STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA Undang-undang Kemanusian Antarabangsa (UUKA) adalah peraturan yang, atas dasar kemanusiaan, menentukan batasan untuk menghadkan kesan-kesan konflik bersenjata. la melindungi mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam peperangan, dan menghadkan cara dan kaedah peperangan. UUKA adalah sebahagian daripada undang-undang antarabangsa awam. Peraturan UUKA ini terkandung dalam perjanjian atau konvensyen dan juga sebahagian daripada undang-undang lazim yang diterima pakai oleh semua negara. UUKA tidak menentukan sama ada sesebuah negara boleh menggunakan kekerasan atau tidak. Ini ditentukan oleh Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan undangundang lain yang menjadi kebiasaan dalam undang-undang antarabangsa awam. Tetapi, sebaik sahaja sesebuah konflik bersenjata tercetus, UUKA akan diguna pakai. UUKA berusaha untuk menetapkan cara dan kaedah peperangan dalam kedua-dua jenis konflik bersenjata - konflik antarabangsa dan juga konflik bukan antarabangsa.
PEMBANGUNAN KONVENSYEN GENEVA -Konvensyen Geneva ditandatangani pada 1949 sebagai rundingan berakhirnya Perang Dunia Kedua 1939-1945, bertujuan mengemas kini terma Perjanjian 1929. -Konvensyen Geneva memperjelas hak asas pihak yang terlibat dalam peperangan melibatkan tentera dan orang awam. -Dalam konvensyen ini termaktub perlindungan terhadap mereka yang cedera dan sakit serta mewujudkan perlindungan ke atas orang awam yang berada dalam persekitaran perang. -Perjanjian 1949 diratifikasi oleh 196 negara; mengandungi empat perjanjian dan tiga protokol tambahan, lantaran menghasilkan piawaian undang-undang antarabangsa berkaitan layanan kemanusiaan semasa tercetus perang. Geneva sedia ada (empat) Konvensyen, termasuk 12 Ogos 1949 di Geneva membuat kesimpulan lagi empat undang-undang asas kemanusiaan antarabangsa, seperti yang ditetapkan dalam undang-undang antarabangsa untuk standard kemanusiaan. Mereka terutamanya yang berkaitan kepada mangsa-mangsa perang, rawatan tawanan perang dan orang awam di masa perang.
4 KONVENSYEN 1) Konvensyen Geneva Pertama (1864) dan Kedua (1899). ● Anggota tentera yang cedera dan sakit (yang tidak lagi bersenjata) tidak boleh diserang. Mereka hendaklah dilayan dengan baik. Jika ditawan, mereka hendaklah dijaga dengan baik seperti pihak musuh menjaga anggota mereka sendiri yang cedera. ● Pihak-pihak yang bersengketa hendaklah mengambil tindakan seberapa daya yang boleh mencari dan mengumpul mereka yang cedera dan sakit seberapa segera, dan melindungi mereka daripada dianiaya. ● Jika boleh, mereka yang mati hendaklah dikumpul dan dikebumikan atau dibakar dengan penuh penghormatan. Butir-butir díri mereka hendaklah diberi kepada agensi-agensi yang berkenaan supaya saudara mara mereka boleh dihubungi. Barang kepunyaan mereka tidak boleh dicuri. ● Anggota-anggota perubatan sama ada berkhidmat dengan tentera Palang Merah, atau mana-mana organisasi bantuan yang lain, tidak dianggap sebagai kombatan. Mereka tidak boleh diserang. Mereka dibenarkan merawat orang-orang yang sakit atau cedera tanpa gangguan. ● Pasukan tentera boleh menahan anggota perubatan tentera dan guru agama tentera supaya mereka boleh digunakan untuk memberi rawatan perubatan atau keperluan agama tawanan perang. Mereka tidak dianggap sebagai tawan perang, dan hendaklah dibebaskan bila khidmat mereka tidak diperlukan lagi. ● Semua bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital hendaklah menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya dikenalpasti. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada menjalankan operasi mereka. ● Salah guna lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah salah dari segi undang-undang.
4 KONVENSYEN 2) Konvensyen Geneva Ketiga (1929) ● Semua tawanan hendaklah memberi nama, pangkat, tarikh lahir dan nombor pengenalan. Maklumat ini hendaklah dihantar kepada kuasakuasa yang berkenaan supaya mereka dapat dikesan oleh kerajaan mereka. ● Tawanan perang tidak boleh diseksa untuk mendapatkan maklumat. Mereka tidak boleh diancam (seperti mengurung, tidak diberi makanan untuk mendapatkan maklumat. ● Tawanan perang hendaklah sentiasa diberi layanan yang baik. Mereka tidak boleh didera atau digunakan dalam eskperimen perubatan atau sains. ● Tawanan perang tidak boleh dihantar atau ditempatkan dalam kawasan yang terdedah kepada pertempuran. Keadaan hidup mereka (seperti makanan, perlindungan, pakaian) hendaklah sama baiknya dengan anggota-anggota tentera pihak musuh. ● Pakaian, makanan dan peraturan kesihatan hendaklah baik supaya tawan peang berada dalam keadaan yang selesa. ● Tawanan perang yang sihat boleh ditugaskan membuat kerja yang ringan dan tidak merbahaya serta tidak mempunyai tujuan ketenteraan. Mereka hendaklah dibayar dengan bayaran yang berpatutan. ● Tawanan perang hendaklah dibenar membuat aduan mengenai keadaan hidup mereka atau hal-hal lain kepada wakil ICRC. Ini hendaklah dilakukan tanpa saksi, dan oleh seorang wakil yang dipilih oleh tawanan-tawanan perang. ● Tawanan perang yang tidak berdaya, sakit tenat atau sakit jiwa hendaklah dihantar pulang. ● Tawanan perang hendaklah dihantar pulang selepas tamat peperangan.
4 KONVENSYEN 3) Konvensyen Geneva Keempat (1949) ● Mereka yang cedera, tua, kanak-kanak dan ibu mengandung hendaklah seboleh- bolehnya dipindahkan daripada kawasan pertempuran. ● Rumah sakit awam dan anggota-anggota rumah sakit hendaklah dilindungi daripada serangan dan dibenarkan menjalankan tugas mereka tanpa gangguan. ● Laluan bebas hendaklah diberi kepada peralatan dan bekalan perubatan dan juga keperluan bagi tujuan keagamaan. ● Tindakan harus diambil oleh pihak- pihak bermusuhan untuk menentukan bahawa kanak-kanak yatim berusia 15 tahun ke bawah atau mereka yang terpisah dengan keluarga akibat peperangan diberi makanan, pakaian, tempat tinggal dan pelajaran. ● Orang-orang awam mestilah diberi layanan yang baik. Mereka berhak dihormati mengenai agama, adat, kepercayaan mereka. Wanita tidak boleh dirogol, diserang atau dipaksa menjadi pelacur. ● Dilarang menggunakan paksaan terhadap orang-orang awam untuk mendapat maklumat. ● Mencuri harta awam atau mengambil tebusan adalah dilarang. ● Orang-orang awam yang membuat kesalahan hendaklah dibicarakan oleh mahkamah undang-undang (awam).
PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN 1. Protokol Tambahan I - Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa (8 Jun 1977) - Skop perlindungan diluaskan kepada orang awam dan menghadkan kaedah serta cara peperangan. 2. Protokol Tambahan II - Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa (8 Jun 1977). - Mengandungi jaminan asas bagi individu yang tidak mengambil bahagian dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyediakan peraturan berkaitan dengan perlindungan terhadap orang awam dan objek serta kelengkapan penting untuk menjamin keselamatan mereka seterusnya. 3. Protokol Tambahan III - Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan penggunaan lambang tambahan (8 Disember 2005). - Mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang mana tarafnya adalah sama dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
TANGGUNGJAWAB NEGARA-NEGARA Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia juga bergerak aktif dalam membantu persatuan kebangsaan yang lain terutamanya ketika berlaku bencana besar sejak dari 1970an hingga kini dan diantara bantuan kemanusiaan terbesar yang pernah dihulurkan oleh PBSMM adalah pada 2004 ketika tragedi Gempa dan Tsunami di Banda Aceh dimana PBSMM telah menghantar bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia dan juga para petugas sukarelawan dari pelbagai kemahiran dan latar belakang seperti perubatan, logistik, mencari dan menyelamat. Selain itu, PBSMM juga turut menghantar pasukan respons dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di: 1. Gempa bumi Pakistan 2005 2. Banjir Lumpur Leyte, Filipina 2006 3. Taufan Milenyo (Durian) Filipina 2007 4. Taufan Nargis, Myanmar 2008 5. Gempa bumi Padang 2009 6. Taufan Feng Shen (Frank) Filipina 2009 7. Taufan Feng Shen (Frank) Vietnam 2009 8. Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin 2010 9. Banjir Besar Sind Pakistan 2010 10. Gempa Bumi Tohoku, Jepun 2011 11. Taufan Yolanda, Filipina 2013 12. Gempa bumi Nepal 2015 13. Gempa bumi Kota Palu, Sulawesi Tengah Indonesia 2018 Dalam masa aman Bulan Sabit Merah berlatih menyediakan diri untuk membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih berkesan lagi ketika berlakunya perang atau kecemasan disamping terlibat dalam aktiviti-aktiviti untuk meringankan penderitaan manusia.
KONVENSYENKONVENSYEN HAGUE IstIlah "Konvensyen Hague" menerangkan perjanjian dan pengisytharan yang diterima pakal di The Hague dan yang mengandungi peraturan yang mengawal selia peperangan. Ini termasuk sin perjanjian dan pengisytiharan antarabangsa yang diterima pakai pada dua persidangan keamanan antarabangsa pada 1890 dan 1907 dan Konvensyen Hague 1954 mengenal Perlindungan Harta Budaya sekiranya berlaku konflik bersenjata. Peraturan yang terhasil daripada Konvensyen ini - Undang-undang The Hague - mengawal penggunaan cara dan kaedah peperangan, kelakuan permusuhan dan pendudukan, bertentangan dengan Undang-undang Geneva - yang terutama mengawal perlindungan mangsa perang. OBJEKTIF HAGUE Perbincangan berkaitan Undang-undang Antarabangsa Perlindungan kepada objek-objek balai seni dan tugu peringatan Perlindungan mangsa-mangsa perang dari senjata Tandatangani persetujuan dan persefahaman perjanjian antarabangsa
KONVENSYENKONVENSYEN HAGUE 2 KONVENSYEN HAGUE 1. Persidangan Keamanan Pertama 1899 - Terdapat 4 bahagian perjanjian dan 3 sumpahan persefahaman ditandatangani 2. Persidangan Kedua mengenai peperangan laut dan darat pada 1907 - Kebanyakan kandungan Persidangan 1899 digantikan dengan undang-undang lebih lengkap 1907 4 BAHAGIAN PERJANJIAN HAGUE 1. Hal-hal antarabangsa yang menjadi isu-isu pertikaian di Benua Pasifik 2. Undang-undang dan amalan kebiasaan berkenaan dengan peperangan darat 3. Penambahan syarat peperangan di lautan kepada Prinsip Konvensyen Geneva pada tahun 1864 4. Melarang penggunaan bom yang dipancar dan mengebom di udara
KONVENSYENKONVENSYEN HAGUE HAGUE 1 Pacific Settlement of International Disputes Ditandatangani pada 29 Julai 1899 Dikuatkuasa pada 4 september 1900 Bertujuan mengekalkan keamanan antara negara Jika terdapat pertelingkahan hendaklah ditandatangani secara rundingan sebelum mengangkat senjata Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa bertindak sebagai badan pengaman perlu dirujuk jika sesuatu konflik tidak dapat diselesaikan secara diplomasi HAGUE 2 Ditandangani pada 29 Julai 1899 Dikuatkuasa pada 4 September 1900 Diilhamkan semasa persidangan Brussels 1874 Pihak yang bertelagah perlu menghormati undang-undang dan cara-cara peperangan darat Undang-undang, hak dan tugas peperanagn perlu dipatuhi oleh semua pihak Sekiranya mereka ditawan, mereka berhak dilayan sebagai tahanan perang
KONVENSYENKONVENSYEN HAGUE HAGUE 3 Undang-undang peperangan adalah adaptasi peperangan maritim (22 Ogos 1864) Prinsip Konvensyen Geneva: Penyesuaian peperangan di laut Kemudahan perubatan (hospital kapal tentera) Kapal tersebut tidak boleh digunakan dalam tujuan peperangan Dicat dengan warna putih dengan garisan melintang bewarna merah HAGUE 4 Antara persetujuan-persetujuan adalah Contracting Power telah bersetuju untuk menyekat pembebasan gas beracun Kewujudan deklarasi tersebut terikat kepada Contracting Power dalam kes peperangan antara dua atau lebih pihak yang terlibat Deklarasi harus disahkan segera dan pengesahan seharusnya dimulakan di Hague dengan cara menulis notis kepada Kerajaan Netherland
PENGGUNAAN LAMBANG/EMBLEM BSMM PENGGUNAAN LAMBANG BULAN SABIT MERAH ● Semasa peperangan ○ Sebagai pelindung daripada diserang ○ Bersaiz besar dan bersesuaian pada tempat yang digunakan supaya senang diperhatikan dari jauh ○ Ia mesti dipasang di tempat yang jelas dilihat dari jauh supaya anggota BSM tidak diserang semasa peperangan ● Semasa keamanan ○ Sebagai pengenalan – dikenali pasukan yang bertugas seperti semasa sukan, perhimpunan awam dan sebagainya ○ Bersaiz kecil ○ Digunakan supaya tidak menimbulkan kekeliruan dengan lambang yang digunakan sebagai pelindung
LAMBANG/EMBLEM BSMM Seperti persatuan yang lain, BSMM juga mempunyai logo rasminya yang tersendiri. Logo ini menjadi identiti utama BSMM bagi membezakan garisan persatuan ini dengan persatuan yang lain. Logo rasmi yang dilekatkan pada pakaian seragam Logo rasmi pada laman sesawang BSMM. Bendera BSMM dalam bentuk lakaran
PENGENALAN/INDIKATIF DAN PERLINDUNGAN DENGAN PENGGUNAAN LAMBANG DAN SIGNIFIKANNYA Peruntukan dalam Konvensyen Geneva 1949 dan Protokol Tambahan menentukan bahawa Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Kristal Merah adalah simbol yang dilindungi oleh undang-undang antarabangsa. Peruntukan ini mendefinisikan individu dan perkhidmatan yang berhak menggunakan lambang-lambang tersebut. Penggunaannya adalah dikawal pada setiap masa, waktu aman dan juga ketika konflik bersenjata. Setiap penggunaan lambang tanpa kebenaran adalah dilarang. Secara amnya, penggunaan lambang dibenarkan bagi melindungi pasukan perubatan angkatan tentera dan ketika waktu perang, termasuk juga hospital awam. la juga digunakan oleh Persatuan-persatuan Kebangsaan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, Persekutuan Antarabangsa dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).
UNDANG-UNDANG ASAS KONVENSYEN PEMBATASAN Hak pihak-pihak yang bersenjata untuk mengguna pakai cara (senjata) dan kaedah (seperti taktik peperangan) bagi mencederakan musuh adalah TERBATAS. PERBEZAAN DI ANTARA SASARAN KETENTERAAN DENGAN ORANG DAN OBJEK AWAM Serangan yang ditujukan secara khusus terhadap orang awam adalah dilarang. Harus dikenalpasti perbezaan di antara anggota/ objek tentera dengan anggota/ objek awam yang tidak bersalah pada setiap masa. PENDERITAAN DAN KEMUSNAHAN YANG TIDAK WAJAR Mengakibatkan penderitaan atau kemusnahan harta benda secara tidak wajar bagi memaksa musuh untuk menyerah adalah dilarang. PERTIMBANGAN: Penggunaan cara dan kaedah peperangan haruslah setimpal dibandingkan dengan kesan ketenteraan yang dijangkakan akan diperoleh secara langsung KEPERLUAN KETENTERAAN: Membenarkan penggunaan kekerasan secara seimbang ketika konflik bersenjata untuk memaksa musuh menyerah. Tetapi bukan alasan untuk langgar UUKA atau menyokong kepimpinan buruk.
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH SERI BALI, CHAAH
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH