Nota Sempoi Biologi SPM
Piramid aliran tenaga dalam satu rantai makanan
101
Nota Sempoi Biologi SPM
Interaksi antara komponen biosis dari segi pemakanan;
Simbiosis terdiri daripada tiga iaitu Komensalisme, Mutualisme dan
Parasitisme.
Interaksi Penumpang Perumah Contoh 1 Contoh 2
Komensalisme Untung (hos)
Epifit Epizoit (ikan
Mutualisme Untung Tak (paku remora)
untung pakis pada ikan
Parasitisme Untung dan tak langsuir). yu.
Mangsa- Mangsa rugi. Kulampair Pokok
pemangsa rugi Untung (alga dan legum dan
kulat). bakteria
Rugi pengikat
Pinjal nitrogen.
Pemangsa pada Bunga
untung kulit. Rafflesia sp.
Helang
memakan Singa
arnab. memakan
rusa.
102
Nota Sempoi Biologi SPM
Paku pakis langsuir Ikan jerung dan ikan remora
Alga dan kulat Pokok legum
Pinjal pada kulit Bunga Rafflesia sp.
103
Nota Sempoi Biologi SPM
Helang memakan arnab Singa memakan rusa
- Persaingan= interaksi antara organisma-organisma yang hidup
dalam satu habitat dan bersaing untuk sumber yang sama dan
bekalannya terhad.
- Persaingan dibahagikan kepada dua iaitu persaingan interspesies
(PINER) dan persaingan intraspesies (PINAR).
- PINER ialah persaingan antara individu daripada dua atau lebih
spesies berlainan.
- PINAR ialah persaingan yang berlaku antara individu daripada
spesies yang sama.
104
Nota Sempoi Biologi SPM
8.2 Pengkolonian dan Sesaran dalam suatu ekosistem
Istilah Maksud istilah
Habitat Tempat hidup semula jadi sesuatu organisma.
Nic Peranan yang dimainkan dan aktiviti yang dilakukan oleh
Spesies (S) sesuatu organisma dalam sesuatu ekosistem.
Sekumpulan organisma serupa yang berkongsi ciri
Populasi (P) sepunya, memainkan peranan yang sama dalam
Komuniti (K) ekosistem serta boleh saling membiak antara satu sama
Ekosistem (E) lain untuk menghasilkan anak.
Sekumpulan organisma daripada spesies yang sama dan
hidup di suatu habitat yang sama pada masa yang sama.
Beberapa populasi daripada spesies berlainan yang hidup
dalam habitat yang sama dalam sesuatu ekosistem.
Unit semula jadi yang stabil serta terdiri daripada pelbagai
komuniti yang saling berinteraksi antara satu sama lain
dan persekitarannya iaitu air, udara dan tanah.
Pengkolonian dan sesaran.
- Pengkolonian ialah proses di mana satu spesies mengkoloni dan
hidup dalam satu kawasan baru.
- Sesaran ialah satu proses di mana satu spesies organisma
mengkoloni persekitaran/ habitat yang lain di mana ia lebih dapat
menyesuaikan diri dengan habitat tersebut secara beransur-ansur
dan berturutan.
105
Nota Sempoi Biologi SPM
Tanah terdedah Spesies perintis Spesies Spesies Komuniti
(rumput) penyesar dominan klimaks (pokok)
(tumbuhan (pokok renek)
herba)
Proses sesaran
Adaptasi pokok paya bakau terhadap persekitarannya
Masalah Adaptasi
Tanah yang lembut. Sistem akar yang bercabang luas / akar
jangkang.
Kepekatan garam yang Sap sel akar mempunyai kandungan garam
tinggi. yang lebih tinggi, dan dengan itu tekanan
osmosisnya lebih tinggi berbanding air laut //
Kandungan oksigen garam yang masuk disingkirkan melalui hidatod.
rendah. Akar pernafasan tegak / pneumatofor.
Tiupan angin yang
kencang dan pukulan Sistem akar yang bercabang luas.
ombak yang kuat.
Tanah berlumpur dan Biji benih vivipariti, iaitu biji benihnya bercambah
pasang surut air laut. semasa masih melekat pada induk. Bentuk
radikel yang panjang dan runcing terpacak pada
Keamatan cahaya yang tanah.
tinggi. Daun berkutikel tebal yang membantu
mengurangkan transpirasi // daunnya adalah
sukulen untuk menyimpan air.
106
Nota Sempoi Biologi SPM
Pengkolonian di ekosistem paya bakau.
Spesies bakau Adaptasi
Avicennia sp. dan Spesies perintis.
Sonneratia sp. Sistem akar yang meluas untuk perangkap lumpur
Rhizophora sp. dan bahan organik.
Menggantikan spesies perintis.
Bruguiera sp. Akar jangkang berselirat yang memerangkap ranting
kayu dan lumpur dan menyekat aliran arus air.
Nypa fruticans dan Pemerangkapan ini menyebabkan pemendapan
Pandanus sp. berlaku dengan lebih cepat. Tebing menjadi tinggi
dan kering kerana kurang dilimpahi air laut semasa
air pasang. Tanah menjadi keras dan padat.
Menggantikan Rhizophora sp.
Mempunyai akar banir yang membentuk lingkaran
yang keluar daripada tanah dan dapat
memerangkap lumpur dan kelodak. Ia mengubah
struktur tanah secara beransur-ansur.
Menggantikan Bruguiera sp.
Akhirnya terbentuk pokok-pokok lain untuk
membentuk hutan hujan tropika yang merupakan
komuniti klimaks.
107
Nota Sempoi Biologi SPM
8.3 Ekologi Populasi
- Ekologi populasi ialah cabang ekologi yang mengkaji saiz populasi
dan faktor-faktor yang mempengaruhi saiz populasi.
- Saiz populasi merujuk kepada bilangan organisma yang terdapat
dalam sesuatu populasi.
- Kepadatan populasi merujuk kepada bilangan individu suatu
spesies per unit luas habitat.
- Terdapat dua cara untuk menganggar saiz dan kepadatan sesuatu
populasi iaitu melalui perhitungan terus dan teknik persampelan.
-Kaedah persampelan kuadrat (PK) dan kaedah tangkap, tanda,
lepas dan tangkap semula (TTLTS).
- Perbezaan antara PK dan TTLTS;
Persampelan Kriteria Tangkap Tanda Lepas
kuadrat Jenis Sampel dan Tangkap Semula
Contoh sampel Haiwan / serangga
Tumbuhan Belalang, rama-rama,
Pokok semalu Ciri-ciri sampel katak, burung pipit, siput
(Mimosa pudica) dan kutu kayu.
Tidak bergerak dan
Tidak bergerak Bergerak
108
Nota Sempoi Biologi SPM
Formula Persampalen Kuadrat;
Frekuensi = Bilangan kuadrat yang mengandungi spesies yang dikaji x 100%
Jumlah bilangan kuadrat yang digunakan
Kepadatan= Jumlah bilangan individu spesies yang dikaji dalam semua kuadrat
Jumlah bilangan kuadrat x luas kuadrat
Peratus litupan= Jumlah luas litupan spesies yang dikaji dalam semua kuadrat x 100%
Jumlah bilangan kuadrat x luas kuadrat
Formula Tangkap Tanda Lepas dan Tangkap Semula;
Saiz populasi= Bil. haiwan dalam tangkapan pertama x Bil. haiwan dalam tangkapan kedua
Bil. yang didapati bertanda dalam tangkapan kedua
109
Nota Sempoi Biologi SPM
8.4 Biokepelbagaian
Pengelasan organisma;
Monera Protista Fungi Plantae Animalia
• Prokariotik. • Autotrof atau • Unisel atau • Semua jenis • Semua
• Unisel. heterotrof. atau multisel. tumbuhan haiwan
• Ada dinding kedua-duanya. daratan dan heterotrof
• Unisel (yis) akuatik. multisel.
sel. • Unisel dan atau multisel
• Tiada multisel. (cendawan/ • Contoh:lumut, • Tiada klorofil
kulat). lumut hati, dan
membran • Ada nukleus. paku pakis, menyimpan
nukleus. • Ada membran • dinding sel konifer, karbohidrat
• Contohnya: berkitin yang tumbuhan dalam bentuk
bakteria dan nukleus. bukan monokotiledon glikogen
sianobakteria. • Amoeba sp., selulosa. dan tumbuhan
dikotiledon. • Contoh: ikan,
Paramecium • Tiada klorofil burung,
sp., Spirogyra • contoh: mamalia,
sp. dan reptilia dan
Clamidomonas Mucor sp., amfibia.
sp. cendawan
dan yis.
‘MPFPA’= Manchester Protes Fasal Pengadil Angkuh.
Hierarki pengelasan Organisma;
Alam Filum Kelas Order Famili Genus Spesies
‘AFi KO FaGS= Ahmad Firdaus Ke Oman Fasal Guru Suruh’
110
Nota Sempoi Biologi SPM
Contoh: Nama saintifik Manusia = Homo sapiens
Alam Animalia
Filum Chordata
Kelas Mammalia
Order Primates
Famili Hominidae
Genus
Spesies Homo
sapiens
Contoh-contoh lain: Nama saintifik
Durio zibethinus
Nama biasa Elaeis guineensis
Durian
Panther leo
Kelapa sawit Mimosa pudica
Singa
Semalu Oryza sativa
Padi Eurycoma longifolia
Nephelium lappaceum
Tongkat Ali
Rambutan
111
Nota Sempoi Biologi SPM
8.5 Impak Mikroorganisma Terhadap Kehidupan
Mikroorganisma Struktur/ ciri-ciri Contoh
Bakteria √Bentuk kokus (sfera), vibrio Lactobacillus sp. dan
Streptococcus sp.
(koma), basilus (rod) dan pilin
(spirilum)
√Mempunyai dinding sel,
membran plasma dan DNA.
√Sesetengah menghasilkan spora
dalam keadaan tidak sesuai.
Alga √Mempunyai klorofil, kloroplas dan Fitoplankton, Spirogyra
dinding sel. sp. dan Pleuroccoccus
Kulat √Tidak mempunyai batang, daun sp.
Protozoa
Virus dan akar. Mucor sp. dan Yis
√Berfotosintesis.
√Organisma multisel atau unisel. Euglena sp.,
√Mempunyai dinding sel daripada Paramecium sp. dan
kitin. Amoeba sp.
√Tiada klorofil. Bakteriofaj dan virus
√Organisma unisel. mozek tembakau.
√Mempunyai nukleus, sitoplasma
dan membran plasma.
√Paling kecil.
√Bukan organisma bersel.
√Menjangkiti dan menggunakan
sel hidup untuk membiak.
√Terdaripada DNA atau RNA.
√Tidak mempunyai membran
plasma, sitoplasma dan
mitokondrion.
112
Nota Sempoi Biologi SPM
Peranan mikroorganisma yang berfaedah dalam ekosistem.
Ekosistem Contoh mikroorganisma Apa yang dibuat olehnya?
Pereputan √Kulat dan bakteria Mengurai bahan organik kompleks
Kitar Nitrogen saprofit seperti najis haiwan, bangkai
haiwan dan pokok reput kepada
Salur alimentari √Bakteria Pengikat ammonia.
anai-anai Nitrogen (BPN) – √BPN menukarkan N dalam
Sistem Nostoc sp. dalam
pencernaan tanah dan Rhizobium atmosfera kepada Nitrat (NO3-).
manusia sp. dalam nodul √NO3- diserap oleh akar untuk
pokok legum.
sintesis protein.
√Bakteria penitritan(BN) √Apabila tumbuhan dan haiwan
–Nitrosomonas sp.
dan Nitrobacter sp. mati, pereputan oleh
mikroorganisma pengurai seperti
Protozoa berflagelum- bakteria dan kulat saprofit kepada
Trichonympha sp. Ammonia (NH3).
√NH3 ditukarkan kepada nitrit (NO2-)
Bakteria simbiosis melalui proses Penitritan.
dalam kolon-Escherichia √NO2- ditukarkan kepada NO3-
coli (E. Coli) melalui pendenitritan.
√NO3- ditukarkan semula gas
Nitrogen.
√Mempunyai hubungan mutualisme
dengan anai- anai.
√Merembeskan enzim selulase
untuk mencernakan selulosa.
Sintesis vitamin B12 untuk
pembentukan darah dan vitamin K
untuk pembekuan darah.
113
Nota Sempoi Biologi SPM
Kitar Nitrogen
114
Nota Sempoi Biologi SPM
Mikroorganisma berbahaya;
Patogen/ Vektor Nama penyakit Cara jangkitan Simptom penyakit
Protozoa/ Malaria Nyamuk Anopheles Demam panas, menggigil,
Nyamuk Demam denggi sp. berpeluh dengan banyak.
Virus/ Nyamuk Suntikan virus Demam, sakit kepala, sakit
Aedes Kolera daripada nyamuk otot dan sendi
Aedes ke dalam
Bakteria/Lalat Tinea darah. Cirit birit, perut tegang,
Makanan atau mual, muntah dan
Kulat Keracunan minuman yang kekeringan.
makanan tercemar. Radang kulit/ tisu.
Bakteria/Lalat AIDS Sentuhan, tempat
lembap, haiwan Muntah, cirit-birit, pening
Virus HIV peliharaan. kepala.
Langau lalat bertelur
pada makanan Radang paru-paru,
dimakan Kaposi’s sarcoma, kurang
Sentuhan (hubungan berat badan, bengkak
seks), berkongsi limfa, demam, hati dan
jarum suntikan, ibu hempedu bengkak.
kepada anak. Kurang selera makan, sakit
otot dan sendi, demam,
Virus hepatitis Hepatitis A,B, Makanan dan air loya, sakit kepala dan
Virus C,D,E,X dan G dijangkiti oleh HAV demam kuning.
(Hepatitis A Virus),
Severe Acute Sexual Transmitted Selesema, batuk kering,
Respiratory Deseases (STD). sakit kepala, sakit badan,
Syndrome Penyakit berjangkit sesak nafas, pneumonia.
(SARS) melalui batuk, bersin.
115
Nota Sempoi Biologi SPM
Disinfektan Vaksin
-Bahan penyahjangkit yang digunakan -Ampaian bakteria atau virus mati
untuk membunuh mikroorganisma atau dilemahkan yang disuntik ke
pada permukaan lantai, hospital, dalam badan seseorang untuk
tandas dan perabot. merangsang sistem keimunan. badan
bagi menghasilkan antibodi yang
- Ia juga digunakan untuk dikehendaki untuk melawan penyakit
mensterilkan alatan pembedahan. tertentu.
-Contoh : Fenol, Formaldehid dan Asid - Contoh: vaksin Sabine dan BCG
karbolik
Kaedah Mengawal
Patogen
Antiseptik Antibiotik
-Bahan kimia yang disapu pada -Bahan kimia yang dihasilkan oleh
permukaan kulit yang terluka untuk mikroorganisma untuk merencat
mencegah kemasukan serta pembiakan pertumbuhan dan membunuh
patogen dlm badan melalui luka mikroorganisma lain terutamanya
tersebut. bakteria.
- Contoh: larutan iodin dan Akriflavin -Contoh: Penisilin dan Streptomisin
116
Nota Sempoi Biologi SPM
BAB 9 EKOSISTEM TERANCAM
9.1 Aktiviti manusia yang mengancam ekosistem
Bagaimanakah aktiviti manusia boleh mempengaruhi
ekosistem?
Aktiviti manusia Kesan
Penyahhutanan Kehilangan kawasan tadahan karbon bumi,
tanah runtuh, banjir kilat, perubahan cuaca,
-Penggunaan tanah kehilangan biokepelbagaian bumi, kehilangan
secara berlebihan. kawasan tadahan air, kehilangan habitat,
kepupusan flora dan fauna, pencemaran
-Penggunaan baja tak udara, kesan rumah hijau, pemanasan global.
organik dalam Eutrofikasi meningkatkan BOD air dan
pertanian. menambahkan populasi alga, hidupan akuatik
mati dan kehilangan sumber air untuk
Pembuangan bahan kegunaan domestik.
buangan domestik dan
industri Pencemaran air, udara dan kesihatan manusia
terjejas.
Terdapat empat jenis pencemaran iaitu;
Pencemaran udara, bunyi, air dan terma.
“UBAT”
117
Nota Sempoi Biologi SPM
Jenis Punca Kesan
pencemaran
Udara √Pembakaran bahan api fosil melalui Jerebu, asbut,
ekzos kenderaan bermotor seperti asma, sesak nafas,
Air plumbum, karbon monoksida, oksida hujan asid,
nitrogen dan hidrokarbon. kesuburan tanah
Terma √Pembebasan gas karbon dioksida terjejas, kanser
Bunyi paru-paru.
oleh stesen jana kuasa elektrik.
√Pembakaran hutan secara terbuka. BOD air bertambah,
√Asap Kilang mengeluarkan gas CO, pencemaran air,
NO dan SO2 ke atmosfera. kepupusan hidupan
√Baja pertanian yang mengandungi akuatik, kanser
(leukemia), kadar
NO3, PO43- mengalir ke sungai. fotosintesis
√Aliran logam berat seperti Pb, Hg berkurang.
dan Zn ke sungai oleh kilang Hidupan akuatik
industri. musnah, BOD
meningkat, rantai
√Air panas dari stesen jana kuasa makanan musnah.
elektrik dialirkan ke sungai. Tekanan darah
tinggi, pekak,
Kereta, motosikal, kapal terbang, penyakit
tapak pembinaan, mesin pertanian kardiovaskular,
dan mesin industri. ulser, kemurungan
dan sakit kepala.
118
Nota Sempoi Biologi SPM
Kesan baik dan kesan buruk aktiviti pembalakan
Kesan baik
- Rumah- rumah baru dibina.
- untuk menampung pertambahan penduduk.
- lebih banyak peluang pekerjaan.
- kemudahan infrastruktur / kemudahan awam diperbaiki.
Kesan buruk
- menyebabkan tanah terdedah kepada agen-agen hakisan.
- menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida di
atmosfera.
- menyebabkan organisma kehilangan habitat.
- banjir kilat / tanah runtuh.
- sungai menjadi cetek / tanah kurang subur.
- kesan rumah hijau / pemanasan global.
- kepupusan haiwan.
119
Nota Sempoi Biologi SPM
Kesan pencemaran udara terhadap fotosintesis dan keseimbangan
alam.
- Menyerap karbon dioksida daripada atmosfera.
- membekalkan/ menggantikan oksigen dalam atmosfera.
- Membantu mengekalkan peratusan CO2 / O2 dalam atmosfera.
- Kenderaan bermotor/ pembakaran bahan api fosil / pembakaran
hutan.
- Proses perbandaran/ kuari tanah.
- Membebaskan banyak asap/ gas berasid.
- Meninggikan kandungan debu/ zarah dalam udara.
- Debu/ zarah mendap di atas permukaan daun/ menutupi liang
stomata.
- mengurangkan pertukaran gas O2 dan CO2.
- Menyebabkan udara berjerebu.
- Mengurangkan keamatan cahaya yang sampai ke daun.
- Kadar fotosintesis berkurangan.
- CO2 kurang diserap daripada atmosfera (dan O2 kurang
dibebaskan)/ CO2 meningkat.
- Mempercepatkan kesan rumah hijau/ pemanasan bumi/ hujan asid.
120
Nota Sempoi Biologi SPM
Kesan pembakaran hutan kepada alam sekitar
- Membebaskan banyak karbon dioksida dalam udara / membentuk
satu lapisan karbon dioksida dalam atmosfera.
- Memerangkap haba / cahaya infra-merah / radiasi gelombang-
panjang.
- dan menyebabkan pemanasan global / kesan rumah hijau /
peningkatan dalam suhu atmosfera.
- Membebaskan (zarah-zarah) asap yang tebal yang menyebabkan
pembentukan jerebu.
- mengurangkan keamatan cahaya untuk fotosintesis dalam
tumbuhan hijau.
- (maka) kurang penghasilan / pengeluaran hasil tanaman.
- (jerebu) menghalang penglihatan / menyebabkan kemalangan di
udara / masalah semasa pendaratan kapal terbang.
- zarah (asap) juga menyebabkan masalah kesihatan / penyakit
peparu / masalah penglihatan.
121
Nota Sempoi Biologi SPM
- Memusnahkan flora dan fauna.
- (menyebabkan) kehilangan / kemusnahan herba (dengan banyak)
untuk kegunaan perubatan / (kehilangan dengan banyaknya) balak.
- kehilangan habitat / biodiversiti // kepupusan flora / fauna /
kemusnahan rantai / jaringan makanan.
- kurang kawasan tadahan air.
- tanah gondol / kehilangan nutrien / terdedah kepada banjir kilat /
hakisan tanah / tanah runtuh / pencemaran air.
Kesan aktiviti menyembur racun serangga dan menabur baja
Menyembur racun serangga Menabur baja
Kesan baik (menyembur racun serangga)
- Kaedah yang berkesan untuk membunuh / memusnah serangga /
herbisid.
- (oleh kerana) sesetengah bahan kimia adalah toksin terhadap
haiwan / rumpai tertentu sahaja.
122
Nota Sempoi Biologi SPM
Kesan buruk
- (ianya mungkin) bahaya kepada petani sekiranya disedut dengan
kerap / terdedah pada kulit.
- (ianya mungkin) mencemarkan air bawah tanah / laut.
- menyebabkan ikan / haiwan akuatik mati.
- (dan) dalam jangka masa yang panjang, serangga / serangga
perosak / haiwan / rumpai mungkin berkembang menjadi ‘strain
mutant’ yang mempunyai ketahanan kepada bahan kimia.
- (dan) tidak lagi berkesan terhadap serangga perosak / kawalan
rumpai.
Kesan baik (menabur baja)
- Membekalkan keperluan mineral / besi / nitrat / sulfat / ammonia //
bekalkan nutrien.
- Meningkatkan penghasilan // kadar pertumbuhan meningkat.
Kesan buruk
- lebihan baja mungkin dialirkan (oleh air hujan ke dalam sungai /
kolam / saliran / terusan yang berhampiran).
- menyebabkan pengkayaan air (oleh ion mineral yang diperlukan
untuk pertumbuhan alga / tumbuhan).
- mengakibatkan pertumbuhan giat alga / tumbuhan akuatik /
pembiakan alga / eutrofikasi.
- (dan akhirnya) meningkatkan BOD air / kadar pencemaran air /
merendahkan / mengurangkan kandungan oksigen di dalam sungai
/ tasik.
- (menyebabkan) kematian ikan / haiwan akuatik di dalam air.
123
Nota Sempoi Biologi SPM
Sebab dan akibat daripada aktiviti pertanian terhadap kematian
tumbuhan akuatik dan ikan
- Baja kimia larut dalam / dibawa oleh air hujan // Larut resap /
pengaliran baja (inorganik) (dari kawasan pertanian ke dalam
kolam).
- Meningkatkan kepekatan nitrat / fosfat / bahan inorganik (dalam
kolam).
- Alga (yang tumbuh dengan cepat / pesat) melitupi keseluruhan
permukaan air.
- menyebabkan eutrofikasi.
- Menghalang / mengelakkan penembusan cahaya matahari.
- Mengurangkan kadar fotosintesis (tumbuhan akuatik).
- Kurang oksigen dihasilkan / terlarut dalam air.
- (Tumbuhan akuatik dan ikan mati) / organisma mati diuraikan oleh
bakteria.
- Populasi bakteria / pengurai meningkat.
- (Bakteria / mikroorganisma) menggunakan oksigen dari air.
- Menyebabkan pengurangan oksigen yang melampau dalam air.
- Sangat sedikit / kurang oksigen terlarut dalam air untuk organisma
akuatik.
- meningkatkan (aras) BOD.
- Pencemaran air // mengurangkan kualiti air (menyebabkan
kematian tumbuhan akuatik dan ikan di dalam kolam).
124
Nota Sempoi Biologi SPM
Kesan aktiviti-aktiviti perindustrian terhadap manusia dan alam
sekitar
Kesan baik
- Lebih banyak peluang pekerjaan.
- Lebih banyak aktiviti meningkatkan ekonomi dan projek
pembangunan.
- Menarik pelancong.
-NMemperbaiki infrastruktur.
Kesan buruk kepada manusia
- Menyebabkan masalah pernafasan / asma / bronkitis / merengsa
mata.
- Kadar jenayah meningkat.
Kesan buruk kepada persekitaran
- menyebabkan pencemaran udara.
- Jirim habuk yang sangat halus / asap / habuk / kotoran / jelaga.
125
Nota Sempoi Biologi SPM
- (menyumbang kepada) pembentukan jerebu / asbut.
- (yang) mengurangkan keamatan cahaya // menutup stomata.
- Mengurangkan / merendahkan kadar fotosintesis // mengurangkan
hasil tanaman.
- Gas beracun / nitrogen dioksida / sulphur dioksida // karbon
dioksida // CFC.
- menyebabkan hujan asid // Peningkatan suhu / kesan rumah hijau/
pemanasan global // Penipisan lapisan ozon.
- memusnahkan bangunan / mengkakis besi / keluli / aluminium.
- pencemaran air.
disebabkan oleh sisa industri / minyak / air panas / sisa radioaktif /
logam berat.
- Kepupusan / kematian organisma akuatik.
126
Nota Sempoi Biologi SPM
9.2 Fenomena kesan rumah hijau (KRH) dan penipisan lapisan ozon
(PLO)
Punca dan akibat fenomena Kesan Rumah Hijau serta langkah-
langkah mengatasinya
- (yang berlaku disebabkan) oleh peningkatan kandungan karbon
dioksida di atmosfera.
- Akibat pembakaran bahan api fosil di dalam kenderaan /
penebangan hutan yang berleluasa.
- (Karbon dioksida yang dibebaskan) akan memerangkap haba.
- Bangunan bercermin memantulkan haba dan hal ini meningkatkan
suhu bumi.
- Industri meningkatkan CFC / metana di atmosfera dan
- Menyebabkan pemanasan global.
Bagi mengatasi masalah ini:
- Gunakan tenaga selain daripada bahan api fosil / tenaga solar.
- Hadkan pembakaran terbuka / pembakaran hutan.
- Tanam semula pokok selepas pembalakan.
- Galakkan bumi hijau.
- Kurangkan bangunan bercermin.
127
Nota Sempoi Biologi SPM
Kesan pembebasan klorofluorokarbon ke atas kesihatan manusia
dan ekosistem
- Lapisan ozon melindungi / menghalang permukaan bumi
/organisma daripada sinar UV.
- CFC menyebabkan penipisan lapisan ozon.
- CFC melepaskan atom klorin melalui pertambahan UV.
- Klorin memecahkan / bertindak ke atas molekul ozon kepada
oksigen.
- Penipisan lapisan ozon menyebabkan lebih banyak cahaya / sinar
UV menembusi atmosfera bumi.
- Katarak iaitu kornea mata mengeras.
- Kanser kulit iaitu pembahagian sel luar biasa / tidak terkawal.
- Kecacatan / penyakit genetik melalui mutasi.
- Penurunan sistem keimunan dengan kemusnahan sistem
keimunan.
128
Nota Sempoi Biologi SPM
- Kemusnahan rantai / jaringan makanan menyebabkan fitoplankton /
zooplankton / pengeluar / pengguna mati / musnah.
- Kepupusan organisma yang tidak dapat menyesuaikan dengan
perubahan persekitaran.
- Kemusnahan kitar karbon // penurunan kadar fotosintesis apabila
klorofil / sel daun musnah // enzim ternyahasli.
- Perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan suhu / kemarau
/ banjir kilat.
129
Nota Sempoi Biologi SPM
9.3 Kepentingan pengurusan terancang aktiviti pembangunan dan
ekosistem.
Kesan pembangunan dari aspek sosial, ekonomi dan persekitaran
Kesan baik Penerangan
Menyediakan peluang Meningkatkan taraf ekonomi.
pekerjaan.
Menyediakan keperluan Membina bangunan sekolah / klinik /
asas infrastruktur. untuk meningkatkan kualiti / peluang
pekerjaan dalam pendidikan.
Menyediakan persekitaran Mempunyai sistem pembersihan
hidup yang lebih baik / yang baik / bekalan air bersih /
selesa kepada penduduk. bekalan elektrik yang lebih baik.
Sistem pengangkutan yang Pengangkutan lebih cepat /
baik. menjimatkan masa untuk bergerak
dari satu tempat ke tempat lain.
130
Nota Sempoi Biologi SPM
Kesan buruk Penerangan
Kawasan padi terdedah Semasa hujan lebat, partikel tanah di
kepada tanah tebus guna. hanyutkan ke sungai / sumber air
menyebabkan banjir lumpur.
Habitat untuk flora / fauna / Kepupusan flora / fauna //
sawah padi musnah. mengurangkan populasi organisma.
Pencemaran udara / air / Disebabkan pembebasan bahan
terma / bunyi. pencemar ke persekitaran //
menyebabkan penyakit / bronkitis /
Meningkatkan populasi di asma / tekanan // kualiti kesihatan
kawasan itu. menurun.
Menyebabkan masalah sosial.
Amalan mengitar semula bahan-bahan menyumbangkan kepada
pengekalan keseimbangan alam.
Kertas Kaca Plastik
131
Nota Sempoi Biologi SPM
Kertas,
- Dengan menggunakan semula kertas terpakai kurang pokok akan
ditebang / lebih banyak pokok yang dipelihara.
- Banyak habitat flora dan fauna dapat dipelihara.
- Kurang / tiada gangguan jaringan/ rantai makanan.
- Kepupusan flora / fauna dapat dielakkan.
- Memelihara biodiversiti.
- Kitar karbon dapat dikekalkan // kepekatan CO2 / O2 dikekalkan.
- Kawasan tadahan air dipelihara.
- Mencegah banjir kilat / hakisan tanah / banjir lumpur / tanah runtuh
/ pemanasan global.
- Mengekalkan kawasan rekreasi.
- Mengurangkan pencemaran air / udara.
- Mengurangkan tapak pelupusan sampah.
Kaca,
- Kurang kaca baru dihasilkan daripada kilang-kilang.
- Lebih tenaga / wang dapat dijimatkan.
- Kurang / halang ketandusan mineral // kurang bahan api fosil
digunakan // mineral boleh diselamatkan.
- Eksploitasi sumber bumi dapat dikurangkan.
- Kurang pencemaran air / udara.
- Mengurangkan tapak pelupusan sampah.
Plastik,
- Kurang petroleum diperlukan untuk menghasilkan plastik baru.
- Banyak petroleum dalam bumi dapat dipelihara untuk masa depan.
132
Nota Sempoi Biologi SPM
- Pembuangan plastik boleh mencemarkan persekitaran / plastik
menyumbat longkang menyebabkan banjir kilat.
- Plastik tidak terbiodegradasi / tidak dimusnahkan oleh bakteria /
pengurai.
- Merosakkan permandangan / boleh dilihat disepanjang jalan /
pantai.
- Gas beracun dikeluarkan jika ia dibakar.
- Hidupan akuatik akan mati disebabkan tersilap memakan plastik
yang disangkakan makanan.
- Mengurangkan masalah bahan sisa pepejal / kurangkan tapak
pelupusan sampah.
- Kurangkan pencemaran udara/ air.
133
Nota Sempoi Biologi SPM
BAB 1 SISTEM PENGANGKUTAN
1.1 Keperluan Sistem Pengangkutan dalam Organisma.
Konsep JLP/I;
JLP/I merujuk kepada Jumlah Luas Permukaan per Isipadu.
Pemahaman JLP/I boleh dilihat berdasarkan contoh berikut:
Jenis Kubus Kubus X Kubus Y Kubus Z
Panjang sisi (cm) 1 2 3
Luas Permukaan
(cm2) 1x1 2x2 3x3
Jumlah Luas =1 =4 =9
Permukaan, JLP 1x6 4x6 9x6
(cm2) =6 =24 =54
Isipadu,I (cm3)
1x1x1 2x2x2 3x3x3
JLP/I (cm-1) =1 =8 =27
6 3
2
Berdasarkan keputusan JLP/I di atas, menunjukkan
bahawa semakin besar saiz objek, semakin kecil nisbah
JLP/I.
JLP/I mempengaruhi kadar resapan bahan keluar masuk
sel.
Organisma unisel mempunyai kadar resapan yang lebih
tinggi berbanding organisma multisel.
Justeru, organisma multisel seperti manusia dan haiwan
memerlukan satu sistem pengangkutan yang efektif untuk
mengangkut bahan-bahan bermanfaat atau tidak berguna.
134
Nota Sempoi Biologi SPM
1.2 Konsep Sistem Peredaran Darah.
Medium pengangkutan dalam manusia dan haiwan ialah
darah.
Medium pengangkutan dalam haiwan invertebrata ialah
hemolimfa dalam hemoselom.
Darah manusia terbahagi kepada dua iaitu Sel Darah (45%)
dan Plasma Darah (55%).
Plasma Darah terdiri daripada air (90%) dan bahan terlarut
(10%).
Contoh bahan terlarut ialah gas terlarut, nutrien, enzim,
protein plasma (albumin, globulin, fibrinogen) dan bahan
kumuh.
Terdapat tiga jenis Sel Darah iaitu Eritrosit, Leukosit dan
Platlet = ELP atau PELincir
Terdapat dua jenis Leukosit iaitu Granulosit dan
Agranulosit.
(granul = biji)
- Terdapat tiga jenis Granulosit iaitu Basofil, Eosinofil
dan Neutrofil =
(* Betik Epal Nangka)
(*ketiga-tiga buah ini ada biji)
- Terdapat dua jenis Agranulosit iaitu Limfosit dan
Monosit = LM
-
135
Nota Sempoi Biologi SPM
Kriteria Eritrosit Leukosit Platlet
Bentuk Dwi cekung Bulat Cakera
Saiz Kecil (8µm x 2 Besar Paling kecil
µm) (2-3 µm)
Warna Putih Kekuningan Jernih
Hemoglobin Merah Tiada Tiada
Ada Tiada
Nukleus Tiada Ada (BEN, berlobus)
Limfosit (sfera) Sedikit
Kuantiti Paling banyak Serpihan
Tempat Sum sum Monosit (Kacang)
dihasilkan tulang Banyak sel
Jangka ± 120 hari 5-9 hari
hayat Sum sum tulang
Pengangkutan Pembekuan
Fungsi bahan N=10-12 jam Darah
B= 8-12 jam
E=8-12 hari
M=berbulan/bertahun
Pertahanan badan
Sel darah merah sel darah putih Platlet
136
Nota Sempoi Biologi SPM
Komponen darah
manusia
Sel darah Plasma
darah
Eritrosit Leukosit Platlet Air Bahan
terlarut
Granulosit Agranulosit Gas terlarut,
nutrien,
Basofil Monosit enzim,
protein
Eosinofil Limfosit plasma
(globulin,
Neutrofil albumin,
fibrinogen)
dan bahan
kumuh.
137
Nota Sempoi Biologi SPM
Leukosit Granulosit Basofil
Agranulosit Eosinofil
Neutrofil
Limfosit
Monosit
Basofil Eosinofil Neutrofil Limfosit Monosit
• Nukleus berlobus • Nukleus • Nukleus • Nukleus • Nukleus
dan berbentuk S. mempunyai 2 berlobus. berbentuk sfera. berbentuk
lobus. kacang.
• Sitoplasma • Sitoplasma • Sedikit
bergranul. • Sitoplasma bergranul. sitoplasma. • Peranan seperti
bergranul. makrofaj yang
• Penghasilan • Memusnahkan • Menghasilkan menelan bakteria
heparin untuk • Mengurangi bakteria secara antibodi. dalam badan dan
mencegah darah gejala radang fagositosis. sel-sel yang telah
beku dengan alergi. dijangkiti oleh
cepat. bakteria.
• Merembeskan
histamin dalam
tindak balas
alergi.
Basofil Eosinofil Neutrofil Limfosit Monosit
138
Nota Sempoi Biologi SPM
Fungsi Darah dalam Pengangkutan
Oksigen
Haba Karbon
Hormon dioksida
Fungsi Makanan
darah tercerna
Air Bahan
kumuh
Struktur Salur Darah Manusia
Terdapat tiga jenis salur darah manusia iaitu, Arteri, Vena
dan Kapilari.
139
Nota Sempoi Biologi SPM
Perbezaan antara ketiga-tiga salur adalah seperti berikut:
Arteri Kapilari Vena
Angkut darah Tempat pertukaran bahan Angkut darah terdeoksigen
beroksigen (kecuali antara sel. (kecuali vena pulmonari).
arteri pulmonari).
Angkut darah keluar dari Hubungkan arteri dengan Angkut darah ke jantung.
jantung. vena.
Dinding berotot tebal. Dinding sangat nipis, Dinding berotot nipis.
setebal satu sel sahaja.
Tiada injap kecuali injap Mempunyai injap sabit
sabit di aorta dan di Tiada injap. untuk mengelakkan aliran
arteri pulmonari. darah berpatah balik.
Darah mengalir pada Tiada denyutan. Tekanan Tiada denyutan. Darah
tekanan tinggi lebih rendah daripada arteri mengalir pada tekanan
membentuk denyutan tetapi lebih tinggi daripada rendah berbanding arteri.
yang dinamakan nadi. vena.
140
Nota Sempoi Biologi SPM
Perbezaan antara salur darah X dan salur darah Y.
Salur X Salur Y
Arteri Vena
Dinding berotot yang tebal Dinding berotot yang nipis
Lebih elastik/ dinding berotot Kurang elastik/ dinding berotot
Supaya X boleh tahan tekanan Angkut darah pada tekanan yang
darah yang tinggi // angkut darah rendah
pada tekanan tinggi
Lumen yang kecil Lumen yang besar
Supaya pengaliran darah lebih Memberi rintangan yang paling rendah
cepat untuk pengaliran darah dalam Y.
Tiada injap kecuali arteri pulmonari Ada injap
dan aorta
Injap mencegah darah daripada patah balik// injap memastikan pengaliran
darah sehala
Membawa darah beroksigen kecuali Membawa darah terdeoksigen kecuali
arteri pulmonari. vena pulmonari.
Membekal oksigen untuk respirasi Mengangkut darah terdeoksigen/ CO2
sel dalam sel-sel badan. dari sel badan ke jantung.
Aliran darah: Aliran darah:
Jantung sel badan kecuali Sel badan jantung kecuali vena
arteri pulmonari. pulmonari.
141
Nota Sempoi Biologi SPM
Struktur Jantung Manusia
Daya pengepaman oleh jantung.
142
Nota Sempoi Biologi SPM
Pengecutan jantung bermula apabila nodus sinoatrium (SAN)
mula mencetus impuls saraf yang kemudiannya tersebar ke
seluruh atrium dan merangsang otot dinding kedua-dua atrium
mengecut serentak.
SAN dikenali sebagai perentak denyutan jantung.
Menyebabkan tekanan darah dalam atrium meningkat.
Menyebabkan darah terdeoksigen dipam ke dalam ventrikel kanan
melalui injap trikuspid.
Menyebabkan darah beroksigen ditolak ke dalam ventrikel kiri
melalui injap bikuspid.
Impuls yang dicetus oleh SAN kemudian sampai ke nodus
atrioventrikel (AVN).
Menghantar impuls untuk merangsang pengecutan otot ventrikel
melalui berkas His dan gentian Purkinjie.
Kedua-dua ventrikel mengecut serentak.
Menyebabkan tekanan darah di dalam ventrikel kiri dan kanan
meningkat.
Darah terdeoksigen dipam ke peparu melalui arteri pulmonari.
Darah beroksigen ditolak ke seluruh badan melalui aorta.
143
Nota Sempoi Biologi SPM
Mekanisme kawal atur tekanan darah.
Kenaikan atau penurunan tekanan darah dikesan oleh
baroreseptor yang terdapat di aorta dan arteri karotid.
Tekanan darah tinggi menyebabkan baroreseptor menghantar
impuls ke pusat kardiovaskular di medula oblongata.
Arteri dan arteriol mengembang dan tekanan darah diturunkan.
Tekanan darah rendah menyebabkan baroreseptor menghantar
impuls ke pusat kardiovaskular untuk merangsang SAN dan
mencetuskan impuls.
Kadar pengecutan otot kardium dalam jantung dan otot licin pada
arteri ditingkatkan.
Perbandingan sistem peredaran darah dalam manusia, ikan dan amfibia.
Persamaan:
1. Ketiga-tiganya mempunyai sistem peredaran tertutup.
2. Darah mengalir dalam salur-salur darah.
3. Ketiga-tiganya mempunyai jantung.
4. Ketiga-tiganya mengepam darah ke sel-sel badan.
5. Ketiga-tiganya mempunyai injap di dalam vena.
6. Darah mengalir dalam satu arah sahaja.
144
Nota Sempoi Biologi SPM
Perbezaan:
Manusia Ikan Amfibia
Peredaran darah ganda Peredaran darah tunggal. Peredaran darah ganda
dua dan lengkap. dua dan tak lengkap.
Darah mengalir melalui Darah mengalir melalui Darah mengalir melalui
jantung sebanyak dua jantung hanya sekali jantung sebanyak dua
kali dalam satu edaran dalam satu edaran kali dalam satu edaran
lengkap. lengkap. tak lengkap.
Jantung mempunyai Jantung mempunyai dua Jantung mempunyai tiga
empat ruang. ruang. ruang.
Jantung mempunyai Jantung mempunyai satu Jantung mempunyai dua
dua atrium dan dua atrium dan satu ventrikel. atrium dan satu
ventrikel. ventrikel.
Darah beroksigen dari Darah beroksigen dari Darah beroksigen dari
jantung mengalir pada jantung mengalir pada jantung mengalir pada
kadar yang lebih laju ke kadar yang lebih perlahan kadar yang sederhana
sel-sel badan. ke sel-sel badan. ke sel-sel badan.
Darah beroksigen Darah beroksigen Darah beroksigen dipam
dipam daripada jantung mengalir daripada insang daripada jantung ke sel-
ke sel-sel badan. ke sel-sel badan. sel badan.
Darah beroksigen Darah beroksigen Darah beroksigen
mempunyai tekanan mempunyai tekanan lebih mempunyai tekanan
lebih tinggi. rendah. sederhana tinggi.
Pertukaran gas berlaku Pertukaran gas berlaku di Pertukaran gas berlaku
di peparu / alveolus. insang / lamela / filamen. di peparu atau kulit.
145
Nota Sempoi Biologi SPM
1.3 Mekanisme Pembekuan Darah.
Salur darah pecah atau luka
Darah keluar
Platlet berkumpul
Merangsang trombokinase
Masalah Pembekuan Darah
Penyakit hemofilia
Trombus
Penyakit strok / Angin ahmar
Angina
Kegagalan jantung
146
Nota Sempoi Biologi SPM
Strok Angina
Aterosklerosis Serangan jantung
Peranan platlet membantu menghentikan pendarahan semasa luka.
- Platlet bergumpal dan menghasilkan trombokinase / tromboplastin.
- Trombokinase menukarkan protrombin kepada trombin dengan
kehadiran ion kalsium.
- Trombin menukarkan fibrinogen kepada fibrin dengan kehadiran
vitamin K.
- Fibrin membentuk Jaringan untuk memerangkap eritrosit.
- Membentuk darah beku // keruping.
147
Nota Sempoi Biologi SPM
Kepentingan pembekuan darah
- Menutup luka.
- Menghalang kehilangan darah yang berlebihan.
- Mengekalkan tekanan darah pada julat normal.
- Oleh itu, jantung boleh mengepam darah ke seluruh badan.
- Untuk mengelakkan kemasukan mikrob /patogen /bahan asing.
- Sebagai mekanisme pertahanan badan // meminimakan risiko
infeksi di dalam badan.
- Mengekalkan peredaran darah.
- Oleh itu keperluan sel dapat diangkut dengan efisien/ cekap.
1.4 Konsep Sistem Limfa.
148
Nota Sempoi Biologi SPM
Pembentukan Bendalir Tisu (BT).
1. BT atau cecair interstis ialah bendalir yang memenuhi ruang
antara sel, membasahi sel dan mempunyai tekanan osmosis yang
sama dengan sitoplasma sel dan darah.
2. Darah mengalir dari arteriol ke kapilari mempunyai tekanan
hidrostatik yang tinggi kerana darah yang bertekanan tinggi dipam
keluar dari jantung dan saiz kapilari adalah kecil.
3. Tekanan hidrostatik yang tinggi ini memaksa air dan bahan-bahan
yang mempunyai saiz molekul yang kecil terturas keluar merentasi
dinding kapilari ke ruang antara sel, menghasilkan bendalir tisu.
4. Sel darah merah, platlet dan molekul protein yang besar tidak
terturas.
5. Cecair plasma dalam kapilari yang menghampiri venul mempunyai
kepekatan yang tinggi.
Komposisi Bendalir Tisu.
1. Komposisi BT adalah sama dengan komposisi darah, iaitu
mengandungi air, asid amino, glukosa, asid lemak, koenzim,
hormon, ion mineral dan bahan buangan sel tetapi tidak
mengandungi eritrosit, platlet atau molekul protein yang besar.
Kepentingan Bendalir Tisu.
1. BT adalah penting bagi mengekalkan persekitaran dalam seperti
suhu, tekanan osmosis dan pH badan agar sentiasa dalam
keadaan stabil.
2. Proses pengekalan persekitaran dalaman ini berlaku melalui
proses homeostasis.
149
Nota Sempoi Biologi SPM
3. Oksigen dan nutrien yang meresap keluar dari kapilari darah akan
meresap masuk ke dalam bendalir tisu dan seterusnya akan
meresap masuk ke dalam sel-sel badan.
4. Bahan buangan sel pula akan meresap masuk ke dalam bendalir
tisu sebelum meresap masuk ke dalam kapilari darah untuk
disingkirkan melalui organ-organ perkumuhan.
Pembentukan Bendalir Limfa.
1. BT perlu meresap ke dalam kapilari darah semula berhampiran
venul dan membentuk cecair plasma semula.
2. Jika tidak, salur darah akan kekurangan cecair dan darah tidak
dapat mengalir.
3. Hampir 90% daripada BT ini akan meresap ke dalam kapilari
darah semula.
4. BT yang selebihnya, iaitu kira-kira 10% lagi akan meresap ke
dalam kapilari limfa untuk membentuk bendalir dalam salur limfa
yang dikenali sebagai bendalir limfa.
5. Kandungan bendalir limfa adalah sama dengan BT.
6. Bendalir limfa akan mengalir ke dalam salur limfa yang lebih besar
dan akhirnya kembali ke sistem peredaran darah.
7. Jika bendalir limfa terkumpul secara berlebihan dan tidak dapat
dikembalikan ke SPD, keadaan ini akan menyebabkan
pembengkakkan tisu.
150