SELF-ACCESS LEARNING CENTRE (SAL)
Self-Access Learning (SAL) atau Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) ialah satu program yang
memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, stail dan tempoh masa belajar.
Murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran dan memilih aktiviti
pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau kemajuan mereka sendiri. Dengan ini murid
mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari ke atas pembelajaran mereka.
Program SAL atau Program PAK adalah satu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid
dan pembelajaran berlaku atas daya usaha murid sendiri. Murid mempunyai akses kepada
sumber pembelajaran dan mereka mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas
pemerolehan pengetahuan dan kemahiran sendiri.
INOVASI BILIK J-QAF
BAITUL HIKMAH
BAHAN INOVASI DI BAITUL HIKMAH
KINCIR SIRAH CERMIN AJAIB
AT TAHAWWUL
RODA IMPIAN JAWI
BAHTERA ILMU
SMART WUDHUK KIT
KINCIR SIRAH
KINCIR SIRAH adalah alatan PDPC bagi
subjek Pendidikan Islam. Terdapat 3
bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Arab dan Bahasa Inggeris.
MANUAL PENGGUNAAN
✅Putar roda kincir dan lihat nombor
yang ditunjukkan pada anak panah
berwarna merah.
✅Nombor tertera adalah nombor
soalan . Soalan disediakan di dalam
bekas putih.
✅Cari jawapan berdasarkan maklumat
yang terdapat di Sudut Galeri Cinta
Rasulullah.
BAHTERA ILMU
BAHTERA ILMU ini adalah peralatan
belajar sambil bermain yang mana guru
boleh meletak pelbagai soalan yang
bersesuaian dengn PDPC.
MANUAL PENGGUNAAN BAHTERA ILMU
✅Murid memilih pistol atau panah .
✅Murid menembak BAHTERA ILMU dan
mendapatkan soalan.
✅Murid menyelesaikan soalan secara
individu atau berkumpulan.
✅Guru menyemak jawapan murid dan
memberi markah atau ganjaran.
RODA IMPIAN JAWI
1)Membolehkan murid-murid menguasai
asas jawi.
2)Meningkatkan minat murid mempelajari
jawi dengan cara yang menyeronokkan
sambil bermain.
✅murid memusingkan roda tersebut,dan
murid membaca perkataan apabila roda
berhenti.
CERMIN AJAIB AT TAHAWWUL
▪ Cermin Ajaib adalah cara kreatif untuk mendapatkan
maklum balas daripada pelawat ke bilik ini.
▪ Dengan melihat ke dalam cermin tersebut
murid/pelawat boleh menilai semula apa yang
terdapat di dalam bilik ini. Setelah itu maklum balas
boleh dibuat dengan mendapatkan borang maklum
balas di dalam laci yang disediakan.
SMART WUDHUK KIT
Smart Wudhuk Kit adalah kit yang disediakan bagi
menunjukkan kepada murid cara mudah untuk
berwudhuk yang mana lebih fleksibel walau
dimana pun kita berada.
MANUAL: Murid mengeluarkan botol air mineral
dari dalam beg, kemudian menukarkan tudung
botol dengan tudung boleh yang berlubang yang
telah disediakan. Murid boleh berwudhuk dengan
merenjis dan meratakan ke seluruh anggota
wudhuk yang wajib mengikut rukun dan tertib.
PONDOK
WARISAN
PROGRAM PRO-A
PROGRAM ZIARAH CAKNA DAN HUBUNGAN YANG BAIK ANTARA PIHAK SEKOLAH DAN
MASYARAKAT KAUM ASLI TELAH MENCETUSKAN IDEA PEMBINAAN PONDOK WARISAN
• PRO A adalah singkatan kepada Program Asli
• Pembinaan Pondok Warisan adalah salah satu mercu tanda Pro A.
• Menjadi Tapak atau Pusat Pembelajaran dan Aktiviti luar bilik
darjah bagi Murid Asli
• Salah satu intervensi bagi meningkatkan kehadiran murid Asli untuk
hadir ke sekolah
• Mendapat sokongan dan sumbangan daripada PIBG
• Mula direalisasikan pada tahun 2019
KRONOLOGI PEMBINAAN
Berikut adalah kronologi pembinaan Pondok Warisan:
• Perbincangan bersama Tok Batin Kampung Belau dan Tok Batin
Kampung Kabang.
• Bahan binaan pondok diambil dari Kampung Sinderut berupa kayu
hutan, pohon buluh, rotan dan rumbia/nipah.
• 100% menggunakan kemahiran bertukang daripada ibu bapa murid Asli
daripada kaum Asli suku Kaum Semai, Kampung Kabang dan Kampung
Belau.
• Pondok Warisan dapat disiapkan dalam masa satu hari sahaja.
PROSES PEMBINAAN:
PROGRAM SATU MURID SATU PASU (SAPA)
❖ Projek dilaksanakan pada setiap pagi hari Selasa hingga hari Khamis
❖ Masa yang diperuntukkan selama 10 hingga 15 minit.
❖ Murid menanam bunga dimulai dengan proses mengisi tanah dan menanam benih
bunga dalam pasu.
❖ Pasu bunga dilabelkan dengan nombor.
❖ Murid bertanggungjawab menyiram bunga setiap pagi sebelum makan RMT.
❖ Pasu bunga ditempatkan di sekitar Pondok Warisan.
❖ Guru akan memantau aktiviti murid dan mencatat kehadiran murid.
❖ Pada Tahun 2021, projek ini diperluaskan dengan jenama baru iaitu Satu Murid Satu
Produk (murid menghasilkan produk seni kraftangan)
PROGRAM MAIN SAMA-SAMA (MASA)
❖ Program Bermain Sambil Belajar.
❖ Dilaksanakan setiap hari dari jam 12.35-1.00 Tengahari.
❖ Murid bermain dalam Kawasan/ pondok Warisan.
❖ Jenis permainan: 4 set Dam Ular, 4 set Congkak, 4 set LEGO yang bersesuaian.
❖ Alat permainan disimpan di Bilik Rawatan selepas digunakan.
❖ Wakil murid akan mengambil dan menyimpan permainan.
❖ Guru perlu memantau pergerakan murid sepanjang aktiviti berlangsung.
PROGRAM MY QALAM
❖ J/K Unit Bimbingan Kaunseling menyediakan keperluan asas murid seperti
pensel, pemadam, pembaris, pensel warna adan meletakkannya dalam
bekas khas.
❖ Murid boleh mendapatkan peralatan yang diperlukan dan
memulangkannya selepas digunakan iaitu ketika waktu pulang.
SEKIAN
TERIMA KASIH
CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icon by Flaticon, and infographics &
images from Freepik