The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipg000217, 2022-04-06 05:29:07

Panduan Pengurusan PBPPP

6 Panduan Pengurusan PBPPP

Keywords: pbppp

PANDUAN PENGURUSAN
PENILAIAN BERSEPADU
PEGAWAI PERKHIDMATAN

PENDIDIKAN
(PBPPP)







PANDUAN PENGURUSAN
PENILAIAN BERSEPADU
PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN
(PBPPP)

Dokumen Panduan Pengurusan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PBPPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah inisiatif yang diambil oleh
Cawangan Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dengan
kerjasama daripada Bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah
dan Sekolah. Semakan dan usaha telah dibuat untuk memastikan ketepatan maklumat
dalam penerbitan ini. Perincian maklumat dalam panduan ini mungkin berubah mengikut
dasar-dasar terkini Kerajaan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Cawangan Latihan dan Kompetensi
Aras 4, Blok E12, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Oktober 2021

Sekapur Sirih
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
ROSPIAGOS BIN TAHA
Setiausaha Bahagian

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bersyukur ke hadrat Ilahi, Panduan Pengurusan Penilaian
Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
berjaya diterbitkan. Penerbitan ini adalah sebagai usaha
penambahbaikan berterusan dalam meningkatkan kecekapan
penyampaian maklumat yang berterusan kepada semua warga
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Penilaian prestasi tahunan adalah penting untuk mengukur
keupayaan dan kecekapan penjawat awam. Penilaian Bersepadu
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) bukan hanya instrumen
penilaian prestasi tahunan semata-mata tetapi juga memfokuskan
kepada pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mencakupi pelbagai bidang tugas.

Panduan Pengurusan PBPPP ini merupakan dokumen rujukan dalam mengurus dan
melaksanakan penilaian prestasi di organisasi. Saya yakin dokumen ini dapat membantu
pihak yang mengurus, Pegawai Penilai dan Pegawai Yang Dinilai yang terlibat secara langsung
dengan PBPPP. Panduan dan contoh yang diberikan dalam dokumen ini diharapkan dapat memberi
penjelasan dan rujukan kepada semua pihak agar pelaksanaan PBPPP mematuhi prosedur yang
ditetapkan bagi memastikan objektif pembangunan PBPPP dapat dicapai.

Adalah menjadi harapan saya agar dokumen ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga KPM
dalam mengurus dan melaksanakan PBPPP dengan cekap.

Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikan penghasilan dokumen ini.



ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN m/s KANDUNGAN m/s
SEKAPUR SIRIH 3 4.0 PEGAWAI PENILAI 14
14
1.0 PENDAHULUAN 4.1 Pelantikan PP 15
4.2 Tanggungjawab PP

2.0 PENGENALAN PBPPP 3 5.0 PEGAWAI YANG DINILAI 16
2.1 Punca Kuasa Pelaksanaan 4 5.1 Kriteria PYD 16
2.2 Matlamat PBPPP 5 5.2 Tanggungjawab PYD 17
2.3 Objektif PBPPP 5
2.4 Konsep Penilaian 5 6.0 PENILAIAN KOMPONEN 21
2.5 Komponen Instrumen 6 KEBERHASILAN
2.6 Konsep Instrumen 7 6.1 Proses Kerja Penilaian 22
2.7 Aras Pencapaian 8 6.2 Kaedah Penilaian 23
2.8 Fasa Penilaian 8 6.3 Penetapan Sasaran 24
2.9 Sistem e-Prestasi 10 6.4 Kaedah Penulisan Sasaran 24
2.10 Tempoh Penilaian 10 6.5 Penilaian Sasaran 27
6.6 Borang Keberhasilan 28
3.0 JAWATANKUASA PBPPP 11
ORGANISASI 7.0 PENUTUP 33
3.1 Struktur Jawatankuasa 11
3.2 Tanggungjawab 12 SOALAN LAZIM 37
Jawatankuasa AKRONIM 44
3.3 Peranan Jawatankuasa 12 GLOSARI 45



1

PENGURUSAN
PBPPP



1.0 PENDAHULUAN

Dokumen ini merupakan panduan untuk rujukan kepada semua pihak yang terlibat dengan
pengurusan dan pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).
Kandungan dokumen ini meliputi perkara berikut:

a. Pengenalan PBPPP;
b. Struktur, peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa PBPPP Organisasi (JK PBPPP);
c. Syarat pelantikan dan tanggungjawab Pegawai Penilai (PP);
d. Kriteria dan tanggungjawab Pegawai Yang Dinilai (PYD);
e. Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan; dan
f. Soalan-soalan Lazim, Akronim dan Glosari.

2.0 PENGENALAN PBPPP

PBPPP adalah instrumen penilaian prestasi yang memberi fokus kepada penilaian dan
pembangunan kompetensi, potensi serta keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta
mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Pembangunan instrumen PBPPP bermula selepas pemansuhan Penilaian Tahap Kompetensi (PTK)
pada Oktober 2010. Selepas pemansuhan PTK, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
(BPPK) mula mengorak langkah dengan mengadakan Persidangan Penilaian Kompetensi BPPK
dan JPN pada bulan Disember 2010, Persidangan Pegawai Kanan KPM pada bulan Januari 2011
dan Persidangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) pada bulan Februari 2011 untuk mendapat
input dan idea bagi menghasilkan penilaian kompetensi yang boleh diterima oleh semua pihak.
Pada tahun 2011, skim perkhidmatan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mula diperkenalkan
dan BPPK menggunakan keputusan persidangan yang telah dianjurkan dalam membangunkan
Instrumen Penilaian Kompetensi dan Potensi (PROSPEK).

Walau bagaimanapun, pada bulan Februari 2012, SBPA telah dibatalkan dan pelaksanaan PROSPEK
ditangguhkan tetapi pembangunan penilaian ini tidak terhenti kerana pada April sehingga
Mei 2012, Makmal Government Transformation Programme 2.0 (GTP 2.0) telah membangunkan
Instrumen Bersepadu (Unified Instrument) untuk guru berasaskan kerangka instrumen PROSPEK.
Kajian terhadap instrumen tersebut telah dilaksanakan kepada semua guru di Negeri Sembilan.

Pengurusan PBPPP 3

Pada 15 Disember 2012, Mesyuarat Pelarasan New Teacher’s Charter (NTC) bersama BPPK, Delivery
Management Office (DMO) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah bersetuju supaya BPPK
membangunkan instrumen PBPPP. Pembangunan instrumen telah bermula pada tahun
2013 dan menetapkan format instrumen penilaian yang akan digunakan. Pada peringkat awal,
sebanyak 20 instrumen dibangunkan mengikut kumpulan bidang tugas. Walau bagaimanapun,
pemetaan semula instrumen dilaksanakan dengan lima (5) kumpulan bidang tugas utama iaitu
Kumpulan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Pengajaran dan Pentadbiran bagi Pentadbir di
Sekolah dan Institusi Pendidikan (PT(A)), Pengurusan dan Pentadbiran bagi PPP di PPD, JPN dan
Bahagian-Bahagian di KPM (PT(B)), Fasilitator dan Jurulatih dengan menggunakan empat (4) aras
penilaian.

Bermula tahun 2020, perubahan aras penilaian dalam instrumen PBPPP dari empat (4) aras kepada
lima (5) aras telah dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber
Manusia (PPSM) Induk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 1 Tahun 2019.

PBPPP digubal berdasarkan kepada prinsip asas penilaian berikut:

1 Penilaian yang adil 2 3

dan telus berasaskan Menggalakkan Berfokus kepada
kepada prestasi/ hasil persaingan penilaian terhadap
kerja/ output/ outcome/ positif dalam pegawai mengikut
impak yang bersesuaian meningkatkan tanggungjawab dan
serta perlakuan yang kualiti dan
produktiviti ke arah bidang tugas
berkaitan dalam pencapaian objektif
melaksanakan tugas dan organisasi

tanggungjawab

2.1 Punca Kuasa Pelaksanaan

PBPPP telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan arahan pelaksanaan peringkat
KPM telah dikeluarkan pada 20 November 2015. Pelaksanaan PBPPP bagi kumpulan guru dan
pemimpin sekolah bermula pada tahun 2015 dan pelaksanaan menyeluruh kepada semua
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bermula pada tahun 2016. Pelaksanaan PBPPP ini
menggantikan semua penilaian prestasi termasuk fungsi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
kepada semua PPP di KPM.

4 Pengurusan PBPPP

2.2 Matlamat PBPPP

Matlamat PBPPP adalah seperti berikut:

a. Meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP yang berprestasi tinggi;
b. Penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi dan potensi serta

keberhasilan PPP; dan
c. Mendokong aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi.

2.3 Objektif PBPPP

Objektif PBPPP adalah seperti berikut:

a. Menilai kompetensi dan potensi PPP;
b. Menilai keberhasilan yang merupakan hasil kerja PPP;
c. Mengenal pasti kompetensi dan potensi PPP untuk membolehkan Program Pembangunan

Profesional Berterusan (CPD) dilaksanakan; dan
d. Mengenal pasti keperluan latihan untuk pembangunan laluan kerjaya PPP.

2.4 Konsep Penilaian KESESUAIAN MASA
PELAEBDAAGHAIAN
PBPPP merupakan suatu penilaian yang ATAIANFLEKSIBILITI
fleksibel kerana tidak terikat hanya pada KE
satu kaedah, masa dan tempat penilaian. K KESETSEUMP
Penilaian boleh dilaksanakan oleh PP
mengikut pelbagai kaedah yang sesuai,
kesesuaian masa dan tempat berdasarkan
tugas dan tempat bertugas (Job-Based &
Work Place) PYD.

Pengurusan PBPPP 5

2.5 Komponen Instrumen

Instrumen PBPPP terdiri daripada tiga (3) komponen iaitu Generik, Fungsional dan Keberhasilan.

KOMPONEN G GENERIK
INSTRUMEN
Komponen Generik bertujuan untuk menilai profesionalisme dan

penglibatan PPP. Semua warga PPP di KPM dinilai menggunakan

Komponen Generik yang sama.

F FUNGSIONAL

Komponen Fungsional bertujuan untuk menilai pengetahuan dan

kemahiran PPP mengikut bidang tugas dan tempat bertugas yang

dijalankan.

K KEBERHASILAN

Penilaian Komponen Keberhasilan merupakan penilaian hasil kerja

utama outcome/ output yang memberi impak kepada klien

berdasarkan tugas dan tempat bertugas.

Terdapat lima (5) kategori kumpulan dalam komponen fungsional berasaskan bidang tugas iaitu
PdP, PT (A), PT (B), Fasilitator dan Jurulatih.

KATEGORI KUMPULAN PdP

Guru Akademik Biasa dan Pensyarah yang terlibat dalam pengajaran
dan pembelajaran di Sekolah atau Institusi Pendidikan

Kepimpinan Sekolah atau Institusi Pendidikan yang terlibat dalam PT(A)
pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran PT(B)

Pegawai di Bahagian KPM, Institusi Pendidikan, JPN dan PPD yang FASILITATOR
terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran tanpa pengajaran dan
pembelajaran

Guru Bimbingan Kaunseling, Kaunselor, SISC+, SIPartners+ dan
Pegawai Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas

Jurulatih dalam bidang sukan dan seni di Sekolah Sukan dan JURULATIH
Sekolah Seni

6 Pengurusan PBPPP

2.6 Konsep Instrumen

Komponen Generik dan Fungsional dalam instrumen PBPPP mempunyai struktur yang terdiri daripada
Dimensi, Elemen dan Aspek.

DIMENSI ELEMEN ASPEK

Perincian tentang Pemboleh ubah bagi Menggambarkan konstruk
perkara yang dinilai sesuatu Dimensi yang hendak dinilai
dalam sesuatu elemen (Konstruk)

DIMENSI, DESKRIPSI
KOD ELEMEN DAN

ASPEK

D1 PROFESIONALISME
E1 NILAI PROFESIONAL

A1.1 AMALAN Keupayaan pegawai untuk:
PROFESIONAL • mengetahui, memahami,

Penilaian dibuat mengikut aspek dalam menghayati dan mempamerkan
instrumen dan prestasi pencapaian etika kerja penjawat awam
PYD diberikan mengikut aras penilaian • mengetahui, memahami,
sama ada Cemerlang, Baik, Sederhana, menghayati dan mempamerkan
Memuaskan atau Lemah berdasarkan patriotisme, non-partisan,
rubrik yang ditetapkan. neutrality dan mematuhi tata
kelakuan sebagai penjawat
awam
• mengetahui, memahami,
menghayati dan mempamerkan
etika kerja keguruan
• mengetahui, memahami,
menghayati dan mempamerkan
etika kaunseling- berdasarkan
Akta 580 (GBKSM dan
Kaunselor)

CEMERLANG BAIK ARAS PENILAIAN MEMUASKAN LEMAH
5 4 SEDERHANA 2 1
3

Mengetahui, dan Mengetahui dan Mengetahui dan Kurang mengetahui Kurang mengetahui
memahami etika kerja memahami etika kerja memahami etika kerja dan kurang memahami dan kurang memahami
yang berkaitan serta yang berkaitan serta yang berkaitan tetapi etika kerja yang etika kerja yang
mempamerkan tingkah mempamerkan tingkah kurang mempamerkan
laku beretika dengan laku beretika. tingkah laku beretika. berkaitan serta kurang berkaitan serta tidak
konsisten. mempamerkan tingkah mempamerkan tingkah
laku beretika. laku beretika.

ARAS PENILAIAN RUBRIK

Pengurusan PBPPP 7

2.7 Aras Pencapaian

PPP akan dinilai berdasarkan Penilaian Kompetensi dan Potensi yang merangkumi Generik dan
Fungsional serta Penilaian Keberhasilan.
Prestasi pencapaian PYD dalam PBPPP dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu Cemerlang,
Tinggi, Sederhana dan Rendah.

CEMERLANG
90-100%
TINGGI

80-89.99%

SEDERHANA
60-79.99%

RENDAH
0-59.99%

2.8 Fasa Penilaian

Sepanjang tempoh setahun pelaksanaan, terdapat tiga (3) fasa penilaian iaitu prapenilaian, semasa
penilaian dan pascapenilaian.

FASA PENILAIAN PRAPENILAIAN

PRAPENILAIAN 1 Ketua Jabatan (Pengerusi JK PBPPP) melantik ahli-ahli dalam JK PBPPP di

organisasi dan mendapatkan pengesahan daripada agensi penyelia.

2 JK PBPPP dan PP perlu merujuk takwim pelaksanaan PBPPP pada tahun

semasa yang dikeluarkan oleh KPM dan agensi penyelia.

3
Pengerusi perlu mengadakan Mesyuarat JK PBPPP.

4 JK PBPPP memutuskan pelantikan PP peringkat organisasi dan

SEMASA PENILAIAN mendapatkan pengesahan daripada agensi penyelia.

5 JK PBPPP melaksanakan taklimat/ pemakluman pelaksanaan PBPPP di

peringkat organisasi pada tahun semasa.

PASCAPENILAIAN 6 JK PBPPP menyediakan perancangan pengurusan penilaian PBPPP

peringkat organisasi.

7
PP menyediakan perancangan pelaksanaan penilaian secara individu.

8 Pengurusan PBPPP

SEMASA PENILAIAN

1
PP1 dan PP2 berbincang dengan PYD untuk menetapkan sasaran keberhasilan.

2
PP1 dan PP2 membuat penilaian secara berterusan terhadap PYD.

3
PP1 dan PP2 memasukkan skor melalui Sistem e-Prestasi dua (2) kali setahun.

4 PP1 dan PP2 memaklumkan kepada PYD berkaitan pencapaian semasa dan memberikan bimbingan

untuk meningkatkan pencapaian PYD dalam tugas yang dijalankan.

5 PP1, PP2 dan PYD membuat semakan semula sasaran komponen keberhasilan selepas penilaian pertama

(jika perlu).

6

PP1 dan PP2 menyimpan dan menghantar skor PYD melalui Sistem e-Prestasi.

7
PP1 dan PP2 membuat salinan borang skor dan menyerahkan salinan kepada PYD bagi setiap penilaian.

8 PP1 membuat salinan penilaian borang keberhasilan dan menyerahkan salinan kepada PYD bagi setiap

penilaian.

9 JK PBPPP perlu memantau pelaksanaan PBPPP di organisasi masing-masing bagi memastikan

pelaksanaan mengikut takwim dan prosedur yang ditetapkan.

PASCAPENILAIAN

1 JK PBPPP perlu bermesyuarat untuk membuat pelarasan sekiranya wujud perbezaan markah yang tidak

tekal antara PP1 dan PP2.

2
JK PBPPP perlu memastikan markah akhir PYD yang telah diselaraskan dihantar melalui Sistem e-Prestasi.

3 PYD boleh mendapatkan markah prestasi bagi tahun penilaian melalui Sistem HRMIS selepas

dimuktamadkan oleh PPSM Induk KPM.

Pengurusan PBPPP 9

2.9 Sistem e-Prestasi

Sistem e-Prestasi dibangunkan bagi pelaksanaan PBPPP dan boleh dilayari melalui laman
sesawang berikut :

https://eprestasi.moe.gov.my

Laman sesawang ini boleh dilayari oleh semua MyPBPPP
pihak untuk mendapatkan maklumat berkaitan ******
PBPPP melalui Tab Manual Pengguna. Melalui
modul tersebut, bahan yang berkaitan PBPPP
boleh dimuat turun.

Laman sesawang ini hanya boleh diakses (log
masuk) oleh JK PBPPP dan PP yang dilantik
sahaja. Integriti pegawai yang layak untuk akses
perlu dijaga supaya pihak yang berkenaan tidak
menyalahgunakan sistem tersebut.

PP juga boleh menyemak status penilaian PYD
di bawah seliaan mereka melalui aplikasi mudah
alih bagi Sistem e-Prestasi iaitu MyPBPPP.

2.10 Tempoh Penilaian

Fleksibiliti diberikan kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian secara berterusan dalam
tempoh satu (1) tahun penilaian mengikut takwim yang dikeluarkan oleh KPM.

10 P e n g u r u s a n P B P P P

3.0 JAWATANKUASA PBPPP ORGANISASI

JK PBPPP ditubuhkan untuk mengurus pelaksanaan PBPPP di peringkat organisasi masing-
masing. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk memastikan PBPPP dilaksanakan
mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan.

3.1 Struktur Jawatankuasa

Keanggotaan JK PBPPP terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Setiausaha, tiga (3) orang
Ahli Jawatankuasa (AJK) dan seorang Urus Setia. Walau bagaimanapun, bilangan AJK boleh dilantik
melebihi tiga (3) orang di luar Sistem e-Prestasi dan perlu diminitkan dalam minit mesyuarat JK
PBPPP.

PENGERUSI

SETIAUSAHA

AJK 1 AJK2 AJK3

URUS SETIA

Dalam kes-kes tertentu, JK PBPPP boleh dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga (3) orang iaitu
Pengerusi, Setiausaha dan seorang AJK.

Pengurusan PBPPP 11

TANGGUNGJAWAB 3.2 Tanggungjawab Jawatankuasa

JK PBPPP a Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti penilaian di peringkat organisasi.
b Melantik PP bagi PYD yang layak dinilai pada tahun semasa mengikut kriteria yang

ditetapkan.

c Mengesahkan senarai jawatankuasa dan PP yang dikemukakan oleh organisasi yang diselia.
d Merancang dan melaksanakan latihan dalaman PBPPP kepada warga organisasi.
e Memastikan pelaksanaan PBPPP mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan.
f Memastikan Fail Pengurusan PBPPP sekurang-kurangnya Dokumen Terperingkat diurus

mengikut garis panduan Arahan Keselamatan.

g Memastikan PP membuat penilaian dalam tempoh masa yang ditetapkan.
h Memastikan semua PYD yang layak dinilai pada tahun semasa, dilaksanakan penilaian.
i Menjaga kerahsiaan prestasi PYD dan dokumen terperingkat sepanjang masa.
j Menyediakan laporan pelaksanaan penilaian di peringkat organisasi.
k Membuat pelarasan markah bagi markah yang tidak tekal antara PP1 dengan PP2 dalam

tempoh yang ditetapkan.

3.3 Peranan Jawatankuasa

Peranan JK PBPPP adalah seperti berikut:

PENGERUSI

1 2 3 4

Menubuhkan dan Mempengerusikan Menyampaikan Menjaga kerahsiaan
melantik JK PBPPP. mesyuarat JK taklimat/ maklumat prestasi PYD
PBPPP. PBPPP di peringkat dan dokumen
terperingkat
organisasi.
sepanjang masa.

5 6 7

Memastikan Memantau Mengesahkan
pelaksanaan PBPPP pelaksanaan PBPPP senarai JK dan
peringkat organisasi. PP yang dicetak
mengikut proses daripada Sistem
dan prosedur yang
e-Prestasi
telah ditetapkan.

12 P e n g u r u s a n P B P P P

SETIAUSAHA

1 Menjadi penyelaras kepada JK PBPPP. 7 Memberi latihan dalaman kepada PP di peringkat
2 Menghadiri mesyuarat JK PBPPP. organisasi.
3 Menyediakan minit mesyuarat JK PBPPP.
4 Menyediakan jadual pelaksanaan PBPPP 8 Memantau pelaksanaan PBPPP peringkat
organisasi.
peringkat organisasi.
9 Menjadi perantara organisasi dengan agensi yang
5 Mengurus taklimat kepada PP dan PYD di berkaitan/ KPM.
peringkat organisasi.
10 Memastikan Fail Pengurusan PBPPP disediakan
6 Menyediakan senarai cadangan PP untuk semua oleh urus setia.
PPP yang layak dinilai pada tahun semasa.
11 Menjaga kerahsiaan prestasi PYD dan dokumen
terperingkat sepanjang masa.

AHLI JAWATANKUASA

1 2 3 4

Menghadiri mesyuarat Mencadangkan PP Memantau pelaksanaan Menjaga kerahsiaan
JK PBPPP. untuk semua PPP yang PBPPP peringkat prestasi PYD dan
layak dinilai pada tahun organisasi.
dokumen terperingkat
semasa. sepanjang masa.

URUS SETIA

1 2 3 4

Mengurusetiakan Menyedia dan Membantu memantau Menjaga kerahsiaan
mesyuarat JK PBPPP. menguruskan Fail pelaksanaan PBPPP prestasi PYD dan
Pengurusan PBPPP di peringkat organisasi.
peringkat organisasi. dokumen terperingkat
sepanjang masa.

Pengurusan PBPPP 13

SYARAT PELANTIKAN4.0 PEGAWAI PENILAI

Pegawai Penilai Pegawai Penilai (PP) ialah pegawai yang dilantik oleh JK PBPPP organisasi untuk menilai
PPP di bawah seliaannya.

4.1 Pelantikan PP

a PP mesti mempunyai hubungan kerja dengan PYD.
b PP yang dilantik boleh terdiri daripada:

• sekurang-kurangnya satu (1) gred lebih tinggi daripada PYD; atau
• ketua organisasi atau penyelia kepada PYD; atau
• sekiranya kriteria PP di atas tidak dapat dipenuhi maka PP boleh dilantik mengikut

kekananan/ lama tempoh berkhidmat dalam gred semasa yang ditentukan oleh JK
PBPPP.

c PP tiada hubungan kekeluargaan terdekat melalui pertalian darah atau perkahwinan

(suami, isteri, anak, adik-beradik, anak saudara, mertua, menantu, ipar, sepupu atau biras)
dengan PYD.

d PP menyelia PYD sekurang-kurangnya enam (6) bulan (180 hari) pada tahun semasa.
e Sekiranya tiada PP yang layak menilai kerana tempoh penyeliaannya kurang dari enam (6)

bulan dalam tahun yang dinilai, maka penilaian hendaklah dilakukan oleh penyelia yang
terdekat dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD dengan tempoh minimum tiga (3)
bulan.

f Sekiranya PP berkhidmat di dua (2) jabatan yang berlainan dalam tempoh yang sama

panjang, maka PP masih boleh menjadi penilai di jabatan sebelum jika diperlukan.

g PP boleh dilantik dalam kalangan pegawai yang berlainan skim perkhidmatan.
h PP boleh dilantik dalam kalangan pegawai yang diarahkan menanggung kerja. Walau

bagaimanapun pegawai tersebut tidak layak menilai PPP yang menjawat jawatan setara
dengan jawatan hakiki beliau. Contohnya, Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) diarahkan
menanggung kerja sebagai Pengetua/ Guru Besar. Beliau layak dilantik sebagai PP2
kepada PYD yang dinilai oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) sebagai PP1.
Walau bagaimanapun, beliau tidak layak dilantik sebagai PP1 untuk PK HEM tersebut.

i Sekiranya penilaian tidak diselesaikan oleh PP kerana telah bersara, meninggal dunia,

meletak jawatan atau tidak dapat dikesan, maka JK PBPPP perlu melantik PP baharu bagi
PYD tersebut.

j PP perlu dilantik dalam organisasi yang sama dengan PYD kecuali bagi kumpulan

kepimpinan organisasi, PP dilantik dalam kalangan pegawai dari organisasi yang menyelia.
Contohnya, Pengetua/ Guru Besar dan Guru Penolong Kanan dinilai oleh Pegawai di PPD.

14 P e n g u r u s a n P B P P P

4.2 Tanggungjawab PP TANGGUNGJAWAB

a Mengadakan sesi perbincangan bersama PYD bagi tujuan penetapan sasaran Pegawai Penilai

keberhasilan pada awal tahun penilaian.

b Memastikan instrumen yang betul mengikut bidang tugas PYD bawah seliaannya.
c Menyelia PYD melalui pengawasan dan bimbingan yang berterusan berdasarkan

kompetensi dan prestasi kerja sepanjang tahun yang dinilai.

d Berbincang dengan PYD mengenai kemajuan kerja sekurang-kurangnya dua (2) kali

setahun dan dari semasa ke semasa bagi membuat pengubahsuaian strategi kerja
untuk meningkatkan prestasi kerja.

e Mengadakan sesi perbincangan bersama PYD bagi tujuan semakan semula sasaran

keberhasilan selepas penilaian pertama (jika perlu).

f Memasuk, menyimpan dan menghantar skor PYD ke dalam Sistem e-Prestasi.
g Memastikan penilaian dilaksanakan tanpa dipengaruhi oleh prestasi tahun-tahun

sebelumnya atau faktor yang boleh dianggap sebagai unsur-unsur pilih kasih yang
boleh mencemarkan nilai integriti.

h Menilai tanpa memberikan perhatian yang lebih kepada perkara yang baru berlaku,

sama ada bersifat positif atau negatif yang boleh mempengaruhi penilaian terhadap
PYD.

i Mengadakan perbincangan antara PP1 dan PP2 berkaitan prestasi PYD tetapi tidak

berbincang dalam penetapan pemberian skor PYD (jika perlu).

j Membuat penilaian dengan keyakinan bahawa PYD merupakan aset penting yang

perlu dan boleh dimajukan dari semasa ke semasa.

k Melaksanakan penilaian tanpa tergesa-gesa atau dilakukan pada saat akhir.
l Melaksanakan penilaian tanpa mengambil jalan mudah dengan memberikan skor

dalam lingkungan pertengahan sahaja.

m Memaklumkan prestasi yang diperoleh PYD mengikut aspek yang dinilai.
n Menyimpan Borang Skor dan Borang Keberhasilan serta menyerahkan salinannya

kepada PYD.

o Menjaga kerahsiaan skor PYD sepanjang masa.

Pengurusan PBPPP 15

KRITERIA5.0 PEGAWAI YANG DINILAI

Pegawai Yang DinilaiPegawai Yang Dinilai (PYD) merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah
dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

5.1 Kriteria PYD

a PPP yang sedang berkhidmat secara tetap atau kontrak di KPM dan agensi bawah

seliaan.

b PPP yang menyandang Gred Khas dan DG54 ke bawah.
c Guru pinjaman dan kader tidak dinilai menggunakan PBPPP.
d PPP mesti berkhidmat di tempat bertugas melebihi enam (6) bulan (180 hari).
e PPP yang baharu dilantik pada tahun penilaian semasa perlu berkhidmat

sekurang-kurangnya enam (6) bulan (180 hari) sebelum dinilai.

f Jika tempoh berkhidmat pada tahun penilaian semasa tidak mencukupi, PYD akan dinilai

setelah genap enam (6) bulan (180 hari) berkhidmat pada tahun berikutnya.

g PPP yang diarahkan menanggung kerja perlu dinilai pada jawatan hakiki.
h Sekiranya PPP berkhidmat di dua (2) jabatan yang berlainan dalam tempoh yang sama

panjang, maka penilaian hendaklah dilaksanakan di jabatan semasa.

i PPP yang akan bersara pada tahun penilaian semasa tetapi berkhidmat melebihi

enam (6) bulan (180 hari) perlu dinilai.

j PPP perlu dinilai oleh dua (2) orang PP, tetapi bagi jawatan atau kes-kes tertentu, PPP

boleh dinilai oleh seorang PP sahaja.

k Pegawai interim/ lantikan secara pentadbiran perlu dinilai di tempat bertugas semasa.
l PPP dalam status Jawatan Kumpulan perlu dinilai berdasarkan syarat tempoh penilaian.

16 P e n g u r u s a n P B P P P

5.2 Tanggungjawab PYD TANGGUNGJAWAB

a Mengetahui PP1 dan PP2 yang dilantik untuk menilainya. Pegawai Yang Dinilai

b Menghadiri sesi perbincangan bersama PP1 dan PP2 bagi tujuan penetapan sasaran

keberhasilan pada awal tahun penilaian.

c Memastikan PP menggunakan instrumen penilaian yang betul mengikut bidang

tugas PYD.

d Mendapat bimbingan yang berterusan berdasarkan kompetensi dan prestasi kerja

sepanjang tahun yang dinilai oleh PP1 dan PP2.

e Berbincang mengenai kemajuan kerja sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun

dan dari semasa ke semasa bagi membuat pengubahsuaian strategi kerja untuk
meningkatkan prestasi kerja dengan PP1 dan PP2.

f Menghadiri sesi perbincangan bersama dengan PP1 dan PP2 bagi tujuan semakan

semula sasaran keberhasilan selepas penilaian pertama (jika perlu).

g Memastikan PP1 dan PP2 memaklumkan prestasi yang diberi mengikut aspek yang

dinilai.

h Memastikan PP1 dan PP2 memberi salinan Borang Skor penilaian bagi setiap sesi

penilaian.

i Memastikan PP1 memberi salinan Borang Keberhasilan penilaian bagi setiap sesi

penilaian.

j Menyimpan salinan Borang Skor dan Borang Keberhasilan yang diserahkan oleh PP1

dan PP2.

Pengurusan PBPPP 17



2

KEBERHASILAN



6.0 PENILAIAN KOMPONEN KEBERHASILAN

Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan (GPPKK) menerangkan secara khusus terma,
syarat dan kaedah pelaksanaan penilaian keberhasilan. Penilaian komponen keberhasilan
merupakan sebahagian daripada PBPPP. Jumlah keseluruhan markah untuk penilaian
keberhasilan ialah 100%. Walau bagaimanapun dalam penilaian keseluruhan PBPPP, penilaian
keberhasilan menyumbang wajaran sebanyak 10%. Rajah berikut menunjukkan pecahan wajaran
mengikut komponen dalam PBPPP.

KOMPONEN GENERIK FUNGSIONAL KEBERHASILAN
WAJARAN
40% 60% 100%

90% 10%

Pecahan Wajaran Mengikut Komponen Dalam PBPPP

Penilaian keberhasilan merupakan penilaian hasil kerja utama outcome/ output yang memberi
impak berdasarkan tugas dan tempat bertugas. Asas penilaian keberhasilan berfokuskan kepada
peningkatan atau pencapaian. Ketiga-tiga elemen berikut perlu dipertimbangkan secara
profesional semasa membuat penilaian sasaran keberhasilan yang telah ditetapkan iaitu:

USAHA; dan/ atau

▶▶ inisiatif dalam meningkatkan keberhasilan

KESUNGGUHAN; dan/ atau

▶▶ berusaha dengan penuh minat, tekun dan seikhlas hati

KEBERKESANAN TUGAS

▶▶ hasil kerja yang memberi impak kepada organisasi

Komponen Keberhasilan 21

6.1 Proses Kerja Penilaian

Secara amnya, proses penilaian komponen keberhasilan bermula dari langkah penetapan sasaran,
penilaian awal, semakan semula sasaran dan penilaian kejayaan mencapai hasil tugas yang
disasarkan. Rajah berikut menunjukkan proses kerja penilaian komponen keberhasilan sepanjang
tempoh penilaian.

MULA Perbincangan dan persetujuan
antara PYD dengan PP1 dan PP2
Penetapan Sasaran Keberhasilan bagi menetapkan bidang tugas
Pada Awal Tahun dan sasaran keberhasilan.

PP1 & PP2 Melaksanakan PP1 dan PP2 melaksanakan
Penilaian Pertama penilaian pada pertengahan
tahun.
PP1 kunci masuk skor keberhasilan
dalam Sistem e-Prestasi.
Menyerahkan salinan Borang
Keberhasilan kepada PYD.

Pinda/ Semakan PYD bersama PP1 dan PP2
Gugur/ Sasaran berbincang dan menyemak
Tambah/ semula sasaran (jika perlu).
Kekal

PP1 & PP2 Melaksanakan PP1 dan PP2 melaksanakan
Penilaian Akhir penilaian pada akhir tahun.
PP1 kunci masuk skor keberhasilan.
TAMAT Menyerahkan salinan Borang
Keberhasilan kepada PYD.

22 K o m p o n e n K e b e r h a s i l a n

6.2 Kaedah Penilaian 3
2

1 PP1, PP2 dan PYD Penilaian sasaran 4
hendaklah berbincang keberhasilan
Penetapan sasaran PP1, PP2 dan PYD perlu
keberhasilan adalah dan membuat dilaksanakan dua (2) kali berbincang untuk
berdasarkan kepada persetujuan bersama dalam tempoh penilaian
deskripsi tugas yang menetapkan pencapaian
dilaksanakan oleh PYD. bagi menetapkan iaitu pada penilaian keberhasilan dengan
PP berperanan menyelia sasaran keberhasilan pertama (pertengahan
dan membimbing berdasarkan deskripsi adil, telus dan berintegriti
dalam menentukan hasil tugas yang akan dicapai tahun) dan penilaian bagi setiap sasaran
kerja yang disasarkan. dalam tahun penilaian. akhir (akhir tahun). keberhasilan PYD.
Penetapan sasaran
keberhasilan perlu > KAEDAH PENILAIAN 5
dibuat pada awal tahun

penilaian.

7

PP1, PP2 dan PYD mesti 6 Sasaran keberhasilan
menyimpan salinan boleh dikekalkan,
Borang Keberhasilan Skor penilaian komponen keberhasilan akan
dimasukkan ke dalam Sistem e-Prestasi oleh PP1. ditambah, digugur atau
selepas penilaian untuk dipinda selepas penilaian
tujuan rekod dan rujukan PP2 boleh menyemak skor keberhasilan yang
telah dimasukkan dan disimpan oleh PP1 ke dalam pertama dengan
semasa dan selepas persetujuan bersama
tempoh tahun penilaian. Sistem e-Prestasi. PP2 juga perlu memastikan antara PYD, PP1 dan PP2.
maklumat tersebut adalah sama seperti yang

dipersetujui antara PYD dan PP1.

Komponen Keberhasilan 23

6.3 Penetapan Sasaran

TATACARA PENETAPAN
Sasaran Keberhasilan

a Penyataan sasaran keberhasilan adalah berdasarkan deskripsi tugas PYD. Penulisan penyataan sasaran

keberhasilan adalah tidak melibatkan kerja rutin yang berbentuk proses tanpa ada keberhasilan.

b PYD perlu menetapkan sasaran keberhasilan yang sesuai dengan deskripsi tugas dan tempat bertugas

masing-masing. PYD perlu merujuk kepada senarai tugas yang telah ditetapkan.

c Bilangan bidang tugas dan sasaran keberhasilan serta nilai ukuran sasaran hendaklah bersesuaian mengikut

kemampuan dan kebolehcapaian dengan deskripsi tugas PYD serta latar belakang dan matlamat organisasi.

d Setiap PYD perlu menetapkan sekurang-kurangnya lima (5) sasaran keberhasilan yang bersesuaian dengan

deskripsi tugas yang dijalankan. Walau bagaimanapun sasaran keberhasilan bagi PYD berikut boleh disediakan
kurang daripada lima (5) iaitu:

• PPP yang baharu dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP); atau
• PPP yang berada dalam Jawatan Kumpulan tetapi layak dinilai pada tahun semasa; atau
• PPP yang berada dalam tempoh pemantauan dasar pemisah (exit policy).

6.4 Kaedah Penulisan Sasaran

Penyataan sasaran keberhasilan perlu ditulis dengan jelas tentang hasil yang akan dicapai daripada
tugas-tugas yang dilaksanakan. Bagi memudahkan penulisan penetapan sasaran keberhasilan,
kriteria-kriteria berikut boleh digunakan.

Kata Kerja Tujuan Sasaran

Menggunakan perkataan yang bersifat perbuatan/ Tujuan sesuatu sasaran keberhasilan
amalan seperti mencapai, memastikan, mengurangkan, adalah bagi memperlihatkan hasrat/
meningkatkan, menyelesaikan dan seumpama dengannya. matlamat/ penerangan terhadap hasil
kerja.
Penyataan Ukuran
Peringkat Sasaran (jika perlu)
Nilai yang digunakan untuk mengukur sasaran
keberhasilan. Penyataan ukuran boleh mengandungi: Tahap/ peringkat penglibatan yang
akan dicapai.

• Kuantiti; dan/ atau • Kos; dan/ atau

• Kualiti; dan/ atau • Masa

24 K o m p o n e n K e b e r h a s i l a n

Berikut merupakan beberapa contoh penyataan sasaran keberhasilan mengikut kaedah penulisan
sasaran.

BIL KATA KERJA UKURAN TUJUAN PERINGKAT

1. Memastikan 10 orang murid mewakili sekolah dalam ke peringkat
aktiviti kokurikulum daerah.

2. Mendapat 3 pingat emas dalam pertandingan sukan di peringkat
negeri.
3. Memastikan 10 daripada 25 orang dapat menulis huruf hijaiyah -
murid kelas PraBerlian dengan betul. -

4. Memastikan 7 daripada 10 murid dapat menulis nombor 1 -
MBK kelas UPM3 hingga 100 dengan betul.
-
5. Mencapai purata 90% tahap kefahaman JK PBPPP -
6. Mencapai di organisasi selepas sesi
pengurangan 3 -
daripada 8 kes murid pemantauan dan pementoran
dilaksanakan. -
merokok
melalui pelaksanaan kempen -
“Jom Tak Nak Merokok”.

7. Mengurangkan 30% kakitangan yang hadir lewat ke pejabat
berbanding tahun sebelum.

80% dapur dan mendapat lencana BeSS
8. Memastikan dewan makan sekolah (Bersih, Sihat dan Sejahtera)
daripada Pejabat Kesihatan
berasrama
Daerah.

9. Memastikan 90% borang lengkap mengikut senarai
permohonan bantuan semak semasa semakan kali
murid yang diterima
daripada pihak sekolah pertama dibuat.

80% guru-guru yang melaksanakan Program
10. Mencapai diberi runding cara dan Pemulihan Khas kepada

konsultasi murid dengan betul.

Komponen Keberhasilan 25

Berikut merupakan beberapa contoh kesalahan penulisan sasaran keberhasilan. Penulisan sasaran
keberhasilan tersebut tidak sesuai digunakan kerana tiada penyataan yang boleh diukur, kerja rutin
berbentuk proses, tidak memberi impak kepada klien dan organisasi serta bukan hasil kerja utama PYD.

BIL. SASARAN KEBERHASILAN KESALAHAN

1. Memastikan kehadiran murid ke sekolah

2. Mengurus peserta pasukan bola baling sekolah

3. Mengajar mata pelajaran moral bagi kelas 3A pada penggal pertama

4. Pengurusan kebersihan dan keselamatan sekolah

5. Merancang dan menyediakan takwim sekolah Tiada penyataan
6. Merancang dan menyediakan RPT mata pelajaran yang boleh diukur

7. Membuat garisan padang untuk latihan dan pertandingan sukan olahraga di
sekolah

8. Melaksanakan ujian psikometrik Kerja rutin yang
9. Menggubal Teaching Learning Outcomes (TLO) berbentuk proses
10. Memeriksa buku latihan murid
11. Menghadiri mesyuarat guru
12. Memastikan semua kertas jawapan peperiksaan murid diperiksa
13. Memastikan masuk ke kelas tepat pada waktu
14. Mempengerusikan mesyuarat guru 4 kali setahun
15. Menulis rancangan mengajar
16. Menghadiri kursus dan mesyuarat

17. Bertugas sebagai Setiausaha PIBG Sekolah Bukan hasil kerja
18. Guru membantu pihak pentadbir dalam melaksanakan kerja pengurusan utama
19. Menghias rumah sukan semasa temasya sukan tahunan sekolah
20. Mencuci dan menghias kelas
21. Bertugas sebagai pengacara majlis rasmi sekolah
22. Mengajar kelas tambahan pada sebelah malam
23 Mengemas kini HRMIS
24. Menghantar murid yang sakit ke rumah pada minggu bertugas

26 K o m p o n e n K e b e r h a s i l a n

6.5 Penilaian Sasaran

Cara melaksanakan penilaian sasaran keberhasilan adalah seperti berikut:

a. Pemarkahan
PP1 dan PP2 mesti berbincang dan memuktamadkan markah penilaian keberhasilan bagi
setiap sasaran. Jadual berikut menunjukkan tahap keberhasilan dan julat markah mengikut
skor penilaian.

TAHAP KEBERHASILAN JULAT MARKAH SKOR
Cemerlang 81 - 100 5
Baik 61 - 80 4
Sederhana 41 - 60 3
Memuaskan 21 - 40 2
Lemah 0 - 20 1

Kaedah pengiraan markah purata pencapaian keberhasilan seperti berikut:

Jumlah Markah Bagi Setiap Sasaran = Purata Pencapaian
Jumlah Bilangan Sasaran Keberhasilan

Jika seseorang PYD diarahkan berpindah atau tidak dapat mencapai sasaran disebabkan faktor-
faktor luar jangka dan penilaian masih dilaksanakan di organisasi asal, penetapan sasaran boleh
diselaraskan sehingga tarikh akhir berkhidmat.

Komponen Keberhasilan 27

b. Contoh Penetapan Markah Penilaian

Sasaran Keberhasilan:
Memastikan 20 daripada 30 orang murid tahun 5A mendapat Gred A dalam mata pelajaran
Matematik pada peperiksaan akhir tahun.

Situasi 1

Pencapaian Sebenar pada akhir tahun: ▶▶ Markah yang layak berdasarkan
15 daripada 20 mencapai gred A. pencapaian = 75%
Peratus Markah:
▶▶ Markah yang dipersetujui selepas penilaian
15 murid X 100 = 75% profesional berkaitan usaha/ kesungguhan/
20 murid keberkesanan tugas oleh PP1 dan PP2 = 85%

▶▶ Markah sebenar yang layak = 85%

Situasi 2

Pencapaian Sebenar pada akhir tahun: ▶▶ Markah yang layak berdasarkan
22 daripada 20 mencapai gred A. pencapaian = 110%
Peratus Markah :
▶▶ Markah maksimum = 100%
22 murid X 100 = 110% ▶▶ Markah sebenar yang layak = 100%
20 murid
Situasi 3

Pencapaian Sebenar pada akhir tahun: ▶▶ Markah yang layak berdasarkan
20 daripada 20 mencapai gred A. pencapaian = 100%
Peratus Markah :
▶▶ Markah maksimum = 100%
20 murid X 100 = 100% ▶▶ Markah sebenar yang layak = 100%
20 murid

6.6 Borang Keberhasilan

Penilaian Komponen Keberhasilan perlu menggunakan Borang Keberhasilan seperti
format dalam Rajah berikut. Templat borang ini dibekalkan dalam format MS Excel dan
boleh digunakan sepanjang tempoh penilaian tahun semasa.

28 K o m p o n e n K e b e r h a s i l a n

PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BORANG KEBERHASILAN
NAMA PYD TAHUN ____
NO.K.P.
JAWATAN GRED JAWATAN

TEMPAT
BERTUGAS

BIDANG BIL SASARAN KEBERHASILAN PENCAPAIAN PENILAIAN STATUS PENCAPAIAN PENILAIAN CATATAN PP
TUGAS/ SEMASA PERTAMA SEMASA AKHIR (%)
FUNGSI/ e
AKAUNTABILITI PENILAIAN (%) PENILAIAN
PERTAMA AKHIR
ab d gh
c f

i BILANGAN SASARAN
j YANG DINILAI
k
l JUMLAH MARKAH

PERATUS PENCAPAIAN

SKOR

TANDATANGAN DAN TARIKH CATATAN

PENETAPAN SASARAN PENILAIAN PERTAMA SEMAKAN SASARAN PENILAIAN AKHIR q

PP1 mn o p
PP2
PYD

Berikut ialah maksud bagi istilah-istilah yang terdapat dalam Borang Keberhasilan:

Bidang Tugas/ Fungsi/ Akauntabiliti bermaksud skop j Jumlah Markah bermaksud jumlah markah keseluruhan
pencapaian sasaran keberhasilan yang dinilai.
a tugas PYD. Tiada penetapan khusus berkaitan bidang
tugas. PP dan PYD perlu berbincang dalam menentukan
Peratus Pencapaian bermaksud purata markah
bidang tugas yang bersesuaian. k keberhasilan bagi sasaran yang dinilai.

Sasaran Keberhasilan bermaksud hasil kerja yang perlu Skor bermaksud skor penilaian berdasarkan purata

b dicapai pada tahun penilaian. Sasaran yang boleh diukur, l markah keberhasilan. Skor bagi penilaian pertama
memberi impak kepada klien atau organisasi dan perlu dan penilaian akhir mesti kunci masuk dalam Sistem

dipacu ke arah pencapaian organisasi. e-Prestasi oleh PP1.

Pencapaian Semasa Penilaian Pertama bermaksud Tandatangan dan Tarikh Penetapan Sasaran bermaksud

c pencapaian sasaran yang diperoleh oleh PYD semasa m tandatangan dan tarikh bukti perbincangan penetapan
sasaran keberhasilan pada awal tahun oleh PP1, PP2 dan
penilaian pertama dilaksanakan.

Penilaian Pertama bermaksud peratus markah yang PYD.

d diberi oleh PP bagi pencapaian sasaran semasa penilaian Tandatangan dan Tarikh Penilaian Pertama bermaksud

pertama. tandatangan dan tarikh bukti perbincangan semasa
penilaian pertama sasaran keberhasilan oleh PP1, PP2
Status bermaksud kedudukan sasaran selepas semakan n

e semula dilaksanakan sama ada dikekalkan, ditambah, dan PYD.

digugur atau dipinda. Tandatangan dan Tarikh Semakan Sasaran bermaksud

Pencapaian Semasa Penilaian Akhir bermaksud o tandatangan dan tarikh bukti perbincangan semakan
semula sasaran keberhasilan selepas penilaian pertama
f pencapaian sasaran yang diperoleh oleh PYD semasa
oleh PP1, PP2 dan PYD.
penilaian akhir dilaksanakan.

g Penilaian Akhir bermaksud peratus markah yang diberi Tandatangan dan Tarikh Penilaian Akhir bermaksud
oleh PP bagi pencapaian sasaran semasa penilaian akhir.
p tandatangan dan tarikh bukti perbincangan semasa
Catatan bermaksud ulasan PP terhadap penilaian penilaian akhir sasaran keberhasilan oleh PP1, PP2 dan
sasaran.
h PYD.

Bilangan Sasaran Yang Dinilai bermaksud bilangan q Catatan bermaksud ulasan/ catatan semasa proses
pelaksanaan oleh pegawai berkaitan.
i semua sasaran keberhasilan yang dinilai sama ada

semasa penilaian pertama atau penilaian akhir.

Komponen Keberhasilan 29

Berikut menunjukkan skor yang perlu disalin dari Borang Keberhasilan ke dalam Sistem e-Prestasi
oleh PP1.

SASARAN KEBERHASILAN PENCAPAIAN SEMASA PENILAIAN STATUS PENCAPAIAN SEMASA PENILAIAN CATATAN
PENILAIAN PERTAMA PERTAMA SASARAN PENILAIAN AKHIR AKHIR
Memastikan 60% MLT yang dibimbing 20% MLT melaksanakan
berkaitan pendekatan Profesional 45 KEKAL 62.5 % MLT 100
Learning Community (PLC) 5 murid mencapai melaksanakan. (Rujuk
melaksanakan pendekatan tersebut 40 Rekod Pemantauan)
diperingkat sekolah bagi meningkatkan
kualiti pengajaran guru. KEKAL 12 murid mencapai 95 walaupun tidak
Memastikan 15/25 kanak-kanak kelas mencapai sasaran,
PraDELIMA dapat mengenal huruf 2 usaha dan
hijaiyyah dengan betul. 195 kesungguhan boleh
97.50 dibanggakan.

BILANGAN SASARAN YANG DINILAI 2 5
JUMLAH MARKAH 85
42.50
PURATA PENCAPAIAN
3
SKOR

Salin Skor Keberhasilan
ke Sistem e-Prestasi

KOD KRITERIA INSTRUMEN KEBERHASILAN ARAS PENILAIAN
ITEM

 KEBERHASILAN

A1.1 KEBERHASILAN  5432 1
1

30 K o m p o n e n K e b e r h a s i l a n

3

PENUTUP



7.0 PENUTUP 1

Dokumen ini diharap dapat membantu pengurus dan
pelaksana PBPPP di organisasi untuk memastikan
penilaian ini dapat dilaksanakan dengan terancang dan
tersusun mengikut prosedur dan garis panduan yang
ditetapkan.

2

Selain sumber rujukan bagi pelaksanaan PBPPP,
dokumen ini dapat memberi kefahaman tentang
penilaian dan skop tugas serta tanggungjawab
individu-individu yang terlibat secara langsung dalam
pengurusan dan pelaksanaan penilaian.

3

Proses pelaksanaan PBPPP yang dibuat secara
tersusun dapat memberikan impak untuk
meningkatkan kebolehpercayaan penilaian yang
digunakan bagi membantu meningkatkan prestasi dan
potensi PPP di organisasi.

Penutup 33



4

SOALAN LAZIM,
AKRONIM DAN
GLOSARI



SOALAN LAZIM 37

1. Apakah fungsi PBPPP?
PBPPP berfungsi sebagai kriteria dalam urusan perkhidmatan PPP seperti berikut:
 Pergerakan gaji tahunan.
 Pelaksanaan Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK).
 Kenaikan Pangkat.
 Melanjutkan pelajaran / Permohonan Hadiah Latihan Pendidikan (HLP).
 Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy).
 Pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
 Pencalonan Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC).
 Pelaksanaan Pembangunan Profesionalisme Berterusan/
Continuing Professional Development (CPD).
 Pelaksanaan Laluan Kerjaya.
 Lain-lain tujuan yang berkaitan dengan perkhidmatan.

2. Bagaimanakah PBPPP dilaksanakan?
Penilaian dilaksanakan secara individu oleh PP yang dilantik dengan menggunakan instrumen
yang telah ditetapkan sesuai dengan berdasarkan bidang tugas PYD berasaskan konsep
Tugas dan Tempat Bertugas (Job Based and Work Place). Bagi penilaian komponen keberhasilan
pula, PP yang dilantik perlu berbincang untuk memuktamadkan penetapan sasaran keberhasilan
dan melaksanakan penilaian dengan memasukkan skor prestasi penilaian melalui sistem
e-Prestasi mengikut takwim yang telah ditetapkan.

3. Adakah semua PPP lantikan SPP secara tetap atau kontrak perlu dinilai menggunakan
instrumen PBPPP?
PPP lantikan SPP secara tetap atau kontrak perlu dinilai menggunakan instrumen PBPPP.
Walau bagaimanapun, PPP tidak layak dinilai dalam tempoh tahun penilaian semasa sekiranya:
 PPP yang baharu dilantik oleh SPP dalam tahun penilaian semasa tetapi tempoh perkhidmatan
kurang dari enam (6) bulan (180 hari). Walau bagaimanapun PPP ini perlu menjalani Penilaian
Guru Baharu pada tahun berikutnya.
 PPP ditukarkan dari KPM ke Kementerian atau Jabatan Persekutuan yang lain lebih dari enam
(6) bulan (180 hari) pada tahun penilaian semasa.
 PPP dipinjamkan dari KPM ke Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri/ Agensi Swasta atau
Antarabangsa lebih dari enam (6) bulan (180 hari) pada tahun penilaian semasa.
 PPP yang menjawat Gred JUSA dan ke atas lebih dari enam (6) bulan (180 hari) pada tahun
penilaian semasa.
 PPP yang diluluskan cuti belajar bergaji penuh atau cuti belajar separuh gaji melebihi enam
(6) bulan (180 hari) dalam tahun penilaian semasa.

Soalan Lazim, Akronim & Glosari

4. Adakah PPP lantikan SPP secara kontrak dan telah dilantik secara tetap perlu dinilai pada
tahun penilaian semasa?
Pelaksanaan penilaian prestasi bagi PPP lantikan SPP secara kontrak tetapi telah dilantik secara
tetap perlu berpandukan tempoh lantikan yang terkini dalam tahun semasa penilaian. Sekiranya
tempoh perkhidmatan PPP secara tetap kurang dari enam (6) bulan dalam tahun semasa
penilaian, beliau akan dinilai semasa fasa Penilaian Guru Baharu.

5. Adakah PPP yang berkhidmat kurang dari enam (6) bulan perlu dinilai dalam tahun penilaian
semasa?
PPP yang berkhidmat kurang dari enam (6) bulan dalam tahun semasa tidak perlu dinilai.
Contoh:
 PPP yang cuti sakit melebihi enam (6) bulan (180 hari) tahun penilaian semasa.
 PPP yang digantung kerja melebihi enam (6) bulan (180 hari) tahun penilaian semasa.
 PPP yang ditahan kerja melebihi enam (6) bulan (180 hari) tahun penilaian semasa.
 PPP meninggal dunia sebelum 2 Julai pada tahun penilaian semasa.
 PPP bersara paksa/ bersara pilihan sebelum 2 Julai pada tahun penilaian semasa.

6. Apakah itu Sistem e-Prestasi?
Sistem e-Prestasi merupakan sistem yang telah dibangunkan oleh KPM bagi memastikan
pelaksanaan PBPPP dapat diurus, ditadbir dan dilaksanakan secara dalam talian dengan
sistematik dan lancar.

7. Siapakah yang boleh mengakses Sistem e-Prestasi?
Sistem e-Prestasi boleh dilayari oleh semua pihak untuk mendapatkan maklumat berkaitan
PBPPP melalui Tab Manual Pengguna. Walau bagaimanapun, sistem ini hanya boleh diakses oleh
pegawai yang telah dilantik sebagai JK PBPPP dan PP di organisasi.

8. Bolehkah Sistem e-Prestasi dicapai menggunakan peranti lain selain daripada komputer?
Ya. Sistem e-Prestasi boleh dicapai menggunakan peranti lain seperti tablet dan telefon pintar.

9. Perlukah pengguna menukar kata laluan setelah log masuk kali pertama?
Pengguna perlu menukar kata laluan log masuk untuk meningkatkan keselamatan ID pengguna
dan mengelakkan sebarang tingkah laku tidak berintegriti oleh pihak lain.

38 S o a l a n L a z i m , A k r o n i m & G l o s a r i

10. Sekiranya PP atau JK PBPPP terlupa kata laluan, apakah perlu dilakukan oleh mereka?
Pengguna yang menghadapi masalah lupa kata laluan boleh mendapatkan kata laluan melalui
arahan “Lupa Kata Laluan” dalam paparan “Log Masuk” dan perlu dibuat secara individidu. Kata
laluan akan dihantar kepada pengguna melalui e-mel yang didaftarkan dalam Sistem e-Operasi/
e-Prestasi.

11. Bagaimanakah cara untuk set semula kata laluan bagi pengguna yang menggunakan Kod
Organisasi?
Set semula kata laluan bagi penguna yang menggunakan kod organisasi boleh dibuat oleh agensi
penyelia organisasi masing-masing.

12. Adakah JK PBPPP Organisasi Sekolah boleh mendaftar serta mengemas kini maklumat PPP
di sekolah dalam Sistem e-Prestasi?
Pengemaskinian maklumat PPP di sekolah hanya boleh dibuat dalam Sistem e-Operasi.

13. Bilakah PP yang telah dilantik dibenarkan log masuk ke dalam Sistem e-Prestasi?
PP yang dilantik boleh log masuk ke dalam Sistem e-Prestasi selepas penetapan PP selesai dan
disahkan oleh agensi penyelia organisasi.

14. Saya adalah seorang Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) disebuah sekolah. Saya telah
diarahkan menanggung kerja Pengetua sekolah tersebut kerana Pengetua asal telah
meninggal dunia. Bolehkah saya menjadi PP2 kepada PYD yang dinilai oleh Penolong Kanan
Kokurikulum (PKKO) sebagai PP1?
Penolong kanan yang diarahkan menanggung kerja Pengetua layak untuk dilantik sebagai PP2
kepada PYD yang dinilai oleh mana-mana penolong kanan sebagai PP1.

15. Seorang Penolong Kanan di sebuah sekolah telah diarahkan menanggung kerja PGB kerana
jawatan tersebut belum diisi. Bolehkah beliau dilantik sebagai PP kepada penolong kanan di
sekolah tersebut sepanjang tempoh kekosongan jawatan PGB?
Penolong Kanan yang telah diarahkan menanggung kerja PGB tidak layak untuk dilantik sebagai
PP kepada mana-mana penolong kanan di sekolahnya kerana jawatan hakiki yang disandangnya
adalah setara dengan barisan penolong kanan yang lain.

Sekiranya terdapat kekosongan jawatan PGB di sekolah, kedua-dua PP untuk barisan penolong
kanan perlu dilantik di peringkat agensi penyelia sekolah tersebut.

Soalan Lazim, Akronim & Glosari 39

16. Siapakah yang bertanggungjawab menubuhkan JK PBPPP di organisasi?
Urusan pelantikan JK PBPPP adalah di bawah bidang kuasa ketua jabatan organisasi.
Ketua Jabatan boleh mencadangkan pelantikan mana-mana pegawai yang berkhidmat di
organisasi mengikut garis panduan pelantikan JK PBPPP. Pelantikan JK PBPPP juga perlu
disahkan oleh agensi penyelia untuk pelantikan kali pertama. Ketua Jabatan juga boleh meminda
JK dalam Sistem e-Prestasi pada bila-bila masa bersesuaian dengan situasi semasa organisasi.

17. Bolehkah keanggotaan JK PBPPP ditambah atau dikurangkan?
Keanggotaan JK PBPPP dalam Sistem e-Prestasi yang telah ditetapkan iaitu seorang Pengerusi,
seorang Setiausaha, tiga (3) orang AJK dan seorang Urus Setia.

Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan AJK yang perlu dilantik melebihi tiga (3) orang, AJK
tersebut boleh dilantik di luar Sistem e-Prestasi dan nama-nama tersebut perlu diminitkan
dalam Minit Mesyuarat JK PBPPP. Jumlah keseluruhan AJK yang dilantik mesti dalam bilangan
yang ganjil. AJK yang dilantik di luar Sistem e-Prestasi tidak mempunyai akses ke sistem tetapi
berperanan bagi memastikan pelaksanaan PBPPP di organisasi berjalan lancar.

Dalam kes-kes tertentu juga, JK PBPPP boleh dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga (3) orang
iaitu seorang Pengerusi, seorang Setiausaha, dan seorang AJK.

18. Berapa kali Mesyuarat JK PBPPP perlu dilaksanakan oleh organisasi pelaksana dalam tempoh
setahun?
Organisasi yang melaksanakan PBPPP boleh melaksanakan Mesyuarat JK PBPPP mengikut
keperluan masing-masing.

19. Siapakah yang layak menghadiri Mesyuarat JK PBPPP Organisasi?
Mesyuarat JK PBPPP layak dihadiri oleh semua JK PBPPP yang dilantik.

20. Apakah yang perlu dilakukan oleh PP sebelum bertukar tempat bertugas/ bersara?
PP bertanggungjawab menyelesaikan penilaian kepada semua PYD yang diselia dalam tempoh
yang ditetapkan.

21. Apakah yang perlu dilakukan oleh JK PBPPP jika PP yang dilantik meninggal dunia?
Sekiranya PP yang dilantik meninggal dunia dan belum melaksanakan penilaian kepada PYD, JK
PBPPP perlu melantik PP baharu bagi menggantikan PP asal. Syarat-syarat penetapan PP perlu
dipatuhi.

40 S o a l a n L a z i m , A k r o n i m & G l o s a r i


Click to View FlipBook Version