KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
____________________________________________________________________________________________________
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHAAH
BAB 1:
PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA
DISEDIAKAN OLEH:
CG JULIE AISYAH BINTI ZAKARIA
GURU AKADEMIK PENGAJIAN PERNIAGAAN
1.1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN
Maksud perniagaan dan bukan perniagaan
“Perniagaan ialah sebuah organisasi yang melakukan aktiviti pengeluaran dan
penjualan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi dan memuaskan
keperluan dan kehendak pengguna serta bermotifkan keuntungan.”
“Bukan perniagaan ialah organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan
awam atau ahlinya dan tidak bertujuan mendapatkan keuntungan.”
ELEMEN ASAS DALAM PERNIAGAAN
Menyediakan barang dan perkhidmatan – barang ialah produk berbentuk fizikal yang
boleh dilihat dan disentuh. Manakala perkhidmatan merupakan produk bukan berbentuk
fizikal yang tidak boleh dilihat dan disentuh.
Wujud pertukaran nilai – pembeli bersetuju memberikan sesuatu yang bernilai kepada
penjual sebagai pulangan atas barang dan perkhidmatan yang diperolehinya.
Mendapatkan keuntungan perniagaan – ganjaran kepada peniaga yang menjalankan
perniagaan.
Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna – keperluan adalah barangan asas yang
diperlukan untuk kehidupan manusia seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Manakala kehendak adalah penggunaan barangan yang tidak terhad untuk keselesaan
hidup seperti hiburan, peralatan rumah dan sebagainya.
Aspek Organisasi Perniagaan Organisasi Bukan Perniagaan
Tujuan dan
Matlamat Kewangan Matlamat utama ialah keuntungan maksimum Matlamat utama ialah meningkatkan kebajikan
untuk kepentingan organisasi ahli/sosial/kepentingan bersama
PERBEZAAN Sumber Kewangan Sumber kewangan dari modal sendiri dan Sumber kewangan dari yuran ahli dan
keuntungan perniagaan sumbangan masyarakat/tajaan/ derma/ swasta
ANTARA Aktiviti Aktiviti utama ialah pengeluaran dan Aktiviti utama bercorak kemasyarakatan seperti
penjualan barang dan perkhidmatan kempen, kursus/ceramah dan lain lain
PERNIAGAAN DAN
BUKAN Akta Penubuhan tertakluk kepada undang-undang Penubuhan tertakluk kepada Akta Pertubuhan
perniagaan (Akta syarikat 1965, perkongsian 1966
PERNIAGAAN 1974, Akta Koperasi 1948)
Pendaftaran Pendaftar Syarikat, Pendaftar Perniagaan, Pendaftar Pertubuhan
Jabatan Pembangunan Koperasi.
Bentuk Syarikat, Perkongsian, Milikan Tunggal, Badan Bukan kerajaan, parti politik, kelab dan
Koperasi. persatuan.
PERNIAGAAN DAN UNTUNG
Maksud Untung
Lebihan hasil jualan setelah ditolak dengan kos-kos
yang terlibat
Jenis untung iaitu kasar dan untung bersih
KEPENTINGAN KEUNTUNGAN KEPADA PERNIAGAAN
Keuntungan sebagai ganjaran kepada pengusaha dan pemilik perniagaan kerana sebab
sanggup menghadapi risiko dalam perniagaan.
Keuntungan sebagai sumber modal kepada perniagaan untuk pembesaran perniagaan,
penerusan perniagaan atau survival dalam perniagaan.
Tahap keuntungan melambangkan imej dan kecemerlangan sesebuah syarikat.
Keuntungan sebagai kayu ukur kejayaan dan petunjuk prestasi kejayaan sesebuah syarikat
di mana keuntungan menunjukkan pencapaian matlamat dan hala tuju syarikat.
Keuntungan sebagai dorongan dan keyakinan kepada pelabur untuk mula dan terus
melabur ke dalam syarikat.
Keuntungan akan meningkatkan motivasi pekerja dalam syarikat segala pemberian bonus
daripada keuntungan akan dapat meningkatkan semangat pekerja.
PERANAN PERNIAGAAN KEPADA PENGGUNA
Menyediakan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna.
Mengagihkan dan mengedarkan barangan dan perkhidmatan untuk sampai ke tangan
pengguna
Menyediakan barangan yang berkualiti, bernilai tinggi dan selamat digunakan oleh
pengguna.
Memastikan harga yang dikenakan atau dicaj atas barangan dan perkhidmatan kepada
pengguna adalah berpatutan
Mempelbagaikan barangan dipasaran
Menyediakan perkhidmatan selepas jualan
PERANAN PERNIAGAAN KEPADA MASYARAKAT
Membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat melalui pengambilan pekerja.
Memenuhi cita rasa serta kehendak dan keperluan masyarakat
Membiayai projek pembangunan masyarakat seperti penyediaan kemudahan awam dan
lain-lain infrastruktur.
Menjalankan tanggungjawab sosial seperti pemuliharaan alam, jamin persekitaran
bersih, derma, tajaan untuk aktiviti kemasyarakatan
Menawarkan produk berkualiti dengan harga berpatutan
Pembangunan masyarakat setempat dengan menyediakan peluang untuk menceburi
perniagaan melalui sistem bekalan dan jualan.
PERANAN PERNIAGAAN KEPADA EKONOMI
Meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran cukai perniagaan.
Mengurangkan kadar pengangguran dengan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk.
Meningkatkan kemudahan awam seperti infrastruktur pengangkutan dan perhubungan.
Membangunkan industri huluan dan hiliran serta industri sampingan
Mewujudkan penempatan baru serta bandar-bandar baru di mana aktiviti perniagaan akan
menarik ramai penduduk menetap di sesuatu tempat.
Menawarkan produk berkualiti dan harga berpatutan melalui persaingan.
Meningkatkan ekonomi negara
PERANAN PERNIAGAAN KEPADA NEGARA
Memberi pendapatan kepada negara melalui cukai perniagaan.
Mewujudkan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan. Dengan ini dapat
mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan kadar guna tenaga negara.
Membangunkan peluang perniagaan sekaligus meningkatkan kegiatan perusahaan huluan
atau mewujudkan perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas.
Menjimatkan pertukaran asing melalui penggunaan sumber tempatan atau mengurangkan
pengaliran keluar mata wang negara.
Membangunkan modal insan iaitu kemahiran asas kepada tenaga kerja tempatan.
Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara melalui kegiatan eksport yang dijalankan oleh
perniagaan.
FAKTOR PENGELUARAN
“Faktor pengeluaran merupakan faktor-faktor yang terlibat atau yang mempengaruhi sesuatu
pengeluaran. Faktor-faktor pengeluaran merupakan input bagi sesuatu pengeluaran”
Bahan Mentah Modal Modal Insan Teknologi Keusahawanan
Merujuk kepada • Sebarang bentuk • Keupayaaan • Peralatan yang • Orang atau
input yang pelaburan yang fizikal dan • diperlukan untuk • individu yang
digunakan dalam • menghasilkan • mental yang melaksanakan membentuk
proses • pulangan kepada • digunakan aktiviti perniagaan atau
pengeluaran syarikat dalam aktiviti perniagaan yang
Terdiri dari perusahaan mengabungkan
• Contoh: bijih bentuk wang dan atau perniagaan Membantu faktor-faktor
timah, minyak, bukan wang/aset melancarkan pengeluaran dan
besi, emas, kayu Contoh: peralatan, Terdiri daripada sesuatu proses menjadikan
kayan dan seribu kelengkapan, pekerja mahir pengeluaran, sebagai output
satu jenis bahan jentera dan dan kurang meningkatkan dalam
sumber alam ini bangunan yang mahir kecekapan, pengeluaran
yang terdapat meningkatkan
sama ada di digunakan untuk Mendapat upah daya saing dan Sanggup
dalam atau di pengeluaran atau gaji operasi mengambil risiko
atas tanah. barang dan perniagaan mendapat
perkhidmatan. keuntungan
PROSES PERNIAGAAN
Proses perniagaan melibatkan aktiviti tambah nilai dalam proses transformasi terhadap
input-input pengeluran bagi memastikan output-output diagihkan di pasaran dengan
tujuan mendapatkan keuntngan kepada perniagaan
INPUT RAJAH PROSES PERNIAGAAN OUTPUT
PROSES TAMBAH NILAI
UNTUNG/RUGI PROSES PEMASARAN
Proses Proses
Transformasi Pemasaran
Input • Proses pemasaran Untung/Rugi
Aktiviti tambah ialah urusniaga
• Faktor –faktor • nilai dalam • Untung ialah
pengeluran yang proses yang akan berlaku • lebihan hasil ke
digunakan pengeluaran yang • Output antara pengeluar atas kos
menghasilkan menukarkan input dengan pelanggan,
kepada output Merujuk kepada jabatan Rugi ialah
keluaran iaitu dengan hasil daripada pamasaran akan kekurangan hasil
buruh, tanah, menggunakan proses menetapkan harga berbanding kos
modal dan pengeluaran
keusahawanan manusia, bahan,
berdasarkan • Untung
pengetahuan dan aktiviti tambah merupakan
nilai yang
teknologi dilakukan ganjaran kepada
usahawan
CABARAN AKTIVITI PERNIAGAAN KINI DAN MASA HADAPAN
Globalisasi/ Dunia tanpa sempadan – Persaingan sengit (kualiti, harga, penyampaian) mobiliti pekerja/ modal,
celaru budaya
Peningkatan kemajuan teknologi – perubahan produk, tempoh ke pasaran semakin pendek, perlu kemahiran
teknologi, perlu modal tinggi
Peningkatan tanggungjawab sosial – batasan aktiviti komersial, desakan/ tekanan pihak NGO, kerajaan,
pihak berkepentingan , buruh kanak-kanak, prihatin terhadap OKU
Peningkatan sistem perniagaan Islam (Perbankan Islam) – pematuhan syariah
Kewujudan blok-blok perdagangan – ketepuan pasaran, pernigaan sengit, batasan perdagangan
Sumber semakin berkurangan – batasan pengeluran, perlukan inovasi dan kretiviti yang tinggi,
meningkatkan produktiviti
Perubahan struktur demografi – kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran memerluan kemudahan/ suasana
kerja yang berbeza daripada suasana biasa; hayat semakin panjang – ramai pekerja sudah ‘matang’
1.2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
JENIS-JENIS PERSEKITARAN
PERSEKITARAN UMUM PERSEKITARAN TUGAS
“Persekitaran umum merujuk kepada “Persekitaran tugas ialah persekitaran
persekitaran yang luas dan memberi kesan yang mempengaruhi secara langsung cara
sesebuah perniagaan akan dikendalikan. Ia
tidak langsung kepada sesebuah
perniagaan.” juga dikenali sebagai pihak-pihak yang
berkepentingan bagi sesebuah organisasi
perniagaan.”
FAKTOR PERSEKITARAN UMUM YANG MEMPENGARUHI
PERNIAGAAN
ELEMEN PERSEKITARAN UMUM
Politik & Persaingan &
Perundangan Jaringan
Antarabangsa PERSEKITARAN Ekonomi
UMUM
Teknologi Prasarana Sosiobudaya
Persekitaran Ekonomi Persekitaran pesaingan dan jaringan
Risiko dan ketidakpastian pasaran Ancaman yang diberikan oleh perniagaan
Dinamik/perubahan-perubahan yang mengeluarkan produk yang sama
atau penganti dan pasaran yang sama
pasaran dengan produk usahawan
Kedudukan pasaran kewangan
Keadaan-keadaan/pertumbuhan Jenis struktur pasaran seperti monopoli,
persaingan oligopolistik dan monopoli
dan kemelesetan ekonomi’
Pusingan perniagaan Persaingan yang dihadapi
Contoh: Penempatan pasaraya Jenis struktur pasaran (persaingan tulen,
hanya sesuai di kawasan monopoli, oligopoli)
penduduk berpendapatan tinggi Persaingan harga
dan mampu
Persekitaran Sosiobudaya Persekitaran politik dan perundangan
Hubung kait nilai budaya sosial Keadaan politik dan polisi awan
amalan sesuatu kaum sesebuah negara
Perlindungan dan tanggungjawab Peraturan, kawalan, sokongan dan
sosial yang dipegang sesuatu galakkan kerajaan, sistem
bangsa percukaian
Perubahan populasi Contoh: Pusat hiburan, kedai
Etika perniagaan minuman keras dan pusat mainan
Contoh: keperluan pakaian orang video cukai dinaikkan
melayu berbeza dengan keperluan
pakaian orang cina. Oleh itu tidak
sesuai menjual baju melayu di
Petaling Street
Persekitaran teknologi Prasarana
Kemudahan asas yang disediakan
Sebarang perubahan pengunaan
sains yang membolehkan untuk membantu aktiviti
manusia melakukan saseatu perniagaan
yang baru atau membentuk tugas Contoh: kemudahan elektrik, jalan
atau prosedur kerja raya
Yang baru dan lebih baik Antarabangsa
Contoh: Teknologi komputer Merujuk kepada faktor-faktor
dalam perniagaan, penggunaan seperti dasar perdagangan,
E-mail, E-commerce undang-undang perniagaan yang
melibatkan dua buah negara atau
lebih
PENGARUH PERSEKITARAN TUGAS KEPADA PERNIAGAAN
ELEMEN PERSEKITARAN TUGAS
Masyarakat Pelanggan Pembekal
Kerajaan PERSEKITARAN Pesaing
TUGAS
Pekerja Pemodal Pembiaya
Pelanggan Pembiaya Pemodal
Pembeli produk atau Pemberi pinjaman Penyumbang modal
perkhidmatan Pinjaman tinggi Sumbangan yang tinggi
syarikat atau firma.
membolehkan pembesaran dan berkekalan
Terdiri daripada perniagaan memastikan kelangsungan
individu, pihak perniagaan
kerajaan atau syarikat
lain
Setiap pelanggan
mempunyai ciri-ciri
kehendak yang
berbeza.
Kerajaan Pembekal Pekerja
Pihak berkuasa yang Pihak yang membekalkan Tenaga buruh yang
menguatkuasakan undang- input/bahan mentah menyumbang dalam
undang/peraturan/ bentuk fizikal dan
perlesenan Bekalan yang berterusan dan cekap mentah
menentukan kejayaan sesebuah
Cukai tinggi mengurangkan perniagaan pesaing Pekerja yang
keuntungan perniagaan baik/berkemahiran
dan jualan Firma lain dalam industry yang tinggi meningkatkan
sama/peniaga yang menjual produk aktiviti pengeluaran
Kehendak undang-undang serupa di tempat yang sama
mewujudkan Semangat kerjasama
tanggungjawab sosial Memaksa perniagaan membuat pekerja membantu
memberi pengaruh kepada inovasi/persaingan harga dan kualiti perniagaan mencapai
aktiviti perniagaan produk organisasi menentukan matlamat organisasi
tingkat harga dan kualiti
produk/persaingan sihat
Masyarakat Pesaing
Memberi/menyokong Syarikat yang mengeluarkan
produk yang dikeluarkan produk yang hampir sama
oleh peniaga dalam industri yang sama
Perniagaan juga perlu Firma perlu bersaing untuk
menjalankan mendapatkan syer pasaran
tanggungjawab sosial bagi produknya untuk
untuk memastikan mempunyai tapak yang kukuh
sokongan yang berterusan di pasaran
dari masyarakat
Firma perlu mengambil kira
dan mengetahui strategi yang
digunakan oleh pesaing
TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN KEPADA PIHAK
BERKEPENTINGAN
Pelanggan Pembekal Pembiaya
Menawarkan barang dan
Memastikan bayaran Membayar balik pinjaman
perkhidmatan yang dibuat tepat pada masa. dalam tempoh yang
berkualiti. ditetapkan.
Barangan sesuai dengan Membuat perjanjian
citarasa pengguna. yang adil dengan Membekalkan segala
Berikan maklumat yang menyatakan syarat maklumat perniagaan yang
tepat tentang barang yang kontrak dengan jelas. benar dan tepat.
dijual kepada pengguna.
Barang dapat disampaikan Menjalin hubungan baik
dengan tepat pada masa, dengan pembekal.
kualiti, kauntiti dan tempat
yang sesuai.
Pemodal/pelabur Pesaing Kerajaan
Mendorong
Meningkatkan kekayaan Membayar cukai keuntungan
pemodal dengan perniagaan pesaing yang ditetapkan oleh
memberikan kadar dividen membuat inovasi. kerajaan.
yang tinggi kepada Mengamalkan etika
pemodal. persaingan yang Mematuhi segala peraturan
sihat. dan undang-undang yang
Membuat pembahagian Menjalankan ditetapkan.
untung/pemberian dividen kerjasama strategik
secara adil. bagi menyokong Perniagaan yang dijalankan
keupayaan didaftarkan dan mempunyai
Memberikan maklumat perniagaan pesaing lesen perniagaan.
yang lengkap dan tepat untuk bersaing.
tentang operasi dan Menyumbang ke arah
prestasi perniagaan. pembangunan negara dengan
mewujudkan peluang
pekerjaan.
Menyokong dasar kerajaan.
Pekerja Masyarakat
Menawarkan pampasan atau Menyediakan kemudahan asas kepada
kenaikan pangkat kepada masyarakat sekeliling.
pekerja. Menjalankan tanggungjawab sosial.
Menyediakan tempat kerja yang Mengurangkan pencemaran alam.
bersih, selamat dan selesa. Peka kepada segala perubahan
Pembayaran gaji dan upah yang
adil. keperluan dan kehendak masyarakat.
Mengadakan program latihan Mewujudkan peluang pekerjaan.
dan pembangunan. Tidak menjual barang yang
Memberikan penghormatan
kepada sumbangan pekerja yang bertentangan dengan kepercayaan
cemerlang. agama dan budaya masyarakat
setempat.
1.3 ENTITI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN
JENIS-JENIS PEMILIKAN
Milikan tunggal
Perkongsian
Syarikat Berhad
Koperasi
MILIKAN TUNGGAL
CIRI-CIRI
Dimiliki oleh seorang pengusaha
Liabiliti tidak terhad
Operasi dan modal yang kecil
Dikawal dibawah Akta Pendaftaran Syarikat 1956
(Pindaan 1978)
Samb..
KEBAIKAN KELEMAHAN
Mudah ditubuhkan kerana tidak terikat syarat-syarat yang Modal terhad kepada simpanan sendiri.
ketat.
Bebas untuk bertindak dan membuat keputusan. Liabiliti tidak terhad.
Keuntungan dinikmati oleh pemilik. Perniagaan tidak kekal lama sekiranya pemilik meninggal
dunia.
Tidak perlu membayar cukai keuntungan perniagaan Pemilik mempunyai kemahiran pengurusan yang terhad.
sebaliknya hanya cukai pendapatan persendirian yang
lebih rendah. Sukar mendapatkan pinjaman dari bank untuk
Menjalin hubungan mesra dengan pelanggan. membesarkan perniagaan.
Risiko ditanggung sepenuhnya oleh pemilik.
Modal diperolehi daripada simpanan sendiri. Beban pengurusan ditanggung sendiri.
Segala maklumat perniagaan dapat dirahsiakan daripada
pengetahuan pihak lain. Kerugian ditanggung sendiri.
Kos penubuhan rendah.
LANGKAH PENUBUHAN MILIKAN TUNGGAL
1. Membuat pemohonan carian nama dengan
mengunakan borang PNA 42
2.Pemohonan pendaftaran menggunakan borang A
3.Yuran pendaftaran
4.Mendapatkan sijil perakuan pendaftran (Borang D) dan
mempamerkannya
PERKONGSIAN
CIRI-CIRI
Dimiliki sekurang-kurangnya 2–20 orang pemilik atau 2-30 orang pemilik.
Modal disumbangkan oleh rakan kongsi mengikut jumlah yang dipersetujui
Agihan untung atau rugi mengikut sumbangan modal
Liabiliti tidak terhad
Cukai pendapatan perseorangan bukan cukai perniagaan
Dikawal oleh Akta Perkongsian 1961
Samb…
KEBAIKAN KELEMAHAN
Modal lebih banyak berbanding milikan tunggal. Liabiliti tidak terhad.
Mudah ditubuhkan.
Perniagaan tidak kekal dan terpaksa dibubarkan jika
Kemahiran dan kepakaran berlainan dapat salah seorang meninggal dunia, muflis atau menarik
digabungkan. diri dari perkongsian.
Risiko perniagaan ditanggung bersama. Timbul konflik dan ketidaksefahaman dalam kalangan
rakan kongsi.
Modal adalah terhad berbanding syarikat.
Rakan kongsi boleh menjalankan pengkhususan kerja. Segala keputusan yang dibuat perlu mendapat
Tidak perlu bayar cukai keuntungan sebaliknya persetujuan terlebih dahulu daripada semua rakan
dikenakan cukai pendapatan perseorangan. kongsi.
Usaha mendapatkan modal tambahan tertakluk kepada
keupayaan kewangan rakan kongsi.
LANGKAH PENUBUHAN PERKONGSIAN
1. Membuat pemohonan dengan mendaftar dengan menggunakan Borang A yang
mengandungi butiran berikut:
Nama dan alamat ahli
Nama dan jenis perniaggan yang dijalankan
Tempoh perkongsian
Sumbangan modal setiap ahli
Nisbah pembahagian untung
Tanggungjawab dan kuasa setiap rakan kongsi
2. Yuran pendaftaran
3. Sijil perakuan pendaftran dan dipamerkannya
SYARAT-SYARAT PERKONGSIAN
Senarai nama rakan kongsi. Syarat membubarkan perkongsian.
Nama perniagaan. Jumlah ambilan rakan kongsi.
Alamat perniagaan perkongsian. Faedah yang dikenakan atas ambilan.
Jenis perniagaan yang dijalankan. Kadar faedah atas modal pinjaman yang diberi oleh
Nisbah atau cara pembahagian keuntungan. rakan kongsi.
Jumlah modal yang dilaburkan oleh setiap rakan kongsi.
Tanggungjawab setiap rakan kongsi.
Tempoh atau jangka hayat perkongsian.
Gaji yang dibayar kepada rakan kongsi yang menguruskan
perniagaan.
Kuasa rakan kongsi.
SEBAB-SEBAB PERKONGSIAN DIBUBARKAN
1. Persetujuan semua rakan kongsi
2. Melalui penguatkuasaan undang-undang
3. Tempoh penubuhan perkongsian dalam perjanjian tamat
4.Tujuan penubuhan tercapai
5.Salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, tidak
siuman, hilang upaya atau muflis
SYARIKAT BERHAD
2. Awam 1. Sendirian
Berhad Berhad
CIRI-CIRI Ahli 2-50 orang
SENDIRIAN Perkataan ‘Sdn’ pada sebahagian dari nama syarikat
BERHAD
Liabiliti terhad kepada jumlah saham yang dilaburkan
sahaja
Pemegang saham adalah pemilik syarikat
Diuruskan oleh ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang
dilantik oleh pemegang saham
Agihan keuntungan dalam bentuk dividen
Untung syarikat dikenakan cukai keuntungan syarikat
CIRI- CIRI
AWAM Pemegang saham adalah pemilik syarikat
BERHAD Ahli minimum 2 orang dan tidak terhad
Liabiliti pemegang saham adalah terhad
Diuruskan oleh ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang
dilantik oleh pemegang saham
Agihan keuntungan dalam bentuk dividen
Untung syarikat dikenakan cukai keuntungan syarikat
Samb..
KEBAIKAN KELEMAHAN
Mengumpul modal yang besar melalui jualan Penubuhan syarikat rumit kerana tertakluk
saham kepada syarat-syarat yang ketat
Liabiliti terhad Cukai syarikat yang tinggi iaitu 28% daripada
keuntungan
Perniagaan terus kekal/diteruskan walaupun Pengurusan syarikat dikawal oleh Lembaga
berlaku kematian atau penarikan diri Pengarah dan bukan pemilik syarikat
Syarikat boleh mendakwa dan didakwa Laporan kewangan perlu diaudit dan
ditunjukkan kepada pemegang saham
Terdapat pengkhususan dalam pengurusan Penubuhan syarikat melibatkan kos yang
tinggi
PERBEZAAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD DENGAN SYARIKAT AWAM
BERHAD
CIRI SYARIKAT SDN BHD SYARIKAT AWAM BHD
Bilangan pemilik
Pemilikan saham 2 – 50 pemegang saham 2 – tiada had maksimum
Laporan kewangan Terbuka kepada ahli keluarga, saudara Terbuka kepada orang ramai yang
mara dan rakan-rakan rapat berminat
Penyenaraian di
bursa saham Tidak perlu diumumkan kepada orang Perlu diumumkan kepada orang ramai
Pemindahan hak ramai
milik
Tidak dibenarkan Disenaraikan di bursa saham
Perlu mendapat persetujuan daripada Saham bebas dijual kepada sesiapa
pemegang saham lain sahaja tanpa persetujuan pemegang
saham lain
LANGKAH PENUBUHAN SYARIKAT BERHAD
Didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Membuat bayaran yuran pendaftaran berasaskan jumlah modal dibenarkan.
Membuat permohonan carian nama menggunakan Borang 13A.
Membuat permohonan untuk mendaftarkan syarikat dengan mengemukakan:
Tatawujud syarikat – dokumen tentang fakta penubuhan syarikat
Tataurus syarikat – tentang peraturan dan prosedur pengurusan dalam syarikat
Borang 6 (Perakuan Pematuhan)
Borang 48A (Perakuan berkanun seseorang sebelum pelantikan sebagai pengarah atau penaja)
Borang 48F (Perakuan seseorang sebelum pelantikan sebagai setiausaha)
Menyerahkan semua dokumen yang terlibat
Mendapatkan dan mempamerkan sijil perakuan pemerbadanan syarikat (Borang 9)
KOPERASI
Bilangan ahli sekurang-kurangnya 50 orang
Modal diperolehi dari ahli melalui pungutan yuran
Diuruskan dan ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik
oleh ahli-ahli koperasi semasa Mesyuarat Agong Tahunan
Liabiliti terhad
Agihan untung dalam bentuk dividen dan bonus
Samb..
KEBAIKAN KELEMAHAN
Mengutamakan kepentingan ahli
Aktiviti dikuasai oleh segolongan individu
Memupuk sikap kerjasama dan saling tertentu kerana ahli-ahli kurang aktif
membantu antara ahli Dikawal oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Pengurusan dijalankan secara demokrasi
Tidak mampu bersaing dengan bentuk
Keuntungan dokecualikan daripada cukai perniagaan lain kerana modal kecil
Pengurusan yang lemah disebabkan
kekurangan pengalaman berniaga
LANGKAH PENUBUHAN KOPERASI
Membuat permohonan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi melalui
Pejabat Pembangunan Koperasi wilayah atau daerah
Apabila kelulusan untuk menubuhkan koperasi diperolah dari Jabatan Pembangunan:
1) Menentukan jenis koperasi yang akan ditubukan
2) Menyediakan aturan kegiatan utama dan kegiatan dan kegiatan lain yang termaktub
dalam objektif penubuhan
3) Mengubal undang-undang kecil berdasarkan undang-undang kecil seragam yang
disediakan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi
4) Mendaftarkan sekurang-kurang 50 orang bakal anggota
Samb…
Mesyuarat Agung Penubuhan/Permulaan diadakan bertujuan untuk :
1) Mendapatkan ketetapan dari bakal anggota untuk menubuhakan koperasi
2) Menerima undang-undang kecil
3) Memilih anggota Lembaga Pengarah Koperasi
(seorang pegawai dari Jabatan Pembangunan koperasi akan hadir untuk memberikan penerangan secara am mengenai hak
dan tanggungjawab ahli dan aktiviti koperasi)
Dokumen Pendaftaran perlu diserahkan kepada Pendaftar Koperasi
1. Tidak lewat dari 7 hari selepas Mesyuarat Agung penubuhan
2. Dokumen yang perlu dihantar ialah:
• Borang pemohonan yang telah ditandatangani oleh 10 orang Jawatankuasa Penaja
• 3 naskah undang-undang kecil koperasi
• Minit mesyuarat Agung penubuhan yang ditandatangani sekurang-kurangnya 50 orang ahli yang hadir
Sijil perakuan akan dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar setelah koperasi didaftarkan
AKTIVITI PERNIAGAAN
PENGELUARAN PERKHIDMATAN
Melibatkan barang Melibatkan barang
fizikal / nampak tidak nampak
Boleh disimpan Tidak boleh disimpan
AKTIVITI PERNIAGAAN BERASASKAN PENGELUARAN
Perniagaan berasaskan pengeluaran
ialah aktiviti yang melibatkan
pengeluaran iaitu proses
mengeluar/menghasilkan produk
fizikal oleh perniagaan bagi
memuaskan kehendak pengguna.
JENIS AKTIVITI PERNIAGAAN BERASASKAN PENGELUARAN
1. Ekstraktif
Aktiviti pengeluaran sumber bahan mentah yang boleh didapati dari
proses alam semulajadi.
Aktiviti yang terlibat ialah mengeluarkan hasil bahan mentah sama ada
daratan atau lautan tanpa mengubah bentuk asalnya.
Contoh aktiviti perniagaan ektraktif ialah perlombongan, perikanan,
pembalakan dan pertanian.
Samb..
2. Barangan konsumer/pengguna
Barang yang dibeli oleh pengguna untuk kegunaan sendiri, keluarga dan
kegunaan organisasi.
Melibatkan proses pengeluaran barang-barang untuk kegunaan pengguna
akhir.
Contoh pengeluaran barangan konsumer ialah seperti makanan (gula,
minyak masak), barang eletrik dan sebagainya.