pesakit covid-19 memerlukan ketahanan mental
kerana tidak selesa akibat panas.

4. Kakitangan perubatan perlu bersiap sedia pada bila-bila masa sahaja mereka akan dipanggil
untuk bekerja.

5. Kakitangan perubatan akan mengalami kurang rehat dan tidak cukup makan akibat sibuk
dengan pesakit-pesakit covid-19.

* Mana-mana isi yang relevan diterima

Penutup:

- Kerjaya dalam bidang perubatan bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya ketika dunia
dilanda dengan penyakit pandemic covid-19 ini.

157

SET 4 Bahagian A
[30 markah]
Alamat pengirim
22, Tingkat Indah 7,
Taman Bukit Indah,
13700 Seberang Jaya.

__________________________________________________________________________

Nama dan alamat penerima Tanggal/Tarikh:
Pengurus,
Maybank Berhad.
Bandar Perdana,
14000 Bukit Mertajam.

Panggilan hormat penerima & Judul/Perkara

Memohon Jawatan sebagai Eksekutif Operasi

Perenggan pendahuluan
- memperkenalkan diri
- menyatakan tujuan menulis surat
Merujuk perkara di atas, saya, xxxxxxxx ( nama penulis )(No. K.P: xxxxxx-xx-xxxx) dengan
sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai eksekutif operasi di
organisasi tuan.

Perenggan isi:

Isi pertama:
- kelayakan
- pengalaman
- kemahiran

Contoh:

2. Untuk makluman tuan, sebelum ini saya pernah menggalas jawatan sebagai eksekutif operasi
di Syarikat ABC, Kuala Lumpur. Saya juga mempunyai pengalaman dan kemahiran yang luas
dalam bidang tersebut. Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat
dan kehendak jawatan yang sedia ada.

Isi kedua:

Ciri-ciri pekerja cemerlang
- mahir menggunakan teknologi terkini

158

- kerja berpasukan dalam organisasi
- keterampilan berkomunikasi

Contoh:

3. Saya mempunyai reputasi yang tinggi sebagai pekerja yang cemerlang dalam bidang kerjaya.
Antaranya termasuklah:
a) mahir menggunakan teknologi terkini, yakni pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi;
b) kerja berpasukan dalam organisasi; melewati kepentingan dan sasaran secara individu, selain
melibatkan diri dan sumbangan secara harmoni bagi mencapai matlamat yang sama,
bekerjasama, bertolak ansur; dan
c) keterampilan berkomunikasi. Antaranya, berbahasa dalam bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu dengan fasihnya, mendengar orang lain berbicara, menerima kritikan, dan adab
komunikasi yang tinggi.

Isi ketiga:

- menyertakan resume
- nombor telefon & e-mel

Contoh:

4. Untuk memudahkan pihak tuan/puan, saya juga menyertakan resume serta lampiran
sijil-sijil yang disahkan untuk rujukan tuan/puan. Saya amat berbesar hati agar tuan/puan
menghubungi saya di talian 016-xxx xxxx atau alamat e-mel [email protected]
untuk tindakan lanjut.

Penutup

- nyatakan harapan
- ucapan penghargaan

Contoh:

Menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan organisasi tuan yang mempunyai reputasi
cemerlang dalam pentadbiran dan servis. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan
permohonan saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Pengakuan pengirim, tanda tangan, dan nama pengirim

Contoh:

(XXXXXXXXXXXX) – nama dan huruf besar

159

Bahagian B
[70 markah]

DOMAIN PERIBADI

Pendahuluan

Kerjaya merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang untuk mencari pendapatan -
kebiasaannya kerjaya yang dipilih merupakan sesuatu yang diimpikan oleh seseorang-
membuatperancangan untuk memilih kerjaya yang diidamkan – sesuai dengan minat dan
kemampuan akademik yang dimiliki.

Isi-isi penting

1. Cita-cita kecil - biasanya lahir daripada pemerhatian atau setelah menonton cerita yang
mereka sukai.

2. Pemilihan mata pelajaran di sekolah – penentuan semasa berada dalam tingkatan 4 – mata
pelajaran yang dipilih akan menjuruskan murid kepada kerjaya masa depan mereka – akan
cemerlang dalam peperiksaan – contoh murid aliran sains akan berpeluang menjadi jurutera.

3. Sokongan dan doa ibu bapa – menjadi pendorong utama anak-anak – restu ibu bapa menjadi
sokongan kuat untuk berusaha mencapai kerjaya yang diidamkan – ibu bapa melengkapkan
anak-anak dengan kemudahan dan bantuan kewangan bagi mencapai hasrat tersebut.

4. Tokoh atau idola yang menjadi pujaan – sebagai dorongan untuk berjaya – tokoh yang dipilih
biasanya mereka yang berjaya dan unik – tokoh dijadikan sebagai motivasi untuk mencapai
kerjaya yang bakal diceburi – mempengaruhi minda dan usaha untuk berjaya dalam kehidupan.

5. Keputusan peperiksaan akhir yang dimiliki – dapat menjadi pedoman kerjaya yang dimiliki
– belajar bersungguh-sungguh bagi memudahkan untuk memasuki menara gading – apabila
telah mendapat ijazah, lebih mudah memilih kerjaya yang diminati sesuai dengan kelulusan.

Penutup

Kerjaya yang dipilih akan memboleh seseorang individu membina kehidupan baharu – akan
menentukan masa hadapan mereka – seseoramg perlu yakin dengan kerjaya yang diceburinya.
Kejayaan bukan datang dalam sekelip mata – ketekunan dan istiqomah serta doa amat penting
dalam menjamin kerjaya masa hadapan.

160

DOMAIN AWAM

PENDAHULUAN

- Karya sastera didefinisikan sebagai wadah atau sarana untuk menyampaikan mesej
masyarakat seiring latar masyarakat latar masa.

-karya sastera semakin hilang ditelan zaman yang serba canggih dan moden. Orang ramai yang
terdiri daripada golongan dewasa, golongan remaja malahan kanak-kanak pada era ini,
dikatakan kurang meminati karya sastera berpunca daripada pelbagai sebab yang berkaitan
dengan perkembangan teknologi terkini dan motivasi diri yang rendah terhadap pembacaan.

- tidak boleh dipandang remeh kerana karya sastera yang dihasilkan merupakan warisan bangsa
yang menunjukkan identiti dan bangsa kita.

- perlu laksanakan usaha-usaha yang berkesan untuk memupuk minat membaca karya sastera
dalam kalangan masyarakat agar karya sastera tidak lupus ditelan zaman.

Cadangan Isi :

1. Peranan Pusat Sumber Sekolah.

- memperbanyak buku sastera dan karya agung
- menganjurkan pertandingan mengulas novel - novel karya sasterawan negara berkenaan
pada setiap bulan
-Karya-karya yang berjaya dalam pertandingan dilekatkan pada papan kenyataan berserta
gambar novel dan penulisnya.

2. Peranan ibu bapa

- memberikan pendedahan tentang karya sastera kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata
pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
- membelikan karya sastera untuk dibaca oleh anak-anak supaya mereka dapat menghayati
keindahan hasil warisan bangsa selain dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.
- menyediakan sebuah perpustakaan mini yang dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan
khususnya karya-karya sastera seperti prosa atau puisi tradisional dan moden yang
dihasilkan oleh pengarang tersohor di rumah.

3. Peranan media massa

- mempromosikan karya sastera kepada masyarakat melalui radio, televisyen dan surat
khabar.
- pihak media juga boleh menyiarkan sudut sastera atau ulasan karya sastera yang agung di
akhbar dan majalah kepada orang ramai.
- pihak media turut boleh menganjurkan peraduan teka teki atau menulis sajak dan syair yang
bertemakan karya-karya sastera.

161

4. Peranan kerajaan

- mengadakan pameran karya sastera dan kempen menghayati karya sastera di seluruh pelosok
negara.
- membina perpustakaan rakyat di setiap daerah bagi memudahkan rakyat untuk membaca
ataupun meminjam karya-karya sastera untuk dibaca.
- Pihak kerajaan turut boleh mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar cukai penerbitan
karya sastera.

5. Peranan NGO

- penerbitan harus menerbitkan lebih banyak karya sastera supaya karya tersebut mudah
didapati di pasaran.

- Pihak penerbit boleh bekerjasama dengan penulis untuk mengeluarkan berbagai-bagai genre
sastera.

- Penerbit juga perlu memberikan bayaran setimpal dan berpatutan kepada penulis.

- Persatuan Karya-karya Sastera boleh ditubuhkan untuk melindungi karya-karya penulis
supaya tidak di plagiat oleh pihak tertentu yang bermotifkan keuntungan dan bagi
membolehkan para peminat berkongsi pendapat bersama dengan penulis.

PENUTUP

- semua pihak menggalas tanggungjawab yang berat dalam usaha untuk menghidupkan minat
orang ramai membaca karya sastera.

- wujud usaha-usaha yang drastik dan konkrit ,masalah memupuk minat membaca karya sastera
dapat diatasi dengan begitu mudah sekali.

- mencintai dan menghayati karya sastera kita kerana ia merupakan warisan bangsa dan
mencerminkan identiti kita.

162

DOMAIN PENDIDIKAN

PRAKTIS 1 Kerangka Karangan
Tajuk “ Cabaran dalam Memartabatkan Bahasa Melayu pada Abad ke-21”

Pendahuluan
Karangan berformat – Format rencana: Tajuk rencana dan nama penulis- bahasa sebagai alat
komunikasi yang amat penting-kedudukan bahasa Melayu semakin terancam – generasi
muda berdepan dengan penyerapan budaya dari luar-bahasa asing –golongan ilmuwan
melahirkan kebimbangan tentang nasib bahasa Melayu yang kian terancam
Isi-isi penting
1 kelunturan kebakuan bahasa serta kepudaran perasaan cinta dan bangga akan bahasa
Melayu-menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi-keserongan presepsi terhadap
keperluan dan cara sebuah negara memilih bahasa-bahasa Melayu tidak digunakan dengan
baiknya-semakin pudar unsur kehalusan bahasanya

2.Kemajuan teknologi maklumat,sains dan teknologi-bahasa Inggeris sebagai pemacu-
kefasihan dalam bahasa inggeris menawarkan peluang pekerjaan dengan baik-peluang untuk
bahasaMelayu digunakan semasa komunikasi lebih terbatas- bahasa Inggeris mempunyai
nilai ekonomi yang tinggi

3. Penggunaaan bahasa Melayu baku semakin terhakis-penggunaan bahasa rojak-
mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris-media sosial menjadi wadah/
medium untuk menggunakan bahasa rojak-penulisan digunakan secara meluas dalam
penulisan karya kreatif Melayu kontemporari

Penutup
Masyarakat wajar bimbang dengan gaya dan bentuk penggunaan bahasa Melayu dalam
kalangan generasi muda-terlalu bergantung dengan media sosial-berkomunikasi secara maya
serta berinteraksi dengan dunia teknologi dan aplikasi-perasaan cinta, sayang atau megah
akan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa penyatuan.

163

DOMAIN AWAM

Pendahuluan

- Salah satu indikator utama dalam mentafsirkan definisi negara maju ialah mempunyai
pekerja yang cemerlang dalam pelbagai sektor.

- keperluan memiliki pekerja berkualiti dan cemerlang dalam pelbagai sudut amat diperlukan
oleh negara. Justeru, persoalannya apakah ciri-ciri pekerja cemerlang yang diperlukan oleh
negara?

Cadangan Isi :

1. Mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.

- Sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama orang atasan,
orang bawahan, rakan sendiri mahupun pelanggan.

- berlapang dada untuk membantu pekerja yang lain apabila pertolongan diperlukan. Sifat
sombong dan angkuh tidak seharusnya wujud dalam kamus hidup seorang pekerja
cemerlang.

2. Mempunyai kemahiran komunikasi

- kemahiran yang digunakan untuk berhubung dengan orang lain.
- elemen penting dalam konteks pekerjaan kepada semua pekerja tidak kira pangkat.
- komunikasi yang berkesan akan mempengaruhi hubungan sesama pekerja dan hubungan
dengan pelanggan.

Cadangan isi-isi lain:

- mampu bekerja secara berpasukan
- berdisiplin
- bijak menyelesaikan masalah
- mahir menggunakan teknologi terkini
- mempunyai ilmu pengetahuan
- ketrampilan diri yang menarik

Penutup

- pekerja yang cemerlang, produktiviti negara akan meningkat kerana pekerja yang cemerlang
umpama jantung
- layanan yang sewajarnya harus diberikan kepada semua pekerja yang menonjolkan prestasi
cemerlang.
- dapat membina masyarakat berinovatif yang mampu merealisasikan impian serta aspirasi
negara ke arah negara maju dan muncul sebagai satu kuasa ekonomi yang disanjung di
persada antarabangsa.

164

SET 5:

BAHAGIAN A (KARANGAN RESPON TERHAD)

PENDAHULUAN :
- Bangunan bersejarah ialah bangunan yang berusia lebih 100 tahun
- Kota A Famosa, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Masjid Ubudiyah
- menjadi simbol kesenian dan kebijaksanaan masyarakat dahulu kala
- diancam kemusnahan jika tidak dipelihara dan dipulihara
- terdapat bangunan yang rosak dan menunggu masa untuk menyembah bumi
- retak menanti belah

ISI 1 :
Kepentingan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah
- menambah ilmu pengetahuan seseorang
- ilmu itu pelita hati
- Kota A Famosa dapat menjadi bukti kedatangan Portugis pada 1511
- menjadi pedoman kepada masyarakat
- yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
- tidak mengulangi kesilapan silam
- tidak menyesali keputusan yang diambil

ISI 2 :
Faktor kesukaran usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah
- perbelanjaan yang tinggi
- kos yang besar diperlukan untuk memulihara kerosakan
- kos upah pekerja mahir amat tinggi
- mengekalkan struktur dan keaslian sesebuah bangunan bersejarah
- kerajaan Melaka memperuntukkan belanja yang besar untuk mengecat bangunan rumah kedai
di sepanjang Sungai Melaka
- ada padi, semua kerja jadi

ISI 3 :
Peranan masyarakat memelihara bangunan bersejarah
- bekerjasama untuk menjaga dan membersihkan bangunan bersejarah
- melaporkan aduan kerosakan dan pencerobohan
- bergotong-royong menebas semak-samun
- bagai aur dengan tebing
- tidak membuang sampah sarap sesuka hati
- tidak mengharapkan kerajaan semata-mata
- memikul obligasi yang penting

KESIMPULAN :
- bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara bersama-sama demi kepentingannya
- ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
- kemusnahannya menjadi petanda kehilangan warisan bangsa
- usah melupakan bangunan bersejarah walaupun ada bangunan pencakar langit
- bagai kacang lupakan kulit

165

BAHAGIAN B (KARANGAN RESPON TERBUKA)

SOALAN 1 (DOMAIN PERIBADI)

PENDAHULUAN :
- Saya dan keluarga mempunyai hubungan kasih sayang yang sangat mesra
- berpunca daripada minat yang sama
- rumah dipenuhi dengan permainan tradisional

ISI-ISI PENTING :

1. Ketika kecil - melihat ibu dan ayah bermain congkak - hubungan begitu mesra - diminta oleh
ibu supaya
memenuhi lubang congkak dengan biji guli.

2. Ketika ayah membawa saya ke hujung kampung - berhenti untuk bermain dam aji dengan
kawan-kawannya - menggunakan sekeping papan - dilakar petak-petak berserta tudung botol
sebagai instrumen permainan.

3. Ketika di bangku sekolah - ibu memotivasikan saya supaya bermain batu seremban -
meningkatkan keupayaan saya dalam mata pelajaran Matematik - nasihat ibu memang tepat -
sentiasa mendongak ketika mengira batu seremban.

4. Ibu dan ayah mengadakan pelbagai jenis pertandingan permainan tradisional - abang
menjuarai permainan congkak - kakak menjuarai ketingting - saya kalah dalam semua
permainan - tetap gembira.

5. Ibu memberikan kebenaran - mengajak rakan-rakan sekolah datang ke rumah - merasai
keseronokan bermain permainan tradisional - pelbagai kaum di Malaysia.

PENUTUP :
Kini saya menjadi pencinta permainan tradisional - mengingatkan saya kepada asal usul -
berterima kasih kepada ibu dan ayah - tidak pernah jemu - mengajak kami bermain permainan
tradisional.

SOALAN 2 ( DOMAIN AWAM)

PENDAHULUAN :
- Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan dan
perhutanan.
- bidang perladangan mampu menghasilkan produk penternakan
- produk tenusu, makanan di dalam tin dan makanan sejuk beku
- berpotensi untuk dipasarkan pada peringkat antarabangsa
- kekangan yang ada perlu diatasi
- kualiti produk penternakan perlulah diakui
- sokongan pelbagai pihak terhadap usaha usahawan tani

166

ISI 1 : Pelibatan dalam ekspo dan pameran pertanian di luar negara
- saban tahun, negara akan menganjurkan Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dan Pameran
Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia(MAHA)
- penganjuran ekspo ini boleh diperluas di beberapa buah negara yang berpotensi seperti Asia
Timur dan Asia Barat
- Produk makanan sejuk beku seperti daging mentah boleh dijual ketika ekspo diadakan
- memperkenalkan produk penternakan tempatan kepada masyarakat di luar negara
- memberitahu kabaikan dan keistimewaan - tak kenal maka tak cinta
- meningkatkan ekonomi negara setaraf dengan penguasa ekonomi dunia seperti Amerika
Syarikat dan China - duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

ISI 2 : penjalinan kerjasama dengan syarikat luar negara
- menanam modal di negara yang telah dikenal pasti, khususnya negara Islam
- memerlukan produk yang halal
- produk yang ingin dipasarkan mengambil kira kualiti dan selera penduduk tempatan
- lain dulang lain kakinya
- produk makanan dalam tin yang halal boleh dipasarkan di Negara Timur Tengah seperti Iran,
Turki, Arab Saudi dan Qatar
- menjalankan kerjasama dan usaha sama dari segi modal dan pemasaran dengan syarikat di
sana
- merebut peluang di negara asing - sambil menyelam minum air
- menaikkan imej negara di persada dunia - mengeratkan hubungan diplomatik dengan negara
luar.

ISI 3 : pengiklanan dan pemasaran yang meluas
- pasaran di luar negara amat mudah ditembusi kini
- pembelian secara dalam talian membolehkan produk dari sesebuah negara dibawa masuk ke
sesebuah negara yang lain
- menggunakan kemudahan teknologi maklumat terkini, iaitu Internet
- dayung sudah di tangan,perahu sudah di air
- menjual produk penternakan seperti produk tenusu
- susu kambing dan lembu,keju dan yogurt boleh dipos atau dihantar menggunakan kargo
setelah dipesan dalam talian.
- memperluas pasaran dengan mudah ke seluruh pelosok dunia
- mewujudkan persaingan yang sihat dengan pengeluar dan negara lain secara bebas
- mewujudkan kedai maya tanpa mengeluarkan kos yang tinggi

PENUTUP ;
- produk penternakan negara kita berpotensi untuk digunakan ke luar negara
- peluang yang terhidang di depan mata perlu diraih dengan bijak dan cepat
- kerajaan perlulah menganjurkan ekspo dengan lebih kerap bukan sahaja di dalam negara
tetapi juga di luar negara
- menumpukan pemasaran kepada negara yang berpotensi sahaja
- negara ASEAN misalnya mempunyai selera dan budaya yang sama
- lebih muda menguasai pasaran
-perlu bijak dalam merancang strategi

167

SOALAN 3 ( DOMAIN PENDIDIKAN)

PENDAHULUAN :
- Pada zaman berteknologi tinggi ini, orang ramai telah memilih untuk memiliki sebuah
komputer untuk mendapatkan maklumat daripada internet berbanding mencari maklumat atau
membaca daripada buku.
- minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat makin berkurangan.
- lupa dan tidak kenal akan karya sastera yang dihasilkan oleh sasterawan negara seperti Usman
Awang, Shahnon Ahmad, A.Samad Said dan sebagainya.
- karya sastera yang dihasilkan merupakan warisan bangsa yang menunjukkan identiti dan
bangsa kita.
- Minat untuk membaca karya-karya sastera ini perlu disemarakkan semula dalam kalangan
masyarakat.

ISI 1 : Peranan pihak sekolah khususnya Pusat Sumber Sekolah.
- Pusat Sumber Sekolah perlu memperbanyak buku sastera dan karya agung.
- Contohnya, novel ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ oleh Shahnon Ahmad, ‘Salina’ oleh A.Samad
Said, ‘Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur’ oleh Kamaludin Muhamad dan ‘Tulang-tulang
Berserakan’ oleh Usman Awang .
- murid mahupun guru berpeluang untuk membacanya.
- Pusat sumber boleh mengadakan pertandingan mengulas novel, sajak, puisi dan pantun pada
setiap bulan. - minat pelajar terhadap karya sastera akan semakin bertambah.
- pihak sekolah turut boleh menggalakkan setiap kelas menyediakan satu ruang atau sudut
membaca di kelas bagi memudahkan pelajar untuk menghayati karya sastera ketika guru tiada
di dalam kelas.

ISI 2 : Peranan ibu bapa juga amat penting untuk menarik minat anak-anak membaca karya
sastera.
- Ibu bapa haruslah memberikan pendedahan tentang karya sastera kepada anak-anak sejak
kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
- ibu bapa boleh membaca sastera rakyat kepada anak-anak sebelum mereka masuk tidur
- hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan anak bukan sahaja dapat dipereratkan, malah
anak-anak dapat mengetahui cara hidup dan budaya masyarakat kita sendiri.
- ibu bapa boleh membelikan karya sastera untuk dibaca oleh anak-anak supaya mereka dapat
menghayati keindahan hasil warisan bangsa.
- Ibu bapa boleh menghadiahkan novel yang sesuai kepada anak-anak mengikut umur mereka.
- Ibu bapa juga perlu memilih bahan bacaan yang hendak dibeli untuk anak-anak sewaktu
membawa mereka berkunjung ke kedai buku mahupun pameran buku.
- ibu bapa harus menyediakan sebuah perpustakaan mini yang dilengkapi dengan pelbagai
bahan bacaan khususnya karya-karya sastera.

ISI 3 : Peranan media massa menarik minat semua lapisan masyarakat membaca karya sastera.
- mempromosikan karya sastera kepada masyarakat melalui radio, televisyen dan surat khabar.
- lapisan masyarakat dapat mengetahui cara untuk mendapatkan karya sastera di pasaran.
- menyiarkan sudut sastera atau ulasan karya sastera yang agung di akhbar dan majalah
- orang ramai berpeluang untuk mengenali karya sastera di negara kita dengan lebih mendalam.
- menganjurkan peraduan teka teki atau menulis sajak dan syair yang bertemakan karya-karya
sastera.

168

ISI 4 : Peranan pihak kerajaan
- mengadakan pameran karya sastera dan kempen menghayati karya sastera di seluruh pelusuk
negara.
- rakyat berpeluang untuk mengenali karya-karya sastera ini dengan lebih dekat.
- membina perpustakaan rakyat di setiap daerah bagi memudahkan rakyat untuk membaca
ataupun meminjam karya-karya sastera untuk dibaca.
- mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar cukai penerbitan karya sastera.
- Langkah ini dapat menurunkan harga buku tersebut agar semua rakyat khususnya golongan
berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki karya-karya sastera itu sendiri.

PENUTUP :
- semua pihak menggalas tanggungjawab yang berat dalam usaha untuk menghidupkan minat
orang ramai membaca karya sastera.
- Masyarakat pula harus bersikap berhati terbuka supaya langkah-langkah tersebut mendapat
sambutan yang hangat dan seterusnya berjaya direalisasikan.
- Kita selaku warga Malaysia haruslah mencintai dan menghayati karya sastera kita kerana ia
merupakan warisan bangsa dan mencerminkan identiti kita.

SOALAN 4 ( DOMAIN KERJAYA)

PENDAHULUAN :
- setiap orang mempunyai kerjaya sendiri
- ibu bapa pula ingin melihat anak-anak bekerjaya profesional
- jika ditanya kepada murid-murid tentang cita-cita, kebanyakannya akan menjawab bahawa
mereka ingin menjadi doktor.

ISI 1 :
- ibu bapa ‘makan garam’ lebih dahulu daripada anak-anak
- ibu bapa lebih memahami pahit getir kehidupan berbanding dengan anak-anak
- pengalaman hidup ibu bapa dapat dijadikan panduan kepada anak-anak
- menentukan kerjaya masa hadapan

ISI 2 :
- ibu bapa berakal panjang berbanding anak-anak
- mereka mempunyai visi dan misi
- mereka dapat berfikir jauh ke depan dalam menentukan kerjaya anak-anak

ISI 3 :
- ibu bapa insan paling jujur kepada anak-anak
- semua ibu bapa ingin melihat anak-anaknya bahagia
- setiap kehendak ibu bapa yang berkaitan dengan kerjaya anak-anak
- didahului dengan kajian yang mendalam

ISI 4 :
- anak-anak terlalu muda untuk membuat sesuatu keputusan
- anal-anak kurang mengetahui prospek masa depan sesuatu kerjaya
- mereka memilih kerjaya berdasarkan minat secara rambang semata-mata

ISI 5 :
- anak-anak belum mempunyai konsistensi dalam membuat sesuatu keputusan

169

- kadang-kadang keputusan untuk menentukan kerjaya diubah-ubah oleh mereka sendiri
- contohnya, pada awalnya mereka berminat mempelajari bidang perubatan tetapi mereka
menukar haluan pada tahun akhir pengajian.

PENUTUP :
- Kedua-dua pihak, iaitu ibu bapa dan anak-anak perlu berbincang dalam memilih kerjaya
- ibu bapa perlu diberi peluang untuk memberikan pandangan
- situasi menang-menang perlu diwujudkan dalam perbincangan

170

SET 6 :

Skema Jawapan – set1
Karangan Respons Terhad

Bahagian A
Pendahuluan
kuih tradisional melambangkan tradisi dan gaya hidup sesebuah masyarakat -
perubahan teknologi bukan penghalang untuk masyarakat melupakan tradisi nenek
moyang - masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat - masih menjadi
hidangan seharian dan juga semasa perayaan - contohnya, sira ubi, bingka ubi, lepat
pisang dan lain-lain
Isi 1
Ibu bapa memperkenalkan kuih tradisional kepada generasi muda - menceritakan
keistimewaan kuih tradisional - generasi muda menghargai keunikan cita rasa dan
selera warisan nenek moyang - mengajarkan cara-cara membuat kuih tradisional -
kuih tradisional tidak pupus - tak lekang dek hujan, tak lekang dek panas
Isi 2
mempromosikan kuih tradisional - mengadakan pesta kuih tradisional untuk
masyarakat - mengadakan demonstrasi penyediaan kuih tradisional oleh individu
yang mahir - orang ramai akan mengetahui tentang kuih tradisional - merasai sendiri
keenakan kuih tradisional - tak kenal maka tak cinta
Isi 3
pihak berkepentingan termasuk cef-cef tempatan mengadakan lebih banyak kelas
kemahiran menyediakan kuih-kuih tradisional - menyasarkan peserta golongan muda
- kemahiran dapat diturunkan - memastikan warisan turun-temurun tidak hilang
Kesimpulan
pelbagai pihak mesti memainkan peranan untuk memperkenalkan dan memajukan
kuih-muih tradisional supaya kembali popular seperti dahulu - kuih tradisional tidak
berdepan risiko lenyap ditelan zaman - masyarakat harus berbangga dengan

171

makanan warisan - mencontohi masyarakat Jepun yang sentiasa berbangga dan
memperkasakan sajian warisan meskipun bergelar negara maju
Karangan Respons Terbuka

1. Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum-setiap
kaum mempunyai pakaian yang berbeza - pakaian tradisional melambangkan
kebudayaan sesebuah kaum - daripada pengamatan terhadap pakaian seseorang
kita dapat mengagak kaum asal seseorang -budaya pemakaian tradisional semakin
dilupakan - seharusnya dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek
panas-masyarakat pada era globalisasi ini lebih menyukai pakaian ala-ala Barat -
mereka tidak sedar perbuatan seumpama itu lambat laun akan menghakis budaya
pemakaian pakaian tradisional sesebuah kaum itu sendiri

Isi 1
ibu bapa mengajarkan kepada anak-anak untuk lebih menghargai warisan budaya -
memupuk semangat ingin tahu budaya sendiri terlebih dahulu - menggalakkan
anakanak
mengkaji sejarah-sejarah kebudayaan yang terdapat di negara kita - genarasi
muda lebih mencintai pakaian tradisional- tidak malu menggunakan pakaian
tradisional semasa perayaan, acara pernikahan - tak kenal maka tak cinta

Isi 2
Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan - membuat promosi secara
meluas dengan menganjurkan forum, ceramah, menyediakan poster, membina
papan iklan, mengedarkan risalah dan menganjurkan festival kebudayaan,
menghasilkan dokumentasi - pendedahan sebegini amat penting dalam
mengekalkan budaya pemakaian pakaian tradisional - mempopularkan kembali
pemakaian tradisional - menarik minat rakyat Malaysia supaya mencintai pakaian
tradisional bangsa mereka sendiri

172

Isi 3
sekolah menjadi sarana dalam melestarikan pemakaian pakaian tradisional - banyak
generasi muda tidak mengetahui budaya mereka - melalui kegiatan kokurikulum di
sekolah - kelab kebudayaan - langkah awal dalam melestarikan pemakaian pakaian
tradisional - melentur buluh biarlah dari rebungnya

Isi 4
Perpustakaan sebagai wahana untuk menyediakan dan menyebarluaskan informasi
yang cepat dan tepat - membuat program dengan kerjasama pelbagai pihak -
mendorong masyarakat untuk menulis mengenai budaya bangsa khususnya pakaian
tradisional untuk didokumentasikan - menyimpan koleksi dokumen dan informasi -
bahan dokumen dialihkan ke dalam bentuk digital - mencegah kehilangan aset budaya
bangsa

Kesimpulan
pakaian tradisional melambangkan kebudayaan sesebuah kaum - setiap pakaian
tradisional kaum-kaum tertentu mempunyai keistimewaan tersendiri - rakyat Malaysia
seharusnya berbangga - harus dihargai dan kelestariannya dipertahankan - generasi
muda lebih meminati pakaian tradisional - tidak terpengaruh dengan budaya asing -
mempertahankan budaya lokal - hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri
sendiri lebih baik di negeri sendiri

Soalan 2
DOMAIN PERIBADI
Kehendak/ tugasan soalan:
Calon dikehendaki menjelaskan persedian-persediaan untuk menjadi seorang penulis yang
berjaya.

Cadangan Jawapan:
Pendahuluan

 A.Samad Said merupakan penulis

173

 Beliau telah mendapat anugerah Sasterawan Negara.
 Sumbangannya dalam bidang penulisan tanah air sangat besar.
 Antaranya karya beliau yang sangat dikenali ialah “Di Hadapan Pulau” dan “Salina”.
 Karya-karya beliau masih menjadi rujukan peminat sastera hingga kini.
 Saya telah jadikan A.Samad Said sebagai idola saya dalam bidang penulisan.
 Sebelum menjadi penulis seperti beliau, banyak persediaan yang perlu saya lakukan.

Isi 1

Banyak Membaca

 Dengan membaca, saya banyak memperoleh ilmu dan idea.
 Lebih jauh lagi, saya mempelajari cara-cara menulis daripada pembacaan.
 Bahasa penulisan saya juga diperbaik menerusi pembacaan.
 Contoh : - Surat Khabar

- Novel
- Majalah
- Cerpen
 Ungkapan indah / Peribahasa : - Buah pena.

- Membaca jambatan ilmu.

Isi 2

Melayari Internet

 Internet menyediakan segala-galanya kepada saya.
 Saya menggunakan laman sesawang yang berkaitan yang berkaitan dengan sastera

untuk menambahkan ilmu tentang bidang penulisan.
 Dari situlah ilmu saya bertambah dari sehari ke sehari.
 Contoh : menelusuri laman sesawang Dewan Sastera yang berkaitan dengan bidang

sastera tanah air.
 Ungkapan indah / Peribahasa : - Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

- Jendela Ilmu Pengetahuan.

Isi 3

Menghadiri majlis keilmuan yang berkaitan dengan bidang penulisan.

 Dalam acara tersebut,saya mendapat ilmu yang banyak tentang cara-cara menulis.
 Saya dapat juga bertemu dengan sahabat-sahabat baharu yang mempunyai minat yang

sama dengan saya, iaitu menulis.
 Oleh itu, kemahiran saya dalam bidang penulisan semakin bertambah.
 Contoh : - Kursus Penulis Muda.

- Bengkel Penulisan Karya Kreatif.

 Ungkapan indah / Peribahasa : - Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan.

174

Isi 4

Menyertai pertandingan penulisan peringkat sekolah dan daerah.

 Saya pernah menyertai pertandingan menulis esei dan cerpen yang dianjurkan oleh
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya.

 Saya menyertai pertandingan itu sejak tingkatan satu lagi.
 Pada kali pertama penyertaan, saya tidak memenangi sebarang hadiah. Namun

demikian, saya tidak pernah berputus asa.
 Pada tahun ini, cerpen yang saya tulis telah memenangi tempat pertama peringkat

sekolah dan mewakili sekolah ke pertandingan menulis cerpen peringkat daerah.
 Contoh : -
 Ungkapan indah / Peribahasa : - berakit-akit ke hulu, berenang-renang ke tepian;

bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian.

Isi 5

Menyertai Persatuan Penulis

 Ada baiknya, kita menyertai Persatuan Penulis sama ada di peringkat sekolah, daerah,
negeri, atau kebangsaan.

 Dapat menyertai kursus penulisan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya.
 Dapat berjumpa dan bertukar-tukar pendapat dengan penulis tersohor dan

berpengalaman.
 Contohnya : - Persatuan Penulis Nasional (PENA)

- Gabungan Penulisan Nasional (GAPENA)

- Persatuan Penulis Johor

 Ungkapan indah / Peribahasa : - Sayembara Sastera
- Sarat dengan pengisian.

- Ruang untuk berkreatif.

Penutup

 Penanda wacana : Kesimpulannya
 Pernyataan : Pelbagai persediaan telah saya lakukan untuk menjadi penulis yang

Berjaya.
 Sebab :
 Harapan : ● Saya sangat berharap agar segala usaha say aitu akan memberikan hasil

pada hari muka.
● Semoga cita-cita saya untuk menjadi penulis yang Berjaya akan tercapai.

 Ungkapan indah / Peribahasa : ● Yakin akan diri sendiri rahsia utama kejayaan.
● Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki.

175

Soalan3
DOMAIN PENDIDIKAN
Kehendak/ tugasan soalan:
Calon dikehendaki menjelaskan peranan ibu bapa dalam melahirkan anak-anak yang
mencintai ilmu pengetahuan.

Cadangan Jawapan:
Pendahuluan
Ilmu perkara yang paling penting dalam menjalani hidup yang sempurna – selain menjurus
kepada pelajaran, ilmu juga berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran tentang pelbagai
bidang kehidupan – seseorang yang Berjaya tidak semestinya berpelajaran tinggi tetapi berilmu
untuk menjalani hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan – ibu bapa perlu menanam
semangat cinta akan ilmu kepada anak-anak.

Isi 1
Ibu bapa mestilah menjadi suri teladan – contoh terdekat anak-anak – harus menunjukkan
teladan yang baik – antaranya membaca surat khabar setiap hari dan membaca bahan bacaan
lain beberapa kali dalam sebulan – menjadi ikutan anak-anak – bagaimana acuan begitulah
kuihnya.

Isi 2
Ibu bapa tidak lokek mengeluarkan belanja untuk menimba ilmu pengetahuan – misalnya,
membelikan anak-anak buku yang digemari, peralatan muzik, permainan, atau alat-alat
kemahiran yang lain – mengasah minat dan bakat anak-anak – kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya.

Isi 3
Ibu bapa membawa anak-anak mengunjungi tempat-tempat dan majlis ilmu – menghabiskan
masa lapang dengan membawa anak-anak ke tempat dan majlis yang dapat melonjakkan
peningkatan ilmu anak-anak – antara lokasi tersebut ialah perpustakaan, pameran, karnival, dan
ekspo yang berkaitan dengan pelajaran anak-anak.

Isi 4
Ibu bapa memberi dorongan dan perangsang kepada anak-anak dalam pembelajaran –
menghantar anak yang meminati bidang tertentu ke institusi Pendidikan yang berkaitan –
misalnya, memasukkan anak yang berminat dan berpotensi dalam bidang sukan ke sekolah

176

sukan dan sebagainya – dapat membina dan mengembangkan bakat anak-anak – belakang
parang pun jikalau diasah nescaya tajam.

Isi 5
Ibu bapa membelikan anak-anak hadiah yang menggalakkan anak-anak mencintai ilmu –
umpamanya, menghadiahkan buku atau benda yang dapat menggalakkan aktiviti pembelajaran
anak – ketika meraikan majlis hari jadi anak-anak, ketika anak-anak memperoleh keputusan
yang cemerlang dalam pembelajaran, dan sebagainya – sebagai ganjaran dan dorongan untuk
anak-anak terus melakar kejayaan dan mencintai ilmu

Penutup
Ibu bapa mempunyai peluang yang tinggi untuk menggalakkan anak-anak mencintai ilmu –
meskipun kebanyakan ibu bapa kini sibuk dengan tanggungjawab untuk mencari rezeki bagi
menanggung anak-anak, mereka tidak seharusnya mengabaikan peranan untuk mendidik anak-
anak agar mencintai ilmu.

Soalan 4
Isu : persediaan-persediaan yang perlu anda dan keluarga lakukan untuk melancong

Pendahuluan
Hasrat melancong - dengan keluarga - sebab melancong

Isi
1. Tetapkan destinasi atau tempat tujuan
2. Persiapan tiket perjalanan
3. Pilih penginapan yang sesuai dengan bajet
4. Pilih pakaian yang sesuai dengan aktiviti
5. Peralatan yang diperlukan ketika melancong
6. Sediakan wang secukupnya
7. Sediakan dan simpan salinan kad pengenalan, pasport dan dokumen perjalanan

sebagai bukti jika berlaku kecemasan
8. Selesaikan tugasan dan bayaran penting terlebih dahulu
9. Maklumkan kepada keluarga atau orang yang anda percayai tentang perjalanan
anda

177

10. Maklumkan kepada pihak polis untuk mengawasi rumah anda.
11. Dapatkan suntikan vaksinasi yang diperlukan untuk melancong dan bawa ubat-
ubatan
12. Jaga kesihatan

Penutup
Melancong bersama keluarga memang elok - Nasihat agar setiap keluarga melancong
bersama - merapatkan hubungan kekeluargaan - mempererat institusi kekeluargaan.

.

178

SET 7:

SKEMA JAWAPAN KERTAS 1

BAHAGIAN A: KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA

1. Menawarkan barangan pada harga yang murah
2. Membantu pengusaha tempatan
3. Mengukuhkan semula ekonomi domestik dan industri tempatan

BAHAGIAN B:

DOMAIN AWAM

Langkah penjagaan kesihatan secara efektif:
1. Pemakanan yang seimbang
2. Aktiviti fizikal- senaman dan rekreasi
3. Pemeriksaan kesihatan secara berkala
4. Menjaga kesihatan mental- melalui meditasi

DOMAIN PERIBADI

Kepentingan mempelajari pelbagai bahasa
1. Membolehkan individu berkomunikasi secara berkesan dengan kawan-kawan dari negara
lain
2. Peluang pekerjaan yang lebih luas berbanding individu yang menguasai 2 atau 3 bahasa
sahaja
3. Mudah memahami budaya asing
4. Mudah memperoleh ilmu pengetahuan
5. Menambah keyakinan diri seseorang

DOMAIN PENDIDIKAN

Prakarsa meningkatkan minat murid terhadap bidang sastera
1. Pusat sumber sekolah memperbanyak buku-buku sastera untuk bacaan murid
2. Ibu bapa memberikan pendedahan awal tenang karya sastera kepada anak-anak sejak kecil
3. Pihak media mempromosikan karya sastera melalui siaran secara elektronik atau bercetak
4. Pementasan karya sastera atau penerbitan filem berunsur sastera seacara berterusan

DOMAIN KERJAYA

Ciri-ciri usahawan yang berjaya
1. Berani mengambil risiko demi memperoleh pulangan yang lumayan
2. Tidak mengenal erti putus asa
3. Bijak merebut peluang
4. Sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang yang diceburi

179

SET 8:

BAHAGIAN A : KARANGAN RESPONS TERHAD (cara mengamalkan semangat
patriotisme)

d. Cara-cara mengamalkan semangat patriotisme
 Memupuk semangat patriotisme sejak kecil lagi kepada anak-anak.
 Pihak yang bertangungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran

dalam memupuk semangat patriotisme antara masyarakat.
 Setiap individu hendaklah bermuhasabah diri dengan sentiasa bersyukur dan

merasakan diri bertuah dapat hidup dalam negara yang aman.
 Menyertai program-program yang bersifat patriotisme yang dianjurka oleg pihak

kerajaan.

BAHAGIAN B : KARANGAN RESPONS TERBUKA

Cadangan isi karangan:

Soalan 1 : Domain Peribadi

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk menjaga kesihatan diri :
 Melakukan aktiviti riadah
 Mengamalkan pemakanan yang seimbang
 Menjaga kebersihan diri dan persekitaran
 Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup
 Menjaga hubungan sesame manusia dan Tuhan

Soalan 2 : Domain Awam

Langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam:
Format: Rencana

 Kerajaan perlu memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang moden di setiap
bandar.

 Pihak pengusaha pengangkutan awam perlulah menyediakan pelbagai kemudahan
untuk keselesaan pengguna.

 Pihak kerajaan membina stesen pengangkutan secara berpusat di setiap bandar besar.
 Kerajaan haruslah melaksanakan system tiket bersepadu dengan harga yang mampu

milik dibeli oleh orang ramai.
 Pemasangan televisyen di dalam bas ekspres.

Soalan 3 : Domain Pendidikan

Kepentingan-kepentingan Pendidikan Sukan kepada murid-murid:
 Dapat meningkatkan kesihatan
 Dapat meredakan tekanan murid terutama pada musim peperiksaan

180

 Dapat mencungkil bakat terpendam dan mengenal pasti bakat murid
 Dapat membentuk disiplin dan sahsiah terpuji
 Mampu mewujudkan semangat Kerjasama
 Dapat mengukuh perpaduan kaum
 Dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah

Soalan 4 : Domain Kerjaya

Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menggalakkan golongan muda menceburi diri dalam
bidang keusahawanan:

 Mengadakan kempen untuk membuka minda generasi muda untuk meminati bidang
keusahawanan.

 Kerajaan memberikan bantuan kepada golongan muda yang ingin bergiat dalam bidang
keusahawanan.

 Ibu bapa berperanan memberikan galakan kepada anak-anak untuk meminati bidang
keusahawanan.

 Kerajaan menawarkan peluang pekerjaan yang luas dalam bidang keusahawanan.
 Sekolah menubuhkan kelab keusahawanan.

181

SET 9:

Bahagian A:

Pendahuluan:

- Industri pelancongan negara merupakan industri ekonomi yang menjadi penyumbang
kedua terbesar untuk pendapatan negara. Keindahan dan keunikan negara kita dari segi
alam sekitar, makanan, kebudayaan dan sikap masyarakatnya menjadi salah satu tarikan
kedatangan pelancong ke negara kita.

- Pepatah ada menyatakan bahawa jauh berjalan luas pengalaman. Malah, tawaran dan
promosi pelancongan yang dijalankan melalui pelbagai platform pengiklanan seperti
media massa, media sosial, duta-duta kecil di luar negara dan promosi bergerak
merupakan faktor utama negara kita semakin dikenali oleh masyarakat antarabangsa.

Isi-isi :

1. Di Malaysia, banyak pilihan tempat menarik yang sering menjadi tarikan kepada
pelancong dari dalam dan luar negara untuk bercuti seperti di Pulau Langkawi,
Terengganu, Kedah serta di Aquaria KLCC kuala Lumpur.

- Tempat-tempat menarik ini bukan sahaja sesuai untuk dilawati kerana keindahannya
tetapi juga menawarkan pakej pelancongan dengan harga yang berpatutan. Bak kata
pepatah, tak kenal maka tak cinta.

- Oleh itu, melanconglah dalam negara untuk menghayati keindahan dan keunikan
negara kita.

2. Pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara, Pelbagai usaha dijalankan oleh
pihak kerajaan dengan kerjasama pihak swasta untuk meningkatkan kedatangan
pelancong ke negara kita.

- Senario ini sekali gus menyumbang kepada kewujudan peluang pekerjaan yang banyak
kepada golongan masyarakat dan mampu mengurangkan kadar pengangguran dalam
negara kita.

3. Penularan pandemik COVID-19 pada akhir tahun 2020 ke seluruh dunia telah
menyaksikan kesan negatif kepada masyarakat, negara dan sektor ekonomi..

- Kemerosotan dalam sektor ekonomi menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat
dunia yang kehilangan pekerjaan terutamanya di sektor swasta. Kesan ini turut dilihat
dalam sektor pelancongan negara yang terjejas teruk.

- Ramai pelancong dari dalam dan luar negara tidak dapat melancong kerana sekatan
kemasukan ke negara-negara terlibat bagi tujuan mengekang penularan virus ini ke
dalam negara.

- sektor berkaitan pelancongan seperti industri kecil sederhana juga turut terjejas
sehingga ada yang mengambil keputusan untuk gulung tikar.
Penutup:

- Kesimpulannya, semua pihak yang terlibat perlulah berganding bahu dalam usaha
memajukan industri pelancongan agar ekonomi negara kita terus meningkat untuk
pembangunan infrastruktur negara. Bak kata pepatah “usaha tangga kejayaan”

182

Bahagian B:
Soalan 1 : Domain Awam

Format : Rencana
Tema: Karya sastera
Kata Tugas: Peranan

Pendahuluan:

Karya sastera memainkan peranan penting perkembangan sesebuah masyarakat – bentuk
sastera terbahagi kepada dua iaitu sastera lisan dan sastera tulisan – kedua-duanya penting

Isi-isi Penting ( Peranan sastera dalam perkembangan masyarakat Malaysia ).

(a) Menerapkan unsur-unsur pengajaran kepada masyarakat – terbina secara tidak langsung
daripada cerita –membantu memahami nilai positif dan negatif dalam kehidupan- membentuk
masyarakat yang berilmu dan matang dari sudut emosi.

(b) Membangkitkan semangat cinta akan negara – karya sastera memaparkan tokoh-tokoh
kemerdekaan – sastera tradisi yang memaparkan tokoh yang mempunyai semangat patriotik
yang tinggi dan taat kepada pemimpin seperti Hikayat Hang Tuah- golongan muda khususnya
dapat meningkatkan semangat patriotik.

(c) Kritikan sosial kepada pemimpin – disampaikan melalui perlambangan dan puisi – isu-isu
sosial dibincangkan dengan sindiran- dapat memberi teguran secara tidak langsung-
membantu memperbaiki kepimpinan.

(d) Mencetuskan kreativiti – membolehkan pembaca berfikir / mengandaikan peristiwa
seterusnya dalam karya sastera – pengalaman penulis dipindahkan kepada pembaca –
mematangkan generasi muda-menjadi inspirasi dari segi penghasilan karya.

(e) Keindahan bahasa dan khazanah budaya terjaga – disampaikan dan direkodkan dalam bentuk
penulisan penubuhan – pembaca mengetahui perkembangan bahasa dan budaya – membina
keyakinan terhadap bahasa- memberi semangat kepada golongan muda untuk melestarikan
keindahan bahasa dan budaya.

Penutup

Karya sastera mempunyai peranan penting dalam masyarakat – perlu digiatkan usaha-
usaha penulisan – “tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan” – melambangkan realiti
kehidupan masyarakat

183

Soalan 2: Domain Pendidikan

Pendahuluan:

-Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara
memperolehi hasil atau pendapatan
-Cukai tidak boleh dipisahkan dari kehidupan kita, pentadbiran negara dan ekonomi.
-jika dilihat isu cukai ini secara mendalam, kita akan dapat melihat manfaat daripada cukai
yang dikenakan ialah kita sendiri.

Isi-isi (kepentingan cukai kepada negara)

1. Melaksanakan projek pembangunan negara
2. Mengurangkan beban sara hidup rakyat
3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi
4. Meningkatkan kesejahteraan rakyat
5. Menawarkan peluang pekerjaan dan pelaburan.
Penutup:

Kesimpulannya, hasil cukai banyak membantu dalam pembangunan negara. Semua pihak
diharapkan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab membayar cukai demi masa depan
negara.

Soalan 3. Domain Peribadi (Tema: Asli dan Kontemporari)

Pendahuluan
- Pendidikan Seni Visual merupakan suatu program pendidikan yang bersistem yang
mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas.

Isi
1. memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian
2. melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya
3. murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan
keyakinan diri
4. murid akan memiliki jati diri yang kukuh
5. murid dapat memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat

Penutup
- Kesimpulannya, subjek ini asasnya dapat melahirkan tenaga professional dalam pelbagai
bidang. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kita amat memerlukan ramai tenaga
professional.

184

Soalan 4. Domain Kerjaya (Tema: Sihat dan Bersih Pilihanku)
Pendahuluan
- Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kerjaya merujuk kepada profesion atau
pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah hidup. Kerjaya merupakan panduan dalam
kehidupan kita. Antara kerjaya yang menjadi pilihan ialah doktor, juruterbang, jurutera, ahli
kimia dan sebagainya.
Isi
1. Faktor minat dan cita-cita pelajar semasa di bangku sekolah
2. Pelajar mengidamkan kerjaya melalui tokoh atau idola yang diminati sebagai motivasi
untuk berjaya.
3. Sokongan dan doa ibu bapa
Penutup
- Akhirulkalam, minat menjadi prioriti utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya.

185

SET 10:

BAHAGIAN A

PENDAHULUAN :

- buah-buahan import seperti epal, anggur, pear lebih mendapat tempat di hati masyarakat.

- Kelebihan dan kesitimewaan buah-buah tempatan kurang diuar-uarkan kepada generasi
muda khususnya menyebabkan buah import lebih terkenal dan menjadi pilihan.

- Sikap segelintir masyarakat yang lebih memilih buah-buahan import disebabkan kurangnya
pendedahan mengenai keistimewaan buah-buahan tempatan.

Cadangan Isi :

1. Keistimewaan : Mempunyai Pelbagai khasiat

- Buah-buahan tempatan perlu mendapat tempat di hati masyarakat, kerana mempunyai
pelbagai khasiat.

- Contohnya terdapat pelbagai buah yang mempunyai sumber antioksidan seperti buah durian
Belanda.

- Tak Kenal maka tidak Cinta menyebabkan masyarakat tidak mengetahui khasiat buah-
buahan tempatan.

- Masyarakat dan generasi mudah perlulah diberi pendedahan mengenai khasiat dan kebaikan
yang terkandung dalam buah-buahan tempatan agar buah-buahan tempatan tidak dianak
tirikan oleh masyarakat tempatan.

2. Keistimewaan : Membantu pertumbuhan ekonomi

- Buah tempatan bukan sahaja kaya dengan pelbagai khasiat tetapi dapat membantu
pertumbuhan ekonomi negara.

- Pengusaha buah-buahan tempatan bukan sahaja dapat memasarkan dalam negara tetapi juga
dapat menembusi pasaran eksport.

- Permintaan tinggi buah-buahan tempatan di luar negara terbukti menyuburkan lagi
pertumbuhan ekonomi negara dan pendapatan pengusaha.

- pasaran nenas, mangga,pisang mendapat permintaan tinggi di luar negara.

- Buah-buahana tempatanterbukti menyburkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.

3. Langkah :Mempromosikan kempen buah-buahan tempatan di sekolah

186

- generasi muda perlu didedahkan dengan khasiat dan peluang yang wujud dalam industri
buah-buahan tempatan.

- Kesannya generasi muda khususnya pelajar sekolah dapat menjadi pelapis pada masa akan
datang untuk mengusahakan dan lebih mementingkan buah-buahan tempatan berbanding
buah-buahan import.

Perenggan Penutup :

- banyak khasiat dan manfaat yang diperoleh daripada buah-buahan tempatan.

- bangga dengan keluaran dan industri buah-buahan tempatan. Mempunyai ilmu mengenai
khasiat dan peluang yang dimiliki oleh buah-buahan tempatan pastinya menjadi durian runtuh
kepada masyarakat.

BAHAGIAN B

DOMAIN : PERIBADI

TEMA : MODAL INSAN YANG BERKUALITI

SKOP : PERSIAPAN-PERSIAPAN

a) Format: Tiada

b) Diharapkan calon dapat:

- Menjelaskan persiapan-persiapan untuk menjadi modal insan yang berkualiti

PENDAHULUAN

- Golongan remaja seperti saya, tidak dapat disangkal, merupakan modal insan ataupun aset
berharga kepada nusa dan bangsa.

- Bagi mencapai matlamat berkenaan, kerajaan menerusi Belanjawan 2019 memperuntukkan
dana RM60.2 bilion untuk Kementerian Pendidikan.

- Dalam konteks ini, sasaran modal insan ialah remaja atau tenaga muda kerana pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara.

- Golongan mudalah yang dapat menyumbangkan idea dan tenaga demi pembangunan negara
dalam segala bidang, khususnya dari aspek iktisas.

Jadi, sebagai bakal modal insan, saya terpanggil untuk bersiap siaga untuk menyahut seruan
dengan melakukan persiapan-persiapan kerana pepatah Melayu menyeru kita agar
menyediakan payung sebelum hujan.

187

Cadangan Isi

1. melengkapkan diri dengan pendidikan formal yang sempurna.

- Kejayaan dalam pendidikan akademik merupakan satu platform yang amat penting untuk
menjadi modal insan yang berkualiti lagi syumul.

- Tanpa pendidikan akademik yang sempurna sudah pasti impian remaja untuk cemerlang
dalam bidang yang diimpikan akan menjadi angan-angan Mat Jenin.

- dapat menggapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan dengan berbekalkan semangat
yang kental dan usaha yang gigih. Demi mencapai kejayaan yang cemerlang, ruyung perlulah
dipecahkan untuk menikmati sagunya.

- Tegasnya, demi menjadi modal insan yang berguna kepada tanah air, perlulah bertungkus
lumus untuk memperoleh pendidikan yang setinggi mungkin.

2. mengamalkan gaya hidup sihat.

- kesihatan yang baik dapat menjamin kecergasan dan kecerdasan seseorang individu sejajar
dengan kata hikmat badan cergas, otak cerdas.

- mengambil prakarsa untuk melakukan senaman secara konsisten, seperti bersenam di gim
ataupun beriadah di taman rekreasi.

- Remaja haruslah mengamalkan falsafah Barat iaitu kita perlu makan untuk hidup dengan
berlandaskan falsafah bukan hidup untuk makan.

- rokok, najis dadah, dan arak dihindari kerana mengundang musibah.

- membudayakan amalan gaya hidup yang sihat, sudah pasti dapat menjalankan kewajipan
sebagai modal insan negara yang berkualiti untuk memacu pembangunan negara ke tahap yang
lebih membanggakan.

3. mempunyai jati diri yang unggul demi menjadi modal insan yang dapat menyumbang kepada
nusa dan bangsa.

- Antara keperibadian unggul termasuklah tingkah laku yang sopan dan mempunyai darjah
kesusilaan yang tinggi berpaksikan prinsip kelima Rukun Negara, yakni kesopanan dan
kesusilaan.

- dapat memandu dan memimpin remaja agar tidak terbabas dari landasan yang benar lalu
terjerumus ke dalam lembah laknatullah, seperti berjinak-jinak dengan najis dadah, yang
menghancurkan visi kudsi tanah air, yakni melahirkan modal insan yang berkualiti.

188

- Menurut pakar motivasi yang tersohor dan disegani masyarakat Melayu, Datuk Haji Dr.
Fadzilah Kamsah, banyak anak muda yang terperosok ke dalam kancah maksiat, seperti sumur
di tepi jalan, siapa haus boleh minum, ekoran terhakisnya nilai-nilai moral.

- harus menyemaikan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohaniaan, seperti amanah, tulus ikhlas,
toleransi, dan bertimbang rasa, dalam lubuk kalbu agar menjadi modal insan yang bersahsiah
mulia serta menjaga imej tanah air yang tercinta ini.

- Pendek kata, modal insan yang berkeperibadian mulia bukan sekadar dapat menyumbang ke
arah pembangunan negara malahan dapat mengharumkan nama negara di persada
antarabangsa.

KESIMPULAN

- Demi mendukung cita-cita dan hasrat negara ini, remaja hendaklah melakukan aktiviti-
aktiviti yang dapat membentuk jati diri yang unggul, bukannya membilang buah kerayung
seperti melepak di kompeks beli-belah, berlumba haram, dan berjudi.

- Sebagai warganegara yang berjiwa patriotik, harus mengetepikan aliran politik yang sempit
yang berorientasikan komunalisme demi kepentingan nusa dan bangsa.

- berfikir dengan semasak - masaknya sebelum bertindak dalam apa-apa juga aspek kehidupan
kerana ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

DOMAIN AWAM

CERAMAH KHASIAT SAYUR-SAYURAN

ceramah yang bertajuk “ Khasiat Makan Sayur-sayuran”
Pendahuluan
Karangan berformat- format ceramah- kata alu-aluan kepada hadirin-kekurangan
pengambilan sayur-sayuran dalam diet harian menjadi antara faktor risiko kepada
peningkatan kadar kematian-individu yang kurang makan sayur-sayuran akan mudah
dijangkiti pelbagai penyakit-sayur-sayuran dapat mengurangkan risiko kerana kepelbagaian
kandungan khasiat, kalium dan serat yang mempunyai manfaat tersendiri
Isi-isi penting
1.Kandungan serat yang tinggi- sumber serat yang sangt baik untuk kesihatan-mengadungi
kandungan serat yang tinggi-menyokong kesihatan usus-kaya dengan serat yang dapat
menghilangkan” sisa” yang tersisa daripda pencernaan dan bacteria buruk daripada sistem
pencernaan

2. Vitamin dalam sayur-sayuran berkhasiat untuk mengawal kesihatan dan mencegah
penyakit-jenis nutrien yang paling kaya dengan semua jenis salad-banyak vitamin dan
mineral-asparagus ialah sumber vitamin K yang hebat,yang membantu dengan pembekuan
darah dan membina tulang yang kuat

189

3 Mencantikkan kulit-kandungan air dalam sayuran dapat membantu melembabkan kulit-
keledek yang manis, kaya dengan beta-karoten yang membantu mengekalkan kulit yang
sihat, menghasilkan kolagen untuk kulit serta kesihatan tulang

4.Mencegah pelbagai jenis penyakit-kandungan kimia dalam sayur-sayuran dapat mencegah
pelbagai penyakit- mempunyai keupayaan untuk membantu menurunkan risiko kanser

5. Sebagai antioksida dalam tubuh badan manusia-mencegah tubuh daripada penyakit-
mengurangkan pertumbuhan kanser, mengurangkan keradangan, dan meningkatkan jantung
yang sihat-menyihatkan mata dan membantu mencegah degenerasi macula, iaitu penyebab
utama kebutaan.
Penutup
Pengambilan sayur-sayuran hendaklah bebas daripada racun perosak serta selamat dimakan
dari aspek kebersihan dan kandungan zat makanan –khasiat yang diperoleh daripada sayur-
sayuran dapat membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baiknya dan berkesannya

DOMAIN PENDIDIKAN

Pendahuluan :

- 1920-an hingga akhir tahun 1960-an merupakan zaman kegemilangan bagi
pengkarya sastera seperti Abdullah Hussain sehinggalah munculnya perintis –
perintis muda tahun 1960-an, contohnya, A.Samad Said, Salmi Manja, dan Shanon
Ahmad.

- Sayang seribu kali sayang, gelombang arus pemodenan yang begitu bergelora telah
menghanyutkan karya sastera hingga sukar untuk dijunjung lantaran reruntuhan
kota. Ibarat pulau sudah hanyut, daratan sudah tenggelam.

-kalau ada asap tentu ada api bukan?setiap penyakit pasti ada penawarnya bukan?

Cadangan isi :

1. [faktor] perkembangan dan penggantian peranti elektronik dengan karya sastera

- perkembangan dan penggantian peranti elektronik telah merubah persepsi masyarakat tentang
karya sastera.

- terdapat pelbagai peranti moden yang sudah mengubah gaya hidup manusia.

- peralatan permainan komputer, iPod, webcam,GPS, tablet seperti iPad, Bluetooth, kamera
digital, stesen TV berbayar, TV digital 3D dan yang paling utama telefon pintar yang kini
mempunyai pelbagai fungsi dan aplikasi.

- peranti moden ibarat toksik yang menyebakan karya sastera dipinggirkan oleh masyarakat

190

2. [ Faktor] : pendedahan masyarakat kepada karya sastera yang amat kurang.

- Sistem pelajaran bahasa Melayu pada zaman dahulu tidak disisip dengan karya sastera dan
masa kini pendekatannya adalah lebih kepada untuk lulus dalam peperiksaan semata-mata
dan mengakibatkan murid tidak bersungguh- sungguh untuk memahami karya sastera.

- masyarakat pada zaman ini kurang menyedari keunikan dan keindahan karya sastera yang
mempunyai nilainya yang tersendiri.

- sebelum nasi menjadi bubur, masyarakat perlu diberi pendayung untuk berkayuh agar arah
untuk mencintai karya sastera dapat direalisasikan bukan nanti ibarat kapal sejarah yang
disimpan tanpa penghuni.

3. ( langkah): peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dikembalikan

- peranan yang lebih pro –aktif perlu dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi
menyemarakkan karya sastera kepada masyarakat dengan kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia ( KPM).

- DBP perlu melakukan promosi untuk membuka semula mata hati masyarakat terutamanya
golongan muda dalam mengenali santun budi karya sastera.

- pihak sekolah juga perlu menyediakan sudut karya sastera yang dapat membolehkan murid
untuk mengenali dengan lebih mendalam.

- Pihak ibu bapa juga perlu mengalakkan anak-anak seusia yang masih anjal untuk membaca
karya-karya sastera genre kanak-kanak agar mereka mudah terbiasa.

Penutup:

- semua pihak bahu-membahu untuk mengembalikan keindahan dan kegemilangan karya
sastera maka yang akan berkembang dan tidak dimamah usia.

- karya-karya sastera perlu dijana agar peradaban dan ketamadunan sesuatu bangsa mampu
berdiri teguh dengan elemen bahasa, sastera dan kemanusiaan bangsa.

DOMAIN KERJAYA

Pendahuluan

isu sukan tanah air – meniti di bibir masyarakat – menjadi lebih serius apabila peminat mula
mempersoalkan keupayaan jurulatih import – melatih barisan pelapis negara – setanding
dengan pelapis negara lain.

191

Isi-isi penting

1. mempercayai kebolehan jurulatih tempatan jurulatih tempatan mempunyai kemahiran yang
setara – lebih baik daripada jurulatih import. Pelantikan jurulatih – bukan dipilih secara sambil
lewa – menjalani latihan kejurulatihan di luar negara – mendapat sijil jurulatih –kesannya
kemahiran itu akan diturunkan kepada pemain tempatan – mewakili negara – nama Datuk
Misbun Sidek sudah tidak asing lagi-arena sukan badminton – berjaya melatih Datuk Lee
Chong Wei – menempa nama pada peringkat antarabangsa.

2. sudah masak dengan corak, budaya dan taktikal atlet atau pemain negara dapat memahami
– tahap dan kemahiran atlet atau pemain tempatan – sesi latihan pada setiap hari – berdasarkan
pengalaman sewaktu mewakili negara – mampu mengesan kelemahan barisan pelapis –
memperbaik mutu sukan tanah air – setaraf dengan atlet sukan luar negara – kesannya dapat
membentuk pasukan yang mantap – setaraf dengan pasukan yang gah di mata dunia-contohnya
Zainal Abidin Hassan-bekas pemain bola sepak kebangsaan - memiliki pemahaman luas
mengenai bola sepak tempatan.

3. Mudah berkomunikasi dengan atlet atau pemain Penggunaan bahasa melayu – atlet atau
pemain dapat memahami arahan – isyarat permainan yang diberikan oleh jurulatih – sesi latihan
atau pertandingan – mudah berkomunikasi antara satu sama lain – kesannya dapat menjelaskan
idea dengan jelasnya – pemain dapat menerapkan dalam perlawanan yang sebenar- contohnya
jurulatih hoki kebangsaan memberikan arahan dalam bahasa melayu – untuk melakukan
serangan – bertahan dalam serangan- tegasnya komunikasi lancar – membantu jurulatih
menyampaikan arahan kepada anak didiknya dengan lebih berkesan

4. lebih memahami situasi yang dihadapi oleh atlet atau pemain Jurulatih tempatan memiliki
pengalaman yang luas – kelebihan mengetahui selok-belok permainan – lebih memahami
kehendak – keperluan- masalah yang membelenggu anak didik – dapat mengesan dengan kadar
segera – atlet atau pemain menghadapi tekanan – emosi mahupun fizikal – contohnya jurulatih
bola sepak Cheng Hoe- tidak berdepan masalah untuk menghimpunkan pemain terbaik –
mengharungi temasya bola sepak terbesar di Asia Tenggara.

5. hubungan baik pihak pengurusan sukan sudah mengenali pihak atasan – pada peringkat
negeri dan kebangsaan – hubungan ini amat diperlukan oleh jurulatih tempatan – membolehkan
urusan pentadbiran dan kewangan sukan negara berjalan dengan lancarnya – kesannya
kewangan ahli sukan dapat distabilkan semula – menumpukan sepenuh perhatian terhadap
latihan atau kejohanan- contohnya isu pembayaran gaji dan elaun kepada ahli sukan –
diselesaikan dengan efisien- tegasnya hubungan yang terjalin – memudahkan jurulatih
tempatan berbincang secara berhemah – mengurus ahli sukan tanah air.

Penutup

banyak kejayaan digapai – membuktikan kreadibiliti – tidak ragu-ragu – memberi kepercayaan
dan peluang kemahiran – disalurkan kepada pemain muda ungkapan menarik: duduk sama
rendah,berdiri sama tinggi, sudah terang lagi bersuluh – bagai aur dengan tebing – membuka
mata

192

SET 11:

BAHAGIAN A (KARANGAN RESPON TERHAD)

E-Mel
Pembuka kata :
- memberi salam
- ucapan terima kasih kerana menghantar e-mel

Isi 1 : Maksud kawalan kendiri
- Pengawalan diri daripada melakukan sebarang perkara - sesuatu kebaikan
- melakukan kawalan kendiri - mengurangkan penyebaran penyakit
- menjadikannya peraturan dalam diri sendiri
- Mematuhi SOP - ditetapka oleh KKM - menangani wabak ini
- memudahkan urusan petugas barisan hadapan

ISI 2 : Kaedah memerangi penularan wabak COVID-19 - Penjarakan fizikal
- dapat mengekang penyebaran virus
- caranya - mengekalkan jarak satu meter daripada orang lain
- tidak berada dalam kumpulan besar
- pengurangan risiko jangkitan - boleh mencapai 70 peratus

ISI 3 : Kaedah memerangi penularan wabak COVID-19 - Memakai pelitup muka
- jangkitan virus - memalui mata, hidung dan mulut
- mestilah memakai pelitup muka - tempat awam
- semasa menaiki komuter - berurusan di bank
- dapat mengurangkan risiko penulatan COVID-19

PENUTUP :
- Penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka kaedah yang paling berkesan
- perlu diamalkan serentak
- memastikan kesihatan lebih terjamin
- lebih baik mencegah daripada mengubati

193

BAHAGIAN B (KARANGAN RESPON TERBUKA)

SOALAN 1 (DOMAIN PERIBADI)

PENDAHULUAN :
- Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) satu daripada cabang sains dan teknologi
- saban tahun, ada sahaja pembaharuan dalam bidang TMK
- penciptaan internet, telefon pintar dan media sosial antara pencapaian tertinggi manusia dalam
TMK
- memebrikan cabaran kepada remaja dari segi penyalahgunaan, masalah kesihatan dan
ancaman keselamatan.
- peranan yang perlu saya lakukan mengatasi cabaran-cabaran tersebut

ISI 1 : TMK menjadikan remaja terdedah kepada penyalahgunaan
- media sosial yang digunakan tiada batasnya
- boleh mengakses berbilion-bilion laman web dalam internet
- berisiko untuk menyebarkan maklumat palsu dan fitnah kepada orang lain
- berkongsi fakta yang tidak benar hingga menimbulkan kegusaran orang lain
- melayari laman pornografi
- sya akan meningkatkan pengetahuan agama dan moral, sebagai dinding dan tembok yang
ampuh
- dapat membataskan diri dengan hawa nafsu yang bergolak
- menggalakkan diri berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu
- setiap agama menganjurkan penganutnya untuk melakukan kebaikan

ISI 2 : TMK menjadikan remaja berisiko untuk menghadapi masalah kesihatan
- peranti elektronik dikatakan mempunyai radiasi yang membahayakan kesihatan
- membolehkan seseorang menghidapi kanser pada jangka masa yang panjang
- penggunaan peranti elektronik untuk bersosial dan berhibur yang keterlaluan boleh
membahayakan kesihatan
- tidak berehat, tidur dan makan kerana terlalu leka
- saya menggunakan TMK berpada-pada dan mengikut jadual
- hanya menggunakannya selepas habis mengulang kaji pelajaran
- digunakan pada hujung minggu untuk bersosial dan mencari maklumat
- perlu mendisiplinkan diri walau sukar pada mulanya
Alah bisa tegal biasa

ISI 3 : TMK mengancam keselamatan remaja
- remaja suka berkongsi sesuatu di media sosial
- tempat berjalan, hidup bersendirian dan privasi kepada masyarakat luar
- tanpa sedar ada pihak yang memerhatikan mereka
- mendedahkan diri kepada jenayah rogol, culik, rompakan dan bunuh
- saya tidak berkongsi kehidupan peribadi secara terbuka di media sosial
- hanya berkongsi dengan ahli keluarga, saudara-mara dan teman rapat
- tidak mudah menambahkan kenalan di media sosial
- orang yang tidak dikenali membahayakan keselamatan - tidak tahu niat sebenar mereka
- menyelamatkan diri daripada jenayah yang kian berleluasa
- hidup dalam keadaan aman, tenteram dan harmoni

194

PENUTUP :
- TMK sememangnya memberikan faedah kepada remaja tetapi juga mendatangkan keburukan
dan bahaya jika tidak menggunakannya secara bijak.
- kerjasama semua pihak diperlukan dalam mendepani cabaranTMK
- pendidikan kesedaran perlulah digerakkan secara aktif dan sistematik agar pengguna TMK
mengetahui bahaya yang menanti mereka.

SOALAN 2 ( DOMAIN PENDIDIKAN)

Karangan format ceramah

PENDAHULUAN :
- Sejarah ialah guru yang terbaik buat seseorang kerana daripadanya kita belajar tentang
kehidupan
- mata pelajaran Sejarah bukan lagi asing kerana murid telah belajar sejak sekolah rendah lagi
- sejak tahun 2013, calon SPM perlu lulus mata pelajaran Sejarah untuk memperoleh sijil selain
perlu lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
- pelbagai faedah yang diperoleh dengan mempelajari sejarah

ISI 1 : Sejarah dapat mengelakkan diri daripada mengulangi kesilapan
- banyak kesilapan yang berlaku kerana tidak mengambil iktibar daripada sejarah lampau
- kesilapan yang pernah dilakukan seharusnya menjadi pengajaran
- yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
- negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 hingga 1957 - bermula dengan penaklukan oleh
Portugis, kemudian oleh British, Belanda, jepun dan kembali kepada British sebelum diberikan
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
- Kesultanan Melayu Melaka yang gemilang telah hancur oleh sebab perpecahan dalam
kalangan pembesar dan gejala makan suap yang bermaharajalela
- tidak mengulangi kesilapan yang sama
- pisang berbuah dua kali

ISI 2 : Sejarah dapat menjadi mekanisme utama dalam pembinaan negara bangsa
- martabat sejarah perlu diangkat untuk membentuk keperibadian rakyat
- mata pelajaran Sejarah berperanan sebagai alat untuk mendidik rakyat agar menyayangi
negara
- rakyat lebih menghargai tanah airnya
- membentuk satu imej bangsa yang merdeka
- mengetahui peranan mereka terhadap negara, terutamanya generasi muda sebagai tonggak
negara
- pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

ISI 3 : Penghayatan terhadap sejarah dapat membentuk semangat patriotik
- pengetahuan sejarah dapat melahirkan rasa bangga akan negara
- mendedahkan tokoh-tokoh pejuang tanah air- Dato Bahaman, Rentap, Haji Abdul Rahman
Limbong
- mereka menentang British walaupun nyawa terkorban
- menyemarakkan rasa untuk menjadi anggota keselamatan negara seperti polis dan askar
- murid dapat mengenali tokoh dan perjuangan mereka

195

- rujukan untuk generasi akan datang dalam merencanakan masa hadapan

PENUTUP ;
- sejarah perlu dipelajari dan dihayati oleh segenap warganegara tidak kira usia
- pembelajaran tentang sejarah negara dapat melahirkan warganegara yang berketrampilan
- semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk menggalakkan seseorang mempelajari
sejarah bangsa dan negara
- usaha untuk menggalakkan pembelajaran sejarah perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh
dan bukannya secara sambalewa
- melepaskan batuk di tangga

SOALAN 3 ( DOMAIN AWAM)

PENDAHULUAN :
- Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini.
- Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program
atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain.
- Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran
maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat.
- Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta
laman web telah dihidupkan.
- Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak
kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.
- Langkah berkesan perlu diambil bagi mengekang masalah penularan jenayah siber.

Isi 1 : Kerjasama antara negara serta secara global.
- Memperkenalkan dan menjalankan rancangan membanteras penjenayah siber.
- Kerajaan-kerajaan negara Asia Tenggara memberikan amaran kepada penjenayah siber
- mengumumkan rancangan ini melalui Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
- berkongsi maklumat-maklumat dalam keselamatan Komputer dan membentuk unit jenayah
siber.
- Menteri-menteri telekomunikasi ASEAN bekerjasama untuk menentukan standard ujian
peralatan telekomunikasi yang boleh dilaksanakan dengan pantas dengan kos yang rendah.

Isi 2 : Menjejaki penjenayah dengan forensik komputer.
- melatih lebih ramai forensik komputer.
- forensik komputer digunakan dalam penyiasatan, analisis untuk mendapatkan bukti-bukti
jenayah dan kemukakan kepada kekuatan undang- undang.

Isi 3 : Penerapan pendidikan dan kesedaran tentang undang-undang siber.
- Kementerian Komunikasi dan Multimedia di semua negara perlu berganding bahu untuk
menerangkan kepada masyarakat tentang akibat yang diperoleh kesan penyalahgunaan internet
di ruang siber.
- Usaha ini dijalankan supaya masyarakat dunia mengetahui kebebasan menggunakan internet
yang diberikan oleh kerajaan mempunyai had-had yang tertentu.
- Masyarakat juga harus sedar bahawa kebebasan dan tanggungjawab perlulah seimbang
supaya teknologi maklumat yang sepatutnya digunakan untuk membantu pekerjaan seharian
manusia tidak membawa padah dan akibat buruk kepada masyarakat lain.

196

- Masyarakat yang tidak bertanggungjawab yang menjadi penjenayah siber ini juga perlu sedar
tindakan-tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka sekiranya didapati bersalah.
- Penerapan nilai- nilai moral dalam diri seseorang itu juga penting supaya seseorang itu akan
sentiasa berada di landasan kebaikan
- penjenayah siber ini tidak akan wujud sehingga menjadi fenomena yang kritikal pada masa
ini.

ISI 4 : Undang-undang siber turut diwujudkan bagi menangani masalah jenayah siber
- Malaysia telah mempunyai undang-undang siber seperti Akta Tandatangan Digital 1997 yang
telah diperbaharui pada tahun 2002.
- Akta ini bertujuan untuk melindungi syarikat-syarikat korporat daripada penipuan dalam
perniagaan.
- kerajaan perlu tegas dalam menghukum pesalah yang menjadikan dunia siber sebagai medan
untuk melakukan jenayah dan aktiviti menyalahi undang-undang negara.
- peguam dan pengamal undang-undang perlu bersedia mendalami pengetahuan mengenai
siber bagi memastikan mereka mampu mengendalikan kes berkaitan jika Mahkamah Keadilan
Siber ditubuhkan kelak.

PENUTUP :
- pelbagai pihak haruslah menggembleng tenaga dalam mengatasi ancaman jenayah siber.
- Usaha dan idea berterusan diperlukan dalam mengekang jenayah siber oleh setiap lapisan
masyarakat dan pihak kerajaan serta pihak berwajib
- perlu menangani gelaja ini agar tidak menjadi duri dalam daging yang akan memberi impak
negatif dalam kehidupan seharian.

SOALAN 4 ( DOMAIN KERJAYA)

PENDAHULUAN :
- bekerja dari rumah bermaksud melaksanakan tugas-tugas di rumah
- di negara maju, bekerja dari rumah telah dimulakan sejak abad ke-19 untuk tujuan-tujuan
tertentu
- bekerja dari rumah telah menjadi pilihan utama ketika pandemik COVID-19 melanda dunia

ISI 1 : Dapat membantu kerajaan dari aspek kesihatan
- norma baharu - rakyat digalakkan bekerja dari rumah
- urusan kerja dapat dijalankan mengunnakan panggilan video
- masa berada di luar kurang
- membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19

ISI 2 : Dapat mengurangkan kesesakan jalan raya
- kesesakan lalu lintas di negara ini berada pada tahap serius terutamanya di bandar-bandar
besar
- bekerja dari rumah dapat meminimumkan kesesakan jalan raya
- masyarakat akan lebih selesa dan kurang tekanan dalam hidup

ISI 3 : majikan dapat berjimat cermat
- penjimatan kos operasi syarikat dapat dilakukan dalam tempoh tertentu mengikut keperluan
syarikat

197

- majikan tidak perlu membayar bil utiliti apabila syarikat mereka ditutup semasa wabak Covid-
19
- hasil penjimatan ini dapat digunakan oleh majikan untuk menjaga kebajikan pekerja

ISI 4 : Anak-anak akan mendapat perhatian yang lebih daripada ibu bapa
- sebelum ini, anak-anak kurang diberikan perhatian akibat tuntutan nafkah
- Apabila bekerja dari rumah, ibu bapa tidak perlu menghantar anak ke TASKA atau
meninggalkan mereka bersama-sama pengasuh.
- anak-anak lebih berkeyakinan kerana orang tua ada di persekitaran mereka
- ibu bapa masih berkesempatan memantau tingkah laku anak-anak

PENUTUP :
- Norma baharu ini wajar diteruskan agar keadaan normal kembali
- dalam keadaan pandemik COVID-19, majikan dan pekerja perlu menghayati konsep
keuntungan diberikan sama rata jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan.

198

SET 12:

Skema Bahagian A

Isu : Manfaat / impak positif aktiviti lawatan sambil belajar

Pendahuluan
Lawatan Sambil Belajar - merupakan aktiviti luar bilik darjah - memberi banyak manfaat
kepada pelajar

Isi
1) mewujudkan hubungan yang lebih rapat antara pelajar dengan guru
2) mendidik pelajar cara-cara mengurus sesuatu program
3) mengeratkan hubungan silaturahim sesama pelajar
4) memberi ilham dan pengetahuan baharu
5) membentuk pelajar yang bersikap terbuka untuk menerima pendapat orang lain
6) memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar

Penutup
Sesuai diadakan bagi membantu pelajar mendapatkan maklumat tambahan dalam menimba
ilmu.

Tema 15 : Industri Cemerlang, Negara Gemilang

Soalan 1

Kehendak/tugasan soalan

Calon dikehendaki menjelaskan kepentingan/sumbangan/manfaat/faedah/
kebaikan perindustrian kecil dan sederhana (PKS) kepada masyarakat dan negara.

Cadangan Jawapan

Pendahuluan
 PKS menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara perindustrian.
 PKS dijadikan asas tulang belakang dan pendokong utama dalam memenuhi hasrat dan
cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas tahun 2020.
 Terdapat banyak sumbangan PKS kepada masyarakat dan negara.
 PKS salah satu sektor yang mampu menyumbangkan sejumlah kecil kepada KDNK
negara.

Isi-isi penting (kepentingan PKS kepada masyarakat).

1. Peluang menceburi bidang perusahaan – setiap individu berpeluang untuk membuka
perusahaan sendiri – latihan dan kemahiran diberi oleh pelbagai agensi kerajaan dan
swasta – berpeluang memperoleh kemahiran serta pengetahuan seterusnya, menceburi
bidang perniagaan dalam bidang yang dipilih.

199

2. Peluang menggunakan kebolehan, daya cipta dan kreativiti. –pengusaha bebas
mencipta hasil keluaran mengikut acuan sendiri – mencipta kelainan dalam persaingan
sihat – teknik pemasaran yang pelbagai – setiap individu berpeluang menguji kebolehan
diri untuk mencapai potensi sebenar.

3. Peluang pekerjaan terutamanya masyarakat di kampung atau di luar bandar – IKS
banyak didirikan di kawasan luar bandar – Satu kampung, satu produk – memerlukan
pekerja yang ramai - pengusaha berusaha utk meminimumkan kos serta meningkatkan
produktiviti- pengusaha akan memilih tenaga kerja dalam kalangan masyarakat
setempat – beri peluang pekerjaan kepada tenaga muda dan suri rumah

4. Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat – masyarakat setempat lebih
mengetahui keperluan juga kehendak dalam kalangan masyarakat – membuka
perniagaan yang diperlukan oleh masyarakat – mengetahui kelebihan yang ada –
membuka jalan untuk masyarakat memenuhi kehendak – cth mempelbagaikan hasil
pertanian, perikanan dan perhutanan – menghasil kraf tangan – mencanting batik

Kepentingan PKS kepada negara.

1. Mengurangkan pengangguran - PKS adalah industri berintensifkan buruh bukan
intensif modal - kurang menggunakan mesin lebih menggunakan tenaga kerja – PKS
memerlukan jumlah pekerja yang ramai –pekerja akan diberi latihan dan kemahiran -
membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung – mengurangkan jumlah
penghijrahan masyarakat desa untuk tujuan mencari pekerjaan - dapat mengurangkan
masalah pengangguran, dapat mengurangkan masalah jenayah

2. Meningkatkan tabungan dalam ekonomi – PKS menggalakkan pengusaha
mengeluarkan modal sendiri – pengusaha akan berusaha untuk membuat tabungan
untuk memulakan, memajukan, mengembangkan perniagaan – tabungan yang dibuat
oleh pengusaha dalam suatu tempoh tertentu dapat dilaburkan untuk pembangunan
ekonomi dan negara - PKS juga meningkatkan tabungan negara dan mengelakkan
pembaziran – peningkatan taraf hidup rakyat menggalakkan amalan menabung –
meningkatkan pendapatan institusi kewangan

3. Pengagihan pendapatan negara lebih adil – PKS menawarkan upah yang tinggi
kepada pekerja kurang mahir – dapat mengurangkan jurang pendapatan antara
penduduk – memberi peluang kepada pekerja kurang mahir menjana pendapatan yang
setaraf dengan pekerja mahir dan profesional – pekerja kurang mahir mempunyai tahap
pendidikan yang rendah – sukar mendapat pekerjaan – PKS memberi peluang pekerjaan
kepada kumpulan ini – membantu mengurangkan ketidakseimbangan dalam
pengagihan negara

4. Menyediakan latihan dan kemahiran kepada pekerja – memberi peluang kepada
pekerja dan pengusaha untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai aspek operasi
kilang – melengkapkan diri dengan ilmu dalam pelbagai aspek pengurusan dan
pentadbiran kilang atau perniagaan lain yang dipilih.


Click to View FlipBook Version