Az-Zahra SMKA (P) ALAWIYAH KANGAR PADA TAHUN 2023 MAJALAH TAHUN KEHILANGAN PERMATA - PERMATA SMKA (P) ALAWIYAH KANGAR AKHIRNYA NUSAIBAH JUARA HARI SUKAN ANUGERAH DUTA DIRANGKUL OLEH SMKA (P) ALAWIYAH KANGAR
PENGENALAN ISI KANDUNGAN KEJAYAAN DIARI & KOKURIKULUM 01 03 05 02 04 PERUTUSAN GURU & STAF ALBUM 06 KARYA 07
Sekolah kami ceria wajahnya Kasih abadi tersemat di hati Kami pelajar-pelajar puteri Menuntut ilmu dunia ukhrawi Al-Quran menjadi panduan Nabi Muhammad jadi teladan Beriman berilmu bertaqwa Inilah visi sekolah kami Cemerlang dunia cemerlang akhirat Inilah matlamat SMKAP Akhlak mulia kami hayati Semoga Allah akan berkati LAGU SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera VISI SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara MISI SEKOLAH ILMU ASAS TAKWA
AHLI JAWATANKUASA : PN NOOR AZIZAH BT HARUN PN HARIZAHWATI BT ARIS EN FAKHRUDDIN B YAALI PN ANIS ZULAIKHA BT BASRAH PN NORAMANINA BT RAHIBUN EN AFFAN BIN YUSOB EN MOHD FAUZAN BIN ROMLI PENGERUSI NAIB PENGERUSI II NAIB PENGERUSI IV PN HAJAH SHAKIRAH BT AHMAD PN NADIAH BT YUNOS PN ROHANA BT MAT EN HISHAMUDIN B HASHIM PN NORHAYATI BT MOKHTAR PN SITI SAUDAH BT HARON NAIB PENGERUSI I NAIB PENGERUSI III PENYELARAS Sidang Redaksi PENOLONG SETIAUSAHA EN ABDIL WAFFI B ABDUL HALIM PN FAUZIAH BINTI PAUZERI SETIAUSAHA
Dear Readers, Welcome to the latest edition of our school magazine, encapsulating the vibrancy and diversity of our school community throughout the years 2023 and 2024. It is with great pleasure and pride that we present to you this collection of stories, achievements, and reflections that define our shared journey. In the past two years, our school has continued to thrive despite the challenges that have come our way. We have witnessed moments of triumph, growth, and resilience that serve as a testament to the strength of our collective spirit. Through academic pursuits, artistic endeavors, athletic achievements, and community engagement, our students, and staff have demonstrated unwavering dedication and passion. As we reflect on the past and look forward to the future, it is clear that our school is not just a place of learning, but a community of support, inspiration, and collaboration. Within these pages, you will find a tapestry of experiences – each thread contributing to the rich fabric of our school culture. As we turn the page to a new chapter, I am filled with optimism for the possibilities that lie ahead. Our school community is brimming with talent, creativity, and potential, and I have no doubt that we will continue to achieve great things together. I extend my deepest gratitude to all the contributors, editor, and advisors who have poured their time and energy into making this magazine a reality. Your dedication and passion shine through in every page, and it is thanks to your efforts that we are able to showcase the best of our school community. To our readers, I invite you to immerse yourselves in the stories within these pages – to celebrate the achievements, to empathize with the challenges, and to find inspiration in the journey of our school community. May this magazine serve as a reminder of the strength, resilience, and unity that define us. Thank you for being part of our school's story. Sincerely, SIDANG REDAKSI AZ - ZAHRA 2023/2024 25 JANUARY 2024 FROM THE EDITOR NURULHUDA DINA NORHAMIZI THE ONE AND ONLY: YOUR LOVELY YET SWAGGY EDITOR : ) HudaDina
02 | PERUTUSAN
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Sesungguhnya, tahun 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut kita sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada. Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID-19, KPM telah memberikan komitmen penuh dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam silibus pendidikan. Malah KPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensi untuk merapatkan kesenjangan yang sedia ada. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri. Tidak dilupakan buat keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, saya utuskan ucapan takziah sekudusnya. Landasan sistem pendidikan yang kita warisi pada hari ini telah pun melalui siri- siri pemurnian. Namun kita tidak boleh kompromi dalam memastikan tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru, pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat pelaksanaan. Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar a r g a pendidikan terus istiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta melahirkan anak bangsa yang tinggi sopan dan susilanya, mulia pekertinya serta halus adab santunnya. Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan negara. Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya. Makanya, proses pencarian pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak. Ekosisten harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitra dan negara sejahtera adalah aspirasi yang akan mengangkat darjat kemuliaan (karamah insaniah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan murid-murid keseluruhannya. Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemik dalam keresahan tantangan ekonomi serta kos sara hidup yang menekan memerlukan sarwa pandang yang merentas zaman serta kalis masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menempuh cabaran mendatang sebagai satu pasukan warga pendidikan yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi yang telah berusaha merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepada rakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kash seluhurnya kerana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya. "MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA" YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik. Saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan bagi mencoret sepatah dua kata dalam majalah sekolah tahun ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah ini. Sesungguhnya usaha warga sekolah dalam merakamkan pelbagai peristiwa penting sepanjang tahun termasuklah informasi menarik yang lain membuktikan komitmen dan kerjasama padu semua dalam memberikan yang terbaik. Pendidikan menuntut penglibatan aktif semua pihak bagi memastikan potensi murid dapat dibangunkan selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembangunan dari aspek akademik serta akhlak, adab dan integriti berlandaskan konsep Karamah Insaniah adalah penting bagi memastikan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dapat dilahirkan dalam usaha membangunkan Malaysia Madani. Kebersamaan semua guru dan warga sekolah dalam menyediakan pendidikan berkualiti termasuklah memastikan peluang pendidikan dapat dinikmati oleh semua tanpa mengira status sosioekonomi mahupun keupayaan bagi mengelakkan sebarang keciciran amatlah saya hargai. Keterbukaan serta penglibatan aktif ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dalam sama-sama memacu kecemerlangan pendidikan negara juga menunjukkan bahawa peranan pembinaan negara tercinta ini adalah tanggungjawab semua sepertimana ungkapan 'it takes a village to raise a child. Akhir kata, syabas sekali lagi atas penerbitan majalah sekolah ini dan semoga segala gerak kerja yang dimainkan oleh semua pihak membawa kecemerlangan dan kesejahteraan kepada murid, warga pendidik, sekolah dan negara amnya. DATUK HAJI PKHARUDDIN BIN HAJI GHAZALI
YANG DIPERTUA PIBG SMKA(P) ALAWIYAH Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan majalah Az-Zahra secara maya pada kali ini. Terima kasih juga kerana memberikan peluang untuk saya melakarkan kata alu ahaan. Tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi Az_Zahra 2023/2024. Kejayaan penerbitan Majalah Az-Zahra merupakan kesinambungan tradisi selama ini dan memberikan pengertian yang besar kerana menerusi Majalah Az_Zahra, kita dapat melakar pelbagai peristiwa suka duka dan kejayaan yang berjaya dilakar oleh SMKAP sepanjang tahun 2023/2024. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga SMKAP dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah terpuji. Permuafakatan antara ibu bapa dan guru yang dijelmakan melalui sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan tunjang penting melahirkan kejayaan anak anak Semangat kerjasama ini menyediakan landasan yang kukuh untuk anak anak meletakkan diri mereka bagi melakar kejayaan demi kejayaan. Sesungguhnya, kejayaan dan komitmen yang jitu ini mampu membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kecemerlangan anak anak sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Saya menyeru kepada semua pelajar agar sentiasa berusaha memperbaiki pencapaian diri dan berpegang teguh pada aku janji yang dilafazkan. Kegigihan serta ketabahan pelajar mampu membentuk modal insan yang mempunyai minda kelas pertama dan jati diri yang ampuh dalam mengharungi cabaran mendatang. Akhir kalam, saya mendoakan SMKA (P) Alawiyah, Kangar sentiasa memperoleh kejayaan, kecemerlangan dan keterbilangan. Mudah mudahan segala usaha kita akan diberkati dan dirahmati oleh ALLAH SWT. Semoga SMKAP terus berjaya menggapai bintang di langit dan terus bergemerlapan di persada. Anak anak yang dikasihi "Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenali kita namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenali kita". Sekian, terima kasih. YBHG. PROF MADYA DR. ABDUL JALIL BIN RAMLI
PENGETUA SMKA (P) ALAWIYAH Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu setinggi-tinggi tahniah kepada Sidang Redaksi AzZahra atas terbitnya majalah sekolah bagi tahun 2023/2024 sekaligus menyambung kesinambungan penerbitan majalah AzZahra. Proses pembikinan majalah ini menuntut masa dan kerahan tenaga dan minda yang bukan sedikit demi mendokumentasikan serta menyebarkan informasi kepada warga SMKA (P) Alawiyah Kangar. Tanpa kolaborasi semua, pasti majalah ini sukar untuk diterbitkan. Kejayaan masa depan negara bergantung pada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Modal insan yang ingin dilahirkan ini perlu memiliki ilmu pengetahuan, keimanan yang utuh, berbudaya kerja yang cemerlang dan memiliki jati diri yang mantap Sehubungan dengan itu, sekolah mempunyai tugas yang besar bagi memastikan hasrat murni negara dapat direalisasikan. Kepada para guru, sekalung tahniah dan rantaian penghargaan saya berikan kerana berjaya memimpin tangan anak anak di sekolah tercinta ini ke arah kejayaan. Kita bukan sahaja ingin menjadikan anak-anak cemerlang akademik tetapi cemerlang sahsiah, peribadi dan mempunyai jati diri yang utuh lagi kental untuk berhadapan dengan arus globalisasi masa ini. Tiada kata secantik bahasa untuk menyusun kata-kata, tiada gambar secantik lukisan untuk saya gambarkan perasaan. Dengan ingatan tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam saya berdoa semoga kita semua sentiasa diberkati dan memperoleh kekuatan untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab dalam merealisasikan kejayaan anak didik dengan penuh ikhlas iltizam dan komitmen. Akhirulkalam, kepada seluruh warga SMKA (P) Alawiyah Kangar, semoga kita bersama-sama bagai aur dengan tebing untuk meneruskan usaha murni dalam memartabatkan nama sekolah bukan sahaja di negeri Perlis malah di seluruh negara. Insya-Allah misi dan visi kita tercapai suatu hari nanti. Sekian, terima kasih. HAJAH SHAKIRAH BINTI AHMAD
Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah rahmat dan kurnia-Nya dapat pihak sekolah dan sidang redaksi majalah menerbitkan Majalah Az-Zahra ini. Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sidang redaksi majalah yang membenarkan dan meninggalkan ruang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada pihak sekolah yang bertungkus lumus menjaga kebajikan warga SMKAP. Tidak lupa juga,pengorbanan dan jasa guruguru SMKAP yang sentiasa menabur bakti demi anak didik yang disayangi. Sepanjang lima tahun saya berada di sini,banyak pengalaman manis yang tercipta. Para guru yang tidak lokek mencurahkan ilmu dan kawan-kawan yang sentiasa ada ketika susah dan senang. Di SMKAP, saya bukan sahaja belajar ilmu daripada buku sahaja, tetapi ilmu kehidupan juga turut saya perolehi. Kepada semua srikandi SMKAP, ayuhlah kita teruskan berusaha dan berjuang untuk menuntut ilmu dan menjadi yang terbaik. Sesungguhnya, dalam menyusun blok-blok kehidupan yang penuh cabaran, sentiasa diingatkan agar memperkasakan dada dengan ilmu pengetahuan, memperteguhkan diri dengan nilai dan mememenuhi rohani dengan akhlak. Jangan tunduk dan berserah kepada fatamorgana dan arus globalisasi yang penuh cabaran ini. Akhir kata, manfaatkanlah masa dengan sebaik-baiknya dan penuhilah diri dengan bekalan ke akhirat. Dipetik dari pepatah Arab berbunyi “masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ianya akan memotong kita”. Ditegaskan, janganlah kita menjadi golongan orang-orang yang rugi seperti yang digambarkan dalam Surah Al-Asr dan manfaatkanlah masa dengan sewajarnya. InsyaAllah kejayaan itu milik kita semua. Sekian, terima kasih. MADIHAH BINTI MOHIDING KETUA PELAJAR SMKA (P) ALAWIYAH
04 | GURU & STAF
PENGETUA SMKA (P) ALAWIYAH PN HAJAH SHAKIRAH BT AHMAD KEJAYAAN :
DIARI BELIAU :
DARI KIRI KE KANAN BARISAN PERTAMA EN ZUBIR EN ROZAIDI EN ABDIL WAFFI EN AFFAN EN FAUZAN EN MUIZ EN RUZAIMI EN KHAIRIL AZMIR EN HISHAMUDIN PN HAJAH SHAKIRAH PN ROHANA PN NADIAH PN ZAINAH PN ISMANEZA PN BASYIRULMAZNI PN SITI SAUDAH PN KU NURULHUDA PN AIZATUL FITRAH . BARISAN KEDUA PN NURULNAJHA CIK NURULHANA PN NIK ZAKIAH PN JULYLA PN MAZUHA PN SYAZA PN SYAREZUANA PN NAZWA PN AZIZAH PN NOORAMANINA CIK ISMAWATI PN NOOREMIRA CIK NURUL AINI PN NORRAFIDAH PN AFIZA PN SITI ROFIDAH PN ISMAIZAH PN NURUL AINI PN SITI ARIPAH PN KU IRNIE . BARISAN KETIGA PN HARIZAHWATI PN SITI NURATHIKAH PN SHARINA PN LIYANA PN NORASYIKIN PN ASMALINA PN WAN KARTINI PN ANIS PN SYAZWANI PN RAHAYU PN NORHAPIZA PN ROZITA PN JISMAWATI PN ISNIYATI PN NURMINAZURA CIK NUR FATHIAH PN NASYRAH PN ATHIKAH . GURU
DARI KIRI KE KANAN BARISAN PERTAMA EN JUZAILI EN FAKHRUDDIN PN HAJAH SHAKIRAH PN NORHAYATI EN ZAINUDDIN . BARISAN KEDUA PN SITI ARIPAH PN ISMANEZA PN NURUL SYAFIQA PN HARIZAHWATI . GURU TINGKATAN 6 BIDANG KEMANUSIAAN DARI KIRI KE KANAN BARISAN PERTAMA PN ASMALINA EN KHAIRIL AZMIR PN HAJAH SHAKIRAH PN ROHANA PN MAZUHA PN JULYLA BARISAN KEDUA PN SITI NURATHIKAH PN WAN KARTINI PN AFIZA PN SYAZWANI
BIDANG BAHASA DARI KIRI KE KANAN BARISAN PERTAMA EN ABDIL WAFFI EN HISHAMUDIN PN ROHANA PN HAJAH SHAKIRAH PN NADIAH PN SITI SAUDAH PN JULYLA . BARISAN KEDUA PN NURMINAZURA PN ISMAIZAH PN AFIZA PN NOOREMIRA PN RAHAYU PN NORRAFIDAH PN JISMAWATI PN MARLIDAWATI PN ANIS BIDANG PENDIDIKAN ISLAM DARI KIRI KE KANAN BARISAN PERTAMA EN MUIZ EN AFFAN EN HISHAMUDIN PN HAJAH SHAKIRAH PN NADIAH PN ZAINAH PN SITI ARIPAH PN AIZATUL FITRAH . BARISAN KEDUA PN NORASYIKIN PN SYAZWANI PN NURULHANA PN AZIZAH PN NORHAPIZA PN NURUL AINI PN SITI ROFIDAH PN LIYANA CIK NUR FATHIAH PN NURATHIKAH
DARI KIRI KE KANAN BARISAN PERTAMA EN ZUBIR EN ROZAIDI EN HISHAMUDIN PN HAJAH SHAKIRAH PN ROHANA PN NADIAH PN BASYIRULMAZNI PN ISNIYATI . BARISAN KEDUA PN KU NURULHUDA PN NURUL AINI PN NIK ZAKIAH PN SYAZA CIK ISMAWATI PN NAZWA PN KU IRNIE PN SHARINA PN NASYRAH BIDANG MATEMATIK DAN SAINS BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL DARI KIRI KE KANAN BARISAN PERTAMA EN FAUZAN EN HISHAMUDIN PN ROHANA PN HAJAH SHAKIRAH PN NADIAH PN ISMANEZA . BARISAN KEDUA PN ASMALINA PN SYAZA PN NOORAMANINA PN ROZITA PN SYAREZUANA PN ATHIKAH
DARI KIRI KE KANAN BARISAN PERTAMA EN ZAM ZAIDI PN NADIAH PN ROHANA PN HAJAH SHAKIRAH EN HISHAMUDIN PN NORHAYATI EN HAZIZI . BARISAN KEDUA PN NORMA PN ROHAYA PN HAMINA PN ROSHANIZA PN RUSMIZA PN NORYOMHASLINDA PN AJISMA PN ROSMINA PN SITI PN NURULFARAHIN PN NOOR . STAF
03 | KEJAYAAN
ANALISIS KESELURUHAN SPM 2022 SMKA(P) ALAWIYAH
PELAJAR TERBAIK SPM NAMA: MAISARAH HANNANI BINTI MOHAMAD ZAHIR ALAMAT: NO 14, JALAN PERMATA 5, TAMAN HARMONI, 01000, KANGAR, PERLIS PENDIDIKAN: SK UTAN AJI SMK AGAMA (P) ALAWIYAH, KANGAR AKADEMIK: UPSR - 3A 3B PT3 - TIADA SPM - 7A+ 2A 1AMELANJUTKAN PELAJARAN KE MANA : IPG KAMPUS DARULAMAN NAMA: AININ MAISARAH BINTI ZAHIDE ALAMAT: KAMPUNG ALOR LANCHANG, JEJAWI, 02600 ARAU, PERLIS PENDIDIKAN: SRI AT-TAQWA SMK AGAMA (P) ALAWIYAH AKADEMIK: UPSR: 4A 2B SPM: 10A+ 1AMELANJUTKAN PELAJARAN KE MANA: KPM AYER MOLEK - FOUNDATION IN ACCOUNTANCY (FIA) - ACCA
PELAJAR TERBAIK SPM NAMA: AFWA IRFANI BINTI ARPAN ALAMAT: NO.15, JALAN DESA KAYANG 3, TAMAN DESA KAYANG, 01000 KANGAR, PERLIS. PENDIDIKAN: -SK SERI INDERA -SMKAP AKADEMIK: UPSR: 2A 4B PT3:- SPM: 2A+ 6A 3AMELANJUTKAN PELAJARAN KE: KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR NAMA:NURUL ALYA FARIHAH BINTI ROSKIFZAN ALAMAT:NO 16 TAMAN MUTIARA INDAH 06000 JITRA, KEDAH PENDIDIKAN: SK DATO WAN KEMARA SMKAP AKADEMIK: UPSR 4A 2B PT3 - SPM 10A 1C MELANJUTKAN PELAJARAN KE MANA : UUM SINTOK (ASASI PENGURUSAN)
PELAJAR TERBAIK SPM NAMA: NURATIKAH BINTI ARIS ALAMAT: B 304 KM8.5, JALAN PADANG MELANGIT, 02400 KANGAR, PERLIS PENDIDIKAN: TADIKA KEMAS SENA RENDANG, PDG MELANGIT SK PADANG MELANGIT SMKAP AKADEMIK: UPSR: 4A 2B PT3: TIADA SPM: 10A MELANJUTKAN PELAJARAN KE : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) NAMA: NUR ALIA SAFRINA BINTI ABDUL HADI ALAMAT: NO 14, LORONG 1,TAMAN SERI BINTONG MAJU,01000,KANGAR,PERLIS PENDIDIKAN: SK PANGGAU SMKAP AKADEMIK: UPSR - 5A 1B PT3 - TIADA SPM - 10A 1B (6A+,3A,1A-,1B) MELANJUTKAN PELAJARAN KE : IPG KAMPUS DARULAMAN JITRA
PELAJAR TERBAIK SPM NAMA: NURUL HUMAIRA BINTI MOHD FADZIL ALAMAT: KM 28 JALAN PADANG BESAR (U), 02100, PERLIS PENDIDIKAN: SK TITI TINGGI SMKA PEREMPUAN AKADEMIK: UPSR : 4A 2B SPM : 10A 1B MELANJUTKAN PELAJARAN KE: IPG KAMPUS DARULAMAN NAMA: NURUL HUWAINA BINTI MOHD FADZIL ALAMAT: KM 28 JALAN PADANG BESAR, 02100, PADANG BESAR (U), PERLIS. PENDIDIKAN: SK TITI TINGGI SMKAP AKADEMIK: UPSR - 4A2B PT3 - SPM - 10A1C MELANJUTKAN PELAJARAN KE : UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
PELAJAR TERBAIK SPM NAMA: NUR FAHIMAH BINTI MOHAMAD FADHILI ALAMAT: NO.2 JALAN MESRA, TAMAN MESRA 02600 JEJAWI, ARAU, PERLIS. PENDIDIKAN: - SK JEJAWI - SMKAP AKADEMIK: UPSR (5A) SPM (10A) MELANJUTKAN PELAJARAN KE MANA : UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA NAMA: AUNIEL FIRZANA BINTI MOHAMAD ASRI ALAMAT: N0.12, JALAN SEJAHTERA 6, TAMAN SEJAHTERA, 02000, KUALA PERLIS, PERLIS PENDIDIKAN: SMKAP AKADEMIK: SPM MELANJUTKAN PELAJARAN KE MANA: IPG KAMPUS DARULAMAN
PELAJAR TERBAIK SPM NAMA: DURRATUL IMAN BINTI MUSTAPHA ALAMAT: B38, BATU 4 1/4, KAMPUNG PADANG PAUH, JALAN KAKI BUKIT, 01000, KANGAR, PERLIS. PENDIDIKAN: SEK RENDAH AGAMA AT-TARBIYYAH ALISLAMIYYAH (SRAATI) SEK MEN KEB AGAMA PEREMPUAN ALAWIYAH (SMKAP) AKADEMIK: UPSR : 5A 1B SPM : 10A 1B MELANJUTKAN PELAJARAN KE : CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IIUM, GAMBANG, PAHANG (CFS) NAMA: FATHIRAH HUMAIRA BT MARSHIDI ALAMAT: NO. 21,JALAN 4 ,TAMAN PAUH INDAH,02600,ARAU PERLIS PENDIDIKAN: SK PAUH SMKAP AKADEMIK: UPSR : 5A 1B PT3 : - SPM : 3A+ 5A 2A- 1C+ MELANJUTKAN PELAJARAN KE: IPG KAMPUS TUANKU BAINUN,PENANG
PELAJAR TERBAIK SPM NAMA: NUR AALIYA MAISARAH BINTI ISHAK ALAMAT: NO. 20 JALAN MESRA 4 TAMAN MESRA JEJAWI 02600 ARAU, PERLIS PENDIDIKAN: SRI 1 SMKAP AKADEMIK: UPSR - 5A 1B SPM - 10A 1B MELANJUTKAN PELAJARAN KE KOLEJ MATRIKULASI PERLIS NAMA:NUR FATIHAH BINTI RITHAUDDIN ALAMAT:NO.4,JALAN SATU, TAMAN BINTONG PERTAMA,01000,KANGAR,PERLIS PENDIDIKAN: SK BINTONG SMKAP AKADEMIK: UPSR SPM MELANJUTKAN PELAJARAN KE : IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN
ANALISIS KESELURUHAN STPM 2022
PELAJAR TERBAIK STPM NUR SHAZRIN SHIZRA BINTI MD ISA ALAMAT: NO.10, KAMPUNG PADANG MAWA, JALAN PADANG BESAR 02100, PADANG BESAR (U) PERLIS PENDIDIKAN: SEKOLAH RENDAH ISLAM 2 SMK RAJA PUAN MUDA TENGKU FAUZIAH SMK AGAMA (P) ALAWIYAH, KANGAR, PERLIS AKADEMIK PT3 6A 1B 1C 1D SPM 4A 2A- 2B STPM 4A MELANJUTKAN PELAJARAN KE: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (IJAZAH SARJANA MUDA SATERA DENGAN PENDIDIKAN (PENGAJIAN BAHASA MELAYU)
PELAJAR TERBAIK STPM SURAYA BINTI MOHD FAZLI ALAMAT: NO.19, LORONG 04, KG PENARAK, KUAH LANGKAWI, KEDAH. PENDIDIKAN: SK PADANG BESAR SELATAN SMA AL-MADRASAH AL-ALAWIYAH AD-DINIAH ARAU, PERLIS SMK AGAMA (P) ALAWIYAH, KANGAR, PERLIS AKADEMIK PT3 8A 2B 3C SPM 5A 5B 1C STPM 4A MELANJUTKAN PELAJARAN KE: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ( BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
PELAJAR TERBAIK STPM SITI NAZIHAH BINTI SAHARIZAL ALAMAT: NO.43, LORONG SERI SEROJA 1, KG UTAN BULOH, JEJAWI DALAM, ARAU PERLIS. PENDIDIKAN: SEKOLAH RENDAH SRI AL-FURQAN SMK RAJA PUAN MUDA TENGKU FAUZIAH SMK AGAMA (P) ALAWIYAH, KANGAR, PERLIS AKADEMIK PT3 7A 2B 1C 1E SPM 7A 1B STPM 3.83 MELANJUTKAN PELAJARAN KE: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ( PENDIDIKAN ISLAM)
PELAJAR TERBAIK STPM NUR SYASYA DAMIA BINTI MOHD TARMIZI ALAMAT: NO.12, LORONG PUTRA 3, TAMAN DESA PUTRA, KANGAR, PERLIS PENDIDIKAN: SEKOLAH RENDAH TENGKU BUDRIAH SMK AGAMA (P) ALAWIYAH, KANGAR, PERLIS KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (2021-2022) SMK AGAMA (P) ALAWIYAH, KANGAR (JAN-APRIL 2023) AKADEMIK PT3 6A SPM 7A STPM 3.92 MELANJUTKAN PELAJARAN KE: UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ( PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA))
05 | DIARI & KOKURIKULUM
Selamat kembali ke sekolah Anak Baik Ceria Tanam azam setinggi langit, terus melangkah ke hadapan.
Ahlan wasahlan... Pelajar Ting. 1 dan pelajar baharu Ting. 4. Kami warga SMKAP mengalu-alukan kehadiran anda semua sebagai sebahagian daripada keluarga besar Smkap Alawiyah .
Verifikasi DUTA 2022 peringkat kebangsaan
Hari terakhir orientasi tingkatan 1
Semarak Ramadhan Smkap Alawiyah.
Syabas wartawan cilik TvPss Alawiyah Auni Humaira Aswazir. Bersiaran bersama Tn. Pengarah Pendidikan Perlis di #09juniornews.
Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya' Ramadhan 1444H. "Mengukuh Iman Menyubur Takwa". Semoga Allah terima segala amal ibadah di bulan barakah ini.
Pengambilan ke-2 pelajar tingkatan 1
3 dalam 1, sederhana tetapi penuh bermakna. Majis Pelancaran Program Imtiaz, Program Guru Penyayang dan Program Mentor Mentee 2023. Cikgu sentiasa ada untuk anak-anak Smkap Alawiyah.
Majlis Pentauliahan dan Pelantikan Pemimpin Pelajar, Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Naqibat Badar, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Asrama dan Pengawas Ting. 6. Semoga pemimpin kecil ini mampu menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik-baiknya
MITC Melaka, Smkap Alawiyah mendapat jemputan sebagai pempamer oleh Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan, KPM. Satu pengiktirafan buat sekolah kecil yang ingin memartabatkan pendigitalan dalam dunia pendidikan. Smkap Alawiyah akan berkampung bermula 14 - 17 Mei di MITC sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan dengan membawa Misi AI. Terima kasih kepada PK1, Cikgu Rohana, Cikgu Khairil dan Cikgu Athikah bersama-sama dengan 4 duta kecil SMKAP.
Berita gembira dari MITC, Melaka. Tahniah dan syabas buat Cikgu Khairilazmir Ahmad atas Anugerah Ikon Guru Teknologi Pendidikan Digital sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023. Semoga menjadi inspirasi buat semua rakan seperjuangan.
Sambutan Hari Guru Raya Smkap Alawiyah. Terima kasih kepada semua guru dan warga smkap yang merealisasikan program kita pada hari ini. Tak lupa juga buat tetamu jemputan yang sama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri 1444h. "Murid Ceria Guru Gembira Sekolah Sejahtera". Bersama haruman kuntuman bunga daisy dan lily didatangkan khas dari Cameron Highlands. Terima kasih Cikgu Siti Saudah
Alhamdulillah... Dengan izin Allah, Smkap Alawiyah masih lagi mengekalkan kedudukan tempat ke-3 negeri bagi SPM 2022. Untuk makluman GPS bagi keputusan SPM 2022 ialah 2.70 meningkat daripada tahun lepas sebanyak 0.13. GPMP bagi mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Bahasa Arab, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, PQS dan PSI juga meningkat. Selain itu, bilangan pelajar yang mendapat 11A seramai 3 orang calon,10A seramai 12 orang calon,9A seramai 15 orang calon, 8A seramai 10 orang calon dan 7A 15 orang. Bilangan semua A seramai 5 orang. Tahniah #Bellatrix Semoga istiqamah membawa agama ke seluruh pelusuk alam. Tahniah utk yang berjaya juga yang masih tertangguh lagi kejayaannya. First step does’nt matter.