ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 1
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 2 Penulis Nazirul Aiman bin Md Hassan Nor Radhiah binti Borhan Mohd Hakimi Bin Raseli Penyunting Nazirul Aiman bin Md Hassan (Ketua Program) Nor Radhiah binti Borhan Mohd Hakimi Bin Raseli Pereka Kandungan & Illustrasi Mohd Hakimi Bin Raseli Penyemak Kandungan Hafizah Abdullah @ Ali Terbitan Edisi 2021 Hak cipta terpelihara. Tidak ada bahagian dari penerbitan ini yang dapat diterbitkan ulang dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun tanpa izin bertulis dari pemilik hak cipta dan ditulis dan dipaparkan di halaman rujukan. e ISBN 978-967-2258-63-6 Diterbitkan oleh: Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, 02600 Pauh Putra, Arau, Perlis
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 3 PENGHARGAAN Terutama sekali kami ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga, rakan atas kebaikan, sokongan serta motivasi mereka. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada sokongan Puan Anis Safinaz Binti Ramli (Ketua Jabatan JRKV), Nazirul Aiman bin Md Hassan (Ketua Program DDV), pensyarah DDV dan Puan Hafizah Abdullah @ Ali sebagai penyemak kami untuk kandungan eBook ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ahli jawatankuasa Unit Pembelajaran Digital, Bahagian Kandungan Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD) kerana menawarkan panduan dan peluang eBOOK dalam projek pembelajaran digital mereka dan memimpin kami mengusahakan pelbagai eBook menarik untuk Penyuntingan dan Pengkomposan. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kami di JRKV dan PTSS amnya. Terima kasih.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 4 KANDUNGAN SEJARAH PENYUNTINGAN FILEM 5 ANTARA MUKA ADOBE PREMIERE 6 RUANG KERJA ADOBE PREMIERE 8 CARA IMPORT VIDEO 12 CARA EKSPORT VIDEO 14 TUNJUK CARA LAYAR HIJAU (GREEN SCREEN) 19 CARA MEMASUKKAN TULISAN 25 KESAN TRANSISI 28 PENGENALAN KEPADA PEMBETULAN WARNA 32 PENGADILAN WARNA 32 PEMBETULAN WARNA DI DALAM ADOBE PREMIERE 33 TUTORIAL PEMBETULAN WARNA 33 PEMBETULAN ASAS 35 PENYELARASAN WHITE BALANCE 36 BAHAGIAN KREATIF 38 BAHAGIAN LENTINGAN 40 BAHAGIAN RODA WARNA & PADANAN 42 BAHAGIAN HSL PERTENGAHAN 44 BAHAGIAN VIGNETTE 46 SKRIN PEMISAH 48 CLONING 53 LOWER THIRD 57 RUJUKAN 63 MENGENAI PENGARANG 64
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 5 Suntingan video memerlukan penyunting untuk menggunakan perisian tertentu bagi melakukan tugasan suntingan ini. Penggunaan perisian Adobe sudah tidak asing lagi bagi penyunting-penyunting di dalam bidang industri suntingan video. Antara dua perisian yang popular digunakan dari keluarga Adobe adalah Adobe Premiere dan juga Adobe After Effect. Kedua-dua perisian ini Nampak seolah-olah sama fungsinya, namun terdapat beberapa perbezaan antara dua perisian ini, namun kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. Adobe After Effect merupakan aplikasi Adobe yang digunakan untuk mencipta gerakan grafik dan kesan visual ke dalam bentuk video. Bagi menghasilkan kesan khas, penyunting perlu bekerja dengan lebih teliti dan sebab itu juga perisian ini menggunakan jumlah kepingan gambar sesaat ataupun dikenali sebagai frame rate persecond supaya penyunting dapat melihat hasil suntingan bagi setiap frame. Suntingan di Adobe After Effect juga dilakukan dalam tempoh durasi yang lebih pendek berbanding perisian Adobe Premiere. Antara suntingan yang sesuai dengan menggunakan Adobe After Effect adalah dalam penyediaan Video Montaj yang berdurasi seminit sehingga tiga minit. Adobe Premiere pula merupakan aplikasi suntingan video. Fungsi Adobe Premiere adalah untuk memotong video, menggabungkan dua atau lebih video supaya menjadi satu video, menggabungkan audio dan video menjadi satu. SEJARAH PENYUNTINGAN FILEM Kebiasaannya dalam proses kerja menghasilkan video pendek, krew akan merakam video dalam pelabagai sudut yang berbeza supaya dapat menghasilkan video yang lebih kreatif dari segi sinematografi. Seterusnya video-video yang dirakam akan diberikan kepada penyunting bagi menggabungkan video-video berkenaan menjadi satu seperti yang dikehendaki oleh Pengarah filem berkenaan. Suntingan di dalam Adobe Premiere juga sering kali menggunakan durasi yang lebih panjang melebihi 5 minit dan ada sehingga satu hingga dua jam. Namun kedua-dua perisian ini saling bergantung antara satu sama lain. Contohnya apabila selesai mencipta gerakan grafik dan kesan visual menggunakan aplikasi Adobe After Effect, fail tersebut boleh dipindahkan masuk ke dalam Adobe Premiere bagi proses suntingan video menggunakan aplikasi suntingan Adobe Premiere sehinggalah semua video yang telah siap disunting menjadi satu video yang lengkap bersama audio.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 6 Terdapat 4 Pilihan utama yang akan dipaparkan dalam kotak permulaan yang perlu dipilih iaitu: 1. New Project – New project ini merupakan pilihan bagi penyunting yang baru ingin memulakan projek. 2. Open Project – Open Project merupakan pilihan bagi penyunting sekiranya penyunting telah memulakan projek dan projek tersebut telah disimpan didalam bentuk fail Adobe Premeire lagi. 3. New Team Project – New Team Project fungsinya adalah sama dengan New project cuma perbezaannya adalah projek ini dilakukan secara atas talian menggunakan system cloud dan dilakukan bersama satu pasukan yang membawa maksud semua ahli dapat menggunakan satu projek yang sama untuk proses suntingan. 4. Open Team Project – Pilihan ini adalah untuk penyunting bersama kumpulan yang sama telah memulakan projek dan telah disimpan di dalam sistem atas talian. Setiap ahli dalam kumpulan suntingan boleh membuka semula fail yang telah disunting menggunakan pilihan ini. 5. Last Opened – Pilihan ini pula adalah pilihan dimana fail terakhir yang disunting oleh Penyunting akan keluar dibahagian ini. Penyunting hanya perlu memilih sahaja fail-fail terkini yang telah disunting. ANTARA MUKA ADOBE PREMIERE Terdapat beberapa perkara penting dari penggunaan Adobe Premiere yang perlu setiap penyunting tahu. Dari segi aspek spesifikasi computer memerlukan RAM minimum 4GB dan prosessor Intel Celeron dual Core atau yang setara dengannya. Pastikan spesifikasi seperti yang di cadangkan digunakan supaya proses suntingan dapat dilakukan dengan baik. Apabila aplikasi Adobe Premiere dibuka, akan keluar satu pilihan kotak seperti dibawah.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 7 Sekiranya penyunting memilih New Project, akan keluar satu paparan kotak New project untuk dipilih oleh Penyunting. Sekiranya penyunting memilih New Project, akan keluar satu paparan kotak New project untuk dipilih. 1. Name - Penyunting boleh menukar nama di ruangan kotak nama mengikut kesesuaian nama projek yang ingin disunting. 2. Location – Penyunting juga boleh memilih lokasi untuk simpanan fail projek yang telah disunting mengikut kesesuaian. Setelah menekan butang OK, Aplikasi Adobe Premiere akan masuk ke satu layar yang dikenali sebagai ruang kerja bagi Adobe Premiere.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 8 MENU BAR Menu Bar ini berfungsi untuk Penyunting memilih menu-menu yang terdapat di dalam Adobe Premiere. Antara menu yang terdapat di dalam menu adalah file, edit, clip, sequence, marker, graphics, window dan help. Setiap menu bar mempunyai fungsi yang tertentu dan boleh dipilih oleh penyunting bagi tujuan tertentu. MENU WORK SPACE Penyunting boleh memilih ruang kerja yang sesuai digunakan dalam tugas suntingan. Terdapat ruang kerja suntingan yang digunakan bagi tugasan menyunting video.Terdapat juga work space effect yang digunakan biasa digunakan ketika kita ingin lebih menggunakan effects yang ingin kita masukkan dalam video ketika suntingan. Setiap ruang kerja akan fokus kepada tugas-tugas yang ingin dilakukan oleh Penyunting. SOURCE PANEL AREA Melalui Source Panel Area Penyunting dapat melihat video preview sebelum memulakan suntingan. Selain itu juga di bahagian ini video atau audio boleh dipotong untuk memilih bahagian yang diperlukan sahaja untuk dimasukkan ke dalam timeline. 1. 2 3 RUANG KERJA ADOBE PREMIERE Ruang kerja yang terdapat dalam Aplikasi Adobe Premiere kebiasaannya adalah lebih kurang sama walaupun menggunakan versi yang berlainan. Salah satu kelebihan ruang kerja Adobe Premiere adalah ianya boleh diubah mengikut keselesaan penyunting. Selain dari itu juga Adobe Premiere juga menyediakan ruang kerja yang tertentu mengikut kerja yang ingin dilakukan oleh penyunting. Ruang kerja yang terdapat di dalam Aplikasi Adobe Premiere boleh dibahagikan kepada 8 panel.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 9 MENCIPTA URUTAN BAHARU (NEW SEQUENCE) Setelah membuka aplikasi Adobe Premiere dan ruang kerja telah keluar. Penyunting perlu mewujudkan satu urutan baharu (new sequence) bagi memulakan proses suntingan.Urutan baharu ini perlu diwujudkan kerana penyunting akan memilih saiz video dan jumlah kepingan gambar sesaat. PROGRAM PANEL AREA Program Panel Area digunakan untuk penyunting melihat hasil video yang disunting, setiap suntingan dapat dilihat di bahagian ini. PROJECT PANEL AREA Project Panel Area biasa digunakan untuk memasukkan file atau bahan-bahan footage yang akan kita gunakan dalam proses suntingan video TOOLS BAR Pane bagi kawasan ini berisi tools / alat yang biasa digunakan dalam proses suntingan video. Terdapat pelbagai alat yang boleh digunakan dan akan dibincangkan dalam tajuk seterusnya. TIME LINE PANEL AREA Time Line Panel Area merupakan lembaran kerja yang digunakan oleh Penyunting. Semua kerja suntingan untuk memotong, menggabung dan mencipta hasil karya video akan dilakukan di bahagian panel ini. AUDIO LEVEL Audio Level pula sering digunakan sebagai rujukan buat Penyunting supaya aras audio tidak terlalu tinggi sehingga menyebabkan bunyi pecah apabila dipasang di televisyen. Selain itu juga audio level digunakan untuk memastika aras audio sama dari awal sehingga habis video. Perkara ini adalah penting supaya tidak terjadi isu aras audio tidak sekata iaitu ada masanya terlalu kuat dan ada masanya terlalu perlahan. 4 5 6 7 8
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 10 Penyunting boleh terus ke menu bar dan memilih bahagian file. Seterusnya memilih bahagian New > New Sequence. Namun terdapat juga cara yang lebih mudah atau juga dikenali sebagai shortcut key iaitu Penyunting hanya perlu menekan papan kekunci Ctrl+N (seperti terdapat di dalam gambar rajah) untuk mewujudkan urutan baharu. Setelah memilih New Sequence, akan keluar kotak seperti seperti diatas. Kotak New Sequence ini digunakan oleh Penyunting bagi memilih tetapan sebelum memulakan tugasan suntingan video. Terdapat 5 bahagian utama yang dapat dilihat di dalam kotak new sequence. AVAILABLE PRESETS. Pada bahagian ini Penyunting perlu memilih presets yang bersesuaian dengan tugasan suntingan. Terdapat pelbagai jenis presets yang disediakan. Pada bahagian ini juga penyunting boleh memilih untuk membuat tetapan sendiri sekiranya tidak ingin memilih Presets yang telah disediakan. PRESET DESCRIPTION Pada bahagian ini Penyunting dapat melihat penerangan berkaitan Presets yang telah dipilih di bahagian GENERAL Pada bahagian ini Penyunting dapat melihat tetapan video dengan lebih jelas. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti saiz bingkai, kadar bingkai, tetapan audio dan lain- lain lagi berkaitan tetapan suntingan video. SEQUENCE NAME Bahagian ini membolehkan Penyunting menukar nama Sequence mengikut kesesuaian yang diigini oleh Penyunting. OK BUTTON. Bahagian ini merupakan butang OK yang perlu ditekan oleh Penyunting setelah berpuashati dengan tetapan yang telah dipilih. 1. 2. 3. 4. 5.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 11 Bar peralatan ini merupakan antara perkara yang penting dan sering digunakan oleh Penyunting. Bar peralatan ini juga boleh dianggap sebagai satu kotak yang menyimpan peralatan-peralatan untuk kegunaan penyunting. Bar Peralatan (Tools Bar) Selection (V) Digunakan secara meluas dan sering digunakan untuk menyeret (drag), menjatuhkan (drop), select (memilih) dan memotong klip (trim clips ). Track Select (A) Track Select pulak digunakan memilih lebih dari satu trek supaya tidak keliru. Contohnya Penyunting ingin memilih trek Audio dan Video secara serentak. Trek yang dipilih boleh digerakkan secara serentak setelah memilih lebih dari satu trek.Penyentunting juga boleh menekan butang Shift untuk memilih trek lain. Setelah memilihnya, penyunting boleh meluncurkannya, menghapusnya, memotong / menampalnya, atau menyalin / menampalnya. Ripple Select (B) Digunakan bagi memotong klip dan mengalihkan klip seterusnya di trek mengikut jumlah yang telah dipotong. Razor ( C) Razor boleh diibaratkan sebagai pisau pemotong untuk memotong satu klip menjadi 2 atau lebih klip mengikut kesesuaian dan kehendak penyunting. Slip (Y) Dengan menggunakan Slip, penyunting anda boleh mengubah bingkai mula dan akhir klip tanpa mengubah atau mempengaruhi klip yang bersebelahan. Pen (P) Gunakan Pen untuk menambah, memilih, memindahkan, menghapus, atau menyesuaikan bingkai utama pada urutan serta membuat dan mengubah lengkungan di bahagian Title , panel kawalan kesan khas dan Program Monitor. Hand (H) Digunakan untuk scroll keseluruhan urutan dengan cara menarik klip dan meluncurkannya ke urutan yang lain. Type Tool (T) Digunakan bagi memasukkan teks ke dalam video. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 12 Panel Timeline Panel Timeline merupakan bahagian yang penting dalam proses suntingan video dan akan sentiasa diguna pakai selalu. Terdapat 2 bahagian trek yang boleh dibahagikan iaitu Trek Video dan Trek Audio. Kedua-dua trek ini akan dikira durasinya menggunakan masa supaya Penyunting dapat merancang dan mengetahui durasi masa bagi penyuntingan sesuatu video. Trek Video digunakan untuk penyunting memasukkan video bagi memulakan tugas suntingan. Pada bahagian ini juga penyunting boleh memilih seberapa banyak lapisan yang diperlukan untuk memasukkan video. Ini merupakan salah satu kelebihan dalam menggunakan perisian Adobe Premiere. Video yang berada paling atas akan menutupi video yang berada di bawah sekiranya diletakkan secara bertindih. Selain daripada itu, ruangan ini juga digunakan untuk memasukkan grafik seperti Foto, Tulisan dan Logo. Trek Audio pula merupakan trek yang digunakan untuk memasukkan Audio. Audio boleh dimasukkan melalui 2 kaedah iaitu yang pertama audio dari video yang asal akan terus masuk ke bahagian ini. Manakala cara yang kedua adalah penyunting boleh memasukkan audio sahaja tanpa video. Contohnya sekiranya penyunting ingin memasukkan muzik latar atau bunyi kesan khas. Penyunting hanya perlu memasukkan audio dibahagian ini dan disusun mengikut durasi masa yang diigini. CARA IMPORT VIDEO Melalui perisian Adobe, penyunting perlu import Video dan Audio sebelum memulakan tugas suntingan. Jadi di bahagian ini akan ditunjukkan cara-cara untuk import video atau audio di dalam perisian Adobe Premiere ini. Sebaik-baiknya sebelum import video, penyunting perlu mencipta urutan baharu (New Sequence) seperti tajuk sebelum ini. Masukkan Video,Grafik dan juga Audio. Namun selain daripada berbuat demikian, terdapat juga cara yang lebih mudah iaitu penyunting hanya perlu menekan Ctrl + I untuk terus memasukkan video, grafik dan audio.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 13 Setelah mencipta urutan baharu (New Sequence), Penyunting perlu memilih di bahagian File dan memilih Import untuk memasukkan Video,Grafik dan juga Audio. Namun selain daripada berbuat demikian, terdapat juga cara yang lebih mudah iaitu penyunting hanya perlu menekan ctrl + I untuk terus memasukkan Video, Grafik dan Audio. Seterusnya akan keluar sebuah kotak seperti diatas dan penyunting boleh memilih fail yang diingini untuk dimasukkan ke dalam perisian Adobe Premiere.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 14 Setelah memilih fail yang dikehendaki, fail tersebut akan masuk di bahagian Projek Panel Area dan penyunting boleh memasukkan video berkenaan ke dalam time line bagi memulakan suntingan. Terdapat pelbagai kaedah suntingan yang dapat dibuat di dalam perisian ini yang akan ditunjukkan di dalam tajuk yang lain sebentar nanti. CARA EKSPORT VIDEO Setelah siap melakukan tugasan suntingan, video berkenaan perlulah di eksport menjadi sebuah video yang lengkap bersama audio melalui format-format yang boleh dipilih. Pada bahagian ini akan ditunjukkan cara bagaimana untuk eksport video yang telah siap disunting. Setelah siap suntingan, perkara seterusnya adalah untuk eksport video tersebut. Penyunting perlu ke bahagian File>Export>Media atau juga Penyunting boleh menggunakan kaedah yang lebih mudah dengan hanya menekan butang ctrl + M bagi tujuan eksport video yang telah siap disunting.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 15 Sebuah kotak tetapan eksport akan terpapar setelah Penyunting memilih untuk eksport video yang telah disunting. Terdapat beberapa tetapan yang perlu ditukar mengikut kesesuaian yang ingin digunakan. Penyunting perlu mengetahui adakah video yang ingin di eksport itu di gunakan untuk tontonan di televisyen ataupun mungkin akan digunakan hanya untuk tontotan di telefon atau sosial media sahaja. Perkara ini penting kerana pemilihan tetapan yang betul akan menghasilkan video yang mempunyai kualiti yang setaraf dengan penggunaan gadjet oleh audience dan juga menghasilkan saiz video yang betul serta tidak membazir ruangan storan di dalam komputer. Tetapan pertama yang perlu ditentukan adalah Format video yang ingin digunakan. Terdapat pelbagai jenis format video yang ada dalam perisian ini. Format yang popular atau selalu digunakan di Malaysia adalah seperti H.264,AVI dan MPEG4. Setiap format ini akan menghasilkan saiz fail serta Preset video yang berbeza. Selain daripada format video, terdapat juga format audio yang boleh dipilih sekiranya penyunting hanya ingin menghasilkan audio sahaja. Contoh format audio yang terdapat dalam perisian ini adalah AAC Audio, MP3 dan Wave Form Audio. Perkara ini penting kerana pemilihan tetapan yang betul akan menghasilkan video yang mempunyai kualiti yang setaraf dengan penggunaan gadjet oleh audien dan juga menghasilkan saiz video yang betul serta tidak membazir ruangan storan di dalam komputer. Tetapan pertama yang perlu ditentutakan adalah Format video yang ingin digunakan. Terdapat pelbagai jenis format video yang ada dalam perisian ini. Format yang popular atau selalu digunakan di Malaysia adalah seperti H.264,AVI dan MPEG4. Setiap format ini akan menghasilkan saiz fail serta Preset video yang berbeza. Selain daripada format video, terdapat juga format audio yang boleh dipilih sekiranya penyunting hanya ingin menghasilkan audio sahaja. Contoh format audio yang terdapat dalam perisian ini adalah AAC Audio,MP3 dan Wave Form Audio.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 16 Sebagai contoh disini pemilihan format H.264 telah dipilih. Setelah memilih format ini, berikut adalah presetpreset yang terdapat bagi format yang telah dipilih. Jadi disini penyunting dapat memilih preset yang ingin digunapakai mengikut kesesuaian. Sebagai contoh video yang disunting ingin digunakan untuk dimuatnaik ke dalam Youtube, penyunting boleh memilih preset Youtube 1080p HD bagi kualiti Definisi yang tinggi. Contoh yang lain pula adalah video berkenaan ingin digunakan di dalam peranti telefon pintar sahaja, jadi penyunting hanya perlu memilih preset Mobile Device 1080p HD bagi definisi yang tinggi. Kedua-dua preset ini akan menghasilkan size video yang tidak sama. Saiz preset Youtube 1080p HD adalah lebih besar dan berkualiti lebih tinggi kerana kebiasannya Youtube juga boleh ditotnton di peranti seperti di Televiseyen. Manakala saiz preset Mobile Device 1080p HD pula akan lebih kecil kerana video berkenaan akan ditonton di peranti telefon pintar sahaja, namun kualiti yang ditonton di peranti telefon pintar masih lagi dalam kualiti berdefinisi tinggi dan video berkenaan masih berkualiti baik mengikut selagi mana hanya ditonton di peranti telefon pintar sahaja.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 17 Selain daripada itu juga, nama bagi setiap video boleh diletakkan mengikut kesesuaian projek. Bagi menukar nama projek video, boleh dilihat dibahagian Output Name. Setelah memilih bahagian ini, akan keluar satu kotak yang membolehkan nama ditukar di bahagian File Name. Selain daripada menukar nama projek video, lokasi untuk menyimpan video juga boleh dipilih di bahagian ini. Setelah menukar nama video mengikut kesesuaian, terdapat beberapa bahagian yang perlu di lihat semula supaya tidak tersalah tetapan yang diigini sebelum proses eksport dilakukan. Bahagian yang dimaksudkan adalah harus memastikan kedua-dua kotak export video dan dan export audio telah dipilih. Sekiranya hanya memilih salah satu sahaja. Sebagai contoh hanya memilih video sahaja, hasil akhir video yang dihasilkan adalah video tanpa audio dan begitu juga sebaliknya. Namun sekiranya penyunting memang inginkan audio sahaja untuk di eksport, tiada masalah untuk hanya memilih audio sahaja dalam proses ini.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 18 Proses terakhir adalah perlu menunggu proses eksport ini sehingga selesai. Durasi masa setiap video yang ingin dieksport adalah berlainan berdasarkan beberapa factor utama seperti durasi video itu sendiri, seberapa banyak kesan khas yang digunakan dan juga format serta kualiti video mengikut ketetapan yang dibuat sebelum proses ini bermula. Sewaktu proses eksport ini berlaku, sekiranya menggunakan laptop pastikan bateri mencukupi ataupun sebagai langkah berjaga-jaga haruslah menggunakan kuasa elektrik supaya tidak berlaku masalah kehabisan bateri peranti. Setelah selesai proses yang terakhir ini, video dapat dilihat di lokasi yang telah dipilih dan dapat dimainkan di peranti.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 19 Proses yang pertama adalah perlu memasukkan video ke dalam timeline bagi memulakan suntingan. TUNJUK CARA LAYAR HIJAU (GREEN SCREEN) Salah satu kesan khas yang popular dan sering digunakan adalah kesan khas bagi membuang latar belakang dan menggantikan latar belakang yang baharu. Bagi menggunakan kesan khas ini, latar belakang yang selalu digunakan adalah latar belakang yang berwarna hijau atau biru. Pada permulaanya sesi rakaman akan dilakukan berlatar belakangkan latar berwarna hijau ataupun biru. Satu tips dalam proses rakaman ini adalah memastikan cahaya yang mencukupi sepanjang proses rakaman dilakukan bagi memudahkan proses suntingan yang akan dilakukan nanti. Sekiranya penyunting ingin menukar latar belakang pastikan video yang ingin dibuang latar belakang di letakkan di layar video yang kedua kerana pada layar yang pertama kita akan meletakkan latar belakang yang baharu. Perkara ini adalah kerana video yang berada paling atas akan menutupi video yang berada di bawahnya.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 20 Langkah yang pertama adalah perlu memilih bahagian Effect > Transform > Crop. Setelah memilih kesan khas yang diigini iaitu Crop, kesan khas tersebut akan masuk ke kawasan kawalan kesan khas seperti gambar diatas. Langkah seterusnya adalah mengawal kesan khas yang dimasukkan iaitu crop iaitu bertujuan untuk memotong bahagian video yang tidak dikehendaki. Contoh pada video ini telah dipotong bahagian kiri, kanan, atas dan bawah video bagi hanya mendapatkan video berlatarbelakngkan warna biru sahaja. Manakala bahagian hitam merupakan ruangan kosong yang akan dimasukkan video atau foto latar belakang. Namun dalam situasi ini kita akan membuang latar belakang video yang berada diatas. Setelah membuang latar belakang yang dikehendaki, secara langsungnya video yang berada di bawah tidak akan terlindung. Contoh yang paling mudah adalah ibarat kita menggunting video yang pertama mengikut kehendak yang diingini dan secara langsung akan menampakkan video di belakangnya. Sekiranya video yang dimasukkan adalah seperti diatas iaitu tidak semua kawasan berlatar belakangkan warna biru atau hijau, jadi video berkenaan perlu dipotong dahulu bagi mendapatkan video yang hanya dikawasan yang diigini sahaja.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 21 Langkah yang ketiga adalah penyunting perlu memilih kesan khas untuk membuang latar biru daripada video berkenaan. Penyunting perlu sekali lagi ke bahagian Effect > Video Effect > Keying > Ultra Key dan memilih kesan khas ini masuk ke dalam kawalan kesan khas. Langkah seterusnya adalah memilih Key Colour dan ambil gambar seperti penyedut warna bawakan kearah warna yang ingin dibuang serta tekan pada warna berkenaan. Setelah warna yang ingin dibuang dipilih, secara automatik warna berkenaan telah dibuang atau dipadam. Jika kalau diperhatikan betul-betul masih terdapat bahagian berwarna biru yang tidak habis dibuang. Perkara ini adalah kerana faktor cahaya yang mempengaruhi video berkenaan. Terdapat kawasan yang menjadi sedikit gelap akibat daripada bayang-bayang dan menyebabkan warna biru yang dihasilkan tidak sekata. Namun jangan bimbang, perkara ini dapat dibuang dengan memerlukan mengubah beberapa ketetapan.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 22 Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas bahagian mana yang masih belum dipadam, penyunting boleh menukar Output menjadi Alpha Channel. Setelah memilih output berkenaan, video akan menghasilkan 2 warna iaitu putih dan hitam. Hitam bermakna bahagian yang telah dipadam manakala putih adalah bahagian yang tidak dipotong. Sekiranya melihat contoh gambar diatas masih terdapat kesan tompokan berwarna putih yang membawa maksud masih terdapat bahagian berwarna biru yang masih tidak dipadam dengan baik. Langkah yang seterusnya adalah menukar beberapa ketetapan di bahagian Matte Generation. Terdapat beberapa ketetapan seperti Transperency, highlight, shadow, tolerance dan pedestal. Ketetapan boleh diubah sehingga mendapatkan bentuk putih yang bersih seperti di atas. Bentuk putih seperti contoh merupakan bahagian yang tidak dipotong iaitu bahagian yang akan menampakkan subjek di dalam video.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 23 Setelah berpuashati, bahagian output channel boleh ditukar semula kepada Composite untuk mendapatkan kembali video yang asal seperti diatas. Proses membuang latar belakang telah pun selesai dan sekarang terdapat lagi dua proses iaitu memasukkan video atau foto latar belakang dan juga menyusun kedudukan video supaya subjek tidak tergantung di dalam video yang dihasilkan kelak. Langkah yang seterusnya adalah memasukkan video ke Project Panel Area dan seterusnya video dimasukkan ke dalam time line. Perkara penting yang harus dilihat adalah video berkenaan perlu berada di layar yang pertama kerana video atau foto yang akan diletakkan merupakan video latar belakang. Setelah dimasukkan kedalam timeline mengikut turutan yang betul, dapat dilihat di bahagian Program Panel Area video latar belakang bagi projek berkenaan telah pun wujud. Namun dapat dilihat video subjek masih berada dalam keadaan posisi yang kurang tepat dan seolah-olah dalam keadaan terapung. Jadi disini perlu membetulkan semula keadaan posisi subjek supaya berada di dalam posisi yang betul.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 24 Bagi mengubah posisi kedudukan video, penyunting perlu memilih video yang berkaitan di timeline dan kemudian ke bahagian kawalan kesan khas. Pada bahagian ini terdapat posisi dan juga saiz video yang boleh diselaras mengikut kesesuaian yang diperlukan dalam video. Langkah yang pertama adalah boleh memilih posisi video, dibahagian ini terdapat 2 posisi yang dapat diselaraskan iaitu pada bahagian kiri ialah paksi X. Pada paksi X ini hanya boleh diubah posisi di bahagian kiri dan kanan sahaja, manakal pada paksi Y pula posisi yang boleh diubah hanya lah bahagian atas dan bawah sahaja. Bagi contoh video di atas, posisi yang perlu diubah merupakan paksi Y kerana video berada sedikit ke atas dan Nampak seolah-olah terapung. Selain dari posisi video dapat diubah, saiz video juga dapat diubah menggunakan scale yang terdapat di bahagian kawalan kesan khas. Berikut merupakan hasil akhir suntingan setelah dibetulkan kedudukan serta saiz video dan proses terakhir yang perlu dilakukan adalah proses eksport video berkenaan.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 25 CARA MEMASUKKAN TULISAN Pembelajaran yang seterusnya adalah berkaitan kaedah untuk memasukkan tulisan ke dalam video. Penggunaan tulisan di dalam video memainkan peranan penting dalam proses suntingan. Kaedah yang pertama adalah memilih Types Tool di bahagian Bar Peralatan atau pun dengan hanya menekan butang T di papan kekunci sebagai kekunci pintas. Setelah memasukkan tulisan yang diingini, dapat dilihat di bahagian time line terapat satu layar tulisan yang muncul. Tulisan terebut boleh diubah untuk diletakkan pada minit yang sesuai dan juga boleh dipanjang atau dipendekkan mengikut kesesuaian video suntingan. Selain daripada itu juga, tulisan yag dipilih juga boleh diubah jenis bentuk tulisan yang diingini seperti yag terdpaat di bahagian kanan layar. Warna tulisan juga dapat diubah mengikut kesesuaian video suntingan.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 26 Manakala kaedah yang kedua adalah dengan cara menyerek tetikus ke bahagian menu bar dan memilih menu grafik yang tersedia di atas layar. Seterusnya memilih New layer dan Text ataupun pintasan papan kekunci bagi pilihan ini adalah ctrl + T. Walaupun kaedah yang berlainan, namun kedua-dua kaedah ini adalah bertujuan untuk memasukkan tulisan ke dalam video suntingan. Namun terdapat satu lagi kaedah yang membolehkan tulisan yang dimasukkan mempunyai pergerakan yang telah diatur dengan menggunakan templet yang sedia ada di dalam perisian. Setelah memilih menu Grafik, akan keluar satu paparan templet untuk masukkan tulisan di bahagian sebelah kanan layar.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 27 Melalui kaedah ini, hanya perlu memilih templet yang telah disediakan dalam perisian. Perkara yang menarik dalam memilih templet adalah jenis tulisan yang sesuai akan diberikan dan juga tulisan berikut juga telah ditetapkan pergerakan yang bersesuaian. Setelah memilih templet yang bersesuaian, tulisan tersebut boleh di sunting dengan menukar perkataan yang bersesuaian dengan kehendak yang dikehendaki. Selain dari itu juga jenis tulisan serta saiz juga boleh ditukar mengikut kesesuaian yang diigini. Setelah berpuas hati, video yang disunting boleh di eksport seperti biasa.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 28 KESAN TRANSISI Penggunaan transisi atau Transition dapat membantu dalam menghasilkan proses peralihan yang lancar di antara dua klip audio ataupun video. Transisi video sering digunakan untuk menandakan perubahan waktu dan tempat yang terdapat dalam adegan penggambaran. Penggunaan kesan transisi dalam audio dapat membantu dan merupakan salah satu cara yang berguna untuk mengelakkan pendengar daripada gangguan bunyi yang melibatkan perbezaan atau pertukaran bunyi yang mendadak. Adobe Premiere Pro menawarkan beberapa kesan khas dan tetapan animasi bagi membantu penyunting untuk menggabungkan klip-klip video di dalam Timeline. Contoh transisi seperti dissolves, page wipes, dips to color, dan sebagainya —merupakan satu cara untuk melancarkan pertukaran satu babak ke babak berikutnya. Transisi seringkali digunakan untuk menarik perhatian penonton bagi menonjolkan ‘major jump’ dalam sesuatu cerita. Menambah transisi dalam sesuatu projek suntingan adalah suatu seni dan mudah untuk diaplikasikan. Penyunting hanya perlu drag transisi yang penyunting inginkan dan letakkan samada di permulaan klip, akhir klip atau diantara dua klip video. Disamping itu, anda juga bebas mengubah tetapan bagi transisi yang terdapat pada Timeline dan Panel Effect Control seperti durasi dan sebagainya. Kesan khas transisi video dan audio terdapat pada panel Effects. Panel Effects ini boleh didapati pada bahagian Menu > Window > Effect.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 29 Meletakkan transisi pada satu bahagian klip Transisi yang paling mudah untuk difahami ialah transisi yang diletakkan pada satu bahagian klip samada pada bahagian permulaan atau pengakhiran klip. Transisi klip akan menjadi pudar dari skrin berwarna hitam pada klip pertama atau fade kepada sebarang bentuk grafik animasi mengikut jenis transisi yang digunakan. 1. Cipta Projek baharu dengan nama Transitions. 2. Import beberapa klip yang ingin dicantum atau disunting ke dalam projek. 3. Tarik atau drag klip tersebut ke dalam Timeline. 4. Pada panel Effects, double klik Video Transitions atau klik pada simbol (>) yang terdapat pada sebelah kiri Video Transitions > Dissolve. Pilih kesan Cross Dissolve. 5. Tarik dan letakkan kesan Cross Dissolve pada bahagian permulaan video. 6. Sekali lagi, tarik dan letakkan kesan Cross Dissolve pada bahagian pengakhiran video klip.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 30 7. Ikon Dissolve menunjukkan masa atau durasi kesan yang digunakan. Sebagai contoh, kesan transisi yang anda letakkan pada klip terakhir yang terdapat dalam sequence akan dapat dilihat sebelum klip tersebut berakhir. 8. Memandangkan kesan transisi Cross Dissolve diletakkan pada penghujung klip yang terakhir, maka gambaran video akan berubah kepada latar belakang bagi Timeline (kebiasaannya berwarna hitam). 9. Klik pada butang Play atau tekan Enter (pada papan kekunci) untuk melihat hasilnya.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 31 Meletakkan transisi di antara dua klip video 1. Dengan menggunakan sequence yang sama iaitu Transitions, gerakkan play-head diantara klip pertama dan klip kedua pada Timeline. 2. Tekan simbol equal (=) sebanyak dua atau tiga kali untuk zoom in secara lebih dekat. Jika papan kekunci anda tidak mempunyai simbol =, gunakan slider control yang terdapat pada bahagian bawah Timeline. 3. Drag kesan transisi Dip to White yang terdapat dalam kumpulan Dissolve pada panel Effects kepada edit point yang terdapat pada klip 1 dan klip 2. Pastikan kesan transisi diletakkan betul-betul diantara dua klip tersebut, bukan pada penghujung klip pertama atau permulaan bagi klip kedua. 4. Drag kesan transisi Push dari kategori Slide diantara klip 2 dan klip 3. 5. Ubah kedudukan playhead pada Timeline di antara klip 2 dan klip 3 dengan menekan kekunci down arrow pada papan kekunci. Kekunci anak panah atas dan bawah merupakan shortcuts untuk menggerakkan playhead ke bahagian suntingan sebelum atau selepas. 6. Klik kesan transisi Push pada Timeline, buka panel Effect Control. 7. Tukar arah klip dari West to East kepada East to West dengan mengetik butang segitiga kecil yang terdapat pada thumbnail. Ini akan menukar arah dari mana klip berikutnya akan muncul. 8. Drag transisi Flip Over yang terdapat bawah 3D Motion diantara klip 3 and 4. 9. Mainkan sequence dari awal sehingga penghujung untuk melihat kepentingan penggunaan transisi dalam suntingan video.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 32 PENGADILAN WARNA Proses menghasilkan warna yang menarik adalah dengan membuat pengredan warna ke tahap yang lebih baik. Penggredan warna meningkatkan cerita anda dengan memanipulasi warna untuk mewujudkan nada atau mod baru atau untuk mencapai penampilan tertentu untuk menceritakan kisahnya. Warna dapat mempengaruhi kita secara emosi, psikologi dan fizikal. Penggredan warna dapat membuat perubahan drastik pada sesuatu rakaman. PENGENALAN KEPADA PEMBETULAN WARNA Pembetulan warna merujuk kepada proses dimana setiap klip rakaman diubah agar sesuai dengan penampilan yang konsisten dan mengikut tema sesuatu produk yang dihasilkan khasnya produk video. Itulah sebabnya pembetulan warna adalah penting, kerana video anda akan kelihatan seperti semua gambar pada masa yang sama. Pembetulan warna sebenarnya hanya proses pertama dalam aliran kerja penghasilan dan pengubah suai warna suapaya lebih menarik dan megikut genre sesebuah cerita. Pada dasarnya, membetulkan masalah gambar berdasarkan dengan keseimbangan warna, menjadikan warna putih kelihatan putih, warna hitam kelihatan hitam, dan memastikan semuanya sama. Tujuannya adalah untuk membaik pulih rakaman video dengan level yang akan menjadi gambaran yang tepat tentang bagaimana mata manusia melihatnya. Contohnya ialah semasa anda membuat penggambaran di luar sepanjang hari. Pada siang hari, kualiti matahari akan berubah, dan gambar video anda tidak akan sesuai. Itulah sebabnya pembetulan warna penting, kerana video akan kelihatan seperti semua gambar pada masa yang sama.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 33 Fikirkan panel Warna Lumetri sebagai alat kawalan jauh untuk kesan Warna Lumetri. Apa sahaja yang anda sesuaikan di panel mempengaruhi tetapan yang sesuai dalam kesan Warna Lumetri. Anda boleh melakukan penyesuaian yang sama di panel Effect Controls, tetapi kawalan pembetulan warna di panel Lumetri Colour jauh lebih mudah disesuaikan, dan selalu tersedia di tempat yang sama. PEMBETULAN WARNA DI DALAM ADOBE PREMIERE TUTORIAL PEMBETULAN WARNA Cara panel Lumetri Pro Premiere berfungsi untuk pembetulan warna Mari kita mulakan dengan gambaran keseluruhan Lumetri Color Panel itu sendiri. Sekiranya anda telah melakukan pembetulan warna dengan Lumetri sebentar dan mengetahui bagaimana kawalan berfungsi, anda mungkin ingin melangkau terus ke beberapa bahagian lain, yang dipautkan di atas. Panel Warna Lumetri Adalah Alat Kawalan Jauh
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 34 Klik menu diatas kepada Mod Color Satu paparan antara muka akan terhasil di dalam Mod color. Disitu anda dapat melihat Lumetri Color. Terdapat senarai White Balance, dan tone. Dari situ terdapat senarai pilihan bagi membuat pengubahsuian warna gambar mengikut kesesuaian kehendak sendiri.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 35 PEMBETULAN ASAS PENYELARASAN WHITE BALANCE Pemilihan White balance dapat membantu memperbaiki White balance dalam klip. Klik dan kemudian pilih kawasan dalam gambar yang sepatutnya berwarna putih. Ctrl / Cmd-klik untuk mengambil sampel rata-rata 5 × 5 piksel. Ini akan memberi anda gambaran warna yang jauh lebih baik, kerana akan selalu ada variasi kecil dalam nilai piksel kerana bunyi dan artifak mampatan yang dapat mempengaruhi keputusan pembetulan anda. Ctrl (Cmd) untuk menunjukkan bahawa ia akan mengambil sampel kawasan yang lebih besar. Pada beberapa klip, terutamanya apabila anda mempunyai kawasan yang jelas berwarna putih, ia akan berfungsi dengan baik. Dengan membuat penyelarasan pada White Balance, warna klip video akan bertukar mengikut mod yang telah dipilih.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 36 Contoh klik pada temperature dan laraskan kepada negatif bagi hasilkan ton warna yang kebiruan supaya klip video nampak semulajadi. Penyelarasan Tone Video klip yang telah dilaraskan Video klip asal Pilih salah satu pembetulan warna iaitu dengan klik kepada tulisan Tone. Satu paparan akan terlihat di paparan skrin iaitu senarai bagi kesan Tone. Dari Senarai tersebut Anda boleh membuat penyelaran mengikut kehendak anda sendiri
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 37 Contoh Video klip yang telah dilaraskan Video klip asal Bagi menghasilkan gambar video seperti kesan warna yang mod warna lembut. Penyelarasan boleh di lakukan seperti di paparan layar.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 38 BAHAGIAN KREATIF Pembetulan warna boleh juga dilakukan dengan penyelarasan warna secara kreatif dimana Adobe Premiere menyediakan satu bahagian kreatif seperti gambar di bawah. Penggunaan bahagian ini membolehkan warna diselaraskan dengan lebih mudah dan kreatif. Bahagian kreatif boleh dilakukan dengan warna yang diselaraskan dengan bahagian Shadow Tint dan Highlight Tint Contoh Bagi penetapan kreatif anda boleh membuat penyelarasan di bahagian bagi menghasilkan mod scene yang melibatkan emosi. Ini boleh digambarkan dengan penyelarasan ton warna seperti berikut.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 39 Video klip yang telah di laraskan Video klip asal
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 40 BAHAGIAN LENTINGAN Apabila anda tidak mempunyai permukaan kawalan, anda boleh melakukan sebahagian besar penyesuaiannya disini. Digabungkan dengan skop RGB Parade, RGB Curves adalah cara yang sangat efektif untuk melakukan pembetulan warna di dalam Adobe Premiere. Selain itu, Hue Saturation memberi anda pengendalian dengan bebas terhadap saturasi setiap warna, menjadikannya sangat cepat untuk menyesuaikan keadaan klip video bagi menghasilkan mod warna yang lebih sesuai dan mengikut keadaan video seperti suasana malam atau siang. Lentingan (Curves) Lentingan di dalam pembetulan warna dapat dihasilkan dengan mengubah kedudukan garisan RGB yang berwarna putih, merah, hijau dan biru seperti gambar di atas. Bagi menghasilkan mod warna bagi keadaan bagi slot malam atau siang ditambah dengan penggunaan cahaya, pembetulan cahaya juga boleh dibuat dengan laraskan garisan mengikut warna seperti di dalam kotak.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 41 Video klip yang telah dilaraskan Video klip asal Contoh Bagi selaraskan lentingan Anda perlu klik di atas garisan dan gerakkan garisan mengikut kesesuaian video klip. Hasil akan dipaparkan di layar. Penggunaan lentingan boleh dibuat mengikut warna dengan klik kepada kotak warna seperti gambar diatas.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 42 Lentingan ini juga mempunyai 5 jenis iaitu : Seperti kawalan lain di Lumetri, klik dua kali untuk menetapkan semula lekuk individu. Namun anda tidak dapat menetapkan semula semuanya dengan satu klik kerana tidak ada butang Reset. Terdapat butang Reset Parameter untuk RGB Curves, Hue Saturation Curves, dan keseluruhan bahagian Curves di panel Effect Controls. Penggunaan padanan warna juga adalah bagi persamaan warna kulit dengan persekitaran. Ini dapat dilihat apabila padanan warna di selaraskan dengan betul dan sama. Terdapat 3 kategori padanan warna iaitu Midtones, Shadows dan Highlights. BAHAGIAN RODA WARNA & PADANAN Bahagian ini mungkin akan menjadi yang paling biasa jika anda telah melakukan penilaian warna di NLE lain. Dengan pembetulan warna tiga arah, anda dapat menyesuaikan kecerahan, rona, dan ketepuan untuk bayangan, nada tengah, dan sorotan secara bebas. Di sinilah anda dapati ciri padanan Warna baru dan butang untuk menghidupkan dan mematikan Paparan Perbandingan. Semua penyesuaian dari ciri padanan warna dilakukan di bahagian ini. Bagi menyesuaikan bayangan, seret simbol tambah di tengah ke arah warna warna yang anda inginkan ataupun jauh dari warna yang ingin anda hapus. Untuk menjadikan bayang-bayang lebih gelap, seret simbol tambah ke bawah, dan seret ke atas agar bayang-bayang lebih ringan. Kawalan untuk nada tengah dan sorotan berfungsi dengan cara yang sama.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 43 Video Klip asal Video klip yang telah di laraskan
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 44 BAHAGIAN HSL PERTENGAHAN HSL Pertengahan biasanya digunakan setelah pembetulan warna asas selesai. Matlamat HSL Pertengahan adalah kawalan tepat pada warna tertentu, bukan keseluruhan gambar. Kawalan ke atas satu warna berguna, misalnya, apabila lengkung tepu warna keseluruhan mencapai hadnya. Lengkung kemudian diturunkan untuk memenuhi had selamat siaran. Senario khas lain termasuk meningkatkan warna tertentu dengan membuatnya menonjol dari latar belakang atau memasukkan jarak pencahayaan tertentu, seperti langit. Pengaturan kawalan dalam bahagian HSL membimbing anda melalui aliran kerja. Proses ini memerlukan menetapkan kunci, kemudian menyempurnakan kunci anda dan menerapkan pembetulan warna. Penggunaan HSL pertengahan amat penting dalam membuat tapisan warna bagi menghasilkan mod yang mengambarkan sesuatu perasaan dan emosi. Aturan penghasilan mod adalah dibuat dengan mengawal set warna dan di bahagian Correction dimana warna dipilih dan di setkan dia bahagian klip video supaya menjadi mod yang sekata.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 45 Video Klip asal Video klip yang telah dilaraskan
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 46 BAHAGIAN VIGNETTE Vignette adalah kesan yang menggelapkan tepi bingkai pada rakaman anda. Vignet dapat menarik perhatian penonton ke titik fokus, membangkitkan nostalgia, atau menawarkan latar belakang gelap di mana anda boleh meletakkan tajuk. Premiere Pro menawarkan beberapa alat untuk membuat sketsa yang sempurna untuk sebarang keperluan. Dalam tutorial ini, anda akan mempelajari pelbagai kaedah untuk membuat sketsa di Premiere Pro CC. Dapatkan penjelasan mengenai cara membuatnya dengan hanya menggunakan ciri sketsa, dan cari tahu bagaimana menyesuaikan bentuk, warna, dan rupa vignet anda agar sesuai dengan rakaman anda.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 47 Contoh Cara paling mudah untuk mencipta kesan ini adalah dengan menggunakan ciri Vignette di panel Lumetri Color. Tukar ke Ruang Kerja Warna dengan mengklik Warna di bar alat. Klik Vignette di panel Warna Lumetri. Laraskan slaid Amount, Midpoint, Roundness, dan Feather sehingga anda mencapai hasil terbaik untuk rakaman anda. Video Klip asal Video klip yang telah dilaraskan
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 48 SKRIN PEMISAH Apabila trend dalam video berubah, anda akan sering melihat banyak orang dan perniagaan menggunakan gaya yang serupa pada waktu ini. Anda telah melihat trend animasi papan putih, trend video abstrak yang pantas, dan tentu saja dalam jangka masa yang singkat setiap orang ingin menggunakannya. Salah satu gaya yang tetap popular adalah Skrin Pemisah. Bukan hanya ini kesan video yang sangat mudah, tetapi anda boleh membuat skrin pemisah dalam Adobe Premiere dan ia tidak begitu susah untuk dilakukan. Sama ada anda perlu membahagikan skrin anda menjadi dua, tiga, empat atau enam belas. Toturial ini akan menunjukkan kepada anda bukan sahaja cara membuat lapisan pemisah, tetapi juga cara menambahkan sempadan dan menghidupkan pandangan anda tentang penggunaan Skrin Pemisah boleh menhasilkan kesan kepada sesuatu klip video. CARA MEMBUAT SKRIN BERPISAH Apabila anda membuat skrin pemisah, anda hanya membahagikan ruang skrin sehingga banyak klip dapat dilihat pada masa yang sama. Sebilangan besar skrin pemisah memerlukan tahap pemotongan, dan anda boleh mengetahui semua tentang penggunaan kesan tanaman ini di sini. Dari menu di atas Klik di bahagian Effect untuk aktifkan antara muka Effects supaya mendapat paparan yang kita kehendaki
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 49 Dari menu klik Video Effects untuk keluarkan menu Transform Dua kali Klik pada Crop sehingga terhasil senarai Crop di sebelah kanan di dalam ruangan Video Effects.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 50 Laraskan crop mengikut kesesuaian contohnya crop di sebelah kiri layar supaya klip menjadi seperti gambar di bawah. Sesuaikan potongan, kedudukan, dan skala klip sehingga anda berpuas hati dengan penampilannya.