10 JUN, Alhamdulillah berlangsung dengan jayanya satu lagi agenda besar sekolah, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43. Walaupun pada awalnya, hujan rahmat membasahi bumi wakaf ini, perasmi, Tuan Haji Marzukhi bin Othman, Pengarah Urusan Dibuk Sdn Bhd tetap teruja untuk bersama-sama dengan warga sekolah dan ibu bapa yang hadir. YDP PIBG, Profesor Madya Dr. Abdul Jalil bin Romli juga memberikan komitmen padu bersiaran dari Mekah AlMukarramah. Semoga mendapat haji mabrur. Mesyuarat berjalan dengan penuh berhemah dan mencapai kata sepakat. Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Tahniah kepada semua ajk yang dilantik untuk menggalas amanah bagi sesi 2023/2024. Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis pada pagi ini. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran.
12 JUN | Pelancaran Bulan Bahasa dan NILAM Peringkat Sekolah. Tahniah buat pengawas pusat sumber yang berjaya mengemudi program hari ini dengan jayanya di bawah seliaan Cikgu Mira dan Panitia Bahasa.
12 JUN | Dapat 'green light' terus onnzzz... Latihan merentas desa. Rindu sangat dah pakat nak berlari. Alhamdulillah, semua selamat sampai ke sekolah.
18 JUN | Majlis Graduasi SPM dan STPM 2022. Hotel Putra Regency. Tahniah dan syabas buat semua pelajar. Setelah lima tahun penat lelah anda lalui, anda bakal melakar sejarah hidup. Gunakan senjata pena kalian untuk mendapat kejayaan pada masa hadapan. Langkahlah dengan penuh gagah tanpa menyerah kalah. Semoga kejayaan menjadi milik anda. Amin. Terima kasih yang tidak terhingga buat tenaga kerja yang telah merealisasikan majlis pada hari ini dengan cemerlang. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran.
20 JUN | Selasa, Kejohanan Merentas Desa 2023. Rumah Kuning(Saidatina Nusaibah) muncul JOHAN. Syabas dan tahniah. Adat bertanding, rumah lain jangan patah semangat. Kejohanan olahraga dan balapan kita pulun lagi. Dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua, kita semua adalah JUARA.
21JUN | Rabu, Debat Bahasa Inggeris peringkat Negeri Perlis. TAHNIAH dan SYABAS buat team Smkap Alawiyah merangkul NAIB JUARA. Bertemu dengan SM Sains Tuanku Syed Putra di peringkat akhir.
24 JUN | Sabtu - Bengkel fizik pagi ni di surau Al Istiqamah - Bengkel Sains sesi 1 pagi ni. Groupwork - Gotong-royong Lestari - Kejohanan Pencak Silat - Kem PPIM di pusat koko jpn - GPI, program bersama SPI. Inilah dunia pendidikan. Semoga Allah mudahkan semua urusan warga Smkap Alawiyah.
Smkap Alawiyah direzekikan dengan berita gembira bertalu-talu di awal minggu. Alhamdulillah... 1. KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN SILAT PEMILIHAN SUKMA 2024 1 EMAS 2 PERAK 1 GANGSA 2. Forum Remaja Sekolah mndapat tempat PERTAMA dari 11 buah sekolah dan pengerusi terbaik - Afrina Amir 3. Tempat ke-4 dari 12 buah sekolah Program Jom Sihat Doktor Muda. Tahniah buat semua peserta yang terlibat dan guru pembimbing yang hebat.
3 Julai | Isnin Selamat bersara buat Pn. Rohaya binti Baharum dan Pn. Ajisma binti Mahmud. Sesungguhnya kalian telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan sangat memudahkan urusan kami warga Smkap Alawiyah. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan meneruskan kehidupan dengan lebih bahagia bersama keluarga tercinta.
4 Julai | Selasa Jamuan Aidul Adha. Semua bentuk sumbangan adalah ikhlas daripada guru-guru dan staf sekolah. Venue memasak bersama komuniti di Kampung Chemumar. Air tangan cikgu untuk anak didik. We are family. Terima kasih semua yang telah menjayakan majlis rewang dan jamuan pada hari ini. Semoga Allah mengangkat sebagai satu ibadah
Tahniah dan syabas buat penerima Anugerah Yayasan Tuanku Syed Putra bagi pelajar cemerlang SPM 2022. Penerima Anugerah Cemerlang - Ainin Maisarah binti Zahide Penerima Anugerah Khas - Maisarah Hannani binti Mohamad Zahir - Nurul Batrisyia binti Roslizan - Afwa Irfani binti Arpan - Auniel Firzana binti Mohamad Asri 16
Di tempat dan dewan yang sama, Auditorium BSTP Bukit Kiara, Kuala Lumpur, mengulangi kejayaan manis 2017, Naib Johan Anugerah Pembestarian Sekolah peringkat Kebangsaan. Namun hari ini, 11 Julai 2023 dengan izin-Nya, Smkap Alawiyah membawa pulang trofi dan hadiah bernilai RM6000 bagi JOHAN Anugerah Khas DUTA 2022 peringkat kebangsaan. Hikmah PKP dan #smkapgodigital serta gabungan ramuan secukup rasa daripada semua pihak, pentadbir, guru-guru, pelajar, PIBG, SSTP, JPNPs, serta komuniti telah merealisasikan impian kita bersama. Memartabatkan pendigitalan sekolah untuk melahirkan anak-anak yang cakna dan bijak ICT. Tahniah dan syabas serta terima kasih semua. We unite as family. #smkapgodigital #smkapdihati
Tahniah dan syabas buat penerima APC bagi tahun 2022. Bersongket ayu semuanya. Cikgu Harizahwati, Ustazah Azizah, Cikgu Syaza, Cikgu Ku Erni, Ustazah Syikin, Cikgu Zubir dan Pn. Nurul, terus istiqamah berkhidmat untuk negara kerana Allah.
13 Julai | Khamis Warga Smkap Alawiyah mengalu-alukan kehadiran rombongan dari SK Arau, Perlis diketuai oleh Tn Guru Besar, Cikgu Nadzari sempena lawatan penanda aras berfokus kepada pengurusan kurikulum, kokurikulum, Hem dan pentadbiran. Nampaknya berchemistry dua-dua sekolah bertema ungu hari ini. Yang baik bawak balik, yang tak elok tinggallah di pintu pagar sebelum balik. Semoga ukhwah yang terjalin berpanjangan untuk kecemerlangan anak-anak di Perlis khususnya.
13 Julai 2023 | Majlis Penyerahan Keputusan STPM KOHORT 2022 Ahamdulillah Smkap Alawiyah masih mengekalkan tempat pertama STPM peringkat Negeri Perlis dengan Gred purata STPM 3.26. Seramai 35 calon telah menduduki peperiksaan, 21 calon mendapat pointer 3.00 ke atas manakala 14 calon mendapat pointer 3.00 ke bawah. Smkap mencatat kejayaan apabila 2 calon pelajar yg mendapat PNGK 4.00 /4 flat. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan guru-guru terutama barisan pendidik Tingkatan 6 atas kejayaan ini.
17 Julai | Day 1, Kejohanan olahraga kali ke-10, kami jelajah satu Perlis dengan semangat kesukanan. Tahun ini rezeki dengan Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UiTM Arau. Terima kasih....
18 Julai | Day 2, Kejohanan olahraga kali ke-10, meriah cara kami, Alhamdulillah....
21 - 22 Julai | Qiyamullail Imtiaz 3, Inapan Desa Permai, Bintong.
22 Julai | Rehlah Tenang Jiwa SPM 2023, Denai Larian Pengkalan Asam. Healing-healing tepi sungai....
25 Julai | Warga Smkap Alawiyah mengalu-alukan kunjungan Majlis Pengetua dan Guru Besar SABK SMKA Negeri Kedah. Tetamu hadir membawa rezeki dan rahmat. Semoga kehadiran tuan/puan memberi manfaat bersama.
Alhamdulillah, Smkap Alawiyah layak ke SEPARUH AKHIR setelah berhempas pulas menjinakkan SMK Syed Hassan. Sama-sama kita berikan sokongan padu kepada anakanak. Tahniah buat team bola jaring. Kalian sudah menang.
Alhamdulillah.. Haza Min Fadli Rabbi... We Are The Champion. Keputusan Kejohanan Bola Jaring MSSPs 2023, Smkap Alawiyah mengungguli kedua-dua kategori. JOHAN B15 & JOHAN B18. History was making. Tahniah dan syabas buat semua pemain, semua Jurulatih, pengurus dan guru pengiring (Cikgu Lailey Ali, Cikgu Syaza Khalil, Cikgu Julyla Yahya, Cikgu Nooremira Miz Emie dan Cikgu Norhapiza Mat Isa ) yang tersangat komited. Anda semua adalah srikandi pewaris semangat Sumayyah, Siti Fatimah, Umi Kalthum, Siti Aisyah, Siti Khadijah, Zainab. Tak lupa buat kelab penyokong yang menceriakan hari ini. #thisissmkap
Karnival STEM 2023 1. Pertandingan Dron: Naib Johan dr 39 peserta 2. Pertandingan Talent Show: Tempat ke 4 dari 12 sekolah 3. Pertandingan bridge building: Tempat ke-5 dari 23 penyertaan 3/4 pertandingan berjaya mendapat tempat Tahniah dan terima kasih untuk semua peserta dan guru pembimbing: 1. Pertandingan Dron : Cikgu Ismawati Omar 2. Pertandingan Talent Show : Cikgu Nik Zakiah 3. Pertandingan Bridge Building : Cikgu Ku Irnie 4. Pertandingan Decathlon STEM : Cikgu Sharina. Terima kasih atas pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga..Allah saja yang dapat membalas jasa baik cikgu2
27 Julai | ALMAAD Kejohanan Catur MSSPs Bawah 15 *Johan*- Aisyah Nabilah ( 2S) *Naib Johan*- Alya Nur tasnim (3UK) Ke-7 - Siti Maryam (1UK) Bawah 18 Ke-16 : Siti Aisyah (5SA)
29 Julai | Sabtu, Gotong-royong SMKAP MADANI. Alhamdulillah, kita melakukan bukan kerana terpaksa, tetapi demi Allah kerana kita sayang sekolah kita. Terpancar keceriaan dan keseronokan di raut setiap ahli warga Smkap Alawiyah. Terima kasih yang tidak terhingga buat warga smkap yang awesome(guru, murid, staf, PIBG, ibu bapa, waris dan kakitangan kebersihan). Turut memeriahkan acara hari ni, abang-abang bomba, MPK dan SPI. Objektif tercapai. Semoga Allah membalas kerja buat kita hari ni dengan sebaik-baik ganjaran disisiNya. #thisissmkapalawiyah #wearefamily
29 Julai | SK LKTP Chuping, Kejohanan Merentas Desa MSSPs. Srikandi Smkap Alawiyah tidak mengecewakan di padang. TAHNIAH buat adik Nabihah binti Nukman, Tempat Ke-6 merentas desa negeri. SMKAP Alawiyah juga menduduki tempat ke-2 keseluruhan B15 manakala tempat ke-25 bagi B-18. Boleh dah tara tu, bagi sekolah yang tak ada padang. Terima kasih buat guru pengiring yang seharian bersama anak-anak di lapangan.
31 Julai | Isnin, Lawatan kerja Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBrs. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim diiringi oleh Tuan Pengarah Pendidikan Perlis, Cikgu Naharudeen Othman dan Timbalan Pengarah.
31 Julai | Hotel Putra Regency | Majlis Malam Sekalung Penghargaan Sejambak Budi Apresiasi SPM & STPM 2022. Alhamdulillah.... Haza Min Fadli Rabbi... Dengan IzinNya Smkap Alawiyah menuai hasil yang membanggakan STPM 2022 1. Anugerah Pusat Tingkatan Enam memperoleh peratus lulus 100% 2. MUET Terbaik 3. Peningkatan Gred Purata Sekolah GPS mengatasi PNGK Kebangsaan. 4. Ketua Panitia Negeri Bahasa Arab : Peningkatan Pencapaian Mata Pelajaran Lulus Penuh. SPM 2022 1. 100% Layak Sijil 2. Peningkatan Gred Purata Sekolah(GPS) 3. Ketua Panitia Negeri Bahasa Arab : Peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4. Ketua Panitia Negeri Pendidikan Seni Visual : Peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 5. Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual : 100% Lulus Mata Pelajaran.
KEJOHANAN MEMANAH MSSPs 2023 KEPUTUSAN KESELURUHAN INDIVIDU No. 3 : Huda (kutipan mata 1143 ) No. 4 : Awanis ( kutipan mata 814 ) Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan peserta yang telah bertungkus lumus memberikan yang terbaik dalam kejohanan kali ini
31 Julai - 3 Ogos | SSTP JPN Kelantan Berakhir sudah Kem Daie Pena Muda Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama 4 hari di SSTP, Kelantan.. Alhamdulillah, pelajar kita Nur Qatrunnada Binti Mohd Yusri telah berjaya memperoleh tempat kelima bagi Anugerah Karya Emas Bahasa Melayu kategori perempuan
7 Julai | Isnin | Pelancaran Bulan Kemerdekaan bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”
9 Julai | Gotong-royong Merdeka Semangat anak-anak merdeka menghias kelas masing-masing. Pelbagai idea direalisasikan. Lawan jangan tak lawan. Yang penting pakat-pakat bersatu hati demi negara dan sekolah tercinta.
8 - 10 Ogos | Kejohanan Tenis MSSPs.... Alhamdulillah Smkap Alawiyah bergemerlapan di mana-mana. Tahniah dan syabas buat adik Nur Alyaa Maisarah bt Effendy atas kejayaan merangkul tempat KETIGA Kejohanan Tenis MSSPs 2023 yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra. Terima kasih guru pengiring yang setia, Ustazah Athikah Shaari.
Pertandingan Bakat Pembangunan Memanah Traditional siri 2 Tarikh: 26 ogos 2023 Tempat: SMK Guar Nangka Peserta 1. Nurussyifa bt Ashraf 5z ( JOHAN ) 2. Nur'iffah bt Ashraf 1sk ( NAIB JOHAN ) 3. Nurunnajaah bt Ashraf 3z ( No. 8 ) Tahniah dan syabas buat anak-anak hebat ini. Kredit buat ayahanda mereka, En. Ashraf merangkap jurulatih peribadi. Semoga anak-anak hebat ini akan terus melakar kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah buat team bahas Smkap Alawiyah dan cikgu pembimbing, Cikgu Abdul Abdil Waffi. Menang kalah adat pertandingan. Yang penting usaha dan semangat untuk terus menang tahun depan.
6 September 2023 | Program Titian Kasih Sekolah-sekolah Menengah Parlimen Kangar Menjunjung Kasih Tuanku.... Raja dan rakyat berpisah tiada. Gambar-gambar sekitar program berlangsung
8 September 2023 | Jumaat Ahlan wasahlan SMK Seri Ampang, Ipoh Perak. Terima kasih kerana memilih Smkap Alawiyah untuk lawatan penanda aras terutamanya berkolaborasi dalam kemajuan koperasi sekolah. Kami bukanlah sekolah yang hebat, tetapi kami sentiasa bersatu hati menjadikan sekolahku syurgaku. Yang baik bawa balik, yang tak elok tinggalkan di pintu pagar sekolah. Semoga ukhwah yang terjalin terpahat indah di sanubari tetamu kami.
Alhamdulillah selesai pertandingan Kelab Program Pelancongan Pelajar (K3P) peringkat negeri Perlis. Syukur, Smkap Alawiyah mendapat Naib Johan daripada 15 buah sekolah yang menyertai. Tahniah dan syabas buat semua peserta Puteri Alia Batrisya Amri dan Naufa serta terima kasih kepada guru-guru pengiring Cg Syarezuana , Cg Athikah, Cg Nasyrah dan Usth Aini.
12 Sept. 2023 | Kejohanan Olahraga MSSPs | Stadium Mini SMK Syed Hassan Srikandi Smkap Alawiyah mencatat kejayaan tersendiri apabila atlet lontar peluru, Nurul Izzati binti Nurmizam mendapat GANGSA dengan lontaran 8.5 meter manakala atlet 3000m, Nabihah bt Nukman berjaya menamatkan larian di tempat ke-4. Satu kejayaan yang membanggakan bagi pelajar sekolah agama bersaing sengit dengan atlet sekolah sukan. Tahniah dan syabas buat semua atlet dan terima kasih yang tidak terhingga buat semua guru pengiring.
13 Sept | Karnival Perpaduan Bahasa Peringkat Negeri Perlis Alhamdulillah, rezeki anak-anak Smkap Alawiyah. Masuk tak pulang dengan tangan kosong. Tahniah buat adik Solehah binti Faizul, tempat KETIGA Dendangan Syair BM(Men. Ren) bertempat di SAIM. Puteri Marsya Dayana dan Nur Aulia Afrah tempat KEDUA Poetry Recitation yang telah diadakan di SSTP. Tempat KELIMA Dendangan Syair BM (Men. Atas), Nurwafa Nasuha binti Syakirin. Penghargaan yang tak terhingga buat jurulatih dan guru pengiring, Cikgu Nooremira, Cikgu Julyla dan Tecer Anis Zulaikha Anis.
15 Sept. 2023 | Mahrajan Program Pembangunan Adab dan Nilai (MPPADNI) Alhamdulillah, KEPUTUSAN MPPADNI PERINGKAT NEGERI 2023 JOHAN KALIMATUSSOBAH HIWAR MIMBAR DAI’E MANDARIN NAIB JOHAN QIRAAT SAB’AH MEN ATAS KHAT TARANNUM KUIZ BAHASA ARAB KETIGA QIRAAT SAB’AH MEN REN Semua peserta yang mengambil bahagian adalah pemenang dihati Tahniah semua peserta dan guru-guru pembimbing. Anda hebat.
18 September | SMK Dato' Sheikh Ahmad | Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Perlis. Alhamdulillah, Wan Nur Aqilah telah memenangi NAIB JOHAN bagi kategori men. rendah dan Narissa mendapat tempat KELIMA bagi kategori men. atas. Syabas dan tahniah buat kedua-dua peserta dan guru pembimbing Cikgu Siti Saudah dan Cikgu Norrafidah.
22-23 September | Inapan Desa Permai Program Motivasi Tingkatan 4. Santai, Ceria dan bermotivasi. Terbaik semua.
Smkap Alawiyah@ Perlis International Education Expo di Dewan 2020. Pameran Pra U dan Persembahan Bicara Berirama. Tahniah Cikgu Khairilazmir Ahmad dinobatkan sebagai Cikgu 'WOW Machine'. Semoga terus cemerlang.
26 Sept. 2023, Smkap Alawiyah telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Peringkat Kebangsaan bagi Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) - Program Sekolah Lestari anjuran Jabatan Alam Sekitar. Sehubungan dengan itu, Smkap Alawiyah telah menjadi tuan rumah untuk lawatan serta taklimat oleh JAS dan Jabatan Pendidikan Perlis kepada semua guru sekolah rendah dan sekolah menengah berkenaan dengan Sekolah Lestari. Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha melestarikan sekolah. Tahniah dan syabas buat Cikgu Wan Kartini Omar yang telah mengemudi Sekolah Lestari Smkap Alawiyah dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga sekolah atas komitmen padu yang telah ditunjukkan. #sekolahlestari #WeStrongTogether #smkapdihati
16 September 2023 | Majlis Peluncuran hadis 40 Imam Nawawi Alhamdulillah, di pagi yang penuh barakah dengan hujan membasahi bumi wakaf Smkap Alawiyah, Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi telah diluncurkan dengan rasminya oleh Tuan Pengetua, Pn. Hjh Shakirah bin Ahmad. Turut hadir Ustzh Nawal binti Abd Kadir mewakili Sektor Pendidikan Islam dan Yang Berbahagia Prof. Madya Dr Abd. Jalil bin Ramli, YDP Pibg turut memberikan sokongan. Majlis juga bersodaliriti untuk Palestin. Semoga Allah memberikan kemenangan mutlak kepada Palestin. #ABCsmkap #mujahadahjanganmengalah #FreePalestine
16 September | Ihtifal Lughawi Sekolah-sekolah KPM 2023 Alhamdulillah Akhirnya.... Smkap Alawiyah mewakili Perlis dalam Hiwar Terbuka berjaya mendapat tempat KEEMPAT. Hebat sangat dah tu bila berjaya tersenarai dalam peta ILSS. Negeri kecil berjiwa besar. Tahniah anak-anak hebat. Aina, Fazihah dan Aqilah. Tahniah dan terima kasih kepada jurulatih dan semua GPI. Dan terima kasih sokongan padu pihak pengurusan dan warga SMKAP.
20 - 21 Oktober | Program Qiamulail dan Motivasi Imtiaz 2, Inapan Desa Permai Bintong Alhamdulillah, syabas dan tahniah buat Imtiaz 2 atas penganjuran Program yang julung kali diadakan di luar sekolah dengan cemerlang dan memberi impak yang besar buat pelajar tingkatan 2 untuk meningkatkan motivasi dan hala tuju. Murid-murid nampaknya sangat teruja dan ceria sepanjang program berlangsung dengan penglibatan guru-guru dan kaunselor yg sangat ohsem serta tetamu jemputan.
27 Oktober 2023 | Dewan Sibawayh | Program Jalinan Pintar Korporat Smkap Alawiyah dipilih sebagai hos untuk Program Jalinan Korporat(JPK) dengan tagline "Bongkar Potensi Diri" oleh Peserta PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN (NPQEL) SMUT1 (Ambilan Khas 2024). Antara pengisian program ialah Bengkel Teknik Menjawab Matematik oleh En. Mohd Habib bin Abd Hamid, Perasmian Sudut Ilmu Yayasan Pelajaran MARA oleh En. Isa bin Chik dan Ceramah Motivasi Parenting oleh celebriti dan pakar motivasi, saudara Naufal bin Isa dan juga jualan buku. Tak terasa masa berlalu, pelajar ting 4 bertuah mendapat ilmu yang bermanfaat daripada kedua-dua penceramah yang hebat. Terima kasih buat semua ajk yang terlibat dalam merealisasikan program ini, dan bagi para tetamu, semoga anda semua berpuas hati dengan layanan dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh warga smkap. Yang baik bawa balik, yang buruk tinggallah di pintu pagar smkap.
30 Oktober 2023 | Majlis Pelancaran Minggu Solidariti Palestin peringkat Sekolah. 'Ya Allah, peliharalah saudara-saudara kami di Palestin dari segala bentuk kezaliman. Kurniakanlah mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Lindungilah mereka dengan rahmat-Mu yang melimpah-ruah.” #FreePalestine #PrayForGaza #smkappeduli