ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 51 Ulangi langkah-langkah ini dengan setiap klip mengikut urutan seperti gambar diatas. Anda mungkin perlu kembali mengulangi crop yang sama setiap klip dan menyesuaikan klip lain agar semuanya sesuai dengan kehendak anda. Perpecahan menegak dan mendatar juga boleh dihasilkan dengan membuat penyelarasan pada aturan Crop dari bawah ke atas
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 52 Aturan adalah seperti yang tertera dia atas di mana bahagian Top dan Buttom di selaraskan kepada 50 % atau lebih.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 53 Dari menu di atas Klik di bahagian Effect untuk aktifkan antara muka Effects supaya mendapat paparan yang kita kehendaki Dari menu klik Video Effects untuk keluarkan menu Transform CLONING Adakah anda pernah melihat filem atau video dan bertanya kepada diri sendiri, ‘bagaimana mereka melakukannya?’. Kesan visual digunakan di mana-mana sahaja, dari blockbusters Hollywood hinggalah iklan TV, dan sebagai penyunting, anda mungkin ingin mempunyai alat tersebut. Nasib baik, anda boleh membuat banyak kesan visual dalam kamera, dengan sedikit tipu daya penyuntingan. Di sini akan menunjukkan kepada anda salah satu visual yang sangat baik ini iaitu bagaimana mengklonkan diri anda di Premiere Pro.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 54 Klik dua kali pada Crop sehingga terhasil senarai Crop di sebelah kanan di dalam ruangan Video Effects.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 55 Masukkan 1 lagi klip dan Ulangi langkah-langkah ini dengan setiap klip mengikut urutan seperti gambar di atas. Anda mungkin perlu kembali mengulangi crop yang sama setiap klip dan menyesuaikan klip lain agar semuanya sesuai dengan kehendak anda. Disini terdapat 2 klip yang dimasukkan Effect Crop seperti gambar di atas. Klik Mask di bahagian Video Effect dan dengan menggunakan Pen tool buat satu ruang kotak seperti gambar di atas.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 56 Akhirnya satu gambaran klon terhasil dengan menggunakan 2 gambar yang sama.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 57 LOWER THIRD Lower third merupakan satu judul teks beserta grafik yang ditempatkan pada bahagian bawah skrin. Dalam produksi televisyen, lower third kebiasaannya diletakkan dalam kawasan selamat atau ‘title save area’ dimana kawasan ini adalah selamat daripada ‘cropping area’. Adobe Premiere Pro turut menyediakan banyak variasi lower third yang boleh dipilih oleh pengguna. Selain itu, pengguna juga boleh memasukkan lower third bergerak atau grafik yang dapat dimuat turun secara percuma atau berbayar daripada laman web tertentu seperti YouTube, Freepik, Envato Elements, Shutterstock dan sebagainya ke dalam perisian Adobe Premiere Pro. Bagi memasukkan lower third ke dalam video, 1. Klik pada bahagian Graphics yang terdapat pada panel Workspaces. 2. Kemudian, pada panel Essential Graphics klik pada folder Lower Thirds. 3. Pilih rekabentuk lower third yang dikehendaki, klik dan drag lower third tersebut ke dalam track video yang terdapat pada Timeline.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 58 3. Pilih rekabentuk lower third yang dikehendaki, klik dan drag lower third tersebut ke dalam track video yang terdapat pada Timeline. 4. Klik pada klip lower third yang terdapat di Timeline untuk mengaktifkan mod suntingan bagi lower third. 5. Selepas klip lower third tersebut diklik, panel Essential Graphics akan memaparkan tab Edit. 6. Pengguna boleh mengubah judul teks mengikut kesesuaian dengan menggunakan Text Tool. 7. Selain itu, pengguna juga boleh mengubah Intro Duration dan/atau Outro Duration untuk tujuan penetapan masa atau durasi yang diperlukan bagi memaparkan lower third. 8. Checkbox Roll yang terdapat pada tab Edit (Graphic Essentials) membolehkan text memiliki kesan khas seperti tajuk kredit. Start Offsreen bermaksud, lower third akan memasuki skrin dari luar skrin dimana pada permulaan lower third ini tidak akan kelihatan. End Offscreen pula bermaksud pengakhiran lower third juga akan berada di luar skrin. Cuba klik pada checkbox Start Offscreen dan End Offscreen ini dan mainkan video untuk melihat hasilnya. 9. Selain panel Essential Graphics, pengguna juga boleh mengubah jenis tulisan, warna, dan ciri lain bagi lower third pada panel Effect Controls.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 59 Memasukkan lower third berformat video Lower third dalam format video boleh didapati dari platform seperti YouTube. Pengguna perlulah memuat turun video lower third terlebih dahulu sebelum diimport masuk ke dalam Adobe Premiere. Lower third boleh dicari dengan menggunakan carian perkataan seperti lower third template, lower third green screen dan lain-lain perkataan yang bersesuaian. 1. Import video lower third yang telah dimuat turun ke dalam Project dengan cara menekan CTRL + I pada papan kekunci atau klik menu Fail > Import… 2. Pilih fail video yang diperlukan, klik Open
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 60 3. Drag video lower third green screen ke dalam Timeline. Pastikan video dimasukkan pada bahagian track yang paling atas. 4. Right click pada track video lower third green screen dan klik pada Unlink bagi memisahkan track audio dan video. 5. Padam track audio A2 dengan menekan butang Delete pada papan kekunci. 6. Dengan menggunakan Razor Tool (C) asingkan klip video lower third green screen kepada beberapa sub clip dan padamkan bahagian yang tidak diingini. 7. Masuk ke bahagian Effects Workspaces dan ubah saiz paparan dan kedudukan bagi video lower third green screen mengikut kesesuaian. 8. Pada panel Effects, masukkan kata carian ‘Ultra Key’ dalam kotak carian. 9. Drag Effect Ultra Key ke dalam track video lower third green screen. 10. Ultra Key Effects akan muncul dalam ruangan panel Effect Controls.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 61 11. Pada panel Effect Controls, klik pada ikon eyedropper dan arahkan eyedropper pada green screen yang terdapat pada Program Monitor. Klik pada warna hijau tersebut dan secara automatik, green screen akan hilang daripada paparan skrin.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 62 12. Seterusnya pengguna boleh memasukkan teks yang bersesuaian dengan menggunakan Text Tool (T) pada bahagian Graphics Workspaces. 13. Jenis, saiz, stail dan ciri-ciri lain bagi tulisan yang dimasukkan boleh diubah dalam panel Effect Controls. 14. Pengguna boleh memainkan video dengan menekan butang Play atau menekan Enter pada papan kekunci untuk melihat hasilnya.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 63 RUJUKAN Hakim, P. (2020, December 3). √ memahami fungsi tampilan atau workspace adobe premiere pro. Ogasite. Retrieved September 15, 2021, from https://ogasite.com/memahami-tampilan-adobe-premiere-pro/. Jago, M. (2018). Adobe Premiere Pro Cc 2018 release. Adobe Press. Lri. (2019, October 15). Basic interface - editing workspace Adobe Premier Pro CC 2018. adobe premiere tutorial. Retrieved September 18, 2021, from https://indopremiere.blogspot.com/2019/10/basic-interface-editingworkspace-adobe.html. MasterClass. (2021, June 16). Color correction vs. color grading: What’s the difference? MasterClass. Retrieved September 18, 2021, from https://www.masterclass.com/articles/color-correcting-vs-color-grading#what-iscolor-correcting. Video transitions effects & examples. Biteable. (2020, July 27). Retrieved September 25, 2021, from https:// biteable.com/blog/video-transitions-effects-examples/. Wikimedia Foundation. (2021, July 3). Lower Third. Wikipedia. Retrieved September 28, 2021, from https:// en.wikipedia.org/wiki/Lower_third.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 64 MENGENAI PENGARANG Nazirul Aiman Bin Md Hassan merupakan Ketua Program bagi Program Diploma Pengajian Video dan Filem di Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Memulakan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Media (Penyiaran) pada tahun 2006- 2009 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah Darulaman. Selepas tamat belajar, beliau memulakan karier pertamanya di sebuah Syarikat Animasi yang terletak di Shah Alam iaitu Les’ Copaque Production Sdn. Bhd sebagai Kompositor bagi siri Animasi Upin dan Ipin serta Penulis Skrip bagi siri Animasi Pada Zaman Dahulu. Kemudiannya beliau mendapat tawaran ke Politeknik Muadzam Shah, Pahang menjadi pensyarah dalam bidang rekabentuk grafik. Pada tahun 2016 beliau telah berpindah ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin sebagai Pensyarah dalam bidang Pengajian Video dan Filem dan kemudiannya dilantik menjadi Ketua Program bagi bidang berkenaan. Mohd Hakimi Raseli adalah pereka grafik dan Pensyarah di JRKV, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Pengalaman hampir 13 tahun dalam mengajar Rekaan Grafik, animasi, Lukisan Digital, dan ilustrasi. Dia memulakan kerjayanya dalam bidang Pengiklanan dan Reka Bentuk Grafik dari tahun 2002 - 2006. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Lukis dan Seni Reka (Grafik) di UiTM Melaka. Fotografi adalah bidang sampingan yang diminati. Bersemangat dan banyak terlibat dalam sumbangan bagi reka bentuk Grafik sepanjang perkhidmatannya di politeknik. Terdapat tiga tanggapan terhadap reka bentuk - Ya, Tidak dan Wow. Wow adalah yang utama! Nor Radhiah Binti Borhan merupakan seorang Pensyarah yang berkhidmat hampir tujuh tahun di Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Memulakan pengajian dalam program Diploma Pengaturcaraan (Teknologi Maklumat) dari tahun 2006 sehingga 2009 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah seterusnya melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Multimedia dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 2009 - 2012. Setelah itu, beliau memulakan kariers sebagai Eksekutif Teknologi Maklumat di salah sebuah kilang farmaseutikal iaitu Ranbaxy (M) Sdn. Bhd. Meminati bidang suntingan, beliau sering diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek seperti Editing and Compositing, Motion Graphic, dan Sound Design.
ASAS SUNTINGAN VIDEO jabatan rekabentuk dan komunikasi visual 65