The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipg000217, 2022-04-06 05:29:07

Panduan Pengurusan PBPPP

6 Panduan Pengurusan PBPPP

Keywords: pbppp

22. Siapakah yang boleh menetapkan atau mengemas kini pelantikan PP1 dan PP2 bagi pegawai
pentadbir/ pengurusan tertinggi organisasi?
Pelantikan dan pengemaskinian PP bagi pegawai pentadbir/ pengurusan tertinggi organisasi
akan dibuat oleh agensi penyelia organisasi masing-masing. Contoh agensi penyelia adalah
seperti berikut:

Organisasi Agensi Penyelia
Sekolah harian seliaan PPD PPD
Sekolah harian seliaan JPN JPN
Sekolah seliaan Bahagian Bahagian Induk
Kolej Matrikulasi Bahagian Matrikulasi
IPG Kampus IPGM
IAB Cawangan IAB Induk
Bahagian di KPM UPK CLK BPSM

23. Adakah PYD dapat melihat skor penilaian yang diberikan oleh PP?
PP yang dilantik perlu memaklumkan tahap prestasi penilaian PYD bagi setiap sesi penilaian.

24. Adakah PP dapat melihat markah akhir penilaian?
PP tidak dapat melihat markah akhir PYD.

25. Adakah PYD dapat melihat markah akhir penilaian?
PYD hanya dapat mengetahui markah akhir melalui HRMIS setelah dimuktamadkan oleh Panel
Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).

26. Adakah pelarasan perlu dilakukan bagi semua keputusan penilaian?
Pelarasan markah di peringkat JK PBPPP Organisasi hanya boleh dibuat sekiranya perbezaan
markah antara PP1 dan PP2 bagi seorang PYD melebihi 10 markah.

27. Bilakah pelarasan markah boleh dilakukan?
Pelarasan markah boleh dilakukan berdasarkan Takwim Pelaksanaan PBPPP. JK PBPPP Organisasi
boleh menyemak status penilaian yang tidak tekal melalui Sistem e-Prestasi dalam tempoh yang
ditetapkan. Sekiranya wujud markah tidak tekal, JK PBPPP Organisasi perlu memutuskan markah
yang diselaraskan bagi PYD yang terlibat.

Soalan Lazim, Akronim & Glosari 41

28. Bagaimanakah proses pelarasan markah dilakukan?
JK PBPPP perlu mengenal pasti sama ada berlaku kes markah tidak tekal melalui Sistem e-Prestasi.
Semakan dan pelarasan markah hanya boleh dibuat dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam
Takwim Pelaksanaan PBPPP.

Antara langkah yang perlu dilaksanakan sekiranya wujud markah yang tidak tekal ialah:
 Pengerusi boleh menubuhkan JK Siasatan untuk mendapatkan maklumat berkaitan kes

penilaian tidak tekal. JK siasatan boleh melaksanakan pelbagai kaedah yang sesuai dalam
usaha mengumpul maklumat bagi membantu memuktamadkan markah yang tidak tekal.
PP asal tidak perlu melaksanakan semula penilaian kepada PYD tetapi boleh memberikan
justifikasi terhadap aras penilaian bagi setiap aspek yang diberikan kepada PYD.
 Sebarang perubahan markah yang diselaraskan perlu diputuskan melalui Mesyuarat
JK PBPPP Organisasi sebelum di kunci masuk ke dalam Sistem e-Prestasi. Walau bagaimanapun
nilai markah yang diselaraskan hanya dibenarkan berada dalam julat markah asal PP1 dan
PP2.
 Setiausaha dan Pengerusi sahaja dibenarkan untuk mengunci masuk dan menyimpan markah
yang telah dimuktamadkan dalam Sistem e-Prestasi.
 Pengerusi sahaja dibenarkan menghantar markah tersebut melalui Sistem e-Prestasi.

29. Semasa penilaian pertama, saya telah mengunci masuk nilai skor yang sama bagi setiap
aspek untuk dua (2) orang PYD. Mengapakah nilai markah yang dipaparkan untuk kedua-
dua PYD tersebut berbeza?
Perbezaan markah bagi kedua-dua PYD berlaku mungkin disebabkan faktor-faktor berikut:
 PYD yang berlainan gred jawatan yang disandang; atau
 Tempoh perkhidmatan pada tahun penilaian semasa untuk PYD gred DG41 yang kurang dan
lebih lima (5) tahun; atau
 PYD menyandang gred yang sama tetapi taraf PP yang berlainan. Contohnya, status PP
menilai PYD A sebagai PP1 dan PYD B sebagai PP2. Jika PP2 mengunci masuk skor sebelum
PP1, maka markah yang dipaparkan hanyalah 90% daripada markah keseluruhan kerana skor
keberhasilan yang mewakili markah keseluruhan 10% masih belum dikunci masuk oleh PP1.
Walau bagaimanapun situasi ini tidak mengganggu proses keseluruhan penilaian kerana
fleksibiliti PBPPP membenarkan mana-mana PP untuk menilai dan mengunci masuk skor
penilaian PYD terlebih dahulu.

42 S o a l a n L a z i m , A k r o n i m & G l o s a r i

30. Mengapakah paparan markah semasa penilaian pertama tidak Markah yang
berubah walaupun skor asal telah diubah? dipaparkan
Salah satu prinsip dalam pelaksanaan PBPPP adalah penilaian merupakan
berdasarkan rubrik bagi setiap aspek yang dinilai. Markah prestasi PENILAIAN YANG
PYD tidak dipaparkan melalui Sistem e-Prestasi yang bertujuan DIISI UNTUK KALI
untuk memastikan penilaian yang dilaksanakan tidak dipengaruhi PERTAMA dan
oleh paparan markah prestasi keseluruhan. Prinsip ini juga bertujuan BUKAN MARKAH
untuk mengelakkan PP menetapkan markah prestasi kepada PYD AKHIR PYD. Paparan
lebih awal sebelum atau tanpa merujuk rubrik dan aspek yang dinilai. markah tersebut
sebagai GAMBARAN/
Walau bagaimanapun, bagi membantu PP melaksanakan bimbingan PANDUAN kepada
dan pementoran, PPSM KPM telah memutuskan supaya markah PYD pegawai penilai sahaja
dipaparkan sekali sahaja iaitu semasa penilaian pertama. Setelah skor dan BUKAN UNTUK
bagi kesemua aspek yang dinilai telah dikunci masuk dan disimpan DIKONGSI dengan
dalam Sistem e-Prestasi, maka markah tersebut dianggap sebagai mana-mana pihak lain
markah muktamad bagi penilaian pertama. Walaupun begitu, PP
masih dibenarkan untuk membuat perubahan skor kepada aspek-
aspek yang dinilai namun ia tidak akan mengubah paparan markah
tersebut.

31. Bagaimanakah pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan dan pertanyaan berkaitan
Sistem e-Prestasi?
Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan Sistem e-Prestasi, disalurkan ke alamat e-mel
[email protected]. Maklumat pengadu dan perkara yang diadu perlu lengkap untuk
memudahkan pengurusan dan maklum balas aduan.

32. Apakah bentuk keputusan penilaian yang akan dikeluarkan?
Keputusan penilaian dikeluarkan dalam bentuk slip keputusan melalui aplikasi Sistem HRMIS yang
mengandungi peratus markah pencapaian keseluruhan dan aras pencapaian selepas markah
akhir dimuktamadkan oleh PPSM KPM.

33. Bagaimanakah cara PYD ingin membuat aduan/ rayuan berkaitan penilaian prestasi?
Sebarang aduan/ rayuan berkaitan keputusan penilaian prestasi boleh dibuat kepada urus setia
PPSM organisasi masing-masing melalui Ketua Jabatan.

Soalan Lazim, Akronim & Glosari 43

SINGKATAN AKRONIM
AKP
BPG MAKSUD
BPPK Anggota Kumpulan Pelaksana
CPD Bahagian Profesionalisme Guru
DMO Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
GBK Program Pembangunan Profesional Berterusan
GTP 2.0 Delivery Management Office
IPG Guru Bimbingan dan Kaunseling
JK PBPPP Program Transformasi Kerajaan 2.0
JPN Institut Pendidikan Guru
KM Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
KPM Jabatan Pendidikan Negeri
LNPT Kolej Matrikulasi
NTC Kementerian Pendidikan Malaysia
PBPPP Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
PdP New Teacher’s Charter
PP Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
PP1 Pengajaran dan Pembelajaran
PP2 Pegawai Penilai
PPD Pegawai Penilai 1
PPP Pegawai Penilai 2
PPPM Pejabat Pendidikan Daerah
PPSM Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
PROSPEK Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
PTK Panel Pembangunan Sumber Manusia
PYD Penilaian Kompetensi dan Potensi
SBPA Penilaian Tahap Kecekapan
SIPartners+ Pegawai Yang Dinilai
SISC+ Saraan Baru Perkhidmatan Awam
SPP School Improvement Partners
3PK School Improvement Specialist Coaches
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas

44 S o a l a n L a z i m , A k r o n i m & G l o s a r i

ISTILAH GLOSARI
Ahli Jawatankuasa
MAKSUD
Aspek Pegawai dalam organisasi yang dilantik menganggotai Jawatankuasa
Bidang Tugas/ Fungsi/ PBPPP Organisasi
Akauntabiliti Perincian tentang perkara yang dinilai dalam sesuatu elemen
Borang Skor Penentuan skop tugas PYD dalam penetapan sasaran keberhasilan

Deskripsi Dokumen yang mengandungi skor PYD bagi setiap aspek penilaian yang
Dimensi dicetak daripada Sistem e-Prestasi
Dokumen Terperingkat Keterangan yang menggambarkan perkara yang diperhatikan dan diukur
Menggambarkan konstruk yang hendak dinilai
Elemen Bahan rasmi kerajaan seperti sulit, terhad, rahsia dan lain-lain seperti yang
Fungsional terkandung dalam Arahan Keselamatan
Pembolehubah bagi sesuatu dimensi (konstruk)
Generik Ciri-ciri khusus mengikut kumpulan bidang tugas Pegawai Perkhidmatan
Instrumen Pendidikan
Integriti Ciri-ciri umum yang khusus untuk PPP
Kader Alat penilaian dalam bentuk dokumen
Kejujuran, adil, ketulusan dan kebertanggungjawaban
Keberhasilan Jawatan Kader adalah jawatan yang dipunyai oleh sesebuah Kementerian/
Jabatan yang diwujudkan di pelbagai Agensi berdasarkan keperluan
Kerahsiaan tetapi pengisiannya dilakukan dan dikawal oleh Ketua Perkhidmatan yang
berkenaan
Kerja Rutin Perihal berhasil atau tercapai sesuatu matlamat, rancangan, tujuan dan
usaha
Ketidaktekalan Perihal sesuatu yang hanya diketahui oleh beberapa orang yang tertentu
Konstruk sahaja
Tugas/ aktiviti yang lazim dilaksanakan yang melibatkan proses sebelum
Markah Kompetensi mencapai sasaran/ objektif sebenar
Nilai Integriti Perbezaan markah yang melebihi 10 antara PP1 dan PP2
Dimensi manusia yang ingin dinilai bagi melihat kompetensi dan potensi
seseorang PPP dalam tempoh tertentu. Konstruk bersifat konkrit ataupun 45
abstrak dan boleh diukur
Kebolehan untuk melakukan sesuatu setelah diukur terhadap satu piawaian
Mempunyai nilai kejujuran, ketelusan, keutuhan dan seumpamanya

Soalan Lazim, Akronim & Glosari

ISTILAH MAKSUD
Organisasi
Pascapenilaian Merujuk kepada Sekolah/ PPD/ JPN/ Institusi Pendidikan/ Bahagian di KPM
Pegawai Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selepas penilaian akhir
Pegawai Penilai Individu yang berkhidmat di KPM dan agensi bawah seliaan
Pegawai Perkhidmatan Pegawai yang dilantik bagi menilai PYD bagi satu tempoh penilaian
Pendidikan Pegawai yang dilantik oleh SPP secara tetap atau kontrak yang berkhidmat
Pegawai Yang Dinilai di KPM dan agensi bawah seliaan
PPP yang dilantik oleh SPP secara tetap atau kontrak yang berkhidmat di
Pelarasan KPM dan agensi bawah seliaan
Pemerhatian Perihal tindakan penyesuaian skor di antara julat skor PP1 dan PP2
Kaedah mendapatkan bukti mengenai sesuatu aspek yang dinilai melalui
Pencapaian Sasaran pengamatan di luar aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Pencapaian Semasa Kejayaan mencapai hasil kerja yang telah ditetapkan
Penilaian Pertama Pencapaian sasaran yang diperoleh oleh PYD semasa penilaian pertama
Pencerapan dilaksanakan
Proses memerhati dan menilai perancangan dan pelaksanaan PdP dengan
Penilaian tidak tekal menggunakan instrumen yang ditetapkan
Peningkatan Sasaran Berlaku perbezaan markah yang melebihi 10 antara PP1 dan PP2
Sebarang bentuk kemajuan dan perkembangan pengetahuan/ kemahiran/
Prapenilaian nilai/ amalan dan tingkah laku klien
Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebelum penilaian
Sasaran Keberhasilan bermula
Semakan Dokumen Sasaran kerja tahunan yang dibuat pada awal tahun penilaian
Kaedah penilaian untuk mendapatkan bukti (eviden) sesuatu aspek yang
Semakan Semula dinilai dengan menyemak dokumen yang berkaitan
Membuat semakan semula penetapan sasaran kerja tahunan selepas
Semasa Penilaian penilaian pertama sama ada mengekal, meminda, menambah atau
menggugurkan sasaran kerja
Skor Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan semasa sesi penilaian
dijalankan
Temu bual Mata nilai yang mewakili aras penilaian sama ada berdasarkan rubrik atau
julat yang telah ditetapkan
Usaha yang Dilaksanakan Kaedah penilaian untuk mendapatkan bukti (eviden) sesuatu aspek yang
dinilai melalui perbualan yang berstruktur/ bebas
Inisiatif yang dilakukan ke arah mencapai hasil kerja

46 S o a l a n L a z i m , A k r o n i m & G l o s a r i







KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Cawangan Latihan dan Kompetensi
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya


Click to View FlipBook Version