The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tuzzahrah, 2026-01-06 03:41:49

RUMAH BAITUL RAHMAH

RUMAH BAITUL RAHMAH

Rajah 15 | Gambaran 3D struktur tiang rumah.Rumah Baitul Rahmah ini dibina di atas 22 batang tiang yang menggunakan kayu keras jenis cengal. Difahamkan bahawa penggunaan bahan binaan struktur tiang rumah pada ketika itu lebih menumpukan kawasan yang berdekatan sahaja. Ukuran tiang kebanyakannya antara 120mm hingga 145mm. Tiang yang berada dikeliling rumah ini dihubungkan dengan tembok setinggi 350mm dari tanah. Tiang Dalam pada itu, tiang membentuk satu tipologi berbeza bagi faktor status yang berkemungkinan mempengaruhi rumah warisan Negeri Sembilan ini. Jika diteliti dari segi bilangan tiang yang terdapat pada sesebuah rumah, ia memberi makna yang berbeza. Ia berpanggung serta dikaitkan dengan 9. 12, dan 16 tiang berlantai tinggi dari tanah. Bagi rumah tradisional yang dibina di atas tiang yang mempunyai bilangan antara 16 ke 24, kebiasaanya terdiri rumah dari kalangan orang yang berpangkat tinggi dan keluarga yang berada. Rajah 16 | Reka bentuk rumah tradisional mengikut tiang tanpa serambi pangkal dan serambi hujung (Sumber Noor Hayati Ismail - Identiti Rumah tradisional Negeri Sembilan melalui Evolusi Rekabentuk, 2014)


mGambar 26 | Rasuk dan hiasan ukiran flora pada bahagian penutup tanggam gelegar lantai.Rajah 17 | Butiran bagi tiang rumah.Tiang-tiang yang terdapat di struktur rumah tradisional Negeri Sembilan terdiri daripada dua bentuk sahaja iaitu tiang empat segi dan tiang lapan segi atau disebut pecah lapan. Tiang empat segi biasanya menggunakan sistem dinding di luar tiang rumah ibu manakala tiang pecah lapan pula menggunakan sistem dinding kembi atau berpemidang. Dinding dipasang di kiri dan kanan tiang, oleh itu, tiangtiang rumah ibu boleh kelihatan dari luar. Ini sangat sesuai dengan bentuknya yang bersegi lapan supaya sanding tiang tidak terlalu timbul.Tiang Baitul Rahmah sehingga kini masih utuh walaupun tidak banyak perubahan yang berlaku kecuali pada penambahan struktur tapaknya yang dikuatkan lagi dengan lapisan simen supaya kekal utuh. Tapak tiang asalnya dibina dengan menggunakan batu yang kemudiannya dikuatkan lagi dengan tanah laterit dan dialas zink bagi mengelakkan anai-anai naik ke tiang. Gambar 27 | Tiang pecah lapan rumah Suku Seri Lemak Pahang.


Gambar 28 | Tiang pada bahagian serambi rumah.


Rajah 18 | Gambaran 3D butiran lantai.LantaiElemen yang melambangkan hati manusia dalam menentukan semua gerak dan perilaku menurut falsafah Melayu. Ia dianggap berbeza dengan struktur lain seperti rasuk dan rabung kerana sifatnya yang tidak boleh berdiri sendiri. Justeru, lantai menjadi tempat untuk bilik atau tempat untuk hati. (Muhamad Affandi Yahya, 1995). Lantai Baitul Rahmah diperbuat daripada papan kayu keras yang berukuran 120mm x 25mm.Struktur lantai rumah tradisional Negeri Sembilan dipasang tinggi dan disokong dengan struktur tiang yang tinggi. Rekabentuk seperti ini membuatkan cahaya matahari dapat masuksecara terus ke bawah kolong rumah dan mengurangkan kelembapan yang berlaku di dalam kolong rumah. Di samping itu, struktur tiang dan lantai rumah tradisional Negeri Sembilan juga ditinggikan dan bertangga. Struktur ini bukan sahaja terdapat di Negeri Sembilan, malah di negeri Semenanjung Malaysia yang lain. Jenis-jenis rumah tradisional dapat ditentukan berdasarkan bilangan tiang (Yaakub, 1996 :23)


Gambar 29 | Lantai papan kayu keras di ruang serambi.


Gambar 30 | Pintu masuk rumah Baitul Rahmah.PintuBerketinggian 1540mm, bukaan penuh pintu masuk Baitul Rahmah ialah seluas 857mm dengan panel yang berukuran 428mm setiap satu. Jika dilihat secara kasar, tinggi pintu menyamai tinggi dindingnya juga. Reka bentuk pintu yang rendah sebenarnya bermaksud tunduk hormat terhadap tuan rumah apabila dikunjungi oleh tetamu luar.Secara tersiratnya, peranan pintu turut membantu kelancaran udara (Zin et. Al, 2012). Terdapat dua pintu dibina pada ruang serambi rumah iaitu pintu masuk utama yang menjadi penghubung di antara alam luar dan penghuni ruang sertapintu ke ruang rumah ibu. Ketinggian ambang pintu masuk utama rumah tradisional telah direka bentuk menjadi agak rendah berbanding pintu biasa supayaapabila seseorang tetamu itu masuk ke ruang serambi, dia akan menundukkan kepalanya yang mana perilaku tersebut adalahsimbolik penghormatan tetamu kepada tuan rumah. Penggunaan bendul yang dipasang pada bahagian bawah pintu merupakan sekatan kepada tetamu yang datang ke rumah supaya tidak terus menuju ke dalam ruang serambi. Maka, tetamu akanberhenti seketika dianak tangga yang terakhir sebelum melangkah secara perlahan-lahan masuk ke ruang dalam rumah.


Rajah 20 | Gambaran 3D menunjukkan posisi tiga jenis pintu yang berbeza.Rajah 19 | Saiz ukuran bagi setiap jenis pintu.


Rajah 21 | Butiran dinding Baitul Rahmah.Gambar 32 | Papan dinding yang disusun secara menegak dibahagian rumah ibu dan bilik.DindingMemandangkan tipikal ruang dalam seni bina rumah tradisional Negeri Sembilan adalah serambi, kebiasaanya ruang ini menggunakan kekisi sebagai dinding. Justeru, rumah warisan ini mempunyai tiga jenis dinding yang mempunyai reka bentuk berbeza iaitu kekisi untuk ruang serambi dan papan kayu keras yang disusun secara menegak untuk ruang selebihnya manakala di bahagian pangkal serambi pula dinding disusun secara menyerong. Kesemua dinding dibina di atas papan kembang yang diatasnya terletak kekisi kayu. Gambar 31 | Papan dinding yang disusun secara menyerong di pangkal serambi.Gambar 33 | Dinding rumah tradisional Rembau yang terletak di Mukim Penajis.


vGambar 35 | Tingkap dibahagian ruang serambi Baitul Rahmah.TingkapTerdapat tiga jenis tingkap berdaun dengan dua bukaan yang lebar setiap satunya berukuran sama iaitu 670mm. Dari pengamatan, perbezaan boleh dilihat dari panjang tangkap dan juga lubang angin yang terdapat dibahagian atasnya. Kira-kira 23unit tingkap menghiasi setiap ruang yang ada dalam Baitul Rahmah ini. Jika dibandingkan dengan rumah tradisional Rembau seperti di Kampung Seberang Paya,tingkapnya terdapat kekisi yang sama besarnya dengan saiz tingkap. Tingkap di ruang serambi Baitul Rahmah juga mempunyai ukiran kerawang di atasnya yang membenarkan pengaliran udara masuk ke dalam rumah. Tidak hairanlah mengapa ruang serambi ini lebih ‘berangin’ kerana adanya elemen-elemen seperti ini di sekeliling ruang itu. Gambar 34 | Tingkap pada rumah tradisional Kampung Seberang Paya, Mukim Gadong.


Rajah 23 | Gambaran 3D menunjukkan posisi tiga jenis tingkap yang berbeza.Rajah 22 | Saiz ukuran tiga jenis tingkap yang terdapat pada Baitul Rahmah.


Tangga & KolahBerdasarkan temu bual bersama penjaga rumah warisan ini, tangga batu unik yang masih wujud kini merupakan bentuk asalnya sejak ia dibina. Dari pengamatan seni bina struktur tangga ini sedikit berbeza jika dibandingkan dengan reka bentuk yang terdapat pada rumah tradisional Negeri Sembilan yang lain. Walau bagaimanapun, keutuhannya masih terlihat kukuh. Menurut Muhammad Affandi Yahya (1995), bilangan anak tangga yang ganjil melambangkan kebaikan dan kesejahteraan penghuninya dan rumah Melayu seringkali menggunakan 5 bilangan anak tangga termasuklah Baitul Rahmah ini memandangkan ia sesuai dengan falsafah alam kecil yang membawa maksud 5 tingkat nafsu seorang ‘salik’ untuk sampai ke tingkat makrifat dengan Allah S.W.T. Dihadapan anak tangga, terdapat sebuah kolah bersaiz kecil yang dahulunya digunakan untuk mencuci dan membersihkan kaki sebelum masuk ke rumah. Jika dilihat pada reka bentuk tangga batu rumah tradisional Rembau di Kampung Gadong yang bersebelahan dengan Baitul Rahmah ini, seni bina yang ada padanya lebih kurang sama dan hal ini mungkin disebabkan faktor-faktor lain yang mempengaruhi reka bentuk itu sendiri memandangkan kawasan itu didiami oleh ahli keluarganya yang lain juga. Rajah 24 | Gambaran pelan, pandangan dan 3D tangga batu. Gambar 36 | Tangga batu Kampung Gadong.


Gambar 37 | Struktur tangga batu dari pandangan hadapan dan kolah kecil yang dibina dihadapannya.


BumbungSecara umumnya, rumah Melayu Tradisional Negeri Sembilan mempunyai bumbung panjang iaitu jenis yang mempunyai satu perabung yang memanjang dari kiri ke kanan atau arah hulu ke hilir selari dengan jalan atau sungai. Evolusi rumah Negeri Sembilan dapat dilihat pada bumbungnya yang melentik sedikit. Reka bentuk rumah Negeri Sembilan mempunyai atap yang bertingkat antara atap bumbung rumah hadapan (rumah ibu) dengan atap serambi. Rumah warisan Baitul Rahmah ini menggunakan bumbung panjang atau nama lainnya Bumbung Lipat Kijang. Menurut Yaakub Idrus (1996) rumah Negeri Sembilan, bumbungnya kelihatan sedikit rendah dan lentik sedikit, mempunyai bumbung bertingkat antara atap bumbung rumah ibu dan atap serambi. Lazimnya rumah beranjung bagi rumah ketua-ketua adat dan pembesar-pembesar (Raja Nafida: 2007), yang lain mempunyai saiz dan gaya senibina yang berbeza dan ini dapat dilihat dengan jelas pada ruang serambinya.Rajah 25 | Gambaran 3D isometric terpecah bagi struktur bumbung. Gambar 38 | Rekabentuk bumbung rumah tradisional di Mukim Chengkau, Rembau Gambar 39 | Rekabentuk bumbung rumah Baitul Rahmah.


Gambar 40 | Struktur bumbung Baitul Rahmah .


Ukiran Tangga BatuAntara keunikan yang ada pada rumah warisan Baitul Rahmah ini adalah tangga batu yang dibina di bahagian pintu masuk rumah. Berbezadengan rumah disekitarnya yang kebanyakan tangga batunya dihiasi jubin berwarna-warni seakan terdapat pengaruh seni bina rumah tradisionalMelayu Melaka, Baitul Rahmah mempunyai tangga batu berukiran flora menarik pada bahagian hadapannya seperti bunga tanjung yang membawa maksud selamat datang.Gambar 41 | Dua jenis ukiran flora yang terdapat pada tangga batu.Motif sulur kacangMotif bunga tanjung


Gambar 42 | Ande-ande pada bahagian bumbung serambi tengah.Ande-andeOrnamen dibahagian bumbung atau dipanggil papan hiasan berukir yang biasanya terletak di cucuran atap secara mendatar berfungsi bagi menutup hujung kasau. Ia dipanggil cucuran atap jika tidak berukir dan dipanggil papan cantik jika terdapat ukiran padanya. Ande – andepada sesebuah rumah lama ini dianggap simbolik terhadap darjat dan pada masa yang sama menjadi penyeri. Ia juga merupakan simbol cahaya dan keharmonian alam. Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang. Kepelbagaian hiasan ukiran dan ornamennya dipengaruhi oleh agama serta budaya tempatan atau daerah itu sendiri. Rumah warisan Baitul Rahmah mempunyai dua jenis andeande berbeza yang mana satu pada bumbung serambitengah dan satu lagi terletak di bahagian loteng, namun, terdapat juga pada serambi pangkal.Gambar 43| Ande-ande pada bahagian bumbung rumah Kampung Seberang Paya, Mukim Gadong.


Gambar 44 | Ande-ande pada bahagian bumbung loteng. Gambar 45 | Ande-ande pada bahagian bawah lantai serambi.


Kekisi / Sisir AnginRuang serambi dikelilingi oleh beberapa jenis kekisi yang terdiri daripada tingkap dan lubang angin yang mempunyai reka bentuk tersendiri. Dinding ruang serambi Baitul Rahmah yang menghadap arah pengaliran udara dibina menggunakan kekisi jejala yang diselangi dengan tingkap berdaun dua. Di bahagian bawah tingkap pula ialah kekisi atau sisir angin yang berbentuk baluster bersaiz kecil. Berbeza dengan di bahagian atas tingkap, sisir angin berbentuk flora dan saiznya lebih besar. Reka bentuk kekisi rumah tradisional Baitul Rahmah ini hampir sama dengan kekisi yang terdapat pada Kampung Seberang Paya. Kedua-duanya direka untuk paras orang duduk dan bukannya berdiri supaya selaras dengan paras badan secara tidak langsung, membantu pengaliran udara dan mempercepatkan proses penyejukan di ruang serambi.Gambar 46 | Kekisi di bawah tingkap ruang serambi. Gambar 47 | Kekisi pada rumah tradisonal Kampung Seberang Paya, Mukim Gadong.


Gambar 48 | Kekisi di bahagian pintu masuk ruang serambi.


Gambar 49 | Ukiran bermotifkan bunga dala pada kekisi di bawah tingkap ruang serambi.


Sesiku KeluangUkiran yang lazimnya digunakan dalam penyambungan untuk menguatkan struktur seperti ini biasanya menyokong penyambungan pada bahagian bawah lantai dan rasuk lain (Lim Yim Juan, 1987). Dalam rumah warisan ini, sesiku keluang terdapat di bahagian gerbang pintu rumah ibu dari ruang serambi yang bercorakkan awan larat dan bermotifkan bunga dala. Gambar 50 | Ukiran bercorak awan larat pada sesiku keluang.Rajah 26 | Butiran ukiran sesiku keluang pada pintu masu rumah ibu. Gambar 51 | Ukiran motif flora pada kepala pintu rumah ibu diRumah Penghulu Bakar, Mukim Gadong.


Tiang SeriDi tengah-tengah ruangan rumah ibu Baitul Rahmah, terdapat satu tiang seri yang mempunyai empat jenis motif ukiran flora yang unik setiap satunya dan cuma terdapat dibahagian atas tiang sahaja berbeza dengan tiang seri rumah di Mukim Penajis pula mempunyai ukiran flora penuh satu tiang. Secara umumnya, tiang seri merupakan salah satu struktur dalam pembinaan rumah atau bangunan yang berasaskan kayu sejak beratus tahun dahulu. Tiang seri mempunyai banyak peranan ataupun fungsi termasuklah menjadi tiang pertama yang di dirikan untuk sesebuah bangunan ataupun rumah atau dipanggil tiang sendi rumah dan kebiasaannya ia terletak di tengah-tengah rumah. Di samping itu, masyarakat di Negeri Sembilanmenganggap tiang seri sebagai penyeri rumah di mana objek seperti emas dan perak akan dimasukkan dalam lubang pada bawah tiang seri itu. Namun begitu, sesetengah tukang rumah Melayu pula percaya jika tiang seri dibuat dari kayu itu tidak berkualiti atau tiang seri dipacak dengan tidak mengikut peraturan adat, maka tuan rumah akan menerima padah yang buruk seperti mengalami kebakaran, sering diganggu makhluk halus dan dimasuki perncui (N.A Halim, 1988). Justeru, kayukayu untuk dijadikan tiang seri mestilah mempunyai kualiti yang tinggi seperti cengal, merbau, meranti dan lain-lain.Rajah 27 | Gambaran 3D dan lukisan 2D struktur tiang seri Baitul Rahmah. Rajah 28 | Kedudukan tiang seri dalam rumah ibu.Gambar 52 | Tiang seri pada rumah tradisional di Mukim Penajis.


Namun begitu, ada juga tukang-tukang rumah mahir yangteliti dalam memilih tiang seri kerana ada beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi, misalnya, tukang rumah mengetuk satu persatu tiang tersebut daripada batangbatang yang telah siap ditarah dan dari situlah mereka akan tahu tiang mana yang sesuai dijadikan tiang seri melalui bunyi yang terhasil. Kepercayaan ini juga terdapat di negerinegeri selain Negeri Sembilan. Akan tetapi, ianya telah pupus sejak kedatangan agama Islam kerana perbuatan tersebut dianggap syirik.Adat Mendirikan Tiang SeriUpacara sembahyang hajat akan dilakukan terlebih dahulu sebelum adat ini berlangsung, kemudian, kenduri diadakan bagi mengambil berkat. Menurut kepercayaan adatterdahulu, beberapa jenis bahan akan disediakan dan dimasukkan ke dalam lubang tiang seri tersebut untuk menghalau hantu dan syaitan di mana kesemua bahan tersebut digaul dengan tanah di dalam lubang dan dijirus dengan sebatil air kelapa dan cuka. Maka, akan matilah segala hantu pada tiang dan tempat itu.Gambar 53 | Upacara tepung tawar pada tiang seri (Philip Gibbs, 1987) Bahagian atas tiang dilapik dengan kain daripada beberapa warna iaitu putih melambangkan kesucian, hitam dan kuning untuk istana sahaja, merah melambangkan perjuangan serta warna lain seperti ungu, hijau dan merah malar. Walaubagaimana pun, agama Islam melarang perbuatan sebegini kerana mengandungi unsur syirik dan khurafat.


Tebar LayarDari luar rumah warisan Baitul Rahmah ini, tebar layardapat dilihat di bahagian bumbung rumah ibu dan serambi. Pada permukaan tebar layar, terdapat unsur kosmos seperti motif matahari yang falsafahnyamembawa maksud rezeki dan semangat serta motifbintang yang bermaksud keindahan. Ia juga berfungsi sebagai pengaliran udara panas dari dalam ke luarrumah bagi menurunkan suhu dan menyejukkan udara di dalam rumah. Penggunaan bumbung tebar layar yang berongga merupakan antara ciri reka bentuk bumbung Rumah Tradisional Melayu yang responsif terhadap iklim setempat dengan baik.Rajah 29 | Butiran ukiran unsur kosmos bermotifkan matahari dan bintang pada tebar layar pada bumbung ruang serambi.Rajah 30 | Butiran ukiran tebar layar pada bumbung loteng.Gambar 54 | Tebar layar pada rumah tradisional Kampung Seberang Paya, Mukim Gadong.


Gambar 55 | Tebar layar ruang serambi Baitul Rahmah.


BUMBUNG yang lebar menghalang cahaya matahari dan hujan dari masuk ke dalam rumahATAP jenis tanah liat memantulkan dan mengurangkan habaKERAWANG berfungsi mengurangkan silau cahaya matahariTINGKAP paras badanmembantu pengaliran udara dan mempercepatkan proses penyejukanPENGUDARAAN secara terus atau cross ventilationTAPAK jenis batu dan dialas zink untuk mengelakkan anaianai naik ke tiangKEKISI mengurangkan pengumpulan udara statik dalam rumahRajah 31 | Analisa Baitul Rahmah dalam perspektif keratan.


Negeri Sembilan amnya dan Rembau khususnya mempunyai budaya unik yang masih utuh iaitu sub-budaya, budaya Melayu. Mendalami aspek budaya dan kriteria rumah tradisional Negeri Sembilan di Rembau, dapat disimpulkan bahawa setiap ruang atau bilik rumah menggabungkan aspek sosial dan keperluan “Pepatih Orang Asli” dalam reka bentuk. Di mana, dari segi agama, kita dapat merasakan perpaduan yang telah berlaku secara automatik walaupun sebelum masa bahagian atau pengasingan lelaki dan wanita bekerja. Peranan setiap kawasan atau ruang dan orientasi rumah yang dibina di atas alam sekitar adalah selaras dengan pepatah 'alam terkambang menjadi guru', di mana persekitaran dijadikan panduan dan model pembinaan sesebuah rumah dan rumah Rumah Ketua Adat juga merupakan contoh yang lengkap dan baik untuk diikuti. Seharusnya perekabentuk rumah kediaman pada masa kini mencontohi kehebatan pemikiran masyarakat terdahulu dalam menghasilkan rekaan rumah kediaman yang berlandaskan adat dan budaya masyarakat timur yang penuh kesopanan serta memenuhi tuntutan syarak.


Perubahan yang berlaku pada rumah warisan dari segi reka bentuk menjadi suatu analisa bagi evolusi rumah tradisional Negeri Sembilan mengikut adat, budaya, sosial dan juga kedaerahan tempat tersebut. Faktor kedaerahan atau disebut sebagai faktor alam juga merupakan satu peranan penting dalam mempengaruhi reka bentuk rumah di samping pengaruh kedudukan sosial dan juga adat istiadat. Kehendak dan ekonomi setempat telah mengakibatkan kawasan yang besar berubah dengan cepat kesan daripada ancaman dan pembangunan baru yang berkaitan. Dalam erti kata lain, kehilangan atau kerosakan daripada reka bentuk rumah di Rembau berpunca daripada ekonomi khususnya dalam pencarian kayu dan sebagainya telah menyebabkan rumah tradisi di Rembau semakin berkurangan dan ditinggalkan oleh masyarakat. Justeru, usaha untuk melindungi dan mengekalkan serta mewujudkannya semula perlulah dijalankan bagi memelihara rumah warisan yang sedia ada ini untuk generasi akan datang. “Rasa kekitaan perlu ada pada masyarakat Negeri Sembilan demi menjaga rumah warisan dalam mengekalkan identiti rumah Negeri Sembilan khususnya di Rembau...”


Abd, S. F. T. B. H., & Kosman, K. A. (2017). The Serambi of Negeri Sembilan Traditional Malay House as a Multifungsional space–Role in Custom (Adat). Journal of Design and Built Environment, 17(2), 37-50.Abdul Wahab, M. H., & Bahauddinb, A. (2017). Konsep ‘alam takambang jadi guru’ terhadap organisasi ruang rumah tradisional Negeri Sembilan (RTNS) Di Rembau, Malaysia.Daud, N. I. M. K., Arbi, E., & Faisal, M. (2012). The application of Malay wood carving on contempor ary architecture in Malaysia. Journal of Design and Built Environment, 11(1).Ismail, N. H., Yunus, S. K., & Surat, M. (2016). Reka Bentuk Rumah Tradisional Negeri Sembilan Dipengaruhi oleh Adat dan Kedaerahan. Wacana Seni Journal of Arts Discourse, 15.Mohammad Nazzri, A. (2016). Falsafah seni ukiran kayu Melayu/Mohammad Nazzri Ahmad (Doctoral dissertation, University of Malaya).Nor, O.M., & Shahminan, R.N. (2016). The Influence of Perpatih Custom on the Design of Traditional Malay Houses in Negeri Sembilan, Malaysia. Research on humanities and social sciences, 6, 62-70.Senibina Rumah Tradisi Luak Rembau. (2021, July 15). [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=7KrBtnqGKyU


RAL 371 LUKISAN TERUKURBAITUL RAHMAH, KOMPLEKS WARISAN RAHMATUL MARDIAH


Click to View FlipBook Version