Isi Kandungan BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Kata Alu-Aluan Pengarah 1 2 Kata Alu-Aluan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA) 2 3 Pengenalan 3 4 Maklumat Umum 4 5 Visi, Misi, Cogan Kata 5 6 Piagam Pelanggan 6 7 Carta Organisasi Unit Pengurusan Kolej Kediaman 7 8 Tugas dan Tanggungjawab Pengurusan Kolej Kediaman 8 9 Peraturan Kolej Kediaman 24 10 Peraturan Umum 25 11 Peraturan Pakaian, Rambut dan Gaya Diri 30 12 Peraturan Sukan dan Riadah / Rekreasi 34 13 Peraturan Makanan 35 14 Peraturan Keluar / Masuk Kolej Kediaman 36 15 Peraturan Rawatan Perubatan dan Kesihatan 42 16 Peraturan Khusus Tempat-Tempat Khas 43 17 Jaduan Harian Penghuni Kolej Kediaman 46 18 Pengurusan Displin Pelajar 50 19 Kesalahan Berat 51 20 Kesalahan Sederhana 52 21 Kesalahan Ringan 53 22 Tindakan-Tindakan 54 23 Carta Alir Tindakan / Siasatan 55
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang maha pengasih lagi maha penyayang kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Buku Panduan dan Peraturan Kolej Kediaman Kolej Vokasional Butterworth 2024 dapat direalisasikan untuk panduan semua warga kolej kediaman. Tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan kolej kediaman kerana berjaya menghasilkan satu dokumentasi asas sebagai panduan dalam menguruskan dan membangunkan kolej kediaman. Saya mengharapkan pada tahun 2024 ini semua warga kolej kediaman akan dapat bersama-sama mengembleng tenaga dalam melaksanakan apa jua program dan aktiviti yang telah dirancang agar semuanya dapat dijalankan dengan sempurna dan berjaya di samping menjaga kebajikan penghuni kolej kediaman dengan sebaiknya. Saya juga mengharapkan agar kita dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan serta komitmen yang tinggi dalam apa jua tugasan yang diberikan agar kejayaan dan kecemerlangan akan dapat dikecapi. Marilah kita bekerja sebagai satu pasukan kerana ‘muafakat membawa berkat’, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. In Shaa Allah, kejayaan akan bersama-sama kita. Akhir kata, semoga sesi pengajian tahun ini akan seiring dengan azam dan tekad bagi meningkatkan kualiti dan profesionalisme diri yang menuntut kepada perubahan bagi menjamin Kolej Kediaman Kolej Vokasional Butterworth akan dapat mencapai prestasi yang membanggakan dan akan melakarkan kejayaan yang gemilang sebagai kolej kediaman yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Selamat bertugas dengan cemerlang sepanjang 2024. Kata Alu-Aluan Pengarah …………………………………………… MOHAMAD ZABIDI BIN ABDULLAH PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH 1
Alhamdullilah terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Unit Pengurusan Kolej Kediaman Kolej Vokasional Butterworth kerana berjaya menghasilkan Buku Panduan dan Peraturan Kolej Kediaman Kolej Vokasional Butterworth 2024 ini dengan jayanya. Panduan pengurusan kolej kediaman ini membolehkan semua pihak yang terlibat dalam komuniti kolej kediaman mengetahui peranan dan bidang tugas masing-masing dalam melaksanakan pelbagai aktiviti atau program serta pentadbiran dalam membangunkan kolej kediaman dengan lebih berfokus dan berkesan. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dalam memastikan usaha menyediakan kolej kediaman yang kondusif kepada pelajar dapat dilaksanakan dengan baik. Peranan dan tanggungjawab semua komuniti pengurusan kolej kediaman sangat besar dan memberi impak kepada diri pelajar. Akhir kata dari saya, marilah kita bersama-sama dalam satu kumpulan organisasi mengorak langkah menjadi sebuah pasukan yang berkesan demi anak-anak didik kita. Hindarkan sikap iri hati, dengki dan apa-apa sahaja yang bersifat negatif dalam kalangan kita supaya dapat kita bangunkan kolej kediaman Kolej Vokasional Butterworth ini ke mercu kejayaan. Ini adalah satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dalam mendidik pelajar Kolej Vokasional Butterworth. “ASRAMA TERBILANG, PELAJAR CEMERLANG” Kata Alu-Aluan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik …………………………………………… NORAZIMAH BINTI ISHAK TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH 2
Pengenalan Buku Panduan dan Peraturan Kolej Kediaman Kolej Vokasional Butterworth ini digubal khusus kepada semua pelajar Kolej Vokasional Butterworth yang mendiami kolej kediaman di Kolej Vokasional Butterworth bagi memastikan setiap penghuni memahami tatacara dan peraturan dikolej kediaman. Kandungan buku ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas berkenaan peraturan am, kaedah tatatertib pelajar di kolej kediaman dan panduan khusus di kolej kediaman. 3
BAHAGIAN A: MAKLUMAT UMUM 4
VISI KOLEJ KEDIAMAN Kolej Kediaman sebagai entiti yang berorientasikan tindakan proaktif dan inovatif bagi melahirkan pelajar cemerlang MISI KOLEJ KEDIAMAN • Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang. • Meningkatkan pengurusan fizikal yang kondusif. • Menyediakan makanan bermasak yang berkualiti. • Membangunkan sahsiah pelajar kearah keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek • Menghasilkan satu pasukan pengurusan yang komited dan bertanggungjawab COGAN KATA “Kolej Kediaman Terbilang, Pelajar Gemilang” 5
PIAGAM PELANGGAN 1 Memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra 2 Berusaha melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi menjana modal insan cemerlang dan beriman. 3 Berusaha memelihara hubungan baik dengan ibu bapa dan masyarakat luar serta menghormati pandangan dan hak ibu bapa atau penjaga 4 Mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif. 5 Mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan sebarang masalah pelajar. 6 Memastikan setiap warga kolej kediaman sentiasa berdedikasi, komited, berdisplin dan produktif bagi membina jati diri yang teguh dan sahsiah yang mantap melalui aktiviti-aktiviti kerohanian, kurikulum dan kokurikulum. 7 Mewujudkan penginapan yang selamat dan terkawal. 6
7 CARTA ORGANISASI UNIT PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN PENGARAH MOHAMAD ZABIDI BIN ABDULLAH TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK NORAZIMAH BINTI ISHAK YANG DIPERTUA PIBG CHE HASSAN BIN CHE YAHYA KETUA UNIT / KETUA WARDEN ABDUL RAZAK BIN OMAR PENOLONG KETUA UNIT KOLEJ KEDIAMAN BADROL HISHAM BIN JUSOH PENYELIA ASRAMA NOR ELIZAWATI BINTI ABD HALIM PENYELIA ASRAMA QURRATUL IZZATI BINTI HAMDAN WARDEN MUHAMMAD SAFWAN AZIZI BIN ABDUL JALIL SETIAUSAHA/ PEMBANTU WARDEN NADIA FAZILA BINTI MOHD ZAMZURI WARDEN ABDUL AZIZ BAKRI BIN IBRAHIM WARDEN NUR HALIZA BINTI ZAKARIA WARDEN YUHANA BINTI BOHARI PEMBANTU WARDEN SITI NUR FARHANA BINTI KAMAL PEMBANTU WARDEN SITI NOOR AIDA BINTI AHMAD PEMBANTU WARDEN SIVARAJINI A/P VADIVELOO PEMBANTU WARDEN SYAZRUL NADZIMI BIN MOHD NASIR BIRO KOLEJ KEDIAMAN KETUA DORM KETUA ASRAMA PENOLONG KETUA ASRAMA
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN A. PENYELIA ASRAMA (PA) 1. BIDANG TUGAS PA a. Bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pengurusan kolej kediaman untuk memastikan peraturan kolej kediaman dipatuhi. b. Memastikan kelengkapan kolej kediaman dan dewan makan berada dalam keadaan baik, menyelia dapur dan dewan makan, membuat uji rasa makanan serta menyelia pekerja, peralatan dapur dan kolej kediaman. c. Bertanggungjawab menyediakan serta memastikan tempat tinggal penghuni kolej kediaman berada dalam keadaan selamat, bersih dan kemas serta merancang anggaran keperluan kewangan dan mengawal perbelanjaan. d. Membantu menguruskan tugas-tugas domestik, penginapan dan kelengkapan kolej kediaman serta sajian makanan. 2. HURAIAN / SENARAI TUGAS (PA) A. ASPEK PENTADBIRAN i. Menjalankan tugas pendaftaran masuk dan keluar penghuni kolej kediaman. Contohnya membantu Warden dalam urusan pendaftaran dan penempatan penghuni kolej kediaman. ii. Membantu, merancang, memantau dan mengemaskini senarai nama dan kedudukan atau pembahagian bilik penghuni kolej kediaman. iii. Memeriksa dan merekod maklumat penghuni (Profil Pelajar). iv. Menyediakan statistik bulanan dan tahunan penghuni kolej kediaman. v. Membantu memantau salahlaku penghuni kolej kediaman dengan menyediakan laporan kepada Warden, Setiausaha Disiplin atau PK HEM sekiranya perlu. vi. Menerima laporan salah laku penghuni kolej kediaman, mendokumentasi dan mengemukakan kepada pihak pengurusan. 8
vii. Bertanggungjawab ke atas disiplin anggota di bawah jagaannya. viii. Menyedia dan merancang jadual tugas dan cuti anggota. ix. Perancangan dan kawalan kewangan kolej kediaman. (Pembelian / Perolehan Aset Asrama adalah tertakluk kepada pekeliling dan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa). x. Mengurus stok inventori dan harta modal di kolej kediaman termasuk penerimaan, hapus kira dan pelupusan aset alih kerajaan. (Tertakluk kepada peraturan pengurusan dan pelupusan aset yang sedang berkuatkuasa). xi. Mengurus surat menyurat, fail dan surat-surat pekeliling yang berkaitan. B. ASPEK PERKHIDMATAN ASRAMA i. Bertanggungjawab dalam pengendalian dan rekod kunci. Memberi dan menerima kunci daripada penghuni kolej kediaman dan menyimpan di tempat yang disediakan. ii. Memantau anggota bawahan dalam aspek pengendalian kunci. iii. Memastikan penghuni kolej kediaman mematuhi peraturan-peraturan kolej kediaman. iv. Menyedia dan mengemaskini peraturan kolej kediaman dari semasa ke semasa. v. Bertanggungjawab dalam merancang dan memantau penyediaan bilik asrama dan kelengkapan kolej kediaman. Menyelaras penggunaan bilik asrama supaya digunakan secara optimum. vi. Mengurus penggunaan kemudahan penginapan, makan / minum dan prasarana kolej kediaman oleh pihak luar. C. ASPEK PENYELENGGARAAN FASILITI DAN ASET i. Memeriksa peralatan dan mengenalpasti keperluan kelengkapan. ii. Menyediakan laporan anggaran keperluan kelengkapan kolej kediaman. 9
iii. Memastikan kolej kediaman dan persekitaran dalam keadaan bersih dan selesa. iv. Memantau dan memeriksa kerja pembersihan di kolej kediaman oleh kontraktor Kebersihan Bangunan & Kawasan (KBK). v. Memastikan pemeriksaan harian mengikut skop yang telah ditetapkan serta menerima aduan dan membuat laporan kerosakan peralatan dan kelengkapan kolej kediaman kepada juruteknik. vi. Menghantar laporan kebersihan bangunan dan kawasan kolej kediaman kepada pihak pengurusan. D. ASPEK KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN i. Menyelia dan menyediakan kemudahan di bilik rawatan serta memastikan kesihatan penghuni kolej kediaman sentiasa baik dan melaporkan kepada warden jika terdapat kes-kes yang berbahaya. ii. Pengurusan berkaitan aspek kesihatan penghuni kolej kediaman seperti: a. Pengurusan bilik rawatan. b. Keperluan pergerakan penghuni kolej kediaman ke klinik / hospital (penghuni asrama akan diiringi oleh warden / guru bertugas harian ke klinik / hospital untuk mendapatkan rawatan). c. Memberi bantuan kecemasan awal kepada penghuni kolej kediaman. d. Menyediakan dan mengemaskini rekod kesihatan penghuni kolej kediaman (digalakkan). e. Mengurus kebersihan keceriaan dan keselamatan (3K) bilik rawatan. f. Memastikan keperluan alat bantuan keselamatan dan kemudahan di bilik rawatan adalah mencukupi. iii. Membantu dalam mematuhi prosedur pencegahan wabak penyakit. 10
iv. Memastikan penghuni kolej kediaman mematuhi Polisi / Peraturan Keselamatan dan Kesihatan. v. Melakukan rondaan bagi memastikan penghuni kolej kediaman, aset, bangunan, kemudahan dan persekitaran (dormitori, tandas, bilik air, bilikbilik khas, surau, dewan makan dan lain-lain) berada dalam keadaan baik, teratur dan selamat untuk digunakan. vi. Menyediakan pelan tindakan kecemasan dan senarai pegawai yang boleh dihubungi semasa berlaku kecemasan. vii. Membantu merancang pelan tindakan kebakaran dan memastikan latihan pencegahan kebakaran dilaksanakan. viii. Menghantar laporan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) kepada pihak pentadbiran sekolah. F. PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN ASRAMA i. Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) Tahunan kolej kediaman. ii. Mengurus permohonan perolehan bagi pembelian dan perkhidmatan yang melibatkan kelengkapan serta peralatan kolej kediaman. iii. Membantu mengurus pembayaran bil-bil bekalan kelengkapan dan peralatan kolej kediaman. iv. Membantu dalam urusan yang berkaitan Yuran Makan Asrama (YMA). G. PENGURUSAN PERKHIDMATAN BEKALAN MAKANAN BERMASAK i. Memantau kebersihan dan keceriaan dewan makan dan dapur kolej kediaman serta memastikan pekerja dewan makan mematuhi SOP dan garis panduan kesihatan/kebersihan dewan makan. ii. Membuat tempahan makanan melalui berdasarkan bilangan penghuni kolej kediaman semasa tidak kurang dari 48 jam sebelum masa sajian. 11
iii. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam aspek berkaitan Bekalan Makanan Bermasak di kolej kediaman. (Perkhidmatan Mengikut Kontrak Perjanjian Makanan Bermasak Asrama). iv. Membantu dan bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam menangani kes keracunan makanan. v. Menghantar laporan Perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak kepada pihak pentadbir. vi. Membuat verifikasi dan pemantauan Program Kendiri Dewan Makan Asrama atau lain-lain program yang dilaksanakan dengan Kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia H. TUGAS SEMASA CUTI SEKOLAH i. Sewaktu cuti sekolah, walaupun tiada pelajar di kolej kediaman, PA perlu memastikan pekerja perkhidmatan KBK membersihkan kipas dan tingkap di dalam dorm. ii. Tugas-tugas lain selain kontrak bekalan makanan bermasak dilakukan seperti biasa. I. TUGAS-TUGAS LAIN YANG DIARAHKAN OLEH PIHAK PENTADBIR DARI SEMASA KE SEMASA. i. Arahan hendaklah secara bertulis mengikut keperluan (spesifik tarikh dan masa) • Sila rujuk Penghuraian Kerja Perkhidmatan Penyelia Asrama (Lampiran P, P1 dan P2) dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 2009 yang berkuatkuasa pada 02 Julai 2009 dan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. 12
B. KETUA WARDEN Ketua Warden Kolej Kediaman bertanggungjawab merancang dan mengurus aspek kebajikan, sahsiah, keselamatan dan penyediaan persekitaran yang kondusif untuk pelajar menginap dan tugasnya merangkumi perkara seperti yang berikut: 1. Mewakili Pengarah / Timbalan Pengarah Sokongan Akademik seperti yang diarahkan; 2. Memastikan dasar kolej kediaman yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Kolej Kediaman dilaksanakan sepenuhnya; 3. Menyelia dan menyelaraskan tugas Warden Kolej Kediaman; 4. Memeriksa Buku Laporan Harian Warden dan melaporkannya kepada Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA); 5. Mengadakan mesyuarat dengan Warden Kolej Kediaman sekurang-kurangnya dua (2) bulan sekali dan merekodkan mesyuarat tersebut untuk dikemukakan kepada Pengarah; 6. Bertanggungjawab dalam pengurusan disiplin dan Program Pembangunan Insan di kolej kediaman; 7. Memastikan warden menjalankan tanggungjawabnya; 8. Memastikan penyelia asrama mengemas kini dan menyediakan data i-asrama; 9. Membantu mengurus kemasukan pelajar baru seperti penyediaan borang/ dokumen taklimat kemasukan dan orientasi pelajar baru dan sebagainya; 10. Membawa dan mengurus pelajar keluar sekolah semasa kecemasan dengan kebenaran/ arahan daripada pihak pentadbir; 11. Ketua Warden Kolej Kediaman boleh mengetuai dan secara bergilir mengawasi kelakuan dan keselamatan pelajar apabila ada aktiviti di luar sekolah; dan 12. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah / pentadbir dari semasa ke semasa. 13
C. WARDEN / PEMBANTU WARDEN Membantu Ketua Warden merancang dan mengurus aspek kebajikan, sahsiah, keselamatan dan penyediaan persekitaran yang kondusif untuk pelajar menginap dan tugasnya merangkumi perkara seperti yang berikut: 1. Memastikan peraturan asrama dipatuhi dan mengambil tindakan ke atas hal-hal berkaitan disiplin berdasarkan prosedur yang ditetapkan; 2. Menyemak, menyiasat serta mengambil tindakan susulan ke atas Laporan Harian Ketua/ Ahli Jawatankuasa Asrama dan Ketua Dormitori; 3. Memastikan laporan harian dilengkapkan setiap hari untuk tindakan Pengarah / Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA); 4. Menyelia, memantau dan merekodkan aktiviti harian dan berkala, contohnya: a. Kelas persediaan (Prep); b. Waktu solat; c. Waktu makan; d. Kelas fardhu ain/ kelas agama; e. Pertandingan antara dormitori; f. Makan malam beradab; dan g. Aktiviti sukan dan kokurikulum. 5. Mengadakan pemeriksaan dan roll-call setiap hari/ mengikut keperluan; 6. Memantau Ketua/Biro kolej kediaman bertugas menjalankan roll-call; 7. Mengurus kebenaran keluar/ masuk pelajar kolej kediaman; 8. Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Jawatankuasa Asrama dan Ketua Dormitori; 9. Mengadakan pemeriksaan dan membuat Laporan Harian Dormitori, bilik-bilik khas, surau, tandas, bilik air, persekitaran dan dewan makan; 10. Mengurus pelajar sakit dan urusan yang berkaitan dengannya; 14
11. Membuat persediaan untuk mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Asrama: a. Minit Mesyuarat terdahulu; b. Laporan Bulanan Asrama; dan c. Pembentangan aktiviti dan takwim bulan berikutnya. 12. Mesyuarat/ perjumpaan warden dengan Jawatankuasa Asrama sekurangkurangnya satu (1) bulan sekali; 13. Membantu mengurus kemasukan pelajar kolej kediaman: a. Penyediaan borang/dokumen; b. Taklimat kemasukan; dan c. Sesi suai kenal pelajar baharu. 14. Menyediakan takwim serta Jadual Harian Asrama untuk tahun berikutnya; 15. Mengumpul data/ maklumat pelajar untuk: a. Mengesahkan data/ maklumat yang disediakan oleh penyelia asrama; b. Melengkapkan Borang Kutipan Data Asrama ke Jabatan Pendidikan Negeri. 16. Menganjurkan aktiviti/ kursus/ seminar/ bengkel kepada pelajar kolej kediaman; 17. Mengadakan perjumpaan dengan waris jika perlu; 18. Mengadakan latihan kecemasan; 19. Memantau peralatan, kemudahan serta perkara yang berkaitan dengan keselamatan; 20. Menyelia dan memantau kebajikan pelajar berkaitan: a. Makanan; b. Keselesaan di asrama; c. Kesihatan; dan d. Keselamatan. 15
21. Memantau penyediaan dokumen yang berkaitan dan mengesahkan dokumen. 22. Memastikan Penyelia Asrama melaksanakan tugas dalam urusan: a. Pungutan yuran kolej kediaman; b. Perkhidmatan pembersihan kawasan; c. Kawalan keselamatan; dan d. Penguatkuasaan kontrak makanan asrama. 21. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/ pentadbir dari semasa ke semasa. D. WARDEN PENJAGA DAN WARDEN BERTUGAS Secara umumnya tugas warden adalah seperti yang dijelaskan seperti sebelum ini. Namu demikian, dalam usaha meningkatkan mutu pengurusan pelajar kolej kediaman, peranan warden yang lebih berfokuskan kepada beberapa dorm adalah perlu supaya warden lebih mengenali dan menguruskan pelajar dengan lebih berkesan. Oleh itu, peranan warden penjaga diwujudkan. Setiap warden ialah warden penjaga. Walau bagaimanpun, warden yang dijadualkan bertugas pada hari yang ditetapkan perlu menjalankan tugas yang lebih menyeluruh kepada semua pelajar. Jadual 1.0 menunjukkan perbezaan peranan warden penjaga dan warden bertugas harian. Jadual 1.0 Peranan warden penjaga dan warden bertugas secara lebih spesifik 16 Warden Penjaga Warden Bertugas 1. Pengurusan yang lebih spesifik kepada dorm di bawah jagaan. 2. Saringan awal pelajar sakit dan memaklumkan kepada warden bertugas sekiranya pelajar perlu ke klinik selepas waktu bekerja. 3. Mengurus kebenaran keluar masuk pelajar dorm jagaan. • Menurunkan tandatangan/cop Buku Rekod Keluar Masuk setiap kali pelajar dorm jagaan hendak outing atau balik kampung. (Rujuk prosedur pengurusan Buku Rekod Keluar Masuk) • Menerima makluman daripada ibu bapa / penjaga pelajar dorm jagaan sekiranya pelajar tidak dapat melapor diri ke kolej kediaman. Kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada warden bertugas harian. 4. Mewakili penjaga pelajar untuk tandatangan borang kebenaran waris (sekiranya perlu). 5. Membantu menyalurkan maklumat kepada warden bertugas mengisi laporan. 1. Pengurusan harian pada hari yang dijadualkan bertugas. 2. Bertugas menguruskan pelajar sakit ke klinik atau hospital selepas waktu bekerja (sekiranya pelajar tersebut sakit selepas waktu ke klinik pada waktu pengajian). 3. Memantau pelajar keluar dan masuk sekiranya bertugas pada hari yang melibatkan keluar masuk pelajar. 4. Mewakili penjaga pelajar untuk tandatangan borang kebenaran waris sekiranya warden penjaga berada di luar stesen atas urusan tugas rasmi. 5. Mengisi laporan warden bertugas harian.
17 Jadual 2.0 Senarai Warden Penjaga Aspuri mengikut dorm Warden Penjaga Dorm Di Bawah Jagaan Nur Haliza binti Zakaria Siti Noor Aida binti Ahmad Mariam, Zainab, Zulaikha, Khadijah Yuhana binti Bohari Nadia Fazila binti Mohd Zamzuri Sarah, Hafsah, Fatimah Sivarajini A/P Vadiveloo Siti Nur Farhana binti Kamal Hajar, Aminah, Aishah Jadual 2.1 Senarai Warden Penjaga Aspura mengikut dorm Warden Penjaga Dorm Di Bawah Jagaan Abdul Razak bin Omar Saad Muhammad Safwan Azizi bin Abdul Jalil Abu Bakar Badrol Hisham bin Jusoh Ali Abdul Aziz Bakri bin Ibrahim Umar Syazrul Nadzmi bin Mohd Nasir Usman
A. BIRO MAKANAN 1. Memastikan makanan yang disajikan dalam keadaan baik, mencukupi dan menepati menu. 2. Mencatat dan membuat laporan harian/aduan dalam buku laporan makanan kolej kediaman. 3. Memastikan persekitaran dewan makan sentiasa bersih. 4. Mengawasi pelajar supaya mematuhi peraturan ketika berada di dewan makan. 5. Mengawasi pelajar supaya mengambil makanan dalam kuantiti yang sepatutnya bagi mengelakkan pembaziran. 6. Membantu menghidangkan makanan untuk para tetamu jika ada keraian. 7. Memberi layanan yang mesra terhadap para tetamu jika ada keraian. B. BIRO KEROHANIAN 1. Membantu menguruskan kuliah agama sekurang-kurangnya 1 kali seminggu. 2. Membantu menguruskan Kelas Pengajian Al-Quran. 3. Membantu menguruskan Sambutan Hari Kebesaran Islam seperti Maal Hijrah, Nuzul Quran, Maulidul Rasul dan Hari Raya Qurban termasuk mengendalikan ceramah-ceramah berkaitan. 4. Menguruskan Kursus Bina Insan seperti Kem Ibadah dan Ihya Ramadhan, Imam Muda / Bilal dan sebagainya. 5. Menguruskan Minggu Penghayatan Kerohanian: i) Kuiz ii) Perandingan Azan iii) Pertandingan Berzanji iv) Pertandingan Khat v) Pertandingan Hafazan / Tilawah 18 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BIRO-BIRO KOLEJ KEDIAMAN
6. Melaksanakan kutipan Tabung Anak Yatim / Aktiviti Surau. 7. Memastikan surau dalam keadaan bersih dan ceria. C. BIRO PENDIDIKAN 1. Menanam budaya belajar dalam diri pelajar bagi menghadapi peperiksaan. 2. Membantu pelajar dalam pelajaran mereka denegan bantuan guru yang bertugas semasa waktu kelas persediaan / prep. 3. Melatih pelajar mengurus masa mereka dengan baik. 4. Menanam sifat kecemerlangan dalam diri pelajar untuk berjaya dalam pelajaran mereka. 5. Memastikan semua pelajar diwajibkan menghadiri kelas persediaan / prep yang telah ditetapkan. 6. Memaklumkan kepada Ketua Warden atau Warden bertugas pelajar yang tidak menghadiri kelas persediaan. 7. Menguruskan pusat sumber / bilik bacaan kolej kediaman. 8. Memastikan sewaktu kelas persediaan / prep, kegiatan bukan berbentuk akademik tidak dibenarkan. 9. Memastikan pelajar tidak membaca surat khabar, majalah, komik, menulis surat, membuat lukisan, bermain telefon bimbit, berjalan-jalan atau berbual-bual kosong ketika prep. D. BIRO KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN 1. Penyediaan Jadual Tugasan di Bilik Rawatan dan Pejabat Warden. 2. Mengadakan kursus bimbingan untuk rawatan awal bagi menghadapi penghuni yang sakit. 3. Mengadakan kutipan wang hemat pelajar bagi mengisi tabung Kebajikan penghuni kolej kediaman. 19
4. Melaksanakan program pemeriksaan kesihatan seperti mengadakan kempen menderma darah. 5. Mencatat dan membuat laporan berkaitan pelajar kolej kediaman yang sakit dan aktiviti latihan kebakaran. 6. Mengadakan kursus cara menggunakan alat pemadam api. 7. Melakukan pemeriksaan alat pemadam api bagi setiap blok. 8. Melaksanakan Program Latihan Kawad Kebakaran dengan Kerjasama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat. 9. Memastikan perkara berikut telah dilaksanakan: • Pelan laluan latihan kecemasan. • Pelan arah. • Tempat untuk berkumpul. • Pengkhususan kepada bunyi loceng kebakaran. E. BIRO SUKAN & REKREASI 1. Menguruskan masa lapang pelajar dengan penglibatan sukan. 2. Memastikan semua kemudahan peralatan sukan kolej kediaman dalam keadaan baik, mencukupi dan selamat untuk digunakan. 3. Melaporkan sebarang kerosakan kemudahan suka dengan segera kepada Warden. 4. Mengenal pasti bakat baru bagi pasukan pelapis kolej bagi persediaan tahun hadapan. 5. Melaksanakan sukan kolej kediaman. Cadangan aktiviti sukan yang dipertandingkan ialah : - Sukaneka, bola speak, bola jarring, badminton, ping pong, sofbol, bola baling, bola tampar, sepak takraw dan futsal. 20
F. BIRO DISPLIN 1. Membantu Penasihat Biro Displin dalam perlaksanaan peraturan kolej kediaman. 2. Mencatat dan membuat laporan berkaitan kes-kes pelanggaran salah laku penghuni kolej kediaman. 3. Menganalisis rekod salah laku penghuni kolej kediaman pada setiap hari, minggu dan bulan. G. BIRO PENYELENGGARAAN 1. Melaporkan sebarang kerosakan kemudahan dengan segera kepada Warden/ Penyelia Kolej Kediaman. 2. Memastikan semua kemudahan kolej kediaman dalam keadaan baik, mencukupi dan selamat untuk digunakan. 3. Memastikan semua pili air ditutup dan suis elektrik dimatikan apabila tidak digunakan lagi. 4. Mengesasn dan mengenal pasti kerosakan/ gangguan/ kecacatan kemudahan fizikal yang tersedia. 5. Memastikan semua penghuni kolej kediaman menggunakan kemudahan dengan baik. H. BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN 1. Memastikan kawasan kolej kediaman sentiasa bersih dan ceria. 2. Mengekalkan kebersihan dan keceriaan blok-blok kolej kediaman. 3. Memastikan longkang-longkang sekeliling kolej kediaman dalam keadaan bersih dan tidak tersumbat. 4. Menguruskan pertandingan kebersihan dan keceriaan dorm. 21
5. Membantu menguruskan aktiviti gotong-royong kolej kediaman. 6. Mencatat dan membuat laporan berkaitan kebersihan dan keceriaan kolej kediaman. I. BIRO SIARAYA 1. Menguruskan system siaraya (PA) untuk semua aktiviti kolej kediaman. 2. Menguruskan dan membuat rakaman Minggu Orientasi pelajar Baharu (Tahun 1 SVM) di kolej kediaman. 3. Mengadakan tayangan perdana pada malam aktiviti bebas (filem Melayu atau Inggeris) setiap malam Sabtu tidak balik kampung. (tertakluk kepada pindaan) 4. Mencatat dan membuat laporan berkaitan aktiviti yang melibatkan penggunaan peralatan siaraya. J. KETUA BIRO 1. Menjadi ketua penghubung antara pihak pengurusan kolej kediaman dengan semua penghuni dalam kolej kediaman. 2. Menjadi sumber rujukan penghuni kolej kediaman apabila ada kes-kes kecemasan. 3. Menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti kolej kediaman seperti gotong-royong, keceriaan, sukan dan lain-lain. K. KETUA DORM 1. Memastikan semua kemudahan di dalam dorm dalam keadaan baik, mencukupi dan selamat untuk digunakan. 22
2. Melaporkan sebarang kerosakan kemudahan dengan segera kepada Warden. 3. Memastikan semua suis elektrik ditutup apabila tidak digunakan. 4. Memastikan semua penghuni dorm menggunakan kemudahan dengan baik. 5. Memastikan lampu dorm ditutup pada waktu tidur. 6. Mengarahkan penghuni keluar dari dorm dengan segera jika berlaku kes-kes kecemasan. 7. Memastikan penghuni dorm telah melakukan gotong-royong dengan sempurna mengikut kawasan yang telah ditetapkan. 8. Membuat laporan harian dalam buku harian dan menyerahkan kepada Warden bertugas selepas “Roll Call” malam. 9. Bekerjasama dengan penghuni dorm untuk menceriakan kawasan blok masingmasing dan menjaga kebersihannya. 10. Memastikan kehadiran semua penghuni dorm ke kolej pada waktu pengajian, aktiviti kokurikulum, riadah, aktiviti kerohanian dan menunaikan solat fardhu secara berjemaah di surau / masjid. 11. Sentiasa memaklumkan kepada Warden jika ada penghuni dorm yang sakit atau berlaku kecemasan. 23
BAHAGIAN B: PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN 24
Kolej Kediaman ditubuhkan untuk memberi kemudahan dan kesempatan kepada penghuni mencapai kemajuan dalam bidang pelajaran, dan memupuk semangat tanggungjawab dan kerjasama dalam kehidupan bermasyarakat serta menggalakkan pertumbuhan rohani dan jasmani yang sihat. Penghuni kolej kediaman adalah golongan yang amat beruntung kerana mendapat pelbagai kemudahan yang disediakan kolej dan atas sebab itu mereka hendaklah menggunakan peluang yang diberi kepada mereka sebaik mungkin. Peraturan kolej kediaman adalah perlu untuk mencapai matlamat-matlamat yang disebutkan di atas di samping menjamin suasana yang aman dan teratur di kolej kediaman. Oleh itu, semua penghuni adalah tertakluk kepada Peraturan Kolej Kediaman dan kerjasama penghuni adalah amat diperlukan untuk mematuhi peraturan tersebut. PERATURAN UMUM : BAHAGIAN 1 1. Seluruh kawasan Kolej Kediaman adalah zon larangan merokok, vape dan lain-lain yang seumpanya. 2. Tidak dibenarkan berada di kawasan kolej kediaman pada waktu sesi pengajian (kecuali mendapat kebenaran warden bertugas). 3. Bagi pelajar diploma yang tamat sesi pengajian sebelum jam 2.00 petang hanya dibenarkan masuk ke kolej kediaman bermula pada jam 2.00 petang. 4. Pelajar dikehendaki memelihara keharmonian dan kemesraan sesama penghuni, kakitangan dan pelawat Kolej Kediaman. 5. Pelajar dikehendaki menghormati barang-barang kepunyaan rakan sebilik / dorm. 6. Barang berharga seperti emas, permata dan seumpamanya tidak dibenarkan dibawa ke kolej kediaman. 7. Semua harta benda peribadi milik penghuni khususnya barang bernilai adalah di bawah tanggungjawab penghuni sendiri. 8. Pihak Kolej Kediaman tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan ke atas harta peribadi penghuni kolej kediaman. 9. Penghuni kolej kediaman adalah dilarang daripada memasak di dalam bilik. 10. Penghuni kolej kediaman adalah dilarang berjual beli atau berniaga di dalam kawasan kolej kediaman tanpa kebenaran Pengarah / Pengurusan Kolej Kediaman. 11. Semua pertukaran bilik penginapan / dorm mestilah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Pengurusan Kolej Kediaman. 25
12. Semua penghuni kolej kediaman mesti berada di bilik masing-masing sebelum pukul 11.00 malam sehingga waktu subuh. 13. Selepas jam 11.30 malam, semua lampu di bilik penghuni / dorm kolej kediaman hendaklah ditutup. 14. Penghuni adalah dilarang membuat bising dalam sebarang aktiviti yang dijalankan yang boleh menimbulkan gangguan atau kemarahan penghuni lain seperti menaikkan suara dengan kuat. Kolej kediaman mestilah sunyi selepas jam 11.30 malam. 15. Tidak membenarkan orang luar / pelajar luar menginap dan menggunakan sebarang kemudahan di kolej kediaman termasuk di bilik penginapan penghuni sendiri tanpa kebenaran daripada Pengurusan Kolej Kediaman. 16. Ibu bapa / waris penghuni kolej kediaman tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik-bilik asrama dan perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengarah / Warden Kolej Kediaman. 17. Dilarang membenarkan penghuni yang tidak berdaftar, ‘squatting’ tinggal di bilik / dorm. Segala perjumpaan dengan orang luar / pelajar luar hanya dibolehkan di luar kawasan kolej kediaman. Tindakan akan diambil terhadap penghuni tidak berdaftar, penghuni bilik / dorm dan penghuni yang bersubahat yang membenarkan perkara ini berlaku. 18. Dilarang menyimpan atau memelihara binatang hidup, memiliki senjata tajam, memiliki apa-apa artikel atau bahan lucah, berkelakuan tidak senonoh, berjudi atau menganjurkan sebarang aktiviti berunsurkan pertaruhan dan minuman keras, mengedar, menyimpan, memiliki atau mengambil dadah atau menjalankan apa jua kegiatan yang bertentangan dengan tuntutan kesihatan, undang-undang, agama dan negara. 19. Penghuni kolej kediaman adalah dilarang daripada meludah, membasuh tangan, mencuci gelas atau membuang sisa makanan di tempat mengambil minuman air sejuk dan panas yang disediakan oleh pihak Pengurusan Kolej Kediaman. 20. Penghuni kolej kediaman diwajibkan menutup suis lampu, kipas dan peralatan elektrik yang lain apabila meninggalkan bilik. Suis lampu, kipas dan penghawa dingin di bilik-bilik awam juga mesti ditutup jika tidak ada orang lain lagi di dalamnya untuk mengelakkan pembaziran dan kebakaran. 21. Dilarang membuat, mempamerkan, melekat atau mengedar notis, risalah, poster, pelekat, lambang-lambang atau lain-lain bahan yang menyerupai di mana-mana kawasan kolej tanpa kebenaran Pengurusan Kolej Kediaman. 22. Pada waktu catuan kerana terputus bekalan air atau elektrik, penghuni kolej kediaman dikehendaki untuk menutup paip air dan suis elektrik untuk mengelakkan pembaziran, banjir atau kebakaran. 23. Dilarang bermain mercun atau bunga api dalam kawasan kolej kediaman. 26
24. Dilarang membakar sampah dalam bangunan atau di mana-mana kawasan kolej kediaman 25. Penghuni kolej kediaman adalah dilarang keras daripada melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan nama baik kolej kediaman dan Kolej Vokasional Butterworth. Penghuni kolej kediaman dikehendaki menjaga tatasusila, kesejahteraan, keselamatan dan kesopanan sepanjang berada di kolej kediaman. 26. Penghuni kolej kediaman adalah dilarang daripada menyalahgunakan sistem pencegah kebakaran seperti alat pemadam api dan sebagainya. 27. Penggunaan colok untuk upacara keagamaan dan penggunaan lingkaran ubat nyamuk adalah dilarang di kolej kediaman kerana boleh mengundang kebakaran. 28. Penghuni kolej kediaman yang didapati menghidap penyakit yang boleh berjangkit dan telah disahkan oleh pegawai perubatan dikehendaki melaporkan kepada pihak kolej kediaman dan dikehendaki untuk mematuhi segala prosedur dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Vokasional Butterworth. 29. Patuh kepada arahan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran. Pihak kolej kediaman tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kecederaan yang berlaku disebabkan kelalaian penghuni kolej kediaman sendiri. 30. Tidak dibenarkan menggunakan alamat kolej vokasional / kolej kediaman bagi sebarang pembelian atas talian untuk penghantaran dan Cash On Delivery (COD). 31. Adalah tidak dibenarkan sama sekali penghuni lelaki memasuki blok asrama penghuni perempuan dan sebaliknya kecuali dengan arahan Pengurusan Kolej Kediaman bagi maksud menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab tertentu. 32. Pelajar tidak dibenarkan berada bangunan-bangunan akademik selepas tamat waktu pengajian tanpa pengawasan pensyarah atau warden. 33. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke pejabat kolej kediaman kecuali jika mempunyai urusan dan kebenaran. 27
1. Semua tingkat di blok asrama masing masing, bilik-bilik penghuni kolej kediaman dan bahagian-bahagian lain mestilah dijaga dengan baik supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat pada setiap masa. 2. Semasa cuti semester/tamat pengajian, semua almari dan bilik asrama hendaklah dibersihkan dan dikosongkan. 3. Kain langsir dan tingkap bilik (dibekalkan secukupnya melainkan dilaporkan) hendaklah dipastikan sentiasa bersih dan tidak kotor atau berdebu. 4. Dilarang memaku, menconteng, menampal atau mengantung kertas, gambar dan sebagainya dengan menggunakan pelekat gam yang melekat kuat di dinding atau bahagian-bahagian sehingga boleh merosakkan atau mencacatkan cat dinding. 5. Pakaian tidak dibenarkan, digantung, disidai, dijemur dalam bilik, koridor dan tangga. Penghuni dikehendaki menjemur pakaian basah di tempat ampaian yang disediakan. 6. Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat. Penghuni hendaklah membuang sampah di tempat yang disediakan. 7. Tidak membiarkan helaian rambut yang dipotong bertaburan di merata-rata tempat. Kumpul dan buangkan di tempat yang disediakan. 8. Dilarang membuang atau mencampakkan sampah sarap di merata tempat atau melontar apa-apa objek melalui tingkap bilik. 9. Tidak membuang tuala wanita di dalam bilik atau di dalam tandas. Pelajar juga dilarang untuk membuang sisa makanan dan sampah di dalam tong sanitari. 10. Kasut atau selipar hendaklah disimpan atau disusun di rak kasut yang disediakan. PERATURAN UMUM : BAHAGIAN 2 Memelihara serta menjaga kebersihan bilik / dorm dan persekitaran kolej kediaman seperti berikut: 28
1. Dilarang melakukan perbuatan khianat, menipu, mencuri, menceroboh atau merosakkan kemudahan-kemudahan kolej kediaman atau kemudahan awam serta harta benda yang disediakan oleh Kolej Kediaman. 2. Setiap kerosakan atau kekurangan harta benda yang berlaku di tingkat atau bilik asrama hendaklah diadukan kepada penyelia asrama dengan kadar segera. 3. Dilarang memindahkan atau mengeluarkan apa-apa peralatan seperti tilam, kerusi, meja dan peralatan hak milik kolej kediaman tanpa kebenaran Pengurusan Kolej Kediaman. 4. Bertanggungjawab untuk menjaga semua kelengkapan atau kemudahan yang disediakan seperti tandas, seterika dan mesin air panas dan memastikannya dalam keadaan selamat untuk digunakan. PERATURAN UMUM : BAHAGIAN 3 Menjaga harta benda yang disediakan di kolej kediaman seperti berikut: PERATURAN UMUM : BAHAGIAN 4 1. Seterika. 2. Cerek / Pemanas air. 3. Peti ais. 4. Televisyen. 5. Periuk nasi / peralatan memasak. 6. Ketuhar gelombang mikro. 7. Ubat nyamuk elektrik 8. Peralatan elektronik seperti radio dan pembesar suara 9. Lain-lain barang elektrik dan elektronik yang tidak disenaraikan (kecuali yang mendapat kebenaran dari Pengurusan Kolej Kediaman) Berikut merupakan barang larangan untuk dibawa ke kolej kediaman. Tindakan rampasan barangan akan dikenakan terhadap pelajar sekiranya peraturan ini dilanggar. Pemeriksaan Mengejut (Spotcheck) Pengurusan Kolej Kediaman berhak melakukan pemeriksaan mengejut ke bilik-bilik penghuni. Barang-barang larangan akan dirampas jika dijumpai dan penghuni berkenaan boleh dikenakan tatatertib. Penghuni boleh menuntut barang rampasan di akhir sesi. Peralatan tersebut akan menjadi hak milik kolej kediaman sekiranya tidak dituntut dalam tempoh sebulan selepas tarikh akhir sesi pengajian. 29
PERATURAN PAKAIAN, RAMBUT DAN GAYA DIRI : BAHAGIAN 5 Semua pelajar hendaklah mematuhi Kod Etika Pakaian Kolej Vokasional Butterworth dan peraturan ini dibuat berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1996: Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian. A. Pakaian Seragam Kolej Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian seragam kolej pada waktu pengajian dan untuk upacara rasmi kolej. Lelaki • Baju Korporat atau T-shirt Bengkel • Wajib “Tuck In” • Rambut pendek dan kemas. • Seluar panjang potongan slek, tidak ketat (bukan jeans) • Kasut hitam bertutup (kulit / pvc) / safety boot Perempuan • Baju Korporat atau T-shirt Bengkel • Tidak menjolok mata • Bertudung putih kemas dan tidak singkat • Seluar panjang potongan slek, tidak ketat (bukan jeans) • Kasut hitam bertutup (kulit / pvc) / safety boot 1. Pakaian Seragam Pelajar SVM 30
Lelaki • Baju Korporat atau T-shirt Bengkel • Wajib “Tuck In” • Rambut pendek dan kemas. • Seluar panjang potongan slek, tidak ketat (bukan jeans) • Kasut hitam bertutup (kulit / pvc) / safety boot Perempuan • Baju Korporat atau T-shirt Bengkel • Tidak menjolok mata • Bertudung hitam kemas dan tidak singkat • Seluar panjang potongan slek, tidak ketat (bukan jeans) • Kasut hitam bertutup (kulit / pvc) / safety boot 2. Pakaian Seragam Pelajar DVM 3. Pakaian Kokurikulum dan Sukan Kolej Lelaki • T-shirt koko / T-shirt sukan kolej berkolar atau tidak berkolar • Wajib “Tuck In” • Rambut pendek dan kemas. • Seluar sukan (track-bottom) warna gelap dan tidak ketat. • Kasut sukan dan berstokin. 31
Perempuan • T-shirt koko / T-shirt sukan • Bertudung putih kemas dan tidak singkat • Seluar sukan (track-bottom) warna gelap dan tidak ketat. • Kasut sukan dan berstokin. B. Pakaian Semasa Berada di Kolej Kediaman Pelajar-pelajar dimestikan memakai pakaian yang kemas semasa di kolej kediaman dan tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata serta bertudung bagi pelajar perempuan. Pakaian-pakaian yang dilarang adalah seperti berikut: Berseluar Jeans Berseluar Ketat Berseluar Pendek Baju Jarang dan Ketat Baju Tanpa Lengan Baju T Bergambar Yang Bertentangan Tatasusila Mendedahkan Bahagian Badan Skirt Pendek Selipar (Kecuali ke Tandas) 32
C. Pakaian Semasa Outing / Pulang Hujung Minggu D. Rambut dan Gaya Diri 1. Semua pelajar lelaki hendaklah sentiasa berambut pendek, kemas dan mematuhi arahan Kementerian Pelajaran Malaysia KP 8543/Vol. 11(58), Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2/1976 mengenai potongan rambut. Pelajar lelaki ditegah menyimpan jambang, misai atau janggut. 2. Semua pelajar dilarang mewarnakan rambut. 3. Pelajar perempuan dilarang keras memakai pakaian yang menjolok mata dan barang kemas. 4. Semua pelajar tidak dibenarkan memakai mekap, mewarnakan kuku dan menyimpan kuku panjang. 5. Semua pelajar tidak dibenarkan memakai cermin mata gelap / hitam. Pekeliling Iktisas Bil. 6/1993 adalah dirujuk 33 Baju-T rasmi kolej kediaman Bertudung hitam dan tidak singkat Seluar panjang potongan slek (warna gelap dan tidak ketat) Baju tuck-in Kasut bertutup Lelaki Perempuan
PERATURAN SUKAN DAN RIADAH / REKREASI : BAHAGIAN 6 A. Riadah 1. Masa untuk aktiviti riadah ialah antara jam 05.15 petang iaitu selepas solat Asar hingga pada jam 06.00 petang (tertakluk pada pindaan). 2. Semua pelajar dimestikan mengambil bahagian dalam aktiviti riadah KECUALI pelajarpelajar yang sakit dan tidak sihat (atas nasihat Pegawai Perubatan). 3. Pakaian pada waktu riadah hendaklah bersesuaian dan tidak menjolok mata. 4. Aktiviti sukan / rekreasi hanya boleh dijalankan di dalam kawasan yang ditetapkan 5. Penggunaan televisyen perlu mendapat kebenaran dari warden jika melebihi waktu yang telah ditetapkan. 6. Pastikan barangan untuk kegunaan riadah / rekreasi berada dalam keadaan baik dan dipulangkan selepas digunakan. 7. Penggunaan bilik TV perlu mendapat kebenaran warden terlebih dahulu dan dibenarkan sehingga pukul 6.30 petang sahaja (tertakluk kepada pindaan). B. Latihan Sukan Kolej 1. Pelajar yang memerlukan waktu latihan sukan tambahan melebihi waktu riadah perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari pengurusan kolej. 2. Waktu tambahan yang dibenarkan hanyalah sehingga jam 06.45 petang sahaja. 3. Pelajar yang telah mendapat kebenaran perlu memaklumkan kepada penyelia asrama untuk urusan menunda waktu makan malam. 4. Pelajar dikehendaki membersih diri dan solat maghrib terlebih dahulu sebelum makan malam di dewan makan pada jam 07.30 malam. 34
PERATURAN MAKANAN : BAHAGIAN 7 1. Pelajar dilarang sama sekali membawa balik makanan bermasak atau peralatan dapur ke kolej kediaman. 2. Waris / Penjaga tidak dibenarkan menghantar makanan bermasak kepada penghuni kolej kediaman. 3. Pelajar tidak dibenarkan membuat tempahan makanan luar (Contoh foodpanda, grabfood dan lain-lain). 4. Waktu makan di Dewan Makan Kolej Kediaman adalah seperti berikut (tertakluk kepada pindaan): Lelaki Perempuan Jenis Makan Hari Masa Sarapan Isnin hingga Jumaat 06.30 pagi 06.45 pagi Sabtu, Ahad & Cuti Umum 07.00 pagi 07.15 pagi Makan Tengahari Isnin hingga Khamis 01.00 petang 01.15 petang Jumaat hingga Ahad & Cuti Umum 12.00 tengahari 12.15 tengahari Minum Petang Setiap hari 05.00 petang 05.15 petang Makan Malam Setiap hari 06.30 petang 06.00 petang Minum Malam Setiap hari 09.45 malam 09.30 malam 35 5. Waktu makan di Dewan Makan Kolej Kediaman ketika bulan Ramadhan (tertakluk kepada pindaan): Sahur Berbuka Moreh 4.30 pagi 7.00 malam 9.30 malam Setiap hari sepanjang Ramadhan
PERATURAN KELUAR / MASUK KOLEJ KEDIAMAN : BAHAGIAN 8 A. Peraturan Am Keluar / Masuk 1. Semua penghuni kolej kediaman dilarang keluar dari kawasan kolej tanpa kebenaran. 2. Penghuni kolej kediaman yang ingin keluar kerana sesuatu urusan pada hari pengajian dan sekiranya menjejaskan hari pengajian berikutnya, mestilah mendapatkan kebenaran daripada Pengarah atau Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA). 3. Penghuni kolej kediaman yang ingin keluar kerana sesuatu urusan selepas waktu pengajian atau pada hari cuti, mestilah mendapat kebenaran Ketua Warden atau Warden terlebih dahulu. 4. Balik ke rumah kerana hal-hal penting seperti kematian, sakit tenat, rawatan kecemasan, kemalangan dan bencana alam, ibu bapa / penjaga mestilah mendapat kebenaran Pengarah / Timbalan Pengarah Sokongan Akademik atau Ketua Warden. 5. Ibu bapa / penjaga dilarang mengambil anak jagaan mereka di kolej kediaman untuk balik ke rumah atau dibawa ke mana-manan sesuka hati tanpa kebenaran dari pihak pengurusan kolej kediaman. 6. Penghuni kolej kediaman tidak dibenarkan balik ke rumah di luar waktu balik kampung wajib dengan tujuan mengambil barang-barang yang ditinggalkan di rumah yang sepatutnya boleh dirancang lebih awal atau boleh diposkan atau boleh dihantar oleh ibu bapa / penjaga atau wakilnya. 7. Memohon kebenaran balik melalui panggilan telefon atau pesanan ringkas tidak akan dilayan kecuali hal-hal kecemasan sahaja. 8. Penghuni kolej kediaman yang berhasrat untuk keluar dari kolej kediaman dengan tujuan tinggal di luar, ibu bapa / penjaga hendaklah memohon dengan mengisi Borang Keluar Kolej Kediaman dan mesti mendapatkan kebenaran dari Pengarah. 9. Semua penghuni kolej kediaman yang mesti berada di kolej kediaman mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak pentadbir sehari sebelum hari pengajian. 10. Mana-mana penghuni kolej kediaman yang melewati masa yang telah ditetapkan hendaklah direkod dan dikenakan dendaan seperti ditahan keluar outing. B. Keluar / Outing 1. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan outing pada minggu tidak pulang ke kampung halaman (tertakluk kepada pindaan). 36
2. Waktu outing adalah seperti ketetapan berikut: Lelaki Perempuan Hari Ahad Hari Sabtu Masa: 02.00 petang hingga 06.00 petang 3. Sebelum keluar, pelajar-pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran Warden Asrama yang bertugas dan berpakaian seperti yang telah ditetapkan. 4. Buku rekod kolej kediaman hendaklah digunakan setiap kali seseorang penghuni kolej kediaman keluar outing. 5. Mereka yang tidak menggunakan buku tersebut akan dianggap keluar tanpa kebenaran. 6. Pelajar yang keluar outing dilarang membawa beg atau bungkusan yang berisi pakaian dan seumpamanya. (tertakluk kepada pindaan) C. Balik Kampung / Pulang Hujung Minggu 1. Semua penghuni asrama dibenarkan balik kampung berpandukan jadual yang ditetapkan. 2. Walau bagaimana pun cuti hujung minggu akan dengan sendirinya terbatal sekiranya kolej mempunyai aturcara tertentu pada hari itu. 3. Penghuni kolej kediaman hanya dibenarkan balik ke rumah di luar waktu balik kampung wajib dengan memenuhi syarat-syarat berikut :- 3.1 Ibu bapa / penjaga menulis surat rasmi kepada Pengarah tiga hari sebelum membuat permohonan. 3.2 Mendapat kebenaran / kelulusan. 3.3 Ibu bapa / penjaga datang sendiri ke kolej dan memastikan buku rekod keluar masuk kolej kediaman ditandatangani oleh TPSA / Ketua Warden sebelum mem bawa pelajar keluar. 4. Pelajar yang tidak pulang pada hujung minggu wajib balik kampung perlu mengisi borang permohonan tidak pulang dan serahkan kepada Warden / Ketua Warden. 5. Pada hari Jumaat, pelajar hanya dibenarkan pulang selepas selesai solat Jumaat. Pelajar hanya dibenarkan pulang sebelum solat Jumaat sekiranya terdapat kecemasan dan perlu mendapat kebenaran Warden / Ketua Warden. 37
D. Buku Rekod / Kad Keluar Masuk Kolej Kediaman 1. Setiap penghuni kolej kediaman wajib memiliki buku rekod keluar masuk kolej kediaman. 2. Setiap butiran di dalam buku rekod perlu dilengkapkan dan dimasukkan gambar pemilik buku rekod tersebut. 3. Pengurusan kolej kediaman tidak akan memberi kebenaran keluar kolej kediaman sekiranya butiran di dalam buku rekod tidak dilengkapkan. 4. Pelajar hendaklah mendapat kebenaran sama ada daripada Warden bertugas, Ketua Warden, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik atau Pengarah setiap kali hendak keluar. 5. Pelajar dikehendaki memohon kebenaran seawal 3 hari sebelum tarikh untuk keluar dari kolej kediaman untuk tujuan outing atau balik kampung. 6. Pelajar dikehendaki melapor di pondok pengawal setiap kali hendak keluar dari kawasan kolej dengan menunjukkan kebenaran yang telah ditandatangani dalam buku rekod keluar masuk kepada pengawal keselamatan dan mengisi buku log keluar masuk. 7. Setiap pelajar yang pulang ke kampung hendaklah membawa bersama buku rekod ini untuk disahkan dan ditandatangani ibu bapa / penjaga. 8. Setiap pelajar yang outing / keluar balik pada hari yang sama hendaklah menyerahkan dan tinggalkan buku rekod ini di pondok pengawal dan ambil semula setelah masuk ke kolej kediaman. 9. Pastikan masa masuk ke kolej kediaman dicatat dan ditandatangani oleh pengawal keselamatan semasa masuk ke kawasan kolej kediaman. 10. Pulang ke kampung atau keluar dari kawasan kolej tanpa menandatangani buku rekod ini terlebih dahulu adalah satu kesalahan dan melanggar peraturan kolej kediaman. 11. Sesiapa sahaja yang menjumpai buku rekod ini, sila serahkan kepada pihak pengurusan kolej kediaman. E. Tatacara Pelawat Kolej Kediaman 1. Penghuni kolej kediaman tidak dibenarkan keluar atau dibawa keluar oleh ibu bapa / penjaga pada waktu pengajian iaitu dari 08.00 pagi hingga 05.00 petang (kecuali dengan kebenaran Pengarah). 2. Waktu lawatan adalah pada hari Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am bermula jam 02.00 petang hingga 06.00 petang. 38
39 Proses Keterangan Proses Tindakan Mula Buku Rekod Keluar Masuk adalah tanggungjawab pelajar sepenuhnya. Pelajar dikehendaki menyimpan buku tersebut di bawah jagaan sendiri sebelum menyerahkan buku tersebut kepada warden penjaga. Pelajar Setiap pelajar diwajibkan melengkapkan butiran di dalam Buku Rekod Keluar Masuk berikut: 1. Maklumat diri penghuni (bergambar) 2. Pengakuan/Ikrar Pelajar. 3. Perishtiharan/Pengkuan Ibu Bapa Memohon Kebenaran Keluar Melalui Buku Rekod Keluar Masuk Pelajar dikehendaki mencatat maklumat seperti tarikh keluar, destinasi berserta tujuan, dan masa keluar. (Seksyen A untuk balik pada hari sama, Seksyen B untuk pulang bermalam) Pelajar Ketua dorm bertanggungjawab untuk mengumpulkan Buku Rekod Keluar Masuk penghuni dorm dan hantarkan kepada warden penjaga untuk mendapatkan cop kebenaran keluar masuk pada hari yang ditetapkan oleh warden penjaga atau TIGA (3) hari sebelum keluar outing / balik kampung. Ketua Dorm / Pembantu Ketua Dorm Warden penjaga menurunkan cop kebenaran sekiranya maklumat yang ditulis adalah tepat. Warden penjaga Merima Kebenaran keluar (Mendapat Cop Kebenaran Warden) Ketua dorm atau wakil akan mengambil semula Buku Rekod Keluar Masuk yang telah dicop oleh warden penjaga pada hari yang dibenarkan keluar. Warden penjaga / Ketua Dorm Pastikan warden penjaga telah memberi cop kebenaran setelah merima Buku Rekod Keluar Masuk sebelum keluar outing atau balik kampung. Pelajar Keluar Pelajar diwajibkan mematuhi peraturan pakaian semasa outing dan balik kampung iaitu dengan memakai baju-T rasmi kolej kediaman, berseluar hitam yang sopan, berkasut tertutup dan bertudung bagi pelajar puteri beragama Islam (tidak singkat). Pelajar / Pengawal Keselamatan / Warden Bertugas Pelajar dikehendaki menunjukkan cop kebenaran di dalam Buku Rekod Keluar Masuk kepada pengawal keselamatan. Pelajar dikehendaki mengisi buku log keluar masuk yang disediakan di pondok pengawal. Buku Rekod Keluar Masuk perlu: Outing Balik Kampung Buku Rekod Keluar Masuk perlu ditinggalkan di Pondok Pengawal. Buku Rekod Keluar Masuk perlu dibawa pulang bersama oleh pelajar. Masuk Semula Waktu masuk semula ke kolej kediaman adalah sebelum jam 6.00 petang. Pelajar / Pengawal Keselamatan / Warden bertugas / Ibu bapa / Penjaga Ibu bapa / Penjaga perlu memaklumkan kepada warden sekiranya anak jagaan masuk selepas jam 6.00 petang atau tidak dapat masuk semula ke kolej pada hari sepatutnya masuk. Pelajar yang pulang dari outing dikehendaki mengambil semula Buku Rekod Keluar Masuk dan mencatatkan masa masuk beserta tandatangan pengawal keselamatan. Pelajar yang pulang dari balik kampung dikehendaki mendapatkan tandatangan ibubapa/ penjaga pada halaman Buku Rekod Keluar Masuk yang berkaitan dan mencatatkan masa masuk beserta tandatangan pengawal keselamatan. Buku Rekod Keluar Masuk perlu dibawa dan disimpan oleh pelajar. Catatkan masa masuk dan tarikh di dalam Buku Log keluar masuk. Pelajar yang lewat masuk semula ke kolej kediaman iaitu melebihi jam 6.00 petang akan dicatatkan masa dan ditulis ‘LEWAT’ di ruangan tandatangan pengawal keselamatan menggunakan pen merah di dalam Buku Rekod Keluar Masuk. Buku Rekod Keluar Masuk tersebut diserahkan semula kepada pelajar. PROSEDUR PENGURUSAN KELUAR MASUK PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN (KELUAR OUTING DAN BALIK KAMPUNG HUJUNG MINGGU)
40 PROSEDUR PENGURUSAN KELUAR MASUK PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN (KELUAR DENGAN KEBENARAN KHAS PADA HARI BUKAN OUTING DAN BALIK KAMPUNG) Langkah 1: Lengkapkan semua butiran yang diperlukan pada bahagian atas Langkah 2: Memohon kebenaran dari pensyarah kelas1 / ketua program2 / warden3 . (Sertakan bersama dokumen sokongan) Langkah 3: Dapatkan kelulusan dan tandatangan dari Pengarah / TPSA Proses Keterangan Proses Tindakan Mula Sekiranya pelajar perlu pulang pada hari pengajian dan tidak dapat mengikuti pengajian pada hari tersebut serta hari berikutnya, pelajar perlu mempunyai dokumen sokongan yang kukuh sebagai bukti. Antaranya seperti berikut: • Surat temujanji hospital • Surat temujanji ujian/latihan kenderaan • Surat kematian • Surat rasmi dari ibu bapa/ penjaga Pelajar / Ibu bapa / Penjaga SEKIRANYA IBU BAPA TIDAK DAPAT HADIR MEMBAWA PELAJAR PULANG. IBU BAPA PELAJAR PERLU MEMAKLUMKAN SECARA BERTULIS KEPADA PIHAK PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN SEKIRANYA ANAK JAGAAN PERLU PULANG DENGAN KENDERAAN AWAM. Pastikan Buku Rekod Keluar Masuk ada bersama pelajar dan pastikan butiran di dalam Buku Rekod Keluar Masuk berikut lengkap: • Maklumat diri penghuni (bergambar) • Pengakuan/Ikrar Pelajar • Perishtiharan/Pengkuan Ibu Bapa Memohon Kebenaran Khas Pelajar perlu ke Pejabat Kolej dan mendapatkan Borang Permohonan Kebenaran Khas Untuk Pulang (Rajah 1) 2 HARI SEBELUM keluar (sekiranya bukan kecemasan) Pelajar Rajah 1: Borang Permohonan Kebenaran Khas Untuk Pulang Nota: 1 – Kebenaran Pensyarah Kelas – Sekiranya hari yang tidak hadir itu terdapat kelas pensyarah tersebut 2 – Kebenaran Ketua Program – Sekiranya hari yang tidak hadir itu terdapat program bengkel 3 – Kebenaran Warden – Sekiranya hari yang tidak hadir itu terdapat program asrama Pelajar / Pensyarah Kelas / Ketua Program / Ketua Warden / Warden Merima Kebenaran Keluar Kolej Kediaman (Mendapat Cop Kebenaran Warden) Pelajar dikehendaki mencatat maklumat seperti tarikh keluar, destinasi berserta tujuan, dan masa keluar. (Seksyen A untuk balik pada hari sama, Seksyen B untuk pulang bermalam) Warden penjaga / Pelajar Serahkan Buku Rekod Keluar Masuk beserta Borang Permohonan Kebenaran Khas Untuk Pulang kepada Warden Penjaga. Pelajar ambil semula Buku Rekod Keluar Masuk yang telah dicop oleh warden penjaga pada hari yang dibenarkan keluar.
41 Keluar Pelajar diwajibkan mematuhi peraturan pakaian semasa keluar dengan memakai baju-T rasmi kolej kediaman, berseluar hitam yang sopan, berkasut tertutup dan bertudung bagi pelajar puteri beragama Islam (tidak singkat). Pelajar / Pengawal Keselamatan / Warden Bertugas Pelajar dikehendaki menunjukkan cop kebenaran di dalam Buku Rekod Keluar Masuk kepada pengawal keselamatan berserta Borang Permohonan Kebenaran Khas Untuk Pulang. Pelajar dikehendaki mengisi buku log keluar masuk yang disediakan di pondok pengawal. Pelajar hanya dibenarkan keluar sekiranya ibu bapa / penjaga hadir menjemput pelajar (Kecuali pelajar yang dibenarkan pulang dengan kenderaan awam) Masuk Semula Waktu masuk semula ke kolej kediaman adalah sebelum jam 6.00 petang. Pelajar / Pengawal Keselamatan / Ibu Bapa / Penjaga Ibu bapa / Penjaga perlu memaklumkan kepada warden sekiranya anak jagaan masuk selepas jam 6.00 petang atau tidak dapat masuk semula ke kolej pada hari sepatutnya masuk. Pelajar yang pulang dari balik kampung dikehendaki mendapatkan tandatangan ibubapa/ penjaga pada halaman Buku Rekod Keluar Masuk yang berkaitan dan mencatatkan masa masuk beserta tandatangan pengawal keselamatan. Buku Rekod Keluar Masuk perlu dibawa dan disimpan oleh pelajar. Catatkan masa masuk dan tarikh di dalam Buku Log keluar masuk. Pelajar yang lewat masuk semula ke kolej kediaman iaitu melebihi jam 6.00 petang akan dicatatkan masa dan ditulis ‘LEWAT’ di ruangan tandatangan pengawal keselamatan menggunakan pen merah di dalam Buku Rekod Keluar Masuk. Buku Rekod Keluar Masuk tersebut diserahkan semula kepada pelajar.
1. Ibu bapa / penjaga dikehendaki memberitahu mengenai kesihatan anaknya kepada pihak kolej seperti yang disahkan oleh Pegawai Perubatan semasa pendaftaran dan dari masa ke masa jika perlu. 2. Pelajar yang kurang sihat dan memerlukan rawatan ke klinik perlu memaklumkan kepada warden bertugas serta dikehendaki berada di Bilik Rawatan Kolej bermula jam 08.00 pagi. Pelajar tidak dibenarkan berada di bilik-bilik asrama, bilik-bilik kuliah, atau merayau-rayau di sekitar kawasan kolej atau kolej kediaman. Pelajar hanya dibenarkan masuk ke bilik asrama kolej kediaman bermula jam 02.00 petang. 3. Pelajar yang memperoleh cuti sakit dan tidak dapat mengikuti sesi pengajian mestilah berehat di Bilik Sakit Kolej dan tidak dibenarkan berada di kolej kediaman sehingga dibenarkan oleh pengurusan kolej kediaman. Walau bagaimanapun, pelajar yang mendapat cuti sakit digalakkan pulang berehat di rumah masing-masing dengan mendapat kebenaran pengurusan kolej kediaman. 4. Bagi pelajar-pelajar asrama yang menghidap penyakit yang serius atau berjangkit, ibu bapa diminta membawa pulang anak mereka. PERATURAN RAWATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN : BAHAGIAN 9 42
PERATURAN KHUSUS TEMPAT-TEMPAT KHAS : BAHAGIAN 10 A. Peraturan Dewan Makan 1. Penghuni asrama haruslah mematuhi masa makan yang telah ditetapkan. Pelajar perlu berada 10 minit awal di dewan makan sebelum masa makan yang sepatutnya. 2. Cuci tangan sebelum makan. 3. Penghuni kolej kediaman dikehendaki makan dan minum di dalam dewan makan sahaja. 4. Tidak dibenarkan membawa keluar pencuci mulut dan makan di dalam bilik asrama. 5. Penghuni kolej kediaman mesti beratur ketika mengambil makanan. 6. Penghuni hanya dibenarkan mengambil makanan yang diperuntukan kepadanya sahaja. 7. Tidak dibenarkan menambah makanan kecuali terdapat lebihan makanan. 8. Perbuatan mengambil makanan rakan adalah dilarang. 9. Makanan di dewan makan hanya disediakan pada waktu yang ditetapkan sahaja. 10. Penghuni dilarang untuk memasuki kawasan dapur atau tempat memasak di dalam dewan makan. B. Peraturan Dorm Kolej Kediaman 1. Setiap penghuni bertanggungjawab memastikan dorm sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. 2. Penghuni tidak dibenarkan berpindah atau bertukar dorm tanpa kebenaran daripada pengurusan kolej kediaman. 3. Penghuni tidak sihat / demam hendaklah berada di bilik isolasi dan dilarang tinggal di dorm. 4. Setiap penghuni perlu memastikan katil, cadar dan sarung bantal sentiasa dalam keadaan bersih dan baik serta dipasang dengan kemas. 5. Penghuni dilarang meletakkan barang-barang di atas almari (locker). 6. Penghuni hendaklah meletakkan kasut / selipar di rak kasut yang disediakan dengan kemas dan teratur. 7. Penghuni dilarang membuat tampalan-tampalan di dalam atau diluar locker dengan sebarang gambar yang tiada kaitan dengan keceriaan dan pelajaran. 8. Penghuni dilarang makan di dalam dorm, hanya makanan kering sahaja dibenarkan disimpan di dalam dorm. 43
9. Penghuni dilarang menyimpan pakaian basah, lembab, atau kotor di dalam dorm. Pakaian basah perlu disidai di ampaian yang disediakan. 10. Tuala mandi hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan dengan kemas. 11. Penghuni tidak dibenarkan menggosok pakaian di dalam dorm. 12. Penghuni dilarang menggantung sebarang pakaian pada tingkap, kipas, tepi katil, tepi locker dan ditempat yang tak dibenarkan. 13. Penghuni dilarang membuat sebarang sambungan elektrik, memasang lilin, pelita, ubat nyamuk elektrik atau lingkaran dan sebagainya yang boleh mengancam keselamatan penghuni kolej kediaman. 14. Lampu di dorm hendaklah dipadamkan pada jam 11.30 malam. C. Peraturan Am Surau 1. Pelajar beragama Islam diwajibkan menunaikan solat fardhu secara berjemaah disurau setiap hari. 2. Khusus di bulan Ramadhan, semua pelajar beragama islam digalakkan menunaikan Solat Tarawih secara berjemaah disurau. 3. Pelajar tidak dibenarkan tidur atau lepak di dalam surau. 4. Aktiviti di surau perlu mendapat kebenaran warden dan ada pemantauan. 5. Pelajar hendaklah menjaga kebersihan surau dan peralatan di surau, memastikan suis lampu, kipas dan pintu surau ditutup setelah selesai digunakan. 6. Kain telekung dan sejadah hendaklah disusun secara kemas dan diletakkan di tempat yang betul. 7. Surah Yassin dan kitab-kitab Al-quran mestilah diletakkan di tempat yang disediakan. D. Peraturan Dobi Kolej Kediaman 1. Perkhidmatan Dobi Kolej Kediaman hanya diuruskan oleh Kakitangan Tetap Koperasi Kolej Vokasional Butterworth Berhad. 2. Pengurusan Dobi hanya mencuci pakaian harian milik penghuni Kolej Kediaman Putera dan Puteri sahaja. 3. Semua penghuni kolej kediaman perlu menjelaskan yuran dobi dan tiada pengecualian. 4. Yuran dobi 1 semester RM50.00 sahaja. 44
5. Barang-barang yang tidak dibenarkan dihantar ke bilik dobi adalah seperti berikut: a. Pakaian Dalam b. Stokin c. Tudung Yang Mempunyai Awning. d. Seluar Jenis Jeans e. Tuala Mandi f. Cadar dan Sarung Bantal g. Selimut 6. Peringatan penting kepada semua penghuni sebelum menghantar pakaian ke bilik dobi, sila pastikan perkara-perkara berikut dilakukan: a. Poket-poket pakaian mesti dikosongkan. b. Buka lipatan lengan baju dan kaki seluar. c. Tanggalkan kerongsang / jarum peniti / butang baju melayu yang boleh ditanggalkan. d. Sekiranya pakaian mempunyai manik-manik atau kerawang, pastikan pakaian tersebut dimasukkan ke dalam laundry bag. 45
JADUAL HARIAN PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN : BAHAGIAN 11 HARI WAKTU AKTIVITI 05.30am Bangun Pagi & Persiapan Diri 06.00am Persediaan & Solat Subuh Berjemaah 06.30am Sarapan Pagi 07.00am Kemas Dorm / Pemeriksaan Dorm 07.30am Roll Call / Bacaan Asmaul Husna 07.45am Bergerak Ke Kelas 08.00am Sesi Pengajian di Kolej 01.00pm Makan Tengahari (Lelaki) 01.15pm Makan Tengahari (Perempuan) 01.30pm Solat Zohor Berjemaah 02.00pm Sesi Pengajian di Kolej 05.00pm Minum Petang / Solat Asar Berjemaah 05.15pm Riadah / Aktiviti Kokurikulum 06.00pm Makan Malam (Perempuan) 06.30pm Makan Malam (Lelaki) 07.15pm Solat Maghrib Berjemaah 07.30pm Bacaan Yaasin (Setiap Khamis) 08.00pm Kelas Persediaan Malam 09.30pm Minum Malam (Perempuan) 09.30pm Solat Isyak / Bacaan Surah Al-Mulk (Lelaki) 09.45pm Minum Malam (Lelaki) 09.45pm Solat Isyak / Bacaan Surah Al-Mulk (Perempuan) 11.30pm Lampu Dipadam Dan Tidur ISNIN hingga KHAMIS 46
HARI WAKTU AKTIVITI 05.30am Bangun Pagi & Persiapan Diri 06.00am Persediaan & Solat Subuh Berjemaah 06.30am Sarapan Pagi 07.00am Kemas Dorm / Pemeriksaan Dorm 07.30am Roll Call / Bacaan Asmaul Husna 07.45am Bergerak Ke Kelas 08.00am Sesi Pengajian di Kolej 12.00pm Makan Tengahari (Lelaki) 12.15pm Makan Tengahari (Perempuan) 01.00pm Solat Jumaat (Lelaki) & Solat Zohor (Perempuan) 03.00pm Waktu Senggang (Aktiviti Bebas) 05.00pm Minum Petang / Solat Asar Berjemaah 05.15pm Riadah / Aktiviti Kokurikulum 06.00pm Tamat Riadah / Pengurusan Diri 06.00pm Makan Malam (Perempuan) 06.30pm Makan Malam (Lelaki) 07.15pm Solat Maghrib Berjemaah 09.30pm Minum Malam (Perempuan) 09.30pm Solat Isyak / Bacaan Surah Al-Mulk (Lelaki) 09.40pm Minum Malam (Lelaki) 09.40pm Solat Isyak / Bacaan Surah Al-Mulk (Perempuan) 11.30pm Lampu Dipadam Dan Tidur JUMAAT 47
HARI WAKTU AKTIVITI 05.30am Bangun Pagi & Persiapan Diri 06.00am Persediaan & Solat Subuh Berjemaah 07.00am Sarapan Pagi 07.30am Roll Call / Bacaan Asmaul Husna 08.00am Riadah 09.00am Aktiviti EKSA 11:30am Tamat Aktiviti EKSA / Persiapan Diri 12.00pm Makan Tengahari (Lelaki) 12.15pm Makan Tengahari (Perempuan) 01.30pm Solat Zohor Berjemaah 02.00pm Outing (Lelaki. Ahad Sahaja) / Aktiviti Bebas (Perempuan) 05.00pm Minum Petang / Solat Asar Berjemaah 05.15pm Riadah / Aktiviti Kokurikulum 06.00pm Tamat Riadah & Tamat Outing / Pengurusan Diri 06.00pm Makan Malam (Perempuan) 06.30pm Makan Malam (Lelaki) 07.15pm Solat Maghrib Berjemaah 08.00pm Kelas Persediaan Malam 09.30pm Minum Malam (Perempuan) 09.30pm Solat Isyak / Bacaan Surah Al-Mulk (Lelaki) 09.40pm Minum Malam (Lelaki) 09.40pm Solat Isyak / Bacaan Surah Al-Mulk (Perempuan) 11.30pm Lampu Dipadam Dan Tidur AHAD & PELEPASAN AM 48