The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 1 Perniagaan dan Persekitarannya pdf

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by julielokman7881, 2021-08-15 06:06:27

BAB 1 Perniagaan dan Persekitarannya pdf

BAB 1 Perniagaan dan Persekitarannya pdf

Samb..

3. Barangan industri
Melibatkan pengeluaran barang-barang yang digunakan untuk

proses pengeluaran seterusnya.
Barangan yang dibeli dengan tujuan dijual atau diproses semula

untuk mengahsilkan produk baru.
Contohnya pengeluaran cip komputer, tayar kereta, barangan

elektronik.

Samb…

4. Pembuatan
Aktiviti untuk menghasilkan produk dengan memproses dan menggunakan

sumber-sumber seperti bahan mentah, manusia dan teknologi untuk
memenuhi kehendak pelanggan.
Aktiviti memproses bahan mentah yang dikeluarkan oleh industri
ekstraktif untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap.
Contohnya memproses getah bagi menghasilkan tayar, memproses kelapa
sawit bagi menghasilkan minyak masak.

Samb…

5. Pemasangan
Aktiviti memasang/mencantum komponen-komponen bagi

menghasilkan barang siap untuk dipasarkan.
Contohnya aktiviti pemasangan kereta dan elektronik iaitu

komponen elektronik dipasang untuk menghasilkan televisyen,
radio dan perakam video.

AKTIVITI PERNIAGAAN BERASASKAN PERKHIDMATAN

“Perniagaan berasaskan perkhidmatan merujuk
kepada sesuatu aktiviti yang boleh ditawarkan

dipasaran yang dapat memenuhi kehendak
pelanggan.”

JENIS AKTIVITI PERNIAGAAN BERASASKAN PERKHIDMATAN

1. Peruncitan/Runcit
Aktiviti menjual pelbagai jenis barang keperluan harian dalam

kuantiti yang kecil kepada pengguna akhir.
Melibatkan aktiviti peragaan barang, melayan pelanggan dan

memberikan khidmat selepas jualan.
Contohnya, kedai runcit, 7-Eleven, Giant, MR. DIY dan

sebagainya.

Samb...

2. Pemborongan/Borong
Perniagaan yang melibatkan pembelian barang dengan kuantiti yang

banyak oleh pemborong dan kemudian menjualkan semula kepada
peruncit/pelanggan dalam kuantiti yang lebih kecil.
Melibatkan aktiviti memecah pukal, membungkus, menjenama dan
menghantar barang kepada peruncit.
Contohnya, pasar borong, Pemborong Tudung Neelofar, Alibaba Online
dan sebagainya.

Samb…

3. Kewangan
Aktiviti pembiayaan atau pinjaman oleh pihak pembiaya untuk tujuan

perniagaan atau persendirian.
Pihak yang menawarkan adalah bank, syarikat insurans, syarikat amanah

saham dan syarikat sekuriti.
Contohnya, Maybank, CIMB, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, Public

Bank dan sebagainya.

Samb…

4. Profesional
Aktiviti perniagaan yang menawarkan kepakaran dan kemahiran

khusus.
Individu yang terlibat biasanya memiliki kemahiran dan

kepakaran yang berkaitan dengan bidang yang diceburinya.
Contohnya, perkhidmatan perundangan atau guaman, perubatan,

perakaunan dan lain-lain.

Samb…

5. Perhotelan
Aktiviti perniagaan yang menyediakan kemudahan

penginapan dan rekreasi kepada pelanggan mengikut
kadar tertentu serta kemampuan pelanggan.
Contohnya, Hotel Sri Malaysia, Hotel Vistana, dan
sebagainya.

Samb…

6. Pendidikan
Institusi yang menawarkan pengajian dan latihan formal kepada

masyarakat bagi menyediakan sumber tenaga manusia/modal insan.
Aktiviti ini menawarkan pendidikan kepada orang ramai sama ada secara

sambilan atau sepenuh masa.
Merangkumi peringkat pendidikan asas iaitu tadika sehingga ke peringkat

tertinggi iaitu universiti.
Contohnya, pusat tuisyen, sekolah swasta, IPTS, dan Kolej Swasta.

SEKTOR PERNIAGAAN

SEKTOR SWASTA

“Sektor swasta merujuk kepada organisasi perniagaan yang
dimiliki oleh individu atau kumpulan individu secara peribadi dan

menjalankan aktiviti perniagaan untuk mendapatkan
keuntungan.”

PERANAN SEKTOR SWASTA

Mengeluarkan dan menawarkan barang serta perkhidmatan bagi memenuhi kehendak
pengguna.

Melengkapi usaha sektor awam dalam mempengaruhi ekonomi negara – mengeluarkan
barangan yang diminta oleh pengguna yang tidak ditawarkan oleh sektor awam.

Menyumbangkan kepada pendapatan kerajaan – melalui hasil kutipan cukai dan aktiviti
eksport.

Menyediakan peluang pekerjaan – mengurangkan kadar pengangguran dan
meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.

Meneroka dan membangunkan kawasan baharu – pembukaan kawasan baharu seperti
kilang, kawasan perindustrian akan membantu pertumbuhan ekonomi setempat.

SEKTOR AWAM

“Sektor awam merujuk organisasi yang
dimiliki, dibiayai dan diuruskan oleh pihak

kerajaan.”

PERANAN SEKTOR AWAM

Menyediakan kemudahan infrastruktur – kemudahan pengangkutan,
elektrik, air, telekomunikasi dan lain-lain.

Mengamalkan monopoli semula jadi – melaksanakan projek berisiko dan
mengelakkan persaingan yang merugikan.

Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar fiskal dan kewangan –
menentukan kaedah percukaian yang sesuai, bantuan subsidi, pinjaman,
kepakaran dan lain-lain.

Penguatkuasaan undang-undang dan kawalan – mengawal dan memantau
aktiviti swasta atau awam bagi menjamin kepentingan pengguna.

Samb…

Melaksanakan program Pendidikan Pengguna –
menyampaikan maklumat yang tepat kepada
pengguna bagi menjaga kepentingan pengguna.

Mewujudkan peluang pekerjaan – mengurangkan
kadar pengangguran dan seterusnya meningkatkan
taraf hidup.

KEPENTINGAN AGENSI KERAJAAN KEPADA
PERNIAGAAN

 Perniagaan dapat beroperasi secara sah.
 Mendapat kemudahan infrastruktur.
 Mendapat kawasan atau lokasi perniagaan.
 Mendapat sumber pembiayaan.
 Mendapat garis panduan menjalankan aktiviti perniagaan.
 Mendapat peluang perniagaan di luar negara.
 Faedah dari penyelidikan.
 Pembangunan dan latihan serta khidmat nasihat.
 Mendapat peluang perniagaan dalam negeri seperti bekalan, pembinaan dan perkhidmatan.

BADAN BERKANUN

“Badan berkanun merupakan agensi kerajaan yang
diperbadankan bagi melaksanakan dasar-dasar dan
tanggungjawab terhadap aktiviti kerajaan secara

khusus.”

PERANAN BADAN BERKANUN

Mewakili kerajaan dalam menjalankan aktiviti mengawal selia terhadap
sektor swasta bagi memastikan perniagaan mematuhi undang-undang.

Membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar.
Menyediakan rancangan pembangunan ekonomi.
Meningkatkan penglibatan bumiputra dalam bidang ekonomi melalui

bantuan kewangan.
Menjaga kewibawaan sektor swasta dan kepentingan pihak pelanggan

supaya tidak ditindas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

TAHAP PERNIAGAAN

1. Primer
 Merupakan pengeluaran semula jadi atau bahan mentah yang

diperoleh dari alam semula jadi tanpa mengubah bentuk
asalnya.
 Contohnya, pembalakan, perikanan, perlombongan, pertanian
dan sebagainya.

Samb…

2. Sekunder
• Aktiviti pembinaan atau pemprosesan bahan-bahan mentah yang

didapati daripada aktiviti peringkat primer.
• Pada tahap ini, barang yang dikeluarkan sama ada barang siap atau

barang separuh siap.
• Contohnya, kayu balak diproses menjadi perabot, ikan diproses dan

ditinkan menjadi makanan sejuk beku dan sebagainya.

Samb…

3. Tertier
 Perniagaan tahap tertier melibatkan perniagaan yang

menghasilkan produk yang tidak ketara seperti perkhidmatan.
 Menjadi sokongan kepada perniagaan tahap primer dan

sekunder supaya barang yang dikeluarkan sampai kepada
pengguna akhir.
 Contohnya, perbankan, insurans, pengangkutan dan
sebagainya.

Samb…

4. Huluan
Merupakan perniagaan yang berlaku dahulu sebelum perniagaan lain

dapat dijalankan.
Aktiviti teras yang wujud dalam sesebuah organisasi.
Contohnya, lading sawit menjadi aktiviti huluan kerana ia

menghasilkan kelapa sawit yang digunakan sebagai input oleh
pengeluar minyak masak.

Samb…

5. Hiliran
Aktiviti perniagaan yang berlaku bagi memproses bahan mentah menjadi

barangan siap untuk dipasarkan.
Perniagaan wujud disebabkan aktiviti perniagaan yang berlaku selepas

aktiviti perniagaan huluan.
Contohnya, pengeluar minyak masak merupakan perniagaan hiliran kerana

perlu memperoleh kelapa sawit dari ladang yang merupakan perniagaan
huluan.

Samb…

6. Domestik
Perniagaan yang beroperasi di dalam sesebuah negara dan mengeluarkan hasil keluaran

untuk pasaran tempatan sahaja.
 Peranan:

Memberi pendapatan kepada negara melalui cukai keuntungan yang dibayar
Mewujudkan peluang pekerjaan
Menjimatkan pertukaran mata wang asing
Membangunkan modal insan dengan memberi kemahiran asas kepada tenaga kerja
Membangunkan industry sokongan

Samb…

7. Antarabangsa
Aktiviti perniagaan yang merentasi sempadan sesebuah negara iaitu melibatkan dua atau

lebih buah negara.
 Peranan:

Meningkatkan pendapatan negara melalui cukai import
Memperbaiki imbangan pembayaran negara
Meluaskan pasaran produk ke negara luar memandangkan pasaran tempatan telah

tepu
Menggunakan kepakaran dan teknologi baharu dari luar
Meningkatkan pelaburan dan modal asing dalam negara

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version