The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MODUL USRAH SISWA IPGK TUN ABDUL RAZAK 2023 - UNTUK KEGUNAAN PELAJAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhamad23-428, 2023-03-21 23:12:53

BUKU MODUL USRAH SISWA IPGK TUN ABDUL RAZAK 2023

BUKU MODUL USRAH SISWA IPGK TUN ABDUL RAZAK 2023 - UNTUK KEGUNAAN PELAJAR

Keywords: Usrah,Modul Usrah,IPGKTAR,IPGK TUN ABDUL RAZAK

50 | M O D U L U S R A H PENGISIAN USRAH Adalah satu kefardhuan bagi setiap Muslim menjaga kemaluan daripada perbuatan zina, liwat dan segala perbuatan lain yang dilarang agama Prinsip ini difahami daripada hukuman jald (sebat) sebanyak 100 kali terhadap penzina wanita dan lelaki yang belum berkahwin dan hukum rejam sehingga mati bagi penzina lelaki dan wanita yang telah berkahwin. (An Nur:35) Haram bagi lelaki dan perempuan yang bukan mahram bertemu tanpa sebab yang dibenarkan syarak. Prinsip ini difahami apabila perintah diturunkan kepada lelaki dan wanita mukmin agar menjaga pandangan daripada melihat antara satu sama lain dengan syahwat atau tanpa sebab yang dibenarkan (An Nur : 31) Tuntutan menjaga kehormatan dan kesucian diri jika tidak mampu untuk berkahwin (An Nur : 33) Apakah disiplin yang diperlukan untuk memastikan diri tidak membatasi garis sempadan yang telah ditetapkan? o Menjaga aurat dengan lebih berdisiplin dan sempurna baik lelaki mahupun perempuan. o Menjaga pandangan dari melihat yang haram (mematuhi panduan yang digariskan Islam sekiranya terlibat dalam tugas/aktiviti bersama) o Elakkan diri berdua-duaan lelaki dan perempuan dalam keadaan sunyi dan gelap. o Pertemuan atas dasar hajat dan darurat sahaja. CADANGAN PELAKSANAAN USRAH LOKASI : Bilik tv / Pitar / Kelas MASA : Bebas 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah. 2. Nuqaba memulakan usrah dengan mengemukakan dalil Al Quran. 3. Meneruskan sesi usrah bersama ahli usrah mengenai penerangan dalil Al Quran. 4. Nuqaba menyampaikan pengisian tajuk usrah. 5. Nuqaba memberi satu contoh situasi berkaitan "Ikhtilat". 6. Nuqaba meminta ahli usrah nyatakan tindakan peribadi sekiranya berada dalam situasi tersebut. 7. Memastikan ahli usrah mengisi GF kehadiran. 8. Majlis ditutup dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al Asr.


51 | M O D U L U S R A H TAJUK 19 : KERANA SYURGA ITU MAHAL َ م ْ َ ن َخ ، و ا َف أد ََلَ َ م ْ ن َّ ن غاليةٌ ، أال إ ن سلعةَ ا َّّللِ َّ َغ النزَل ، أال إ بل أد ََلَ َّةُ اْلن سلعةَ ا َّّللِ “Barangsiapa yang takut (ditimpa kesusahan dalam perjalanannya), maka dia akan bertolak awal dan cergas. Barangsiapa yang bertolak cergas dia akan sampai pada destinasinya. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu sangat mahal. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu syurga. (Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi) PENGISIAN USRAH Terkadang kita selalu bersenang-lenang dan melakukan maksiat lalu mengharapkan syurga yang paling tinggi sedangkan Rasulullah mengingatkan kita agar berusaha dan merancang untuk ke syurga. Menurut al-Imam al-Tibi, hadis ini adalah satu perumpamaan yang diberikan oleh Rasulullah agar kita merancang dan berusaha bersungguh untuk mencapai destinasi syurga. Kita hendaklah merancang, bertindak keluar awal dan bergerak cergas bagi mencapai destinasi akhirat kerana syurga Allah itu mahal. Para sahabat terdahulu berjuang bermatian bagi mencapai redha ilahi. Rasulullah pernah menangis ketika melihat penampilan Mus’ab di Madinah yang meninggalkan kemewahan hidupnya semata-mata kerana memperjuangkan Islam.


52 | M O D U L U S R A H Bukti: o Ketika kami sedang duduk di Masjid, lalu datang Mus’ab ibn Umayr dengan pakaian yang bertampal. Apabila Rasulullah melihat Mus’ab, Baginda menangis kerana mengenangkan kehidupan mewah yang pernah dinikmati oleh Mus’ab.” (HR al-Tirmizi). o Ketika suasana sengit dalam Perang Uhud, Mus’ab jualah antara pejuang yang mempertahankan Rasulullah. Beliau memegang panji Islam dengan tangan kanannya. Musuh datang lalu menebas tangan Mus’ab sehingga putus. Tidak dinafikan bahawa Allah berhak melimpahkan rahmatNya kepada sesiapa sahaja untuk mengurniakan syurga, namun secara fitrahnya Rasulullah sendiri berusaha keras memartabatkan Islam bagi mendapatkan reda Allah dan dijanjikan syurga yang mahal. Kita perlulah berusaha bersungguh agar termasuk dalam golongan yang mampu memiliki barang dagangan mahal ini. CADANGAN PELAKSANAAN USRAH LOKASI : Bilik tv / Pitar / Kelas MASA : Bebas 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah. 2. Nuqaba memulakan usrah dengan mengemukakan dalil hadis. 3. Meneruskan sesi usrah bersama ahli usrah mengenai perbincangan mengenai penerangan hadis. 4. Nuqaba menyampaikan pengisian tajuk usrah. 5. Nuqaba meminta ahli usrah menyenaraikan amalan amalan yang sepatutnya dilakukan oleh seorang Muslim dalam mendapatkan ganjaran termahal, iaitu Syurga. 6. Nuqaba meminta ahli usrah membuat refleksi diri dalam menjadi hamba Allah yang mendambakan syurgaNya. 7. Memastikan ahli usrah mengisi GF kehadiran. 8. Majlis ditutup dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al Asr.


53 | M O D U L U S R A H TAJUK 20 : UMAT KINI SEDANG TENAT ْ ا أَو ً ر ِ ِسي َكاف ُْيْ َ ا و ً ن ِ ُْؤم م ُ ُل رج َّ ال ُ ِح ُ ْصب ِم ي ِ ُظْل ِل الْم ْ ي َّ طَِع الل ِ َكق ا ً ن َ ت ِ ِل ف ا َ ْعم ِِبْألَ وا ُ ر دِ َ ِب ا َ ْي دن ال ُّ ْ ن ِ ٍض م َ ر َ ع ِ ب ُ َه ين دِ ُ يع ِ ب َ ا ي ً ر ِ َكاف ُ ِح ُ ْصب ي َ ا و ً ن ِ ُْؤم ِسي م ُْيْ Bersegeralah beramal sebelum munculnya fitnah yang datang bagaikan potongan-potongan malam yang gelap, seseorang pada pagi harinya beriman dan pada petangnya telah menjadi kafir, atau petangnya masih beriman dan pagi harinya telah menjadi kafir, menjual agamanya dengan kepentingan dunia.” (Hadis Sahih RIwayat Muslim) PENGISIAN USRAH Hadis ini menggambarkan situasi akhir zaman berkaitan penyakit rohani yang kian melanda umat manusia. Contoh situasi akhir zaman : ● Akhir zaman menyaksikan manusia mula hilang kepercayaan kepada Islam antaranya disebabkan faktor serangan pemikiran yang mempertikaikan logik Islam. Contohnya, gejala murtad. ● Golongan Pluralisme pula menggambarkan Islam sama sahaja seperti agama-agama lain. Sekadar kepercayaan, dan tidak dianggap sebagai sistem hidup. Faktor faktor : ● Masyarakat yang tidak tetap pendirian dan mempunyai prinsip hidup yang goyah. ● Masing-masing mendakwa ada dalil (golongan menolak politik, menolak kewajipan berjemaah, menolak undang-undang Islam).


54 | M O D U L U S R A H Kita perlu sentiasa berusaha memperbaiki diri dan amalan meski kini berada pada kelompok umat akhir zaman kerana, وُل ا َّّللِ ُ ْرةَ قا َل قا َل رس ي َ ُر أيب ه ْ َن َص ع لَّ ُ ى ا َّّلل َ َس و ِ ه ْ لي َ ع َ لَّم ُ ُود ع َ ي َ َس ا، و ً ِريب ُ غَ َالم ْ ََدأَ اْلس ب ِ ء َ ِب َ ُر ْلغ ِ ََب ل ا، فَطُو ً ِريب ََدأَ غَ كما ب Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasing." (HR Muslim No: 208) Status: Hadis Sahih CADANGAN PELAKSANAAN USRAH LOKASI : Bilik tv / Pitar / Kelas MASA : Bebas 1. Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah. 2. Nuqaba memulakan usrah dengan mengemukakan dalil hadis. 3. Meneruskan sesi usrah bersama ahli usrah mengenai perbincangan mengenai penerangan hadis. 4. Nuqaba menyampaikan pengisian tajuk usrah. 5. Nuqaba meminta ahli usrah menyenaraikan contoh situasi akhir zaman kini. 6. Nuqaba meminta ahli usrah memberi cadangan peranan pemuda kini dalam menghadapi dunia akhir zaman. 7. Memastikan ahli usrah mengisi GF kehadiran. 8. Majlis ditutup dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al Asr.


Click to View FlipBook Version