1 | M O D U L U S R A H PENGENALAN USRAH Usrah berasal daripada perkataan Arab " ُ ة َ "سرُاأل yang bermaksud keluarga. Dari segi istilah, ia merupakan kelompok manusia yang beriman dengan islam dan saling bantu-membantu dalam pemahaman islam itu sendiri dan menjaga konsep Amal Makruf Nahi Mungkar. Ia diasaskan oleh Imam Hassan Al-Banna melalui pertubuhan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Antara tujuan perlaksanaan usrah ialah: Meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan ahli. Menambahkan penghayatan dan kebertanggungjawaban terhadap ajaran islam secara jemaah. Membina generasi islam yang menegakkan akhlak Islamiah. Mengukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat jemaah. Rukun-rukun Ikatan Usrah antaranya ialah: Saling Berkenalan (Taaruf) Berkenalan sesama sendiri dan berkasih sayang di atas nama Islam dan cinta kepada Allah. Saling Memahami (Tafahum) Bersefahaman dalam memahami islam dan menghayatinya. Saling Membantu (Takaful) Memelihara nasib sesama sendiri agar tiada sahabat yang terbiar dan terlantar. Imam Hassan Al Banna
2 | M O D U L U S R A H TAJUK USRAH PENGENALAN USRAH...................................................................................1 TAJUK USRAH ..............................................................................................2 TAJUK 1 : DUNIA INI BUKAN SYURGA............................................................3 TAJUK 2 : AKAL BUDI....................................................................................6 TAJUK 3 : TAKDE DUIT BOLEH SEDEKAH?!.....................................................8 TAJUK 4 : TUJUAN PENCIPTAAN MANUSIA..................................................10 TAJUK 5 : AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR................................................12 TAJUK 6 : SUKAN SEBAGAI LESEN TIDAK MENGIKUT SYARIAT...................... 14 TAJUK 7 : TOKOH ULUL ALBAB PENCINTA ALLAH.........................................17 TAJUK 8 : STRESS? WE HAVE ALLAH............................................................ 20 TAJUK 9 : JOM LIKE DAN FOLLOW RASULULLAH SAW..................................24 TAJUK 10 : GRACE DENIED : RELIGIOUS MATTERS?......................................28 TAJUK 11 : ALAM SEKITAR KAWAN KITA JUGA ............................................31 TAJUK 12 : CINTA SEJATI LAMBANG KESEMPURNAAN IMAN ....................... 34 TAJUK 13 : TAK KENAL MAKA TAK CINTA .................................................... 37 TAJUK 14 : PUASAKU KERANA-NYA, BUKAN ADAT ! ....................................40 TAJUK 15 : SELANGKAH MENUJU ILAHI....................................................... 42 TAJUK 16 : PERELOKKAN BACAAN KU ......................................................... 45 TAJUK 17 : MANUSIA MERANCANG DENGAN CITA-CITA, TAPI ALLAH MERANCANG DENGAN CINTA ....................................................................47 TAJUK 18 : PENJAGAAN IKHTILAT SEBAGAI PERISAI DIRI ............................. 49 TAJUK 19 : KERANA SYURGA ITU MAHAL .................................................... 51 TAJUK 20 : UMAT KINI SEDANG TENAT ....................................................... 53
3 | M O D U L U S R A H TAJUK 1 : DUNIA INI BUKAN SYURGA HADIS Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda: ِر ِ َّةُ الْ َكاف ن َ َج ِن، و ِ ْؤم ُ الْم ُ ْجن ا سِ َ ْي دن ال ُّ Maksudnya: “Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir”. (Hadis Sahih Riwayat Muslim, 2956 daripada Abu Hurayrah R.A) Imam al-Nawawi berkata makna hadith ini bahawa setiap orang mukmin dipenjara dan dihalang di dunia ini daripada syahwat yang haram dan makruh. Orang mukmin itu juga mukallaf (dituntut) untuk melakukan perbuatan ketaatan yang berat. Namun begitu, apabila dia meninggal maka dia akan berehat daripada semua ini. Dan semua itu akan berubah sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT kepadanya daripada nikmat-nikmat yang berkekalan dan juga kerehatan yang sebenarnya tanpa berkurang apa pun. Adapun orang yang kafir, mereka juga memperoleh apa yang mereka lakukan di dunia dalam keadaan sedikit dan kehidupan yang tidak sempurna atau samar-samar. Apabila dia meninggal, dia akan diazab buat selama-lamanya dan akan berada di dalam kepayahan yang abadi.
4 | M O D U L U S R A H PENGISIAN USRAH Huraian dan syarah hadis di atas menunjukkan bahawa orang beriman itu di dunia diperintahkan untuk taat kepada perintah dan meninggalkan larangan Allah, sebagai ujian untuk mendapatkan rahmat Allah berupa kebahagiaan di akhirat. Melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangan Allah, mungkin kelihatan amat berat untuk dilaksanakan, namun ingatlah segala kesusahan yang dilalui di dunia, akan dijanjikan ganjarannya di akhirat. Sekalipun kita berasa susah, ingatlah bahawa Dunia ini bukan Syurga. Selain itu, hadis ini tidak menafikan peluang bagi seorang manusia, sama ada Islam atau bukan, untuk mendapatkan kekayaan dunia denga usaha dan peluang. Hadis ini juga tidak menjadi halangan untuk orang Islam untuk berbuat baik dengan orang bukan Islam dan membawa mereka untuk masuk Islam seperti mana yang diungkapkan dalam kisah Ibn Hajar di atas. Kesimpulannya, kita perlulah berusaha dan beramal dengan bersungguh-sungguh di dunia ini kerana dunia ini bersifat sementara. Selain itu, kita juga perlulah menjadikan dunia ini sebagai ladang untuk kita beramal.
5 | M O D U L U S R A H CADANGAN PERLAKSANAAN USRAH LOKASI : Pusat Islam IPGKTAR/ Bilik/ Kelas MASA : Selepas Maghrib 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah 2. Nuqaba memulakan usrah dengan mengemukakan dalil. 3. Meneruskan sesi usrah bersama ahli usrah mengenai perbincangan mengenai maksud hadis. 4. Setiap ahli usrah digalakkan memberi pandangan mengenai apa yang mereka fahami mengenai hadis tersebut. 5. Nuqaba boleh membuat penentuan giliran untuk ahli usrah memberi pandangan melalui aplikasi Spin N Wheel. 6. Memastikan Nuqaba mengisi GF kehadiran. 7. Setelah selesai perbincangan, Nuqaba mengakhiri usrah dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.
6 | M O D U L U S R A H TAJUK 2 : AKAL BUDI HADIS َّا ِس لن ِ ل ْ ُم ه ُ َْفع َّا ِس أَن الن ُ َخْْي هّلل عليه وسلم: هّلل صلى ا قال رسول ا Rasulullah pernah bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain,” (Hadis Sahih riwayat Ahmad). PENGISIAN USRAH Pernah dengar istilah ‘common sense’? Secara falsafahnya, ia bermaksud keupayaan minda untuk melihat dan mentafsir perkaraperkara seperti pergerakan dan saiz (logik akal). Selain itu, ia juga membawa maksud rasa semula jadi manusia terhadap manusia lain dan masyarakat. Ia adalah cara dan keupayaan kita untuk hidup dalam sebuah masyarakat dengan harmoni. Atau dalam bahasa mudahnya untuk difahami, “Benda tu tak perlu suruh pun anda boleh fikir sendiri” Kadang-kadang ramai dalam kalangan masyarakat yang terlepas pandang mengenai perkara ini kerana dianggap remeh. Namun, perkara yang dianggap remeh inilah yang boleh menjadi punca perbalahan atau ketegangan dalam masyarakat. Tambahan pula, bagi mereka yang hidup Bersama orang lain seperti kehidupan di asrama “common sense” adalah satu isu yang besar. Untuk menimbulkan suasana kehidupan yang aman dan harmoni, masyarakat perlu disedarkan dengan perkara-perkara sebegini agar sebarang masalah boleh dielakkan. Islam menyeru umatnya untuk bertimbang rasa dan elakkan daripada memberi susah kepada orang lain. Suasana kehidupan hari ini banyak menuntut manusia untuk melakukan kebaikan yang sangat berkaitan dengan ‘common sense’.
7 | M O D U L U S R A H CADANGAN PERLAKSANAAN USRAH LOKASI : Pusat Islam IPGKTAR/ Bilik/ Kelas MASA : Selepas Maghrib 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah 2. Nuqaba memulakan usrah dengan mengemukakan dalil 3. Meneruskan sesi usrah bersama ahli usrah hingga ke perbincangan mengenai maksud Common sense. 4. Nuqaba meminta ahli usrah menulis satu common sense yang ramai terlepas pandangdalam satu kertas kecil. 5. Nuqaba meminta setiap orang menjelaskan apa yang ditulis. 6. Memastikan Nuqaba mengisi GF kehadiran 7. Setelah selesai perbincangan, Nuqaba mengakhiri usrah dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.
8 | M O D U L U S R A H TAJUK 3 : TAKDE DUIT BOLEH SEDEKAH?! HADIS عن أيب ْ َن وِل ِهللا ع صلى هللا عليه ُ َس ِب ر ا َ ْصح أَ ْ ن ِ ا م ً ْ ًضا أَ ْن أَانس ذر رضى هللا عنه أَي وِر ُ وِر ِِبألُج ُّ دن ال ُّ ُ ْل َ َب أَه وَل ِهللا : ذَه ُ َس ر َ ِ صلى هللا عليه وسلم : َي ه لنَِّب ِ وسلم قَالُوا ل ُف ِ َ َصَّدقُوَن ب ت َ ُ وي ُصوم َ ا ن َ وَن َكم ُ َ ُصوم ي َ ُ َضلَّى و ا ت َ وَن َكم ُّ ُ َصل قَ ْد ي َ ْس لَي َ م قَا َل : أَو ِِ اِل َ ْو ُضوِل أَم ٍ َدة ي ِ ََتْمِ ه ُكل َ َصَدقَةٌ و ٍ ة َ ِْي َ ْكب ِ ت ه ُكل َ َصَدقَةٌ و ٍ ِ تسيحة ه ُكل ِ ْن ب ِ َصَّدقُوَن إ َ ا ت َ م ْ َ هللا لَ ُكم َل ع َ ج َصَدقَ ْ َك ٍر ن ُ م ْ َن ََنْي ع َ و ِف َصَدقَةٌو ُ ْر ع َ ِِبلْم ْ ر ُ أم َ َصَدقَةٌو ٍ يلَة ِ ِ ََتْل ه ُكل َ قَةٌو ْ َصَد ُكم َدِ ُضع أَح َيف ي ةٌو ْ لَو ْ ُم ت ْ أَي َ ا أخر ، قَا َل: أَر َ يه ِ ف ُ ُكوُن لَه َ ي َ ُ و َه ت َ ْو َ َشه وَل هللا : أأييت أح ُدان ُ َس ر َ َصَدقَةً . قَالُوا َي . رواه مسلم ٌ أَخر ُ َن لَه ا ِيف احلالل َكا َ ه َ َ َضع ِذَا و َك إ ِ فَ َك َذل ٌ َر وز ِ ه ْ لَي َ َن ع َكا أ امٍ َ ر َ ا ِيف ح َ ه َ َ َضع و Dari Abu Dzar R.A juga bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orang- orang yang mempunyai harta (orang-orang kaya) telah mendapat pahala (lebih banyak daripada kami). Mereka sembahyang sebgaimana kami sembahyang dan mereka berpuasa kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta-harta mereka. Bersabda Rasulullah SAW. Bukankah Allah telah menjadikan suatu bagi kamu untuk kamu bersedekah? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap- tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahnid itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan menyuruh yang baik itu sedekah, dan melarang dari yang mungkar itu juga sedekah, dan pada kemaluan seorang kamu itu pun sedekah. Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Adakah salah seorang kami yang menggunakan syahwatnya dan adalah baginya pahala pada perbuatannya itu? Bersabda Rasulullah SAW. Apakah pendapat kamu kalau digunakannya pada yang haram, adakah dosa ke atasnya? Maka demikianlah pula apabila ia menggunakan syahwatnya pada yang halal adalah baginya pahala. -Diriwayatkan oleh Muslim
9 | M O D U L U S R A H PENGISIAN USRAH Pada hadis ini menunjukkan sedekah untuk memperolehi ganjaran daripada Allah Taala bukan sahaja datangnya daripada harta sematamata bahkan ianya juga meliputi apa saja perkataan, yang ditetapkan sebagai ucapan suci juga menjadi sedekah. Satu pengajaran penting juga daripada hadis ini perasaan cemburu yang diharuskan oleh syarak ialah sebagaimana sahabat- sahabat Rasulullah SAW yang cemburu kepada golongan kaya di kalangan mereka yang pada pendapat mereka lebih banyak memperolehi pahala kerana mempunyai harta yang banyak untuk disedekahkan. Cemburu seperti ini adalah terpuji, kerana mereka cemburu bukanlah pada harta orang kaya tetapi - kepada pahala yang didapati dari sedekah harta Hadis ini juga menjadi dalil bahawa tasbih, tahmid, tahill dan takbir adalah antara Ucapan utama (Afdhal) untuk dibaca selepas Al-Quran. CADANGAN PERLAKSANAAN USRAH LOKASI : Pusat Islam IPGKTAR/ Bilik/ Kelas MASA : Selepas Maghrib 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah 2. Nuqaba memulakan usrah dengan meminta ahli usrah membacakan dalil beserta maksudnya. 3. Meneruskan sesi usrah bersama ahli usrah hingga ke perbincangan. 4. Nuqaba memberikan soalan mengenai antara sedekah orang kaya dan sedekah orang miskin yang manakah lebih baik? 5. Setiap ahli usrah diminta untuk menulis jawapan mereka dalam satu kertas. 6. Nuqaba meminta ahli usrah mengemukakan alasan atas pilihan jawapan mereka. 7. Memastikan Nuqaba mengisi GF kehadiran. 8. Setelah selesai perbincangan, Nuqaba mengakhiri usrah dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.
10 | M O D U L U S R A H TAJUK 4 : TUJUAN PENCIPTAAN MANUSIA DALIL ALQURAN " ُ ُدونِ ب ْ ع َ ي ِ ِالَّ ل إ َ نس اْْلِ َ ن و َّ ُت ا ْْلِ َخلَْق ا َ م َ "و “Maksudnya; Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu” (Surah Adz-Zaariyaat, 56) PENGISIAN USRAH Sebagai umat islam, kita mestilah mengetahui matlamat hidup kita. Telah dijelaskan dalam QS.Adz Dzariyat: 56, Allah berfirman Dia menciptakan manusia dan jin semata-mata agar mereka beribadah kepada-Nya. Allah menciptakan manusia bukan hanya untuk sekedar tidur, bekerja, makan mahupun minum melainkan untuk melengkapi bumi ini dan beribadah kepada-Nya. Menurut tafsir Ibnu Qoyyim Al Jauziyah: "bahwa tujuan Allah menciptakan kita manusia serta jin dan makhluk lainnya di bumi ini adalah untuk beribadah kepada-Nya. Allah tidak mungkin menciptakan makhluk begitu saja tanpa pelarangan atau perintah". Justeru, Seorang muslim diwajibkan dalam mentaati dan sentiasa mengabdikan diri kepada Allah seperti menunaikan solat, berpuasa dan sebagainya. Seorang muslim hanya layak atau wajib menyembah kepada Allah dengan tidak melakukan segala larangannya seperti minum arak, melakukan pekara syirik dan sebagainya.
11 | M O D U L U S R A H CADANGAN PERLAKSANAAN USRAH LOKASI : Pusat Islam IPGKTAR/ Bilik/ Kelas MASA : Selepas Maghrib 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah 2. Nuqaba memulakan usrah dengan mengemukakan dalil. 3. Meneruskan sesi usrah bersama ahli usrah mengenai perbincangan mengenai maksud dalil. 4. Setiap ahli usrah digalakkan memberi pandangan mengenai apa yang mereka fahami mengenai dalil tersebut. 5. Nuqaba boleh membuat penentuan giliran untuk ahli usrah memberi pandangan melalui aplikasi Spin N Wheel. 6. Memastikan ahli usrah mengisi GF kehadiran. 7. Setelah selesai perbincangan, Nuqaba mengakhiri usrah dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.
12 | M O D U L U S R A H TAJUK 5 : AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR Rasulullah saw bersabda: َ و ْ ْ َكر ن ُ ِن الْم َ ع ُ ْي َّ ه الن َ ِف و ْ و ُ ْر ع َ ِِبلْم ُ ْر ْألَم ا ِالَّ إ ُ الَ لَه ِ ه ْ لَي َ َ ع َم ِن اد ْ اب ِهللا ُك ُّل َكالَمِ ُ ْكر ذِ َ َّل َج زو َّ َ ع Mafhumnya: Tiap-tiap perkataan anak cucu Adam adalah bencana ke atasnya, bukan manfaat baginya, kecuali mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan mengingati Allah (Dzikrullah). [Hadis Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah] PENGISIAN USRAH Amar Maaruf adalah menyuruh dan menyeru kepada kebaikan (kepatuhan kepada perintah Allah), manakala Nahi Mungkar pula adalah mencegah dan melarang daripada perkara kemungkaran (maksiat dan derhaka kepada Allah). Amar Maaruf dan Nahi Mungkar merupakan tuntutan kepada semua pihak. Dalam melaksanakan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar, pelbagai peringkat dan pendekatan boleh dipergunakan secara bijaksana. Contohnya, Pemerintah perlu menggunakan kuasa pemerintahan dengan melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang. Ini antara yang terkandung di dalam perintah mencegah dengan tangan. Ianya boleh dipraktikkan di semua peringkat termasuk di dalam keluarga oleh bapa dan ibu terhadap anak-anak mengikut kesesuaian hal.
13 | M O D U L U S R A H Kaedah kedua adalah melalui lisan atau percakapan iaitu merangkumi kata-kata nasihat, teguran, pengajaran, tunjuk ajar dan lain-lain mengikut keadaan. Ia juga mungkin boleh dilakukan melalui kaedah perbincangan atau perdebatan untuk menyampaikan hujah dan maklumat yang meyakinkan. Ianya boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan mahu pun oleh pihak kerajaan. Peringkat ketiga adalah mengingkari dan membenci dengan hati. Peringkat ini adalah bagi individu yang tiada kekuatan dan autoriti. Ianya merupakan peringkat keimanan yang paling lemah di mana individu tersebut akan berusaha mengelakkan diri sendiri daripada terlibat sama dengan pelanggaran etika dan kemungkaran tersebut. CADANGAN PERLAKSANAAN USRAH LOKASI : Pusat Islam IPGKTAR/ Bilik/ Kelas MASA : Selepas Maghrib 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah 2. Nuqaba memulakan usrah dengan mengemukakan dalil. 3. Meneruskan sesi usrah bersama ahli usrah mengenai perbincangan mengenai maksud hadis. 4. Setiap ahli usrah digalakkan memberi pandangan mengenai apa yang mereka fahami mengenai hadis tersebut. 5. Nuqaba boleh membuat penentuan giliran untuk ahli usrah memberi pandangan melalui aplikasi Spin N Wheel. 6. Memastikan Nuqaba mengisi GF kehadiran. 7. Setelah selesai perbincangan, Nuqaba mengakhiri usrah dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.
14 | M O D U L U S R A H TAJUK 6 : SUKAN SEBAGAI LESEN TIDAK MENGIKUT SYARIAT ِب ان َ عند اْألَج َ ة واحلرة ِيف صَالَتَا و َ الركب َ رة و ُّسَّ َني ال ا ب َ اْألمة م َ عورة الرجل و الرك َ رة و ُّسَّ َني ال ا ب َ عند حمارمها م َ ْني و ف الْ َكَّ َ ه و ْ َج َِّال الْو يع بدَنَا إ ََجِ ة َ ب Maksudnya: Aurat lelaki dan hamba sahaya ialah antara pusat dan lutut dan aurat wanita yang merdeka ketika di dalam solat atau ketika terdapat di sekelilingnya orang yang bukan mahram ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan dan (aurat) ketika bersama mahramnya ialah antara pusat hingga ke lutut. PENGISIAN USRAH Sukan sebenarnya tidak begitu asing dalam islam yang mana Rasulullah SAW sendiri turut mengisi masa dengan bersukan seperti berkuda, memanah dan berenang dalam membina kehidupan yang lebih sihat. Baginda sendiri juga menuntut umatnya untuk bersukan melalui hadis baginda, “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada seorang mukmin yang lemah. Dan masing-masing ada kebaikannya.” (HR Ibnu Majah) Antara kebaikan bersukan dalam islam ialah ia dapat menyihatkan tubuh badan, mencerdaskan akal fikiran seseorang, membina kesatuan masyarakat yang bersatu padu dan melahirkan atlet islam yang menunjukkan keperibadian indah islam itu sendiri. Biarpun islam membenarkan sukan dalam sebahagian tuntutan kehidupan manusia, namun ianya tidak bermakna kita sebagai umat islam menggadaikan tuntutan agama dalam bersukan khususnya tidak berakhlak sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
15 | M O D U L U S R A H Islam telah menggariskan perkara-perkara yang dipertimbangkan dalam menjaga syariat islam itu sendiri ketika bersukan : o Pakaian sukan perlu memenuhi etika berpakaian ditetapkan syarak iaitu bahagian tubuh atau aurat menurut hukum Islam, iaitu antara pusat hingga lutut bagi lelaki, manakala aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. o Memastikan jurulatih dan atlet daripada jantina sama. Sekiranya berbeza, batas pergaulan perlu dijaga selaras tuntutan syarak seperti jurulatih lelaki tidak boleh menyentuh ahli sukan wanita, begitu juga sebaliknya. o Percampuran bebas antara lelaki dan wanita semasa bersukan dilarang. Tempat bersukan seperti gimnasium dan kolam renang perlu disediakan berasingan atau melaksanakan jadual masa penggunaan berlainan. o Tidak boleh bersukan hingga melalaikan kewajipan agama seperti solat. o Tidak mempedulikan kepentingan orang lain seperti bermain di jalan raya hingga mengganggu lalu lintas, membuat bising atau menyebabkan kecederaan kepada pihak lawan kecuali kemalangan atau tidak sengaja. o Islam melarang jenis sukan terlalu ekstrim, berisiko tinggi dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada fizikal, mental serta spiritual umpamanya pertandingan makan makanan eksotik seperti kala jengking dan labah-labah yang haram serta kotor dan menjijikkan. o Wanita Muslim dilarang menyertai sukan yang bercanggah dengan fitrah kewanitaan dan bertentangan adab, adat serta tatasusila. o Sokongan keterlaluan khususnya penyokong fanatik hingga mencetuskan pergaduhan atau mengeluarkan kata-kata kesat, bercanggah dengan Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih sayang.
16 | M O D U L U S R A H CADANGAN PERLAKSANAAN USRAH LOKASI : Gelanggang/ Astaka/ Padang MASA : Selepas Riadah 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah 2. Nuqaba memulakan usrah dengan mengemukakan dalil. 3. Meneruskan sesi usrah bersama ahli usrah mengenai perbincangan mengenai maksud hadis. 4. Setiap ahli usrah digalakkan memberi pandangan mengenai apa yang mereka fahami mengenai hadis tersebut. 5. Nuqaba boleh membuat penentuan giliran untuk ahli usrah memberi pandangan melalui aplikasi Spin N Wheel. 6. Memastikan Nuqaba mengisi GF kehadiran. 7. Setelah selesai perbincangan, Nuqaba mengakhiri usrah dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.
17 | M O D U L U S R A H TAJUK 7 : TOKOH ULUL ALBAB PENCINTA ALLAH PENGISIAN USRAH Islam dan ilmu itu tidak dapat dipisahkan mahupun direnggangkan kerana islam itu mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya: َب طَلَ ِر ِ الْ ي ةٌ َض عْلِم فَ َ علَى ُك ِ ه ُل م ْ لٍم. سِ ”Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim”. (HR. Ibnu Majah) Islam menetapkan ilmu pengetahuan sebagai faktor utama dalam membina kehidupan yang lebih baik Antara kepentingan umat islam itu untuk menuntut ilmu ialah seseorang itu dapat membezakan perkara yang betul dan salah yang akhirnya membawa kepada matlamat sebenar ilmu itu yakni mencari keredhaan Allah SWT. Allah juga mengangkat darjat kemuliaan hambanya yang mencntai ilmunya berdasarkan kepada firmannya: ات َ َج َر د َ لْم ِ ُوا الْع أُوت َ ين ذِ َّ ال َ و ْ ْ ُكم ن ِ ُوا م ن َ آم َ ين ذِ َّ ال فَ ِع ا َّّللُ ْ ر َ ي ج Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orangorang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Antara contoh-contoh sejarah tokoh Ilmuwan dalam Islam dan sumbangannya kepada peradaban manusia: o Ibnu Sina (980-1037M) Nama sebenar beliau ialah al-Husain bin Abdullah bin AlHasan bin Ali bin Sina. Lahir pada bulan Ogos 980 dan bulan safar 370H di Bukhara, Turkistan. Beliau telah menghafaz Al Quran pada usia 10 tahun. Beliau telah menguasai pelbagai ilmu agama serta ilmu lain seperti perubatan, bahasa, geometri, matematik dan sains.
18 | M O D U L U S R A H Beliau terkenal sebagai seorang yang pakar dalam perubatan dan digelar sebagai bapa doktor oleh pihak barat. Sumbangan beliau adalah termasuk mengesan lebih kurang 760 penyakit dan rawatan, menemui jangkitan virus TB, Cacar, mencipta picagari, benang jahitan, ubat bius dan memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan. o Ibnu Khaldun Nama sebenar beliau ialah 'Abdurrahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadhrami. Beliau dilahirkan pada 27 Mei 1332M dan 1 Ramadhan 732H di Tunisia. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang sosial, sejarah, politik, pendidikan, falsafah dan sebagainya. Digelar sebagai bapa sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Karya agung beliau iaitu Muqadimmah telah menjadi panduan kepada ahli sejarawan lain sehingga ke hari ini .dalam membahaskan dan memahami perubahan dalam organisasi politik dan sosial manusia. Beliau juga mengutarakan falsafah ekonomi seperti keadilan, kesederhanaan, kerjasama sehingga digelar sebagai bapa ekonomi islam. o Mariam al Asturlabi Nama sebenar beliau Mariam Al-Ijliya. Beliau dilahirkan pada abad ke 10 di Syria. Beliau merupakan anak perempuan kepada Al- Ijliyy alAsturlabi. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang astronomi dan matematik. Beliau dilantik oleh Saif Al Dawla, pengasas kerajaan Aleppo untuk berkhidmat dalam kerajaannya. Beliau menginovasikan Astrolabe yang merupakan pengasas asal kepada teknologi GPS pada masa kini.
19 | M O D U L U S R A H Astrolabe digunakan dalam menentukan posisi planet dan menentukan arah dan waktu bagi bidang geografi. Umat islam memanfaatkan teknologi ini dalam menentukan arah kiblat, waktu solat, bulan Ramadhan dan bulan Syawal. o Asy-Syifa' binti Abdullah Nama sebenar beliau ialah Laila binti Abdullah bin Abdu Syams. Antara salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau dikenali sebagai Asy-Syifa' bermaksud "perawat" kerana beliau menggunakan perubatan tradisional untuk merawat orang sakit. Merupakan wanita pertama dalam penduduk Mekah yang berkemahiran dalam perubatan. Selain berkemahiran dalam perubatan, beliau juga pandai membaca, menulis dan antara pakar dalam bidang ekonomi sehingga dirujuk oleh Rasulullah. Pada zaman Khalifah Umar Al Khatab, beliau dilantik sebagai pegawai pemeriksa di pasar di Madinah. CADANGAN PERLAKSANAAN USRAH LOKASI : Pusat Islam IPGKTAR/ Bilik/ Kelas MASA : Selepas Riadah 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah. 2. Nuqaba memulakan usrah. 3. Memastikan Nuqaba mengisi GF kehadiran. 4. Setelah selesai perbincangan, Nuqaba mengakhiri usrah dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.
20 | M O D U L U S R A H TAJUK 8 : STRESS? WE HAVE ALLAH PENGISIAN USRAH Every human being is not exempt from experiencing stress or stress because it is the acid of salt in life. The difference is only in the level of stress experienced by that person, whether it is serious or not. In relation to that, a person who experiences stress should manage it wisely so that life becomes more peaceful and perfect. Therefore, it should be realized that stress is a natural part of human life. This is because stress usually arises when a person faces tests and challenges in life. Tests in this life are a natural thing created by Allah SWT. The words of Allah SWT in surah al-Baqarah verse 155, ِر ا َ هشِ ب َ و ِۗ ٰر ِت َ الثَّم َ ُْف ِس و اْالَن َ ِل و ا َ ْو اْالَم َ ن ِ ه َْق ٍص م ن َ ِع و ْ و ُ ا ْْل َ ِف و ْ ا ْْلَو َ هن ِ م ٍ ء ْ َشي ِ ب ْ ُكم نَّ َ لُو ْ ب َ لَن َ و َ ْن هصٰ ِِِبي ل Meaning: "And indeed We will test you with a little fear (of the enemy), (by feeling) hunger, (by the occurrence of) lack of wealth, souls and fruits. And convey glad tidings to the patient." Another word of Allah SWT in surah al-Baqarah verse 214, ُ ْه ُكمۖ َّم َّست ِ ل ْ ن قَ ب ِ م ۟ ا ْ َ َخلَو ين َّذِ ٱل ُ َل ُكم َّمث ِ ْت َ لََّما أي َ نَّةَ و َ ٱ ْْل ۟ ُخلُوا َ ْد أَن ت ْ ُم ت ْ ِسب َ ْ ح أَم ُ ٱل َّضَّرآء َ و ُ آء َ أْس َ ٱلْب ُ م قَ ٱ َّّللِ َ َ ْصر ِ َّن ن َالٓ إ ِۗ أَ ٱ َّّللِ ُ َ ْصر َ ََّٰت ن ۥ م ُ ه َ ع َ م ۟ ُوا ن َ ام َ ء َ ين َّذِ ٱل َ وُل و ُ َّرس ُقوَل ٱل َ ي ََّّتٰ َ ح ۟ لْ ِزلُوا ُ ز َ ٌب و ِري Meaning: "Do you think that you will enter heaven, when it has not yet come to you (trials) like those experienced by those who came before you? They are afflicted with papaan (destruction of property) and tribulation (with various trials) and shaken (by threats of danger from the enemy) until the Messenger and the believers with him said, "When will the help of God come?" )." If a person experiencing stress can think positively, then he will be able to increase self-confidence, not give up and be able to build a strong personality. When a person accepts the emergence of stress calmly and sees it as part of normal life, not to mention when he considers that a problem faced may
21 | M O D U L U S R A H contain good, then it will help alleviate the pressure faced. On the other hand, if a person complains by feeling that 'fate' is not fair to him, then his soul will become more and more depressed. Moreover, when a person cannot face and control a test and challenge well, then emotional and physical disturbances occur. In Islam, the greater the pressure faced, the greater the reward from Allah SWT. What is important is to face it with patience and high determination in order to find peace and contentment from Allah SWT. The word of Allah SWT in surah al-Nahl verse 97 : ةً َ ب ِ ه ٰيوةً طَي َ نَّه ح َ ي ِ ُ ْحي فَ لَن ٌ ن ِ ُْؤم م َ ُو ه َ ٰثى و ْ ُن ا ْ َو ذََك ٍر ا ْ ن ِ ه ا م ً َ َصاحلِ َمِل ع ْ َن م َ ْج لَن َ و ِن َ ْس ِِبَح ْ ُم ه َ ْر َج ا ْ ُم نَّ ه َ َن ِزي ْ لُو َ ْم ع َ ا ي ْ ُو ا َكان َ م Meaning: "Whoever does righteous deeds, whether male or female in a state of faith, then verily We will grant him a good life and verily We will reward them with a better reward than whatever they have done." Islam teaches us that when we are facing stress in our daily lives, we take the approach of returning to the teachings of Islam itself through the Qur'an and the Prophet's Sunnah. Among the stress management methods taught by Islam are: o Prayer The first way to relieve stress according to Islam is to pray. Because prayer is the medium we communicate to Allah SWT. By keeping the obligatory prayers and performing the recommended sunnah prayers, it can also help to maintain peace of mind until we are able to overcome all the emotional problems we feel. Through prayer, we can get closer to the Creator, for there is nothing better than facing Him. In addition, prayer can also make us more calm and peaceful.
22 | M O D U L U S R A H With prayer, physical fatigue, burden of problems, emotional instability and various other problems will not bother us anymore. With a note, we should perform the prayer with humility as much as possible. Prayer is a medicine for various diseases as well as a helper. As the word of Allah SWT َ ْن هصٰ ِِِبي ال َ َع م َ هّللٰ َّن ا ِ ِۗ ا ِ ال َّصلٰوة َ ِِبل َّصِْبِ و ا ْ ُو ن ْ ي ِ ع َ ت ْ ُوا اس ن َ ٰام َ ْن ي َّذِ ا ال َ ه َٰٓيَي ُّ Meaning: "O you who believe, make patience and prayer your helpers, indeed God is with those who are patient." (Q. S. Al Baqarah: 153). o Do’a The next way to relieve stress according to Islam is to do’a. God certainly knows what we want even if we don't say it. However, by praying directly to God it means that we are talking to Him, which indirectly will also make the feeling much more relieved. Let's assume we are talking to Allah SWT about what we are facing that makes us stressed. However, it does not mean that in the conversation we complain, then blame God for what happened. We pray, communicate, talk to God; with the hope that we are given ease, strength, and perseverance in facing all kinds of life trials that God gives. That way, we can be more optimistic in going through it. o Be sincere Sincerity is the most important and most important thing in every act of worship and action that we do. Sincerity is like a bridge that connects us to the path of happiness to the afterlife. Sincerity also brings peace of mind within us and can save us from the punishment of Allah SWT. If all our actions are sincerely intended for the sake of God's pleasure, God
23 | M O D U L U S R A H willing, whatever the results obtained will not make us stressed. o Chanting The way to relieve stress according to Islam is zikr. Zikr means remembering God; not only verbally but also for every action we do. Let Allah be present in every breath we take by chanting, that way we will be calm as Allah SWT says ْ ُب ُقلُو ن الْ ِٕى ُّ َ َطْم ت هّللِٰ ْك ِر ا ِذِ ََال ب ِۗ ا هّللِٰ ْك ِر ا ِذِ ب ْ ُم ْ ُُب ن قُ لُو ِٕى ُّ َ َطْم ت َ ا و ْ ُو ن َ ٰام َ ْن ي َّذِ ال ِۗ ۗ Meaning "Remember, only by remembering Allah will the heart be at peace." (Q. S. Ar-Ra'd). o Be grateful and Surrender (Tawakal) One of the keys in dealing with stress is to always be grateful and accept all the gifts of Allah SWT. This has been taught in the Al-Qur'an, Surat Al-Fatihah verse 2 and Al-Baqarah verse 156, that is, people who, when afflicted with misfortune, say, " ِٰ ا اَّن لِل ِ ِ وَن إ ُ ع اجِ َ ر ِ ه ْ لَي ِ اَّن إ ِ إ َ ." و This speech is very close to our tongue and when we understand its meaning every time we say it when faced with trials, great psychological strength will appear to be able to face the misfortune. CADANGAN PERLAKSANAAN USRAH LOCATION: Pusat Islam IPGKTAR/ Bilik/ Kelas TIME : After Maghrib 1. Start the ceremony with the recitation of Al-Fatihah. 2. Nuqaba starts usrah. 3. Ensure that the nuqaba fills in the GF attendance. 4. After finishing the discussion, Nuqaba ends the usrah with the rosary of expiation and Surah Al-Asr.
24 | M O D U L U S R A H TAJUK 9 : JOM LIKE DAN FOLLOW RASULULLAH SAW PENGISIAN USRAH Nabi Muhamad SAW yang merupakan nabi terakhir telah lama meninggalkan kita. Walaupun kita tidak hidup pada zaman Rasulullah SAW dan bertemu dengan Baginda, kita tetap beruntung kerana beriman kepadanya. Justeru, buktikan kecintaan kepada Baginda dengan mengamalkan sunah yang ditinggalkan. Rasulullah SAW bersabda: "Beruntunglah sesiapa yang pernah melihat wajah Baginda dan kemudian beriman dengannya. Lalu Baginda mengulangi ucapannya sebanyak tiga kali yakni beruntunglah orang yang tidak pernah melihat wajahnya, tetapi tetap beriman kepada Baginda." Sesungguhnya orang yang dimaksudkan Rasulullah SAW ialah umat yang hidup di dunia selepas kewafatan Baginda, termasuk kita. Kita merasakan Rasulullah SAW sangat dekat dengan kita walaupun tidak pernah melihat wajahnya. Kegagalan memahami definisi sunah adalah antara faktor dalam kalangan kita yang mengabaikannya dengan alasan ia hanya perbuatan sunat, apabila dikerjakan mendapat ganjaran pahala dan tidak berdosa jika ditinggalkan. Keadaan umat Islam hari ini yang agak goyah dengan pelbagai bentuk penindasan sepatutnya menjadi petunjuk untuk bersama mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan Islam. Sedangkan, konteks sunah itu luas merangkumi segala perkara wajib yang perlu dilaksanakan termasuk menunaikan solat lima waktu, mengeluarkan zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan. Sunnah Nabi Muhammad SAW harus dijadikan panduan dan rujukan oleh umat Islam selain berpegang kepada al-Quran dalam usaha mewujudkan masyarakat sejahtera, berilmu dan berdaya saing.
25 | M O D U L U S R A H Firman Allah SWT: َ هّللٰ ا َ ذََكر َ و َ ر اْالٰخِ َ م ْ َو الْي َ و َ هّللٰ وا ا ُ ْج ر َ َن ي َكا ْ َن هم ِ َةٌ ل ن َ َس ةٌ ح َ ْو ُس ا هّللِٰ ِل ا ْ و ُ َس ر ْ ِيف ْ َن لَ ُكم ْد َكا لََق ِۗ ا ً ْْي ِ َكث "Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah." (Surah al-Ahzab, ayat 21) Tanda mencintai seseorang ialah kita ingin sentiasa dekat dengannya dan dalam konteks Rasulullah SAW, cara terbaik adalah dengan mengikut sunah yang boleh kita pelajari daripada hadis sahih serta sirah hidup Baginda SAW. Berikut merupakan sunnah Rasulullah SAW yang boleh kita ikuti dan amalkan dalam kehidupan seharian: o Selalu Tersenyum Abdullah bin Al-Haris RA menuturkan, maksudnya “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Riwayat At-Tirmidzi) o Merapatkan Silaturahim Daripada Anas bin Malik RA, ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturrahim) “ (Sahih Muslim). o Bercakap Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah SAW mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
26 | M O D U L U S R A H o Mengutamakan yang kanan Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah SAW lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai selipar, bersikat, berwuduk dan mandi.” (Hadis riwayat Muslim) o Menahan diri daripada marah “Apabila salah seorang antara kamu marah dan ketika itu dia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah dia berbaring.” (Riwayat Muslim). “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (Riwayat Abi Daud). o Memberi Salam “Apakah amalan yang paling baik di dalam Islam?” lalu Baginda menjawab, “Hendaklah engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau sudah kenal dan juga kepada orang yang belum engkau kenal.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) o Mendoakan saudara lain Daripada Abu Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. (Riwayat Muslim)
27 | M O D U L U S R A H o Belanja Makan “Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yg tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani) CADANGAN PERLAKSANAAN USRAH LOKASI : Pusat Islam IPGKTAR/ Bilik/ Kelas MASA : Selepas Riadah 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah. 2. Nuqaba memulakan usrah. 3. Memastikan Nuqaba mengisi GF kehadiran. 4. Setelah selesai perbincangan, Nuqaba mengakhiri usrah dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.
28 | M O D U L U S R A H TAJUK 10 : GRACE DENIED : RELIGIOUS MATTERS? PENGISIAN USRAH َ م َّ ل َ َس و ِ ه ْ لَي َ ى ا َّّللُع َّ ُّ َصل َِّب ا قَا َل قَا َل الن َ ُم ْه ن َ ا َّّللُع َ ِضي َ َّا ٍس ر ب َ ِن ع ْ اب ْ َن ع اغُ َ َفر الْ َ حةُ و َّ هصِ َّا ِس ال الن ْ ن ِ م ٌ ِْي َكث ا َ يِهم ِ وٌن ف ُ غْب َ م انِ َ ت َ ْم ع ِ ن From Ibnu Abbas RA he said; The Prophet SAW said: "Two pleasures that are often forgotten by most people are health and free time." (HR Bukhari No: 5933) We are always shown that these two favors are often neglected by humans until one of these favors is withdrawn by Allah SWT. This hadith reminds us that most people do not take full advantage of these two blessings in life. When they are still healthy and have free time, many people fail to multiply good deeds to gain God's pleasure. Usually, people will be moved to double the practice when they get older. Basically, everyone will get the same opportunity for 365 days to do various activities. However, if that period is realized as a great blessing of God's grace, it should be used to do as many practices as possible that can bring rewards. The fact is that not everyone has the opportunity to have the blessing of continuing this life. Someone died. Some are still alive, but bedridden due to health problems. How precious is the grace of time and the opportunity to use time to do a lot of good. Therefore, advice to take advantage of the blessings of health and free time should be given especially at the beginning of the year like now. Many good things can be done if people are healthy and have free time. Sick people only have limited opportunities to do good. The same goes for people whose lives are busy with various things including unimportant things. Being busy means that time to do good is also limited. Ibnu Baththol stated that "whoever has these two blessings (free time and the blessing of health), he should be grateful for them by carrying out all the commands and avoiding all the prohibitions of God. Whoever is not grateful, then he is the one who is deceived.
29 | M O D U L U S R A H How many of us go to the mosque when we get older? Although this condition is still worthy of praise, this good practice needs to be started while still young and healthy. The Prophet SAW stated that teenagers who make the most of their lives by increasing their worship will be included in one of the seven groups of people who will receive God's protection in the afterlife. The same goes for free time which must be utilized as best as possible by everyone, especially Muslims. There are people whose lives are always so busy with worldly affairs that they ignore the demands of religion. In fact, if we delay religious affairs such as obligatory prayers without a valid reason, it becomes a sign of self-delusion with the temporary life of the world. There are also people who have a lot of free time, but choose to fill it with useless activities. It is even worse when the free time is used to commit vices and evil. Indeed, every human behavior will be judged and repaid accordingly by Allah SWT. The reminder of the Prophet SAW regarding the blessings of health and free time is also stated in a hadith which means: "Seize five things before the arrival of five things, namely your youth before you are old, your health before you are sick, your wealth before you are poor, your leisure time before you are busy and the time of your life before you die." (Hadith of Al-Hakim's History) Look at how God Almighty bestows the blessings of health and leisure on His servants. How do we thank God for those two blessings? Among them is to take advantage of that favor with things that can bring you closer to Him. The pleasures of health and free time should be utilized as best as possible by doing good practices. Indeed, the opportunity for humans to do many good deeds depends on two great blessings of God's grace, which are the blessings of health and free time. Only with these two favors will humans be able to do many good deeds that bring rewards from God. However, it must be understood that these two favors do not come rolling. Health needs to be taken care of as well as the free time that will be obtained if people manage their time well.
30 | M O D U L U S R A H May we belong to the group of servants of Allah SWT who are always grateful for the blessings bestowed upon them and take advantage of those blessings with good things. In addition, please ask Allah SWT to continue to bestow His blessings on us and increase them from time to time. (Excerpt from Mohd Shahrizal Nasir based on the title, “Take advantage of the benefits of health & free time”) CADANGAN PERLAKSANAAN USRAH LOCATION: Pusat Islam IPGKTAR/ Bilik/ Kelas TIME : After Maghrib 1. Start the ceremony with the recitation of Al-Fatihah. 2. Nuqaba starts usrah. 3. Ensure that the nuqaba fills in the GF attendance. 4. After finishing the discussion, Nuqaba ends the usrah with the rosary of expiation and Surah Al-Asr.
31 | M O D U L U S R A H TAJUK 11 : ALAM SEKITAR KAWAN KITA JUGA PENGISIAN USRAH Berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia, alam sekitar atau persekitaran bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan manusia. Ia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga fakta-fakta sosial. Sebagai seorang yang beriman, kita tidak terkecuali dari tanggungjawab memelihara alam sekitar sepertimana sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud : “Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” (Riwayat Muslim). Alam sekitar merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan manusia malah ia berhubung kait dengan semua makhluk ciptaan Allah SWT. Sekalian makhluk atas muka bumi ini memerlukan alam sebagai tempat untuk meneruskan kehidupan dan mendapatkan makanan. Keselesaan hidup manusia bergantung kepada tahap kualiti alam sekitar di sekeliling mereka. Penjagaan alam sekitar juga dititik beratkan dalam Islam. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyeru manusia untuk menjaga alam sekitar. Antaranya : ِ ِس ُد ف ْف ُ َن ي ا م َ يه ِ ف ُ َل أَََتْع ۟ ٓا َف ةًۖ قَالُو ي ِ ِض َخل ْ ِِف ٱْألَر ٌ ل ِ اع َ هّنِ ج ِ إ ِ َكة ِ ٰٓئ لَ َ ْلم ِ َك ل ُّ ب َ ْذ قَا َل ر ِ إ َ َ و ا يه وَن ُ لَم ْ َع ا َال ت َ م ُ ْعلَم أَ ٓ هّنِ ِ َكۖ قَا َل إ لَ ُ هدِس َُق ن َ َك و ْدِ َم ُ ِبِ ِح ه ب َ ُس ن ُ ََنْن َ و َ آء َ م هدِ ُك ٱل ِ ف ْ َس ي َ و Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”(Surah Baqarah: 30)
32 | M O D U L U S R A H Islam sama sekali melarang sebarang pencemaran dan kemusnahan alam sekitar di samping menggesa manusia untuk memanfaatkan khazanah alam ini dengan sebaiknya untuk kebaikan bersama. Sebarang gangguan yang menyebabkan ketidakseimbangan pada ekosistem akan kembali padahnya kepada manusia. Kerakusan manusia menjadi salah satu punca kerosakan alam. Perbuatan-perbuatan seperti membuang sampah merata-rata, membuang sisa buangan termasuk bahan kimia secara terus ke dalam laut dan sungai, melepaskan asap kilang tanpa tapisan, menceroboh hutan secara berleluasa, menjalankan aktiviti pembangunan secara tidak terkawal, melakukan pembakaran secara terbuka dan pelbagai lagi merupakan beberapa contoh bentuk melampaui batas dan juga pengambilan hak orang lain. Setiap muslim haruslah bertindak dalam memelihara dan memulihara alam sekitar sebagai manifestasi ketanggungjawaban kita kepada amanat Allah SWt. Antara yang kita boleh lakukan ialah: o Sentiasa mengekalkan ekosistem kehidupan flora dan fauna agar tidak terancam dan pupus. o Sentiasa memelihara dan memulihara alam sekitar dengan tidak melakukan sebarang kerosakan seperti penanaman semula pokok bakau. o Sentiasa berusaha mengekalkan keceriaan dan kebersihan alam sekitar seperti bergotong-royong membersihkan kawasan rumah dan asrama. o Sentiasa menjaga kelestarian alam seperti menjaga kebersihan sungai. o Sentiasa mengamalkan cara hidup yang mesra alam seperti amalan kitar semula. o Sentiasa berhemah dan tidak membazir menggunakan sumber air. o Membuang sampah di tempat yang sepatutnya. o Memanfaatkan sumber alam-alam dengan sebaiknya.
33 | M O D U L U S R A H CADANGAN PERLAKSANAAN USRAH LOKASI : Pusat Islam IPGKTAR/ Bilik/ Kelas MASA : Selepas Maghrib 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah. 2. Nuqaba memulakan usrah. 3. Memastikan Nuqaba mengisi GF kehadiran. 4. Setelah selesai perbincangan, Nuqaba mengakhiri usrah dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.
34 | M O D U L U S R A H TAJUK 12 : CINTA SEJATI LAMBANG KESEMPURNAAN IMAN PENGISIAN USRAH Islam itu sendiri merupakan agama kasih sayang. Menurut Imam Hassan Al-Banna, kasih sayang itu merupakan ikatan roh dan hati dengan akidah islam. Amat beruntung bagi setiap manusia yang mempunyai perasaan berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah SWT kerana mereka akan mendapat rahmat Allah SWT. Hal ini bersesuaian dengan Hadis Rasulullah SAW yang daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat kelak: “Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini kunaungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku.” (HR Muslim). Terdapat satu kata-kata pujangga yang berbunyi, "Lakukanlah kebaikan kepada sesiapa sahaja. Jika kebaikan dilakukan pada orang yang betul, maka benarlah kamu. Dan jika dilakukan kepada orang yang salah maka kamu juga sebahagian daripada kebaikan." Hal ini menunjukkan betapa hubungan sesama manusia adalah sebahagian daripada kehidupan kita yang mengimpikan kesejahteraan dan kemakmuran. Kita melihat bagaimana Islam mengajar umatnya berinteraksi sesama manusia dengan cara yang baik dan akhlak mulia. Islam mengajar kita bahawa seorang Muslim yang beriman akan memegang prinsip asas di mana jika kita tidak dapat memberi manfaat kepada seseorang, maka jangan memudaratkan mereka. Jika kita tidak dapat menggembirakan, maka jangan sedihkan mereka. Jika kita tidak dapat memuji, janganlah mengeji.
35 | M O D U L U S R A H Kasih sayang terbina atas sifat rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya dan kerana itulah manusia diciptakan. Sabda Rasulullah SAW: ْ لَي َ ُ ع َصلَّى ا َّّلل ِ ه النَِّب ْ َن ُ ع ْه ن َ ُ ع ا َّّلل َ ِضي َ ٍس ر َ أَن ْ ع ََّّت َن َ ْ ح ُدُكم َ أَح ُ ن ِ ُْؤم قَا َل َال ي َ لَّم َ َس و ِ ه ِ ِسه َ ْف ن ِ ب ل ُّ ُُيِ ا َ م ِ يه َخِ َّب ألِ ُُيِ Daripada Anas RA dari Nabi SAW baginda bersabda: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang dari kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”. (Sahih Bukhari) Sifat kasih dan sayang mesti menjadi satu fenomena penting bagi umat mengembalikan mereka kepada penyatuan sebenar. Sifat kasih sayang akan mencetuskan perasaan gembira pada orang lain serta menghilangkan kesedihannya. Allah memberikan rahmat kepada sesiapa sahaja yang berkasih sayang itu melalui firmannya, "Bagi orang yang berbuat baik, ada pahala yang baik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya." (Surah Yunus, ayat 25-26) Di dalam hadis Rasulullah, baginda ada menyebutkan antara enam hak muslim ke atas muslim yang lain yang boleh menunjukkan sifat kasih sayang kita sesama muslim. o Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Hak seorang muslim terhadap seorang muslim ada enam perkara.” Lalu beliau ditanya; ‘Apa yang enam perkara itu, ya Rasulullah? ‘ Jawab beliau: Bila engkau bertemu dengannya, ucapkankanlah salam kepadanya. Bila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. Bila dia minta nasihat, berilah dia nasihat. Bila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat. Bila dia sakit, kunjungilah dia. Dan bila dia meninggalkan, ikutlah mengantar jenazahnya ke kubur.'(HR Muslim No: 4023)
36 | M O D U L U S R A H Selain itu, kita juga boleh mempraktikan kebaikan dan kasih sayang kita kepada seluruh manusia yang lain seperti: o Mengembirakan seseorang yang sedang bersedih. o Memberikan makanan kepada seseorang yang sedang lapar. o Saling bantu membantu antara satu sama lain. o Mengambil berat terhadap kehidupan mereka. o Bersimpati terhadap seseorang apabila berlaku kesusahan yang dihadapinya. o Tidak berkata keji dan mengutuk seseorang. o Tumpang gembira bersama apabila mendengar khabar gembira o Memberikan senyuman. o Bertegur sapa dan bertanya khabar. o Meminta maaf apabila melakukan kesalahan manakala memaafkan apabila seseorang melakukan kesalahan. CADANGAN PERLAKSANAAN USRAH LOKASI : Pusat Islam IPGKTAR/ Bilik/ Kelas MASA : Selepas Maghrib 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah. 2. Nuqaba memulakan usrah. 3. Memastikan Nuqaba mengisi GF kehadiran. 4. Setelah selesai perbincangan, Nuqaba mengakhiri usrah dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.
37 | M O D U L U S R A H TAJUK 13 : TAK KENAL MAKA TAK CINTA Nabi SAW bersabda dalam shahih bukhari: َ ْع ُ ن أَِيب م َ َ وس ى ع ِن النَّ ِ ه ِب َ م ِ ُ صلى هللا عليه وسلم قَا َل: الُْؤ ن ِ لْل ُ مْؤ ِ م ِن َكالْ ُ ب ْ ن َ ي ِ ان، َ د ُش ي ُّ َ ب ْ ع ُضُ ه َ ب ْ ًض ع َشَّ ا، ُثَّ ب َك َ َْني ب َص أَ ِ اب ِ ع ِ ه Maksudnya: Dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda: “Seorang mukmin bagi seorang mukmin adalah bagaikan sebuah bangunan, yang salah satunya menopang (menyokong) yang lain, kemudian ia mencantumkan jarijarinya.” PENGISIAN USRAH Lumrah hidup manusia memerlukan antara satu sama lain dalam membina kehidupan yang sejahtera dan mampu melaksanakan tuntutan diri berkomunikasi. Disebabkan itu, pembinaan ukhuwah sesama masyarakat dipupuk agar identiti dan peribadi seorang muslim diterapkan. Ukhuwah Islamiyah: kekuatan iman yang dikurniakan Allah kepada hambaNya yang beriman dan bertakwa yang menumbuhkan perasaan kasih sayang, persaudaraan, kemuliaan dan rasa saling percaya terhadap saudara seakidah. Jika tabiat suka menyendiri menyelubungi seorang muslim, maka tabiat akhlak dalam nilai persaudaraan yang murni akan semakin jauh dalam diri mereka. Perkara ini menimbulkan pelbagai isu berkaitan seperti pergaduhan, buli dan keruntuhan akhlak-akhlak berlaku dalam kalangan umat Islam
38 | M O D U L U S R A H Dan dalam sebuah hadis: َ ُّ ْ عِن الن ع َ م انِ ْ ب ِن َ قَا َل: قَا َل ٍْي -رضي هللا عنهما- ِش ب َ ر ُ َ سوُل هللا صلى الله عليه وسلم: َم ث ُ ْؤ ل ال ِ م ِ ِيف َني ن َ ت َ هو ادِ ِ ه ْ م َ َ وت َ ر ُحِ ِه ا ْ م َ َ َوت عاطُ فِه ِ َ َ م م ث ُ َ ل اْل َ َك َ ْشت ِذَا ا د إ س ِ ُ ْض ِ ُ ع نه ْ ٌ ى م ََد َ و ت اعى لَ ُ ه َ س ِ ائ ُ ر َ اْل َ د س ِ َّس ِِب ل ْ هِر َ و ُ احلَّمى )متفقُعليه( “Dari An Nu’man bin Basyir- radhiyallahu anhu- dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan kaum mukmin dalam sikap saling mencintai, menyayangi dan mengasihi seumpama tubuh, jika satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh yang lain akan susah tidur atau merasakan demam.” Oleh yang demikian, malangnya mereka yang menginginkan belas kasihan Allah SWT tetapi tidak mengiringkan keinginan tersebut dengan kesejahteraan saudara seagamanya. Allah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 2 : ... َّن ِ ۖ إ َ ٱ َّّلل ۟ ُقوا ٱتَّ َ و ٰنِ َ ُ ْدو ٱلْع َ ْثِ و لَى ٱْْلِ َ ع ۟ ُوا ن َ او َ َع َال ت َ ٰىۖ و َ ٱلتَّ ْقو َ ِ و ه ِِب لَى ٱلْ َ ع ۟ ُوا ن َ او َ َع ت َ و َ ٱ َّّلل ِب َقا ِ ُد ٱلْع ي َشدِ )2( Maksudnya: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.
39 | M O D U L U S R A H CADANGAN PELAKSANAAN USRAH LOKASI : Food Court/ tempat yang sesuai MASA : Bebas 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah. 2. Nuqaba memulakan usrah dengan menyuruh ahli usrah bergilir-gilir mengambil satu kertas soalan yang telah disediakan (contoh soalan dilampirkan dibawah). 3. Setiap ahli usrah perlu menjawab soalan diberikan secara bergilir-gilir. 4. Nuqaba menyuruh ahli usrah meneka tajuk usrah yang akan disampaikan. 5. Nuqaba memberi pengisian berkaitan usrah dan meminta ahli usrah memberikan pandangan berkaitan tajuk dan pengisian. 6. Setiap ahli usrah diminta menulis apa-apa yang ingin diluahkan sama ada berkaitan usrah, ahli usrah atau perasaan diri di dalam satu kertas tanpa menulis nama. 7. Setelah selesai para nuqaba diminta mengutip kertas tersebut sebelum membacakan beberapa luahan hati ahli usrah. 8. Nuqaba menutup usrah dengan menyuruh ahli usrah mengisi GF kehadiran. 9. Nuqaba mengakhiri usrah dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr. *MAKLUMAT TAMBAHAN* Tujuan permainan : kita tidak tahu seseorang itu selagi mana mereka tidak perkenalkan diri mereka sepenuhnya. Contoh soalan : 1. Apakah perasaan kamu pada hari ini? 2. Siapakah BFF kamu di IPGKTAR? 3. Pada pandangan kamu, kamu seorang yang bagaimana (extrovert/introvert/ambivert)? 4. Nuqaba menyuruh ahli usrah meneka tajuk usrah yang akan disampaikan. 5. Nuqaba memberi pengisian berkaitan usrah dan meminta ahli usrah memberikan pandangan berkaitan tajuk dan pengisian.
40 | M O D U L U S R A H TAJUK 14 : PUASAKU KERANA-NYA, BUKAN ADAT ! AL QURAN Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 183: ْ ُكم ِ ل ْ ن قَ ب ِ م َ ين ذِ َّ لَى ٱل َ َب ع ِ ُكت ا َ َكم ُ ام َ ي هصِ ٱل ُ ُكم ْ لَي َ َب ع ِ ُكت ۟ ُوا ن َ ام َ ء َ ين ذِ َّ ا ٱل َ ُّ ه ٰٓأَي َ ي ُقوَن َّ ت َ ت ْ ُكم َّ ل َ لَع Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. PENGISIAN USRAH Puasa bulan Ramadan telah difardhukan pada bulan sya’ban tahun kedua hijrah. Sebelum ini, ibadah puasa telah diamalkan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi Muhammad SAW. Puasa diambil daripada perkataan Arab ( ُ ام َ ي ِ الص (bermaksud meninggalkan. Di sisi ahli Fiqh pula ialah meninggalkan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari disertakan dengan niat. Bulan Ramadhan menunjukkan keistimewaannya seperti tertutupnya pintu neraka, memperoleh ganjaran pahala yang berganda dan memupuk sifat akhlak Islamiyah dalam diri. Namun, ramai dikalangan umat Islam alpa terhadap bulan yang mulia ini kerana sibuk mengejar kemewahan bulan berikutnya iaitu bulan Syawal. 10 malam terakhir Ramadhan diisi bukanlah dengan memperbanyakkan amalan dan penghayatan Al Quran. Akan tetapi, sibuk mencari baju yang akan menghiasi diri di pagi Syawal. Dapat diperhati perbezaan yang ketara dari segi amalan di kalangan umat Islam ketika permulaan, pertengahan dan pengakhiran Ramadhan khususnya, ketika mengerjakan solat sunat tarawih berjemaah di masjid.
41 | M O D U L U S R A H Umat Islam seharusnya cakna akan pentingnya Ramadhan dalam penghijrahan diri untuk menjadi umat Baginda yang mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya. Puasalah demi Allah bukan kerana adat. Ingatlah Allah berfirman dalam surah Al Qadr:3 ِف َش ن أَل ِ ه م ٌ َخْي َقد ِر لَيلَةُ هٍر ٱل “Malam Laitatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan” CADANGAN PELAKSANAAN USRAH LOKASI : Bilik tv / Pitar / Kelas MASA : Bebas 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah. 2. Nuqaba memulakan usrah dengan permainan kotak beracun*. 3. Ahli usrah yang terpilih perlu menjawab soalan berkaitan kekeliruan dalam puasa atau isu semasa berkaitan puasa. 4. Nuqaba memulakan perkongsian usrah menggunakan kaedah dua hala. 5. Setiap ahli usrah diberi peluang memberi cadangan atau pandangan berkaitan. 6. Nuqaba menutup usrah dengan menyuruh ahli usrah mengisi GF kehadiran. 7. Nuqaba mengakhiri usrah dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr. *Contoh soalan dan jawapan berkaitan puasa: https://www.mywilayah.com/2020/02/himpunan-soal-jawab-puasa.html
42 | M O D U L U S R A H TAJUK 15 : SELANGKAH MENUJU ILAHI AL QURAN Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 1: َ ُ ْخِرج ت ِ ْ َك ل لَي ِ إ ُ ٰه َ لْن َ ٌب أَنز ٰ َ ت ِ الٓر ك ٱ َ َّاس لن َ ن ِ ِت م ٱ ٰ َ ََل لُم ُّ لظ ََٰل إ ٱلنُّ ِ ِ وِر إ ْ م هُبِِ َ ر ْذنِ ِِبِ ِط ٰ َ ٱ ِزي ِز ِصر َ لْع ٱ يدِ مِ َ ْحل Maksudnya: “Alif Lam Raa. Ini ialah kitab (al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhamad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Terpuji.” PENGISIAN USRAH Hijrah dalam islam merupakan perubahan dalam kehidupan muslim daripada suatu keburukan kepada kebaikan, dan daripada sesuatu yang baik kepada yang lebih baik. Hijrah yang boleh dilakukan perlu dimulakan dalam amalan kehidupan harian seperti melaksanakan solat fardhu 5 waktu sehari. Selepas berjaya perlaksanaannya, diperelokkan pula bacaan al fatihah dan rukun qauli yang lainnya. Imam Ghazali pernah berkata, “Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu: Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini…”. Dapat ditafsirkan dari nukilan imam Ghazali ini perlulah kita umat Islam berusaha dan berusaha untuk berhijrah dan jangan berputus asa akan perkara yang membina perhubungan manusia dengan Islam. Kini, umat Islam terhumban jauh dalam persaingan hidup yang kini mereka terhimpit dengan kemelut kemunduran, kemiskinan, kejahilan, perpecahan dan sebagainya.
43 | M O D U L U S R A H Contohnya, kurangnya saingan dilihat dalam bidang pendidikan, perniagaan dan ahli ekonomi dalam kalangan umat Islam berbanding golongan bukan muslim. Perubahan dari segi akhlak, pemikiran dan identiti muslim perlu dipupuk dari semasa ke semasa agar pemikiran pembangunan umat Islam selaras dengan syiar Islam. Dalam Shahih Muslim : ْ َن ، ع ُحمََّمدٍ ُ ْن ب ُ م َقاسِ ِِن الْ ََ ْخِب ، أَ يدٍ ِ ع َ ُ س ْن ْ ُد ب ع َ ا س َ َن َّدث َ ا أَِيب، ح َ َن َّدث َ ْْيٍ، ح ُُنَ ُ ْن ا اب َ َن َّدث َ َح و وُل ا َّّللِ صلى هللا عليه وسلم ُ َس ْت قَا َل ر َشةَ، قَالَ ِ ائ َ ع " اََل َ َع ت ََل ا َّّللِ ِ ِل إ ا َ ْعم ب األَ ُّ َ أَح ْن قَ َّل ِ إ َ ا و َ ه ُ م َ ْو أَد ". . ُ ْه ت َ لَِزم َ َل َم ِت الْع لَ َمِ ِذَا ع َشةُ إ ِ ائ َ َ ْت ع َكان َ قَا َل و Maksudnya: “Amalan yang paling dicintai Allah adalah yang terus-menerus (dilakukan) meskipun sedikit”. Al Qasim berkata; Dan Aisyah bila ia mengerjakan suatu amalan, maka ia akan menekuninya.
44 | M O D U L U S R A H CARA PELAKSANAAN AKTIVITI LOKASI : Bilik tv / Pitar / Kelas MASA : Bebas 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah. 2. Nuqaba memulakan usrah dengan permainan. 3. Kertas A4 berlubang dipegang setiap penjuru & wakil usrah akan cuba melintasi lubang itu ke garisan tamat tanpa masuk ke dalam lubang *pengajaran: hijrah berliku dan bukanlah mudah. 4. Nuqaba menyuruh ahli usrah memberikan contoh penghijrahan yang boleh dilakukan umat Islam kini. 5. Setiap ahli usrah diberi peluang memberi cadangan atau pandangan berkaitan. 6. Nuqaba memberi penerangan berkaitan hijrah dengan konsep pendekatan 2 hala. 7. Nuqaba menutup usrah dengan menyuruh ahli usrah mengisi GF kehadiran. 8. Nuqaba mengakhiri usrah dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr. Bahan aktiviti game Kertas A4 yang dilubangkan di beberapa tempat. Pensil atau pen.
45 | M O D U L U S R A H TAJUK 16 : PERELOKKAN BACAAN KU AL QURAN Allah berfirman dalam surah Muzammil ayat 4: َ ا ِ ه ْ لَي َ ْ ع ِزد ْ و ِۗ ًْال ي ِ ت ْ َر َن ت ٰ ا ْ ُقر ِل الْ ِ ه ت َ ر َ و Maksudnya: atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah Al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan. PENGISIAN USRAH Imam al Mawardi menafsirkan ayat ini yang dimaksudkan membaca ayat Al Quran mengikut aturan dan susunannya, jangan mengubah lafaz dan jangan mendahulukan ayat yang akhir pada yang awal, ibarat aturan gigi yang kemas apabila asasnya sama dan tersusun rapi, ini adalah apa yang dikatakan oleh Ibn Bahr (Tafsir al Mawardi: 6/126). Membaca Al Quran secara tartil adalah dengan membaca Al Quran dengan meletakkan makhraj dan hak setiap huruf pada tempatnya tanpa mengubah lafaz dan maknanya. Contohnya, huruf ث) tha) dibezakan dengan huruf س (sa) dengan jelas bacaannya kerana boleh jadi kesalahan pada satu huruf akan menukar maksud ayat. Soalan: Bagaimana sekiranya kalau seseorang itu pelat (tidak mampu membaca beberapa huruf dengan baik)? Bagi golongan pelat, menghadapi masalah untuk menyebut huruf-huruf dengan baik, terdapat rukhsah iaitu keringanan kepadanya. Namun, setiap muslim harus berusaha memperelokkan dan memperbaiki bacaannya agar mampu membaca dengan baik.
46 | M O D U L U S R A H Wujudnya sebuah hadith Nabi Muhammad S.A.W: رضي هللاَ عن عائشةَ َ ْت: قَا َل عنها قالَ ُ رس َ َّ ول هللا صلى هللا عليه وسلم: "ال َ ذِ َ ي ي ْق رأُ ُق ال ْ رآ َن َ ُو ه َ و َ م ِ اه ٌ ر ِ ب ِ ه َ م َ َّسَف ع ال َ ر ِ ة الْ َكِ م ِ را ََ الِب َ ر ِ ة َ ، و َّ ال َ ذِ َ ي ي ْق رأُ الْ ُق ْ رآ َن َ و َ ي َ ت َ ت ْ ع َ ت ُ ع ِ ف ِ يه َ ُو ه َ و َ ْعلَ ي ِ ق َش ه ا لَ ُ ه أَ ْ َج ران" )متفقُعليه( Maksudnya: Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang mahir membaca Al Quran akan bersama para malaikat yang mulia lagi taat, dan orang yang membaca Al Quran dan merasa kesulitan untuk membacanya, membacanya dengan sebaikbaiknya, akan mendapat dua ganjaran”. Imam Nawawi menyebut, dua ganjaran yang diperolehi itu adalah kerana pertamanya bagi pembacaannya itu dan keduanya disebabkan kepayahannya dalam membaca Al Quran. CADANGAN PELAKSANAAN USRAH LOKASI : Bilik tv / Pitar / Kelas MASA : Selepas solat fardhu 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah. 2. Nuqaba memulakan usrah dengan menyuruh ahli usrah membaca Al Fatihah mengikut kaedah tartil (6 harakat), tadwir (4 harakat) dan hadar (2 harakat) pada setiap tanda waqaf. 3. Nuqaba menasihatkan setiap ahli usrah supaya menjaga bacaan mad dan makhraj huruf dalam pembacaan Al Quran. 4. Nuqaba memulakan perkongsian usrah menggunakan kaedah 2 hala. 5. Setiap ahli usrah diberi peluang memberi pandangan yang berkaitan. 6. Nuqaba menutup usrah dengan menyuruh ahli usrah mengisi GF kehadiran. 7. Nuqaba mengakhiri usrah dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr
47 | M O D U L U S R A H TAJUK 17 : MANUSIA MERANCANG DENGAN CITA-CITA, TAPI ALLAH MERANCANG DENGAN CINTA Allah SWT telah berfirman: وَن ُ لَم ْ َع َال ت ْ ُم أَنت َ و ُ لَم ْ ع َ ي ُ ه َّ الل َ ِۗ و ْ ُكم َّ ر ل َش َ ُو ه َ ا و ً ئ ْ َشي وا ُّ ب ى أَن َُتِ ٰ َ َس ع َ و “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS Al-Baqarah: 216). PENGISIAN USRAH Ayat ini memiliki hubungan erat dengan salah satu prinsip keimanan, iaitu iman kepada qadha dan qadar (rukun iman keenam). Meletakkan ayat di atas sebagai pedoman hidup yang akan membuat hati ini tenang, nyaman dan jauh dari keresahan. Allah memberikan yang terbaik bagimu. Sebesar apa pun perasaanmu terhadap seseorang, pada akhirnya kamu hanya akan tunduk kepada takdir yang Allah tetapkan. Berdamailah selalu dengan hatimu, jika kamu pernah melakukan kesalahan di masa lalu maka jangan jadikan ia sebagai penghambat untukmu memperbaiki masa depanmu. Terkadang diri selalu dilupakan oleh nafsu. Tetapi ingatlah, sekali lagi jangan jadikan kesalahan dimasa lalu sebagai penghalang untuk menjadi lebih baik, Allah maha pengasih lagi maha penyanyang. Dan selalu menunggu hambanya untuk bertaubat dan memperbaiki diri serta meningkatkan ketakwaan dan keimanan. Perbuatan yang terdorong oleh nafsu contohnya, mencari pasangan pada masa yang tidak sesuai, merelakan hubungan yang tidak sihat, menghalalkan sesuatu yang haram dalam hukum syariah islam.
48 | M O D U L U S R A H Surah Al Isra ayat 25: ا ً َني غَُفور ِ َّواب ْْلَ ِ َن ل ُ َكا نَّه ِ َني فَإ َصاحلِِ ُوا َ ُكون ِن ت إ ْ ُكم ُُفوسِ ا ِيف ن َ ِبِ ُ ْعلَم أَ ْ ُّ ُكم (25( َّرب Maksudnya: Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. Tuhan tidak membebankan seseorang yang tidak mampu untuk mengawal nafsu melainkan mereka dapat menyelesaikan ujian tersebut mengikut panduan islam CADANGAN PELAKSANAAN USRAH LOKASI : Bilik tv / Pitar / Kelas MASA : Bebas 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah. 2. Setiap ahli usrah diberikan satu kertas A4. 3. Ahli usrah diminta untuk menulis perkara yang melibatkan percintaan dalam kehidupan masing-masing (diri/keluarga/kenalan rapat) tanpa menulis nama masing-masing di kertas. 4. Nuqaba memilih beberapa kertas untuk dibincang dengan lebih lanjut. 5. Ahli usrah membuat kesimpulan ringkas berkaitan percintaan. 6. Nuqaba menutup usrah dengan menyuruh ahli usrah mengisi GF kehadiran. 7. Nuqaba mengakhiri usrah dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.
49 | M O D U L U S R A H TAJUK 18 : PENJAGAAN IKHTILAT SEBAGAI PERISAI DIRI َ ِ َّن ٱ َّّلل ِۗ إ ْ ُم َك أَْزَك ٰى َِل ِ ل ٰ ذَ ْ ُم ه َ وج ُ فُ ر ۟ َُيَْفظُوا َ و ْ م ِ ِره ٰ ْ َص أَب ْ ن ِ م ۟ ضوا ُّ ُ غ َ َني ي ِ ن ِ ْؤم ُ ْلم ِ َ قُل له ا ِبِ ٌۢ ٌ ِْي َخب ُون) َع َ ْصن ي 30 َ ين ْدِ ب ُ َال ي َ ُ َّن و ه َ وج ُ فُ ر َ َُيَْفظْن َ َّن و ِ ِره ٰ ْ َص أَب ْ ن ِ م َ غْ ُض ْضن َ ِت ي ٰ َ ن ِ ْؤم ُ ْلم ِ قُل له َ ( و ُ َه ت َ ُ َّن إ ِز َِّال ين َه ت َ ِزين َ ين ْدِ ب ُ َال ي َ َّنۖ و ُوُبِِ ي ُ ٰى ج لَ َ َّن ع ِ ِره ُ ُم َ ِبِ ْن َ ْضِرب لْي َ اۖ و َ ْه ن ِ م َ َر ا ظَه َ َِّال م َّن إ ِ إ ْ ِه َّن أَو ِ ُولَت ع ُ ب ِ آء َ ن ْ أَب ْ ِه َّن أَو ِ آئ َ ن ْ أَب ْ ِه َّن أَو ِ ُولَت ع ُ ب ِ ٓء َ اِب َ ء ْ ِه َّن أَو ِ ٓئ َ اِب َ ء ْ ِه َّن أَو ِ ُولَت ع ُ ب ِ َّن ل َٰنِِ َ ٓ ْخو ِِن َ ب ْ أَو ۟ ْْيِ أُو َني غَ ِ ع ِ ٰب ُ َّن أَِو ٱلتَّ ُه ٰن َ ْْي لَ َك ْت أَ َ ا م َ م ْ ِه َّن أَو ِ آئ َ ِس ن ْ َّن أَو َٰتِِ َ َخو أَ ٓ ِِن َ ب ْ َّن أَو َٰنِِ َ ْخو ِ إ َ ن ِ م ِ ة َ ب ْ َِل ٱْْلِر َ ْضِر َال ي َ ۖو ِ آء َ ِس ه ِت ٱلن ٰ َ ر ْ َو ٰى ع لَ َ ع ۟ وا ُ َر َظْه ي ْ ََل َ ين َّذِ ْفِل ٱل ِ ِل أَِو ٱلطه ا َ ِج ه ٱلر ا َ م َ لَم ْ ع ُ ي ِ ِه َّن ل ِ ل ُ ْج ِِبَر َ ْن ب ُوَن ) ح ِ ُْفل ت ْ ُكم لَّ َ ُوَن لَع ن ِ ْؤم ُ ٱلْم َ ُّه ا أَي ً يع ََجِ ََل ٱ َّّللِ ِ إ ۟ ٓا و ُ ُوب ت َ ِه َّن و ِ ت َ ن ِزين ِ َني م ِ ُُيْ 31 )ف (Ayat 30-31 Surah An-Nur) Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.