The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulkarnainjamaluddin, 2020-11-25 09:25:09

NOTA BIOLOGI SEMPOI

NOTA

Keywords: NSB

Nota Sempoi Biologi SPM

3.2 Peranan Sistem Saraf dalam Manusia.
Organisasi Sistem Saraf
1. Sistem saraf (SS) terdiri daripada Sistem Saraf Pusat
(SSPu) dan Sistem Saraf Periferi (SSPe).
2. SSPu terdiri daripada otak dan saraf tunjang.
3. SSPe terdiri daripada saraf kranium yang bercabang dari
otak dan saraf spina yang bercabang dari saraf tunjang.

201

Nota Sempoi Biologi SPM

Struktur Otak dan Fungsinya.
1. Otak terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu serebrum,
serebelum dan medula oblongata.
Struktur otak

2. Serebrum mengawal aktiviti terkawal seperti kecerdasan,
pemikiran, ingatan, pembelajaran, penaakulan dan
penyelesaian masalah.

3. Serebelum mengkoordinasikan pengecutan otot untuk
pergerakan dan mengawal keseimbangan badan.
Struktur otak

202

Nota Sempoi Biologi SPM

4. Medula oblongata (MO) mengawal tindakan luar kawal
seperti kadar denyutan jantung, peristalsis, kadar
pernafasan, tekanan darah dan perubahan saiz salur darah.

5. MO juga mengawal tindakan refleks tertentu seperti batuk,
bersin, muntah dan menelan.

6. Talamus berfungsi untuk menerima maklumat daripada
reseptor deria lalu menghantarkannya ke bahagian
serebrum yang tertentu untuk diproses.

7. Hipotalamus berfungsi mengawal atur keseimbangan
dinamik persekitaran dalam seperti tekanan osmosis darah
dan suhu badan melalui kelenjar pituitari.

Saraf tunjang (ST)
1. ST menghubungkan otak dengan SSPe.
2. ST terdiri daripada jirim kelabu dan jirim putih.
3. Saraf spina berasal daripada ST.
4. Setiap saraf spina bercabang dua membentuk akar dorsal

dan akar ventral sebelum bersambung dgn ST.
5. ST mengawal tindakan refleks.

203

Nota Sempoi Biologi SPM

Saraf tunjang terdapat dalam turus vertebra.
Saraf tunjang menghubungkan otak dengan saraf spina.

Struktur neuron
1. Setiap neuron terdiri daripada satu badan sel yang
mengandungi nukleus dengan sitoplasma.
2. Badan sel neuron dengan sitoplasma mengandungi unjuran
gentian yang dinamakan dendron atau akson.

204

Nota Sempoi Biologi SPM

Struktur suatu neuron

3. Dendron membawa impuls saraf ke dalam badan sel
manakala akson membawa impuls saraf keluar dari badan
sel.

4. Dendron bercabang membentuk gentian halus yang
dikenali sebagai dendrit untuk menerima impuls saraf.

5. Akson bercabang membentuk terminal akson yang berakhir
dalam bonggol sinaps.

6. Akson dan dendron yang panjang diselaputi dengan
membran penebat yang dinamakan salut mielin.

7. Di sepanjang salut mielin terdapat celahan yang dinamakan
nodus Ranvier.

Jenis neuron dan fungsinya
1. Terdapat tiga jenis neuron iaitu neuron aferen (NA),
interneuron (IN) dan Neuron eferen (NE).
2. NA menghantar impuls dari Reseptor ke sistem saraf pusat
(otak dan saraf tunjang).
3. IN menghantar impuls saraf dari NA ke SSP dan dari SSP
ke NE.
4. NE menghantar impuls saraf dari SSP ke Efektor iaitu
kelenjar dan otak untuk menghasilkan gerak balas.

205

Nota Sempoi Biologi SPM

Sinaps dan Penghantaran maklumat.
1. Sinaps ialah satu ruang sempit di antara terminal akson
neuron penghantar dengan dendrit neuron penerima.
2. Impuls saraf daripada neuron penghantar hanya boleh
dihantar merentasi sinaps secara kimia.
Impuls saraf merentasi sinaps

3. Terminal akson neuron penghantar berakhir dengan
bonggol sinaps yang banyak mengandungi vesikel sinaps
dan mitokondria.

206

Nota Sempoi Biologi SPM

4. Vesikel sinaps mengandungi bahan kimia yang disebut
neurotransmiter.

5. Apabila suatu impuls saraf sampai ke bonggol sinaps pada
terminal akson, vesikel sinaps dirangsangkan untuk
membebaskan neurotransmiter ke dalam sinaps.

6. Neurotransmiter meresap merentasi sinaps ke dendrit
neuron penerima.

7. Dendrit itu dirangsangkan untuk mencetus impuls saraf
yang dibawa oleh neuron penerima ke neuron lain atau
efektor.

8. Tenaga dibekalkan oleh mitokondrion supaya impuls saraf
dapat merentas sinaps.

9. Sinaps memastikan impuls saraf bergerak dalam satu arah
sahaja.

Perbezaan tindakan terkawal, tindakan luar kawal dan tindakan refleks.

Jenis Tindakan Terkawal Luar kawal Refleks
Tempat kawalan Serebrum Medula oblongata Saraf tunjang
Laluan impuls
R NA IN NE E R NA IN NE E R NA IN NE E
(tangan)
Contoh Mengangkat Pernafasan, batuk,
tangan, berjalan bersin, muntah dan R NA NE E (kaki)
dan menulis pencernaan. Kaki terangkat
apabila terpijak paku
dan tangan diangkat
apabila tersentuh
cerek panas.

207

Nota Sempoi Biologi SPM

Arka refleks dalam sentakan lutut yang terlibat hanya dua neuron

Arka refleks bagi tindakan menarik tangan daripada objek panas

208

Nota Sempoi Biologi SPM

Penyakit berkaitan dengan Sistem saraf
1. Penyakit Alzheimer merupakan suatu penyakit neurologi
yang berkaitan dengan kehilangan ingatan dan
kemerosotan pemikiran.
2. Disebabkan oleh penyusutan tisu otak dan kekurangan
rembesan neurotransmiter, iaitu asetilkolina di otak.
3. Biasanya berlaku kepada warga tua dan boleh diwarisi.
4. Simptomnya seperti kurang pintar, hilang ingatan, fikiran
bercelaru dan kurang tumpuan.
5. Penyakit Parkinson merupakan penyakit berkaitan dengan
sistem saraf.
6. Penyakit ini menyebabkan pergerakan menggeletar dan
kelemahan otot.
7. Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan rembesan
neurotransmiter, iaitu dopamin di otak.
8. Berlaku kepada warga tua tetapi tidak boleh diwarisi.

209

Nota Sempoi Biologi SPM

3.3 Peranan Hormon dalam Manusia.
Sistem endokrin dan Hormon

Kelenjar Hormon Fungsi Proses
endokrin ADH fisiologi
Pituitari TSH Merangsang penyerapan semula air Homeostasis
FSH di tubul ginjal.
Tiroid LH Merangsang, sintesis dan rembesan Pembiakan
Adrenal tiroksina dari kelenjar tiroid.
Pertumbuhan Merangsang perkembangan folikel Pertumbuhan
Pankreas Tiroksina dalam ovari dan perkembangan Homeostasis
sperma dalam testis. Pertumbuhan
Adrenalina Merangsang pengovulan dan
pembentukan korpus luteum dalam Homeostasis
Aldosteron ovari.
Insulin Merangsang pertumbuhan dan
sintesis protein.
Mengawal atur kadar metabolisme
badan.
Membantu perkembangan mental
dan fizikal pada kanak-kanak.
Meningkat kadar denyutan jantung,
kadar pernafasan, tekanan darah,
kadar metabolisme, pengaliran darah
ke otot dan aras glukosa dalam
darah.
Mengawal atur penyerapan semula
garam di ginjal.
Merangsang pertukaran glukosa
berlebihan kepada glikogen yang
disimpan dalam sel hati dan otot.

210

Nota Sempoi Biologi SPM

Ovari Glukagon Merangsang pertukaran glikogen Pembiakan
Testis Estrogen kepada glukosa di hati.
Meningkatkan aras glukosa dalam
Progesteron darah.
Testosteron Membaiki dan membina dinding
uterus dan merangsangkan
perkembangan organ seks
perempuan.
Merangsang perkembangan ciri seks
sekunder pada perempuan.
Mengekalkan penebalan dinding
uterus untuk penempelan embrio.
Merangsang pembentukan sperma
dan organ seks lelaki.
Merangsang perkembangan ciri-ciri
seks sekunder pada lelaki.

211

Nota Sempoi Biologi SPM

Kesan Ketidakseimbangan Hormon

Hormon Berlebihan Kekurangan
Tiroksina Hipertiroidisme Iodin menyebabkan
goiter.
Pertumbuhan Kegergasian Pada kanak-kanak;
ADH Edema- pengumpulan kretinisme iaitu
Insulin air yang berlebihan perkembangan mental
dalam badan. dan fizikal yang
Koma- Aras glukosa terbantut.
menurun secara Dewasa; hipotiroidisme.
mendadak. Kekerdilan
Diabetis insipidus-
kuantiti urin banyak dan
kerap.
Diabetis melitus- aras
glukosa tinggi dalam
darah.

3.4 Homeostasis dalam Manusia.
1. Homeostasis ialah proses pengawalaturan faktor fizikal dan
kimia pada persekitaran dalam supaya faktor-faktor ini
sentiasa berada dalam keadaan optimum.
2. Homeostasis mengawal atur perubahan pada faktor-faktor
di persekitaran dalam melalui sistem suap balik negatif
yang bertindak sebagai mekanisme pembetulan untuk
mengembalikan faktor itu pada keadaan normal.

212

Nota Sempoi Biologi SPM

Struktur Ginjal
Sistem perkumuhan manusia

1. Setiap ginjal terdiri daripada korteks di bahagian luar,
medula di bahagian dalam dan pelvis yang bersambung
dengan ureter.

2. Setiap ginjal terdiri daripada berjuta-juta tubul yang seni
dinamakan nefron.

Keratan membujur ginjal Struktur nefron

213

Nota Sempoi Biologi SPM

3. Setiap nefron terdiri daripada kapsul Bowman (KB) yang
berbentuk cawan dan bermula di korteks.

4. Tubul yang bersambung dengan kapsul Bowman disebut
tubul berlingkar proksimal (TBP).

5. TBP bersambung dengan liku Henle (LH) yang berbentuk
U di medula.

6. LH pula bersambung dengan tubul berlingkar distal (TBD)
yang bersambung dengan tubul pengumpulan (TP).

7. Dalam KB terdapat satu jaringan kapilari yang dinamakan
glomerulus (GL).

8. GL terdiri daripada arteriol aferen (AA) yang bercabang dari
satu cabang arteri renal dan arteriol eferen (AE) yang
membawa darah keluar dari GL.

Proses Pembentukan Air Kencing.

Proses Penerangan

1. Disebabkan tekanan hidrostatik yang tinggi

Ultraturasan dalam GL.

(UT) 2. Ia wujud akibat perbezaan saiz antara AA yang

berdiameter lebih besar berbanding diameter AE.

3. Proses ini dinamakan Ultra Turasan.

4. Ia berlaku di Glomerulus.

5. Akibatnya, sebahagian besar komponen darah

terturas keluar dari Glomerulus ke dalam Kapsul

Bowman.

6. Komposisi hasil turasan glomerulus (HTG) dalam

KB adalah plasma darah kecuali eritrosit, platlet

dan protein plasma.

214

Nota Sempoi Biologi SPM

Penyerapan 1. Komponen utama dalam hasil turasan
Semula (PS) glomerulus ialah air, urea, glukosa, asid amino
dan garam, iaitu ion Na+.
Rembesan
(RE) 2. PS berlaku di sepanjang tubul uriniferus.
3. Di TBP, lebih kurang 65% air dalam HTG diserap

semula ke dalam kapilari darah di sekeliling tubul
nefron secara osmosis.
4. Semua glukosa dan asid amino serta garam
diserap semula ke dalam kapilari darah secara
resapan berbantu dan pengangkutan aktif.
5. Urea tidak diserap semula.
6. Di tubul menurun LH, lebih kurang 20% air
diserap semula ke dalam kapilari darah secara
osmosis.
7. Pada tubul menaik LH, garam (ion Na+) diserap
semula secara pengangkutan aktif.
8. Pada TBD dan TP, hanya air dan garam yang
diserap semula.
1. Pada TBD, bahan kumuh seperti urea, asid urik
dan ammonia dirembes keluar daripada kapilari
darah ke dalam TBD secara pengangkutan aktif.
2. Proses ini dinamakan rembesan.
3. Sesetengah bahan seperti dadah, alkohol dan
bahan toksik dirembes keluar dari darah melalui
resapan ringkas.
4. Hasil akhir yang masih tertinggal di dalam TP
akan dikeluarkan sebagai air kencing.

215

Nota Sempoi Biologi SPM

Proses pengosmokawalaturan (POS)
1. Satu proses untuk mengawal atur keseimbangan air dan
garam dalam badan supaya tekanan osmosis darah (TOD)
dapat dikekalkan pada julat normal.
2. Kandungan air dan garam dalam darah menentukan TOD.
3. Apabila kandungan garam tinggi dan isipadu air rendah
dalam darah, TOD adalah tinggi.
4. Sebaliknya, apabila isipadu air tinggi dan garam rendah,
maka TOD adalah rendah.

Mekanisme Pengosmokawalaturan
1. POS melibatkan dua hormon, iaitu ADH dan aldosteron.
2. kedua-dua hormon bertindak melalui mekanisme suap balik
negatif (SBN) untuk mengawal atur kandungan air dan garam
melalui proses penyerapan semula.
3. ADH mengawal atur penyerapan semula air, manakala
aldosteron mengawal atur penyerapan semula garam.
4. TOD meningkat apabila air hilang melalui perpeluhan atau
selepas memakan makanan yang masin.
5. Osmoreseptor pada hipotalamus mengesan peningkatan TOD.
6. Ini merangsang kelenjar Pituitari merembes ADH.
7. ADH ini menambahkan ketelapan TBD dan TP terhadap
penyerapan semula air.
8. Akibatnya, lebih banyak air diserap semula daripada tubul ke
dalam kapilari darah.
9. Keadaan ini menurunkan TOD ke aras normal.
10. Air kencing yang dihasilkan juga pekat dan sedikit.
11. Apabila TOD menurun akibat berlebihan dalam minum air.

216

Nota Sempoi Biologi SPM

12. Perubahan ini dikesan oleh Osmoreseptor pada hipotalamus.
13. Keadaan ini merangsang kelenjar Adrenal merembeskan

hormon aldosteron.
14. Kelenjar pituitari kurang merembeskan ADH.
15. Hormon aldosteron menambahkan ketelapan dinding TBD

dan TP terhadap penyerapan semula garam.
16. Oleh itu, lebih banyak garam diserap semula dari tubul ke

dalam kapilari darah.
17. TOD dinaikkan ke aras normal.
18. Kurang air diserap semula.
19. Akibatnya, air kencing yang cair dan banyak dihasilkan.

Kesan Kegagalan Fungsi Ginjal.
1. Ginjal tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai organ
perkumuhan dan organ pengosmokawalaturan.
2. Bahan kumuh daripada metabolisme seperti urea, air dan
garam berlebihan tidak dapat disingkirkan daripada badan
dan TOD tidak dapat dikawal atur.
3. Penyingkiran bahan kumuh bernitrogen seperti urea, air
dan garam berlebihan daripada badan dalam bentuk air
kencing membolehkan ginjal mengekalkan TOD pada aras
normal.

Hemodialisis
1. Ialah proses penggunaan mesin dialisis untuk
menyingkirkan bahan buangan metabolik seperti urea, air
dan garam yang berlebihan daripada darah.

217

Nota Sempoi Biologi SPM

2. Mesin dialisis terdiri daripada tubul berlingkar yang separa
telap dan diisikan dengan bendalir dialisis.

3. Kepekatan bendalir dialisis di dalam mesin dialisis
dikekalkan pada kepekatan yang sama dengan plasma
darah.

Tindakan mesin dialisis

1. Bendalir dialisis sentiasa mengalir dan ditukar untuk
menyingkirkan bahan kumuh dan mengekalkan kecerunan
kepekatan bagi resapan antara darah pesakit dengan
bendalir dialisis.

2. Semasa hemodialisis, darah pesakit dipam keluar dari arteri
radial pada pergelangan tangan untuk mengalir ke dalam
mesin dialisis lalu mengalir keluar untuk dikembalikan ke
dalam badan melalui vena pada tangan yang sama.

3. Semasa darah mengalir melalui tubul berlingkar, urea dan
garam yang berkepekatan tinggi dalam darah meresap
keluar melalui dinding tubul ke dalam bendalir dialisis yang
mengandungi urea dan garam yang kepekatan rendah.

218

Nota Sempoi Biologi SPM

4. Oleh itu, urea dan garam dapat disingkirkan dari badan dan
TOD dapat dikawal atur pada julat normal.

Pengawalan Aras Gula dalam Darah.
1. Glukosa diperlukan untuk respirasi.
2. Aras normal glukosa pada manusia ialah kira-kira 90
mg/100cm3 darah.
3. Apabila aras glukosa meningkat, sel Beta (β) pada
kelompok sel Langerhans di pankreas merembeskan
hormon insulin ke dalam darah.
4. Di hati, hormon insulin menukarkan glukosa berlebihan
dalam darah kepada glikogen untuk disimpan dalam sel
otot dan sel hati.
5. Pertukaran glukosa kepada glikogen merupakan
mekanisme suap balik negatif bagi menurunkan aras
glukosa yang tinggi dalam darah ke aras glukosa darah
normal.
6. Apabila aras glukosa menurun atau rendah, sel alfa (α)
Largerhans dirangsang utk merembeskan hormon
glukagon.
7. Di hati, hormon glukagon menukarkan glikogen kepada
glukosa.
8. Akibatnya, aras glukosa yang rendah dapat dinaikkan dan
dikembalikan ke aras normal.

219

Nota Sempoi Biologi SPM

Pengawalaturan Suhu Badan melalui cara fizikal.
1. Apabila cuaca di luar panas, kelenjar peluh dirangsang
untuk mengeluarkan peluh.
2. Banyak peluh dikeluarkan dan banyak juga peluh disejat.
3. Penyejatan ini menyebabkan banyak haba disingkirkan
daripada badan.
4. Seterusnya, otot pada arteriol aferen mengendur
menyebabkan pemvasodilatan berlaku di mana, kapilari
darah mengembang dan diameternya bertambah.
5. Akibatnya, lebih banyak darah mengalir melalui kapilari
darah yang besar dan berada berhampiran dengan
permukaan kulit badan.
6. Haba berlebihan dalam badan disingkirkan melalui sinaran.
7. Selain itu, otot regang rambut mengendur.
8. Rambut condong ke permukaan kulit.
9. Satu lapisan udara nipis terperangkap di antara rambut
dengan permukaan kulit.
10. Maka, banyak haba hilang melalui sinaran.
11. Dalam persekitaran yang sejuk, kelenjar peluh tidak
dirangsang, oleh itu kelenjar peluh tidak aktif.
12. Kurang peluh dikeluarkan dan kurang peluh tersejat serta
kurang haba disingkirkan daripada badan.
13. Tetapi, otot pada arteriol aferon akan mengecut dan proses
pemvasocerutan berlaku.
14. Di mana, kapilari darah mengecut dan diameternya
berkurang.
15. Maka, kurang darah mengalir melalui kapilari darah yang
kecil dan berada jauh dari permukaan kulit badan.

220

Nota Sempoi Biologi SPM

16. Dan, kurang haba disingkirkan melalui sinaran.
17. Selain itu, otot regang rambut mengecut dan menyebabkan

rambut menjadi tegak.
18. Satu lapisan udara yang tebal terperangkap di antara

rambut dengan permukaan kulit. Udara merupakan penebat
haba yang baik.
19. Kurang haba dihilangkan melalui sinaran.

Pengawalaturan suhu badan melalui proses metabolisme.
1. Dalam persekitaran yang panas, otot rangka tidak
mengecut dan mengendur secara berulang-ulang.
2. Keadaan menggigil tidak berlaku dan tiada haba dihasilkan.
3. Kelenjar adrenal tidak dirangsangkan. Maka, kurang atau
tiada hormon adrenalina dirembeskan.
4. Kelenjar tiroid tidak dirangsang menyebabkan sangat
sedikit hormon tiroksina dirembeskan. Maka, kurang haba
dihasilkan.
5. Dalam persekitaran yang sejuk pula, otot rangka mengecut
dan mengendur secara berulang-ulang. Keadaan menggigil
berlaku.
6. Haba dihasilkan untuk meningkatkan suhu.
7. Kelenjar adrenal dirangsangkan oleh hipotalamus untuk
merembeskan hormon adrenalina.
8. Kadar metabolisme meningkat untuk menaikkan suhu
badan. Kelenjar tiroid dirangsangkan untuk merembeskan
hormon tiroksina.
9. Kadar metabolisme meningkat dan lebih banyak haba
dihasilkan.

221

Nota Sempoi Biologi SPM

3.5 Mengamalkan Gaya Hidup Sihat.
Kesan Penyalahgunaan Dadah kepada Manusia.
1. Dadah menganggu tindakan neurotransmitter dan
menjejaskan fungsi sistem saraf.
2. Dadah boleh bertindak sebagai perangsang atau
penenang.
3. Dadah jenis kokain, nikotin, amfetamin dan kafein adalah
dadah jenis perangsang untuk jangka masa yang panjang
boleh mempengaruhi fungsi sistem peredaran darah,
sistem pencernaan dan sistem saraf yang menyebabkan
halusinasi dan kemurungan.
4. Dadah penenang seperti morfin, barbiturat, trankuiliser dan
heroin boleh menyebabkan kehilangan ingatan, tidak dapat
menumpukan perhatian, masalah pernafasan, kanser
peparu, kerosakan hati dan otak, mengantuk, kecelaruan
dan koma.

Kesan penyalahgunaan Alkohol kepada Manusia.
1. Alkohol melambatkan fungsi sistem saraf pusat

terutamanya penghantaran impuls saraf di otak.
2. Ia juga melambatkan tindakan refleks mengganggu

koordinasi dan menyebabkan kegagalan membuat
pertimbangan.
3. Antaranya, alkohol boleh menyebabkan kekeliruan,
percakapan yang tidak teratur, kelemahan koordinasi otot
dan tidak dapat mengawal keseimbangan badan,
penglihatan yang kabur dan kesukaran menganggar jarak.

222

Nota Sempoi Biologi SPM

4. Ia juga boleh menjadikan seseorang menjadi agresif dan
ganas.

5. Dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan
kerosakan hati.

3.6 Hormon Tumbuhan.
Kesan Auksin ke atas Gerak Balas Pertumbuhan
1. Gerak balas pertumbuhan dinamakan tropisme.
2. Gerak balas tropisme dikawal oleh hormon auksin.

Aktiviti Eksperimen I Ekperimen II Eksperimen III
Langkah 1
Hujung koleoptil Hujung koleoptil Hujung koleoptil
Langkah 2
Pemerhatian dipotong pada dibuang dan dibuang dan
Inferens
bahagian atas zon diletakkan diatas diletakkan di atas
Kesimpulan
pemanjangan. blok agar. blok agar.

Hujung dibuang Selepas 2 jam, blok Selepas 2 jam,

tiada pertumbuhan. agar diletak pada Blok agar

koleoptil terpotong. diletakkan pada

sebelah kiri

koleoptil.

Hujung diletak koleoptil tumbuh Koleoptil

semula, koleoptil tegak ke atas. membengkok ke

tumbuh ke atas. sebelah kanan.

Hujung koleoptil Bahan kimia (auksin) Auksin meresap

mempengaruhi meresap daripada secara langsung

pertumbuhan pada hujung koleoptil ke daripada blok agar

zon pemanjangan. dalam blok agar. ke dalam sebelah

kiri koleoptil sahaja.

Auksin dihasilkan di tisu meristem di hujung pucuk dan di hujung

akar. Auksin merangsang pemanjangan sel pada ozon

pemanjangan di hujung pucuk.

223

Nota Sempoi Biologi SPM

Peranan Auksin dalam Gerak Balas Tropisme
1. Auksin mengawal gerak balas pertumbuhan pada hujung
pucuk dan hujung akar tumbuhan.
2. Gerak balas pertumbuhan ini di mana arah pertumbuhan
bergantung pada arah rangsangan dinamakan tropisme.
3. Terdapat dua jenis tropisme utama iaitu fototropisme dan
geotropisme.
4. Terdapat dua jenis fototropisme iaitu fototropisme positif
dan fototropisme negatif.

Fototropisme
1. Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai peranan auksin
dalam fototropisme adalah seperti berikut:
(a) Hujung koleoptil ialah bahagian yang peka terhadap
rangsangan cahaya.
(b) Sel meristem pada hujung pucuk menghasilkan auksin.
(c) Auksin menjauhi cahaya dan berkumpul pada
bahagian teduh.

224

Nota Sempoi Biologi SPM

(d) Kepekatan auksin yang tinggi pada pucuk merangsang
pemanjangan sel di pucuk.

(e) Auksin boleh meresap melalui blok agar (medium
cecair) tetapi tidak boleh meresap melalui kepingan
mika/medium pepejal.

Ekperimen 1

225

Nota Sempoi Biologi SPM

Geotropisme
1. Gerak balas pucuk dan akar terhadap graviti disebut
geotropisme.
2. Peranan auksin dalam geotropisme adalah seperti berikut:

Pemerhatian Penerangan

Anak benih diletak dengan pucuk Graviti menyebabkan
dan akarnya secara mengufuk meristem apeks pada hujung
dalam keadaan gelap. pucuk dan akar menghasilkan
auksin.
Graviti menyebabkan auksin
berkumpul di bahagian bawah
hujung pucuk dan hujung
akar.

Akibat tarikan graviti, auksin (a) Auksin meresap ke dalam
berkumpul pada bahagian bawah zon pemanjangan.
zon pemanjangan hujung pucuk
dan akar. (b) Daya tarikan graviti
menyebabkan auksin
berkumpul pada bahagian
bawah pucuk dan akar.

(c) Bahagian bawah pucuk
dan akar mengandungi
kepekatan auksin yang
lebih tinggi berbanding
dengan bahagian atas.

226

Nota Sempoi Biologi SPM

(a) Kepekatan auksin yang
tinggi pada hujung pucuk
merangsang pemanjangan
sel. Oleh itu, bahagian
bawah pucuk dengan
kepekatan auksin yang
lebih tinggi memanjang
lebih cepat daripada
bahagian atas. Akibatnya
pucuk membengkok dan
tumbuh ke atas,
menunjukkan geotropisme
negatif.

(b) Kepekatan auksin yang
tinggi pada hujung akar
merencatkan
pemanjangan sel.
Bahagian bawah akar
dengan kepekatan auksin
yang tinggi memanjang
lebih lambat berbanding
dengan bahagian atas.
Akibatnya, akar
membengkok dan tumbuh
ke bawah, menunjukkan
geotropisme positif.

227

Nota Sempoi Biologi SPM

Penggunaan Hormon dlm Pertanian

Hormon Penggunaan Hormon Penerangan
Auksin Merangsang pertumbuhan Digunakan pada keratan batang
akar adventitius untuk mempercepat pertumbuhan
Etilena Sebagai racun rumpai akar dan batang.
Digunakan sebagai herbisid dalam
Dalam pembentukan buah kepekatan yang tinggi untuk
membunuh rumpai dikotiledon tetapi
Dalam pembentukan tumbuhan monokotiledon tidak
tumbuhan yang rendah dan diganggu.
rimbun Disembur pada buah-buahan untuk
mengelakkan keguguran buah
Merangsang pertumbuhan sebelum masak.
tanaman Disembur pada stigma bunga dan
Merangsang pemasakan ovari dalam bunga untuk
buah merangsang ovari berkembang
menjadi buah tanpa persenyawaan.
Proses ini dinamakan parternokarpi.
Buah tanpa biji dihasilkan.
Pekebun memotong tunas dihujung
pucuk untuk mengurangkan aras
auksin supaya tunas sisi boleh
tumbuh ke sisi dan menjadikan
tumbuhan itu rimbun.
Auksin digunakan pekebun untuk
merangsang pemanjangan sel pada
pucuk.
Disembur pada buah untuk
merangsang buah cepat masak.

228

Nota Sempoi Biologi SPM

229

Nota Sempoi Biologi SPM

BAB 4 PEMBIAKAN DAN PERTUMBUHAN
4.1 Pembentukan Gamet.
Keperluan Pembentukan Gamet.
1. Gamet dihasilkan melalui proses meiosis.
2. Proses ini berlaku di dalam organ pembiakan yang dikenali

sebagai gonad.
3. Proses ini menghasilkan sel-sel pembiakan yang disebut gamet

yang bersifat haploid, iaitu sel yang mengandungi separuh
daripada bilangan kromosom sel induk.
Pembentukan Sperma atau Spermatogenesis

Sistem pembiakan lelaki

230

Nota Sempoi Biologi SPM

1. Sistem pembiakan lelaki terdiri daripada sepasang testis
yang berperanan menghasilkan sperma (gamet jantan) dan
hormon seks lelaki, iaitu testosteron.

2. Testis terdapat di dalam pundi yang disebut skrotum yang
terdapat di luar badan.

3. Di dalam setiap testis terdapat 200 lebih ruang atau lobul.
4. Setiap lobul mengandungi satu atau lebih tubul berlingkar

yang dinamakan tubul seminiferus.
5. Pembentukan sperma atau spermatogenesis berlaku dalam

tubul seminiferus.
Keratan membujur testis

6. Ia dilapisi sel-sel yang belum mengalami pengkhususan
yang dikenali sebagai germa primordium.

7. Sel ini menjalani mitosis banyak kali untuk banyak
menghasilkan spermatogonium (ST) yang diploid.

231

Nota Sempoi Biologi SPM

Pembentukan sperma pada dinding tubul seminiferus

8. Selepas baligh, spermatogonium (ST) mengalami
pertumbuhan untuk membentuk sel yang besar.

9. Sel itu disebut spermatosit primer (SP).
10. SP terus membahagi melalui meiosis I untuk menghasilkan

dua spermatosit sekunder (SS) yang haploid.
Peringkat spermatogenesis

232

Nota Sempoi Biologi SPM

11. Kedua dua SS ini membahagi melalui meiosis II untuk
menghasilkan empat spermatid (Sd) yang haploid.

12. Sd terus mengalami pembezaan dan pengkhususan untuk
menghasilkan sperma.
Struktur sperma manusia

Pembentukan Ovum atau Oogenesis
1. Proses pembentukan ovum atau Oogenesis berlaku dalam
sepasang ovari yang terletak di bahagian bawah rongga
abdomen.
2. Setiap ovari mempunyai bentuk dan saiz seperti ‘badam’
3. Ovari menghasilkan ovum dan juga hormon estrogen dan
progestron.
4. Proses oogenesis bermula semasa perkembangan fetus
perempuan dalam uterus ibunya lagi.

233

Nota Sempoi Biologi SPM

Kedudukan ovari

5. Sel germa primordium dalam ovari embrio membahagi
secara mitosis berulang-ulang kali membentuk oogonium
(OG).

6. OG yang diploid mengalami tumbesaran menjadi oosit
primer (OP).

7. Setiap OP diselaputi oleh satu atau lebih lapisan sel folikel.
Struktur oosit sekunder

8. Keseluruhan struktur ini dikenali sebagai folikel primer (FP).

234

Nota Sempoi Biologi SPM

9. Apabila dilahirkan, bayi perempuan telah mempunyai
berjuta-juta OP di dalam ovarinya.

10. OP ini meneruskan proses meiosis di bawah rangsangan
hormon perangsang folikel (FSH) apabila seorang budak
perempuan mencapai akil baligh.

11. Setiap bulan, beberapa OP dari salah satu ovari akan
menjadi aktif dan meneruskan meiosis I untuk membentuk
Oosit Sekunder (OS) yang besar dan satu jasad kutub yang
kecil.

12. Kedua-dua sel ini bersifat haploid.
13. OS akan mengalami meiosis II sehingga peringkat

metafasa II sahaja.
14. OS diselaputi oleh beberapa lapisan sel folikel yang dikenali

sebagai folikel sekunder (FS).
15. FS akan membesar dan membentuk Folikel Graaf (FG).
16. Setiap bulan, di bawah rangsangan satu lagi hormon lain

dikenali sebagai hormon peluteinan (LH), folikel Graaf (FG)
akan meletus dan Oosit Sekunder (OS) dibebaskan
daripada ovari.
17. Proses ini dikenali sebagai pengovulan.
18. OS akan memasuki Tiub Fallopia (TF) dan akan
melengkapkan pembahagian meiosis II sebaik sahaja satu
sperma menembusi Oosit Sekunder lalu membentuk ovum
dan satu jasad kutub.
19. Persenyawaan akan berlaku apabila bercantumnya nukleus
ovum dengan nukleus sperma.

235

Nota Sempoi Biologi SPM

Peringkat perkembangan dan pembentukan ovum
Persamaan dan perbezaan antara spermatogenesis dan oogenesis.

236

Nota Sempoi Biologi SPM

Persamaan Penerangan
Kedua-dua proses berlaku di dalam Sel-sel epitelial germa terdapat di organ
organ pembiakan. pembiakan.
Sel-sel epitelial germa adalah diploid. Untuk menghasilkan gamet haploid.

Sel-sel epitelial germa menjalani Untuk menghasilkan banyak sel diploid.

meiosis.

Kedua-dua proses menjalani meiosis. Untuk menghasilkan empat sel anak haploid.

Kedua-dua proses melibatkan Persediaan untuk membesar.

pertumbuhan.

Perbezaan:

Spermatogenesis Oogenesis
Berlaku dalam testis kerana ia adalah Berlaku dalam ovari kerana ia adalah organ
organ pembiakan lelaki. pembiakan perempuan.
Melibatkan proses pembezaan. Tidak melibatkan proses pembezaan.
Menghasilkan empat sperma yang aktif. Menghasilkan satu ovum (dan tiga jasad
kutub yang akan merosot).
Sperma mempunyai saiz yang lebih ovum mempunyai saiz yang lebih besar,
kecil dan mempunyai ekor untuk pergerakan dibantu oleh silia di tiub Fallopia.
berenang.
Berlaku sepanjang hayat. Berhenti apabila menopaus.
Bermula selepas mencapai akil baligh. Bermula pada peringkat fetus.
Pembentukan sperma berlaku setiap Pembentukan ovum sekali dalam kitar haid.
masa
Mengalami proses meiosis lengkap. Meiosis II hanya lengkap selepas ovum
disenyawakan.
Sel epitelial germa membahagi Sel epitelial germa membahagi membentuk
membentuk spermatogonium (SG). oogonium (OG).
Spermatogonium berkembang Oogonium (OG) berkembang menghasilkan
menghasilkan Spermatosit Primer (SP). Oosit Primer (OP).

237

Nota Sempoi Biologi SPM

4.2 Peranan Hormon dalam Kitar Haid.

Masa Peristiwa yang berlaku dalam
(hari)
1-5 Ovari Uterus
6-13
14 Perkembangan folikel Haid berlaku.
15-24
primer.
25-28
Kematangan folikel Pemulihan dan penebalan

Graaf. endometrium.

Pengovulan. Penebalan endometrium

terus berlaku.

Perkembangan Korpus Penebalan endometrium

Luteum. terus berlaku.

Pembentukan tisu dan salur

darah dalam endometrium.

Kemerosotan Luteum Kemerosotan endometrium.

Korpus jika

persenyawaan tidak

berlaku.

238

Nota Sempoi Biologi SPM

Perubahan aras Hormon semasa kitar haid dan hubungannya dengan
perubahan di dalam ovari dan uterus.

239

Nota Sempoi Biologi SPM

Peranan Hormon dalam Mengawal Atur Kitar Haid

Kelenjar Hormon Peranan
Endokrin dirembeskan
Merangsang perkembangan
Pituitari LH folikel di dalam ovari. Oosit
FSH primer yang terkandung dalam
folikel primer akan
Progesteron berkembang dan menjadi
oosit sekunder yang
terkandung dalam folikel
Graaf.
Merangsang pengovulan.
Memperbaiki dan memulihkan
endometrium selepas haid.
Merencatkan penghasilan
FSH.
Merangsang penghasilan LH.
Merangsang penebalan
dinding endometrium untuk
penempelan embrio.
Menghalang penghasilan FSH
dan LH oleh kelanjar pituitari.

Sindrom Prahaid
1) Sindrom ialah istilah yang digunakan untuk menghuraikan

beberapa simptom atau gejala yang tidak khusus untuk
mencirikan sesuatu penyakit.

240

Nota Sempoi Biologi SPM

2) Prahaid merujuk kepada waktu sebelum mulanya haid.
3) Jadi, sindrom prahaid ialah tanda- tanda atau gejala yang

dialami oleh seorang wanita sebelum bermulanya haid.
4) Gejala- gejala ini akan muncul dari tujuh hingga 14 hari sebelum

hari pertama bermulanya haid.
5) Gejala- gejala yang dialami boleh dikelaskan kepada tiga

kategori iaitu:

Kategori Gejala
Fizikal Sakit pinggang, pening kepala, pitam, sakit
kepala, sakit sendi, rasa loya, tidak berselera
Emosi untuk makan, kurang tenaga, tidur tidak lena,
Mental kesakitan pada payu dara.
Cepat marah, tidak tenteram, gelisah, muram.
Kurang daya ingatan, sukar memberi tumpuan.

6) Bukan semua wanita akan mengalami semua gejala yang
disebutkan.

7) Sindrom prahaid disebabkan oleh kemerosotan pada aras
hormon estrogen dan progesteron dalam kitar haid dan ini
adalah keadaan yang berlaku secara semula jadi.

Putus Haid
1) Putus haid ialah tempoh masa terhentinya pengovulan dan
haid secara semula jadi pada wanita dan lazimnya berlaku
dalam lingkungan 46 hingga 50 tahun.

241

Nota Sempoi Biologi SPM

2) Apabila seorang wanita menghampiri 50 tahun, perembesan
hormon estrogen dan progesteron akan semakin berkurangan.

3) Hal ini disebabkan ovarinya semakin kurang dipengaruhi oleh
rangsangan FSH dan LH.

4) Apabila perembesan estrogen dan progesteron berhenti,
perubahan yang berlaku pada endometrium setiap bulan akan
berhenti dan haid juga berhenti.

5) Putus haid dikatakan benar- benar berlaku apabila seorang
wanita tidak datang haid untuk 12 bulan berturut- turut.

6) Gejala- gejala yang dialami oleh seseorang wanita yang
hampir putus haid termasuk berasa panas pada seluruh
badan, terutamanya pada kepala dan leher untuk beberapa
saat atau minit, berasa letih, gelisah, tidak tenteram dan
mudah tersinggung.

7) Kekurangan estrogen juga menyebabkan kecenderungan
kehilangan unsur kalsium daripada tulang.

8) Kehilangan unsur kalsium menyebabkan tulang menjadi
kurang padat dan mudah rapuh atau retak.

9) Keadaan ini dikenali sebagai osteoporosis.

242

Nota Sempoi Biologi SPM

4.3 Perkembangan Awal Zigot dalam Manusia.
1. Proses persenyawaan berlaku antara ovum dengan salah

satu sperma dalam tiub fallopia seorang wanita.
Peringkat perkembangan zigot hingga ke peringkat blastosista dan penempelan

2. Selepas 30 jam persenyawaan, zigot manusia membahagi
menjadi dua sel.

3. Zigot seterusnya membahagi lagi menjadi empat sel, lapan
sel, enam belas sel, tiga puluh dua sel dan seterusnya
sehingga menjadi satu kelompok sel yang digelar morula.

243

Nota Sempoi Biologi SPM

Embrio yang berusia sembilan hari

4. Morula menjadi bentuk sfera berongga yang disebut
blastosista.

5. Blastosista akan berkembang membentuk embrio.
6. Embrio akan mula menempel pada dinding uterus.
7. Embrio akan berkembang membentuk fetus.
Persenyawaan diikuti dengan perkembangan zigot hingga menjadi bayi

244

Nota Sempoi Biologi SPM

Pembentukan anak kembar

Pembentukan anak kembar seiras

Pembentukan anak kembar tak seiras

245

Nota Sempoi Biologi SPM

Kembar seiras Persamaan Kembar tak seiras

1. Perkembangan fetus berlaku di dalam uterus.

2. Memerlukan plasenta untuk perkembangan fetus.

3. Fetus mempunyai tali pusat.

4. Fetus menerima oksigen dan nutrien daripada darah ibu.

5. Bahan kumuh daripada darah fetus disingkirkan melalui

darah ibu.

6. Darah ibu terpisah daripada darah fetus.

Perbezaan dari segi

Satu ovum persenyawaan Dua ovum

disenyawakan oleh disenyawakan oleh

satu sperma. dua sperma yang

berlainan.

Embrio membahagi Pembahagian Pembahagian

menjadi dua embrio embrio tidak berlaku.

Fetus kembar Plasenta Setiap kembar

berkongsi satu mempunyai plasenta

plasenta. sendiri.

Kedua-dua Kandungan genetik Kandungan genetik

mempunyai dalam kedua-dua

kandungan genetik kembar tidak sama.

yang sama.

Sama. Jantina Sama atau berbeza.

Seiras. Rupa Tidak seiras.

246

Nota Sempoi Biologi SPM

Anak kembar Siam.
1. Semasa pembentukan anak kembar seiras, pembahagian
satu embrio yang tidak lengkap boleh berlaku.
2. Jika berlaku, dua embrio yang masih terlekat antara satu
sama lain pada bahagian tubuh tertentu misalnya kepala,
punggung atau perut akan terbentuk.
3. Anak kembar ini dikenali sebagai kembar Siam.

Peranan Plasenta dalam Perkembangan Fetus.
1. Plasenta ialah struktur yang tisu-tisunya terbentuk daripada
sel-sel fetus dan ibu.
2. Sistem peredaran darah (SPD) fetus terpisah daripada SPD
ibu oleh satu membran yang nipis.
3. Pemisahan SPD fetus dan ibu adalah penting kerana
tekanan darah ibu adalah jauh lebih tinggi daripada tekanan
darah fetus. Hal ini berkemungkinan boleh merosakkan
kapilari darah fetus yang sangat halus.
4. Darah ibu dan fetus tidak bercampur. Hal ini dapat
mengelakkan masalah penggumpalan darah jika kumpulan
darah fetus dan ibu berlainan.
5. Plasenta juga berfungsi sebagai satu struktur yang
‘mengawal-pilih’ antara darah ibu dengan darah fetus.
6. Ia membenarkan hanya bahan-bahan tertentu seperti
oksigen, karbon dioksida, garam mineral, glukosa, asid
amino, lipid, vitamin, urea, hormone dan antibodi meresap
melaluinya.
7. Bahan-bahan lain seperti SDM dan SDP tidak boleh
merentas plasenta.

247

Nota Sempoi Biologi SPM

8. Namun, bahan-bahan seperti dadah, alkohol, kafeina dan
bahan dari asap rokok serta virus HIV dapat merentas
plasenta dan masuk ke sistem aliran darah fetus.

Rajah: Kedudukan dan struktur plasenta
9. Plasenta juga berfungsi sebagai organ endokrin dan

merembeskan hormon yang amat penting semasa
kehamilan. Selepas bulan ketiga, korpus luteum mula
merosot dan tidak dapat merembeskan progestron lagi.
Jadi, plasenta akan mengambil alih fungsi korpus luteum
dan merembeskan progestron dan estrogen untuk
mengekalkan ketebalan endometrium.

248

Nota Sempoi Biologi SPM

4.4 Sumbangan Sains dan Teknologi dalam Pembiakan Manusia.
1. Terdapat beberapa teknik mencegah kehamilan antaranya
ialah teknik semula jadi, penggunaan alat seperti kondom,
diafragma alat intrauterin penggunaan spermisid dan pil
pencegah kehamilan.

Rajah: Alat pencegahan kehamilan

Rajah: Teknik pembedahan utk mencegah kehamilan

249

Nota Sempoi Biologi SPM

2. Terdapat beberapa teknik mengatasi masalah
ketidaksuburan:

Teknik Masalah Penerangan
Bank Sperma Sperma sedikit Penderma sperma
atau kualiti menyimpan sperma
Permanian sperma rendah. dalam bank sperma.
Beradas Biodata genetik
Sperma suami penderma direkod
Persenyawaan tidak dapat untuk memudahkan
‘in vitro’ (IVF) berfungsi dengan pemilihan sperma yang
normal (tidak baik.
aktif, cacat atau Sperma suami akan
bilangannya dikeluarkan dan
terlalu sedikit). dirawat sebelum
Tiub fallopio isteri dimasukkan ke dalam
tersumbat tiub fallopian isteri.
menyebabkan
sperma dihalang Oosit sekunder isteri
daripada dikeluarkan dari ovari
bersenyawa menggunakan jarum
dengan ovum laparoskop untuk
atau zigot tidak disenyawakan dengan
sampai ke uterus. sperma suami dalam
piring kultur dalam
makmal. Selepas dua
hari setengah, embrio

250


Click to View FlipBook Version