Nasi dan Aneka Jenis Mee
Mee Goreng (5 hidangan)
Bahan-bahan
• 1 bungkus (450g) mee kuning
• ½ sudu makan serbuk kari
• 5 ketul ayam (bahagian dada), direbus dan dipotong panjang
• 100g taugeh
• 1 batang sawi, potong pendek
• 5 biji telur - ambil putih telur sahaja
• 5 sudu makan minyak - untuk menumis
Bahan A: Bahan Tumis
• ½ biji bawang besar - dipotong halus
• 3 ulas bawang putih - dipotong halus
• 3 biji cili kering - dikisar halus
Bahan B: Bahan Perasa
• 1 sudu teh kicap
• 2 sudu makan sos cili
Bahan C: Bahan Hiasan
• 1 biji cili merah, dihiris nipis
• 1 biji cili hijau, dihiris nipis
• 5 biji limau kasturi
• 2 sudu teh bawang merah yang digoreng
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari dan kacau seketika. Masukkan isi ayam.
3. Masukkan mee kuning, diikuti taugeh dan sawi. Goreng sehingga masak.
4. Masukkan bahan perasa dan gaul rata.
5. Goreng putih telur berasingan gulungkan dan hiris nipis serta tabur di atas mee semasa
menghidang.
6. Hiaskan dengan bahan hiasan.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat
(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
428 50 20 16 406 399 168
50
51
Nasi dan Aneka Jenis Mee
Mee Berkuah (4 hidangan)
Bahan-bahan
• 1 bungkus mee kuning
• 2 ketul dada ayam - dihiris nipis
• 2 helai daun sawi, dipotong kecil dan direndam seketika celurkan sehingga masak
• 1 cawan taugeh
• 2 cawan air
• ½ biji keledek - dibuang kulit, direbus, dibuangkan airnya dan dilenyek
• 4 biji telur ayam
• ½ sudu teh garam
• 4 sudu teh minyak - untuk menumis
Bahan A: Bahan Kisar
• ½ biji bawang besar
• 2 ulas bawang putih
• 1 tangkai cili kering
• 4 ekor udang kering
Bahan B: Bahan Hiasan
• 1 biji cili merah - dihiris nipis
• 2 biji limau kasturi - dibelah 2
Cara Penyediaan:
1. Celur mee kuning.Tos dan ketepikan.
2. Rebus ayam sehingga masak dan buang air rebusannya. Ketepikan.
3. Untuk kuah, panaskan minyak.Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
4. Masukkan air dan ubi keledek. Biarkan mendidih.
5. Masukkan telur satu per satu. Biarkan sehingga masak. Perisakan dengan garam
6. Curahkan kuah yang telah siap ke atas mee kuning.
7. Makan bersama ayam, sawi dan taugeh dan cili merah. Perahkan asam limau jika perlu.
Tip:
• Gunakan garfu dan bukan sudu ketika makan bagi menghadkan pengambilan cecair.
• Semasa makan, ambil putih telur sahaja bagi mengawal pengambilan fosfat.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat
(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
441 63 19 12 278 367 192
52
53
Nasi dan Aneka Jenis Mee
Meehoon Goreng Tomyam (2 hidangan)
Bahan-bahan
• ¼ bungkus meehoon (anggaran 2 cawan basah)
• 1 ketul dada ayam - dipotong kecil
• 2 biji telur - ambil putih telur sahaja, digoreng, digulung dan dihiris nipis
• ½ biji bawang besar - ditumbuk halus
• 1 batang serai - diketuk
• 2 helai daun limau purut - dihiris halus
• 3 biji cili padi - diketuk
• 2 sudu teh sos tomato
• ¼ sudu teh garam
• ½ biji tomato - dipotong dadu
• 4 helai daun ketumbar - dihiris
• ½ biji timun, dibuang kulit untuk hiasan
• 2 biji limau kasturi - dibelah 2
• 2 sudu makan minyak
Cara Penyediaan:
1. Rendam meehoon sehingga kembang.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar.
3. Masukkan ayam, kacau sehingga masak.
4. Masukkan serai, daun limau purut dan cili padi.
5. Masukkan meehoon dan gaul rata.
6. Perisakan dengan sos tomato dan garam.Tambah sedikit air jika perlu.
7. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul sebati.
8. Angkat dan hidangkan bersama timun dan limau kasturi.
Tip:
• Putih telur boleh ditambah sedikit kunyit untuk memberikan warna kuning.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat
(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
377 49 20 10 389 290 157
54
55
Nasi dan Aneka Jenis Mee
Kuey Teow Goreng Udang (5 hidangan)
Bahan-bahan
• 1 peket (500g) kuey teow halus
• 20 ekor udang sederhana besar - dibuang kepala dan kulit
• 5 biji telur - ambil putih telur sahaja, digoreng, digulung dan dihiris nipis
• 1 batang lobak merah - dihiris memanjang
• 1 batang saderi - dihiris nipis
• 3 sudu makan minyak masak
Bahan A: Bahan Penumis
• 5 ulas bawang putih ditumbuk
• 1 biji bawang besar
• 3 sudu makan cili kering, digiling
Bahan B: Bahan Perasa
• ½ sudu kecil garam
• 2 sudu kecil lada sulah
• 2 sudu teh sos tiram
Bahan C: Bahan Hiasan
• 5 sudu teh daun bawang yang dihiris nipis
• 1 biji cili merah - dihiris nipis
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak.Tumis bahan penumis sehingga naik bau.
2. Masukkan lobak merah dan batang saderi. Masakkan seketika.
3. Masukkan udang, biarkan sehingga udang kemerahan.
4. Masukkan kuey teow, gaul sebati sehingga masak.
5. Perisakan dengan garam, lada sulah dan sos tiram. Angkat dan hidangkan.
6. Makan kuey teow bersama putih telur.
7. Hiaskan dengan daun bawang dan cili merah.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat
(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
297 38 17 8 292 231 177
56
57
Nasi dan Aneka Jenis Mee
Spageti Goreng (4 hidangan)
Bahan A
• 4 ketul dada ayam - dipotong kecil
• 2 sudu teh sos tiram
• 1 sudu teh daun oregano kering
• ½ sudu teh lada hitam, ditumbuk kasar
Bahan B
• 4 sudu teh minyak masak
• 2 ulas bawang putih, dicincang halus/ditumbuk
• ½ biji bawang besar, dihiris bulat
• 1 biji lada benggala (merah, kuning dan hijau) dipotong tebal
• ½ batang lobak merah - dipotong halus
Bahan C
• 150g spageti - direbus sehingga masak dan digaulkan dengan sedikit minyak
• Sedikit daun pasli - dihiris halus
• ½ teh lada sulah
Cara Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan A. Perapkan selama 30 minit.
2. Panaskan minyak.Tumis bawang putih sehingga naik bau.Tambahkan dengan bawang
besar.
3. Masukkan bahan A. Masakkan seketika.
4. Masukkan lada benggala dan lobak merah.
5. Masukkan spageti dan kacau rata.
6. Angkat dan hidangkan.
Cara Menghidang:
• Taburkan dengan sedikit daun pasli dan lada sulah.
Tip:
• Sos spageti tidak digunakan untuk mengurangkan kandungan potasium dan fosfat.
• Gunakan spageti berwarna cerah disebabkan kandungan fosfat dan potasium yang lebih
rendah berbanding spageti berwarna lebih gelap.
• Penggunaan rempah asli (bawang, sedikit lada hitam dan lada sulah serta daun pasli)
untuk membangkitkan rasa makanan tanpa meningkatkan kandungan sodium.
Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (1pinggan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat
(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
358 41 23 12 193 409 290
58
59
Nasi dan Aneka Jenis Mee
Asam Laksa (5 hidangan)
Bahan-bahan
• 1 bungkus (600g) laksa
• 5 ekor ikan kembung
• 2 keping asam keping
• 2 kuntum bunga kantan - belah dua
• 2 sudu makan asam jawa
• ¼ sudu teh garam
• 5 biji telur - rebus dan ambil putih telur sahaja
Bahan A: Bahan Kuah
• 2 cawan air
• 2 keping asam keping
• 1 batang daun kesom
Bahan B: Bahan Kisar
• 8 biji cili kering
• 4 biji bawang merah
• 5g belacan
Bahan C: Bahan Hiasan
• ¼ biji timun - dipotong halus
• ½ kuntum bunga kantan - dihiris nipis
• 1 biji bawang besar - dihiris nipis
• 5 helai daun salad
• 1 biji cili merah - dihiris nipis
• 10 helai daun pudina
• 2 biji limau kasturi - dibelah dua dan diperah
Cara Penyediaan:
1. Rebuskan ikan bersama asam keping sehingga masak.
2. Buang air rebusan dan ambil isi ikan sahaja. Ramaskan ikan atau tumbuk kasar jika perlu.
3. Didihkan bahan kuah dan masukkan isi ikan.
4. Masukkan bahan kisar, bunga kantan dan asam jawa.
5. Didihkan selama 10 minit, tambahkan garam dan padamkan api.
6. Tuangkan kuah yang telah masak ke atas laksa
7. Makan bersama putih telur dan hiaskan dengan bahan hiasan.
Tip:
• Semasa makan, elakkan dari menghirup kuah untuk mengawal pengambilan cecair.
• Nenas tidak digunakan bagi mengawal jumlah kandungan potasium dalam masakan.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat
(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
318 56 18 3 416 399 195
60
61
Kuih-Muih
Popiah Goreng Bersos (4 hidangan)
Bahan-bahan
• 8 keping kulit popiah
Bahan A: Bahan Untuk Inti
• 1/8 biji kobis - dipotong kecil
• ½ biji lobak merah - dihiris halus
• ½ biji bawang besar dicincang halus
• ½ ulas bawang putih
• ¼ sudu teh lada sulah
• 3 sudu teh minyak masak
Bahan B: Bahan Untuk Sambal
• ½ biji bawang besar
• 1 ulas bawang putih ditumbuk berasingan
• 3 tangkai cili kering
• 4 sudu makan air
• ½ sudu makan gula perang
• ½ sudu makan kicap manis
• 1 sudu teh minyak masak
Cara Penyediaan:
Inti
1. Panaskan minyak.Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan kobis dan lobak merah. Biar seketika
3. Perisakan dengan lada sulah.
Sambal
1. Panaskan minyak.Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering dan biar sehingga masak.
3. Masukkan air, gula perang dan kicap manis.
4. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Padamkan api.
Popiah
1. Ambil kulit popiah, letakkan inti yang telah siap dimasak.
2. Gulung dan letak sedikit air di hujung untuk melekatkan kulit popiah.
3. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana.
4. Makan popiah goreng bersama sambalnya.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat
(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
187 15 3 13 187 232 36
62
63
Kuih-Muih
Samosa (4 hidangan)
Bahan-bahan
• 8 keping kulit samosa
Bahan A: Bahan Inti Tumis
• ¼ biji bawang besar - potongkan dalam bentuk dadu yang kecil
• Sedikit daun kari
• 1 sudu makan rempah kari
• 1 biji kecil kentang - potongkan dalam bentuk dadu yang kecil
• ¼ cawan air
• 1 ketul isi ayam - potong kecil
• 2 sudu teh minyak masak
Bahan B: Bahan Samosa
• 2 biji telur - ambil putih telur sahaja
Cara Penyediaan:
Inti
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan kentang dan ¼ cawan air.
4. Tambah isi ayam apabila kentang hampir masak.
5. Keluarkan semula daun kari apabila inti sudah masak.
Samosa
1. Ambil kulit popiah, masukkan 1 sudu makan inti yang telah dimasak.
2. Lipat menjadi bentuk segi tiga dan lekatkan dengan putih telur.
3. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana.
Tip:
• Tiada garam ditambah ke dalam inti samosa memandangkan sedikit garam telah ada di
dalam kulit samosa.
• Untuk mengurangkan jumlah kandungan fosfat dalam samosa ini, rebuskan ayam
sehingga masak dan buang air rebusan. Carik halus ayam dan masukkan ke dalam inti
kentang yang sudah masak.
• Untuk meningkatkan jumlah kandungan protin rebuskan 4 biji telur. Buang kuning telur
dan parutkan putih telur. Masukkan putih telur itu ke dalam inti yang telah masak.
• Untuk pesakit CAPD yang perlu meningkatkan pengambilan potasium, tambahkan daun
sup dan daun bawang ke dalam inti apabila inti telah siap dimasak.
Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (2 biji)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat
(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
311 19 8 25 130 147 116
64
65
Kuih-Muih
Karipap Ayam (4 hidangan)
Bahan-bahan
• ¾ cawan tepung gandum
• ¼ cawan minyak
Bahan Inti
• 1 biji kecil ubi kentang - dipotong dadu
• ½ isi ketul dada ayam - dipotong dadu
• 2 biji bawang merah
• 1 ulas bawang putih
• 1 sudu makan rempah kari ayam
• 1 helai daun kari
• 1 cawan kari
• ¼ sudu teh garam
• 4 sudu teh minyak - untuk menumis
Cara Penyediaan:
Kulit Karipap
1. Gaulkan tepung gandum dan minyak.
2. Tambahkan sedikit air jika perlu. Uli sehingga rata.
3. Tudung dan perapkan kira-kira 15 minit.
Inti
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3. Masukkan rempah kari, tumis sehingga naik minyak.
4. Tambahkan daun kari.
5. Masukkan ubi kentang, air dan garam. Kacau sesekali sekala sehingga empuk.
6. Masukkan isi ayam bila ubi hampir masak. Gaul rata.
7. Angkat dan ketepikan.
Kuih Karipap
1. Ambil doh dalam kuantiti sedikit, gelek menggunakan penggelek dan masukkan ke
dalam acuan karipap.
2. Masukkan inti karipap, katupkan acuan dan buang lebihan doh.
3. Gorengkan dalam minyak dengan api sederhana.
Tip:
• Untuk mengurangkan kandungan potassium dan fosfat ubi kentang, ianya boleh direbus,
dibuangkan air rebusannya dan dimasukkan ke dalam inti yang hampir masak.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat
(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
263 25 7 15 115 145 113
66
Kuih-Muih
67
Kuih-Muih
Kuih Cara Berlauk (10 hidangan)
Bahan-bahan
• 150g tepung gandum
• 50ml santan pekat
• 1 biji telur
• Air secukupnya
• Pewarna kuning secukupnya
Bahan A: Bahan Penumis
• 4 ulas bawang putih
• 1 biji bawang besar
• 2 sudu makan minyak masak - untuk menumis
Bahan B: Bahan Inti
• 1 sudu makan rempah kari
• 100g daging kisar
• 2 sudu makan udang kering - ditumbuk
• ½ sudu teh lada sulah
• ¼ sudu teh garam
Bahan C: Bahan Hiasan
• 2 biji cili merah
• 2 sudu makan daun sup yang dipotong kecil
• 2 sudu makan daun bawang yang dipotong pendek
Cara Penyediaan:
1. Campurkan tepung gandum, santan, telur, air dan pewarna kuning dan gaul sebati.
Tambahkan air sehingga kepekatan yang sesuai. Ketepikan.
2. Panaskan minyak.Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan bahan inti satu persatu
sehingga masak. Ketepikan.
3. Panaskan acuan dan lenselkan dengan sedikit minyak.
4. Masukkan adunan campuran tepung ke dalam acuan.
5. Tambahkan inti daging dan bahan hiasan.
6. Tutup acuan dan keluarkan kuih cara dari acuan apabila masak.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat
(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
124 13 6 5 104 99 77
68
69
Pencuci Mulut
Agar-agar Cendol (10 hidangan)
Bahan-bahan
• 25g agar-agar kering
• 1.5 liter air
• 5 helai daun pandan
• 300g gula
• Sedikit pewarna merah
• 30g serbuk krimer bukan tenusu
• 100g cendol
• Sedikit pewarna hijau
Cara Penyediaan:
1. Masak agar-agar dengan air dan daun pandan sehingga larut.
2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
3. Bahagikan larutan agar-agar kepada dua (2) bahagian (Bahagian A dan Bahagian B).
4. Masukkan pewarna merah dan serbuk krimer dalam Bahagian A.
5. Masukkan cendol dan pewarna hijau ke dalam Bahagian B.
6. Masukkan Bahagian A ke dalam bekas atau cawan yang sesuai dan biar sehingga separa
keras.
7. Masukkan Bahagian B dan biarkan sehingga keras.
8. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat
(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
157 38 0.5 0.1 10 27 14
70
71
Pencuci Mulut
Agar-agar Mangga (4 hidangan)
Bahan-bahan dikisar bersama
• 10g serbuk agar-agar
• 2 cawan air
• 2 sudu makan gula pasir
• 1 biji mangga
• 100ml air perisa mangga
• 20g serbuk krimer bukan tenusu
Cara Penyediaan:
1. Masak agar-agar dengan air sehingga larut.
2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
3. Padamkan api.
4. Masukkan mangga yang telah dikisar dan kacau rata.
5. Tuangkan ke dalam acuan dan biarkan sehingga keras.
6. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat
(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
98 22 1.5 0.3 18 137 31
72
73
Pencuci Mulut
Jeli Konnyaku (36 hidangan)
Bahan-bahan
• 2 tin (474ml) Nepro®
• 10g serbuk Jeli Konnyaku
• 2 cawan (475ml) air
• 250g gula
• 3 bahagian (180g) buah pic - tin, toskan dan cincang kecil
Nota:
Anda boleh gantikan buah pic dengan buah-buahan lain seperti pir dan limau mandarin.
Cara Penyediaan:
1. Campurkan serbuk Konnyaku bersama gula di dalam mangkuk.
2. Campurkan air bersama Nepro® di dalam periuk dan didihkan dengan api perlahan.
3. Tuangkan campuran serbuk Konnyaku dengan gula ke dalam periuk yang mengandungi
campuran air dan Nepro® dan kacau sepanjang masa dengan api yang kecil sehingga
larut.
4. Terus mengacau campuran selama 8 minit. Padamkan api. Pindahkan campuran ke
dalam jag mencurah.
5. Sediakan acuan jeli. Bahagikan sama jumlah buah ke dalam acuan.Tuangkan campuran
jeli Konnyaku ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
6. Pindahkan jeli daripada acuan. Hidangkan.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat
(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
55 10 1 1 12 20 10
74
Pencuci Mulut
Smoothie Strawberi (2 hidangan)
Bahan-bahan
• 1 tin (237ml) Nepro® sejuk
• ½ cawan strawberi dibekukan
• 2 sudu makan pemanis tiruan
• 4 sudu makan air
Cara Penyediaan:
1. Campurkan bahan-bahan ke dalam balang pengisar.
2. Kisarkan sehingga halus.
3. Hidangkan segera.
Kandungan Nutrien (1 hidangan)
Kalori Karbohidrat Protin Lemak Sodium Potasium Fosfat
(kcal) (g) (g) (g) (mg) (mg) (mg)
274 35 9 12 101 183 92
75
Pernerbitan oleh:
Hospital Kuala Lumpur
Buku ini telah diterbitkan dengan sokongan daripada:
ABBVIE SDN BHD