The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pentaksiran Berterusan BSMM
Mohammad Aidil Syukhrie bin Mohd Nordin

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidilsyukhrie24, 2024-04-22 13:56:03

BUKU LOG BSMM

Pentaksiran Berterusan BSMM
Mohammad Aidil Syukhrie bin Mohd Nordin

B U K U L O G BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Disediakan Oleh : MOHAMMAD AIDIL SYUKHRIE BIN MOHD NORDIN


NAMA : MOHAMMAD AIDIL SYUKHRIE BIN MOHD NORDIN NO. ANGKA GILIRAN : 2021292340320 NO. KAD PENGENALAN : 020224-01-0733 NO.BSMM 01-0822-00067010 OPSYEN : BAHASA MELAYU (SK) NAMA KURSUS : UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH KOD KURSUS : MPU3451b JABATAN : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, KOKURIKULUM NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD RAZALI BIN HASHIM BIODATA


CARTA ORGANISASI BSMM IPGMKTHO


CARTA ORGANISASI BSMM IPGMKTHO


CARTA ORGANISASI KUMPULAN


LOGO BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM BSMM


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM BSMM PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN Pendaftaran Ahli : - Keahlian Terbuka - Keahlian BSMM terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan yang daripada pelbagai golongan dapat memberikan sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. - Komposisi keahlian: - Ahli kanak-kanak: 9 hingga 12 tahun - Ahli Belia : 13 hingga 18 tahun - Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam / Tidak Berpakaian Seragam / Ahli Seumur Hidup : 18 tahun ke atas - Ahli Kehormat Seumur Hidup : Anugerah kepada individu yang memberikan sumbangan


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM BSMM JENIS AHLI Ahli Biasa - Yuran tahunan RM2.00 setahun - Bayaran dijelaskan kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang. - Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang. Ahli Belia (Permohonan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan) - Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Kanakkanak - Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda - Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment - VAD) Ahli Seumur Hidup - Permohonan adalah di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan - Bayaran yuran ialah RM500 Ahli Kehormat Seumur Hidup - Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan - Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup diberikan tidak lebih daripada 4 orang setiap tahun Pasukan Bantuan Sukarela - Bayaran yuran ialah RM2.00 setahun, namun digalakkan untuk membayar yuran sekali gus untuk 5 tahun


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM BSMM REKOD DAN KAD KEAHLIAN ● Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan. ● Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian Cawangan yang tiada unit di bawah pentadbiran, rekod disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan. ● Kad keahlian diberi nombor bersiri dan diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan. Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan. ● Kad lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang. Borang dan Kelulusan Keahlian : 1. Borang keahlian perlulah lengkap dengan gambar. 2. Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan, maka borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada : ○ Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan ○ Salinan kedua disimpan oleh Cawangan ○ Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang @ Unit ○ Kad keahlian kepada Ahli Biasa atau Ahli Seumur Hidup


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM BSMM Pendaftaran Kumpulan : ● Pasukan kanak-kanak ● Pasukan Belia ● Pasukan Belia Terbuka ● Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam ● Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam ● Pasukan Bantuan Sukarela IPT Pendaftaran bagi Pasukan Kanak-kanak/ Belia ●Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk menubuhkan satu pasukan BSMM. ● Bilangan minimum ahli ialah 15 orang bagi satu pasukan. ●Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang. ● Permohonan kemudiannya akan diusulkan kepada Setiausaha Cawangan. Pendaftaran bagi Pasukan Belia Terbuka : ●Ditubuhkan di kawasan yang diberikan kelulusan oleh belia Cabang sahaja. ● Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang. ●Borang pendaftaran perlu dihantar kepada Cabang sebelum dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan. Pendaftaran bagi Pasukan Bantuan Sukarela : ● Ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang. ● Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang. ● Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran Pasukan Kanak-kanak/ Belia.


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM BSMM KUASA PENGANJUR Antara kuasa penganjur yang digariskan ialah : ● Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat BSMM. ● Penganjur merupakan salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) dan seorang lagi ialah pemimipin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut. ● Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin BSMM. ● Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM apabila diperlukan. ● Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara dan perkhemahan untuk ahli-ahli BSMM. ● Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sesebuah institusi. ● Menganjur kursus-kursus sijil lencana kecekapan dan sijil peperiksaan. ● Memberikan khidmat nasihat tentang BSMM kepada waga institusi.


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM BSMM STRUKTUR UNIT ● Aktiviti-aktiviti di peringkat Chapter biasanya dijalankan oleh unit-unit bahagian Kumpulan Perkhidmatan Kebajikan, Pasukan Bantuan Sukarelawan, dan sekolah-sekolah. ● Struktur unit di sekolah terdiri daripada: 1) Kanak-kanak (Link) 2) Belia (Youth) ● Bagi unit Belia, Pegawai Belianya ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua. ● Bagi unit kanak-kanak, Pegawai Kanak-kanaknya ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh Guru Besar. ● Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas, yang menunjukkan unit itu dari cabang mana dan dan dari bahagian mana. ●Contohnya, unit PK(Y)118 menunjukkan unit ini dari cabang Perak, merupakan Youth (Belia) dan nombor 118 menunjukkan ia unit ke-118 didaftarkan.


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM BSMM PENGURUSAN BUKU LOG ● Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan penglibatan seseorang. ● Rakaman sesuatu peristiwa yang berlaku dan catatan harian sesuatu aktiviti. ● Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 sehingga 300 helaian muka surat. Kulit luar buku log dibalut dengan plastik supaya tidak mudah rosak.


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM BSMM TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Pemimpin dalam Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) seperti Guru Penasihat, Ketua Komander dan Ketua Pasukan memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan persatuan. Antara tanggungjawab pemimpin ialah: ● Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa (AJK). ● Memastikan adanya perlembagaan dan peraturan. ● Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan objektif institusi pendidikan. ● Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. ● Memastikan bahawa pasukan yang dianggotai oleh pemimpin adalah berdaftar dan mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir. ● Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagian atau peringkat yang lebih tinggi. ● Memohon kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga pelajar melalui pengurusan institusi pendidikan jika khidmat atau kepakaran pelajar diperlukan di luar institusi. ● Menyatakan kebersediaan untuk menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan tanpa mengira peringkat pertandingan, penyeliaan, anjuran, projek dan sebagainya.


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI


PERLANTIKAN JAWATANKUASA UNIT Terdapat pelbagai persatuan yang telah ditubuhkan di Malaysia. Setiap dari persatuan tersebut mempunyai cara penubuhan yang berbeza kerana terikat dengan perlembagaan. Terdapat dua cara perlantikan jawatankuasa bagi sesuatu persatuan iaitu: 1. Mesyuarat Agong = Semua ahli mempunyai hak untuk mencalonkan, memilih dan melantik sesiapa sahaja di kalangan ahli sebagai ahli jawatankuasa. Antara jawatan yang dipertandingkan ialah Pengerusi, Naib pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli jawatankuasa kerja. Selalunya, pemilihan adalah dengan mengangkat tangan atau undian dalam kertas secara rahsia 2. Pelantikan oleh penasihat = Perlantikan dilakukan melalui perbincangan dengan ahli atau ujian tertentu terutamanya untuk pasukan unit beruniform. Ini berbeza kerana perlantikan melalui nasihat akan mengikut kebolehan seseorang ahli yang tertinggi berbanding dengan ahli yang lain. Selain itu, carta organisasi untuk perlantikan melalui penasihat juga berbeza dari perlantikan yang dilakukan menerusi mesyuarat agong.


PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG Struktur Organisasi : Tetapkan struktur organisasi yang jelas dan hierarki yang membantu dalam pengambilan keputusan dan pelaksanaan tugas. Tentukan tugas dan tanggungjawab setiap unit atau jabatan dalam badan beruniform. Pengurusan Sumber Manusia : Rekrut anggota dengan kriteria yang sesuai dengan misi dan nilainilai BSMM. Sediakan latihan dan pembangunan bagi anggota untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Tetapkan prosedur pengurusan prestasi untuk menilai dan memberi ganjaran kepada anggota yang berprestasi. Rancang bajet tahunan yang mencukupi untuk memastikan kelangsungan operasi dan aktiviti badan. Pantau dan laporan kewangan secara berkala untuk memastikan penggunaan dana yang berkesan. Komunikasi dan Koordinasi : Tetapkan saluran komunikasi yang efektif di antara semua peringkat dalam organisasi. Adakan mesyuarat berkala untuk membincangkan isu-isu semasa dan merancang strategi masa depan. Logistik dan Pengurusan Stok : Pastikan persediaan peralatan dan bekalan mencukupi untuk menyokong aktiviti-aktiviti kecemasan atau bantuan kemanusiaan. Rancang sistem pengurusan stok yang efisien untuk mengelakkan kekurangan atau pembaziran.


PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG Pengurusan Risiko : Kenal pasti dan nilai risiko yang mungkin dihadapi oleh badan beruniform. Rancang strategi untuk mengurangkan dan mengurus risiko tersebut. Pemantauan dan Penilaian Prestasi : Pantau pelaksanaan program dan projek secara berkala. Lakukan penilaian prestasi badan beruniform untuk menilai keberkesanan dan mencadangkan perbaikan. Kerjasama dengan Pihak Luar : Bangunkan hubungan yang baik dengan pihak kerajaan, masyarakat awam dan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan kerjasama dan sokongan Teknologi dan Sistem Maklumat : Gunakan teknologi dan sistem maklumat untuk menyokong pengurusan di pemantauan aktiviti, dan pelaporan.


SEJARAH PENDIDIKAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH


PENGENALAN Pergerakan Antarabangsa Palang Merah atau Bulan Sabit Merah merupakan sebuah gerakan kemanusiaan untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Gerakan atau pertubuhan ini juga merupakan satu organisasi antarabangsa dan merupakan organisasi persendirian yang tiada kawalan atau ikatan dengan mana-mana kerajaan. Gerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah merupakan gerakan yang istimewa kerana merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasnya ditetapkan oleh undangundang antarabangsa.


SEJARAH PENUBUHAN


SEJARAH PENUBUHAN 1948 - Palang Merah British di Borne Utara 1950 - Palang Merah British di Pulau Pinang 1957 - Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu 1963 - Persatuan Palang Sabit Merah Malaysia -Pengiktirafan oleh Jawatakuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) 1965 - Akta Penubuhan 965 (540/1965) 1975 - Penukaran nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (162/1975) 1995 - Kajian semula : Law of Malaysia ACT 540


SEJARAH PENUBUHAN BSMM MALAYSIA


7 PRINSIP ASAS BSMM 1. KESAKSAMAAN (Impartility) - Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau pun fahaman politik dalam kegiatannya. - Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan. 2. KEBERKECUALIAN (Neutrality) - Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan. - Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi. 3. KEBEBASAN (Independence) - Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam. 4. KHIDMAT SUKARELA (Voluntary Service) - Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.


7 PRINSIP ASAS BSMM 5. KETUNGGALAN (Unity) - Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah negara. - Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak - Aktivitinya meliputi seluruh negara. 6. KESEJAGATAN (Universality) - Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia. - Mempunyai tanggungjawab bersama. - Saling bantu membantu di antara satu dengan lain antara negara. 7. KEMANUSIAAN (Humanity) - Memberikan pertolongan tanpa diskrimnasi kepada mereka yang tercedera di medan peperangan. - Mencegah dan meredakan kesengsaraan. - Memupuk kesefahaman, kerjasama, hormat menghormati dan kedamaian sesame manusia.


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA


Click to View FlipBook Version