The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PANDUAN DAN PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN KVBW 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOLEJ KEDIAMAN KVBW, 2024-03-17 03:37:11

BUKU PANDUAN DAN PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN KVBW 2024

BUKU PANDUAN DAN PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN KVBW 2024

HARI WAKTU AKTIVITI 05.30am Bangun Pagi & Persiapan Diri 06.00am Persediaan &Solat Subuh Berjemaah 07.00am Sarapan Pagi 07.15am Kemas Dorm / Pemeriksaan Dorm 07.30am Roll Call / Bacaan Asmaul Husna 08.00am Aktiviti KOKO 11:30am Tamat Aktiviti KOKO / Persiapan Diri 12.00pm Makan Tengahari (Lelaki) 12.15pm Makan Tengahari (Perempuan) 01.30pm Solat Zohor Berjemaah 02.00pm Outing (Perempuan) / Aktiviti Bebas (Lelaki) 05.00pm Minum Petang / Solat Asar Berjemaah 05.15pm Riadah / Aktiviti Kokurikulum 06.00pm Tamat Riadah & Tamat Outing / Pengurusan Diri 06.00pm Makan Malam (Perempuan) 06.30pm Makan Malam (Lelaki) 07.15pm Solat Maghrib Berjemaah 07.30pm Pengisian Kerohanian Antara Maghrib ke Isyak 08.30pm Solat Isyak Berjemaah / Bacaan Surah Al-Mulk 09.30pm Minum Malam (Perempuan) 09.45pm Minum Malam (Lelaki) 11.30pm Lampu Dipadam Dan Tidur SABTU 49


BAHAGIAN C: PENGURUSAN DISPLIN PELAJAR 50


KATEGORI KESALAHAN DISPLIN A. Kesalahan Berat 1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga. 2. Berjudi atau membabitkan diri dalam pertaruhan. 3. Membawa, mengambil, memiliki, menyimpan, mengedar atau terlibat dalam kegiatan dadah dan menghidu gam. 4. Mengedar, menjual, menghisap, memiliki rokok atau bahan tembakau dan vape serta yang seumpanya. 5. Membawa, minum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan/mengkhayalkan. 6. Mencuri atau merosakkan harta benda asrama atau sekolah, Pengarah, Pensyarahpensyarah, Warden, Kakitangan dan Pelajar-pelajar lain dengan sengaja. 7. Menceroboh bilik khas / kedai koperasi /pejabat kolej/ asrama. 8. Memeras ugut / melawan / menggangu / mengancam / memukul / mencederakan atau mencabar serta menggunakan kekerasan terhadap Pengarah, Pensyarahpensyarah, Warden, Kakitangan, Pengawas dan Pelajar-pelajar lain. 9. Menubuh atau menjadi ahli dalam kumpulan / pertubuhan haram dan menyimpan senjata berbahaya yang boleh digunakan untuk tujuan jahat. 10. Melakukan buli (pelancoan) / ragging, penderaan atau paksaan terhadap pelajar lain. 11. Mencabul kehormatan pensyarah / pelajar lain. 12. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. 13. Membawa orang luar / pelajar luar ke dalam kawasan kolej kediaman / kolej tanpa kebenaran. 14. Pertemuan pelajar lelaki dan pelajar perempuan atau dengan individu lain yang berlainan jantina atau sejenis di tempat-tempat tersembunyi, gelap atau yang boleh mendatangkan syak wasangka. 15. Berkhalwat dan bercumbu-cumbuan. 16. Menceroboh ke asrama puteri bagi putera atau sebaliknya. 17. Melakukan zina, liwat, bohsia dan hubungan di luar tabi’i. 18. Menyimpan / mengedar / memiliki / membawa / melukis / mempamerkan dan menonton bahan lucah atau melakukan perbuatan lucah. 19. Mencetak / menerbit / mempamer / mengedar atau menyimpan rencana / majalah atau rakaman dan multimedia terlarang. 20. Meninggalkan kawasan kolej kediaman / asrama tanpa kebenaran dengan cara memanjat pagar, memotong pagar, menumpang kenderaan dan sebagainya. 21. Membawa atau menggunakan bahan letupan. 22. Memalsukan tarikh cuti sakit. 51


23. Memalsukan tandatangan Pengarah, Warden, Pensyarah, Kakitangan atau dokumen penting. 24. Mengubah dan memalsukan markah ujian / peperiksaan kolej. 25. Tidak balik ke kolej kediaman pada waktu yang ditetapkan. 26. Masuk kawasan kolej kediaman tanpa kebenaran waktu pengajian. 27. Bergaduh, menipu dan membantah arahan Warden / Pensyarah. 28. Sengaja menimbulkan perkara-perkara sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan pergaduhan. 29. Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada Pengetua, Warden, Pensyarah , Kakitangan dan Pengawas. 30. Menulis surat kepada akhbar / media cetak dan elektronik tanpa kebenaran Pengarah. 31. Membantah keputusan atau arahan Penyelia Asrama, Warden, Guru Disiplin, Timbalan Pengarah atau Pengarah walaupun telah beberapa kali diberi amaran. 32. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pengetua / Lembaga Disiplin Sekolah. B. Kesalahan Sederhana 1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali. 2. Tidak solat berjemaah bagi pelajar Islam. 3. Tidak sopan dalam surau dan berada di surau bukan tujuan ibadah. 4. Tidak mengikut peraturan dewan makan dan tidak sopan. 5. Berbahasa,kasar dan mencarut. 6. Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan elektrik kolej / asrama tanpa kebenaran. 7. Berkeliaran luar kawasan kolej kediaman selepas jam 11.30 malam. 8. Bergurau-gurau atau berkejaran di dalam dorm, koridor, beranda, bilik prep, tangga, surau dan sekitar rumah warden. 9. Melambai-lambai dan tingkah laku tidak sopan antara pelajar kolej kediaman putera dan puteri. 10. Ponteng kelas prep di kolej kediaman dan ponteng acara rasmi kolej. 11. Merosakkan atau menghilangkan kad/buku balik kampung dan kad keluar bandar. 12. Menerima atau menulis surat-surat percintaan. 13. Bermain, bergurau, membuat bising, menggangu, tidur semasa kelas prep. 52


14. Tidak mengikut peraturan bilik prep dan dorm. 15. Berada dalam dorm semasa prep. 16. Menggunakan masa prep untuk membuat kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan pelajaran. 17. Menconteng atau menampal gambar pada loker dan merosakkan harta benda asrama / kolej. 18. Membawa barang kemas, pakaian mahal, kasut kulit, sukan yang mahal dan barang berharga yang menarik perhatian pelajar lain. 19. Tidak turun beriadah dan berada di dalam bilik selepas jam 5 petang atau lambat balik ke bilik selepas jam 6.15 petang. 20. Membawa alatan elektronik seperti radio, pembesar suara, dan alat elektrik seperti seterika, pemanas air, cerek elektrik dan alat lain seperti mancis, pemetik api, lilin dan ubat nyamuk yang boleh menyebabkan kebakaran. 21. Membawa dan memakai semua seluar ‘jeans’ dan tali pinggang yang saiznya melebihi 50 mm dan berkepala besi / logam yang ‘fashionable’ (dan boleh dijadikan senjata). C. Kesalahan Ringan 1. Tidak menepati masa yang telah ditetapkan dalam peraturan asrama / sekolah. 2. Tidak mengikut peraturan berpakaian yang ditetapkan dan tidak berpakaian kemas semasa di asrama / dewan makan / surau / kolej / semasa prep / keluar ke bandar / balik kampung / waktu riadah / bersukan / berpersatuan / kelab. 3. Tidak memenuhi arahan-arahan daripada Biro Kolej Kediaman dan Ketua Dorm. 4. Berambut panjang, menyimpan misai, janggut atau jambang. 5. Mewarnakan rambut dan fesyen rambut yang keterlaluan seperti punk / skin head. 6. Berpakaian tidak sopan ketika ke bilik air atau mandi / dorm / koridor / sekitar asrama. 7. Berpakaian tidak sopan di dalam bilik, koridor dan sekitar asrama. 8. Tidak berpakaian lengkap ke kolej. 9. Memakai alat solek atau perhiasan atau barang kemas kecuali jam tangan. 10. Makan dan minum di bilik prep kecuali air kosong sahaja, 11. Tidak menyusun kasut di atas rak. 53


11. Menyidai pakaian di katil dan di tempat-tempat lain selain dari penyidai yang disediakan. 12. Menyimpan pakaian basah dan kotor di dalam bilik. 13. Tidak memasang cadar (yang telah ditetapkan) dengan bersih dan kemas. 14. Bantal tidak bersarung. 15. Menyimpan wang belanja berlebihan dan keperluan di dalam asrama. 16. Lewat atau dengan sengaja lewat membayar yuran makan asrama. 17. Membazir air dan elektrik. 18. Tidak menjalankan tugas – tugas yang telah dijadualkan. 19. Tidak mengikut peraturan di dewan makan. 20. Tidak menjaga kebersihan asrama / dewan makan dan bilik-bilik khas. 21. Tidak memadam lampu dorm pada waktu ditetapkan. 22. Berkelakuan kurang sopan / membuat bising / menggangu ketenteraman umum atau pelajar lain di asrama / kolej/ padang / gelanggang semasa menonton perlawanan sukan / semasa dalam rombongan dan sebagainya. 23. Tidak menjaga keselamatan diri / harta benda kolej / asrama / pelajar-pelajar lain. 24. Tidak menghadiri perjumpaan / aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan seperti aktiviti kokurikulum atau perhimpunan asrama. 25. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pengetua / Lembaga Disiplin Sekolah. TINDAKAN-TINDAKAN Semua tindakan displin bagi kesalahan-kesalahan displin yang dilakukan oleh penghuni kolej kediaman sama ada di kolej kediaman atau di kolej adalah tertakluk kepada Keputusan Jawatankuasa Displin Kolej Vokasional Butterworth yang dipengerusikan oleh Pengarah dan mengikut Surat Pekeliling yang sedang berkuatkuasa. 54


CARTA ALIR TINDAKAN / SIASATAN A. Salah Laku Kes Berat Mula Terima laporan bertulis / lisan Gantung sekolah (maksimum 14 hari) jika perlu untuk tujuan siasatan. Siasatan/laporan oleh guru displin Pengetua/HEM terima laporan Mesyuarat Lembaga Displin Pembentangan kes Bela diri (pelajar) Pertimbangan kes/keputusan Pengetua jatuhkan hukuman Melaksakan hukuman 1. Gantung kolej 2. Buang kolej Makluman kepada ibu bapa / penjaga Rekod SSDM / fail Tamat Tidak Ya Maklum kepada ibu bapa / penjaga Ya Tidak Tamat 55


A. Salah Laku Kes Sederhana Mula Terima laporan bertulis / lisan Siasat / laporan oleh Guru Displin Pembentangan kes / bela diri (pelajar) Pertimbangan kes / Keputusan oleh JK Mesyuarat Displin Pengarah jatuhkan hukuman Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga Sesi kaunseling / nasihat Rekod SSDM / Fail Tamat Tidak Tamat Ya 56


Click to View FlipBook Version