The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PANDUAN PENGURUSAN V-SMAT 2021
KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT
JOHOR DARUL TA'ZIM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RajaRozita, 2021-01-12 09:05:44

V-SMAT 2021 eBook

BUKU PANDUAN PENGURUSAN V-SMAT 2021
KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT
JOHOR DARUL TA'ZIM

MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN

Kolej Vokasional Segamat Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

3. JK PERSIAPAN TEMPAT 1. Merancang kedudukan yang sesuai dan menentukan susun atur
kerusi yang sesuai untuk tetamu jemputan, pensyarah, staf dan
pelajar.

2. Menyusun kerusi secukupnya untuk VIP, tetamu jemputan, pelajar,
pensyarah dan staf.

3. Menyediakan rostrum untuk majlis ucapan dan pengacara majlis.
4. Menyediakan kipas yang mencukupi.
5. Mengemas semula kerusi dan meja dan membersihkan dewan

selepas tamat majlis.
6. Mengendalikan kunci dewan sebelum, semasa dan selepas majlis.
7. Mendapatkan bantuan pelajar untuk kerja-kerja persiapan dewan

majlis.

4. JK DEKORASI DAN 1. Merancang kedudukan dan menyusun atur dekorasi di atas pentas.
KECERIAAN PENTAS 2. Menghias pentas dewan dengan dekorasi yang sesuai.
3. Mewujudkan suasana pentas yang ceria dan menarik.
4. Menyediakan dan menghias meja hadiah di pentas.
5. Mendapatkan bantuan pelajar untuk kerja-kerja persiapan pentas.
6. Mengemas pentas selepas majlis selesai.

5. JK SERANTA 1. Memasang gegantung dan bendera sebelum majlis berlangsung.
2. Mendapatkan peralatan tersebut daripada En. Hasbollah.
3. Mengemas peralatan tersebut dan memulangkan semula kepada

En. Hasbollah selepas selesai majlis.

6. JK JAMUAN 1. Menentukan menu yang sesuai dengan peruntukan jamuan. (Menu
7. JK P.A SISTEM sesuai untuk pensyarah yang vegetarian atau beragama hindu)

2. Memastikan persediaan jamuan mengikut masa yang ditetapkan.
3. Memastikan makanan dan minuman mencukupi.
4. Mengenalpasti tetamu khas dan memastikan kedudukan mereka di

meja makan utama.
5. Menguruskan dan menyediakan jamuan ringan VIP di lokasi

bersesuaian jika perlu.
6. Memastikan kelengkapan untuk jamuan mencukupi.
7. Membersihkan serta mengemas semula peralatan dan tempat

selepas tamat jamuan.
8. Menyediakan tong/plastik sampah untuk membuang bekas

makanan/minuman.
9. Membersihkan sampah di sekitar kawasan jamuan selepas jamuan

berakhir.

1. Memastikan semua peralatan PA dipasang dan ditempatkan di
lokasi yang sesuai.

2. Memastikan peralatan PA berfungsi dengan baik.
3. Memastikan ada pelajar mengendalikan peralatan PA sebelum,

semasa dan selepas majlis.
4. Membuat persediaan sekiranya berlaku sebarang masalah teknikal

atau kemungkinan seperti terputus bekalan elektrik.

Nurturing Knowlegde Workers With Character 141

MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN

Kolej Vokasional Segamat Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

8. JK PELAPORAN 1. Mengumpulkan gambar serta bahan berkaitan untuk pelaporan.
2. Berhubung dengan JK berkaitan untuk mendapatkan maklmat yang

diperlukan.
3. Membuat dan menyediakan laporan lengkap mengikut format

laporan yang diberikan.

9. JK HADIAH / 1. Menyediakan hadiah / cenderahati yang sesuai untuk tetamu /
CENDERAHATI penerima.

10. JK SIJIL 2. Mengelolakan pemberian hadiah/ cenderamata untuk penerima/
11. JK FOTOGRAFI tetamu.

3. Menyediakan dulang, alas atau troli untuk hadiah.
4. Menyerahkan hadiah semasa majlis.
5. Mendapatkan bantuan pelajar untuk penyampaian hadiah dan hal-

hal berkaitan.

1. Menyediakan/mencetak sijil yang mencukupi mengikut jumlah
penerima.

2. Memastikan maklumat penerima dalam sijil benar dan tiada
kesalahan.

3. Mengelolakan pemberian sijil untuk penerima.
4. Menyediakan dulang dan alas untuk sijil mengikut keperluan.

1. Mengambil gambar yang sesuai untuk dimuatkan di dalam album
dan buletin kolej.

2. Menyediakan foto perjalanan majlis yang berwarna dan diserahkan
kepada JK Pelaporan untuk dilampirkan di dalam pelaporan
mereka.

12. JK MULTIMEDIA 1. Menyediakan Latar Pentas dan tayangan yang bersesuaian dengan
majlis.

2. Mengendalikan tayangan multimedia semasa majlis berlangsung.
3. Bersedia dengan back up plan sekiranya bekalan eletrik terputus

atau sebarang masalah teknikal.

13. JK KAWALAN DISIPLIN 1. Memastikan semua pelajar masuk ke dalam dewan mengikut masa
ditetapkan untuk mengikuti majlis.

2. Memastikan disiplin pelajar di dalam dewan terkawal sebelum,
semasa dan selepas majlis.

3. Membuat rondaan di sekitar kolej jika perlu untuk memastikan
tidak ada pelajar yang ponteng.

4. Dapatkan bantuan MPP untuk kawalan disiplin pelajar sepanjang
berada di dalam dewan.

14. JK PENGACARA MAJLIS 1. Mendapatkan aturcara majlis dan senarai tetamu jemputan
daripada penyelaras atau setiausaha.

2. Mendapatkan senarai pemberi cenderahati daripada JK Hadiah dan
Cenderahati. (jika perlu)

3. Menyediakan skrip pengacara majlis dan memastikan
menggunakan bahasa yang indah dan bermakna.

4. Memastikan tidak melakukan kesalahan dari segi susunan majlis
dan protokol.

5. Mengendalikan perjalanan majlis mengikut atur cara disediakan.

Nurturing Knowlegde Workers With Character 142

MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN

Kolej Vokasional Segamat Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

6. Berbincang dengan penyelaras atau setiausaha sekiranya ada hal-

hal lain yang berkaitan.

7. Memberi arahan yang jelas kepada para pelajar berkaitan aturcara

majlis.

15. JK BACAAN DOA 1. Membaca doa yang sesuai dengan majlis yang dijalankan.

Nota:

1. Senarai dilampirkan adalah jawatankuasa asas yang perlu ada dalam majlis yang dianjurkan.
2. Namun, jawatankuasa tertentu boleh ditambah mengikut jenis majlis dan keperluan.

Nurturing Knowlegde Workers With Character 143

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

6.2 CONTOH KERTAS CADANGAN PROGRAM

BIL TAJUK BUTIRAN DAN CONTOH
1 Program
Berdasarkan Tugas Rasmi Pensyarah
2 Aktiviti Contoh : a) Pengurusan Kurikulum (akademik) atau
3 Rasional
4 Matlamat b) Pengurusan Kokurikulum atau
c) Pengurusan Hal Ehwal Pelajar atau
5 Objektif d) Pengurusan Fizikal Kolej atau
e) Pengurusan Am
6 Sasaran
Kegiatan yang ingin dilakukan
7 Masa, Tarikh dan Contoh: Membina Modul Carta Minda
Jadual Mengapa program ini hendak diadakan
Contoh: Untuk meningkatkan kemahiran mengingat
8 Strategi Pelaksanaan Apakah visi/target yang hendak dicapai
Contoh: Untuk meningkatkan peratus kelulusan sains
9 Sumber Kewangan
Apa yang akan dicapai di akhir program
10 Penyeliaan Ianya mesti khusus, boleh diuruskan, boleh dicapai,
Munasabah dan ada time frame.
11 Penilaian Contoh: Di akhir program pelajar boleh:

12 Pelaporan a) Membina cartalir dengan lengkap

Kumpulan manusia / pelanggan
Contoh: Pelajar tahun 1

Buatkan jadual latihan/ kursus

Apakah yang dilakukan dari mula merancang hingga akhir
Bantuan kewangan yang diperolehi. Seelok-eloknya sedia satu Invois atau
budget perbelanjaan
Sediakan satu rekod penyeliaan / semakan / penyelarasan sebelum aktiviti
dijalankan dan semasa aktiviti dijalankan
Sediakan satu soalan penilaian kursus untuk menilai tahap keberkesanan
program

Draf laporan yang akan dibuat selepas program dijalankan
Ianya mengandungi:

- Surat panggilan mesyuarat
- Kertas kerja
- Bil-bil perbelanjaan
- Jawatankuasa kerja
- Pencapaian / perkembangan program / keputusan pertandingan.
- Kelemahan
- Cadangan
- Gambar-gambar

Nurturing Knowlegde Workers With Character 144

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

6.3 FORMAT PELAPORAN PROGRAM / AKTIVITI

BIL TAJUK BUTIRAN DAN CONTOH

1 MUKA DEPAN Berdasarkan Format yang telah ditetapkan oleh Unit Dokumentasi
Nyatakan program bidang mana dan nama laporan program/aktiviti dan nama
penyedia laporan.
Contoh : Bidang Kurikulum/Kokurikulum
Tajuk : Laporan Pembentangan Pelajar Kohort 1, 2018
Disediakan Oleh: Puan Juliana binti Mohamed

2 PROGRAM/AKTIVITI Nama program/aktiviti yang telah dilaksanakan
Contoh: Pembentangan Pelajar Kohort 1, 2018
3 TARIKH
Tarikh dilaksanakan program/aktiviti
4 MASA Contoh: Rujuk Lampiran 1 ( jika program jangka panjang dan banyak tarikh)

5 TEMPAT Masa dilaksanakan program/aktiviti
Contoh: 8.00 hingga 9.00 pagi
6 JAWATANKUASA Lokasi program/aktiviti
INDUK PROGRAM Contoh: Dewan Seri Arkitek, Kolej Vokasional Segamat.

7 JADUAL PROGRAM / Senarai JK Program/aktiviti
AKTIVITI
Jadual atau tentatif program/aktiviti
8 KEKUATAN
Meyenaraikan kekuatan program/aktiviti tersebut
9 KEBERKESANAN Contoh: Para pelajar yang terlibat dengan pembentangan ini telah membuat
persiapan rapi hasil dari kerjasama ahli dalam kumpulan dan bimbingan guru
dan lain-lain.

Menyenaraikan kesan atau impak program/aktiviti

10 PENAMBAHAHBAIKAN Memaklumkan isu-isu yang dihadapi dan mencadangkan langkah-langkah
penambahbaikan untuk pelaksanaan program-program akan datang.

11 KOS PROGRAM Menyenaraikan kos sebenar program/aktiviti

12 PENCAPAIAN Pencapaian program/aktiviti atau keputusan pertandingan ( jika berkaitan)

13 GAMBAR-GAMBAR Memasukkan beberapa gambar sekitar program/aktiviti

14 LAMPIRAN Lain-lain maklumat berkaitan program/aktiviti
- Kertas kerja
- Jawatankuasa kerja dan agihan tugas
- Senarai nama juri dan peserta
- Buku Program
- Bil-bil perbelanjaan
- CD program jika ada

Nurturing Knowlegde Workers With Character 145

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

6.4 CARTA ALIR PROSES AKADEMIK

1. Menerima CO dan silibus daripada Ketua Program / Penyelaras Kursus DUA MINGGU
2. Menyediakan bahan pengajaran SEBELUM MULA
3. Menyediakan Panduan Pentaksiran Berterusan
4. Menyediakan Jadual Spesifikasi Pentaksiran Berterusan SEMESTER
5. Menyediakan soalan dan skema serta tugasan dan rubrik
6. Mengkaji cadangan dalam CLORR yang lepas AWAL SEMESTER

JK AKADEMIK
MENGESAHKAN JADUAL

SPESIFIKASI

MINGGU 1 Mengemaskini ADOPX 2.01
1. Memberi Course Outline (CO) kepada pelajar. 1. Nama pelajar
2. Memberi Panduan Pentaksiran Berterusan kepada 2. Wajaran pentaksiran

pelajar. berterusan
3. Kuliah / amali / tutorial
4. Memberi tajuk tugasan bertulis dan rubric kepada

pelajar.
5. Memberi bahan pembelajaran kepada pelajar.

MINGGU 2 - 7 1. Mengemaskini ADOPX
1. Kuliah / Amali / Tutorial 2.01
2. Ujian / Kuiz / Ujian amali
3. Ulangan ujian 2. Membuat CQI
pertengahan semester

3. Mesyuarat JK Akademik

MINGGU 8 - 14 1. Mengemaskini ADOPX
1. Kuliah / Amali / Tutorial 2.01
2. Ujian / Kuiz / Ujian amali
3. Ulangan ujian 2. Menyemak kehadiran
 Melaksanakan mengikut pelajar

cadangan CQI 3. Mesyuarat JK Akademik

MINGGU 15 – 17 1. Mengemaskini
Penilaian Akhir (PA) ADOPX 2.01

AKHIR SEMESTER 2. Mesyuarat JK
Akademik
PROSES CQI
1. CLORR 146
2. PLORR

Nurturing Knowlegde Workers With Character

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

6.5 ALIRAN KERJA PENGAJARAN DI BILIK KULIAH

1. PASTIKAN SEMUA PELAJAR BERDIRI JIKA PdP dalam makmal atau bengkel,
SEBELUM PENSYARAH MEMBERI SALAM. pastikan pelajar beratur di luar makmal
dan bengkel.
2. PELAJAR MENADAH TANGAN DAN
Memastikan kebersihan lantai, cermin
MEMBACA DOA. nako, kipas siling, dinding, papan
kenyataan, JK Bilik Darjah, Jadual Waktu,
Giliran Bertugas, langsir digantung
dengan kemas dan kebersihan diri
pelajar.

Peranan:
1. Kaunselor – menetapkan tema dan

panduan motivasi.
2. TPSA, HEP, JK Disiplin dan Pengurus

Kelas – Isu disiplin dan Kebajikan.

Menggunakan pengetahuan sedia ada,
pengalaman harian atau kaedah yang
menarik perhatian pelajar.
1. Aktiviti berpusatkan pelajar.
2. Pensyarah sebagai pemudah cara.
3. Kepelbagaian kaedah P&P

a. Perbincangan
b. Eksperimen
c. Inkuiri Penemuan
d. Tunjuk cara
e. Main peranan
f. Kajian kes
g. Simulasi
h. Pembelajaran masteri
i. Akhbar dalam pembelajaran
j. Lain-lain

Penilaian secara berterusan, sepanjang
masa P&P samada secara lisan, bertulis
atau pemerhatian.
Pemulihan dibuat secara serta merta.

Nurturing Knowlegde Workers With Character 147

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

6.6 PERATURAN AM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

1. Pakaian Pensyarah Semasa Bertugas

1.1. Kemas dan bersopan (sila rujuk Pekeliling Bil 6/1985 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
7/2001.

1.2. Pensyarah perlu memakai pakaian mengikut pekeliling dalam tugas rasmi seperti
mesyuarat.

1.3. Semua pensyarah hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi
kolej /luar kolej.

1.4. Tanda nama mesti mengikut saiz dan warna yang ditetapkan. (Hitam dan putih sahaja)
1.5. Pensyarah lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut tidak melebihi kolar baju.

Rambut perlu diurus dan kelihatan kemas.
1.6. Semua pensyarah yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mesti

memakai pakaian yang sesuai ketika mengajar di padang: Berseluar trek panjang,
berkemeja T dan berkasut sukan.

2. Waktu Rasmi Kolej

2.1. Sidang Pagi : Hari Ahad hingga Rabu : 7.50 pagi hingga 5.00 petang

Hari Khamis : 7.50 pagi hingga 3.30 petang

2.2 Semua Kolej Vokasional hendaklah melaksanakan waktu kerja seperti jadual berikut :

Negeri Hari Waktu Masuk Waktu Keluar
KUMPULAN D Ahad – Rabu (pagi) (tengah hari / petang)

8.00 pagi 3.00 petang

Kedah, Johor, 10.00 pagi 5.00 petang

Kelantan, dan Khamis 8.00 pagi 12.00 tengah hari
Terengganu

( Rujuk surat Perlaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Secara Percubaan di Semua Kolej,

KPM- bertarikh 28 Mei 2019)

3. Masa Datang Ke Kolej Dan Ketetapan Masa

3.1. Semua pensyarah hendaklah sampai ke kolej sekurang-kurangnya 10 minit sebelum loceng
pertama mengikut sidang masing-masing.

3.2. Pensyarah hendaklah mengimbas cap jari di luar pejabat semasa sampai di kolej dan
mengimbas cap jari sekali lagi sebelum balik ke rumah.

3.3. Pensyarah yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan
dan sebab-sebab yang wajar. Pensyarah mesti memberitahu pihak kolej / Timbalan
Pengarah Akademik secepat mungkin melalui telefon supaya jadual waktu ganti dapat
disediakan.

3.4. Adalah menjadi tanggung jawab para pensyarah untuk mengamalkan ketepatan masa
sepanjang waktu bertugas di kolej, semasa datang dan balik dari kolej, ketika memasuki
bilik kuliah untuk mengajar dan semasa menjalankan kegiatan di luar bilik darjah.

3.5. Jadual waktu mengajar dan jadual waktu ganti mesti dipatuhi sebagai mana yang
ditetapkan oleh pihak kolej. Pensyarah tidak melepaskan pelajar lebih awal pada waktu
rehat dan pada waktu balik.

Nurturing Knowlegde Workers With Character 148

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

Keluar Waktu Mengajar

3.6. Pensyarah-pensyarah dan staf sokongan tidak dibenarkan keluar dari kawasan kolej dalam
masa bertugas kecuali jika ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau mendapat arahan
3.7. daripada Pengarah atau pihak JPN, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, LPM,
3.8. dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pengarah/Timbalan Pengarah
3.9. Akademik. Kebenaran bertulis daripada Pengarah/Timbalan Pengarah Akademik/Ketua
3.10. Jabatan dipohon menggunakan Borang Kebenaran Untuk Bertugas Rasmi Di luar / Borang
Kebenaran Untuk Urusan Tidak Rasmi Di luar hendaklah diserahkan kepada Pembantu Am
Pejabat untuk difailkan. Semua pensyarah dan kakitangan bagaimana pun dinasihatkan
supaya menggunakan masa di luar waktu bertugas untuk menguruskan hal-hal peribadi.
Sekiranya Pengarah tiada, kebenaran boleh diperolehi daripada Timbalan Pengarah
Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua Jaminan Kualiti atau Ketua
Jabatan.
Setelah mendapat kebenaran Pengarah, pensyarah itu dikehendaki memaklumkan kepada
Timbalan Pengarah Akademik dan mematuhi kelulusan yang diperolehi.
Sebelum meninggalkan kolej, pensyarah diminta meninggalkan kerja bertulis kepada pelajar
jika ada kelas pada waktu itu.
Semua urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu kolej kecuali dalam keadaan
kecemasan.
Bagi aktiviti ceramah akademik atau kokurikulum, pensyarah dibenarkan keluar hanya
setakat 3 kali setahun, kecuali JU / Pengerusi Teknik.

4. Fail Rekod Mengajar / Teaching portfolio / e-BRM

4.1. Setiap orang pensyarah perlu menyediakan RP dan RAM sebagai dokumen rekod mengajar
dan bertanggungjawab terhadap keselamatan dokumen tersebut.

4.2. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan dilengkapkan dengan
maklumat-maklumat berikut: (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 / 1999 dan P.U. (A) 531 –
Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997)

4.3. RP mesti di bawa ke kelas semasa P&P (Rujuk Pekeliling dalam 5.2)
4.4. RP ini hendaklah diserah kepada Penyelia melalui sistem e-BRM pada waktu akhir hari

Khamis sebelum minggu PdPc berikutnya bermula untuk disemak dan ditanda tangani oleh
penyelia masing-masing.
4.5. Jika seorang pensyarah bercuti atau berkursus, fail dokumen rekod mengajar tersebut
hendaklah diserahkan kepada Timbalan Pengarah Akademik.
4.6. Makluman berkaitan keperluan melengkapkan dan menghantar Buku Rekod Mengajar serta
proses kerja seperti di Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C.

Nurturing Knowlegde Workers With Character 149

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

LAMPIRAN A

TIDAK MELENGKAP DAN MENGHANTAR BUKU REKOD PERSEDIAAN
MENGAJAR

Definisi

“Peraturan Perkhidmatan (Kurikulum Keb. 1997) berkuatkuasa pada 1 Januari 1998
Rujukan Warta Kerajaan P. U. (A) 531 bertarikh 31 Disember 1997 Fasal (B) menyatakan:

“Seseorang guru dalam sesebuah sekolah …………… hendaklah menyimpan dan
menyelenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat pada
hari akhir persekolahan setiap minggu …………… yang akan diajar pada minggu berikutnya
……………… dan buku rekod hendaklah dengan serta merta diadakan untuk
pemeriksaan ………………….”

Perkara 135. Seseorang yang melakukan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 510) yang
baginya tiada penalty diperuntukan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.

Perlanggaran Tata Kelakuan Di Bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan Dan Tatatertib) 1993,

Seseorang pegawai tidak boleh ---

(a) tidak bertanggungjawab

(b) ingkar perintah atau kelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan
munasabah sebagai ingkar perintah

Nurturing Knowlegde Workers With Character 150

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

LAMPIRAN B

Proses Kerja
Berikut adalah proses kerja tindakan tatatertib bagi kes guru tidak melengkap dan tidak
menghantar buku rekod persediaan mengajar.

Bil Proses Tindakan Catatan

1. Tidak Menghantar Buku Rekod Pengetua, Semak senarai
penghantaran Buku
Persediaan Mengajar kali pertama Guru Besar Rekod persediaan
a. Memanggil staf dan dapatkan mengajar.
Direkod dalam Fail
penjelasan Disiplin Guru.

b. Memberi teguran dan
nasihat lisan

c. Merujuk Akta Persediaan

Buku rekod mengajar

2. Tidak Menghantar Buku Rekod Pengetua, Direkod dalam Fail
Disiplin Guru
Persediaan Mengajar kali kedua Guru Besar
a. Ulangi proses 1a,1b,1c

b. Keluarkan surat tunjuk sebab

dalam tempoh 7 hari

3. Tidak Menghantar Buku Rekod Pengetua,

Persediaan Mengajar kali ketiga Guru Besar
a. Ulangi proses 1a, 1b, 1c

b. Surat Amaran Pentadbiran

c. Sesi Kaunseling

4. Tidak Menghantar Buku Rekod Pengetua, Pengetua boleh
Persediaan Mengajar kali keempat Guru Besar merujuk kepada
laporkan ke JPN dan cadangkan pegawai di PPD,Unit
tindakan tatatertib. Sekolah atau Unt
Kurikulum JPN
Nurturing Knowlegde Workers With Character
151

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021
LAMPIRAN C
Mula
Carta Aliran

Tidak menghantar Buku Rekod
Mengajar

Tidak Memanggil guru yang terlibat kali
pertama
(a) Minta penjelasan
(b) Beri teguran
(c) Merujuk Akta Persediaan Buku

Rekod Mengajar

Kes berulang kali kedua

Tidak Ya
(a) Ulangi proses a,b, dan c di atas
(b) Mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab
dalam tempoh 7 hari

Kes berulang kali ketiga

Ya
(a) Ulangi proses a,b dan c
(b) Mengeluarkan Surat Amaran Pentadbiran

Tidak

Kes berulang kali keempat

Ya
Menghantar laporan ke JPN untuk
tindakan tatatertib

Tamat 152

Nurturing Knowlegde Workers With Character

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

5. Rekod Kedatangan Pelajar

5.1. Pengurus Kelas bertanggungjawab mengambil kedatangan pelajar pada setiap hari dan
dimaklumkan ke Pembantu Operasi berkenaan sebelum waktu ke tiga. Tugas ini tidak
boleh diberikan kepada pelajar kerana rekod kedatangan pelajar adalah tanggungjawab
Pengurus Kelas.

5.2. Sekiranya Pengurus Kelas tidak hadir, Pensyarah Bertugas bertanggungjawab mengambil
kedatangan.

5.3. Pengurus Kelas perlu ada bukti jika pelajar tidak hadir ke kolej seperti surat ibu/bapa atau
sijil cuti sakit.

5.4. Pengurus Kelas dikehendaki menghantar surat kepada ibu/bapa/penjaga jika didapati
seseorang pelajar tidak hadir lebih 3 hari berturut-turut.

6. Mesyuarat / Taklimat Pensyarah

6.1. Semua pensyarah diwajibkan menghadiri mesyuarat / taklimat yang diberikan oleh
Pengarah / Timbalan Pengarah Akademik dari semasa ke semasa.

6.2. Sekiranya seseorang pensyarah tidak dapat hadir kerana suatu sebab, pensyarah
berkenaan hendaklah memberitahu Pengarah sekurang-kurangnya sehari sebelum
mesyuarat.

6.3. Para Pensyarah juga wajib hadir dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh Ketua Jabatan /
Ketua-Ketua Panitia / Setiausaha Sukan / dan sebagainya.

7. Penggunaan Waktu Tidak Mengajar Oleh Pensyarah

7.1. Waktu tidak mengajar hendaklah dianggap sebagai “non-teaching-period“ dan bukanlah
“free-period“. Oleh itu, pensyarah hendaklah menggunakan waktu tidak mengajar untuk
perkara-perkara berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.

8. Jadual Waktu

8.1. Pengurus Kelas hendaklah memastikan satu salinan Jadual Waktu Kuliah dipamerkan di
dalam kelas sendiri.

8.2. Semua pensyarah mesti mematuhi Jadual Waktu mengajar sepenuhnya.
8.3. Jika pensyarah berkenaan ada suatu sebab yang penting yang tidak membolehkannya

masuk kuliah, pensyarah terbabit hendaklah melaporkan hal ini kepada Timbalan Pengarah
Akademik atau Ketua Jabatan masing-masing.
8.4. Pensyarah-pensyarah yang mengajar mestilah berada di dalam bilik kuliah / tempat
mengajar mengikut jadual yang ditetapkan. Pensyarah-pensyarah tidak dibenarkan
meninggalkan kuliah kecuali dipanggil oleh Pengarah.
8.5. Pensyarah dikehendaki mematuhi Jadual Waktu dan “Waktu Ganti“ yang dikeluarkan oleh
Timbalan Pengarah Akademik.
8.6. Semasa penilaian akhir dijalankan, pensyarah-pensyarah tidak dibenarkan keluar sehingga
pensyarah pengganti datang.
8.7. Pensyarah-pensyarah hendaklah memberikan penekanan kepada Pembelajaran dan
Pengajaran berkualiti.
8.8. Semasa PdPc sedang berjalan, pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar / masuk untuk
menjalankan kegiatan lain, pastikan pelajar tersebut menggunakan kad kebenaran keluar
kelas. Pastikan gangguan di tahap minimum atau sebaiknya tiada langsung.

Nurturing Knowlegde Workers With Character 153

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

9. Pengawasan, Penyeliaan dan Pencerapan Dalam Bilik Kuliah

9.1. Satu sistem pengawalan perlu diadakan untuk menjayakan perlaksanaan kurikulum, di
antaranya ialah:

9.1.1. Ujian formatif dan sumatif
9.1.2. Penilaian Berterusan, Penilaian Akhir dan tindak ikut
9.1.3. Pengendalian rekod penilaian
9.1.4. Penubuhan bank item
9.1.5. Penyeliaan kerja pensyarah
9.1.6. Penyeliaan kerja pelajar, dan
9.1.7. Pencerapan dalam bilik kuliah
9.2. Penyeliaan Pembelajaran dan Pengajaran di dalam bilik kuliah oleh Pengarah / Timbalan
Pengarah (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987)

10. Jadual Ganti

10.1. Pensyarah-pensyarah mesti mematuhi Jadual Pensyarah Ganti yang ditetapkan oleh
10.2. Timbalan Pengarah Akademik atau Ketua Jabatan masing-masing.
Waktu Ganti dianggap sebagai waktu mengajar, oleh itu pensyarah mesti berada dalam
Bilik kuliah bersama-sama pelajar sewaktu Jadual Pensyarah Ganti.
Semua pensyarah hendaklah menyemak Jadual Pensyarah Ganti di Papan Kenyataan
Pejabat Kolej / Papan Kenyataan Bilik Timbalan Pengarah Akademik / Jawatankuasa
Jadual Ganti setiap kali selepas mengimbas cap jari.

11. Surat Arahan Pekeliling

11.1. Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengarah hendaklah dibaca
11.2. dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
11.3. Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, pensyarah hendaklah menyimpannya
11.4. di dalam fail khas.
Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri / PPD, pensyarah
hendaklah mengembalikan dengan segera ke Pejabat Kolej setelah tindakan diambil.
Sekiranya pensyarah engkar arahan Pengarah tanpa alasan yang munasabah, beliau boleh
dikenakan tindakan tata tertib.

12. Fail-Fail Kolej

12.1. Apabila pensyarah-pensyarah menerima fail yang telah diminitkan untuk sesuatu tindakan,
12.2. pensyarah berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera mengikut arahan dan masa
yang ditetapkan.
Sila tandatangani Buku Edaran Fail semasa menerima fail. Sila pulangkan semula fail
dengan segera setelah tindakan diambil. Fail itu hendaklah dikemas kini.

Nurturing Knowlegde Workers With Character 154

MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN

Kolej Vokasional Segamat Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

13. Melaksanakan Arahan / Tugas

13.1. Apabila diarahkan melaksanakan suatu tugas, misalnya mewakili Kolej, membawa pelajar
13.2. keluar atau menghadiri mesyuarat atau diminta mengarahkan pelajar melakukan sesuatu,
13.3. maka tugas itu hendaklah dilakukan sendiri. Tidak boleh perkara yang ditugaskan itu
diarahkan kepada orang lain tanpa kebenaran Pengarah.
Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada orang lain walaupun dipersetujui
oleh pihak yang menggantikan, mestilah mendapat kebenaran daripada Pengarah terlebih
dahulu.
Tugas yang sepatutnya dilakukan oleh pensyarah sendiri tidak boleh diserahkan kepada
pelajar, misalnya memegang / menyimpan kunci pensyarah.

14. Penggunaan Alat / Harta Benda Kolej

14.1. Kebenaran menggunakan peralatan mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Ketua
Jabatan / pihak yang berkenaan. Segala peminjaman dan pemulangan hendaklah
14.2. dicatatkan di dalam Buku Pergerakan Alat Bahagian / Unit.
14.3. Pensyarah-Pensyarah mesti bertanggungjawab menjaga alat / harta benda kolej tersebut
14.4. dan digunakan mengikut peraturan tertentu.
Barang-barang yang dipinjam hendaklah dipulangkan setelah tidak menggunakannya lagi.
Sebarang kerosakan / kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera.

15. Keselamatan Pelajar

15.1. Semua pensyarah yang mengajar di dalam bilik darjah, makmal, bengkel, padang atau
aktiviti kokurikulum di kolej atau di luar kolej adalah bertanggungjawab terhadap
15.2. keselamatan di bawah jagaannya. Pensyarah yang diarahkan secara bertulis dalam
15.3. dokumen rasmi kolej (Buku Pengurusan VSmat 2021) adalah bertanggungjawab terhadap
15.4. keselamatan pelajar-pelajar di bawah jagaannya. Oleh itu, pensyarah-pensyarah
15.5. hendaklah sentiasa berhati-hati dan mengawal dengan rapi setiap gerak geri pelajar supaya
15.6. tidak berlaku kemalangan atau kecederaan.
15.7. PdP PJK tidak boleh dijalankan di padang semasa hujan atau guruh atau kilat walaupun
tiada hujan.
Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, pensyarah yang bertanggungjawab
hendaklah mengambil tindakan segera dan melaporkan kepada pensyarah bertugas.
Pengarah / Timbalan Pengarah Sokongan Akademik hendaklah diberitahu jika berlaku
kemalangan kepada pensyarah atau pelajar.
Ketua-ketua Bengkel dan Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab mengadakan langkah-
langkah keselamatan, peraturan atau tatacara keselamatan bagi bengkel masing-masing.
Jika pelajar mendapat kemalangan, pensyarah / warden bertugas hendaklah menghubungi
segera ibubapa sebaik sahaja kemalangan berlaku.
Jika pelajar asrama tidak pulang ke asrama pada waktu yang ditetapkan, warden bertugas
diwajibkan memaklumkan kepada penjaga pelajar pada kadar segera dan membuat laporan
polis jika perlu.

16. Penggunaan Telefon / Faks / Mesin Fotostat Kolej

16.1. Telefon / faks / mesin fotostat kolej hanya digunakan untuk urusan pentadbiran kolej sahaja.
16.2. Pensyarah boleh menggunakan untuk tujuan P&P pelajar dengan kebenaran Pengarah.

Nurturing Knowlegde Workers With Character 155

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

17. Bilik Pensyarah / Bilik Guru

17.1. Kebersihan dan keselamatan Bilik Pensyarah / Bilik Guru adalah menjadi tanggungjawab
17.2.
semua pensyarah. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam Bilik Pensyarah.
17.3.
Pensyarah hendaklah berada di Bilik Pensyarah / Bilik Guru semasa tidak mengajar di
dalam kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai “non-teaching-period“ dan bukan “free-
period“. Oleh itu pensyarah-pensyarah hendaklah menggunakan masa tersebut di Bilik

Pensyarah untuk perkara-perkara berkaitan dengan Pembelajaran dan Pengajaran sahaja.

Kelab Pensyarah Kolej Vokasional Segamat (KPKVS) adalah bertanggungjawab

menguruskan bilik pensyarah dan membentuk JK Bilik pensyarah.

18. Kelab Pensyarah Kolej Vokasional Segamat (KPKVS)

18.1. Semua pensyarah dan staf sokongan di sekolah ini secara automatik adalah ahli Kelab.
18.2. Tiap-tiap ahli hendaklah menjelaskan yuran bulanan atau tahunan yang ditetapkan

mengikut keputusan Mesyuarat Agong Kelab tersebut.

19. Pensyarah Sebagai Ahli Persatuan

19.1. Demi kepentingan Perkhidmatan Pendidikan / Profesyen Perguruan, pensyarah-pensyarah
digalakkan menjadi ahli persatuan-persatuan berikut:
19.1.1. Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Pendidikan (PPKPPM).
19.1.2. Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP)
19.1.3. Yayasan Guru.
19.1.4. Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP)
19.1.5. Persatuan Guru-guru Vokasional dan Teknik Malaysia (PGVTM)

20. Orang Luar Berjumpa Pensyarah / Pelajar

20.1. Orang luar termasuk juru jual tidak boleh berjumpa dengan pensyarah dan kakitangan
20.2. tanpa kebenaran Pengarah/Timbalan Pengarah. Oleh itu, pensyarah diingatkan supaya
bertanya kepada pihak yang ingin berjumpa samada telah mendapat kebenaran atau tidak.
Orang luar dilarang berjumpa pensyarah atau pelajar di bilik kuliah semasa PdP berjalan.

21. Menulis Surat Rasmi

21.1. Semua surat berkaitan hal kolej atau perjawatan hendaklah ditulis melalui Pengarah dan

21.2. JPN supaya dapat disalurkan kepada pihak yang tertentu sebagai mana arahan Perintah
21.3.
Am Bab B dan D.

Semua surat rasmi hendaklah menggunakan tarikh Masihi.
“Letter-head“ kolej hanya boleh digunakan dengan kebenaran Pengarah.

22. Pensyarah-Pensyarah Pergi Ke Pejabat Pelajaran Daerah

22.1. Pensyarah-Pensyarah tidak dibenarkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri / BPLTV / PPD
22.2. untuk urusan peribadi pada masa PdPc kolej.
Pensyarah-pensyarah perlu memakai pakaian kerja dengan tanda nama semasa berurusan
di JPN / BPLTV / PPD.

Nurturing Knowlegde Workers With Character 156

MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN

Kolej Vokasional Segamat Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

23. Cuti

23.1. Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046SJ/A.(30) bertarikh
24 Disember 1993, pensyarah berkelayakan mendapat cuti penggal kolej untuk
menggantikan cuti rehat. Tetapi pensyarah boleh dipanggil bertugas oleh Pengarah tidak
melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas
seharian daripada tugas mengajar.

23.2. Cuti Sakit

23.2.1. Pensyarah-pensyarah atau kakitangan sekolah yang tidak hadir kerana sakit
hendaklah memberitahu melalui:
23.2.1.1. Telefon (Pengarah / Timbalan Pengarah Akademik)
23.2.1.2. Melaporkan diri kepada Pengarah/Timbalan Pengarah Akademik sebaik
sahaja balik bertugas.
23.2.1.3. Menyerahkan sijil sakit kepada Pengarah/Timbalan Pengarah Akademik.

23.2.2. Sijil Sakit yang diperolehi swasta yang melebihi 2 hari berturut-turut hendaklah
disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

23.2.3. Cuti sakit dari klinik swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun.
23.2.4. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun samada berterusan atau putus-putus akan

dilaporkan ke JPN dan KPM untuk menentukan pembayaran gaji.

23.3. Cuti Rehat Khas

23.3.1. Cuti ini adalah cuti bergaji penuh untuk pensyarah sahaja.
23.3.2. Dalam keadaan kecemasan, seseorang pensyarah atas pertimbangan Pengarah

boleh dibenarkan mengambil cuti tersebut.
23.3.3. Pensyarah hendaklah mengisi borang 3 hari sebelum tarikh cuti dipohon.
23.3.4. Cuti ini hanya 10 hari setahun.
23.3.5. Sekiranya Cuti Rehat Khas tidak dipohon atau Cuti Rehat Khas berbaki tidak

dipohon pada satu tahun, ia akan bertukar kepada bentuk wang tunai apabila
pensyarah bersara.

23.4. Cuti Tanpa Gaji

23.4.1. Mengikut Perintah Am Cuti Tanpa Gaji, cuti tersebut boleh dipohon di atas sebab-
sebab persendirian yang mustahak.

23.4.2. Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
tetapi tidak melebihi 180 hari.

23.4.3. Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya diambil sekali dalam masa 4
tahun.

23.4.4. Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan
oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke JPN
10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

23.4.5. Pensyarah-pensyarah tidak digalakkan mengambil Cuti Tanpa Gaji kerana urusan
peribadi kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan tidak mengganggu
pentadbiran sekolah serta kepentingan pelajar.

23.5. Cuti Bersalin
23.5.1. Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/2002.

23.6. Had Cuti 157
23.6.1. Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 4/1984.

Nurturing Knowlegde Workers With Character

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

24. Memohon Cuti

24.1. Pensyarah-pensyarah atau kakitangan kolej hendaklah memberitahu Pengarah terlebih
24.2. dahulu sebelum memohon cuti, misalnya cuti kerana menduduki peperiksaan kerajaan,
24.3. melancong ke luar negeri, cuti konvokesyen, cuti berkursus dan lain-lain.
24.4. Pensyarah-pensyarah dan kakitangan kolej tidak boleh bercuti sebelum permohonan
diluluskan.
Sila semak di pejabat Kolej mengenai syarat-syarat memohon cuti yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan, misalnya cuti ke luar negeri hendaklah dikemukakan 3 bulan
sebelum tarikh bertolak.
Pensyarah-pensyarah hendaklah memberitahu Pengarah apabila hendak keluar dari negeri
Johor semasa dalam cuti pertengahan semester atau cuti semester.

PERINGATAN
Sebarang cuti tanpa kebenaran/kelulusan dari pihak berwajib, pensyarah berkenaan akan dipotong
gaji dan tindakan tatatertib akan diambil.

25. Kursus

25.1. Pensyarah-pensyarah adalah diwajibkan menghadiri kursus yang ditetapkan oleh KPM/
25.2. BPLTV/ PPD / JPN atau mana-mana badan yang diakui sah.
Semasa pensyarah menghadiri kursus, sediakah tugasan / latihan untuk pelajar supaya
25.3. pelajar tidak membuang masa. Berikan arahan yang jelas dan serahkan kepada Timbalan
25.4. Pengarah Akademik.
Sekiranya kursus itu adalah untuk suatu tempoh yang panjang, kolej layak memohon
pensyarah ganti.
Selepas tamat kursus, pensyarah hendaklah membuat laporan dan menyerahkannya
kepada Pengarah.

26. Lawatan / Aktiviti Luar

26.1. Setiap Ketua Jabatan / Ketua Unit / Panitia yang mengadakan lawatan atau aktiviti luar
hendaklah membuat laporan dan menyerahkannya kepada Pengarah setelah ianya
26.2. dijalankan. Laporan hendaklah difailkan dalam fail yang berkaitan.
26.3. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu
26.4. mendapat kebenaran daripada Pengarah dan JPN.
Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dihantar ke JPN melalui
Pengarah sekurang-kurangnya 5 minggu sebelum lawatan dilakukan.
Apabila pensyarah mewakili Pengarah menghadiri mesyuarat / perjumpaan / taklimat seperti
sukan dan sebagainya, laporan kepada Pengarah hendaklah dibuat selepas itu.

27. Cuti Kolej Boleh Dipanggil Bertugas

27.1. Ketua Jabatan boleh memanggil pensyarah-pensyarah untuk menjalankan tugas-tugas
selain dari tugas mengajar semasa cuti tidak melebihi separuh daripada cuti kolej dalam
satu-satu tahun (Perintah Am Bab C – 50).

Nurturing Knowlegde Workers With Character 158

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

28. Membeli Barang

28.1. Pensyarah yang hendak membeli barang hendaklah memohon kebenaran dengan
28.2. menggunakan Borang “Nota Minta“ yang boleh diperolehi di Pejabat.

28.3. Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Timbalan Pengarah Akademik/ Ketua
Jabatan sebelum diluluskan oleh Pengarah dan diserahkan kepada Pn. Rahimah binti
Rahit.

Semua pesanan yang melebihi RM 100.00 mesti dibuat melalui Pesanan Tempatan.

28.4. Segala Invois mesti ditandatangani oleh pensyarah yang menerima dan direkodkan dalam
28.5. Buku Stok dengan kemas.
Semua Borang Pesanan Tempatan mesti ditandatangani oleh Pengarah/ Pembekal dan
Penerima.

29. Kegiatan Kokurikulum

29.1. Semua pensyarah akan ditugaskan menjadi Penasihat Kegiatan Kokurikulum. Tugas ini
29.2. hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.
29.3. Kecederaan pelajar yang serius mesti dilaporkan kepada ibubapa selepas dihantar ke
hospital.
Para pensyarah yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan kokurikulum mestilah
menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan ketiadaan pensyarah
terbabit adalah tanggungjawab pensyarah itu sendiri.

30. Buku Stok / Inventori

30.1. Ketua Bengkel atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan Buku Stok dan
memastikan maklumat dalam stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa
dikemaskini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh Pegawai Aset Sekolah.

31. Kunci

31.1. Semua kunci mesti disimpan di Pejabat (sila patuhi tatacara pengurusan kunci).
31.2. Kalau ada pensyarah-pensyarah yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, beliau

dalah bertanggung jawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.

32. Acara Atau Majlis Kolej

32.1. Semua pensyarah dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi kolej.
32.2. Jika pensyarah tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, beliau

mestilah memberitahu Pengarah terlebih dahulu.

Nurturing Knowlegde Workers With Character 159

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

33. Penggunaan Kenderaan Kolej

33.1. Pensyarah / Kakitangan yang hendak menggunakan kenderaan kolej mestilah terlebih
dahulu mendapatkan kebenaran dan membuat tempahan dengan menggunakan Borang
33.2. Penggunaan Kenderaan dengan menentukan Tarikh / Masa dan Tempat.
33.3. Jika lawatan adalah bukan urusan kolej, bayaran tol serta saguhati pemandu hendaklah
ditanggung sendiri oleh pemohon – jumlah bayaran boleh dirundingkan.
Jika lawatan bertindih dengan lawatan lain, keutamaan akan diberi kepada urusan rasmi
kolej dan pihak kolej tidak bertanggungjawab untuk mencari kenderaan lain dan juga hari
ganti.

34. Kerahsiaan Maklumat Sekolah

34.1. Pensyarah-pensyarah dan kakitangan kolej tidak dibenarkan sama sekali membocorkan
rahsia kolej. Sila patuhi Perintah Am.

35. Menjaga Nama Baik Jabatan

35.1. Setiap pensyarah dan kakitangan mestilah menjaga nama baik jabatan (KPM, BPLTV, JPN,
35.2. PPD dan KVS).
Mengikut Perintah Am Bab D24. Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas kakitangan
kerajaan yang gagal berbuat demikian.

Peringatan Khas:

1. Sebarang cuti tanpa kebenaran / kelulusan daripada pihak yang berwajib, gaji pensyarah
berkenaan boleh dipotong dan tindakan tatatertib boleh diambil.

2. Pengarah diperingatkan pelepasan pensyarah dari tugas-tugas hariannya kerana penglibatan
pensyarah tersebut dalam aktiviti luar kolej tidak menjejaskan perjalanan dan pengurusan kolej.
Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998.

3. Semua pensyarah dan staf sokongan adalah Kakitangan Kerajaan yang tertakluk kepada Perintah
Am Kerajaan Malaysia.

Nurturing Knowlegde Workers With Character 160

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

6.7 PANDUAN PENGURUS KELAS

1. Rekod Kehadiran Pelajar

1.1. Pengurus Kelas hendaklah mengambil kehadiran pelajar dan dimasukkan ke dalam sistem
APDM secara teratur setiap hari sebelum jam 9.00 pagi.

1.2. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan menyemak sistem APDM selepas jam 9.00 pagi
dan mana-mana sekolah yang tidak mengemaskini kehadiran dalam sistem, nama sekolah
akan dipaparkan dalam Group PK Hem Daerah untuk makluman.

1.3. Segala dokumen seperti Sijil Sakit, Surat Amaran dan Surat Makluman Ketidakhadiran
daripada ibu bapa / penjaga hendaklah disimpan di dalam Fail Pengurus Kelas untuk tujuan
rujukan.

2. Butir-Butir Pelajar Dikemaskini

2.1. Semua maklumat pelajar dalam sistem APDM hendaklah dikemaskini sekurang-kurangnya
setiap 3 bulan sekali.

2.2. Maklumat yang perlu segera dikemaskini ialah nombor telefon ibu bapa / penjaga dan
penyata pendapatan ibu bapa / penjaga.

3. Maklumat Pelajar Keluar / Berhenti

3.1. Pengurus kelas hendaklah memaklumkan kepada Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
/ KU HEP bagi pelajar yang telah tamat pengajian, supaya Surat Tamat Pengajian akan
diberikan kepada pelajar yang berhenti kolej.

3.2. Bagi pelajar yang tidak tamat pengajian, hanya Surat Akuan Pengajian sahaja yang akan
diberikan.

4. Pelajar Masuk

4.1. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik / KU HEP akan memberikan Borang Pendaftaran
kepada setiap pelajar yang baru masuk. Pengurus kelas dikehendaki mendapatkan borang
tersebut yang lengkap diisi berserta salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak daripada
pelajar berkenaan untuk difailkan.

4.2. Setelah mendapat surat kelulusan rasmi untuk pertukaran masuk seseorang pelajar baharu,
Pengurus kelas dikehendaki membuat pendaftaran lengkap dalam sistem APDM dengan
kadar segera.

4.3. Kutip bayaran tambahan daripada pelajar baru. Sekiranya bayaran tambahan telah dibuat di
kolej lama, simpan resit bayarannya dan buat catatan.

Nurturing Knowlegde Workers With Character 161

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

5. Ketidakhadiran Pelajar ke Kolej (Ponteng)

5.1. Prosedur: Ketidakhadiran Pelajar Ke Kolej (ponteng) bagi Pelajar SVM sahaja.

SURAT BIL. HARI TIDAK BIL HARI TIDAK HADIR TINDAKAN
HADIR (P) (P) BUKAN Surat biasa
Amaran
Pertama BERTURUT-TURUT BERTURUT-TURUT
Pada hari ke tiga (3) Pada hari ke 10

Amaran 7 hari selepas 10 hari selepas amaran Surat Berdaftar
Kedua amaran pertama pertama

Amaran 7 hari selepas 20 hari selepas amaran Daftar Akuan
Terakhir amaran kedua
kedua Terima

Buang 14 hari selepas 20 hari selepas amaran Daftar Akuan
Sekolah amaran ketiga
Jumlah ketiga Terima
Hari Tidak 31 Hari
Hadir 60 Hari Bukan Berturut-
turut

5.2. Segala pengeluaran Surat Amaran hendaklah sentiasa merujuk SOP pada jadual di atas.
5.3. Pengurus Kelas hendaklah mengisi draf Surat Amaran terlebih dahulu dan diserahkan

kepada Pn. Muharati untuk proses penyediaan surat.
5.4. Pengurus Kelas seharusnya menghubungi ibu bapa / penjaga pelajar dengan kadar segera

untuk memaklumkan tentang kesan ketidakhadiran tanpa kenyataan pelajar, sebelum
masalah ponteng semakin rumit.
5.5. Menyimpan Surat-surat Amaran pelajar dalam Fail Pengurus Kelas.
5.6. Pelajar Diploma tidak terikat dengan SOP pengeluaran Surat Amaran mengikut jadual di
atas.

PERINGATAN

1. Fail Peribadi Pelajar

1.1. Setiap pelajar mesti mempunyai Fail Peribadi Pelajar.
1.2. Fail ini hendaklah dikemaskini dari semasa ke semasa dan disimpan di Bilik Kaunseling.

Semua butiran dan maklumat pelajar mesti disimpan di dalam fail ini. Antara kandungan fail
ini ialah;
1.2.1. Borang maklumat peribadi pelajar serta salinan Surat Beranak, Kad Pengenalan

pelajar dan ibubapa.
1.2.2. Slip Keputusan peperiksaan/ ujian.
1.2.3. Kad Rawatan Pesakit Luar.
1.2.4. Surat-surat cuti dan lain-lain perkara yang berhubung dengan maklumat pelajar.

Nurturing Knowlegde Workers With Character 162

Kolej Vokasional Segamat MAKLUMAT & RUJUKAN TAMBAHAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

2. Buku Pelaporan Kokurikulum Pelajar

2.1. Setiap pelajar mesti dipastikan mempunyai Buku Pelaporan Kokurikulum.
2.2. Buku ini dikutip setiap semester untuk ditandatangani oleh Pengarah /Ketua Unit Sukan dan

Kokurikulum.
2.3. Pengurus Kelas akan memastikan maklumat penglibatan pelajar dalam kegiatan

kokurikulum dicatat dalam Buku Pelaporan Kokurikulum tersebut.

3. Kuasa Mengutip Bayaran Tambahan

3.1. Semua Pengurus Kelas mestilah mendapat surat kuasa mengutip Bayaran Tambahan
pelajar.

3.2. Surat kuasa ini sebaiknya dilekat di Fail Peribadi Pengurus Kelas.
3.3. Rujuk Pekeliling Kolej untuk mengetahui jenis, jumlah dan tarikh kutipan mesti dibuat.
3.4. Resit hendaklah diberikan serta merta kepada pelajar yang membuat bayaran.
3.5. Sila isi rekodkan penerimaan bayaran daripada pelajar.

4. Jawatankuasa Organisasi Kelas

4.1. Pengurus Kelas hendaklah memastikan seseorang pelajar yang memegang jawatan induk
di dalam kelas adalah pelajar yang bertanggung jawab, boleh diteladani, memahami
tanggung jawab dan sedia berkhidmat.

4.2. Pengurus Kelas hendaklah memastikan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar dan Pengawas
Pusat Sumber tidak dilantik untuk memegang jawatan induk di kelas.

5. Susunan Pelajar Di Kelas

5.1. PIC Kelas diminta memastikan susunan pelajar dan kedudukan kerusi meja di kelas
masing-masing kemas dan selesa.

5.2. Setiap kelas dikehendaki menyusun kerusi meja secara berkembar sahaja atau mengikut
kreativiti PIC kelas.

5.3. Susunan pelajar di kelas mestilah meletakkan pelajar lelaki di hadapan diikuti oleh pelajar
perempuan.

6. Tugasan Lain

6.1. Pengurus kelas diminta mewujudkan Group Whatsapp / Telegram dengan ibu bapa /
penjaga, untuk memudahkan sebarang penyaluran maklumat tentang kolej kepada pelajar.

6.2. Pengurus kelas hendaklah sentiasa memaklumkan kepada KU HEP / TPSA tentang segala
masalah ketidakhadiran pelajar, masalah disiplin dan segala bentuk masalah
kemalangan yang menimpa pelajar.

Nurturing Knowlegde Workers With Character 163

Kolej Vokasional Segamat PENGHARGAAN
Buku Panduan Pengurusan V-SMAT 2021

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN

En. Mohd Joned bin Musa
Hj. Affandi bin Masturi

En. Abdul Halim bin Hasnan
Cik Hasfarina binti Abas
En. Abdul Ghani bin Ta’at
En. Tahir bin Jais

Hj. Abdul Razak bin Zaiden
Pn. Raja Rozita binti Raja Ariff Shah

En. Muzaimi bin Md Yusof
Hj. Mohd Yazid bin Jamari
En. Noranizam bin Jamian
Hj. Akashah bin Ahmad Ghazali

Hj. Ishak bin A.Hamid
Pn. Rahimah binti Rahit
Cik Khadijah binti Ahmad
En. Lizatulakmam bin Laimi
En. Mohd Faizan Rizal bin Aman
En. Mohamad Irofaizami Mohar bin Mohd Hilmi

JK Cetak, Penyusunan dan Penjilidan

En. Mahmud bin Basiran
Hj. Hasbollah bin Abd Rahman
Pn. Muharati binti Abu Bakar
En. Rozdie Isrul bin Iskandar

En. Mohd Azwan bin Raman
En. Arshad bin Sulaiman

Cik Hjh. Fadzilah binti Wan Yusop
En. Mohd Nezar bin Mohamad Saih

En. Jailani bin Kadiran

Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
untuk menyediakan

Buku Pengurusan Kolej Vokasional Segamat (V-SMAT) Tahun 2021

Nurturing Knowlegde Workers With Character 164


Click to View FlipBook Version