The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by GALAKSI ILMU SKST 2, 2021-03-20 04:33:06

Resepi Pesakit Dialisis

Resepi Pesakit Dialisis

Resepi Pesakit Dialisis

2013

Idea untuk anda

Kata-kata aluan

Menurut laporan Malaysian Dialysis and Transplant memasak untuk di pelajari oleh pesakit dan
Registry, terdapat hampir 26,000 pesakit menjalani keluarga mereka. Sebagai kelansungan
rawatan dialisis secara kekal di Malaysia pada tahun kepada semangat profesional dan sikap
2011, manakala jumlah unit dialisis di seluruh proaktif, Pegawai-Pegawai Dietetik yang
negara hampir mencecah 700. Peningkatan jumlah terlatih dan berpengalaman di Hospital Kuala
pesakit dan kemudahan rawatan dialisis bukan Lumpur telah mengambil inisiatif untuk
sahaja menunjukan jumlah pesakit yang ramai menyediakan buku ini yang memuatkan
tetapi juga keupayaan negara kita memberi resipi-resipi yang sesuai untuk dicuba dan
rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit digunakan sebagai panduan oleh pesakit
yang mengalami kegagalan fungsi ginjal. pesakit ginjal kronik atau yang menjalani
rawatan dialisis sekaligus membantu pakar
Walaubagaimanpun, adalah penting untuk semua buah pinggang untuk memberi
pihak yang berkaitan dengan pesakit atau yang perkhidmatan yang lebih berkesan.
memberi perkhidmatan dialisis menyedari bahawa
keperluan optima penjagaan pesakit kegagalan Buku ini berupaya untuk menambah nilai
ginjal bukan hanya melibatkan rawatan dialisis kepada sesi kauseling pemakanan yang
yang mencukupi atau berkualiti tetapi juga diberikan oleh pegawai dietetik, tetapi tidak
melibatkan perkhidmatan sokongan lain termasuk akan menggantikan keperluan pesakit untuk
perkhidmatan farmasi, perkhidmatan dietetik, mendapat nasihat kaunseling Pengawai
perkhidmatan kebajikan perubatan serta kaunsel- Dietetik secara khusus bagi masalah yang
ing dan lain-lain lagi. akan timbul dari masa ke semasa.

Pelbagai masalah yang dialami oleh pesakit yang Saya mengucapkan syabas kepada usaha dan
menjalani rawatan dialisis adalah berkaitan dengan hasil kerja yang murni serta bermanafaat ini
pengambilan makanan dan minuman yang dan berharap ianya akan digunakan oleh
berlebihan atau tidak sesuai dengan keadaan pesakit atau keluarga mereka dengan sebaik
penyakit mereka. Disebalik keunikan negara kita mungkin. Saya juga ingin merakamkan
yang mempunyai kumpulan etnik yang berbeza ucapan terima kasih diatas sokongan
dan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan, Pengarah Hospital Kuala Lumpur untuk
masalah yang sering dihadapi oleh pesakit buah menghasilkan buku resipi ini.
pinggang serta anggota keluarga mereka adalah
untuk menentukan apa yang selamat dan boleh “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
dimakan oleh pesakit atau sebaliknya. “PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN
PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA
Pegawai dietetik di Hospital Kuala Lumpur sejak KITA”
sekian lama , telah memainkan peranan yang aktif
untuk memberi kaunseling secara peribadi atau Datuk Dr. Ghazali Bin Ahmad
kumpulan kepada pesakit-pesakit ginjal kronik Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan
atau yang menjalani rawatan dialisis disamping Nefrologi
menganjurkan beberapa sesi demonstrasi Jabatan Nefrologi
Hospital Kuala Lumpur

Kata-kata aluan

Terlebih dahulu, saya ingin memanjangkan ucapan Diharapkan, dengan adanya buku resepi ini,
jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ianya akan memberi manfaat kepada
Pengarah, Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang individu yang menjalani dialisis secara
merestui penerbitan buku resepi ini untuk khususnya dan keseluruhan anggota
kepentingan individu yang menjalani dialisis. kesihatan yang terlibat dalam rawatan
individu kegagalan ginjal kronik secara
Penjagaan pemakanan adalah penting untuk amnya.
melengkapkan rawatan yang dijalani individu yang
mengalami kegagalan ginjal kronik. Melaluinya, Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima
pengambilan kalori dan protin boleh disesuaikan kasih yang tidak terhingga kepada semua
dengan keperluan dan pengambilan sodium, yang terlibat secara langsung dan tidak
potasium dan fosfat boleh dkawal supaya seiring langsung dalam menerbitkan buku resepi ini.
dengan rawatan yang dijalankan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Buku resepi ini disediakan sebagai bahan rujukan “PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN
untuk individu ini dengan tujuan: PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA
a. Menerangkan keperluan dan sekatan makanan KITA”

yang perlu diikuti. Ridzoni Sulaiman
b.Mendedahkan cara pemakanan yang sesuai Ketua Profesion Pegawai Dietetik
Kementerian Kesihatan Malaysia
untuk keadaan kesihatan.
c. Membincangkan kaedah modifikasi masakan

yang boleh dibuat.
d.Memberi maklumat terperinci kandungan

nutrien selepas modifikasi menu dilakukan.

Penghasilan buku ini melibatkan proses memilih,
mengubahsuai, menganalisa, mengujirasa menu,
mengambil gambar seterusnya mengadunkannya
menjadi sebuah buku. Keseluruhan proses ini
mengambil masa sembilan bulan dan melibatkan
12 pegawai Jabatan Dietetik & Sajian, HKL. Proses
mengujirasa melibatkan Pegawai Perubatan dari
Jabatan Nefrologi, HKL dan individu yang menjalani
dialisis di Unit Dialisis, HKL.

Pengenalan

Apabila buah pinggang gagal berfungsi, ramai yang Jumlah fosfat dapat dikawal dengan
tertanya-tanya apakah pantang larang dalam mengelakkan pengambilan susu dan hasil
penyediaan makanan seharian. Kehidupan sebagai tenusu. Sila pastikan (sekiranya ada) ubat
pesakit akan lebih selesa sekiranya anda mematuhi kalsium karbonat (CaCO3) diambil bersama-
nasihat Pegawai Dietetik (Dietitian). Pesakit yang sama dengan makanan. Sila minimakan
menjalani dialisis perlulah mengawal kandungan air penggunaan santan kerana santan juga
dan garam untuk mengelakkan bengkak mengandungi fosfat dan potasium.
(terutamanya pada bahagian kaki) dan paru-paru
berair. Bagi pesakit yang sering mengalami
masalah tinggi potasium, silalah teliti tip
Buku resepi ini diterbitkan khas untuk pesakit buah yang disertakan di dalam buku ini untuk
pinggang terutamanya yang menjalani rawatan dijadikan panduan semasa penyediaan
dialisis. Kami yang terdiri daripada sekumpulan makanan seharian.
Dietitian dari Hospital Kuala Lumpur, telah bergabung
tenaga untuk mengumpulkan resepi-resepi yang lazat Penghasilan buku ini diharapkan dapat
dan diubahsuaikan supaya boleh dinikmati oleh memberikan idea kepada anda dan
semua pesakit dialisis. Resepi yang tersedia di dalam keluarga bahawa pesakit dialisis masih
buku ini adalah hasil yang diperolehi setelah boleh menikmati makanan kegemaran
diperbaiki berdasarkan komen dari pesakit dan dengan sedikit pengubahsuaian supaya
Pengawai Perubatan setelah sesi ujirasa dijalankan. sesuai dengan keadaan penyakit buah
pinggang. Diharapkan buku resepi ini
Resepi-resepi ini, telah mematuhi jumlah garam memberikan garis panduan tentang cara
(sodium) yang dibenarkan, selain itu analisis makanan melakukan ubahsuaian ke atas resepi asal
juga akan menunjukkan jumlah sebenar kandungan yang lain. Semoga buku ini dapat
kalori, protin, potasium dan fosfat di dalam makanan memberikan inspirasi kepada pesakit dan
tersebut. Cara penyediaannya mudah dan boleh keluarga untuk terus menyediakan
dimasak sama ada oleh pesakit atau penjaga pesakit. hidangan yang bersesuaian dengan
keadaan penyakit buah pinggang.
Bagi pesakit dialisis, jumlah protin yang diambil
perlulah ditingkatkan untuk menampung jumlah Selamat menjamu selera!
protin yang hilang melalui proses dialisis. Oleh itu, sila
pastikan anda menghabiskan seketul lauk (seperti saiz Datin Nor Sharita Mohd Saad
potongan di kedai) untuk makan tengahari dan Dietitian
malam. Keperluan protin harian adalah berbeza Zon Nefrologi & Urologi
mengikut saiz badan seseorang, untuk jumlah yang Hospital Kuala Lumpur
tepat silalah berhubung dengan Dietitian anda.

Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja

Pegawai Dietetik yang terlibat dalam penghasilan buku ini:

Berdiri (dari kiri):
Cik Khalizah Jamli, Datin Nor Sharita Mohd Saad, Puan Kamariah Nawawi dan
Cik Low Phei Keow
Duduk (dari kiri):
Encik Mohd Hairil Muzammil Tokijan dan Encik Mohd Hafiz Mohd Rosli

Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja

Pembantu penyediaan makanan yang terlibat sama:

Dari kiri:
Encik Wan Ahmad Fazli Johari dan
Encik Muhammad Fakhri Mohd Mat Noor

Dari kiri:
Puan Norfadhilah Hassan dan Cik Syafila Suhaini
Tiada dalam Gambar:
Encik Mohd Safuan Mohd Kamil dan Puan Salina Said
Sekalung budi:
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pesakit
Unit Dialisis 1, HKL dan anggota HKL yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan projek buku resepi ini.

Isi Kandungan 1

Penerangan Ringkas

Tip Masakan Sihat _____________________________________________ 8
Ukuran Rumahtangga __________________________________________ 9
Senarai Kandungan Potasium dalam Makanan/Minuman__________ 10 - 11
Senarai Kandungan Fosfat dalam Makanan/Minuman ____________ 12 - 13

Menu Utama

Ikan Berkuah Asam Pedas ___________________________________ 14 - 15
Ikan Bawal Tiga Rasa _______________________________________ 16 - 17
Ikan Tenggiri Masak Kari ____________________________________ 18 - 19
Ikan Cencaru Sumbat Cili ____________________________________ 20 - 21
Ayam Bersos Lemon________________________________________ 22 - 23
Ayam Goreng Kunyit _______________________________________ 24 - 25
Ayam BBQ ________________________________________________ 26 - 27
Ayam Goreng Berempah ____________________________________ 28 - 29
Ayam Masak Merah ________________________________________ 30 - 31
Telur Berinti_______________________________________________ 32 - 33
Telur Sambal ______________________________________________ 34 - 35
Daging Masak Halia ________________________________________ 36 - 37
Jelatah___________________________________________________ 38 - 39
Terung Sambal ____________________________________________ 40 - 41
Sayur Campur _____________________________________________ 42 - 43
Sayur Kobis & Lobak Merah __________________________________ 44 - 45

6

Isi Kandungan 2

Nasi & Aneka Jenis Mee

Nasi Goreng Cina __________________________________________ 46 - 47
Nasi Kerabu Ikan___________________________________________ 48 - 49
Mee Goreng ______________________________________________ 50 - 51
Mee Berkuah______________________________________________ 52 - 53
Meehoon Goreng Tomyam __________________________________ 54 - 55
Kueh Teow Goreng Udang ___________________________________ 56 - 57
Spageti Goreng ___________________________________________ 58 - 59
Asam Laksa _______________________________________________ 60 - 61

Kuih-Muih

Popiah Goreng Bersos ______________________________________ 62 - 63
Samosa __________________________________________________ 64 - 65
Karipap Ayam _____________________________________________ 66 - 67
Kuih Cara Berlauk __________________________________________ 68 - 69

Pencuci Mulut

Agar-agar Cendol __________________________________________ 70 - 71
Agar-agar Mangga _________________________________________ 72 - 73
Jeli Konnyaku ________________________________________________ 74
Smoothie Strawberi ___________________________________________ 75

7

Tip Masakan Sihat

Tip Pengawalan Sodium (garam)

1. Untuk mengawal kandungan sodium makanan:
a. Hadkan sodium kepada ¼ - ½ sudu teh rata (hidangan untuk empat orang).
b. Hadkan kicap kepada ½ sudu besar (hidangan untuk empat orang).
c. Gunakan sos tiram dalam jumlah yang sedikit sekadar menaikkan bau masakan.
d. Rendamkan ikan bilis dalam air panas, dan buangkan air. Jumlah ikan bilis mestilah
juga dihadkan.

2.Tambahkan rempah asli (seperti bawang, sedikit lada hitam, lada sulah, kayu manis, bunga
lawang, daun kari, jintan dan ketumbar) dalam jumlah sederhana untuk menyedapkan
rasa dan bau makanan sebagai pengganti kepada garam/perencah masakan.

3. Untuk membangkitkan rasa masakan, taburkan dengan sedikit bawang goreng yang
digoreng sendiri. Elakkan menggunakan bawang goreng yang dibeli kerana kandungan
sodiumnya yang tinggi.

Tip Pengawalan Potasium

1. Untuk mengurangkan kandungan potasium makanan:
a. Rebus ubi kentang di dalam air yang banyak dan buangkan airnya.
b. Pilih sayur dari jenis rendah potasium seperti terung, kacang botor, kacang buncis dan
ketola bagi membekalkan keperluan serat harian.
c. Penggunaan daun sup dan daun bawang perlu dihadkan.
d. Sawi dipotong kecil dan direndam dalam air panas seketika dan buangkan airnya.

2. Untuk meningkatkan kandungan potasium makanan:
a. Gunakan sayur-sayuran dari jenis tinggi potasium seperti sawi dan kailan.
b.Tingkatkan penggunaan daun sup dan daun bawang.

Tip Pengawalan Fosfat

1. Untuk mengurangkan kandungan fosfat:
a. Ayam direbus hingga masak dan dibuangkan air rebusannya terlebih dahulu sebelum
digoreng.
b. Gunakan daging/ayam segar yang dicincang sendiri berbanding dengan daging/ayam
cincang yang diproses.
c. Elakkan mengambil kuning telur.
d. Elakkan mengambil air rebusan ikan.

8

Ukuran Rumah Tangga

Untuk mengawal jumlah pengambilan air/cecair, gunakanlah ukuran berikut sebagai
panduan.

Sudu cina Sudu Sudu Sudu Sudu
(20ml) meja sup makan teh
(20ml) (10ml) (10ml) (5ml)

Senduk nasi Senduk Mangkuk cina
(60ml) (80ml) (230ml)

Cawan Mug Gelas Botol air
(150ml-200ml) (300ml)
(300ml) (500-600ml)

9

Kandungan POTASIUM Dalam Makanan/Minuman Terpilih

Pilihlah makanan/minuman dari senarai di bawah berdasarkan keperluan anda

RENDAH SEDERHANA TINGGI
(Kurang daripada 50mg/hidangan) (50mg - 100mg/hidangan) (Lebih daripada 100mg/hidangan)

SAYUR-SAYURAN

Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan

Bawang besar 1 biji 6mg Daun kesom ½ cup 51mg Kantan ¼ cawan 101mg
Asparagus 5 pucuk 55mg 107mg
Pucuk ubi kayu ½ cawan 9mg Sengkuang ½ cup 56mg Brokoli ½ cawan 118mg
Murunggai/ kelor ½ cawan 58mg 120mg
Pasli 1 sudu makan 23mg Kangkung ½ cawan 61mg Kacang pea, segar ½ cawan 121mg
Lada benggala ½ cawan 62mg 125mg
Terung ½ cawan 24mg hijau Bunga Kobis ½ cawan 162mg
Cili merah 2 biji 64mg 172mg
Daun bawang ¼ cawan 25mg Bawang putih 5 ulas 70mg Timun bulu ½ cawan 173mg
Peria ½ cawan 72mg 180mg
Kacang botor ½ cawan 28mg Ulam raja ½ cawan 72mg Tomato 2 biji 190mg
Kundur ½ cawan 76mg 193mg
Taugeh ½ cawan 30mg Cendawan tiram ½ cawan 77mg Watercress ½ cawan 193mg
Labu jantung ½ cawan 80mg 224mg
Kacang panjang ½ cawan 31mg Labu merah ½ cawan 81mg Bawang merah 5 biji 237mg
Pegaga ½ cawan 83mg 268mg
Ketola ular ½ cawan 33mg Karot ½ cawan 88mg Cekur manis ½ cawan 300mg
Rebung ½ cawan 94mg 324mg
Kobis ½ cawan 35mg Ketola segi ½ cawan 100mg Cendawan kering 5 keping 326mg
364mg
Ketola air ½ cawan 35mg Daun seladeri ½ cawan 406mg
414mg
Kacang pea, tin ½ cawan 36mg Pak choy ½ cawan 536mg

Cili padi 5 biji 37mg Akar teratai ½ cawan

Timun ½ cawan 37mg Petai ½ cawan

Daun salad ½ cawan 37mg Kailan ½ cawan

Cili hijau 5 biji 40mg Bayam merah ½ cawan

Jew’s ear (mook yi) ½ cawan 41mg Bayam pasir ½ cawan

Daun pudina ½ cawan 42mg Jantung pisang ½ cawan

Kacang buncis ½ cawan 43mg Pucuk paku ½ cawan

Kacang bendi 5 biji 47mg Kucai ½ cawan

Lobak putih ½ cawan 47mg Sawi ½ cawan

Sengkuang cina 5 biji

Rumpai laut kering ½ cawan

MINUMAN/PENCUCI MULUT/BAHAN BANCUHAN

Gula melaka 1 keping 0mg Gula merah 1 sudu 52mg Air tebu 250ml 150mg
Air sirap 1 sudu makan 1mg makan 54mg Air kacang soya 1 gelas 158mg
Serbuk kopi 1 sudu teh 4mg Susu pekat manis 1 sudu 56mg Susu UHT 1 paket 211mg
makan 57mg Yogurt 1 cawan 230mg
Santan 1 sudu 84mg Isi kelapa muda ½ cawan 241mg
makan Tau foo fah 1 bekas 290mg
Krimer bukan 1 pek Serbuk koko 2 sudu 362mg
tenusu makan
Serbuk susu skim 1 sudu Air kelapa 250ml 496mg
makan

10

Kandungan POTASIUM Dalam Makanan/Minuman Terpilih

Pilihlah makanan/minuman dari senarai di bawah berdasarkan keperluan anda

RENDAH SEDERHANA TINGGI
(Kurang daripada 50mg/hidangan) (50mg - 100mg/hidangan) (Lebih daripada 100mg/hidangan)

BUAH-BUAHAN

Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan

Ciku 1 biji 17mg Betik 1 potong 62mg Laici 5 biji 102mg
Strawberi 5 biji 31mg Limau bali 1 keping 65mg Anggur 8 biji 104mg
Jambu batu 1 potong 32mg Epal hijau 1 biji 75mg Tembikai 1 potong 104mg
Plum 1 biji 38mg Epal merah 1 biji 76mg Jambu air 5 biji 120mg
Rambutan 5 biji 41mg Pir hijau ½ biji 79mg Pisang kaki 1 biji 124mg
Manggis 3 biji 43mg Oren 1 biji 79mg Nenas 1 potong 126mg
Pulasan 5 biji 45mg Limau cina 1 biji 79mg Pisang mas 1 biji 131mg
Mangga ½ biji 81mg Buah lai 1 biji 138mg
Salak 1 biji 99mg Prun 4 biji 142mg
Belimbing 1 biji 100mg Cempedak 4 biji 147mg
Buah kurma 3 biji 168mg
Duku 10 biji 170mg
Kiwi 1 biji 180mg
Buah pic 1 biji 207mg
Langsat 10 biji 209mg
Durian belanda 1 potong 220mg
Buah nona 1 biji 224mg
Pisang berangan 1 biji 228mg
Jambu batu + 1 potong 233mg
asam boi
Kismis ¼ cawan 249mg
Kedondong 6 biji 382mg
Nangka 5 biji 552mg

KACANG-KEKACANG, UBI-UBIAN DAN LEGUM

Sago ¼ cawan 3mg Badam 10 biji 60mg Biji tembikai ½ cawan 101mg
Taucu 45mg Biji gajus 10 biji 69mg 116mg
1 sudu Buah berangan 5 biji 247mg
makan 310mg
Kacang tanah ½ cawan 247mg
160mg
Walnut 10 biji 163mg
166mg
Ubi keledek putih ½ cawan 184mg
235mg
Ubi kayu ½ cawan
300mg
Sukun 1 potong 644mg
714mg
Ubi kentang 1 biji

Keladi ½ cawan

Kacang panggang, ½ cawan
tin

Dhal kuning ½ cawan

Kacang hijau ½ cawan

Kacang merah ½ cawan

11

Kandungan FOSFAT Dalam Makanan/Minuman Terpilih

Pilihlah makanan/minuman rendah fosfat dari senarai di bawah

RENDAH SEDERHANA TINGGI
(Kurang daripada 40mg/hidangan) (40mg - 80mg/hidangan) (Lebih daripada 80mg/hidangan)

SAYUR-SAYURAN

Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan
Keledek 218mg
Kailan goreng ½ cawan 4mg Bayam goreng ½ cawan 46mg 1 biji
5mg Ubi kentang 1 biji kecil 60mg sederhana
Timun 6 hiris 9mg
15mg
Kobis goreng ½ cawan
16mg
Kacang panjang ½ cawan
goreng

Taugeh goreng ½ cawan

*Sayur-sayuran amnya mengandungi
fosfat yang rendah

BUAH-BUAHAN

Jambu air 3 biji 5mg

Epal merah 1 biji kecil 10mg

Nenas 1 potong 11mg

Betik 1 potong 13mg

Tembikai 1 potong 15mg

Pisang 1 biji kecil 17mg

Nangka 5 ulas 21mg

Jambu batu ½ biji 22mg

*Buah-buahan amnya mengandungi
fosfat yang rendah

SUSU & PRODUK TENUSU

Ais krim 2 ceduk 70mg Keju 1 keping 83mg

Susu pekat manis 2 sudu makan 93mg

Yogurt ½ cawan 170mg

Susu penuh krim 1 gelas 207mg

Susu tepung skim 4 sudu makan 272mg

DAGING, IKAN, AYAM DAN KEKACANG

Telur rebus ½ biji 45mg Telur rebus ½ biji 45mg Telur goreng 1 biji 90mg
(tanpa kuning dengan kuning
telur) 6 keping 33mg telur 5 biji kecil 45mg Dhal ½ cawan 99mg
2 sudu 37mg Bebola ikan 1 sudu 51mg
Daging khinzir makan Udang kering makan Nuget ayam 6 keping 132mg
(Char siew) 1 ketul 54mg
Sardin dalam tin 1 ketul 68mg Rendang kambing 6 keping kecil 138mg
Kacang tanah Ayam panggang ½ cawan 79mg
goreng Kacang panggang 2 sudu 79mg Sambal ikan bilis 2 sudu makan 188mg
Ikan bilis makan
Ayam masak kicap 5 keping kecil 205mg

Taufu goreng 1 keping 281mg

Kari ikan 1 ekor 544mg

sederhana

Satay daging 10 cucuk 693mg
lembu

12

Kandungan FOSFAT Dalam Makanan/Minuman Terpilih

Pilihlah makanan/minuman rendah fosfat dari senarai di bawah

RENDAH SEDERHANA TINGGI
(Kurang daripada 40mg/hidangan) (40mg - 80mg/hidangan) (Lebih daripada 80mg/hidangan)

BIJIRIN

Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan Item Kuantiti Kandungan

Biskut krim 2 keping 0mg Nasi putih 1 cawan 43mg Mee segera 1 bungkus 118mg
kraker Roti putih Makaroni 1 cawan 126mg
Mee kuning 1 cawan 2mg Roti mil penuh 2 keping 44mg Lemang 1 keping 144mg
Serbuk kastard 2 sudu 2mg Barli (4inci)
makan 2 keping 50mg Nasi lemak 1 pinggan 150mg
Laksa basah 1 cawan 6mg Putu mayam Roti canai 1 keping 155mg
Kuih apam 1 ketul 8mg Dosai 2 sudu 58mg Roti telur 1 keping 208mg
Ban kosong 1 biji 14mg Bubur ikan makan Mee wantan 1 pinggan 222mg
Tepung jagung 2 sudu 26mg Capati 1 keping 244mg
makan Sandwic telur 1 keping 66mg Nasi dagang 1 pinggan 271mg
Kuey teow 1 cawan 29mg Nasi kerabu 1 pinggan 348mg
Meehoon 1 cawan 33mg 1 keping 73mg Nasi ayam 1 pinggan 467mg
Idli 1 ketul 5mg
Oat 2 sudu 38mg 1 mangkuk 73mg
makan (m)

2 keping 75mg

MINUMAN

Air sirap 1 gelas 0mg Air kacang soya 1 gelas 41mg Teh tarik 1 gelas 98mg
1 gelas 0mg Air kola 46mg Kopi susu 1 cawan 126mg
Teh cina 1 gelas 22mg 1 tin
1 gelas 30mg Serbuk koko (325ml) 77mg
Air tebu 1 paket 30mg
2 sudu
Air kelapa makan

Krimer bukan
tenusu

SNEK

Marjerin 1 sudu 0mg Bertih jagung 1 paket 42mg Kek buah- 1 keping 84mg
makan Mufin 1 biji 46mg buahan
Jem buah- 1 sudu 2mg Keropok ikan 6 keping 54mg 89mg
buahan makan Keledek goreng 1 ketul 65mg Cendol 1 mangkuk 92mg
Kuih sago 1 keping 8mg Biskut coklat 4 keping 68mg
Kuih apam Cina 1 keping 8mg Kuih lapis 1 keping 78mg Mentega kacang 2 sudu 94mg
Pau kacang 1 biji 10mg makan 103mg
merah 119mg
Popiah goreng 1 keping Kek Mentega 1 keping 126mg
Apam balik 1 keping 145mg
Karipap 1 keping Vadai 1 keping 179mg
Pisang goreng 1 keping 229mg
Kuih ang koo 1 keping Burger 1 biji 236mg
Donut 1 keping
15mg Pau inti daging 1 biji
21mg
23mg Cakoi 1 keping
26mg
34mg Jagung 1 sederhana
39mg
Papadom 1 keping

Keropok lekor 2 keping
goreng

13

Menu Utama

Ikan Berkuah Asam Pedas (4 hidangan)

Bahan-bahan
• 4 keping ikan merah
• 1 cawan minyak - untuk menggoreng
• 2 sudu makan minyak - untuk menumis

Bahan A: Bahan Tumis
• 4 biji cili kering
• 2 biji bawang merah
• 1 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 5g belacan

Bahan B: Bahan Perasa
• 2 cawan air
• 4 keping asam keping
• ½ batang daun kesom
• 1 kuntum bunga kantan, belah dua
• 1 batang serai, diketuk
• 2 helai daun limau purut
• ¼ sudu teh garam

Bahan C: Bahan Hiasan hiris nipis dan halus
• ½ kuntum bunga kantan
• 1 biji bawang besar
• 1 biji cili merah

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Tos dan ketepikan.
2. Tumbuk bahan tumis sehingga halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan air dan diikuti dengan bahan perasa. Masukkan garam setelah kuah mendidih

dan padamkan api.
5. Tuangkan kuah di atas ikan dan hias dengan bahan hiasan.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

250 6 18 17 185 273 125

14

15

Menu Utama

Ikan Bawal Tiga Rasa (4 hidangan)

Bahan-bahan
• 4 keping ikan bawal
• 2 sudu makan serbuk kunyit
• 1 cawan minyak - untuk menggoreng
• 3 sudu makan minyak masak - untuk menumis
• ½ cawan air

Bahan A: Bahan Penumis
• 4 biji bawang merah
• 4 ulas bawang putih
• 1 inci halia

Bahan B: Bahan Sos
• 2 biji cili kering, dipotong kecil
• 2 sudu makan sos tiram
• 2 sudu teh gula
• 1 batang serai
• 5 helai daun limau purut

Bahan C: Bahan Sayur
• ½ biji lada benggala merah
• ½ biji lada benggala hijau
• 3 biji tomato

Bahan D: Bahan Hiasan
• Sedikit daun bawang
• Sedikit daun sup

Cara Penyediaan:
1. Panaskan kuali dan goreng ikan sehingga kuning keemasan. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan penumis sehingga naik bau.
3. Masukkan pula bahan sos satu per satu. Tambah ½ cawan air dan biarkan mendidih dan

sedikit pekat.
4. Masukkan lada benggala diikuti dengan tomato. Biarkan seketika.
5. Tuangkan ke atas ikan tadi. Tabur dengan daun bawang dan daun sup yang dipotong

kecil.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

238 86 19 15 316 219 253

16

17

Menu Utama

Ikan Tenggiri Masak Kari (4 hidangan)

Bahan A
• 4 potong ikan tenggiri
• 2 cawan air
• 1 biji terung bulat, belah terung kepada 4 bahagian
• 4 biji kacang bendi, buangkan tangkai
• 1 sudu teh asam jawa
• ½ sudu teh rata garam
• 1 biji cili hijau
• 1 biji limau nipis, saiz kecil

Bahan B: Bahan Tumis
• ¼ biji bawang besar bahagikan kepada 2 bahagian
• 1 ulas bawang putih hiris nipis satu bahagian dan tumbuk satu bahagian lagi
• 1 sudu teh halba campur
• 1 tangkai daun kari
• 4 sudu makan rata rempah kari
• ¼ biji asam limau

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak.Tumiskan bawang yang dihiris, halba campur dan daun kari sehingga

naik bau.
2. Masukkan pula bawang tumbuk yang telah dicampur dengan rempah kari dan sedikit

air. Masak sehingga naik minyak.
3. Buang lebihan minyak yang timbul apabila rempah kari sudah masak.
4. Masukkan ikan. Balik-balikkan sehingga masak.
5. Keluarkan semula ikan dengan menggunakan penyepit.
6. Masukkan 2 cawan air, terung dan bendi. Masak sehingga empuk.
7. Masukkan semula ikan tadi.
8. Masukkan asam jawa, garam dan cili hijau.
9. Padamkan api. Perahkan asam limau.

Cara Menghidang:
Setiap satu keping ikan:
• Tambah satu biji bendi, satu potong terung dan 3 sudu makan kuah sahaja.

Tip:
• Penggunaan rempah serbuk meningkatkan aras potasium makanan. Oleh itu,

pengambilan kuah perlu dihadkan kepada 2-3 sudu makan sahaja.
• Untuk pesakit CAPD, masukkan tomato untuk meningkatkan aras potasium makanan

disebabkan kandungan potasium yang tinggi dalam tomato.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (1 ketul)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

238 11 19 13 349 287 236

18

19

Menu Utama

Ikan Cencaru Sumbat Cili (2 hidangan)

Bahan-bahan
• 2 ekor ikan cencaru
• 2 biji limau kasturi
• 2 helai daun kunyit

Bahan A
• 4 biji cili merah
• 3 biji bawang merah
• 1 ulas bawang putih
• 1 biji buah keras
• ¼ sudu teh gula
• ¼ inci halia
• ¼ sudu teh rata belacan, dibakar

Cara Penyediaan:
1. Ikan dibersihkan tetapi jangan dibuang kulit keras.
2. Basuh dan belah belakang ikan.
3. Tumbuk lumat bahan A.
4. Apabila lumat, perahkan air limau kasturi. Gaul rata.
5. Sumbatkan bahan tumbuk ke dalam belahan belakang ikan.
6. Balut ikan dengan daun kunyit.
7. Setelah itu bolehlah dibakar.

Tip:
• Ikan akan berkalori rendah apabila dibakar. Sekiranya anda memerlukan lebih kalori,
gorengkan ikan tersebut.
• Jumlah belacan dikurangkan kepada ¼ sudu teh rata untuk mengawal jumlah kandungan
sodium.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

120 6 19 2 81 309 268

20

21

Menu Utama

Ayam Bersos Lemon (4 hidangan)

Bahan-bahan
• 4 ketul ayam

Bahan A: Bahan Perap
• ½ biji lemon, perahkan jusnya
• 2 ulas bawang putih, dihiris nipis
• ½ sudu teh lada hitam

Bahan B: Bahan Sos Lemon
• 100 ml air
• 1 biji cili merah, potong dadu halus
• 2 ulas bawang putih, potong dadu halus
• 2 sudu makan madu
• 1 sudu teh gula
• ¼ sudu teh garam
• ½ biji lemon, perahkan jusnya
• 2 sudu teh tepung jagung, bancuh dengan 2 sudu makan air

Cara Penyediaan:
1. Perapkan ayam dengan bahan perap selama 30 minit.
2. Bakar ayam dalam ketuhar dengan suhu 150°C, selama 30 minit, atau sehingga masak.
3. Untuk sos lemon, masukkan air dalam periuk, diikuti dengan bahan sos lemon yang lain

kecuali bancuhan tepung jagung dan panaskan sehingga mendidih.
4. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sehingga sos menjadi

pekat.
5. Tuangkan sos di atas ayam semasa menghidang.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

185 14 17 7 135 328 195

22

23

Menu Utama

Ayam Goreng Kunyit (4 hidangan)

Bahan-bahan
• 4 ketul ayam (bahagian dada, dipotong kasar)
• 2 sudu makan minyak masak - untuk menumis
• 1 batang lobak merah, dipotong memanjang
• 1 cawan kacang buncis
• 2 biji cili hijau, dihiris

Bahan-bahan A: Bahan Penumis
• 3 ulas bawang putih
• 1 biji bawang besar
• 1 inci halia

Bahan-bahan B: Bahan Perasa
• 2 sudu makan serbuk kunyit
• ½ sudu teh jintan manis (biji)
• ½ sudu teh jintan putih (biji)
• ¼ sudu teh garam

Cara Penyediaan:
1. Rebus ayam sehingga masak dan buangkan air rebusannya.
2. Panaskan 2 sudu makan minyak masak dan tumis bahan penumis sehingga naik bau.
3. Masukkan daging ayam yang telah direbus diikuti dengan lobak merah, kacang buncis

dan cili hijau.
4. Masukkan bahan perasa dan goreng seketika.
5. Goreng sehingga sayur empuk. Sedia untuk dihidangkan.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

221 9 15 14 150 348 166

24

25

Menu Utama

Ayam BBQ (4 hidangan)

Bahan-bahan
4 ketul ayam

Bahan A: Bahan Kisar
• 1 ulas bawang putih
• ½ biji bawang besar (kisarkan)
• ½ inci halia
• 1 batang serai
• ½ sudu besar ketumbar

Bahan B: Bahan Perasa
• ½ sudu makan serbuk cili
• 1 sudu teh serbuk kunyit
• ½ sudu teh garam
• ½ sudu makan serbuk jintan manis
• 1 sudu teh serbuk jintan putih
• 4 sudu makan gula pasir

Cara Penyediaan:
1. Basuh ayam dan perap semalaman dengan bahan kisar dan bahan perasa.
2. Bakar ayam yang telah diperap dalam ketuhar pada suhu 150˚C selama 30 minit atau

sehingga masak.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

204 11 29 4 372 368 232

26

27

Menu Utama

Ayam Goreng Berempah (4 hidangan)

Bahan-bahan
• 4 ketul ayam
• 2 sudu teh serbuk kari ayam
• ½ sudu makan serbuk kunyit
• ½ sudu makan cili kering, dikisar kering tanpa biji
• ¼ sudu teh garam
• 1 biji telur, ambil putih telur sahaja
• ½ sudu makan tepung jagung
• 1 tangkai daun kari
• 1 cawan minyak - untuk menggoreng

Bahan Kisar
• 2 ulas bawang putih
• 1 biji bawang besar, saiz sederhana
• ½ inci halia
• 1 batang serai
• ½ sudu makan ketumbar, disangai

Cara Penyediaan:
1. Perap ayam dengan bahan yang dikisar bersama serbuk kari, serbuk kunyit, cili kering

dan garam. Perap selama setengah jam.
2. Tuang telur putih di atas ayam, tabur tepung jagung dan gaulkan.
3. Gorengkan bersama daun kari.
4. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

324 10 19 23 155 393 224

28

29

Menu Utama

Ayam Masak Merah (4 hidangan)

Bahan-bahan
• 4 ketul ayam tanpa kulit
• ¼ sudu teh serbuk kunyit
• 1 cawan minyak untuk menggoreng
• 4 sudu teh minyak masak untuk menumis
• ¼ cawan air

Bahan A: Bahan Penumis Bahan C: Bahan Tumbuk
• 1 batang kayu manis • ½ sudu teh jintan manis
• 1 kuntum bunga lawang • ½ sudu teh jintan putih
• 1 batang daun kari • ½ sudu teh ketumbar

Bahan B: Bahan Tumis Tumbuk Bahan D
• ½ biji bawang besar • ½ sudu teh gula
• 2 ulas bawang putih • ¼ sudu teh garam
• ½ inci panjang halia • 1sudu teh asam jawa
• 4 tangkai cili kering

Cara Penyediaan:
1. Taburkan serbuk kunyit pada ayam. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga

garing dan toskan menggunakan tisu bersih.
2. Panaskan 4 sudu teh minyak.Tumiskan bahan A dan bahan B sehingga naik bau.
3. Tambahkan ayam yang telah digoreng. Masukkan bahan C dan diikuti ¼ cawan air.
4. Tambahkan bahan D. Gaul seketika dan angkat apabila kering.

Tip:
• Untuk pesakit CAPD yang perlu meningkatkan pengambilan potasium, tambahkan 2 biji

tomato ke dalam masakan ini.
• Untuk mengurangkan kandungan lemak tepu dan minyak dalam masakan ini, potong

ayam dalam saiz yang lebih kecil, masukkan ayam yang tidak digoreng selepas bahan
tumis naik bau dan tambah ½ cawan air untuk memasakkan ayam tersebut.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (1 ketul)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

350 9 17 27 217 326 211

30

31

Menu Utama

Telur Berinti (4 hidangan)

Bahan-bahan
• 16 biji telur ayam (ambil putih telur sahaja)
• 1 sudu kecil serbuk lada hitam
• 5 sudu kecil minyak masak - untuk menumis
• 1 ketul dada ayam, dipotong kecil
• 1 batang lobak merah
• 1 biji lada benggala
• 1 tangkai kacang panjang
• 4 sudu makan air

Bahan A: Bahan Tumis

• 1 biji bawang merah dihiris
• 1 ulas bawang putih

Bahan B: Bahan Perasa
• 1 sudu teh sos tomato
• 1 sudu teh sos cili

Cara Penyediaan:
1. Bancuh telur dengan serbuk lada hitam dan bahagikan kepada 4 bahagian. Gorengkan

telur dan ketepikan.
2. Untuk kuah, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga

naik bau.
3. Masukkan ayam, sayur, air dan bahan perasa.
4. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit.
5. Tuang kuah di atas telur yang digoreng tadi.
6. Hidangkan.

Tip:
• Guna kuali tidak melekat (non-stick pan) semasa menggoreng telur untuk mengurangkan

penggunaan minyak masak.
• Untuk pesakit CAPD, tambahkan daun salad untuk meningkatkan kandungan potassium.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

124 8 20 1 323 321 87

32

33

Menu Utama

Telur Sambal (4 hidangan)

Bahan A
• 16 biji telur ayam - rebus dan buang kuning telur dan gorengkan dalam sedikit minyak
• 4 sudu teh minyak - untuk menumis
• 2 sudu teh rata sos cili

Bahan B: Bahan Tumis
• ½ biji bawang besar
• 2 ulas bawang putih
• 4 tangkai cili kering - dikisar

Bahan C: Bahan Hiasan
• 4 sudu teh bawang merah yang digoreng
• 1 sudu teh daun bawang yang dipotong halus
• 1 sudu teh daun sup yang dipotong halus

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak.Tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan telur.
3. Tambahkan sos cili dan gaul rata.

Cara Menghidang:
• Taburkan dengan sedikit bawang goreng serta daun sup dan daun bawang.

Tip:
• Penggunaan daun sup dan daun bawang perlu dihadkan kerana kandungan
potasium yang tinggi.
• Untuk pesakit CAPD, penggunaan daun sup dan daun bawang boleh ditambahkan untuk
meningkatkan aras potasium makanan.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (4 biji putih telur)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

227 8 15 15 281 220 41

34

35

Menu Utama

Daging Masak Halia (2 hidangan)

Bahan-bahan
• 180g daging, dipotong nipis
• 1 sudu makan rempah 5
• ½ sudu makan kicap manis
• ½ sudu makan serbuk lada hitam
• 2 ulas bawang merah
• 1 ulas bawang putih dimayang halus
• ½ inci halia
• 1 batang serai, diketuk
• ½ sudu besar tepung jagung, dilarutkan dalam ¼ cawan air
• 1 sudu makan cuka
• 1 biji cili merah, sebagai hiasan
• 3 sudu makan minyak - untuk menumis

Cara Penyediaan:
1. Gaulkan daging dengan rempah 5, kicap dan serbuk lada hitam dan perapkan selama 15

minit.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan halia dan serai.
4. Masukkan daging yang telah diperap tadi, kacau rata sehingga masak.
5. Tambahkan tepung jagung.
6. Masukkan cuka.
7. Taburkan daun bawang dan cili sebagai hiasan.
8. Hidangkan.

Tip:
• Jumlah kicap telah dikurangkan kepada hanya ½ sudu besar untuk mengawal jumlah
kandungan sodium.
• Rempah 5 boleh didapati di pasar raya besar (hypermarket) di bahagian rempah ratus.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

247 7 21 14 284 295 91

36

37

Menu Utama

Jelatah (4 hidangan)

Bahan A

• ½ biji timun dihiris nipis

• 1 potong nenas

• 60g kobis ungu

• ½ biji lobak merah - dipotong halus

• 1 biji bawang besar dihiris nipis membulat
• 3 biji cili merah

Bahan B: Bahan Perasa
• 1 sudu makan gula
• ¼ sudu teh garam
• 1 biji limau nipis

Cara Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar.
2. Masukkan bahan perasa dan gaul sebati.

Tip:
Limau nipis diguna untuk menggantikan cuka buatan yang biasa digunakan dalam jelatah.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

84 18 2 0 160 224 59

38

39

Menu Utama

Terung Sambal (4 hidangan)

Bahan A
• 1 biji terung panjang, buang separuh kulit dan potong serong
• 4 sudu teh minyak
• ½ cawan air

Bahan B: Bahan Tumbuk
• 2 biji cili kering, dikisar
• ¼ biji bawang besar
• 1 ulas bawang putih
• 4 ekor ikan bilis kecil, rendam dalam air panas selama 10 minit dan ditumbuk halus

Bahan C: Bahan Hiasan
• ½ biji bawang merah, dibuat bawang goreng
• 2 sudu teh minyak

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan terung.
4. Masukkan air dan masakkan sehingga terung menjadi lembut dan airnya kering.
5. Angkat dan hidangkan.

Cara menghidang:
• Hiaskan dengan sedikit bawang goreng.

Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (½ cawan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

94 5 2 8 10 35 27

40

41

Menu Utama

Sayur Campur (4 hidangan)

Bahan-bahan
• 1 batang lobak merah
• ¼ biji bunga kobis
• 20 biji kacang buncis
• 1 biji lada benggala
• ¼ cawan air
• 2 sudu teh sos tiram

Bahan A: Bahan Penumis
• 2 ulas bawang putih
• 2 sudu makan minyak

Cara Penyediaan:
1. Potong sayur mengikut citarasa.
2. Tumis bawang putih sehingga naik bau
3. Masukkan sayur satu persatu.Tambahkan air.
4. Perisakan dengan sos tiram dan masak sehingga sayur empuk.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

77 7 3 4 289 166 41

42

43

Menu Utama

Sayur Kobis & Lobak Merah (4 hidangan)

Bahan-bahan

• 1 ulas bawang putih dimayang
• ½ biji bawang besar

• 1 biji cili merah

• 1 ketul dada ayam - dihiris nipis

• 1 biji lobak merah - dihiris nipis

• ½ biji kobis - dipotong kecil

• ½ sudu kecil lada sulah

• ¼ sudu kecil garam

• 2 sudu teh minyak masak

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak.Tumis bawang dan cili merah sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam. Goreng selama 1 hingga 2 minit.
3. Masukkan lobak merah dan kobis. Masak sehingga sayur empuk.
4. Perisakan dengan lada sulah dan garam.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

96 7 9 3 65 290 98

44

45

Nasi dan Aneka Jenis Mee

Nasi Goreng Cina (2 hidangan)

Bahan-bahan
• 2 cawan nasi sejuk
• 100g isi ayam - dipotong kecil
• ½ biji lobak merah - dipotong dadu
• 2 batang kacang panjang - dipotong pendek
• 2 biji telur - ambil putih telur sahaja
• ¼ sudu teh garam
• ½ sudu teh lada hitam
• 2 sudu makan minyak masak - untuk menumis

Bahan Tumis
• 2 biji bawang merah
• 1 ulas bawang putih

Bahan Hiasan
• ¼ biji timun - dihiris nipis
• 2 sudu makan daun sup yang dihiris nipis
• 2 sudu makan daun bawang yang dihiris nipis
• 1 biji cili merah
• 1 biji cili hijau
• 2 biji bawang merah - digoreng

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak.Tumis bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, lobak merah dan kacang panjang.
3. Masukkan nasi, gaul rata. Ketepikan nasi supaya ada ruang di tengah kuali untuk telur

putih.
4. Masukkan putih telur. Kacau sehingga masak.
5. Gaul rata. Perisakan dengan garam dan lada hitam
6. Hiaskan dengan bahan hiasan dan hidangkan.

Tip:
• Putih teluh boleh juga dibuat telur dadar dan dipotong halus.Taburkan di atas nasi
goreng sebagai hiasan.
• Untuk pesakit CAPD, makan bersama tomato dan daun salad bagi meningkatkan
kandungan potassium.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

376 48 18 12 315 404 165

46

47

Nasi dan Aneka Jenis Mee

Nasi Kerabu Ikan (4 hidangan)

Bahan-bahan Bahan B: Bahan Sambal
• 2 cawan beras
• Pewarna biru secukupnya • 50g suhun
• 2 ½ cawan air
• 4 ekor ikan kembung • 2 ekor ikan kembong

saiz sederhana • ½ inci halia dihiris halus
• 2 sudu kecil serbuk kunyit • 3 ulas bawang merah

Bahan A: Bahan Tumis Kerabu • 2 batang serai - dititik
• 6 biji bawang merah
• 1 ulas bawang putih • ½ sudu kecil garam
• 1 inci halia
• 3 biji cili kering • ½ sudu kecil gula
• 2 batang serai - dititik
• 1 keping asam keping • 1 sudu kecil lada hitam
• 5 peket kecil serbuk krimer
• 100ml air • minyak - untuk menggoreng
• ½ sudu kecil garam
• 4 sudu besar minyak masak Bahan-bahan C: Bahan ulam

• 200g taugeh

• 1 kuntum bunga kantan

• 1 batang timun dihiris nipis

• 5 tangkai kacang panjang

Cara Penyediaan:
1. Masak nasi dengan sedikit pewarna biru dan air. Goreng ikan kembong sehingga garing.
2. Untuk bahan A, panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus sehingga naik bau.

Kemudian masukkan serai, asam keping, bancuhan serbuk krimer dan garam. Kacau
sebati sehingga mendidih dan sedikit pekat.
3. Untuk menyediakan bahan sambal pula, goreng suhun sehingga kembang dan toskan.
Ketepikan.
4. Rebus ikan kembung, kemudian ambil isi sahaja.
5. Sangai bawang merah, halia dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan garam,
gula dan lada hitam dan kacau seketika.
6. Akhir sekali, gaulkan suhun, isi ikan kembung dan bahan yang disangai di dalam
mangkuk besar, ketepikan.
7. Nasi kerabu dimakan bersama dengan ikan goreng, tumis kerabu, sambal dan bahan
ulam.

Kandungan Nutrien (1 hidangan)

Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat

(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)

393 46 19 15 196 412 360

48

49


Click to View FlipBook Version