The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tuzzahrah, 2026-01-06 03:41:49

RUMAH BAITUL RAHMAH

RUMAH BAITUL RAHMAH

Gambar 1 | Pandangan dari sudut Baitul Rahmah


NIZAM BIN ARIFFIN149440MUHAMMAD FAHMI BIN ABD HAMID149577ARMAN SAFIAN BIN ABDULLAH149932 NUR ATIQAH AISYAHBINTI ZAKARIA149578WAN MUHAMMAD ADIB IRFAN BIN WAN HASHIM149466ASYRAF DARWISY BIN ZAKARIA149592


Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa segala dokumentasi mengenai bangunan kajian Lukisan Terukur di dalam laporan ini telah disediakan oleh sekumpulan pelajar terbabit. Laporan ini disediakan untuk kursus RAL 371 Lukisan Terukur sebagai memenuhi syarat kursus Ijazah Seni Bina USM-KPM (PPD), Semester 5 di Politeknik Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Disediakan oleh : …………………………………(Arman Safian Bin Abdullah)…………………………………(Asyraf Darwisy Bin Zakaria)…………………………………(Nizam Bin Ariffin)………………………………………(Nur Atiqah Aisyah Binti Zakaria)…………………………………………(Muhamad Fahmi Bin Abd Hamid)…………………………………(Wan Muhammad Adib Irfan Bin Wan Hashim)Bachelor of Science (Hons) in ArchitectureTarikh: 25/12/2021USM-KPM (PPD)


Malaysia mempunyai banyak bangunan bersejarah yang menjadi kebanggaan masyarakat setempat. Pentingnya memelihara bangunan peninggalan sejarah ini adalah kerana di situ letaknya identiti negara kita. Kajian menunjukkan bahawa setiap reka bentuk, teknik pembinaan, bahan binaan dan seni ukiran melambangkan keaslian sesebuah bangunan. Terdapat pelbagai jenis bangunan yang ada dinegara kita. Antaranya ialah bangunan komersial, kediaman, keagamaan, perubatan, kerajaan dan banyak lagi. Uniknya Malaysia dalam sejarah pembentukannya adalah kerana kepelbagai bukan sahaja dari segi bangsa dan budaya tetapi juga identiti seni bina yang mempunyai variasi dalam rekabentuk bangunan warisan secara turun-temurun. Seperti rumah tradisional yang menjadi kajian kumpulan kami ini sangat penting kepada kita kerana ia menjadi bukti sejarah di samping ianya harus dikekalkan untuk generasi akan datang supaya mereka dapat menghayati tinggalan sejarah ini meskipun ianya telah lama. Rumah tradisional ini juga berpotensi untuk menjadi sumber pendidikan dan penyelidikan yang baik bagi para pelajar amnya dan khasnya, para penyelidik diluar sana. Menerusi tugasan Lukisan Terukur ini, kami dapat mengkaji sebuah rumah tradisional yang memiliki ciri-ciri seni bina warisan Malaysia terutamanya seni bina Negeri Sembilan yang meliputi pelbagai aspek rekabentuk di mana aspek-aspek tersebut di ambil kira dari segi konsep, fungsi, struktur, bahan binaan dan pengaruh gaya senireka yang diterapkan ke dalam rumah tradisional tersebut.


Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dengan penuh kesabaran dan usaha yang gigih, kami sekumpulan dapatmenyiapkan tugasan bagi kursus RAL 371 Lukisan Terukur ini dengan jayanya. Umumnya, kursus ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi mempraktikkan kerja-kerja dalam bidang seni bina namun, ia juga turut menjadi salah satu syarat yang perlu dilaksanakan bagi penganugerah Bachelor of Science (Hons) Architecture (HBP). di Kampung Gadong, Daerah Rembau, Negeri Sembilan.Terlebih dahulu ucapan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah kami bagi sesi 2021/2022 iaitu Puan Siti Fatimah Tuzzahrah Binti Hj. Abd Latif yang telah banyak membimbing kami dan memberikan sokongan penuh serta memberi panduan kepada kami dalam melengkapkan proses pembelajaran kursus ini supaya tidak tersasar jauh daripada matlamat utama yang mahu dicapai dalam kursus ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pemilik dan penjaga rumah ini iaitu, Encik Huzaifah dan Encik Siddiqkerana sudi meluangkan masa memberi sumbangan, penerangan serta kerjasama kepada kami daripada peringkat awal pemilihan rumahdan sepanjang kerja-kerja pengukuran serta kajian tentang rumah yang telah menjadi seni warisan pada era ini. Tidak dilupakan juga sokongan yang tidak pernah putus daripada kedua ibu bapa kami dan juga kepada semua ahli kumpulan yang telah banyak memberi kerjasama dan bertungkus lumus menyumbang tenaga, komitmen dan kewangan sepanjang tempoh menyiapkan kajian Lukisan Terukurini. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dalam menjayakan dan menyempurnakan kajian ini.Sesungguhnya banyak pengalaman yang telah kami perolehi sepanjang menjalankan kajian kursus ini. Semoga pengalaman dan pengajaran tersebut akan dapat kami gunakan pada masa hadapan bagi memantapkan kefahaman mental dan fizikal di dalam kerjaya.


Sejarah Negeri Sembilan Negeri Beradat | Sejarah Luak | Adat Perpatih | Konsep Adat & Kemasyarakatan | Sejarah Kompleks Warisan Lanjung Pengenalan Kajian Lukisan Terukur | Objektif Kajian | Metodologi Kajian Rumah Tradisional Negeri Sembilan | Baitul Rahmah | Ruang & Fungsi | Elemen & Struktur | Ornamentasi & HiasanKesimpulan | Rujukan | Lukisan Kerja 1 123168


Lukisan Terukur memberi gambaran dan pengetahuan mengenai senibina warisan dari kepelbagaian bangsa dan budaya yang wujud di negara kita. Oleh itu, penekanan dalam pembelajaran diberikan terhadap kerja-kerja amali seperti mengukur, merekod dan mendokumentasi sebuah binaan dalam bentuk lukisan terukur. Di samping itu, ia memerlukan satu dokumentasi binaan kajian berbentuk penulisan dan lukisan dengan bantuan komputer. Projek kajian lukisan terukur ini dijalankan sepanjang semester di mana pelajar telahdiberikan tugasan berkumpulan untuk mengukur dan mendokumentasikan bangunan warisan serta menterjemahkan data yang terkumpulke dalam satu set lukisan terukur dan satu laporan kajian yang merupakan hasil daripada kursus ini. Sekumpulan pelajar perlu mencari bangunan tertentu yang telah ditetapkan kriterianya oleh pensyarah. Di samping itu, bukan kerja yang melibatkan pengukuran sahaja yang perlu dijalankan sewaktu berada di tapak, malahan penyelidikan terperinci seperti mendapatkan maklumat sejarah dan latar belakang bangunan kajian sertakefahaman tentang falsafah seni bina bangunan kajian juga perlu diperolehi melalui sesi temubual dengan beberapa individu yang pakar tentang seni bina warisan Negeri Sembilan khususnya pada bangunan ini.setelah selesai kerja mengukur di tapak juga perlu dilakukan bagi melengkapkan proses mengumpul semua data penting mengenai bangunan kajian yang dilakukan.Gambar 2 | Ahli kumpulan sedang membuat lakaran dan mengukur di tapak.


• Mengkaji sejarah bangunan kajian dalam konteks seni bina, sosial, ekonomi, budaya, agama dan persekitaran.• Mengkaji konsep rekabentuk termasuk pengaruh seni bina, perancangan dan fungsi serta susun atur ruang bangunan kajian.• Mengkaji perubahan atau evolusi yang berlaku pada bangunan kajian.• Mendalami teknik mengukur serta membuat catatan lengkap bagi tujuan merekodkan maklumat diperoleh di tapak kajian.• Menghasilkan satu dokumentasi bangunan kajian dalam bentuk laporan dan satu set lukisan terukur termasuklah lukisan terperinci.• Memahami kepentingan pemeliharaan bangunan sejarah atau bangunan warisan yang ditinggalkan masyarakat sebelum kita.Gambar 3 | Ahli kumpulan sedang memastikan ukuran yang diambil tepat.


Bagi melengkapkan proses dokumentasi bangunan Baitul Rahmah ini beberapa kaedah yang telah digunakan untuk pengumpulan data dan maklumat iaitu pemilihan bangunan kajian berdasarkan kriteria yang ditetapkan, tinjauan literatur tentang sejarah dan latar belakang kawasan kajian meliputi adat budaya masuarakat serta pemahaman awal tentang seni bina rumah tradisional melayu Negeri Sembilan, kerja-kerja pengukuran, temubual dengan waris-waris pemilik bangunan,temu bual pakar-pakar seni bina dan analisa dapatan.Prosedur KajianMaklumat berkenaan bangunan dan kawasan sekitar kajian dikumpulkan dan direkodkan untuk dijadikan satu set laporan lengkap. Ahli kumpulan yang terlibat perlu mengutip maklumat-maklumat penting seperti latarbelakang bangunan, sejarah penubuhan, budaya, adat dan juga seni bina Baitul Rahmah Kompleks Warisan Rahmatul Mardiah ini. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lengkap. Antaranya ialah menemubual penduduk kampung yang tinggal sekitar kawasan kajian, mencari info dari laman sesawang dan seterusnya merekod maklumat yang diperoleh itu sama ada di dalam buku lakaran mahupun video.


PEMILIHAN BANGUNAN KAJIAN Setelah diberikan penerangan mengenai tugasan Lukisan Terukur ini oleh pensyarah, maka, bermulalah pencarian rumah tradisional bagi kumpulankami di sekitar Negeri Sembilan ini. Pada awalnya kami cuba meninjau rumah warisan di kawasan Kuala Linggi serta sekitar Rembau untuk dijadikan kajian. Pencarian diteliti lagi dengan merujuk beberapa aspek dan ciri-ciri yang perlu ada pada rumah tersebut iaitu sejarah tersendiri dan warisan seni bina untuk dijadikan kajian Lukisan Terukur. Rumah warisan di kawasan Kuala Linggi tidak menjadi pilihan dalam kajian Lukisan Terukur ini memandangkan tidak banyak elemen seni bina mahupun sejarah yang terdapat padanya untuk dijadikan kajian.Sungguhpun begitu, terdapat beberapa bangunan yang turut menjadi pilihan sebelum Baitul Rahmah di Kompleks Warisan Rahmatul Mardiah iaitu Rumah Warisan berwarna merah yang terletak bersebelahan dengan tapak kajiankami dan Rumah Penghulu Bakar yang terletak tidak jauh dari tapak kajian. Walaubagaimanapun, tempoh kerja tapak yang dijalankan di tapak kajian adalah selama tiga hari iaitu bermula dari tarikh 19 hingga 21 januari 2021. Ketua kumpulan kami telah membuat pembahagian tugas bagi memudahkan urusan di tapak kajian kami. Oleh itu, setiap ahli memainkan peranan masingmasing dan wajib memberi sepenuh komitmen dalam melaksanakan tugas tersebut. Gambar 4 | Pencarian rumah di kawasan sekitar Kampung Gadong.


Gambar 5 | Semua ahli kumpulan bergambar pada sudut pandangan hadapan Baitul Rahmah. Dari kiri, Darwisy, Nizam, Arman, Adib, Atiqah dan Fahmi.


Sepanjang di tapak kajian, setiap ahli kumpulan terlibat secara tidak langsung dengan kerja pengukuran bermula daripada sebesar-besar tiang sehinggalah ke setiap inci bahagian dalam dan luar Baitul Rahmah ini. Cara gerak kerja sebegini tidaklah mengelirukan mana-mana pihak,sebaliknya amat digalakkan kerana bukan sahaja cepat tetapi juga memberi pengalaman kepada semua ahli kumpulan. Pembahagian tugas sebelum dan selepas lawatan ke tapak penting bagi memupuk kerjasama antara ahli.ARMAN SAFIAN BIN ABDULLAH| KETUA KUMPULANLukisan Teknikal“Selaku ketua kumpulan, Arman mengemudi ahli kumpulannya dengan baik. Dia juga bertanggungjawab membahagikan tugas mengikut kesesuaian ahli kumpulanmasing-masing. Dia turut menguruskan penginapan sepanjang 3 hari 2 malam lawatan ke tapak. Tugasnya setelah lawatan ke tapak ialah menghasilkan lukisan kerja dalam perisian AutoCAD mengikut lakaran yang telah dibuat sewaktu di tapak.”ASYRAF DARWISY BIN ZAKARIA| AHLI KUMPULANLukisan Teknikal“Darwisy antara ahli yang terlibat dalam kerjapenekapan pada bahagian kerawang di tapak kajian. Di samping itu, tugas utamanya adalah membantu Arman serta ahli lain dalam penghasilan lukisan kerja selainmemindahkan ornamentasi; kerawang yang ditekap itu ke dalam perisian AutoCAD.”NIZAM BIN ARIFFIN | AHLI KUMPULAN3D“Selain mengambil ukuran yang betul pada setiap tiang dan struktur yang terdapat pada Baitul Rahmah, Nizam bertanggungjawab membuat lukisan 3D Model dalam perisian SketchUp meliputi setiap sudut Baitul Rahmah berpandukan ukuran yang telah diambil. Di samping itu, dia juga turut membantu ahli yang laindalam penghasilan lukisan kerja ”


NUR ATIQAH AISYAH BINTI ZAKARIA| AHLI KUMPULANLaporan“Atiqah terlibat secara tidak langsung dalam kerja pengukuran di tapak dengan membantu Arman dan Nizam mencatit ukuran setiap tiang dan juga struktur bumbung. Dia turut melakar gambar tiang dan struktur tersebut. Di samping itu, tugas utamanya adalah menulis laporan berbentuk coffee table book mengenai Baitul Rahmah.”. MUHAMMAD FAHMI BIN ABD.HAMID| AHLI KUMPULANLukisan Teknikal“Lakaran bagi elemen dan struktur Baitul Rahmah ini merupakan tugas utama Fahmi. Dia turut terlibat mengambil ukuran ornamentasi yang terdapat dalam rumah ini. Selain itu, dia juga memindahkan lakaran yang dibuat secara kasar ke dalam perisian AutoCad dan membantu Arman serta ahli lain dalam penghasilan lukisan kerja.”WAN MUHAMMAD ADIB IRFAN BIN. WAN HASHIM| AHLI KUMPULANGambar & Video“Tugas Adib di tapak adalah mengambil gambar setiap sudut pandangan Baitul Rahmah ini termasuklah secara close up bagi memfokuskan dengan lebih terperinci semua elemen dan ornamentasi yang ada pada rumah ini. Adib juga bertanggungjawab merakamkan video sepanjang lawatan tapak ini dijalankan sekaligus merumuskan dapatan kajian melalui video.


Kerja Pengukuran & Teknik PenekapanTerdapat pelbagai kaedah dan teknik yang diaplikasikan untuk mendapat ukuran yang tepat. Di dalam kajian ini kaedah yang digunakan adalah menggunakan pita pengukur dan peranti pengukur digital laser. Peralatan ini sering digunakan terutamanya untuk mengukur kawasan lantai, dinding, struktur tiang dan kawasan yang tinggi. Bagi siling dan bumbung, peranti pengukur yang digunakan ialah digital laser. Selain itu, bahagian dinding yang tidak bersudut 90 darjah pada setiap bucu, pembaris sudut boleh laras digunakan untuk mengukur sudut diantara penyambung dinding. Pelan lantai telah dilakar untuk mendapatkan garisan grid bagi memudahkan lakaran tampak dan keratan masjid tersebut. Satu-satunya bahagian yang perlu ditekap pada bangunan kajian adalah kerawang kerana teknik ini lebih mudah dan cepat berbanding melukisnya semula. Medium yang digunakan untuk teknik penekapan ini ialah arang dan juga butterpaper. Butterpaper akan dilekatkan pada kerawang dan menekapnya menggunakan arang.Temu BualKaedah temu bual dilakukan untuk mengumpul dan mengesahkan maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian semasa menjalankan kajian. Temu bual melibatkan waris keluarga serta penduduk kampung yang mempunyai kaitan dengan sejarah Baitul Rahmah. Antara individu yang ditemu bual adalah Datin Ramziah binti Arshad, yang merupakan pemilik rumah yang juga tuan tanah serta Encik Huzaifah dan Encik Siddiq yang merupakan penjaga rumah ini.Gambar 6 | Kerja pengukuran di tapak. Gambar 7 | Temu bual santai bersama penduduk berdekatan.


Merekod Gambar dan VideoSegala temu bual bersama penduduk kampung direkodkan dalam video supaya maklumat yang diperoleh lebih tepat dan boleh menjadi rujukan sekiranya tercicir maklumat sewaktu temu bual sedang dijalankan. Video temu bual ini juga merupakan bukti kajian yang perlu disimpan.Penghasilan LukisanUkuran yang telah diambil, direkodkan terlebih dahulu di dalam buku lakaran sebelum dilukis di atas butterpaper dan seterusnya akan didrafkan ke dalam AutoCAD bagi memastikan semua bahagian struktur bangunan telah diambil ukuran. Setelah lawatan kajian tamat, ketua kumpulan membahagikan tugasan seperti yang dijadualkan supaya kami semua dapat bekerjasama menyiapkan dokumentasi dengan lengkap. Setiap kali sesi semakan, pelan lukisan yang dibuat oleh kami akan dibincang dan didrafkan jika terdapat kesalahan dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah pelan lukisan itu menepati kehendak yang digariskan oleh Lukisan Terukur. Set lukisan ini akan disiapkan sebelum tarikh penghantaran.Gambar 9 | Ukiran didrafkan ke dalam perisian AutoCAD. Gambar 8 | Ketua kumpulan melukis dalam perisian AutoCAD.Gambar 10 | Ahli kumpulan menaikkan 3D struktur tiang dalam SketchUp.


Kajian LiteraturSelain kaedah seperti yang telah dinyatakan di atas, maklumat daripada laman sesawang media massa, journal, majalah dan buku turut digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan berkenaan subjek kajian selain sebagai kajian awalan bagi tujuan pemahaman awal kepada pengkaji untuk memahami seni bina serta adat dan budaya masyarakat Negeri Sembilan khususnya di daerah Rembau.Analisa DapatanHasil daripada kajian yang telah dilakukan, kami sekumpulan mencapai objektif Lukisan Terukur ini dengan mengikuti segala prosedur kajian seperti di atas. Semua maklumat berkaitan yang dikumpulkan menjadi rujukan bagi kami mengenalpasti seni bina yang ada pada rumah warisan ini dengan merujuk pada individu yang lebih pakar dalam hal ini. Baitul Rahmah merupakan Rumah Negeri Sembilan Berserambi Satu dan Beranjung yang mana ia juga antara variasi reka bentuk rumah tradisional yang ada di daerah rembau itu sendiri.


Rajah 1 | Peta Negeri Sembilan. Negeri Sembilan merupakan antara negeri di Malaysia yang mana lokasinya terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Negeri yang cukup terkenal dengan Adat Perpatih ini bersempadankan Selangor di utara, Pahang di sebelah timur, Johor di sebelah tenggara dan Melaka di sebelah selatan ibu negerinya, Seremban. Negeri ini adalah kelima yang terkecil keluasannya di dalam Malaysia serta di Semenanjung Negeri Sembilan yang memiliki kependudukan ketiga terkecil di Malaysia. Dalam pada itu, Negeri Sembilan turut memiliki bandar diraja yang terletak di dalam daerah Kuala Pilah di tengah negeri iaitu Seri Menanti. Masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dikatakan berasal daripada persemendaan masyarakat melayu asli Negeri Sembilan dan perantau daripada negeri Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia sejak abad ke-14 lagi.


Pada abad ke-16, nama Negeri Sembilan mula digunapakai bagi merujuk kepada negeri-negeri yang dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang telah menjadi sebahagian Johor, Naning yang telah menjadi sebahagian Melaka serta Rembau, Sungei Ujong. Johol, Jelebu dan Jelai yang merupakan sebahagian besar Negeri Sembilan. Selain itu, NegeriSembilan kini agak kecil jika dibandingkan dengan yang asalnya terdahulu.Pembentukan Negeri Sembilan itu sendiri berteraskan kewujudan ‘sembilan buah negeri’ di dalam lingkungannya. Negeri tersebut merupakan luak yang terbentuk daripada sistem pentadbiran tradisional yang bertunjangkan Adat Perpatih. Negeri Sembilan pada peringkat awal penubuhannya tidak mempunyai sempadan kawasan yang jelas meskipun mempunyai sistem adat yang serupa. Pada sekitar abad ke-18, catatan sejarah menunjukkan Negeri Sembilan terdiri daripada luak Segamat, Inas, Gunung Pasir, Terachi, Ulu Muar, Jempol, Jelebu, Rembau dan Sungei Ujong. Sri Menanti pula merupakan ‘wilayah lingkungan adat’ yang dianugerahkan rakyat kepada Raja Melewar yang berpindah dari Rembau setelah baginda berkahwin dengan Cik Puan Seri, iaitu anak kepada Penghulu Naam. (Mohd Zain Bin Yacoob et Al. 2009)Namun begitu, penduduk Inggeris di Negeri Sembilan telah mengubah landskap pentadbiran dan juga persempadanan kawasan di mana mereka telah memperkenalkan sistem persempadanan moden yang dipanggil daerah dan di antara daerah ini juga terdapat daerah yang kedudukannya bertindan dengan luak seperti Jelebu dan Jempol. Di bawah pemerintahan Inggeris, Negeri Sembilan telah dibahagikan kepada tujuh (7) daerah utama iaitu daerah Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol, Tampin dan Port Dickson. Sistem persempadanan moden telah memperkenalkan pentadbiran cara barat yang meliputi kebajikan sosial masyarakat ketenteraman dan keselamatan, sistem pendidikan juga melancar dan melicinkan urusan pemilikan tanah bagi masyarakat di Negeri Sembilan.


Luhak atau disebut Luak merupakan Bahasa Minangkabau yang bermaksud jajahan atau daerah. Luak dianggap sebuah negeri yang diterajui oleh Undang dan Penghulu Luak di mana ia mempunyai hak dalam menentukan pentadbirannya sendiri sertamemutuskan samada untuk bersendirian atau bernaung bersamanegeri-negeri yang memiliki Sultan. ‘Tanah Mengandung’ menjadi wilayah di bawah kekuasaan Seri Menanti.yang mana Ulu Muar, Jempol, Terachi Gunung Pasir dan Inas merupakan antara 5 luak yang termasuk dalam Luak Tanah Mengandung. Manakala, selebihnya lagi iaitu Sungei Ujong, Jelebu, Rembau dan Johol merupakan luak dalam pembentukan kerajaan Negeri Sembilanyang termaktub dalam perlembagaan negeri sebagai Undang Yang Empat atau Luak Berundang bagi 4 luak tersebut. Gelaran Undang Yang Empat ini terdiri daripada:-o Datuk Kelana Putera - Undang Luak Sungai Ujong; o Datuk Lela Maharaja - Undang Luak Rembau; o Datuk Mendika Menteri Akhirul Zaman - Undang Luak Jelebu; o Datuk Johan Lela Perkasa Sitiawan - Undang Luak Johol.Rajah 2 | Daerah-daerah Adat di Negeri Sembilan.


WILAYAH LUAK BERUNDANG•Sungei Ujong•Jelebu•Johol •RembauWILAYAH LUAK TANAH MENGANDUNG•Ulu Muar•Jempol•Teraci•Gunong Pasir•InasWILAYAH LUAK BERADAT•Air Kuning•Gemencheh•LinggiWILAYAH LUAK TAMPINKeempat-empatnya luak utama ini ada persangkutannya dengan 4 buah luak Tanah Mengandung ini kerana ia merupakan serambi iaitu tempat persinggahan bagi Datuk Undang sebelum ke Seri Menanti.o Serambi Sungai Ujong ialah Terachi o Serambi Jelebu ialah Jempol o Serambi Johol ialah Ulu Muar o Serambi Rembau ialah Gunong Pasir.Berdasarkan sistem politik tradisi wilayah adat perpatih, Negeri Sembilan terbahagi kepada empatwilayah, iaitu Wilayah Luak Berundang, Wilayah Luak Tanah Mengandung, Wilayah Luak Beradatdan Wilayah Tampin.Rajah 3 | Wilayah di Negeri Sembilan. (Sumber Laman Sesawang Seri Menanti)


Gambar 11 | YTM Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip Bin Haji Othman -Undang Luak Rembau ke-11. (Sumber Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan) “Undang Luak Rembau seperti raja yang memerintah khususnya dalam adat istiadat Melayu, tanah pusaka adat dan ketua agama Islam…”Luak RembauTerdapat pelbagai pendapat oleh para pengkaji sejarah mengenai kedatangan orang Minangkabau ke Rembau yang rata-ratanya membuat kesimpulan penghijraan mereka berlaku sekitar kurun 12 dan kurun 13. Namun, penghijrahan tersebut adalah secara berperingkat dalam kumpulan kecil. “…menunjukkan bahawa Rembau ialah sebuah jajahan yang diperintah oleh Orang Besar- Orang Besar (Bendahara) Melaka juga dengan Kundur sebagai pusat pentadbiran Luaknya…” Kesimpulan yang dibuat oleh Abas Hj. Ali berkaitan dengan sejarah Rembau.Menurut pengkaji sejarah lagi, sistem pelantikan Undang masih belum wujud ketika awal pembukaan Rembau. Sungguhpun begitu, ia merupakan daerah dibawah naungan kerajaan Melayu Melaka dan penduduk asli Rembau dipimpin oleh ketua puak mereka yang bergelar Batin. Walaubagaimanapun, keunikan dan keistimewaan Negeri Sembilan berbanding negeri lain di Malaysia ialah kewujudan institusi Undang iaitu ketua kepada Luak atau unit kawasan pentadbiran dari segi adat di dalam sistem pentadbiran negeri. Bagi Luak Rembau, kepimpinan tertinggi ialah Dato’ Undang yang bergelar Dato’ Sedia Di Raja atau Dato’ Lela Maharaja. Umumnya, Institusi Adat di Rembau dan Jelebu tidaklah jauh beza kerana kedua-duanya mempunyai institusi Lembaga Tiang Balai yang terdiri daripada 8 orang Dato’ Lembaga atau Lembaga Yang Delapan.Lembaga ini terdiri daripada dua wilayah iaitu Daerah Baroh dan Daerah Darat. Proses pemilihan calon Undang Rembau dimulakan dengan mesyuarat di antara Buapak-buapak daripada 8 buah kampung yang diduduki oleh Perut Lela Maharaja dan Perut Sedia Raja. Mesyuarat akan diketuai oleh Dato’ Perba iaitu Dato’ Lembaga Waris Biduanda. Dato’ Perba akan bermesyuarat dengan Orang Besar Undang Berempat yang terdiri daripada Dato’ Shahbandar, Dato’ Mangku Bumi, Dato’ Menteri Lela Perkasa dan Dato’ Raja Di Raja. Sistem pemilihan Undang di Luak Rembau akan melibatkan pemilihan dan pengesahan di antara Baroh dan Darat. Sebagai contoh, sekiranya Di Baroh telah membuat pilihan dan nama calon tersebut akan diberitahu kepada waris-waris Di Darat untuk mengesahkannya.


Negeri Sembilan terdiri daripada dua jenis Adat utama iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung (Ketumangungan) di mana sebilangan lagi mengamalkan cebisan adat yang bercampur-aduk. Namun, terdapat juga di antara mereka yang tidak mempraktikkan sebarang adat di atas faktor-faktor tertentu. “Sekitar abad ke-12, para perantau yang mula meneroka wilayah ini telah membawa masuk Adat Perpatih dan diterimapakai di Negeri Sembilan…”Dasar Adat Perpatih yang berperanan menjuraikan keturunan berdasarkan sistem nasab ibu (matrilineal) masih kekal terjaga meskipun adat yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat pedalaman Negeri Sembilan ini telah melalui beberapa proses pengubahsuaian. Adat Perpatih Negeri Sembilan merupakan variasi adat Alam Minangkabau. Dalam aspek kehidupan, Adat Perpatih berperanan dalam memelihara kehidupan masyarakat tempatan melalui prinsip kerukunan hidup termasuklah konsep dan amalan budi, undang-undang, perlembagaan, kuasa adat, kepentingan hartanah, kekeluargaan, alam semula jadi dan sebagainyaRajah 4 | Hierarki Pemimpin Adat Perpatih Negeri Sembilan(Sumber portal rasmi kerajaan Negeri Sembilan.


Rajah 5 | Struktur Kekeluargaan dalam Adat Perpatih (Sumber Buku Negeri Sembilan : Dahulu dan Sekarang – Struktur Suku di Rembau –Ibrahim Abdullah, 1990)STRUKTUR KEKELUARGAAN DALAM ADAT PERPATIH LUAK REMBAU(keluarga sedarah nasab ibu serta semua keturunan melalui kaum perempuan)EGOAnda


Rajah 6 | Struktur Suku Biduanda Waris - Baruh di Rembau (Sumber Buku Negeri Sembilan : Dahulu dan Sekarang – Struktur Suku di Rembau –Ibrahim Abdullah, 1990)STRUKTUR SUKU DI REMBAU: SUKU BIDUANDAWARIS - BARUH


Secara ringkasnya, Adat Perpatih merupakan peraturan hidup kemasyarakatan berteraskan kelompok - kelompok kekeluargaan.Peraturan tersebut meliputi semua aspek termasuklah politik, ekonomi, undang-undang dan organisasi sosial. Nadzan Haron (1997) menyatakan bahawa cara berkomunikasi dan tanggungjawab antara satu sama lain juga turut ditetapkan. Masyarakat Melayu di Ulu Gadong yang mengamalkan Adat Perpatih ini terbahagi kepada beberapa perut yang berada dibawah Waris Jakun Lela Maharaja (bagi perut 1 sehingga perut 4) serta Waris Jawa Sedia Raja (bagi perut 5 sehingga perut 8).PerutAdat Perut merupakan sosio-politik terkecil dalam sesuatu suku yang setiap anggotanya berasal dari keturunan perempuan (moyang) yang sama. Anggotanya berasal dari keluarga sedarah nisab ibu serta beberapa anggota lain yang telah berkadim. iaitu proses memperolehi saudara disertai oleh harta pusaka iaitu tanah dan rumah dan bersaksikan lembaga, buapak, ibu soko dan anak angkatnya,Gambar 12 | (Dari kiri) Ibu Soko Rusnawati, Normah Abu, Normaintan, Noraini dan Maimun adalah ketua dalam kumpulan mereka dan dipandang tinggi mengikut tradisi Adat Perpatih. (Sumber The Star. Foto: AZLINA ABDULLAH)


Berkadim dianggap tidak sempurna sekiranya perkara tersebut tidak ada. Hal ini demikian kerana berkadim turut melibatkan tanggungjawab anak angkat yang berkadim itu sendiri di samping hati yang ikhlas sertakejujuran di antara pihak yang memberi dan menerima Kebiasaanya, individu dalam perut mempunyai hubungan yang sangat rapatdisebabkan oleh kewujudan rasa persaudaraan dan semangat\"kekitaan' Ketua bagi setiap perut digelar sebagai Buapak yang bertanggungjawab untuk menjaga maruah anggota-anggota perutnya serta menguruskan acara keramaian seperti perkahwinan berkadim dan perwarisan harta. SukuSuku iaitu satu unit kekeluargaan yang lebih besar dibentuk oleh beberapa perut. Meskipun agak jauh susur galur, anggota suku percaya bahawa mereka berasal dari satu keturunan yang sama. Anggota perempuan menganggap semua lelaki dalam sukunya sebagaikeluarga, serta begitulah sebaliknya. Anggapan sedemikian telah mewujudkan satu peraturan eksogami iaitu larangan berkahwin sesama perut, sungguhpun begitu, perkahwinan antara dua carak iaitu Carak Lela Maharaja dan Carak Sedia Raja dibenarkan dan sangatdigalakkan.Bagi kaum wanita yang terlibat, mereka dilarang mewarisi tanah pusaka, manakala bagi si lelaki pula tidak lagi layak menyandang mana-mana jawatan pegawai adat. Sebenarnya terdapat 12 suku saja dalam Adat Perpatih iaitu:-1. Suku Biduanda2. Suku Batu Hampar3. Suku Paya Kumbuh4. Suku Mungkal5. Suku Tiga Nenek6. Suku Seri Melenggang7. Suku Seri Lemak8. Suku Batu Belang9. Suku Tanah Datar10. Suku Anak Acheh11. Suku Anak Melaka12. Suku Tiga Batu


Suku BiduandaSuku Biduanda merupakan suku adat bagi Luak Rembau. Menurutsejarah, Orang Asli suku kaum Jakun tinggal bersama mereka dalam tempoh masa yang agak lama selepas menerima kedatangan orang Sumatera dan orang Asli Jakun turut memeluk agama Islam. Asal usul nama Biduanda diberi oleh kaum perantau iaitu Orang Sumatera yang membawa maksud saudara baru Islam. Justeru, terdapat perkaitan antara gelaran yang diberi dengan perlantikan Penghulu Rembau yang pertama iaitu Si Rama yang juga cucu kepada ketua Orang Asli di Rembau sewaktu itu, Batin Sekudai. Norhalim (1995) menyatakan bahawa rentetan berlaku kepesatan oleh pertambahan penduduk di Rembau, sekitar 1530-an, Datuk Leteh telah menyaran supaya Rembau melantik seorang pemimpin dan juga mewujudkan sistem pemerintahan tersendiri meskipun waktu itu kerajaan Johor mengambil alih Rembau.Maka, Si Rama dilantik menjadi Penghulu setelah Datuk Leteh dan Datuk Lela Balang serta penduduk Rembau telah sebulat suara dan bersetuju. Melalui perlantikan tersebut, mereka menyimpan Hasrat agar Si Rama menjadi lambang negeri Rembau sewaktu itu dan pada masa akan datang. “Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar di Negeri Sembilan, suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang…”Gambar 13 | Orang Asli Biduanda (Foto C.B.Kloss )


Kompleks Warisan Rahmatul Mardiah terletak di Kampung Tanjung Tanah Datar, Mukim Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan. Kompleks ini merupakan kawasan bersejarah yang diusahakan oleh Yayasan TAAT iaitu satu pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan sebagai wadah pengendalian sumbangan serta pengurusan dana bagi tujuan amal jariah berdasarkan kaedah praktis terbaik dan beretika.Yayasan TAAT ini juga ditubuhkan bagi memperingati arwah Haji Abu Bakar dan Hajjah Lanjung dari Kampung Gadong, Rembau, Negeri Sembilan, iaitu nenda kepada pengasas bersama Yayasan TAAT, Datin Hjh Ramzia bt Hj Arshad, isteri kepada Tunku Dato’ ZainolAlhaj bin Tunku Izham Alhaj. Melalui kerja amal Yayasan, yakni segala usaha yang dijalankan ini ibarat kesinambungan jasa baik mereka kepada masyarakat, yang kini dilaksanakan oleh keturunan mereka. Yayasan TAAT sedang merangka kerjasama Pusat Pengajian Ar-Rifaie yang diwakili oleh pengasasnya sendiri iaitu Al Fadhil Ustaz Hafiz untuk menghidupkan kawasan bersejarah ini Kembali bagi tujuan pengajian dan pendidikan tahfiz. Gambar 14 | Keadaan rumah pusaka kini (2021) yang dijadikan Baitul Mardiah.


Gambar 15 | Pelan Tapak Kompleks Warisan Rahmatul Mardiah. Dari kiri, Baitul Mardiah, Baitul Rahmah dan dibelakangnya Asrama Tahfiz Yayasan TAAT dan dipenjuru jalan, Surau Hj Sulong (Sumber laman rasmi Facebook Kompleks Warisan Rahmahtul Mardiah )


Keseluruhan kompleks bersejarah ini merangkumi 2 buah rumah pusaka iaitu Baitul Mardiah dan Baitul Rahmah serta sebuah surau lama di selekoh jalan iaitu Surau Batu Rembau atau Surau Hj Sulong (sempena nama Undang Rembau yang ke 17) yang dibina sekitar tahun 1917. Kini, surau tersebut dijadikan sebagai pusat pengajian Al Quran dan fardhu ain tambahan kepada Pusat Pengajian sedia ada dengan persetujuan yang telah dicapai bersama waris yang bertanggungjawab. Pusat tahfiz yang baru yang diberi nama Baitul Rahmatul Mardiah.Gambar 16 | Surau Batu Rembau terkini. (Sumber laman rasmi Facebook Surau Batu Rembau)


Di penjuru laman rumah warisan Baitul Rahmah, terdapat sebuah perigi atau telaga lama yang menghadap Surau Batu Rembau. Telaga ini berfungsi sebagai sumber air penduduk di kawasan kampung ini sewaktu ketiadaan air suatu ketika dahulu. Hasil temu bual bersama Encik Siddiq, telaga ini masih mempunyai air dan rasanya agak manis.Gambar 17 | Keadaan Surau Batu Rembau sebelum dan selepas dibaik pulih oleh Muzium Negara pada Ogos 2005. (Sumber laman rasmi Facebook Surau Batu Rembau)SEBELUMSELEPASGambar 18 | Telaga lama di laman Baitul Rahmah.


Dijual tidak dimakan beli Digadai tidak dimakan sandarHUKUM HARTA PUSAKA DALAM ADAT PERPATIHAdat Perpatih mempunyai 4 jenis harta iaitu Harta Pusaka, Harta Pembawa, Harta Dapatan dan Harta Carian.Harta PusakaHarta ini adalah hak perempuan atau dipanggil “waris pusaka”. Tanpa harta pusaka seseorang perempuan itu dianggap “anak dagang”. Pada dasarnya harta pusaka ialah harta kepunyaan sesuatu suku atau perut yang diwarisi secara turun temurun kepada keturunan perempuan. Perempuan yang mewarisi harta ini hanya mempunyai hak pakai. Dia boleh memindahkan hak pakai ini kepada orang lain tetapi tidak boleh menukar nama. Kuasa hak pakai dalam Adat Perpatih dikenali sebagai “gegenggam nan beruntuk” yang bermaksud diberikan kepada pemegang tertentu. Kaedah mewarisi harta pusaka diperturunkan daripada seorang ibu kepada anak-anak perempuannya. Jika tiada anak perempuan, keluarga perempuan (anak saudara) yang dekat atau yang sekedim sekali. Jika tiada waris sekedim atau sesuatu suku sudah punah dan harta tersebut tidak dapat diturunkan kepada sesiapa lalu dikatakan sebagai “pusaka bergantung”. Anak atau waris lelaki boleh menyembahkan kepada Undang untuk dilelong. Keutamaan lelongan kepada anggota suku itu sendiri sebelum kepada orang ramai. Hasil lelongan akan diberikan kepada anak-anak lelaki si mati, atau aband, atau bapa saudaranya mengikut keadaan. Harta pusaka tidak boleh dijual, tidak boleh digadai. Harta pusaka tidak diwariskan kepada kaum lelaki tetapi mereka boleh mengambil bendabenda peribadi milik ayahnya (peralatan yang tidak digunakan oleh kaum perempuan) dan diistilahkan sebagao “cenderong mata” (kenang-kenangan). Anak lelaki berhak kepada hasil tanah pusaka seperti hasil tanaman sendiri atau tanaman yang diusahakan oleh ibu bapanya dahulu.Rajah 7 | Pewarisan Tanah Adat Perpatih(Sumber Ruziati Mustafa - Rumah Melayu Minangkabau di Rembau : Satu Kajian tentang Struktur, Fungsi dan Seni Ukur, 1991)Tanah Adat IbuAnak Perempuan 1 Anak Perempuan 2Cucu Perempuan 1Cucu Perempuan 2CucuSaudaraPerempuan PEWARISAN TANAH ADAT PERPATIH


Harta PembawaHarta ini milik kaum lelaki dan mempunyai 3 kategori seperti harta carian bujang iaitu harta carian hasil titik peluh lelaki itu sekiranya lelaki tersebut meninggal dunia, harta carian itu jatuh ke tangan saudara perempuannya. Selain itu, harta yang dihadiahkan oleh ibu bapa si lelaki sekiranya dia meninggal dunia dan jika telah berkahwin, harta itu balik semula kepada warisnya. Seterusnya, hadiah dari keluarga kepada lelaki berkenaan selepas berkahwin. Ia mestilah diberitahu waktu berkahwin dan apabila mati permohonan untuk pemulangannya mesti dibuat pada kenduri “meratus hari”. Di waktu itu juga si suami dijemput balik ke tempat asal oleh keluarganya. Tanpa isteri, dia tidak punya hak lagi tinggal di tanah isterinya.Harta DapatanHarta ini khususnya diwarisi oleh kaum perempuan semasa dia berkahwin. Dalam harta ini termasuk juga tiga jenis harta lain iaitu harta carian titik peluh perempuan waktu anak dara, waktu janda dan bahagian yang diperolehinya waktu bercerai. Apabila si perempuan meninggal dunia, harta dapatan ini diwariskan kepada anak perempuannya.Harta CarianHarta ini adalah harta carian (sempecarian) suami isteri. Prinsip pembahagian harta carian ialah kedua-dua harta pembawa dan harta dapatan mesti dimaklumkan kepada Dato’ Lembaga semasa kedua-dua suami isteri membuat perjanjian semasa berkahwin. Tujuan pemakluman tersebut adalah untuk mengelakkan sebarang masalah ketika pembahagian harta-harta tersebut. Harta pembawa biasanya daripada dua sumber iaitu sama ada diperolehi semasa lelaki tersebut masih bujang atau harta yang diberi oleh ibu bapanya. Harta dapatan pula ialah harta yang diberikan daripada ibu bapa kepada anak perempuan mereka.Perkahwinan100% Harta Suami (Sebelum Berkahwin)Faraid 2/3 (Anak Lelaki)PEWARISAN HARTA BAWAAN100% Harta Isteri (Sebelum Berkahwin)Faraid 1/3 (Anak Perempuan)Faraid 1/3 (Anak Perempuan)Faraid 2/3 (Anak Lelaki)Pindah Status Harta BawaanPerkahwinan50% Harta Suami (Sebelum Berkahwin)Faraid 2/3 (Anak Lelaki)PEWARISAN HARTA CARIAN50% Harta Isteri (Sebelum Berkahwin)Faraid 1/3 (Anak Perempuan)Faraid 1/3 (Anak Perempuan)Faraid 2/3 (Anak Lelaki)Pindah Status Harta BawaanRajah 8 | Pewarisan Harta Bawaan dan Perwarisan Harta Carian(Sumber Ruziati Mustafa - Rumah Melayu Minangkabau di Rembau: Satu Kajian tentang Struktur, Fungsi dan Seni Ukur, 1991)


HAJJAH WAN LANJUNGHAJI ABU BAKARRAHMAH HAJI ARSHADDATIN HAJAH RAMZIAHDATO’ ZAINOL ALHAJRajah 5 | Susur galur sejarah pemilikan rumah warisan Baitul Rahmah.Sejarah pemilikan bagi rumah warisan Baitul Rahmah ini bermula dengan perkahwinan Hajjah Wan Lanjung dan Haji Abu Bakar. Mereka dikurniakan beberapa orang cahaya mata termasuklah Rahmah yang kemudiannya berkahwin pula dengan Haji Arshad. Rumah warisan ini diwariskan kepada Rahmah oleh ibu bapanya mengikut Adat Perpatih. Oleh sebab itu, rumah warisan ini diberi nama Baitul Rahmah. Pewaris sah kini ialah Datin Hajah Ramzia Bt Haji Arshad iaitu cucu kepada Haji Abu Bakar dan Hajjah Wan Lanjung. Beliau adalah pewaris yang terlibat dalam mengusahakan Kompleks Warisan Rahmatul Mardiah termasuk rumah pusaka Baitul Rahmah ini. Suami beliau, Tunku Dato’ Zainol Alhaj bin Tunku Izham Alhaj merupakan pengasas Yayasan TAAT di mana Datin sendiri menjadi pengasas bersama.Gambar 19 | Gambar kenangan keluarga Hj Abu Bakar (di tengah barisan hadapan) berlatarbelakangkan Baitul Mardiah yang ketika itu berusia hampir satu abad. (Sumber laman rasmi Facebook Surau Batu Rembau)Gambar 20 | Datin Hajah Ramzia (tiga dari kanan) berlatarbelakangkan Baitul Rahmah ketika berlangsung Majlis Ilmu, Doa Selamat dan Tahlil Bersama Yayasan Taat dan Pusat Pengajian Islaim Ar-Rifaei. (Sumber laman rasmi Facebook Komleks Warisan Rahmatul Mardiah)


Sejarah, budaya, agama, adat, status merupakan antara faktor yang berkemungkinan mempengaruhi rumah warisan Negeri Sembilan ini. LAr. DR. Noor Hayati Ismail (Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina USIM) ketika berbicara dalam sesi majlis ilmu secara maya bersama Muzium Negeri Sembilan mengenai Seni Bina Rumah Tradisi Luak Rembau ada menyatakan bahawa rumah di Negeri Sembilan mempunyai beberapa reka bentuk mengikut tiang, serambi dan sebagainya termasuklah tipologirumah itu sendiri. Melalui kajian yang dilakukan beliau, Daerah Rembau sahaja mempunyai kira-kira 69 tipologi rumah yang terlihat hampir sama namun, jika dilihat secara terperinci terdapat beberapa perbezaan pada setiap satunya. Dalam pada itu, kebanyakan orang berpendapat bahawa rumah Minangkabau dan rumah warisan Negeri Sembilan adalah rumah yang sama. Isu kekeliruan yang timbul ini berkait dengan pelbagai istilah, tafsiran. pandangan dan kefahaman yang perlu diperbetulkan. Hal ini dibuktikan dengan perbezaan ketara pada bumbung rumah Minangkabauyang mempunyai lentikkan yang sempurna tajamnya berbanding rumah Negeri Sembilan yang hanya mempunyai sedikit lentikkan dihujungnya.Gambar 21 | Rumah Gadang iaitu rumah adat Minangkabau di Kampung Pandai Sikek di Sumatra Barat (Sumber dari wikipedia)Gambar 22 | Rumah Tradisional Melayu Negeri Sembilan (Sumber arkib negera)


Pengaruh dan budaya masyarakat setempat yang muncul dari pelbagai unsur ini telah menyebabkan wujudnya kepelbagaian dalam reka bentuk dan tipologi ini. Justeru, seiring dengan gaya hidup masyarakatnya, setiap struktur binaan yang terhasil mempunyai nilai dan falsafahnya yang tersendiri.Menurut Zulkifli Hanafi (1985), nama bagi rumah-rumah tradisional Melayu kebiasaannya diberi mengikut seni bina bentuk elemenelemen yang terdapat pada bumbung dan tiang. Rumah Negeri Sembilan atau lebih dikenali sebagai Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan pada awal sejarahnya dipanggil rumah Minangkabau Negeri Sembilan (Raja Nafida, 2007). Jadi, tidak hairanlah mengapa timbul kekeliruan mengenai perbezaan reka bentuk rumah antara kedua-duanya. Oleh itu, secara keseluruhannya Negeri Sembilan boleh dianggap mempamerkan reka bentuk bumbung panjang yang melentik sedikit bersifat Minangkabau. Sistem Orientasi Rumah Tradisional Kebanyakan perletakkan rumah tradisional Negeri Sembilan dipengaruhi oleh 2 elemen iaitu sungai dan juga tanaman sawah padi. Di Rembau, masyarakat Minangkabaumelakukan aktiviti penanaman padi di atas tanah rata dan membina rumah berhampiran dengan tebing sungai. Secara tidak langsung, sungai dan tanaman padi menjadi elemen fizikal dalam sistem orientasi rumah tradisional negeri sembilan. (Abdul, 2017)Kedudukan sungai menjadi panduan bagi pembinaan rumah tradisional Negeri Sembilan di daerah Rembau di mana ia dibina selari dengan aliran sungai iaitu ruang hujung serambi dan bilik berada pada kedudukan hulu sungaimanakala pula ruang pangkal serambi berada padakedudukan ke hilir sungai(Idrus, 1996). Bentuk muka bumi Rembau merupakan lembah landai yang disempadani Banjaran Titiwangsa dari sebelah utara ke timur jelas mempengaruhi pembinaan rumah tradisional Negeri Sembilan.


Rumah Negeri Sembilan Tidak BeranjungRumah Negeri Sembilan Berserambi SatuRumah Negeri Sembilan Berserambi Satu dan BeranjungVARIASI REKA BENTUK RUMAH TRADISIONAL DAERAH REMBAUREKA BENTUK RUMAH TRADISIONAL NEGERI SEMBILANREMBAURumah Negeri Sembilan Berserambi DuaRumah Negeri Sembilan Berserambi Dua Dan Beranjung*Sumber LAr. DR. Noor Hayati Ismail (Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina USIM) - Seni Bina Rumah Tradisi Luak Rembau


Rumah pusaka yang kini diberi nama Baitul Rahmah menjadi salah satu bangunan bersejarah di Kompleks Warisan Rahmatul Mardiah ini. Melihatkan perubahan warna pada kayu dan keadaan keseluruhannya, tidak mengejutkan apabila diberitahu usia rumah pusaka ini sudah mencecah 104 tahun. Sungguhpun begitu, keutuhan rumah pusaka yang mempunyai seni bina Negeri Sembilan agak mengagumkan. Lebih-lebih lagi struktur rumah ini serta ornamentasi yang terdapat di dalamnya. Tambahan pula, usia rumah pusaka ini selari dengan penubuhan Surau Batu Rembau iaitu sekitar tahun 1917. Dari kaca mata seni bina, meskipun Baitul Rahmah dikategorikan sebagai rumah tradisional Negeri Sembilan kerana ciri-ciri yang ada padanya, namun, rumah ini agak berbeza dengan rumah tradisional Negeri Sembilan yang lain dari aspekruang dalaman. “…yang membezakan rumah-rumah tersebut adalah saiznya, faktor kedaerahan dan faktor ekonomi yang mempengaruhi teknik binaan dan ragam-hiasnya…” Sumber KALAM, UTM.Gambar 23 | Rumah warisan Baitul Rahmah dari pintu masuk kompleks Warisan Rahmatul Mardiah.


Rajah 9 | Pelan kunci dan pelan lokasi Baitul Rahmah. Rajah 10 | Pandangan; hadapan, belakang, kanan dan kiri Baitul Rahmah.Berdasarkan pengamatan, ciri-ciri yang ada pada reka bentuk rumah Baitul Rahmah hampir menyamai salah satu variasi rumah tradisional daerah Rembau iaitu Rumah Negeri Sembilan Berserambi Satu dan Beranjung. Evolusi yang berlaku terhadap rumah tradisional Negeri Sembilan dapat dikenal pasti pada bumbung yang bergonjong atau reka bentuk bumbung panjang yang lentikkannya bervariasi. Evolusi inilah yang melambangkan keunikan masyarakat adat pepatih yang diamalkan oleh orang-orang Negeri Sembilan itu sendiri.


RUMAH IBUSERAMBIBILIKTIDUR LOTENGSusun atur ruang merupakan antara fokus yang paling penting bagi membezakan seni bina rumah tradisionalsesebuah negeri itu. Dalam konteks seni bina yang lebih terperinci, konsep ruang sering kali dikaitkan dengan cara pembahagian ruang atau spatial elementyang memberikan identiti sekaligus melambangkanfungsi bagi setiap ruang dalam sesuatu bangunan itu. “Seni bina Melayu tradisi merupakan bangunan yang dibina hasil daripada cara hidup masyarakat Melayu yang nilai dan pegangan mereka adalah di sekitar kaum keluarga, adat, agama dan masyarakat seluruhnya.” - Ikmal Hisyam al-Bakri (1981)Bagi masyarakat di Rembau, sudah semestinya mempunyai ciri-ciri rumah tradisional Negeri Sembilan termasuklah rumah warisan Baitul Rahmah ini. Terdapat beberapa bahagian ruang dalam rumah ini iaitu ruang serambi, rumah ibu, bilik tidur dan loteng. Keunikan yang terdapat pada rumah ini ialah ia tidak mempunyai selang dan juga bahagian dapur seperti rumah tradisional Negeri Sembilan yang lain.SERAMBI LOTENG RUMAH IBU BILIK TIDURvvRajah 12 | Gambaran 3D ruangan rumah ibu, bilik tidur dan loteng.Rajah 11 | Pelan lukisan yang menunjukkan ruang dalam rumah.vHUJUNG SERAMBIPANGKAL SERAMBI


Ruang SerambiMenurut Idrus (1996), dalam seni bina rumah Melayu, serambi asalnya adalah suatu ruang yang terbuka dan bersifat luas serta memanjang di mana kedudukannya terletak paling hadapan. Masyarakat Melayu dahulunya mengklasifikasikan ruangan ini sebagai ruang kepelbagaian fungsi walau pada dasarnya menjadi penyambut tetamu selain menjadi ruang makan, tempat beristirehat dan juga beribadat. Serambi memainkan peranan yang penting bagi masyarakat yang mempunyai pegangan teguh terhadap amalan adat kerana disinilah biasanya adat istiadat dilaksanakan. Apabila menyentuh mengenai adat ini, lebih-lebih lagi di Negeri Sembilan, serambi agak unik kerana konsep publik-persendiriannya bergantung kepada aktiviti yang berlaku ketika itu. Sebagai contoh, serambi menjadi ruang formal sewaktu acara adat sedang berlangsung dan juga bertukar menjadi tidak formal bagi aktiviti harian penghuni rumah tersebut. Oleh itu, ruangan serambi lazimnya dihiasi dengan pelbagai ukiran kerawang.Ruang serambi dalam Baitul Rahmah ini menjadi suatu tarikan utama pada keseluruhan ruangan rumah warisan ini dengankeluasan kira-kira 42.8meter persegi dan merupakan bahagianyang paling besar dalam rumah ini. Perbezaan ketara dapat dilihat adalah keseluruhan ruangan serambi berbentuk L yang agak unik jika dibandingkan dengan rumah negeri Sembilan lain.Rajah 13 | Pelan lantai rumah tradisional Negeri Sembilan.RUMAH DAPURSELANGRUMAH IBUTANGGA KE LOTENGBILIKSERAMBITANGGAHUJUNG SERAMBIPANGKAL SERAMBI“Pangkal untuk orang adat, hujung untuk orang syarak dan penghulu”Menurut Raja Nafida (2007),reka bentuk rumah Negeri Sembilan adalah berdasarkan ruang serambi yang mana serambi berdekatan tangga dipanggil serambi pangkal dan serambi berjauhan dengan tangga dipanggil serambi hujung. Prinsip reka bentuk berdasarkan fungsi ini ditonjolkan melalui reka bentuk pelan lantai, tingkap dan gerbang pada rumah itu. Budaya dan aktiviti semasa penghuninya menjadi faktor reka bentuk pelan lantainya. (KA Kosman, NLN Ibrahim, 2007)


Gambar 24 | Ruang serambi Baitul Rahmah.Menurut LAr. Dr. Noor Hayati Ismail, fungsi bagi serambi hujung dan serambi pangkal juga berbeza. Malah, terdapat satu kajian yang mengatakan perbezaan serambi itu sendiri bergantung kepada status dan jawatan penghuninya. Berbeza dengan serambi rumah Negeri Sembilan yang biasanya digunakan untuk perletakkan pelamin ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung memandangkan fungsi serambi lebih cenderung kepada ruang umum. Serambi begitu sinonim dengan adat Perpatih di mana ruangan serambi pangkal akan dipasang dengan kain tabir lelangit bagi menghormati kehadiran buapak sewaktu rundingan dan perbincangan. Serambi hujung pula biasanya mempunyai ketinggian melebihi serambi tengahdan serambi pangkal yang menunjukkanketinggiannya dari segi hierarki berbanding kawasan lain. (Nor, 2016)“Serambi pangkal dianggap suci oleh kerana kedudukannya seperti kedudukan hilir sungai iaitu permulaan sumber air yang masih suci dan murni dan tidak tercemar…”


Rumah IbuPada dasarnya, rumah ibu dalam seni bina Negeri Sembilan merupakan ruang atau bahagian kedua setelah melepasi ruang serambi. Rumah ibu Baitul Rahmah ini mempunyai keluasan kira-kira 27 kaki persegi. Di dalamnya, terdapat sebuah bilik dan tangga yang menghala ke loteng atau dikenali sebagai peran. Justeru, rumah ibu berperanan menjadi penyambung antara ruang serambi dan bilik tidur. Gambar 24 menunjukkan rumah ibu dari ruang serambi yang ditinggikan dengan selapis kayu bersaiz dalam lingkungan 120mm dari tinggi ruang serambi. Secara keseluruhan, rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi berbanding ruang yang lain. Seperti rumah tradisional Negeri Sembilan yang lain, rumah ibu Baitul Rahmah ini juga bersifat privasi namun, tiada terdapat pula penyambungan ke rumah dapur melalui pintu yang menghala ke selang meskipun terdapat pintu di bahagian belakang rumah ibu. Selang dalam rumah tradisional Negeri Sembilan merupakan ruang bersembang dan juga laluan masuk bagi kaum wanita. Rajah 14 | Gambaran 3D rumah ibu, loteng dan bilik dari ruangan serambi.Namun begitu, dalam sesetengah situasi, ada ibu bapa yang bertolak-ansur memberi ruang kepada anak mereka yang baru berkahwin untuk duduk di rumah ibu. Fungsi lain bagi rumah ibu ini ialah ia juga digunakan apabila penghuninya sakit. Rumah ibu juga mempunyai lantai yang jarang. Pentingannya penggunaan lantai jarang di rumah tradisional Melayu umumnya kerana ia memudahkan aktiviti penghuni rumah. Antara kegunaannya termasuklah menjadi tempat mandi bagi orang yang sakit atau uzur kerana dahulunya bilik air di luar rumah selain tempat memandikan jenazah ahli rumah dan tempat bagi perempuan bersalin. Bagi aktiviti harian lain seperti menyapu, ia digunakan untuk mengeluarkan sampah atau habuk rumah.RUMAH IBUSERAMBIBILIKTIDURLOTENG


Gambar 25 | Loteng Baitul Rahmah.Bilik Tidur Ruangan ini bersaiz 9.3meter persegi dan berada di bahagian sebelah kanan rumah ibu. Ruang bilik merupakan ruang persendirian kerana fungsinya itu sendiri bagi memberikan privasi kepada penghuni rumah.LotengBahagian teratas rumah Baitul Rahmah ini hanya berkeluasan 9meter persegi. Loteng terbina dengan mengambil lebihan ketinggian dan tingkat atap dalam struktur rumah ini. Loteng menjadi ruang tidur bagi anak-anak gadis dan juga tempat untuk menyimpan barang-barang. Dari segi adatPerpatih yang mengutamakan wanita, fungsi loteng ini menunjukkan bagaimana wanita dijaga dengan begitu baik. Dari sisi agama Islam yang mengangkat martabat wanita itu sendiri, mereka diberi perhatian dan penjagaan yang cukup istimewa dan hal ini ada kaitannya juga dengan ikhtilat antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim khususnya.


Click to View FlipBook Version